81
PENGENDALIAN BAHAN PENGAJARAN DI SEKOLAH OLEH: MOHAMED NAIM DAIPI

Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

PENGENDALIAN BAHAN

PENGAJARAN DI SEKOLAH

OLEH:

MOHAMED NAIM DAIPI

Page 2: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

TAKRIF BAHAN PENGAJARANRASIONAL DAN OBJEKTIF PENGGUNAANJENIS-JENIS BAHANPEMILIHAN BAHANPENGGUNAAN BAHANLATARBELAKANG PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN DI SINGAPURABAHAN KHUSUS : KOMPUTERPENGGUNAAN AKHBAR DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU.

Page 3: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

APA-APA JUGA ALAT ATAU PERKAKAS YANG BIASA DIGUNAKAN UNTUK MENYAMPAIKAN MAKLUMAT BAGI TUJUAN-TUJUAN PENGAJARAN.

PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN YANG DAPAT MENYOKONG PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Page 4: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

IKHTIAR-IKHTIAR UNTUK MEMPEROLEHI, MEMPROSES ATAU MENYUSUN KEMBALI MAKLUMAT PANDANG DAN DENGAR ATAU GABUNGANNYA DENGAN CARA GRAFIK, FOTOGRAFIK, ELEKTRONIK ATAUPUN CARA MEKANIK.

B.J ENRIGHT - NEW MEDIA AND THE LIBRARY IN EDUCATION (1972)

Page 5: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

… MELIPUTI PELBAGAI KOMPONEN PERSEKITARAN PELAJAR YANG MENGHASILKAN RANGSANGAN KEPADA PELAJAR. LAZIMNYA GURU PERANGSANG UTAMA DAN BAHAN-BAHAN PENGAJARAN PULA MEMPUNYAI FUNGSI YANG MEMBERI INPUT (MASUKAN) KEPADA PELAJAR.

R.M.GANGE - THE CONDITION OF LEARNING (1965)

Page 6: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

DENGAN KATA LAIN, BAHAN PENGAJARAN ADALAH PENGANTARA UNTUK BERKOMUNIKASI DAN MERUPAKAN SATU BAHAGIAN DALAM EDARAN KOMUNIKASI.

MEDIA DALAM EDARAN KOMUNIKASI

PENGHANTAR MEDIA PENERIMA

SHARIFAH ALWIAH ALSAGOFF - TEKNOLOGI PENGAJARAN (1986)

Page 7: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN DALAM SITUASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MELIBATKAN PENGGUNAAN PENGLIHATAN DAN PANDANGAN SESEORANG.

MAT NOR HUSIN & ABD RAHMAN ABD RASHID -ALAT BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN BAHASA (1988)

Page 8: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

PENGGUNAAN BAHAN DALAM SITUASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG MELIBATKAN PENGALAMAN DERIAPELAJAR.

PENGALAMAN DERIA

PENGLIHATAN 83%

PENDENGARAN 11%

PENGHIDUAN 3.5%

PENYENTUHAN 1.5%

PERASAIAN 1%

EDGAR DALE - AUDIO VISUAL METHOD IN TEACHING (1969)

Page 9: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

ALAT YANG DIGUNAKAN SEBAGAI SALURAN (channel)BAGI MENYAMPAIKAN SATU / BEBERAPA PESANAN (message)ATAU INFORMASI DARI SATU SUMBER (resource)KEPADA PENERIMANYA (receiver)

DRS SOEPARNO - MEDIA PENGAJARAN (1988)

Page 10: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

PSIKOMOTOR

PENERIMA(receiver)

SALURAN(channel)

PESAN(message)

SUMBER(resource)

GURU SISWAAFEKTIF

KOGNITIFPENGLIHATAN

PENDENGARAN

LIHAT & DENGAR

PERASAAN

PENAMPILAN

Page 11: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

PENGETAHUAN (knowledge)PEMAHAMAN (comperehension)PENERAPAN (application)PENGHURAIAN (analysis)PEMADUAN (synthesis)PENILAIAN (evaluation).

KEMAMPUAN BERSIFAT INTELEKTUAL

Page 12: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

PENERIMAAN (receiving)PENANGGAPAN (responding)PENGHARGAAN (valuing)ORGANISASI (organization)KARATERISASI (charaterization)

KEMAMPUAN BERKENAAN DENGAN RASA, SIKAP DAN TINGKAH LAKU

Page 13: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

PERSEPSI (perception)KESIAPAN UTK PENYESUAIAN (set)RESPON TERTUNTUN (guided response)MEKANISME (mechanism)RESPON TERBUKA KOMPLEKS(complex over response)ORIGINASI (origination).

KEMAMPUAN BERSIFAT JASMANIAHATAU KETRAMPILAN FIZIKAL

Page 14: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

TUJUAN UTAMA PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN IALAH AGAR PESAN / INFORMASI YANG DIKOMUNIKASIKAN DAPAT DISERAP SEMAKSIMUM MUNGKIN OLEH PENERIMA (PELAJAR) DAN SEKALIGUS MENEMUI MATLAMAT PENGAJARAN GURU.

Page 15: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

ALAT BANTU MENGAJAR YANG MEMPUNYAI NILAI KOMUNIKASI YANG TINGGI AKAN MEMBANTU PARA PELAJAR MEMPEROLEHI PENGALAMAN BELAJAR YANG BERFAEDAH BAGI MENGEMBANGKAN SIKAP ILMIAH DAN SIKAP SOSIAL, KEMANTAPAN EMOSI DAN DAYA PENGHARGAAN.

