32
1.0 Pengenalan Tugasan Kemahiran Pengajaran Bahasa Melayu(Major) ini lebih memfokuskan kepada Kemahiran-kemahiran bahasa, pendekatan dan kaedah pengajaran kemahiran bahasa serta teknik kemahiran bahasa. Hasil daripada kefahaman daripada tugasan ini, maka akan terbinanya Rancangan Pembelajaran Harian (RPH) dan Bahan Bantu Mengajar yang mana menjadi panduan dalam guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan lebih berkesan. 2.0 Kemahiran-kemahiran Bahasa RAJAH 1: KEMAHIRAN-KEMAHIRAN BAHASA Jadual di atas menunjukkan jenis-jenis kemahiran bahasa. Kemahiran bahasa terdiri daripada beberapa jenis kemahiran lain iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Ketiga-tiga kemahiran ini adalah sangat penting di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran(P&P) Bahasa Melayu sekolah rendah di mana ia merupakan tempat terawal bagi kanak-kanak untuk menguasai kemahiran-kemahiran ini. 1

Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104

1.0 Pengenalan

Tugasan Kemahiran Pengajaran Bahasa Melayu(Major) ini lebih

memfokuskan kepada Kemahiran-kemahiran bahasa, pendekatan dan

kaedah pengajaran kemahiran bahasa serta teknik kemahiran bahasa. Hasil

daripada kefahaman daripada tugasan ini, maka akan terbinanya Rancangan

Pembelajaran Harian (RPH) dan Bahan Bantu Mengajar yang mana menjadi

panduan dalam guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran

(P&P) dengan lebih berkesan.

2.0 Kemahiran-kemahiran Bahasa

RAJAH 1: KEMAHIRAN-KEMAHIRAN BAHASA

Jadual di atas menunjukkan jenis-jenis kemahiran bahasa. Kemahiran

bahasa terdiri daripada beberapa jenis kemahiran lain iaitu kemahiran lisan,

kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Ketiga-tiga kemahiran ini

adalah sangat penting di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran(P&P)

Bahasa Melayu sekolah rendah di mana ia merupakan tempat terawal bagi

kanak-kanak untuk menguasai kemahiran-kemahiran ini.

1

Kemahiran Bahasa

Kemahiran Lisan

Mendengar

Kemahiran Membaca

Kemahiran Menulis

Page 2: Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104

2.1 Kemahiran Lisan

Kemahiran lisan melibatkan dua komponen lain yang sama penting

iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar

ialah kemahiran yang melibatkan aktiviti penerimaan mesej atau maklumat

dan kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran yang melibatkan aktiviti

penghasilan maklumat. Kesimpulannya, jika seseorang itu boleh memahami

dan memproses maklumat yang didengari serta boleh pula bertutur dengan

lancar, pastinya dia dapat mengembangkan daya pemikiran dan

pengertiannya terhadap sesuatu perkara atau situasi yang dialaminya ketika

itu.

RAJAH 2 : KEMAHIRAN LISAN

2.2 Kemahiran Mendengar

Terdapat dua jenis kemahiran mendengar iaitu, mendengar pasif dan

mendengar aktif. Mendengar pasif ialah sejenis komunikasi sehala. Murid

mendengar sesuatu maklumat yang disampaikan tanpa memberi tindak

balas secara lisan disebabkan tidak memahami makna keseluruhan ujaran

yang diterima. Manakala mendengar aktif pula melibatkan komunikasi dua

hala. Maksudnya, pelajar memberi tindak balas secara lisan terhadap sesuatu

maklumat yang diterima atau didengar.

2

Kemahiran LisanKemahiran Mendengar

Kemahiran Bertutur

Page 3: Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104

RAJAH 3 : PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR DAN MEMAHAMI

Berdasarkan rajah di atas, ia menerangkan tentang peringkat

kemahiran mendengar yang terdiri daripada aras rendah dan aras tinggi.

Melalui rajah tersebut juga, kita dapat melihat antara contoh-contoh yang

berkaitan dengan perlakuan individu yang meguasai peringkat aras yang

berbeza.

2.2.1 Aktiviti Kemahiran Mendengar

Antara aktiviti-aktiviti kemahiran mendengar adalah seperti di dalam

rajah berikut:

3

Peringkat K em ahiran M endengar

Aras

R endah

-M engecam dan m eng ingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci.

-M engenal m aklum at khusus.-M engesan urutan.

-M engenal sebab dan akibat.-M engenal perhubungan orang- orang yang

berin teraksi.-M engenal s ikap dan perasaan orang .

-M engecam dan m eng ingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci.

-M engenal m aklum at khusus.-M engesan urutan.

-M engenal sebab dan akibat.-M engenal perhubungan orang-orang yang

berin teraksi.

T inggi-M engenal is i-is i penting.

-M engenal peranan dan perhubungan yang bercakap.

-M entafsirkan m aksud orang yang bercakap.-M em beritahu fungsi tekanan dan in tonasi.

-M encari ja lan m engatasi m asa lah yang d idengar.

