Upload
others
View
14
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Pertanika 8(1), 89 - 97 (1985)
Pengaruh Faktor-faktor Sosio-ekonomiTerhadap Kesedaran Pengguna
(The Influence of Socio-economic Factors. on Consumer Awareness)
NURIZAN YAHYA, JAIYAH SHAHBUDDIN and JARIAH MASUDDepartment of Human Development Studz"es,
Faculty of Agn'culture,Unz'versz"tz" Pertanz"an Malaysz"a,Serdang, Selangor, Malaysz'a.
Key words; Faktor sosio-ekonomi; kesedaran pengguna; hak pengguna; tanggungjawab pengguna; undang-undang perlindungan pengguna.
ABSTRAK
Kajz"an z"nz" bertujuan untuk memerz"ks'a pengaruh faktor sosz"o-ekonomz' terhadap kesedaranpengguna. Seramaz" 90 orang responden z"az"tu 45 orang darz" kawasan bandar dan 45 orang dan' luarbandar telah dz"pz"lz"h secara rawak untuk kajz"an z'nz". Maklumat dz'kumpulkan melaluz" temubual berdasarkan kepada soalan-soalan yang dz"bentuk dz" dalam kertas soal selz"dz'k. Dua pembolehubah telahdz"gunakan z"az'tu faktor sosz"o-ekonomz" sebagaz" pembolehubah bebas dan kesedaran pengguna sebagaz"pembolehubah sandar. Ujz'an statz"stz'k Anali5i5 varz"an dan 'Duncan's multzple-range' telah dz"gunakanuntuk memerz'ksa perbezaan dz" antara angkubah. Has£[ kajz'an menullfukkan taraf kesedaran pengguna bandar leb£h tz"nggz" darzpada pengguna luar bandar. Taraf kesedaran pengguna berbezamengz'kut taraf pelajaran dan pendapatan. Beberapa cadangan telah dz'berz"kan berdasarkan kepadamaklumbalas yang dz"terz"ma untuk memperbaz"kz" keadaan terse but.
PENGENALAN
Pengguna ialah orang yang menggunakanbarangan dan perkhidmatan di pasaran untukkeperluan diri dan keluarganya. Oleh itu, setiaporang adalah pengguna. Menurut Sarbin (1954)peranan seorang pengguna ialah merancang apayang hendak dibeli, mencari barang untukdibeli, membeli and seterusnya menggunakanbarang-barang tersebut. lni menunjukkanpengguna boleh mempengaruhi jenis barangbarang yang dijual di pasaran (Schoenfeld danNatella, 1970). Tingkah laku pengguna dapatdilihat melalui cara seseorang membelanjakanwangnya. Setiap pengguna seharusnya mengetahui cara-cara untuk membelanjakan wangdengan betul supaya perbelanjaan tidak melebihi pendapatan. Ada tiga pendapat mengenaisebab-sebab pengguna membeli sesuatu barang.
Pendapat yang pertama mengatakan penggunamembeli sesuatu barang kerana dirangsang olehkeperluan, kehendak dan keinginan biologi danpsikologi (Haward, 1973). Engel, Koliat danBlackwell, (1973) pulu mengatakan penggunamembeli sesuatu barang untuk menyelesaikanmasalah dan Hansen (1972) pula berpendapatseorang pengguna membeli untuk mendapatkanbarang bagi menolong mengurangkan konflikyang dialaminya.
Faktorjaktor yang Mempengaruhz" Tz"ngkahLaku Pengguna
Perlakuan seorang pengguna dipengaruhioleh faktor-faktor sosioekonomi. lni termasuklah pendapatan, pelajaran dan tempat tinggalindividu. Wang merupakan suatu sumber yangpenting untuk mengukur nilai sesuatu barang
NURIZAN YAHAYA, JAIYAH SHAHBUDDIN AND JARIAH MASUD
dan sebagai bahan perantaraan di pasaran(ThaI dan Holcome, 1973). Pendapatan keluarga juga mencerminkan kedudukan kelassosial keluarga tersebut. Biasanya pengguna darikelas atasan menjaga prestij mereka denganmembeli barang-barang yang mahal keranamenurut mereka kualiti barang ditentukan olehharganya (Leavitt, 1954 dan Connet, 1968).Pengguna berpendapatan rendah pula lebihsU:ka membeli barang-barang lebih murah danbersesuaian dengan kedudu1o.an ekonomi mereka(Myers et at., 1974). Keadaan ini menunjukkanpendapatan menentukan jenis barang yangdipilih.
