109
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1.0 Pengenalan Masyarakat Malaysia kaya dengan pelbagai bentuk kesenian dan kebudayaan tradisional. Kekayaan hasil seni dan kebudayan masyarakat Malaysia ini amat dibangga-banggakan oleh masyarakat Melayu Malaysia. Oleh itu sewajarnya segala hasil seni budaya Malaysia dipelihara sebaik mungkin supaya kekal dan tidak luput ditelan zaman. Pelbagai usaha boleh dilakukan atas kesenian serta kebudayan tersebut bagi memastikan minat orang ramai terhadap kesenian ini berkekalan serta lebih menarik lagi. Malaysia terdiri daripada penduduk yang berbilang kaum. Penduduk pelbagai kaum ini sudah tentu mempunyai pelbagai bentuk kebudayaan. Keadaan ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa. Kepelbagaian bentuk kebudayaan ini haruslah didedahkan kepada kanak-kanak sekolah sama ada di peringkat rendah atau menengah. Begitu jugalah dengan pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi supaya mereka dapat mengenali kebudayaan kaum-kaum lain. Kebudayaan tradisional ini akan menjadi lebih menarik jika ia dijadikan aktiviti persatuan serta diadakan pertandingan untuk menarik minat remaja tersebut. Pengajaran Tarian kanak-kanak 1

Pengajaran Tarian Kanak-kanak

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KREATIVITI KANAK-KANAK

Citation preview

Page 1: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

1.0 Pengenalan

Masyarakat Malaysia kaya dengan pelbagai bentuk kesenian dan kebudayaan

tradisional. Kekayaan hasil seni dan kebudayan masyarakat Malaysia ini amat

dibangga-banggakan oleh masyarakat Melayu Malaysia. Oleh itu sewajarnya

segala hasil seni budaya Malaysia dipelihara sebaik mungkin supaya kekal dan

tidak luput ditelan zaman.

Pelbagai usaha boleh dilakukan atas kesenian serta kebudayan tersebut

bagi memastikan minat orang ramai terhadap kesenian ini berkekalan serta lebih

menarik lagi. Malaysia terdiri daripada penduduk yang berbilang kaum.

Penduduk pelbagai kaum ini sudah tentu mempunyai pelbagai bentuk

kebudayaan. Keadaan ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa.

Kepelbagaian bentuk kebudayaan ini haruslah didedahkan kepada kanak-

kanak sekolah sama ada di peringkat rendah atau menengah. Begitu jugalah

dengan pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi supaya mereka dapat

mengenali kebudayaan kaum-kaum lain. Kebudayaan tradisional ini akan

menjadi lebih menarik jika ia dijadikan aktiviti persatuan serta diadakan

pertandingan untuk menarik minat remaja tersebut.

Pelbagai unsur seni dan budaya masyarakat Malaysia tetap kekal

walaupun telah menempuhi peredaran masa dan cabaran dunia moden. Hal ini

disebabkan oleh sikap masyarakat yang tetap sayang akan ciri-ciri budaya di

samping usaha pihak-pihak tertentu untuk terus menghidupkan dan memelihara

unsur-unsur warisan ini.

Kebudayaan sesuatu masyarakat menjadi satu identiti. Oleh itu, adalah

penting bagi generasi muda mengetahui serba sedikit pelbagai bentuk seni dan

budaya yang diwarisi. Usaha penerapan budaya ini merupakan unsur-unsur

budaya yang penting kerana pelajar merupakan generasi penyambung warisan.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

1

Page 2: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Di antara kebudayaan tradisional masyarakat Malaysia ialah seni tari.

Seni tari mempunyai hubungan yang rapat antara manusia dengan alam. Setiap

kaum di Malaysia mempunyai tariannya yang tersendiri. Tarian melambangkan

tradisi sesuatu kaum.

Tarian merupakan sejenis seni gerak yang halus. Setiap tarian

mempunyai pergerakan yang khusus. Disebalik gerak tari yang ditonjolkan

dengan lenggang-lenggok dan ayunan tangan yang lembut terdapat cerita

menarik. Tarian dipersembahkan pada hari-hari keramaian untuk menambahkan

kemeriahan dan juga menghiburkan hati.

Seni tari mempunyai hubungan yang rapat antara manusia dan alam.

Orang Melayu telah menggunakan fenomena semulajadi seperti ribut petir,

gempa bumi, letupan gunung berapi, kemarau, alunan gelombang di laut,

deburan ombak di pantai, lenggang liuk daun kayu dan sebagainya. Ianya

dijadikan motif dalam membentuk gerak dan lenggok tarian.

Beginilah bermulanya tarian dalam negara Malaysia lama daripada

pergerakan ritual yang mudah kepada tarian rakyat dan tarian istana yang lebih

kompleks dan halus. Antara tarian-tarian pelbagai kaum di Malaysia yang

popular hingga kini ialah tarian joget, tarian singa, tarian phambu zapin, tarian

piring, tarian lilin dan sebagainya.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

2

Page 3: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

2.0 Definisi Tarian

Definisi tarian dari segi bahasa ialah gerakan badan serta tangan dan kaki

berirama mengikut rentak muzik (Kamus Dewan, Edisi Ketiga), manakala tafsiran

ahli sejarah pula mendefinisikan seni tari sebagai gerakan yang

berirama(C.Sachs).  Tarian boleh diertikan sebagai seni lakon dibawah unsur

kesenian dan dilihat dibawah aspek kebudayaan. Ianya dapat dizahirkan melalui

sebarang gerakan yang dapat melambangkan kebudayaan sesuatu masyarakat

dan gerakan yang dilakukan pula menggambarkan perasaan jiwa manusia. 

       Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis tarian sama ada dari segi tarian

berbentuk tradisional mahupun kontemporari.  Tarian tradisional merangkumi

beberapa tarian yang mengikut etnik dan ada juga yang mewakili kenegerian.      

3.0 Tarian Tradisional

Tarian tradisional merupakan sejenis seni gerak yang mengandungi

gerakan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur keindahan. Tarian dapat

dipersembahkan melalui gerakan tangan, kaki, badan, mata dan anggota badan

yang lain. Seni tari adalah pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri yang

berirama yang indah.

Mahupun begitu, tarian tradisional sering dihubungkaitkan dengan

semanngat ritual dan mistik.  Sejajar dengan proses globalisasi, kemasukan

tarian kontemporari dari negara barat semakin menular dikalangan masyarakat

Malaysia dan amat digemari oleh anak-anak muda masa kini.  Kebiasaannya,

tarian seringkali dikaitkan dengan iringan muzik.  Tarian dan muzik bagaikan

ritma yang tidak dapat dipisahkan. 

Selain itu, tarian juga dapat dijadikan sebagai suatu alat yang dapat

mengeratkan perhubungan sesama manusia disamping memuliharanya agar ia

Pengajaran Tarian kanak-kanak

3

Page 4: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

tidak ditelan zaman. Tarian tradisional pula walaupun di telan zaman, ia masih

ditarikan di dalam acara-acara kesenian mahupun majlis-majlis kenamaan.

3.1 Tarian tradisional Melayu

3.1.1 Tarian Zaipin

Tarian Zaipin merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Tarian

Zapin ini dipercayai berasal dari Tanah Arab yang gerakannya adalah cepat dan

tidak banyak gerakan bunga tarinya. Tarian ini popular pada tahun lima puluhan

(50an) dan enam puluhan (60an). Tarian Zapin Johor dikenali dalam dua bentuk

iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab. Kedua-dua tarian ini memperlihatkan

perbezaaan dari segi unsur peradaptasiannya. Secara realitinya, kedua-dua

genre zapin itu berasal daripada satu keseniaan masyarakat Arab yang dibawa

dari Hadramaut.

Zapin Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat

dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor.

Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada

mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan

pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

4

Page 5: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Di Johor, Malaysia, tarian Zapin yang sudah diterima sebagai seni yang

berunsur Islam dan berfungsi sebagai hiburan sama ada pada upacara-upacara

sekular mahupun pada sambutan hari-hari kebesaran. Namun dari segi

kelembutan dan kehalusan tradisi tarian itu sendiri, Zapin Melayu Johor

walaupun lahir daripada adaptasi yang dilakukan ke atas Zapin Arab secara

selektif namun tidak dapat disangkal lagi tarian zapin ini memperlihatkan lebih

kehalusan dan keayuan geraknya dari Tarian Zapin Arab.

Satu hal yang menarik mengenai tarian Zapin Johor ialah keupayaan

mewujudkan rasa persaudaraan penari dan pemuzik serta sifat esprik decorps

yang dapat dimunculkan sesama mereka sekali gus mematahkan rasa malu

penari-penari apabila menari di khalayak ramai. Secara simbolik gerak tari zapin

ini menampakkan kepentingan usaha bersama dan bukannya usaha individu di

samping meminggirkan persaingan antara pemain dalam kumpulan mahupun

antara kumpulan. Jika ditinjau daripada perspektif inilah,maka keunikan dan

keistimewaan tarian Zapin Johor amat terserlah.

Jenis Tarian Zapin

Di Johor zapin yang dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin

Arab memperlihatkan perbezaaan dari segi unsur peradaptasiannya. Pada realiti

kedua-duanya genre zapin itu berasal dari satu keseniaan masyarakat Arab yang

di bawa Hadramaut. Keunikan tradisi Zapin Melayu terletak bukan sahaja pada

kesatuan muzik dan peralatannya yang dipengaruhi oleh keseniaan Arab bahkan

juga pada sifat segretasi penari dan penonton. Dalam konteks inilah keunikan

tarian zapin begitu terserlah terutamanya pada ciri penghubungannya dengan

keseniaan Islam yang dibawa oleh orang-orang Arab. Di Johor Tarian Zapin

yang sudah diterima sebagai seni yang berunsur Islam yang berfungsi sebagai

hiburan sama ada pada acara-acara sekular mahupun acara sambutan hari-hari

kebesaran. Namun dari segi kelembutan dan kehalusan tradisi tarian itu sendiri,

Zapin Melayu Johor walaupun ianya lahir dari adaptasi yang dilakukan ke atas

Pengajaran Tarian kanak-kanak

5

Page 6: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Zapin Arab secara selektif namun tidak dapat disangkal lagi tarian zapin ini

memperlihatkan lebih kehalusan dan keayuan geraknya dari Tarian Zapin Arab.

Zapin Melayu

Zapin Melayu umumnya ditarikan oleh orang-orang Melayu yang

diadaptasikan dari unsur-unsur Zapin Arab. Gerak tari dalam Zapin Melayu lebih

halus dan santun dengan hayunan tangan yang lebih kecil atau sempit, langkah

kaki yang tidak terlalu luas dan tinggi serta hinjutankaki yang lembut Lagu-lagu

Zapin Melayu berasaskan syair-syair atau pantun-pantun Melayu.

Zapin Arab

Zapin Arab ditarikan oleh masyarakat keturunan Arab. Gerak tari Zapin

Arab adalah gagah dengan langkah dan lenggangan yang lebih luas,hayunan

tangan yang tinggi dan hinjutan kaki yang keras. Zapin Arab menggunakan lagu-

lagu Arab.

Pakaian Di Dalam Tarian Zapin

Sungguhpun Zapin mempunyai pengaruh Arab–Parsi, tetapi dari segi

pakaian, penari–penari memakai pakaian Melayu selengkapnya iaitu bagi lelaki

berkain samping dan bersongkok dan wanita memakai kurung beserta kain

sarong.  

Pengajaran Tarian kanak-kanak

6

Page 7: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Busana Zapin

Bunga yang dililit pada sebelah kiri sanggol menandakan pemakainya

masih belum berpunya berbanding dengan lilitan yang dibuat pada sebelah

kanan sanggol yang menandakan bahawa pemakainya sudah berstatus sebagai

wanita yang sudah berumah tangga.

Aksesori tambahan untuk busana Baju Kurung Teluk Belanga untuk

orang lelaki yang menarikan Zapin adalah kancing baju yang diperbuat daripada

suasa atau perak dan diikat dengan batu delima, zamrud atau sebagainya.

Bagi kaum wanita pula kancing yang diperbuat daripada emas, perak

atau suasa diikat dengan batu Intan dan disebut sebagai Garam Sebuku atau

Kunang Sekebun.Buat masa ini busana tersebut boleh sahaja digantikan dengan

kancing-kancing biasa yang banyak terdapat dijual di pasar.

Penari Zapin wanita juga kadangkalanya memakai aksesori tambahan

yang pernah dipakai untuk dipadankan dengan busana Baju Kurung Teluk

Belanga seperti seutas rantai emas yang sederhana panjang yang disebut

sebagai Rantai Belati, sepasang anting-anting telekap yang dipanggil Anting-

Anting Kopi dan gelang tangan yang membelit yang dikenali sebagai Gelang

Berderai.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

7

Page 8: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Asal tarian Zaipin

Mengikut sejarah tarian Zapin, pada mulanya tarian ini adalah sebagai

tarian hiburan di istana setelah dibawa dari Hadramau t , Yaman oleh para

pedagang Arab pada awal abad ke-16. Pada masa itu negeri Johor menjadi

pengganti kepada peranan Melaka sebagai sebuah entrepotantarabangsa pada

kurun ke-16.

