Pengenalan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pengalaman Berasaskan Sekolah

Citation preview

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH2015

PengenalanPengalaman berasaskan sekolah merupakan satu program yang amat bermakna dan berfaedah warga guru pelatih institutisi perguruan. Pengalaman inilah merupakan gambaran terawal bagi para guru pelatih untuk berkhidmat sebagai seorang pendidik di sekolah pada suatu hari nanti. Program ini boleh dipersenjatakan sebagai alat maya oleh guru-guru pelatih untuk menjadi seorang guru yang berwibawa.Di samping itu,mereka juga dapat menikmati dan menyesuaikan diri mereka dengan keadaan sekolah. Hal ini dapat memantapkan kebolehan mereka untuk berinteraksi dengan murid-murid sekolah dengan baik. Selain itu, seseorang guru pelatih juga mendapati tahu tentang amanah sebagai seorang pengajar.Penyataan professional atau kontrak tugasan ini merujuk kepada harapan atau tugasan yang ditetapkan oleh guru pelatih sendiri untuk dilaksanakan ketika menjalankan pengalaman berasaskan sekolah. Portfolio ini juga dapat membantu guru pelatih menyimpan dan merekod perkembangan mereka semasa melakukan PBS di sekolah pilihan masing-masing.Kesimpulannya, Pengalaman Berasaskan Sekolah dapat membantu guru pelatih meningkatkan lagi potensi mereka sebagai bakal guru yang cemerlang, gemilang, terbilang dan juga berkaliber. Guru merupakan modal insan kepada Negara untuk membentuk produk insan yang berkualiti berdasarkan tema hari guru yang dilancarkan pada sambutan hari guru nasional kali ke-43, Guru pencetus kreativiti, guru penjanan inovasi.

PenghargaanDengan mengambil kesempatan ini, saya mengucapkan selamat sejahtera kepada semua. Syukur kepada Tuhan yang maha mulia dengan limpah dan kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan berkaitan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) buat kali ketiga yang saya lalui ini dengan jayanya di Sekolah Jenis Kebangsaan Ladang Henrietta, Kedah. Walaupun terdapat banyak cabaran dan kesukaran yang perlu dihadapi semasa menyiapkan tugasan ini, akhirnya saya dapat siapkan tugasan saya dalam masa yang ditetapkan. Terlebih dahulu saya ingin berterima kasih kepada semua pihak yang telah menghulurkan pertolongan mereka dalam menjayakan kerja kursus ini. Saya sangat menghargai sokongan daripada pihak ibu bapa saya kerana mereka telah memberi bantuan dari segi kewangan, pengangkutan dan juga memberi sokongan moral sepanjang saya menjalani PBS ini. Mereka memberi semangat setiap hari supaya saya dapat menjalankan tugasan yang diamanahkan dengan jayanya.Tidak terlupa juga kepada rakan-rakan yang telah menjalani PBS bersama dengan saya. Mereka terdiri daripada 2 orang dan berasal dari IPG yang berlainan. Walaupun begitu, mereka banyak membantu menyumbangkan idea semasa menyelesaikan tugasan ini. Mereka juga memberikan komitmen dan mempunyai semangat kerjasama yang tinggi semasa menjalani PBS. Selain itu, saya merakamkan ribuan terima kasih kepada semua warga SJK (T) Ladang Perbadanan yang telah memberi sokongan dan bantuan yang sepenuhnya semasa saya mengumpulkan pelbagai maklumat yang berkait dengan tugasan saya. Saya percaya kerja kursus ini akan memberi kesan positif kepada kita sebagai pendidik mahupun semasa proses pengajaran dan pembelajaran atau semasa aktiviti di luar bilik darjah. Akhirnya, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya secara langsung dan tidak langsung untuk menyiapkan tugasan ini.

PERNYATAAN PROFESIONAL(SEBELUM)

