34
PENGENALAN KRAF KAYU HALUS Ukiran kayu atau seni ukir merupakan seni pertukangan yang menjadi tradisi turun temurun dalam masyarakat Melayu. Oleh itu, kemahiran mengukir sudah sinonem dengan kemahiran orang Melayu sejak awal sejarah tanahair. Bukti kemahiran ini dapat di lihat di bahagian-bahagian rumah seperti tangga, ambang, pintu, dinding, tiang, batu nisan, daun pintu, tingkap, kukur, bangau, jebak, burung, katil, meja dan dulang. SEJARAH Sejarah awal tentang ukiran kayu di Malaysia tercatat dalam buku buku Sejarah Melayu (Sulatus Salatin) tulisan Tun Seri Lanang daripada abad ke-17. Bahawa seni ukir telah dijalankan oleh orang Melayu sejak pemerintahan Sultan Mansur Shah yang memerintah dari tahun 1459 – 1477. Buktinya dapat dilihat dalam seni bina istana beginda. Istana yang berukiran indah itu digelar oleh rakyat sebagai “Istana Hawa Nafsu”.

Pengenalan Kraf Kayu Halus

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pengenalan Kraf Kayu Halus

PENGENALAN KRAF KAYU HALUS

Ukiran kayu atau seni ukir merupakan seni pertukangan yang menjadi tradisi turun

temurun dalam masyarakat Melayu. Oleh itu, kemahiran mengukir sudah sinonem

dengan kemahiran orang Melayu sejak awal sejarah tanahair. Bukti kemahiran ini

dapat di lihat di bahagian-bahagian rumah seperti tangga, ambang, pintu, dinding,

tiang, batu nisan, daun pintu, tingkap, kukur, bangau, jebak, burung, katil, meja dan

dulang.

SEJARAH

Sejarah awal tentang ukiran kayu di Malaysia tercatat dalam buku buku Sejarah

Melayu (Sulatus Salatin) tulisan Tun Seri Lanang daripada abad ke-17. Bahawa seni

ukir telah dijalankan oleh orang Melayu sejak pemerintahan Sultan Mansur Shah

yang memerintah dari tahun 1459 – 1477. Buktinya dapat dilihat dalam seni bina

istana beginda. Istana yang berukiran indah itu digelar oleh rakyat sebagai “Istana

Hawa Nafsu”.

Page 2: Pengenalan Kraf Kayu Halus

SEJARAH UKIRAN KAYU TRADISIONAL

      Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir

di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah

Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500 tahun

dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang

istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman.

Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam

memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran.

Hingga kini peninggalan istana-istana lama memperlihatkan betapa indah dan

uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan pada istana-istana tersebut. Di Semenanjung

Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu paling ketara pada binaan rumah

tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan. Di negeri Kelantan,

Terengganu dan Pahang dan Kedah adalah negeri yang mempunyai pengukir dari

turun temurun. Dikata bahawa kebanyakan ukiran kayu adalah terpengaruh dengan

motif ukiran negara Siam, kerana pada suatu masa dahulu negeri ni di bawah

pengaruh Siam. Ini adalah berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana dan

rumah-rumah lama banyak persamaan dengan seni ukir negeri Siam. Tidak

menghairankan kalau dikatakan bahawa seni ukir di negara ini telah didatangi dari

selatan negeri Thailand iaitu Patani.    

Page 3: Pengenalan Kraf Kayu Halus

UKIRAN

Ukiran ialah hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Dua faktor yang

menjadikannya sedemikian ialah, pertama, keadaan alam semula jadi yang kaya

dengan kayu yang digunakan sebagai bahan binaan, alat, perahu, senjata dan

hiasan: kedua, kekayaan tumbuh-tumbuhan yang memberi ilham kepada pencipta

untuk mewujudkan jenis- jenis bentuk dan motif ukiran kayu.

