35
1.0 PENGENALAN Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap bahasa merupakan satu sistem yang digunakan untuk menyampaikan makna melalui bunyi. Kajian makna dikenali sebagai bidang semantik, iaitu bidang yang telah begitu lama diabaikan oleh linguistik kerana persoalan makna banyak mendatangkanmasalah jika tingkahlaku bahasa itu ditinjau dari sudut itu. Dalam mengkaji bahasa, semantik merupakan salah satu bidang yang terpenting untuk didalami oleh setiap pengkaji bahasa. Istilah semantik berasal dari sepatah kata Yunani Kuno iaitu sema yang bermaksud isyarat . Seterusnya kata itu menerbitkan kata semainein yang bermaksud bererti . Dari itu terbitlah istilah semantik yang menamai satu bidang ilmu mengenai kaji atau analisa makna (Abdullah Hassan, 1987). Makna memainkan peranan penting dalam pemakaian bahasa. Tanpa makna, suatu tutur itu tidak akan berguna (Abdullah Hassan, 1983). Kajian terhadap makna ialah suatu usaha yang menarik dan kompleks kerana tiada siapa tahu secara tepat apakah makna itu (Engelkamp, 1998). Dari itu, semantik adalah pusat pembelajaran tentang fikiran manusia iaitu proses berfikir, kognisi, konseptualisasi adalah saling berkaitan dalam mengklasifikasikan pengalaman melalui bahasa (Leech, 2003). Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), semantik berasal daripada perkataan Greek, iaitu semantikos yang membawa maksud memberikan tanda, sesuatu gejala atau tanda atau sesuatu yang bermakna. Semantik bermula daripada perkataan sema yang merujuk kepada aspek makna atau maksud, iaitu makna seperti yang diungkapkan dalam sesuatu bahasa atau sistem tanda yang lain. Merujuk kepada bahasa Inggeris, meaning, mean, meant dan means kesemuanya merujuk kepada makna atau maksud yang boleh digunakan dalam pelbagai situasi. Melalui komunikasi, manusia dapat mentafsirkan makna sesebuah mesej yang disampaikan kepadanya. Mereka mempunyai pelbagai cara dalam berkomunikasi sesama sendiri. Namun, tidak semua akan dapat menerima mesej yang betul. Inilah yang menjadi masalah dalam menganalisis makna. Kajian tentang makna adalah sangat kompleks kerana kadangkala komunikasi antara manusia boleh bersifat subjektif iaitu setiap manusia mempunyai pandangan masing-masing. Oleh itu, para sarjana 1

Pengenalan Mereka

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pengenalan kepada diri-diri mereka yang berharga

Citation preview

Page 1: Pengenalan Mereka

1.0 PENGENALAN

Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap bahasa

merupakan satu sistem yang digunakan untuk menyampaikan makna melalui bunyi. Kajian

makna dikenali sebagai bidang semantik, iaitu bidang yang telah begitu lama diabaikan oleh

linguistik kerana persoalan makna banyak mendatangkanmasalah jika tingkahlaku bahasa itu

ditinjau dari sudut itu. Dalam mengkaji bahasa, semantik merupakan salah satu bidang yang

terpenting untuk didalami oleh setiap pengkaji bahasa.

Istilah semantik berasal dari sepatah kata Yunani Kuno iaitu sema yang bermaksud

‘isyarat’. Seterusnya kata itu  menerbitkan kata semainein yang bermaksud ‘bererti’. Dari itu

terbitlah istilah semantik yang menamai “satu bidang ilmu mengenai kaji atau analisa makna”

(Abdullah Hassan, 1987). Makna memainkan  peranan penting dalam pemakaian bahasa.

Tanpa makna, suatu tutur itu tidak akan berguna (Abdullah Hassan, 1983). Kajian terhadap

makna ialah suatu usaha yang menarik dan kompleks kerana tiada siapa tahu secara tepat

apakah makna itu (Engelkamp, 1998). Dari itu, semantik adalah pusat pembelajaran tentang

fikiran manusia iaitu proses berfikir, kognisi, konseptualisasi adalah saling berkaitan dalam

mengklasifikasikan pengalaman melalui bahasa (Leech, 2003).

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), semantik berasal daripada perkataan Greek, iaitu

semantikos yang membawa maksud memberikan tanda, sesuatu gejala atau tanda atau

sesuatu yang bermakna. Semantik bermula daripada perkataan sema yang merujuk kepada

aspek makna atau maksud, iaitu makna seperti yang diungkapkan dalam sesuatu bahasa atau

sistem tanda yang lain. Merujuk kepada bahasa Inggeris, meaning, mean, meant dan means

kesemuanya merujuk kepada makna atau maksud yang boleh digunakan dalam pelbagai

situasi.

Melalui komunikasi, manusia dapat mentafsirkan makna sesebuah mesej yang

disampaikan kepadanya. Mereka mempunyai pelbagai cara dalam berkomunikasi sesama

sendiri. Namun, tidak semua akan dapat menerima mesej yang betul. Inilah yang menjadi

masalah dalam menganalisis makna. Kajian tentang makna adalah sangat kompleks kerana

kadangkala komunikasi antara manusia boleh bersifat subjektif iaitu setiap manusia mempunyai

pandangan masing-masing. Oleh itu, para sarjana linguistik dan bahasa telah mewujudkan

beberapa teori yang diharapkan dapat memudahkan lagi penganalisaan sesebuah makna

tertentu.

1

Page 2: Pengenalan Mereka

2.0 ISTILAH DAN SUBBIDANG SEMANTIK

2.1 DEFINISI SEMANTIK

2

DEFINISI SEMANTIK

Kata’semantik’ ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa makna ‘penting’ atau ‘bererti’.

Daripada segi ‘etimologi’ kata semantik berasal daripada kata Yunani yang bererti ‘tanda’ dan ‘lambang’.

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, semantik ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu perkataan.

Radiah Yusoff (Linguistik Pengenalan), Semantik ialah kajian tentang makna linguistic untuk morfem, perkataan, frasa dan ayat dalam bahasa manusia.

Siti Hajar Abdul Aziz (Buku Bahasa Melayu II), Kajian linguistik yang menganalisa makna baik pada peringkat morfem, kata, frasa, ayat atau wacana dan hubungannya dengan idea, konsep dan emosi. Makna diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran penutur mengujarkan kata dan mendapat gerak balas seperti yang dijangkakan daripada pendengar.

Sperber dan Wilson (Buku Bahasa Melayu II), kajian tentang makna yang diaplikasikan pada aspek makna ayat dari segi bentuk logiknya, khususnya pada peringkat tatabahasa dan nahu bentuk logiknya.

Page 3: Pengenalan Mereka

Kata ‘semantik’ ini sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani

semantickos yang membawa makna ‘penting’ atau ‘bererti’. Semantik pula secara ringkasnya,

dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam

bahasa.

Daripada segi ‘etimologi’ kata semantik berasal daripada kata Yunani yang bererti

‘tanda’ dan ‘lambang’. Oleh yang demikian, semantik dapat diertikan sebagai ilmu yang

menyelidik paduan tanda-tanda atau lambing-lambang yang menghasilkan sesuatu bahasa

serta ertinya.

Orang yang mula-mula menggunakan istilah semantik ialah M.Breal (1990) dalam

bukunya semantics : studies in the Science of Meaning. Semantik mengikut Kamus Dewan

Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu perkataan.

Menurut Radiah Yusoff, Semantik ialah kajian tentang makna linguistik untuk morfem,

perkataan, frasa dan ayat dalam bahasa manusia. (O’Grady,200,224, Fromin et al 2003,173).

Dalam Buku Bahasa Melayu kertas 910/1 & 910/2 pula mentakrifkan semantik sebagai

kajian makna linguistik bagi kata, frasa dan ayat atau dengan kata lain perkataan sebagai kajian

makna tentang bentuk-bentuk linguistik.

