Upload
g-mariyal-ganarokiam
View
36
Download
5
Embed Size (px)
DESCRIPTION
ppg
Citation preview
Pengenalan
Pendidikan sains negara mengambil kira perkembangan terkini dalam sains dan
teknologi. Ia selaras dengan perkembangan teknologi terkini yang telah menjadikan pendidikan
sains semakin mencabar dan membentuk masyarakat yang membudayakan sains dan
teknologi dalam kehidupan.
Menurut Kementarian Pendidikan Malaysia (KPM) ,pendidikan sains dilaksanakan bagi
mencapai matlamat melahirkan insan berpengetahuan,berkemahiran dan berakhlak mulia untuk
membentuk masyarakat berbudaya sains dan teknologi, dinamik dan progresif supaya lebih
bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan merangkumi penciptaan alam. Sains
merupakan satu bidang keilmuan hasil usaha manusia untuk mencari penerangan yang
rasional tentang kejadian alam. Penerangan ini memberi pemahaman tentang kewujudan
terdapat dalam peraturan dan hukum-hukum yang tertentu, ketertiban, susunan dan
kesalinghubungan yang terdapat dalam penciptaan alam.
Sesebuah sekolah rendah akan mempunyai bangunan yang menempatkan beberapa
bilik khas untuk dijadikan Makmal. Makmal sains merupakan tunggak kepada pendidikan sains.
Makmal atau Bilik Sains merupakan tempat yang pentiing dan kondusif bagi guru dan murid
meneroka tentang sesuatu konsep dengan menjalankan amali sesuai dengan pendekatan
inkuiri penemuan yang sangat ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran sains.
Bilik Makmal Sains ialah ruang yang digunakan untuk mengajar, membuat amali,
membuat analisis, penyelidikan, menjalankan eksperimen dan penghasilan bahan bagi sekolah
rendah. Selain daripada itu bilik ini merupakan tempat mengadakan percubaan atau
penyelidikkan segala sesuatu yang berhubung dengan ilmu sains. Di sini pelajar
dapat ,mempelajari pengetahuan dengan menggunakan kemahiran saintifik yang sesuai dan
sikap saintifik yang mendorong semangat ingin tahu.
Kepentingan dan keperluan Bilik Makmal Sains
Kurikulum Sains memerlukan murid menjalani aktiviti :’hands-on’ menggunakan
pendekatan inkuiri semasa proses pembelajaran. Pembelajaran melalui penerokaan dan
menjalankan sendiri eksperimen dapat mencetuskasn perasaan ingin tahu dan seterusnya
memberi kefahaman mendalam yang menjadi asas kepada prinsip sains.
Bilik Makmal Sains adalah khas untuk pengajaran dan pembelajaran sains khususnya
dalam menjalankan kegiatan amali. Amali sains merupakan aspek yang penting dalam
pengajaran dan pembelajaran sains. Aktiviti amali sains membolehkan pelajar meningkatkan
penguasaan konsep sains di samping mengembangakan kemahiran saintifik yang merangkumi
kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Selain daripada penguasaan konsep sains,
penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif juga dapat ditingkatkan.,
Kerja amali dalam kumpulan kecil atau secara individu dapat memahirkan pelajar dalam
pengendalian peralatan dan bahan sains dengan berkesan. Di samping itu pelajar dapat
memahami serta menghayati pelbagai kemahiran proses sains seperti memerhati, mengelas,
mengukur, membuat inferens dan lain-lain kemahiran proses sains. Selain mewujudkan
keadaan yang menyeronokkan dan menarik dalam kerja amali, pelajar diterapkan dengan sikap
saintifik dan nilai murni.
Selain daripada itu, aktiviti makmal menyediakan peluang bagi murid beinteraksi
secara terus dengan bahan semula jadi, menggunakan peralatan yang bersesuaian, teknik
pengumpulan data, model, konsep, prinsip serta teori dalam sains. Seterusnya aktiviti makmal
dapat memperkembangkan keupyaan intelek dan kemahiran saintifik murid melalui interaksi
otak, telinga, mata dan hidung. Bagi memastikan murid mencapai matlamat ini, guru hendaklah
menyediakan pengalaman pembelajaran berasaskan ‘hands on, minds on” melalui pendekatan
dan kaedah yang telah dicadangkan.
