23
PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM TERHADAP PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU BERDASARKAN STANDARD GURU MALAYSIA KHAIRILL HELME BIN RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPG Falsafah Pendidikan Guru IPG Institut Pendidikan Guru IPT Institut Pengajian Tinggi IPTA

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPG Falsafah Pendidikan Guru IPG Institut Pendidikan Guru IPT Institut Pengajian Tinggi IPTA

PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM

TERHADAP PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU

BERDASARKAN STANDARD GURU MALAYSIA

KHAIRILL HELME BIN RAMLI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPG Falsafah Pendidikan Guru IPG Institut Pendidikan Guru IPT Institut Pengajian Tinggi IPTA

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM

TERHADAP PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU

BERDASARKAN STANDARD GURU MALAYSIA

SESI PENGAJIAN: 2011/2012

Saya KHAIRILL HELME BIN RAMLI

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: Tn. Hj. MEOR IBRAHIM KAMARUDDIN

Nama Penyelia

No. 5206 Kg Pdg Tembusu,

13100 Penaga,

Kepala Batas, Pulau Pinang.

Tarikh: _____18/1/12________ Tarikh: __18/1/12______

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai

SULIT atau TERHAD.

* Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan

atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana

Muda (PSM).

Page 3: PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPG Falsafah Pendidikan Guru IPG Institut Pendidikan Guru IPT Institut Pengajian Tinggi IPTA

i

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)”

Tandatangan : ……………………………………………………

Penyelia : TN. HJ MEOR IBRAHIM BIN KAMARUDDIN

Tarikh : 18/1/12

Page 4: PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPG Falsafah Pendidikan Guru IPG Institut Pendidikan Guru IPT Institut Pengajian Tinggi IPTA

ii

PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM

TERHADAP PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU

BERDASARKAN STANDARD GURU MALAYSIA

KHAIRILL HELME BIN RAMLI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI 2012

Page 5: PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPG Falsafah Pendidikan Guru IPG Institut Pendidikan Guru IPT Institut Pengajian Tinggi IPTA

iii

PENGAKUAN

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ………………..............................

Nama Penulis : KHAIRILL HELME B. RAMLI

Tarikh : 18/1/12

Page 6: PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPG Falsafah Pendidikan Guru IPG Institut Pendidikan Guru IPT Institut Pengajian Tinggi IPTA

iv

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Bismillahirahmanirrahim,

Khas buat insan yang tersayang,

Ayahanda dan Bonda yang dikasihi,

Ramli Bin Ismail dan Che Manes Binti Saad,

Terima kasih tidak terhingga anakanda ucapkan,

Di atas segala tunjuk ajar dan didikan yang diberikan,

Kakanda dan Adinda yang disayangi,

Mohd Khairulrizal, Muhammad Khairiri, Muhammad Zulfaqar dan Muhammad

Syafiq,

Segala galakan dan sokongan yang diberikan,

Suka-duka kalian menjadi pendorong kejayaan dalam kehidupanku.

Kepada pensyarah pembimbing,

Tuan Haji Meor Ibrahim Bin Kamaruddin

Terima kasih di atas segala dorongan, sokongan, nasihat dan tunjuk ajar yang

diberikan selama ini,

Semoga segala jasa yang dicurahkan akan diberkati Allah hendakNya.

Buat sahabat-sahabat SPC seperjuangan,

Ribuan terima kasih diucapkan,

Sedia berkongsi idea dan suka-duka bersamaku,

Segala kenangan kita bersama akan kusemat di dalam sanubariku.

Semoga Allah merberkati kalian semua,

Wassalam.

Page 7: PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPG Falsafah Pendidikan Guru IPG Institut Pendidikan Guru IPT Institut Pengajian Tinggi IPTA

v

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan izin-Nya, saya dapat

menyiapkan kajian yang dijalankan ini dengan sepenuhnya mengikut masa yang

telah ditetapkan.

Kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih kepada Tn Hj Meor Ibrahim Bin Kamaruddin selaku penyelia projek, di

atas segala bimbingan, tunjuk ajar, nasihat serta bantuan yang telah diberikan

sepanjang tempoh saya menjalankan kajian ini. Segala ilmu dan dorongan yang

diberikan amat berharga dan berguna malah akan dikenang sehingga akhir hayat.

Saya juga ingin merakamkan sekalung budi buat pensyarah-pensyarah Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dan rakan-rakan yang turut membantu

dalam penyiapan penyelidikan ini.

Sekalung terima kasih yang tidak terhingga buat ayahanda dan bonda Ramli

Bin Ismail serta bonda tercinta Che Manes Binti Saad dan adik-beradik yang

disayangi di atas bantuan dan sokongan sepanjang tempoh pengajian saya sehingga

tamatnya kajian ini. Semoga rezeki semakin bertambah dan mendapat kebahagiaan di

dunia dan akhirat.

Akhir sekali ribuan terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan (SPC) yang

sentiasa menyokong dalam apa jua perkara dan keadaan. Terima kasih juga ditujukan

kepada semua staf akademik dan bukan akademik Fakulti Pendidikan yang terlibat

secara langsung dan tidak langsung dalam tempoh untuk menyiapkan kajian ini.

Semoga Allah s.w.t. memberkati dan merahmati segala usaha dan pertolongan yang

diberikan. Amin…

Page 8: PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPG Falsafah Pendidikan Guru IPG Institut Pendidikan Guru IPT Institut Pengajian Tinggi IPTA

vi

ABSTRAK

Standard Guru Malaysia (SGM) ialah pernyataan kompetensi profesional

yang patut dicapai oleh guru dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta

dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan. Kajian ini bertujuan untuk

mengetahui pengetahuan mahasiswa terhadap peranan dan tanggungjawab guru

berdasarkan Standard 1, Standard 2 dan Standard 3 yang terdapat dalam SGM.

Kajian ini dilakukan di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Responden kajian ini terdiri daripada 103 orang mahasiswa tahun akhir. Instrumen

kajian yang terdiri daripada 60 soalan berkaitan Standard dan bukan Standard dan

soal selidik diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklumat data yang

diperlukan. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for

Social Science (SPSS) versi 19.0 dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan dan

peratus. Hasil kajian menunjukkan pengetahuan mahasiswa terhadap peranan dan

tanggungjawab guru berdasarkan Standard 1, Standard 2 dan Standard 3 yang

terdapat dalam SGM berada pada tahap tinggi (purata skor = 73.5%). Ini

menunjukkan mahasiswa Fakulti Pendidikan mengetahui tentang peranan dan

tanggungjawab guru yang terdapat dalam Standard Guru Malaysia. Cadangan telah

dikemukakan pada akhir laporan ini.

Page 9: PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPG Falsafah Pendidikan Guru IPG Institut Pendidikan Guru IPT Institut Pengajian Tinggi IPTA

vii

ABSTRACT

Standard Guru Malaysia (SGM) is a statement of professional competence

that should be achieved by teacher and the aspect of statement that should be

prepared and implemented by the agencies and institutions of teacher training. This

research aims to identify the student’s knowledge with regard to roles and

responsibilities of teachers based on Standard 1, Standard 2 and Standard 3 in then

Standard Guru Malaysia among UTM students. This research was conducted at the

Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia. The respondents consisted of

103 final year students. Research instruments was a questionnaire consist of 60

questions. Questionnaires were distributed to respondents to obtain the required data.

Data obtained were then analyzed using Statistical Package for Social Science

(SPSS) version 19.0 and were presented in frequency and percentage. Results

showed that the levels of knowledge among UTM students with regard to the roles

and responsibility based on Standard 1, Standard 2 and Standard 3 in the Standard

Guru Malaysia were high (average score = 73.5%). Some suggestion were show at

the end of this report.

