56

Pengenalan Kepada Psk

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PSK NOTA

Citation preview

  • PSK merupakan mata pelajaran yang memainkan peranan penting dalam kurikulum kebangsaan sekolah menengah bagi melahirkan murid yang patrioritik dan bertanggungjawab sebagai warganegara Malaysia.Sivik: merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di sekelilingnyaKewarganegaraan: hubungan individu dengan negaranyaPeranan guru: membantu murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik supaya menjadi warganegara yang bertanggungjawab.

  • TAHUNTAHUN/TINGKATAN1972-1982Darjah 4 hingga Tingkatan 5 secara berperingkat-peringkat sebagai satu mata pelajaran1972Darjah 41973Darjah 51974Darjah 61975Tingkatan 11976Tingkatan 21977Tingkatan 31978Tingkatan 41979Tingkatan 51983PSK bukan mata pelajaran khusus2005PSK diperkenalkan semula secara berperingkat-peringkat sebagai satu mata pelajaran

  • Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) diperkenalkan dalam sistem persekolahan di Malaysia secara berperingkat-peringkat-Tahun 4 hingga Tahun 6-Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5untuk semua murid mulai tahun 2005.

  • Mata pelajaran Sivik bukanlah satu mata pelajaran baru kerana mata pelajaran ini pernah diajar secara formal sebelum pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) mulai tahun 1982 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1988

  • Pendidikan sivik tidak diajar secara formal sebagai satu mata pelajaran dalam bilik darjah sejak pelaksanaan KBSR dan KBSM kerana, menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia,1979 (dikenali sebagai Laporan Kabinet 1979), pengajaran dan pembelajaran sivik didapati tidak dijalankan dengan memuaskan.

  • Kebanyakan guru dan murid menganggap sivik tidak penting kerana mata pelajaran ini bukan mata pelajaran dalam peperiksaan awam.

    Mata pelajaran ini juga dipandang "sungguh ringan sekali dan diajar dengan sambillewa sahaja" oleh sesetengah sekolah

  • Guru tidak tahu kaedah mengajar mata pelajaran sivik dan bersikap negatif terhadap mata pelajaran ini. Implikasi: murid tidak tertarik kepada subjek ini.

    Laporan Kabinet 1979 mengakui pada hakikatnya sivik merupakan satu mata pelajaran yang penting untuk melahirkan "generasi akan datang yang bertanggungjawab dan berguna kepada negara"

  • Laporan Kabinet 1979 mengesyorkan unsur-unsur sivik diserapkan dalam:Subjek kemanusiaanBahasasastera, Kegiatan ko-kurikulum dan amalan sehari-hari di sekolah.

  • Di Malaysia, isu-isu perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan warga Malaysia, khususnya di kalangan generasi muda telah menjadi isu yang sering diperkatakan dan dibincangkan oleh para pemimpin negara, para pendidik, orang ramai dan media massa.

  • Mulai tahun 2005, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengenalkan semula mata pelajaran Pendidikan Sivik (PS) dengan nama baru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK).

  • Mata pelajaran ini diajar dua kali seminggu dalam kelas Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu sekolah menengah;

    Dijadikan mata pelajaran

    teras untuk semua murid; dan mata pelajaran ini akan terus diajar sehingga Tingkatan Lima.

  • Memberi kesedaran kepada murid mengenai peranan, hak dan tanggungjawab mereka kepada masyarakat dan negara melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patrioritik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.

  • Tiga objektif utama PSK adalah: 1) Pengetahuan Maklumat dan idea asas yang murid harus tahu serta menggunakannya supaya menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan berkesan2) Kemahiran Kemahiran intelektual dan partisipatori3) Nilai Nilai murni untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia dan warganegara yang bertanggungjawab

  • Pengetahuan termasuk:a.Perkembangan dirib.Hubungan dengan keluarga, komuniti sekoIah, dan masyarakat.c.Cabaran masa depan di peringkat nasional dan global.

    kemahiran merujuk kepada: Kemahiran murid melibatkan diri dalam aktiviti di dalam dan di Iuar bilik darjah b.Sebagai warganegara seperti kemahiran-kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, meningkatkan kesedaran sivikc.Memberi sumbangan kepada pembangunan keluarga dan masyarakat.

