3
PENGAJIAN AM STPM KOLEJ BANDAR (KL)* DOMAIN (KAJANG)* IDAMAN (RAWANG)* VERMOND (KLANG) TUISYEN EKSLUSIF CIKGU THIAGA ESEI: LARAS SASTERA TAJUK: Wanita memainkan peranan yang amat besar dalam sesebuah negara. sumbangan mereka pada zaman ini sungguh standing dengan kaum lelaki. bincangkan pernyataan tersebut. PENDAHULUAN: 2 DEFINISI/LATAR AYAT DEFINISI ISI Memberikan kepimpinan Dalam bidang professional Dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO) Peranan sebagai ibu di rumah KENAPA Aktif berkecimpung dalam bidang politik Memiliki kepakaran, kebolehan,keupa yaan Terlibat dalam badan amal dan social (kebajikan) Orang yang mengasuh dan mendidik/membel ai kasih sayang KESAN1 Menjadi alternative kepada lelaki- menjadi pilihan lain. Cemerlang dalam bidang teknokrat (bidang teknologi) dan kemahiran Turut membantu mencurahkan bakti kepada golongan yang memerlukan. Membentuk perwatakan / keperibadian seseorang anak KESAN 2 Mencurah idea/wawasan/sua rakan pandangan mereka. Semakin Berjaya dalam bidang keusahawanan terutamanya tokoh korprat (industri dan perdagangan) Membantu menjayakan propaganda (mesej) demi kerajaan Malaysia Mengelak insane menjadi buruk- melahirkan insan kamil,dengan keupayaan JERI CONTOH Tan Sri Rafidah Aziz-Sharizat Abdul Jalil Nama tokoh:Tan Sri Zeti Akhtar Aziz. penerimaan masyarakat secara umum. BAKTI PUSPANITA Mengelakkan kepincangan masyarakat dan mengurangkan gejala sosial. RANGKA JAWAPAN ISI: 4 SEBAB,KESAN,LANGKAH,PERI STIWA PENUTUP:2 RINGKASKAN/RANGKUMKAN BERIKAN PENDAPAT

Pengajian Am Stpm

  • Upload
    fu-hong

  • View
    854

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pengajian Am Stpm

PENGAJIAN AM STPM KOLEJ BANDAR (KL)* DOMAIN (KAJANG)* IDAMAN (RAWANG)* VERMOND (KLANG)

TUISYEN EKSLUSIF CIKGU THIAGAESEI: LARAS SASTERA

TAJUK: Wanita memainkan peranan yang amat besar dalam sesebuah negara. sumbangan mereka pada zaman ini sungguh standing dengan kaum lelaki. bincangkan pernyataan tersebut.

PENDAHULUAN: 2DEFINISI/LATARAYAT DEFINISI

ISI Memberikan kepimpinan

Dalam bidang professional

Dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Peranan sebagai ibu di rumah

KENAPA Aktif berkecimpung dalam bidang politik

Memiliki kepakaran, kebolehan,keupayaan

Terlibat dalam badan amal dan social

(kebajikan)

Orang yang mengasuh dan

mendidik/membelai kasih sayang

KESAN1 Menjadi alternative kepada lelaki- menjadi

pilihan lain.

Cemerlang dalam bidang teknokrat

(bidang teknologi) dan kemahiran

Turut membantu mencurahkan bakti

kepada golongan yang memerlukan.

Membentuk perwatakan / keperibadian

seseorang anakKESAN 2 Mencurah

idea/wawasan/suarakan pandangan mereka.

Semakin Berjaya dalam bidang keusahawanan

terutamanya tokoh korprat (industri dan

perdagangan)

Membantu menjayakan

propaganda (mesej) demi kerajaan

Malaysia

Mengelak insane menjadi buruk-

melahirkan insan kamil,dengan

keupayaan JERICONTOH Tan Sri Rafidah Aziz-

Sharizat Abdul JalilNama tokoh:Tan Sri

Zeti Akhtar Aziz. penerimaan

masyarakat secara umum.

BAKTIPUSPANITA

Mengelakkan kepincangan

masyarakat dan mengurangkan gejala

sosial.RANGKA JAWAPAN

ISI: 4SEBAB,KESAN,LANGKAH,PERISTIW

A

PENUTUP:2RINGKASKAN/RANGKUMKAN

BERIKAN PENDAPAT

wanita pada zaman dulu diangggap sebagai hina dan tidak bermaruah. mereka hanyalah mampu untuk berfungsi di ceruk dapur semata-mata. namun, wanita pada zaman kini memiliki segala kapasiti untuk menyaingi kaum lelaki.

Wanita semakin menyerlah dalam memberikan sumbangan pada peringkat kebangsaan mahupun di peringkat global/sejagat. mereka kini begitu aktif (lantang bersuara) berkecimpung dalam arena politik yang rata-rata didominasi/dikuasai/dimonopoli oleh gologan lelaki. Kehadiran wanita memberikan sinar harapan/pilihan alternatif kepada lelaki yang sering difikirkan sebgai ketua (ikon politik/pemimpin). Kehadiran wanita dalam politik turut menyumbang dari segi idea dan wawasan kea rah pemodenan dan pembangunan negara. tokoh politik tempatan seperti Tan Sri Rafidah Aziz sesungguhnya melambangkan wanita memiliki karisma (daya kepimpinan) yang setanding dengan anggota kabinet lelaki.

Page 2: Pengajian Am Stpm

Golongan wanita sekali pun didiskriminasikan, namun, mereka semakin menonjol/menyerlah/menempa nama/memposisikan diri/meletakkan diri dalam bidang professional. Wanita hari ini memiliki segala kemampuan/kepakaran/kebolehan mengikut tuntutan kontemporari (semasa). mereka juga semakin berjaya dalam bidang keusahawanan termasuklah sebgai tokoh korprat yang disegani. kapasiti mental dan penguasaan ilmu dalam wanita tidak lagi boleh dipandang remeh/dipandang rendah/diperkecilkan dalam bidang ekonomi.

kehadiran wanita dalam badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia terus berkembang saban hari. Wanita begitu aktif memimpin dan menggangotai badan-badan amal dan sosial. melalui NGO, mereka banyak mencurahkan bakti khususnya golongan yang memerlukannya. mereka turut membantu menjayakan propaganda kerajaan dengan menganjurkan pelbagai program dan akdtiviti . NGO seperti BAKTI dan Puspanita sesunguhnya dihormati dan disanjungi kerana kredibiliti/ sumbangan kebajikan yang begitu besar.

peranan wanita yang tiada tolok bandingannya adalah memainkan peranan sebgai seorang ibu. mereka inilah yang mengasuh dan membelai kasih sayang terhadap anak-anak mereka. wanita membentuk perwatakan dan keperibadian mulia pada seseorang individu. ibu jugalah menjadi orang ynag menjauhkan anak-anak dari gejala negatif /anasir jahat sekali gus melahirkan insan kamil. peranan wanita yang begitu mulia dapat mengelakkan segala kepincangan masyarakat khususnya dalam kalangan belia/pemuda/warga muda.

golongan wanita zaman kini memiliki segala kekuatan dan keutuhan minda untuk cemerlang dalam pelbagai disiplin dan mereka buka sahaja mengukir nama dalam ekonomi, sosial dan politik malah sebagai perancang kepada idea-idea pemikiran moden. justeru itu/lantaran itu,masyarakat harus mengikis tanggapan/perspektif sentiment prejudis berasaskan gender.