Page 10: PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPG Falsafah Pendidikan Guru IPG Institut Pendidikan Guru IPT Institut Pengajian Tinggi IPTA

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

HALAMAN PENGESAHAN

PENYELIA i

HALAMAN JUDUL ii

HALAMAN PENGAKUAN

PELAJAR iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

SENARAI KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI RAJAH xiv

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Matlamat Kajian 5

1.5 Objektif Kajian 6

Page 11: PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPG Falsafah Pendidikan Guru IPG Institut Pendidikan Guru IPT Institut Pengajian Tinggi IPTA

ix

1.6 Persoalan Kajian 6

1.7 Kepentingan Kajian 6

1.8 Skop Kajian 7

1.9 Batasan Kajian 8

1.10 Takrifan Istilah 8

1.10.1 Peranan 8

1.10.2 Tanggungjawab 9

1.10.3 Guru 9

1.10.4 Standard 9

1.11 Penutup 10

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 11

2.1 Pengenalan 11

2.2 Standard Guru Malaysia 11

2.3 Asas Penentuan Standard 12

2.3.1 Misi Nasional 12

2.3.2 Falsafah Pendidikan

Kebangsaan 13

2.3.3 Falsafah Pendidikan Guru 14

2.3.4 Tatatusila Profesion

Keguruan 15

2.3.5 Etika Kerja KPM 17

2.4 Perincian Standard 17

2.4.1 Standard 1 17

2.4.2 Standard 2 18

2.4.3 Standard 3 19

Page 12: PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPG Falsafah Pendidikan Guru IPG Institut Pendidikan Guru IPT Institut Pengajian Tinggi IPTA

x

2.5 Keperluan 20

2.6 Model SGM 21

2.7 Kesimpulan 22

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 23

3.1 Pengenalan 23

3.2 Rekabentuk Kajian 23

3,3 Tempat Kajian 25

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 26

3.5 Instrumen Kajian 26

3.6 Prosedur Kajian 28

3.7 Analisis Kajian 30

3.8 Kajian Rintis 31

3.9 Jangkamasa Kajian 31

3.10 Kesimpulan 32

BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 33

4.1 Pengenalan 33

4.2 Analisis Data Mengenai SGM 33

4.3 Standard 1 34

4.4 Standard 2 39

4.5 Standard 3 45

Page 13: PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPG Falsafah Pendidikan Guru IPG Institut Pendidikan Guru IPT Institut Pengajian Tinggi IPTA

xi

4.6 Pengetahuan Mahasiswa Secara

Keseluruhan 52

4.7 Kesimpulan 53

BAB 5 RUMUSAN 54

5.1 Pengenalan 54

5.2 Rumusan 54

5.3 Cadangan 55

5.4 Cadangan Lanjutan 56

5.5 Kesimpulan 57

RUJUKAN 58

LAMPIRAN

Page 14: PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPG Falsafah Pendidikan Guru IPG Institut Pendidikan Guru IPT Institut Pengajian Tinggi IPTA

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Klasifikasi soalan 27

3.2 Tahap pengetahuan peranan dan 30

tanggungjawab guru

4.1 Taburan kekerapan mahasiswa

Memberikan jawapan betul pada

Standard 1 34

4.2 Taburan kekerapan mahasiswa

Memberikan jawapan betul pada

Standard 2 40

4.3 Taburan kekerapan mahasiswa

Memberikan jawapan betul pada

Standard 3 45

4.4 Purata skor pencapaian mahasiswa 51

Page 15: PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPG Falsafah Pendidikan Guru IPG Institut Pendidikan Guru IPT Institut Pengajian Tinggi IPTA

xiii

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN NAMA PENUH

FP Fakulti Pendidikan

FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan

FPG Falsafah Pendidikan Guru

IPG Institut Pendidikan Guru

IPT Institut Pengajian Tinggi

IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS Institut Pengajian Tinggi Swasta

