13
PENDIDIKAN SENI VISUAL ‘PENGALAMAN MENGGUNAKAN MEDIA LUKISAN’ NAMA PENSYARAH: DR. ROSMAWATI BINTI HARUN NAMA PELAJAR: VIVIDIANA BINTI BASRAN NO KAD PENGENALAN: 1

Pengalaman Media Lukisan (Pendidikan Seni Visual Pra Sekolah-kak Ida)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pengalaman Media Lukisan (Pendidikan Seni Visual Pra Sekolah-kak Ida)

PENDIDIKAN SENI VISUAL

‘PENGALAMAN MENGGUNAKAN

MEDIA LUKISAN’

NAMA PENSYARAH:

DR. ROSMAWATI BINTI HARUN

NAMA PELAJAR:

VIVIDIANA BINTI BASRAN

NO KAD PENGENALAN:

910805-12-6018

1

Page 2: Pengalaman Media Lukisan (Pendidikan Seni Visual Pra Sekolah-kak Ida)

ISI MUKA

SURAT

Pengenalan 3-4

Contoh bahan lukisan 5-7

Pengalaman menggunakan media lukisan 8-9

Penutup dan lampiran 10

ISI KANDUNGAN

2

Page 3: Pengalaman Media Lukisan (Pendidikan Seni Visual Pra Sekolah-kak Ida)

PENGENALAN

Seni visual merupakan hasil ciptaan yang boleh dinampak melalui pengelihatan

mata. Ia juga bersumberkan daya fikiran dan kesenian yang mutlak yang dicetuskan

oleh minda seseorang. Melalui seni visual, kita dapat menterjemahkan seni kepada

objek yang seperti gambar, arca model dan sebagainya.

Pendidikan Seni Visual di peringkat PRASEKOLAH bertujuan memberi peluang

kepada murid memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi

kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta

kaitannya dengan mata pelajaran lain. Umumnya, murid di sekolah rendah pada

keseluruhan adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Seni Visual memainkan peranan

memperkembangkan sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi, dan daya

pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan, dan reka bentuk dalam pelbagai jenis

seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri.

Pengalaman ini penting kerana dapat membantu murid membina keyakinan diri,

membuat penilaian, dan mengenali cita rasanya tersendiri. Pendidikan Seni Visual

merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan penerokaan, proses penghasilan,

pengertian seni secara menyeluruh. Dokumen Standard Seni Visual merangkumi

tajuk-tajuk yang menegaskan penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni

secara menyeluruh, dan aspek kritikan. Diharapkan dengan adanya Pendidikan Seni

Visual di sekolah rendah akan dapat membentuk keperibadian generasi Malaysia

yang celik budaya kesenian.

MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Seni Visual Prasekolah adalah untuk melahirkan insan

yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.

Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran

terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan

warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,

masyarakat, dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3

Page 4: Pengalaman Media Lukisan (Pendidikan Seni Visual Pra Sekolah-kak Ida)

OBJEKTIF

Setelah mengikuti Kurikulum Seni Visual sekolah rendah murid dapat:

1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan

2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan

menyeronokkan

3. menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera

4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya

5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual

6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat, dan selamat

7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disipilin diri, dan bertanggungjawab

8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air

9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual

10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan

yang berfaedah

Seni visual dapat dihasilkan dengan menggunakan pelbagai jenis media. Antaranya

ialah :-

I. Media lukisan

II. Media catan

III. Media binaan

IV. Media kertas

V. Media kraf

4

Page 5: Pengalaman Media Lukisan (Pendidikan Seni Visual Pra Sekolah-kak Ida)

BAHAN LUKISAN

Pensel merupakan media serba

boleh dalam bidang lukisan. Ia digunakan

untuk menghasilkan pelbagai nilai di atas

banyak permukaan. Pensel digolongkan

mengikut nilai kekerasannya. Pensel 6H

( paling keras ) hingga H; kemudian HB;

seterusnya B, 1B hingga 8B (paling

lembut). Pensel lembut seperti HB atau B

adalah sesuai untuk lukisan biasa. Jika

pensel HB atau B digunakan secara tajam,

ia akan menghasilkan garisan yang tajam dan jika ditekan garisan yang terbentuk akan

lebih tinggi nilai kepekatannya. Pensel HB atau pensel yang lembut adalah lebih senang

untuk dikawal berbanding pensel yang keras. Garisan yang dihasilkan oleh pensel lembut

boleh dicomotkan dengan kaedah gosokan dengan tangan atau pemadam. Jika terlalu

banyak bahagian sesebuah lukisan itu dicomotkan, lukisan itu akan kelihatan samar –

samar.

ARANG

Arang merupakan bahan yang memberi kebebasan untuk menghasilkan lukisan

secara spontan. Arang yang pendek adalah lebih senang digunakan. Comotan dengan

tangan atau pemadam akan menghasilkan pelbagai jalinan dalam lukisan menggunakan

arang. Manakala kesalahan pula adalah senang

untuk diperbaiki kerana lukisan asal senang

dipadamkan dengan menggunakan kain. Hasil

lukisan yang telah siap mestilah disemburkan

dengan bahan pemati dan seterusnya dilindungi

dengan kertas tisu bagi mengelakkan comotan.

