57
PENGENALAN DAN OPERASI Azizi Ali MBA ChFC IFP

PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

  • Upload
    others

  • View
    8

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

1

PENGENALAN DAN OPERASI

Azizi Ali MBA ChFC IFP

Page 2: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

2

Dapatkan petunjuk dan bimbingan secara

peribadi daripada Mentor Jutawan #1 Malaysia.

Sertai program Inner Circle sekarang!

www.InnerCircle.my

Page 3: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

3

Diterbitkan oleh True Wealth Sdn Bhd

Tel: 03-7880 1051

Faks: 03-7880 8051

Emel: [email protected]

Laman Web: www.RahsiaBitcoin.my

Hak cipta © 2017 oleh Azizi Ali

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi

kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik,

fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit.

Edisi Pertama

10 9 8 7 6 5 4 3 2 1

19 18 17

Buku ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan menyalurkan maklumat umum mengenai subjek yang

dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat kewangan, sekuriti atau perakuan

sekuriti.

Segala strategi yang digariskan dalam buku ini mungkin tidak sesuai bagi individu dan tiada jaminan

dikeluarkan untuk menghasilkan satu keputusan.

Tiada jaminan dibuat berkenaan ketepatan atau kesempurnaan maklumat yang terkandung di dalam buku

ini. Penulis dan penerbit secara khusus tidak bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerugian atas

risiko, perbadi mahupun sebaliknya, yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung.

TRUEWEALTH SDN BHD

Page 4: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

4

AZIZI ALI

RAHSIA BITCOIN

PANDUAN ASAS TENTANG

CRYPTOCURRENCY YANG SEDANG

MENGGONCANG DUNIA

Page 5: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

5

KANDUNGAN

TOPIK MUKASURAT

Pengenalan 6

Operasi

1. SEJARAH BITCOIN 11

2. APAKAH ITU BITCOIN? 14

3. KELEBIHAN BITCOIN 15

4. KEKURANGAN BITCOIN 18

5. APAKAH ITU WALLET? 21

6. APAKAH PERBEZAAN DIANTARA HARD WALLET AND COLD STORAGE? 22

7. DIMANA UNTUK MENDAPATKAN WALLET? 23

8. BAGAIMANA CARANYA UNTUK MEMBELI BITCOIN? 24

9. BAGAIMANA CARANYA UNTUK MEMBELI BITCOIN DI MALAYSIA? 25

10. APAKAH ITU EXCHANGE? 26

11. APA YANG ANDA BOLEH BELI DENGAN BITCOIN? 27

12. CARA MENJUAL BITCOIN ANDA 30

13. CARA UNTUK MENDAPATKAN BITCOIN (SELAIN MEMBELINYA) 32

14. APAKAH BITCOIN MINING? 35

15. APAKAH ITU BITCOIN MINING POOL? 38

16. BERAPA BANYAKKAH BITCOIN YANG TELAH DIMINE SETAKAT INI? 40

17. APAKAH ITU BLOCKCHAIN? 41

18. BOLEH TRANSAKSI BITCOIN DIBATALKAN? 44

19. BOLEHKAH BITCOIN DIGODAM? 45

20. APAKAH ITU ‘FORK’? 46

21. APAKAH ITU ICO? 47

22. APAKAH ITU CRYPTOCURRENCY? 48

23. CRYPTOCURRENCY YANG LAIN 50

24. TAHAP SEKURITI 51

25. KESELAMATAN BITCOIN ANDA TERLETAK DI TANGAN ANDA 100 PERATUS! 54

26. TENTANG PENULIS 55

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 6: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

6

1. PENGENALAN

Apakah yang akan anda lakukan jika anda berdepan dengan satu teknologi baru yang anda tahu akan

menggoncangkan dunia?

Apakah yang akan anda lakukan jika anda berdepan dengan satu teknologi baru yang anda tahu akan

membawa banyak perubahan dalam dunia?

Apakah yang akan anda lakukan jika anda berdepan dengan satu teknologi baru yang anda tahu akan

membawa banyak kebaikan pada dunia?

Jika anda tidak dapat tidur malam, saya faham mengapa.

Jika anda terus bertindak untuk memastikan yang anda juga akan mendapat manfaat daripadanya, saya

faham mengapa.

Itulah yang telah berlaku kepada saya apabila saya mengetahui tentang Blockchain.

Tuan-tuan dan puan-puan, saudara dan saudari, Blockchain ialah satu teknologi baru yang mampu

melakukan semua yang saya tulis di atas, dan lebih lagi! Ia akan menggoncangkan dunia dan akan

membawa ribuan (!) perubahan positif di dunia. Malah dunia kita ini tidak akan kekal sama; ratusan

praktis yang wujud sekarang akan berubah dalam masa beberapa tahun sahaja lagi. Sepertimana elektrik,

kapal terbang dan Internet mengubah dunia, teknologi Blockchain pun mampu membawa efek yang sama,

malahan lebih lagi!

Apakah itu Blockchain?

Mengapa ia begitu berkuasa?

Sabar! Anda akan membaca tentangnya dalam buku ini. Jadi buat masa ini, anda terima sahaja yang

Blockchain adalah suatu yang positif.

Dan apabila Blockchain (teknologi baru yang positif) itu berganding bahu dengan Bitcoin (produk

kewangan dan ehem, ehem, kekayaan), tidak hairanlah jika ianya meletup-letup!

Nilai Bitcoin telah naik daripada kosong pada tahun 2009 kepada $5,000+ pada tahun 2017! Sebenarnya,

pulangan ini adalah pulangan infiniti sebab modal permulaannya adalah kosong. Tetapi untuk

memberikan angka, pulangannya ialah 49,999,900 % atau 415 % setahun (dengan kiraan modal

permulaannya ialah $0.01). Saya tidak tahu mana-mana produk ataupun instrumen kewangan lain yang

memberikan pulangan yang begitu tinggi dalam sejarah dunia!

Dan daripada idea yang hanya disebut-sebut oleh tech geeks semata, ianya kini menggoncang dunia, dan

menjadi sebut-sebutan berjuta-juta manusia!

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 7: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

7

Tetapi ceritanya tidak indah semata-mata. Seperti kebanyakan produk baru, Bitcoin telah melalui

beberapa insiden negatif dalam usianya yang masih muda ini. Ini termasuklah menjadi mata wang utama

untuk penjahat membeli produk dan servis ‘underground’.

Tetapi, kita ingat yang Bitcoin masih muda remaja – usianya hanya lapan tahun waktu buku ini

diterbitkan! Berapa banyak kesilapan yang kita lakukan pada waktu kita berumur lapan tahun? Realitinya,

banyak produk dan instrumen kewangan telah melalui zaman-zaman insiden negatif pada peringkat

awalnya. Sebagai contoh, mata wang Denarius yang digunakan pada zaman pemerintahan Rom purba

telah kehilangan nilainya kerana berat mata wang tersebut semakin berkurangan seiring dengan peredaran

masa. Dan saya boleh memberikan puluhan contoh di mana mata wang kertas kehilangan nilainya setelah

dicetak dengan rakus oleh pihak yang menerbitkan mata wang tersebut. Tetapi satu dunia masih

menggunakan kertas sebagai mata wang sehingga kini, bukan?

Begitu juga situasinya dengan pasaran saham. Banyak insiden negatif yang berlaku dalam pasaran saham

terutamanya sewaktu ianya mula-mula diperkenalkan. Namun, pasaran saham kini wujud di kebanyakan

negara di dunia dan kekal sebagai tempat menjual beli saham.

Jadi poin yang saya ingin ketengahkan ialah Bitcoin masih muda. Jadi kita perlu memberikannya peluang

serta masa.

Pokoknya, jika sesuatu produk itu menawarkan banyak kebaikan, kita tidak sepatutnya menolaknya ke

tepi hanya kerana ada satu dua insiden negatif yang telah berlaku. Sebagai contoh, berpuluh orang

kehilangan nyawa ketika industri penerbangan mula bertapak pada awal abad ke 20. Oleh sebab industri

itu masih muda, banyak yang belum diketahui ramai. Malah, pakar-pakarnya pun masih bergerak dalam

separuh kegelapan! Namun disebabkan kita semua sedar akan banyak kebaikan yang ditawarkan oleh

industri penerbangan, dunia terus menerima industri tersebut. Hari ini, kita tidak dapat membayangkan

dunia tanpa industri penerbangan!

Dan seperti industri penerbangan, Bitcoin juga menawarkan banyak kebaikan jika dibandingkan dengan

mata wang yang wujud sekarang. Salah satu kebaikan tersebut ialah kelajuan transaksi. Satu lagi kebaikan

Bitcoin ialah ia memberikan peluang kepada 2.5 bilion penduduk dunia yang tidak mempunyai akaun

bank hari ini untuk turut sama berinteraksi dalam ekonomi dunia semasa.

Jadi kita perlulah memberikan peluang kepada Bitcoin untuk keuntungan kita bersama.

Lagipun, kemunculan Bitcoin tidak bermakna yang kita perlu berhenti menggunakan mata wang kertas;

kedua-dua Bitcoin dan mata wang kertas boleh wujud bersama-sama.

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 8: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

8

Pokoknya, Bitcoin adalah mata wang yang lebih baik.

Sekarang kita mempunyai pilihan: kita boleh menolak alternatif yang lebih baik ini ke tepi atau kita boleh

turut serta dalam produk yang sedang menggoncangkan dunia ini! Saya rasa pilihan yang kedua

merupakan pilihan yang lebih baik dan bernas.

Jadi baca buku ini sampai ke akhirnya. Dapatkan ilmu asas tentang Bitcoin dan kemudian buat keputusan

anda sendiri.

Semoga buku ini dapat menolong anda membina kehidupan yang lebih baik untuk diri dan keluarga.

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 9: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

9

Penafian

Bitcoin wujud di Internet. Dan sepertimana produk lain yang wujud di Internet, Bitcoin boleh berubah

dengan sekelip mata. Hari ini okey, besok boleh jadi tidak okey!

Oleh sebab itu, berikut adalah beberapa penafian tentang kandungan buku ini:

a) Maklumat mungkin berlainan

Dalam usaha menulis buku ini, saya telah melakukan banyak kajian. Ini termasuklah membaca banyak

buku tentangnya, membaca artikel-artikel di Internet, menonton video di YouTube, menyertai program di

Udemy dan bertanya beberapa individu yang terlibat di dalam dunia Bitcoin.

Walaupun kebanyakan maklumat itu adalah sama, ada beberapa maklumat yang berlainan. Buku A kata

begini sementara buku B pula kata begitu! Dan oleh sebab tidak ada penerbitan rasmi yang diterbitkan

oleh mana-mana autoriti Bitcoin (malah terma autoriti Bitcoin pun dah tidak betul kerana autoriti rasmi

Bitcoin tidak wujud!), maka ada beberapa maklumat dalam buku ini yang mungkin berbeza dengan

maklumat yang anda peroleh di Internet atau buku-buku lain.

b) Situasinya mungkin berlainan

Penafian kedua ialah situasinya mungkin berlainan semasa anda membaca buku ini. Situasinya adalah

tepat semasa saya menulis buku ini tetapi oleh sebab semuanya boleh bertukar dengan cepat di Internet,

situasi mungkin berlainan semasa anda membacanya. Sila ingat poin ini semasa anda membaca buku ini.

c) Terma dalam bahasa Inggeris

Walaupun saya mahu menggunakan bahasa Melayu dalam buku ini, realitinya Bitcoin ialah produk dari

barat dan hampir 100 peratus terminologi yang digunakan berkaitannya – proses mendaftar, membeli,

menyimpan dan menjual – adalah dalam bahasa Inggeris. Walaupun saya boleh mengalih bahasa

kebanyakan terminologi tersebut, ia akan nampak pelik, berbunyi pelik, malah ramai pembaca yang

mungkin tidak faham apa yang saya maksudkan. Oleh itu, saya membuat keputusan untuk mengekalkan

dan menggunakan beberapa terminologi bahasa Inggeris di dalam buku ini. Jadi jika ada sesiapa yang

kompelin dia tidak faham bahasa Inggeris, ini jawapannya – anda tidak sepatutnya melabur dalam Bitcoin

kerana bahasa Inggeris adalah bahasa utama dalam dunia Bitcoin. Dan jika anda tidak faham bahasa

Inggeris, anda pasti akan menanggung kerugian kerana anda mungkin akan tersalah tekan butang, tersilap

sana, tidak faham itu dan tidak faham ini ketika melakukan transaksinya.

Sila ambil perhatian juga yang saya menggunakan nilai Bitcoin dalam nilai Dolar Amerika – simbolnya $

– dalam buku ini supaya nilainya kekal konsisten dan ianya pasti akan menolong anda memahaminya.

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 10: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

10

d) Buku ini adalah asas-asas tentang Bitcoin

Akhirnya, saya perlu terangkan bahawa saya bukan seorang pakar teknologi, bukan webmaster, bukan

hacker dan bukan miner. Saya merupakan seorang usahawan, pengguna dan pelabur Bitcoin, seperti anda

dan ramai pembaca lain. Lagipun, buku ini ditulis untuk pembaca awam yang ingin mempelajari asas-asas

tentang Bitcoin. Jadi buku ini menggunakan bahasa yang mudah difahami, senang dibaca dan mempunyai

jawapan yang straight to the point! Malah tidak ada penerangan teknikal atau rumit dalam buku ini. Jadi

sesiapa yang hendak tahu dengan panjang lebar tentang hashrate, port 8333, Finney attack dan

sebagainya, mereka perlulah mendapatkan maklumat tersebut di tempat lain.

Ada faham?

Baik.

Sekarang, kita bermula!