KPLI Kursus Perguruan Lepasan Ijazah

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

KPT Kementerian Pengajian Tinggi

SGM Standard Guru Malaysia

SPSS Statistical Package For Social Science

UTM Universiti Teknologi Malaysia

P&P Pengajaran Dan Pembelajaran

Page 16: PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPG Falsafah Pendidikan Guru IPG Institut Pendidikan Guru IPT Institut Pengajian Tinggi IPTA

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Model SGM 21

3.1 Rekabentuk kajian 25

Page 17: PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPG Falsafah Pendidikan Guru IPG Institut Pendidikan Guru IPT Institut Pengajian Tinggi IPTA

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada masa kini profesion perguruan merupakan pilihan kerjaya yang begitu

popular di kalangan rakyat Malaysia. Pada tahun 2010, statistik menunjukkan jumlah

guru yang berkhidmat di sekolah–sekolah menengah dan rendah adalah berjumlah

405,716 orang guru (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011)a. Di samping itu

pelajar-pelajar yang memohon untuk ke program perguruan adalah begitu banyaknya

walaupun jumlah kekosongan untuk memasuki program ini adalah terhad.

Azizi et al. (2009), menyatakan mengajar terdiri daripada cara membantu

murid-murid untuk belajar manakala mendidik pula terdiri daripada cara menolong

mereka membentuk dan memperbaiki personaliti. Menjadi seorang guru amat

memerlukan kesabaran yang tinggi. Guru memainkan peranan dan tanggungjawab

yang penting dalam membentuk sahsiah pelajar. Menurut Dreher dan Singer (1989),

seorang guru perlu membuat beberapa keputusan mengenai sesuatu isu dan perlu

memberi arahan kepada pelajar. Ini menunjukkan guru sebagai penggerak kepada

tindakan pelajar. Maksud penggerak adalah, guru itu merupakan seorang yang boleh

mendorong atau menggalakkan pelajarnya membuat sesuatu perkara. Justeru guru

perlu memberikan arahan yang betul kepada pelajar-pelajar untuk mengelakkan

mereka daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.

Page 18: PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPG Falsafah Pendidikan Guru IPG Institut Pendidikan Guru IPT Institut Pengajian Tinggi IPTA

2

Tanggungjawab yang dipikul seorang guru juga amat berat dan banyak sekali.

Rosmaliana Aida(2011), menerangkan impak daripada tugas yang dilaksanakan

ternyata memberi sumbangan yang amat penting dalam pembangunan ekonomi dan

masa hadapan generasi muda khususnya dalam konteks pembinaan modal insan.

Menyedari tugas yang dipikul guru adalah berat maka guru perlulah melaksanakan

peranan dan tanggungjawab dengan ikhlas dalam mendidik anak bangsa.

Guru perlu mengawasi setiap gerak geri pelajar–pelajar di dalam sekolah

supaya mereka tidak melanggar peraturan–peraturan sekolah. Menurut Haspaizi dan

Anand (2010), guru melakukan atau melaksanakan 30 tugas berkaitan sekolah serta

negeri mahupun negara. Antara tugas–tugas guru yang terpasa dilaksanakan adalah

seperti kekerapan menghadiri kursus, kokurikulum atau sukan, peperiksaan, tugasan

di hujung minggu dan lain–lain lagi.

Aminuddin (2010), menyatakan guru berperanan mewujudkan pelajar yang

berilmu dan berkemahiran tinggi. Hanya dalam bidang pendidikan, sesorang guru

dapat membentuk atau melahiran modal insan yang berkualiti kepada negara. Pelajar

yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi adalah aset penting kepada negara

untuk mencapai matlamat menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

Justeru guru perlu memastikan tanggungjawab yang dipikulnya, dilakukan dengan

sebaik dan seikhlas mungkin dalam mendidik anak bangsa.