Page 4: Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104

RAJAH 4 : AKTIVITI-AKTIVITI KEMAHIRAN MENDENGAR

Oleh hal yang demikian, dapatlah dinyatakan bahawa kemahiran

mendengar merupakan kemahiran asas yang sangat penting bagi seseorang

individu yang diajar secara serentak dengan kemahiran bertutur ata kata

nama lainnya kemahiran lisan. Terdapat dua aras yang terlibat dalam

kemahiran mendengar iaitu aras tinggi dan aras rendah. Pengajaran

kemahiran ini melalui dua peringkat berdasarkan aras kesukaran tugasan dan

fungsi kemahiran tersebut diaplikasikan. Hal ini dapat menguji sejauh mana

keberkesanan atau kecekapan seseorang individu terutamanya murid-murid

dalam proses mendengar.

2.3 Kemahiran Bertutur

Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan pelajar berbicara untuk

menjalinkan hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan,

serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul

secara spontan. Terdapat dua jenis kemahiran bertutur iaitu pertuturan jenis

sehala dan pertuturan jenis dua hala. Pertuturan jenis sehala melibatkan

4

AktivitiMengenal dan mengecam

Mengenal dan mengecam

Mengecam sebutan baku

Membuat inferens

Menerangkan sebab sesuatu perkara

Menganalisis maklumat

Mencari makna perkataan

Membuat rumusan

Memberi pandangan

Membuat penilaian

Memberi pandangan atau pendapat

Page 5: Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104

penyampaian mesej yang tidak menerima sebarang maklum balas secara

spontan dimana hanya penutur sahaja yang akan menyampaikan mesej

kepada pendengar. Pertuturan jenis dua hala pula melibatkan kedua-dua

pihak iaitu, penutur dan pendengar dimana satu pihak menyampaikan

maklmat dan satu pihak lagi menerima dan memberi respons kepada pihak

penyampai.

RAJAH 5 : JENIS PERTUTURAN

2.3.1 Peringkat –Peringkat Kemahiran Bertutur

Terdapat dua peringkat kemahiran bertutur iaitu, kemahiran bertutur

aras rendah dan kemahiran bertutur aras tinggi, Pada peringkat rendah murid

dapat melakukan pertuturan tentang hal-hal yang berlaku di sekitar diri dan

pengalaman murid manakala pada peringkat tinggi pula murid dapat

melakukan pertuturan untuk membuat analisis atau inferens, ramalan,

pandangan.

2.3.2 Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan semasa mengajar

kemahiran bertutur ini. Modul ini hanya menerangkan beberapa contoh aktiviti

yang sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah.

5

Jenis Pertuturan

Pertuturan Sehala Pertuturan dua hala

Page 6: Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104

RAJAH 6 : AKTIVITI-AKTIVITI PENGAJARAN KEMAHIRAN BERTUTUR

2.3.3 Perbualan

Aktiviti perbualan dijalankan untuk melatih pelajar berbicara dengan

menggunakan kata, intonasi dan nada, ayat dan ungkapan yang sesuai dan

betul semasa berhubung dengan orang lain dalam kehidupan hariannya.

Selain daripada itu ianya juga boleh menyampaikan maksud yang tersurat

atau tersirat berdasarkan bahan yang dikemukakan kepadanya.

2.3.4 Memberi Pendapat

Aktiviti memberi pendapat membolehkan pelajar mencetuskan,

menghuraikan dan mengemukakan idea yang bernas dalam

perbincangan. Pelajar boleh mengaitkan pengalaman dan pemerhatian

sendiri untuk menyokong pandangan misalnya tentang kesan perisa yang

digunakan dalam makanan terhadap kesihatan. Pelajar boleh melanjutkan

pandangannya seperti memberikan akibat, tujuan atau sebab- musabab.

2.3.5 Simulasi

Teknik simulasi ialah teknik yang memerlukan keadaan atau situasi

sosial yang sebenar. Para pelajar perlu membayangkan keadaan tersebut

6

PerbualanMemberi pendapatSimulasiMain PerananPerbincangan

Aktiviti

Page 7: Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104

terlebih dahulu sebelum melakonkannya dalam situasi tiruan berdasarkan

bahan rangsangan yang disediakan.

2.3.6 Main Peranan

Main Peranan ialah teknik pengajaran bahasa yang melibatkan

gambaran pelajar terhadap situasi dan melakonkan peranan yang diberi

berdasarkan situasi tertentu tanpa bantuan skrip. Teknik ini mementingkan

interaksi pelajar secara individu atau kumpulan.

2.3.7 Perbincangan

Perbincangan ialah satu aktiviti lisan yang berbentuk perbualan.

Sewaktu perbincangan dijalankan, pelajar-pelajar dikehendaki mengambil

bahagian aktif untuk menyatakan pandangan dan pendapat mereka

mengenai sesuatu topik.

2.4 Kemahiran Membaca

Kebanyakan pengertian yang telah diberi, menyatakan bacaan

menekankan aspek-aspek yang khusus seperti kognitif atau pengamatan dan

peringkat-peringkat bacaan iaitu mod yang berupa bacaan secara nyaring

atau secara senyap. Membaca memerlukan proses pengalihan maksud dari

minda ke minda iaitu pengalihan mesej dari penulis kepada pembaca. Bacaan

terbahagi kepada dua jenis iaitu bacaan mekanis atau bersuara dan bacaan

mentalis atau senyap.