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 11: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

11

1. SEJARAH BITCOIN

Sebelum saya memberikan definisi Bitcoin – apakah ia digital currency atau cryptocurrency? – ada

baiknya saya menceritakan dulu asal-usul dan sejarah kewujudan Bitcoin. Saya pasti cerita ini akan

membuka mata anda serta membuatkan anda lebih menghargai produk yang super-unik ini.

Dunia sudah sekian lamanya – tempohnya melebihi 200 tahun – menggunakan kertas sebagai mata wang.

Sudah tentunya banyak kebaikan yang ditawarkan oleh mata wang kertas kerana ia mampu bertahan

begitu lama. Kebaikan ini termasuklah ianya ringan, boleh dibawa ke mana-mana, senang disimpan dan

juga cantik dipandang.

Malangnya mata wang kertas datang dengan beberapa poin negatif juga. Dan salah satu poin negatif yang

utama ialah pihak yang menerbitkan mata wang tersebut boleh mencetak sebanyak mana wang yang

mereka mahu! Walaupun situasi ini tidak berlaku setiap hari atau setiap bulan tetapi poinnya tetap sama

iaitu mereka boleh mencetak sebanyak mana wang yang mereka mahu. Dan oleh sebab nama lain untuk

‘pihak yang menerbitkan mata wang’ ialah ‘kerajaan’, mereka memang boleh melakukannya dan tidak

ada sesiapa yang boleh menahan mereka!

Untuk menambahkan malangnya, tragedi pencetakan wang berleluasa ini memang berlaku dari semasa ke

semasa. Dan apabila ianya berlaku, tragedi itu membawa akibat yang amat buruk kepada rakyat negara

tersebut – hiper-inflasi. Apabila hiper-inflasi berlaku, nilai mata wang jatuh merudum dan ini

mengakibatkan ribuan syarikat menutup kedai, berpuluh-puluh ribu staf kehilangan kerja, rusuhan, famili

berpecah-belah, rakyat merana. Kes hiper-inflasi telah berlaku pada tahun 1920-an di negara Jerman

(selepas mereka kalah Perang Dunia Pertama), Argentina pada tahun 1981, Mexico pada tahun 1982,

Yogoslavia pada tahun 1994 dan pada tahun 1990-an hingga 2009 di Zimbabwe.

Baik. Itu kisah lama. Sekarang kita maju ke zaman moden ini ke tahun 2000 hingga sekarang.

Atas beberapa sebab tertentu, kebanyakan negara di dunia mula mencetak wang dengan banyaknya pada

awal dekad 2000. Alasan utama yang diberikan adalah untuk memajukan negara masing-masing. Mereka

mencetak wang dan juga banyak berhutang. Malah hutang yang ditanggung begitu banyak, bukan hanya

sampai sekeliling pinggang bahkan sehingga melebihi sekeliling pinggang! Sebagai contoh, hutang

“Saya fikir Bitcoin adalah mata wang kriptografi pertama

yang mempunyai potensi untuk mengubah dunia.”

Peter Thiel

Pengasas bersama Paypal

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 12: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

12

kerajaan Amerika Syarikat (AS) ialah 55 % Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2000.

Hutang kerajaan United Kingdom (UK) pula ialah 35 % KDNK sementara hutang kerajaan Jepun ialah 96

% KDNK.

Jumlah hutang itu melompat dari setahun ke setahun kerana kerajaan ketiga-tiga negara tersebut (malah

banyak negara lain juga) dibuai keenakan wang pinjaman. Jadi angka hutang AS pada tahun 2008

melompat menjadi menjadi 67 % (81 % pada tahun 2009), hutang UK melompat ke 50 % (64 % pada

tahun 2009) dan hutang Jepun melompat ke 192 % (210 % pada tahun 2009)!

Untuk menambahkan tahap toksiknya, industri kewangan turut sama memainkan peranan. Bank dan

institusi kewangan mula bermain api dengan praktis-praktis yang bahaya dan pelik. Antara praktis pelik

ini ialah menerbitkan produk-produk kewangan yang kompleks (dan mahal) seperti collaterized debt

obligation (CDO). Lagi satu praktis bahaya adalah apabila mereka memberikan hutang yang dikenali

sebagai sub-prime loan kepada peminjam yang berkualiti rendah. Malah mereka menghulurkan wang

pinjaman kepada sesiapa yang mempunyai jantung yang masih berdenyut! Kemudiannya mereka

membayar gaji masing-masing ke tahap yang menggila sebagai ganjaran mencipta produk-produk toksik

ini. Sebagai contoh, bekas Setiausaha Kewangan AS, Robert Rubin telah mendapat ganjaran berjumlah

$126 juta semasa dia menjadi senior eksekutif syarikat Citigroup!

Sudah tentu parti-parti liar ini tidak dapat bertahan, terutama apabila ianya dibiayai dengan hutang. Jadi

pada tahun 2008, semuanya meletup!

Krisis Kewangan Dunia itu mula meletup apabila mortgage-backed securities yang diterbitkan di AS

gagal. Kegagalan itu menyebabkan industri kewangan di negara itu dan seterusnya satu dunia tunggang

terbalik. Banyak bank dan institusi kewangan tutup kedai (contoh: Lehman Brothers) sementara beberapa

bank (contoh: ABN Amro, Northern Rock, RBS dan AIG) dan institusi kewangan (contoh: Merrill

Lynch) terpaksa diselamatkan oleh kerajaan. Malah, sistem perbankan negara Iceland terus punah dalam

krisis tersebut.

Jadi, untuk merumuskan cerita kita ini, sistem kewangan yang wujud di dunia sekarang ini adalah toksik

dan ketinggalan zaman. Ianya tidak efisien, perlahan, penuh dengan caj-caj yang pelik dan mahal, penuh

dengan misteri dan paling utamanya, dikawal oleh mereka yang tidak bisa dan tidak mahu mengerti!

Jadi dunia memerlukan satu sistem kewangan baru yang lebih efektif dan efisien.

Dan teng! teng! teng! Sistem kewangan baru yang lebih efektif dan efisien itu sudah pun wujud. Namanya

ialah Bitcoin!

Apa yang menambah keunikan ceritanya ialah Bitcoin muncul pada zaman kekecohan Krisis Kewangan

Dunia itu sendiri. Malah kita boleh buat rumusan yang Bitcoin muncul kerana Krisis Kewangan Dunia!

Pada 31 Oktober 2008, seorang individu bernama Satoshi Nakamoto menerbitkan kertas putih yang

bertajuk Bitcoin: A Peer-To-Peer Electronic Cash System di Internet.

Bagaimanapun, kertas putih itu tidaklah menjadi bestseller! Malah ia hanya menarik perhatian pemaju,

ahli teknologi dan hacker pada awal-awalnya. Konsep Bitcoin menjadi menarik kepada kumpulan ini

kerana ianya satu produk yang wujud hanya di Internet dan kerana ianya di luar kawalan bank, institusi

kewangan dan juga kerajaan. Jadi Bitcoin ialah anti-golongan berkuasa!

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 13: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

13

Hari demi hari dan secara perlahan-lahan, konsep Bitcoin menjadi semakin popular.

Dan mungkin kerana dia tidak mahu dituduh pandai menulis sahaja, Nakamoto betul-betul menerbitkan

Bitcoin pada tahun berikutnya. Jadi Bitcoin muncul pada bulan Januari 2009 dan dalam proses itu,

menjadi cryptocurrency yang mula-mula diterbitkan di dunia.

Mengapakah saya berkata yang Bitcoin lebih efektif dan lebih efisien?

Berikut adalah beberapa sebabnya: ianya lebih efisien kerana anda boleh menghantar Bitcoin kepada anak

anda yang belajar di Paris (sebagai contoh) tanpa apa-apa kos. Dia akan menerima wang itu dalam masa

10 minit sahaja dan akan mendapat keseluruhan jumlah, tanpa apa-apa caj atau fi yang dikenakan oleh

sesiapa.

Transaksi ini juga selamat kerana tidak siapa yang tahu identiti anda dan juga anak anda.

Transaksi ini direkodkan di dalam lejar yang dinamakan Blockchain, dan tidak ada siapa yang boleh

menukar, mengubah atau mengeditkan rekod itu sampai bila-bila. Jadi tidak ada penipuan yang berlaku.

Tidak ada autoriti (nama lain untuk ‘kerajaan’) yang boleh menerbitkan Bitcoin kerana Bitcoin tidak

diterbitkan oleh mana-mana autoriti. Ini bermakna situasi pencetakan wang yang berleluasa tidak akan

atau boleh berlaku. Malah jumlah Bitcoin yang boleh diterbitkan dihadkan kepada 21 juta unit sahaja.

Jika anda pergi merantau dunia pula, anda tidak perlu membawa banyak wang di poket anda. Apa yang

perlu dibawa hanyalah telefon bimbit anda kerana semua bayaran boleh dibuat melalui telefon bimbit itu!

Dan anda tidak akan rugi kadar pertukaran mata wang kerana nilainya sama di serata dunia. Ini sudah

tentu membuatkan Bitcoin lebih efektif dan efisien jika dibandingkan dengan mata wang kertas sekarang.

Jadi Bitcoin bukan sahaja merupakan satu produk kewangan canggih yang wujud di Internet tetapi lebih

utamanya adalah di luar sistem kewangan dunia sekarang dan di luar kawalan bank, institusi kewangan

dan kerajaan!

Ianya mata wang yang diterbitkan oleh rakyat, diselenggarakan oleh rakyat untuk kegunaan rakyat.

Lebih utamanya, Bitcoin merupakan mata wang yang lebih baik daripada mata wang kertas yang kita

gunakan sekarang.

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 14: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

14

2. APAKAH ITU BITCOIN?

Jadi selepas bercerita panjang tadi, sekarang barulah boleh saya menerangkan lebih lanjut tentang Bitcoin

itu sendiri.

Berikut ialah definisi Bitcoin: ianya merupakan satu sistem pembayaran digital yang wujud di Internet.

Tetapi sebenarnya Bitcoin bukan hanya ‘sistem pembayaran digital’. Ianya lebih daripada itu.

Bitcoin adalah satu teknologi yang baru, jadi ianya mungkin mudah untuk anda memikirkannya sebagai

kombinasi empat perkara:

1. Pertama, Bitcoin merupakan sistem pembayaran untuk produk dan servis, sama seperti kad kredit.

2. Kedua, Bitcoin merupakan sistem pembayaran peer-to-peer (individu ke individu) yang tidak

memerlukan pembabitan orang tengah seperti bank atau institusi kewangan.

3. Ketiga, Bitcoin adalah seperti emas (sejenis logam berharga) kerana jumlahnya terhad.

Perbezaannya ialah Bitcoin boleh ditukar milik dengan cepat secara online.

4. Keempat, Bitcoin adalah seperti Internet di mana tidak ada individu, negara atau entiti yang

menyelia atau mengawalnya.

Keempat-empat faktor ini berkerjasama malah saling memperkukuhkan antara satu dengan lain. Jadi

sekarang kita mempunyai satu produk baru – Bitcoin – yang merupakan sistem pembayaran yang

berharga, mudah, efektif dan efisien!

Bitcoin dibahagikan kepada sembilan angka dan unit yang paling kecil (0.00000001) dinamakan satoshi

sempena nama pengasasnya. Simbol yang digunakan untuk mewakili Bitcoin ialah BTC.

Dan oleh sebab satu dunia masih pening mengenainya, ada orang mengklasifikasikan Bitcoin sebagai

currency. Ada pula yang tidak setuju. Lalu mereka memanggilnya digital cash, cryptocurrency, electronic

money dan malah virtual currency! Pak Husin pula bertanya, “Menatang apa Bitcoin ni?”

“Pada intinya, Bitcoin ialah mata wang pintar, yang direka oleh jurutera bijak

yang berpandangan ke hadapan. Ia menghapuskan keperluan bank, menghapuskan

yuran kad kredit, yuran pertukaran mata wang, yuran pemindahan wang, dan

mengurangkan keperluan untuk peguam dalam peralihan ...

semua perkara baik.”

Peter Diamandis

Pengasas XPRIZE Foundation

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 15: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

15

3. KELEBIHAN BITCOIN

Berikut adalah beberapa kelebihan yang ditawarkan oleh Bitcoin:

a) Cepat dan pantas

Transaksi Bitcoin adalah cepat dan pantas kerana ia mengambil masa hanya 10 minit untuk wang itu tiba

di wallet penerima. (Untuk pengetahuan anda, masa 10 minit itu diperlukan untuk transaksi tersebut

disahkan oleh para miner.) Ya, itulah masa yang diperlukan untuk Bitcoin tiba di wallet penerima

walaupun dia berada di Eropah, Amerika Selatan malah di penghujung dunia sekalipun! Jika tempat itu

mempunyai Internet, transaksi Bitcoin pasti boleh berlaku.

Anda juga tidak perlu mengisi apa-apa borang untuk menghantar atau menerima Bitcoin. Malah anda

tidak perlu membawa kad pengenalan, pasport, surat beranak atau surat daripada penghulu! Dan sudah

tentunya anda tidak perlu hadir di mana-mana pejabat untuk melakukan transaksi Bitcoin.

b) Kos yang rendah

Transaksi Bitcoin juga murah jika dibandingkan dengan transaksi mata wang kertas. Fi yang dikenakan

oleh para miner adalah rendah jika dibandingkan dengan fi yang dikenakan oleh bank dan institusi

kewangan.

Kos menghantar Bitcoin ke luar negara juga adalah jauh lebih rendah kerana anda tidak dihentam dengan

kadar pertukaran mata wang yang tinggi seperti yang berlaku sekarang.

c) Selamat

Bitcoin dikunci dalam sistem kriptografi awam yang amat canggih. Dan sistem kriptografi yang canggih

ini menjadikannya mustahil untuk sesiapapun membolosi skema sistem ini.