Pembabitan guru dalam sekolah juga memainkan peranan dalam mewujudkan

sekolah yang efektif. Menurut Schaffer, Scherer dan Stringfield (1997), untuk

profesionalisme mengajar terjadi, guru perlu menjadi sebahagian daripada pembuat

keputusan bagi sesebuah sekolah. Sekolah efektif memerlukan guru yang berwiba

dan berketerampilan tinggi bagi memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan

yang berkualiti. Setiap guru perlu mempunyai semangat dan azam yang tinggi dalam

melakukan kerja dan melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik yang berwibawa.

Menurut Muhammad Hamid dan Nabi (1992), guru perlu mempunyai kebijaksanaan

yang perlu untuk merangsang keyakinan dan kepercayaan dan untuk memberikan

kepuasan intelek dan moral kepada pelajar. Guru berperanan dalam melonjakkan

frekuensi pelajar dan tiada mahu melihat kegagalan (Harian Metro, 2011). Tiada

Page 19: PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPG Falsafah Pendidikan Guru IPG Institut Pendidikan Guru IPT Institut Pengajian Tinggi IPTA

3

seorang guru pun di dunia ini mahu pelajarnya gagal dalam kehidupan, dalam diri

seorang guru kejayaan pelajar-pelajar adalah suatu harapan yang diharapkan oleh

mereka.

1.2 Latar Belakang Masalah

Profesion perguruan merupakan salah satu kerjaya yang sangat diminati oleh

para–para pelajar yang ingin menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi

(Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2011)a. Kursus perguruan banyak

ditawarkan di Institut Pendidikan Guru (IPG) di mana kebanyakkannya menawarkan

program di tahap diploma. Sekarang ini ada juga IPG yang menawarkan program di

tahap ijazah pertama untuk menampung kekurangan tempat di Institut Pengajian

Tinggi (IPT). Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) juga ditawarkan kepada

mereka yang telah memegang ijazah pertama bukan dari program pendidikan.

Sebagai contoh statistik kemasukan pelajar ke Institut Pengajian Tinggi

Awam (IPTA) untuk mengikuti program pendidikan di peringkat sarjana muda

semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 2002 sejumlah 3890 orang

pelajar telah diterima untuk mengikuti kursus ini dan pada tahun 2007 ianya

meningkat sebanyak dua kali ganda di mana berjumlah 6445 orang berjaya

menempatkan diri mereka ke program ini (Kementerian Pengajian Tinggi, 2011)b.

Sekiranya ingin menjadi seorang pendidik, seseorang itu perlu tahu peranan

dan tanggungjawab sebagai seorang guru. Menurut Arsac, Balacheff dan Mante

(1992), guru membuat keputusan dan pilihan di mana ianya oleh memberi impak

yang penting kepada pembelajaran pelajar. Guru mempunyai kuasa autonomi di

sekolah, di mana guru boleh membuat keputusan kepada masalah yang dihadapi dan

mencari cara penyelesaiannya. Segala keputusan yang dinyatakan oleh guru secara

tidak langsung dapat memberi impak kepada prestasi pembelajaran pelajar. Oleh itu,

guru seharusnya memahami dan mengatahui peranan yang dimainkannya di mana

ianya amat penting dalam megubah sesuatu perkara. Justeru, pengetahuan bakal

Page 20: PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPG Falsafah Pendidikan Guru IPG Institut Pendidikan Guru IPT Institut Pengajian Tinggi IPTA

4

seorang guru itu terhadap tugasnya sebagai pendidik perlu dititikberatkan bagi

melahirkan pelajar yang berkualiti dan berdaya saing.

