13
PENGENALAN DAN PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR MELAYU DI BRUNEI, 1906-1959 }ATSWAN S. SIDHU , M.A.- Menjelang tahun 1905/1906, Brunei memasuki suatu tahap baru dalam sejarahnya apabila negara itu menandatangani Perjanjian Penerimaan Perlindungan British pacta 1905 dan 1906.' Melalui peljanjian ini, Brunei bukan sahaja menerima perlindungan British malah seperti negeri-negeri Melayu lain iaitu Perak. Selangor. Negeri Sembilan dan Pahang. Brunei juga turut menyaksikan pengenaian sistem Residen British. Oalam Perjanjian Penerimaan Perlindungan British yang ditandalangani di antara Sultan Hashim Jaiil-ul-AJam Akarnudin (bertakhta 1885-1906) dengan Sir John Anderson termaktub bahawa:' His Highness {Sultan] will receive a British Officer. to be styled Resident, and will provide a suitable residence for him The Resident will be the Agent and Representative of His Britannic Majesty's Government under the High Commissioner for the Brit- ish Protectorate in Borneo, and his advice must be taken and acted upon on all questions in Brunei, other than those affecting the Mohammedan religion, in order that a similar system may be established to that existing in other Malay States now under British Protection. Penulis adalah Pensyarah di Rancangan Pengajian Antarabangsa, Universiti Malaya. I Untuk keterangan lanjut tentang sebab-sebab Brunei menerima sistem Residen lihat. D.s. Ranjit Singh, BrUllei 1839-1983. The Problems of Political Survival, Singapore: Oxford University Press. 1984. Lihat juga Nicholas Tarting. Britain, The Brookes and Brunei, Kuala Lumpur: Oxford University Press. 1971. 2 W.G. Maxwell & W.S . Gibson. Treaties and Engagements Affecting lhe Malay Stares and Borneo. London: Jes . TrusscOlt. 1924. bIro. 151 - 152. 90

PENGENALAN DAN PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3137/1/MDSS_1995_Bil.23_4.pdf · PENGENALAN DAN PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR

Embed Size (px)

Citation preview

PENGENALAN DAN PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR

MELAYU DI BRUNEI, 1906-1959

}ATSWAN S. SIDHU, M.A.-

Menjelang tahun 1905/1906, Brunei memasuki suatu tahap baru dalam sejarahnya apabila negara itu menandatangani Perjanjian Penerimaan Perlindungan British pacta 1905 dan 1906.' Melalui peljanjian ini, Brunei bukan sahaja menerima perlindungan British malah seperti negeri-negeri Melayu lain iaitu Perak. Selangor. Negeri Sembilan dan Pahang. Brunei juga turut menyaksikan pengenaian sistem Residen British. Oalam Perjanjian Penerimaan Perlindungan British yang ditandalangani di antara Sultan Hashim Jaiil-ul-AJam Akarnudin (bertakhta 1885-1906) dengan Sir John Anderson termaktub bahawa:'

His Highness {Sultan] will receive a British Officer. to be styled Resident, and will provide a suitable residence for him The Resident will be the Agent and Representative of His Britannic Majesty's Government under the High Commissioner for the Brit­ish Protectorate in Borneo, and his advice must be taken and acted upon on all questions in Brunei, other than those affecting the Mohammedan religion, in order that a similar system may be established to that existing in other Malay States now under British Protection.

• Penulis adalah Pensyarah di Rancangan Pengajian Antarabangsa, Universiti Malaya. I Untuk keterangan lanjut tentang sebab-sebab Brunei menerima sistem Residen lihat. D.s.

Ranjit Singh, BrUllei 1839-1983. The Problems of Political Survival, Singapore: Oxford University Press. 1984. Lihat juga Nicholas Tarting. Britain, The Brookes and Brunei, Kuala Lumpur: Oxford University Press. 1971.

2 W.G. Maxwell & W.S. Gibson. Treaties and Engagements Affecting lhe Malay Stares and Borneo. London: Jes. TrusscOlt. 1924. bIro. 151 -152.

90

PENGENALAN DAN PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR MELAYU DI BRUNEI, 1906-1959

Residen di Brunei ini ditugaskan menasihati Sultan dalarn semua perkara yang berkaitan dengan pentadbiran negeri kecuali yang menyentuh agarna Islam sahaja. Apa yang menarik di sini adalah pengenalan sistem Residen di Brunei ini telah menyaksikan suatu tahap baru dalarn sejarah Brunei di mana negara itu mengalarni perubahan-perubahan menarik dari segi politik. ekonomi dan sosial khususnya dalarn bidang pendidikan moden' Perlaksanaan sistem Residen di Brunei telah membawa kepada pengenalan pendidikan moden beraliran Inggeris, Melayu dan Cina,

