23
PENGENALAN SEJARAH PERKEMBANGAN SENI KHAT Seni merupakan suatu unsur yang sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia. Seni merupakan hasil daripada gambaran yang terdapat dalam pemikiran manusia dan dihasilkan dalam pelbagai bentuk seperti tulisan, ukiran, lukisan dan sebagainya. Kesenian Islam merupakan hasil karya ciptaan manusia yang berteraskan kepada cirri-ciri Islam. Dengan mengkaji kesenian Islam tersebut, maka kita akan dapat memahami dan menghayati kehalusan seni yang terdapat dalam sesebuah tamadun Islam. Islam bukan sahaja membenarkan kesenian dengan berbagai-bagai caranya, tetapi ia menggalakkan perkembangan kesenian tersebut. Namun demikian kebenaran Islam haruslah menepati dan seiring dengan syariat Allah S.W.T.. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:“Bahawa sesungguhnya Allah S.W.T itu indah dan kasih kepada yang indah”. Antara hasil kesenian Islam yang dapat kita lihat sebagai bukti kehebatan sesebuah tamadun Islam itu sendiri adalah melalui seni bina bangunan istana atau masjid dalam tamadun tersebut. Hal ini dapat dibuktikan dengan terbinanya Taj Mahal, salah satu daripada keajaiban dunia yang menjadi kebanggaan masyarakat India hasil daripada ilham beberapa cendikiawan Islam Persia khususnya yang terhasil melalui pengaruh Hindu-Persia. Selain daripada Taj Mahal, Alhambra merupakan sebuah lagi bukti kehebatan seni bina Islam yang terdapat di Sepanyol. Bekas kubu pertahanan Kerajaan Islam Granada ini mempunyai keluasan kira-kira 14 hektar. Kehebatan para cendikiawan Islam yang membina kota tersebut dapat diperhatikan di melalui ukiran-ukiran pintu dan dinding yang melambangkan senibina istana Islam. Begitu juga dengan beberapa binaan yang lain seperti Qutb Minar di India dan lain-lain lagi. Selain kehebatan seni bina Islam itu, kita juga dapat melihat kemahiran para pengukir yang turut sama menghasilkan karya seni ukiran yang agung. Kehebatan seni ukiran ini secara tidak langsung turut sama membantu menjulang kegemilangan sesebuah tamadun.

Pengenalan Sejarah Perkembangan Seni Khat

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pengenalan Sejarah Perkembangan Seni Khat

PENGENALAN SEJARAH PERKEMBANGAN SENI KHAT

Seni merupakan suatu unsur yang sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia. Seni merupakan hasil daripada gambaran yang terdapat dalam pemikiran manusia dan dihasilkan dalam pelbagai bentuk seperti tulisan, ukiran, lukisan dan sebagainya. Kesenian Islam merupakan hasil karya ciptaan manusia yang berteraskan kepada cirri-ciri Islam. Dengan mengkaji kesenian Islam tersebut, maka kita akan dapat memahami dan menghayati kehalusan seni yang terdapat dalam sesebuah tamadun Islam. Islam bukan sahaja membenarkan kesenian dengan berbagai-bagai caranya, tetapi ia menggalakkan perkembangan kesenian tersebut. Namun demikian kebenaran Islam haruslah menepati dan seiring dengan syariat Allah S.W.T.. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:“Bahawa sesungguhnya Allah S.W.T itu indah dan kasih kepada yang indah”.

Antara hasil kesenian Islam yang dapat kita lihat sebagai bukti kehebatan sesebuah tamadun Islam itu sendiri adalah melalui seni bina bangunan istana atau masjid dalam tamadun tersebut. Hal ini dapat dibuktikan dengan terbinanya Taj Mahal, salah satu daripada keajaiban dunia yang menjadi kebanggaan masyarakat India hasil daripada ilham beberapa cendikiawan Islam Persia khususnya yang terhasil melalui pengaruh Hindu-Persia. Selain daripada Taj Mahal, Alhambra merupakan sebuah lagi bukti kehebatan seni bina Islam yang terdapat di Sepanyol. Bekas kubu pertahanan Kerajaan Islam Granada ini mempunyai keluasan kira-kira 14 hektar. Kehebatan para cendikiawan Islam yang membina kota tersebut dapat diperhatikan di melalui ukiran-ukiran pintu dan dinding yang melambangkan senibina istana Islam. Begitu juga dengan beberapa binaan yang lain seperti Qutb Minar di India dan lain-lain lagi. Selain kehebatan seni bina Islam itu, kita juga dapat melihat kemahiran para pengukir yang turut sama menghasilkan karya seni ukiran yang agung. Kehebatan seni ukiran ini secara tidak langsung turut sama membantu menjulang kegemilangan sesebuah tamadun.

Terdapat satu lagi keistimewaan kesenian Islam iaitu dari segi kaligrafinya. Seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama ´seni khat´ merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh pelosok dunia, menyaksikan kaligrafi Islam teradaptasi dengan perubahan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai keIslamannya. Penulisan Khat yang pertama di dunia dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq dalam kurun ke tujuh. Akan tetapi, sistem penulisan khat ini terbukti telah bermula sejak zaman Rasulullah S.A.W. sehingga zaman sahabat dan diikuti dengan zaman-zaman pemerintahan Islam yang lain seperti zaman kerajaan Umawiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Mughal, kerajaan Islam di Andalus dan lain-lain zaman. Kesenian kaligrafi ini mempunyai keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri.