Dalam Buku Bahasa Melayu II, Siti Hajar Abdul Aziz, semantik ialah kajian linguistik

yang menganalisa makna baik pada peringkat morfem, kata, frasa, ayat atau wacana dan

hubungannya dengan idea, konsep dan emosi. Makna diertikan sebagai maksud, idea atau

konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran penutur apabila mengujarkan kata dan

mendapat gerak balas seperti yang dijangkakan daripada pendengar.

Sperber dan Wilson (1980) mendefinisikan Semantik ialah kajian tentang makna yang

diaplikasikan pada aspek makna ayat dari segi bentuk logiknya, khususnya pada peringkat

tatabahasa dan nahu bentuk logiknya.

Menurut Harimurthi Kridalaksana (1983), semantik ialah bahagian daripada struktur

bahasa yang berkaitan dengan makna. Satu system dan penyelidikan makna dalam sesuatu

bahasa.

3

Page 4: Pengenalan Mereka

2.2 SUBBIDANG SEMANTIK

4

SUBBIDANG SEMANTIK

Semantik dan makna

-Menurut Palmer(1992), istilah semantik merujuk kepada bidang kajian makna.

-Istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada kajian makna dalam bidang linguistik.

-Makna pula secara umumnya membawa erti ‘maksud’ atau ‘erti’.

-Kamus Linguistik (1997) memasukkan dua entri bagi kata makna, iaitu:

a) Erti yang didukung oleh kata atau kumpulan kata

b) Pemahaman sesuatu ujaran oleh pendengar

-Ogden dan Richard menjelaskan bahawa erti makna cukup menarik tetapi rumit sekali untuk memahami maksud kata makna.

Semantik dan linguistik

Semantik dan sejarah

Semantik dan pragmatik

-Berdasarkan sejarah linguistik, pada mulanya istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa.

-Tahun 1931 merupakan detik bersejarah dalam sejarah semantik kerana muncul tulisan Gustaf Stren.

-Menurut Ullman (1996), kajian semantic selepas tahun 1950 tidak lagi memberi perhatian terhadap perubahan makna dan sebab-sebabnya.

-Sebaliknya, kajian mula beralih kepada aspek dalaman tentang perbendaharaan kata dan juga prinsip umum dalam kajian bahasa tertentu.

-Semantik merupakan salah satu komponen penting dalam ilmu linguistik seperti bidang fonetik dan tatabahasa.

-Kajian bahasa tidak akan menjadi sempurna jika tidak ada unsur makna.

-Semantik menjadi amat penting dalam bidang tatabahasa.

-Walaupun ayat tersebut betul dari hokum tatabahasanya iaitu (S+P), namun ayat tersebut belum tentu dapat diterima umum kerana maknanya taksa.

-Contoh ayat : Kerusi itu sedang menyampaikan ucapan di Dewan Seri Melati.

-Tegasnya, maklumat semantik amat penting dalam linguistik.

-Pragmatik- menghuraikan makna berdasarkan konteks bagi penginterpretasian makna yang berbentuk abstrak yang memerlukan huraian yang lebih terperinci

-Gabungan semantik dan pragmatik- menjelaskan makna yang memerlukan tafsiran yang mendalam.

-Teori relevan

Page 5: Pengenalan Mereka

2.2.1 Semantik dan Makna

Bidang semantik merupakan bidang yang memberikan perhatian kepada aspek makna dalam

bahasa. Menurut Palmer (1992) istilah semantik merujuk kepada bidang kajian makna. Istilah ini

merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang lingusitik.

Istilah semantik mula-mula diperkenalkan ole M.Breal daripada kata Perancis

semantique. Kini istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada kajian makna dalam bidang

linguistik. Kata semantik juga diertikan sebagai ‘ilmu tentang makna atau erti’.

Kini, makna menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik. Manakala makna pula secara

umumnya membawa erti ‘maksud’ atau ‘erti’. Walau bagaimanapun, kata makna boleh

diberikan bermacam-macam pengertian yang lain. Kamus Linguistik (1997) memasukkan dua

entri bagi kata makna, iaitu :

(i) Erti yang didukung oleh kata atau kumpulan kata

(ii) Pemahaman sesuatu ujaran oleh pendengar, atau pemahaman kata atau frasa

bertulis oleh pembaca.

Ogden dan Richard (1956) pernah memberikan tidak kuran 16 pengertian bagi

perkataan makna dalam buku mereka. Antara pengertian yang diberikan termasuk makna

seperti ‘suatu sifat intrinsik, konotasi sesuatu kata, suatu inti, pokok, suatu kemahuan’ dan

‘emosi yang ditimbulkan oleh sesuatu’.

Jadi berdasarkan pengertian oleh Ogden dan Richard, kita fahami bahawa erti makna

cukup menarik tetapi rumit sekali untuk memahami maksud kata makna.

2.2.2 Semantik dan Linguistik

Kita sudah jelas bahawa semantik adalah sebahagian daripada linguistik. Kini semantik sudah

boleh diterima sebagai salah satu komponen penting dalam ilmu linguistik seperti bidang fonetik

dan tatabahasa. Ahli-ahli bahasa meletakkan bidang semantik pada sebelah hujung, manakala

fonetik pula pada hujung yang lain, dan tatabahasa atau nahu terletak di tengah-tengah deretan

ini.

Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan menjadi sempurna jika

tidak ada unsur makna. Semantik menjadi amat penting dalam tatabahasa, dan tanpanya kita

mungkin dapat membina atau melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumusnya tetapi

tidak tepat dari segi ilmu semantik. Contohnya, kita tidak boleh menerima ayat “Kerusi itu

5

Page 6: Pengenalan Mereka

sedang menyampaikan ucapan di Dewan Sri Melati”, sebagai ayat yang betul, walaupun ayat ini

menepati aturan bahasa, iaitu menururt susuna subjek dan predikat (S+P) di dalamnya. Hal ini

kerana maknanya adalah taksa. Tagasnya, maklumat semantik amat penting dalam linguistik.

2.2.2 Semantik dan Sejarah

Berdasarkan sejarah linguistik, pada mulanya istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada

perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa. Sebelum tahun 1930, kajian semantik

telah memberi focus kepada aspek kajian tradisional, iaitu perubahan makna. Tetapi, selepas

tahun 1930, perubahan telah berlaku dan semantik sudah mula melihat masalah deskriptif dan

struktur dalam semantik (Ullman, 1996). Tahun 1931 merupakan detik bersejarah dalam

sejarah semantik. Hal ini kerana pada tahun itu telah muncul tulisan Gustaf Stren yang berjudul

Meaning and Change of Meaning with Special Reference to English Languange. Penerbitan

tulisan ini telah membawa trend baharu dalam bidang semantik.

Menurut Ullman (1996), kajian semantik selepas tahun 1950 tidak lagi memberi

perhatian terhadap perubahan makna dan sebab-sebabnya. Sebaliknya, kajian mula beralih

kepada aspek dalaman tentang perbendaharaan kata dan juga daripada prinsip umum kepada

kajian bahasa yang tertentu.

3.0 FITUR MAKNA

6FITUR MAKNA

Page 7: Pengenalan Mereka

Fitur atau ciri semantik merupakan hubungan makna bagi sejumlah kata yang masing-masing

mempunyai ciri-ciri tersendiri.

Makna sesuatu perkataan itu dibahagikan kepada komponen-komponennya. Makna

perkataan dianggap terdiri daripada sekelompok fitur distingtif. Fitur-fitur ini dipilih dan

ditentukan lebih dahulu supaya jangan ada yang sama dengan fitur lain. Walaupun ada dalam

kalangan ahli yang mengatakan mustahil untuk kita menentukan makna semua fitur yang perlu

bagi menentukan makna sesuatu perkataan itu.