Keadaan ini dibantu oleh daya cipta yang sihat, kemahiran pertukangan, citarasa

tinggi, dan pendukungan yang berterusan. Bentuk ukiran kayu Melayu

mementingkan sifat gerak yang bermula dari suatu punca dan terus tumbuh

perlahan-lahan serta berliku-liku

Biasanya ukiran itu mempunyai imbangan semukur di antara bahagian yang positif

dengan yang negatif. Bentuk dan motifnya terkawal dalam keadaan yang sederhana

serta unsur yang berlebih-lebihan.

Bahagian hujung sesuatu ukiran jarang sekali berdiri tegak atau melentik jauh keluar

tetapi lebih menyarankan sifat merendah diri. Ukiran kayu itu tersusun dalam suatu

ruang besar seperti mumbung di atas pintu rumah.

Seniman Melayu mendapat ilham dari alam yang luas untuk mewujudkan “awan

larat”, iaitu bentuk awan bergerak. Motif ini terdapat bukan sahaja pada ukiran tetapi

juga pada batik songket dan seni logam. Ukiran juga diilhamkan pada ayat-ayat suci

AL-Quran seperti yang terdapat di setengah-setengah masjid, istana dan rumah.

Seni ukir Melayu khususnya dijelma ke dalam seni yang berubah keadaan sifatnya,

mempunyai identiti, gaya dan falsafah yang tersendiri.

Ukiran Timbul Tanpa Silat

Ukiran Timbul tanpa Silat adalah corak ukiran tidak diukir dengan silat

Ukiran Timbul Dengan Silat

Ukiran Timbul dengan Silat adalah corak ukirannya diukir dengan silat.

Page 4: Pengenalan Kraf Kayu Halus

TOKOH-TOKOH

Antara tokoh-tokoh dalam seni ukiran tradisional Melayu adalah seperti berikut :

Encik Latiff bin Long dilahirkan di Besut Terengganu, Beliau adalah seorang

pengukir ukiran kayu yang mahir. Mewarisi bakat ayahnya yang berasal daripada

keluarga yang mempunyai enam keturunan tukang kayu yang handal. Bapa Latiff

juga terkenal dengan seorang pengukir. Ukirannya masih tersimpan di istana Raja

Besut yang terdapat di muzium negeri Terengganu. Latiff telah menerima

pengajaran ukiran kayu dari bapanya sejak berumur lima tahun. Beliau pernah

memenangi pertandingan Kraftangan ukiran kayu semasa bersekolah. Pada tahun

1971 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Ukiran Kayu Jenis silat

dalam Pameran Ukiran Kayu berlangsung di Balai Seni Lukis Negara. Kini Latiff

Long adalah pengusaha Ukiran yang terkenal dan membuka bengkelnya di Pasir

tumbuh Kelantan dan banyak menerima tempahan dari dalam dan luar negara.

Tuan Haji Wan Su bin Othman juga merupakan dari keturunan pengukir terkenal di

daerah Besut Terengganu. Ukirannya sangat halus dan mempunyai unsur tradisi.

Wan Su cukup mahir dengan motif-motif ukiran kayu. Sehingga kini beliau telah

dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia sebagai Adiguru bagi ukiran kayu.

Pengiktirafan ini adalah diperingkat tertinggi oleh kraftangan Malaysia. Bengkel

beliau terletak di Besut Terengganu dan banyak menerima tempahan dari dalam dan

luar negara.

Page 5: Pengenalan Kraf Kayu Halus

KAJIAN JENIS-JENIS UKIRAN

Ukiran Tebuk Tembus

Pada Ukiran Tebuk Tembus, kayu atau papan yang diukir ditebuk tembus kecuali

bentuk corak ukiran sahaja yang dibiarkan. Ukiran Tebuk Tembus ini berfungsi

sebagai pengaliran udara dan pencayaan. Kebanyakkan Ukiran Tebuk Tembus ini

terdapat pada bangunan dan rumah-rumah Melayu Tradisional seperti bahagian

kekisi jendela, sekatan ruang , cucur atap.Ukiran Tebuk Tembus terbahagi kepada

dua jenis iaitu, Ukiran Tebuk Tembus Tanpa Silat dan Ukiran Tebuk tembus Silat.

