24

PENGESAHAN STATUS€¦ · Matematik untuk mengajar Matematik dalam bahasa Inggeris adalah pada tahap sederhana iaitu dengan nilai min 3.21. Jika dilihat berdasarkan persoalan kajian

  • Upload
    others

  • View
    26

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENGESAHAN STATUS€¦ · Matematik untuk mengajar Matematik dalam bahasa Inggeris adalah pada tahap sederhana iaitu dengan nilai min 3.21. Jika dilihat berdasarkan persoalan kajian
Page 2: PENGESAHAN STATUS€¦ · Matematik untuk mengajar Matematik dalam bahasa Inggeris adalah pada tahap sederhana iaitu dengan nilai min 3.21. Jika dilihat berdasarkan persoalan kajian
Page 3: PENGESAHAN STATUS€¦ · Matematik untuk mengajar Matematik dalam bahasa Inggeris adalah pada tahap sederhana iaitu dengan nilai min 3.21. Jika dilihat berdasarkan persoalan kajian
Page 4: PENGESAHAN STATUS€¦ · Matematik untuk mengajar Matematik dalam bahasa Inggeris adalah pada tahap sederhana iaitu dengan nilai min 3.21. Jika dilihat berdasarkan persoalan kajian

KESEDIAAN TERHADAP PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM

PENGAJARAN MATEMATIK DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 5 IJAZAH

SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN MATEMATIK, FAKULTI

PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOORUL ELIANA BINTI SAMAT

Laporan Kajian Ilmiah Ini Dikemukakan Sebagai

Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

Page 5: PENGESAHAN STATUS€¦ · Matematik untuk mengajar Matematik dalam bahasa Inggeris adalah pada tahap sederhana iaitu dengan nilai min 3.21. Jika dilihat berdasarkan persoalan kajian
Page 6: PENGESAHAN STATUS€¦ · Matematik untuk mengajar Matematik dalam bahasa Inggeris adalah pada tahap sederhana iaitu dengan nilai min 3.21. Jika dilihat berdasarkan persoalan kajian

iii

Kajian ini dihadiahkan khas buat mereka..

Sayang Berpanjangan, Membawa Ke Syurga Kasihku;

Buat Ayah, HJ SAMAT BIN HJ MAHAT

Buat Ibu,

HJH ZAIBEDAH BINTI ABU BAKAR

Istimewa Buat Adik-adikku,

KHAIRUL FADZLI (angah) KHAIRUL FAEEZ (alang)

KHAIRUL FAKHRIY (adik) NOORUL IZZATI (manja)

“Semoga kejayaan Along ini menjadi pendorong kalian di masa hadapan”

Page 7: PENGESAHAN STATUS€¦ · Matematik untuk mengajar Matematik dalam bahasa Inggeris adalah pada tahap sederhana iaitu dengan nilai min 3.21. Jika dilihat berdasarkan persoalan kajian

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah…Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan

rahmat dan izinNya dapatlah saya menyempurnakan kajian ini dalam waktu yang

ditetapkan.

Rakaman penghargaan dan terima kasih kepada En Yusof Bin Boon selaku

penyelia kajian di atas bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan sepanjang

tempoh kajian dijalankan. Segala ilmu dan bantuan yang diberikan akan dikenang

sepanjang hayat. Semoga Allah memberikan ganjaran yang sebaiknya. InsyaAllah.

Ucapan terima kasih ditujukan kepada semua bakal-bakal guru yang mengikuti

kursus Pendidikan Matematik di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia di

atas kerjasama yang telah diberikan.

Penghargaan ini juga ditujukan khas buat kedua ibubapa dan ahli keluarga saya

yang tidak pernah jemu memberikan sokongan dan kasih sayang yang tidak terhingga

kepada saya selama ini.

Akhir sekali, ribuan terima kasih ditujukan buat rakan-rakan seperjuangan atas

bantuan dan galakan serta keikhlasan dalam berkongsi ilmu. Segala jasa dan

pengorbanan kalian tidak akan saya lupakan. Terima kasih juga diucapkan kepada

semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu

menjayakan kajian ini.

Page 8: PENGESAHAN STATUS€¦ · Matematik untuk mengajar Matematik dalam bahasa Inggeris adalah pada tahap sederhana iaitu dengan nilai min 3.21. Jika dilihat berdasarkan persoalan kajian

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini dijalankan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia. Kajian ini bertujuan meninjau tahap persediaan bakal guru Matematik

melaksanakan pengajaran Matematik dengan menggunakan bahasa Inggeris. Kajian ini

melibatkan 56 orang pelajar kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

Matematik yang mewakili keseluruhan populasi. Aspek yang dikaji dalam kajian ini

ialah tahap persediaan bakal guru Matematik daripada aspek sikap, minat, keyakinan dan

persediaan mengikuti kursus-kursus meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.