Pelajaran merupakan faktor yang menentukan pendapatan (Tan, 1982), tingkah laku dandaya pemikiran individu. Harris (1970) berpendapat pengguna yang berpelajaran tinggi lebihsuka membuat penyelesaian tentang sesuatumasalah mengenai sesuatu barang denganmengemukakan soalan-soalan kepada penjualsebelum membeli. Mereka juga lebih sukamengambil tahu tentang barang-barang baruyang dijual di pasaran (Backlin, 1969). Keadaantempat tinggal seseorang merupakan faktor persekitaran yang mempengaruhi perlakuan pengguna. Lazimnya pengguna lu:ar bandar mempunyai taraf pelajaran dan pendapatan yangrendah jika dibandingkan dengan penggunabandar (Scott, 1976). Keadaan ini menyebabkantingkah laku pengguna bandar dan luar bandarberbeza (Thompson, 1976).
Tingkah laku seseorang pel,lgguna jugamencerminkan taraf kesedarannya terhadapaspek-aspek kepenggunaan. Ini termasuklahkefahamannya terhadap hak-hak dan tanggungjawab sebagai pengguna. ThaI dan Holcome(1973) berpendapat, pengguna yang mempunyai taraf kesedaran yang tinggi membelanjakanwang dengan berhati-hati seterusnya dapatmencari matlamat yang dirancangkan. Di samping itu taraf kesedaran pengguna juga dipengaruhi oleh umur, pendapatan (Dickinson, 1974),taraf pelajaran (Berkman dan Gilson, 1978) dankeadaan persekitaran individu.
MASALAH
Pertumbuhan ekonomi Malaysia telah menurun daripada 8.0 peratus dalam tahun 1980
kepada 6.9 peratus dalam tahun 1982. Keadaantersebut mewujudkan inflasL Dalam keadaaninflasi, perbelanjaan hidup keluarga meningkatkerana kenaikan harga barang tidak selarasdengan pertambahan pendapatan keluarga(Levy, Feldman, dan Sosserath, 1976 danBailard, Biehl dan Kaiser, 1977). Dalam sistemekonomi bebas seperti di Malaysia, isu-isuinflasi, kenaikan perbelanjaan hidup, kualitibarang yang rendah, penjualan barang-barangyang tidak selamat dan penipuan di pasaranmerupakan masalah utama kepada pengguna.Keadaan ini menyebabkan pengguna tidak mendapat pulangan yang sepatutnya malah memberi kesan yang buruk kepada keselamatan dankesihatan mereka.
Di negara ini terdapat banyak undangundang yang digubal untuk memberi perlindungan kepada pengguna daripada dieksploitoleh pihak penjual. Walaupun begitu undang:undang tersebut tidak dikuatkuasakan sepenuhnya. Sebagai contoh, sehingga hari ini masihada pihak yang tidak memenuhi kehendak AktaPerihal Dagangan 1972. Penyelewengan dipasaran berpunca daripada kurang kawalan,penguatkuasaan undang-undang dan juga kesalahan pengguna sendirL Ini disebabkanundang-undang tersebut tidak dikuatkuasakandan tidak diterangkan kepada pengguna. Makapengguna tidak tahu dan memahami undangundang yang wujud.
Berdasarkan kepada masalah-masalah tersebut kajian ini bertujuan untuk mengenalpastipengaruh faktor-faktor sosioekonomi terhadapkesedaran pengguna. Objektif khusus ialahuntuk metneriksa latar belakang sosioekonomidan demografi responden, mengenalpastipengurusan kewangan, memeriksa pengaruhtaraf pelajaran, pendapatan dan tempat tinggalke atas kesedaran pengguna.
METODOLOGI
Dua kawasan tela:h dipilih untuk kajian iniiaitu Taman Pasir Putih Baru sebagai mewakilikawasan bandar dan Kampung Lambor Kanan,Parit sebagai mewakili kawasan luar bandar.