S.K SRYGLEY - ADMINISTERING EDUCATION MEDIA (1972)

Page 16: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

ALAT BANTU MENGAJAR BERTUJUAN MENAMBAH KELANCARAN PERHUBUNGAN ANTARA GURU DENGAN PELAJAR DAN SEBALIKNYA, PELAJAR DENGAN PELAJAR DAN MEMBANTU MEMPERCEPATKAN PROSES PEMAHAMAN MEREKA.

NORAZIAH ABD HAMID - ALAT MENGAJAR DALAM PENGAJARAN BAHASA (1981)

Page 17: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

MERANGSANG KEINGINAN BELAJARPENGAJARAN LEBIH MENARIKPENGAJARAN LEBIH BERKESANKOMUNIKASI LEBIH SIHATMEMPERCEPAT PROSES PEMAHAMAN.

ALAT BANTU MENGAJAR DAPAT ...

Page 18: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

MENYEDIAKAN ASAS YANG KUKUH UNTUK SESUATU KONSEPMENJADI DAYA PENARIK MENGHASILKAN PEMBELAJARAN YANG KEKALMERANGSANG AKTIVITIMEMBINA PEMIKIRAN YANG BERTERUSANMEMBANTU PEMAHAMANPEMBELAJARAN LEBIH MENDALAM & BERAGAM

ALAT BANTU MENGAJAR DAPAT ...

EDGAR DALE - AUDIO VISUAL METHOD IN TEACHING (1969)

Page 19: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

Menjadikan pembelajaran lebih produktif danmempercepatkan kadar pembelajaran.Menjadikan pengajaran lebih bersifat individuyakni belajar berasaskan keupayaan diri.Menjadikan pembelajaran lebih aktif danbertenaga.

BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANDAPAT MEMBERI KESAN TERTENTU. MENGIKUT S.K SRYGLEY (1972):

Page 20: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

Menjadikan pembelajaran lebih berkesan -kecanggihan bahan dalam mempertingkatkankeupayaan dan merangsangkan persekitaranpembelajaran.Mendekatkan jurang pengetahuan, pengalaman dan informasiMenjadikan pendidikan lebih seimbang.

Page 21: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

SUMBER MANUSIADalam bilik darjah, sumber manusia ialahguru dan pelajar. Walaupun begitu, apasahaja bentuk sumber tidak bolehmenggantikan guru untuk mengajar.

MIZUAR NASARUDDIN - BAHAN-BAHAN PENDIDIKAN (1984) mengelaskan sumberpengajaran dan pembelajaran kepada dua kategoriyang luas, iaitu :

Page 22: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

SUMBER BUKAN MANUSIADalam dunia pendidikan terdapat pelbagaijenis sumber yang boleh menghasilkanpengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Page 23: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

ANTARA BAHAN TERSEBUT IALAH :

BUKU TEKS BUKU RUJUKAN ENSKLOPEDIA

DOKUMEN AKHBAR MAJALAH

BAHAN DUPLIKASI FILEM BERGERAK PROGRAM TV

RAKAMAN VIDEO RAKAMAN AUDIO PROGRAM RADIO

PERISIAN (KOMPUTER) CARTA BERGAMBAR BAHAN LUTSINAR

KARTUN POSTER SLAID

Page 24: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

Alat bantu mengajar yang asas sepertipapan hitam, buku teks dan buku kerja, gambar dan carta, papan flanel, peta, atlas, glob, model dan contohan.

J.S FARRANT - PRINSIP DAN AMALI PENDIDIKAN (1981) mengelaskan bahanpengajaran kepada dua jenis iaitu:

Page 25: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

Alat bantu mengajar elektrik seperti layardan penggelapan, jalur filem dan slaid, wayar gambar, televisyen, radio, perakamsuara dan sebagainya.

Page 26: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

Alat bantu mengajar am seperti papan tulisdan buku bercetak.Alat pandang-dengarAlat ciptaan baru bagi pengajaranberprogram

W.F CONNELL - ASAS PENDIDIKAN (1981) mengelaskan bahan pengajaraan kepada tigabahagian, iaitu:

Page 27: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

Media elektronikMedia bukan elektronik

NORAZIAH ABD HAMID - ALAT MENGAJAR DALAM PENGAJARAN BAHASA (1981) membahagikan bahan pengajaran danpembelajaran kepada dua jenis, iaitu :

Page 28: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

Alat bantu mengajar yang asasAlat bantu mengajar bukan elektronikAlat bantu mengajar elektronik

MAT NOR HUSSIN & ABD RAHMAN RASHID -ALAT BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN B AHASA (1988) membahagikan bahan pengajarandan pembelajaran kepada tiga jenis, iaitu :

Page 29: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

Darjat kemediaan noldarjat kemediaan rendahdarjat kemediaan sederhanadarjat kemediaan tinggi

DRS SOEPARNO - MEDIA PENGAJARAN BAHASA (1988) membahagikan bahan pengajaran danpembelajaran berdasarkan darjat kemediaannya, iaitu :

Page 30: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

DARJAT KEMEDIAAN

TINGGI

DARJAT KEMEDIAAN SEDERHANA

DARJAT KEMEDIAAN

RENDAH

DARJAT KEMEDIAAN

SIFAR

SLAIDRADIOOHP

FILEM STRIP

PAPAN TULISPAPAN MAGNETPAPAN FLANNEL

PAPAN SELIP

KAPURPENGHAPUSPENGGARIS

FILEMTELEVISYENVIDEO

Page 31: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

☺ALASAN MEMILIH BAHAN

ADA PELBAGAI JENIS BAHAN

ADA MEDIA YANG SESUAI UNTUK MENYAMPAIKAN MAKLUMAT TERTENTU

ADA PERBEZAAN CIRI BAGI SETIAP MEDIA

ADA PERBEZAAN PEMAKAI MEDIA

ADA PERBEZAAN SITUASI / KONDISI BAGI TEMPAT MEDIA DIPERGUNAKAN.