5

Page 6: Pengalaman Media Lukisan (Pendidikan Seni Visual Pra Sekolah-kak Ida)

PEN DAKWAT

Pen dakwat adalah salah satu alat melukis yang senang untuk digunakan. Pen

seperti Rapidograph, Rotring dan Faber Castle mempunyai mata pen yang pelbagai

saiz. Dakwat kalis air akan menghasilkan kesan warna yang legap. Dakwat biasa

adalah kurang legap jika digunakan dan akan memberi beberapa nilai warna jika

digunakan secara terkawal. Air boleh dicampurkan kepada dakwat jika warna yang lebih

terang diperlukan.

PEN MATA BOLA

Pen mata bola sesuai digunakan

untuk lakaran yang ringkas atau

contengan, tetapi sukar untuk

menghasilkan lukisan yang pelbagai nilai

warna dengan menggunakan pen yang

sama.

PEN FELT

Pen felt sesuai digunakan untuk lakaran

atau contengan.

CONTE CRAYON

Conte crayon mempunyai kekerasan yang berbeza. Cara menggunakan

conte crayon adalah sama seperti

menggunakan menggunakan arang.

KRAYON LILIN

Krayon lilin lembut tetapi sukar untuk

dipadam setelah dilukis. Salah satu ciri

istimewa crayon lilin adalah gurisan

boleh dibuat di atas lukisan untuk

menimbulkan kesan yang menarik.

6

Page 7: Pengalaman Media Lukisan (Pendidikan Seni Visual Pra Sekolah-kak Ida)

PASTEL

Pastel adalah lebih lembut daripada krayon lilin dan mempunyai banyak warna.

BERUS

Berus telah lama digunakan oleh pelukis – pelukis Cina dan Jepun sebagai

alatan melukis mereka. Lazimnya, berus yang besar boleh menghasilkan garisan

yang nipis jika dikawal dengan betul. Berus yang kecil pula mampu menghasilkan

garisan yang tebal daripada garisan yang dihasilkan dengan mata pen yang

lebar.

7

Page 8: Pengalaman Media Lukisan (Pendidikan Seni Visual Pra Sekolah-kak Ida)

PENGALAMAN MENGGUNAKAN MEDIA LUKISAN

PENSEL

Semasa saya melukis lukisan menggunakan

pensel 2B, saya mendapati sangat mudah

untuk saya melukis sesebuah lukisan. Saya

dapat mengukir apa-apa bentuk dalam

menghasilkan karya lukisan. Namun,

kelemahan menggunakan pensel jenis ini

ialah agak sukar untuk menghasilkan garis

bayangan kerana mata pensel yang tidak

besar.

Berbeza pula dengan pengalaman saya menggunakan pensel 7B, saya mendapati

mata pensel jenis ini lebih tebal berbanding pensel

jenis 2B. saya dapat melakar sesebuah bentuk tanpa

terlalu menekan mata pensel pada permukaan

kertas. Kesan dakwat pensel juga lebih terang dan

sangat mudah untuk saya menghasilkan kesan

bayangan pada sesuatu lukisan.

PENSEL KRAYON ‘OIL PASTELS’

Semasa menggunakan media ini,saya dapat

menggunakan pelbagai teknik mewarna,

hasil warnaan juga lebih cantik berbanding

menggunakan pensel 2B dan 7B. Semasa

menggunakan krayon, saya dapat

menghasilkan pelbagai campuran warna

dan lukisan juga nampak lebih nyata.

Namun begitu penggunaan pensei krayon

juga ada kekurangannya. Jika kita tidak

mahir, lukisan akan kotor dengan kesan warna. Selain itu,

saya juga mengalami kesukaran untuk mewarna bahagian-bahagian yang kecil

seperti tangkai bunga dan sebagainya.8

Page 9: Pengalaman Media Lukisan (Pendidikan Seni Visual Pra Sekolah-kak Ida)

PEN DAKWAT

Saya juga menggunakan ‘pen’ dalam menghasilkan sesebuah karya. Namun

penggunaan pen tidak terlalu menonjol di dalam lukisan. Saya telah

menggunakan pen untuk

menghasilkan ‘highlight’ pada

garisan setiap lukisan yang saya

telah hasilkan. Namun begitu, saya

tidak berapa menyukai melukis

menggunakan pen kerana sukar

dipadam dan menyebabkan

lukisan manjadi kotor.

9

Page 10: Pengalaman Media Lukisan (Pendidikan Seni Visual Pra Sekolah-kak Ida)

PENUTUP

Kita dapat terokai lebih banyak bahan-bahan yang sering digunakan apabila

mewarna. Antaranya ialah warna pensil, krayon, warna air, magic colour, dan

sebagainya. Di pra sekolah, bahan mewarna yang sering menjadi pilihan ialah

warna pensil dan juga krayon. Saya ingin berkongsi sedikit beberapa teknik yang

perlu dilakukan apabila mewarna supaya lukisan yang dihasilkan itu menarik.

Apabila mewarna, tentukan arah cahaya supaya dapat memberikan kesan

pencahayaan seperti bayang, pembalikan cahaya dan sebagainya. Penggunaan

ton warna juga dapat membantu menghasilkan kesan pencahayaan. Kita perlu

bijak menggunakan campuran warna dan jangan takut bermain dengan warna.

Di sini, saya ada sertakan beberapa contoh karya yang menggunakan teknik

yang saya sebutkan tadi.

RUJUKAN

http://esenivisual.blogspot.com/2008/09/bahan-dan-media.html 7.12.2013

http://marieyaghazali.blogspot.com/

http://2.bp.blogspot.com/-

10