13
1 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU EDU3043 1.0. Pengenalan Disleksia ialah gabungan dua perkataan greek iaitu dis bermaksud kesukaran dan leksia bermaksud perkataan. Membawa maksud kesukaran dalam berbahasa atau kesukaran lalam perkataan bertulis. Disleksia disebabkan masalah persepsi dalam otak yang menyebabkan sukar membaca dan menulis bahasa. Kementerian Pelajaran Malaysia mendifinisikan pelajar disleksia sebagai pelajar yang mempunyai kecerdasan mental yang selaras atau melebihi pelajar biasa. Pelajar disleksia menghadapai masalah menguasaian membaca, menulis dan mengeja. Pelajar disleksia juga berkemungkinan mengalami masalah emosi dan tingkah laku kerana merasa teramat kecewa dengan kesukaran-kesukaran pembelajaran yang dihadapinya. Menurut kajian disleksia disebabkan faktor keturunan dan selebihnya berpunca dari kemalangan ketika mengandung atau selepas dilahirkan. Jenis- jenis disleksia ada tiga bahagian iaitu Disleksia visual iaitu penglihatan, Disleksia auditori atau Disleksia fonologi iaitu pendengaran, dan Disleksia visual-auditori. Ketiga-tiga jenis disleksia ini layak untuk diberi perkhidmatan pendidikan khas.

Pengenalan assignment edit.docx

Embed Size (px)

Citation preview

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKUEDU3043

1.0. Pengenalan

Disleksia ialah gabungan dua perkataan greek iaitu dis bermaksud kesukaran dan leksia bermaksud perkataan. Membawa maksud kesukaran dalam berbahasa atau kesukaran lalam perkataan bertulis. Disleksia disebabkan masalah persepsi dalam otak yang menyebabkan sukar membaca dan menulis bahasa. Kementerian Pelajaran Malaysia mendifinisikan pelajar disleksia sebagai pelajar yang mempunyai kecerdasan mental yang selaras atau melebihi pelajar biasa.

Pelajar disleksia menghadapai masalah menguasaian membaca, menulis dan mengeja. Pelajar disleksia juga berkemungkinan mengalami masalah emosi dan tingkah laku kerana merasa teramat kecewa dengan kesukaran-kesukaran pembelajaran yang dihadapinya.

Menurut kajian disleksia disebabkan faktor keturunan dan selebihnya berpunca dari kemalangan ketika mengandung atau selepas dilahirkan. Jenis-jenis disleksia ada tiga bahagian iaitu Disleksia visual iaitu penglihatan, Disleksia auditori atau Disleksia fonologi iaitu pendengaran, dan Disleksia visual-auditori. Ketiga-tiga jenis disleksia ini layak untuk diberi perkhidmatan pendidikan khas.

2.0. Masalah-masalah penghidap Disleksia

2.1. Masalah Fonologi

Pengkodan fonologi merujuk kepada hubungan sistematik antara huruf dengan bunyi. Secara ringkasnya, kanak-kanak disleksia lazimnya mengalami kesukaran membezakan antara 'paku' dengan 'pasu'. Mereka juga tidak dapat 'mendengar' rima akhir yang sama antara perkataan. Umpamanya, apabila ditanya apakah perkataan yang bunyi akhirannya sama dalam "Jack and Jill went up the hill", mereka akan menjawab, "Jack" dan "Jill".

Ini juga bermakna mereka keliru dan sukar membezakan harga sesuatu barang dalam bahasa Inggeris, sama adafifty centsatau punfifteen cents. Kesukaran ini bukanlah disebabkan oleh masalah pendengaran, sebaliknya berkait dengan pemprosesan maklumat di dalam otak (Farrer, 1996).

Keprihatinan dan pengetahuan para guru berkaitan masalah kanak-kanak disleksia sangat penting dalam usaha membantu mereka belajar. Umpamanya, kanak-kanak itu perlu diberi tempat duduk yang paling hadapan di dalam bilik darjah. Dengan cara ini, guru dapat memerhatikan kanak-kanak itu secara berterusan bagi memastikan arahan dapat diikuti dengan jelas.