  • Nilai pula merujuk kepada:

    1) Toleransi2) Menghormati hak orang lain3) Adil4) Saksama 5) Integriti6) Patriotisme

  • TEMASEKOLAH RENDAH1Sayangi Diri2Sayangi Keluarga3Hidup Bersama dalam Keluarga dan Masyarakat4Kenali Budaya Malaysia5Malaysia Negaraku6Sedia Hadapi Cabaran

  • TEMASEKOLAH MENENGAH1Pencapaian Kendiri2Hubungan Kekeluargaan3Hidup Bermasyarakat4Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia5Malaysia Negara Berdaulat6Cabaran Masa Depan

  • Walaupun semua tema tersebut diajar setiap tahun tetapi topik-topik berbeza mengikut tahun atau tingkatan diajar dari setiap tema.

    Komponen yang penting dalam PSK ialaha. projek kewarganegaraan di sekolah rendah b.projek khidmat masyarakat di sekolah menengah.

  • Khidmat masyarakat ialah kerja amali yang dijalankan di luar jadual waktu persekolahanMenjalankan kerja amali di luar waktu persekolahan sekurang-kurangnya 10 jam setahun (ditetapkan bagi melaksanakan kedua-dua projek berkenaan)

  • Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah.

    Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

    Menjadi warganegara yang patrioritik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

  • TingkatanTemaCadangan Khidmat Masyarakat3Warisan Kepelbagaian Budaya Persembahan kebudayaan pelbagai kaumProjek jual makanan pelbagai kaumPameran pelbagai budaya MalaysiaCadangan pemuliharaan bangunan/artifak bersejarahKajian seni bina bangunan bersejarahProjek stesen radio sekolah

  • Mengenal pasti dan memilih tajukMenentukan objektif, jenis aktiviti, tempoh masa melaksanakan projekMengenal pasti sumber dan pihak terlibatMenyenarai dan membahagikan tugasMenentukan cara mengumpul maklumatMenentukan cara merekod projek

  • Melaksanakan projekMerekod/mencatatkan tugas yang dijalankanMengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas

  • Menilai kerja yang telah dijalankanMenyusun dan menyemak dokumen dan catatanMenulis jurnal refleksi peribadi

  • Menentukan cara menyediakan laporanMenulis laporan individu atau kumpulanMembentangkan laporan

  • TemaNama ProjekTarikh/Tempoh Perlaksanaan ProjekAhli Kumpulan ProjekGuru PenasihatObjektif Projek P K NPelaksanaan Projek (Perancangan, Kerja Amali & Refleksi)Cadangan/komenPenghargaan

  • Menunjukkan penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan projek

  • pendekatan yang digunakan dalam pengajaran PSK boleh dikategorikankepada tiga: 1) Pasif-kognitif berasaskan kelas; 2) Pasif-kognitif berasaskan sekolah;3) Penyertaan-aktif berasaskan kelas dan sekolah.

  • Pendekatan pasif-kognitif berasaskan kelas dan sekolah lebih berfokus kepada strategi-strategi yang berpusatkan-guru di mana murid adalah pasif dan hanya menerima pengetahuan yang telah diajar guru. pendekatan penyertaan-aktif berasaskan kelas dan sekolah Iebih berfokuskan kepada strategi-strategi yang berpusatkan murid di mana murid akan melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran.

  • Memberi pelajar peluang mengalami dan melibatkan diri dalam proses mendapatkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta nilai sivik dan kewarganegaraan. Murid secara aktif dan interaktif memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya, berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sarna lain dalarn memberi dan berkongsi pendapat dan idea untuk memahami dan mengkaji peranan mereka sebagai warganegara Malaysia yang patriotrik dan bertanggungjawab.

  • Lima strategi pengajaran dan pembelajaran secara aktif daninteraktif ialah: 1) Pembelajaran aktif; 2) Pembelajaran koperatif; 3) Pembelajaran penyelesaian masalah; 4) Pembelajaran mesra budaya; 5) Pembelajaran berkhidmat.