Page 2: Pengenalan Sejarah Perkembangan Seni Khat

Seni kaligrafi Islam seringkali dikaitkan dengan seni khat. Kaligrafi secara umumnya mempunyai maksud seni penulisan yang indah. Apabila ianya dikaitkan dengan Islam, membawa kepada seni penulisan Islam yang indah iaitu tulisan khat. Perkataan kaligrafi ini bearasl dari bahasa Yunani iaitu kalios yang bererti indah dan graphia yang bererti tulisan. Seni ini diciptakan dan dikembangkan oleh kaum muslim sejak kedatangan Islam. Sebagai bahasa yang memiliki karakter lembut dan artistik, huruf Arab menjadi bahan yang sangat kaya untuk penulisan kaligrafi. Kaligrafi Islam ini juga sangat berkaitan dengan Al-Quran dan hadis kerana sebahagian besar tulisan indah dalam bahasa Arab menampilkan ayat al-Quran atau hadis Nabi S.A.W. (Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar,Jilid 5.2001).

Seni khat ini merupakan salah satu bidang kesenian yang amat diminati oleh orang Islam. Keindahannya diabadikan di bangunan-bangunan, kubah masjid, seramik kaca selain diukir diatas kayu dan logam. Dari semasa ke semasa sejak zaman Rasulullah S.A.W. hingga hari ini, seni khat terus berkembang dan meningkat pencapaian dan kecemerlangannya. Seni khat ini juga telah menghasilkan pelbagai seni reka bentuk khat. Selepas 100 tahun kewafatan Rasulullah S.A.W. seni ini telah berada dipuncak kegemilangannya (Noraini Muhammad 2009).

Seni khat bukan sahaja berperanan mengabadikan Al-Quran dalam bentuk tulisan akan tetapi juga turut mengabadikan sebahagian ayat dari Al-Quran tersebut di bangunan-bangunan masjid, rumah dan sebagainya. Ahli khat bukan sahaja terdi dari kalangan orang Arab bahkan pelbagai keturunan Islam yang lain diseleruh dunia termasuk Parsi, Turki, India, Melayu dan lain-lain lagi. Perkembangan seni khat diseluruh dunia pesat sekali, seiring dengan perkembangan dakwah Islamiyyah dan ilmu Islam (Zulina Hassan 2009).

Terdapat pelbagai jenis bentuk khat yang ditulis. Antaranya ialah khat nasakh, thuluth, rihan, muhaqqaq, tauqi’, riq’ah, diwan, ta’liq, nasta’liq dan lain-lain. Namun yang demikian, seni khat yang tertua ialah khat kufi. Khat nasakh mula terkenal dan diminati mulai abad kelima masihi. Ia sebenarnya merupakan khat kufi yang diubahsuai oleh Qutabah. Khat ini diperkenalkan oleh al-Dhahaq bin Iljan. Khat kufi ini berkembang dengan pesat pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah. Muhammad bin Muqalan, merupakan salah seorang menteri di Abbasiyyah yang mahir dalam penulisan khat jenis al-Duri. Diantara ahli khat yang terkenal ialah Ibrahim al-Syujairi yang menghasilkan khat jenis al-Jalil, al-Thuluthain dan al-Thuluth. Yusuf al-Syujairi pula merupakan tokoh terkenal dalam bidang ini. Beliau menghasilkan khat jenis al-Riayasi. Begitu juga dengan al-Hasan al Naqulah, Muhammad al-Samsari, Muhammad bin Asad, Abu Hasan Ali bin Hilal (Ibnu al-Bawwab-terkenal kerana telah menulis Al-Quran dengan pelbagai gaya dan bentuk tulisan. Ada pendapat mengatakan sebanyak 64 buah Al-Quran pelbagai gaya tulisan tetapi sebahagian besar karyanya hilang atau terbakar), Syeikh Jamaluddin Taqut al-Mustakami dan ramai lagi tokoh penulis khat yang terkemuka. Seni khat ini diambil alih oleh orang Mesir, India dan Turki selepas kejatuhan Baghdad. Seni ini menjadi semakin terkenal sehingga tertubuhnya beberapa institusi khat di pelbagai negara Islam (Zulina Hassan 2009).

Page 3: Pengenalan Sejarah Perkembangan Seni Khat

Asal Usul Khat

Terdapat beberapa pendapat dalam mengatakan asal-usul khat. Antaranya ialah, pendapat pertama menyatakan khat adalah anugerah daripada Allah S.W.T. kepada manusia. Allah telah mengajar ilmu dan cara menulis kepada Adam a.s dan diwarisi turun temurun sehingga kini. Ibnu Khaldun juga menyatakan bahawa tulisan jenis masnad berasal daripada Yaman, kemudiannya berpindah kepada keluarga al-Munzir di Heart. Tulisan ini lahir pada zaman kerajaan Saba’ di Himyar. Terdapat juga pendapat yang menyatakan tulisan ini berasal dari Heart dan akhirnya ke Hijaz. Selain itu juga, ada yang menyatakan khat berasal daripada finiqi yang diambil daripada huruf Mesir purba. Akan tetapi, kebanyakan ahli sejarah bersetuju dengan pendapat yang terakhir iaitu kkhat berasal berasal daripada tulisan Nabati (Ramali). Ia sampai ke Hijaz melalui dua jalan iaitu jalan dekat dari Nabati ke Batra ke Ula, ke Madinah dan Makkah serta jalan jauh iaitu melalui Harran ke lembah Furat, ke Daumatul Jandal, ke Madinah, Makkah dan Taif (Ensiklopedia Kesenian dan Warisan Islam, Jilid 7.2009)

Tulisan khat dibawa melalui pedagang yang berniaga di Syam dan Iran, terutama Quraisy. Ini bererti ketika Islam disebarkan, segelintir kecil orang Arab telah pandai membaca dan menulis walaupun jumlah bilangan mereka adalah terhad sekali. Buktinya tawanan Perang Badar (musyrikin Makkah) dikehendaki mengajar anak umat Islam membaca dan menulis seramai 10 orang sebelum dibebaskan. Tulisan Arab ini akhirnya diperkenalkan ke seluruh dunia Islam. Mana-mana negara yang masih tidak mempu sistem tulisan sendiri pada masa itu mengambil seratus-peratus tulisan Arab menjadi tulisan mereka. Proses ini berlaku begitu cepat seiring dengan perkembangan pembelajaran Al-Quran (Noraini Muhammad 2009).