Sehubungan dengan itu, artikel ini akan meneliti perkembangan sistem pendidikan vemakular Melayu semasa Residensi British daripada tahun 1906 Ilingga 1959, yakni apabila sistem Residen ditamatkan, Dalarn hal ini, sejarah perkembangan sistem pendidikan Melayu akan dibahagikan kepada dua tahap yakni tahap pertarna dan tahun 1906 Ilingga 1941 dan tahap kedua pula adalah dan tahun 1946 Ilingga 1959,

i, TAHAP PERTAMA: 1906-1941 Walaupun sistem Residen diperkenalkan di Brunei pada tahun 1906, narnun ura-ura melal1irkan suatu sistem pendidikan ala barat hanya laI1ir pada tahun 1911.' lni kerana di tahun-tahun awal perlaksanaan sistem Residen, Brunei menghadapi masalah kewangan yang agak teruk sehingga terpaksa meminjarn danpada negeri-negeri Melayu.' Tarnbahan pula, didapati pihak Residen lebih banyak menggunakan masanya dalam us aha membentuk suatu sistem pentadbiran serta menyelesaikan masalah yang bersabit dengan mengenal pasti sempadan sebenar Brunei' Lagipun hanya menjelang tahun 1911, barulah ekonominya menjadi agak stabil dan beberapa projek pembangunan dapat dimulakan. Seperkara lagi, hasrat untuk mewujudkan sistem pendidikan moden lahir ekoran daripada kekurangan kakitangan kerajaan sehingga menyebabkan kebanyakan kekosongan dalarn perkhidmatan awam terpaksa diisi dengan membawa masuk orang-orang Melayu dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang pada masa yang sarna dianggap membebankan kewangan negeri.' Oleh

3 Lihat Jatswan Singh, "Sejarah Sosio-Ekonomi Brunei Semasa Residensi British. 1906-1959". latihan llrniah Ijazah Sarjana Muda Sastela (BA.), Kuala Lumpur. Jahatan Sejarah, Universiti Malaya, 1988189.

4 Brunei Annual Report (BAR). 1911. hlm. 10, C.O. 82411, f. 56. 5 Jatswan Singh, "Sejarab Sosio-Ekonomi Brunei", hIm . 30-50. 6 Pendapat ini diasaskan kepada Brunei Annual Report. 1906-1910, kerana didapati bahawa

semua laporan tersebut membawa lebih banyak laporan tentang hal-hal pentadbiran jika dibandingkan dengan lain-lain perkara.

7 JalSwan Singh. "Sejarah Sosio-Ekonomi Brunei", him. 121.

9 I

MAUYSIA dari segi SEJARAH

itu, diharap dengan adanya sistem pendidikan mOOen maka masyarakat tempatan khususnya orang Melayu Brunei dapat dilatih bagi diserapkan ke dalam perkhidmatan awam.

Sekolah Melayu yang pertama di Brunei dibuka pada tahun 1914 dan terletak di Bandar Brunei (kini Bandar Seri Begawan). Untuk beberapa bulan yang pertama, sekolah tersebut terpaksa diadakan di sebuah masjid dan hanya pada bulan Oktober 1914, barulah ianya dipindahkan ke sebuah bangunan yang dahulunya menempatkan Pejabat Monopoli.· Jumlah pell\iar yang mula­mula menghadiri sekolah ini adalah seramai 30 orang dan setahun kemudian sudahpun menjadi 40 orang pel ajar yang kesemuanya lelaki. 9 Apa yang menarik di sini adalah Sekolah Melayu di Bandar Brunei ini merupakan sekolah mOOen yang pertama di negara itu kerana sekolah Cina yang pertama di Brunei hanya dibuka pada tahun 1916 di Bandar Brunei juga manakala sekolah Inggeris yang pertama di Brunei hanya lahir pada tahun 1930 iaitu di Kuala Belait.

Setahun kemudian, iaitu pada tahun 1915, sebuah lagi sekolah Melayu dimulakan di Muara oleh seorang guru Melayu di rumahnya:1O Setahun kemudian iaitu pada tahun 1916, sekolah ini dikatakan mempunyai seramai 40 pelajar lelaki manakala jumlah pelajar Sekolah Melayu Bandar Brunei pula telah meningkat menjadi 60 orangii Sekolah Melayu yang ketiga pula ditubuhkan pada tahun 1917 di Belait" dan menjelang tahun 1918 sebuah lagi sekolah Melayu didirikan di Thtong."

Dalam pada itu pula, pada tahun 1917 dua orang pelajar lelaki terbaik daripada Sekolah Melayu di Bandar Brunei telah diserap ke dalam perkhidmatan kerajaan sebagai pelatih sementara. 14 Pelajar-pelajar daripada sekolah Melayu hanya diserap sebagai kakitangan perkhidmatan kerajaan secara tetap mulai tahun 1920." Sebagai langkah sementara bagi mengatasi masalah kekurangan guru terlatih pula. dua orang guru sekolah Melayu Brunei dihantar bagi mengikuti latihan perguruan jangka pendek di Maktab Melayu Melaka pada tahun 1919."