Maka, betapa pentingnya pembelajaran sains perlu dijalankan di Bilik Makmal Sains untuk
memastikan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains lebih efektif kerana sesuatu
konsep itu akan lebih mudah difahami dengan membuat secara praktikal dengan
memperkembangkan lagi semangat ingin tahu dan bukan setakat mendengar sahaja. Dengan
ini dapat menggalakkan lebih ramai pelajar menceburi bidang sains, selari dengan senarai
Kementerian Pendidikan Malaysia mencapai Dasar 60:40
Kelengkapan infrastruktur di Bilik Makmal Sains
Kelengkapan infrastruktur adalah perabot dan peralatan asas yang perlu ada dalam
sesuatu Bilik Makmal Sains bagi melincinkan proses pengajaran dan pembelajaran sains untuk
pelajar menjalankan aktivitinya. Bilik Sains di sekolah saya adalah dibina khas dimana,
mempunyai ruang bilik yang sederhana, selamat diguna,selesa dan mempunyai pencahayaan
dan pengudaraan yang baik bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran
belangsung dengan sempurna. Lantai bilik yang dibina daripada simen, dinding yang berwarna
cerah dan jenis tingkap kaca yang sesuai dan dua pintu yang bersesuaian dengannya.
Perabot dan peralatan asas yang ada disekolah saya adalah seperti berikut:
Infrastruktur di Bilik Makmal Sains
BIL KETERANGAN ASET : PERABOT/PERALATAN KUANTITI
1 Meja murd 102 Bangku murid 423 Meja guru 24 Meja computer 15 Papan Kenyataan 16 Papan tulis 17 Rak buku 18 Projektor 19 Skrin projector 1
10 Paip air 311 Singki air 312 Kipas 513 Lampu 814 Kit Pertolongan Cemas 115 Rak carta 116 Rak peralatan sains 117 Kabinet peralatan 218 Pemadam api 119 Penyapu lantai 320 Bulu ayam 121 Pemadam papan putih 122 Pintu 2 unit23 Tingkap 12 unit24 Langsir 2 set25 Almari 1
Susun atur perabot
Perabot seperti meja murid,, bangku murid, meja guru, rak buku dan carta serta almari
perlu disusun rapi dan kemas di Bilik Makmal Sains untuk memudahkan murid melakukan
aktiviti semasa pengajaran dan pembelajaran sains. Susunan perabot yang rapi dan kemas
pada setiap masa merupakan disiplin yang amat wajar diterapkan kepada murid dalam
pemupukan dan pembentukan sikap dan kepribadian seseorang saintis.
Meja dan bangku kerusi murid yang disediakan adalah mudah dialih supaya ruang
pengajaran dan pembelajaran sains dapat diubah suai untuk kegiatan seperti simulasi dan main
peranan selain daripada waktu amali. Meja guru diletakkan diruang hadapan meja murid.
Supaya guru dapat mengawal gerak geri murid . Meja murid pula disusun dalam Bilik Sains
supaya murid dapat duduk di dalam kumpulan.
Di Bilik Sains sekolah saya. dibahagian belakang dan disebelah dinding bilik, model-
model pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dan hasil kerja murid dipamerkan demi
mencabar pemikiran saintifik pelajar. Selain daripada itu, susunan sudut-sudut sains, tempat
pameran serta bahan bacaan juga menceriakan bilik sains yang merangsangkan. Almari juga
disediakan dalam bilik sains untuk penyimpanan fail-fail yang berkaitan makmal dan PEKA
dengan selamat dan teratur.
Meja murid disusun dalam bentuk kumpulan
supaya murid dapat melakukan aktiviti
perbincangan mengikut keperluan atau
kehendak tugasan yang diberi
Meja guru diletakkan di ruang hadapan bilik sains
Papan kenyataan meliputi susunan
segala butiran buletin bilik sains
susun atur perabot dilihat dari dibelakang susun atur perabot dilihat dari
bilik sains dihadapan bilik sains
Model dan hasil kerja murid juga dipamerkan dan disusun dengan teratur.
Susun atur perabot di Bilik Sains bukannya begitu merangsangkan jika berbanding
dengan Makmal Bestari dimana mejanya disusun mengikut keperluan dan kesesuaian serta
keselesaan murid. Selain daripada itu, kerusi dan meja juga boleh diubah ketinggiannya
mengikut keselesaan pelajar dan kesesuaian aktiviti yang dijalankan.Peralatan dan
kelengkapan lain bersifat mudah alih, mudah dicapai serta berbentuk moden bagi
membolehkan ianya digunakan hanya apabila diperlukan sahaja. Perabot atau peralatan yang
disusun juga mudah dilihat ditempat simpanan Di Makmal Bestari juga terdapat susun atur
perabot dan peralatan mengkut jenis eksperimen yang dijalankan terutamanya ketika
menjalankan eksperimen basah.