  • Membolehkan murid memahami peranan dan tanggungjawab mereka sebagai seorang anggota yang bertanggungjawab dalam pelbagai kump sosial (keluarga, rakan, komunit tempatan, agama, negara, global).Ini kerana pembelajaran aktif melibatkan penyertaan mris dalam proses pembelajaran hands-on dan minds-on yang tidak pasif dan mendatar.Melalui pembelajaran aktif dan interaktif, murid diberi peluang untuk mengembangkan aspek-aspek kemahiran dan nilai, mengaplikasikan pengetahuan sivik dan kewarganegaraan dalam kehidupan seharian mereka.

  • Untuk pengaplikasian: guru PSK: menjalankan aktiviti pembelajaran yang mencabar, menarik dan relevan.Hasil: murid mempelajari sesuatu yang bermakna kerana diberi peluang untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan dalam sesuatu aktiviti pembelajaran.Meruj kepada sukatan pelajaran PSK sek rendah dan menengah, beberapa aktiviti pembelajaran aktif yg boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran PSK: 1. Perbincangan atau kerja kump kecil. Eg: sumbang saran, simulasi, debat, forum.

  • 2. Aktiv pembelajaran koperatif berkump. Eg: berfikir secara berpasangan atau berkongsi, permainan, jigsaw3. Aktiviti pembelajaran siber. Eg: mencari maklumat melalui internet, membina laman web, bertukar pendapat melalui email dengan murid dari sekolah lain atau luar negeri.4. Demonstrasi lakonan oleh guru atau murid. Eg: penampilan diri dalam menjaga maruah diri, cara yang baik dan efektif menolak pelawaan rakan untuk melakukan perkara negatif seperti merokok, lumba haram dll.

  • 5. Projek yang dicadangkan oleh murid sendiri. Eg: mengadakan pertunjukan pakaian tradisional, pertandingan bercerita dll.

    6. Pembelajaran refleksi kendiri. Eg: menyimpan jurnal dan diari mengenai cita-cita diri, pandangan serta perasaan mengenai peristiwa lalu yang berkait hubungan murid dengan rakan-rakan atau anggota keluarganya.

  • Melalui proses pembelajaran secara berkumpulan. Tuj: supaya pelajar dapat memahami kepentingan saling membantu untuk mencapai kejayaan kumpulan.Menurut Print (2005), proses pembelajaran ini sangat bersesuaian dalam mempelajari isu-isu yang berhubungan dengan kewarganegaraan dalam sistem demokrasi.Menurut Johnson dan Holubec (1999), pembelajaran koperatif mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakannya daripada aktiviti pembelajaran tradisional di mana murid berkumpul untuk mengadakan sesuat aktiviti.

  • PBSKPBTSaling bergantung positifTiada saling bergantung positifAkauntabiliti individuTiada akauntabiliti individuKumpulan yang heterogeneousKumpulan yang homogeneousBersama-sama memimpinSeorang pemimpin sahaja yang dilantikBersama-sama bertanggungjawabBertanggungjawab terhadap diri sahajaPenekanan kepada tugas dan prosesPenekanan kepada tugasKemahiran sosial diajar secara langsungKemahiran sosial diajar secara implisit dan kadangkala diketepikan Guru memerhati dan membimbingGuru tidak mementingkan fungsi kumpulanKumpulan menilai keberkesanan kendiriTidak ada proses berkumpulan

  • Dengan mengaplikasikan ciri-ciri PBSK dalam kelas PSK, pencapaian matlamat PSK untuk melahirkan warganegara bersatu padu, wujud hubungan erat antara anggota masyarakat berbilang kaum mungkin tercapai. Eg: ketika guru berinteraksi dengan pelajar yang berasal daripada pelbagai latar belakang, pelajar akan lebih peka terhadap perasaan dan pandangan ahli kumpulan (bangsa atau agama) lain.Ini seterusnya akan mewujudkan persefahaman dan perasaan saling menghormati antara satu sama lain dan dengan sendirinya konflik yang dialami oleh kumpulan-kumpulan akan dapat dapat ditangani dengan cara semua pihak bekerjasama dan bertanggungjawab untuk memastikan

  • kejayaan kumpulan dalam mencapai sesuatu matlamat (Jocobs, Gan & Ball, 1998).Terdapat pelbagai aktiviti pembelajaran koperatif yang boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran PSK. Antaranya ialah:Berfikir secara berpasangan/berkongsi (sekumpulan murid berfikir secara berkongsi mengenai kekuatan diri/cara membantu anggota keluarga di rumah).PermainanMemainkan peranan/simulasi seperti masing-masing memainkan peranan di hari mengundiPerbahasan: mini ParlimenProjek: kitar semula