90 PERTANlKA VOL. 8 NO. I, 1985
PENGARUH FAKTOR-FAKTOR SOSIO-EKONOMI TERHADAP KESEDARAN PENGGUNA
Seramai 90 responden telah dipilih secara rawakdengan menggunakan jadual rawak mengikutnombor rumah populasi. Bagt kawasan luarbandar, seramai 45 responden dipilih daripada278 buah keluarga dan bagi kawasan bandarpula 45 responden dipilih daripada 250 buahkeluarga. Syarat sampel ialah pasangan suami.isteri yang tinggal bersama. Data telah dikumpulkan dengan cara temubual menggunakansoal selidik pada bulan November 1983. Maklumat yang diperolehi telah dianalisis denganmenggunakan Program 'Statistical Package forthe Social Sciences' (SPSS). Ujian AnalisisVarian dan 'Duncan's Multiple-Range' telahdigunakan untuk menguji perbezaan di antarapembolehubah.
HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Maklumat Sosioekonomi dan Demografi
Maklumat yang didapati menunjukkan saizisi rumah responden di antara 2 hingga 10 orangdengan purata seramai 5.2 orang. Saiz tersebutsarna dengan saiz isi rumah untuk pendudukMalaysia (Banci penduduk, 1980). Walau bagaimanapun terdapat perbezaan di antara purataisi rumah bandar iaitu 3.9 orang dengan isirumah luar bandar iaitu 6.4 orang. Julat umurresponden di antara 19 hingga 76 tahun denganpurata 42 tahun. Purata umur respondenbandar ialah 37 tahun dan luar bandar 46tahun. Didapati kesemua responden bandar
merupakan golongan mendatang yang disebabkan oleh faktor pekerjaan. Purata jangka masamereka tihggal di bandar ialah 2 tahun berbanding dengan 18 tahun bagi responden luarbandar. Kebanyakan responden luar bandar (34orang) mendapat pendidikan setakat sekolahrendah berbanding dengan responden bandaryang kebanyakannya (32 orang) mempunyaisekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia.
Dan segi pendapatan, julat pendapatansuami ialah di antara $1000 hingga $4000 denganpurata sebanyak $673. Sementara itll, seramai52 peratus isteri di bandar dan 29 peratus isteridi luar bandar mempunyai sumber pendapatansendiri. Julat pendapatan isteri ialah di antara$50 hingga $1200. 24 peratus keluarga mempunyai pendapatan daripada sumber lain yangberjumlah di antara $20 hingga $350. Jumlahpendapatan keluarga dikira dengan menjumlahkan pendapatan suami, pendapatan isteri danpeI1dapatan daripada sumber lain. Puratajumlah pendapatan keluarga ialah $934 (Jadual1). Terdapat perbezaan yang besar di antarapurata pendapatan keluarga bandar dan luarbandar iaitu $1356 dan $511. Didapati 73 peratus daripada keluarga luar bandar berpendapatan kurang daripada $500 sebulan manakala 73 peratus daripada keluarga bandar berpenaapatan lebih daripada $1000 sebulan. Inimenunjukkan lebih daripada separuh keluargaluar bandar tergolong dalam golongan yang berpendapatan rendah.
JADUAL 1Taburan jurnlah pendapatan keluarga
Bandar Luar bandar Keseluruhan
Jurnlah pendapatan Bil. (n - 45) % Bil. (n-45) % Bil. (n - 90) %
$500 2 4 33 73 35 39
$501 - $999.99 10 23 6 13 16 18
$1000 ke atas 33 73 6 13 39 43
Purata $1356 $511 $934
PERTANlKA VOL. 8 NO.1, 1985 91
NURIZAN YAHAYA, JAIYAH SHAHBUDDIN ANDJARIAH MASUD
PenguTusan Kewangan
Seramai 59 responden (yang terdiri danpada 24 respondenluar bandar dan 35 responden bandar) merancang terlebih dahulusebelum membeli. Kebanyakan responden membuat peruntukan wang sebelum membelimakanan basah (51 peratus), makanan kering(56 peratus) dan pengangkutan (44 peratus).Hanya 6 peratus keluarga yang membuat peruntukan wang untuk hiburan. Didapati lebihramai responden bandar membuat peruntukanwang setiap bulan berbanding dengan responden luar bandar. lni disokong oleh ujian khiganda dua yang menunjukkan 'terdapat perhubungan yang bererti di antara tempat tinggalresponden dengan peruntukan wang ke atasmakanan basah (x 2 = 27.8), makanan kering(x 2 = 23.8), pakaian (x 2 = 5.1) pengangkutan(x 2 = 23.8) dan simpanan (x 2 = 8.8) pada paras P<0.05, dengan satu darjah kebebasan. ·Inimenunjukkan terdapat perbezaan di antararesponden bandar dan luar bandar dalam membuat peruntukan wang terhadap makananbasah, makanan kering, pakaian, pengangkutandan simpanan.