Cadangan penambahbaikan pengurusan dan penggunaan susun atur perabot di Bilik
Sains
Ddalam susun atur perabot, guru-guru sains yang ada disekolah harus bertanggung
jawab dalam mengusahakan susun atur perabot sentiasa dalam keadaan atau suasana yang
kemas dan rapi supaya murid dapat memupuk minat dalam pembelajaran sains dan
memperkembangkan kemampuan kerja berkumpulan. Bilik Sains perlu diurus dengan cekap
supaya pengajaran dan pembelajaran sains dapat dioptimumkan. Pengurusan bilik sains
memerlukan kerjasama yang erat daripada semua guru sains kerana sekolah rendah tidak
mempunyai pembantu makmal sains untuk membantu guru sains.
Notis amaran dan peraturan
Keselamatan di Bilik Sains merupakan aspek utama yang perlu diberi perhatian untuk
melindungi mereka yang berada dalam bilik sains daripada segala kemalangan akibat kecuaian
atau kejadian di luar jangkaan. Antara kemalangan yang mungkin berlaku di bilik sains adalah
kebakaran, letupan, kejutan elektrik, kebocoran gas dan kebocoran bahan kimia. Keselamatan
dalam bilik sains merupakan tanggungjawab guru besar, guru sains dan murid sendiri. Tugas
guru sains menjadi lebih mencabar apabila berhadapan dengan kumpulan murid yang kurang
berpengalaman, kemahiran dan kurang berkeyakinan tentang perkara yang hendak dilakukan di
dalam bilik sains.
Proses pengajaran dan pembelajaran sains yang dijalankan menurut pendekatan
konstruktivisme mementingkan kegiatan ‘hands on’ dan ‘minds on’ terutamanya ketika aktiviti
inkuiri penemuan dalam Sains.Proses ini memerlukan eksperimen, projek dan simulasi
dijalankan dalam bilik sains.Pelaksanaan kegiatan-kegiatan berpusatkan murid perlu ditangani
dengan cermat dan selamat oleh guru untuk mengelakkan berlakunya kemalangan yang tidak
diingini. Oleh itu,langkah-langkah perlu diambil oleh guru untuk mencegah berlakunya
kemalangan termasuk menyediakan notis dan peraturan di bilik sains dan memberi arahan
yang jelas sebelum kegiatan dijalankan.
‘NOTIS PENTING’ seperti ‘JAGALAH KESELAMATAN DALAM MAKMAL BILIK
SAINS hendaklah ditulis dalam bentuk poster dengan huruf yang nyata dan dipamerkan
ditempat yang mudah dilihat di dalam bilik sains.Selain daripada itu, Petunjuk seperti
‘JAGALAH KESELAMATAN ANDA’ dalam tulisan huruf besar tersergam hendaklah
dipamerkan di suatu tempat mudah dilihat oleh semua murid.
Manakala , peraturan Bilik Sains perlu diterangkan oleh guru kepada murid-murid
apabila mereka pertama kali menggunakan bilik sains. Peraturan bilik sains perlu dipamerkan
dengan jelas. Selain itu, guru perlu memastikan supaya bilik sains selamat untuk digunakan
oleh murid-murid, terutamanya dari segi penyimpanan alat dan bahan sains yang kemas dan
selamat,Peraturan semasa kerja amali, langkah keselamatan dan panduan pertolongan cemas
adalah perkara yang perlu diberi perhatian. Ini adalah kerana Bilik Sains yang selamat
merupakan asas kepada penghasilan Bilik Sains yang kondusif dan selesa untuk proses
pengajaran dan pembelajaran.
Kelengkapan infrastruktur dalam Bilik Persediaan Sains
BIL KETERANGAN PERABOT/PERALATAN KUANTITI
1 Kabinet peralatan 1
2 Meja 1
3 Lampu 1
4 Kipas dinding 1
5 Pintu 1
6 Tingkap 1 unit
Lampu
Pintu Kipas dinding
Sebaris kabinet perlatan
dperbuat dari kayu dan
atas kabinetnya yang
berjubin.
Bilik persediaan ini diguna
oleh guru untuk
menyediakan bahan-bahan
aktiviti amali sebelum
sesuatu pengajaran
dilakukan
Kelengkapan infrastruktur dalam Bilik Alat Bantu Pengajaran dan Pembelajaran Sains
(Carta, CD, Kad Imbasan dan Buku Panduan Guru)
1 Kabinet dan rak alat bantu pngajaran 1
2 Lampu 1
3 Pintu 1
Lampu
Pintu
Kabinet dengan rak perlatan yang dibina melekat ke dinding.
Bilik ini mengandung CD pengajaran dan pembelajaran untuk murid dan guru.