8 BAR. 1914. hlrn . 5. C.O. 824/ 1. f. 74. 9 BAR. 1915. him. 8, C.O. 82411. f. 82. 10 Ibid. II BAR. 1916. him. 5. C.O. 824/1. f. 90. 12 BAR. 1917. him. 4. C.O. 824/ 1. f. 100. 13 BAR. 1918. him. 5. C.O. 824/1. f. 116. 14 BAR. 1917. him. 4, C.O. 284/ 1. f. 100. 15 BAR. 1920. him. 6. C.O. 284/ 1. f. 126. 16 BAR. 1919. b.Im. 5. C.O. 284/1. f. 116.

92

PENGENAUlN DAN PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN VERNAKUUR MEUYU DI BRUNEI. 1906-1959

Masalah utama yang dihadapi oleh kerajaan pada tahap awal ini. selain daripada masalah kekurangan wang bagi pembinaan bangunan sekolah dan masalah kekurangan tenaga pengajar terlatih adalah masalah penerimaan oleh orang Melayu sendiri. Di dapati walaupun sistem pendidikan ini diberikan secara percuma oleh kerajaan namun belum ada ibu bapa yang bersedia menghantar anak perempuan mereka ke sekolah malah ada juga di kalangan ibu bapa yang enggan menghantar anak lelaki mereka ke sekolah. Sambutan yang ada terhadap persekolahan Melayu pada tahap ini datang daripada kelas ataSan atau golongan pengiran. Sultan Brunei sendiri tidak ketinggalan dalam memberikan sokongan baginda apabila pada tahun 1929. Sultan membenarkan surau baginda digunakan sebagai bangunan tambahan Sekolah Melayu Bandar Brunei. t7

Sehingga tahun 1923. hanya terdapat empat buah sekolah Melayu di seluruh negeri Brunei iaitu di Bandar Brunei. Muara. Belait dan Thtong. dengan jumlah pelajar seramai 175 orang lelaki18 Dalam hal ini, seperkara lagi yang menjadi halangan utama dalam usaha memajukan persekolahan Melayu adalah keadaan turon naik yang amat kerap berlaku dalam jumlah kedatangan ke sekolah. Seumpamanya pada tahun 1922, jumlah pelajar di keempat buah sekolah Melayu di Brunei adalah seramai 193 orang lelaki manakala pada tahun 1923 jumlahnya telah merosot menjadi 175 orang pelajar lelaki. Malah sehingga tahun 1926 jumlah pelajar di kesemua lima buah sekolah Melayu di Brunei 19 hanyalah seramai 190 orang sahaja. Keadaan ini tidak banyak berubah dua tahun kemudian iaitu pada tahun 1920, apabila didapati jumlah pelajar lelaki di semua sekolah-sekolah Melayu di Brunei adalah cuma seramai 198 orang yang berumur antara 6 hingga 16 tahun'o

Sambutan yang kurang menggalakkan terhadap persekolahan Melayu ini dikatakan berlaku ekoran daripada peningkatan dalam harga getah di mana pelajar yang tercicir daripada sekolah didapati membantu ibu bapa mereka. 21 Bukan itu sahaja, Sekolah Rendah Melayu di Belait terpaksa ditutup pada tahun 1927 akibat daripada kedatangan ke sekolah yang agak menyedihkan. Selain daripada itu, didapati kedatangan ke sekolah juga

17 BAR. 1922, hlm. 12. C.O. 284/1. f. 147. 18 BAR. 1923. hlm. 13. C.O. 284/1. f. 165. 19 Lima sekolah itu adalah setiap sam di Bandar Brunei, Kuala Belait, Thtong, Temburong

dan Kilanas. Sekolab di Temburong dan Kilanas itu merupakan sekolah baru yang mula beroperasi pada tabun 1926. Sila lihat BAR. 1926. hlm. 19. C.O. 82411. f. 229.

20 BAR. 1928. hlm. 21. C.O. 824/1. f. 280. 21 Ibid. 22 BAR. 1927. hlm. 19. C.O. 284/1 . f . 255.

93

MAUlYSIA dari segi SEJARAH

biasanya menurun semasa musim menuai padi." Satu lagi hakikat yang membantut perkembangan pendidikan Melayu

pada tahap ini adalah sikap dan dasar kerajaan British sendiri. Sikap serta dasar pihak British terhadap persekolahan Melayu khususnya kurikulum sekolah-sekolah Melayu jelas melalui petikan berikut:23

The curriculum of these schools is based on thal of the vemacular schools in Malaya and all teaching is in the Malay language. Nothing is taughJ which will tend to drive Malays from their agricultural pursuits.