Maklumat yang didapati menunjukkanresponden bandar merancang kewangan denganbaik jika dibandingkan dengan responden luar
bandar. lni disebabkan hampir kesemua rel)ponden bandar mempunyai pekerjaan tetapyang membolehkan mereka membuat peruntukan kewangan dengan sempurna. Respondenluar bandar pula kebanyakannya bekerja sendiridan tidak mempunyai pendapatan tetap. Olehitu mereka sukar membuat peruntukan kewangan.
Tentang faktor·faktor yang mempengaruhimereka semasa membeli, 20 peratus respondenmengatakan mereka selalu meminta pendapatorang lain sebelum membeli. Responden luarbandar dan responden yang berpendapatankurang dari $500 sebulan pula lebih mementingkan harga semasa membeli. Manakala lebih 76peratus responden mengatakan mereka membelikerana keperluan keluarga.
Dalam kajian ini isi rumah membelanjakansebanyak $1008.80 untuk perbelanjaan bulanankeluarga (Jadual 2). Terdapat perbezaan dalamperbelanjaan di antara isi rumah bandar denganluar bandar iaitu $1160.74 bagi isirumah dibandar dan $519 bagi isi rumah di luar bandar.Ini disebabkan pendapatan isi rumah bandarlebih tinggi daripada luar bandar_ Perbandingan perbelanjaan perkapita dapat memberi gambaran yang jelas kerana saiz isi rumah berbeza diantara bandar dan luar bandar. Mengikut
JADUAL 2Anggaran perbelanjaan isi rwnah serta perbelanjaan per kapita
untuk makanan dan bukan makanan
Perbelanjaan
lsi rumah I
Makanan
Bukan Makanan
Jumlah
Per kapita
Makanan
Bukan Makanan
Jumlah
Bandarn = 45
$273.11
887.63
1160.62
70.00
227.59
297.62
Luar bandarn = 45
$204.00
315.19
519.19
31.87
49.25
81.12
Keseluruhann = 90
$238.55
769.75
1008.30
45.87
148.03
193.90
92 PERTANIKA VOL. 8 NO. I, 1985
PENGARUH FAKTOR·FAKTOR SOSIO·EKONOMI TERHADAP KF.SEDARAN PENGGUNA
1aporan penyiasatan perbe1anjaan isi rumah1973, perbe1anjaan perkapita untuk makananbagi kawasan bandar ia1ah $24.05 dan $18.84 di1uar bandar. Didapati perbe1anjaan perkapitauntuk makanan da1am kajian ini ia1ah $70.03 dibandar dan $31.87 di 1uar bandar. lni menunjukkan keadaan inflasi dan pergolakan ekonomiyang mempengaruhi pendapatan perkapita bagisetiap pengguna dalam tempoh 1973 hirigga1983. Purata nisbah pendapatan yang dibelanjakan untuk makanan da1am kajian ia1ah 25peratus, di mana keluarga bandar membelanjakan 20 peratus dan 1uar bandar 40 peratus daripada pendapatan keluarga.
Perbezaan tersebut disebabkan purata pendapatan isi rumah bandar 1ebih tinggi daripadapurata pendapatan isi rumah 1uar bandar dannisbah yang dibelanjakan bagi makanan semakin berkurang apabila pendapatan bertambah.
