pengenalan pencemaran sungai

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/30/2019 pengenalan pencemaran sungai

    1/1

    Pengenalan

    Sungai merupakan elemen alam sekitar yang penting kepada hidupan manusia. Sejak dahulu

    lagi manusia mempunyai hubungan rapat dengan sungai kerana kepelbagaian fungsi sungai

    dalam menampung keperluan manusia. Sejarah telah membuktikan kepentingan sungai

    sebagai salah satu asas kehidupan yang penting. Masyarakat zaman dahulu memilih pinggir

    sungai sebagai tumpuan penempatan mereka kerana ia menyediakan pelbagai kemudahan

    kepada manusia seperti menyediakan sumber bekalan air domestik, makanan, pengangkutan,

    mahupun sumber air untuk kegunaan pertanian. Sehingga kini, kepentingan sungai terhadap

    manusia sememangnya tidak dapat dinafikan memandangkan banyak aktiviti harian kita

    bergantung kepada sumber air sungai itu sendiri.

    Pada tahun 2000, keperluan air domestik, perindustrian dan pengairan di Semenanjung

    Malaysia dijangka meningkat daripada 10833 juta meter padu kepada 17675 juta meter padu

    pada tahun 2050. Namun begitu, senario semasa di Malaysia menunjukkan bahawa bilangan

    sungai yang berada dalam kategori kelas pertama dan kedua semakin berkurangan tetapi

    sungai yang berada dalam kategori kelas keempat iaitu sungai tercemar dan kelima iaitu

    sungai hampir mati semakin meningkat. Keadaan ini dikatakan berlaku akibat perkembangan

    pembangunan dan gaya hidup masyarakat pada masa kini. Kealpaan masyarakat dalam

    mengejar matlamat negara iaitu mencapai negara maju pada tahun 2020 telah menyebabkan

    kesejahteraan sumber alam seperti sumner sungai tidak diamabil berat akan kebersihannya.

    Kepelbagaian kegiatan manusia yang tidak lagi mementingkan kebersihan dan pemuliharaan

    alam sekitar inilah dikatakan sebagai faktor bertitik kepada berlakunya pencemaran sungai.

    Oleh itu, bagi menjalankan kajian dan mengenal pasti punca-punca pencemaran sungai ini

    berlaku, saya telah memilih sebuah kawasan sungai tercemar dan melakukan kajian tentang

    impak kegiatan manusia terhadap pencemaran sungai tersebut.