Dalam menyatakan makna, fitur-fitur tersebut diberi tanda + atau -. Tanda-tanda

tersebut mempunyai pengertian khusus dalam memberi makna tersebut. Tanda + membawa

maksud fitur tersebut wujud pada perkataan yang hendak dianalisis maknanya, dan sebaliknya

tanda – bermaksud perkataan tersebut tidak mempunyai fitur tersebut. Contohnya bagi benda

bernyawa, kita berikan fitur +binatang, -batu. Oleh yang demikian, kita tentukan fitur bagi

menentukan makna sesuatu perkataan.

3.1 SIFAT MAKNA

7

SIFAT MAKNA

KELAS MAKNA

LEWAH DALAM MAKNA

Makna emotif

Makna denotasi Makna

konotasiMakna

referensial

Makna kognitif

Makna piktorial

Page 8: Pengenalan Mereka

Sifat makna ialah makna bersifat dinamis dan evolusi. Dinamis iaitu boleh berubah-ubah dan

evolusi pula boleh berkembang. Terdapat beberapa ciri yang menentukan sesuatu makna.

Pertama, ungkapan yang dihasilkan mesti dipilih mengikut kesesuaian, jika tidak ungkapan

tersebut adalah tidak bermakna. Kedua, b udaya masyarakat penutur berkait rapat dengan

bahasa kerana hanya mereka yang memahami budaya. Ketiga, makna juga ditentukan

bergantung kepada situasi dan perasaan penutur semasa menyampaikan sesuatu ungkapan

itu. Keempat, makna dalam peribahasa (kiasan/simpulan bahasa/pepatah dll) digunakan bagi

membawa makna yang berbeza daripada makna asal. Terdapat beberapa factor perubahan

sifat makna seperti perkembangan bahasa itu sendiri, tanggapan penutur, peluasan makna,

pembatasan/penyempitan makna dan tujuan simbolik dan stilistik.

3.2 KELAS MAKNA

Kelas makna terbahagi kepada beberapa iaitu :

1. Makna emotif ; makna yang berlaku akibat reaksi individu daripada apa yang didengari.

(contohnya, hei,lembu!)

2. Makna denotasi ; makna tersurat. (contohnya, tangan,muka,hidung )

3. Makna konotasi ; makna tersirat ( contohnya, warna biru-lambang perpaduan)

4. Makna referensial ; makna yang merujuk kepada sesuatu benda/perkara.

5. Makna kognitif ; makna yang boleh dijelaskan melalui analisis komponen. (contohnya,

pohon-tumbuhan yang ada batang, daun serta kukuh dan tinggi)

6. Makna pictorial ; makna yang muncul daripada bayangan pendengan/penutur mengikut

kefahaman masing-masing.

3.3 LEWAH DALAM MAKNA

Lewah bererti penggunaan kata/gabungan kata yang berlebihan dengan makna kata.

Contohnya, mereka semua, papa kedana, demi untuk dan lain-lain. Terdapat beberapa factor

berlakunya lewah dalam makna :

a) Pengulangan – Contohnya, mereka-mereka, ibu bapa-ibu bapa.

b) Penambahan imbuhan yang tidak diperlukan – Contohnya, memperbesarkan

(sepatutnya, memperbesar).

c) Kata sendi yang berturut-turut – Contohnya, demi untuk.

4.0 MAKNA LEKSIKAL

8

Page 9: Pengenalan Mereka

Makna leksikal juga disebut sebagai makna kata. Makna leksikal atau kata merupakan

subbidang linguistik yang merujuk kepada kajian tentang apa yang ditunjukkan atau

dimaksudkan oleh sesuatu perkataan dalam sesuatu bahasa. Secara umumnya, perkataan

dapat digunakan untuk memberikan makna kepada sesuatu benda atau sesuatu perkara. Kata

juga menggambarkan sesuatu konsep yang bergantung pada pemilihan kata dan semantik

leksikal yang digunakan.

Makna-makna perkataan yang terdapat di dalam kamus disebut makna leksikal, iaitu

makna perkataan itu sendiri tanpa melibatkan penggunaannya dalam ayat. Kamus menjadi

pegangan dan rujukan penting bagi penutur bahasa tersebut.

4.1 SINONIM

Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yang mempunyai makna yang sama

atau hampir sama. Secara umumnya, sinonim disebut sebagai perkataan seerti, misalnya

perkataan ‘kereta’ dan ‘motokar’, ‘sejuk’ dan ‘dingin’, ‘suka dan ‘gemar’ dan banyak lagi. Dalam

Bahasa Melayu,terdapat kamus sinonim yang mengandungi senarai perkataan seerti bahasa

Melayu. Terdapat beberapa jenis sinonim iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras social dan

kolokasi.

4.2 Antonim

9

MAKNA LEKSIKAL

ANTONIM

HIPONIM

HOMONIM

POLISEM

SINONIM

Page 10: Pengenalan Mereka

Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang

tidak sama. Secara umumnya, antonym disebut sebagai perkataan berlawanan, misalnya

‘sejuk’ lawannya ‘panas’, ‘cantik’ lawannya ‘hodoh’, ‘tinggi’ lawannya ‘rendah’ dan sebagainya.

Terdapat beberapa jenis antonim iaitu antonim pasangan komplemen, antonim hubungan

darjah dan antonim hubungan bertentangan.

4.3 Hiponim

Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Sebagai contoh,

‘melur’, ‘mawar’, ‘kemboja’ ialah hiponim kepada bunga. Secara umumnya, hiponim merupakan

kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau

dalam erti kata lain ialah kata umum yang mempunyai lingkungan atau anggotanya terdiri

daripada kata yang khusus.

4.4 Homonim

Homonim merujuk kepada hubungan antara homonim iaitu dua kata atau lebih yang

mempunyai, sama ada bunyi atau ejaan yang sama, tetapi berlainan makna. Perkataan yang

mempunyai sebutan yang sama, tetapi berbeza makna seperti yang disebutkan tadi dikatakan

mempunyai hubungan homonim. Sebagai contoh, perkataan ‘kepala’ yang membawa maksud

‘ketua’ tidak sama maknanya dengan ‘kepala kereta api’, ‘kepala manusia’ dan ‘kepala surat’.

Penggunaan homonim dalam ayat boleh menimbulkan kekeliruan jika tidak berlatar

belakangkan konteks tertentu. Hal ini kerana, homonim mempunyai sebutan dan bentuk ejaan

yang sama, tetapi berbeza dari segi makna.

4.5 Polisem

Polisem ialah perkataann yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara

konseptual dan sedarjah. Dengan kata lain, polisem ialah hubungan kata atau frasa yang

mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama. Sebagai contoh, kata

bantu ‘tentang’ boleh bermaksud perkaitan antara sesuatu perkara. Ada masanya, perkataan

‘tentang’ boleh membawa maksud ‘lawan’, seperti dalam ayat “Kita tentang habis-habisan”.

Berdasarkan contoh tersebut yang variasi maknanya, tetapi kewujudan polisem ditinjau dengan

berasaskan konteks penggunaan.

5.0 PERUBAHAN SEMANTIK DAN MAKNA PERIBAHASA

10

Page 11: Pengenalan Mereka

Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap bahasa

merupakan satu sistem yang digunakan untuk menyampaikan makna melalui bunyi. Kajian

makna dikenali sebagai bidang semantik. Makna tidak mungkin dapat dikaji secara formal atau

secara terasing daripada konteks atau teks. Keadaan ini berlaku kerana ada makna yang

tersurat dan tersirat.

Perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam

mana-mana bahasa di dunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya dan akibat terdedah

kepada pelbagai fenomena seperti pertembungan dengan bahasa-bahasa lain, serta faktor-

faktor sosial seperti tabu, kemasukan idea-idea baharu dan perkembangan ilmu baharu seperti

sains dan teknologi, maka bahasa sentiasa menampilkan perubahan makna.

Ullman (1957) menyenaraikan enam sebab perubahan makna; antaranya termasuklah

sebab-sebab linguistik (bahasa), sejarah, sosial, psikologi, pengaruh luar dan keperluan untuk

kata baharu. Sementara itu, Bloomfield (1992) pula menyenaraikan Sembilan jenis perubahan

yang berlaku dalam bahasa. Menurut beliau, perubahan makna dalam bahasa berlaku akibat

daripada peluasan makna, penyempitan makna, metafora, metonimi, sinekdoksi, hiperbola,

litotes, pejorasi dan ameliorasi. Menurut Stren (1965) juga, perubahan makna bagi suatu kata

ialah “apabila sesuatu kata digunakan untuk menyatakan sesuatu makna yang belum pernah

dinyatakan lagi.”

Peribahasa pula ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas,

mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa tradisi merujuk

kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak

sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh

tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.

Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang

membina minda. Tetapi pada masa kini, pelbagai peribahasa dicipta yang memaksa pelajar-

pelajar menghafalkan seberapa banyak peribahasa seperti robot. Peribahasa yang baru dicipta

ini memberikan peluang kepada penerbit buku melariskan buku masing-masing dengan mengisi

buku masing-masing dengan peribahasa moden yang janggal, dengan setiap penerbit

menghasilkan peribahasa masing-masing. Selain itu, peribahasa yang baru dicipta ini juga

mendorong kepada merosakkan bahasa, kerana sesetengah daripadanya hanya dibuat secara

serkap jarang tanpa sebarang penyeliaan oleh sebarang pihak.

5.1 PELUASAN MAKNA PERKATAAN

11

Page 12: Pengenalan Mereka

Peluasan bermaksud berlaku apabila sesuatu perkataan yang mempunyai satu makna memiliki

makna-makna yang lain. Menurut Mohd Ra’in Shaari dan Abdullah Yusof (2008:240), peluasan

makna diertikan sebagai proses meluaskan atau memperbesar komponen makna suatu

perkataan. Menurut Chaer pula, apa yang dimaksudkan dengan penambahan atau peluasan

makna adalah gejala yang terjadi pada sebuah kata atau leksem yang pada mulanya hanya

memiliki satu makna, tetapi kemudian kerana pelbagai faktor memiliki makna-makna lain.

Contohnya, perkataan ‘saudara’, misalnya pada mulanya bermaksud orang yang sama ayah

dan ibu. Kemudian maknanya diperluaskan meliputi orang yang ada hubungan kekeluargaan.

Akhir sekali perkataan ini menjadi bentuk panggilan menerusi kata ganti nama diri orang kedua,

terutamanya kepada orang lelaki.

Melalui penulisan ini, penulis akan mengkaji serta menghuraikan peluasan makna bagi

kosa kata “anak”, “ibu”, “bapa”, “muka”, “kaki” dan “tangan”. Kata “anak” biasanya dihubungkan

dengan turunan ataupun anak kandung ibu dan ayah . Contoh ayatnya ialah ‘Ali merupakan

anak kepada Pak Abu dan Mak Minah’. Namun begitu, kosa kata “anak” juga sering digunakan

oleh guru semasa memanggil murid-murid dalam kelas yang bukan merupakan anak

kandungnya. Contoh ayatnya ialah ‘Anak-anak, esok kamu kena hantar soalan yang cikgu

berikan semalam’. Kosa Kata “anak” ini mampu memberi banyak makna walaupun tidak

ditambah dengan apa-apa perkataan selepasnya.

Kosa kata “anak” juga memberikan banyak maksud apabila ditambahkan dengan

perkataan lain selepasnya. Kini, muncul urutan kata “anak kunci”, “anak sungai”, “anak baju”,

“anak buah”, “anak bukit” dan “anak jantan”. Turutan kata tersebut tidak dapat diterangkan

secara biologis. Hal ini kerana, kosa kata “baju”, “buah”, “bukit” dan “sungai” tidak mungkin akan

beranak.

Maksud “anak kunci” ialah alat untuk mengunci rumah, peti, pagar dan sebagainya.

Penekanan pada makna perkataan tersebut sangat penting kerana kedua-dua kosa kata ini

iaitu “anak” dan “kunci” merupakan dua perkataan yang berbeza maksudnya. Penggunaan

perkataan “anak kunci” dalam ayat ialah “Ayah memberikan anak kunci rumah kepada ibu”.

Seterusnya ialah perkataan “anak sungai”. Seperti yang kita ketahui, sungai merupakan benda

bukan hidup yang tidak dapat bertambah bilangannya melalui pembiakan atau kelahiran. “Anak

sungai” bermaksud sungai-sungai lain yang mengalir ke sungai utama. Contoh ayatnya ialah,

‘Pak Mamat memancing ikan di anak sungai yang berada di tebing Sungai Rajang’.

12

Page 13: Pengenalan Mereka

Seterusnya ialah “anak baju”. Maksud “anak baju” ialah baju kecil yang dipakai di dalam

baju. Ayat yang sesuai untuk “anak baju” ialah ‘Ibu sering menasihati saya supaya sentiasa

memakai anak baju’. “Anak bukit” pula ditakriflan sebagai bukit kecil. Contoh ayatnya ialah

‘Rumah Azie terletak berhampiran anak bukit itu’. Selepas itu, kosa kata “anak jantan” juga

boleh dikategorikan dalam peluasan makna bagi perkataan “anak” ini. “Anak jantan” bermaksud

lelaki yang berani. Contoh ayat untuk perkataan ini ialah ‘Muaz memang anak jantan kerana

sanggup berjuang menegakkan kebenaran demi maruah keluarganya.

Maksud bagi kosa kata “Anak buah” pula terbahagi kepada dua iaitu yang pertama ialah

anak saudara. Contoh ayatnya ialah ‘Hashim memikul tanggungjawab menjaga anak buahnya

semasa kakaknya pergi menunaikan haji ke Mekah’. Maksud yang kedua pula ialah pekerja di

bawah jagaan kita. Contoh ayatnya pulai ialah ‘Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah

saya siang tadi. Maka jelaslah bahawa perkataan “anak” dapat ditakrifkan dengan pelbagai

makna jika ditambah dengan perkataan lain dan sekaligus akan menghasilkan simpulan

bahasa.

Seterusnya ialah kosa kata “ibu”. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “ibu”

ditakrifkan sebagai seorang wanita yang melahirkan anak kandung dan anak kandungnya

tersebut akan memanggilnya dengan panggilan “ibu”. Kini, kosa kata “ibu” digunakan juga untuk

memanggil ibu mertua dan ibu tiri. Ibu mertua ialah ibu kepada suami atau isteri seseorang itu.

Ibu tiri pula seorang wanita lain yang mengahwini ayah seseorang itu dan merupakan bukan ibu

kandungnya. Selain itu, kita juga sering mendengar tuan rumah memanggil orang gajinya “ibu”.

Oleh itu, penggunaan perkataan “ibu” ini boleh dipelbagaikan dan memberi maksud yang

berbeza-beza.

Di samping itu, terdapat beberapa simpulan bahasa yang memberi makna yang berbeza

dengan menggunakan perkataan “ibu” seperti “ibu angkat”, “ibu ayam”, ibu keladi” dan “ibu

Pertiwi”. Perkataan “ibu angkat” diberi maksud perempuan yang memelihara seseorang seperti

anakya sendiri. Contoh ayat ialah ‘Ibu angkat saya memelihara saya semenjak saya berumur

tiga tahun lagi’. Seterusnya ialah perkataan “ibu ayam” yang diberi maksud perempuan yang

memperdagangkan pelacur. Contoh ayatnya ialah ‘Menjadi ibu ayam adalah pekerjaan yang

dikutuk oleh Allah’.

