10
Modul Set2 Skema Pengajian Am Penggal 3 JPN Kelantan Bahagian A 1 A 6 B 11 D 2 A 7 A 12 D 3 C 8 B 13 B 4 A 9 A 14 C 5 A 10 C 15 D Bahagian B [15 markah]  Jawab satu soalan sahaja da lam bahagian ini 1. Berdasarkan carta pai di bawah, jelaskan mengapa keadaan kemasukan buruh asing dari Indonesia sedemikian.

pengajian am penggal 3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

skema penggal 3pengajian am

Citation preview

  • Modul Set2 Skema Pengajian Am Penggal 3 JPN Kelantan

    Bahagian A

    1 A 6 B 11 D

    2 A 7 A 12 D

    3 C 8 B 13 B

    4 A 9 A 14 C

    5 A 10 C 15 D

    Bahagian B

    [15 markah]

    Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini

    1. Berdasarkan carta pai di bawah, jelaskan mengapa keadaan kemasukan buruh asing

    dari Indonesia sedemikian.

  • Modul Set2 Skema Pengajian Am Penggal 3 JPN Kelantan

    Skema

    BIL IDEA HURAIAN

    A.

    1. Data

    Kemasukan buruh asing dari Indonesia

    sentiasa meningkat dan sentiasa lebih

    tinggi.

    1995- 25.9% (132 156 Orang )

    2001- 45.4% ( 258 903 Orang )

    2005- 52.0% ( 374 684 Orang )

    B Alasan

    2. Persamaan budaya dan cara hidup

    - budaya dan cara hidup yang hampir sama

    - cara makan

    - agama

    - bahasa pertuturan

    - keramahan penduduk Malaysia

    3. Kestabilan politik negara Malaysia - keamanan dalam negera

    - tiada pergolakan

    - keadaan negara yang selamat

    4. Ekonomi negara yang stabil - peluang pekerjaan yang banyak

    - pendapatan / kadar upah tinggi

    5. desakan hidup di negara Mereka - kemiskinan

    - pengangguran yang tinggi

    -penduduk ramai, peluang pekerjaan kurang

    - jenayah berleluasa

    6. bencana alam - letusaan gunung berapi

    - tsunami

    7. keadaan politik di negara mereka - pergolakan dalam negara

    - tunjuk perasaan

    Nota:

    Jawapan 1 ( idea data wajib) + 3 sebab

  • Modul Set2 Skema Pengajian Am Penggal 3 JPN Kelantan

    2. Berdasarkan rajah di bawah, huraikan faktor-faktor yang menyebabkan penipisan lapisan ozon, dan pada

    hemat anda, bagaimana untuk mengurangkan fenomena ini.

    Rajah 1: Faktor Penipisan Lapisan Ozon

    Geografi Tingkatan 1, Sukageografi.blogspot.com

  • Modul Set2 Skema Pengajian Am Penggal 3 JPN Kelantan

    Skima jawapan:

    Pengenalan:

    Penipisan lapisan ozon merujuk kepada terputusnya ikatan kovalen tiga atom oksigen (O3) yang selama ini

    membentuk lapisan ozon. Penipisan lapisan ozon ini menyebabkan hidupan bumi akan terdedah kepada UV

    secara langsung yang akan menjejaskan serta menyebabkan kehidupan termasuklah manusia aka terancam.

    Bil Idea Huraian

    1

    Faktor-faktor: Letupan

    Letupan nuklear menghasilkan gas nitrogen oksida

    Pembebasan gas nitrogen oksida melalui ujian nuklear menyebabkan lapisan ozon musnah.

    Contohnya negara Amerika, India, Pakistan.

    2 Penggunaan penyembur racun serangga, peti sejuk

    Penggunaan racun serangga dari bahan aerosal. Bahan ini terdiri daripada campuran klorin, fluorin, dan karbon.

    Pembebasan gas klorofluorokarbon (CFC)

    Apabila gas CFC dilepas ke atmosfera, zat yang mengandungi klorin ini akan dipecah oleh sinar matahari yang menyebabkan klorin dapat bereaksi dan menghancurkan molekul-molekul ozon.

    3 Kapal terbang supersonik Pembebasan gas nitrogen oksida, karbon dioksida, karbon monoksida dan sebagainya.

    Gas-gas ini akan kekal di atmosfera bumi dan menyebabkan molekul-molekul ozon akan bertindak-balas terhadap gas tersebut dan akhirnya penghakisan lapisan ozon akan berlaku.

