12
PENGGUNA DAN UBAT-UBATAN PENGGUNA DAN UBAT-UBATAN PEMBANGUNAN STANDARD DI MALAYSIA KEJADIAN TANAH RUNTUH MUSLIHAT HADIAH & TAWARAN ISTIMEWA BERJIMAT KETIKA BERBELANJA KHASIAT BENDI SUDUT INTERAKTIF PENGGUNA KERACUNAN MAKANAN JIMATKAN TENAGA ELEKTRIK

PENGGUNA DAN UBAT-UBATAN

  • Upload
    others

  • View
    20

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENGGUNA DAN UBAT-UBATAN

PENGGUNA DANUBAT-UBATAN

PENGGUNA DANUBAT-UBATAN

PEMBANGUNAN STANDARD DI MALAYSIA

KEJADIAN TANAH RUNTUH

MUSLIHAT HADIAH & TAWARAN ISTIMEWA

BERJIMAT KETIKA BERBELANJA

KHASIAT BENDI

SUDUT INTERAKTIF PENGGUNA

KERACUNAN MAKANAN

JIMATKAN TENAGA ELEKTRIK

Page 2: PENGGUNA DAN UBAT-UBATAN

Apabila kerajaan mengumumkan semakan semula gaji kakitangan kerajaan,didapati beberapa pihak peniaga didapati menaikkan harga barangan jualanmereka.

Media massa turut melaporkan perang kenaikan harga ini khususnya yangberlaku di kedai-kedai makanan dan restoran. Ada restoran yang mengenakanbayaran sebanyak 50 sen bagi segelas air suam, yang biasanya di antara 10sen hingga 20 sen.

Keadaan ini seolah-olah menunjukkan wujudnya amalan eksploitasi dalamkalangan peniaga ini untuk mengambil kesempatan daripada kenaikan gajitersebut.

Tindakan segelintir peniaga ini memang tidak bertanggungjawab. Merekatidak sewajarnya menaikkan harga barang hanya kerana berlakunya kenaikangaji.

Memang tidak dinafikan bahawa kerajaan tidak mempunyai kuasa khususuntuk mengambil tindakan kepada peniaga yang menaikkan harga barang,melainkan jika barangan tersebut adalah barangan kawalan.

Namun begitu, di bawah Akta Kawalan Harga 1946, kerajaan bolehmengenakan tindakan terhadap peniaga yang gagal mempamerkan hargabarangan. Ini bagi memastikan pengguna meneliti senarai harga terlebih dahulusebelum membeli. Sekiranya mereka merasakan harga tersebut mahal, makamereka boleh membuat pilihan untuk tidak membeli.

Seringkali berlaku, pengguna kita tidak melihat senarai harga terlebih dahulusebelum memesan makanan. Akibatnya apabila hendak membayar, dandikenakan caj yang tinggi, mereka membantah. Sedangkan mereka sendirimempunyai tanggungjawab untuk memastikan harga makanan terlebih dahulusebelum mengambil makanan tersebut. Apabila telah makan, tidak ada apayang boleh dilakukan, melainkan terpaksa membayar.

Dalam kebanyakan keadaan, pengguna sebenarnya perlu menggunakankuasa beli mereka untuk ̀ mengajar’ peniaga yang tidak bertanggungjawab. Kitatidak boleh mengharapkan peniaga untuk menjaga kepentingan kita, keranamemang tabiat peniaga untuk mengaut keuntungan. Sekiranya kita bersikapwaspada dan berhati-hati ketika membuat urusan membeli, kebarangkalian untukdiperdaya oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab boleh dikurangkan.

Pihak peniaga juga perlulah bersikap bertanggungjawab kerana mereka jugapengguna bagi barangan yang mereka tidak jual. Sudah tentu mereka tidakmahu dikenakan harga yang tinggi. Jika mereka berfikiran seperti ini, sudahpasti mereka juga tidak mahu mengenakan harga yang tinggi.

SIDANG REDAKSIPENASIHAT

Y. Bhg. En. Mohd Zain Mohd DomKetua Setiausaha

Kementerian Perdagangan Dalam Negeridan Hal Ehwal Pengguna

KETUA SIDANG PENGARANGIsamil bin Jantan

TIMBALANKETUA SIDANG PENGARANG

Mohd Yusof bin Abdul Rahman

SIDANG PENGARANGMasri bin Misran

Azendi bin Mohd ZawawiNorliana bte Ismail

Indrani ThuraisinghamSiti Rahayu bte Zakaria

DICETAK OLEHSyarikat Asas Jaya

Buletin Pengguna merupakan penerbitanushasama di antara Kementerian Perdagangan

Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna danFOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan.

Sumbangan artikel amat dialu-alukan.Sila hantarkan sumbangan kepada:

EDITORBuletin Pengguna

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Bahagian Hal Ehwal PenggunaKementerian Perdagangan DalamNegeri dan Hal Ehwal Pengguna

Aras 4, Lot 2G3, Presint 2Pusat Pentadbiran

Kerajaan Persekutuan62623 Putrajaya

[email protected]

LAMAN WEB KPDN & HEPwww.kpdnhep.gov.my

LAMAN WEB FOMCAwww.fomca.org.my

E-ADUANhttp://e-aduan.kpdnhep.gov.my

SMS E-ADUAN32255

HOTLINE KEMENTERIAN1-800-886-800

Artikel yang disiarkan dalam Buletin Penggunaini tidak semestinya mencerminkan pendirian

dan dasar Kementerian Perdagangan DalamNegeri dan Hal Ehwal Pengguna atau FOMCA.