2.2. Masalah Mengingat Perkataan

Secara umumnya, kanak-kanak disleksia mempunyai kecerdasan yang normal. Kebanyakan mereka mempunyai IQ yang normal dan sebahagian daripada mereka mempunyai kecerdasan luar biasa. Walau bagaimanapun, mereka mempunyai masalah dalam mencari semula perkataan. Ini bermaksud apabila mereka ditanyakan suatu soalan, mereka tidak dapat menjawab secara spontan. Mereka juga sering didapati mengalami kesukaran mengingati nama rakan-rakan, malah anggota keluarga dan merujuk individu itu sebagai "kawan saya di sekolah" atau pun "budak lelaki itu". Ini juga bermaksud mereka sukar mengingati fakta-fakta di sekolah apabila disoal oleh guru.

Seorang kanak-kanak disleksia mungkin dapat menghuraikan proses 'penyebaran' dalam subjek sains dengan panjang lebar tetapi mengalami kepayahan menyenaraikan contoh tumbuhan yang menggunakan angin sebagai mekanisma penyebaran. Selain itu, kanak-kanak disleksia juga cenderung menjadi kaku dan membisu apabila ditanyakan soalan.

2.3. Masalah Penyusunan Bersiri

Kajian menunjukkan kanak-kanak disleksia sukar menyusun sesuatu secara bersiri, seperti susunan bulan dalam setahun, susunan hari dalam seminggu, susunan huruf serta nombor. Justeru, mereka menghadapi masalah menghafal sifir atau pun mengingat susunannya. Apabila ditanya secara spontan, "Berapakah nilai 5x7?", mereka terpaksa membaca sifir daripada awal sehingga sampai kepada nombor yang dikehendaki itu. Ini bermakna penyelesaian satu masalah matematik yang mudah memerlukan jangka masa yang lama serta banyak tenaga dan usaha. Masalah yang sama berlaku dalam operasi pembahagian.

Selain itu, kanak-kanak disleksia juga menghadapi masalah menentukan waktu atau pun membaca jam, serta membuat kira-kira yang berkaitan dengan waktu. Contohnya, soalan seperti "45 minit sebelum pukul 1.15 tengahari adalah ..." sangat mencabar keupayaan mereka.

Sebahagian kanak-kanak disleksia menghadapi masalah dengan pengiraan yang melibatkan wang, seperti mengira jumlah harga barang atau pun menentukan baki.

2.4. Masalah Ingatan Jangka Pendek

Ingatan jangka pendek atau pun ingatan bekerja merujuk kepada stor di mana maklumat yang sedang digunakan disimpan. Kanak-kanak disleksia didapati menghadapi masalah memproses maklumat yang baru masuk dan pada masa yang sama mengambil maklumat dari stor ingatan jangka panjang. Kesemua proses ini akan mengumpul maklumat di stor ingatan jangka pendek bagi digunakan pada masa itu. Dalam erti kata lain, kanak-kanak disleksia tidak berupaya mengingat arahan-arahan panjang yang diberikan oleh guru. Umpamanya, dalam subjek lukisan, terdapat arahan seperti, "Lipat dua kad manila itu, potong di garisan tengah dan seterusnya". Apabila arahan itu melibatkan lima langkah atau pun lebih, lazimnya kanak-kanak disleksia teus hilang punca. Ini menyebabkan kanak-kanak itu disangka tidak memberikan perhatian.

Di rumah umpamanya, apabila kanak-kanak itu disuruh, "Kamu naik ke tingkat atas, simpan stoking dalam laci, panggil abang turun dan bawa turun buku matematik sekali," kanak-kanak disleksia pastinya tertinggal atau pun terlupa sesuatu. Akibatnya mereka sering dianggap sebagai degil atau pun tidak mendengar kata.

Masalah yang serupa juga timbul apabila kanak-kanak disleksia berhadapan dengan soalan aneka pilihan. Bagi memilih jawapan yang tepat, kanak-kanak itu perlu 'memegang' satu soalan dan empat pilihan jawapan dalam stor ingatan bekerjanya, dan ini menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu. Sehubungan itu, mereka didapati lebih berupaya menjawab dengan baik dalam soalan terbuka di mana mereka dapat berfikir dan menulis jawapan yang dikehendaki.