Penghantaran Bitcoin pula hanya boleh dilakukan oleh pemilik private key. Tidak ada orang lain yang

boleh melakukannya.

Ini bermakna tahap sekuriti Bitcoin adalah amat tinggi dan ini menjadikannya selamat.

d) Tidak ada chargeback

Peniaga juga gembira menerima Bitcoin kerana konsep chargeback atau pulangan wang tidak wujud

dalam Bitcoin. Selepas pembelian berlaku, si pembeli tidak boleh membatalkan transaksi atau menuntut

wangnya kembali sepertimana yang berlaku dalam pembelian kad kredit sekarang.

Ini tidak bermakna bisnes tidak boleh menawarkan money back guarantee dalam Bitcoin. Mereka masih

boleh menawarkan konsep ini. Tetapi sekarang semuanya dalam tangan si penjual. Jika mereka

menawarkan konsep ini, mereka boleh memulangkan Bitcoin tersebut kepada si pembeli jika perlu.

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 16: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

16

e) Tidak ada cukai

Apabila anda membuat pembelian menggunakan mata wang kertas di kebanyakan negara, anda akan

dikenakan cukai. Ini termasuklah cukai perkhidmatan dan cukai GST.

Bagaimanapun, cukai tidak wujud dalam dunia Bitcoin! Ya, tidak ada cukai jualan, cukai perkhidmatan

dan cukai GST dalam Bitcoin.

Ini sudah tentu satu keuntungan kepada pengguna kerana mereka membayar harga yang lebih rendah

apabila mereka menggunakan Bitcoin.

f) Telus

Sistem kewangan yang wujud dalam dunia sekarang menggunakan sistem lejar yang tertutup. Maklumat

yang direkodkan disembunyikan untuk tujuan sekuriti. Malangnya sistem ini mengundang

penyelewengan dan penipuan. Kita tidak tahu sama ada semua transaksi direkodkan. Maklumat juga

boleh diedit, diubah serta dimanipulasi. Oleh sebab itu, banyak penipuan dan salah laku yang berlaku.

Dan penipuan ini bukan sahaja dilakukan oleh pekerja malahan oleh pemimpin, peneraju syarikat dan ahli

majlis tertinggi!

Operasi Bitcoin yang menggunakan sistem Blockchain, yang merupakan lejar yang telus dan terbuka

sudah tentu lebih baik daripada sistem lejar yang tertutup. Semua transaksi direkodkan dan perlu

diluluskan sebelum boleh ditambah dalam sistem Blockchain. Dan transaksi serta kelulusan ini dilakukan

oleh ribuan manusia dan komputer! Rekod transaksi ini juga kekal buat selamanya dan boleh diperiksa

oleh sesiapa sahaja yang berminat.

Jika sistem telus sebegini dipraktikkan dalam sistem kewangan dunia sekarang, saya rasa lebih 50 peratus

daripada insiden pecah amanah dan penipuan tidak akan berlaku.

g) Tahap privasi

Dalam masa yang sama, walaupun semua transaksi Bitcoin direkodkan dalam lejar Blockchain dan boleh

dilihat oleh semua mata, identiti mereka yang melakukan transaksi tersebut – penghantar dan

penerimanya – adalah tersembunyi. Jika mereka tidak memberitahu pihak ketiga, tidak ada siapa yang

akan tahu identiti mereka.

“Apabila nilai naik, kepala mula berpusing dan skeptis mula lembut. Memulakan mata wang baru

adalah mudah, sesiapa sahaja boleh melakukannya. Masalahnya adalah untuk memujuk orang

supaya menerimanya, kerana penggunaan merekalah yang memberikan nilai terhadap mata wang

tersebut.”

Adam B. Levine

CEO Tokenly

PENGENALAN DAN OPERASI

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 17: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

17

Jadi ini bermakna tahap privasi dalam Bitcoin adalah amat tinggi.

Informasi pengguna Bitcoin juga tidak boleh dijual atau dicuri sepertimana yang berlaku sekarang. Untuk

makluman anda, banyak bisnes termasuklah institusi kewangan menjual data anda kepada pihak yang

berminat. Tetapi oleh sebab identiti pengguna Bitcoin adalah tersembunyi, bisnes tidak boleh menjual

identiti anda.

h) Alternatif yang lebih baik

Lebih 2.5 bilion penduduk dunia tidak mempunyai akaun bank! Ya, mereka tidak mempunyai akaun

simpanan, akaun semasa ataupun kad kredit. Situasi ini wujud kerana kemiskinan, kos perbankan yang

tinggi, tahap birokrasi yang tinggi dan kerana mereka tinggal jauh di kawasan pedalaman.

Terdapat juga beberapa negara di mana kerajaannya korup, sistem kewangan termasuk bank tidak boleh

dipercayai dan kadar jenayahnya tinggi.

Jadi penggunaan mata wang kertas adalah kurang baik untuk mereka ini.

Bitcoin memberikan golongan ini alternatif yang lebih baik kerana Bitcoin tidak memerlukan campur

tangan kerajaan, bank atau orang tengah. Bitcoin memberikan kepercayaan dan sekuriti dan dalam masa

yang sama mengurangkan risiko kerana ianya tidak menggunakan orang tengah.

Jadi jika dulu 2.5 bilion penduduk dunia ini hanya menjadi pemerhati, Bitcoin membolehkan mereka

untuk turut serta dan berinteraksi dalam sistem ekonomi semasa!

i) Anda memilikinya secara mutlak

Anda memiliki Bitcoin anda secara mutlak kerana tidak ada sesiapa, syarikat, agensi atau kerajaan yang

boleh mengganggu, mengambil atau membekukan wallet Bitcoin anda. Ianya merupakan sistem

pembayaran peer-to-peer, anda mempunyai lebih banyak kebebasan menggunakan Bitcoin jika

dibandingkan dengan mata wang kertas.

j) Anda boleh mencipta wang anda sendiri!

Akhirnya, anda juga boleh mencipta Bitcoin – wang anda sendiri – jika anda mahu! Apa yang anda

perlukan hanyalah komputer mining yang cukup power dan anda sudah boleh turut serta dalam usaha

mining! Wajah, rupa, darjat, bangsa, kerakyatan malah tahap pelajaran langsung tidak menjadi faktor

dalam usaha untuk menjadi seorang miner. Sesiapa sahaja boleh menjadi miner.

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 18: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

18

4. KEKURANGAN BITCOIN

Tuan-tuan dan puan-puan, produk kewangan yang sempurna tidak wujud! Semuanya, saya ulang, semua

produk kewangan mempunyai kebaikan dan kekurangan masing-masing. Jadi sesiapa yang berkata

sebaliknya seperti produk X adalah yang terbaik dan tidak mempunyai apa-apa kekurangan langsung,

orang itu ialah (a) penjual X, atau (b) mabuk, atau (c) penjual X yang sedang mabuk!

Oleh sebab inilah situasinya, dan untuk memberikan anda pandangan 360 darjah tentangnya, berikut

adalah kekurangan Bitcoin:

a) Ketidaktentuan nilai

Sudah tentu kekurangan Bitcoin yang utama ialah ketidaktentuan nilainya.

Walaupun nilai kebanyakan mata wang, emas, perak malah saham naik turun setiap hari, pada amnya

nilai semua instrumen kewangan ini agak stabil dari sehari ke sehari.

Nilai Bitcoin pula boleh naik turun melebihi 10 % dalam sehari!

Sebagai contohnya, nilai Bitcoin pada 1 Januari 2017 ialah $998.99 sementara nilainya pada 1 September

2017 ialah $4,904.90 Ini adalah kenaikan hampir 390 % dalam masa hanya lapan bulan (walaupun tidak

ada seorang pengguna yang memiliki Bitcoin pada waktu tersebut yang akan kompelin!).

Data ini menarik kerana nilainya naik.

Malangnya nilai Bitcoin tidak sentiasa naik.

Sebagai contohnya, nilai Bitcoin merudum dari $4,911.80 pada 2 September ke $4,200.40 pada 4

September 2017 (setelah Bank Pusat China mengharamkan ICO di negara tersebut). Ini kejatuhan $711

dalam masa hanya dua hari!

Jadi Bitcoin mempunyai ketidaktentuan nilainya.

Dalam masa yang sama, jika anda menerima ‘kekurangan’ ini (seperti yang saya lakukan sendiri), maka

ianya tidaklah menjadi isu besar.

b) Transaksi muktamad

Semua transaksi Bitcoin adalah muktamad. Apabila anda klik butang ‘send’, transaksi tersebut tidak

boleh ditarik balik, dibatalkan, diedit atau dipertikaikan. Bitcoin itu akan pergi buat selama-lamanya!

Walaupun fakta ini tidak semestinya menjadi satu kekurangan yang hebat, ia mungkin menimbulkan

masalah kepada pengguna-pengguna baru. Mereka ambil ringan, cuai atau tidak tahu akan fakta ini. Jadi

mereka menghantar Bitcoin ke alamat yang salah, dan kemudiannya marah kerana tidak boleh

membatalkan transaksi tersebut.

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 19: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

19

Sebenarnya, kekurangan ini boleh dihapuskan terus oleh pengguna Bitcoin itu sendiri. Pertamanya,

mereka perlu menerima fakta yang Bitcoin adalah berlainan daripada sistem mata wang kertas. Dan oleh

sebab ianya berlainan, maka ini bermakna terdapat beberapa praktis dalam Bitcoin yang berlainan

daripada sistem mata wang kertas. Salah satunya ialah kesemua transaksi Bitcoin adalah muktamad. Jadi

sebelum mereka klik butang ‘send’, periksa, periksa dan periksa lagi yang jumlah Bitcoin dan alamatnya

adalah betul.

c) Masalah scalability

Lagi satu kekurangan Bitcoin ialah masalah scalability dalam network Bitcoin.

Masalah scalability ini timbul kerana setiap blok dalam jaringan Bitcoin dihadkan saiznya. (Untuk

mereka yang berminat, hadnya ialah 1 MB per data blok atau lebih kurang tiga transaksi setiap saat.

Sebagai perbandingan, kad kredit Visa memproseskan 2,000 transaksi setiap saat.)

Had ini memang ditetapkan dari mulanya untuk melindungi Bitcoin daripada serangan hacker.

Malangnya, had ini juga memperlahankan proses meluluskan transaksi setiap blok. Masalah ini menjadi

kronik kerana jumlah transaksi Bitcoin semakin bertambah semenjak dua menjak ini. Ini bermakna, kita

semua perlu menunggu untuk mendapatkan kelulusan setiap transaksi yang dilakukan.

Walaupun proses meluluskan transaksi setiap blok telah dipercepatkan dengan perlaksanaan SegWit baru-

baru ini, tempoh kelulusan itu masih perlahan jika dibandingkan dengan transaksi kad kredit dan cara

pembayaran yang lain.

Jika situasi ini berterusan, berkemungkinan besar Bitcoin hanya akan digunakan sebagai instrumen untuk

mengekalkan nilai (seperti emas) dan bukan sebagai mata wang.

d) Fi

Semua transaksi Bitcoin adalah percuma sewaktu Bitcoin dilancarkan. Ya, tidak ada fi yang dikenakan

dulu. Waktu itu, ganjaran yang diterima oleh para miner untuk memproses dan meluluskan setiap blok

ialah melalui terbitan Bitcoin yang baru semata-mata. Apabila Bitcoin semakin popular dan jumlah miner

bertambah, kerja untuk memproses dan meluluskan setiap blok menjadi lebih rumit sementara

ganjarannya berkurangan! Jadi untuk mengekalkan minat mereka untuk meneruskan kerja mining, fi mula

dikenakan. (Jadi sekarang, ganjaran miner ialah kombinasi Bitcoin baru dan fi yang dikenakan.)

Walaupun anda tidak diwajibkan untuk membayar fi tersebut, transaksi anda akan mengambil masa yang

lama untuk diproseskan jika anda tidak membayar fi kerana para miner akan memberi lebih keutamaan

kepada transaksi yang membayar fi.

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 20: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

20

Suatu hari nanti apabila semua Bitcoin telah pun diterbitkan (jumlahnya dihadkan kepada 21 juta unit

sahaja), para miner akan mendapat ganjaran dalam bentuk fi sahaja kerana tidak ada Bitcoin baru yang

akan diterbitkan lagi. Waktu itu, fi itu mungkin naik.

e) Penggunaan elektrik yang tinggi

Untuk memproseskan setiap blok Bitcoin, para miner perlu menyelesaikan masalah matematik.

Masalahnya ialah proses ini menggunakan kuasa daya komputer dan kuasa elektrik yang tinggi.

Inilah sebabnya majoriti gudang-gudang mining Bitcoin terletak di negara China dan Eropah Timur

kerana kos elektrik di sana lebih murah.

Seorang profesor di University of Queensland di Australia, Profesor John Quiggin, membuat pengiraan

yang setiap hari network Bitcoin menggunakan kuasa elektrik yang boleh memberi kuasa elektrik kepada

50 buah rumah selama setahun!

Situasi ini akan menjadi lebih kronik apabila lebih ramai orang menggunakan Bitcoin.

Untuk merumuskan bahagian ini, saya perlu mengingatkan yang Bitcoin bukan sahaja produk baru tetapi

ianya turut memperkenalkan teknologi baru. Malah teknologi itu ditermakan sebagai disruptive

technology atau teknologi yang mengacau situasi semasa. Oleh sebab itu, ramai orang tidak

memahaminya dan tidak selesa dengannya. Dan mereka ini hanya melihat keburukannya sahaja.