    4 Penggunaan baja nitrogen Pembebasan gas nitrogen

    5

    Cara mengurangkan: mengurangkan penggunaan pengangkutan bermotor

    menumpang kenderaan kawan atau jiran sekiranya ingin pergi ke destinasi yang sama seperti sekolah,tempat kerja dan lain-lain lagi.

    Bilangan kenderaan akan dapat dikurangkan dan seterusnya gas karbon dioksida juga dapat dikurangkan dengan semata-matanya.

    Kurangkan penerbangan kapal terbang dan roket.

    6 Kesedaran melalui pendidikan Pihak kementerian perlu menerapkan isu-isu penipisan lapisan ozon ini dalam sukatan pelajaran seperti geografi dan sains.

    menerangkan kesan-kesan penipisan lapisan ozon terhadap kita.

    penerapan nilai dalam pendidikan, kesedaran murid-

  • Modul Set2 Skema Pengajian Am Penggal 3 JPN Kelantan

    murid atau pengguna-pengguna dapat ditingkatkan.

    Kesedaran pengguna akan mengurangkan pembakaran terbuka dan mengurangkan kegunaan bahan CFC.

    pengguna perlu menggunakan kaedah tebang reput, guna baja organik dan teknik kawalan biologi untuk menjaga lapisan ozon kita.

    memahami aktiviti yang dapat mendorong kepada penipisan lapisan ozon dan pelajar akan sedar supaya tidak lagi berbuat demikian pada masa yang akan datang.

    7 mengekalkan kawasan hutan sebagai hutan simpan

    negara di seluruh dunia perlu mewartaka kawasan hutan sebagai kawasan hutan simpan dalam mengekalkan suhu bumi.

    konsep penghijauan juga disemai kepada rakyat supaya karbon dioksida yang berlebihan dapat dikurangkan.

    8 Mengawal pembuangan sisa industri yang mengandungi bahan kimia dalam penipisan ozon dengan pengurusan sisa buangan yang lebih teratur.

    9 Guna produk yang mesra alam dan mesra ozon dalam penggunaan penghawa dingin dan petrol.

    10 Penguatkuasaan undang-undang Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

    Akta ini akan memberi dendaan, kompaun atau menarik lesen ke atas penyumbang punca penipisan lapisan ozon. Laporan EIA (Environment Impact Assessment) bagi projek pembangunan perlu dihantar kepada Pengarah JAS.

    11 Kempen kesedaran dan badan sukarela Badan-badan sukarela sepeti Greenpeace dan WWF meningkatkan kempen kesedaran kepada masyarakat dunia melalui demonstrasi, ceramah dan bengkel.

    Rakyat akan didedahkan dengan kesedaran mengenai penipisan lapisan ozon supaya semua pihak boleh berganding bahu untuk mentelesaikan masalah ini.

    Kesimpulan:

    Masalah penipisan lapisan ozon kian serius. Oleh itu, semua pihak haruslah berupaya dan bekerjasama

    mengurangkan atau mencegah penipisan lapisan ozon agar generasi akan datang dapat menjalani kehidupan

    yang lebih baik.

  • Modul Set2 Skema Pengajian Am Penggal 3 JPN Kelantan

    Bahagian C

    1. Mengekalkan keamanan dunia merupakan matlamat utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa

    Bersatu (PBB). Sebagai anggota PBB Malaysia telah menunjukkan komitmennya dengan

    menghantar tentera untuk misi pengaman di bawah panji PBB. Walau bagaimana pun

    terdapat juga usaha-usaha lain yang menunjukkan penglibatan Malaysia di bawah panji

    tersebut. Bincangkan.

    Bil Idea Huraian

    1. Tentera Pengaman -Malaysia menyokong usaha PBB untuk menyelesaikan konflik antarabangsa dan seterusnya mengekalkan kemanan dunia -Malaysia menunjukkan sokongan dengan menyertai tentera pengaman seperti perang saudara di Congo (1960-19630), Iran-Iraq (1988-1991), Somalia (1992) dan di Bosnia-Herzegovina (1992). -Walau pun Malaysia sebuah negara kecil dan tindakan ini membahayakan nyawa Malaysia bersedia menabur bakti melalui panji PBB demi kesejahteraan sejagat.