Menurut Aminuddin (2007), guru yang menjadi tenaga penting ke arah

menyediakan modal insan berdaya saing dalam menghadapi cabaran masa depan

negara. Guru adalah pendidik, merekalah yang dapat membentuk dan melahirkan

insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Di dalam Islam guru adalah

suatu perkerjaan yang amat mulia. Sebagai seorang guru adalah lumrah untuk berasa

bangga akan kejayaan anak didiknya, kerana sebelum pelajar–pelajar mereka berjaya

guru telah banyak menabur bakti dengan mendidik dan mengajar mereka dengan hati

yang ikhlas. Peranan guru kalau dikira tidak terhitung banyaknya. Guru bukan

sahaja mendidik tetapi guru juga adalah seorang pembimbing dan pendorong serta

pemberi nasihat yang berguna kepada anak didiknya.

Guru perlu berfikir secara kritis iaitu boleh mengatasi masalah yang rencam

dan membuat keputusan tepat (Idris, 2011). Sesorang guru perlu berfikir secara

kritis dan kreatif. Keperluan berfikir secara kritis dan kreatif membolehkan guru

menyelesaikan suatu masalah dengan sempurna dan tepat. Oleh itu sesorang guru itu

perlu tahu mereka perlu memikul tugas yang berat dan tanggungjawab yang

mencabar dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru. Tidak dapat dinafikan

lagi setiap daripada masyarakat pernah melalui pendidikan yang diberikan oleh guru.

Sebagai seorang guru ilmu yang dikurniakan Allah kepada kita seharusnya diajarkan

kepada orang lain.

Guru mempunyai tugas yang sangat berat untuk dipikul, merupakan suatu

amanah yang harus dilaksanakan dalam mendidik anak bangsa untuk mereka

menjadi warganegara yang mulia, berpandangan jauh serta berilmu pengetahuan

tinggi. Guru juga boleh diibaratkan seperti lilin yang sanggup membakar dirinya

untuk menerangi orang di sekeliling. Perumpamaan ini sangat sesuai diberikan

kepada warga pendidik terutama kepada guru-guru kerana jasa dan sumbangan yang

diberikan mereka sangat tidak terhitung banyaknya dalam mencurahkan segala

keringat dan bakti serta meluangkan masa yang banyak untuk melahirkan pelajar

Page 21: PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPG Falsafah Pendidikan Guru IPG Institut Pendidikan Guru IPT Institut Pengajian Tinggi IPTA

5

yang berakhlak mulia, berdaya saing, berketrampilan selaras dengan aspirasi negara

Malaysia dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi.

Justeru, tugas yang dipikul oleh guru merangkumi tanggungjawab serta

peranannya dalam mendidik tidak boleh dipandang enteng oleh mahasiswa yang

sedang mengikuti kursus pendidikan. Seharusnya mahasiswa perlu mengetahui

peranan dan tanggungjawab guru yang harus dipikul dan dilaksanakan ketika

mendidik pelajar-pelajarnya.

1.3 Pernyataan Masalah

Sebagai seorang bakal pendidik, mereka perlu tahu peranan dan

tanggungjawab seorang guru yang perlu ada di dalam diri pendidik sebelum

menempuh ke alam pekerjaan. Nik Salida (2011), menerangkan kualiti seorang guru

sangat penting dalam membina sahsiah pelajar, sebab itu mereka harus ikhlas,

berdedikasi, jujur dan bertanggungjawab terhadap amanah yang dipikul. Menyedari

masalah ini satu kajian ingin dijalankan bagi mengetahui tahap kefahaman dan

pengetahuan bakal–bakal guru terhadap peranan dan tanggungjawab seorang guru di

kalangan mahasiswa Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang perlu

ada di dalam diri selaras dengan perlaksanaan Standard Guru Malaysia. Oleh yang

demikian, kajian ini dilaksanakan bagi menentukan sejauh mana tahap pengetahuan

mahasiswa Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia terhadap tugas,

peranan dan tanggungjawab sebenar guru di sekolah.