7

Page 8: Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104

RAJAH 7 : JENIS-JENIS BACAAN

2.4.1 Bacaan Mekanis

Daripada keterangan bacaan mekanis di atas dapat kita simpulkan

bahawa membaca mekanis itu adalah satu aktiviti membaca yang

disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi,

fikiran dan perasaan seseorang pengarang. Jadi, berdasarkan penerangan di

atas kita sudah faham bahawa sebab-sebab pelajar tidak dapat membaca

dengan lancar, tersekat-sekat dan berhenti pada tempat yang salah yang

akhirnya menjejaskan wacana sesuatu teks yang dibaca itu adalah kerana

mereka tidak cekap menanggap dan memberi makna kepada kata-kata yang

dibacanya.

2.4.2 Bacaan Mentalis

Membaca mentalis atau membaca senyap adalah gaya membaca

dalam hati yang merupakan kegiatan membaca yang melibatkan pengaktifan

mata dan ingatan (visual memory). Tujuan utama membaca jenis ini adalah

untuk memperoleh informasi dan pemahaman. Dalam konteks pengajaran

dan pembelajaran kemahiran membaca pula, iaitu yang bertujuan untuk

menggalakkan pelajar mencari, memilih, dan maju sendiri, program membaca

senyap secara perseorangan ini adalah satu strategi yang amat menarik.

Terdapat teknik-teknik kemahiran membaca yang boleh diaplikasikan dalam

8

Jenis Bacaan

Mekanis

Page 9: Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104

proses pengajaran dan pembelajaran yang akan diterangkan dalam tajuk 6.2

halaman 20-24.

2.5 Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis adalah kemahiran dimana murid dapat melahirkan

simbol-simbol huruf, perkataan, dan ayat dengan menulis menggunakan cara

dan teknik yang betul. Terdapat dua jenis kemahiran menulis iaitu :

RAJAH 8 : JENIS-JENIS KEMAHIRAN MENULIS

Seperti rajah di atas, kemahiran menulis mekanis bertujuan supaya

pelajar-pelajar menguasai kemahiran huruf-huruf kecil dan besar dalam abjad

dengan betul dan seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata,

perkataan dan ayat. Kemahiran ini harus dikuasai pada peringkat awal

supaya murid-murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah

dibaca. Manakala kemahiran menulis mentalis melibatkan proses mental

dan lazimnya dikuasai setelah murid-murid menguasai kemahiran menulis

secara mekanis. Oleh yang demikian, aktiviti-aktiviti latihan mental boleh

dijalankan untuk membantu pelajar-pelajar menguasai kemahiran ini.

3.0 Pendekatan Pembelajaran

Terdapat empat jenis pendekatan pengajaran iaitu pendekatan

berpusatkan guru, pendekatan berpusatkan murid, pendekatan berpusatkan

9

Kemahiran MenulisMekanis Mentalis

Page 10: Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104

bahan dan pendekatan berpusatkan masalah. Pendekatan berpusatkan

guru adalah seperti kaedah penerangan dan kaedah demonstrasi yang

ditunjukkan oleh guru. Pendekatan pengajaran yang berpusatkan murid

adalah pendekatan, di mana kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan

pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah

menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan

kumpulan. Pendekatan berpusatkan bahan lebih memfokuskan

penggunaan bahan seperti alat bantu mengajar, manakala pendekatan

berpusatkan masalah pula lebih kepada soalan dan lembaran kerja.

Dalam pembelajaran Bahasa Melayu pula, guru mestilah memastikan

murid-muridnya dapat menguasai ketiga-tiga kemahiran bahasa iaitu

kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), kemahiran membaca dan

kemahiran menulis sebaiknya. Hal ini kerana kemahiran-kemahiran ini adalah

asas bagi seseorang individu untuk memudahkan mereka mempelajari

kemahiran-kemahiran lain serta dapat membantu mereka dalam melakukan

segala aktiviti seharian tanpa sebarang gangguan ataupun kekangan.

3.1 Pendekatan Binaan

Dalam pembelajaran bahasa, murid akan belajar secara beransur-

ansur daripada peringkat yang lebih mudah kepada yang kompleks. Hal ini

bertujuan bagi memudahkan murid memahami apa yang telah dipelajari

secara berstruktur dan menyeluruh. Dalam pendekatan binaan, murid akan

diajar dengan cara atau kaedah dalam menulis abjad, seterusnya suku kata,

perkataan, frasa, ayat sehingga mereka boleh mencapai kaedah penulisan

pelahiran iaitu melahirkan wacana dengan baik.

Sebagai contoh, bagi peringkat pratulisan, murid akan diperkenalkan

dengan beberapa bentuk yang seakan-akan membentuk huruf seperti bentuk

condong, bulatan, separa bulat, zig-zag dan sebagainya. Hal ini bertujuan

untuk melatih kemahiran otot halus mereka agar bersedia sebelum menulis

abjad. Setelah mereka berkebolehan dan mengetahui cara untuk menulis

10

Page 11: Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104

kesemua abjad, maka guru akan membimbing murid untuk membina suku

kata mengikut diagraf tertentu iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutup

seperti perkataan kv+kv, atau kv+kvk dan sebagainya. Hal ini menunjukkan

murid sudah bersedia untuk menulis secara mekanis iaitu menulis frasa,

klausa, ayat dan seterusnya.