  • Murid bakal menjadi pemimpin di masa depan, justeru, dalam era globalisasi, perubahan dan kompleksiti sentiasa berlaku di dalam komuniti tempatan, negara dan global. Implikasinya, murid turut menghadapi pelbagai cabaran dan terpaksa menyelesaikan masalah peribadi dan sosial mereka.Ini bermakna, perkembangan kewarganegaraan dan sivik yang menjadi tunjang pembangunan negara dan kesejahteraan masyarakat menmerlukan setiap murid memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang baik untuk menangani pelagai cabaran dan masalah yang melanda. Ini bermakna, untuk membimbing murid dengan menggunakan pendekatan penyelesaian masalah, guru PSK

  • harus memahami setiap masalah yang hendak diselesaikan seharusnya relevan dengan murid itu sendiri dan juga persekitarannya. Tuj: agar setiap masalah yang diselesaikan dan sebarang keputusan yang diambil akan menjadi lebih bermakna selain dapat diaplikasikan dalam kehidupan murid selaku warganegara Malaysia dan global.Pendekatan penyelesaian masalah dalam PSK melibatkan murid untuk mencari jawapan sesuatu persoalan (mengenai peranan dan tanggungjawab diri dalam perkembangan sivik dan kewarganegaraan) melalui proses inkuiri yang sistematik iaitu:

  • Mengenal pasti dan menghuraikan sesuatu masalahMenentukan pelbagai alternatif dan juga kekangan masalah dari aspek fakta, pandangan dan perasaan watak yang terlibatMemilih strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah seperti menggunakan pendekatan sebab dan akibat, pendekatan konflik dan penyelesaianMenguji keputusan tentatif yang dipilih dengan mengumpul dan menilai maklumat yang berkaitan dengan masalahMembuat keputusan muktamad/mengubahsuai langkah serta srategi yang diambil jika perlu (Glaslow 1997, Kellough 2000, Laughlin & Hartoonian 1995)

  • Aplikasi pendekatan pembelajaran penyelesaian masalah secara aktif dalam PSK adalah asas yang efektif bg murid untuk memahami dan menangani perubahan yang berlaku dalam kehidupan dan persekitaran mereka (rasa tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia).Terdapat pelbagai aktiviti pembelajaran penyelesaian masalah yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran PSK: Perbincangan berkumpulanPeranan yang dimainkan dalam pejabat, debat, penyoalan, panel juri, rundingan meja bulat, peta minda dan penyusunan grafik

  • Kepelbagaian bahasa, etnik, agama, budaya, fizikal, gender, bakat dan kebolehan adalah realiti masyarakat Malaysia.Kepelbagaian ini juga menjadi cabaran dan kekuatan setiap warga untuk hidup bersama dan bersatu ke arah kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Namun begitu, kepelbagaian ini, tidak menghalang setiap warganegara untuk mempunyai hak sebagai warganegara Malaysia.Persamaan hak sebagai warganegara Malaysia adalah antara identiti utama warganegara Malaysia.

  • Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran PSK bagaimana guru hendak mewujudkan kefahaman dan apresiasi kepelbagaian tersebut di kalangan murid sebagai anggota masyarakat Malaysia dan dalam masa yang sama mereka menyumbang kepada pengembangan identiti warganegara Malaysia yang unik.Berasaskan kepada kepentingan memahami dan mengapresiasi kepelbagaian dalam masyarakat dan mewujudkan identiti warganegara Malaysia yang unik, pembelajaran mesra budaya perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran PSK.

  • Tujuan pembelajaran: Untuk memberi peluang kepada setiap murid untuk berinteraksi dan memahami pandangan serta perasaan murid lain daripada pelbagai budaya.Melalui proses pembelajaran sebegini, murid akan lebih menghormati kepelbagaian budaya serta mengikis tangggapan negatif/prasangka terhadap budaya/etnik lainPengalaman pembelajaran mesra budaya akan mengembangkan nilai sivik masyarakat harmonis dan aman di peringkat nasional dan global.Antara nilai sivik yang diperlukan oleh masyarakat pelbagai kaum: hormat-menghormati, toleransi, kasih sayang terhadap alam sekitar, patuh pada undang-undang, patrioritik. Jadi guru berperanan penting mewujudkan suasana pembelajaran