SEJARAH PERKEMBANGAN SENI KHAT ARAB

Seni khat lahir serentak dengan kelahiran Islam. Wahyu yang diterima oleh Rasulullah S.A.W. sejak awal lagi telah dicatatkan oleh para sahabat pada daun kayu, tulang dan sebagainya sehinggalah Al-Quran itu sempurna diturunkan selama 23 tahun. Ini bererti seni khat diperlukan untuk mengabadikan Al-Quran dalam bentuk penulisan. Justeru itu, peranan seni khat dalam sejarah perkembangan Islam adalah yang paling utama dan mengatasi cabang seni yang lain (Noraini 2009).

Islam datang dengan membawa beberapa faktor tentang betapa perlunya penggunaan tulisan yang semakin bertambah luas ruang penggunaannya. Bidang penulisan telah memasuki era baru yang bergemerlapan dengan kedatangan Islam. Selepas penghijrahan Nabi ke Madinah, seni khat telah menjadi manifestasi bagi suatu perubahan yang agung yang mengatasi perkembangannya selama tiga abad sebelum itu. Dengan turunnya lima ayat pertama kepada Nabi s.a.w yang dimulai dengan firman

Page 4: Pengenalan Sejarah Perkembangan Seni Khat

Allah s.w.t.: Iqra’ ( bacalah ),maka penulisan telah memperoleh kepentingan suci yang sehingga kini masih kukuh terpelihara Kemudian turun pula ayat-ayat lain yang sering mengaitkan penulisan dengan sumber ketuhanan dan memerintahkan penggunaannya sehinggalah tulisan mendapat kedudukannya dalam kehidupan umat Islam sebagai salah satu keperluan asas (Mohd Bakhir 2007).

Nabi memerintahkan para sahabat merakam maklumat-maklumat dengan tulisan dan mewasiatkan mereka memelihara tulisan tersebut. Baginda juga menggesa supaya mengajar anak-anak mereka membaca dan menulis. Mengarah tawanan Perang Badar supaya mengajar anak-anak Ansar membaca dan menulis sebagai bayaran tebusan sdiri mereka. Baginda sendiri mengendalikan urusan kelab latihan tulis-menulis di Madinah dengan tujuk ajar dari individu-individu dan sahabat-sahabat yang telah mahir dalam kemahiran menulis. Hasilnya, wujud dikalangan mereka orang yang mahir dalam banyak bahasa seperti Zaid bin Thabit yang mempelajari bahasa Parsi, Rom, Qibti dan Habsyah semasa di Madinah. Beliau juga menterjemah surat-surat balasan kepada Rasulullah s.a.w yang ditulis dalam bahasa-bahasa tersebut (Mohd Bakhir 2007).

Sesetengah daripada mereka diperintahkan menulis dalam beberapa lapangan dan tajuk-tajuk tertentu seperti menulis perjanjian dan surat-surat yang diutuskan oleh Nabi kepada raja-raja dan lain-lain lagi. Selain itu, Baginda juga menekankan tentang soal sifat bentuk huruf-huruf yang berbagai-bagai itu. Memberi perhatian khusus kepada huruf-huruf ini adalah asal-usul khat. Perbezaan bentuk huruf-huruf, misalnya antara sin dan shin yang dirujuk oleh Rasulullah s.a.w dengan segera mengilhamkan para penulis khat berusaha melahirkan nilai-nilai khas kepada huruf-huruf dalam bahasa arab. Pada zaman Rasulullah SAW antara penulis khat adalah seperti Ali Bin Abi Talib, Uthman Bin Affan, Umar Al-Khattab, Abu Bakar al-Siddiq, Khalid Bin Said Bin Al-As, Hanzalah Bin Rabi`, Yazid Bin Abi Sufian, Muawiyah Bin Abi Sufian, Ubai Bin Ka`ab, Zaid Bin Tsabit dan ramai lagi

Setelah itu kewafatan Nabi S.A.W, seni penulisan khat ini tidak terhenti sebegitu sahaja akan tetapi ianya semakin berkembang di setiap zaman bermula dari zaman Khulafa’ al-Rasyidin, zaman Umawiyyah dan Abbasiyyah, zaman Islam di Mughal, Andalus dan lain-lain lagi. Pada awal tertubuhnya kerajaan Umaiyah, tulisan kaligrafi digunakan untuk keperluan administrasi negara. Pada perkembangan selanjutnya, tulisan ini terus diabadikan di dinding-dinding bangunan istana, kubah-kubah masjid, diukir di mimbar-mimbar dan beberapa tempat yang lain. Peralatan peperangan seperti pedang dan lembing serta barangan seramik juga tidak terlepas dari lakaran kaligrafi indah ini (Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar,Jilid 5.2001).

SEJARAH KEMASUKKAN SENI KHAT ARAB DAN PENGARUHNYA DI NUSANTARA

Page 5: Pengenalan Sejarah Perkembangan Seni Khat

Khat Jawi atau tulisan Jawi Arab adalah nama baru yang diletakkan kepada tulisan atau huruf Arab yang ditulis di Kepulauan Melayu. Perkataan Jawi berasal dari perkataan Jawa, memandangkan khat Arab mula bertapak di Kepulauan Jawa. Justeru tidak menjadi satu keunikan apabila disebut dengan nama Jawi kerana ia dinisbahkan kapada Jawa. Khat Jawi memain peranan penting dalam memartabatkan masyarakat Nusantara. Ini bermakna masyarakat Nusantara tidak mempunyai apa-apa khat sebelum khat Arab atau khat Jawi. Maka tidak mustahil kalau dikatakan tanpa tulisan Jawi, masyarakat Nusantara masih berada di tahap kejahilan. Tanpa penulisan mereka tidak dapat mempelajari sesuatu ilmu kerana setiap ilmu perlu ditulis terlebih dahulu sebelum ia dihafaz. Sesudah kemasukan Khat Arab maka satu revolusi berlaku, diantaranya ialah masyarakat Nusantara mula mempelajari huruf-huruf tersebut. Pengenalan tersebut memberi satu kekuatan baru kepada mereka untuk mempelajari al Quran dan hukum-hukum yang berkaitan dengan agama Islam. (Mohd Bakhir 2007).