Page 32: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

☺PANDUAN MEMILIH BAHAN

BAIK BURUKNYA bahan tidak bergantung kepadacanggih tidaknya peralatan yang dipakai.

BAIK BURUKNYA bahan diukur sejauh mana media tersebut dapat menunjang tercapainya tujuaninstruktional.

BAIK BURUKNYA bahan diukur sejauh manakah bahantersebut menyalurkan informasi dan dapat menyerapipenerimanya.

Page 33: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

KEWIBAWAAN

KESESUAIAN KEMASKINI

A. J ROMISZOWSKI - THE SELECTION AND USE OF INSTRUCTIONAL MEDIA (1984)

BAHAN-BAHAN PENGAJARAN YANG SESUAIMEMPUNYAI CIRI-CIRI BERIKUT

Page 34: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

SUDUT PELAJAR

SUDUT GURUSUDUT

PEDAGOGI& BAHASA

☺ASMAH HJ OMAR (1984) - PEMILIHAN BAHAN MESTILAH

DILIHAT DARI TIGA SUDUT

TUJUAN DANOBJEKTIF PENGAJARAN, ASPEKLISAN, ASPEK TULISAN, ASPEK PEMAHAMAN. KESESUAIAN BAGI

PERINGKAT UMUR

PENGGUNAANBAHASA DAN PENYAMPAIANNYA,JANGKA MASA,DSB.

Page 35: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

☺CARA MEMILIH BAHAN

Memahami akan ciri-ciri sesebuah media -keunggulan dan kekurangannya

memilih media yang sesuai dengan matlamatpengajaran yang hendak dicapai

memilih media yang sesuai dengan kaedahpengajaran

memilih bahan yang sesuai dengan intipengajaran.

Page 36: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

☺Memilih media yang sesuai dengan keadaanpelajar - di segi jumlah, usia dan tingkatannya

memilih media berdasarkan situasi dankondisi lingkungan

memilih bahan yang berdasarkan kreativitiguru

jangan memilih media berdasarkan media tersebut barang bau atau merupakan satu-satunya yang kita miliki.

DRS SOEPARNO - MEDIA PENGAJARAN (1988)

Page 37: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

☺KRITERIA PEMILIHAN BAHAN

BERDASARKAN CIRI-CIRINYA

BERDASARKAN DIMENSI PRESENTASINYA

BERDASARKAN PEMAKAINYA

BERDASARKAN PEMAKAIANNYA

DRS SOEPARNO - MEDIA PENGAJARAN (1988)

Page 38: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

Rudy Bretzmengatakan bahawamedia mempunyai 5 cara penayampaianmaklumat iaitumenerusi :

BERDASARKAN CIRI-CIRINYA

SUARA

GAMBAR

GERAK

GARIS

TULISAN

Page 39: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

☺Penyampaian bahan digolongkan dalam dua ciri, iaitu:

BERDASARKAN CIRI-CIRINYA

CIRI TUNGGAL

RADIO (SUARA)

KASET (SUARA)

SLAID (GAMBAR)

TEKS (TULISAN)

CIRI GANDA

FILEM

TELEVISYEN

LUTSINAR

SLAID

Page 40: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

Batas waktu penggunaannya :

BERDASARKAN DIMENSI PRESENTASINYA

PENGGUNAAN SEKILAS

PENGGUNAAN TAK SEKILAS

Page 41: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

Sifat penggunaannya :

BERDASARKAN DIMENSI PRESENTASINYA

PENGGUNAAN LANGSUNG(TIDAK DISELANGI DENGAN PROGRAM LAIN)

PENGGUNAAN BERJEDA(BOLEH DISISPKAN DENGAN PROGRAM LAIN)

Page 42: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

☺BERDASARKAN PEMAKAINYA

MEDIA UNTUK KELAS BESAR

MEDIA UNTUK KELAS KECIL

MEDIA UNTUK INDIVIDU

Page 43: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

☺BERDASARKAN PEMAKAIANNYA

BAHAN INDUKSI PENGAJARAN

BAHAN PERKEMBANGAN PENGAJARAN

BAHAN AKTIVITI SUSULAN

BAHAN PENILAIAN

Page 44: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

☺Erikson & Curl - Fundamentals of Teaching with Audio-Visual Technology (1979) memberikankriteria pemilihan berikut:

CARA MEMILIH MEDIA

Isi kandungannya berguna dan pentingkepada pelajar

Isi kandungannya boleh menarik minatpelajar

Page 45: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

☺ Formatnya sesuai bagi memberi kesankepada susunan aktiviti pelajar

Bahan yang digunakan sah, mudahdidapati dan mutakhir

Fakta dan konsep dikaji dari sudutkepadatannya

Page 46: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

☺ Isi kandungannya berhubung terus denganobjektif khusus

Isi kandungan dan persembahannya sesuaidengan keadaan dan nilai semasa

Bahan-bahannya tidak menimbulkankontraversi / tengkarah

Page 47: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

☺ Bahan-bahannya tidak menimbulkantanda-tanda berat sebelah atausebagai propaganda

Kualiti teknikal memuaskan - imejnya jelas,dialognya mudah, warnanya menarik danmengandungi ciri-ciri kreatif.