3.2 Pendekatan Cerakinan

Pendekatan ini pula bertujuan agar murid dapat mengeja dan

membaca huruf, suku kata, perkataan dan ayat dengan baik. Maka daripada

sebuah ayat lengkap, guru akan mencerakinkan kepada beberapa perkataan

bagi memudahkan murid untuk membaca. Daripada beberapa perkataan,

guru akan membatangkan perkataan tersebut mengikut suku kata tertentu

seterusnya memperkenalkan satu persatu huruf yang terdapat dalam setiap

suku kata. A

Pendekatan ini akan mempermudahkan lagi guru untuk mengajar

menggunakan kaedah fonetik dan kaedah membaca dengan betul. Terdapat

4 peringkat latihan yang boleh diberikan guru kepada murid-muridnya seperti

latihan menyebut perkataan, latihan membatangkan perkataan kepada suku

kata, latihan membina dan menyebut semula perkataan yang sama serta

latihan membina dan membaca ayat sempurna.

3.3 Pendekatan Komunikatif

Fokus kepada aktiviti berinteraksi dan berkomunikasi ini adalah

bertujuan bagi memastikan murid menggunakan bahasa yang betul semasa

berkomunikasi. Selain itu, ia juga berkesan kepada guru bagi mengajar empat

kemahiran bahasa iaitu memahami, membaca, menulis dan bertutur.

11

Page 12: Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104

3.4 Pendekatan Eklektik (Pengalaman Bahasa)

Dalam pendekatan ini, guru akan menggabungkan ketiga-tiga

pendekatan di atas iaitu pendekatan binaan, pendekatan cerakinan dan

pendekatan komunikatif kepada satu sesi pengajaran dan pembelajara.

Pendekatan ini bertujuan bagi menguji dan melihat sejauh mana pencapaian

atau prestasi yang telah ditonjolkan oleh murid terhadap pengalaman bahasa

yang telah mereka pelajari terlebih dahulu. Sekiranya murid mampu mengikut

pengajaran guru berasaskan pendekatan ini, maka pengajaran guru telah

memberi respon positif daripada murid-murid sekaligus berjaya mencapai

objektif yang telah ditetapkan.

4.0 Kaedah Pengajaran Kemahiran Bahasa

Kaedah adalah satu rencana atau satu siri tindakan guru yang

sistematik dan menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang

secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang dianuti

untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Sesuatu kaedah

tidak boleh bercanggah dengan pendekatan yang telah dirancang. Kaedah

bercorak jangka masa pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri

daripada prosedur tersusun dan berdasarkan pendekatan yang dipilih.

Kaedah bersifat prosedur yang terdiri daripada langkah-langkah dan

peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti dengan saksama untuk

mencapai tujuan tertentu (Mangantar Simanjuntak,1982: 72). Menurut Abd.

Aziz Abd Talib (2000), kaedah ialah cara yang digunakan dalam sesuatu

proses pengajaran. Sesuatu kaedah pengajaran itu dirancang untuk

mencapai objektif pengajaran yang berkaitan dengan sesuatu kemahiran

bahasa. Terdapat beberapa kaedah pengajaran kemahiran bahasa

12

Page 13: Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104

4.1 Kaedah Fonetik

Kaedah ini berkait rapat dengan lisan, kaedah reform dan kaedah

terus. Dalam pengajaran dan pembeljaran bahasa, kaedah ini memulakan

aktiviti dengan latihan pendengaran kemudian diikuti aktiviti menyebut secara

berperingkat iaitu dimulakan dengan gunyi-bunyi huruf, bunyi-bunyi suku kata,

perkataan, frasa, klausa dan ayat. Matlamatnya ialah ayat-ayat tadi

digabungkan menjadi dialog atau cerita.

Terdapat kaedah khusus dalam melaksanakan kaedah fonetik iaitu

kaedah lisan dan kaedah membaca. Kaedah lisan dimulakan dengar

mendengar dan menyebut mengikut susunan daripada bunyi kepada

perkataan, perkataan kepada rangkai kata, dan rangkai kata kepada ayat.

Manakala kaedah membaca pula hanya dengan menggunakan bacaan agar

murid mengenal perkataan-perkataan . Kaedah ini mementingkan sebutan

dan tidak memerlukan murid menghafaz hokum-hukum bahasa yang rumit.

4.2 Kaedah Abjad

Kaedah ini juga dikenali dengan nama kaedah huruf atau mengeja.

Kaedah ini memberi tumpuan pada penghafalan abjad, pembentukan suku

kata, dan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata

ini bertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan. Dalam kaedah

ini, murid dikehendaki mengenal pasti nama-nama huruf terlebih dahulu

melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf /a/ hingga /z/ dalam

bentuk huruf kecil dan huruf besar mengikut tertib.

Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya huruf besar

diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil. Walau bagaimanapun,

Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) menyatakan bahawa kedua-

dua bentuk huruf kecil dan besar boleh diperkenalkan secara serentak.

Berikut adalah kekuatan dan kekurangan kaedah abjad;

13

Page 14: Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104

Kekuatan Kaedah Abjad Kekurangan Kaedah Abjad

I. Murid-murid dapat membaca apa-apa sahaja bahan khususnya perkataan yang dijumpai kerana dia sudah mengenal semua huruf dan tahu mengeja.

II. Sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu.

III. Cara mengeja suku kata adalah tetap.

IV. Memberi asas yang kukuh dalam membaca.

I. Murid terpaksa menghafal huruf-huruf yang agak abstrak.

II. Kaedah menghafal huruf bercanggah dengan prinspi pendidikan iaitu murid perlu belajar sesuatu yang lebih konkrit terlebih dahulu.

III. Murid terlalu bergantung pada proses mengeja.

IV. Kesannya, murid tidak lancar ketika membaca.

RAJAH 9 : KEKUATAN DAN KELEMAHAN KAEDAH ABJAD

4.3 Kaedah Pandang Sebut

Kaedah ini dinamakan kaedah seluruhan perkataan kerana pelajaran

dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku

kata. Tambahan pula, aktiviti dalam melaksanakan kemahiran ini lebih

memfokuskan murid untuk memandang dan menyebut apa yang dilihat oleh

mereka. Mengikut kaedah ni, pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan

mengenal dan menghafal huruf atau abjad secara satu persatu tetapi murid

akan diperkenalkan dengan perkataan atau ayat lengkap dan disertai dengan

gambar. Berikut adalah kekuatan dan kekurangan kaedah ini:

14

Page 15: Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104

Kekuatan Kaedah Pandang Sebut Kekurangan Kaedah Pandang Sebut.

I. Murid tidak perlu menghafal nama huruf yang abstrak.

II. Murid didedahkan dengan bahan konkrit atau bermakna.

III. Murid memahami apa yang dibaca atau dilihat oleh mereka.

I. Kemahiran mengenal huruf yang membentuk perkataan tidak muncul dengan cepat.

II. Murid lambat mengenali huruf-huruf.

III. Murid membaca bukan berdasarkan lambang-lambang yang membentuk huruf tetapi berdasarkan gambar.

IV. Mereka hanya menyebut nama gambar bukan membaca apa yang ditulis.

V. Mudah keliru pada gambar yang tidak jelas.

VI. Lebih sesuai untuk bahasa yang mengamalkan system ejaan yang bersifat logografik seperti system tulisan Cina (lambang khusus)

RAJAH 10 : KEKUATAN DAN KEKURANGAN KAEDAH PANDANG SEBUT

4.4 Kaedah Oral –Aural

Membolehkan murid memperkembangkan keempat-empat kemahiran

bahasa. Kaedah ini membolehkan murid untuk memahami kebudayaan asing

melalui pengalaman dalam bahasa. Pelajaran dimulakan dengan dialog-

dialog tertentu. Dialog ini dipelajari melalui proses meniru dan menghafaz.

Guru mendengar sebutan penutur jati melalui pita rakaman, kemudian murid-

murid diminta menyebut.

Kesimpulannya, kebanyakan kaedah menekankan penguasaan empat

kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, menulis dan

membaca. Antara kaedah yang terlibat adalah kaedah terus, kaedah

semulajadi, kaedah tentera, kaedah oral-aural dan kaedah elektif. Kaedah

yang menekankan penguasaan bahasa kedua ialah kaedah terjemahan

bahasa dan kaedah ajuk –hafaz. Dalam kaedah kod-kognitif, kemahiran lisan

tidak ditekankan. Pengajaran berdasarkan kaedah induktif sesuai untuk

mengajar bahasa bagi murid sekolah rendah. Manakala kaedah deduktif

sesuai untuk pelajar peringkat sekolah menengah.

15

Page 16: Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104

5.0 Teknik Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan

untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu

bahagian bahasa tertentu. ( Mangantar Simanjuntak 1981: 57). Menurut buku

Pedagogi Bahasa Melayu, Prinsip Kaedah dan Teknik nukilan Abd. Aziz Abd

Talib, teknik ialah cara yang khusus atau spesifik yang digunakan untuk

mengajar sesuatu kemahiran atau aspek bahasa.

Teknik pengajaran bahasa mempunyai beberapa objektif iaitu

menyampai bahan pengajaran dengan menarik minat dan mengekalkan

perhatian terhadap pengajaran. Selain itu, mencapai objektif pegajaran

dengan berkesan. Teknik mengajar yang dimaksudkan sebagai alat atau cara

yang digunakan untuk mengajar sesuatu pelajaran itu. Berikut adalah

beberapa teknik-teknik mengajar iaitu teknik bercerita ,teknik bersyarah,

teknik berbincang, teknik menghafaz dan latih tubi,teknik penyelesaian

masalah,teknik brainstorming,teknik tunjuk ajar,teknik main peranan,teknik

bersoal jawab,teknik imlak,teknik kloz, teknik drama,teknik perbualan dan

teknik kuiz.

