13
1 HGG 3023 APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DAN ANALISIS RUANGAN KUMPULAN KULIAH : A Disediakan oleh : Siti Zubaidah bt Ibrahim D20091035632 TUGASAN INDIVIDU II

PENGGUNAAN GIS DALAM JABATAN KESIHATAN

  • Upload
    dhea-ct

  • View
    683

  • Download
    4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sistem maklumat geografi (GIS) merupakan satu sistem terkini yang berasaskan komputer dan menggunakan elemen-elemen geografi dalam memproses data bagi menghasilkan maklumat dan peta yang dibuat secara digital. Kini, penggunaan GIS semakin meluas kerana input yang dihasilkan dapat membantu menyelesaikan sesuatu masalah secara menyeluruh (Nasir Nayan, 2007). GIS merupakan satu sistem yang mengandungi perkakas, perisian dan pangkalan data bagi memproses mengenai sesuatu data. GIS mempunyai fungsi untuk menyimpan, memapar, menganalisis, dan memanipulasi data yang berkaitan dengan data reruang (spatial data). Berdasarkan gambarajah 1 dibawah, satu ringkasan yang dapat dibuat mengenai data GIS iaitu pengubahsuaian data sebenar (bumi) kepada model data (simbol) dan seterusnya kepada analisis pangkalan data GIS.Seiring dengan peredaran masa, penggunaan sistem maklumat geografi bagi sektor kesihatan juga kian berkembang. Bagi beberapa negeri di Amerika Syarikat contohnya telah menggunakan sistem maklumat geografi ini dalam mengesan kawasan berisiko tinggi bagi sesuatu penyakit. Perkembangan penggunaan sistem maklumat geografi ini sedikit sebanyak dapat memberi maklumat mengenai sesuatu perkara tersebut secara lebih terperinci dan dapat diterjemahkan dalam bentuk data ruangan bagi memudahkan lagi sesuatu data tersebut diproses dan tindakan pemantauan dapat dilakukan (Nasir Nayan, 2007).

Citation preview

HGG 3023APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DAN ANALISIS RUANGAN

TUGASAN INDIVIDU II

KUMPULAN KULIAH : A Disediakan oleh : Siti Zubaidah bt Ibrahim D20091035632

1

ISI KANDUNGAN

BIL 1.0 2.0

PERKARA Pendahuluan Penggunaan sistem maklumat geografi dalam jabatan kesihatan di Amerika Syarikat. 2.1 Menggunakan pangkalan data sistem maklumat geografi untuk menyimpan rekod kesihatan di setiap jabatan kesihatan. 2.2 Proses pemetaan data spatial mengenai jenis penyakit.

MUKA SURAT 12 2

2-3

3-5

2.3 Meletakkan koordinat bagi kawasan yang mempunyai penyakit tegar. 2.4 Membuat analisis menggunakan perisian GIS.

5-6

6-7

2.5 Pengunaan aplikasi GIS dalam pengesanan kawasan yang berlaku pencemaran. 2.6 Peranan GIS dalam memberi kemudahan kesihatan kepada masyarakat. 3.0 Penutup

7-9

9-10

10

2

1.0

Pendahuluan Sistem maklumat geografi (GIS) merupakan satu sistem terkini yang berasaskan komputer dan menggunakan elemen-elemen geografi dalam memproses data bagi menghasilkan maklumat dan peta yang dibuat secara digital. Kini, penggunaan GIS semakin meluas kerana input yang dihasilkan dapat membantu menyelesaikan sesuatu masalah secara menyeluruh (Nasir Nayan, 2007). GIS merupakan satu sistem yang mengandungi perkakas, perisian dan pangkalan data bagi memproses mengenai sesuatu data. GIS mempunyai fungsi untuk menyimpan, memapar, menganalisis, dan memanipulasi data yang berkaitan dengan data reruang (spatial data). Berdasarkan gambarajah 1 dibawah, satu ringkasan yang dapat dibuat mengenai data GIS iaitu pengubahsuaian data sebenar (bumi) kepada model data (simbol) dan seterusnya kepada analisis pangkalan data GIS.