“Ibu Keladi” bermaksud orang tua yang berkelakuan seperti orang muda. Contoh ayat, ‘

Che Aimi, si ibu keladi itu memakai baju dan seluar berwarna oren’. Seterusnya ialah kosa kata

“Ibu Pertiwi”. Perkataan ini sering digunakan semasa menyanyian lagu negeri. Maksud sebenar

13

Page 14: Pengenalan Mereka

kosa kata ini ialah tanah tempat kelahiran. Contoh ayatnya ialah, ‘Malaysia merupakan ibu

pertiwiku yang dicintai’.

Kosa kata yang ketiga juga merupakan salah satu kosa kata mengalami perluasan

maknanya iaitu “bapa”. Maksud perkataan “bapa ialah seorang lelaki dan merupakan pasangan

kepada ibu yang melahirkan seseorang. Kini, kosa kata “bapa” turut digunakan oleh pembantu

rumah yang memanggil tuannya. Contoh ayat ialah “Bapa, saya mahu ke klinik esok”.

Perluasan perkataan “bapa” ini juga dapat membentuk beberapa simpulan bahasa.

Antara peluasan bagi kosa kata “bapa” ialah “anak bapa”, “bapa saudara”, dan “bapa

angkat”. Kosa kata “anak bapa” memberi maksud anak yang manja serta rapat dengan

bapanya lebih daripada anak-anak yang lain. Contoh ayatnya ialah ‘Darwish digelar anak bapa

kerana dia begitu manja dengan bapanya’. Seterusnya ialah kosa kata “bapa saudara”. Konsep

“bapa saudara” ini ialah adik beradik lelaki ibu atau bapa seseorang itu. Pelbagai panggilan

boleh digunakan untuk menunjukkan maksud “bapa saudara” yang sebenar iaitu pakcik, paksu,

paklong dan sebagainya. Contoh ayatnya ialah, ‘Adik Nadihah keluar bersiar-siar bersama bapa

saudaranya, Rashid’.

Selepas itu ialah kosa kata “bapa angkat”. Konsep kosa kata “bapa angkat ini juga

bersesuaian dengan konsep kosa “ibu angkat” yang telah dijelaskan sebelum ini. Kosa kata

“bapa angkat” diberi maksud lelaki yang memelihara seseorang seperti anakya sendiri. Contoh

ayat ialah ‘Bapa angkat Zahid memeliharanya semenjak Zahid berumur dua tahun lagi’. Jadi,

perkataan “bapa” juga turut memberi banyak makna namun perlu disesuaikan kosa kata

tersebut dalam ayat mengikut konteks yang ditetapkan.

Kosa kata yang berikutnya ialah perkataan “muka” mengalami perubahan pada bentuk

maknanya. Maksud kosa kata “muka” ini pada dahulunya ialah bahagian hadapan kepala.

Namun begitu, pada era moden ini, kosa kata ini telah berkembang maknanya menjadi “wajah”,

ke pengetahuan”, “halaman buku” dan permukaan. Peluasan bagi kosa kata muka yang telah

dinyatakan bukan dari aspek simpulan bahasa kerana tidak ditambah perkataan sebelum atau

selepas kosa kata “muka” itu sendiri. Contoh-contoh ayatnya berserta maksud kosa kata “muka

adalah seperti berikut:

1. Muka Azad berubah apabila dituduh oleh gurunya mencuri duit rakan sekelas.

(wajah)

14

Page 15: Pengenalan Mereka

2. Salim dibawa ke muka pengadilan kerana didapati mengedar dadah jenis Shabu. (ke

pengetahuan)

3. “Sila buka muka surat 123 dan baca senyap petikan teks tersebut”, kata guru Aliyah

kepada murid-murid kelas 4 Seroja. (halaman buku).

Selain itu, terdapat beberapa simpulan bahasa yang menggunakan kosa kata “muka”

dalam sesuatu ayat. Antaranya ialah “air muka”, “muka tembok”, dan “muka dua”. Maksud kosa

kata “air muka” ialah rupa wajah seseorang itu. Contoh ayatnya ialah ‘Air muka bayi yang

meninggal dunia pagi tadi sangat tenang’. Seterusnya ialah “muka tembok”. “Takrif bagi kosa

kata ini ialah orang yang tidak tahu malu. Contoh ayat, ‘Kumpulan wanita yang berlagak itu

membuat muka tembok apabila dimarahi oleh guru disiplin’. Kosa kata “muka dua” juga diberi

makna orang yang menyebelahi kedua-dua belah pihak. Contoh ayatnya ialah ‘Dalam hal ini,

saya bermuka dua kerana saya mendapati kedua-dua cadangan ini relevan. Oleh itu, kosa kata

“muka” memberikan banyak makna mengikut penggunaan ayat yang sesuai.

Perkataan yang turut mengalami perluasan makna ialah kosa kata “kaki”. Pada asalnya,

kosa kata “kaki” ditakrifkan sebagai anggota badan mulai dari paha hingga ke bahagian

bawahnya yang berfungsi untuk berjalan, berlari dan melompat. Kosa kata “kaki” juga turut

digunakan dalam penjodoh bilangan bagi beberapa jenis benda iaitu sekaki payung. Selepas

itu, kosa kata “kaki” ini juga merujuk kepada ukuran panjang seperti 12 inci atau 30 sentimeter.

Contoh ayatnya ialah ‘Pak Hashim membeli tanah yang berukuran 5 kaki’.

Dalam simpulan bahasa pula, terdapat beberapa jenis peluasan makna bagi kosa kata

ini seperti “kaki lima”, kaki rambu”, kaki bangku”, “kaki langit” dan “kaki gunung”. Perluasan “kaki

lima” bererti bahagian lantai di hadapan kedai atau rumah. Contoh ayatnya ialah ‘Ainul berteduh

di kaki lima kedai makan sementara menunggu hujan berhenti’. Kedua ialah “kaki rambu”. “Kaki

rambu” ialah orang yang suka merayau. Contoh ayatnya ialah ‘sejak dipukul orang kampung

kerana disangkakan pencuri ketika sedang merayau, Faisal tidak lagi menjadi kaki rambu’.

Seterusnya ialah “kaki bangku” yang bermaksud tidak pandai bermain bola. Contoh

ayatnya ialah ‘Ilham merupakan satu-satunya murid yang digelar kaki bangku di dalam kelasnya

kerana tidak pandai bermain bola’. “Kaki langit” pula bermaksud langit di bahagian bawah.

Contoh ayatnya ialah ‘Pemandangan yang indah di kaki langit dapat dilihat pada waktu senja’.

Perkataan “kaki gunung” diberi makna di bahagian permulaan gunung. Contoh ayatnya ialah

‘Saya dan rakan-rakan berkhemah di kaki gunung sebelum memulakan pendakian ke puncak’.

Maka, jelaslah bawa kosa kata “kaki” turut mengalami perluasan makna.

15

Page 16: Pengenalan Mereka

Kosa kata yang terakhir yang akan penulis kaji ialah perkataan “tangan”. Menurut

Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kosa kata “tangan” ialah anggota tubuh dari kepala

bahu sampai ke hujung jari, anggota tubuh dari pergelangan tangan sampai ke hujung jari.

Makna lain bagi kosa kata “tangan” ialah kuasa atau pengaruh. Contoh ayatnya ialah ‘Kuasa

memerintah negeri terletak dalam tangan rakyat’.