Jadi Bitcoin tidak ubah seperti Uber dan Grab semasa kedua-dua syarikat/servis/teknologi ini mula

muncul di Malaysia. Ramai orang yang tidak memahaminya, dan ramai yang tidak selesa dengannya.

“Siapa yang memberikan permit untuk orang ini membawa penumpang? Siapa yang pantau kualiti kereta-

kereta ini? Siapa yang periksa asal-usul semua pemandu ni?” mereka bertanya. Malah berlaku beberapa

pergaduhan di antara pemandu teksi dan pemandu Uber/Grab.

Setelah setahun dua berlalu, kita bukan sahaja menerima Uber/Grab, tetapi ramai orang yang hanya akan

menggunakan servis kedua-dua syarikat ini dan tidak mahu ambil teksi lagi kerana mereka tahu servis

yang ditawarkan oleh Uber/Grab adalah jauh lebih baik berbanding servis teksi.

Begitulah juga situasinya dengan Bitcoin. Walaupun sebenarnya Bitcoin telah wujud lebih lama daripada

Uber/Grab tetapi oleh sebab tahap penerimaannya di Malaysia masih rendah, ribuan orang masih tidak

memahaminya dan oleh itu mereka tidak selesa dengannya. Mereka ini hanya nampak kekurangan Bitcoin

dan mengabaikan berbagai-bagai kebaikan yang ditawarkan oleh Bitcoin. Jika mereka memahaminya dan

lebih utamanya, menggunakannya sendiri, mereka akan sedar akan kelebihan Bitcoin. Dan saya tidak

hairan jika masa itu mereka berkata yang mereka hanya akan menggunakan Bitcoin!

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 21: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

21

5. APAKAH ITU WALLET?

Wallet, seperti namanya, adalah tempat di mana anda menyimpan Bitcoin dan/atau cryptocurrency anda.

Sebenarnya, wallet ini tidak wujud secara fizikal. Ianya wujud dalam bentuk maya jadi mungkin lebih

baik untuk anda memikirkannya sebagai akaun digital Bitcoin anda.

Setiap wallet mempunyai dua data yang penting. Data yang pertama ialah public address (alamat) yang

mempunyai kombinasi 26+ angka dan huruf (contoh: 1BvPTEYstWetqTFn7Au4m2GFg5xJaNVN3). Dan

sepertimana anda memberikan emel anda kepada orang lain supaya mereka dapat menghantar emel

kepada anda, anda berikan public address ini kepada penghantar supaya mereka dapat menghantar

Bitcoin kepada anda. Ambil perhatian, anda boleh menjana public address yang berbeza dalam satu

wallet.

Apabila anda hendak menghantar Bitcoin pula, anda hantarkan Bitcoin itu kepada public address si

penerima.

Data yang kedua ialah private key anda. Private key ini adalah kata laluan (password) anda untuk

mendapat akses ke dalam wallet anda. Ianya adalah bukti yang andalah tuan punya Bitcoin yang terdapat

di dalam wallet tersebut. Ianya juga membolehkan anda melakukan transaksi serta menghantar Bitcoin

keluar dari wallet anda.

Saya perlu mengingatkan yang anda perlu berhati-hati dengan maklumat private key anda. Pertamanya,

anda perlu merahsiakannya. Jika ada orang yang tahu maklumat tersebut, mereka boleh membelanjakan

Bitcoin anda! Keduanya, anda juga perlu membuat backup. Jika anda terlupa atau kehilangan maklumat

tersebut, anda tidak akan dapat akses ke Bitcoin anda dan ini akan mengakibatkan anda kehilangan

Bitcoin itu buat selama-lamanya!

Tahap sekuriti berbeza antara wallet yang berbeza. Wallet yang digunakan secara harian mempunyai

akses yang pantas (dan oleh itu, tahap sekuriti yang minimal) sementara terdapat juga wallet yang

mempunyai tahap sekuriti yang amat canggih.

Terdapat empat jenis wallet:

1) Wallet software: Bitcoin anda disimpan dalam apps yang terletak di hard drive komputer anda.

2) Wallet web: wallet anda disimpan oleh sebuah syarikat online.

3) Wallet hardware: anda simpan Bitcoin anda di dalam sebuah peranti (device) fizikal.

4) Wallet kertas: anda cetak data Bitcoin di atas kertas.

Yang mana satu menjadi pilihan anda bergantung kepada tujuan anda berinteraksi dengan Bitcoin, bajet

dan lokasi anda. Sebagai contoh, jika anda melakukan banyak jual beli (anda seorang trader), maka wallet

online merupakan pilihan terbaik untuk anda kerana ia tidak memerlukan banyak kerenah atau birokrasi

untuk membuat pembelian.

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 22: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

22

6. APAKAH PERBEZAAN ANTARA HARD WALLET DAN COLD STORAGE?

Hot wallet ialah jenis wallet yang sentiasa online. Ianya mempunyai talian sambungan yang aktif kepada

jaringan Bitcoin anda, dan anda boleh membuat pembelian, membuat deposit serta mengeluarkan Bitcoin

dengannya. Jadi ianya sentiasa panas!

Cold storage ialah wallet yang offline. Dua contoh wallet cold storage ialah Trezor dan Ledger Nano S.

Kedua-duanya datang dalam bentuk USB.

Gambar 6.1: Ledger Nano S

Anda hanya akan menyambungkan wallet cold storage online apabila perlu sahaja, selalunya apabila anda

hendak memindahkan Bitcoin dari hot wallet anda.

Selalunya, pengguna akan menyimpan sedikit Bitcoin di hot wallet untuk kegunaan harian sementara

kebanyakan Bitcoin yang lain disimpan di cold storage.

Tindakan begini dibuat adalah untuk tujuan sekuriti. Bitcoin yang disimpan di hot wallet terdedah kepada

serangan hacker. Ya, walaupun dengan berbagai tahap sekuriti, selagi mana wallet itu online, ianya

terdedah kepada serangan hacker. Dan jika hacker itu berjaya membolos masuk ke dalam hot wallet anda,

mereka pasti akan menyapu bersih semua Bitcoin anda!

Oleh sebab itulah anda perlu menyimpan kebanyakan Bitcoin anda dalam cold storage kerana ianya

selamat daripada serangan hacker.

Mungkin ini boleh menolong anda: fikirkan hot wallet sebagai akaun semasa sementara cold storage

sebagai dana rizab!

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 23: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

23

7. DI MANA UNTUK MENDAPATKAN WALLET

Kebanyakan exchange menyediakan hot wallet untuk kemudahan pelanggan mereka. Selalunya mereka

menguatkuasakan 2FA/MFA (two factor authentication) seperti Google Authenticator apabila anda mahu

mengeluarkan wang, dan mungkin juga meminta passphrase untuk menambahkan lagi tahap sekuriti.

Ada juga syarikat yang menawarkan hot wallet walaupun mereka bukan exchange. Exodus menawarkan

hot wallet yang berada di desktop komputer anda sementara StrongCoin menawarkan hot wallet di server

mereka. Blockchain.info juga menawarkan servis hot wallet yang bernama Bitcoin Wallet di server

mereka. Secara kebetulan, Bitcoin Wallet merupakan hot wallet yang paling popular di dunia dengan

lebih 16 juta pengguna sewaktu buku ini diterbitkan!

Sebuah syarikat exchange, Coinbase, juga menawarkan cold storage yang mereka termakan sebagai vault.

Seperti yang telah dijawab sebelum ini, dua contoh wallet cold storage jenis hardware ialah Trezor dan

Ledger Nano S.

Gambar 7.1: Trezor

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 24: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

24

8. BAGAIMANA CARANYA UNTUK MEMBELI BITCOIN?

Wah! Nampaknya anda sudah tidak sabar-sabar lagi hendak beli Bitcoin!

Baik. Anda boleh membeli Bitcoin daripada exchange atau daripada individu yang boleh anda temui di

marketplace.

Bayaran yang diterima ialah tunai, kad kredit, kad debit, bank transfer dan malah cryptocurrency yang

lain. Cara bayarannya bergantung kepada lokasi (negara) anda dan daripada siapa anda membelinya.

Bagaimanapun, langkah pertama yang anda perlu lakukan untuk membuat pembelian ialah dengan

mendapatkan wallet. (Sila rujuk jawapan tentang wallet.)

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 25: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

25

9. BAGAIMANA CARANYA UNTUK MEMBELI BITCOIN DI MALAYSIA?

Sebenarnya, anda boleh membeli Bitcoin daripada kebanyakan exchange yang beroperasi di Internet. Ini

termasuklah Coinbase, BitQuick, BitBargain dan CoinCorner. Tetapi oleh sebab semua exchange ini tidak

menerima ringgit Malaysia, anda perlu menukar ringgit kepada bentuk mata wang yang mereka terima

dulu (selalunya Dolar AS, pound sterling ataupun Euro) untuk membuat pembelian tersebut. Jadi leceh

sikitlah!

Oleh itu, saya rekomen anda untuk menggunakan salah satu daripada dua exchange yang beroperasi di

Internet dan juga di Malaysia – Luno.com dan LocalBitcoins.com. Saya rekomen mereka kerana kedua-

dua exchange ini menerima ringgit. Jadi anda hanya perlu depositkan ringgit ke dalam wallet dan

kemudiannya anda boleh terus membuat pembelian.

Bila anda jual Bitcoin pula, anda boleh terus menerima ringgit dan kemudian pindahkan wang itu ke

dalam akaun bank anda. Cepat dan mudah.

Oleh sebab proses pembelian dan peraturan di antara kedua-dua exchange ini berbeza, anda perlu log

masuk ke laman web exchange yang berkenaan untuk mengetahui langkah sebenar untuk membuat

pembelian.

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 26: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

26

10. APAKAH ITU EXCHANGE?

Sepertimana pengguna membeli dan menjual saham di bursa saham, exchange ialah laman web di mana

pengguna boleh membeli dan menjual Bitcoin dan cryptocurrency lain.

Contoh exchange ialah Luno, Coinbase, LocalBitcoins, Kraken dan BitPanda. Ambil perhatian yang

hanya beberapa exchange sahaja yang beroperasi di kebanyakan negara di seluruh dunia (contoh:

CoinBase dan LocalBitcoins). Kebanyakan exchange beroperasi hanya di beberapa negara tertentu sahaja

(contoh: Luno yang beroperasi di Afrika Selatan, Singapore, Indonesia dan Malaysia sahaja).

Untuk bertransaksi di exchange tertentu, pengguna perlulah mendaftarkan diri dengan exchange tersebut

dahulu. Selalunya mereka akan bermula dengan proses pengesahan identiti mereka.

Apabila proses pengesahan itu berjaya, barulah akaun dibuka untuk pengguna. Mereka kemudiannya

perlu memindahkan dana ke dalam akaun ini sebelum mereka dapat membeli Bitcoin. Ada juga exchange

(contohnya Luno) yang mengehadkan jumlah transaksi bergantung kepada tahap pengesahan diri

pengguna. Lebih banyak maklumat yang diberikan oleh pengguna, lebih tinggilah jumlah Bitcoin yang

mereka dapat beli/jual.

Cara untuk mendeposit dana ke dalam exchange mungkin berbeza antara exchange yang berbeza. Cara

tersebut termasuklah pindahan atas talian, direct bank-in, draf bank, kad kredit, kad debit dan wire

transfer.

Pengguna yang ingin mengeluarkan wang dari akaunnya pula boleh menggunakan opsyen yang

disediakan oleh exchange seperti pindahan atas talian, PayPal, direct bank-in, cek atau kad kredit.

Sudah tentu pihak exchange tidak membuat semua kerja ini dengan percuma! Mereka juga mendapat

habuan mereka. Habuan yang pertama ialah melalui fi yang dikenakan kepada pengguna setiap kali

mereka membuat transaksi membeli dan menjual Bitcoin. Habuan yang kedua ialah melalui fi yang

dikenakan kepada pengguna untuk mendeposit dan mengeluarkan wang dari akaun mereka. Selain fi

transaksi dan yuran pemindahan dana, pengguna juga boleh dikenakan fi penukaran mata wang. Jumlah

semua fi ini bergantung kepada polisi exchange berkenaan.

Saya perlu menambah, tidak semuanya indah belaka dalam dunia Bitcoin.

Satu masalah yang boleh timbul apabila anda menggunakan exchange ialah sekiranya exchange tersebut

menghadapi masalah kewangan atau masalah dengan bank, wang anda (yang berada dalam pegangan

mereka) mungkin turut sama tersangkut dalam masalah itu.

Untuk pengetahuan anda, Mt. Gox (satu exchange yang popular pada awal-awal usia Bitcoin)

menghadapi masalah ini sebelum exchange itu menutup operasi dan kemudiannya diisytiharkan bankrup.

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 27: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

27

11. APAKAH YANG ANDA BOLEH BELI DENGAN BITCOIN?

Jadi sekarang anda sudah mempunyai Bitcoin di tangan (atau lebih tepatnya di wallet anda). Anda

teringin hendak membelanjakan sedikit daripada Bitcoin tersebut. Siapakah yang menerima Bitcoin anda?

Mengikut laporan, lebih 160,000 bisnes menerima pembayaran dalam bentuk Bitcoin. Malangnya untuk

kita, kebanyakan tempat yang menerima Bitcoin buat masa ini beroperasi di negara-negara barat

terutamanya Amerika Syarikat. Antara syarikat yang menerima Bitcoin termasuklah Microsoft, Dell,

DISH Network, Overstock dan Newegg. Kesemua syarikat ini menerima bayaran dalam bentuk Bitcoin

dan anda boleh memesan produk fizikal dan juga servis daripada mereka.