Isi kandungan dan struktur sesuatu alatbantu mengajar menunjukkanperancangan yang rapi.

Page 48: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

☺Perkara-perkara berikut perlu diambil kira :CARA MEMILIH MEDIA

pertimbangan dari segi usia

pertimbangan dari segi peringkat murid

pertimbangan dari segi pengalaman guru

pertimbangan dari segi objektif pengajaran

pertimbangan dari segi jangka masa

Page 49: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

SESUATU BAHAN PENGAJARAN HENDAKLAH DIGUNAKAN SECARA TERANCANG

PERSEDIAAN GURU☺ FIKIRKAN NILAI PADA BAHAN DAN TUJUAN

PENGGUNAANYA☺ FIKIRKAN KEHENDAK, KEPERLUAN DAN

MINAT MURID☺ FIKIRKAN MASALAH KOMUNIKASI☺ MENELITI DAHULU BAHAN YANG HENDAK

DIGUNAKAN

1

Page 50: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

PERSEDIAAN BILIK DARJAH☺ ALAT YANG HENDAK DIGUNAKAN SENTIASA

DALAM KEADAAN BAIK DAN MEMUASKAN.☺ BEKALAN ELEKTRIK BAIK DAN

PERALATANNYA JUGA MEMASKAN☺ TEMPAT DUDUK MURID PERLU DISUSUSN

AGAR MURID DAPAT MENDENGAR DAN MENONTON DENGAN SELESA

2

Page 51: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

PERSEDIAAN MURID☺ GURU JELASKAN SEGALA ARAHAN/

TUGASAN SEBELUM BAHAN DIGUNAKAN☺ JELASKAN OBJEKTIF PENGGUNAAN BAHAN

DENGAN JELAS☺ TERANGKAN MAKNA PERKATAAN BARU☺ JELASKAN JUGA AKTIVITI SUSULAN YANG

TELAH DIRANCANG

3

Page 52: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

PENGENDALIAN BAHAN☺ BAHAN HENDAKLAH DIGUNAKAN DENGAN

BAIK, MENARIK DAN BERKESAN☺ REAKSI MURID AKAN PERSEMBAHAN PERLU

JUGA DIBERI PERHATIAN☺ KEBOSANAN MURID BOLEH MENJEJAS

OBJEKTIF PENGAJARAN / PENGGUNAAN BAHAN

4

Page 53: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

AKTIVITI SUSULAN☺ JELASKAN KEPADA MURID AKAN AKTIVITI

SUSULAN. KALAU BOLEH DAPATKAN CADANGAN MURID

☺ PROJEK BERKUMPULAN PERLU DIJELASKAN DENGAN TELITI.

☺ AKTIVITI SUSULAN IALAH UNTUK MENINJAU PEMAHAMAN MURID

5

Page 54: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

PENILAIAN☺ SEDIAKAN UJIAN PENILAIAN BAGI

MENINJAU KEBERKESANAN PENGAJARAN / PEMBELAJARAN.

☺ KESAN KELEMAHAN MURID DAN BUATLAH DIAGNOSTIKNYA

☺ USAHA INI BOLEH MENINGKATKAN PRETASI PEMBELAJARAN MURID.

6

Page 55: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

SEBELUM 1959☺ KAEDAH “CHALK AND TALK”.☺ RADIO PENDIDIKAN☺ BUKU TEKS DARI NEGARA ASAL.

SELEPAS 1959☺ KURSUS AVA DI TTC SELAMA 30 JAM☺ ETV DILANCARKAN PADA 1967

1

2

Page 56: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

TAHUN 1970-1975☺ PENUBUHAN IML - Instructional Materials

Library☺ PENUBUHAN SEMS - The Singapore

Education Media Service☺ MENINGKATKAN ETV☺ MENGKHASKAN BILIK ETV

3

Page 57: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

TAHUN 1975 - 1990☺ PENUBUHAN CDIS / DET 1980 ☺ IE MENGANJURKAN KURSUS AVA - 60 JAM

KEPADA GURU-GURU AVA DAN GURU-GURU KANAN (500 ORANG)

☺ MENGHASILKAN BAHAN-BAHAN AVA☺ PROJEK MAPS MELANCARKAN SARI

BAHASA DAN PERALATAN MENGAJAR☺ MELANCARKAN PENDIDIKAN KOMPUTER -

Computer Based Learning

4

Page 58: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

TAHUN 1995 DAN MASA MUKA☺ IT MASTER PLAN☺ MEMPELBAGAIKAN PENGGUNAAN PERISIAN

KOMPUTER☺ KERJA PROJEK / IPW☺ CPDD DIBENTUK☺ BUKU ‘KITA’ DAN BAHAN PENGAJARANNYA

DILANCARKAN

5

Page 59: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

SEBELUM 1959☺ KAEDAH “CHALK AND TALK”.☺ RADIO PENDIDIKAN☺ BUKU TEKS DARI NEGARA ASAL.

SELEPAS 1959☺ KURSUS AVA DI TTC SELAMA 30 JAM☺ ETV DILANCARKAN PADA 1967

1

2

Page 60: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Penerapan Teknologi Maklumat (IT) menjadikanpengajaran guru semakin mencabar untukmenjana warga negara yang terhasil daripadawawasan pendidikan negara yang dicita-citakanyakni Sekolah Berdaya Fikir, Negara Penimba Ilmu.

