Pengenalan Mzhab Falsafah Barat Slide 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

FPK

Citation preview

Slide 1

FALSAFAH PENDIDIKAN BARATCABANGFALSAFAH BARAT

FALSAFAH PENDIDIKAN BARATCABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARATDEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Pendidikan adalah bertujuan mencapai kehidupan yang lurus, suci dan mulia - FROEBELPendidikan sebagai suatu proses yang memberikan bantuan kepada setiap individu supaya hidup dengan penuh kegembiraan JOHN STUART MILL

FALSAFAH PENDIDIKAN BARATCABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Orang berpendidikan sempurna akan bersedia untuk berkhidmat demi kemajuan diri dan masyarakatnya, serta ikhlas dalam pekerjaan dan patuh kepada segala undang-undang - T.H HUXLEYPendidikan sebagai proses membentuk dan mengembangkan intelek, jasmani, rohani dan sosial kanak-kanak - MARIA MOTESSORI

FALSAFAH PENDIDIKAN BARATCABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARATDEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Pendidikan merupakan suatu proses perkembangan individu dan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semulajadi yang ada padanya, supaya hidup dengan lebih berguna. - JOHN DEWEY

FALSAFAH PENDIDIKAN BARATCABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARATPerenialismeEssensialismeProgresivismeRekonstruktivismeEksistensialismeFALSAFAH PENDIDIKAN BARATTradisionalModen

CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARATTRADISIONAL : PERENIALISMEPerenialisme banyak dipengaruhi oleh fahaman falsafah Plato dan Aristotle.Diasaskan oleh R.M. Hutchins (1899-1977), Mortimer J. Adler (1902-2001) dan Jacques Maritain (1882-1973)Menerangkan akibat pengaruh materialistik, pragmatisme & sains menyebabkan nilai moral & rasional manusia merosot.

JacquesMaritainRobert M. HutchinsMortimerJ. Adler

CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARATTRADISIONAL : PERENIALISMEAhli perenialisme berpendapat, dengan membaca karya cendekiawan lama, dapat membentuk pemikiran.Mereka berpendapat, pendidikan teologi keagamaan harus dipelajari dahulu sebelum belajar ilmu sains.Tugas utama pendidikan ialah mendisiplinkan mental dan jiwa murid-murid, mengembang potensi menaakul.Pendidikan harus mengutamakan perkembangan potensi rasional individu, bagi mereka menemui pinsip mutlak dan seterusnya memahami dunia sebenar.

CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARATTRADISIONAL : ESSENSIALISMEBanyak dipengaruhi oleh falsafah idealisme dan realisme.Diasaskan oleh William C. Bagley (1874-1946), antara pendukung ialah James B. Conant (1893-1978) & Hyman George Rickover (1900-1986).Semakin diberi penekanan dalam inovasi kurikulum sekolah setelah Rusia berjaya menghantar satelit Sputnik 1 ke angkasa pada tahun 1957.

WilliamC. BagleyJames B. ConantHyman G. Rickover

Russian Sputnikl

CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARATTRADISIONAL : ESSENSIALISMEGuru berperanan penting membekalkan kualiti kehidupan orang dewasa kepada murid supaya dapat bersosialisasi.Pembelajaran ilmu secara amnya berkesan jika pelajar menumpukan perhatian dan adanya kerajinan.Ianya dapat dibaiki dengan baik bergantung kepada kebudayaan masyarakat yang melatih menjadi personaliti yang harmoni dan intelek yang sempurna.Berpendapat fitrah manusia kekurangan nilai murni.

CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARATTRADISIONAL : ESSENSIALISMEDi sekolah rendah : 3M harus dipupuk, subjek bahasa, sains, sejarah, geografi merupakan subjek utama, subjek seni & muzik adalah subjek tambahan.Dari sudut kurikulum, ahli essensialisme berpendapat kurikulum hendaklah mengikut situasi semasa, bahan pembelajaran hendaklah rapi, aktiviti pengajaran sistematik & kenaikan darjah hendaklah ditetapkan secara rapi.Di sekolah menengah : membaca/menulis lebih khusus, subjek arithmetik, geometri, algebra subjek utama, subjek pendidikan seni, jasmani dan muzik subjek tambahan.

CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARATTRADISIONAL : ESSENSIALISMEMasyarakat hendaklah mempunyai kelayakan dan kemahiran dalam bidang nilai masyarakat tradisi & moden.Ahli essensialisme juga berpendapat, ilmu tentang nilai sosial, kebudayaan, politik, cendekiawan dan penulisan hendaklah diajar sepanjang tempoh persekolahan.

CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARATMODEN : PROGRESIVISMEBanyak dipengaruhi oleh falsafah naturalisme dan pragmatisme.Diasaskan oleh Jean J. Rousseau (1712-1778), Heinrich Pestalozzi (1746-1827) & Freidrich Froebel (1782-1852)Menurut Rousseau, manusia dilahirkan bagai kain putih dan persekitaran yang akan mempengaruhinya, konsep ini dipengaruhi oleh konsep naturalisme.

Jean J.RousseauHeinrichPestalozziFreidrich Froebel

CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARATMODEN : PROGRESIVISMETeori ini menekankan pembelajaran haruslah berlaku apabila adanya kesediaan individu itu untuk belajar.Konsep pragmatisme menerangkan ilmu pengetahun diperoleh akibat interaksi dengan manusia dan persekitaran.Rousseau mewujudkan Teori Pembelajaran Semula Jadi yang menerangkan pembelajaran individu ditentukan oleh persekitaran.Pengaruh konsep pragmatisme dalam falsafah progresivisme dipelopori oleh John Dewey, William H. Kilpatrik, Boyd H. Bode dan Harold V. Rugg.

CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARATMODEN : PROGRESIVISMECharles S. Pierce & John Dewey berpendapat kaedah paling berkesan untuk mendapatkan ilmu ialah menggunakan Kaedah Penyelesaian Masalah.Konsep pragmatisme menerangkan idea, prinsip atau fakta haruslah diuji secara saintifik serta objektif dan membawa kepada hasil yang memuaskan.Konsep Penyelesaian Masalah akan berkesan sekiranya ada minat dan keperluan untuk menyelesaikan masalah itu.

Charles S. Pierce

CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARATMODEN : PROGRESIVISMETeori ini mengatakan murid mempunyai naluri ingin tahu dan guru harus menjadi pembimbing kepada mereka. Guru juga harus menggalakkan pelajar mengambil inisiatif sendiri dan menggunakan pengalaman sedia ada untuk memperoleh ilmu.Teori progresivisme 1930-an lahir untuk menentang fahaman perenialisme, iaitu pembelajaran kaku (hanya mengingat) dan mengamalkan autoriti guru yang tegas.Ahli pragmatisme progresivisme menyokong kaedah strategi kolaboratif dan koperatif dalam pendidikan.

CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARATMODEN : REKONSTRUKTIVISMEMerupakan satu falsafah serpihan dari fahaman progresivisme.Diasaskan oleh George S. Counts (1899-1974) dan Harold O. Rugg (1886-1960)Ahli rekonstruktivisme mengatakan falsafah progresivisme hanya sesuai kepada masyarakat yang stabil, justeru satu falsafah yang kritikal harus wujud untuk menyelamatkan kebudayaan masyarakat yang diancam keruntuhan

George S. CountsHarold O. Rugg

CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARATMODEN : REKONSTRUKTIVISMEBerpendapat, pendidikan harus mempunyai objektif eksplisit bagi membentuk Order Baru Masyarakat.Mereka berpendapat, progresivisme terlalu mementingkan pendekatan/proses pendidikan, mengabaikan objektif dam hasil pendidikanRekonstruktivisme menjadi perhatian apabila Theodore Burghard Hurt Brameld (1904-1987) menggabungkan teori progresivisme dengan behaviorial science sebagai asas rekonstruktivisme

Theodore Burghard Hurt Brameld

CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARATMODEN : REKONSTRUKTIVISMESekolah haruslah mengamalkan rekonstruktivisme kerana bagi menjamin murid mengikut peraturan dalam mempertingkatkan kualiti pembelajaran.Theodore Burghard Hurt Brameld berpendapat hasil interaksi manusia dengan elemen alam sekitar merupakan tempat utama proses pendidikan.Peranan guru bukan sahaja mendidik, tetapi lebih pentingnya membawa isu sosial yang penting untuk diselesaikan secara usahasama.Ringkasnya, rekonstruktivisme menekankan teknik perbincangan dan pemikiran kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah.

CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARATMODEN : EKSISTENSIALISMEFalsafah yang berasaskan fahaman naturalisme Rousseau dan mazhab humanis.Diasaskan oleh Carl Rogers (1902-1987)Berpendapat murid tidak patut mengorbankan individualiti mereka untuk memperoleh ilmu.

Carl RogersBerpendapat bahan pembelajaran, cara belajar, kuantiti pembelajaran dan nilai hendaklah ditentukan oleh murid.Guru hendaklah menghormati pandangan & pemilihan murid dan tidak memaksa murid menerima nilai diajar oleh guru.

CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN BARATMODEN : EKSISTENSIALISMESekolah hendaklah memberikan peluang kepada pelajar berfikir secara reflektif untuk menilai keupayaan diri.Berpendapat permainan yang ada unsur kreatif, seni dan nilai estetika tinggi akan mengembangkan potensi murid.Amalan eksistensialisme ini banyak diamalkan di sekolah terbuka di US, Taiwan, Jepun dan UK.