Ia merupakan pendapat penulis sendiri.

BULETINPENGGUNA

MINDA EDITOR

SENDA PENGGUNA

Ayah, takkannak pesan airsuam sahaja?

Macam mananak pesan

makanan pula,semua pun dah

mahal!

Page 3: PENGGUNA DAN UBAT-UBATAN

Standard telah lama wujud di dalam kehidupan hariankita berkurun lama semenjak sejarah muladicatatkan. Sebagai contohnya, semasa zaman KingHenry 1, England telah menyeragamkan sistempengukuran seperti ela hanya dengan mengukurpanjang tangannya.

Selain itu, kalendar 365 hari diwujudkan olehmasyarakat Egypt. Mereka merupakan yangpertama menghasilkan kalendar tersebut. Padakurun ke 19, zaman Revolusi Perindustrian mulaberkembang dan pengangkutan telah menjadi satucara yang amat penting bagi membawa danmenghantar barangan dari satu tempat ke tempatlain.

Oleh itu, standard telah mula diwujudkan bagimemastikan spesifikasi dan ukuran landasankeretapi adalah sama di antara semua destinasipenghantaran atau pengangkutan barangan. Padakurun ke-20 dan 21, pembangunan yang pesat telahdan sedang berlaku, standard mula memainkanperanan yang penting.

Malaysia juga tidak ketinggalan dalam prosesstandardisasi bagi membangunkan negara. Padatahun 1964, Kementerian Perdagangan dan Industridiminta untuk membuat kajian tentang keperluanmewujudkan badan standard kebangsaan. Inidilakukan memandangkan pembangunan industrisedang berkembang pada waktu itu. Oleh itu, padatahun 1966, Institut Standard Malaysia (StandardsInstitute of Malaysia - SIM) dan Institut PenyelidikanSaintifik dan Perindustrian Kebangsaan (NationalInstitute of Scientific and Industrial Research - NISIR)pula ditubuhkan.

Namun pada tahun 1975, kedua-dua badantersebut digabungkan menjadi Institut PenyelidikanStandard dan Perindustrian Malaysia (Standards andIndustrial Research Institute of Malaysia - SIRIM).SIRIM telah menjadi badan standard kebangsaanyang bertanggungjawab untuk membangunkanstandard Malaysia atau Malaysian Standards (MS)

dan ia merupakan sebuah badan di bawahKementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.Penggabungan ini bagi memenuhi kehendakperubahan /keperluan pasaran yang cepat berubahdisebabkan proses industri dan globalisasi.

Setelah 21 tahun di bawah kerajaan, padatahun 1996, SIRIM telah dikorporatkan kepada SIRIMBerhad. Sementara itu, Jabatan Standards Malaysiaditubuhkan di bawah Akta Standard Malaysia 1996(Akta 549). Jabatan Standard Malaysia telahmengambil alih peranan SIRIM sebagai badanstandard kebangsaan dan bertanggungjawab dalammembangunkan standard Malaysia (MalaysianStandard-MS). SIRIM pula telah menjadi sebuahorganisasi korporat.

Perbezaan di antara Jabatan Standard Malaysiadan SIRIM ialah Jabatan Standard Malaysiamenyediakan infrastruktur dalam pembangunanstandard dari segi polisi dan mewakili Malaysia dimesyuarat standard antarabangsa,manakala SIRIMpula menguruskan pembangunan standard, iaituSIRIM menjadi sekretariat untuk semuajawatankuasa dan terlibat dengan aktiviti standardantarabangsa di peringkat teknikal.

Jabatan Standard Malaysia kini lebih dikenalisebagai Standards Malaysia. Malaysia merupakanahli kepada International Organisation forStandardisation (ISO) dan juga ahli kepadaInternatioanal Electrotechnical Commission (IEC).

Selain itu, di peringkat serantau, Malaysiamerupakan ahli kepada ASEANConsultative Committee forStandards and Quality, APECSub Committee on Standards andConformance. Semenjakberpuluh-puluh tahun terlibatdalam bidang standardisasi,Malaysia sekarang mempunyai4,247 standards.

Pembangunan StandardDi Malaysia

KEPENGGUNAAN DALAM50 TAHUN MERDEKA

JUN 2007 > 3

Page 4: PENGGUNA DAN UBAT-UBATAN

4 < JUN 2007 ALAM SEKITAR

Bila Hari Alam Sekitar Sedunia diadakan?Hari Alam Sekitar Sedunia dijalankan di bawah panji-

panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Ia disambutpada 5 Jun setiap tahun.

Bilakah Hari Alam Sekitar Sedunia bermula?Hari Alam Sekitar Sedunia dimulakan pada 1972 oleh

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatudan perlaksanaannya dipertanggungjawabkan kepadaProgram Alam Sekitar Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP).

Apakah tujuan utama Hari Alam Sekitar Seduniadisambut?

Tujuan Hari Alam Sekitar Sedunia adalah untukmemfokus perhatian daripada dunia terhadap kepentinganalam sekitar dan menstimulasi tindakan daripadapemimpin-pemimpin dunia.

Apakah yang ingin disampaikan melalui HariAlam Sekitar?