5.1 Teknik Pengajaran Kemahiran Lisan

Teknik merupakan cara yang paling berkesan untuk mencapai objektif

dan dirangka untuk satu jangka masa yang panjang. Teknik harus selaras

dengan kaedah yang digunakan. Berikut adalah beberapa teknik yang

melibatkan teknik lisan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.

16

Page 17: Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104

5.1.1 Bercerita

Teknik bercerita adalah salah satu cara untuk merangsang proses

pemgajaran dan pembelajaran. Teknik ini mudah menarik minat murid-murid.

Murid-murid di sekolah amat gemar mendengar cerita. Walaupun masih kecil,

apa yang diceritakan dapat segera difahami sekali gus memahami maksud

cerita tersebut. Guru haruslah menggunakan teknik ini sebagai alat untuk

menyalurkan isi-isi pelajaran, serta mementingkan aspek-aspek bahasa yang

yang hendak disampaikan sebagai tumpuan utama.

5.1.2 Bersyarah

Dikenali juga sebagai teknik kuliah yang melibatkan pengajaran fakta-

fakta atau prinsip-prinsip oleh guru secara lisan. Namun teknik ini mendapat

tentangan kerana dikatakan menyebabkan murid menjadi pasif dan tidak

mengambil bahagian dengan cergas. Interaksi satu hala biasanya berlaku

dan tidak dapat melibatkan murid dalam aktiviti. Guru hendaklah

menerangkan, memberikan interpretasi dan menghuraikan idea-idea dan

konsep-konsep yang tercetak di dalam teks itu.

Antara kelebihan teknik ini adalah guru dapat menjimatkan masa,

kerana segala idea dan pengalaman guru boleh dikemukakan sekaligus.

Namun sekiranya guru tersbut kurang mahir dalam menyampaikan

pengajaran melalui teknik ini, hal ini akan menambahkan kesusahan dan

merumitkan murid. Guru haruslah memastikan murid memahami isi

pengajaran dari segi konsep, perkara asas dan isi utama yang telah

dikuliahkan. Guru juga harus menyediakan dan memberikan kepada murid

rangka teks sebagai panduan kepada mereka.

17

Page 18: Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104

5.1.3 Perbincangan

Perbincangan adalah satu lagi teknik pengajaran yang berbentuk

perbualan dan komunikasi yang dilakukan oleh murid dan diseliakan oleh

guru. Murid mestilah berperanan aktifdalam menyatakan pandangan akan

sesuatu topik atau perkara yang telah diberi. Melalui teknik ni murid

berpeluang untuk memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka

dengan baik.Penglibatan murid yang menggalakkan akan memberikan

mereka keyakinan untuk lebih cergas, berani da tegas.

5.1.4 Soal Jawab

Teknik adalah satu cara menyampaikan pelajaran yang paling popular.

Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan dan

murid-murid memberi tindak balas sewajarnya. Teknik ini biasanya dilakukan

untuk menguji kefahaman murid terhadap apa yang diajar.

5.1.5 Main Peranan

Melalui teknik ini, murid dapat gambaran terhadap suatu situasi atau

pengalaman secara spontan. Biasanya teknik ini melibatkan gambaran-

gambaran murid terhadap suatu situasi atau keadaan dan kemudian

melakonkannya tanpa skrip.Teknik ini mementingkan interaksi individu serta

kumpulan dan sentiasa pula dikelolakan dalam situasi berkumpulan.

18

Page 19: Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104

5.1.6 Teater Pembaca

Teknik ini melibatkan beberapa orang murid yang membaca sebuah

skrip. Teknik ini mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan

dan mimik muka. Teknik ini dapat membantu murid untuk memahami,

menghayati, dan merasakan cerita yang dibaca seolah-olah berlaku di

hadapan mereka. Teknik ini sesuai diaplikasikan dalam pengajaran genre

drama, cerpen dan prosa klasik.

5.1.7 Teater Bercerita

Teater bercerita pula melibatkan seorang pencerita dan juga beberapa

orang pelakon yang akan melakonkan watak dalam skrip yang diberikan.

Tugas pencerita ialah menyampaikan cerita kepada audiens, manakala

pelakon pula perlulah melakonkan situasi yang berlaku mengikut watak

mereka yang terdapat dalam skrip. Guru mestilah menyediakan skrip yang

bersesuaian dengan tahap murid. Teknik ini juga sesuai diaplikasikan dalam

pengajaran genre drama, cerpen dan prosa klasik.

5.2 Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca

Teknik bacaan merupakan salah satu perkara yang penting yang perlu

diketahui oleh guru bagi mencapat objektif pembelajaran. Teknik-teknik ini

dapat membantu guru bagi merancang aktiviti supaya dapat merangsang

proses pembelajaran murid-murid disamping menguji sejauh mana tahap

pengetahuan dan pemahaman mereka dengan pemerolehan yang mereka

dapat.

19

Page 20: Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104

Berikut adalah beberapa teknik bacaan yang boleh diaplikasikan

sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Berikut adalah beberapa

teknik bacaan yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran

di dalam kelas.