Tarian zapin ini kemudiannya merebak ke negeri-negeri sekitar Johor

seperti di Riau, iaitu pusat pemerintahan Johor lama, Singapura dan

wilayah Sarawak.

Teknik Persembahan Tarian Zaipin

Sebagai sebuah tarian persembahan, tarian Zapin terbahagi kepada 3

peringkat :

1.Peringkat pertama - permukaan tarian atau pembuka tari.

2.Peringkat kedua - pecahan atau gerak serta lenggang tari.

3.Peringkat ketiga - penutup tarian.

Zapin menumpukan pada langkahan kaki dengan posisi kaki selalu

tertutup dan tidak merendah. Kebanyakan posisi badan selalu bergerak seperti

ombak mengalun. Posisi tangan tidak diperlihatkan secara jelas misalnya motif

memetik bunga, tangan kanan mahupun kiri berada di bawah bahu.

Kebiasaannya, senikata yang dinyanyikan dalam lagu untuk tarian ini diselitkan

dengan kalimat berunsur keagamaan seperti “salam” dan “assalamualaikum”,

kata-kata nasihat dan pujian kepada kebesaran agama dan kesempurnaan budi

pekerti. 

Pengajaran Tarian kanak-kanak

8

Page 9: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Instrumen Tarian Zapin

Alat muzik utama yang digunakan bagi mengiringi tarian Zapin ialah

gambus, rebana, gendang, rebab dan marakas. Petikan gambus untuk

mengiringi lagu, sementara rentak gendang atau rebana menentukan rentak dan

pecahan tari dan gesekan rebab menggabungkan keseluruhan muziknya. Antara

lagu-lagu Zapin ialah Lancang Kuning, Zapin Asli, Gendang rebana dan lain-lain.

Pada asalnya rentak Zapin adalah rentak yang digunakan untuk lagu-lagu

keagamaan seperti nasyid dan lagu yang menggunakan bahasa Arab.

Gambus Rebana

Genda

Rebab Marakas

Pengajaran Tarian kanak-kanak

9

Page 10: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

3.1.2 Tarian Mak Yong

Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta

untuk hiburan kerabat DiRaja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan

kerabat diRaja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta tarian

dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang mengisahkan

zaman kegemilangan kesultanan Melayu.

Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu , Patani,

Kelantan]], Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau - Indonesia. Drama tari Mak

Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang

menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik

vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan

bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani,

Kelantan, Kedah, serta di Kepulauan Riau - Indonesia.

Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara

perubatan. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia

Pengajaran Tarian kanak-kanak

10

Page 11: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan Kesultan Kelantan

sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa

meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias

cantik.

Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap

Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu

dipersembahkan merentasi beberapa amalam dalam siri pertunjukkan tiga jam.

Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan dipanggung terbuka

yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi

yang ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang

kepala dua dan tetawak.

Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan

cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak. Mak Yong di kaitkan

dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk

melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.

Sejarah Mak Yong

Mak yong diasaskan di Kerajaan Pattani yang kini merupakan sebahagian

daripada Thailand. Oleh kerana ia diwarisi secara lisan dikalangan kampung,

usia sebenar Mak Yong tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun, fakta yang ia

bebas daripada pengaruh-pengaruh luar menunjukkan ia sekurang-kurangnya

berusia 800 tahun dan hampir pasti lebih awal lagi.

Menurut Hikayat Patani Mak Yong dibawa keKelantan lebih 200 tahun

dahulu. Dari situ ia berkembang ke Kedah dan negeri-negeri lain. Lagenda

biasanya mengaitkan tarian dengan semangat padi yang digelar Mak Hiang

tetapi yang lain mempercayai ia dicipta oleh makluk digelar Semar.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

11

Page 12: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Para sejarahwan tidak pasti samaada Mak Yong berasal dari tradisi rakyat

atau teater istana. Sungguhpun begitu ia ditonton oleh semua lapisan

masyarakat untuk menghormati semangat padi, berterima kasih bagi tuaian atau

merawat penyakit. Semasa di Patani, Mak Yong biasanya dipersembahkan di

istana sehingga 1920 di mana ia sering dipertontonkan dikalangan orang biasa.

Pada awal abad ke-20, tarian Mak Yong mula berkembang ke merata-rata

kampung tanpa naungan istana. Punca utamanya adalah kerana

kedatangan British ke Kelantan telah mengurangkan kedudukan ekonomi raja-

raja ini. Faktor inilah yang mengakibatkan kemerosotan mutu persembahan

dalam generasi kedua, iaitu zaman selepas Bah Air Merah pada

tahun 1926 hinggalah tahun-tahun 1950-an. Unsur-unsur komersil pertunjukan

Mak Yong telah memperalatkan nilai-nilai estetik klasik yang ada dalam Mak

Yong. Persembahan Mak Yong yang diadakan dengan cara pemajakan akan

bermula dari pukul 8.30 malam hingga pukul 11.00 malam sahaja.

Kemudian, persembahan diberhentikan dan alat-alat

muzik biola dan akordion menggantikan rebab dan serunai untuk memainkan

lagu-lagu joget. Penonton-penonton akan naik pentas untuk menari joget dengan

penari-penari Mak Yong.

Nilai moral penari-penari Mak Yong juga mula merosot. Banyak sekali

kisah-kisah sumbang di antara penari-penari Mak Yong dengan penonton-

penonton selepas selesai persembahan Mak Yong, dan perceraian di kalangan

suami isteri dan anak-anak Mak Yong merupakan satu perkara yang biasa

sahaja. Malah ada di kalangan penari Mak Yong yang berasa bangga dengan

jumlah bilangan suami yang dapat dikutip oleh mereka. Pandangan masyarakat

terhadap penari-penari Mak Yong mula merosot dan mula hilang kepercayaan

terhadap moral mereka. Keadaan ini mempercepatkan lagi kejatuhan imej Mak

Yong.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

12

Page 13: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Pada akhir-akhir 1960-an, sudah tidak banyak lagi kumpulan Mak Yong

yang wujud, dan tidak banyak lagi orang yang berminat mempelajari seni tari ini.

Kemasukan pengaruh-pengaruh kebudayaan Barat yang meluas menggelapkan

lagi permainan Mak Yong. Kalau ada pun persembahan Mak Yong pada masa

perayaan seperti Hari Keputeraan Sultan, persembahan itu hanya dikerumuni

oleh orang-orang tua.

Kumpulan generasi ketiga tarian Mak Yong telah dipelopori

oleh Kumpulan Seri Temenggung, sebuah kumpulan belia. Guru-guru Mak Yong

yang terdiri daripada orang-orang lama dari generasi pertama telah diambil untuk

melatih mereka dalam tarian-tarian dan nyanyian-nyanyian Mak Yong yang asli

seperti yang terdapat pada masa generasi yang pertama dulu. Dengan latihan

itu, unsur-unsur yang asli mula dihidupkan kembali.

Muzik Tarian Makyong

Muzik adalah unsur yang sangat penting dalam persembahan makyong

dan mempunyai fungsi-fungsi seperti berikut: Muzik rebab digunakan untuk

memaklumkan bahawa persembahan makyong akan dimulakan, iaitu digunakan

untuk menarik perhatian penonton-penonton.

Muzik digunakan untuk membentuk susunan-susunan yang

menggambarkan emosi dan perasaan tiap tiap adegan, selalunya suasana ini

digambarkan dengan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh watak-watak utama dan

juga korus atau watak Jong Dondang.

Muzik digunakan untuk mengiringi tarian-tarian dan juga nyanyian.

Muzik digunakan untuk menandakan permulaan dan juga menamatkan adegan-

adegan ketika masuk dan keluar watak juga diiringi oleh muzik dan adakalanya

muzik terutamanya bunyian gendang diselitkan dengan dialog-dialog.

Peralatan Muzik

Pengajaran Tarian kanak-kanak

13

Page 14: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Di dalam permainan makyong, peralatan-peralatan muzik yang selalu

digunakan adalah seperti sebuah rebab, sepasang gong, iaitu ibu dan anak,

sepasang geduk, juga ibu dan anak, sebatang serunai, sepasang gedombak iaitu

ibu dan anak dan canang serta kesi.

Tetapi di dalam persembahan yang agak kecil biasanya alat-alat muzik

tidaklah sepenuhnya digunakan seperti di atas. Ia hanya cuma sebuah rebab,

sepasang gendang iaitu ibu dan anak, sepasang gong juga ibu dan anak,

sebatang serunai dan canang.

Ahli muzik yang penting dalam persembahan makyong adalah pemain

rebab yang lebih dikenali sebagai Tok Mindok. Dia adalah ketua dan juga

pemimpin orkestra makyong. Ia memulakan semua lagu sepanjang lapan hingga

enam belas measure yang selepas itu diikuti oleh gendang, gong, suara

penyanyi solo dan korus. Dialah yang memberi isyarat supaya memulakan lagu,

menukarkan rentak lagu dan juga mengenai hal-hal dalam aspek muzik.Tok

Mindok dan ahli-ahli muziknya yang lain ditempatkan di suatu sudut kiri pentas

dengan Tok Mindok duduk mengarah kepada matahari jatuh.

Pergerakan Asas Bagi Tarian Mak Yong

Satu unsur penting dalam makyung selain daripada muzik dan dialog ialah

tarian yang digunakan dalam keseluruhan persembahan.

Tarian makyong juga sama seperti tarian melayu yang lain iaitu

menegaskan kepada pergerakan tangan. Posisi tangan ini apabila dicantumkan

dengan pergerakan badan, kepala dan kaki membentuk tarian makyung seperti

berikut :

1. Duduk atas tumit, tangan sembah guru

2. Tangan susun sirih

Pengajaran Tarian kanak-kanak

14

Page 15: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

3. Tangan gajah lambung belalai

4. Tangan burung terbang

5. Tangan ular sawa mengorak lingkaran

6. Tangan seludang menolak mayang

7. Tangan sulur memain angi

8. Tangan liuk kiri longlai ke kanan

9. Berdiri tapak tiga mengadap timur jaga

10. Tangan sirih layer

11. Kirat penghabisan

12. Langkah turun dari kayangan

13. Langkah naik ke kayangan

14. Pak Yung berjalan

Pengajaran Tarian kanak-kanak

15

Page 16: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

3.1.3 Tarian Lilin

Sebuah tarian yang dipersembahkan oleh penari wanita sambil menatang

lilin di dalam piring kecil di atas telapak tangan mereka, dan memaparkan gerak-

geri yang penuh dengan kelembutan

Tarian Lilin  pada asasnya merupakan sebuah tarian yang

dipersembahkan oleh sekumpulan penari dengan diiringi sekumpulan pemuzik.

Para penari ini akan membawa lilin yang dinyalakan pada piring yang dipegang

pada setiap belah tangan mereka. Penari ini akan menarikan tarian secara

berkumpulan dengan memusingkan piring yang mempunyai lilin yang menyala

secara berhati-hati agar piring tersebut sentiasa mendatar, dan lilin tidak

terpadam.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

16

Page 17: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Asal Tarian Lilin

Asal usul Tarian Lilin dipercayai berasal dari Sumatera. Kononnya

seorang gadis telah ditinggalkan oleh tunang yang pergi berdagang mencari

harta.

Semasa peninggalan tunangnya itu gadis telah kehilangan cincin

pertunangan. Gadis tersebut mencari-cari cincin hingga larut malam dengan

menggunakan lilin yang diletakkan pada piring.

Gerakan badan yang meliuk, membongkok, mengadah (berdoa)

melahirkan keindahan sehingga peristiwa ini telah melahirkan Tarian Lilin di

kalangan gadis-gadis kampung itu.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

17

Page 18: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

3.1.4 Tarian Gamelan

Tarian Gamelan merupakan salah satu tarian Melayu klassik. Tarian

klasik ini mula di direkodkan dipersembahkan di Istana di empayar Riau dan

Lingga dalam kurun ke-17. Ia mula di persembahkan buat pertama kali di

khalayak ramai di Pekan, Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara

persandingan Tengku Hussain, putera kepada Sultan Abdul Rahman yang

memerintah Lingga, dengan Wan Esah yakni adik perempuan kepada

Bendahara Ali dari Pahang.Ia mula di perkenalkan di Terengganu selepas

Tengku Mariam iaitu seorang puteri di Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman

yakni putera kepada Tengku Zainal Abidin dari Terengganu.

Menurut Tengku Mariam, pada asalnya repositori tarian ini terdiri daripada

77 jenis Gamelan. Tetapi pada hari ini hanya tinggal 33 jenis sahaja lagi kesan

daripada ketiadaan tenaga pengajar jenis tarian itu lagi.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

18

Page 19: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Antara 33 jenis tarian yang masih tinggal itu adalah seperti Timang

Burung, Ayak-ayak, Lambang Sari, Ketam Renjung, Geliung, Lantai Lima,

Kending Gajah, Togok Rompin, Kunang-kunang Mabuk, Galuk Merajuk, Silatin,

Lolo dan Monab.

Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari

wanita boleh di pentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka.

Unsur Jawa boleh di lihat dari segi seni tarian tersebut.

Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk

tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan kostum tarian

Melayu.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

19

Page 20: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

3.1.5 Tarian Kuda Kepang

Kuda kepang merupakan satu permainan tradisi yang amat digemari oleh

penduduk Johor, terutamanya yang berketurunan Jawa. Kuda kepang berupa

satu patung anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat

daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang dicorakwarnakan untuk

menjadi lebih menarik.