Melalui Hari Alam Sekitar Sedunia, isu alam sekitardapat disampaikan kepada masyarakat umum; memberikuasa kepada masyarakat umu menjadi agen aktif kepadapembangunan lestari dan adil; mempromosi persefahamanbahawa komuniti adalah sangat penting dalam pertukaransikap terhadap alam sekitar; menyokong sikapbekerjasama; yang akan memastikan semua negara danmasyarakat dapat menikmati masa depan yang selamatdan sejahtera.

Negara manakah yang pernah menganjurkanHari Alam Sekitar Sedunia milenium ini?

2007 Tromsø, Norway2006 Algiers, Algeria2005 San Francisco, USA2004 Barcelona, Spain

2003 Beirut, Lebanon2002 Shenzhen, People’s Republic of China2001 Torino, Italy dan Havana, Cuba2000 Adelaide, Australia

Apakah slogan untuk tahun ini?“Melting Ice – a hot topic?” iaitu Ais melebur – satu isu

yang panas? Slogan tahun ini juga dipilih untuk menyokongTahun Kutub “Polar” Antarabangsa. Ia juga memfokuskepada kesan daripada pertukaran cuaca terhadapekosistem dan komuniti kutub dan juga kesannya kepadadunia.

Bagaimana kita boleh menyambut Hari AlamSekitar Sedunia?

Memastikan kita bergotong-royong membersihkankawasan sekitar,Memberi pengiktirafan kepada aktiviti-aktivitiberkaitan alam sekitar,Mengedarkan risalah berkaitan kesedaran alamsekitar,Mengadakan seminar berkaitan alam sekitar,Menyertai organisasi Alam Sekitar,Memulakan satu kempen alam sekitar,Mengkitar semula,Memberi derma kepada organisasi yangmenjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan alam sekitar,Menanam pokok,Memberikan pendapat anda tentang keadaan alamsekitar di kawasan anda,Menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam,Mendidik anak-anak tentang kepentingan alamsekitar.

Hari Alam Sekitar Sedunia5 JUN 2007

Page 5: PENGGUNA DAN UBAT-UBATAN

STANDARD

Pada 31 Mei 2006, tanah runtuh berlaku di KampungPasir,Hulu Klang. Kejadian ini telah meleperkan 3 blokrumah panjang. 2 orang wanita yang berumur 73 tahundan 20 tahun terkorban dan 2 orang kanak-kanakdikatakan juga terkorban. Tanah runtuh tersebut telahmenyebabkan litar pintas berlaku dan sebuah rumahpanjang terbakar. Lintar pintas yang berlaku dipercayaikerana tiang elektrik yang terjatuh disebabkan tanahruntuh.

Seramai 232 orang yang tinggal di kawasan tersebutdan selepas kejadian ini, lebih dari 160 orang kehilanganrumah mereka.

Kejadian ini berlaku kerana dinding penahan yang dibinadi atas bukit oleh syarikat pemaju perumahan, Taman UkayBestari runtuh dan membawa bertan-tan lumpur mengalirdan jatuh ke atas 3 buah rumah panjang tersebut. Di sebalikdinding penahan tersebut, terdapat dua jenis perumahaniaitu Taman Zoo View dan Taman Ukay Bestari yang telahdibina di kawasan atas bukit.

Pakar mengatakan kejadian ini berlaku kerana tanahyang telah diganggu yang menyebabkan tanah dan slopetidak stabil. Kawasan tersebut menghadapi masalahhakisan tanah yang serius.

Prof Roslan Zainal Abidin, Ketua, National soil ErosionResearch Centre (Nasec) Universiti Teknologi Malaysiamengatakan jika hujan yang minimum sebanyak 44.6 mmberterusan selama 3 hari di kawasan yang berisiko tinggiseperti ini juga boleh menyebabkan tanah runtuh. Selainitu, land clearing yang dilakukan secara besar-besaran jugaboleh menyebabkan tanah runtuh berlaku, pendapat dariProf Mahadzer Mahmud, pakar geo-teknikal.

Kejadian Tanah Runtuh

JUN 2007 > 5

Kuala Lumpur sedang mengalami pembangunan yangpesat. Kekurangan tanah untuk pembinaan rumah telahmengakibatkan syarikat pembinaan yang mementingkankeuntungan untuk membina di kawasan bukit dan tanahgambut. Syarikat seperti ini tidak mempunyaitanggungjawab sosial terhadap masyarakat di sekelilingyang mana mereka tidak menghiraukan keselamatan dankebajikan penduduk. Tindakan mereka dengan membinadinding penahan dan sebagainya menimbulkan persoalansamada langkah-langkah yang diambil berkesan untukjangka masa panjang. Selain itu, pihak kerajaan tempatanjuga harus memainkan peranan yang penting denganmeneliti dan meluluskan projek-projek yang baik dan tidakmenjejaskan keselamatan masyarakat. Pegawai-pegawaiyang berkaitan harus menanam perasaan tanggungjawabsosial ke atas diri mereka kerana apabila mereka menilaisesuatu projek pembinaan perumahan, mereka harusberhati-hati dalam memberikan kelulusan demikeselamatan masyarakat dan aset mereka.

Sumbangan Persatuan Pengguna Standard Malaysia

Page 6: PENGGUNA DAN UBAT-UBATAN

Secara amnya, ubat selamat untuk digunakan jikadilakukan secara yang betul. Ia perlu diambil mengikutdos, cara dan masa yang ditetapkan. Jika tidak, iatidak berkesan dan boleh memberikan kesansampingan.