Sebelum kami menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kami telah diberi taklimat relevan dengan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) daripada beberapa pihak barisan penyeleras PBS. Taklimat diadakan di Dewan Al- Farabi, IPSAH. Selaku guru pelatih PISMP Semester Satu, inilah peluang keemasan kami buat kali ketiga untuk menuntut ilmu mengenai alam persekolahan dan juga memahami perspektif sebagai seorang guru.Kaedah-kaedah seperti kaedah pemerhatian,kedah penelitian dokumen, kaedah membuat refleksi tingkah laku murid, kaedah pengurusan sekolah dan juga kaedah pengurusan bilik darjah di sekolah menganjakkan kefahaman guru pelatih bahawa sekolah merupakan sebuah institusi pendidikan dan guru sebgai penngerak teori danamalan dalam konteks pengajaran danpembelajaran selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan di dalam bilik darjah. Pendek kata, program PBS mebimbing kami untuk memahami peranan segi tiga yang terbentuk antara peranan guru, tanggungjawab murid dan struktur pengurusan sekolah.PBS beroperasi bertema melahirkan kefahaman kepada kami selaku guru pelatih tentang budaya sekolah, melatih kami untuk menyesuaikan diri disekolah dan di bilik darjah. Selain itu, PBS juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang pembelajaran murid, dan membantu guru pelatih untuk memahami pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung, pengalaman kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolahjuga merupakan salahsatu objektif PBS. PBS juga membuka peluang kepada guru pelatih untuk membina kemahiran mengumpul maklumat tentang peranan dan tanggungjawab serta maklumat yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah di samping membina sikap positif dalam diri seorang bakal guru.Sebagai tutup tirai tugasan, saya dikehendaki membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru dan mendokumentasikan pengalaman yang dilalui sepanjang PBS untuk perbincangan semasa sesi refleksi nanti. Pada semester ke-3 PISMP, kami diarahkan untuk membuat PBS selama satu minggu iaitu bermula dari 13 Sep 2015 hinga 17 Sep2015 dan diberi peluang untuk menjalankan PBS mengikut tempat pilihan kami sendiri. Majoriti pelajar PISMP ambilan Jun 2015 menjalankan PBS di kampung halaman masing-masing termasuk saya. Sekolah yang menjadi pilihan saya ialah SJK(T) Ladang Perbadanan.Dengan mendukung pengalaman bekerja selama empat bulan di sebuah tadika berhampiran rumah halaman serta berada di alam persekolahan semasa melakukan PBS sebelum ini iaitu sebanyak dua kali, saya telah menjejak kaki di sekolah pilihan untuk melaksanakan PBS. PBS merupakan pengalam yang saya perolehi sebagai pendidik sementara di alam persekolahan; Pengalam inilah yang akan saya jadikan pemangkin untuk berkhidmat sebagai guru yang berjasa tanpa mengira temapat, masa dan situasi.Selepas mendengar taklimat daripada pensyarah, barulah kami memahami serba sedikit tentang PBS ini. Selain mengenali budaya sekolah sewaktu menjalankan PBS, kami juga dikehendaki mencari bahan untuk tugasan bagi Pengurusan Bilik Darjah serta tugasan PBS. Menerusi kesemua tugasan yang kamiperolehi, kami dikehendaki membahagikan masa yang adaselama satu minggu untukmengkaji dan mendapatkan semua bahan bagi kesemua tugasan tersebut. Lebih-leih lagi, saya juga dikehendaki mencari solusi kepada soalan tugasan yang mengandungi kehendak soalan mengikut rentak tersendiri Bagi tugasan PBS kami dikehendaki mencari jawapan daripada pemerhatian dilakukan atas keberkesanan aktiviti-aktiviti dilaksanakan untuk membina modal insan yang harmoni dan seimbang. Pada masa yang sama bagi tugasan pengurusan bilik darjah, dengan menngunakan kaedah pemerhatian kami turut diarahkan supaya mengadakan kajian ilmiah tentang perbezaan yang wujud antara kelas arus perdana dengan kelas pemulihan dari segi persekitaran fizikal, persekitaran psikososial dan peraturan serta rutin bilik darjah.Saya telah menjalankan PBS di SJK(T) Ladang Perbadanan bermula dari 13 September 2015 hingga 17 September 2015 sehingga bersama rakan-rakan dari institut perguran lain. Sebelum menjalankan PBS, saya telah mengetahui terlebih dahulu tentang jumlah murid dan jugahari persekolahan bagi sekolah tersebut. Saya beriktibar untuk menjalankan tugas yang diamanahkan atas nama PBS dengan sempurna.

PERNYATAAN PROFESIONAL(SEMASA)

Semasa sedang menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah menggunakan kaedah pemerhatian untuk mengumpul maklumat mengenai sekolah yang telah saya pilih. Saya telah melakukan kajian tentang struktur pentadbiran sekolah yang diketuai oleh guru Besar diikuti Penolong Kanan 1, Penolong kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum dibina besama-sama oleh warga guru.Semasa menjalani PBS, saya telah mengaplikasikan kaedah pemerhatian dalam penilaian pengurusan bilik darjah.Saya dapat menimba pengamalan sebagai guru di bilik darjah selam dua jam dengan keizinan yang diberikan oleh pihak sekolah. Melalui pemerhatian tersebut, saya dapat menyelesaikan sebahagian soalan yang berkaitan dengan tugasan PBS. Bagi menyiapkan keseluruhan tugasan ini, saya turut menemubual guru kelas dan beberapa guru lain terutamanya guru kelas pemulihan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Selain itu, semasa PBS juga saya turut melakukan melakukan kajian ilmiah secara rignkas dan terperinci tentang teknik yang diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tugasan ini telah mengarcakan saya menjadi seorang guru yang berkaliber; Saya telah menyedari kepentingan menitikberatkan pendekatan pengajaran yang diamalkan mampu membentuk sudut keberkesanan yang berbeza dalam kalangan murid.

PERNYATAAN PROFESIONAL(SELEPAS)

Pengalaman Berasakan Sekolah, telah mengukir saya menjadi insani yang berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan dengan mengumpulkan dan mengemaskinikan maklumat-maklumat yang diperolehi semasa di SJK (T) Ladang Perbadanan Kedah. Program ini telah saya jadikan peluang untuk menguasai ilmu pengetahuan serta kemahiran yang boleh dijadikan senjata untuk berdepan dengan arus globalisasi. Saya menyedari kepentingan mengenali taktik menemu bual dan bersoal selidik yang betul untuk mendapatkan info daripada sesuatu sumber konkrit mahupun sumber abstrak; Persoalan yang dilemparkan dengan menggunakan taktik betul mendapat respons yang sangat efektif. Kemesraan yang kita tonjolkan semasa bertanya sesuatu kepada sesorang tetap dihargai dan dibalas dengan penghormatan tdak terkata.Seterusnya, perjumpaan dengan guru besar SJK (T) Ladang Perbadanan Kedah, Encik Vasu merupakan memori yang tidak dapat dilupakan seumur hidup. Pengalaman pertama dengan beliau amat menyenangkan hati saya dengan keprihatinaan yang ditunjukkan. Beliau memberi bimbingan ringkas kepada saya untuk menjadi seorang guru yang berwibawa dan berkaliber supaya dapat mewujudkan warga pemangkin nasional. Beliau mengatakan bahawa seorang pendidik harus mengenali teknik untuk mengawal keadaan kelas dan emosi para pelajar supaya dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang aman dan damai. Selain itu, saya juga dapat menikamti nasihat yang telah memberikan impak yang begitu mendalam kepada diri saya dari Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Udeamalar. Beliau sanggup meluangkan masa selam sejam setengah dengan saya untuk menjelaskan persoalan yang berlegar-legar dalam hati saya mengenai profesion ini. Pada pandangan saya, beliau amat mengutamakan upacara sembahyang dalam kehidupan harian. Lebih-lebih lai, beliau melahirakan kesedaran dalam diri saya tentang kepentingan hubungan dua hala antara guru dengan murid. Pendek kata beliau, kerjasama yang terjalin antara ibu-ibu bapa dengan para guru amatlah penting bagi mewujudkan golongan insan yang berkualiti yang dinanti-nantikan.Di samping itu, saya menyedari bahawa semaian JERI dalam jiwa murid sangat dipengaruhi oleh suasana bilik darjah. Persekitaran sekolah serta keadaan bilik darjah yang selsesa, indah dan kondusif menggalakkan pelajar untuk berusaha berterusan bagi memperolehi kecemerlangan akademik mahupun kokurikulum kerana minat murid-murid akan bertambah untuk hadir ke sekolah dan melibatkan diri secara aktif di kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kemudahan infrastruktur di SJK (T) Ladang Perbadanan Kedah yang mencukupi memotivasikan pelajar untuk terus berjaya.Bilik Chrome yang dikendalikan dengan pengurusan yang baik akan memajukan perrkembangan pelajar dalam era teknologi. Ruangan bilik darjah yang sempit mewujudkan keadaan huru-hara dalam kalangan pelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan alatan saintifik yang tidak begitu canggih di makmal sains membantutkan pembangunan sains para pelajar dan menyulitkan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan perpustakaan yang tidak sistematik mendatangkan implikasi buruk kepada warga pelajar SJK (T) Ladang Pebadanan Kedah. Begitulah perjalanan PBS saya di SJK (T) Ladang Pebadanan Kedah, Sg Petani, Kedah Darul Aman.