CD disusun dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Buku Panduan Guru ,
Kad-kad imbasan dan gambar serta benda-benda maujud berkaitan juga disimpan
Kelengkapan infrastruktur di Bilik Sains
komputer meja dengan skrin dan projektor Bangku murid diperbuat dari kayu
Meja murid diperbuat Meja guru yang diperbuat kipas
dari kayu dari kayu
Almari besi yang
Diguna untuk menyimpan
fail bilik sains
Dan PEKA sains
Sinki dengan paip air Lampu
Rak carta mempunyai carta
mengikut darjah dan Rak buku yang
topik pengajaran mempunyai buku-buku
fiksyen sains
Kabinet peralatan ini doperbuat
dari kayu dan dibina lekat ke dinding Kabinet dengan rak peralatan yang
diperbuat dari kayu dan dibina lekat
ke dinding. Rak yang terbuka ditengah
ini ditutupi dengan plastik lutsinar
Peti pertolongan cemas yang mengandungi
bahan yang diperlukan ketika rawatan kecemasan
Pemadam api, jenis serbuk kering.
Dengan adanya tingkap dan dua pintu, membolehkan pencahayaan dan pengudaraan yang
baik dapat memasuki kedalam ruang bilik sains
Kelengkapan inrastruktur di Makmal Sains Bestari adalah jauh berbeza jika berbanding
dengan kelengkapan infrastruktur di Bilik sains sekolah saya yang terdiri dari perabot dan
peralatan asas dengan lantai bilik dibina daripada simen. Tiada bekalan gas dan hanya terdapat
kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik.Alat-alat elektrik sangat kurang jika berbanding
dengan Makmal Bestari yang mempunyai sistem audio, papan tulis elektronik, komputer yang
dilengkapi dengan internet , telefon kecemasan dan alat visualizer yang amat canggih.
Walaupun terdapat kemudahan pembelajaran untuk aktiviti tetapi bukanlah jenis perabot dan
peralatan jenis mudah alih dan boleh dilaras seperti yang terdapat di Makmal Bestari.
Kesimpulannya ,Bilik Sains dengan adanya Bilik Persediaan yang mempunyai ruang
yang mencukupi, sekolah saya dapat melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
mengikut murid yang mempunyai aras kemahiran yang berbeza.
Cadangan penambahbaikan dalam pengurusan dan penggunaan kelengkapan
infrastruktur di Bilik Sains
Perubahan dalam kelengkapan infrastruktur boleh dilakukan dimana, guru sains perlulah
menyuarakan pendapat masing-masing supaya pihak sekolah boleh berunding dengan pihak
yang berkenaan untuk memperolehi kelengkapan infrastruktur yang lebih baik dari segi mutu
dan kualiti yang bersifat modular. Ini adaah kerana bilik sains yang dilengkapi dengan
kemudahan, peralatan dan bahan secukupnya merupakan wahana penting bagi pelaksanaan
aktiviti yang mungkin membantu murid mencapai hasil atau standard pembelajaran yang telah
ditetapkan dengan menyediakan aktiviti pembelajaran yang berkualiti.dan boleh membantu
murid menjadi pemikir yang aktif.
”Notis” penting dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di setiap Bilik Sains
“Keselamatan Dalam Bilik Sains” ditulis dalam bentuk tulisan huruf besar yang nyata
Panduan peta laluan semasa kebakaran dan Alat pemadam api diperiksa dari semasa ke
semasa mengikut tarikh yang terdapat pada alat itu
Peti pertongan kecemasan dan buku teknik asas keselamatan makmal serta buku rekod
kemalangan
Peraturan Bilik Sains yang dilekatkan pada kedua-dua pintu masuk bagi semua pelajar dan
guru sains yang menggunakannya
Keselamatan di Bilik Sains perlu diambil kira walaupun terdapat sebahagian alat kaca,
alat elektrik model ,carta dan perisian komputer sahaja. Ini adalah untuk memastikan
keselamatan pengguna sentiasa terjamin..Jika berbanding dengan Makmal Bestari ia
mempunyai peralatan dan kemudahan yang berteknologi tinggi mempunyai pengurusan
keselamatan yang sempurna dan sistematik.Diantaranya ialah sistem penggera asap, penggera
haba, sistem pemercik, kit kawalan tumpahan bahan kimia yang berbahaya,sistem peredaran
yang baik, plan tindakan kebakaran dan pakaian makmal yang merangkumi kot makmal yang
diperbuat daripada bahan kalis api serta pemakaian gogal pula diperbuat daripada bahan yang
tidak mudah terbakar, tidak mudah pecah dan tidak berkecai.
Cadangan penambahbaikan dalam pengurusan notis amaran dan peraturan penggunaan
di Bilik Sains
Aspek keselamatan sewajarnya diberikan keutamaan oleh pihak sekolah khasnya
pentadbir dan guru yang berkenaan.Selain daripadan ini, perlu memiliki pengetahuan dan
kemahiran yang mencukupi dalam mewujudkan bilik yang selamat. Peranan dan
tanggungjawab setiap individu adalah sangat penting. Tindakan perlu diambil untuk
menggelakkan berlaku kerosakan ,kecurian dan penggunaan peralatan yang disalahgunakan
ketika tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. .Di minta guru yang menggunakannya
merancang aktiviti bilik sains dengan baik dengan memberi arahan yang jelas kepada murid
termasuk langkah keselamatan dan memastikan pelajar sentiasa mematuhi arahan dan
peraturan.