Yang termasuk da1am kumpulan bukanmakanan ialah pakaian, tempat tingga1, pengangkutan, hiburan, simpanan dan keperluanlain (JaduaI3). Pakaian yang dimaksudkan ialahkain baju, kasut dan a1at solek. Didapati hampir
semua keluarga luar bandar membeli pakaiansetahun sekali iaitu ketika menyambut hari raya.Sebanyak 15 ke1uarga 1uar bandar tidak pernahmembeli pakaian, kerana pakaian mereka ditanggung oleh anak-anak mereka yang te1ahbekerja. Bagi keluarga bandar pula, hanya duabuah keluarga yang tidak membeli pakaiankeran telah bersara. Peratus perbelanjaankeluarga bagi pakaian ia1ah 4 perati.ls. Sebanyak43 buah keluarga 1uar bandar dan 35 buahkeluarga bandar tingga1 di rumahsendiri. Bagikeluarga 1uar bandar, mereka mendirikanrumah dengan model sendiri· berbeza d~ngan
keluarga bandar yang membeli rumah daripadapemaju perumahan. Kebanyakan respondenbandar membayar ansuran di antara $200hingga $400 sebulan atau 26 peratus daripadapendapatan bu1anan.
Responden membelanjakan 14 peratusdaripada pendapatan untuk pengangkutan.Perbe1anjaan dalam item ini termasuk1ahbayaran insuran kenderaan setiap bulan, dieseldan tambang bas atau teksi. °Didapati 18keluarga (20 peratus) tidak mempunyai kenderaan sendiri.
JADUAL 3Purata perbelanjaan bulanan keluarga
Item Bandar
Makanan 273.11(20.13)
Pakaian 49.26( 3.60)
Perumahan 65.71(26.90)
Pengangkutan 158.22(11.70)
Simpanan 122.10( 9.00)
Hiburan 40.21( 3.00)
Lain-lain 15°2.18(11.20)
Luar Bandar
204.90(39.90)
19.73( 3.70)
58.14(11.30)
88.78(17.30)
7722(15.10)
71.32(14.00')
Keseluruhan
238.55(25.50)
37.12( 4.00)
340.25(36.40)
134.18(14.20)
103.71(11.30)
40.21( 4.30)
114.01(12.20)
) = Peratus daripada purata pendapatan bulanan keluarga.
PERTANIKA VOL. 8 NO.1. 1985 93
NURIZAN YAHAYA, JAIYAH SHAHBUDDIN AND JARIAH MASUD
Simpanan adalah penting untuk masadepan terutamanya untuk perbelanjaan sekolahanak-anak dan hari tua. Seramai 73 peratuskeluarga'membuat simpanan bulanan iaitu 11peratus daripada pendapatan keluarga. Seramai73 peratus keluarga yang terdiri daripada 50peratus keluarga 'luar bandar dan 23 peratuskeluarga bandar tidak membuat perbelanjaanuntuk item hiburan. Mereka menonton televisyen dan mendengar radio sebagai hiburan.
Kesedaran Pengguna
Aspek kesedaran pengguna yang dikajiialah kesedaran terhadap hak-hak dan tanggungjawab sebagai pengguna dan kesedaran terhadap undang-undang perlindungan penggunadi negara ini. Sebanyak 19 soalan telah dibentukuntuk mengenalpasti kesedaran hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna. Setiapjawapan yang diberikan oleh responden diberi 3markah untuk "selalu", 2 untuk "kadangkadang" dan 1 untuk "tidak pemah". Sebelassoalan yang berkaitan dengan undang-undangtelah dikemukakan untuk mengukur kesedaranterhadap undang-undang perlindungan pengguna. Markah yang diberi ialah 1 untuk "tidak"dan 2 untuk "ya".
Maklumat yang diperolehi menunjukkan 46peFatus daripada responden selalu membelibarang di satu tempat sahaja kerana merekamembeli secara kredit. 1ni menyebabkan 82peratus responden tidak pemah memilihbarang-barang yang hendak dibeli dengan telitikerana percaya kepada pekedai. Hanya 21 peratus responden selalu membuat perbandinganharga di beberapa buah kedai sebelum membeli, sedangkan kurang separuh (46 peratus)tidak pemah berbuat demikian. Seramai 83peratus responden tidak pemah menyediakansenarai barang yang hendak dibeli dan tidakbegitu berminat untuk meI).gambil tahu tentangbarang-barang baru di pasaran. Hampir separuh daripada responden (46 peratus) tidakpemah mengemukakan soalan-soalan kepadapekedai semasa membeli dan cuma 17 peratusresponden mengatakan mereka selalu mendapatkan maklumat tentang sesuatu barangsebelum membeli.