Lazimnya satu kumpulan kuda kepang mempunyai 10 hingga 15 orang

penari. Salah seorang daripada mereka bertindak sebagai ketua (dayang). Pada

peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang

menggunakan tali untuk mengawal permainan. Tarian ini biasanya

dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana

seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis

perkahwinan dan di hari-hari perayaan. Terdapat berbagai pendapat mengenai

asal usul tarian ini.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

20

Page 21: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Asal Tarian Kuda Kepang

Ada pendapat yang mengaitkan asal usulnya dengan Wali Songo yang

hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha mengembangkan Islam di

kawasan pedalaman di Jawa,Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati

orang-orang di sana. Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil

menunggang kuda. Dalam peralihan waktu, kuda-kuda itu ditukar dengan kulit

binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar.Ada pula yang

berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali. Untuk meniru

gerak langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda kepang.

Pendapat lain pula menghubungkan asal usulnya dengan alam kayangan.

Seekor kuda kayangan bernama Kuda Sembrani dikatakan turun di Jawa untuk

mencari kawannya yang hilang. Setelah berjumpa mereka menari-nari

keseronokan. Menurut kepercayaan, kuda kepang dikuasai oleh sejenis kuasa

ghaib. Lantaran itu, satu upacara khas perlu dilakukan sebelum bermain. Jika ia

gagal dilakukan mungkin sesuatu yang tidak diingini akan menimpa para pemain

dan juga penontonnya. Upacara ini bermula dengan istiadat memuja roh. Setelah

itu bomoh akan menjampi untuk istiadat membuka gelanggang yang biasanya

berukuran 40m x 60m.

Bomoh juga akan menyediakan sajian untuk penunggu. Sajian itu ialah

kelapa, beras, pisang masak, kemenyan, kain putih, jarum, benang, ayam putih,

padi, telur dan bunga rampai. Bilangan minima penari ialah sembilan orang dan

maksimanya 15 orang. Penari-penari ini biasanya terdiri daripada kaum lelaki

sahaja. Tarian dicipta oleh guru yang mengajar kumpulan itu sendiri. Tarian-

tarian yang selalu dipersembahkan ialah tarian Sola, Selendang,Pak Tani, Pucuk

Rebung, Perjuangan, Mempertahankan Diri dan sebagainya. Lenggang-lenggok

di dalam tarian ini dinamakan Lenggang Kiprah.

Satu perkara yang menarik di dalam tarian ini ialah kerana seringnya

terdapat beberapa orang penari akan naik syeikh (mabuk) setelah persembahan

Pengajaran Tarian kanak-kanak

21

Page 22: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

rasmi tamat. Mereka yang “naik syeikh” ini boleh melakukan gerak geri aneh

yang pasti tidak dapat dilakukan dalam keadaan siuman. Umpamanya,

melompat setinggi enam atau tujuh kaki, meniti diatas sebatang buluh atau kayu

licin ataupun seutas tali, juga mengupas kelapa dengan gigi. Semasa penari-

penari sedang “naik syeikh” , bunyi-bunyian pengiring penari akan terus

dimainkan. Jikalau tidak mereka naik berang dan menerkam pemain-pemain

bunyi-bunyian tersebut.

Apabila gerak langkah penari-penari itu semakin liar dan tidak dapat

dikawal, bomoh akan membaca mentera ke ubun-ubun atau telinga mereka

setelah mereka ditangkap dan direbahkan oleh pegawal-pegawal yang cekap.

Setelah itu mereka akan pulih dalam keadaan letih lesu. Adalah dipercayai

bahawa selain dari hiburan, tarian kuda kepang juga boleh digunakan untuk

menyembuhkan penyakit ganjil seperti dirasuk hantu,diresapi roh orang mati dan

sebagainya.

Dipercayai juga bahawa kuda kepang ini hendaklah diletakkan disuatu

tempat khusus.Jika diletakkan di sembarangan tempat roh kuda kepang itu akan

mengamuk dan merosakkan pertunjukan-pertunjukan yang akan datang.

Alat muzik Tarian Kuda Kepang

Alat bunyi-bunyian yang sering mengiringi tarian kuda kepang ialah

angklong (alat utama), gendang, gong ( berbentuk bulat dan diperbuat dari

gangsa), kinong (seperti gong tetapi lebih kecil), jidor ( seperti rebana besar),

soron kecil (dibuat dari tembaga yang dititik supaya melengkung dan lekuk

seperti ruas buluh) dan bonang (dibuat dari tembaga,ditengahnya bonjol bulat

kira-kira lapan garis pusat).

Bagaimanapun tidak semua alat ini digunakan dalam satu-satu tarian.

Pemilihannya terletak kepada budi bicara kumpulan-kumpulan

Pengajaran Tarian kanak-kanak

22

Page 23: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

berkenaan .Bentuk pakaiannya pula terserah kepada kehendak kumpulan tetapi

ia hendaklah seragam.

Cara permainan Tarian Kuda Kepang

Kuda kepang biasanya dipersembahkan di tempat terbuka atau di atas

pentas yang besar. Sebelum tarian bermula, Tok Bomoh akan membakar

kemenyan dan membaca jampi untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda.

Beliau menggunakan telur mentah, bunga, rumput, dan air untuk persembahan.

Dikawali oleh seorang "danyang" yang melecutkan pecut untuk

menentukan rentak tarian, setiap penari akan naik ke atas kuda masing-masing.

Apabila muzik mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "danyang"

itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan dan agak

membosankan. Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda menurut

pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu.

Ketika muzik menjadi lebih pantas, kuda-kuda akan menderap dengan

lebih laju. Kekadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain

menitinya. Penari-penari boleh melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa

seperti bersilat melompat-lompat setinggi enam kaki dan sebagainya. Semasa

penari dalam keadaan sedemikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan

bertambah rancak. Kononnya jika alunan muzik tidak rancak, penari-penari akan

akan menerkam atau menendang pemain muzik seakan-akan kuda yang sedang

berang.

Penari-penari menari selama dua jam sehingga mengalami keadaan

bersawai, terpukau dengan kehebatan pergerakan-pergerakan mereka. Ketika

mabuk, mereka kekadang akan bermimpi menunggang kuda yang benar sambil

menari-nari dengan iringan muzik. Disebabkan itu, mereka mencuba mengejar

muzik itu. Keadaan ini dipanggil "naik syeh". Jika keadaan bertambah liar dan

tidak dapat dikawali, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal-pengawal yang

Pengajaran Tarian kanak-kanak

23

Page 24: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

ditempatkan di setiap sudut gelanggang untuk menangkap dan merebahkan

mereka ke tanah, dan seterusnya Tok Bomoh akan membaca jampi untuk

memulihkan mereka.

Pantang Tarian Kuda Kepang

Kumpulan pemain kuda kepang diperlukan menyerahkan pengeras

kepada Tok Bomoh untuk persembahan. Pengeras ini terdiri daripada

kemenyan, air mentah, nasi campur dengan lauk ayam dan sayur, serta

beberapa jenis kuih. Selain itu, kumpulan pemain juga dikehendaki menyerahkan

wang sebanyak RM2.25 kepada tuan rumah atau penganjur untuk Tok Bomoh

persembahan. Kumpulan pemain mengenakan bayaran yang tidak kurang dari

RM200 untuk setiap persembahan.

Sebagai pantang larangan dalam permainan kuda kepang, pemain-

pemain tidak boleh diacah semasa dalam permainan atau ketika sedang mabuk

kerana ditakuti akan melarat dan menjadikan keadaan tidak terkawal. Pemain-

pemain juga tidak boleh melihat kain merah kerana ini merupakan pantang

larangan semulajadi. Selain itu, pemain-pemain juga tidak boleh terlihat kaca

kerana takut bahawa mereka akan makan kaca itu.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

24

Page 25: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

3.1.6 Tarian Joget

Tarian joget sangat digemari oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia

kerana ia mudah dipraktikkan dan dipelajari. Suatu ketika dahulu di Negeri

Melaka, tarian joget lambak begitu terkenal. Joget lambak menjadi acara bagi

memeriahkan majlis perkahwinan dan keramaian.

Tarian joget berasal dari kaum portugis iaitu Branyo.Ketika itu joget diiringi

lagu seperti Jingkling Nona tetapi cekarang banyak lagu dihasilkan seperti joget

serampang laut , joget 106, joget johore club.

Joget juga dikenali sebagai (ronggeng) asal daripada (wrong geng)

kerana ditarikan geng berpasangan lelaki dan perempuan.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

25

Page 26: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Cara Persembahan

Dalam tarian joget , gerak geri kaki lebih penting daripada gerakan

tangan. Tempo tarian yang sederhana ialah langkah 2/4 dan langkah 3/8 untuk

pergerakan terpantas.

Tarian joget ditarikan oleh golongan orang muda , tua , lelaki , perempuan

atau berpasangan. Orang yang menari dikatakan berjoget atau bertandak.

Pengiring tarian pula dipanggil pencak joget.

Dalam pesta-pesta keramaian, penari lelaki berjoget akan mengembing

atau mempelawa (menjemput) penari wanita agar berjoget dengannya tetapi

dalam persembahan joget di atas pentas terdapat 3 atau 4 pasangan penari

joget dalam satu-satu persembahan.

Alat Muzik Tarian Joget

Alat muzik yang biasa mengiringi tarian joget biola, gendang dan

celempung.

Muzik Tarian Joget

Lagu yang biasa mengiringi tarian joget.

Timang-timang anak

Joget Bunga Anggerik

Rupa kacak

Abang tak lupa

Merah janbu merah

Pakaian Penari Tarian Joget

Pengajaran Tarian kanak-kanak

26

Page 27: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Pakaian penari joget lelaki ialah sepasang baju Melayu lengkap dengan

songkok dan samping. Sementara pakaian wanita ialah kebaya labuh serta

sanggul atau bunga di atas kepalanya. Warna-warna pakaian lelaki dan wanita

biasanya seragam untuk menimbulkan keserasian dan kesenian tarian joget.

Warna-warni pakaian lelaki dan perempuan biasanya seragam untuk

menimbulkan keserasian dan kesenian tarian joget.

3.1.7 Tarian Asyik

Tarian Asyik merupakan sejenis tarian Melayu klasik dari daerah - daerah

di Kelantan yang ditarikan di istana raja - raja Kelantan dan Patani.

Asyik bererti kekasih, oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak - geri

bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban.

Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian

terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah

Puteri Asyik dan mereka pun mula menari.Tarian asyik ini ditarikan dalam

upacara perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam berinai besar di Istana.

Sejarah Tarian Asyik

Pengajaran Tarian kanak-kanak

27

Page 28: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Dari segi sejarah (Hikayat Patani), Raja Kuning iaitu Raja Perempuan

yang memerintah Patani dalam tahun 1644 ada menyimpan 12 orang penari

istana yang menyanyi dan menari dipanggil Asyik.

Tarian Asyik mempunyai rentak perlahan dan gemalai, kerana ia ditarikan

dihadapan raja dan permaisuri. Penari asalnya dalam pakaian berkemban,

dengan tali pinggang dan mahkota kecil.

Bahagian utama tarian Asyik terdiri dari duduk bersimpuh dengan gerakan

membayangkan haiwan dan persekitarannya; alunan ombak laut, burung

melayang, ikan berenang, gajah berarak, dan sebagainya. Sesetengah

pergerakan menyerupai tarian pementasan Mak Yong. Tarian Asyik biasanya

ditarikan oleh inang remaja di istana.

Sejarah Lain Tarian Asyik

Asal usul tarian ini adalah daripada seorang raja yang memelihara seekor

burung kesayangannya di istana. Suatu hari beliau mendapati burungnya

terlepas dari sangkar, lalu diikutnya burung itu ke hutan belantara dengan

harapan untuk mendapatkannya balik.

Setelah bertahun-tahun burung kesayangannya masih tidak dapat diambil

kembali, lalu raja tersebut kembali ke istana dengan penuh kekecewaan. Untuk

menghilangkan rindunya terhadap burung tersebut, raja itu telah memerintahkan

agar mencipta satu tarian yang meniru gerak-geri burung kesayangannya. Untuk

tujuan tersebut, maka kumpulan Asyik yang terdiri daripada dayang-dayang

istana terpaksa menari di hadapan raja bila baginda terkenangkan burungnya.

Asyik bererti kekasih dan pengertian tersebut bersesuaian dengan gerak-

geri tarian ini yang bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban.

Persembahan tarian ini dimulakan dengan kemunculan 10 orang penari yang

Pengajaran Tarian kanak-kanak

28

Page 29: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian diikuti pula oleh Puteri Asyik dan semua

menyembah lalu menari.

Alat Muzik Tarian Asyik

Alat-alat muzik yang mengiringi Tarian Asyik terdiri daripada gedumbak

asyik (sebanyak 11 jenis), gambang dan rebab. Tiga alat muzik utama ini mesti

ada untuk mengiringi tarian ini. Di samping gerak geri dan pakaian yang berseri,

Tarian Asyik telah menarik minat masyarakat seluruhnya.