Ukiran Tebuk Tembus Tanpa Silat

Ukiran ini dibuat dengan cara menebuk papan atau kayu yang diukir sehingga

tembus. Pada bahagian corak ukirannya pula tidak diukir (Silat tidak dibuat).

Page 6: Pengenalan Kraf Kayu Halus

KAJIAN MOTIF

Motif yang sering digunakan pada ukiran ialah awan larat, motif tumbuh-tumbuhan

seperti sulur kacang, daun, bayam, daun kiambang, pucuk paku, bunga ketumbit,

sulur ketola, daun-daun guri dan sebagainya.

Jenis-Jenis Motif

Dalam masyarakat tradisional Melayu pelbagai unsur dijadikan motif dalam seni

ukiran. Unsur tersebut adalah seperti berikut:

Unsur Benda Bernyawa

Unsur bernyawa merujuk kepada rupa binatang seperti ayam, burung, itik dan

sebagainya. Contoh unsur bernyawa pada ukiran tradisional yang dihasilkan oleh

pengukir zaman pra-Islam. Namun rupa bentuk tidak mengambarkan bentuk objek

yang sebenarnya tetapi hanya berbentuk lambang.

Contoh Unsur Benda Bernyawa

A. Motif itik pulang petang

B. Motif badak mudik

C. Motif unduk-unduk atau kuda-kuda laut

D. Motif lebah bergantung

E. Motif kepala cicak

F. Motif ayam berlaga

G. Motif kumbang dan kipas

Unsur Kosmik

Unsur kosmik atau air space elements dalam bahasa Inggeris merujuk kepada unsur

yang ada kaitannya dengan alam semesta. Biasanya digambarkan melalui motif

matahari, bulan, bintang, awan ukiran seperti ini biasanya ditemui pada tebar layar

rumah.

Unsur Geometri

Unsur geometri merujuk kepada corak yang berasaskan rupa geometri atau

kombinasi rangka geometri dengan unsur lain.

Page 7: Pengenalan Kraf Kayu Halus

Unsur Kaligrafi

Unsur ini berdasarkan huruf-huruf Arab atau tulisan Jawi

Unsur Flora

Tumbuhan menjalar dipilih sebagai motif. Kebiasaannya sulur pautnya yang lembut

danmenjalar mudah diubah bentuk mengikut cita rasa pengukir.

Ukiran Arca

Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat, kukur

kelapa, kotak nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul

tetapi lebih halus dan kecil.

Larik

Melarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik

berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik.

Ukiran ini sering terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang

rumah dan sebagainya.

Page 8: Pengenalan Kraf Kayu Halus

Ukiran Kayu Hanyut

Ukiran ini di anggap masih baru. Ukiran idi diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf

tangan Malaysia. Ukiran ini hanya sebagai hiasan semata-mata. Ukiran kayu hanyut

diukir pada bahagian-bahagian tertentu dan dibentuk menyelupai ikan, burung dan

sebagainya. Kayu induknya di ambil dari kayu atau akar yang terdapat dalam

sungai.

Page 9: Pengenalan Kraf Kayu Halus

FUNGSI UKIRAN KAYU

Dalam seni bina, ukiran tradisional Melayu digunakan untuk tujuan memperindah

dan menyiapkan bangunan tersebut dengan corak terkawal yang tidak mengatasi

binaan.