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU (RENDAH)- KEMENTERIAN PENDIDIKAN (2002)

Page 61: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU (RENDAH)- KEMENTERIAN PENDIDIKAN (2002)

☺TEKNOLOGI MAKLUMAT ialah semua bentukteknologi yang digunakan untuk mencipta, memperoleh, menyimpan, menggunakan, menggabungkan, menyampaikan, berkomunikasi, dan memaparkan maklumat digital dalam pelbagaibentuk. Ini termasuk teks, grafik, animasi, audio, video dan gambar.

DEFINISI

Page 62: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran BM di sekolahMelengkapkan pelajaran dengan kemahiran ITMenyelaraskan usaha penerapan IT denganpolisi negara ke arah TSLNMembolehkan generasi muda bersediamenghadapi abad 21 dan KBE

OBJEKTIF PENERAPAN IT DALAM KURIKULUM

Page 63: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran BM di sekolahMelengkapkan pelajaran dengan kemahiran ITMenyelaraskan usaha penerapan IT denganpolisi negara ke arah TSLNMembolehkan generasi muda bersediamenghadapi abad 21 dan KBE

OBJEKTIF PENERAPAN IT DALAM KURIKULUM

Page 64: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

AKHBARAKHBARPENGGUNAAN

DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Page 65: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah
Page 66: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

MEMBACA ADALAH PROSES YANG KOMPLEKS. KETIKA MEMBACA, PELAJAR PERLU:

memahami simbol (aspek deria)

menafsiri apa-apa yang dilihat (aspekpenerimaan)

mengikuti penggunaan kekata (aspekkejajaran)

menghubungkan kekata dengan pengalamandan pemaknaan kata (aspek pengalaman)

Page 67: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

Membuat kesimpulan dan penilaian teks(aspek pemikiran)

menghubungkan pengalaman dengan idea dan fakta baru - jurang informasi (aspekpembelajaran)

menghubungkan keperluan peribadi dan sikapdengan tujuan pembacaan (aspek afektif)

meletakkan semua proses dengan objektifpembacaan (aspek konstruktif)

Page 68: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

Apabila kesemua aspek yang disebutkan tadiberjalin, terbentuklah komunikasi yang tuntasantara penulis dengan pembaca.

Produk pembacaan merupakan komunikasipemikiran dan/atau perasaan antara penulisdan pembacanya.

Komunikasi bergantung kepada unsurpemahaman.

Page 69: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

Aspek deria

aspek penerimaan

aspek kejajaran

aspek pengalaman

aspek pemikiran

aspek pembelajaran

aspek afektif

aspek konstruktif

KOMUNIKASI

Page 70: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

AKHBAR SEBAGAI MEDIA PENGAJARAN BUKAN SESUATU YANG BARU.

ATAN LONG (1982) - Suratkhabar digunakankerana banyak mengandungi maklumat yang berguna. Maklumat-maklumat ini bolehdikumpulkan untuk diletakkan pada papankenyataan atau buku berita

Page 71: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

AKHBAR SEBAGAI MEDIA

PENGAJARAN(Penggunaan Lelaman Web

Media bagi membentuksoalan)

Page 72: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

BENGKEL PENGGUNAAN LELAMAN WEB

CLUSTER EAST 3 2 NOV 2002

SEKOLAH RENDAH GRIFFITHS

AKHBAR SEBAGAI MEDIA PENGAJARAN

(Penggunaan Lelaman Web Media bagi membentuk soalan)

MOHD NAIM DAIPI HOD / MT

SEKOLAH RENDAH GRIFFITHS

Page 73: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

CONTOH 1 : SINONIM Nama : Tarikh : Darjah : Markah : PAMERAN PERINGATI TOKOH MELAYU

MEMPERINGATI tokoh-tokoh Melayu yang berbakti dan berperanan dalam pembangunan negara menerusi satu pameran sempena Ramadan ini. Pameran Balai Tokoh itu bakal dilancarkan hari ini oleh Presiden S R Nathan di Kampung Melayu Geylang Serai sempena majlis menyalakan lampu Hari Raya yang diadakan pada malam ini.

Pameran tersebut dianjurkan oleh Majlis Pusat dengan sokongan Angkatan Pelukis Aneka Daya (Apad) dan Berita Harian (BH). Pameran yang memaparkan tokoh-tokoh terkemuka Melayu/Islam itu bertujuan menggalakkan semangat bakti setia dan cemerlang terhadap masyarakat dan negara.

Ia mengetengahkan mantan Presiden pertama Singapura, Allahyarham Yusof Ishak; Allahyarham Zubir Said, pencipta Lagu Kebangsaan Singapura, Majulah Singapura; serta Allahyarham Muhd Eunos Abdullah bagi menghargai sumbangan beliau sebagai anak Melayu pertama yang dilantik dalam Majlis Perundangan pada 1924.

Tokoh lain yang dipaparkan ialah Allahyarham Haji Yaacob Mohamed, tokoh politik veteran yang disegani.

Bagi tokoh yang masih hidup, Majlis Pusat mengetengahkan Haji Muhd Ariff Ahmad, seorang bahasawan, sasterawan dan budayawan; dan Encik Ahmad Jaafar, seorang pejuang seni dalam mengekalkan identiti muzik Melayu sejak dekad 1940-an.

Timbalan Setiausaha Agung Majlis Pusat, Haji Md Yahya Zakaria, berkata ramai daripada tokoh-tokoh Melayu yang terkemuka bukan sahaja telah menyumbangkan sesuatu terhadap masyarakatnya, tetapi juga kepada negara Singapura umumnya.