Selain itu, terdapat bebrapa simpulan bahasa yang menjelaskan kepelbagaian makna

yang menggunakan kosa kata “tangan” ini. Antaranya ialah “panjang tangan”, “buah tangan”

dan “tangan terbuka”. “Tangan terbuka” bermaksud suka menolong orang yang dalam

kesusahan. Contoh ayat ialah ‘Keluarga Hasnan menerima kedatangan anak yatim itu dengan

tangan terbuka’. Kosa kata “panjang tangan” bermaksud perbuatan yang jahat dan suka

mencuri. Contoh ayatnya ialah ‘Mazlan digelar panjang tangan oleh penduduk kampung kerana

beberapa kali ditangkap mencuri’.

Selepas itu, kosa kata “buah tangan” selalu kita dengar di kaca televisyen, corong-

corong radio malah sering digunakan dalam perbualan harian. “Buah tangan” bererti hadiah

ataupun pemberian ikhlas kepada seseorang yang dalam kesusahan. Contoh ayatnya ialah

‘Jasmin membawa buah tangan untuk diberi kepada Adam yang ditahan di wad kecemasan

kerana terlibat dalam kemalangan’. Maka, terbuktilah bahawa kosa kata “tangan” turut

mengalami perubahan makna menerusi konsep perluasan makna.

Jadi, keenam-enam kosa kata ini telah dihuraikan kepelbagaian maknanya berserta

contoh ayat. Kosa kata ini sangat berhubung dengan beberapa simpulan bahasa yang sering

digunakan dalam kehidupan seharian. Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan maksud

simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan

mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya.

Oleh itu, keindahan bahasa dapat dihuraikan dalam konsep perubahan makna semantik ini.

Menerusi satu kosa kata yang mudah boleh menghasilkan serta memberi maksud yang khusus

terhadap beberapa perkara. Penggunaan kosa kata ini perlu diterapkan dan dimanfaatkan

dalam kehidupan seharian.

16

Page 17: Pengenalan Mereka

6.0 ULASAN DAN ANALISIS TEKS ARTIKEL DARIPADA MAJALAH DAN INTERNET

Bahagian ini memerlukan penulis untuk membuat analisis dan menghasilkan rumusan

berdasarkan artikel terpilih. Penulis telah memilih dua jenis artikel yang berbeza iaitu satu

daripada Majalah Dewan Budaya Terbitan 2014 dan satu lagi daripada sumber internet iaitu

daripada Berita Harian Online Tahun 2015. Tajuk artikel daripada majalah ialah ‘Warna-Warni

Kopitiam Moden’ manakala tajuk artikel daripada sumber internet pula ialah ‘Budaya Unik

Rumah Terbuka Wajar Diteruskan’.

Penulis akan menjelaskan beberapa aspek iaitu kata singkatan, ejaan, kata istilah asing,

binaan kata dan binaan ayat dalam dua artikel pilihan penulis. Sebelum itu, penulis akan

menerangkan definisi-definisi bagi kata singkatan, ejaan, kata istilah asing, binaan kata dan

binaan ayat.

Kata singkatan ialah sesuatu yang disingkatkan atau dipendekkan. Menurut Manseor

Pateda (1995) singkatan adalah pemendekan kata-kata yang teratur mewujudkan satu bentuk

kata. Proses singkatan tidak melibatkan gabungan. Kata singkatan sebenarnya melibatkan

pembuangan huruf yang terdapat dalam beberapa perkataan. Contohnya perkataan “bilangan”

menjadi “bil”. Walau bagaimanapun, kata singkatan ini sebenarnya tidak termasuk dalam

golongan kata singkatan kerana kata-kata yang telah disingkatkan ini lebih kepada bentuk

tulisan. Kata-kata ini ditulis dalam penulisan novel, majalah, komik dan sebagainya untuk

menjimatkan ruang dan masa.

Dalam artikel majalah, penulis telah mengenalpasti perkataan Bahasa Inggeris yang

telah disingkatkan dengan memetik suku kata pada awal perkataan. Pada perenggan yang

kesepeluh, perkataan “sitcom” ditulis menerusi ayat, ‘Sitcom yang diterbitkan oleh Double

Vision dengan penciptanya, Ng Ping Ho itu memenangi hadiah naib johan kategori sitcom

terbaik dalam Asian Television Awards pada tahun yang sama’. “Sitcom” apabila dihuraikan

memberi makna “situation comedy” dan perkataan “sitcom” lahir apabila memetik suku kata

awal kedua-dua perkataan tersebut.

Menerusi artikel pada internet pula, penulis akan menghuraikan dua kata singkatan yang

digunakan iaitu “tu” dan “ia”. Kata singkatan yang digunakan dalam artikel ini pengguguran

vocal atau konsonan atau suku kata yang disingkirkan. Di antara perkataan yang disingkatkan

dalam artikel ini adalah “itu” menjadi “tu”. Kata singkatan ini melambangkan penulis ingin

menyatakan mengenai watak dalam artikel yang menginginkan sesuatu. Sebagai contoh, kata

17

Page 18: Pengenalan Mereka

singkatan ini boleh didapati pada perenggan yang keempat menerusi ayat, ‘Era globalisasi kini

sudah banyak menjarakkan hubungan antara manusia dengan kehadiran gajet yang canggih

sehingga seorang manusia tu tidak bergaul lagi dengan orang di sekeliling’.

Seterusnya, artikel ini juga banyak menggunakan kata singkatan “ia”. Kata singkatan “ia”

ini sangat umum untuk ditakrifkan. “Ia” merupakan kata singkatan yang luas dan bergantung

kepada ayat yang digunakan untuk menentukan maksud kata singkatan ini. Dalam artikel ini,

pada perenggan ketiga melalui ayat, ‘Antaranya ialah ia dapat memupuk semangat kekitaan

dan kejiranan’. Perkataan “ia” di sini merujuk kepada budaya kunjung-mengunjungi semasa

rumah terbuka pelbagai kaum di Malaysia. Kata singkatan ini digunakan untuk memendekkan

ayat serta mengindahkan bahasa dengan pelbagai variasi dan perbendaharaan kata.

Seterusnya, bahagian ini turut menekankan aspek ketepatan ejaan yang terdapat dalam

artikel. Ejaan terdiri daripada penyusunan huruf-huruf untuk menghasilkan perkataan yang

mempunyai maksud tertentu kemudian disebut serta difahami. Terdapat tujuh jenis sistem ejaan

yang pernah wujud di Malaysia. Daftar ejaan Za'ba telah pun dikeluarkan pada tahun 1937

manakala daftar ejaan baru Bahasa Melayu dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada

1980. Ejaan dalam Bahasa Melayu terdiri daripada dua aspek iaitu aspek sistem ejaan rumi

lama dan ejaan rumi baru. Pada tahun 1972 sistem ejaan rumi baru Bahasa Melayu telah

dipersetujui bersama Malaysia dan Indonesia untuk mencapai tujuan standard atau pembakuan

bahasa antara Malaysia dan Indonesia.

Terdapat satu kesalahan ejaan pada artikel daripada majalah Dewan Budaya iaitu

“dikuti”. Perkataan “diikuti” dieja dengan menggunakan dua huruf “i”, Menerusi kesalahan ejaan

ini, perkataan “dikuti” tidak memberi apa-apa makna dan maksud. Seterusnya artikel daripada

internet juga terdapat satu kesalahan ejaan iaitu perkataan “mendidk”. Perkataan yang

sebenarnya ialah “mendidik”. Namun, jika dipandang sepintas lalu, ramai pembaca tidak akan

perasan akan kesalahan ejaan ini. Namun begitu, jika dilihat dari sudut tatabahasanya,

perkataan tersebut mampu mengubah makna satu ayat kerana perkataan yang salah ejaannya

tidak bermakna atau memberikan makna yang lain selain daripada konteks ayat tersebut.