Contoh bangunan yang masih boleh dilihat hingga hari ini :

- Istana kenangan, Bukit Chandan, Kuala Kangsar

- Istana Jahar, Kelantan yang kini dikenali sebagi Muzium Negeri Kelantan

- Istana Tengku Nik, kini dikenali sebagi Induk Muzium Negeri Terengganu

Page 10: Pengenalan Kraf Kayu Halus

TEKNIK MELUKIS UKIRAN

Sebelum memulakan aktiviti melukis atau melakar corak ukiran kayu, beberapa

aspek penting perlu diketahui dan difahami. Corak dan jenis ukiran antaranya.

Motif bunga Simpuh dan daun Simpuh, di dalam motif tersebut terdapat unsur asas

yang terdiri dari daun Pengasuh, daun Sendal, daun Bakok, Siba Dayang, bunga,

Kudup bunga.

Keindahan dunia Melayu bukan hanya dalam seni pengucapan yang meliputi syair

gurindam, jampi serapah, pantun teromba dan ratusan yang lainnya. Keindahan

alam itu diabstrak pula pada seni ukiran. Terdapat dua jenis ukiran iaitu ukiran/sobek

kasar dan halus. Sobek kasar melibat ukiran pada benda-benda besar seperti

dinding rumah, pintu, rabung, sisp angin, perahu dan lain-lain lagi, manakala

sobekan halus melibatkan peralatan kecil seperti kukur kelapa,rehal, hulu dan

sampir keris, bingkai fram dan lain-lain. Apa yang ada pada sebuah rumah, akan

ada pada perahu dan juga akan ada pada sebilah keris. Ukiran ini pula bukan hanya

diukir atau pahatan kayu, tetapi juga melibatkan logam seperti perak, emas dan

tembaga dan juga pada benda-benda lain.

Motifnya diambil dari dan manusia serta haiwan ini dilakar dan digarap dengan

gagasan, wawasan, aspirasi, falsafah, emosi dan intelektual banngsa Melayu.

Penuh-penuh dengan lambang-lambang antara garis halus manusia dengan

Penciptanya-antara manusia dengan Tuhan. Motif-motif itu adalah manifestasi dari:

a. manusia

b. tumbuhan dan haiwan

c. alam yang lebih luas

 fizikal manusia diolah diukir sebagai lambang, misal hulu jawa demam pada sebilah

keris, ayam teleng, kerdas atau patah tiga, unduk-unduk dan banyak lagi menjadi

objek seni ukiran halus yang dapat dikesan dari seni ukiran keris. Manakala ukiran

kusriwa pada sampir yang berbentuk perahu juga mengambil motif deburan ombak

dan sulur tunas.

Page 11: Pengenalan Kraf Kayu Halus

ukiran ini juga ada pada sebuah perahu dan rumah atau bangunan Melayu. Motif-

motif ini dapat dipecahkan kepada geometri, flora fauna, abstrak dan seumpamanya.

Berapa contoh motif ukiran dapat dilihat seperti di bawah:

motif daun sayap motif bunga raya

motif cinta mani

Page 12: Pengenalan Kraf Kayu Halus

BENTUK-BENTUK SILAT

PEGERTIAN SILAT

Reka bentuk ukiran timbul yang menonjolkan motif bunga ukir pada ukiran kayu.

jenis bentuk silat ukiran kayu:

Silat Belah Rotan

Bahagian tepu tebukan ukiran kayu silat ini dibulatkan separuh.

Silat Dada Tuma

Terdapat dua lengkungan separuh bulat, dan lengkungan pada silat ini kelihatan

lebih hidup dan bergaya.

Page 13: Pengenalan Kraf Kayu Halus

Silat Laper

Silatnya hampir sama dengan silat belah rotan tetapi lebih lebar dan rendah.

Silat Serong

Terdapat juring atau penjuru tajam pada tepi silat kerana silatnya serong.

Silat Minangkabau

Bahagian tengah silat tinggi dan tajam manakala kedua-dua bahagian tepi silat ini

direndahkan.