Laporan Fokus AktivitiFokus Aktiviti Pertama: Unsur Pemerhatian Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Semasa menjalankan aktiviti ini pada hari pertama PBS didapati bahawa proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan berdasarkan pembahagian murid-murid kepada kumpulan. Pembahagian kumpulan dilakukan mengikut tahap pencapaian akademik atau prestasi murid di dalam bilik darjah masing-masing.Sebelum pembahagian kumpulan, guru akan memberi penerangan tentang tajuk yang hendak diajar. Mereka akan menggunakan pelbagai cara seperti menunjukkan benda sebenar, alat-alat konkrit, kad perkataan, gambar dan sebagainya. Penggunaan bahan ABM amat membantu para pelajar untuk memahami konteks pembelajaran dengan mudah.Selepas penerangan diberi, murid-murid mula bergerak dalam kumpulan yang telah dibahagi mengikut tahap akademik yang dicapai. Saya dapat melihat bahawa guru ingin memberi tumpuan yang lebih banyak kepada pelajar-pelajar yang lebih lemah. Guru akan memberi penerangan tentang aktiviti yang perlu dilakukan sebelum mereka duduk secara berkumpulan.Melalui aktiviti seperti ini, nilai murni seperti bekerjasama, bertoleransi serta saling bantu-membantu boleh dipupuk. Selepas itu, hasil kerja murid-murid akan dipapar atas papan hitam supaya kefahaman murid-murid terhadap pengajaran guru jelas terpapar. Hal ini dapat memotivasikan diri mereka untuk membuat persembahan yang lebih baik pada masa akan datang. Guru juga mengambil kesempatan untuk membetulkan kesalahan yang dilakukan dan murid-murid juga jelas tentang kesalahan yang dilakukan.Akhirnya kelas akan diakhirkan dengan menguji tahap kefahaman mereka. Sepanjang pengajaran, guru perlu sentiasa mengawal keadaan kelas supaya tidak mengganggu kelas yang lain ketika aktiviti dijalankan. Kaedah ini amat berkesan dalam melahirkan golongan murid yang pintar dan cerdik. Fokus Aktiviti Kedua: Melibatkan aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah

Aktiviti di dalam bilik darjahBilik darjah merupakan lokasi yang diberikan prioriti semasa proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Guru mata pelajaran tertentu akan menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan tajuk yang hendak diajar supaya dapat memangkin pemahaman pelajar. Pelbagai alat membantu mengajar akan digunakan seperti kad perkataan, CD, gambar, model dan sebagainya bagi membantu proses pengajaran. Pertandingan antara kumpulan dalam kelas juga dijalankan sekali sekala supaya murid tidak berasa jemu dengan cara pengajaran yang sama. Kuiz juga dijalankan bagi sesetengah subjek yang sesuai supaya murid lebih faham dengan ilmu pengetahuan yang hendak disampai oleh guru. Aktiviti-aktiviti ini adalah untuk memastikan para murid sentiasa tercabar dan tidak hilang rasa minat terhadap apa yang dipelajari.Aktiviti di luar bilik darjahPendidikan Jasmani di SJK(T) Ladang Perbadanan Kedah dilakukan di luar sekolah dengan pengawasan guru mata pelajaran. Guru yang bertanggungjawab bagi waktu ini akan membawa murid-murid ke padang sekolah. Sebelum aktiviti bermula, guru akan memanaskan badan bersama-sama murid supaya tidak mudah tercedera ketika melakukan aktiviti. Sepanjang kelas ini, guru amat mementingkan keselamatan setiap murid supaya peratusan untuk kemalangan yang tidak diingini terjadi dapat dikurangkan ke tahap minimum. Nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertoleransi dapat diterap kepada murid-murid.Selain kelas PJ, guru yang mengajar Sains juga sering kala membawa murid keluar dari kelas untuk menunjukkan contoh yang realiti supaya murid lebih faham. Dengan itu, murid-murid juga tidak berasa bosan dan tidak hanya menggunakan pembayangan sahaja. Mereka berpeluang melihat serta menyentuh benda-benda yang benar di sekitar mereka. Lebih-lebih lagi, pada minggu PBS, saya dapat kesempatan untuk mendapat tahu tentang aktiviti perkhemahan yang dijalankan dengan asisioasi pendidik. Pemerhatian(Aktiviti di dalam dan luar bilik darjah)

Guru memberi penerangan dan membahagikan murid kepada beberapa kumpulansebelum aktiviti PJ dijalankan.Guru memberi penerangan bagi mata pelajaran Bahasa Tamil sebelum aktiviti dalam kelas dijalankan.