Pengertian istilah adalah kata atau gabungan kata yang dengan cermat

mengungkapkan suatu makna, konsep proses, keadaan, atau sifat yang khas dalam bidang

tertentu. Istilah baru dapat dilakukan dengan pemadanan melalui penerjemahan atau

penyerapan istilah asing. Penterjemahan perlu memerhatikan kesamaan dan kesepadanan

18

Page 19: Pengenalan Mereka

makna konsepnya. misalnya: network — jaringan kerja, jejaring, medical treatment bererti

pengubatan, brother-in -law bererti abang/adik ipar, dan macam-macam lagi.

Terdapat beberapa penggunaan kata istilah asing daripada artikel majalah.

Kebanyakan istilah yang digunakan ialah perkataan daripada bahasa Cina. Pertama sekali,

tajuk artikel yang penulis pilih ialah “kopitiam”. Jika didengar dengan sepintas lalu, orang akan

dapat mengenalpasti bahawa perkataan ini daripada bahasa Cina. Perkataan “Kopi” merujuk

kepada minuman kegemaran di seluruh dunia manakala perkataan “tiam” pula jika telah

ditukarkan dalam bahasa Melayu diberi maksud kedai. Jika digabungkan menggunakan bahasa

Melayu yang biasa akan menjadi “kedai kopi”. Jika merujuk kepada artikel internet pula, ada

ayat yang menggunakan perkataan “respect” yang bererti menghormati. “Respect” merupakan

perkataan yang menggunakan bahasa Inggeris berserta dengan ejaan sepenuhnya.

Selain itu, terdapat beberapa istilah kata istilah asing yang telah disesuaikan dalam

bahasa Melayu. Contohnya, perkataan “popular”, industri”, “muslim” daripada artikel majalah

dan perkataan “globalisasi”, “modenisasi”, “tradisi” dan banyak lagi. Perkataan-perkataan ini

merupakan penyesuaian kata daripada istilah bahasa Inggeris dan istilah Arab. Perkataan-

perkataan ini memberikan makna yang sama seperti bahasa asal namun ada perkataan yang

diubah ejannya sesuai dengan ejaan bahasa Melayu dan ada tidak mengubah ejaan sama

sekali.

Seterusnya, penulis akan menjelaskan aspek binaan kata dalam artikel. Binaan kata

terbahagi pula kepada tiga subbidang iaitu pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan.

Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan

melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu

awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Dalam artikel majalah penggunaan imbuhan turut ditemui.

Contoh perkataan yang ditemui ialah “terdiri”, “dimaksudkan”, “berbilang”, “dilanggani” dan

banyak lagi. Ayat-ayatnya ialah :

1. Istilah kopitiam terdiri daripada dua bentuk kata.

2. Yang dimaksudkan dengan budaya kopi ialah orang Cina di rantau ini mencipta

banyak istilah baharu tentang minum kopi.

Dalam artikel internet pula, penggunaan imbuhan turut dikenalpasti. Contoh

perkataannya ialah “terbuka”, “meraikan”, “kekitaan” dan sebagainya. Contoh ayatnya ialah :

19

Page 20: Pengenalan Mereka

1. Antaranya ialah ia dapat memupuk semangat kekitaan dan kejiranan.

2. Sudah menjadi amalan rakyat Malaysia, tradisi atau amalan rumah terbuka seakan

menjadi kemestian bagi setiap perayaan utama seperti Hari Raya, Deepavali dan

Tahun Baharu Cina.

Subbidang yang kedua ialah penggandaan. Kata ganda dihasilkan dengan mengulang

atau menggandakan kata dasar. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis kata ganda iaitu

penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak. Penggandaan penuh

ialah menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada mengandungi imbuhan ataupun tidak.

Penggandaan separa pula ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja.

Penggandaan berentak ialah proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu

kata dasar tersebut. Kata berbentuk gandaan dapat dilihat dalam jadual 6.1.

Kata Ganda /

Artikel

Penggandaan penuh Penggandaan separa Penggandaan berentak

Artikel Majalah Hampir-hampir cecair Kuih-muih

Ragu-ragu

Artikel internet Rata-rata Bebudak Hiruk-pikuk

Jadual 6.1

Seterusnya ialah pemajmukan. Pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata

dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja

terpisah, namun ada juga kata majmuk yang dieja rapat disebabkan kelaziman penggunaan.

Contoh kata majmuk yang terdapat dalam artikel majalah ialah “kakitangan”, “beritahu”,

“tanggungjawab dan banyak lagi. Manakala, dalam artikel internet pula ialah perkataan

“”warganegara”, “kerjasama”, “tanggungjawab” dan sebagainya.

Akhir sekali, penulis akan mengkaji tentang binaan ayat. Ayat dapat dibahagikan kepada

dua jenis iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk. Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi hanya

satu klausa, iaitu satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan satu

predikat. Contoh ayat tunggal dan ayat majmuk dalamkedua-dua artikel pilihan ialah :

Artikel Majalah :

1. Kopitiam sudah berkembang menjadi tempat pertemuan segala lapisan masyarakat.

(ayat tunggal).

20

Page 21: Pengenalan Mereka

2. Walaupun ada usaha kopitiam baharu untuk mewujudkan semula nostalgia dengan

menggantung lampu gas dan menyediakan meja marmar, bangku kayu, cawan dan

piring tembikar, nafas lama itu sudah tidak boleh ditebus lagi. (ayat majmuk)

Artikel Internet :

1. Amalan rumah terbuka juga sangat berperanan dalam memupuk semangat

perpaduan antara kaum di Malaysia. (ayat tunggal)

2. Selain itu, masyarakat bukan Melayu juga akan melihat budaya rumah orang Melayu

serta amalan mulia orang Melayu yang bersalam-salaman serta cara bagaimana

orang Melayu melayan tetamu.

Kesimpulannya, pada keseluruhan artikel majalah dan artikel internet ini, penulis dapat

mengenaplasti penggunaan imbuhan dan ayat-ayat yang pelbagai bentuknya. Penggunaan

kata singkatan kurang diterapkan dalam kedua-dua artikel kerana artikel ini lebih banyak

menggunakan ayat penyata dan tiada dialog dalam artikel ini. Selain itu, kesalahan ejaan juga

kurang kerana artikel daripada majalah merupakan keluaran majalah Dewan Budaya dan

segala ejaan perkataan telah disemak beberapa kali. Begitu juga daripada artikel internet,

kesalahan ejaan kurang kerana artikel tersebut keluaran Berita Harian Online iaitu sangat

mementingkan kesempurnaan artikel tersebut.

Penggunaan kata istilah asing pula banyak digunakan dalam artikel majalah kerana

artikel tersebut ditulis berdasarkan intipati mengenai kebiasaan bagi kaum Cina. Oleh itu,

banyak istilah bahasa asing dapat diterapkan dalam artikel ini. Sebaliknya, dalam artikel internet

pula kurang menggunakan istilah asing kerana artikel tersebut lebih menjurus keapda

kehidupan rakyat Malaysia. Banyak perkataan-perkataan baku yang digunakan dalam artikel

tersebut. Berdasarkan aspek yang berikutnya iaitu binaan kata dan ayat, aspek ini banyak

digunakan dalam kedua-dua artikel yang penulis kaji. Pelbagai jenis kata dan ayat divariasikan

dalam kedua-dua artikel ini.

Oleh itu, kedua-dua artikel ini hamper sama bentuk penulisannya. Peristilahan Bahasa

Melayu perlu dititikberatkan untuk menghasilkan karya atau penulisan yang mantap dan unggul.

Aspek-aspek seperti yang telah diterangkan sebelum ini perlu diberi perhatian sepenuhnya

untuk memastikan hasil kerja yang relevan. Walapun agak rumit, namun penulis-penulis perlu

tahu serta menguasai aspek yang terkandung dalam peristilahan Bahasa Melayu ini.