Instrumen kajian ialah borang soal selidik yang telah dibina sendiri oleh penyelidik.

Nilai kebolehpercayaan soalan dalam soal selidik adalah 0.89. Data dianalisis dengan

perisian Statistical Pacages For Social Sciencess (SPSS) versi 13.0 untuk mencari

kekerapan, peratus dan min. Secara keseluruhan, tahap persediaan bakal guru

Matematik untuk mengajar Matematik dalam bahasa Inggeris adalah pada tahap

sederhana iaitu dengan nilai min 3.21. Jika dilihat berdasarkan persoalan kajian pula,

didapati purata skor min bagi kesediaan daripada aspek sikap ialah 3.15 dan aspek minat

3.34. Manakala daripada aspek persediaan mengikuti kursus dan aspek keyakinan,

masing-masing mencatatkan nilai min 3.17 dan 3.18. Dapatan daripada kajian ini

diharap dapat memberi kesedaran kepada bakal guru meningkatkan penguasaan bahasa

Inggeris, khususnya dalam proses pengajaran Matematik. Semua pihak perlu

bekerjasama memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada untuk mempertingkatkan lagi

usaha penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik

Page 9: PENGESAHAN STATUS€¦ · Matematik untuk mengajar Matematik dalam bahasa Inggeris adalah pada tahap sederhana iaitu dengan nilai min 3.21. Jika dilihat berdasarkan persoalan kajian

vi

ABSTRACT

The descriptive research was carried out at Faculty of Education, Technological

University of Malaysia. The main purpose of this research is to survey the preparation

level of future Mathematic teachers to carry out Mathematic teaching in English. This

research includes 56 people from Bachelor Science and Mathematics Education which

represent the whole population. The aspects studied were teacher’s behaviour, interest,

confidence and their preparation to join courses in improving their English. Instrument

used in this research was a set of questionnaires which have been made by the

researcher. Alpha Cronbach value that is obtained is α = 0.89. The data was analyzed

by using the Statistical Pacages For Social Sciencess (SPSS) version 13.0 to find

frequencies, percentages and mean. Overall, the preparation of future Mathematic

teachers toward teaching Mathematic in English is abstemious with mean score 3.21.

By the construct, the mean score average for teacher’s behaviour is 3.15 and teacher’s

interest is 3.34. However, the other two aspects for confidence and their preparation to

join courses with mean score average 3.17 and 3.18. Hopefully, that this research can

help future teachers to realize the importance in improving their English usage

especially in Mathematics teaching. Therefore, cooperation from all party is needed.

Page 10: PENGESAHAN STATUS€¦ · Matematik untuk mengajar Matematik dalam bahasa Inggeris adalah pada tahap sederhana iaitu dengan nilai min 3.21. Jika dilihat berdasarkan persoalan kajian

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

Page 11: PENGESAHAN STATUS€¦ · Matematik untuk mengajar Matematik dalam bahasa Inggeris adalah pada tahap sederhana iaitu dengan nilai min 3.21. Jika dilihat berdasarkan persoalan kajian

viii

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.6.1 Pihak Pentadbiran UTM 8

1.6.2 Pihak Fakulti Pendidikan 8

1.6.3 Pihak Pensyarah 8

1.6.4 Pihak Bakal Guru 8

1.7 Skop dan Batasan Kajian 9

1.8 Definisi 9

1.8.1 Kesediaan 10

1.8.2 Sikap 10

1.8.3 Minat 10

1.8.4 Keyakinan 11

1.9 Rumusan 11

II TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 12

2.2 Sikap Terhadap Pengajaran Dalam Bahasa

Inggeris

13

2.3 Minat Terhadap Pengajaran Dalam Bahasa

Inggeris 16

2.4 Kesediaan Mengikuti Kursus-Kursus Bahasa

Inggeris 18

2.5 Tahap Keyakinan Guru 21

2.6 Rumusan 24

Page 12: PENGESAHAN STATUS€¦ · Matematik untuk mengajar Matematik dalam bahasa Inggeris adalah pada tahap sederhana iaitu dengan nilai min 3.21. Jika dilihat berdasarkan persoalan kajian