Pemeriksaan gigiPerhimpunan

Fokus Aktiviti Ketiga:Mengenai persekitaran sekolah

Aspek keceriaan sekolah juga mempengaruhi perkembangan kognitif murid. Sekolah Jenis Kebangsaan Ladang Perbadanan Kedah ini memberi keutamaan untuk keceriaan dan memastikan sekitar sekolah kelihatan ceria. Lokasi sekolah ini terletak di sebuah bandar yang sedang membangun dan berkonsepkan alam sekitar. Boleh dikatakan bahawa kawasan sekolah ini kaya dengan keindahan alam. Pokok-pokok yang ditanam sekitar bangunan sekolah menambahkan keceriaan sekolah ini. Pokok-pokok bunga hiasan ditanam dalam pasu yang terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk. Murid-murid akan lebih ceria berada dalam persekitaran hijau dan bersih.Selain itu, sekolah ini juga mempunyai pondok pengawal, kantin, tempat menunggu, tempat letak kereta, padang yang luas, kuil dewi, perpustakaan, bilik mesyuarat, pondok membaca, dan tapak perhimpunan. Sekolah ini mempunyai dua pintu untuk pelajar keluar dan masuk iaitu pintu utama dan pintu belakang. Sepanjang pembelajaran, pelajar adalah dilarang untuk keluar dari sekolah dan hanya boleh berada di luar kelas dengan pas kebenaran.Sekolah ini mempunyai satu sesi iaitu sesi pagi. Selain itu, disiplin juga amat dititikberatkan di sekolah ini. Contohnya, pelajar di sekolah ini akan beratur semasa pergi ke tapak perhimpunan. Selain itu, apabila rehat mereka juga akan beratur. Apabila bertemu dengan guru-guru di sekolah, mereka juga akan mengucapkan salam kepada guru-guru. Saya dapat mengatakan bahawa SJK(T) Ladang Perbadanan Kedah banyak berusaha untuk melahirkan generasi yang mempunyai tahap kognitif yang baik. Program-program yang dianjurkan di sekolah tersebut adalah seimbang dari segi semua aspek. SJK(T) Ladang Perbadanan sangat terkenal dengan prestasi dan pencapaian yang baik bukan sahaja dalam kurikulum malah dalam aktiviti kokurikulum.Kurikulum sekolah ini boleh dikatakan lebih efektif. Guru-guru berinisiatif mengajar murid-murid kelas mereka dengan dengan pelbagai kaedah mengajar. Mereka menggunakan kaedah-kaedah baru semasa mengajar di dalam kelas. Guru-guru juga menggunakan alat bantu mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, LCD juga digunakan di setengah-tengah kelas. Dengan ini, murid-murid dapat didedahkan dengan teknologi semasa dan mereka dapat menguasai kemahiran bagaimana menggunakan alatan-alatan teknologi seperti ini pada masa hadapan. Semasa guru mengajar, mereka menggunakan bahasa yang betul dan lancar untuk memudahkan kefahaman murid-murid. Sekiranya murid-murid tidak faham akan sesuatu topik, mereka kan diterangkan dalam bahasa ibunda. Perpustakaan

Bilik perpustakaan.Rak buku

Rak letak ABM .Poster Sains

Fokus aktiviti keempat: Meliputi sumber pengajaran dan pembelajaran (P&P)Bilik SPBT sekolah ini digunakan untuk menyimpan dokumen-dokumen lama serta himpunana buku teks. Bilik SPBT dibina secara cantuman sekali dengan bilik guru. Sekolah ini mempunyai satu bilik untuk menyimpan bahan bantu mengajar. Bahan-bahan yang terkandung adalah seperti bentuk-bentuk geometri, kad, carta, patung, buku, dan sempoa untuk pembelajaran. Dalam bilik ini, semua bahan disusun kemas mengikut subjek. Bahan rujukan yang terdapat dalam perpustakaan juga merupakan salah satu sumber pembelajaran dan pengajaran. Bahan rujukan tersebut boleh membantu pelajar mencari maklumat. Jadual masuk ke perpustakaan juga disediakan untuk mengelakkan pelajar yang ramai. Perbuatan ini akan memudahkan perkhidmatan perpustakaan.Dalam bilik darjah, juga terdapat sudut pembelajaran seperti sudut Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Seni dan sebagainya. Pelajar dapat belajar dengan bersungguh-sungguh menggunakan kemudahan ini.

Susunan dalam Bilik Darjah Kelas 5 USM Susunan kerusi dan meja. Papan kenyataan dalam kelas.Kedudukan pelajar di kelas

Sudut Kata-kata Hikmat.Sudut Pendidikan Seni.

Sudut BacaanJadual Waktu

LAPORAN PBS HARI PERTAMA (13/09/2015)