Sebagaimana yang telah diketahui bahawa ahli-ahli sejarah telah menyatakan bahawa bangsa Arab di antara kaum yang paling banyak menjalankan perdagangan dan perniagaan mengikut jalan laut. Ini bermakna tidak keterlaluan kalau dikatakan merekalah yang telah mempelopori dan memonopoli perniagaan pada kurun-kurun sebelum kedatangan Islam. Seorang sarjana Islam Muhammad ibn Jarir Abu Ja`far al-Tabari (310H/920M) telah menegaskan bahawa sebelum kedatangan Islam, orang-orang Arab telah pun belayar berulang alik dari Cina ke negara-negara Arab. Mereka belayar melalui Selat Melaka di tengah-tengah Kepulauan Melayu. Dengan penjelasan di atas, adalah telah dikenalpasti bahawa khat Arab telah sampai ke Alam Melayu melalui pedagang-pedagang Islam di awal kurun ke 2H.dan mula tersebar di beberapa kawasan di Acheh. Semenjak itu, khat Arab ini telah mula menarik minat ramai penduduk untuk mempelajarinya dan ianya semakin dan terus berkembang (Mohd Bakhir 2007).

PERKEMBANGAN KHAT DI MALAYSIA

Di Semenanjung Tanah Melayu, sebagai contoh pertemuan Batu Bersurat di Terengganu telah membuktikan bahawa khat Arab telah diguna pakai di Alam Melayu sejak ratusan tahun lagi. Ia telah bermula sekitar kurun ke-7 Hijrah iaitu 702H/1303M di mana khat Arab telah terpahat di lubuk hati masyarakat Melayu. Khat tersebut ditulis menggunakan bahasa Melayu. Berhampiran dengan batu tersebut terdapat batu pedang. Padanya terdapat khat kalimah Allah yang mirip khat kufi. Sejak pada itu, penggunaan tulisan ini menjadi semakin meluas dan menjadi tulisan rasmi dalam urusan kerajaan (Noraini Muhammad 2009).

Di Malaysia, seni khat dimajukan dalam pelbagai bidang. Seperti contoh, tulisan ini diukir diatas kayu keras. Ini adalah keistimewaan seni khat di Malaysia, yang diwarisi turun temurun dan dimanfaatkan

Page 6: Pengenalan Sejarah Perkembangan Seni Khat

untuk mempertingkatkan seni khat Islam. Ayat Al-Quran diukir bermotifkan tumbuh-tumbuhan yang berpusing-pusing kanan dan kiri. Alatan senjata seperti pedang juga diukir dengan ayat Al-Quran. Pada zaman keagungan kerajaan Melayu Islam diseluruh Alam Melayu, seni khat diabadikan diatas duit syiling seperti pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1455-1459). Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil Syah (1632-1677), wang emas diukir dengan khat. Begitu juga dengan cokmar, mop mohor, pingat dan bintang kebesaran kerajaan negeri di Malaysia juga diukir dengan ayat Al-Quran. Khat yang diabadikan diatas tenunan songket dan hiasan menambahkan lagi keunikan penggunaan khat di Malaysia. Pameran khat juga sering diadakan di Malaysia dibawah anjuran Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri dan lain-lain lagi. Hal ini bertujuan sebagai tanda kebangkitan kembali penghayatan dan penghargaan terhadap seni khat dan ukiran Islam. Diantara ahli khat Malaysia yang masyhur adalah seperti Syed Abdul Rahman al-Attas. Khat beliau diabadikan di bangunan Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu, Masjid Jamek, Bangunan Parlimen Malaysia, koleksi Muzium Seni Asia (Universiti Malaya), koleksi Sultan Johor dan lain- lain lagi (Zulina Hassan 2009).

KESIMPULAN

Maka kesenian merupakan satu perkara yang diharuskan di dalam Islam dan di antara kesenian yang digalak oleh Islam ialah Seni Khat Arab. Nabi s.a.w. telah memberi penekanan terhadap seni khat, sekalipun Baginda seorang Ummi. Syeikh Ali Abd Rahman al-Kelantani pernah menulis, Nabi S.A.W pernah bersabda, yang memberi maksud memberi penekanan ke arah tersebut berdasarkan kepada Hadith Rasulullah s.a.w. dalam sabdaNya: “Apabila kamu menulis Bismillah al-Rahman al-Rahim, maka cantikkanlah tulisan kamu sebagai membesar keagungan Allah S.W.T..” Dan di dalam Hadith yang lain Nabi s.a.w. telah bersabda: “Apabila kamu menulis Bismillah al-Rahman al-Rahim, maka panjangkan tulisan al-Rahman sebagai membesar keagungan Allah S.W.T..” Khat Arab ini perlu dipelihara oleh semua lapisan masyarakat ia boleh dianggap sebagai eset yang sangat berharga bagi generasi Muslim akan datang. Malah ia merupakan anugerah khusus daripada Allah S.W.T. kepada insan yang tersemai di dalam jiwanya ciri-ciri kesenian. Oleh yang demikian pembelajaran khat Arab harus diperkenalkan semula di semua peringkat pengajian bermula dari sekolah sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi.

Posted by Muhaimin 1 comment:

Email This

BlogThis!