Bagi pihak British. persekolahan Melayu diadakan semata-mata untuk melatih sebilangan daripada orang Melayu bagi mengisi jawatan dalarn perkhidmatan kerajaan di peringkat bawahan sahaja (subordinate staff).24 Jumlah jawatan dalarn perkhidmatan awarn ini sememangnya arnat terhad memandangkan kepada hakikat bahawa' bukan sahaja perkI:!Jdmatan awarn Brunei pada masa ini tidak begitu besar malah kerajaan sendiri tidak dapat membiayai suatu perkhidmatan awam yang besa. oleh kerana masalah kewangan. Bagi British. pendidikan Melayu yang lengkap tidak perlu atas alasan berikut:"

The country (Brunei] is not yet ready for any elaborate educa­tional schemes (since lhere are pralically no offerings for a well educated Brunei in his native land and he is loath 10 leave il).

Namun dernikian keadaan mulai berubah menjelang lewat tahun 1920-an apabila kerajaan memulakan usaha membina beberapa buah sekolah Melayu. Malah sarnbutan daripada masyarakat Melayu sendiri adalah lebih memuaskan dan ini mungkin disebabkan oleh kejatuhan dalarn harga getah. Pada tahun 1929. sekolah Melayu yang baru dibina iaitu setiap satu di Labu dan Kuala Belait manakala tiga buah lagi dibina di wilayah Thtong. Di samping itu. sebuah sekolah Melayu sementara didirikan di Bandar Brunei bagi menarnpung jumlah pelajar Melayu yang kian bertambah. Jumlah pelajar sekolah-sekolah Melayu di seluruh Brunei pada tahun 1929 dikatakan serarnai 672 pelajar lelaki dan daripada jumlah ini seramai 455 orang adalah pelajar di Bandar Brunei. U Secara arnnya. menjelang tahun 1930. sudah terdapat sekolah-sekolah

23 BAR. 1928. him. 22. C.O. 284/1. f. 281. 24 BAR, 1911, him. 10, C.O. 284/1, f. 56. 25 BAR. 1923, him. 13, C.O. 824/1. f. 165. 26 BAR, 1929, him. 20. C.O. 82411, f. 303.

94

PENGENAVoN DAN PERKEMBANGAN SISTEM PENDlDlKAN VERNAKUIAR MEIAYU Dl BRUNEI, 1906-1959

Melayu di Bandar Brunei, Kilanas, Thtong, Lubok Pulau, Tanjung Maya, TUmpuan Ugas, Temburong, Labu dan Kuala Belait"

Menjelang tahun 1930-an pula, Brunei mula menyaksikan perkembangan yang agak pesat dalam pendidikan Melayu apabila lebih banyak sekolah rendah Melayu telah didirikan. Illi berlaku ekoran daripada suatu pellingkatan dalam pendapatan negara Brunei hasil daripda perkembangan dalam industri minyak." Pada tahun 1931 sahaja, bilangan sekolah-sekolah Melayu mengikut daerah dengan jumlah pelajar adalah seperti dalam jadual di bawah_

Jadual 1: BUangan Seklab..sekolab Melayu mengikut Daerab·Daerah dl Brunei daD Jumlab Pelajar bagl tabu. 1931.

Daerah Tempat Jumlab PelaJar

Bandar Brunei 263 orang

Brunei Kilanas 30 orang

Oadong 41 orang

Tutong 65 orang

Thtong Lubok Pulau 24 orang

Tanjong Maya 41 orang

Tumpuan Ugas 35 orang

Temburong Temburong 33 orang

Labu 31 orang

Belait Kuala Belait 35 orang

JUMLAH 598 orang

Sumber: BAR. 1931, him. 15. CO. 824/2. f. 47.

Setahun kemudian, iaitu pada tahun 1932, jumJah sekolah sudah menjadi 13 buah di seluruh Brunei dengan jumlah pelajar seramai 794 orang.29 TIga

27 BAR. 1930. him. 20, C.O. 82411. f. 15. 28 Bagi keterangan lanjut tentang keadaan kewangan Brunei, lihat Jatswan Singh, "Sejarah

Sosio·Ekonomi Brunei," hlm. 62, 182-183. 29 BAR, 1932, him. 16-17. CO. 82412. f. 91.