'Sempena Ramadan, Majlis Pusat juga berharap dapat meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat Melayu/Islam bahawa agama Islam juga menggalakan umatnya supaya maju di dunia selain di akhirat,' kata Haji Md Yahya.

BERIKAN PERKATAAN SEERTI BAGI PERKATAAN BERGARIS BAWAH: 1) berbakti : _____________________ 2) menerusi : _____________________ 3) dianjurkan : _____________________ 4) memaparkan : _____________________ 5) menggalakkan : _____________________ 6) mantan : _____________________ 7) pencipta : _____________________ 8) identiti : _____________________ 9) terkemuka : _____________________ 10) meningkatkan : _____________________

Page 74: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

CONTOH 2 : PEMAHAMAN Nama : Tarikh : Darjah : Markah : KESAN POSITIF BILA BELIA CEBURI KEGIATAN SOSIAL

MASYARAKAT umum lebih bersedia memberi sokongan sosial kepada para belia yang melibatkan diri dalam kegiatan sosial. Pada masa yang sama, para belia dapat meraih manfaat di luar jangkaan mereka memenerusi kegiatan sosial. Demikian dapatan satu tinjauan oleh Majlis Belia Kebangsaan (NYC) yang melibatkan sekitar 1,500 belia berusia antara 15 dengan 29 tahun. Tinjauan itu dijalankan antara Mei dengan Jun lalu.

Dapatan tinjauan itu menunjukkan belia dalam lingkungan usia 15 hingga 18 tahun lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam kegiatan sosial. Belia yang aktif dalam kegiatan sosial juga didapati mempunyai pandangan positif terhadap masa depan mereka.

Dalam sidang akhbar mengenai dapatan tinjauan itu di pusat NYC kelmarin, pengerusi panel tinjauan tersebut, Dr Mohd Maliki Osman, yang juga anggota NYC, berkata tinjauan itu turut menunjukkan nilai-nilai positif di kalangan para belia adalah hasil pergaulan antara satu sama lain. Ia juga menunjukkan para belia lebih cenderung bergiat dalam kegiatan sukan, budaya dan seni, agama serta pasukan beruniform.

Menurut Dr Mohd Maliki, rata-rata para belia yang sudah bekerja mula kurang menjalankan kegiatan-kegiatan sosial kerana mereka banyak menghabiskan tenaga mereka untuk kegiatan-kegiatan luar dan memantapkan pekerjaan. Mereka yang sudah berumah tangga pula ingin menumpukan perhatian kepada pasangan masing-masing. Dr Maliki berkata NYC akan terus giat menggalak lebih ramai belia menyertai kegiatan-kegiatanya, yang akan dipertingkat mutunya kelak.

NO SOALAN JAWAPAN ANDA

1 Tinajauan apakah yang

termuat di dalam berita di atas?

2 Apakah nilai positif yang dicenderungi oleh para belia?

3

Berikan sebab kegiatan sosial belia mula berkurangan apabila mereka sudah bekerja dan berumahtangga

Page 75: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

CONTOH 3 : PEMAHAMAN BERITA Nama : Tarikh : Darjah : Markah : IBU TERBIAR DI KOLONG BLOK

NASIB seorang nenek berusia 73 tahun telah menarik perhatian beberapa penduduk Blok 18 di Ghim Moh Road dan Blok 1 Holland Close. Menurut beberapa penduduk di dua blok itu, Cik Nooriah Samat dikatakan kerap ditinggalkan terbiar, terutamanya di kolong Blok 18 - dari sekitar 8 pagi hingga tengah malam.

Namun, semasa dihubungi, anak perempuan Cik Nooriah, yang hanya mengenalkan dirinya sebagai Cik Sadiah, berkata beliau meninggalkan ibunya di kolong blok kerana sikap ibunya yang sering suka mengekorinya setiap kali beliau keluar rumah. “Sekurang-kurangnya di kolong blok, ada jiran yang menjaganya. Saya sibuk dengan anak-anak dan tugas rumah. Lagipun orang tua ini selalu menyusahkan saya,” katanya yang tinggal di tingkat 13 Blok 18 di Ghim Moh.

Semasa ditemui di kolong blok, Cik Nooriah yang ada sebuah flat sewa di Blok 1 Holland Close, mendakwa beliau dipukul anaknya itu. Beliau, yang tidak tahu arah pulang ke flat anaknya, turut menunjukkan nasi goreng yang dibekalkan kepadanya setiap hari selain sebotol teh sejuk sebagai penghilang dahaga.

Seorang jiran Cik Nooriah di Holland Close, Cik Norpitri Ahmad Talib, 58 tahun, mendakwa beliau telah beberapa kali membawa pulang jirannya itu dan memberinya pakaian salinan selain mencuci pakaiannya. 'Saya anggapnya seperti ibu saya sendiri. Saya tak rela melihatnya lapar sehingga lewat malam,' kata pekerja pembersihan itu. Seorang lagi penduduk di blok yang sama, Cik Rospina Rasip, 39 tahun, berkata beliau yang pernah menemani Cik Nooriah sehingga selewat 1 pagi, pernah terlihat najis beberapa kali di kolong blok itu.

Seorang jurucakap Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Northwest yang dihubungi mengesahkan pihaknya turut menerima panggilan mengenai nasib Cik Nooriah baru-baru ini daripada seorang penduduk. 'Kami akan meminta salah sebuah Pusat Khidmat Keluarga (FSC) di kawasan tersebut meneliti masalah yang beliau dan keluarga hadapai,' jelas jurucakap itu lagi. Menurutnya, Cik Nooriah menerima bantuan kewangan $230 sebulan dari CDC tersebut.