Share to Twitter

Share to Facebook

Page 7: Pengenalan Sejarah Perkembangan Seni Khat

SEJARAH SENI KHAT

"Seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama ‘seni khat’ merupakan khazanah tertua di dunia yangmasih dimiliki oleh umat Islam dan dikagumi di seluruh pelusuk dunia. Selain penyampai mesej dakwah, khat juga merupakan jalan untuk merehat dan menajamkan minda, di samping sebagai jalan untuk mendapat rezeki.

Sungguhpun begitu, terdapat banyak lagi faedah sehingga pernah dinyatakan oleh seniman arab bahawa khat sebagai sebuah abstraksi, ilmi, falsafi dan seni.Memandangkan tulisan-tulisan sebelum kemunculan khat Arab kebanyakannya dalam bentuk segi dan berpetak, sudah

tentu khat Arab yang pertama terwaris adalah dari jenis keturunan yang serupa. Oleh itu, khat Arab dalam bentuk pertamanya adalah dari jenis Khat Kuufi Klasik dan Khat Hijaazi.

Sebelum kedatangan Islam, dunia penulisan Arab tidaklah serancak dengan zaman selepasnya kerana ia hanya tertumpu pada keadaan-keadaan tertentu sahaja. Khat kaum Nibti yang diwarisi oleh orang Arab hanya dipecah kepada dua bentuk sahaja iaitu Khat Kuufi dan Khat Jazm (Khat Hijaazi).Setelah datangnya Islam, tabiat Islam itu sendiri yang sememangnya mengajak manusia kepada cintakan ilmu pengetahuan ditambah pula aktiviti pencatatan Wahyu Ilahi pada masa hayat Baginda S.A.W. telah menyemarakkan perkembangan khat Arab. Daripada khat Kuufi dan Hijaazi, ia terpecah kepada beberapa bentuk,antaranya Kuufi Masyaq, Kuufi Madani, Kuufi Basiit, khat Hijaazi Daarij dan khat Makki Madani.

Pada zaman itu, kesemua jenis khat yang ada mempunyai ciri-ciri antaranya tidak bertitik, tidak berbaris dan penyusunan yang tidak teratur.Pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin, khat Arab telah diperkembangkan kepada pelbagai bentuk dalam rumpun Kuufi seperti Kuufi Klasik, Shaami, Basri, Al-Asfaraaani, Al-Mash'ab, Al-Samni, Al-Qairamuuz dan lain-lain.Khat pada zaman ini lebih teratur walaupun tanpa bertitik dan berbaris.Apabila Saidina Uthman R.A. mengisytiharkan pembukuan al-Qur’an, baginda memperkemas tanda dan perundangan dalam al-Qur’an yang dikenali sebagai Musyaf Uthmani. Dalam seni musyaf al-Quran,

tulisan khat penting kerana merakamkan segala ayat Tuhan. Kegagalan menyalin al-Quran dengan khat yang baik, jelas, dan tepat bermakna tidak kesampaianlah maksud al-Quran dalam erti kata yang luas.

Bentuk tulisan khat ketika itu adalah khat Kuufi Klasik yang tidak bersambung dan mungkin sukar dibaca pada hari ini.Mengikut sejarah, penulisan khat ini dihasilkan di Kufah, Iraq pada kurun ketujuh, hasil ilham mimpi seorang sufi. Ia dinamakan Kuufi, iaitu tulisan yang tidak bercantum dan dinamakan sedemikian sebagai tanda penghargaan kepada bandar Kufah.Gaya khat Kuufi digunakan selama lebih kurang tiga abad. Ketika ini, yang menguasai seni dalam al-Quran adalah kekuatan khatnya dan tidak pada hiasan yang terdapat pada jidar kepala sesuatu lembaran berhias. Lebih kurang pada kurun ke-4 Hijrah, khat Kuufi beransur-ansur digantikan oleh khat Naskh hingga kini. Khat Naskh melahirkan pelbagai gaya tulisan dengan diberi nama yang berlainan. Hal ini tidak pula bermakna bentuk seni khat lain tidak digunakan untuk menyalin ayat al-Quran. Antara bentuk khat termasuklah khat Nasta'iq di Parsi dan khat Sini di China. Seni khat yang lain seperti Thuluth, Muhaqqa, dan Rayhani digunakan pada

Page 8: Pengenalan Sejarah Perkembangan Seni Khat

tajuk surah sahaja. Kini, khat Naskh diterima sebagai bentuk tulisan baku dalam menyalin al-Quran. Seseorang yang arif tentang khat akan berasa kagum kerana pelbagai gaya khat dapat digunakan dalam hanya satu musyaf.

Zaman kerajaan Umawiyah telah menyaksikan pembangunan ketara seni khat Arab, antaranya kemunculan dua bentuk khat yang baru selepas Kuufi iaitu Khat Thuluth dan Khat Nasakh. Selain Khat Thuluth, terdapat khat-khat yang lain yang seakan-akan mirip dengan Khat Thuluth seperti Khat Toomar, Tauqi', Muhaqqiq, Thuluthain, Jalil, Musalsal dan sebagainya. Khat Nasakh pula muncul dari cabangan Khat Daarij semasa zaman permulaan Islam. Pada abad ini, seni khat menyaksikan banyak perubahan antaranya ialah peletakan sistem titik dan baris di samping kemunculan ramai pakar-pakar penulis khat, antaranya Imam Hasan al-Basri, Malik bin Dinar dan Ibnu Hasan al-Maliih.Tulisan khat terus berkembang pada zaman Kerajaan Abbasiyah, Fatimiyah dan Uthmaniyah. Sebagaimana ketiga-tiga zaman ini terkenal sebagai zaman kegemilangan peningkatan taraf ilmu, begitu juga berlaku kepada dunia Khat Arab.

Dikatakan lebih daripada 50 cabangan Khat yang terhasil pada zaman ini yang dikembangkan melalui bentuk-bentuk yang lama.