Cara mengambil ubat-ubatan yang betul

Jangan melebihi dos yang ditetapkan ataumengambil lebih daripada yang dicadangkan.Dua biji tidak sama dengan dua kali sehari.

Jika anda terlupa untuk mengambil ubat, janganambil dua kali ganda semasa dos seterusnya.Menggandakan pengambilan ubat bolehmembahayakan kerana ia menyebabkanterlebih dos.

Jangan menggunakan ubat orang lain. Sesuatuubat mungkin sesuai untuk seorang pesakit,tetapi tidak sesuai untuk pesakit yang lain,walaupun mengalami simptom yang sama.Jangan berkongsi ubat dengan ahli keluargaatau kawan-kawan. Setiap pesakit perluberjumpa sendiri doktor atau ahli farmasi untukmendapatkan nasihat.

Jangan mencampurkan ubat tanpamendapatkan nasihat terlebih dahulu. Jika andamengambil dua jenis ubat yang samaramuannya, anda mungkin akan terlebih dos.Terdapat juga ubat yang bertindak balas denganubat yang lain sehingga boleh menyebabkankesan sampingan.

Ada pula ubat yang menghalang ubat lain

daripada berfungsi. Oleh itu, maklumkankepada ahli farmasi jika anda sedangmengambil sesuatu ubat. Jika anda berjumpadengan ahli farmasi yang sama secara tetap,anda boleh meminta ahli farmasi itu menyimpanrekod ubat anda anda bagi memudahkan untukmengesan sebarang masalah yang mungkinakan timbul.

Rawatan sendiri

Sebelum merawat penyakit sendiri, sila perhatikanfakta berikut:

Banyak penyakit yang berlaku sementara,sembuh secara semula jadiPenyakit selesema yang tidak teruk akansembuh sendiri. Kebanyakan penyakitkerongkong akan pulih selepas beberapa hari,sama ada dirawat atau tidak. Penyakit-penyakitini disebabkan oleh masalah virus, yang tidakboleh disembuh dengan menggunakanantibiotik.

Tidak semua simptom memerlukan rawatanBatuk disebabkan oleh rembesan yangketerlaluan. Jika batuk tersebut berulang-ulangdan teruk, sehingga mengganggu tidur, ubatbatuk mungkin dapat membantu. Nmaun jikabatuk yang hanya berlaku pada waktu siangsahaja, ia akan sembuh dengan sendirinya.

Sebahagian ubat boleh membahayakanSebahagian ubat boleh membahayakan jikadiambil dalam tempoh yang lama, seperti ubattitisan hidung hanya berkesan bagi tempohtertentu sahaja.

ISU PENGGUNA

6 < JUN 2007

GunakanGunakanGunakanGunakanGunakanUbat-ubatanUbat-ubatanUbat-ubatanUbat-ubatanUbat-ubatanSecaraSecaraSecaraSecaraSecaraYYYYYang Betulang Betulang Betulang Betulang Betul

Page 7: PENGGUNA DAN UBAT-UBATAN

JUN 2007 > 7

Sebahagian ubat boleh menyebabkanketagihanRamai orang yang bergantung kepada ubattidur atau ubat anti-kegugupan.

Apa yang perlu diketahui tentang ubat yangdiambil

Terdapat beberapa perkara yang perlu diketahuitentang ubat yang diambil, di antaranya:

Nama ubatTujuan mengambilnyaKesannyaKaedah mengambilnya – masa yang sesuai dankekerapanCara dan sukatan mengambilnya dan sukatanJika adanya alternatif selain daripadamengambil ubat tersebutApa yang perlu dilakukan jika terlepas dos yangditetapkanJika terdapat kesan sampingan dan apa yangperlu dilakukan jika ia berlakuTempoh berjumpa doktor jika tidak adaperubahan kepada simptomBerapa lama ubat tersebut perlu diambilAdakah ubat tersebut memberi kesan kepadaubat lain yang sedang diambilSemasa mengambil ubat tersebut, adakahterdapat makanan atau minuman yang tidakboleh diambilKaedah menyimpan ubat tersebut.

Menyimpan ubat

Ubat hendaklah disimpan secara yang betul. Garispanduan bagi penyimpanan ubat adalah sepertiberikut:

Letak di tempat yang tidak boleh dicapai olehkanak-kanak.Jauhi daripada terkena panas atau cahayasecara terus.Jangan menyimpan kapsul dan tablet di bilik air,berhampiran sinki dapur atau di tempat yanglembap. Bahang kepanasan dan kelembapanboleh merosakkan ubat tersebut. Selain itu,jangan letakkan kapas dalam bekas ubat yangtelah dibuka kerana ia boleh menyebabkankelembapan masuk ke dalam bekas itu.Jangan simpan ubat di dalam peti sejukmelainkan diminta berbuat sedemikian.Jangan simpan ubat di dalam kenderaan dalamtempoh yang lama.Jangan simpan ubat yang telah luput tarikhnyaatau tidak digunakan lagi.

Apabila membuat perjalanan

Bawa ubat bersama anda, dan bukannyadimasukkan di dalam beg yang akan dimasukkan kedalam kargo. Pastikan anda membawa ubat yangmencukupi semasa dalam perjalanan. Jika perlu,bawa salinan preskripsi yang bertulis bersama, keranamungkin anda memerlukannya.