2.5. Masalah Kesedaran Sintaks

Kesedaran sintaks atau sensitiviti pada tatabahasa merujuk kepada kebolehan memahami sintaks suatu bahasa. Masalah ini wujud pada kanak-kanak disleksia di mana mereka sukar memahami peraturan berkaitan sintaks dalam bahasa. Umpamanya bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia mempunyai peraturan sintaks berbeza, di mana frasa "black cat" dalam bahasa Inggeris disebut sebagai "kucing hitam" dalam bahasa Malaysia. Kanak-kanak disleksia menghadapi masalah dengan bahasa keduanya apabila peraturan sintaksnya berbeza daripada bahasa pertama.

3.0. Ciri-ciri penghidap disleksia

Umur kanak-kanak pra-sekolah adalah sukar untuk mendapatkan diagnosis tertentu disleksia sebelum kanak-kanak bermula sekolah, tetapi banyak individu disleksia mempunyai sejarah kesukaran yang bermula sebelum tadika. Kanak-kanak yang menunjukkan gejala-gejala ini

3.1. Diperingkat awal sebelum persekolahan

Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.

Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

Para peneliti menemukan adanya disfungsi ini disebabkan oleh kondisi dari biokimia otak yang tidak stabil dan juga dalam beberapa hal akibat bawaan keturunan dari orang tua.

Lambat berbicara jika dibandingkan kebanyakan anak seusianya dan tidak dapat mengucapkan kata-kata secara benar.

Lambat mengenali alfabet, angka, hari, minggu, bulan, warna, bentuk dan informasi dasar lainnya, serta sulit dalam mengurutkan huruf-huruf dalam kata.

3.2. Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :

Lambat bertutur

Mengalami kesukaran sebutan atau rima

Sukar menulis nama sendiri

Payah mengenal bentuk atau warna

Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya

.Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.

Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.

Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.

Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.

Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.

Sering berlaku di kalangan lelaki.

3.3. Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :

Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau

mengira

Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas

Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :

15 dengan 51

was menjadi saw

b dengan d

Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut

Keliru dengan konsep masa seperti semalam, hari ini , esok

Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan

Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah asal.

bacaan yang lambat atau tidak tepat, walaupun individu-individu ini boleh membaca hingga ke satu tahap.

ejaan yang sangat tidak baik Sulit menyuarakan fonem dan memadukannya menjadi sebuah kata.

Sulit mengeja secara benar, bahkan mungkin anak akan mengeja satu kata dengan bermacam ucapan.

Sulit mengeja kata atau suku kata dengan benar. Anak bingung menghadapi huruf yang memiliki kemiripan bentuk

Membaca satu kata dengan benar di suatu halaman, tetapi salah dihalaman berikutnya.

Kesulitan memahami apa yang dibaca.

Sering terbalik dalam menuliskan kata

Rancu dengan kata-kata yang singkat, misalnya ke, dari, dan, jadi.

Bingung menentukan tangan mana yang dipake untuk menulis

Lupa mencantumkan huruf besar, serta lupa meletakan tanda-tanda baca lainnya

Menulis huruf dan angka dengan hasil yang kurang baik/tulisannya jelek sekali

Terdapat jarak pada huruf-huruf dalam rangkaian kata, tulisannya tidak stabil, kadang naik dan kadang turun

Punya kebiasaan membaca terlalu cepat hingga salah mengucapkan kata atau bahkan terlalu lambat dan terputus-putus

Keliru dalam memahami konsep kiri kanan, atas bawah, utara selatan, timur barat.

Memegang alat tulis terlalu kuat/keras

Sulit mengikuti lebih dari sebuah instruksi dalam waktu yang sama. 3.4. Sindrom Lambat Membaca

Biasanya kanak-kanak yang berumur tujuh tahun ke atas sudah tahu mengenal huruf, mengeja, membaca dan menulis. Bagaimana pula bagi mereka yang masih tidak mampu melakukan semua itu? Sesetengah ibu bapa mungkin menganggap anak mereka yang mengalami masalah berkenaan lembap dan malas tanpa berusaha mengenal pasti punca masalah itu berlaku.

Kanak-kanak yang berumur lima tahun ke atas yang masih tidak mampu mengeja dan menulis mungkin disebabkan oleh sejenis sindrom yang dipanggil disleksia. Sindrom lambat membaca ini bukan satu penyakit berbahaya, tetapi kesannya boleh menyebabkan kanak-kanak ketinggalan dalam pembelajaran.