Antara bentuk baru yang muncul ialah Khaat Ta'liq dan Nasta'liq, Nasakh Badi', Khat Hazqaaj, pelbagai cabangan Kuufi dan sebagainya. Pada kurun ke-10, seni khat tersebar ke Parsi dengan gabungan-gabungan huruf yang lebih berseni. Tulisan ini terdiri daripada beberapa jenis, iaitu khat Kuufi, Khat Nasakh, Khat Diwani, Khat Thuluth dan Khat Riqa.Pada kurun ke-16 dan 17, seni khat pernah menjadi medium komunikasi terpenting dalam menyampaikan mesej diplomatik. Ia diperkenalkan oleh Housam Roumi semasa era Suleyman 1 di wilayah Turki. Kesenian tulisan khat jenis ini terserlah melalui tanda dan tulisan yang menarik. Seni khat yang dikenali dengan nama Diwani ini berkembang seiring dengan variasinya iaitu Diwani al-Jali yang berbingkai.

Mashaf-mashaf Uthmani pada waktu itu muncul dengan pelbagai rupa bentuk khat sementara penulis-penulis khat tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Di antara ketiga-tiga zaman ini, zaman kerajaan Turki Uthmaniyyah adalah zaman yang paling ketara dalam peningkatan seni khat di mana ia telah dieksploitkan sebagai bidang kesenian dan kecantikkan selain daripada penyampai maklumat.Setelah kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah, warisan seni khat yang kebanyakannya yang berpusat di Turki telah berpecah ke serata Tanah Arab. Akhirnya, tahun demi tahun, benluk-bentuk khat yang banyak tadi telah dihadkan kepada beberapa bentuk tertentu sahaja. Had ini dibuat bagi menetapkan jenis-jenis khat yang kemas teratur, cantik dan berseni untuk diguna pakai oleh masyarakat umum. Untuk itu, khat-khat yang kekal sehingga sekarang ialah Khat Thuluth, Nasakh, Farsi yang muncul dari cabangan Nasta'liq dan Kuufi, Diwaani yang muncul daripada Hazqaaj dan khat baru yang lain seperti khat Riq'ah, Ijazah dan yang terbaru seperti Khat Moden. Antara tokoh-tokoh khat zaman moden terkenal ialah Sheikh Abd. Aziz Al-Rifaaei (seorang ulama Islam yang faqih dari Turki), Hamid Aamidi (Turki), MustafaIzzat (Turki), Said Ibrahim (Mesir), Mahmud Shahaat (Mesir), Hashim Muliammad (Baghdad) dan lain-lain.

Posted by Muhaimin No comments:

Email This

Page 9: Pengenalan Sejarah Perkembangan Seni Khat

BlogThis!

Share to Twitter

Share to Facebook

ASAL-USUL KHAT

•Kaligrafi ialah seni tulisan indah, berasal daripada bahasa

Yunani iaitu kalios ( indah ) dan graphia ( coretan atau

tulisan ).

•Bahasa Arab mengistilahkannya dengan khat ( tulisan

atau garisan ), yang ditujukan pada tulisan yang indah ( al-

kitabah al-jamilah atau al-khat al-jamil ).

•Syeikh Syamsudin al-Akfani - Ialah ilmu yang

memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal,

penempatannya dan cara merangkaikannya menjadi

tulisan; ataupun apa yang ditulis dalam baris-baris,

bagaimana cara menulisnya, dan menentukan mana yang

tidak perlu ditulis; mengubah ejaan yang perlu digubah

dan bagaimana mengubahnya.

•Yaqut al-Musta’simi

kaligrafi adalah sesuatu yang lahir

dari dalaman diri seseorang dan dipersembahkan menjadi

sesuatu yang dapat dilihat.

• Ada beberapa pendapat dalam mengatakan asal-usul

khat. Antaranya ialah:

Page 10: Pengenalan Sejarah Perkembangan Seni Khat

- khat adalah anugerah daripada Allah kepada manusia.

Allah telah mengajar ilmu dan cara menulis kepada

Adam dan diwarisi turun-temurun hingga kini.

- Ibnu Khaldun - tulisan jenis masnad berasal daripada Yaman, kemudiannya berpindah kepada keluarga al- Munzir di Herat

- Ada juga yang mengatakan khat berasal dari Herat

dan akhirnya ke Hijaz.

- Ada yang mengatakan khat berasal daripada Finiqi yang diambil daripada huruf Mesir purba.

- Ada pula yang mengatakan berasal daripada tulisan

Nabat (Aramai).

•Kebanyakan ahli sejarah bersetuju

dengan pendapat terakhir, iaitu khat

berasal dari Nabat. Ia sampai ke Hijaz

melalui dua jalan:

-Jalan dekat dari Nabat ke Batra ke Ula, ke

Madinah dan Mekah.

- Jalan jauh, iaitu melalui Harran ke lembah

Furat ke Daumatul Jandal, ke Madinah,

Mekah dan Taif.

Khat Islam

Zaman Rasulullah

•Islam datang dengan membawa beberapa faktor tentang

Page 11: Pengenalan Sejarah Perkembangan Seni Khat

betapa perlunya penggunaan tulisan yang semakin

bertambah luas ruang penggunaannya. Bidang

penulisan telah memasuki era baru yang bergemerlapan

dengan kedatangan Islam.

•Selepas penghijrahan Nabi ke Madinah, seni khat telah menjadi manifestasi bagi suatu perubahan yang agung yang mengatasi perkembangannya selama tiga abad sebelum itu.

•Dengan turunnya lima ayat pertama kepada Nabi s.a.w

yang dimulai dengan firman Allah s.w.t.: Iqra’ ( bacalah ),

maka penulisan telah memperoleh kepentingan suci

yang sehingga kini masih kukuh terpelihara.

•Kemudian turun pula ayat-ayat lain yang sering

mengaitkan penulisan dengan sumber ketuhanan dan

memerintahkan penggunaannya sehinggalah tulisan

mendapat kedudukannya dalam kehidupan umat Islam

sebagai salah satu keperluan asas.