Saya, Bavithraa A/P Ravinthiran telah menghadiri Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kali ketiga mulai 13 September 2015. Terlebih dahulu saya telah melapor diri di pejabat dengan menulis nama di ruangan kertas yang disediakan. Pada masa yang sama, kami telah berjumpa dan bertegur sapa dengan pelatih guru praktikum yang menuntut di IPGKSAH yang telah memulakan profesion keguruan di sekolah yang sama. Kemudian, kami berjumpa lalu berbual-bual dengan penolong kanan kurikulum, penolong kanan kokurikulum, penolong kanan hal ehwal murid; Kami diberi tempat duduk di Pusat Sumber. Sebaik sampai di Pusat Sumber Sekolah, kami bersalaman dengan seorang guru pelatih dari IPG Kampus Temenggung Ibrahim yang kelihatan agak sibuk pada pagi tersebut. Namun begitu, senyuman yang dilemparkan telah memotivasikan diri kami untuk terus berjuang demi kecemerlangan PBS. Kami telah mewujudkan hubungan silathurahim yang agak mesra bersama staf Pusat Sumber di situ. Selepas itu, pengumuman dibuat supaya dapat menghimpunkan semua murid di bawah satu bumbung sempena perhimpunan mingguan di tapak perhimpunan. Perhimpunan pada pagi tersebut dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti lagu negeri Kedah; Semua warga sekolah berdiri tegak dan menonjolkan sinaran patriotisme dalam jiwa masing-masing. Seterusnya, rukun negara telah dilafazkan dalam ketiga-tiga bahasa di bawah pimpinan murid pengawas yang bertugas. Guru bertugas minggu tersebut telah memberi ucapan mengenai tajuk kepentingan memelihara alam sekitar bersama-sama. Penolong kanan Hal Ehwal Murid telah berucap mengenai displin muri-murid sekolah tersebut; Beliau telah menekankan betapa pentingnya amalan bersembahyang untuk menjadi seorang insani yang mulia dan seimbang.Ucapan terakir diberi oleh guru besar sekolah tersebut, Encik Vasu. Beliau telah memberi sepatah dua kata di perhimpunan tersebut serta memberitahu perkembangan semasa yang berlaku di sekolah kepada para pelajar.Setelah selesai perhimpunan, pelajar-pelajar bergerak ke kelas dalam barisan masing-masing.Saya dengan rakan saya tunggu di pejabat untuk mendapat taklimat daripada guru besar. Sejurus kemudian beliau telah sampai. Beliau telah memberitahu tentang sekolah, peraturan dan juga tugas-tugas kami secara ringkas. Kemudian, saya bersama rakan saya telah menyelusuri selok-belok sekolah tersebut. Kami melakukan pemerhatian sekeliling sekolah lalu mengambil gambar sekolah untuk membantu kami melaksanakan PBS dengan lebih efisyien.

Setelah selesai membuat tugas tersebut, kami memohon kebenaran kepada guru-guru berkenaan untuk membuat temu duga pada keesokan hari. Kami telah berbual-bual dengan Puan Subatra, guru kelas pemulihan untuk memasuki kelas pemulihan pada hari terakhi bagi menyiapkan tugasan yang diberir; Kemesraan beliau amat menyenangkan hati kami. Pada pukul 1.15 p.m. saya dibenarkan pulang ke rumah.Begitulah bermula perjalanan PBS saya di SJK(T) Ladang Perbadanan.

Laporan PBS hari kedua (14/09/2015)

Hari kedua saya membuat PBS di SJK (T) Ladang Perbadanan Kedah telah bersambung dengan harapan yang berkobar-kobar. Mula-mula, saya dengan rakan IPG lain melapor diri di pejabat berlandaskan peraturan yang telah ditetapkan. Kami telah berbincang mengenai tugasan PBS yang diamanahkan di makmal Sains SJK (T) Ladang Perbadanan Kedah. Kemudian, kami meminta kebenaran daripada pihak tertetu untuk membuat temu duga supaya dapat mengumpul maklumat-maklumat yang berkenaan yang diperlukan untuk mebuat tugasan yang diberi. Sesi temu duga kami telah bermula daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Udeamalar. Maklumat yang diberi oleh beliau amatlah memanfaatkan kami. Perbincangan lebih kurang sejam dengan beliau telah meluaskan pengetahuan kami tentang profesyen perguruan. Kata-kata semangat beliau mendorong kami untuk terus berjuang sebagai guru yang berwibawa. Kami dapat melihat bahawa pihak pentadbir sekolah tersebut menumpukan prioriti terhadap aspek pendidikan yang menjadikan sekolah ini sebagai sekolah nombor satu di daerah. Kami membincangkan isu keselamatan sekolah dengan seorang pengawal yang memberi layanan yang agak mesra. Kami juga bertanya kepada guru kelas pemulihan, Puan Subatra mengenai persekitaran kelas pemulihan. Sejurus kemudian, kami mendapat peluang untuk menemu duga guru besar sekolah tersebut; Kemesraan yang ditunjukkan oleh beliau amat dihargai dan menyenangkan hati. Sesi temu duga tersebut diakhiri dengan mengadakan temu duga bersama Encik Gopal, Penolong Kokurikulum.Pencapaian kokurikulum sekolah yang diberitahu amat mengagumkan. Beliau telah menjelaskan setiap perkara kokurikulum sekolah secara terperinci. Maklumat yang telah kami kumpulkan amat berguna untuk memenuhi ruangan di kertas kolabarasi.

Seterusnya, saya telah berjumpa dengan Puan Ananthy untuk mendapatkan sejarah sekolah. Beliau telah memberikan beberapa maklumat tambahan yang boleh bantu saya dengan asiosasi arena internet menggunakan alamat emel saya. Saya juga bertanya beliau mengenai buku teks yang kami harus dapatkan untuk melaksanakan arahan pensyarah.

Begitulah hari kedua kami berlalu; Pada pukul 1.15p.m. kami pulang ke rumah.