RAJAH 11 : TEKNIK-TEKNIK BACAAN

5.2.1 Teknik SQ3R

Teknik SQ3R merupakan salah satu teknik yang diambil daripada

perkataan Bahasa Inggeris iaitu; S= survey (imbas, tinjau), Q=question

(bertanyakan soalan-soalan untuk melengkapkan maklumat), R=read (baca

semula teks), R=recite (sebut semula bertujuan untuk ingat kembali), dan

R=review (semak semula). Tujuan teknik ini adalah untuk menyaring

maklumat secara lebih berkesan daripada sekadar membaca dan memahami,

memberikan kesedaran untuk membuat rujukan serta menggalakkan murid

membuat rujukan dengan betul. Antara aktiviti yang boleh dijalankan dengan

menggunakan teknik ini adalah penerangan, perbincangan dan perbengkelan.

5.2.2 Teknik KWLH

Teknik pengajaran KWLH adalah kaedah yang bagus untuk membantu

pelajar mengaktifkan pengetahuan awal. Ini merupakan Arahan aktiviti

kumpulan yang dibangunkan oleh Donna OGLE (1986) yang berfungsi

20

SQ3R KWLH

5W1H DRTA

QAR Pantas

Intensif Ekstensif

Page 21: Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104

sebagai model untuk berfikir aktif selama membaca. Teknik ini juga diambil

daripada singkatan Bahasa Inggeris;

K (know)

untuk membantu pelajar mengingati apa yang mereka TAHU tentang subjek.

L(learn)

untuk membantu pelajar menentukan apa yang mereka MAHU belajar.

W (what)

untuk membantu pelajar mengenalpasti APA yang mereka pelajari daripada bahan yang telah baca.

H (how)

CARA yang ingin digunakan untuk belajar lebih banyak, eksplorasi (sumber-sumber lain di mana mendapatkan maklumat tambahan mengenai sesuatu topik ini boleh didapati).

RAJAH 12 : TEKNIK KLWH

5.2.3 Teknik 5W1H

Tujuan teknik ini digunakan adalah untuk menyediakan soalan

kefahaman yang mudah difahami, melatih murid-muris menjawab soalan

dengan tepat, dan memberi motivasi kepada murid-murid yang lemah. Teknik

ini merupakan salah satu teknik yang diambil daripada perkataan Bahasa

Inggeris iaitu; W= what (apa), W= when (bila), W= who (siapa), W= where

(mana), W= why (kenapa), H= how (bila).

5.2.4 Teknik DRTA

DRTA ( Direct Reading Think Activity ) bermaksud mempelbagaikan

aktiviti dalam kemahiran membaca. Tujuan dalam DRTA adalah untuk

memperkembangkan aktiviti membaca. Selain itu, DRTA merupakan salah

satu cara untuk memotivasi dan mempengaruhi murid-murid agar lebih

21

Page 22: Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104

tertarik untuk membaca sekaligus memahami apa yang dibaca dengan baik.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan dalam menggunakan teknik ini ialah

seperti teater pembaca, teater bercerita, bersajak dan sebagainya.

5.2.5 Teknik QAR

Teknik QAR (Question-Answer Relationships) merupakan cara untuk

membantu pelajar mencari jawapan berkaitan dengan jenis soalan yang

diminta, serta mendorong mereka untuk menjadi kreatif dan bijak dalam

mencari dan memahami jawapan berdasarkan soalan yang diberi.

Pengajaran QAR dapat membantu mereka memahami idea teras: dimana

apabila diberi sebuah pertanyaan, mereka dapat menjawab dengan tepat

berdasat teks atau petikan yang telah diberi.

5.2.6 Teknik Bacaan Pantas

Membaca pantas adalah satu bentuk kegiatan membaca yang

dilakukan dengan kadar kelajuan tertentu dan tujuaannya menjimatkan masa.

Membaca pantas ini terbahagi kepada dua jenis iaitu skimming dan scanning.

RAJAH 13 : JENIS-JENIS MEMBACA PANTAS

Berdasarkan penyataan di atas, kita perlu mengetahui bahawa

skimming adalah membaca secara pantas sesuatu bahan dengan tujuan

22

Membaca PantasSkimming Scanning

Page 23: Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104

memahami idea utama atau tema bahan bacaan berkenaan. Dalam kata lain,

membaca bertujuan mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu

bahan yang dibaca. Manakala, scanning pula adalah pembacaan cepat

untuk mendapatkan maklumat yang khusus dan bukan untk mendapat

gambaran keseluhan sesuatu bahan bacaan itu. Pembacaan ini boleh

melangkau bahagian-bahagian yang kurang penting. Oleh yang demikian,

pembacaan cara ini lebih pantas daripada skimming.

5.2.7 Teknik Bacaan Intensif

Bacaan jenis ini dilakukan untuk bacaan yang dilakukan secara teliti. Ia

melibatkan pembacaan yang menelaah isi dan bahasa. Telaah isi melibatkan

membaca untuk memahami, membaca kritis dan membaca idea. Manakala

telaah bahasa pula menumpukan kepada aspek yang menyangkut tentang

bahasa. Konsep pengajaran yang digunakan biasanya dilakukan dengan cara

membaca dengan pimpinan guru, mendapat penerangan daripada guru dan

berbagai lagi konsep pengajaran yang boleh digunakan. Antara tujuan

bacaan jenis ini adalah agar membolehkan pelajar membaca dengan baik,

betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu meggunakan tanda bacaan

dengan baik.