Kebanyakan responden (64 peratus) tidakpernah memeriksa keselamatan barang semasamembeli. Didapati 60 peratus responden' tidakpernah membaca segala arahan sebelum membeli sesuatu barang dan hanya 7 peratus responden yang selalu mengikut arahan yang dicadangkan ketika mengguna dan menjaga barang-barang yang dibeli terutamanya barangbarang elektrik. Keb;.inyakan responden (76peratus) tidak pemah membaca surat perjanjianjual beli sebelum surat tersebut ditandatangani.Mengenai hak untuk didengari pula, 36 peratusresponden selalu memulangkan semula barangbarang yang dibeli jika barang tersebut tidakseperti yang diakui. Juga di::lapati lebih separuhresponden (52 peratus) mengatakan merekamengetahui hak-hak mereka sebagai pengguna.Julat markah kesedaran hak responden ialah diantara26 hingga 55 dengan purata 44.3. Didapati purata markah kesedaran hak respondenbandar lebih tinggi daripada responden luarbandar iaitu masing-masing 47.7 dan 41markah.
Maklumbalas mengenai undang-undangmenunjukkan ramai responden tidak mengetahui dan memahami undang-undang perlindungan pengguna di negara ini. Seramai 59peratus mengatakan mereka tidak mengetahriiwujudnya undang-undang yang melindungimereka.
Setelah dijumlah markah kesedaran hakdan kesedaran undang-undang, didapati julatrnarkah kesedaran pengguna ialah di antara 40hingga 75 dengan purata 61 markah. Markahtersebut dikategorikan kepada tiga kumpulaniaitu "rendah" di antara 40 hingga 51,"sederhana" di antara 52 hingga 63 dan "tinggi"di antara 64 hingga 75 (Jadual 4). Hampir separuh responden (48 peratus) mendapat markahyang tinggi.
JADUAL 4Taburan markah kesedaran pengguna
Markah yang diperolehi Bil. %(n = 90)
40 - 51 (Rendah) 12 13
51- 63 (Sederhana) 35 39
64 - 75 (Tinggi) 43 48
94 PERTANIKA VOL, 8 NO. I, 1985
PENGARUH FAKTOR-FAKTOR SOSIO-EKONOMI TERHADAP KESEDARAN PENGGUNA
JADUAL 5Ujian 'Duncan's multiple-range' bagi taraf
pelajaran responden
Maklumat yang diperolehi menunjukkanpurata markah kesedaran meningkat apabilataraf pelajaran meningkat. Dengan menggunakan ujian ANOVA (Analisis Varian) didapatitaraf kesedaran pengguna berbeza mengikuttaraf pelajaran (F = 34.53, dk = 2) pada parasP < 0.01. Ujian 'Duncan's multiple-range' menunjukkan terdapatnya perbezaan yang berertidi antara responden yang berpelajaran tinggidengan yang berpelajaran rendah dan di antararesp01?-den yang berpelajaran rendah denganyang berpelajaran menengah pada para P <0.01. Tetapi perbezaan taraf kesedaran pengguna tidak bererti di antara responden yang berpelajaran menengah dengan responden yangbe~pelajarantinggi (Jadual 5). lni menunjukkantaraf kesedaran pengguna akan meningkat apabila taraf pelajaran meningkat sehingga keperingkat menengah tetapi apabila taraf pelajaran mencapai ke peringkat tinggi kenaikantaraf kesedaran adalah kecil.
JADUAL 6Ujian 'Duncan's multiple-range' bagi taraf
pendapatan keluarga
Ujian ANOVA ke atas pembolehubahtaraf pendapatan keluarga dengan kesedaranpengguna menunjukkan terdapat perbezaanyang bererti di antara kedua-dua pembolehubahtersebut pada para P < 0.01. Ujian'Duncan'smultiple-range' menunjukkan responden daripada keluarga yang berpendapatan tinggi mempunyai perbezaan yang bererti pada paras P <0.01, daripada segi kesedaran pengguna dibandingkan dengan responden yang berpendapatanrendah dan sederhana (Jadua16). lni--menunjukkan taraf kesedaran responden daripadakeluarga yang berpendapatan tinggi berbezadengan responden yang .berpendapatan rendahdan sederhan:a. Dengan menggunakan ujianANOVA didapati perbezaan taraf kesedaranpengguna bandar dan pengguna luar bandaradalah bererti (F = 38.44,dk = 1) pada parasP < 0.01 (Jadual 7). Purata markah kesedaranresponden bandar lebih tinggi daripada markahkesedaran responden luar bandar iaitu masingmasing mendapat 65.4 dan 56.5 markah.