1.4 Matlamat Kajian

Guru seharusnya mengetahui setiap peranan dan tanggungjawab yang perlu

dimainkan ketika melaksanakan tugas. Guru atau pendidik juga berperanan sebagai

ejen membangunkan ummah, menjadikan kita bangsa yang dihormati dan disegani

serta membentuk sebuah negara maju (Rahisam, 2008). Oleh yang demikian kajian

Page 22: PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPG Falsafah Pendidikan Guru IPG Institut Pendidikan Guru IPT Institut Pengajian Tinggi IPTA

6

ini akan dijalankan untuk mengkaji tahap pengetahuan dan kefahaman peranan dan

tanggungjawab seorang guru di kalangan mahasiswa Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia dalam konteks Standard Guru Malaysia.

Sebagai mahasiswa Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

seharusnya para mahasiswa mengetahui dan memahami peranan dan tanggungjawab

guru sebelum mereka menempuh ke alam pekerjaan sebagai seorang guru.

1.5 Objektif Kajian

Tujuan kajian ialah untuk menentukan pengetahuan Standard Guru Malaysia.

Objektif utama dalam kajian ini adalah untuk mengkaji tahap pengetahuan

mahasiswa berdasarkan Standard 1: kompetensi amalan nilai profesionalisme

keguruan, Standard 2: pengetahuan dan kefahaman dan Standard 3: kemahiran

pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam Standard Guru Malaysia.

1.6 Persoalan Kajian

Dalam melakukan kajian ini, persoalan kajian ialah apakah tahap

pengetahuan mahasiswa terhadap peranan dan tanggungjawab guru yang terdapat

pada Standard Guru Malaysia berdasarkan 3 standard utama iaitu kompetensi amalan

nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran

pengajaran dan pembelajaran.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini akan menunjukkan tahap pengetahuan sebenar tentang peranan dan

tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Dalam kajian ini nilai–nilai yang ada

Page 23: PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPG Falsafah Pendidikan Guru IPG Institut Pendidikan Guru IPT Institut Pengajian Tinggi IPTA

7

dalam diri seorang guru akan digunakan dalam mendapatkan maklumat yang dikaji.

Daripada kajian ini kita dapat mengetahui sejauh mana pengetahuan dan yang ada

dalam diri mahasiswa Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia terhadap

peranan dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh guru ketika berada di alam

pekerjaan.

Kajian ini boleh memberi maklumat dan manfaat kepada bakal–bakal guru

mahu pun pelajar–pelajar yang ingin memohon ke program pendidikan terhadap

peranan dan tanggungjawab yang pelu dilaksanakan oleh setiap guru dalam mendidik

pelajar–pelajarnya. Selain itu, kajian ini juga dapat memberikan maklumat mengenai

pengetahuan mahasiswa Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia terhadap

peranan dan tanggungjawab guru yang perlu dilaksanakan ketika melaksanakan tugas

supaya bertetapan dengan ciri-ciri yang terdapat dan terkandung di dalam Standard

Guru Malaysia.

Kajian ini juga dapat memberikan input kepada Kementerian Pelajaran

Malaysia, universiti-universiti tempatan yang menawarkan program pendidikan

terhadap pengetahuan mahasiswa terhadap tanggungjawab dan peranan serta tugas

guru sebelum mereka menempuh alam pekerjaan.

1.8 Skop Kajian

Kajian ini akan dijalankan ke atas sebahagian mahasiswa Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia yang terdiri daripada pelajar tahun akhir iaitu tahun

empat kerana mahasiswa ini sedang mengikuti kursus perguruan, di samping itu

mahasiswa ini juga telah menjalani latihan mengajar di sekolah-sekolah kerajaan

selama empat bulan. Oleh itu kajian ini dijalankan ke atas mereka adalah untuk

mengetahui pengetahuan mereka terhadap peranan dan tanggungjawab sebagai

seorang guru. Dengan adanya pengalaman menjadi guru pelatih, diharapkan

mahasiswa mempunyai pengetahuan terhadap tugas-tugas, peranan dan

tanggungjawab sebagai seorang guru.