Dunia benar

Model dunia benarGambarajah 1 : Proses pemaparan data dalam GIS sumber : Google image

Pangkalan data GIS

3

Seiring dengan peredaran masa, penggunaan sistem maklumat geografi bagi sektor kesihatan juga kian berkembang. Bagi beberapa negeri di Amerika Syarikat

contohnya telah menggunakan sistem maklumat geografi ini dalam mengesan kawasan berisiko tinggi bagi sesuatu penyakit. Perkembangan penggunaan sistem maklumat

geografi ini sedikit sebanyak dapat memberi maklumat mengenai sesuatu perkara tersebut secara lebih terperinci dan dapat diterjemahkan dalam bentuk data ruangan bagi memudahkan lagi sesuatu data tersebut diproses dan tindakan pemantauan dapat dilakukan (Nasir Nayan, 2007).

2.0

Penggunaan sistem maklumat geografi dalam jabatan kesihatan di Amerika Syarikat. Colorado, New Jersey, New York dan Washington State merupakan negeri yang menggunakan aplikasi sistem maklumat geografi dalam melestarikan kesihatan di negara mereka. Pelbagai program dan teknik digunakan oleh jabatan kesihatan awam dan alam sekitar dengan menggunakan sistem maklumat geografi untuk meningkatkan mutu kesihatan di negara mereka.

2.1

Menggunakan pangkalan data sistem maklumat geografi untuk menyimpan rekod kesihatan di setiap jabatan kesihatan. Setiap jabatan kesihatan di negeri berkenaan menggunakan sistem maklumat geografi untuk menyimpan data mengenai rekod pesakit, rekod dan sejarah penyakit berkenaan dan membuat pemetaan bagi melihat kawasan yang sering menghadapi masalah penyakit berkenaan. Selain daripada itu juga,

4

penggunaan GIS amat ketara dalam membuat analisis mengenai hubungkait sesuatu penyakit dengan kawasan penularan penyakit berkenaan. Hal ini adalah kerana, melalui analisis yang dibuat berdasarkan perisian GIS maka pengawalan penyakit berkenaan daripada merebak dapat dilakukan. Contoh penggunaan sistem maklumat geografi dalam menyimpan rekod kesihatan dan penyakit di kawasan tersebut ialah negeri Colorado yang menyimpan rekod mengenai penyakit HIV dan AIDS. New York pula

mempunyai data mengenai penyakit kanser dan turut menyenaraikan beberapa jenis kanser yang berbahaya dalam sistem pangkalan data GISnya. Manakala Washington State pula membangunkan pangkalan data untuk memudahkan penyimpanan rekod dilakukan secara sistematik. Hal ini adalah kerana, sebarang pembetulan dan pembaharuan seperti alamat, ejaan dan sebarang permohonan yang berkaitan dengan jabatan alam sekitar dan kesihatan dapat disimpan dan diproses secara sistematik menggunakan sistem maklumat geografi. Manakala penggunaan GIS di New Jersey juga adalah sama fungsinya iaitu untuk menyimpan data mengenai kesihatan di negeri mereka bagi memudahkan penduduk setempat senang untuk mengakses kepada maklumat tersebut.

2.2

Proses pemetaan data spatial mengenai jenis penyakit Pihak kesihatan di Amerika Syarikat telah menggunakan sistem maklumat geografi untuk mengambarkan lokasi dan kedudukan sebenar di atas peta bagi sesuatu kawasan yang sering berlakunya penyakit. Dengan menggunakan sistem maklumat geografi ini pemetaan yang lengkap dapat dilakukan dengan mudah dan5

senang diakses semula untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu penyakit dan kawasan-kawasan yang sering mengalami penyakit berkenaan. Selain

daripada inu juga, dengan menggunakan aplikasi GIS maklumat tambahan mengenai penyakit berkenaan juga dapat disenaraikan dan dipaparkan kepada tatapan umum. Antara maklumat tambahan yang dapat disenaraikan bersama lokasi penyakit berkenaan ialah mengenai sejarah dan trend penyakit tersebut. Selain daripada itu juga, ramalan atau tafsiran mengenai sesuatu penyaikt itu dapat dilakukan menggunakan aplikasi GIS dengan menggunakan data-data yang ada mengenai sesuatu penyakit. Hal ini akan memudahkan pihak kesihatan untuk mengawal dan mengatasi masalah kesihatan yang dialamai di sesuatu kawasan. Contohnya ialah jabatan kesihatan dan alam sekitar Colorado telah menyediakan satu data yang lengkap mengenai penyakit HIV dan AIDS yang dihadapi oleh penduduk dikawasan mereka dan memetakan setiap kawasan tersebut di atas peta bagi memudahkan maklumat tersebut digunakan. Selain itu juga, pihak jabatan kesihatan Washington State juga ada menyediakan beberapa data mengenai lokasi dan peta berkenaan dengan kesihatan bagi memudahkan masyarakat setempat dan dunia untuk mengetahui mengenai status sesuatu penyakit dengan mudah. Pihak jabatan kesihatan di New York juga

menggunakan sistem maklumat geogarafi dalam menyimpan, mengumpul dan manganalisis data mengenai penyakit. Contohnya ialah penyakit kanser. Pihak jabatan kesihatan New York telah menyenaraikan dan menyediakan peta bagi memudahkan pihak mereka untuk mengenal pasti kawasan yang berisiko tinggi dan menyediakan cara yang terbaik untuk menanggani masalah kesihatan