Bagi merealisasikan pengajaran dan pembelajaran, bilik sains perlu mempunyai
prosedur dan peraturan yang lengkap, selamat, selesa dan kondusif. Menyedarkan murid,
bahawa ia bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan semasa Bilik
Sains.Guru juga kena pastikan pelajar tahu menggunakan teknik yang betul semasa
mengendalikan alat radas serta sentias mematuhi arahan guru tentang prosedur amali.Dengan
ini dapat menggelakkan kecuaian, kelalaian dan kejadian di luar jangkaan ketika menggunakan
Bilik Sains.Selain daripada itu, guru juga perlu mempunyai pengetahuan pertolongan cemas.
Oleh yang demikian, adalah wajar guru diberikan latihan berkaitan prosedur menangani
kecemasan, pengurusan bilik sains serta pertolongan cemas.
Kekerapan penggunaan untuk pengajaran dan pembelajaran
Mata pelajaran sains merupakan mata pelajaran yang menyeronokkan murid-murid
dimana sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bentuk teori atau amali.
Pengabungjalinan ‘Hands On, Minds On’ adalah suatu elemen yang penting dan perlu
dititikberatkan semasa pengajaran dan pembelajaran. Maka. sebahagian besar daripada
pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah berlangsung di dalam Bilik Sains. Ini bermakna
para pelajar dari Tahap ! menggunakan sekurang-kurangnya 60 minit setiap minggu.Manakala
Pelajar dari Tahap 2 pula menggunakan 2 hingga 2 jam 30 minit setiap minggu.
Jadual waktu penggunaan Bilik Sains memainkan peranan yang sangat penting dalam
kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran sains. Kekerapan penggunaan Bilik Sains
memberi peluang kepada pelajar menjalankan kerja-kerja amali dan penyelidikan, projek dan
kajian yang dirancang secara secara kumpulan.
Di sekolah saya mempunyai sebuah Bilik Sains sahaja untuk 18 kelas iaitu dari Tahun 1
hingga Tahun 6. Maka guru dan pelajar dikehendaki mengikut jadual yang ditetapkan supaya
semua pelajar dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan optimum.
Kadangkala apabila bilik itu sedang digunakan, kelas-kelas yang lain tidak dapat
menggunakannya. Untuk mengatasi masalah ini, guru membawa alat dan sumber sains yang
diperlukan dari bilik sains ke bilik darjah yang diajari supaya aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dapat diadakan secara hands-on juga.
Peruntukan waktu bagi mata pelajaran sains di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil
Tahun Mata
pelajaran
Peruntukan waktu Cadangan pecahan
waktu
Waktu minimum bilik
yang biasa diamalkan
1 Sains 60 minit (2 waktu) (2) 1 waktu berkembar
2 Sains 60 minit (2 waktu) (2) 1 waktu berkembar
3 Sains 60 minit (2 waktu) (2) 1 waktu berkembar
4 Sains 120 minit (4 waktu) (2+2) 2 waktu berkembar
5 Sains 150 minit (5 waktu) (2+2+1) 2 waktu berkembar
6 Sains 150 minit (5 waktu) (2+2+1) 2 waktu berkembar
Guru yang menggunakan kelas di Bilk Sains dikehendaki merekod penggunaannya dan
merekod bahan-bahan peralatan dan alat bantu pengajaran lain yang digunakan di dalam Bilik
Sains mahupun diibawa ke bilik darjah di dalam buku yang disediakan.
Jadual penggunaannya
mengikut tahap dan kelas
Penggunaan Bilik Sains hanya boleh digunakan sehingga waktu persekolahan sahaja
dengan bantuan guru masing-masing. Manakala di Makmal Bestari, pelajar diberi peluang
untuk menjalankan kerja-kerja amali dan penyelidikan secara kadar kendiri dan pembelajaran
akses kendiri dan terarah kendiri.Di sini, pemanfaatan masa dapat dilakukan dengan cara
menjalankan aktiviti seperti projek atau kajian yang telah dirancang secara serentak mengikut
kadar keupayaan pelajar,Selain daripada itu, penggunaan waktu makmal dilanjutkan selepas
waktu persekolahan dengan penyeliaan dan pengawasan staf makmal atau pembantu makmal.
Maka, di Makmal Bestari murid dapat melibatkan diri dan menjadikan makmal sebagai pusat
pembelajaran pelbagai guna di samping menjadi pusat maklumat sains yang terkini.