Page 14: Pengenalan Kraf Kayu Halus

Prinsip Ukiran

1. Sebagai pelengkap dan penyokongkepada sessuatu reka bentuk

2. Jenisnya ditentukan oleh silat dan saiz serta kegunaan

3. Motif perlu harmoni dengan persekitaran. Biasanya motif flora digunakan sbgai

lambang keindahan persekitaran.

4. Penerapan falsafah dan kerohanian orang Melayu, disamping mengekalkan nilai-

nilai keagamaan.

POLA CORAK

- corak yang dipilih mengikut kesesuaian fungsi ukiran

-tiga jenis pola iaitu Pola Bujang, Pola Pemidang dan Pola lengkap

Page 15: Pengenalan Kraf Kayu Halus

PERALATAN

1. Peralatan tradisional

2. Peralatan moden

Jenis Peralatan

1. Pahat -menebuk, membentuk corak atau membuang bahagian yang tak

diperlukan

2. ketam kayu- melicin dan meratakan permukaan kayu

3. Cetar- membentuk asas kayu secara kasar

4. tukul kayu- mengetuk pahat dalam proses mengukir

5. gergaji kecil- memotong bahagian kayu yang tidak diperlukan

6. Kikir Pari- meratakan corak yang dilukis

7. daun mempelas atau kertas pasir- melicinkan permukaan corak yang telah diukir

8. Gergaji berhalang- memotong dan membentuk bahagian lengkung pada ukiran

9. Pisau wali- mengukir corak yang dikehendaki

10. Gergaji kecil(jigsaw)- memotong mengikut lengkung yang dikehendaki

11. Mesin gerudi- Menebuk lubang

12. Sesiku- mendapatkan ketepatan sudut

13. Pengapit- memegang atau mengapit kayu.

Page 16: Pengenalan Kraf Kayu Halus

BAHAN

1. Kayu yang jenis halus dan liat uratnya

2. Kayu yang tua dan benar2 kering

3. Jenis kayu ialah kayu cengal, sena, merbau, nyatoh dan jelutong

PEWARNA

1. Kunyit, mirathon,kiwi, syelek, dan bahan kimia yg. terdapat di pasaran

GAM

- Utk melekatkan papan dan kayu yang disambung

PROSES MENGUKIR

1. Penyediaan kayu

2. Mengukir

3. Kemasan

Page 17: Pengenalan Kraf Kayu Halus

CONTOH GAMBAR

Page 18: Pengenalan Kraf Kayu Halus
Page 19: Pengenalan Kraf Kayu Halus

REFLEKSI

Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana

dapat menyiapkan kerja kursus Pendidikan Seni Visual dalam masa yang telah

ditetapkan. Tanpa penerangan pensyarah iaitu En. Manan Bin Sarbani, rasanya

saya masih terumbang - ambing dan tidak dapat menyiapkan tugasan mengikut apa

yang telah ditetapkan.

Sebelum ini saya tidak pernah membuat ukiran tetapi pernah belajar dalam

kelas. Sebelum memulakan tugasan saya mula memikirkan motif – motif ukiran.

Saya memikirkan bahan yang hendak saya gunakan untuk membuat ukiran tersebut.

Disebabkan pensyarah memberitahu bahawa boleh menggunakan apa – apa bahan

untuk mengukir. Saya memutuskan membuat dalam polistrin kerana sekiranya

menggunakan kayu akan menggambil masa yang lama dan saya tidak ada alat

pengukir untuk kayu.

Semasa membuat ukiran kayu, saya mempelajari sejarah, fungsi dan motif –

motif ukiran kayu. Saya juga mengetahui tentang motif tradisional Melayu. Saya

mempelajari nilai kesabaran dalam membuat ukiran kerana untuk mengukir kita

perlukan kesabaran dan ketelitian. Banyak yang saya mempelajari melalui tugasan

ini. Sebagai seorang bakal guru saya dapat mempelajari lebih lanjut mengenai corak

motif flora dan fauna. Seterusnya, saya juga dapat mempelajari tentang cara

mengaplikasi sesuatu teknik pada karya dengan cara yang betul.