6

tersebut. Disamping itu juga, maklumat tambahan mengenai penyakit kanser ini juga turut disediakan bersama-sama dengan peta lokasi penyakit berkenaan.

2.7

Meletakkan koordinat bagi kawasan yang mempunyai penyakit tegar. Penggunaan GIS juga penting dalam meletakkan koordinat bagi setiap kawasan yang mempunyai penyakit tegar. Penggunaan sistem koordinat ini telah digunapakai dalam bidang kesihatan di negeri-negeri Amerika Syarikat. Hal ini bagi memudahkan pihak jabatan kesihatan untuk mengawasi dan menjaga kawasan sekelilingnya daripada penularan penyakit tersebut. Penggunaan GIS dalam jabatan kesihatan ini telah memudahkan pihak jabatan untuk membuat pemantauan mengenai sesuatu penyakit. Hal ini adalah kerana, setiap pesakit yang menghidapi penyakit akan ditandai koordinat alamat mereka dan di simpan dalam pangkalan data. Melalui cara ini maka pemantauan berterusan boleh

dilakukan secara berkesan. Pengawalan penyakit HIV dan AIDS di Colorado telah menggunakan sistem koordinat yang terdapat dalam aplikasi GIS. Melalui penggunaan sistem koordinat ini setiap pesakit akan diberikan koordinat masing-masing berdasarkan alamat mereka bagi memudahkan sesi pemantauan dilakukan. Bagi kawasan yang mempunyai ramai penyakit tegar maka kawasan ini akan diawasi dan langkah pemantauan dilakukan sentiasa agar penularan penyakit ini dapat dielakkan. Melalui sistem maklumat geografi, jabatan kesihatan Colorado telah meyenaraikan setiap kedudukan alamat penduduk yang menghidapai HIV dan AIDS dengan menggunakan latitud dan longgitud atas grid peta dalam GIS.7

Melalui kaedah ini maka pengawasan mengenai penyakit ini senang untuk dilakukan bagi mengelakkan penularan penyakit secara berleluasa. Selain daripada itu juga, New York juga ada menyenaraikan negeri-negeri di negaranya yang seringkali dikaitkan dengan kejadian kanser mengikut kategori umur. Melalui kaedah ini maka kawalan penyakit mengenai kanser dapat

dilakukan dengan berkesan.

2.8

Membuat analisis menggunakan perisian GIS Analisis dibuat menggunakan sistem maklumat geografi. Hasil daripada analisis berkenaan dapat membantu pihak jabatan kesihatan dalam menanggani masalah kesihatan di kawasan mereka. Beberapa analisis dilakukan antaranya ialah analisis kejiranan yang dilakukan di Colorado. Analisis kejiranan ini

dilakukan bagi mengenal pasti kawasan yang mempunyai potensi untuk menularnya masalah penyakit HIV dan AIDS di Colorado. Selain daripada itu juga, pelbagai analisis yang dilakukan menggunakan sistem maklumat geogarfi ialah analisis kepadatan penduduk, kejiranan yang mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti penyakit dan pelbagai lagi. Melalui analisis sistem maklumat geografi, data yang dikeluarkan akan digunakan untuk menanggani sesuatu masalah kesihatan yang berlaku di kawasan tersebut. Selain daripada itu juga, pihak jabatan kesihatan dan alam sekitar Colorado juga ada membuat analisis menggunakan GIS untuk mengenal pasti kawasan yang mengalami pencemaran udara dan air yang akan mendatangkan penyakit terhadap masyarakat setempat.