95

MALAYSIA dari segi SEJARAH

tahun kemudian, iaitu pada tahun 1935 jumlah sekolah-sekolah Melayu di Brunei adalah sebanyak 15 buah dan pada tahun itu juga kerajaan memulakan rancangan meluaskan lagi persekolahan Melayu ke kampung-kampung.30 Ini kerana sehingga tahun tersebut, kebanyakan sekolah Melayu adalah tertumpu di bandar-bandar utama sahaja Hasil daripada usaha meluaskan lagi pendidikan Melayu ini, maka setahun kemudian iaitu pada tahun 1936, jumlah sekolah Melayu di Brunei telah bertambah menjadi sebanyak 18 buah'l manakala pada tahun 1938 pula jumlah sekolah Melayu di Brunei adalah sebanyak 21 buah"

Pada masa yang sam a, walaupun persekolahan Melayu disediakan oleh kerajaan namun kehadirannya tidak diwajibkan oleh pihak kerajaan. Hanya pada tahun 1929, barulah kehadiran di sekolah diwajibkan apabila Enakmen Kehadiran di Sekolah, No.3 (School Attendence Enactment No.3) diluluskan. Melalui enakmen ini, Residen diberi " . .. . the power to declare, from lime to time, the parts of the state in which compulsory altendence could be enforced . .. "

Sehingga tahun 1932, enakmen ini hanya berkuatkuasa di Bandar Brunei sahaja dan hanya pada tahun 1933 ianya diperluaskan ke Kuala Belait lantas menjadikan kedatangan wajib ke sekolah berkuatkuasa di Bandar Brunei dan Kuala Belait. Perlaksanaan enakmen ini sememangnya telah menampakkan hasil yang positif apabila kedatangan ke sekolah mula menunjukkan suatu peningkatan. Daripada jumlah pelajar seramai 598 orang (bagi seluruh Brunei) pada tahun 1931, ianya meningkat menjadi 794 orang pada tahun 1932 dan 897 orang pada 1933." Bagi mengawasi perjalanan dan perlaksanaan sistem persekolahan Melayu, pada tahun 1926, seorang Nazir Sekolah-sekolah telahpun dilantik."

Usaha bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar terlatih juga diteruskan apabila pada tahun 1929, persediaan telahpun siap dibuat dengan Maktab Perguruan Sultan Jdris supaya menerima dua orang pelajar dari Brunei. Hasilnya, pada tahun 1930, ma1ctab tersebut menerima masuk dua orang pelajar dari Brunei bagi mengikuti latihan perguruan."

30 BAR. 1935, hlm. 15-16. C.O. 82412. r. 215-216. 31 BAR. 1936, hlm. 16, C.O. 82412. r. 256. 32 BAR. 1938, hlm. 33. C.O. 82412. r. 379. 33 BAR. 1929. him. 20. C.O. 28411 . r. 303. 34 BAR, 1933, hIm. 22. C.O. 82411. r. 134. 35 BAR, 1926, hlm. 19. C.O. 824/1. r. 229. 36 Kedua orang peJajar ini kembali ke Brunei pada 1933 setelah tamal pengajian mereka

dan .e1ab memu1akan tugas pada tabun yang sarna. liba. BAR, 1933, hlm. 22. C.O. 8241 2, r. 134.

96

PENGENAv.N DAN PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN VERNAKUUR MEUYU DI BRUNEI. 1906-1959

Sungguhpun pendidikan bagi perempuan tidale mendapat sambutan namun menjelang awal 1930-an, lahir usaha gigih bagi memulakannya apabila pada lulai 1931, sekolah perempuan Melayu yang pertama ditubuhkan di Bandar Brunei. Namun demikian, beberapa bulan kemudian sekolah ini terpaksa ditutup bukan kerana kurang atau tiadanya kehadiran, tetapi oleh kerana pengetuanya (seorang wanita) meninggalkan Brunei. Kerajaan pula memberi janji untuk membuka semula sekolah itu sebaik sahaja seorang pengganti yang sesuai dapat diperolehi." Sekolah ini dibuka semula pada rabun 1932 dengan pelajar perempuan Melayu seramai 13 orang dan diletakkan eli bawah pengawasan seorang guru wanita berbangsa Melayu" Walau bagaimanapun, sekolah ini sekali lagi ditutup pada Ogos 1934 alas a1asan bahawa kemasukan pelajar baru tidak memuaskan. lni kerana daripada seramai 13 orang pelajar perempuan pada tahun 1932, ianya hanya bertambah menjadi 14 orang sahaja setahun kemudian'9 Menurut suatu sumber kerajaan, pendidikan bagi wanita Melayu kurang mendapat sambutan kerana:40

Apan from Government servants. few Malays like tire idea of tlreir girls aItending school. It is hoped. however, thot slow progress will be made against the wall of conservatism. It must be remem­bered that 'purdah' hos a milch stronger hold in Brunei thon in the Federated Malay States.