•Nabi memerintahkan para sahabat merakam

maklumat-maklumat dengan tulisan dan

mewasiatkan mereka memelihara tulisan

tersebut.

•Baginda juga menggesa supaya mengajar anak-

anak mereka membaca dan menulis.

•Mengarah tawanan Perang Badar supaya

mengajar anak-anak Ansar membaca dan

menulis sebagai bayaran tebusan diri mereka.

•Baginda sendiri mengendalikan urusan kelab

latihan tulis-menulis di Madinah dengan tunjuk

Page 12: Pengenalan Sejarah Perkembangan Seni Khat

ajar dari individu-individu dan sahabat-sahabat

yang telah mahir dalam kemahiran menulis.

•Hasilnya, wujud dikalangan mereka orang yang mahir

dalam banyak bahasa seperti Zaid bin Thabit yang

mempelajari bahasa Parsi, Rom, Qibti dan Habsyah

semasa di Madinah.

•Beliau juga menterjemah surat-surat balasan kepada

Rasulullah s.a.w yang ditulis dalam bahasa-bahasa

tersebut.

•Sesetengah daripada mereka diperintahkan menulis

dalam beberapa lapangan dan tajuk-tajuk tertentu

seperti menulis perjanjian dan surat-surat yang

diutuskan oleh Nabi kepada raja-raja dan lain-lain lagi.

•Terdapat juga di kalangan para sahabat yang

mengetahui bahasa Hebrew dan Suryani dan pakar

dalam tulisan-tulisannya.

•Selain itu, Baginda juga menekankan tentang

soal sifat bentuk huruf-huruf yang berbagai-

bagai itu.

•Memberi perhatian khusus kepada huruf-huruf

ini adalah asal-usul khat. Perbezaan bentuk

huruf-huruf, misalnya antara sin dan shin yang

dirujuk oleh Rasulullah s.a.w dengan segera

mengilhamkan para penulis khat berusaha

melahirkan nilai-nilai khas kepada huruf-huruf

Page 13: Pengenalan Sejarah Perkembangan Seni Khat

dalam bahasa arab.

•Pada zaman Rasulullah SAW antara penulis

khat adalah seperti Ali Bin Abi Talib, Uthman Bin

Affan, Umar Al-Khattab, Abu Bakar al-Siddiq,

Khalid Bin Said Bin Al-As, Hanzalah Bin Rabi`,

Yazid Bin Abi Sufian, Muawiyah Bin Abi Sufian,

Ubai Bin Ka`ab, Zaid Bin Tsabit, Ubai Bin Ka`ab

dan ramai lagi.

•Ubai Bin Ka`ab adalah antara penulis awal

semasa zaman nabi SAW di Madinah, sebagai

penulis surat-surat Rasulullah, manakala Zaid

Bin Tsabit sebagai pengganti ketika ketiadaan

beliau. Mereka berdua juga turut menulis wahyu

Allah SWT.

•Abdullah bin arqam juga dikatakan sebagai

penulis surat kepada Baginda SAW, manakala

Ali pula dikatakan penulis perjanjian yang

berlaku antara mana-mana pihak dengan

Rasulullah SAW.

•Muawiyah pula menjadi penulis selepas

pembukaan Mekah, termasuk juga menulis

wahyu atas arahan Rasulullah SAW

Zaman

Khulafa’ al-Rasyidin

•Kepentingan tulisan semasa pemerintahan Khulafa’ al-

Page 14: Pengenalan Sejarah Perkembangan Seni Khat

Rasyidin semakin bertambah dengan meluasnya

penggunaan tulisan dalam urusan-urusan agama,

pentadbiran dan muamalat harian.

•Semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq,

al-Quran ditulis di atas berbagai-bagai bahan seperti

halnya semasa zaman Rasulullah s.a.w. bahan-bahan

ini dikumpul oleh Zaid bin Thabit dan kemudian ditulis

di atas lembaran-lembaran yang sejenis.

•Apabila para penghafiz al-Quran semakin

berkurangan disebabkan syahid di medan peperangan

dan timbulnya kelainan bacaan al-Quran di pelbagai

tempat, maka Khalifah Uthman bin Affan mengambil

lembaran-lembaran yang dicatat oleh Zaid bin Thabit

yang diletakkan dalam simpanan Hafsah binti Umar

r.a.

•Kemudian, beliau menitahkan Zaid bin Thabit, Abdul

Rahman bin Amru al-As, Abdullah bin al-Zubair, Ibn al-

Abbas dan Abdul Rahman bin al-harith bin Hisham

supaya menyalin semula naskhah itu untuk dihantar ke

segenap pelosok negara.

•Apabila siap disalin, Uthman r.a sendiri mengambil satu

naskhah untuk simpanannya.

•Dalam sesetengah riwayat menyebutkan yang beliau

juga turut mengutuskan naskhah-naskhah itu ke

Makkah, Yaman dan Bahrain.

Page 15: Pengenalan Sejarah Perkembangan Seni Khat

•Beliau juga turut mengutuskan bersama-sama naskhah

itu seorang qari sebagai guru.

•Kesemua naskhah ini disalin di atas lembaran kulit

dengan dakwat hitam. Naskhah-naskhah itu tidak

mempunyai titik, baris dan hiasan bungaan. Ia juga tidak

mempunyai nama-nama surah dan tanda-tanda yang

membezakan di antara ayat-ayat dalam setiap juzuk dan sebagainya.

•Pada masa kekuasaan Khalifah Uthman bin Affan,

penulisan mushaf masih kaku kerana tidak mempunyai

tanda baca.

•Untuk menghindarkan dari salah dalam membaca, ahli

bahasa iaitu Abu al-Aswad bin Sufyan ad-Duali ( w.