21

Page 22: Pengenalan Mereka

7.0 RUMUSAN

Bidang semantik merupakan bidang yang memberikan perhatian kepada aspek makna dalam

bahasa. Menurut Palmer (1992), istilah semantik merujuk kepada bidang kajian makna. Istilah

ini merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik. Bidang semantik boleh

dibahagikan kepada beberapa subbidang seperti semantik linguistik dan semantik falsafah.

Subbidang ini jelas menunjukkan bahawa semantik mempunyai banyak makna. Kesamaan

makna, makna berlawanan, ejaan perkataan yang sama tetapi membawa banyak maksud dan

lain-lain. Perkataan-perkataan yang mendukung banyak makna ini ju8ga boleh diterbitkan

daripada kata-kata istilah dan diserap daripada bahasa asing.

Secara kesimpulannya, semantik ialah ilmu tentang makna. Pembelajaran dalam bidang

semantik ini mampu memberi kesan positif kerana boleh meluaskan perbendaharaan kata

seseorang dan memperlihatkan bahawa bahasa Melayu seterusnya mengangkat martabat

bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa, ilmu semantik berperanan besar kerana

menggambarkan bahawa bahasa Melayu ini sangat unik dan memiliki nilai yang tinggi sebaris

dengan bahasa asing yang lain. Walaupun ada perkataan-perkataan bahasa Melayu itu sendiri

diserap masuk daripada bahasa asing tetapi itu tidak menjadikan bahasa Melayu ini perlu

dibiarkan sepi dan terus ditinggalkan begitu sahaja kerana itu hanyalah alasan untuk individu

yang tidak cintakan bahasanya.

Semestinya, bidang kajian tentang makna makna ini menjelaskan perihal hubungannya

dengan bahasa yang memperlihatkan bahasa Melayu mengandungi pelbagai perkataan di

mana setiap perkataan itu mempunyai banyak makna. Oleh itu, sebagai penutur bahasa

Melayu, ilmu ini perlu dipelajari supaya penutur tersebut dapat mengaplikasikan bahasa melayu

yang indah dan memperlihatkan nilai kesantunan bahasa melayu yang tinggi kepada penutur

asing.

22

Page 23: Pengenalan Mereka

REFLEKSI

Pepatah ada mengatakan ‘pengalaman mendewasakan kita’ dan ‘jauh perjalanan luas

pengalaman’. Begitulah kata-kata hikmah yang dapat saya gambarkan kepada diri saya

semasa dan selepas saya melaksanakan tugasan kerja kursus pendek ini. Hal ini

demikian kerana saya dapat merasakan sendiri perubahan pada ilmu pengetahuan dan

kefahaman saya ini mengenai bidang bahasa ini. Jika dahulu saya kurang memahami

pelajaran dan isi-isi penting dalam bidang ini namun setelah menjalankan kajian

mengenai bidang ini sedikit demi sedikit saya mula memahami bidang ini malah

perasaan ingin tahu saya sentiasa membuak-buak untuk terus mengkaji bidang ini.

Hasilnya, kefahaman saya sekarang mengenai bidang ini semakin meningkat. Benarlah

kata orang, ‘tak kenal, maka tak cinta’. Setelah saya mengenali asas-asas pengetahuan

tentang ilmu bahasa khususnya bidang semantik ini barulah saya tertarik untuk

mengkaji dengan lebih mendalam lagi sehingga ke akar umbi.

Sepanjang saya melaksanakan tugasan kerja kursus pendek ini, saya telah

menjalankan kajian mengenai makna perkataan atau ayat dalam Bahasa Melayu.

Bukan itu sahaja, saya juga telah mengkaji tentang definisi semantik, subbidang

semantik, fitur makna dan makna leksikal. Seterusnya, penulis juga mengkaji tentang

perubahan semantik dan makna peribahasa dan juga peristilahan bahasa Melayu. Bagi

saya, apa yang saya pelajari sepanjang menyiapkan tugasan ini amat bermakna dan

penting untuk ilmu pengetahuan yang saya miliki. Saya berasa tertarik untuk mengkaji

dengan lebih dalam lagi mengenai bidang bahasa ini kerana saya sedar ilmu yang ada

pada saya ini hanyalah ibarat ‘setitis air di lautan’ sahaja dan kerana saya sentiasa

berpegang teguh kepada peribahasa yang berbunyi ‘tuntutlah ilmu dari dalam buaian

hingga ke liang kubur’ dan ‘tuntutlah ilmu walau ke negara China sekalipun’.

Selain itu, saya juga memperoleh nilai-nilai murni yang berharga bagi saya

sepanjang pelaksanaan tugasan ini. Melalui kajian yang saya jalankan, saya rasa

bertuah dan bersyukur kerana dilahirkan sebagai anak Malaysia yang merdeka kerana

kita dapat mengecapi kenikmatan hidup berdasarkan keunggulan bahasa kita dalam diri

masing-masing. Selain itu, saya juga sedar bahawa sebagai bakal pendidik adalah

23

Page 24: Pengenalan Mereka

penting bagi saya untuk menguasai bidang ini agar saya dapat mempraktikkannya di

dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah nanti . Justeru, kita

hendaklah sentiasa menginsafi diri dan bersyukur kepada Tuhan atas nikmat ini dan

menggunakannya untuk kebaikan serta menjauhkan diri daripada kejahatan kerana

nikmat Tuhan ini boleh ditarik semula pada bila-bila masa sahaja. Jangan nanti apabila

ia sudah terjadi barulah kita akan menyesal ibarat ‘sudah terhantuk baru terngadah’

kerana ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna’.

Akhir sekali, pengalaman berharga yang saya peroleh sepanjang tugasan ini

dilaksanakan ialah saya dapat merasai kepayahan dan kesukaran tokoh-tokoh bahasa

untuk memperkembang dan memajukan bidang semantik agar bidang ini dapat

digunapakai secara meluas dan dapat diwarisi kepada generasi akan datang.

Sepanjang kajian ini saya dapat merasai kepayahan dan kesulitan tokoh-tokoh ini untuk

menghasilkan aplikasi yang terbaik dan saya berasa bangga dengan kesungguhan dan

usaha mereka untuk meningkatkan bidang bahasa ini. Oleh itu, tanggungjawab untuk

menjaga dan memperkembang bidang ini adalah terletak di bahu kita semua, rakyat

Malaysia. Marilah kita bersama-sama berganding bahu mengembleng tenaga untuk

membangunkan lagi bidang ini bagi menjadikan negara Malaysia negara yang

cemerlang, gemilang dan terbilang.

24

Page 25: Pengenalan Mereka

BIBLIOGRAFI

Rujukan Buku

Abdullah Hassan (2006),Linguitik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn Bhd

Abdullah Yusof, (2009),Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu.Kuala Lumpur : Penerbit Icon Regian Sdn.Bhd

Ab. Rahman Ab. Rashid (1997). Pengajian Melayu 1 Diploma Perguruan Malaysia. Balakong,

Selangor, Longman Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005),Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010),Kuala Lumpr : Dewan Bahasa dan Pustaka

Nik Safiah Karim (1986). Bahasa Melayu Persoalan dan Pergolakan. Kuala Lumpur. Gateway

Publishing House Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim (1995). Tatabahasa Edisi Baharu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd.

Rujukan Internet

http://www.bharian.com.my/node/70147, dilayari pada 15 Ogos 2015

http://cikguchom.blogspot.com/2013/06/simpulan-bahasa-dan-maksud.html, dilayari pada 16

Ogos 2015

http://cikgumohdazrein.blogspot.com/p/semantik.html, dilayari pada 16 Ogos 2015

25