Dalam pada itu, walaupun sekolah Melayu bagi pelajar perempuan gagal eli Bandar Brunei tetapi di Kuala Belait pula menjelang tahun 1936, terdapat seramai 10 orang pelajar perempuan yang menghadiri Sekolah Melayu Kuala Belait bersama-sama pelajar lelaki,4! Setahun kemudian, iaitu pada 1937, jumlah pelajar perempuan eli Sekolah Melayu Kuala Belait itu berlipat ganda menjadi 4242 orang manakala jumlahnya pada tahun 1938 adalah seramai 48 orang pelajar perempuan.43

Usaha memajukan pendidikan bagi wanita Melayu di Bandar Brunei diteruskan dan menampakkan hasil apabila pada tahun 1938, sebuah kelas bagi pelajar perempuan dimulakan di Sekolah Melayu Jalan Sultan, Bandar Brunei. Kelas ini dihadiri oleh seramai 74 orang pelajar perempuan Melayu

37 BAR. 1931 . him. 15. C.O. 82412. f. 47. 38 BAR. 1932. hIm. 17. C.O. 82412. f. 91. 39 BAR. 1933. him. 23. C.O. 824/2. f. 134. 40 Ibid. 41 BAR. 1936. him. 16. C.O. 82412. f. 256. 42 BAR. 1937. him. 31. C.O. 82412. f.314. 43 BAR. 1938. hIm. 34. C.O. 82412. f. 380.

97

MALAYSIA dari segi SEJARAH

dan salah seorang pelajarnya termasuk anakanda baginda Sultan sendiri." SUkatan pelajaran sekolah-sekolah Melayu ini dikatakan agak sama

seperti apa yang terdapat di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Antara mata pelajaran yang diajar adalah menulis dan membaca dalam tulisan RUrni dan Arab, Ilmu Hisab, Geografi, Sejarah, Kesihatan, Lukisan, Pendidikan Jasmani, menganyam serta berkebun." Seperkara mengenai sukatan pelajaran sistem persekolahan Melayu di Brunei pada tahap ini adalah bahawa perhatian yang khusus diberikan terhadap mata pelajaran pertanian di sekolah-sekolah Melayu. Ini bukanlah suatu perkara yang luar biasa kerana di Tanah Melayu sendiri,46 hasrat pihak British memberi pendidikan kepada kaum Melayu adalah bagi melahirkan para petani dan nelayan yang lebih baik. Bagi British, apa yang ingin dicapai melalui sistem pendidikan Melayu di Brunei jelas terbayang melalui kenyataan berikur"

As the seeds of propaganda flourish best a11UJngst the young, special attention was paid to school gardens as a means of in· cluding ideas of an orderly system of agriculture.

Dalam hal ini, daripada sejumlah 18 buah sekolah Melayu pada tahun 1936, 16 buah sekolah dilengkapi dengan kebun bagi bercucuk tanam." Jelaslah bahawa sistem pendidikan Melayu ini digunakan oleh pihak British sebagai suatu sal\lfan bagi melahirkan para petani yang lebih baik daripada kaJangan rakyat peribumi.

Walaupun pendidikan Melayu menghadapi banyak rintangan daJam usaha memajukannya pada peringkat awal, namun menjelang lewat 1930-an, boleh dikatakan bahawa ianya telahpun maju ke suatu tahap yang agak memuaskan. Sehingga sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua, terdapat sebanyak 21 buah sekolah Melayu di seluruh Brunei dengan pelajar seramai 1810 orang. Daripada jumlah ini, pelajar perempuan pula adalah seramai 189 orang" atau 10% daripada keseluruhan pelajar sekolah Melayu di Brunei. Seperkara lagi, berbeza dengan sistem pendidikan Inggeris dan Cina yang dibiayai oleh sumber kewangan persendirian, persekolahan Melayu pula dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dengan bantuan buku teks percuma.

44 Ibid .• him. 35. 45 BAR. 1936. him. 16, C.O. 82412. f. 256. 46 Lihat Philip Lob Fook Seng, The Seeds of Separatism: Educational Policy in Malaya,

1874·1940, Kuala Lumpur: Oxford University Press. 1974. 47 BAR, 1938, him. 23, C.O. 82412, f. 374. 48 BAR, 1936, him. 16, C.O. 82412, f. 256. 49 Ibid.

98

PENGENAlAN DAN PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN VERNAKUUR MEUrU DI BRUNEI. 1906-1959

ii. TAHAP KEDUA: 1946·1959

Dengan perkembangan pesat dalam industri minyak pada tahap ini. Brunei tidak lagi menghadapi masalah kekurangan wang yang serius. Malah perbendaharaan negara ini menjadi amat stabil dan ini banyak membantu ke arah perkembangan sistem pendidikan moden khususnya pendidikan Melayu.