Cadangan penambahbaikan dalam pengurusan dan penggunaan untuk pengajaran dan
pembelajaran di Bilik Sains
Untuk menambah baik jadual penggunaan ini, guru sains diseru menggunakan konsep
Bilik Sains bergerak dimana alat dan bahan sumber sains diperlukan dibawa ke bilik darjah
dengan troli atau kotak yang bersesuaian untuk mengatasi penggunaan bilik dan kelas pada
masa yang sama oleh beberapa kelas. Selain daripada itu, diminta guru sains membawa kelas
masing-masing apabila kelas lain tidak menggunakannya pada masa mereka. Dengan cara ini,
guru –guru sains boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains dengan lebih efisien,
menyeronokkan, berkesan dan menghasilkan impak.Disamping itu, tahap pengetahuan dalam
pengurusan pengajaran dan pembelajaran di bilik sains dapat dipertingkatkan.
Pengurusan Aset
Pengurusan Bilik Sains pada masa kini menjadi lebih kompleks yang memerlukan satu
sistem pengurusan yang lebih sistematik. Sistem pengurusan aset yang tekini digunapakai
dalam penggunaan aset untuk menggantikan sistem manual dalam pengurusan bilik sains
kepada sistem pengurusan baru yang lebih teratur dan sistematik.
Aset bermaksud harta benda kepunyaan atau milikan atau di bawah kawalan Kerajaan
yang dibeli atau disewa beli dengan wang Kerajaan, yang diterima melalui sumbangan atau
hadiah atau diperolehi melalui proses perundangan. Pengurusan Aset pula bermaksud proses
menjaga, memelihara, mengendali dan menyelenggara harta berbentuk fizikal yang mempunyai
nilai dan diperolehi sama ada untuk digunakan terus atau bagi masa akan datang dalam
pengeluaran barang siap atau perkhidmatan.
Aset Alih bermaksud aset yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat
yang lain termasuk aset yang dibekalkan atau dipasang bersekali dengan bangunan. Aset Alih
terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Harta Modal dimana harga perolehan asalnya RM1000
dan ke atas setiap satu dan Inventori dimana harga perolehan asalnya kurang daripada
RM1000 setiap satu .
Tatacara pengurusan Aset Alih Kerajaan adalah tatacara bagi menguruskan Harta
Modal dan Inventori meliputi, :(Bab A)Penerimaan, (Bab B)Pendaftaran, (Bab C)Penggunaan,
Penyimpanan dan Pemeriksaan, (Bab D)Penyelenggaran,(Bab E) Pelupusan, (Bab
F)Kehilangan dan Hapus kira.
Dalam Bab A ,Penerimaan ialah menerima dan mengesahkan aset yang diperolehi
dengan memastikan aset yang diterima dalam keadaan yang baik, sempurna, selamat
digunakan dan menentukan kualiti dan kuantiti sebenar mengikut pesanan. Bab B, dimana
Pendaftaran hendaklah dilakukan pada setiap aset dengan menggunakan dokumen KEW_.PA-
2 dan KEW_PA-3 untuk mewujudkan pangkalan data yang lengkap, tepat dan kemaskini
supaya memudahkan penyelenggaran, pelupusan dan penggantian aset.
Dalam Bab C, Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan, aset harus diguna dan
dikendalikan dengan cekap, mahir dan teratur bagi tujuan untuk mengurangkan pembaziran
dan mencapai jangka hayat.Aset hendaklah disimpan di tempat yang selamat dibawah kawalan
yang maksima.Selain itu pemeriksaan aset perlu dilakukan untuk memastikan setiap aset
mempunyai rekod yang lengkap, tepat dan kemaskini. Bab D pula penyelenggaran merupakan
proses penyemakan dan pemeriksaan yang dijalankan ke atas bangunan, perabot dan juga
peralatan sains sentiasa berfungsi dengan lancar secara berterusan dan selamat digunakan
serta dapat menjamin keselamatan pengguna.
Dalam Bab E, Pelupusan ialah satu proses untuk mengeluarkan aset dari milikan,
kawalan, simpanan dan rekod mengikut kaedah yang ditetapkan. Ini adalah untuk memastikan
Jabatan Kerajaan tidak menyimpan aset yang tidak boleh diguna atau tidak
diperlukan..Manakala dalam Bab F pula, Kehilangan bermaksu aset yang tiada lagi dalam
simpanan disebabkan oleh kecurian, kemalangan, kebakaran, bencana alam, kesusutan,
penipuan, atau kecuaian seseorang. Hapus kira ialah satu proses untuk membatalkan rekod
yang hilang supaya ia dapat mengawal kerugian yang ditanggung oleh kerajaan akibat
kehilangan aset. Dokumen atau borang-borang berkenaan perlu digunakan oleh semua pihak
yang terlibat dalam segala penerimaan aset sehinggalah kehilangan dan hapus kira aset.