Anda juga boleh membeli gift card dengan Bitcoin. Dan gift card ini boleh digunakan di banyak kedai

seperti Walmart, Amazon, Target and Nike.

Expedia, sebuah syarikat pelancongan online, menerima tempahan dengan Bitcoin dan juga beberapa

cryptocurrency yang lain.

Pembekal platform pembayaran seperti PayPal dan kad kredit juga menerima Bitcoin.

Anda juga boleh membayar tip dan menderma dengan Bitcoin. Sebagai contoh, Human Rights

Foundation, Wikipedia Foundation dan TheWaterProject.org menerima derma dalam bentuk Bitcoin.

Malah, Wikileaks juga menerima Bitcoin! Ini amat menarik jika anda mempunyai apa-apa maklumat

tentang derma $2.6 bilion (ehem, ehem) yang disebut-sebut oleh orang itu!

“Okey, okey, okey. Semua maklumat ini nampaknya hanya berguna jika saya tinggal di Amerika

Syarikat. Bagaimana pula situasinya di Malaysia?”

Buat masa ini, hanya segelintir bisnes di Malaysia yang menerima Bitcoin. Berikut adalah senarai bisnes

yang menerima Bitcoin (ambil perhatian, senarai ini saya peroleh daripada laman web Luno.com; saya

tidaklah pergi periksa sama ada mereka benar-benar menerima Bitcoin atau tidak!):

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 29: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

29

Saya rasa berkemungkinan terdapat beberapa syarikat dan organisasi lain yang menerima Bitcoin di

Malaysia tetapi jumlahnya pasti sedikit sahaja. (Saya difahamkan yang Bitcoin semakin rancak dan

popular di Singapura.) Jadi dalam kata lain, tidak banyak tempat untuk anda membelanjakan Bitcoin anda

di Malaysia buat masa ini.

Tetapi tidak perlu risau, bro, sebab apa yang pasti ialah jumlah organisasi dan syarikat yang menerima

Bitcoin hanya akan bertambah setiap hari.

Ini adalah berita yang amat baik. Semakin banyak tempat yang menerima Bitcoin, semakin mudahlah

hidup anda (tidak perlu bawa tunai yang banyak) dan semakin tinggilah nilai Bitcoin!

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 30: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

30

12. CARA MENJUAL BITCOIN ANDA

Terdapat dua cara untuk menjual Bitcoin anda: online ataupun secara personal.

Menjual Bitcoin melalui online

Menjual Bitcoin melalui online adalah amat popular. Dan terdapat tiga cara untuk menjual Bitcoin anda

melalui online.

a) Direct Trade

Dua laman web yang menawarkan jualan secara Direct Trade ialah Coinbase dan LocalBitcoins.

Anda perlu mendaftarkan diri sebagai seorang penjual di laman web yang berkenaan sebelum anda

dibenarkan untuk menjual. Proses pendaftaran ini termasuklah mengesahkan identiti anda. Setelah anda

mendaftarkan diri, anda boleh membuat tawaran untuk menjual. Laman web tersebut akan memberi alert

(amaran) kepada anda apabila seorang pembeli ingin berinteraksi dengan anda. Dari situ, anda

berinteraksi terus dengan pembeli walaupun proses penjualannya masih melalui laman web yang

berkenaan.

b) Exchange

Anda juga boleh menggunakan exchange untuk menjual Bitcoin anda. Malah, prosesnya lebih mudah

berbanding menggunakan Direct Trade.

Pihak exchange bertindak sebagai orang tengah dan memegang currency kedua-dua pihak supaya tidak

ada penipuan berlaku.

Proses jualannya begini: Anda post sell order, nyatakan volume (jumlah), jenis currency (contoh –

Bitcoin) dan harga per unit.

Apabila pembeli muncul dan order belinya padan dengan order jual anda, pihak exchange akan

menyempurnakan transaksi tersebut. Setelah transaksi siap, wang belian (tolak fi yang dikenakan oleh

exchange berkenaan) akan dikreditkan ke dalam wallet anda. Semuanya beres!

c) Peer-to-peer trading marketplace

Satu perkembangan terkini ialah kewujudan laman web seperti Brawker dan Purse yang menemukan dua

kumpulan yang mempunyai kemahuan yang seiring.

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 31: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

31

Kumpulan yang pertama ialah mereka yang ingin menggunakan Bitcoin untuk membeli barangan dari

tempat yang belum menerima cryptocurrency sementara kumpulan kedua ialah mereka yang ingin

membeli Bitcoin dengan menggunakan kad kredit/debit. Jadi laman web tersebut menemukan mereka,

yang berakhir dengan satu kumpulan menjual Bitcoin dan kumpulan yang kedua menjual produk dengan

harga diskaun. Jadi semua pihak menang di sini!

Marketplace tersebut bertindak sebagai orang tengah di samping menawarkan servis wallet dan escrow

untuk transaksi.

Menjual Bitcoin secara personal (face to face)

Menjual secara personal mungkin cara yang paling cepat dan senang untuk menjual Bitcoin terutamanya

jika anda menjual Bitcoin kepada orang yang anda sudah kenal seperti rakan atau kaum keluarga. Apa

yang perlu dilakukan ialah imbas kod QR di telefon bimbit pembeli dan kemudian menerima tunai

daripada pembeli. Atau anda boleh menghantarkan Bitcoin anda ke wallet mereka dan kemudiannya

mengutip tunai daripada mereka. Habis cerita!

Walau bagaimanapun, ceritanya panjang sikit jika anda menjual kepada orang yang belum dikenali.

Berikut adalah beberapa tip untuk memudahkan transaksi dan juga menjamin keselamatan anda:

Bersetuju dengan harga awal-awal lagi.

Gunakan harga di Coin Desk Bitcoin Price Index sebagai panduan.

Awasi akan naik turun harga Bitcoin dalam ringgit.

Bertemu di kawasan awam atau pergi dengan teman/rakan.

Ingat yang anda memegang jumlah tunai yang banyak jadi sentiasa berhati-hati.

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 32: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

32

13. CARA UNTUK MENDAPATKAN BITCOIN (SELAIN MEMBELINYA)

Selain daripada membelinya, anda juga boleh mendapatkan Bitcoin dengan cara lain. Ya, tuan-tuan, anda

tidak semestinya perlu keluar duit untuk mendapatkan Bitcoin! Berikut adalah beberapa cara tersebut:

a) Mining

Cara yang paling nyata untuk mendapatkan Bitcoin adalah dengan menjadi seorang miner dan

menerbitkan Bitcoin anda sendiri! Sepertimana yang anda mungkin maklum, setiap kali anda berjaya

mengesahkan satu blok, anda akan mendapat ganjaran berjumlah 12.5 Bitcoin.

Sekurang-kurangnya itulah teorinya!

Satu masa dulu, apa yang anda perlukan untuk menjadi miner ialah sebuah komputer dan central

processing unit (CPU). Kemudiannya, CPU itu digantikan dengan GPU yang lebih efisien. Tidak lama

kemudian, GPU itu pula digantikan dengan Application Specific Integrated Circuit (ASIC) yang jauh

lebih efisien untuk mining.

Malangnya semua peralatan ini pun tidak bermakna anda boleh menjadi seorang miner Bitcoin yang

berjaya. Hal ini demikian kerana kerjaya mining ini amat kompetitif. Lawan anda termasuklah syarikat-

syarikat gergasi yang telah membelanjakan jutaan Dolar untuk membeli hardware terkini dan membina

gudang-gudang yang dilengkapi dengan ASIC berkuasa tinggi yang dicipta khusus untuk mining Bitcoin.

Jadi peluang anda untuk berjaya mengatasi gudang-gudang ini adalah negatif seribu!

Bagaimanapun anda mungkin berpeluang untuk mendapatkan Bitcoin dengan menyertai kumpulan cloud

mining. Cloud mining ini adalah di mana anda membayar wang untuk menyertai kumpulan atau syarikat

mining yang memang mempunyai hardware mining mereka sendiri. Jadi anda tidak perlu membeli

hardware, menyelenggarakan alat, membayar gaji pekerja dan itu dan ini. Semuanya ditanggung oleh

syarikat.

Tetapi sudah tentunya habuan anda juga kecil memandangkan mereka yang melakukan semua kerja

sementara anda duduk goyang kaki sambil menonton Maharaja Lawak Mega!

Masalah yang lebih besar ialah 90 peratus daripada syarikat yang menawarkan servis cloud mining ini

adalah scam! Mana tidaknya? Ianya terlalu senang untuk sesiapa sahaja termasuk si badut scammer

menyediakan laman web yang cantik serta menarik dan menceritakan bahawa mereka menawarkan servis

cloud mining. Mangsa tertarik dengan kata-kata manis lalu menghantar wang kepada badut ini. Apa yang

menarik, selalunya si mangsa memang menerima pulangan pada awal-awalnya. Mereka tidak tahu yang

pulangan awal itu adalah perangkapnya. Kerana sudah diracuni rasa tamak, mangsa pun menambah

jumlah ‘pelaburan’ mereka. Selepas beberapa ketika, pulangan tersebut menjadi perlahan dan

kemudiannya terus terhenti. Waktu itu, mangsa hendak buat apa? Semuanya hanya wujud atas talian

belaka. Laman web tutup, syarikat hilang dan begitu juga wang mereka.

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 33: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

33

b) Menerima Bitcoin dalam bisnes anda

Sudah tentu juga anda boleh menerima Bitcoin dalam bisnes anda. Ya, anda terima Bitcoin (di samping

mata wang kertas) apabila menjual produk dan servis anda.

Malah inilah cara yang paling cepat dan efektif untuk menambahkan jumlah Bitcoin anda.

c) Mencari kerja dan mendapatkan bayaran dalam bentuk Bitcoin

Anda juga boleh melakukan kerja dan mendapatkan bayaran dalam bentuk Bitcoin. Semakin banyak

syarikat yang tumbuh dalam industri Bitcoin dan mereka sudah tentu memerlukan tenaga kerja. Jadi anda

bolehlah mencuba untuk mendapatkan kerja di salah satu syarikat-syarikat ini.

Berikut adalah beberapa laman web yang menawarkan ganjaran dalam bentuk Bitcoin:

Coinality.com

Xbtfreelancer.com

Reddit.com/r/Jobs4Bitcoins

d) Faucet

Salah satu poin yang luar biasa ialah anda boleh mendapatkan Bitcoin dengan percuma! Ya, terdapat

beberapa laman web yang ditermakan sebagai faucet di mana anda boleh mendapatkan Bitcoin dengan

percuma. Selalunya laman web ini memerlukan anda melakukan satu atau dua tugas seperti membaca

buku malah main game!

Masalahnya ialah jumlah Bitcoin yang diterima adalah terlalu kecil dan remeh! Mungkin jumlah Bitcoin

yang diterima tidak cukup walaupun untuk membayar harga teh tarik dan telur setengah masak!

Memandangkan anda dapat Bitcoin dengan percuma di sini, jadi jangan merungut banyak sangat, ya!

e) Hadiah

Jangan lupa juga anda boleh mendapatkan hadiah dan tip dalam bentuk Bitcoin. Sebagai contoh, jika

dulunya hadiah sesuatu peraduan adalah dalam bentuk wang ringgit, kini hadiah tersebut boleh digantikan

dengan Bitcoin.

f) Menulis artikel tentang Bitcoin

Jika anda mempunyai banyak ilmu tentang Bitcoin, anda juga boleh menjana Bitcoin dengan menulis

artikel tentang Bitcoin di blog dan laman berita tertentu. Saya tidak perlu terangkan yang artikel tersebut

perlulah dalam bahasa Inggeris!

Banyak blog dan laman berita ini mempunyai kuota harian untuk post dan berita. Jadi mereka memang

mencari penulis yang boleh menyampaikan artikel-artikel yang berinformasi kepada pembaca mereka.

Ganjaran yang ditawarkan adalah lebih kurang $35 untuk artikel sepanjang 1,000 perkataan. Jika anda

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 34: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

34

sudah mempunyai nama (seperti saya (ehem, ehem)), kadar bayarannya mungkin lebih tinggi sedikit

daripada angka ini.

g) Berjudi

Jika anda tidak sabar-sabar nak menanggung kerugian, maka anda bolehlah juga berjudi dengan Bitcoin

anda! Terdapat ratusan laman perjudian atas talian dan kasino atas talian yang menerima Bitcoin. Mereka

menarik hati pelanggan dengan menceritakan bagaimana senangnya untuk menang bila berjudi dan malah

mungkin menceritakan kisah seorang dua mamat yang telah menang besar.

Tetapi realitinya ialah majoriti daripada mereka yang berjudi akan menanggung kerugian.

Dan oh ya, saya tidak perlu terangkan yang berjudi adalah haram dalam Islam – tidak kiralah apa yang

dipertaruhkan termasuk Bitcoin juga!

h) Dan bermacam-macam cara lagi

Sebenarnya terdapat berbagai cara lagi untuk anda mendapatkan Bitcoin. Ini termasuklah day trading,

contract for differences (CFD), binary options, menjadi ejen escrow, affiliate marketing dan itu dan ini.

Malangnya kebanyakan cara tersebut memerlukan banyak ilmu, banyak masa dan dalam masa yang sama,

berisiko tinggi.

Kesimpulannya? Beli Bitcoin dan tunggu nilainya naik sahajalah!

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 35: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

35

14. APAKAH BITCOIN MINING?

Dalam sistem kewangan tradisional, wang diterbitkan oleh Bank Negara (di Malaysia) dan staf bank

merekodkan setiap deposit dan wang keluar daripada akaun bank.

Tetapi Bitcoin, seperti yang kita tahu, tidak mempunyai mana-mana autoriti untuk menerbitkan Bitcoin.

