7
Pengenalan Pengenalan mestilah mengandungi penjelasan/sokongan “kenapa” penyelidikan yang bakal dijalankan itu penting. Fokus adalah pada pembolehubah bersandar yang menjadi tumpuan/fokus kajian. Antara kandungan terdiri daripada: • Pernyataan Masalah • Tujuan Penyelidikan • Soalan Penyelidikan • Definisi pembolehubah

Pengenalan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pengenalan. Pengenalan mestilah mengandungi penjelasan/sokongan “kenapa” penyelidikan yang bakal dijalankan itu penting. Fokus adalah pada pembolehubah bersandar yang menjadi tumpuan/fokus kajian. Antara kandungan terdiri daripada: Pernyataan Masalah Tujuan Penyelidikan Soalan Penyelidikan - PowerPoint PPT Presentation

Citation preview

Page 1: Pengenalan

Pengenalan

Pengenalan mestilah mengandungi penjelasan/sokongan “kenapa” penyelidikan yang bakal dijalankan itu penting. Fokus adalah pada pembolehubah bersandar yang menjadi tumpuan/fokus kajian.

Antara kandungan terdiri daripada:• Pernyataan Masalah• Tujuan Penyelidikan• Soalan Penyelidikan• Definisi pembolehubah

Page 2: Pengenalan

Sorotan Karya Bahagian ini cuba menyakinkan pembaca bahawa

penyelidik telahpun menilai atau mengulas semua penerbitan sebelumnya mengenai topik/bidang yang dikaji.

Pencarian sorotan adalah berasaskan pembolehubah bersandar iaitu fokus kajian kita.

Antara kandungan terdiri daripada:• Sorotan am mengenai tajuk kajian• Sorotan khusus tajuk kajian yang meliputi pembolehubah

bersandar, tak bersandar, pencelahan atau penyederhana jika ada.

Page 3: Pengenalan

Metodologi

Bahagian ini menejelaskan metodologi yang digunakan dalam kajian. Bahagian ini penting dari segi teknikal.

Antara kandungan terdiri daripada:• Kerangka Teori• Hipotesis• Pembolehubah dan ukuran• Populasi, sampel dan kaedah pensampelan• Kaedah kutipan data• Teknik analisis data yang mungkin digunakan

Page 4: Pengenalan

Analisis data

Bahagian ini sangat penting untuk menguji apa jua hipotesis yang telah dibangunkan

Antara kandungan terdiri daripada:• Profil Sampel (dari segi demografi)• Analisis faktor (jika ada)• Analisis Kebolehpercayaan• Jadual deskriptif pembolehubah utama• Ujian hipotesis yang berkaitan dengan kerangka

teori• Analisis tambahan yang boleh menyokong kajian

Page 5: Pengenalan

Kesimpulan Bahagian ini adalah yang terpenting untuk

menunjukkan sama ada objektif kajian telah dicapai ataupun tidak.

Perbincangan mestilah berpandukan hasil analisis dan bukannya pengalaman lampau.

Antara kandungan terdiri daripada:• Perbincangan penemuan utama (jangan bincang secara statistik

sekali lagi, cuba jelaskan kenapa perhubungan yang wujud)• Implikasi kepada teori dan pengurusan• Had-had• Cadangan untuk penyelidikan lanjutan (jika ada)

Page 6: Pengenalan

Bibliografi

Semua rujukan dalam teks mestilah dimasukkan dalam bibliografi.

Juga rujukan yang tidak disebut dalam teks tetapi telah dirujuk oleh penyelidik juga dimuatkan dalam bahagian ini.

Format yang digunakan adalah format “APA”

Page 7: Pengenalan

Lampiran

Output komputer yang berkaitan dan penting sahaja dilampirkan.

Keratan akhbar atau lain-lain bahan yang relevan

Borang soal-selidik (mesti dilampirkan)