Dalam pengurusan Aset dibilik sains, meliputi oleh kelengkapan dan perabot dan alat
asas, alat kaca, alat elektrik, instrumen, model, carta, kit, gambar, spesimen, perisian komputer
dan alat penyenggaran dan keselamatan bilik sains. Alat asas terdiri dari perabot dan peralatan
asas yang biasanya digunakan dlam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Di antaranya adalah
seperti kaki retort, kanta tangan,magnet, plastisin jaring serangga, bola dengan gelang,
kaleidoskop, kasa dawai,kertas litmus,penunu bunsen, troli, stetoskop dan binokular. Alat kaca
atau bahan kaca adalah alat yang diperbuat daripada kaca sahaja seperti seperti bikar, kelalang
kon, piring petri, rod kaca silinder penyukat dan tabung didih
Alat elektrik adalah alat yang beroperasi menggunakan arus elektrik atau menghasilkan
arus elektrik. Ia juga merangkumi komponen elektrik dan komponen elektronik dalam
pengajaran dan pembelajaran seperti komputer,lampu suluh, klip buaya, mentol, bateri, wayar
nikrom, wayar penyambung merah dan hitam, pemegang mentol dan bateri. Kit pula merupakan
set peralatan yang mengandungi komponen lengkap alat-alat yang boleh dicerai dan dipasang
semula untuk pengajaran dan pembelajaran seperti roda, gear dan kit konsep isipadu
Instrumen adalah semua alat yang digunakan untuk tujuan mengukur seperti pembaris meter,
outa oengukur, jam randik, neraca spring dan thermometer.
Model merupakan replika sesuatu objek sebenar atau perwakilan sesuatu konsep yang
berbentuk tiga dimensi manusia dengan organ dan sistem suria.Selain daripada itu carta pula
memberikan satu paparan yang memberi penerangan sesuatu konsep. Penerangan ini
biasanya dalam bentuk gambar rajah atau jadual Setiap topik yang diajar dari Tahun 1 hingga
Tahun 6 sekurang-kurangya mempunyai satu carta yang menggambarkan skop tajuk
berkenaan.Spesimen adalah semua hidupan sama ada hidup atau mati atau bukan hidupan
yang dijadikan untuk kajiana seperti kitaran hidup katak dan rama-rama.
Sementara ini, alat optik seperti prisma dan slaid merupakan kepingan kaca
berspesimen untuk digunakan dalam mikroskop. Perisian computer adalah program computer
yang disediakan khas untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk CD-ROM. Dalam pada
itu, gambar pula menunjukkan paparan yang memberi sesuatu konsep. Penerangan ini
biasanya dalam bentuk lukisan atau gambar foto.Penyenggaran dan keselamatan pula harus
dilakukan oleh pihak berkenaan supaya meminimumkan kerosakkan pada peralatan.Di
antaranya adalah seperti kit pertolongan cemas dan pemadam api
Kesimpulannya, penggunaan asat atau peralatan ini memanfaatkan dan memudahkan
pengurusan bilik sains yang seterusnya meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran sains. Bilik sains yang dilengkapi dengan alat dan bahan yang standard ,
menepati keperluan kurikulum dan mengikut perkembangan semasa akan membantu semua
pihak dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan sains negara ke arah melahirkan lebih ramai
ahli sains dan teknologi yang berketrampilan dan berwibawa.
Cadangan penambahbaikan pengurusan aset dalam penggunaan Bilik Sains
Pihak sekolah boleh meminta pihak kerajaan menempatkan pembantu bilik sains dalam
menguruskan aset dan inventori peralatan bilik sains.Ini akan memastikan aset-aset kerjaan
diselenggara dengan cekap, teratur supaya ia dapat digunakan untuk memaklumkan rakyat. Di
era teknologi maklumat ini, tiba masanya pengurusan aset kerajaan berubah dari kaedah
traditional kepada pengurusan aset dan stor berkomputer.Ini dirasakan merupakan satu
pendekatan yang terbaik bagi menggantikan sistem manual yang lambat dan rumit.
Rujukan
1 Kementerian Pelajaran Malaysia (1999). Pengurusan Dan
Keselamatan Makmal Sains Sekolah. Pusat Perkembangan
Kurikulum. Kuala Lumpur.
2 Pusat Perkembangan Kurikulum (1999). Pengurusan dan Keselamatan Makmal Sains
di Sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia
3 Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan oleh,Pekeliling Perbendaharaan BIl.5.Tahun
2007
4 Pusat Perkembangan Kurikulum (1998).Senarai Peralatan dan Bahan Sains Sekolah
Rendah, Kementerian Pendidikan Malaysia
5. http://cd1.edb.hkedct.net/cd/science/laboratory/safety/shb_2002e.pdf. Handbook on
Safety in Science Laboratories. City University of Hongkong.