Saya juga menggetahui tentang proses pelaksanaan teknik mengukir. Saya

mencari maklumat yang berkaitan dengan corak ukiran daripada pelbagai sumber

seperti akhbar, majalah, internet dan juga daripada perpustakaan IPTHO. Saya

dapat mengetahui tentang penggunan ICT dengan baik melalui pelaksanan kerja

kursus ini. Seterusnya, saya menghadapi kesukaran membuat ukiran dalam

polostrin kerana sangat tebal dan hanya menggunakan pisau sahaja.

Selepas menyiapkan kerja kursus ini saya sangat gembira kerana dapat

menyiapkan ukiran motif floran yang berfungsi sebagai hiasan dinding. Selepas saya

mewarna karya saya rosak kerana ada bahagian yang patah. Saya menggambil

keputusan untuk membuat semula. Pada kali ini saya membuat keputusan membuat

rak kertas atau file dengan menggunakan polistrin juga. Sebelum mewarna saya

menunjukan karya saya kepada pensyarah saya bagi menambah baikkan ukiran

saya.

Page 20: Pengenalan Kraf Kayu Halus

Melalui kerja kursus ini saya juga dapat mengetahui tentang lebih lanjut

berkaitan tentang corak terancang dan tidak terancang. Akhir kata, saya ingin sekali

lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung mahupun tidak dalam masa saya menyiapkan tugasan ini.

Page 21: Pengenalan Kraf Kayu Halus

ALAT DAN BAHAN

PISAU

POLYSTRENE

PENSEL

BERUS LUKISAN

WARNA

GAM

POLYSTRENE CUTTER

WATER COLOUR

Page 22: Pengenalan Kraf Kayu Halus

PROSES

Melukis pada polystrene

Memotong motif yang telah dilukis

Membuat proses tebuk tembus pada ukiran

Page 23: Pengenalan Kraf Kayu Halus

Mewarna dengan mengunakan warna mural

Mencantumkan bahagian yang telah siap

Membuat persediaan untuk mewarna

Page 24: Pengenalan Kraf Kayu Halus

Karya akhir daripada pelbagai sudut pandangan

Page 25: Pengenalan Kraf Kayu Halus

PRODUK AKHIR

Tempat menyimpan kertas

Page 26: Pengenalan Kraf Kayu Halus

TEKNIK ( Tebuk Tembus )

Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk

dengan menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-

bentuk bunga atau corak. Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak

silat dan ukiran tebuk silat.

Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian

selasar, lambur, dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah

awan larat, siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang

menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke

dalam serta yang tertindih ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah istilah yang

menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek.

Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri.

Saya menggunakan teknik tebuk tembus untuk menghasilkan karya saya. Saya

membuat tempat menyimpan kertas. Saya menggunakan motif flora pada karya

saya. Saya mengukir dengan mengunakan polystyrene cutter dan juga pisau.

Page 27: Pengenalan Kraf Kayu Halus

RUJUKAN

(2012, March 23). Retrieved Ogos 20, 2013, from

http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/2012/03/ukiran-kayu.html

Bakar, Z. A. (1994). Seni Ukiran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bentuk Silat. (2012, Jun 10). Retrieved September 3, 2013, from

http://secretofart.blogspot.com/2012/10/bentuk-bentuk-silat.html

Motif Ukiran Kayu. (2012, September 23). Retrieved September 10, 2013, from

http://secretofart.blogspot.com/2012/10/motif-motif-ukiran-kayu.html

R., L. (1993). Pengajaran Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar

Bakti Sdn. Bhd.

Ukiran Kayu. (2008, Januari 19). Retrieved Ogos 13, 2013, from http://zali-

mrj.blogspot.com/2008/03/nota-ukiran-kayu.html

Zailani Yaacob, A. A. (2010). Pendidikan Seni Visual. Selangor Darul Ehsan: Oxford

Fajar Sdn. Bhd.