Bitcoin juga tidak mempunyai akauntan untuk merekodkan semua transaksi yang berlaku dalam jaringan

mereka.

Jadi bagaimana Bitcoin dicipta? Dan bagaimana semua transaksi Bitcoin diluluskan dan direkodkan?

Jawapannya ialah kedua-duanya berlaku dalam proses mining.

Para miner memproseskan transaksi (memeriksa, meluluskan serta merekodkan) Bitcoin dengan

menggunakan komputer mereka untuk menyelesaikan masalah matematik. Proses ini ditermakan sebagai

mining. Jadi mining itulah caranya Bitcoin baru diterbitkan dan juga cara bagaimana semua transaksi

Bitcoin direkodkan.

Dan untuk menjelaskan situasi dengan sejelas-jelasnya, mining inilah satu-satunya cara bagaimana

Bitcoin diterbitkan. Ini bermakna semua Bitcoin yang telah wujud dan akan wujud terbit hanya melalui

proses mining sahaja. Jadi semua cara mendapatkan Bitcoin yang saya kongsikan sebelum ini – beli, jual,

faucet dan hadiah – sebenarnya adalah untuk mendapatkan Bitcoin yang telah diterbitkan oleh miner.

Jadi sebenarnya terma mining itu mungkin kurang tepat. Oleh sebab tugas mereka yang sebenarnya

adalah untuk memproses dan meluluskan transaksi, mungkin terma ‘pakar memproses dan meluluskan

transaksi (PMMT)’ lebih tepat kut!

Gambar 14.1: Antminer S9: Sejenis komputer yang digunakan khusus untuk mining Bitcoin

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 36: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

36

“Mengapakah miner melakukan semua kerja ini?” anda mungkin bertanya.

Jawapannya adalah apabila mereka berjaya menyelesaikan masalah tersebut (iaitu memproseskan dan

meluluskan transaksi), mereka menerima ganjaran 12.5 Bitcoin sebagai upah mereka. (Pada

permulaannya dulu, ganjaran itu ialah 50 Bitcoin per blok. Ianya dibahagi dua menjadi 25 Bitcoin pada

bulan November 2012 dan kemudian dibahagi dua sekali lagi menjadi 12.5 Bitcoin pada bulan Julai 2016.

Pembahagian dua dalam Bitcoin ini memang sudah ditetapkan oleh penciptanya, Satoshi Nakamoto.

Beliau menetapkan ganjaran setiap blok dibahagi dua setiap 210,000 blok diterbitkan. Jadi pembahagian

dua yang berikutnya dijangka berlaku pada tahun 2020.)

Para miner juga mendapat sedikit ganjaran dalam bentuk fi yang dikenakan untuk memproseskan setiap

transaksi dalam blok. Buat masa ini, fi itulah adalah rendah. Tetapi fi ini dijangkakan akan naik sikit

apabila semua Bitcoin telah diterbitkan pada 2140. Malah fi itulah yang akan menjadi satu-satunya

ganjaran miner kerana waktu itu Bitcoin baru tidak akan diterbitkan lagi. Tetapi oleh sebab 2140 adalah

lebih 120 tahun di hadapan, anda tidak perlu pening kepala memikirkan tentang poin ini lagi!

Kerja mining ini berlaku lebih kurang setiap 10 minit. Dalam tempoh tersebut, koleksi komputer mining

mengumpulkan beberapa ratus transaksi urus niaga Bitcoin yang belum diproseskan ke dalam satu blok

dan menukarkannya kepada masalah matematik. Miner yang berjaya menyelesaikan masalah matematik

tersebut akan mengumumkan kejayaan tersebut kepada miner-miner lain yang berada di dalam network.

Kumpulan miner ini akan memeriksa sama ada penjual Bitcoin memang benar memiliki Bitcoin dan

berhak untuk menjual Bitcoin tersebut, dan juga memeriksa jawapan yang diberikan kepada masalah

matematik tersebut adalah betul. Jika kesemua jawapannya adalah betul, mereka akan memberikan

kelulusan untuk blok tersebut ditambah kepada lejar yang dinamakan Blockchain. Kumpulan miner itu

kemudiannya akan memulakan usaha untuk menyelesaikan masalah matematik di blok yang berikutnya.

Jadi blok itu bersambung-sambung. Itulah sebabnya blok-blok itu ditermakan sebagai Blockchain.

Seperti yang saya tulis di atas, miner yang berjaya menyelesaikan masalah matematik tadi diberikan

ganjaran sebanyak 12.5 Bitcoin. Tetapi apa yang menariknya, walaupun mereka menerima ganjaran ini

sebaik sahaja mereka berjaya menyelesaikan masalah matematiknya, mereka hanya dapat membelanjakan

Bitcoin tersebut hanya selepas 99 blok lagi ditambah kepada lejar! Ini memberikan insentif kepada

kumpulan-kumpulan miner untuk terus-menerus berusaha mengesahkan transaksi Bitcoin.

“Setiap orang yang terpelajar perlu mengetahui tentang Bitcoin kerana ia

mungkin merupakan salah satu perkembangan yang paling penting di dunia.”

Leon Louw

Penama Hadiah Nobel

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 37: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

37

Sistem ini juga menambahkan tahap sekuriti Bitcoin. Untuk para hacker melakukan double-spend Bitcoin

(membelanjakan Bitcoin yang sama dua kali), mereka perlu berpatah balik dan mengubahkan blok yang

telah diluluskan. Dan untuk bertindak demikian, mereka perlu menguasai lebih 51 peratus kapasiti kuasa

daya komputer kumpulan-kumpulan miner. Dan ini adalah satu kemungkinan yang super-tipis berlaku

kerana kumpulan-kumpulan miner mempunyai di antara komputer yang paling power di seluruh dunia!

Kuasa komputer-komputer mereka adalah 13,000 kali lebih power dibandingkan dengan kuasa 500 super-

komputer di dunia!

Ada mereka yang berpendapat yang terma mining itu digunakan kerana ia menyerupai aktiviti

perlombongan komoditi lain seperti emas. Mining memerlukan usaha serta menambahkan jumlah mata

wang baru dengan perlahan yang memang menyerupai aktiviti perlombongan emas.

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 38: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

38

15. APAKAH ITU BITCOIN MINING POOL?

Pada awal usia Bitcoin, proses mining ini agak senang. Apa yang diperlukan hanyalah sebuah komputer

dan CPU dan anda sudah boleh menjadi salah seorang miner Bitcoin. Ganjarannya pula menarik – 50

Bitcoin!

Kemudian para miner mula menggunakan GPU kerana ianya lebih berkuasa dan ia menolong mereka

menyelesaikan masalah matematik dengan lebih cepat. Masalahnya penggunaan semua perkakasan dan

graphic processing unit (GPU) itu makan elektrik! Jadi bil elektrik mereka pun melompat setinggi

kangaroo.

Bagaimanapun, oleh sebab ganjaran mining ini begitu menarik, jumlah miner semakin bertambah. Apa

yang bagus dengan pertambahan ini ialah kualiti pemeriksaan transaksi Bitcoin dalam blok meningkat –

kerana banyak mata yang memeriksanya. Apa yang kurang bagus dengan pertambahan ini ialah masalah

matematik menjadi semakin rumit! Lihat bagaimana tahap kerumitan itu bertambah dengan peredaran

masa dalam graf berikut.

Rajah 15.1: Carta Kerumitan Mining

Sebenarnya itulah yang ditetapkan oleh Satoshi Nakamoto. Semakin banyak Bitcoin yang diterbitkan,

semakin rumitlah masalah matematiknya.

Para miner juga mula berkerjasama sesama mereka. Mereka berganding masa, kuasa komputer dan

kepakaran untuk menjadikan proses mining ini lebih efektif dan efisien. Kumpulan-kumpulan inilah yang

dinamakan ‘mining pool’. Ganjaran Bitcoin yang diterima dikongsi di antara mereka mengikut usaha

yang mereka sumbangkan kepada pool. Lebih banyak sumbangan, lebih tinggilah ganjaran yang diterima.

Dan untuk menolong mereka menyelesaikan masalah matematik dengan lebih cepat, pada tahun 2013,

para miner mula menggunakan cip ASIC yang lebih berkuasa daripada GPU. Apa yang menariknya ialah

ASIC ini memang dicipta khusus untuk mining Bitcoin!

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 39: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

39

Ketika inilah syarikat-syarikat muncul dan membina gudang dan gudang tersebut dilengkapkan dengan

komputer, server dan ASIC khusus untuk mining Bitcoin. Dan untuk menjelaskan situasinya dengan lebih

jelas (!), gudang-gudang itu bukan mempunyai satu, dua atau 10 komputer mining sahaja tetapi beratus

dan malah beribu-ribu komputer mining di dalamnya! Berikut ialah gambar salah sebuah gudang mining

yang terletak di China. Seperti yang anda dapat lihat, terdapat berpuluh-puluh barisan komputer mining

dalam gudang ini. Dan mungkin terdapat lima, enam gudang lagi di sebelah gudang ini!

Apa yang kekal ialah prosesnya memerlukan kuasa elektrik yang tinggi. Itulah sebabnya mengapa

kebanyakan gudang dan gudang mining pool ini beroperasi di China dan di Eropah Timur di mana kos

elektriknya rendah. Sudah tentu ‘kos elektriknya rendah’ itu relatif kerana gudang Genesis Mining di

Iceland milik Marco Streng membayar bil elektrik yang berjumlah $1 juta setiap bulan!

Semua ini bermakna miner yang beroperasi secara solo di rumah sudah tidak mempunyai peluang untuk

buat duit daripada mining lagi. Miner solo hendak lawan gudang dan gudang yang dibina khusus untuk

mining Bitcoin? Memang tidak akan menang punya!

Jadi jika ada mamat yang tiba-tiba muncul dalam hidup anda dan menceritakan yang dia akan menolong

anda buat duit mining Bitcoin, saya rasa anda perlu berlari secepat mungkin daripada mamat itu! Kalau

tidak dapat lari, anda terbang!

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 40: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

40

16. BERAPA BANYAK BITCOIN YANG TELAH DIMINE SETAKAT INI?

Setakat bulan Julai 2017, jumlah Bitcoin yang telah dimine ialah 16,500,000.

Carta 16.1: Jumlah Bitcoin sehingga bulan Julai 2017

Memandangkan jumlah keseluruhan Bitcoin yang akan diterbitkan ialah 21,000,000, ini bermakna yang

jumlah Bitcoin yang telah diterbitkan setakat ini ialah 79 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Tapi anda tidak perlu bimbang kerana jumlah keseluruhan itu hanya akan berlaku pada tahun 2140!

Situasi ini berlaku kerana semakin banyak Bitcoin yang diterbitkan, semakin rumitlah masalah matematik

untuk diselesaikan oleh miner sementara ganjaran yang diberikan pula semakin kecil.

“Mengapakah jumlah Bitcoin dihadkan?”

Ini adalah satu soalan yang baik dan kita tidak tahu jawapan yang sebenarnya mengapa jumlah Bitcoin

dihadkan kepada 21 juta unit oleh Nakamoto. (Nakamoto sendiri tidak pernah menjawab soalan ini.)

Jawapan pertama yang boleh saya berikan (yang mungkin paling tepat) adalah dengan mengehadkan

jumlah Bitcoin bermakna ianya tidak akan runtuh nilai sepertimana yang berlaku kepada mata wang

kertas apabila kerajaan mencetak wang tersebut dengan terlalu rakus! Dalam kata lain, hiper-inflasi tidak

akan berlaku kerana Bitcoin.

Jawapan yang kedua, dengan mengehadkan jumlah Bitcoin memberikannya nilai terhad sepertimana emas

yang terhad juga jumlahnya (jumlah emas yang wujud di dunia sekarang hanyalah 187,200 kilogram.)

Salah satu fakta menarik tentang Bitcoin ialah Nakamoto dikatakan memiliki 1 juta Bitcoin yang beliau

terbitkan sendiri semasa hari-hari awal Bitcoin. Apa yang menambah menariknya ialah kesemua Bitcoin

tersebut masih tidak dibelanjakan!

Malah lebih 35 peratus daripada Bitcoin yang diterbitkan masih tidak dibelanjakan sejak tahun 2011!

Sesetengahnya mungkin memang disimpan sebagai pelaburan tetapi sesetengah yang lain mungkin hilang

buat selamanya kerana pengguna terlupa kata laluan, pengguna lupa yang mereka memiliki Bitcoin,

kehilangan hard drive, hard drive rosak ataupun pengguna meninggal dunia.

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 41: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

41

17. APAKAH ITU BLOCKCHAIN?

Seperti yang saya ceritakan dalam jawapan tentang mining, koleksi komputer-komputer mining

mengumpulkan beberapa ratus transaksi urus niaga Bitcoin yang belum diproseskan ke dalam satu blok

dan menukarkannya kepada masalah matematik. Apabila kumpulan miner berjaya menyelesaikan

masalah matematik tersebut, mereka akan memberikan kelulusan untuk blok tersebut ditambah kepada

lejar. Mereka kemudiannya akan memulakan usaha untuk menyelesaikan masalah matematik di blok yang

berikutnya. Jadi blok itu bersambung-sambung. Itulah sebabnya blok-blok itu ditermakan sebagai

Blockchain.

Rajah 17.1: Graf Blockchain

Sebenarnya Blockchain ini ialah lejar di mana semua transaksi Bitcoin direkodkan. Tetapi berlainan

dengan kebanyakan lejar yang maklumatnya dirahsiakan, Blockchain ialah lejar awam yang telus dan

terbuka. Jadi semua transaksi Bitcoin direkodkan dan boleh diakses oleh sesiapa. Saya ulang ya, kerana

poin ini amat penting dan juga menarik: semua transaksi Bitcoin direkodkan dan boleh diakses oleh

sesiapa. (Jika anda ingin melihatnya dengan mata anda sendiri, sila login ke https://blockexplorer.com.)