    2. Menentang dasar Aparteid -Diamalkan di Afrika Selatan oleh regim Pretoria dengan menidakkan hak kaumkulit hitam menyebabkan mereka tidak mempunyai peluang untuk mendapat pendidikan,pekerjaan, perubatan serta dipandang hina -Diskiriminasi kaum ini mendapat penentangan oleh banyak negara di dunia termasuk Malaysia kerana Malaysia berpegang teguh kepada prinsip melindungi hak-hak asasi manusia -Malaysia bersama negara lain telah mengesa PBB supaya mengambil tindakan tegas terhadap Afrika Selatan. -Malaysia dan negara lain telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Negara Afrika Selatan -Malaysia menyokong perjuangan African National Congress yang dipimpin oleh Nelson Mandela -Akibat tekanan antarabangsa rejim Pretoria telah mengurangkan jurang perbezaan kaum di Afrika Selatan dan seterusnya menamatkan Dasar Apartied apabila mengadakan pilihanraya terbuka.

    3. Menyelesaikan masalah pelarian -Peperangan saudara dan perubahan sistem politik menyebabkan berlaku penindasan dan pembunuhan terhadap penduduk -Malaysia menghadapi pelarian dari Myanmar, Thailand dan Rohingya dan Vietnam -Malaysia memberi kerjasama dengan PBB seperti menerima mereka sebelum dihantar ke negara ke tiga seperti pelarian Vietnam

  • Modul Set2 Skema Pengajian Am Penggal 3 JPN Kelantan

    -Pada masa terdapat juga pelarian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR) tinggal diMalaysia seperti Rohingya

    4. Menyertai misi kemanusiaan -Malaysia melibatkan diri secara aktif seperti menghantar sukarelawan dan pegawai perubatan ke negara negara yang menghadapi masalah bencana alam . -Malaysia menyertai Majlis Ekonomi Sosial dan Kesihatan Sedunia (WHO) -Malaysia bersama negara lain di bawah PBB telah menghantar pegawai perubatan dan ubat-ubat ke Negara Nigeria untuk mencegar penyakit denggi -Menghantar sekarelawan ke Indonesia yang menghadapi bencana tsunami dan gempa bumi

    5. Mengutuk keganasan -Malaysia mengutuk tindakan penganas seperti mengebom bangunan, serangan yang melibatkan ramai orang awam terbunuh -Malaysia mengutuk tindakan keganasan regim Israel ke atas penduduk Palestin -Malaysia bersama negara Asia Tengah telah mengesa PBB mengunakan kuasa veto untuk menghentikan keganasan Israel terhadap penduduk Palestin.

    6. Membantah Ujian Nuklear -Malaysia menyetujui manifesto negara dunia dan Majlis Keselamatan mengenai penggunaan ujian nuklear di beberapa buah negara -Ujian nuklear di India, Pakistan, Russia dan Korea Selatan telah membimbang banyak negara di dunia -Malaysia dan negara-negara PBB telah membantah negara tersebut mengendalikan ujian nuklear. -Tindakan ini telah mendorong negara tersebut menangguhkan ujian nuklear.

    2. Malaysia berpendapat Antartika dan sumber-sumbernya merupakan sebahagian daripada Warisan Bersama Dunia. Malaysia mempunyai rasional sendiri apabila menimbulkan isu tersebut di Perhimpunan Agung PBB pada bulan September 1982. Bincangkan.

    Bil Idea Huraian

    1 Ketidakadilan sistem pengurusan -Malaysia berpendapat sistem pengurusan tersebut bertentangan dengan kepentingan masyarakat seluruh dunia. -Pada ketika itu pengurusan hal ehwal Antartika terletak di tangan sebilangan negara yang menjadi

  • Modul Set2 Skema Pengajian Am Penggal 3 JPN Kelantan

    ahli Perjanjian Antartika 1959. -Merupakan satu tindakan tidak adil kerana membuat perjanjian tanpa pengetahuan anggota PBB yang lain -Malaysia berpendapat hak dan pandangan anggota yang lain juga patut diberipertimbangan

    2. Antartika kaya dengan hasil bumi -Antartika mempunyai potensi bekalan bahan-bahan galian seperti besi, arang batu , kobalt, uranium, nikel ,minyak dan bahan makanan. -Hasil bumi Antartika dinikmati oleh negara yang terlibat dengan Perjanjian Antartika . -Malaysia berpendapat adalah tidak hasil bumi ini dinikamati oleh negara tertentu sahaja. -Malaysia berpendapat bahan-bahan tersebut harus digunakan untuk faedah manusia sejagat.