LAPORAN HARI KETIGA PBS (15/09/2015)

Hari ketiga PBS saya di SJK(T) Ladang Perbadanan Kedah bermula pada tarikh 15 September 2015. Pada pagi tersebut, saya telah mendaftarkan nama saya di buku lapor diri bersama dengan rakan. Saya disuruh untuk berjumpa dengan penolong kanan hal ehwal murid. Kami berjalan cepat ke pejabat dalam kegesaan; Di sana, Puan Ananthy telah memberitahu saya untuk menggantikan guru yand sedang bermesyuarat. Tanpa melengahkan masa, saya telah terus beredar ke kelas 4 Mulai.Seterusnya, saya dengan rakan IPG lain telah pergi ke makmal Sains. Suasana di sana kelihatan agak senyap dan sunyi. Kami memperolehi maklumat-maklumat yang penting berkaitan dengan sekolah dari Puan Anathy; Beliau merupakan Penolong Kanan I di sekolah tersebut; Kemesraan beliau amat dihargai.Pada hari yang sama, seperti yang telah dibincangkan saya telah mengadakan pemerhatian di kelas pemulihan yang dijalankan oleh Puan Subatra. Di situ, saya dapat mencatit butiran-butiran yang diperlukan untuk membentuk kesempurnaan tugasan PBS. Saya telah meluangkan masa sejam di kelas beliau. Saya amat besyukur kepada cikgu tersebut. Bantuan yang dihulurkan tidak dapat dibalas dengan budi yang baik.Pada seluruh hari tersebut, saya tidak begitu sibuk; Itulah kesempatan yang kami ambil untuk menyempurnakan kerja-kerja baki yang ada relevan dengan Pengalaman Berasaskan Sekolah. Saya melaksanakan kerja taip-menaip dalam komputer riba. Sayadiberi wayar ekstansi untuk mencaj komputer; Kemesraan yang ditonjolkan oleh para guru memudahkan kami untuk mengadaptasikan diri di sekolah tersebut.Pada pukul 1.10p.m. waktu persekolahan telah tamat.

LAPORAN HARI KELIMA PBS (17/09/2015)

Pada hari terakhir ini saya pergi ke sekolah seperti biasa. Saya telah melapor diri. Selepas itu, saya berjumpa dengan gu ru Encik Vasu untuk membuat temu bual bersama beliau. Isu-isu yang dibincangkan amat membantu saya untuk menyempurnakan tugasan Moral yang diberi. Selepas itu, saya telah pergi ke pejabat untuk berjumpa dengan guru besar. Kami mendapat tandatangan pada kerta borang kehadiran dan borang kelakuan setelah melakukan komunikasi selama bebebrapa minit dengan guru besar sekolah. Guru besar telah memberikan ulasan dan cara-cara untuk menambah baik kelemahan diri kami. Kami juga diberi peluang untuk menyuarakan buah fikiran tentang sekolah dan cara untuk menaiktaraf pengurusan sekolah. Seterusnya kami telah melafazkan kata-kata kesyukuran dan penghargaan kepada pihak pengurusan sekolah. Saya turut menemu bual dengan Puan Udeamalar selaku Penolong Kanan HEM serta Puan Geetha yang bertugas sebagai guru Matematik.

Kemudian, pengumuman dibuat; Saya dikehendaki memasuki kelas 6 Tamarai kerana guru kelas tersebut telah menghadiri mesyuarat.Pengalaman yang saya perolehi bersama murid di kelas 6 Tamarau adalah amat signifikan. Selepas sejam, saya berjumpa dengan Puan Geetha, guru Matematik untuk memohon kebenaran beliau bagi melakukan pemerhatian di kelas untuk mengenali persekitaran fizikal, persekitaran psikososial serta ruin bilik darjah di kelas arus perdana. Saya amat bersyukur kepada beliau kerana saya diberi peluang untuk mengadakan pemerhatian terhadap cara beliau mengadakan makro pengajaran yang menjadi asas kepada penyiapan tugasan Pengurusan Bilik Darjah yang hampir sempurna. Pada pukul 12 , saya dengan rakan IPG lain mengambil gambar-gambar di sekitar sekolah; Kami berinteraksi dengan para pelajar. Pada masa yang sama, pustakawan telah memanggil kami untuk membantu beliau mengemaskan perpustakaan untuk menjadikan tempat itu lebih kondusif. Pada pukul 1.15 petang, kami dibenarkan pulang. Pengalaman yang ditimba memantapkan ilmu keguruan saya/ Pengalaman PBS di sekolah ini merupakan permulaan yang indah pada diri saya untuk mengukir kerjaya saya sebagai guru.

INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN.3.1 PEMERHATIAN.Semasa melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ),saya telah menggunakan kaedah pemerhatian terhadap beberapa aspek dalam usaha pencarian penyelesaian masalah. Saya telah melakukan pemerhatian terhadap struktur pentadbiran yang dibina oleh pihak pengurusan sekolah serta hubungan yang dijalin antara guru dengan murid.Tambahan pula, saya juga turut memerhatikan kesan-kesan yang diakibatkan oleh persekitaran sekolah baik terhadap perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek serta sosial murid-murid sekolah tersebut. Kemudahan infrastruktur yang lengkap dan susasana sekolah yang kondusif melancarkan lagi proses engajaran dan pembelajaran harian. Pelaksanaan aktiviti demi perkembangan kanak-kanak diutamakan. Melalui kaedah pemerhatian, leraian tanda soal yang berlegar-legar dalam minda saya dapat saya selesaikan. Antaranya adalah seperti berikut :1. Apakah aktiviti yang dijalankan di sekolah tersebut?2. Apakah kekuatan yang ada serta kelemahan disertakan cadangan penembahbaikkan yang ada?3. Perkembangan tahap pembelajaran dan kaitan dengan tahap perkembangan murid-murid?4. Pelaksanaan kurikulum yang dijalankan adalah berjalan lancar atau tidak?5. Apakah aktiviti-aktiviti yang dilakukan dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran diadakan?6. Bagaimanakah penglibatan murid dalam kelas?Adakah mereka aktif atau kurang berminat ketika proses pengajaran dan pembelajaran?7. Bagaimanakah guru mengurus tahap kepandaian murid-murid?8. Apakah bahan dan sumber pengajaran yang dapat menarik minat murid-murid tersebut?9. Apakah teknik-teknik yang digunakan oleh guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran bagi memasstikan murid-murid melibatkan diri dalam proses tersebut?3.2 SENARAI SEMAKTugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah menjadi lebih mudah dengan adanya senarai semak yang mengandungi kriteria dan aspek yang perlu diberi perhatian demi kesempuranan kewajipan yang diamanahkan. Senarai semak tersebut berperanan sebagai penjelasan dan panduan kepada saya mengenai perkara-perkara yang perlu saya lakukan untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Melalui senarai semak yang telah diberikan oleh pensyarah semasa taklimat PBS, saya dapat menyiapkan tugasan PBS dengan sempurna dan lengkap. Antara kriteria yang terdapat dalam senarai semak yang saya jadi rujukan semasa adalah:I. Saya memberi tumpuan kepada senarai semak penyediaan portfolio untuk menyemak maklumat yang sudah dicari bagi menyiapkan tugasan.II. Senarai semak menjadi panduan semasa penyediaan tugasan.III. Senarai semak penting dalam merancang apa yang patut dibuat berdasarkan pembahagian kerja mengikut kriteria.