Pakaian Tarian Asyik

Pakaiannya adalah serupa dengan Mak Yong iaitu berbaju pendek (warna

merah), kain sarong dan satu kain panjang digantung pada bahu dan dilepaskan

hingga ke pinggang. Pada bahagian pinggang penari memakai pending (sejenis

tali pinggang) dan Puteri Asyik pula dimestikan memakai canggar di sanggulnya.

Pada zaman dahulu Tarian Asyik ditarikan pada hari perkahwinan, iaitu

malam berinai seperti malam berinai besar di istana. Namun demikian, pada hari

ini Tarian Asyik dipersembahkan juga pada hari-hari temasya negeri dan negara.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

29

Page 30: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

3.1.8 Tarian Piring

Tarian Piring dicipta oleh orang Minangkabau yang berasal dari Sumatera

Barat. Tarian piring juga dikenali sebagai Tari Piring. Ia merupakan salah satu

seni tarian yang masih diamalkan penduduk Negeri Sembilan keturunan

Minangkabau.

Tarian Piring menyerupai gerakan para petani semasa bercucuk tanam,

menuai dan sebagainya.Tarian ini juga melambangkan rasa gembira dan syukur

dengan hasil tanaman mereka. Tarian ini merupakan tarian gerak cepat dengan

para penari memegang piring di tapak tangan mereka, diiringi dengan lagu yang

dimainkan oleh talempong dan saluang. Kadangkala, piring-piring itu akan

dilontar ke udara atau pun dihempas ke tanah dan dipijak oleh penari-penari

tersebut. Bagi menambah unsur-unsur estetika , magis dan kejutan dalam tarian

ini, penari lelaki dan perempuan akan memijak piring-piring pecah tanpa rasa

Pengajaran Tarian kanak-kanak

30

Page 31: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

takut dan tidak pula luka. Penonton tentu akan berasa ngeri apabila kaca-kaca

yang pecah dan tajam itu dipijak sambil menari.

Di Malaysia , tarian piring dipersembahkan ketika majlis perkahwinan

terutama bagi keluarga berada, bangsawan dan hartawan di sesebuah kampung.

Tarian ini biasanya dilihat di kawasan Beranang,Lenggeng dan Semenyih oleh

kumpulan tertentu. Ada yang dipersembahkan dengan pakaian lengkap dan tidak

lengkap. Maksudnya, samada memakai pakaian tradisional atau tidak. Sedikit

sahaja bayaran akan dikenakan jika menjemput kumpulan tarian ini

mempersembahkan tarian piring. Kebiasaanya, 10-20 minit diperuntukkan untuk

persembahan tarian ini.

Tarian piring dan silat dipersembahkan di hadapan mempelai di luar

rumah. Majlis perkahwinan atau sesuatu apa-apa majlis akan lebih meriah jika

diadakan tarian piring. Namun begitu, segelintir masyarakat tidak dapat

menerima kehadiran kumpulan tarian kerana dianggap ada percampuran lelaki

dan perempuan. Bagi mengatasi masalah itu, kumpulan tarian disertai hanya

gadis-gadis sahaja.

Seseorang penari amat bergantung kepada piring-piring untuk

mencantikkan persembahannya. Tanpa piring di tangan mereka, tarian akan

menjadi hambar. Piring-piring yang diletakkan di tangan kanan dan kiri boleh

mempengaruhi rentak dan gaya tarian seseorang. Oleh itu dapatlah dirumuskan

bahawa perkataan Tari Piring adalah membawa maksud 'piring yang ditarikan'

atau 'tarian yang menggunakan piring'.

Asal Usul Penciptaan Tarian Piring

Tarian Piring dikatakan tercipta daripada ''wanita-wanita cantik yang

berpakaian indah, serta berjalan dengan lemah lembut penuh kesopanan dan

ketertiban ketika membawa piring berisi makanan yang lazat untuk

dipersembahkan kepada dewa-dewa sebagai sajian. Wanita-wanita ini akan

Pengajaran Tarian kanak-kanak

31

Page 32: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

menari sambil berjalan, dan dalam masa yang sama menunjukan kecekapan

mereka membawa piring yang berisi makanan tersebut. Kedatangan Islam telah

membawa perubahan kepada kepercayaan dan konsep tarian ini. Tari Piring

tidak lagi dipersembahkan kepada dewa-dewa, tetapi untuk majlis-majlis

keramaian yang dihadiri bersama oleh raja-raja atau pembesar negeri.

Keindahan dan keunikan Tari Piring telah mendorong kepada perluasan

persembahannya dikalangan rakyat jelata, iaitu dimajlis-majlis perkahwinan yang

melibatkan persandingan. Dalam hal ini, persamaan konsep masih wujud, iaitu

pasangan pengantin masih dianggap sebagai raja iaitu 'Raja Sehari' dan layak

dipersembahkan Tari Piring di hadapannya ketika bersanding.

Cara Menari

Terdapat berbagai cara atau versi untuk menari Tari Piring, bergantung

kepada tempat atau kampung atau daerah di mana Tari Piring tersebut

diamalkan. Namun tidak banyak perbezaan antara satu tempat dengan tempat

yang lain, khususnya mengenai konsep, pendekatan dan gaya persembahan.

Secara keseluruhannya, untuk memahami bagaimana sesebuah Tari Piring

dipersembahkan, berikut adalah urutan atau susunan sesebuah

persembahannya.

1. Persiapan awal.

Sudah menjadi kebiasaan bahawa sesebuah persembahan kesenian

harus dimulakan dengan persediaan yang rapi. Sebelum sesebuah

persembahan diadakan, selain latihan untuk melatih kecekapan, para penari Tari

Piring juga seharusnya mempunyai latihan penafasan yang baik agar

persembahan berjalan dengan lancar.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

32

Page 33: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Menjelang hari atau masa persembahan, para penari Tari Piring mestilah

memastikan agar piring-piring yang mereka akan gunakan berada dalam

keadaan baik. Piring yang retak atau sumbing harus diketepikan atau digantikan

dengan yang lain, agar tidak membahayakan samada kepada diri sendiri atau

orang ramai yang menonton. Ketika ini juga penari telah memutuskan jumlah

piring yang akan digunakan.

Setelah berakhir persembahan Silat Pulut di hadapan pasangan

pengantin, piring-piring akan diatur dalam berbagai bentuk dan susunan di

hadapan pasangan pengantin mengikut jumlah yang diperlukan oleh penari Tari

Piring dan kesesuaian kawasan. Dalam masa yang sama, penari Tari Piring

telah bersiap sedia dengan menyarungkan dua bentuk cincin khas, iaitu satu di

jari tangan kanan dan satu dijari tangan kiri. Penari ini kemudian memegang

piring atau ceper yang tidak retak atau sumbing.

2. Memulakan tarian.

Tari Piring akan bermula sebaik sahaja rebana dan gong dipukul oleh

para pemusik. Penari akan memulakan Tari Piring dengan 'sembah pengantin'

sebanyak tiga kali sebagai tanda hormat kepada pengantin tersebut iaitu;

sembah pengantin tangan di hadapan sembah pengantin tangan di sebelah kiri

sembah pengantin tangan di sebelah kanan.

3. Semasa menari

Selesai dengan tiga peringkat sembah pengantin, penari Tari Piring akan

memulakan tariannya dengan mencapai piring yang di letakkan di hadapannya

serta mengayun-ayunkan tangan ke kanan dan kiri mengikut rentak muzik yang

dimainkan. Penari kemudian akan berdiri dan mula bertapak atau memijak satu

persatu piring-piring yang telah disusun lebih awal tadi sambil menuju ke arah

pasangan pengantin di hadapannya. Pada kebiasaannya, penari Tari Piring akan

memastikan bahawa semua piring yang telah diatur tersebut dipijak. Setelah

Pengajaran Tarian kanak-kanak

33

Page 34: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

semua piring selesai dipijak, penari Tari Piring akan mengundurkan langkahnya

dengan memijak semula piring yang telah disusun tadi. Penari tidak boleh

membelakangkan pengantin.

Dalam masa yang sama kedua-dua tangan akan berterusan dihayun ke

kanan dan ke kiri sambil menghasilkan bunyi 'ting ting ting ting .......' hasil

ketukan jari-jari penari yang telah disarung cincin dangan bahagian bawah piring.

Sesekali, kedua-dua tapak tangan yang diletakkan piring akan dipusing-

pusingkan ke atas dan ke bawah disamping seolah-olah memusing-

musingkannya di atas kepala.

4. Mengakhiri persembahan

Sesebuah persembahan Tari Piring oleh seseorang penari akan hanya

berakhir apabila semua piring telah dipijak dan penari menutup persembahannya

dengan melakukan sembah penutup atau sembah pengantin sekali lagi. Sembah

penutup juga diakhiri dengan tiga sembah pengantin dengan susunan berikut;

sembah pengantin tangan sebelah kanan sembah pengantin tangan sebelah kiri

sembah pengantin tangan sebelah hadapan.

Tempoh Menari

Tempoh atau jangkamasa menari oleh seorang penari Tari Piring adalah

bergantung kepada kecekapan dan kemahiran penari itu sendiri. Kecekapan dan

kemahiran menghayun piring yang diseimbangkan dengan ketukan cincin amat

perlu. Penari Tari Piring yang tidak terlatih mungkin akan menyebabkan piring

yang diletakkan di tapak tangan terlepas dan jatuh ke tanah. Biasanya insiden

seperti ini amat memalukan penari tersebut.

Dalam masa yang sama kepantasan penari melangkahkan kaki untuk

memijak piring yang telah disusun juga akan mempengaruhi tempoh sesebuah

Pengajaran Tarian kanak-kanak

34

Page 35: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Tari Piring. Namun pada keseluruhannya, seseorang penari Tari Piring akan

hanya menari dalam tempoh masa antara tiga hingga lima minit sahaja. Oleh itu,

biasanya sesebuah persembahan Tari Piring di hadapan pengantin akan hanya

mengambil masa tidak melebihi 15 minit, dengan jumlah penari antara tiga

hingga tujuh orang. Perlu ditekankan bahawa sesebuah persembahan Tari Piring

mesti disertai oleh penari dengan jumlah yang ganjil misal satu, tiga, lima, tujuh

atau sembilan orang.

Pakaian

Pada kebiasaannya, pakaian yang berwarna-warni dan cantik adalah

perkara wajib bagi sesebuah tarian. Tetapi bagi Tari Piring, memadai dengan

berbaju Melayu dan bersamping saja. Warna baju juga adalah terserah kepada

penari sendiri untuk menentukannya. Namun, warna-warna terang seperti merah

dan kuning sering menjadi pilihan kepada penari Tari Piring kerana ia lebih

mudah di lihat oleh penonton.

Alat Muzik

Alat musik yang digunakan untuk mengiringi Tari Piring, memadai dengan

pukulan Rebana dan Gong sahaja. Pukulan Gong amat penting sekali kerana ia

akan menjadi panduan kepada penari untuk menentukan langkah dan gerak Tari

Piringnya. Pada kebiasaannya, kumpulan Rebana yang mengiringi dan

mengarak pasangan pengantin diberi tanggungjawab untuk mengiringi

persembahan Tari Piring. Namun, dalam keadaan tertentu Tari Piring boleh juga

diiringi oleh alat musik lain seperti Talempong dan Gendang.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

35

Page 36: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Gong Rebana

Falsafah

Tarian Piring mempunyai peranan yang besar didalam adat istiadat

perkahwinan masyarakat Minangkabau. Pada dasarnya, persembahan sesebuah

Tari Piring di majlis-majlis perkahwinan adalah untuk tujuan hiburan semata-

mata. Namun persembahan tersebut boleh berperanan lebih daripada itu.

Persembahan Tari Piring didalam sesebuah majlis perkahwinnan boleh dirasai

peranannya oleh empat pihak iaitu; kepada pasangan pengantin, tuan rumah,

orang ramai dan kepada penari itu sendiri.

Pasangan pengantin adalah orang yang diraikan didalam majlis

perkahwinan. Mereka digelar 'Raja Sehari'. Oleh itu, persembahan Tari Piring di

hadapan mereka adalah pelengkap kepada hari bersejarah tersebut.Dalam masa

yang sama pasangan pengantin akan merasai bahawa kehadiran mereka

sebagai 'raja sehari' sedang dinanti-nantikan oleh orang ramai dengan simbolik

'selamat datang' melalui Tari Piring tersebut. Hal yang sama juga akan dirasai

oleh kedua-dua ibu bapa serta keluarga pengantin. Mereka merasakan bahawa

majlis persandingan tersebut belum tamat dan tidak lengkap jika tidak disertai

dengan persembahan Tari Piring.

Di kalangan orang ramai yang menghadiri majlis perkahwinan itu pula,

selain sebagai suatu hiburan, mereka boleh memberi semangat kepada para

Pengajaran Tarian kanak-kanak

36

Page 37: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

penari Tari Piring agar membuat persembahan yang lebih baik dan

menyeronokkan. Malah, kadangkala orang ramai yang menonton akan turut

serta menyertai persembahan tersebut, semata-mata untuk memeriahkan

suasana atau untuk menunjukkan kebolehan mereka. Keadaan ini agak berbeza

pula kepada para penari Tari Piring itu sendiri. Setengah daripada penari Tari

Piring yang masih bujang, menunjukkan kehebatan mereka menari adalah untuk

'memikat' gadis-gadis pengiring daripada pihak yang bertandang atau gadis-

gadis sekampung yang sedang menonton persembahan mereka.