Sebagai contoh dan untuk hiburan anda, rajah 17.2 ialah screenshot terbitan Bitcoin yang pertama dalam

sejarah. Blok #0 ini (kini dikenali sebagai Genesis Block) diterbitkan oleh pengasas Bitcoin Satoshi

Nakamoto pada pukul 2.15 pagi 4 Januari 2009. Seperti yang tertera dalamscreenshot tersebut, ganjaran

Nakamoto ialah 50 Bitcoin.

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 42: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

42

Rajah 17.2: Blok #0 Bitcoin (juga dikenali sebagai Genesis Block)

Berikut pula adalah transaksi Bitcoin yang pertama (jika kita menolak transaksi yang dibuat oleh

Nakamoto kepada dirinya sendiri). Transaksi tersebut disahkan dalam blok #170 pada 12 Januari 2009

dan merupakan ganjaran 10 Bitcoin yang diberikan oleh Nakamoto kepada Hal Finney.

Rajah 17.3: Blok #170 Bitcoin

Lagi satu poin yang menarik ialah setelah sesuatu transaksi direkodkan dalam sesuatu blok dan blok

tersebut disahkan oleh para miner, ianya menjadi teramat susah untuk transaksi tersebut diedit, diubah

atau dibatalkan oleh sesiapa. Dan apabila enam blok berikutnya telah disahkan oleh para miner, ianya

menjadi mustahil untuk transaksi dan blok tersebut diedit, diubah atau dibatalkan.

Kedua-dua poin ini menjadikan Bitcoin telus, terbuka, adil dan saksama.

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 43: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

43

Saya sambung cerita sikit: konsep Blockchain yang merupakan lejar awam yang telus, terbuka, boleh

diakses oleh sesiapa tetapi tidak boleh diedit atau ditukar, dan kekal selama-lamanya membuatkannya

begitu menarik kepada dunia. Jadi sekarang konsep Blockchain dikembangkan dalam pelbagai industri

termasuklah muzik (menjejak copyright), hartanah (smart contracts), perpustakaan, social network, cloud

storage dan malah proses mengundi!

Contoh salah sebuah syarikat yang menggunakan teknologi Blockchain ialah Factom yang membina dan

menjual software. Lagi sebuah syarikat ialah Storj yang menyewakan tempat simpanan data di Blockchain

mereka.

Malah firma audit gergasi Deloitte telah mendedahkan ia sedang berusaha untuk menggunakan teknologi

Blockchain untuk mengautomasikan pengauditan klien dan memanfaatkan sumber perundingannya.

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 44: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

44

18. BOLEHKAH TRANSAKSI BITCOIN DIBATALKAN?

Transaksi Bitcoin yang telah diambil tidak boleh dibatalkan.

Transaksi yang berlaku di blok berikutnya mungkin masih boleh diedit. (Saya perlu tambah yang peluang

untuk situasi ini berlaku adalah amat tipis kerana si hacker perlu menguasai lebih 51 peratus daripada

kuasa daya semua komputer dalam network Bitcoin!)

Sebagai contoh, kita berada di blok 10 sekarang. Transaksi berikutnya ialah blok 11 (sudah tentu!).

Apabila blok 10 disahkan oleh para miner, transaksi yang berlaku di blok tersebut mungkin masih boleh

diedit (walaupun peluang untuk situasi ini berlaku adalah amat tipis sekali). Tetapi setelah enam blok

berikutnya disahkan, dan kita sampai ke blok 16, semua transaksi dalam blok 10 memang tidak dapat

diedit, ditukar, dibatalkan atau diubah lagi. Ianya kekal sehingga ke akhir zaman!

Situasi ini menerangkan mengapa sesetengah bisnes menunggu enam pengesahan (blok) berlaku sebelum

memenuhi sesuatu pesanan.

Kesimpulannya ialah semua transaksi Bitcoin yang telah diambil tidak boleh dibatalkan. Malah transaksi

itu tidak boleh ditarik balik walaupun blok itu belum mendapat pengesahan daripada pihak miner. Sebaik

sahaja anda menghantarnya, Bitcoin itu pergi buat selama-lamanya! Tidak ada jalan kembali di sini, bro!

Oleh sebab itulah situasinya, anda perlu periksa dan periksa sekali lagi yang jumlah Bitcoin dan alamat

penghantaran itu adalah betul kerana sebaik sahaja transaksi itu berlaku, ianya kekal untuk selamanya!

Ya, ini memang kes yang serius, bro! Jadi berhati-hatilah sebelum menekan butang ‘send’ itu, ya!

“Bitcoin ialah ciptaan yang paling penting dalam sejarah dunia sejak Internet.”

Roger Ver

Pelabur awal Bitcoin

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 45: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

45

19. BOLEHKAH BITCOIN DIGODAM?

Salah satu isu penting dalam dunia Internet ialah tahap sekuriti. Dan oleh sebab Bitcoin wujud di Internet,

isu sekuriti adalah amat penting dan malah kritikal.

Jawapan kepada soalan “Bolehkah Bitcoin digodam?” ialah, “Tidak boleh!”

“Mengapa tidak boleh?”

Jawapan pertamanya adalah kerana Bitcoin wujud dalam jaringan (network) yang decentralized dan tidak

mempunyai pusat untuk hacker menyerang protokolnya. Walaupun pengguna individu boleh digodam,

tetapi serangan itu tidak akan menjejaskan jaringan Bitcoin itu sendiri. Malah jika semua pengguna

Bitcoin di Malaysia digodam pada masa yang sama, jaringan Bitcoin akan terus beroperasi seperti sedia

kala!

Jawapan keduanya adalah kerana jaringan Bitcoin menggunakan tahap kriptografi yang tinggi untuk

memastikan integriti Blockchain dan transaksi-transaksi Bitcoin. Walaupun tahap kriptografi itu boleh

digodam secara teori, ianya adalah mustahil untuk dilakukan kerana ia memerlukan gabungan kuasa

pemprosesan semua super-komputer yang wujud di dunia dan masa beratus-ratus tahun hanya untuk

mempunyai peluang melakukannya. Dalam kata lain, situasi ini tidak akan berlaku!

Ini bermakna ianya adalah mustahil untuk jaringan Bitcoin untuk digodam.

Apa yang boleh (dan pernah) berlaku ialah pengguna individu, exchange dan pembekal wallet online

diserang hacker. Serangan ini mengakibatkan mereka kehilangan Bitcoin yang mereka simpan di wallet

online tersebut.

Sebagai contoh, exchange Mt. Gox (sebuah exchange yang popular satu masa dulu) telah digodam dan

mengakibatkan kehilangan 650,000 Bitcoin.

Satu lagi kes penggodaman telah berlaku pada bulan Mac 2012. Mengikut laporan, 46,703 Bitcoin

bernilai $228,845 (pada waktu itu) telah dicuri dari platform sebuah syarikat cloud server yang bernama

Linode.

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 46: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

46

20. APAKAH ITU FORK?

Pada 1 Ogos 2017, Bitcoin telah berpecah dua dalam proses yang dilabelkan sebagai fork. Atau lebih

tepatnya, terdapat dua versi Bitcoin yang berasingan selepas tarikh tersebut.

Situasi ini berlaku kerana setiap blok dalam jaringan Bitcoin dihadkan saiznya. Had ini memang

ditetapkan dari mulanya untuk melindungi Bitcoin daripada serangan hacker. Malangnya, had ini juga

memperlahankan proses meluluskan transaksi setiap blok. Masalah ini menjadi kronik kerana jumlah

transaksi Bitcoin semakin bertambah semenjak dua menjak ini.

Para miner dan komuniti Bitcoin semuanya bersetuju yang proses baru diperlukan untuk mempercepatkan

transaksi Bitcoin. Malangnya, mereka tidak dapat bersetuju dengan cara bagaimana untuk melakukannya!

Walaupun kumpulan besar bersetuju untuk membesarkan saiz blok dengan menggunakan teknologi

SegWit, malangnya, sekumpulan miner yang lain berkeras yang teknologi tersebut masih kurang efektif

dan mahu lebih banyak yang dilakukan. Walaupun banyak perbincangan yang dilakukan, kedua-dua

kumpulan ini masih tidak dapat berkata sepakat.

Jadi pada tarikh tersebut, Bitcoin pun melalui proses fork ini. Apa yang telah berlaku ialah terdapat dua

versi Bitcoin selepas 1 Ogos 2017 – Bitcoin original yang dilabelkan BTC dan Bitcoin cash yang

dilabelkan BCC (ada juga mereka yang melabelkannya sebagai BCH).

Pada amnya, mereka yang memegang Bitcoin sebelum tarikh tersebut kini mempunyai kedua-dua BTC

dan juga BCC selepas 1 Ogos. Jadi mereka mempunyai aset digital serta-merta (kira dapat durian

runtuhlah)! (Bagaimanapun, tidak semua yang mendapat BCC.)

Nilai pada hari pertama BCC diterbitkan ialah $400 sementara nilai BTC ialah $2,700. Dan ianya tidak

menghairankan yang nilai kedua-duanya naik turun seperti monyet mabuk dalam hari-hari yang

berikutnya!

Pada 30 September 2017, nilai BCC ialah $437.43 sementara nilai BTC pula ialah $4,367.

Apakah nasib kedua-dua cryptocurrency ini pada masa depan? Apakah yang akan berlaku?

Wallahualam.

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 47: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

47

21. APAKAH ITU ICO?

Initial Coin Offering yang lebih terkenal dengan akronimnya ICO ialah usaha untuk mengutip dana untuk

melancarkan cryptocurrency yang baru. Konsep dan nama ICO lebih kurang serupa dengan Initial Public

Offering (IPO) tetapi mereka berbeza kerana ICO tidak menerbitkan saham dan juga tidak memerlukan

kelulusan daripada mana-mana institusi atau autoriti kewangan.

Apabila sesuatu firma cryptocurrency ingin mengumpul dana melalui ICO, ia biasanya membuat kertas

putih yang menyatakan tujuan projek, jumlah wang diperlukan, ganjaran untuk perintis projek, jenis wang

yang diterima dan tempoh kempen ICO. Firma tersebut membentangkan kertas putih ini dan memberikan

peluang kepada mereka yang berminat melabur dalam projek mereka.

Pelabur awal biasanya membeli cryptocurrency baru itu dengan harapan projek ICO itu berjaya selepas ia

dilancarkan. Jika ianya berjaya, maka nilai cryptocurrency baru itu akan naik lebih tinggi daripada harga

belian mereka.

Satu contoh projek ICO yang berjaya menguntungkan pelabur awal ialah platform smart contract

Ethereum. ICO projek Ethereum telah berjaya mengumpul dana berjumlah $18 juta Bitcoin (atau $0.40

per ether) semasa ianya diumumkan pada tahun 2014. Projek ini dilancarkan pada tahun 2015 dan nilai

ether pada bulan September 2017 melebihi $300!

Tetapi malangnya konsep semi-liar ICO yang tidak dikawal selia dan tidak memerlukan kelulusan mana-

mana autoriti kewangan menarik perhatian para jembalang. Mereka pun turut serta melancarkan ICO

sendiri. Akibatnya, beberapa projek ICO telah gagal, malah ada yang penipuan semata.

Oleh itu, tidaklah menghairankan sangat apabila Bank Pusat China membuat kenyataan pada 4 September

2017 untuk melarang semua ICO di negara itu. Menurut laporan itu juga, semua penjualan token dilarang

di dalam negara itu sementara organisasi yang telah melancarkan ICO diarahkan untuk mengembalikan

semua dana pelabur.

Akibat larangan ini, harga Bitcoin jatuh 5 %, sementara harga etherum merudum 11 %!

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 48: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

48

22. APAKAH ITU CRYPTOCURRENCY?

Berikut adalah definisi cryptocurrency mengikut Wikipedia:

‘Cryptocurrency (atau mata wang crypto) ialah aset digital yang direka bentuk untuk berfungsi sebagai

medium pertukaran menggunakan kriptografi untuk menjamin transaksi dan mengawal penciptaan unit

tambahan mata wang. Cryptocurrency dikelaskan sebagai subset mata wang digital dan juga dikelaskan

sebagai subset mata wang alternatif dan mata wang maya.’

Jadi cryptocurrency ialah (1) aset digital, (2) berfungsi sebagai medium pertukaran, (3) menggunakan

kriptografi untuk tujuan sekuriti, dan (4) ianya adalah subset kepada digital currency.

Cryptocurrency adalah subset kepada digital currency

Ini bermakna kita boleh berkata yang cryptocurrency adalah sejenis digital currency tetapi tidak digital

currency tidak semestinya cryptocurrency! (Saya rasa penjelasan ini telah memeningkan anda!)

Bagaimanapun, tidak ada siapa yang akan mengetawakan anda jika anda memanggil digital currency

sebagai cryptocurrency dan sebaliknya. Kita di Malaysia ini tidak kisah sangat akan benda-benda kecil

macam ini, betul tak?

Cryptocurrency yang pertama ialah Bitcoin. Malah semua digital currency atau mata wang maya yang

terbit selepas Bitcoin memang merupakan cryptocurrency.

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 49: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

49

Untuk pengetahuan tambahan anda, kriptografi bermaksud ‘tulisan rahsia’ (berasal dari bahasa Greek).

Jadi kriptografi merupakan praktis (dan juga kajian) merahsiakan maklumat dalam bentuk tulisan.