ix

III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 25

3.2 Reka Bentuk Kajian 25

3.3 Populasi Kajian 26

3.4 Instrumen Kajian 26

3.4.1 Bahagian A Soal Selidik 27

3.4.2 Bahagian B Soal Selidik 27

3.5 Prosedur Kajian 28

3.5.1 Kajian Rintis 28

3.5.2 Kajian Sebenar 29

3.6 Kaedah Menganalisis Data 30

3.7 Rumusan 31

IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 32

4.2 Dapatan Kajian 33

4.3 Analisis Data Bahagian A 33

4.3.1 Jantina 33

4.3.2 Bangsa 34

4.3.3 Keputusan Peperiksaan Bahasa

Inggeris Peringkat SPM

34

4.3.4 Keputusan Bahasa Inggeris

(UHB 2332) Peringkat Universiti

35

4.4 Analisis Data Bahagian B 35

4.4.1 Sikap Bakal Guru Matematik Terhadap

Penggunaaan Bahasa Inggeris dalam

Pengajaran Matematik

36

Page 13: PENGESAHAN STATUS€¦ · Matematik untuk mengajar Matematik dalam bahasa Inggeris adalah pada tahap sederhana iaitu dengan nilai min 3.21. Jika dilihat berdasarkan persoalan kajian

x

4.4.2 Minat Bakal Guru Matematik

Terhadap Pengajaran Matematik dalam

Bahasa Inggeris

4.4.3 Kesediaan Bakal Guru Matematik

dalam Mengikuti Kursus-Kursus Untuk

Meningkatkan Penguasaan Bahasa

Inggeris

4.4.4 Keyakinan Bakal Guru Matematik

Untuk Mengajar Matematik dalam

Bahasa Inggeris

4.5 Rumusan

39

42

45

48

V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 49

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 49

5.2.1 Kesediaan Daripada Aspek Sikap Bakal

Guru Matematik Terhadap

Penggunaan Bahasa Inggeris dalam

Pengajaran Matematik.

50

5.2.2 Kesediaan Daripada Aspek Minat

Bakal Guru Matematik Terhadap

Penggunaan Bahasa Inggeris dalam

Pengajaran Matematik

52

5.2.3 Kesediaan Mengikuti Kursus Kursus

untuk MeningkatkanPenguasaan

Bahasa Inggeris

54

Page 14: PENGESAHAN STATUS€¦ · Matematik untuk mengajar Matematik dalam bahasa Inggeris adalah pada tahap sederhana iaitu dengan nilai min 3.21. Jika dilihat berdasarkan persoalan kajian

xi

5.2.4 Keyakinan Bakal Guru Matematik

Terhadap Penggunaan Bahasa Inggeris

Dalam Pengajaran Matematik

55

5.3 Rumusan Kajian 57

5.4 Cadangan Kajian 58

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 59

5.6 Kesimpulan 60

BIBLIOGRAFI 61

LAMPIRAN 67 - 86

Page 15: PENGESAHAN STATUS€¦ · Matematik untuk mengajar Matematik dalam bahasa Inggeris adalah pada tahap sederhana iaitu dengan nilai min 3.21. Jika dilihat berdasarkan persoalan kajian

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan Soalan Mengikut Aspek 26

3.2 Pemeringkatan Skala Likert 30

3.3 Skor Min Untuk Mengukur Tahap Penilaian 31

4.1 Taburan Gred Mengikut Tahap 34

4.2 Taburan Gred Mengikut Tahap 35

4.3 Julat Skor Min Kesediaan Bakal Guru Matematik 36

Terhadap Penggunaan Bahasa Inggeris dalam

Pengajaran Matematik daripada Aspek Sikap, Minat,

Mengikuti Kursus dan Keyakinan

4.4 Taburan Responden Mengikut Kesediaan daripada 38

Aspek Sikap Terhadap Penggunaan Bahasa Inggeris

dalam Pengajaran Matematik

4.5 Taburan Responden Mengikut Kesediaan daripada 41

Aspek Minat Terhadap Penggunaan Bahasa Inggeris

dalam Pengajaran Matematik

4.6 Taburan Responden Mengikut Kesediaan 44

Mengikuti Kursus-Kursus Untuk Meningkatkan

Penguasaan Bahasa Inggeris

4.7 Taburan Responden Mengikut Keyakinan 47

Untuk Mengajar Matematik dalam Bahasa Inggeris

Page 16: PENGESAHAN STATUS€¦ · Matematik untuk mengajar Matematik dalam bahasa Inggeris adalah pada tahap sederhana iaitu dengan nilai min 3.21. Jika dilihat berdasarkan persoalan kajian

xiii

SENARAI SINGKATAN

ICT - Teknologi Maklumat dan Komunkasi

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SK - Sekolah Kebangsaan

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SRJKC - Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina

SRJKT - Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: PENGESAHAN STATUS€¦ · Matematik untuk mengajar Matematik dalam bahasa Inggeris adalah pada tahap sederhana iaitu dengan nilai min 3.21. Jika dilihat berdasarkan persoalan kajian

xiv

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A

Pengesahan Instrumen Kajian

67

B Borang Soal Selidik 68

C Surat Kebenaran Menjalankan

Penyelidikan Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

73

D Kajian rintis 74

E Dapatan kajian (Jadual Kekerapan dan

Min)

77

F Surat Permohonan Untuk Mengetahui

Jumlah Bilangan Pelajar

85

Page 18: PENGESAHAN STATUS€¦ · Matematik untuk mengajar Matematik dalam bahasa Inggeris adalah pada tahap sederhana iaitu dengan nilai min 3.21. Jika dilihat berdasarkan persoalan kajian

BAB I

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang digunakan oleh

kebanyakan negara di dunia. Bahasa Inggeris merupakan bahasa terpenting kerana

berkeupayaan dalam merapatkan perhubungan dan memudahkan interaksi global.

Selain bersifat global, bahasa Inggeris juga merupakan bahasa ilmu kerana banyak

sumber-sumber rujukan bagi sesuatu perkara terdapat dalam bahasa Inggeris.

Sehubungan dengan itu, penguasaan ilmu pengetahuan berasaskan Sains dan

Teknologi yang sumber rujukannya banyak dalam bahasa Inggeris menyebabkan

kerajaan mempertingkatkan keberkesanan sistem pendidikan. Salah satu cara ialah

melalui proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa

Inggeris. Mata pelajaran Sains dan Matematik telah dilaksanakan pengajarannya dalam

bahasa Inggeris bermula tahun 2003 setelah diputuskan dalam perhimpunan Agung

UMNO 2002.

Page 19: PENGESAHAN STATUS€¦ · Matematik untuk mengajar Matematik dalam bahasa Inggeris adalah pada tahap sederhana iaitu dengan nilai min 3.21. Jika dilihat berdasarkan persoalan kajian

2

Dalam kenyataan akhbar Utusan pada 13 Julai 2002, Perdana Menteri

Malaysia ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada kenyataannya bertarikh

10 Mei 2002 mengumumkan Majlis Tertinggi (MT) UMNO menolak cadangan

supaya diwujudkan semula sekolah aliran bahasa Inggeris kerana tindakan itu tidak

sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Sebaliknya, Dr. Mahathir

memutuskan penggunaan bahasa Inggeris hanya akan melibatkan pengajaran dan

pembelajaran dalam dua mata pelajaran utama iaitu Matematik dan Sains mulai

2003, selain memperkenalkan mata pelajaran kesusasteraan Inggeris kontemporari.

Menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad langkah itu

dilaksanakan atas kesedaran mengenai kepentingan penguasaan ilmu dalam bahasa

Inggeris di kalangan rakyat tempatan, khususnya bumiputera kerana ia adalah bahasa

antarabangsa. Perlaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris

adalah kerana Sains dan Matematik adalah bidang ilmu yang sangat dinamik dan

penyumbang kepada pembangunan negara.

Pada era globalisasi ini, sistem pendidikan negara tidak boleh mengelak

daripada arus perkembangan dunia sejagat. Kurikulum pendidikan turut mengalami

pembaharuan sesuai dengan perkembangan Sains dan Teknologi yang dihadapi oleh

masyarakat dunia. Perubahan ilmu Sains dan Teknologi yang begitu pesat telah

menyebabkan kerajaan memperkenalkan penggunaan bahasa Inggeris dalam

pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Penggunaan Sains dan

Matematik dalam pengajaran disebabkan kepentingan bahasa Inggeris sebagai

bahasa pengantar utama dunia terutama di dalam bidang Sains dan Teknologi

Penggunaan.