69H/688M ) memasukkan tanda baca dan juga titik

diatas perintah khalifah Ali bin Abi Talib

•Tugas yang dilakukan oleh Abu Aswad tadi juga

merupakan permulaan kepada asas ilmu nahu Arab

apabila kesilapan bahasa dalam pertuturan semakin

bertambah dan lari dari bahasa yang betul ditambah

pula dengan kesilapan dalam pembacaan al-Quran al-

Karim

•Usaha yang dilakukan oleh Abu al-Aswad amat penting.

Beliau membariskan dengan teliti kalimah-kalimah al-

Quran dari awal hingga akhir dengan menggunakan

kaedah yang diasaskannya sendiri

•Kaedahnya ialah dengan meletakkan titik di atas

Page 16: Pengenalan Sejarah Perkembangan Seni Khat

huruf untuk menunjukkan baris atas, titik di

bawah sebagai menunjukkan baris bawah, titik

di depan huruf sebagai baris hadapan dan dua

titik untuk menunjukkan baris dua.

•Ini merupakan suatu peristiwa penting dalam sejarah al-Quran, tatabahasa dan penulisan Arab.

•Titik ( dengan erti baris ) bertujuan untuk

menghilangkan kesamaran dalam tulisan

merupakan satu inisiatif untuk memelihara agar

tidak terpesong ketika membaca ayat-ayat al-

Quran

•Titik yang diletakkan oleh Abu al-Aswad bagi

menunjukkan baris adalah berbentuk bulat.

•Oleh kerana ia sebagai tambahan ke atas matan

yang tertulis dengan dakwat hitam, maka titik-

titik itu ditulis dengan dakwat merah untuk

membezakannya daripada matan-matan.

•Disebabkan bimbang jika simbol-simbol yang

diletakkan menyebabkan percampuran, maka

simbol-simbol ini diletakkan dalam bentuk

garisan-garisan nipis yang condong dari kanan

ke kiri atau dalam baris yang sama, yang lebih

luas penggunaannya.

•Kemudian ia ditulis dengan dakwat hitam kerana

ia dianggap sebagai binaan asal bagi huruf.

•Pada zaman Umawi, pelbagai jenis penulisan Khat

Page 17: Pengenalan Sejarah Perkembangan Seni Khat

telah muncul, antara yang muncul adalah Khat Shami,

muncul dari Bandar Syam, dan juga Damsyik yang

menjadi pusat pemerintahan kerajaan Umawi.

•Selain daripada yang telah diwarisi dari zaman

sebelumnya seperti Kufi, Madani dan

sebagainya.dikatakan pada zaman Umawi, seorang

individu yang jarang disebut namanya merupakan

pelopor kepada khat Arab iaitu Qutbah.

•Beliau adalah penghubung kepada penulis khat

selepas daripadanya. Qutbah dikatakan menggunakan

4 kaedah penulisan iaitu Jalil, Thumar, Sulul, dan Nisf.

Akan tetapi, kaedah penulisan oleh Qutbah tidak

sampai ke hari ini, yang ada hanyalah penulisan

Thumar yang digunakan pemerintah, seperti yang

digunakan oleh Muawiyah.

•Selain daripada Qutbah, penulis selepas beliau

antara lainnya adalah Malik Bin Dinar yang

meninggal pada 130 H menggunakan batu bata

sebagai pena untuk menulis Mashaf.

•Antara lainnya, Khalid Bin Abi Haiyaj menulis ayat Quran, Syair dan lain-lain menggunakan warna emas. Pada zaman ini, perkembangan penulisan khat berlaku ke serata tempat.

•Ketika zaman kekhalifahan Bani Umayyah (661-

750) mulai timbul ketidakpuasan hati terhadap

khat kufi yang dianggap terlalu kaku dan sulit.

Daripada ini banyak perubahan yang dilakukan

terhadap penulisan khat dengan gayanya yang

Page 18: Pengenalan Sejarah Perkembangan Seni Khat

tersendiri. Antaranya yang popular ialah, Tumar,

Jali, Nisf, Sulus, dan Sulusan.

• Pada zaman ini, penulisan diatas Ar-Rukkun dan juga

kulit diteruskan, kemajuan dan perkembangan semasa

telah menambahkan lagi bahan-bahan untuk menjadi

tempat tulisan. Pada zaman ini, antara

penambahannya adalah ;

- Penulisan dilakukan di atas kertas, disebut Qaratis

dalam Bahasa Arab. Bahan kertas ini diperbuat dari

Bardi iaitu sejenis tumbuhan yang terdapat di Mesir.

Perkembangannya sehinggalah ke Rum, Baghdad dan

Mesir.

- Selain itu, pada era Umawi penggunaan Qimash Al-

Harir telah mula digunakan juga, iaitu Kain Sutera turut

menjadi bahan untuk menulis. Antaranya adalah Umar

bin Abi Rabia`h pernah menggunakannya untuk

menulis surat.

•Pada masa ini juga dikembangkan lagi gaya-

gaya baru dan pengubahsuaian bentuk-bentuk

lama yang menghasilkan khat-khat Khafif Sulus,

Khafif Sulusain, Riyasi dan al-Aqlam as-Sittah

( Sulus, Nasakh, Muhaqqaq, Raihani, Riqah dan

Page 19: Pengenalan Sejarah Perkembangan Seni Khat

Tauqi’ ).

•Tokoh terkemuka pada zaman ini ialah al-Ahwal,

Ibnu Muqlah, Ibnu Bawwab dan Yaqut al-

Musta’simi.

•Melalui penciptaan Ibnu Muqlah, khat-khat

direka dengan bentuk yang geometris.

•Ciptaan Ibnu Muqlah ini dinamakan al-Khat al-

Mansub yang diukur mengikut nipis tebal,

panjang pendek serta lengkung goresan secara

pasti sehingga menghasilkan bentuk anatomi

yang seimbang.