6. Pekeliling Bendahari Jabatan Bendahari. Bil.3 Tahun 2010.
Pekeliling Perbendaharaan Perbandaharaan Malaysia. Bil.3 Tahun 2007
SENARAI KANDUNGAN
MUKA SURAT
Halaman Pengakuan
Penghargaan
Senarai kandungan
1.0 Tugasan 1
2.1 Pengenalan
2.2 Perancangan Perbelanjaan Sekolah
2.2.1 Proposal perbelanjaan PCG untuk tahun 2015
3.0 Tugasan 2
3.1 Pengenalan
3.2 Pengurusan Makmal
3.2.1 kelengkapan infrastruktur
3.2.2 susun atur perabot
3.2.3 kekerapan penggunaan untuk p&p
3.2.4 pengurusan aset
4.0 Tugasan 3
4.1 Pengubahsuaian Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
*KALEIDOSKOP
5.0 Tugasan 4
5.1 Refleksi Tugasan (1)
Refleksi Tugasan (2)
Refleksi Tugasan (3)
6.0 Rujukan
Kesimpulan
Bilik Sains merupakan tunggak kepada pendidikan sains. Oleh yang demikian, Bilik
Sains di Sekolah Rendah di negara kita harus dipertingkatkan kualitinya berkonsepkan Makmal
Sains Yang Bestari, bagi menggerakkan budaya pembelajaran berfikrah selaras dengan
perkembangan pesat dalam dunia sains dan teknologi. Sistem teknologi terkini adalah penting
sebagai satu cara untuk menjadikan pengurusan Bilik Sains menjadi efektif dan sistematik dari
segi pengurusan dan sumber-sumbernya.
Bilik Sains di sekolah sepatutnya dibekalkan dengan peralatan teknologi yang terkini
dan mencukupi. Penggunaan teknologi moden akan membantu, melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih cekap dan berkesan. Bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi,
alat teknologi yang membantu dalam persembahan seperti televisyen, projector LCD dan
sistem audio dan video adalah peralatan yang perlu dibekalkan dalam Bilik Sains.
Adalah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mempertingkatkan taraf
dan melengkapkan Bilik sains sekolah yang sedia ada. Walau bagaimanapun guru sains harus
mempunyai insiatif untuk mempertingkat dan melengkapkan Bilik Sains sekolah berpandukan
trend Makmal Sains Yang Bestari. Selain daripada itu, pihak sekolah boleh berusaha untuk
menjalankan aktiviti yang sesuai bagi mendapatkan sumber kewangan untuk tujuan tersebut.
Dalam usaha mempetingkatkan kualiti Bilik sains,spesifikasi yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah dirujuk dan dipatuhi.Menyedari hakikat itu, warga
pendidik sains perlulah bersedia dan sanggup melakukan perubahan kepada Bilik Sains yang
sedia ada kepada Makmal Sains Yang Bestari.
3 . Tatacara Pengurusan Kewangan Sekolah, Terbitan Bahagian Kewangan Kementerian
Pelajaran Malaysia 2006.
2. Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam.
JPA(S)NP.134/1/Klt.19/s.k 2 bertarikh 14 Mei 2009.
3 Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam. JPA(S)(BPO)253/2/11-
6/Klt.27(36) bertarikh 30 Disember 2008.
4. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2005. Tatacara Pengurusan Kewangan dan
Kumpulan Wang Sekolah
5 RECSAM (1978). Laboratory Management and Techniques for Schools and
Colleges. Anthonian Store Sdn. Bhd., 1978.
8.7.2 http://cd1.edb.hkedct.net/cd/science/laboratory/safety/shb_2002e.pdf. Handbook on
Safety in Science Laboratories. City University of Hongkong.
8.7.3 Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (1997). Guidelines for Labelling Hazardous
Chemicals. Kementerian Sumber Manusia, Malaysia.
8.7.4 Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (2004). Guidelines on First-Aid in the
Workplace. Kementerian Sumber Manusia, Malaysia.
8.7.5 Pusat Perkembangan Kurikulum (1999). Pengurusan dan Keselamatan Makmal Sains di
Sekolah. Kementerian Pelajaran Malays
Rujukan
6.5.1 Arahan Perbendaharaan.
6.5.2 Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009. Bab ’A’.
6.5.3 Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009. Bab ’A’.
6.5.4 Tatacara Pengurusan Kewangan Sekolah, Terbitan Bahagian Kewangan Kementerian
Pelajaran Malaysia 2006.
PENGENALAN
SCE 3123 Pengurusan Makmal Sains Dan Sumber merangkumi tiga tugasan