2
PENGENALAN KONSEP 5P Dasar Pendidikan Kebangsaan termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu kini Bahasa Malaysia ialah sebagai mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat di Malaysia. Berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat.Berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanahair yang dikongsi bersama dengan satu wawasan. Mempunyai potensi untuk dimartabatkan dan diperluas ke peringkat antarabangsa khususnya menerusi teknologi maklumat dan komunikasi. Ia bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Menyediakan murid dalam menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa yang betul dan tepat.Murid juga mampu mengungkap bidang ilmu daipada pelbagai disiplin atau mata pelajaran disamping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Penekanan juga diberikan kepada nilai-nilai murni, semangat patriotik dan strategi pengajaran dan pembelajaran itu perlu berlandaskan kepada penyepaduan konsep 5P iaitu penggabungjalinan, penyerapan, pemulihan, pengayaan dan penilaian. Konsep 5P adalah strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di peringkat sekolah-sekolah. Ia merupakan satu saranan supaya bidang-bidang kemahiran atau bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara bersepadu.

Pengenalan konsep 5 p

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pengenalan konsep 5 p

PENGENALAN KONSEP 5P

Dasar Pendidikan Kebangsaan termaktub dalam Akta Pendidikan 1996,

Bahasa Melayu kini Bahasa Malaysia ialah sebagai mata pelajaran teras di semua

sekolah rendah dan menengah berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan

bahasa perpaduan rakyat di Malaysia. Berhasrat membina rasa bangga terhadap

bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat.Berperanan sebagai

pemangkin kepada semangat cinta akan tanahair yang dikongsi bersama dengan

satu wawasan. Mempunyai potensi untuk dimartabatkan dan diperluas ke peringkat

antarabangsa khususnya menerusi teknologi maklumat dan komunikasi. Ia bertujuan

untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan

yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani.

Menyediakan murid dalam menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi

dengan menggunakan peraturan tatabahasa yang betul dan tepat.Murid juga

mampu mengungkap bidang ilmu daipada pelbagai disiplin atau mata pelajaran

disamping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Penekanan

juga diberikan kepada nilai-nilai murni, semangat patriotik dan strategi pengajaran

dan pembelajaran itu perlu berlandaskan kepada penyepaduan konsep 5P iaitu

penggabungjalinan, penyerapan, pemulihan, pengayaan dan penilaian.

Konsep 5P adalah strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di

peringkat sekolah-sekolah. Ia merupakan satu saranan supaya bidang-bidang

kemahiran atau bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara

bersepadu. Semua elemen dalam konsep 5P dijalankan secara bersepadu dan tidak

secara berasingan.