Suatu perkara yang menarik bagi Tari Piring pentas ialah kebolehan dan

kecakapan penarinya memijak-mijak kaca di atas pentas sebagai mengakhiri

persembahan Tari Piring. Didalam persembahan ini kaca yang telah dipecah-

pecahkan berukuran antara tiga hingga delapan sentimeter di longgokkan di atas

pentas yang kemudiannya dipijak-pijak serta dikuis-kuis dengan kaki oleh para

penari. Simbolik kepada acara ini ialah "para pembawa hidangan sedang melalui

atau memijak kaca piring yang pecah semasa mereka membawa sajian lauk

pauk untuk dewa-dewa". Kaki penari tidak cedera.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

37

Page 38: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

3.1.9 Alat-alat Muzik Yang Biasa Digunakan Dalam Tarian Tradisional

Melayu

Tidak lengkap tarian tanpa muzik. Muzik dan tarian saling memerlukan

untuk saling melengkapi bagai laut dan pantai. Di sini kami ingin

memperkenalkan beberapa alat muzik yang sering di gunakan oleh masyarakat

Melayu. Terdapat 4 kelompok alat muzik iaitu Kordofon, Idiofon, Membranofon,

dan Erofon:

Kordofon

Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber bunyinya terhasil daripada bahan

"tali" yang diregangkan.

Contohnya : gambus,sape,rebab, sundatang

Gambus

Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah. Ia mempunyai 12 tali tangsi.

Badannya membujur bulat seakan-akan labu air dengan belakangnya yang

melengkung. Lehernya ialah persambungan dari badannya. Ia dipetik sama

seperti bermain gitar. Alat muzik ini digunakan dalam permainan Ghazal atau

Pengajaran Tarian kanak-kanak

38

Page 39: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian serta tarian Andai-Andai oleh orang

Brunei di Sabah.

Sejenis alat muzik tradisi dari Timur

Tengah.

Sape

Sape mempunyai empat utas tali. Pada masa dahulu, tali-tali sape

diperbuat daripada rotan yang diraut halus. Kini, dawai-dawai halus pula

digunakan sebagai tali sape kerana lebih mudah diperolehi dan bunyinya lebih

mantap. Diperbuat daripada kayu. Badan sape berbentuk bujur dan panjang.

Bahagian muka sape rata sahaja manakala bahagian belakang sape pula

ditebuk sebagai kotak bunyi. Sape dimainkan dengan cara meribanya seperti

gambus. Tali sape dipetik menggunakan jari. Kemudian jari tangan yang satu

lagi menekan tali-tali pada batangnya. Melodi hanya dimainkan oleh satu tali

sahaja. Tali yang tiga hanya menghasilkan dengung. Sape dimainkan untuk

hiburan, mengiringi upacara berubat dan mengiringi persembahan tarian

tradisional seperti ngajat.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

39

Page 40: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Sape mempunyai empat utas tali

Rebab

Rebab merupakan alat muzik yang tertua di dalam sejarah permainan

muzik tradisi Melayu. Ia dikenali juga dengan nama anak umbang di kalangan

bomoh-bomoh Melayu. Pada awalnya digunakan di dalam masyarakat Melayu

sebagai alat perubatan tradisi yang disebut main peteri.

Gesekan rebab oleh pawang menjadi sebagai penawar kepada pesakit.

Perubatan cara ini disokong oleh kekuatan jampi oleh pawang. Bentuk rebab

dapat dibahagikan secara kasarnya kepada 3 bahagian iaitu pangkal, leher dan

kepala. Ukuran tingginya antara 7.55sm hingga 8.5sm. terdapat nama-nama

khususnya yang diberikan pada bahagian-bahagiannya. Digunakan juga sebagai

alat untuk permainan muzik tradisi di samping menjadi alat penting di dalam

permainan Mak Yong hinggakan dalam permainan tersebut terdapat satu babak

dipermulaannya yang dikenali sebagai menghadap rebab.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

40

Page 41: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Merupakan alat muzik yang tertua di dalam sejarah permainan muzik tradisi

Melayu.

Idiofon

Jenis-jenis alat yang mana bunyinya dapat dihasilkan secara spontan

melalui kaedah-kaedah seperti laga, goyang dan ketukan mengikut keadaan dan

bentuk semulajadi sesebuah alat itu.

Contohnya: gong, canang, kesi, bonang caklempong, mong dan kenung,

angklung, seron, demung.

Gong

Gong ini diperbuat daripada besi. Ada juga gong yang diperbuat daripada

gangsa yang bercampur timah. Jenis gong yang biasa digunakan dipanggil

tawak-tawak. Gong dimainkan dalam pelbagai persembahan muzik tradisi

misalnya dalam persembahan Mak Yong. Mukanya satu sahaja dan di tengah

Pengajaran Tarian kanak-kanak

41

Page 42: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

mukanya dilekukkan daripada dalam serta membonjol keluar. Gong dimainkan

secara dipalu dengan kayu berbalut getah dihujungnya dan bunyinya

berdengung.

Gong ini diperbuat daripada besi.

Canang

Canang diperbuat daripada perenggu atau loyang. Saiz canang kecil.

Bahagian tepi canang melengkung ke dalam. Pada bahagian muka canang ada

tombol kecil. Canang disusun di atas para khas dan dipalu. Pemalu canang

diperbuat daripada kayu. Bahagian yang dipalu ialah bahagian tombol canang.

Biasanya canang dimainkan secara berpasangan. Canang dimainkan untuk

mengiringi persembahan wayang kulit dan wayang Melayu.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

42

Page 43: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Canang diperbuat daripada perenggu atau Loyang

Kesi

Sejenis alat idiofon dari keluarga simbal yang dibentuk daripada kepingan

tembaga. Bahagian tengah permukaannya kelihatan melengkung ke dalam.

Berperanan sebagai alat pelengkap irama dalam ensemble paluan tradisional.

Ianya disertakan dalam dua pasangan iaitu salah satu daripadanya dipaku pada

tapak kayu secara kekal dan yang satu lagi dipasang dengan tali. Untuk

menghasilkan bunyi, alat-alat tersebut dilagakan dengan menggunakan kaedah

hentakan. Digunakan dalam ensemble paluan tradisional yang pada mulanya

berkembang di negeri Kelantan seperti Wayang Kulit, Mak Yong dan Menora

serta ensemble paluan untuk tarian tradisional seperti Asyik dan Wau Bulan.

Alat idiofon dari keluarga "simbal" yang dibentuk daripada kepingan tembaga.

Bonang Caklempong

Caklempong diperbuat daripada tembaga atau perunggu. Saiz

caklempong kecil. Bentuk caklempong seperti periuk iaitu melengkung ke bawah.

Muka caklempong licin. Pada bahagian tengah muka caklempong ada satu

Pengajaran Tarian kanak-kanak

43

Page 44: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

tombol kecil. Caklempong dimainkan dengan cara menyusunnya sebaris di atas

para khas. Kemudian pemain duduk menghadap caklempong dan memalunya

menggunakan sepasang kayu pemalu. Caklempong dimainkan untuk mengiringi

pencak silat, tarian piring, tarian lilin, tarian inai, wayang kulit, menora, main

puteri, mengarak pengantin, persembahan randai dan lagu-lagu tempatan.

Kebiasaanya dimainkan oleh masyarakat Melayu di Perak dan Kelantan serta

masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan.

Caklempong diperbuat daripada tembaga atau perunggu.

Mong dan Kenung

Mong diperbuat daripada perunggu. Dimainkan dalam satu set yang diatur

atas regangan tali-tali pada para khas. Pemalu berbalut digunakan untuk

memalu tombol mong. Mong dimainkan oleh seorang pemain sahaja.

Kebiasaannya mong dimainkan untuk mengiringi persembahan menora, wayang

gedak, wayang Jawa dan gamelan. Masyarakat Melayu di Semenanjung

terutamanya di Kelantan, Pahang, Johor dan Terengganu sering memainkannya

dalam persembahan tertentu. Kenung diperbuat daripada perunggu. Bentuk

kenung seperti periuk. Saiz kenung besar. Sisi muka kenung bertebing

(meninggi). Di tengah-tengah muka kenung pula ada tombol. Diletakkan di atas

rentangan tali pada para khas. Kemudian tombol kenung dipalu dengan pemalu

yang berbalut. Kenung dimainkan oleh masyarakat Melayu di Pahang,

Terengganu dan Johor bagi mengiringi persembahan gamelan.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

44

Page 45: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Mong dan Kenung diperbuat daripada perunggu.

Membranofon

Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber bunyinya terhasil daripada

bahan "kulit" yang diregangkan.

Contohnya: gedombak, geduk, rebana, gendang, jidur.

Gedombak

Adalah sejenis gendang berbentuk jambangan bunga. Bahagian mukanya

besar dan dibalut dengan kulit kambing. Bahagian kecilnya dibiarkan berlubang.

Alat muzik ini biasanya digunakan dalam kumpulan wayang kulit dan tarian

tradisi.

Sejenis gendang berbentuk jambangan bunga.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

45

Page 46: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Geduk

Geduk adalah sejenis gendang yang mempunyai dua muka. Muka geduk

diperbuat daripada belulang lembu atau kerbau. Pada mulanya belulang

diletakan pada badan geduk menggunakan perekat. Kemudian belulang itu

dipancang dengan baji kayu atau besi. Badan geduk disebut temalang yang

diperbuat daripada kayu keras seperti kayu nangka dan bentuknya agak

cembung sedikit. Bahagian dalam temalang disebut lompang. Dua bilah buluh

dipasang pada satu sisi temalang. Bilah-bilah tersebut lebih panjang daripada

temalang dan berfungsi sebagai kaki. Dengan adanya kaki tersebut, geduk

berdiri dengan mukanya sedikit serong bagi memudahkan pemain memalu muka

geduk. Geduk dimainkan secara berpasangan iaitu pasangan geduk ibu dengan

geduk anak bagi mengiringi persembahan wayang kulit dan menora.

Sejenis gendang yang mempunyai dua muka.

Rebana

Rebana adalah sejenis gendang satu muka yang berbentuk seperti pasu.

Ianya sering digunakan dalam ensemble muzik sinkretik yang berkembang di

kalangan masyarakat Melayu bandaran seperti Dondang Sayang, Joget, Inang,

Masri, Zapin, Cinta Sayang dan Ayam Didik. Peranannya dalam ensemble

adalah sebagai penyokong irama dengan pola-pola paluan yang dapat

dikategorikan sebagai irama asas (basic) penambahan (additire) dan menyilang

Pengajaran Tarian kanak-kanak

46

Page 47: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

iaitu cross rythmn. Bahan ekustik seperti kayu, kulit kambing, rotan dan buluh

digunakan untuk membuatnya. Baluh ataupun temalang bagi alat rebana

lazimnya diperbuat daripada kayu nangka yang diakui dapat mempengaruhi

peningkatan mutu suara sesebuah alat itu.

Rebana adalah sejenis gendang satu muka yang berbentuk seperti pasu.

Gendang Silat

Sepasang gendang bulat besar, anak dan ibu. Temalang atau badannya

diperbuat daripada kayu merbau dan kedua-duanya ditutup dengan kulit

harimau. Kedua-dua gendang dipalu dengan tangan atau pemukul yang

diperbuat daripada kayu merbau. Lilitan rotan halus diselitkan di antara tebing

dan belulang untuk menetapkan ketegangannya.

Sepasang gendang bulat besar, anak dan ibu.

Erofon Pengajaran Tarian kanak-kanak

47

Page 48: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Jenis-jenis alat yang mana sifat serta sumber-sumber bunyinya terhasil

melalui peniupan ataupun hembusan angin.

Contoh : serunai, seruling, selumpit.

Serunai

Serunai adalah sejenis alat muzik tradisi yang perlu ditiup apabila hendak

membunyikannya. Alat tiupan ini mempunyai pipit berlapis-lapis. Pelidaknya

sebanyak empat lapis diperbuat daripada daun lontar kering. Pemegang pipit

ialah tiub-logam yang dipasang pada kemuncak badan serunai. Badan serunai

diperbuat daripada kayu keras dalam bentuk kun dengan bahagian bawahnya

berbentuk loceng. Badannya boleh diceraikan kepada tiga bahagian. Badan

serunai mempunyai tujuh lubang memetik di belakang. Serunai digunakan untuk

mengiringi wayang kulit, menora, gendang silat dan gendang keling.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

48

Page 49: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Serunai adalah sejenis alat muzik tradisi yang perlu ditiup apabila hendak

membunyikannya.

3.2 Tarian Tradisional Cina

3.2.1 Tarian Singa

Pengajaran Tarian kanak-kanak

49

Page 50: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Tarian Singa (bahasa Cina pinyin: wushi) adalah sebahagian daripada

tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan

meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa.

Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di

bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan

penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua

penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan.

Alat Muzik Tarian Singa

Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang

dikatakan akan membawa tuah.

 

Sejarah Tarian Singa

Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang

Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa

Pengajaran Tarian kanak-kanak

50

Page 51: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam.

Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza.

Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan

sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular

ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".

Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang

menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka

menggunakan warna merah, jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa betina).

Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan

sebagai hiburan.

Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian

ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat

dan upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna

dan kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan

mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.

3.2.2 Tarian naga

Tarian naga ialah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam

Pengajaran Tarian kanak-kanak

51

Page 52: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

budaya Cina. Sepertilah tarian singa, tarian naga sering dipersembahkan pada

musim perayaan. Orang Cina selalu menyebut "Keturunan Naga" sebagai

lambang identiti etnik.

Naga adalah sejenis haiwan dongeng yang melambangkan kuasa

luarbiasa, kebaikan, kesuburan, kewaspadaan serta kehormatan dalam budaya

Cina. Tarian Naga lazimnya dipersembahkan ketika sambutan Tahun Baru Cina.

Tarian ini juga dipercayai membawa tuah dan kekayaan bagi tahun yang baru.

Selain itu, tarian naga merupakan sebuah tarian bersemangat yang

sentiasa diiringi paluan gendang tagu Cina, dan simbal, serta memerlukan

keberanian dan penataan gerak tarian yang tepat di antara penari-penarinya

Tarian ini selalunya memerlukan seramai 60 orang penari yang mahir bagi

mempertunjukkan persembahan. Tarian naga ini dipersembahkan dengan penuh

kepakaran, keanggunan serta penataan gerak tarian yang tepat bagi

menjadikannya seakan-akan naga yang bergerak..

Pada fikiran orang Cina, naga adalah sejenis hidupan yang

menguntungkan. Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh

menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah. Oleh sebab itu, sejak

zaman nenek moyang semasa mereka merayakan Tahun Baru Cina, atau

memimpin prosesi untuk menyambut seorang dewa, bahkan ketika ada bencana

alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan mengadakan tarian naga

untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.

Dalam tarian ini, sepasukan orang Cina memegang sebatang "naga" —

iaitu imej naga Cina — dengan tiang. Penari-penari hadapan mengangkat,

mencelup, membidas, dan menyapu kepala naga, yang boleh memiliki ciri-ciri

animasi yang dikawal oleh seorang penari dan kadang-kala dikawal untuk

mengeluarkan asap dari alat-alat piroteknik. Pasukan tarian meniru apa yang

dipercayai sebagai gerakan semangat sungai ini secara berbelok-belok dan

Pengajaran Tarian kanak-kanak

52

Page 53: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

beralun-alun. Gerakan-gerakan dalam persembahan ini secara tradisinya

melambangkan peranan-peranan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah.

Tarian naga ialah satu acara utama sambutan Tahun Baru Cina.

Sejarah Tarian Naga

Tung Chung Shu, seorang ilmuwan terkenal pada tahun-tahun awal

Dinasti Han Barat, menulis sebuah buku "Ch'un-Ch'iu Fan-lu". Di dalam buku itu

terdapat maklumat tentang tarian hujan selama musim semi kekeringan.

Tarian itu menglibatkan sejumlah besar daripada anak laki-laki, pemuda,

laki-laki setengah baya, duda dan orang tua. Setelah tiga hari mengikhlaskan

pantang, Warna kostum naga menutupi mereka, dan menghadap ke empat arah,

mereka menari-nari dan berdoa kepada Tuhan.

Menurut falsafah lima elemen (logam, kayu, air, api dan tanah) popular

selama Dinasti Han, banyak objek yang berpadanan dengan ekspresi daripada

lima elemen. Untuk alasan ini, dansa naga datang dalam lima warna: hijau,

merah, kuning, putih dan hitam. Yang membezakan naga dengan lima warna

ialah tradisi rakyat pada tahun-tahun awal dinasti Han. Bagaimanapun, pada hari

ini kita hanya dapat melihat naga emas dan naga hijau.

Sekarang, sebagai hasil daripada usaha-usaha orang Cina di luar negeri

China bagi mengekalkan dan mempromosikan budaya tarian naga,

persembahan ini telah menjadi terkenal di seluruh dunia. Dalam masa beberapa

dekad, oleh sebab kombinasi daripada rakyat popularisasi adat dan promosi oleh

tentera korps hiburan, tarian naga telah menjadi persembahan secara terbuka

yang penting bagi kumpulan persembahan tradisional yang disajikan dalam

sambutan Tahun Baru Cina.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

53

Page 54: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

3.2.3 Tarian kipas

Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli,

di mana 7 wanita dan 2 lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina

mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada

masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

54

Page 55: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana

masyarakat cina mempercayai "Fung Shui" iaitu suatu kepercayaan masyarakat

cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu

kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini

boleh membawa kebaikan atau "Fung Shui" yang baik kepada seluruh anggota

masyarakat.

3.3 Tarian Tradisional India

3.3.1 Bharatha Natyam

Pengajaran Tarian kanak-kanak

55

Page 56: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klasik India.

Tarian klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan

tradisi dan dramatik. Bagi menguasai tarian ini, masa yang lama perlu diambil

kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari

secara mendalam demi mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati

ini secara lengkap dan penuh dengan kegemilangan.

Asal Tarian Bharata

Tarian ini berasal dari wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India.

Secara tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang

penari wanita. Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi

enam peringkat iaitu dikenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam,

Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau

tarian tulen dan Nritya( Tarian Ekspressi ).

3.3.2 Tarian Kathak

Pengajaran Tarian kanak-kanak

56

Page 57: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Tarian Kathak merupakan salah satu tarian klasikal India yang berasal

dari utara India. Perkataan Kathak berasal dari perkataan india iaitu katha yang

bermaksud "seni bercerita" .

Dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada

dewa-dewa Hindu. Kathak telah berkembang ke istana-istana pemerintah.

Pada kurun ke-11 dan 12, diwaktu pemerintahan era mogul di India

persembahan tarian Kathak telah berpindah dari kuil ke istana-istana Mogul.

Seni tarian Kathak ketika itu juga telah dicampuri tarian budaya Turki dan Parsi.

Ketika era inilah teknik chakkar (pusing) diperkenalkan dipercayai dari Tarian

Sufi dari Turki.

3.4 Tarian Tradisional Kaum lain-lain

3.4.1 Tarian Sumazau

Pengajaran Tarian kanak-kanak

57

Page 58: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Sumazau adalah sebuah tarian kaum Kadazan yang lazimnya

dipersembahkan sewaktu acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan. Ia

dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak,

untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit. Penari lelaki dan

perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri

yang perlalan serta pergerakan yang menngambarkan burung yang sedang

terbang.

Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat

terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku

kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan yang

bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan

Mei.

Ilham tarian Sumazau ini adalah daripada corak penerbangan burung

helang yang disaksikan petani-petani yang berehat di sawah sewaktu musim

menuai. Setiap penari yang menjayakan tarian ini hendaklah bergerak beberapa

sentimeter saja daripada penari lain tanpa bersentuhan.

Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang

ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan

menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat,

dan mengubati penyakit.

Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan

dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan

iringan paluan gong, biasanya 6 buah gong yang berbagai ukuran dan

satu gendang dengan rentak yang khusus. Tempoh dan rentak pukulan gong

Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah dan desa.

Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan

dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang

Pengajaran Tarian kanak-kanak

58

Page 59: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

dimainkan dengan perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan

wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan

langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama

lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti

burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari

keramaian dan di majlis jamuan, namun tujuan asal tarian ini ialah untuk

menyambut kedatangan "Bambaazon" (semangat padi) yang biasa dilakukan

pada selepas menuai padi.

Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan

biasanya memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak

menarik menggunakan benang berwarna emas. Penari perempuan dihiasi

dengan selendang serta talipinggang (tangkong) yang diperbuat daripada duit

syiling perak (trade dollars). Penari lelaki biasanya akan memaki tanjak di

samping pakaian serba hitam serta menyendang daun silad kering.

Kini, tarian Sumazau diadakan dalam banyak majlis keramaian seperti

majlis-majlis perkahwinan, majlis-majlis keraian menyambut ketibaan orang-

orang kenamaan, di mana ia turut juga ditarikan oleh semua yang hadir dengan

tidak mengira suku kaum dan peringkat umur bagi memeriahkan majlis tersebut

tanpa memakai pakaian tradisional hitam.

Ciri-ciri Pakaian Tradisi Tarian Sumazau

a) Blaus berlengan panjang (sinipak ) berwarna hitam.

b) Gonob (sarong) paras lutut.

Perhiasan Pakaian

a) Renda bercorak dijahit tangan pada lengan blaus.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

59

Page 60: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

b) Lengan blaus di atas siku ke bawah pula dibelah dan dijahit tangan dengan

berbagai corakl kain berenda.

c) Kain hitam berlapis-lapis dengan renda kuning keemasan (sunduk do

sunalatan) disandang di tangan sebelah kanan.

d) 2 pasang selendang merah.

e) Kain dastar sebagai kolar baju.(selindang lolopot)

f) Gonob ditenun sendiri oleh suku kaum Dusun Tindal menggunakan kain

tenunan dari hasil pemprosesan pisang larut (textil musa)

3.4.2 Limbai

Tarian ini adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian Limbai

ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah

pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan

dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin.

Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke rumah

untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan. Irama dan bahasa tarian

Pengajaran Tarian kanak-kanak

60

Page 61: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin naik ke rumah. Penari-penari

melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan

mengucapkan selamat datang.

3.4.3 Tarian Ngajat.

Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan orang Iban di Sarawak.

Tarian Ngajat terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah:-

1. Ngajat Induk

2. Ngajat Bebunoh

3. Ngajat Lesong

4. Ngajat Semain

5. Ngajat Berayah

6. Ngajat ““Ngemai antu pala”

Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari

Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada

zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.

Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju

burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung

merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit

haiwan seperti kulitberuang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

61

Page 62: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke

bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang

dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau

Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang

menyambut gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.

Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di

tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan

musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.

Alat Muzik Tarian Ngajat

Lagu iringan dibunyikan daripada alat-alat seperti gong besar dan

kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali

seperti gitar.

Pakaian Tarian Ngajat

Bagi penari lelaki atau digelar 'keling', Mereka akan memakai pakaian

tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung dan juga memakai topi yang

dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan

keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak

dijahit kiri dan kanannya. Manakala bagi penari wanita atau digelar sebagai

'kumang' pula, mereka memakai pakaian tradisi.

4.0 Tarian Kontemporari

4.1 Tarian Shuffle

Pengajaran Tarian kanak-kanak

62

Page 63: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Shuffle bermaksud sejenis tarian yang menggelungsur kaki dengan diiringi

rentak muzik tekno. Ianya bermula era 1980an dan berasal dari Melbourne,

Australia. Namun di Malaysia, tarian ini  diolah dengan kreativiti dan identiti anak

muda tempatan.

Tarian Shuffle adalah tarian yang dahulu pernah di mainkan oleh para

suku leluhur orang malaysia,tarian yang menyeretkan kaki ke belakang,samping

dan ke depan seperti michael jackson yang suka menari hingga menyurupai

orang yang sedang berjalan dengan menggunakan sepatu,tetapi dengan jaman

semakin modern berbagai kompetisi shuffle dance atau tarian shuffle atau juga

tarian yang memberatkan konsentrasi kaki kebawah, diselenggarakan di stadion

besar di negara malaysia bahkan di jalan-jalan dan biasanya di pusat kota

banyak yang melakukan tarian shuffle dance, karna banyaknya anak muda yang

menyukai tarian tersebut dan akhirnya tarian shaffle telah di sukai oleh anak

muda di Australia dan Negara lainnya.

Suatu ketika dahulu tarian Hip Hop dan tarian jalanan seperti Breakdance

berjaya melebarkan sayapnya di serata dunia dengan lenggok dan irama

tariannya yang unik dan menarik sehingga memikat hati segelintir pencinta seni

Tidak terkecuali juga dengan Malaysia,negara yang sentiasa mengikut arus

semasa dan perkembangan terkini seni hiburan dinia.Jika ketika tarian-tarian ini

menjadi sangat terkenal dengan kemunculan di video klip artis-artis popular,kini

Pengajaran Tarian kanak-kanak

63

Page 64: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

muncul pula tarian baru yang dianggap pada awal kemunculannya sebagai tarian

pelik tetapi berjaya memikat hati rakyat Malaysia dengan mengambil alih

kedudukan sebagai tarian yang paling diminati oleh remaja-remaja di Malaysia.

Tarian ini dikenali sebagai

Mengelungsurkan kaki di lantai dengan diiringi muzik Tecno menjadi

Trademark bagi mereka yang meminati dan menarikan tarian ini sehingga ia

mencipta fenomena yang hebat di Malaysia.Kesannya,kanak-kanak juga

meminati dan mampu menarikan tarian ini dengan baik.

Dengan jumlah peminat yang agak besar dan banyak bahan-bahan yang

boleh dijadikan rujukan di Internet menjadikan Shuffle semakin pantas terkenal.

Ini dapat dibuktikan dengan melihat ragam remaja menarikan tarian ini dimana

sahaja tidak kira di sekolah mahupun dipusat membeli belah.