Kesan sampingan ubat

Di samping memberikan kesan terhadap penyakit,ubat juga boleh menyebabkan kesan yang tidakdikehendaki. Kebanyakan kesan sampingan ini jugamemerlukan rawatan kesihatan, manakalasebahagiannya tidak.

Jika anda menghidapi kesan sampingan yang tidakdiingini, dapatkan nasihat daripada doktor atau ahlifarmasi. Begitu juga jika ingin mengetahui kesansampingan yang akan berlaku sebelum menjalanisesuatu terapi, minta nasihat doktor dan ahli farmasi.

Maklumat tambahan

Belajar tentang nama ubat. Jika perlu tuliskannama ubat tersebut untuk kegunaan masahadapan.Jika perlu mengambil ubat setiap hari, jangantunggu sehingga ubat itu habis sebelummengisinya dengan bekalan ubat yang baru.Jika mendapati sukar untuk mengingati masamengambil ubat, dapatkan nasihat doktor atauahli farmasi bagi mendapatkan cadanganmereka.Baca label terlebih dahulu setiap kali mengambilubat.

Peringatan

Pastikan anda meninggalkan farmasi setelahmemahami sepenuhnya cara penggunaan ubatdan arahan yang khusus.Jangan berhenti daripada mengambil ubatwalaupun telah berasa sihat. Antibiotik perludihabiskan kerana ia bertujuan membunuhbakteria yang menyebabkan penyakit tersebut.Jangan berhenti mengambil ubat disebabkanoleh kesan sampingan yang kecil ataupun telahsihat dalam tempoh semalaman ataupunmerasakan ubat tersebut tidak berkesan.Sebahagian ubat mengambil sedikit masa untukbertindakbalas.

Sumber: www.knowyourmedicine.gov.my

Page 8: PENGGUNA DAN UBAT-UBATAN

Muslihat Hadiah& TawaranIstimewa

RUANGAN NCCC

ADIL PROFESIONAL BERKESAN

No. 1D, Bangunan SKPPK,Jalan SS9A/1747300 Petaling JayaSelangorTel : 03-7877 9000Faks : 03-7874 8097Emel : [email protected]

8 < JUN 2007

Seorang pengguna telah membuat aduan tentang satuskim syarikat jualan langsung yang menawarkan hadiahistimewa. Ketika beliau sedang mengeluarkan wang dimesin ATM, seorang jurujual daripada syarikat jualanlangsung telah menghampiri beliau dan menyatakanbahawa beliau telah memenangi sebuah kereta PeroduaMyvi.

Beliau berasa teruja dan amat gembira dengan tawarantersebut. Seterusnya beliau telah diminta untuk hadir dipremis syarikat tersebut untuk menuntut hadiah tersebut.

Setibanya di syarikat jualan langsung itu, beliau telahdiminta untuk membayar sebanyak RM3,988.00 sekiranyaingin menuntut kereta itu. Beliau bersetuju dan menjelaskanbayaran yang diminta.

Walau bagaimanapun, setelah bayaran dibuat, beliauhanya menerima beberapa peralatan elektrik, dan bukannyakereta yang dijanjikan. Merasakan beliau telah ditipu, makabeliau telah membuat aduan kepada NCCC untukmembantu mendapatkan wang beliau semula.

TINDAKAN NCCCSetelah menerima aduan itu, NCCC telah menulis surat

kepada syarikat berkenaan, meminta penjelasan terhadap

masalah tersebut. NCCC meminta agar penjelasan dibuatdalam tempoh 7 hari. Sekiranya mereka gagal berbuatsedemikian, NCCC akan meminta pengadu tersebutmembuat tuntutan di Tribunal Tuntutan PenggunaMalaysia.

NASIHAT NCCCBerdasarkan kepada kes ini, ia merujuk kepada

Seksyen 14 Akta Perlindungan Pengguna 1999. Seksyenini menerangkan tentang pemberian, hadiah, tawaranpercuma dan sebagainya. Ia menyatakan bahawa tiadaseorang pun yang boleh menawarkan apa-apa pemberian,hadiah atau benda percuma lain sama ada dengan niatuntuk tidak mengadakannya atau dengan niat untuk tidakmengadakannya sebagaimana yang ditawarkan.

Jika diperhatikan kenyataan tersebut, adalah sesuatuyang tidak adil sekiranya seseorang berhajat untuk berbuatsedemikian. Walau bagaimanapun, terdapat pengecualianterhadap peruntukan ini. Dinyatakan juga dengan jelasbahawa sekiranya seseorang ingin menawarkan hadiah,dia berhak mengenakan syarat-syarat yang munasabahdengan cara yang jelas dan tepat kepada pelanggannya.

Justeru, kebanyakan kes yang diterima oleh NCCC,memang terdapat syarat-syarat yang perlu dipenuhi sepertimembuat pembayaran wang sebelum menuntut hadiah.Namun, syarat-syarat tersebut hanya dijelaskan ataudimaklumkan setelah pelanggan cuba menuntut hadiahtersebut, dan bukannya ketika proses penerangan kepadapelanggan.

Malahan ada juga kes yang bilamana syarat-syaratyang dikehendaki telah dipenuhi, dan apabila tuntutanhadiah dibuat, hadiah tersebut tidak seperti yang dijanjikan.Sebaliknya digantikan pula dengan hadiah yang lebihmurah dan ini tidak dimaklum secara jelas kepadapelanggan.