Pihak kerajaan telah melaksanakan pembelajaran bahasa Inggeris dalam

mata pelajaran Sains dan Matematik di semua sekolah sejak hampir tiga tahun lalu

bermula tahun 2003. Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan

bahasa Inggeris bermula secara berperingkat di :

Tahun 1 di semua sekolah rendah (SK, SRJKT, SRJKC) dan sekolah

pendidikan khas (SPK)

Page 20: PENGESAHAN STATUS€¦ · Matematik untuk mengajar Matematik dalam bahasa Inggeris adalah pada tahap sederhana iaitu dengan nilai min 3.21. Jika dilihat berdasarkan persoalan kajian

3

Tingkatan 1 di semua sekolah menengah kebangsaan (SMK)

Tingkatan 6 Rendah di semua sekolah menengah kebangsaan (SMK)

Pada tahun 2004, pengajaran secara sepenuhnya dalam bahasa Inggeris

dilaksanakan di Program Matrikulasi

Pada tahun 2008, pengajaran secara sepenuhnya dalam bahasa Inggeris akan

dilaksanakan di Politeknik.

Pada tahun 2003 juga pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris

secara separa dilaksanakan di Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6,

Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 6 Atas,

Program Matrikulasi dan Politeknik.

Soalan peperiksaan disediakan dengan menggunakan dwibahasa iaitu bahasa

Inggeris dan bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di dalam

peperiksaan Sains dan Matematik bermula pada tahun 2008 bagi peperiksaan Ujian

Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan pada tahun 2007 bagi peperiksaan Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM).

Perkembangan teknologi moden yang pesat pada hari ini meletakkan

penguasaan bahasa Inggeris sangat penting. Faktor pembaharuan kurikulum ini

berlaku disebabkan kewujudan peningkatan teknologi. Ia juga berlaku akibat

perancangan perubahan masyarakat dan hubungan kemanusiaan yang dinamik.

Page 21: PENGESAHAN STATUS€¦ · Matematik untuk mengajar Matematik dalam bahasa Inggeris adalah pada tahap sederhana iaitu dengan nilai min 3.21. Jika dilihat berdasarkan persoalan kajian

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Pengajaran di dalam bahasa Inggeris telah dipraktikkan oleh semua guru-guru

yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik. Ini termasuklah juga kepada

pengajar-pengajar yang baru keluar dan yang akan keluar dari Institut Pengajian

Tinggi (IPT) dan Maktab-Maktab Perguruan.

Kepada bakal-bakal guru ini, tuntutan mengajar dalam bahasa Inggeris

sememangnya tidak dapat dielakkan lagi, mereka akan terus ditempatkan ke sekolah-

sekolah biarpun masih ada terdapat di antara mereka yang lemah berbahasa Inggeris.

Bagaimanapun perkara ini berbeza bagi graduan dari fakulti lain, di mana peluang

pekerjaan mereka bergantung kepada sejauh mana tahap penguasaan bahasa Inggeris

mereka.

Isu graduan menganggur sudah terlalu lama menghantui graduan-graduan di

negara ini. Saban tahun, isu lapuk ini terus dibincangkan tanpa satu solusi yang

benar-benar kukuh dan berkesan dalam menangani masalah ini. Alasan

pengangguran siswazah yang selalu dikeluarkan oleh pemimpin kita adalah

kelemahan berbahasa Inggeris dan kekurangan pengetahuan tentang teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT) terutama kepada siswazah Melayu. Antara

kebimbangan yang amat kritikal bagi kebanyakan graduan tempatan ialah

memperbaiki kemahiran komunikasi mereka, termasuk memperbaiki penguasaan

bahasa Inggeris.

Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), Sanip

Suradi (2002) berkata, setiap guru dilatih asas penggunaan bahasa Inggeris semasa

mereka menuntut di Maktab Perguruan atau di Institut Pengajian Tinggi. Katanya

lagi, keupayaan mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris

berkemungkinan tidak menjadi masalah tetapi berkomunikasi dalam bahasa tersebut

mungkin menjadi halangan.

Page 22: PENGESAHAN STATUS€¦ · Matematik untuk mengajar Matematik dalam bahasa Inggeris adalah pada tahap sederhana iaitu dengan nilai min 3.21. Jika dilihat berdasarkan persoalan kajian

5

Kebanyakan guru tidak fasih dalam berbahasa Inggeris. Bagi memastikan

proses pengajaran disampaikan dengan berkesan, penyampaian guru hendaklah

lancar, bukan tergagap-gagap dan tidak yakin. Masalah menunjukkan masih ramai

guru yang tidak bersedia untuk mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris

pada tahun 2003. Penguasaan sempurna dalam berbahasa Inggeris akan

meningkatkan keyakinan pelajar-pelajar kita untuk meningkatkan peringkat

pendidikan mereka di samping berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Berikutan itu, guru perlu melengkapkan diri dengan menguasai bahasa

Inggeris dengan baik agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan

lancar dan berkesan. Guru diminta serta digesa untuk meningkatkan lagi mutu

pengetahuan mereka dalam bahasa Inggeris dan soal-soal berkaitan dengan

pengkaedahan dan pendekatan serta membuat hubungan profesional dengan pakar-

pakar bahasa Inggeris di tempat lain.