Disleksia disebabkan oleh kerosakan pada kebolehan otak untuk menterjemahkan imej tulisan kepada kefahaman. Ia juga dipanggil sebagai sindrom "lambat baca" di kalangan kanak-kanak.Kanak-kanak disleksia adalah normal dari segi fizikal, pemikiran dan cara percakapan tetapi yang membezakan mereka daripada kanak-kanak lain ialah kesukaran membentuk satu kefahaman bagi sesuatu huruf serta menyebutnya.

4.0. Isu isu yang sering dibangkitkan dalam permasalahan disleksia ini antaranya adalah seperti berikut;

Belajar perkataan-perkataan baru perlahan-lahan

Adakah kesukaran berima perkataan, seperti dalam sajak

pengetahuan surat Rendah

Surat pembalikan, ex e b f p (biasa)

Awal sekolah rendah zaman kanak-kanak Kesukaran pembelajaran abjad atau demi

Kesukaran dengan dapatan semula perkataan atau menamakan masalah Kesukaran belajar untuk nyahkod perkataan

Kesukaran membezakan antara bunyi yang sama dalam perkataan; mencampurkan bunyi dalam perkataan bersuku kata (auditori diskriminasi) (sebagai contoh, "aminal" sepatutnya animal).

4.1. Masalah yang sering timbul didalam bilik darjah hasil kajian atau pemerhatian

4.1.1. Latar belakang keluarga dan murid yang dipilih

a. kajianSeorang murid lelaki yang berusia sembilan tahun sebagai kajian ini. Murid ini menghadapai masalah disleksia dan sedang mengikuti program pendidikan khas di sekolah Kebangsaan Gedok.b. Dapatan kajiaN

i. BIODATA MURID PENDIDIKAN KHAS NAMA MURIDMOHAMAD HAZZE HAFIZI

JANTINALELAKI

UMUR9 TAHUN

NOMBOR SIJIL BERANAK /MYKID041127-04-5679

TEMPAT LAHIRHOSPITAL MELAKA

BANGSAMELAYU

AGAMAISLAM

MASALAH KETIDAKUPAYAANDISLEKSIA

NAMA BAPAHUSSAIN BIN JAHABI

NOMBOR MYKAD650823-04-5061

PEKERJAANBEKERJA SENDIRI

NOMBOR TELEFON013-6798916

ALAMAT TEMPAT TINGGALKG BARU GEDOK

NAMA IBUAISAH BINTI DAMIT

NOMBOR MYKAD720920-04-5822

PEKERJAANPEMBANTU TADBIR

NOMBOR TELEFON016-6255026

ALAMAT TEMPAT TINGGALKG BARU GEDOK

4.1.2. Gambar-gambar berkenaan murid tersebut.

a.Gambar adik Mohamad Hazze Hafizi

4.1.3. Masalah disleksia yang dihadapi adik Mohamad Hazze Hafizi dan punca masalah. Secara keseluruhannya, banyak faktor yang menyebabkan adik Mohamad Hazze Hafizi menghadapi masalah pemulihan. Salah satu masalah adik Mohamad Hazze Hafizi ialah masalah pembelajaran kerana menghadapi masalah disleksia dan masalah tingkah laku yang tidak menentu.

Mengikut pemerhatian, adik Mohamad Hazze Hafizi ini kadang-kadang bersikap agresif, kurang berkeyakinan, tiada tumpuan, mengganggu kawan sekelas dan banyak lagi. Dari sudut pembelajaran adik Mohamad Hazze Hafizi masalah tahap penguasaan mengeja, membaca dan menulis dengan jumlah ya lapan puluh sembilan peratus (89%).

Berdasarkan instrumen senarai semak disleksia yang telah di jalankan, elemen kelemahan yang ditunjukkan sebanyak lapan puluh peratus. Dimana adik Mohamad Hazze Hafizi kerap mengelak kerja yang diberi, kurang tumpuan, keliru dengan konsep arah, menghadapi kesukaran dengan konsep urutan, tidak mengingatin arahan yang panjang, sering gopoh dan cuai dalam pergerakan.

Adik Mohamad Hazze Hafizi menghadapi masalah disleksia dengan kerap melakukan kesalahan seperti menggabungkan suku kata secara terbalik, keliru membezakan bunyi abjad yang hampir sama dalam suku kata, tidak menghiraukan tanda bacaan, kerap melangkau baris dan sukar membaca ayat panjang. Adik Mohamad Hazze Hafizi juga sukar menyalin maklumat dari papan tulis atau yang diperdengarkan. Tulisnya sukar dibaca, lambat menulis dan menulis secara terbalik.