Penyerangan dan seterusnya pendudukan Jepun di Brunei selama lebih kurang tiga setengah tabun (1942-1945) telah mengakibatkan perkembangan sistem pendidikan terbantut. Apabila pendudukan Jepun tamat pada tabun 1945. didapati keadaan sekolah-sekolah Melayu adalah amat teruk kerana dibom ataupun ditinggalkan begitu sahaja_'O Ekoran daripada itu, maka pada tabun 1946, kerajaan memulakan satu rancangan pembangunan lima tabun bagi memperbaiki dan membina sekolah-sekolah baru serta mengatasi masalah keknrangan bukn-bukn teks di seluruh negeri . Dalam hal ini, perhatian yang khusus telah diberikan kepada pendidikan Melayu 'di mana daripaQa sejumlah $20,280 yang diperuntukan oleh kerajaan bagi bidang pendidikan bagi tabun 1946, sebanyak $20,104 dibelanjakan bagi pendidikan Melayu." Walaupun sekolah Melayu yang baru tidak dibina, namun apa yang dilaknkan adalah memperbaiki keadaan sekolah-sekolah yang sedia ada. Jumlah pelajar Melayu yang menghadiri sekolah pada tahun itu adalah seramai 1.532 orang dan dati jumlah ini pelajar perempuan adalah seramai 249 orang. Jumlah keseluruhan pelajar Melayu pada tahun 1946 menampakkan suatu penuruilan seramai 278 berbanding dengan jumlah pelajar Melayu sebelum perang iaitu seramai 1810 orang." lni kerana semasa pendudukan Jepun, ramai penduduk telah melarikan diri ke kawasan pedalaman dan sehingga tabun 1946 masih ada sebilangan yang belum lagi kembali ke petempatan asal mereka. Seperkara lagi, pada tahun 1946, kerajaan tidak dapat mengadakan sekolah berasingan bagi pelajar lelaki dan perempuan oleh kerana masalah kekurangan bangunan yang sesuai.53

Walau bagaimanapun, setabun kemudian iaitu pada tabun 1947, sebanyak 24 buah sekolah Melayu telahpun beroperasi di seluruh Brunei dan diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Pelajaran" Daripada jumlah 24 buah sekolah ini termasuk dua buah sekolah Melayu yang baru dibina iaitu di Labi (WiJayah Belait) dan di Labu (WiJayah Temburong). Jumlah pelajar Melayu di seluruh 50 BAR. 1946. him. 34-36. Misc. 9. Arkib Negara Malaysia (A.N.M.). 51 Ibid. 52 Ibid. 53 Ibid. 54 Tidak dapat dipastikan hila jabatan ini ditubuhkan tetapi apa yang jelas ialah ianya mulai

disebut dalam laporan dan surat menyurat rasmi kerajaan sejak tabun 1947.

99

MAUlrSIA dari segi SEJARAH

negeri Brunei pada tahun 1947 adalah serarnai 1892." Setahun kemudian iaitu pada tahun 1948, walaupun jumlah sekolah Melayu masih 24 bUah narnun jumlah pelajar Melayu meningkat menjadi serarnai 2029 orang dengan serarnai 376 pelajar perempuan." Pacta masa yang sarna, peruntukan kewangan bagi bidang pendidikan Melayu turut bertambah menjadi sebanyak $108,330."

Pada tahun 1948 juga, kerajaan membentuk suatu jawatankuasa kecil bagi mengkaji sistem pendidikan di Brunei. Menurut laporan ini, sebanyak 48% sahaja kanak-kanak berumur antara 6-14 tahun yang menghadiri sekolah dan juga didapati bahawa sebahagian besar daripada pelajar perempuan tidak menjangkaui DaIjah 4. Selain daripada itu, laporan ini juga mendedahkan bahawa hanya 15 buah daripada sejumlah 32 buah sekolah Melayu yang menawarkan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di peringkat Darjah 4, 5 dan 6."

Tahun 1950-an merupakan suatu lagi era baru dalarn perkembangan sistem pendidikan moden di Brunei khususnya pendidikan Melayu kerana pada tahun 1954, Rancangan Kemajuan Pelajaran diperkenalkan." Melalui rancangan selarna 5-6 tahun ini, berbagai-bagai langkah diadakan bagi memajukan serta mempertingkatkan mutu sistem pendidikan di Brunei 'o

Hasilnya menjelang tahun 1956, dianggarkan di antara 80-90% daripada kanak-kanak dalarn usia persekolahan telahpun mula menghadiri sekolah" Di sarnping itu, pada Januari 1956 juga, maktab perguruan yang pertarna dibuka iaitu Maktab Perguruan Melayu Brunei di Berakas di mana seramai 21 orang guru pelatih telah diarnbil menghadirinya. lni bertujuan untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar terlatih di sekolah-sekolah Melayu yang !dan berkembang pada masa itu'2

Seterusnya, menjelang tahun 1959 telahpun terdapat sebanyak 52 buah sekolah rendah Melayu di seluruh Brunei dengan jumlah pelajar seramai 7124 orang iaitu seramai 4570 pelajar lelaki dan 2554 pelajar perempuan'3 Jumlah sekolah rendah Melayu mengikut daerah-daerah di Brunei adalah seperti berikut:

55 BAR, 1947, him. 19-20, Misc . 9. A.N.M. 56 BAR. 1948. him. 14-15. Misc. 9. A.N.M. 57 Ibid., him. 20. 58 Ibid, him. 38-40. 59 BAR, 1954, Kucbing: Government Printers. 1955. him. 63. 60 Ibid. 61 BAR, 1956. Kuching: Government Printers. 1957. hlm. iii. 62 [bid .. him. 63 . 63 BAR, 1959. Kuala Belait: Goverment Printers, 1960, him. 59-61.

100

PENGENAUN DAN PERKEMBANGAN SISTEM PENDlDlKAN VERNAKUUR MEUrU DI BRUNEI, /906-1959

Jadual 2: Bilangan Sekolab Rendah Melayu Mengilrut Daerab-Daerah di Brunei Pada Tabun 1959

Daerah Bilaogan Sekolab Melayu

Brunei 20 buah sekolah

Tutong J3 buah sekolah

Temburong 10 buah sekolah

Belail 9 buab sekolah

JUMLAH 52 buah sekolah

Sumber: BAR. 1959. Kuala Belait: Goverrunent Printers. 1960. hIm. 59-61.

Selepas memperolehi pendidikan di sekolah rendah Melayu, para pelajar Melayu terpaksa memasuki sekolah menengah beraliran Inggeris untuk melanjutkan pendidikan menengah mereka. Para pelajar Melayu yang telah tarnat pendidikan Darjah 4 dengan keputusan yang memuaskan, dibenarkan melanjutkan pendidikan mereka ke Kelas Peralihan 1 (Transfer Class 1) di sekolah menengah bantu an kerajaan atau kepunyaan pihak swasta seperu Persatuan Mubaligh Kristian." Dalam hal ini, hanya pacta tahun 1951 sahaja dimulakan usaha oleh pihak kerajaan bagi menubuhkan sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Inggeris Bandar Brunei (pada tahun 1956 ia ditukar narnanya menjar1i Kolej Sultan Omar Ali Saifuddin). Pada 1952, walaupun terdapat sebanyak enam buah sekolah menengah Inggeris di Brunei namun hanya dua daripactanya iaitu di Selia (yang dibuka pacta tahun 1952) dan Bandar Brunei sahaja merupakan sekolah bantuan kerajaan sedangkan empat buah sekolah lain pula dibiayai oleh persatuan mubaligh Kristian. Dalam pacta itu, Brunei mendapat sekolah menengah perempuan yang pertama iaitu Sekolah TInggi Perempuan Raja Isteli di Bandar Brunei pacta tahun 1958" dengan pelajar perempuan seramai 506 orang."

64 Jatswan Singh. "Sejarab Sosio-Ekonomi Brunei", him. 140. 65 BAR, 1958, Kuehing: Government Printers, 1959, b1m. 68. 66 "300 E;\tra Girls Bring Accommodation Problem", The Borneo Bulletin, 17 Januari 1959,

b1m. 9.

101

MALAYSIA dari segi SEJARAH

Menjelang tahun 1959. terdapat serarnai 125 palajar Melayu yang menuntut di peringkat sekolah menengah di Bandar Brunei" manakala 47 orang pelajar Melayu yang lain pula menuntut di institusi pengajian tinggi di Britain (daripada jumlah 47 orang ini. serarnai empat orang menuntut di Mesir)."

Pendekata. walaupun telah wujud sistem pendidikan Melayu yang agak lengkap di Brunei menjelang tahun 1959. narnun perkembangannya pada tahap awal telah melalui beberapa rintangan seperti masalah kewangan yang dihadapi oleh kerajaan sehingga tahun 1930. Boleh dikatakan bahawa perkembangan pendidikan Melayu di~ei arnat berkait rapat dengan keadaan ekonomi negara tersebut yang sememangnya adalah agak tidak stabil. Apabila keadaan ekonomi mulai bertarnbah baik. bukan sahaj a berl aku suatu peningkatan dalarn pendapatan negara malah ianya telah dapat digunakan bagi meluaskan pendidikan Melayu. Thhun-tahun selepas Perang Dunia Kedua menyaksikan perkembangan pesat dalarn ekonominya. Sumber kekayaan yang barn iaitu minyak telah membolehkan kerajaan membelanjakan lebih banyak wang ke arah meluaskan serta melengkapkan pendidikan Melayu di Brunei.

67 "Brunei's Scbool Population Trebled", The Borneo Bulletin, 14 Mac 1959. b1m. 2. 68 BAR, 1959, Kuala Belait Government Printers, 1960, b1m. 74-75.

102