Persediaan guru mempunyai pengaruh yang sangat kuat dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Pelajar akan mudah faham jika guru dapat menguasai

sesuatu pelajaran dengan baik. Manakala, guru yang mempunyai minat terhadap

pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa Inggeris akan memberi motivasi

kepada pelajar.

1.3 Pernyataan Masalah

Guru memainkan peranan penting sebagai medium penyebaran ilmu. Justeru

itu, guru perlu bersedia untuk melaksanakan pengajaran Matematik dalam bahasa

Inggeris. Sikap bakal-bakal guru yang masih tidak dapat menerima pengajaran yang

dijalankan dengan menggunakan bahasa Inggeris dan sentiasa berfikiran negatif

dengan pengajaran yang dijalankan dengan menggunakan bahasa Inggeris akan

menghalang keberkesanan pengajaran Matematik yang menggunakan bahasa

Inggeris.

Page 23: PENGESAHAN STATUS€¦ · Matematik untuk mengajar Matematik dalam bahasa Inggeris adalah pada tahap sederhana iaitu dengan nilai min 3.21. Jika dilihat berdasarkan persoalan kajian

6

Sebahagian bakal-bakal guru Matematik juga masih tidak dapat pendedahan

yang mencukupi tentang pengajaran Matematik dengan menggunakan bahasa

Inggeris. Terdapat juga bakal-bakal guru yang masih tidak yakin dalam pertuturan

dengan menggunakan bahasa Inggeris.

Masalah utama yang dihadapi oleh bakal-bakal guru Matematik ialah mereka

masih tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dalam pengajaran atau masih tidak

mahir menjalankan pengajaran Matematik dengan menggunakan bahasa Inggeris.

Bakal guru yang akan mengajar Matematik seharusnya sudah mempunyai kemahiran

yang mencukupi dan keyakinan diri yang sepenuhnya untuk melaksanakan program

ini.

Sejajar dengan itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui kesediaan

bakal-bakal guru Matematik dari aspek sikap, minat, keyakinan dan persediaan

mengikuti kursus-kursus Bahasa Inggeris yang diperlukan oleh mereka untuk

meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris yang diperlukan dalam pengajaran

Matematik dengan menggunakan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah yang akan

ditempatkan kelak.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap kesediaan bakal guru

Matematik di Fakulti Pendidikan, UTM untuk melaksanakan penggunaan bahasa

Inggeris dalam pengajaran Matematik.

i. Mengetahui sikap bakal guru Matematik terhadap penggunaan bahasa

Inggeris dalam pengajaran Matematik

ii. Mengetahui minat bakal guru Matematik terhadap penggunaan bahasa

Inggeris dalam pengajaran Matematik

Page 24: PENGESAHAN STATUS€¦ · Matematik untuk mengajar Matematik dalam bahasa Inggeris adalah pada tahap sederhana iaitu dengan nilai min 3.21. Jika dilihat berdasarkan persoalan kajian

7

iii. Persediaan bakal guru Matematik mengikuti kursus-kursus untuk

meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris

iv. Keyakinan bakal guru Matematik untuk mengajar Matematik dalam bahasa

Inggeris

1.5 Persoalan Kajian

Secara khususnya kajian ini dijalankan adalah untuk menjawab persoalan-

persoalan berikut :

i. Bagaimanakah sikap bakal guru Matematik terhadap penggunaan bahasa

Inggeris dalam pengajaran Matematik?

ii. Bagaimanakah minat bakal guru Matematik terhadap penggunaan bahasa

Inggeris dalam pengajaran Matematik?

iii. Adakah bakal guru Matematik bersedia mengikuti kursus-kursus untuk

meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris?

iv. Adakah bakal guru Matematik berasa yakin untuk mengajar Matematik

dalam bahasa Inggeris?

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil kajian dan maklumat-maklumat yang dikumpulkan adalah penting dan

berguna sebagai garis panduan serta bahan rujukan kepada pihak-pihak yang

dinyatakan seperti berikut sama ada dari segi ilmiah ataupun gunaan.