3.3 TEMU BUALKaedah temubual yang saya gunakan bagi mendapatkan ilmu dan maklumat baharu amat memanfaatkan diri saya.Terlebih dahulu, saya telah membuat persiapan senrai soalan yang hendak ditanya. Semasa di sekolah menjalankan PBS, saya telah mengadakan sesi temu bual dengan guru besar, Penolong Kanan 1,Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Penolong Kanan Kokurikulum mengenai pengurusan dan pentadbiran sekolah.Saya juga telah melakukan sesi temu bual bersama dengan beberapa orang guru bagi mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci mengenai keberkesana proses pengajaran dan pemelajaran di bilik darjah berlandaskan Falasafah Pendidikan Kebangsaan.Tambahan lagi,saya turut melakukan sesi temu bual bersama-sama dengan pihak pengurusan kantin sekolah tentang kebersiahan sekelilin kantin dan juga carta aliran kendiri kantin sekolah tersebut.Terdapat beberapa kriteria yang diambil kira dalam laporan ini. Sesi temu bual diakhiri dengan respons yang diberi oleh pengawal sekolah mengenai kawalan keselamatan murid-murid. Berikut adalah perancangan temu bual yang hendak dilakukan dan dengan siapa temu bual tersebut dijalankan : Guru Besar Guru Penolong Kanan 1 Guru Penolong Hal Ehwal Murid Guru Penyelaras Kokurikulum Guru Bahasa Tamil Kakitangan sekolah Murid-murid.

3.4 Soal Selidik.Saya membina persoalan respektif untuk ditanya kepada pihak berkenaa; Kaedah ini lebih dikenali sbagai instrumen soal selidik. Saya turut merangka beberapa bentuk soalan untuk dikemukakan kepada pelajar. Soal selidik ini mempunyai skop soalan yang luas seperti di bawah: Latar belakang orang yang disoal selidik Berkaitan proses P&P dalam kelas Peranan yang dimainkan guru dan murid Berkaitan dengan bagaimana sekolah merealisasikan falsafah pendidikan di sekolah Maklumat tentang sekolah Pembelajaran dalam kelas bagi murid-murid dari sudut bahan bantu mengajar dan juga penglibatan murid. Skop-skop tugasan guru Aktiviti kokurikulum yang dijalankan disekolah tersebut dalam perkembangan pelbagai aspek murid-murid tersebut. Penglibatan murid-murid dalam aktiviti luar bilik darjah.Soal selidik adalah penting kerana terdapat beberapa tatacara untuk menjalankan kaedah ini. Oleh hal yang demikian, kita perlulah memastikan bahawa : Siapa yang ditanya? Tujuan bertanya? Bagaimana hendak bertanya? Waktu yang sesuai untuk disoal selidik? Pemilihan orang Persoalan yang berkaitan dengan orang yang dipilih Tempat yang bersesuaian dalam menjalankan aktiviti tersebut.

ILMU / PENGETAHUAN BARU MELALUI : 5.1 PEMERHATIANMelalui pemerhatian saya mendapati bahawa SJK (T) Ladang Perbadanan Kedah merupakan institusi pendidikan rendah yang bergerak berasaskan elemen-elemen FPK dalam usaha menghasilkan produk insan yang seimbang dan harmoni. Suasana sekolah kelihatan kondusif dan selesa berserta kelengkapan kemudahan-kemudahan asas. Penerapan nilai murni dalam kalangan murid-murid amat dititikberatkan dengan mempraktis budaya memberi salam dalam rutin harian persekolahan. Unsur-unsur kerohanian diutamakan dengan mengadakan upacara sembahyang dari semasa ke semasa pada waktu pagi. Di samping itu, prinsip-prinsip rukun negara disemai dalam jiwa murid masing-masing semasa perhimpunan mingguan diadakan. Kemahiran penjagaan suasana bilik darjah diperkembang dalam kalangan golongan pelajar dengan bimbingan guru bermula dari tahun 1 kerana melentur buluh biarlah dari rebungya.Selain itu, para guru amat memberikan prioriti kepada penggunaan alat bantu mengajar di bilik darjah. Mereka membuat perhiasan ang begitu indah di kelas masing-masing dengan menggunakan bahan ABM. Hal ini menarik tumpuan para pelajar terhadap proses pegajaran dan pembelajaran. Di samping itu, penggunaan papan kenyataan di bahagian belakang kelas berperanan sebagai alat rujukan semasa pelajar untuk mencari maklumat berkaitan tentang tajuk yang diajar. Maklumat yang ditampal akan ditanggalkan dan diganti dengan maklumat baharu terkini agar pelajar tidak ketinggalan dengan perkembangan semasa. Murid-murid juga tidak perlu berjalan jauh untuk mendapatkan sebarang maklumat yang berkaitan dengan topik yang sedang dipelajari. Hal ini dapat mendorong para murid untuk terus menunjukkan prestasi kecemerlangan dalam peperiksaan.Emosi pelajar dipengaruhi oleh suasana bilik darjah. Guru telah mengambil inisiatif dengan menampal bahan-bahan ilmiah dengan kertas yang bewarna, me reka jadual waktu, jadual tugasan dengan rekaan yang unik dan sebagainya.Papan kenyataan juga dipastikan ditampal dengan bahan-bahan ilmiah. Selain itu, para guru turut menampal perkataan-perkataan hikmat dan slogan-slogan yang merangsang di sekitar dinding laluan. Warga pendidik sekolah tersebut bekerja tanpa mengira masa dan erti penat lelah. Hal ini akan memangkin prestasi akademik dan kokurikulum SJK (T) Ladang Perbadanan Kedah..