NCCC berpendapat kaedah ini merupakan salah satutaktik peniaga untuk melariskan produk jualan merekadengan cara mengaburi para pembeli dengan menawarkanhadiah yang lumayan. Dengan cara ini, pembeli akanmudah mengikut syarat-syarat yang dikenakan olehmereka.

Dengan kata lain, pembeli akan mudah menerima kata-kata peniaga dan tidak mampu untuk menolak tawaranyang lumayan itu, meskipun ia adalah jelas merupakansatu bentuk penipuan dan penganiayaan. Oleh itu wajarbagi pengguna peka terhadap isu-isu seperti ini dan fahamtentang tipu muslihat yang digunakan oleh para peniagabagi mengelakkan diri ditipu atau dianiaya.

Page 9: PENGGUNA DAN UBAT-UBATAN

KEWANGAN

JUN 2007 > 9

Berjimat Ketika BerbelanjaSeringkali kita mengeluh harga barangan yang tinggimenyebabkan perbelanjaan kita menjadi kurang.Namun, dalam keadaan tertentu, perbelanjaan yangmelebihi wang yang telah diperuntukkan itudisebabkan oleh kegagalan ktia dalam merancangkewangan dan perbelanjaan.

Oleh itu, bagi membantu dalam merancangkewangan, berikut terdapat beberapa tip yang bolehdiamalkan.

Kurangkan membeli barangan yang berhargamahal. Umpamanya kurangkan membeliminuman dalam tin. Sebaliknya beli air biasadalam botol kerana harganya lebih murah.

Sebahagian besar daripada pembelian kitadisebabkan oleh naluri. Buat senarai hargaterlebih dahulu sebelum keluar membeli-belah.Patuhi senarai harga tersebut.

Cubalah amalkan tabiat suka menawar hargabarangan, melainkan jika harga barangantersebut tetap. Kadangkala kita bolehmendapat harga yang sesuai. Manfaatkanmembeli belah ketika diadakan potonganharga. Walaupun dalam keadaan tertentu,

potongan harga tersebut harga merupakangimik perniagaan, tetapi jika kita membuatpertimbangan yang waras, kita akan membelipada harga yang berpatutan.

Beli secara borong bagi barangan keperluanseperti tisu bilik air, peralatan dandanan dankebersihan diri, makanan dalam tin dansebagainya.

Jangan menyimpan wang yang banyak dalamdompet kerana ia mendorong untuk berbelanja.

Periksa penggunaan telefon, elektrik, air,internet dan perkhidmatan utiliti yang lain. Cubakawal penggunaannya sekiranya wujudpenggunaan yang membazir.

Manfaatkan kupon atau baucer yang diberikanketika membeli belah di pasar raya. Ia dapatmenjimatkan pembelian.

Sekiranya tidak mampu, beli barangan yangterpakai, seperti kereta. Walaupun kospenyelenggaraannya mungkin tinggi, namundapat mengurangkan kos pembiayaanpembelian yang tinggi.

Bendi merupakan sayur-sayuran yang popular di kawasanAsia Tenggara, seperti Malaysia, Filipina, Thailand danVietnam. Sayur-sayuran ini terdiri daripada 90% air, 7%karbohidrat, 2% protein dan 1% serat, garam galian danvitamin, khususnya Vitamin B. Ia juga kaya dengankandungan kalsium

Khasiat makananBuahnya yang muda boleh dijadikan sebagai sayur-sayuran, yang boleh dimakan mentah, digoreng,dimasak sebagai sop atau dijadikan sos. Ia jugaboleh dikeringkan atau dibuat acar.Bijinya boleh dijadikan sebagai pengganti kepadakopi.Daun mudanya boleh dimakan oleh manusia ataudijadikan sebagai makanan haiwan.

KHASIAT TANAMAN

BendiKhasiat perubatan

Buahnya amat baik untuk membantu menguatkanotak, iaitu bagi menambah daya ingatan dankecerdasan.Biji, akar dan bunganya sekiranya direbus dapatmelawaskan pembuangan air kecil, mengurangkanbengkak atau radang dan mengurangkan masalahsusah bersalin.Air rebusan biji, akar dan bunga boleh disapu padapelbagai jenis kudis dan bisu. Jika air rebusan itudicampur dengan gula boleh dijadi sebagai sirap ubatbatuk dan rawatan sakit kerongkong.Lendir buah bendi boleh dijadikan sebagai ubat untukmenyejukkan dan melembutkan kulit.

Page 10: PENGGUNA DAN UBAT-UBATAN

KELAB PENGGUNA

10 < JUN 2007

Sudut Pengguna adalah satu medium utama yang harusdigunakan oleh pelajar untuk menyalurkan maklumat danisu-isu terkini berkaitan pengguna.

Tujuana) Memberitahu rakan pelajar mengenai dunia

penggunab) Memberitahu rakan pelajar mengenai isu-isu yang

melibatkan diri merekac) Memberitahu rakan pelajar mengenai kegiatan kelab

pengguna

Bahan yang boleh dipaparkan di SudutPengguna

a) Keratan akhbar berhubung dengan isu pengguna -seperti isu gula, kenaikan tariff air, kenaikan tariffelektrik, cetak rompak, gores dan menang, wabakpenyakit seperti demam denggi dan sebagainya.

b) Poster-poster - seperti poster keselamatanjalanraya, kesihatan, alam sekitar, cetak rompak,kempen penjimatan air, kempen makan secara sihatdan sebagainya.

c) Gambar-gambar aktiviti yang telah dijalankan -Gambar aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelasatau diluar kelas

d) Analisa iklan-iklan bercetak - membuat penilaiandan kesimpulan terhadap iklan yang di analisa

e) Penerangan umum mengenai isu pengguna -Informasi umum boleh didapati menerusi BuletinPengguna, internet dan sebagainya.

f) Pengumuman mengenai aktiviti yang akan datang

Menyediakan Sudut Penggunaa) Tujuan dan faedah untuk mengadakan Sudut

Pengguna.b) Harga dan siapa yang akan menanggung kos

penyediaanya?c) Cadangkan kedudukan sudut tersebut.d) Menghantar cadangan kepada Pengetua atau

berbincang dengannya secara bersemuka.