SOALAN JAWAPAN ANDA

Berita apa?

Bilakah berita itu berlaku?

Page 76: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

Siapakah yang terlibat?

Mengapakah berita itu berlaku?

Apakah tanggapan kamu?

Bagaimanakah masalah itu boleh dihuraikan?

Kalaulah kamu menjadi nenek yang malang itu, apakah yang akan kamu lakukan?

Page 77: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

CONTOH 4 : IMBUHAN Nama : Tarikh : Darjah : Markah : KES BELASAH: WANITA DIDAPATI TIDAK BERSALAH

PEKERJA pembersihan yang menghadapi (1)tuduh membelasah rakan sekerjanya sehingga mencederakan bahu rakannya itu didapati tidak (2)salah pada akhir perbicaraan semalam. Cik Aminah Omar, 49 tahun, menarik nafas lega setelah Hakim Daerah Jasvender Kaur mendapati beliau tidak bertanggungjawab atas (3)cedera yang dialami oleh Cik Sardiah Ketab, 56 tahun.

'Saya agak cemas juga apabila (4)heret ke mahkamah. Tetapi, saya tahu saya berada di pihak yang benar. Apabila disoal pun saya hanya menyatakan perkara yang benar,' ujar ibu tunggal lima anak itu.

Beliau yang (5)teman oleh beberapa ahli keluarganya jelas kelihatan gembira dan mereka (6)peluk apabila mendengar keputusan hakim. Ketika merumuskan keputusannya, Hakim Daerah Jasvender berkata pihak pendakwa raya gagal (7)tengah bukti-bukti kukuh yang dapat menunjukkan Cik Aminah sengaja mahu (8)cedera Cik Sardiah.

Menurut beliau lagi, laporan-laporan (9)ubat juga gagal menunjukkan bahawa kecederaan pada bahu Cik Sardiah berpunca daripada asakan Cik Aminah. Cik Aminah didakwa sengaja menyebabkan rakannya cedera dalam kejadian di tempat kerja mereka di Sekolah Rendah Saint Hilda's di Tampines pada 9 Mei lalu.

Menyentuh tentang tindakan Cik Aminah yang sengaja menolak Cik Sardiah sehingga beliau terjatuh dan mengalami kecederaan pada otot-otot bahunya, Hakim akur Cik Aminah (10)paksa menolak Cik Sardiah untuk melepaskan dirinya apabila digigit. Hakim juga berasa curiga mengapa Cik Sardiah tidak memberitahukan perkara tersebut kepada doktor ketika beliau mendapatkan rawatan.

BERIKAN IMBUHAN BAGI PERKATAAN BERGARIS BAWAH: 1) tuduh : _____________________ 2) salah : _____________________ 3) cedera : _____________________ 4) heret : _____________________ 5) teman : _____________________ 6) peluk : _____________________ 7) tengah : _____________________ 8) cedera : _____________________ 9) ubat : _____________________ 10) paksa : _____________________

Page 78: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

CONTOH 5 : PROSEDUR CLOZE Nama : Tarikh : Darjah : Markah : PEROKOK BAWAH 18 TAHUN DIKENAKAN KAUNSELING DAN DENDA

REMAJA di bawah usia 18 tahun yang didapati merokok dikehendaki menghadiri sesi kaunseling berhenti merokok bersama ibu bapa atau penjaga mereka. Ini di samping membayar denda yang telah dinaikkkan kepada $300 berbanding $50 bagi kesalahan pertama dan $100 bagi kesalahan selanjutnya sebelum ini.

Demikian antara perubahan ekoran pindaan Akta Menghisap Rokok (Kawalan Pengiklanan dan Jualan Tembakau) yang diluluskan Parlimen semalam. Dalam ucapannya, Menteri Kesihatan, Encik Lim Hng Kiang, berkata (1)______________ itu antara lain bertujuan mengekang remaja daripada (2)______________.

”Langkah ini memberi peluang baik untuk berkomunikasi (3)______________ remaja dan ibu bapa mereka, bukan hanya (4)______________ bahaya merokok tetapi juga menerapkan kemahiran kehidupan (5)______________ diri remaja itu agar mereka boleh terus (6)______________ merokok,' katanya.

Di bawah pindaan itu, mereka (7)______________ didapati bersalah menjual rokok dan produk tembakau (8)______________ sesiapa di bawah usia lapan belas tahun (9)______________ didenda tidak lebih daripada sepuluh ribu dolar (10)______________ dipenjara hingga enam bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

Selain itu, perlesenan yang kini melibatkan peruncit yang menjual produk tembakau pula akan diluaskan kepada pengimpot dan pengedar produk tembakau. Ia juga memerlukan mereka menyenaraikan bahan-bahan berbahaya selain tar atau nikotin bagi memberi maklumat terperinci kepada orang ramai mengenai bahan-bahan dalam produk tembakau.

JAWAPAN ANDA:

1 6

2 7

3 8

4 9

5 10

Page 79: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

CONTOH 6 : KESALAHAN BAHASA Nama : Tarikh : Darjah : Markah :

RUNDING AIR LAGI

SEORANG Anggota Parlimen Malaysia minggu lalu cadangkan supaya negaranya jual air kumbahan kepada Singapura, kalau Singapura mahukan air yang murah harganya.

Telinga Wak berdesing bila baca berita itu.

Kalau yang cakap tu rakyat biasa, Wak mungkin boleh terima. Tapi Wak kecewa sebab yang bercakap itu adalah seorang yang bergelar pemimpin.