66.10**
63.25**
54.28**
Purata Markah
$1000 ke atas
$501-$999.99(Sederhana)
$500(Rendah)
Taraf pendapatan
** bererti pada paras 0.01.
65.53**
54.8**
66.10 ns
Purata markahTaraf pelajaran
Pelajaran rendah(Tidak bersekolah dansekolah rendah)
Pelajaran menengah(SRP/LCE dan SPM/MCE)
Pelajaran tinggi(STP/HSC Maktab, Kolej danUniversiti)
*.* bererti pada paras 0.01.
os tidak bererti
JADUAL.7Jadual ANOVA yang menunjukkan perhubungan di antara taraf
kesedaran pengguna bandar dengan pengguna luar bandar
Punca Ubahan Jadual Purata Darjah Nilai FKuasa dua Kuasa dua Kebebasan
Di antara kumpulan 1777.78 1777.78 1 36.44**
Di dalam kumpulan (Error) 4070.22 46.25 88
.. Bererti pada paras P <0.01.
PERTANlKA VOL. 8 NO.1. 1985 95
NURIZAN YAHAYA, JAIYAH SHAHBUDDIN AND JARIAH MASUD
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Maklumat yang didapati menunjukkan kebanyakan responden berada di peringkat umurpertengahan dan mempunyai saiz keluarga yangsederhana. Taraf hidup responden bandar lebihbaik daripada responden luar bandar keranamereka mempunyai taraf pelajaran dan pen4apatan yang lebih tinggi. Lebih ramai responden bandar yang membuat peruntukan kewangan dibandingkan dengan responden luarbandar. Kebanyakan responden mementingkanfaktor keperluan keluarga apabila membeli sesuatu barang. Perbelanjaan perkapita untukmakanan berbeza di antara keluarga bandar($70.3) berbanding dengan keluarga luarbandar ($31.87). Ujian ANOVA dan Duncan'smultiple-range menunjukkan taraf kesedaranpengguna berbeza mengikut taraf pelajaran danpendapatan. Pengguna bandar mempunyaitaraf kesedaran yang lebih tinggi dibandingkandengan pengguna luar bandar.
Adalah dicadangkan supaya pihak kerajaan
dan persatuan-persatuan mengambil langkahpositif dalam mendidik pengguna menjadi lebihrasional terutamanya bagi mereka yang tinggaldi luar bandar. Di sana kelas bukan formaltentang pendidikan pengguna boleh diadakanoleh persatuan-persatuaR pengguna dan agensiagensi kerajaan. Langkah selanjutnya ialahmelahirkan generasi peIigguna yang faham tentang tanggungjawab masing-masing supayamereka menjadi lebih bijak dalam urusan pembelian mereka. Di sekolah, kesedaran ini bolehditanamkan melalui penubuhan persatuanpengguna dan diserapkan ke dalam mata pelajaran tertentu misalnya dalam mata pelajaranBahasa Malaysia, Sivik, Ekonomi, Perdagangandan Kertas Am. Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdaga-ngan dan Perindustrianperlu memperhebatkan lagi usaha untuk membenteras penipuan dan penyelewengan yang berlaku di pasltran. Akta serta undang-undangyang digubal juga perlu dikaji semula dan dikuatkuasakan. Di samping itu pengguna juga diberi penerangan mengenainya supaya kepentingan mereka lebih terjamin.