Sejarah Shuffle

Merujuk kepada Kamus Oxford Edisi ke 2 cetakan ke 15 untuk tahun

1996,muka surat 318, Shuffle bermaksud berjalan menyeret

kaki,merombak,membuang.Itu maksud Shuffle mengikut bahasa. Manakala

mengikut istilah pula,Shuffle merupakan sejenis tarian yang menyeret kaki

dengan diiringi muzik elektronik yang rancak.

Tarian Shuffle mula ditarikan sekitar tahun 1980 an dan berasal dari

Melbourne, Australia. Tarian ini mendapat perhatian remaja disana pada awal

kemunculannya disebabkan faktor-faktor keunikan dan kesesuaian tarian ini

untuk ditarikan di kelab-kelab malam. Disamping publisiti yang diberikan oleh

majalah, rangkaian televisyen dan laman web perkongsian video(YouTube),

kemunculan muzik-muzik tecno yang rancak dan menarik juga merupakan

faktor-faktor penyebab tarian ini semakin popular di sana.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

64

Page 65: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Tahukah anda bahawa Tarian Shuffle ini lebih dikenali sebagai Melbourne

Shuffle di luar negara iaitu merujuk kepada tempat asal dimana Shuffle

dilahirkan.Namun di Malaysia,tarian ini lebih dikenali sebagai Shuffle sahaja

kerana tarian shuffle di Malaysia telah diterapkan dengan nilai setempat dan

diselitkan dengan kreativiti anak muda tempatan dalam mengubah koreografi

Mengenai sejarah di Malaysia pula,dikatakan Shuffle dibawa masuk dan

dipopularkan oleh seorang DJ yang dikenali sebagai Apek Whuut. Oleh sebab

minat yang mendalam kepada Shuffle ini, Beliau kemudian menubuhkan sebuah

kumpulan yang memperjuangkan Shuffle sebagai aliran utama. Kumpulan ini

lebih dikenali sebagai HardStyle Republic.

Lagu-lagu untuk tarian shuffle juga kebanyakannya dicipta oleh beliau

selain lagu sedia ada yang diimport dari Australia.

Dengan langkah tarian yang tidak terlalu kompleks dan boleh juga

dikategorikan sebagai tarian yang mudah dipelajari menjadi penyebab utama

mengapa tarian ini popular dan lebih cepat menular berbanding tarian lain.

4.2 Tarian Hip Hop

Pengajaran Tarian kanak-kanak

65

Page 66: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Hip-hop adalah sebuah gerakan kebudayaan yang mulai tumbuh sekitar

tahun 1970’an yang dikembangkan oleh masyarakat Afro-Amerika dan Latin-

Amerika. Hip Hop merupakan perpaduan yang sangat dinamis antara elemen-

elemen yang terdiri dari MCing (lebih dikenal rapping), DJing, Breakdance, dan

Graffiti. Belakangan ini elemen Hip Hop juga diwarnai oleh beatboxing, fashion,

bahasa slang, dan gaya hidup lainnya.

Awalnya pertumbuhan Hip Hop dimulai dari The Bronx di kota New York

dan terus berkembang dengan pesat hingga ke seluruh dunia. Hip hop pertama

kali diperkenalkan oleh seorang Afro-Amerika, Grandmaster Flash dan The

Furious Five. Awalnya musik Hip Hop hanya diisi dengan musik dari Disk Jockey

dengan membuat fariasi dari putaran disk hingga menghasilkan bunyi-bunyi yang

unik. "Rapping" kemudian hadir untuk mengisi vokal dari bunyi-bunyi tersebut.

Sedangkan untuk koreografinya, musik tersebut kemudian diisi dengan tarian

patah-patah yang dikenal dengan breakdance. Pada perkembangannya Hip Hop

juga dianggap sebagai bagaian dari seni dan untuk mengekspresikan seni visual

muncullah Graffiti sebagai bagaian dari budaya Hip Hop.

Tarian in bermula era 1970an dan dikembangkan oleh masyarakat Afro-

Amerika dan Latin-Amerika. Bunyi ‘hip hop’ pula merupakan tiruan bunyian

hentakan kaki tentera serta diisi juga dengan tarian patah-patah yang dikenali

sebagai breakdance.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

66

Page 67: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Penyebutan pertama tarian hip hop tanggal kembali ke 70 ketika

beberapa gerakan baru diperkenalkan ke dunia tarian untuk menemani suara

musik funky hip hop yang juga ditemukan.Pada hari-hari sebelumnya, beberapa

tarian hip hop bergerak seperti Tari Humpty yang dipopularkan oleh artis hip hop

yang telah menciptakan lagu-lagu dari mana tarian ini berasal.

Di seluruh Amerika Serikat dari 'Boogie Down' Bronx, New York dengan

'Kalahkan Street sudut Compton, California, orang-orang muda di mana-mana

dibutuhkan untuk ini menari gaya baru yang mencakup prestasi seperti

melanggar, bermunculan, mengunci, meluncur, berdetik dan bergetar.

Dari bentuk-bentuk gaya bebas yang sering menjadi sorotan dari

pertempuran informal, baik indoor maupun outdoor untuk secara rasmi penari

terlatih yang mulai memasukkan tarian hip hop sebagai alat tarian dan latihan

fizikal, tarian hip hop terus berkembang.

Kini, hip hop telah mendapatkan tempat menari balet bersama, tekan, jazz

dan ballroom, untuk beberapa nama. Hari ini, tarian hip hop telah mendapatkan

tempat yang diakui dalam studio tarian dan dipraktikkan secara teratur seperti

gaya lainnya.

Yang jelas adalah bahwa muzik hip hop telah bertahan bertentangan

dengan perubahan dan berjuang jalan ke bidang tarian di seluruh dunia.

Sejarah Hip Hop

Hip hop ialah satu aliran muzik rap yang berasal dari bandar raya New

York di Amerika pada 1970-an oleh kaum kulit hitam, khususnya orang Amerika

Afrika dan Amerika Latino.Antara artis hip hop terkenal adalah ialah Timbaland,

Akon, Snoop Dogg, Nate Dogg, Dr Dre, Chris Brown dan Usher.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

67

Page 68: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

1520 Sedwick Avenue adalah sebuah kawasan di New York yang diklaim

sebagai tempat awal lahirnya komunitas HipHop. “Disinilah kami berasal”, cetus

Clive Campbell, salah seorang yang merelakan lantai satu di rumahnya dijadikan

sebuah markas untuk berkumpul. “Kebudayaan Hip Hop berawal dan lahir disini,

yang nantinya akan tersebar di seluruh dunia, di sinilah kami barasal karena

memang kami tidak memiliki tempat lain untuk bertemu, bukan di tempat lain”

sahutnya. Selain nama tersebut, terdapat pula nama DJ Kool Herc yang

memperkenalkan turntable pada saat itu di sebuah party pada tahun 1973. Pada

awal penampilannya, DJ Kool Herc membawakan lagu-lagu dari James Brown,

Jimmy Castor, dan Babe Rooth. Kool Herc pula lah yang akhirnya menciptakan

scratch dan bunyi-bunyian aneh yang menimbulkan sebuah sensasi yang luar

biasa pada saat itu.

HipHop terasa kurang lengkap tanpa MC. Celah inilah yang dilihat oleh

Melle Mel, MC pertama pada dunia Hip Hop. Pada awalnya Melle Mel merasa

bingung apa yang akan diucapkannya pada penampilan pertamanya tersebut,

namun karena dirinya telah dipenuhi kebosanan dengan peraturan-peraturan

dari pemerintah yang mengekang, akhirnya Melle Mel mengeluarkan rasa

bencinya pada pemerintah dan pandangannya tentang kehidupan lewat lirik-

liriknya. Mulai saat itu lah musik HipHop lebih banyak menceritakan tentang

kehidupan disekitar masyarakat kulit hitam dan teriakan-teriakan serta protes

suara hati mereka kepada pemerintahan yang berlaku tidak adil. Lirik-lirik musik

Hip Hop cenderung keras dan tegas. Itulah Hip Hop.

Hip Hop sebagai kebudayaan diperjelas lagi pada tahun 1983 oleh Black

Spades yang merupakan anggota dari Afrika Bambaataa dan The Soulsonic

Force lewat track yang berjudul “Planet Rock”. Lagu ini merupakan sebuah

musik Hip Hop yang menarik karena memiliki perpaduan antara rap yang

sederhana dan irama musik disko yang diciptakan melalui drum electronic dan

synthesizer. Pada tahun 1985 berulah dengan teknologi stereo, Run DMC, LL

Cool J, The Fat Boys, Herbie Hancock, Soulsonic Force, Jazzy Jaz, dan

Pengajaran Tarian kanak-kanak

68

Page 69: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Stetsasonic yang mengeluarkan album-album andalannya sehingga menjadi

legenda musik Hip Hop hingga saat ini.

Pakaian Tarian Hip Hop

Pakaian ketika menari tarian hip hop harus tegang dan gaya. Pakaian

harus sangat longgar memungkinkan untuk banyak gerakan bebas. Kerana hip

hop melibatkan gerakan besar yang terbaik adalah memakai longgar pakaian

sehingga tidak ada banyak gesekan yang disebabkan jika bagian tubuh harus

menyentuh tanah selama bergerak.

Tergantung pada lagu yang dimainkan selama tarian rutin. Penari dapat

memilih dan mencocokkan pakaian sesuai. Tarian Hip Hop adalah gaya tari yang

memungkinkan bagi orang untuk berpakaian dalam berbagai cara. Kerana itu

tidak sangat formal, tidak adalah persyaratan pakaian. Pakaian sehari-hari dapat

dipakai asalkan mereka memberi ruang yang cukup untuk penari untuk bergerak

dan melakukan gaya gerakan yang dipilih.

Koordinasi warna adalah bentuk yang paling popular koordinasi gaya

yang hip hop masyarakat suka memakai semasa menari Tarian Hip Hop. Ingat

pakaian yang dapat membantu banyak tidak hanya dari sudut pandang gaya

tetapi juga dari titik keterampilan berdiri. Memakai kombinasi yang tepat dari

pakaian dancewear hip hop dapat membantu membuat lebih mudah untuk

membuat pergerakan tertentu.

Sepatu hip hop adalah sangat penting kerana mereka adalah pakaian

langsung yang membantu penari bergerak dan berinteraksi dengan tanah. Ini

membolehkan kaki untuk berputar dan melompat serta beberapa gaya senaman

lebih atletis bergerak yang digunakan dalam penari tarian hip hop. Sepatu bersol

tebal sangat penting untuk ini.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

69

Page 70: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

4.3 Tarian Breakdance

Tarian ini  bermula di Bronx, New York pada era 1970an. Tarian ini

memerlukan momentum, kekuatan, keseimbangan badan dan kreativti yang

tinggi serta memiliki muzik dimana ia dikawal oleh seorang DJ. Penari lelaki

digelar 'b-boying' dan penari perempuan  pula dipanggil 'b-girling'.

Tarian ini mempunyai sejarah panjang,dan berbagai toko didalamnya

yang tak dikenal banyak orang. Pengaruh lain dalam tarian ini adalah kungfu,

senam, muzik james brown dengan gerakan uniknya. Semua dicampur untuk

membuat suatu tarian yang khas.

Banyak orang yang suka dengan tarian breakdance dan tarian itu menjadi

sangat terkenal.Begitu mudah melihatnya, mereka pasti ingin meniru dan

melakukannya. Tujuannya remaja menari Tarian Breakdance adalah

menunjukan bahawa tarian ini adalah budaya tingkat tinggi.

5.0 Tarian Senamrobik

Pengajaran Tarian kanak-kanak

70

Page 71: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

5.1 Definisi Senamrobik

Tarian aerobik atau dipanggil senamrobik dilakukan oleh sekumpulan

orang dengan pergerakan atau kareografi yang telah diatur mengikut muzik

dengan beat atau kelajuan tertentu dengan dimulakan dengan memanaskan

badan, kareografi tarian, kondisasi otot dan menyejukkan badan. Di Malaysia,

kita dapat lihat pelbagai jenis orang termasuk mereka yang montel, bulat menjadi

jurulatih senamrobik dengan harapan untuk mengajar orang lain menguruskan

badan.

Senaman aerobik adalah senaman yang melibatkan penggunaan oksigen

dalam badan. Aerobik bermaksud “dengan oksigen” dan merujuk kepada

penggunaan oksigen dalam metabolism badan atau tenaga-proses penjanaan.

Pada mulanya ,sebarang aktiviti mendapatkan tenaganya daripada proses

anaerobik, tetapi apabila aktiviti diteruskan, pengeluaran tenaga anaerobik

berpindah ke pengeluaran tenaga aerobik. Ini berlaku 2-3 minit selepas mulanya

sesuatu aktiviti. Kebanyakan jenis senaman adalah aerobik. Ini berlaku pada

pekerjaan peringkat sederhana untuk satu kadar masa yang lama.

American College of Sports Medicine (ACSM) mendefinisikan latihan

aerobik sebagai "setiap kegiatan yang menggunakan kumpulan otot besar, boleh

dilakukan secara terus menerus, dan berirama secara semula jadi. Ia adalah

Pengajaran Tarian kanak-kanak

71

Page 72: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

jenis senaman yang memaksa jantung dan paru-paru untuk bekerja lebih kuat

daripada biasa. Idea penting di sebalik senaman aerobik hari ini adalah untuk

bangun dan bergerak. Sekarang terdapat lebih banyak senaman untuk dipilih.