Selalunya, maklumat itu adalah maklumat yang sensitif seperti rahsia negara, data kewangan serta

maklumat ketenteraan. Kriptografi telah wujud beribu-ribu tahun, malah sejak zaman pemerintahan Rom

purba lagi.

Hari ini, kriptografi menggunakan teknologi komputer dan digunakan untuk maklumat ketenteraan, mesin

ATM, kata laluan komputer dan cryptocurrency.

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 50: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

50

23. CRYPTOCURRENCY YANG LAIN

Tidak berapa lama selepas Bitcoin terbit, cryptocurrency yang lain mulalah muncul. Malah mereka

muncul dengan begitu cepat bagaikan pekerja asing di Malaysia – banyak serta berbagai-bagai jenis dan

rupa! Lepas satu, satu, sehinggakan sekarang kita mempunyai beratus-ratus cryptocurrency!

Sesetengahnya kekal popular (seperti Bitcoin, Ethereum, Dash dan LiteCoin), ada yang bertahan hanya

beberapa ketika sebelum hilang buat selamanya sementara ada juga yang merupakan scam. Apa yang

pasti adalah lebih banyak cryptocurrency yang akan muncul pada masa hadapan.

Mengapa tidak? Cryptocurrency memberikan banyak kelebihan seperti transaksi yang cepat, murah,

selamat dan yang paling utamanya ialah peluang untuk membina kekayaan tanpa gangguan kerajaan!

Berikut ialah senarai 10 cryptocurrency yang popular dan power buat masa ini. Sila ambil perhatian yang

maklumat ini adalah pada 28 Ogos 2017. Nilai dan jumlah nilai pasarannya sudah tentu akan berbeza

semasa anda membaca buku ini memandangkan yang nilai setiap cryptocurrency berubah setiap saat!

No Nama Jumlah Nilai Pasaran ($) Nilai ($)

1 Bitcoin 71,605,794,431 4,332.20 2 Ethereum 33,062,697,628 350.67 3 Bitcoin Cash 10,141,343,106 612.83 4 Ripple 7,764,244,543 0.2024 5 LiteCoin 3,285,787,482 62.40 6 Dash 2,738,814,316 364.29 7 IOTA 2,554,188,204 0.9189 8 NEM 2,470,986,000 0.2745 9 Monero 2,094,426,295 139.63

10 NEO 1,941,040,000 38.82

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 51: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

51

24. TAHAP SEKURITI

Saya ingin menekan sikit tentang sekuriti di sini.

Pertama, anda perlu ingat yang Bitcoin (dan juga semua cryptocurrency yang lain) wujud di Internet. Dan

walaupun banyak yang baik datang kerana Internet, realitinya ada yang tidak baik juga wujud di Internet.

Dan salah satu daripada realitinya ialah ramai penjahat yang beroperasi di Internet!

Oleh sebab situasinya begini, anda perlulah menambahkan ilmu tentang Bitcoin dan juga cryptocurrency

lain sebelum melangkah masuk ke dalam dunia ini. Ini termasuklah membaca buku (seperti yang anda

sedang lakukan sekarang) dan menyertai seminar yang dikelolakan oleh pakar yang betul-betul pakar

(bukan pakar membeli doctorate ya!). Langkah ini adalah kritikal kerana ilmu ini akan menolong anda

untuk membuat pilihan yang lebih baik serta lebih bijak dan dalam masa yang sama, mengelak daripada

terjerlus dalam ribuan scam yang wujud dalam dunia cryptocurrency ini. Tanpa ilmu ini, peluang untuk

anda ditipu adalah amat tinggi.

Satu contoh penipuan ialah kewujudan beberapa syarikat scam yang mengatakan mereka menyediakan

servis wallet. Apabila pengguna memindahkan Bitcoin ke dalam wallet tersebut, syarikat itu pun menutup

operasi dan mencuri semua Bitcoin tersebut.

Lagi satu contoh penipuan ialah syarikat yang mengatakan mereka menjual komputer mining. Mereka

menipu kerana tidak menghantar produk yang dipesan oleh pembeli walaupun mereka memang menerima

wang daripada pembeli.

Bagaimanapun contoh penipuan yang ketara berlaku dalam industri cloud mining. Walaupun ada

segelintir syarikat yang menawarkan servis cloud mining ini adalah tulin, dianggarkan yang lebih 90

peratus daripada ‘syarikat’ tersebut adalah scam, menipu atau membohong! Ambil perhatian yang kerana

syarikat tersebut mempunyai gudang mining mereka sendiri tidak bermakna mereka tidak menipu

pelabur-pelabur mereka.

Anda juga perlu tahu yang kebanyakan laman web si penjahat ini adalah amat menarik dan canggih.

Malah ada yang lebih canggih daripada laman web yang menawarkan servis yang betul! Jadi sekali lagi,

anda perlu sentiasa berwaspada dengan setiap tawaran yang muncul tentang Bitcoin dan cryptocurrency

lain.

Anda juga perlu ingat, oleh sebab Bitcoin wujud di Internet, ianya amat terdedah kepada serangan

penjahat-penjahat ini. Mereka ini memang dan sentiasa mencari peluang dan lubang untuk mencuri

Bitcoin anda.

Walaupun banyak langkah yang diambil oleh pihak exchange untuk mempertingkatkan tahap sekuriti

mereka, selagi mana exchange itu wujud di Internet (dan ianya memang online 24/7!), ianya tetap

terdedah kepada serangan hacker.

PENGENALAN DAN OPERASI

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 52: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

52

Anda juga perlu menggunakan akal fikiran kerana ramai juga orang kehilangan Bitcoin kerana mereka

cuai.

Saya mendengar banyak cerita menarik tentang bagaimana si pembeli kehilangan Bitcoin mereka kerana

cuai, dan bukan kerana dicuri hacker. Sebagi contoh, seeorang pembeli kehilangan telefon bimbit, dan

turut kehilangan Bitcoinnya kerana terlupa maklumat loginnya. Seorang lagi pembeli kehilangan

Bitcoinnya apabila hard drivenya terbakar. Dia buat backup. Tetapi malangnya backup drive itu berada di

sebelah hard drivenya. Jadi kedua-dua hard drive dan backup drive itu terbakar sekali! Oleh sebab itu, dia

juga kehilangan Bitcoinnya sebab semua data tentang akaun Bitcoin beliau hangus (literally hangus

dalam kes ini!).

Satu cerita yang menarik tetapi tragik ialah kes seorang lelaki Australia bernama Campbell Simpson

membuangkan hard drive komputer bimbitnya yang mempunyai 1,400 Bitcoin pada tahun 2010. Masa itu

Bitcoin itu bernilai hanya $25. Hari ini, nilai Bitcoin yang sama ialah $6.2 juta!

Kes yang lebih tragik telah berlaku kepada James Howell, seorang lelaki di South Wales. Anda mungkin

pernah membaca cerita beliau membuangkan hard drive lamanya di tong sampah pada tahun 2013. Tidak

berapa lama kemudian, dia baru teringat yang maklumat tentang Bitcoinnya berada di dalam hard drive

yang dibuangnya itu. Dia bergegas ke tempat buang sampah tetapi malangnya hard drivenya itu sudah

tidak ada di sana. Dia kehilangan 7,500 Bitcoin yang kini bernilai $33 juta (mak datuk!)!

Jadi poinnya di sini ialah anda perlu mengambil banyak langkah untuk mengawasi Bitcoin anda setiap

masa. Ini termasuklah menggunakan pembekal perkhidmatan (exchange, broker dan sebagainya) yang

mempunyai tahap sekuriti yang tinggi dan canggih.

Berikut adalah beberapa langkah yang anda perlu ambil:

Gunakan password yang unik, panjang dan complicated.

Tukar password itu dari semasa ke semasa.

Backup semua password dan passphrase online.

Backup juga semua password dan passphrase offline iaitu dengan menulisnya di atas kertas.

Simpan kertas itu ditempat yang selamat.

Gunakan public address yang berbeza setiap kali anda ingin menerima Bitcoin.

“Anda tidak boleh menghentikan kemajuan seperti Bitcoin. Ia akan wujud di mana-mana

dan dunia perlu menyesuaikan diri. Kerajaan-kerajaan dunia perlu menyesuaikan diri

dengannya.”

John McAfee

Pengasas McAfee

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 53: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

53

Pindahkan majoriti Bitcoin anda ke wallet cold storage.

Minimumkan masa online anda semasa membuat pembelian dan jualan.

Backup data dalam telefon bimbit anda jika data Bitcoin anda berada di dalamnya.

Backup data itu offline juga.

Simpan semua offine backup itu di tempat yang selamat (mungkin dalam peti deposit

keselamatan) dan jauh dari hard drive anda.

Semua langkah-langkah di atas ini akan menambahkan kerja anda. Tetapi anda perlu melakukannya dan

tidak boleh leka. Sebab satu kelekaan boleh bermakna anda kehilangan Bitcoin anda! Dan apabila nilai 1

Bitcoin naik menjadi $10,000 atau $100,000, anda pasti akan menangis sampai keluar darah!

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 54: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

54

25. KESELAMATAN BITCOIN ANDA TERLETAK DI TANGAN ANDA 100 PERATUS!

Saya perlu mengingatkan yang tanggungjawab untuk menyelamatkan Bitcoin anda adalah 100 peratusnya

di tangan anda. Ianya bukan di tangan exchange, bank, bank negara, majlis tertinggi Bitcoin (kerana ianya

tidak wujud) atau menteri kewangan. Anda yang memikul tanggung jawab itu seorang diri.

Oleh sebab itu, ambillah langkah berjaga-jaga setiap kali anda berinteraksi dengannnya: cipta pelbagai

kata laluan, gunakan public address wallet yang berbeza setiap kali anda ingin menerima Bitcoin,

minimumkan masa di atas talian, buat backup (online dan fizikal) dan simpan kebanyakan Bitcoin anda

dalam wallet cold storage.

Akhirnya, anda perlu ingat yang Bitcoin ialah produk yang unik dan berbeza daripada kebanyakan

produk-produk lain. Sebagai contoh, apabila anda sudah klik ‘send’ ketika melakukan transaksi, Bitcoin

itu pergi buat selama-lamanya. Anda tidak boleh membatalkannya, tukar fikiran, minta balik atau minta

refund. Tidak ada orang untuk anda telefon, tidak ada pejabat dan malah tidak ada autoriti di mana anda

boleh pergi mengadu dan meluahkan rasa ketidakpuasan hati anda. Jadi tidak ada jalan kembali dalam

Bitcoin!

Oleh sebab itu, anda perlu berhati-hati setiap kali anda berinteraksi dengannya. Berikut adalah beberapa

langkah yang anda perlu ambil:

Periksa dan periksa lagi tentang parti yang anda hendak melakukan transaksi Bitcoin. Jika parti

itu nampak lain macam atau mempunyai banyak cerita negatif tentang mereka, jangan

berinteraksi dengan mereka.

Sebelum menghantar Bitcoin, periksa dan periksa lagi akan jumlah Bitcoin dan alamatnya betul.

Simpan kebanyakan Bitcoin anda dalam wallet cold storage (saya tahu yang saya dah sebut

tentang ini tetapi sebab ianya kritikal, saya ulang jugalah!).

Dan yang paling penting, gunakan otak anda.

PENGENALAN DAN OPERASI

Page 55: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

55

Azizi Ali adalah penulis, penceramah dan mentor kewangan #1 di Malaysia.

Buku pertama beliau Jutawan Dari Planet Jupiter telah mengubah senario percetakan di Malaysia. Ianya

telah dijual melebihi 300,000 naskah dan menjadi penggerak kepada seminar dan buku kewangan di

Malaysia. Sejak itu, Azizi telah menulis lebih daripada 35 buah buku berkenaan kewangan dan penciptaan

kekayaan. Tajuk-tajuk buku beliau yang laris di pasaran ialah Bagaimana Hendak Menjadi Jutawan

Hartanah, Lahirnya Seorang Jutawan, Pesara Jutawan, Masa Untuk Emas dan Maharaja Wang. Buku

beliau diterbitkan di Indonesia dan juga di Brazil. Buku-buku beliau juga dijual dalam bentuk eBook di

Amazon.com.

Beliau telah memberi ceramah di hadapan lebih 500,000 peserta seminar dan kerap muncul di media

massa. Antara organisasi yang telah menjemput beliau ialah Kementerian Kewangan, Suruhanjaya

Sekuriti, LHDN, KWSP, CIMB, Eco-World, Tabung Haji dan Petronas.

Azizi adalah pemegang Chartered Financial Consultant (ChFC), Islamic Financial Planner (IFP),

pemegang lesen Capital Markets Services Representative’s Licence (CMSRL) dan juga memegang Ijazah

Sarjana (MBA) dari University of Bath, UK.

TENTANG PENULIS

Page 56: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

56

Jika anda mahukan maklumat mendalam dan terkini tentang Bitcoin,

sila log masuk ke laman web:

www.KelasBitcoin.com

Page 57: PENGENALAN DAN OPERASI - Rahsia Bitcoin · 2017. 10. 11. · pengenalan 6 operasi 1. sejarah bitcoin 11 2. apakah itu bitcoin? 14 3. kelebihan bitcoin 15 4. kekurangan bitcoin 18

57

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelaburan emas,

sila log masuk ke laman web:

www.RahsiaEmas.com

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bisnes emas,

sila log masuk ke laman web:

www.RahsiaSuratPajak.com

Dapatkan petunjuk dan bimbingan secara

peribadi daripada Mentor Jutawan #1 Malaysia.

Sertai program Inner Circle sekarang!

www.InnerCircle.my

Sila layari www.BookPlanet.com.my untuk senarai penuh

buku-buku yang dapat membantu anda mencapai impian anda

www.BookPlanet.com.my