SUMMARY
The objective of this .study was to examine the influence of some selected socio-economicfactors on consumer awareness. A total of 90 respondents, consisting of 45 respondents from theurban area and 45 from the rural area were randomly selected for the study. Data were obtained bypersonal interviews using structured questionnaires. The socio-economic factors were used asi'{"dependent variables and consumer awareness as dependent variables. The sodo-economic factorsincluded were educational status, family income and place of residence. Consumer awarenessconsisted of awareness towards rights and responsibilities as consumers and awareness towardsconsumer protection laws and regulations. Analysis of Variances test and Duncan's multzple-rangestatistical tests were ut£lized to test the differences between variables. The results show that most of therespondents are in the middle age group and have a medium-sized family. The urban respondentshave a higher family income and higher level of education as compared to their rural counterparts.Most respondents dte family needs as the most important criterion for their decisions on buying. Theper capita expenditure onfaod for urban families is higher (170.03) as compared to the ruralfamilies(131.87). The result also indicate that the level of consumer awareness of urban respondents is higherthan-those from the rural areas. The level of consumer awareness increased as the level of educat£onand income increased. The AND VA tests show that the level of consumer awareness differs witheducational status and family income. Some recommendations for improving the conditions are alsoforward~d based on the responses given by the respondents.
96 PERTANIKA VOL. 8 NO.1. 1985
PENGARUH FAKTOR-FAKTOR SOSIO-EKONOMI TERHADAP KESEDARAN PENGGUNA
RUJUKAN
BACKLIN, L.P. (1969): Consumer Search, RoleEnactment and Market Efficiency. journalofBusiness. 42(1): 22 - 28.
BAlLARD, E.T., BIEHL, D.C. and KAISER, R.W.(1977): Personal Money Management.Science Research Association, Inc., NewYork.
BERBMAN, H.W. and GILSON, C.C. (1978):Consumer Behavior: Concepts and Strategies. California. Dickenson Publishing Co.Inc.
CONNETT, M.C. and DOUGLAS, J. (1968): AnExperimental of the Price-quality relationship.journal ofBusiness. 41: 439 - 444.
DICKINSON, V.A.H. (1974): The Influence ofSosio-economic Factors on ConsumerAwareness. In Home Economic ResearchAbstract.
ENGEL, J.F., KOLIAT, D.T. and BLACKWELL,R.D. (1973): Consumer Behavior. NewYork. Holt, Rinehart and Winston.
HANSEN, F. (1972): Consumer Choice Behavio~: A Cognitive Approach. New York. TheFree Press.
HARRIS, L. (1970): The Socially Conscious Consumer. In Consumer Behavior Concepts andStrategies (Disunting oleh Berkman. H. W.dan Gilson, C.C. 1978). California.Dickinson Publishing Co. Inc.
HAWARD, J.A. and· OSTLUND. L.E. (1973):Buyer Behavior. New York. Alfred A.Knoff.
IBRAHIM S ALLEH. (1983): Pengeluar-pengeluarsentiasa mencari keuntungan lebih: Kesedaran di kalangan pengguna perlu dipupuk. Berita Harian. 25hb. April. ms. 10
LEVY, L., FELDMAN R. and SOSSERATH, S.(1976): The Consumer in the Market Place.California. Pitman Learning Inc.
LEAVITT, H. (1954): A note on some Experimental Findings About the Meaning ofPrice.Journal ofBusiness. 27: 205 - 210.
MYERS,J.H.• STANTON, R.R. andHAUG,A.F.(1974): Correlates Buying Behavior SocialClass Vs. Income. journal of Markett'ng. 8:15.
PENYIASATAN PERBELANJAAN lSI RRUMAH(197a): Jabatan Perangkaan Negara. Kual;;tLumpur.
RINGKASAN RANCANGAN MALAYSIA KTIGA(1982): Jabatan Percetakan Negara. KualaLumpur.
SARBIN. T.R. (1965): Role Theory. The Handbook of Social Psychology (Disunting olehLindzey, G.). New York. Addison-WeslyPublishing Co.• Inc.
SCHOENFELD, D. and NATELLA, A.A. (1970):The Consumer and His Dollars. New York.Oceana Publication Inc.
SCOTT, R. (1976): The Female Consumer. NewYork. Halsted Press.
THAL, H.M. and HOLCOME. M. (1973): YourFamily and Its Money. Boston. HaughtonMifflin Co.
TAN. T.W. (1982): Income Distribution andDetermination in West Malaysia. KualaLumpur. Oxford University Press.
THOMPSON, R. (1976): Characteristic and Behavior of Outshopping Consumer. journal ofRetailing. 47: 25 - 30.
(Received 5 june, 1984)
PERTANIKA VOL. 8 NO. I, 1985 97