    3. Mempengaruhi ekologi dan cuaca alam sekitar

    -Malaysia berpendapat ekologi dan alam sekitar harus dijaga -Apa yang berlaku di Antartika akan mempengaruhi cuaca dunia -Pemanasan global akan menyebabkan pencairan ais di kawasan kutub -Paras air laut akan meningkat dan akan menenggelam kawasan yang rendah -Akanmenjejaskan hidupan flora dan fauna. -Isu Antartika membolehkan Malaysia membantu bersama-sama negara majumengurangkan pemanasan global

    4. Tempat penyelidikan -Kawasan Antartika sesuai untuk membuat kajian tentang unggas dan alam sekitar -Semua negara anggota PBB bebas membuat kajian tanpa dihalang oleh negara maju. -Mempunyai hak bersama membuat penyelidikan tentang flora dan fauna -Boleh menambahkan pengetahuan dan kemahiran

    5. Persahabatan -Kebanyakan negara yang bukan Ahli Perjanjian Antartika menyokong pendirian Malaysia. -Sekiranya Malaysia berjuang bersama negara lain dalam mengekalkan warisan bersama, Malaysia dapat memajukan ekonominya -Perhubungan dengan negara antarabangsa akan memberi pengalaman dan kemahiran kepada Malaysia untuk menjadi lebih maju -Mendapat kerjasama dengan kuasa besar dan mengeratkan kerjasama.

  • Modul Set2 Skema Pengajian Am Penggal 3 JPN Kelantan

    3. Kepelbagaian bio mempunyai kepentingan kepada kehidupan kerana saling berintraksi

    antara manusia dan alam sekitar. Namun begitu kerakusan manusia telah mengancam

    kelestariannya. Bincangkan

    Bil Idea Huraian

    1

    Bahagian A: Kepentingan

    Sumber oksigen

    Tumbuh-tumbuhan menjalankan proses fotosintisis

    Membebas oksigen dan menyerap karbon dioksid

    Manusia mendapat oksigen yang cukup _ kehidupan sempurna

    2 Sumber makanan proten

    Ikan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan

    Sumber makanan kepada manusia

    Mendapat proten yang cukup tumbesaran sempurna

    Memanjangkan jangka hayat 3 Sumber ubat-ubatan Hidupan laut gamat, rumpai

    Tumbuhan tongkat ali, kacip fatimah

    Mempunyai khasiat untuk pelbagai jenis penyakit darah tinggi, diabetis

    4 Keseimbangan ekosistem

    Tumbuhan menjalankan proses fotosintesis

    Menyederhanakan suhu dunia

    Mengelakkan pemanasan global

    5 Sumber air bersih Hutan di tanah tinggi merupakan spam atau penapis kepada air bersih

    Menyerap air ke dalam bumi mengalir ke anak sungai, tasik dan punca-punca air yang lain

    6

    Bahagian B : Punca Kemusnahan Tambak laut

    Hidupan marin musnah ikan, udang, plankton

    Bekalan makanan berkurangan

    Tambak laut di Singapura menyebabkan pendapatan nelayan terjejas

    Bekalan hasil laut terjejas, import dari luar

    7 Perindustrian Asap kilang dan sisa toksid menyebabkan hidupan terancam

    Pertumbuhan terbantut dan musnah

    8 Cari gali minyak Pencemaran laut akibat tumpahan minyak, proses penggerudian dan pelanggaran kapal

    Mengancam hidupan laut

    9 Perlombongan Kuari, bijih besi, emas

    Pencemaran udara habuk

    Fotosintesis terbantut

    Mengurangkan bekalan oksigen

    Tanah runtuh hidupan haiwan terancam

    10 Penggunaan bahan kimia

    Pertanian racun serangga dan baja kimia

    Peralatan rumah pendingin hawa, peti sejuk bebas CFC yang menyebabkan penipisan ozon

    Terjejas kehidupan manusia dan haiwan

    11

    Penerokaan hutan Pembalakan haram

    Pembakaran terbuka

  • Modul Set2 Skema Pengajian Am Penggal 3 JPN Kelantan