Perhatiana) Salah seorang/ kumpulan mesti bertanggungjawab

mengenai bahan yang patut dipamerkan pada suduttersebut. Penyediaan ini boleh dilakukan secarabergilir-gilir.

b) Bahan tersebut mesti ditukar sekurang-kurangnya1 bulan sekali dan sebaik-baiknya 2 minggu sekali.

c) Cuba menarik perhatian pelajar untuk membacabahan yang dipamerkan.

d) Mendorongkan perbincangan atau mencetuskanidea kepada pelajar tentang bahan-bahan pameranyang dipamerkan.

MewujudkanSudut Interaktif Pengguna

Secara umum kafein lebih banyak ditemui dalamkopi (54 peratus), teh (43 peratus), minuman koladan --ubat-ubatan (3 peratus). Kafein biasanyaditambah dalam sesetengah makanan danminuman sebagai perasa. Ia menyumbangkepada profil perasa makanan itu secarakeseluruhannya. Di antara kemudaratan kafienialah:

Mengganggu corak tidur.Meningkatkan degupan jantung.Meninggikan tekanan darah.

Kemudaratan KafeinKerap membuang air kecil.Tangan terketar-ketar perlahan.Kurang selera makan.Kesan pengambilan kafein dengan jumlah yangbanyakResah dan gelisah.Sukar menumpukan perhatianSakit kepala.Sukar tidur.Keliru dan kadang-kala berhalusinasi.

KESIHATAN

Page 11: PENGGUNA DAN UBAT-UBATAN

JUN 2007 > 11KESIHATAN

Seramai seratus orang pelajar di sebuah sekolah Tamil diKlang telah mengalami keracunan makanan selepasmakan nasi lemak dan program susu percuma yangberkemungkinan telah dicemari. Baru-baru ini SekolahKebangsaan Tandop Besar di Kuala Nerang dan 115 pelajarSekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam, Kedah pulatelah megalami keracunan makanan. Baru-baru ini sebuahsekolah di Kelantan turut dilapori berlaku keracunanmakanan di kalangan para pelajarnya.

Masalah keracunan makanan ini tidak boleh diambilsambil lewa sahaja. Pihak berkuasa tidak seharusnya akanbertindak tegas apabila telah berlakunya kes kematianpenghidap keracunan makanan itu. Langkah yang proaktifdan berkesan perlu diambil sebelum perkara yang tidakdiingini berlaku.

Apakah itu keracunan makanan ?Keracunan makan berpunca daripada pengambilan

makanan yang mengandungi bakteria yang berbahaya atautoksin (bahan sampingan yang dihasilkan oleh bakteria).Bakteria-bakteria atau kuman-kuman membahaya inidipanggil patogen. Keracunan makanan boleh dikelaskansebagai tidak serius (seperti sakit perut dan cirit-birit) danyang serius (menyebabkan sakit perut, demam, cirit biritdan muntah secara berterusan dan kadang-kala muntahdan cirit birit berdarah).

Jenis-jenis kuman yang menyebabkankeracunan makanan

Terdapat beberapa jenis kuman yang menyebabkankeracunan makanan dan mencemar makanan yang bersih.Di antaranya ialah:

SalmonellaE-coliListeria

Kebanyakan kuman-kuman ini wujud dalam makananberasaskan haiwan seperti daging, ikan, telur dan susu.Kandungan protein tinggi makanan seperti ini mengalakkanpembiakan kuman-kuman berbahaya dan menyebabkankeracunan makanan.

Simptom keracunan makananDi antara simptom-simptom keracunan makanan

seperti berikut:loyamuntahsakit perutcirit biritdemam

Keracunan MakananBiasanya simptom-simptom keracunan makanan akan

muncul sekurang-kurangnya satu hingga dua jam selepasmakan. Simptom keracunan serius akan muncul dalammasa yang kurang daripada itu.

Punca keracunan makananJikalau kita meninjau kejadian keracunan makanan di

sekolah, kita dapati ia melibatkan ramai orang. Tetapi, itutidak bermakna seorang individu tidak akan mengalamikeracunan makanan.

Kebanyakan daripada mangsa keracunan makanan(terutamanya yang tidak serius) akan berjumpa doktor ataumembeli ubat daripada farmasi. Tiada laporan rasmi atauaduan yang dibuat kepada pihak berkuasa. Inimenyebabkan rekod kejadian keracunan di Malaysia tidakmemberikan gambaran sebenar tentang tahap kejadiankeracunan makanan.

Oleh itu, para doktor dan hospital harus jugamemainkan peranan dalam membantu merekodkan kes-kes keracunan makanan di klinik ataupun di hospital.Pengguna pula harus memandang serius kes-keskeracunan makanan dan melaporkan kepada pihak tertentuseperti Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,Kementerian Kesihatan, Pihak Berkuasa Tempatan sertaPusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC).