Bagaimanapun, tiada perbezaannya sama ada ianya jenis senaman baru atau

lama.

Yang penting, kita dapat memilih sesuatu kegiatan fizikal yang disukai

yang boleh membuat detak jantung kita meningkat selama tempoh masa yang

berterusan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih sihat.

5.2 Sejarah Aerobik

Syarat-syarat dan kaedah latihan, kedua-duanya telah dikembangkan oleh

Kenneth H. Couper, seorang ahli fisiologi Latihan Tentera Udara U.S. Dr couper

orang yang bersemangat melakukan latihan mengatakan bahawa secara

peribadi dan professional hairan tentang sesetengah individu yang mempunyai

kekuatan otot yang baik masih cenderung untuk melaksanakan sesuatu aktiviti di

tahap yang lemah seperti aktiviti lari jarak jauh, berenang dan berbasikal.

Beliau telah memulakan dengan secara sistematik tahap persembahan

manusia menggunakan basikal ergometer. Beliau juga mula mengukur

pelaksanaan sesuatu aktiviti yang dapat ditanggung dalam tempoh tertentu

menggunakan oksigen.

Buku pertamanya, Aerobics telah diterbitkan pada tahun 1969. Dalam

buku tersebut telah jelaskan tentang program-program latihan yang melibatkan

aktiviti berlari, berjalan, berenang dan berbasikal. Buku tersebut menjadikan

sesuatu sejarah yang tidak disangka apabila masyarakat yang sedang

mengalami peningkatan lemah dan lembap telah melihat tentang peripentingnya

meningkatkan latihan. Buku tersebut mendapat jualan yang banyak dan

memberangsangkan.Data saintifik Couper menyediakan asas-asas saintifik

Pengajaran Tarian kanak-kanak

72

Page 73: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

untuk program-program aerobik moden dan kebanyakannya berdasarkan jumlah

semua penggunaan oksigen.

5.3 Tujuan dan Kepentingan Tarian Senamrobik

Tarian Senamanrobik penting untuk semua lapisan masyarakat. Dengan

melakukan aktiviti tersebut, kita dapat memperolehi banyak faedah. Berikut

merupakan kepentingan Aktiviti Aerobik :

1. Mengurangkan tekanan

Aktiviti Senaman Aerobik merupakan faktor utama dalam membantu

mengurangkan tekanan dan stress. Ini akan membolehkan kita berasa lebih

selesa dan sihat.

2. Menjamin kesihatan

Aktiviti Senaman Aerobik membantu mencegah penyakit jantung, obesiti,

arthritis, sakit belakang, diabetes, angin ahmar dan beberapa jenis kanser. Cuba

anda fikirkan jika anda telah menderita daripada salah satu penyakit ini,

kekuatan latihan bukan sahaja boleh membantu anda meringankan penyakit, ia

juga boleh memperkuat sistem kekebalan.

3. Menajamkan fikiran

Melalui Aktiviti Aerobik, kekuatan fungsi otak ditingkatkan. Ini membantu

mencegah demensia dan penyakit Alzheimer.

5.3 Faedah Tarian Senamrobik kepada Fisiologi Badan Manusia

Fisiologi merujuk pada fungsi dan proses dalam sistem tubuh badan

manusia, seperti sistem pernafasan, sistem peredaran darah dan sistem otot.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

73

Page 74: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Orang yang aktif dalam senaman dan kegiatan rekreasi akan

memperolehi faedah seperti peningkatan daya tahan kardiovaskular dan tahap

kelenturannya. Faedah fisiologi yang lain termasuklah dapat mengawal

koordinasinya dan meningkatkan daya tahan dan kekuatan ototnya.

Faedah senaman dan rekreasi dari segi fisiologi termasuklah peningkatan

dari aspek:

i.koordinasi ii.kelenturan;

iii.koordinasi; iv. kekuatan.

Koordinasi

Koordinasi bermaksud kebolehan menyesuaikan deria dengan otot bagi

menghasilkan ketepatan, kelicinan dan keharmonian pergerakan. Sekiranya

seseorang itu sering melakukan aktiviti fizikal, ini akan dapat meningkatkan

keupayaan koordinasinya. Sebagai contoh melakukan aktiviti yoga. Senaman

Yoga dapat membantu membaiki koordinasi tubuh, mempertingkatkan kapasiti

kardiovaskular, memperkuatkan jaringan otot dan membantu memperbaiki

kordinasi tubuh.

Kepantasan

Kepantasan didefinisikan sebagai keupayaan melakukan pergerakan

dalam suatu jangka masa yang singkat. Aktiviti fizikal berbentuk kepantasan

seperti berjalan pantas dan joging perlahan meningkatkan pengaliran darah ke

tisu dan otot.

Kuasa

Kuasa berkait rapat dengan kadar tenaga melakukan sesuatu kerja.

Seorang yan rajin bersenam, misalnya melalui aktiviti berenang atau marathon

akan dapat meningkatkan kebolehan kuasa tubuh badannya.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

74

Page 75: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Keseimbangan

Keseimbangan berkait rapat dengan keupayaan mengekalkan

keseimbangan ketika dalam keadaan statik atau bergerak. Contoh aktiviti yang

boleh dilakukan untuk meningkatkan keseimbangan badan ialah berjalan di atas

titian, atau berjogging dan berjalan selama 20 minit hingga 30 minit, tiga kali

seminggu.

Ketangkasan

Aktiviti fizikal juga akan memberikan kesan terhadap ketangkasan

seseorang. Ketangkasan adalah berkait rapat dengan keupayaan mengubah

haluan atau pergerakan dengan pantas dan tepat melalui ruang. Contoh aktiviti

fizikal yang dapat meningkatkan kepantasan seseorang ialah larian zig zag dan

latihan boomerang.

Masa tindak balas

Masa tindak balas berkait rapat dengan masa antara suatu stimulus

dengan permulaan tindakan kepada stimulus tersebut. Semakin cepat seseorang

bertindak balas terhadap stimulus, semakin cepat masa tindak balasnya.

Justeru, dengan melaksanakan pelbagai aktiviti fizikal, seseorang akan dapat

meningkatkan masa tindak balasnya.

5.4 Prosedur Pelaksanaan dan Langkah-langkah Keselamatan

Regangan

Otot boleh diregang dengan sempurna jika kita memberi perhatian kepada

beberapa seperti berikut :

1)Regangan senang dan regangan membangun.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

75

Page 76: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Pelaku mula dengan regangan senang iaitu meregang dalam keadaan tidak

tegang sehingga tahap terasa tekanan pada otot. Keadaan tersebut dikekalkan

selama 10-30 saat. Pelaku kemudiannya melakukan regangan membangun

(developmental stretch) dengan mengulang regangan sehingga mencapai tahap

tekanan pada otot yang lebih tinggi serta mencapai beberapa sentimeter lebih

jauh dari jarak yang dicapai sebelum ini. Regangan dikekalkan selama 10-30

saat.

2)Pernafasan

Pernafasan pelaku tidak diganggu semasa melakukan aktiviti regangan. Pelaku

perlu terus bernafas, mengawal pernafasan supaya mengikut ritma semula jadi.

Semasa membongkok atau membengkok, nafas dihembuskan perlahan-lahan

sehingga ke tahap regangan optimum. Kekalkan pada tahap itu dan bernafas

perlahan-lahan seperti sebelumnya. Dalam apa keadaan sekalipun, pernafasan

tidak seharusnya dihentikan kerana ini akan menyebabkan peningkatan tekanan

dalam paru-paru dan keadaan ini sangat membahayakan.

3) Pengiraan tempoh regang

Semasa mengira tempoh regang, pelaku seharusnya mengira dengan ritma saat

untuk mendapatkan kesan yang baik. Kira tanpa bersuara termasuklah jika

melakukan regangan bersama kawan. Seorang memberi isyarat mula dan tamat

sahaja.

4) Kedudukan atau postur tubuh badan

Kedudukan asal tubuh badan perlu diawasi sebelum membuat aktiviti regangan.

Ini membantu untuk mendapat kesan regangan yang baik dan tambahan pula ia

boleh mencegah kecederaan daripada berlaku.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

76

Page 77: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

5) Regangan kumpulan otot utama

Sebelum melakukan aktiviti regangan, perancangan perlu dibuat supaya otot-otot

utama diregang dahulu. Selepas itu bolehlah kita melakukan regangan

khususnya mengikut acara olahraga berkenaan.

5.5 Penyejukan Badan

Penyejukan badan adalah bertujuan untuk menurunkan kondisi tubuh dari

kerja dengan intensitI yang tinggi secara bertahap dan teratur koordinasi kembali

ke keadaan seperti semula dengan kata lain adalah untuk menurunkan suhu

badan. Waktu yang dicadangkan adalah antara 5-10 minit sesuai dengan

keupayaan masing-masing bagi setiap individu. Tujuan Cooling Down adalah :

a. Menurunkan kerja jantung/denyut nadi.

b. Mencegah terhentinya aliran darah secara mendadak.

c. Mencegah pembaziran penggunaan tenaga.

Cooling down yang baik adalah dengan tetap melakukan kegiatan fizikal

dengan intensiti yang paling rendah, di iringi musik yang lembut iaitu musik

dengan nisbah ¾ atau 4/4 perlahan. Penyejukan badan atau cooling down

adalah lebih kurang dengan aktiviti regangan dan bezanya adalah cooling down

bermula daripada kaki ke kepala manakala regangan bermula dari kepala ke

kaki. Selain itu, cooling down bersifat membuat kelonggaran.

5.6 Langkah-Langkah Keselamatan

Kita perlu melakukan senaman dengan betul berdasarkan langkah-langkah

berikut:

i) Memanaskan badan, melakukan regangan sebelum bersenam dan

menyejukkan badan selepas bersenam.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

77

Page 78: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

ii) Pemakaian yang sesuai.

• Gunakan kasut yang sesuai.

• Elakkan memakai selipar dan kasut kulit.

• Memakai pakaian yang sesuai dan selesa.

• Elakkan daripada memakai jaket atau pakaian getah (wind breaker).

iii) Lakukan senaman 2 jam selepas makan.

• Dapat menghindari daripada rasa loya, muntah dan kekenjangan perut.

• Dapat menghindari daripada timbulnya masalah kepada sistem

penghadaman dan pernafasan.

• Walau bagaimanapun, kumpulan sasar masih boleh mengambil

makanan ringan seperti kuih atau biskut (umpamanya minum petang).

iv) Minum air secukupnya.

• Pastikan minum air secukupnya sebelum melakukan senaman (sebaik-

baiknya air kosong).

• Galakkan minum air antara 6 hingga 8 gelas.

• Minum air pada setiap 15 hingga 20 minit, terutamanya ketika cuaca

panas.

• Elakkan minum air berkarbonat/bergas di dalam tin atau botol.

• Minum air kosong sebelum, semasa dan selepas bersenam.

v) Petua-petua lain senaman.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

78

Page 79: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

• Jangan lakukan aktiviti di tempat yang tidak selamat. Unit

• Jangan bersenam jika tidak sihat, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

• Jangan bersenam ketika cuaca sangat panas, sangat sejuk, terlalu gelap

atau kadar pencemaran udara tinggi.

• Jangan gunakan peralatan yang rosak.

• Berhenti segera jika terasa semput atau sakit dada ketika bersenam.

• Jangan terus mandi selepas bersenam kerana ini akan mengganggu sistem

badan. Tunggu hingga badan telah sejuk dan peluh di badan telah kering,

mandilah dengan air biasa.

Sebagai kesimpulan, aktiviti senamrobik ini penting dalam kehidupan

manusia. Bak kata pepatah, ‘badan cergas, otak cerdas’.

Tarian senamrobik mandatangkan pelbagai faedah. Ia dapat

mengurangkan tekanan, menjamin kesihatan, mengurangkan berat badan,

menajamkan fikiran, membina jisim otot, meningkatkan kekuatan tulang dan

menjamin kehidupan yang sejahtera.

Tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti aerobik ini dapat menyumbang

dalam usaha untuk menjamin gaya hidup yang sihat.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

79

Page 80: Pengajaran Tarian Kanak-kanak

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Rumusan

             Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis tarian di serata dunia dimana ia

menonjolkan kesenian dan kebudayaan sesuatu kaum atau bangsa. Oleh itu,

tarian perlulah dijaga keseniannya agar generasi akan datang dapat mengenali

dan mempelajari tarian secara mendalam dan tarian tradisional pula tidak akan

dilupakan oleh masyarakat akan datang. Tarian juga mencerminkan budaya dan

identiti sesebuah masyarakat yang berbilang kaum.

Hasil daripada kajian ini, kami dapat mengenal pasti kebudayaan bangsa

supaya dapat dikekalkan untuk menjadi tatapan generasi masa hadapan.

Tarian tradisional dapat mewujudkan semangat cinta akan khazanah

negara supaya kita sama-sama dapat memelihara budaya ini agar tidak luput

ditelan zaman. Bak kata pepatah ‘tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas”.

Ia juga dapat memberi kesedaran kepada generasi muda agar menyedari

bahawa tarian tradisional ini mempunyai signifikannya untuk mewujudkan

perpaduan di Malaysia.

Pengajaran Tarian kanak-kanak

80