Senarai Semak Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Perbadanan, KedahSaya telah menyediakan jadual jadual untuk mengumpul data sekolah dan para pelajar. Data juga diproses dengan baik dan disimpan dengan cara yang efektif.SENARAI SEMAK CIRI CIRI PERSEKITARAN SEKOLAHPrasarana Bilik DarjahBilPerkaraAdaTiada

1.Meja Guru/

2Meja/

3.Kerusi/

4.Skrin LCD/

5.LCD/

6.OHP/

7.Sudut Bacaan/

8.Jadual Waktu Kelas/

9.Jadual Bertugas/

10.Peraturan Bilik Darjah/

11.Kipas/

12.Lampu/

13.Tong Sampah/

Prasarana PerpustakaanBilPerkaraAdaTiada

1.Buku latihan/buku rujukan/

2.Kad Pinjaman/

3.Komputer/

4.Pentas Bercerita/

5.Alatan Kebersihan/

6.Buku Nilam/

7.Lampu/

8.Kipas/

9.Jadual Bertugas Pengawas/

10.Peraturan Perpustakaan/

11.Rekod Buku Pinjaman/

Prasarana Makmal SainsBilPerkaraAdaTiada

1.Tong Sampah/

2.Alatan Eksperimen/

3.Pembantu Makmal/

4.Peraturan Makmal/

5.First Aid Kit/

6.LCD/

7.Skrin LCD/

8.OHP/

PETUNJUK :Tidak memuaskan langsungTidak memuaskanSederhana MemuaskanSangat memuaskan

SENARAI SEMAK KAEDAH MENGAJAR

NOASPEK TEKNIKALYATIDAK

1.Kaedah pengajaran yang sesuai dengan aspek: Saiz Minat Kemampuan pelajar///

2.Kaedah ini digunakan secara berkesan agar senang untuk murid-murid memahaminya. Gambar bagi menarik minat pelajar Saiz font yang besar Pelbagai jenis kaedah pengajaran digunakan

///

3.Kaedah ini menggunakan kesemua deria manusia: Penglihatan Pendengaran Sentuhan Merasa Bau /////

TEMU BUALGURU BESAR1. Perubahan yang dibuat sepanjang anda menjadi Guru Besar di sekolah ini?2. Adakah di sekolah ini terdapat kemudahan ICT? Adakah pentadbiran sekolah menggunakan ICT semasa pengajaran dan pembelajaran?3. Perlukah pengurusan sesebuah sekolah berunsurkan sistem FPK? Adakah sistem sekolah ini berunsurkan sistem FPK khususnya JERIS?PENOLANG KANAN AKADEMIK1. Bilangan murid, guru, dan staf sokongan di sekolah ini?2. Adakah komitman guru-guru di sekolah ini baik dalam merealisasikan visi sekolah?3. Adakah bidang pendidikan dikenali sebagai bidang tugas utama anda?GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM1. Adakah penglibatan pelajar seratus dalam kokurikulum?2. Berikan contoh-contoh pertandingan yang pernah sekolah mengambil bahagian?3. Bolehkah tahu tentang Badan Beruniform ,Persatuan, danPermainan di sekolah ini?MENTOR SAYA 1. Pengalaman anda sebagai seorang guru di sekolah ini?2. Bolehkah anda jelaskan kaedah-kaedah yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran anda?3. Apakah pandangan anda tentang pentadbiran dan pembelajaran anda?MURID1. Jelaskan latar belakang keluarga anda?2. Adakakah anda suka dan berasa selesa dengan persekitaran sekolah ini?3. Adakah anda suka akan cara mengajar guru di sini?

SOAL SELIDIK(SEK. JENIS. KEB. TAMIL LADANG PERBADANAN KEADH)Murid-Murid SekolahNOMAKLUMATYATIDAK

1Adakah anda minat datang ke sekolah setiap hari?/

2Adakah anda berasa puas dengan persekitaran sekolah?/

3Adakah suasana bilik darjah meningkatkan minat anda untuk belajar?/

4Adakah anda puas dengan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru?/

5Adakah anda tahu cara untuk mengoperasikan LCD?/

6Bolehkah anda dapat memahami metapelajaran Sains dan Matematik, apabila ia di tukar kepada dwibahasa?/

7Adakah banyak kerja rumah diberikan kepada anda?/

8Adakah keadaan bilik darjah menyelesakan anda?/

9Adakah hubungan anda dengan rakan sekelas anda baik?/

10Adakah anda berkongsi perasaan anda dengan ibu bapa?/

11Adakah anda mempunyai hubungan yang baik dengan guru kelas anda?/

12Pernakah anda mewakili sekolah bagi sebarang pertandingan?/

BORING SOAL SELIDIK(SEK. JENIS. KEB. TAMIL LADAN PERBADANAN KEDAH)Guru disiplinNOMAKLUMATYATIDAK

1Adakah anda gembira dengan tugas yang diberi?/

2Adakah tugas sebagai seorang guru disiplin membosankan?/

3Adakah anda berpuas hati dengan sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak pengurusan sekolah?/

4Adakah anda berpuas hati dengan keadaan disiplin di sekolah ini?/

5Pernakah anda melalui pengalaman sebagai seorang pelajar?/

6Pada pandangan anda adakah pihak sekolah sahaja bertanggungjawab ke atas pengawalan disiplin pelajar?/

1