4.1.4. cara mengatasi masalah disleksia yang dihadapi oleh adik Mohamad Hazze Hafizi.

Setiap individu dilahirkan berbeza-beza dari segi aspek fizikal, mentel ,emosi dan sosial. Disleksia bukanlah penghalang kepada kejayaan seseorang. Ramai tokoh yang mengalami disleksia berjaya dengan kebolehan masing-masing seperti Tom Cruise sebagai pelakon filem hebat, Richard Branson sebagai pengasas dan pengerusi syarikat Virgin Group di London, Walter Elias sebagai pengeluar filem di Amerika dan ramai lagi.

Berbagai strategi dalam pembelajaran dapat diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas. Antaranya, guru menyusun kedudukan meja, kerusi dan murid mengikut kesesuai atau keperluan murid bermasalah itu, mewujudkan aktiviti yang boleh menarik minat murid berkenaan untuk terus mengikuti pengajaran.

Sebelum memulakan sebarang program pemulihan pada adik Mohamad Hazze Hafizi, ujian pengenalpastian, instrumen senarai semak disleksia (ISD) dan ujian pengamatan perlulah dijalankan terlebih dahulu. Melalui kerjasama guru pendidikan khas dan guru pemulihan ujian-ujian ini telah dijalankan.

Adik Mohamad Hazze Hafizi mengalami disleksia lapan puluh peratus ke atas melibatkan disleksia visual-auditori. Di mana, adik ini sukar mengingati huruf yang hampir serupa dan konfigurasi perkataan. Ia juga sukar mengingati bunyi huruf yang yang mengikut suku kata dan perkataan. Oleh itu, cara yang terbaik menjalankan pemulihan pada adik Mohamad Hazze Hafizi ialah menggunakan benda bergambar dengan tulisan di bawah, memilih perkataan yang sesuai dengan tahap pembelajarannya, menggayakan bunyi huruf dengan gerakan mulut dan tangan, serta perbanyakkan latihan bagi kemahiran yang sukar dikuasainya.

Adik Mohamad Hazze Hafizi menghadapi masalah menulis tidak kemas , menulis secara terbalik, lambat menyalin dan tulisannnya sukar dibaca. Pendekatan mengajar yang paling baik berkaitan dengan masalah adik ini ialah menggunakan kaedah pengajaran yang menggabungkan deria auditori, visual, oral dan kinestik secara serentak. Misalnya, menggunakan huruf-huruf dari bahan maujud bagi memudahkan adik Mohamad Hazze Hafizi mendengar guru menyebut bunyi huruf, melihat huruf, mengenali huruf dan membolehkan adik menekap huruf itu di kertas dan sebagainya.

4.1.5. Instrumen dan kaedah ujian diagnostik yang anda gunakan dalam kajian ini untuk mengesan masalah disleksia yang dihadapi oleh adik Mohamad Hazze Hafizi

a. Ujian saringan / instrument senarai semak disleksiab. Ujian Pengamatan Kesimpulan / Rumusan

Keupayaan belajar sangat penting bagi setiap individu. Namun, keupayaan setiap orang berbeza-beza dalam proses pembelajaran. Oleh itu, sebagai guru disleksia perlulah mengenalpasti masalah-masalah pembelajaran setiap muridnya supaya kesukaran mereka menguasai pembelajaran dapat dipermudahkan. Pelajar disleksia hanya menghadapi masalah kecelaruan. Oleh itu, sebagai guru wajarlah memberi perhatian lebih kepada pelajar golongan ini supaya kecelaruan pelajar-pelajar ini dapat diatasi dan mereka berjaya menjadi insan sempurna.

5.0. Kesimpulan masalah disleksia Jelaslah bahawa,pengesanan dan intervensi awal sungguh penting bagi tujuan membantu kanak-kanakini berjaya dalam kehidupan mereka.kerjasama dalam memberi fahaman, galakan dan sokongan dari ibubapa dan guru-guru amat perlu bagi membangkitkan motivasi diri dan semangat dalam menempuh P&P. akhir kata, sebagai guru, kita perlulah mengakui bahawa kaedah mengajar pelbagai deria dan pelbagai kecerdasan memang berkesan untuk kanak-kanak disleksia ini.9