Tapi tak mengapa. Sebab kita memang sedar yang bekalan air kita sekarang tak cukup, dan kita kena beli air dari Malaysia.

Cuma masanya mungkin tak lama lagi apabila kita tak lagi perlu bergantung kepada orang lain bagi bekalan air kita...

Kesalahan 1

Kesalahan 2

Kesalahan 3

Kesalahan 4

Kesalahan 5

Page 80: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

CONTOH 7 : PENYENARAIAN Nama : Tarikh : Darjah : Markah : PEMENANG RATU CANTIK MELAYU BARU?

RAKAN-RAKANNYA pernah memanggilnya "Ally MacBeal"... bukan saja kerana tugasnya sebagai peguam, bahkan juga kerana wajah comel dan tubuhnya yang cukup ramping. Lebih-lebih lagi sekarang Nuraliza Osman juga sudah melangkah ke dunia glamor selepas dimahkotakan gelaran ratu Miss Singapore-Universe tiga minggu lalu.

"Kalau kerja, saya kerja sungguh-sungguh, tetapi kalau bermain, saya mencari keseronokan yang wajar,'' seloroh ratu yang cukup peramah ini.

Perbualan selama lebih sejam bersama wartawan dan ditemani pembantunya, Freda Hassan, ternyata cukup menjelaskan mengapa Nuraliza seharusnya dinilaikan lebih daripada setakat kecantikan luarannya. Soal pencapaian akademik dan kerjaya tak perlu lagi dipersoalkan, tetapi apa yang lebih perlu direnungkan ialah pendirian beliau yang cukup objektif, keberanian menunjak kebenaran dan sikapnya yang suka berdikari.

Bukan senang sebenarnya untuk mengatur temu janji dengan personaliti yang kini hidup dalam dua dunia ini; sebagai peguam yang begitu serius dengan kerjayanya dan alam glamor yang baru ditempuhinya sejak menjadi perhatian media dengan kemenangannya pada 23 Mac lalu. Pada waktu pejabat, peguam berusia 25 tahun yang mempunyai ketinggian 1.7 meter, berat badan 53 kilogram dan sering mengenakan sut hitam ini, mengejar masa ke sana ke mari untuk bertemu pelanggan, membuat penyelidikan pelbagai kes mahkamah dan berhujah hebat di depan hakim untuk memenangi kes-kesnya.

Tetapi sebaik saja beliau menanggalkan pakaian hitamnya, Nuraliza didandan pula dari hujung rambut ke hujung kaki, mengenakan gaun-gaun formal dari pereka fesyen terkenal dan beraksi bak bidadari di depan sinaran lampu kamera untuk pelbagai media massa.

Ada yang bertanya, sejauh mana Melayu yang ada pada diri Nuraliza? Menurut Nuraliza, di kad pengenalannya, tertera "India' sebagai bangsanya. Bapanya, Mohamed Osman Bakar, berketurunan India sementara ibunya, Katinah Yan, berdarah campuran Jawa-Belanda-India-Cina. "Di rumah, kami berbahasa Melayu dan Inggeris. Gaya hidup kami seperti orang Melayu biasa sebab majoriti penduduk Islam di sini orang Melayu. Kita tak boleh lari daripada budaya dan adat-istiadat Melayu-Islam, biar macam mana moden atau bercampur keturunan apa pun. Rasanya, macam semua orang Melayu di sini berasal dari Geylang,'' jelas anak kedua tiga beradik ini.

Tetapi mengapa beliau membenarkan dirinya melangkah ke dunia yang sensasi sedangkan beliau mempunyai kerjaya mantap dan disegani? Peguam yang bekerja dengan syarikat Rajah & Tann ini berpendirian, dunia di luar lingkaran mahkamah sedikit pun tidak menjejas reputasi kerjanya.

""Saya berpegang bahawa dalam hidup, saya harus berusaha mencapai impian saya. Apa pun yang kita lakukan, halangan tetap ada. Terpulanglah untuk kita bertindak, sejauh mana untuk mengharungi halangan itu. Seperti saya mengejar impian untuk menunggang kuda. "Di Singapura, naik kuda merupakan hobi yang mahal ... jadi saya cari jalan lain, cari tempat lebih murah. Kalau nak tahu, saya naik kuda di Pulai, Johor setiap kali ada masa terluang.”

"Pada masa yang sama, saya juga memastikan dalam mengejar impian, jangan sampai kita menjejas harga diri, keharmonian hidup terutama soal keluarga,'' ujar ratu yang mengakui tidak mempunyai latar belakang dalam bidang modeling dan cukup berterimakasih dengan peragawati Hanis Hussey kerana membimbingnya beraksi "cat walk'.

Page 81: Pengendalian bahan pengajaran di sekolah

Dari zaman persekolahan beliau memang sudah terdedah dengan pencapaian cemerlang; beliau mendapat sembilan gred "A' untuk peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat "O' dan dua A dan dua B untuk GCE "A'nya.

""Orang tua saya hantar saya ke sekolah perempuan sahaja ... dari CHIJ ke Methodist Girls, kemudian baru bercampur dengan pelajar lelaki di Maktab Rendah Victoria sebelum masuk NUS. Beliau akan berangkat ke Puerto Rico pada minggu pertama Mei ini untuk pertandingan Miss Universe peringkat antarabangsa. Antara pakaian yang akan dibawanya ialah ciptaan pereka fesyen Haron.

Senarai watak Nualiza Osman

LATAR KELUARGA

KERJAYA

KECENDERUNGAN

PENDIRIAN

PENDIDIKAN

NURALIZA OSMAN