Pihak-pihak ini juga perlu mempromosikan saluranuntuk menghubungi mereka dengan mudah olehpengguna-pengguna yang ingin membuat aduan ataulaporan.

Ancaman lain berkaitan dengan makananTerdapat pelbagai kes keselamatan makanan selain

daripada keracunan makanan, iaitu:bendasing - skru dan plastic di dalam bekasmakanantarikh luput yang telah tamatproduk yang sudah rosak

Pada tahun 2006, terdapat aduan tentang susu tepunguntuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas yang dijualdalam keadaan bungkusannya yang telah koyak dibahagian tepinya. Begitu juga tentang sebuah pasar rayabesar yang menjual susu tepung yang telah terkoyakpenutupnya, tetapi ditutup pula dengan pita pelekat dansusu tersebut dijual pada harga diskaun!

Kandungan bahan kimia (biasanya bahan tambahseperti pengawet, pewarna, penaik, kondisioner dansebagainya) yang tidak dikawal boleh memudaratkankesihatan pengguna. Isu tentang beta agonist yang dilarang

bersambung ke muka 12 ..

Page 12: PENGGUNA DAN UBAT-UBATAN

TTTTTALIAN ALIAN ALIAN ALIAN ALIAN ADUADUADUADUADUAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNA BEBA BEBA BEBA BEBA BEBAS AS AS AS AS TTTTTOL :OL :OL :OL :OL : 1-800-886-8001-800-886-8001-800-886-8001-800-886-8001-800-886-800 SMS: SMS: SMS: SMS: SMS: 32255 32255 32255 32255 32255 E-ADUE-ADUE-ADUE-ADUE-ADUAN:AN:AN:AN:AN: http://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnheppppp.g.g.g.g.gooooovvvvv.m.m.m.m.myyyyy

PENGGUNA LESTARI

12 < JUN 2007

Peralatan elektrik di rumah merupakan salah satu daripadapenyumbang utama kepada pembaziran tenaga yang turutmempercepatkan pemanasan global. Keprihatinan kitaketika memilih, membeli serta menggunakan alat elektrikini dapat menjimatkan tenaga dan wang serta memberifaedah kepada alam sekitar kita.

Cubalah panduan ini ketika memilih, membeli ataumenggunakan peralatan elektrik di rumah anda.

Pendingin hawa biasa akan menggunakan 25%-35% daripada tenaga elektrik. Pilih pendingin hawadengan kuasa yang bersesuaian dengan saiz bilik.Elakkan daripada meletakkan pemampat pendinginhawa di tempat yang terdedah kepada cahayamatahari.Penapis alat pendingin hawa harus diperiksa dandibersihkan sebulan sekali. Talian kipas dankeseluruhan pendingin hawa harus diperiksa bagimemperbetulkan sebarang kerosakan atau sebagaitujuan penyelenggaraan. Ia dapat meningkatkanprestasi pendingin hawa. Biarkan juruteknikpendingin hawa melakukan perkara-perkara ini.Kurangkan penggunaan pendingin hawa denganmenanam pokok yang memberikan teduh dan bukatingkap untuk membenarkan aliran udara.Pilih lampu yang bersesuaian (pada tempat yangingin diterangkan). Jika boleh, letakkan lampu disudut bilik. Ini akan lebih berkesan kerana lamputersebut akan bertindak balas di kedua-dua sudutdinding.Mentol kalimantang adalah empat kali lebih cerahdaripada mentol bulat walaupun menggunakan wattyang sama dan tahan sehingga lapan kali lebih lama.Mentol yang kotor perlu dilap untuk mendapatkankecerahan maksimum.Uruskan masa dengan bijak apabila menggunakanseterika. Seterika adalah alat yang paling banyakmenggunakan tenaga elektrik.Peti sejuk menggunakan 21% daripada jumlahbekalan tenaga elektrik rumah. Oleh itu belilah petisejuk berdasarkan keperluan keluarga anda. Lebihbesar peti sejuk, lebih besar jumlah perbelanjaanuntuk bil elektrik.Jangan letakkan makanan panas ke dalam petisejuk. Biarkan makanan tersebut sejuk sebelumberbuat demikian. Keluarkan bekas pembungkusmakanan yang tidak diperlukan sebelummemasukkan ke dalam peti sejuk. Ia akan

JimatkanTenaga Elektrik

dari muka 11 ...

penggunaannya tetapi masih boleh dijumpai di dalamproduk haiwan selain daripada daging khinzir (ayam,daging lembu dan sebagainya).

Pada tahun 2006 juga kes-kes kandungan bahanpengawet berlebihan (iaitu Sodium Propionate) didalam roti dilaporkan di dalam akhbar tempatan.

Penggunaan bahan kimia yang tidak dikawaldalam makanan ini telah mewujudkan kesan yanglebih serius kepada kesihatan, yang akan mengambilmasa yang lama untuk muncul. Maka sukar untukmengaitkan punca penyakit atau kesan terhadapkesihatan tersebut secara langsung dengan bahankimia tersebut.

menjimatkan ruang dan tenaga elektrik.Bersihkan kipas dan pastikan minyak pelincirmencukupi untuk melanjutkan tempoh kipas ituboleh berfungsi.Yang paling penting, tutup kesemua peralatanelektrik yang tidak digunakan untuk mengelakkanpembaziran elektrik pada setiap masa.