5.2.8 Teknik Bacaan Ekstensif

Bacaan ekstensif kebiasaannya digunakan untuk membaca secara

luas dengan membaca teks dalam waktu yang singkat serta dapat memahami

isi secara tepat. Selain itu, teknik ini melibatkan membaca tinjauan untuk

meneliti indeks, bacaan secara sekilas untuk mendapatkan maklumat umum,

menemukan hal-hal dan sebagainya. Kebiasaannya cara ini dilakukan oleh

pelajar secara sendiri di luar waktu kelas dan tanpa bimbingan guru. Antara

tujuan bacaan ini adalah agar pelajar dapat membaca secara sendiri dan agar

23

Page 24: Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104

pelajar dapat membaca dengan fasih. Guru perlu memberi galakan kepada

pelajar agar dapat membaca sebanyak mungkin bahan yang diminati.

5.3 Teknik Pembelajaran Bahasa Berpusatkan Masalah

Teknik ini bertujuan bagi menguji dan menilai tahap prestasi murid

terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh sebab

itu, guru akan memberikan soalan atau masalah yang perlu diselesaikan

berdasarkan petikan, teks, gambar tunggal, gambar bersiri dan sebagainya

bagi memandu murid untuk menjawab dengan baik.

5.3.1 Penyelesaian Masalah

Teknik ini ialah teknik pembelajaran yang dilaksanakan di bawah

penyeliaan guru. Dewey (1993:105) telah mencadangkan lima langkah bagi

melaksanakan teknik ini iaitu, kenal pasti masalah, penentuan masalah,

cadangan penyelesaian , penelitian penyelesaian atau jawapan dan

pemeriksaan kumpulan. Teknik ini dapat membantu murid untuk mengkaji,

membuat jangkaan dan ramalan berdasarkan soalan-soalan yang difokuskan

dalam sesebuah masalah dan dibawa kepada proses perbincangan secara

berkumpulan bagi melatih proses kemahiran kreatif dan kritis dalam

menyelesaikan masalah.

5.3.2 Lingkaran Soalan

Lingkaran soalan ialah soalan yang memberikan tumpuan kepada

skop-skop tertentu iaitu skop perkara, individu, dan luar individu. Dalam skop

perkara, segala soalan lebih ditumpukan secara terus kepada tajuk atau teks

24

Page 25: Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104

bacaan. Skop perkara lebih menekankan soalan aras rendah dalam

Taksonomi Bloom iaitu soalan aras pengetahuan dan soalan aras

pemahaman. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, soalan berbentuk

skop perkara akan merujuk kepada tema, tajuk, subjek, idea, isu, peristiwa

dan isi kandungan yang terdapat dalam sesebuah petikan atau semasa.

Antara contoh soalan ialah ; Namakan lima jenis buah-buahan tempatan?

Skop individu pula merujuk kepada orang yang terlibat membaca teks

atau orang yang ditujukan sesebuah soalan seperti pelajar. Skop individu

lebih menekankan soalan aras sederhana dalam Taksonomi Bloom iaitu

soalan aras aplikasi dan analisis. Lazimnya, soalan yang akan dikemukakan

perlulah dikaitkan dengan pengalaman, pengetahuan, pemerhatian, atau

pandangan individu. Dengan cara ini konsep ilmu yang baru dipelajari itu tidak

terasing di dalam pemikiran murid. Sebaliknya, hal ini dapat membantu murid

membinakonsep yang bersepadu dengan apa yang telah difahami

sebelumnya. Contoh soalan yang dikemukakan ialah; Adakah anda suka

makan buah-buahan tempatan? Berikan alasan anda.

Dalam skop luar individu, soalan ini lebih berfokuskan realiti yang

berlaku di sekeliling murid seperti masyarakat, komuniti, manusia sejagat,

kawasan daerah, negeri, dan mungkin luar negara yang bersesuaian dengan

pengalaman yang ada pada murid tersebut. Soalan jenis ini biasanya

menekankan soalan aras sintesis dan penilaian dan Taksonomi Bloom.

Walau bagaimanapun, soalan jenis ini masih berkisar dalam tema yang

sedang dibincangkan oleh guru. Antara contoh soalan ialah; Senaraikan

nama buah-buahan luar negara yang terdapat di pasaran?

Kesimpulannya, pelbagai teknik boleh digunakan oleh guru untuk

pengajaran, teknik yang digunakan perlulah sesuai dengan tahap keupayaan

kanak-kanak dan menarik minat mereka. Teknik bercerita paling menarik

minat kanak-kanak kerana teknik ini menyeronokkan. Teknik bersyarah dan

berbincang tidak sesuai untuk kanak-kanak sekolah rendah kerana mereka

tidak dapat memberi tumpuan yang lama dan mereka akan berbual perkara

yang tidak berkaitan dengan pengajaran.

25