  • Yang menggalakkan interaksi dan integrasi di kalangan murid (di dalam dan di luar bilik darjah)Dalam konteks sukatan pelajaran PSK bagi KBSM dan KBSR, antara aktiviti pembelajaran mesra budaya yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran PSK ialah: 1) Projek yang dicadangkan oleh murid seperti menyediakan bahan Kenali Malaysia, kempen-kempen kesedaran sivik di peringkat sekolah, 2) Sesi dialog (dengan pentadbir sekolah untuk membina sekolah penyayang, dengan pihak polis mengenai masalah sosial di kalangan pelajar sekolah dan cara mengatasinya), 3) Menonton filem/video sejarah sekolah/cara memasak makanan tradisional pelbagai kaum.

  • Pembelajaran berkhidmat atau perkhidmatan komuniti di luar bilik darjah merupakan elemen utama dalam pendekatan penyertaan murid secara aktif dan interaktif . Melalui pembelajaran berkhidmat, murid dapat melaksanakan tugas kepemimpinan selain melaksanakan tanggungjawab ketika menjalankan perkhidmatan sivik kepada masyarakat.Mereka juga akan mengembangkan amalan nilai-nilai sivik serta kemahiran sosial dan kewarganegaraan dalam masyarakat.

  • Pembelajaran berkhidmat memerlukan sokongan dan penglibatan ibu bapa serta komuniti tempatan. Justeru, guru PSK atau pihak sekolah perlu mengadakan rakan kongsi/kerjasama dengan agensi-agensi komuniti tempatan untuk memudahkan murid berhubung dengan agensi-agensi tersebut dan juga membincangkan perkhidmatan komuniti yang boleh ditawarkan.Aktiviti berkhidmat yang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran PSK boleh dikategorikan kepada: Berkhidmat secara langsungBerkhidmat secara tidak langsungTindakan advocacy atau affirmative

  • Berkhidmat secara langsung: berkhidmat kepada sesiapa yang memerlukan seperti membantu pekerja sekolah membersihkan taman sekolah atau menghiburkan penghuni rumah orang tua.Berkhidmat secara tidak langsung: berkhidmat kepada sesebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam perkhidmatan (eg: mengutip derma mangsa bencana alam & serahkan kepada mana-mana akhbar tempatan untuk menguruskan kutipan tersebut).Tindakan advocacy atau affirmative: tindakan yang mengemukakan cadangan kepada pihak-pihak tertentu (cadangan kepada pihak sekolah bagaimana membina sekolah penyayang dll) atau kempen masalah sosial

  • Jika para pendidik menggunakan pendekatan tradisional (guru bercakap dan murid mendengar), matlamat baru PSK tidak akan tercapai.Justeru, guru harus melibatkan penyertaan murid supaya menjadi warganegara Malaysia yang bertanggungjawab.Melalui pembelajaran aktif dan interaktif dalam pembelajaran, murid boleh memahami dan mengaitkan pengetahuan, kemahiran, nilai sivik dan kewarganegaraan dalam kehidupan mereka menjadikan wawasan negara suatu realiti.

  • Untuk menjayakan pembelajaran secara aktif dan interaktif memerlukan guru PSK memahami matlamat dan kandungan PSK itu sendiri.Selain itu, kelemahan-kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran sivik yang terdapat dalam Laporan Kabinet 1979 perlu diatasi segera supaya murid-murid akan terus berminat dalam mata pelajaran PSK.Kejayaan dalam melaksanakan PSK memerlukan kolaborasi dan komitmen sekolah, komuniti dan masyarakat bagi melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu, patrioritik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.

  • PSK satu mata pelajaran yang membosankan tetapi jadikan ia sebagai tanggungjawabPSK satu mata pelajaran yang menyukarkan tetapi jadikan ia sebagai satu cabaranPSK satu mata pelajaran yang membosankan tetapi jadikan ia sebagai satu yang menyeronokkanPSK satu mata pelajaran yang terpinggir dan tidak glamour tetapi jadikan ia sebagai ibu segala mata pelajaranPSK sebagai mata pelajaran khayalan tetapi jadikan ia sebagai satu kenyataan

    ********************************************************