8

Jabatan kesihatan di Washington menggunakan analisis GIS dalam mengesan lokasi golongan yang menghidap penyakit berbahaya seperti kanser. Melalui analisis yang dilakukan menggunakan aplikasi GIS maka lokasi bagi golongan yang menghidap penyakit berkenaan dapat diperolehi dan langkah seperti tindakan dan rawatan bagi pesakit kanser di kawasan tersebut dapat dilakukan. Disamping itu juga, maklumat yang diperolehi akan dianalisis untuk melihat corak sejarah lokasi tersebut sama ada mempunyai sejarah penyakit kanser ataupun tidak. GIS juga boleh memaparkan kawasan yang mempunyai golongan menghidapi penyakit berbahaya seperti kanser ini melalui peta digital yang telah dianalisis. Jabatan kesihatan di New York menganalisis mengenai penyakit kanser dalam kalangan masyarakatnya menggunakan sistem maklumat geografi. Jabatan kesihatan di New York menyediakan satu data yang berkaitan dengan pesakit kanser, jantina dan jenis penyakit kanser yang dihadapi mengikut negeri. Melalui cara ini maka sebarang rawatan susulan dan langkah mengatasi masalah ini dapat dilakukan.

2.9

Pengunaan aplikasi GIS dalam pengesanan kawasan yang berlaku pencemaran Colorado menggunakan aplikasi GIS dalam pemantauan pencemaran udara di negeri mereka. Pencemaran udara merupakan salah satu faktor kepada berlakunya penyakit yang berbahaya kepada penduduk tempatan. Oleh sebab itu, jabatan kesihatan Colorado menggunakan aplikasi GIS untuk menganalisis maklumat tentang lokasi yang mengalami masalah pencemaran udara yang mendatangkan bahaya9

kepada penduduk setempat.

Berdasarkan analisis yang diperolehi mengenai

pencemaran udara tersebut maka tindakan susulan dapat dilakukan bagi mengatasi masalah pencemaran tersebut. Selain daripada itu juga, perisian ini mampu

memberikan maklumat mengenai kualiti air yang terdapat di sesuatu kawasan. Hal ini adalah kerana, air merupakan salah satu sumber yang penting dalam kehidupan seharian penduduk bukan sahaja di Colorado malahan di seluruh dunia. Oleh sebab itu, pihak jabatan kesihatan dan alam sekitar Colorado menggunakan perisian GIS untuk mengenal pasti kawasan yang mengalami masalah pencemaran air dan rawatan susulan dapat dijalankan. Tanpa rawatan susulan pencemaran air boleh membawa pelbagai penyakit berbahaya kepada kesihatan dan boleh membawa maut kepada penduduk. Maklumat mengenai pencemaran udara dan air berkenaan akan

disebarkan kepada penduduk setempat bagi mengelakkan sebarang musibbah terjadi. Trend dan sejarah mengenai kawasan sekitar juga dapat dianalisis menggunakan GIS bagi melihat sejauhmana pengaruh alam sekitar akan menyebabkan masalah penyakit terhadap masyarakat setempat. Pihak jabatan kesihatan di Washington pula menggunakan GIS untuk melihat jarak kima yang boleh dimakan dari kawasan pantai yang berdekatan. Perisian GIS dapat memaparkan data yang menunjukkan sampel pencemaran air laut yang boleh memberikan kesan terhadap hidupan laut termasuk spesis kima. Hal ini adalah

kerana, laut merupakan sumber air yang terluas dan pencemaran air laut boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan kepada penduduk setempat seperti keracunan makanan dan menyebabkan pelbagai penyakit kanser ekoran daripada memakan kima yang telah tercemar. Selain daripada itu juga, pihak jabatan kesihatan10

di Washingtong juga menggunakan aplikasi GIS untuk membuat analisis mengenai kolam dan kawasan berair bagi memastikan kawasan tersebut sesuai untuk aktiviti berenang atau tidak.

2.10

Peranan GIS dalam memberi kemudahan kesihatan kepada masyarakat. GIS juga digunakan untuk memudahkan urusan bagi menyediakan

kemudahan kesihatan kepada kawasan yang memerlukan khidmat kesihatan di Colorado. Pihak jabatan kesihatan menggunakan GIS untuk mengesan dan mengenal pasti lokasi yang mempunyai kekerapan berlakunya penyakit dan maklumat tersebut akan diperores bagi membolehkan pihak jabatan menyediakan kemudahan untuk mengedarkan dan menubuhkan lebih banyak perkhidmatan kesihatan kepada penduduk setempat. Antara kemudahan yang diuruskan seperti klinik, bekalan ubatubatan dan rawatan percuma. GIS mempunyai peranan yang penting dalam

menyampaikan maklumat yang lengkap dan tepat. Maklumat kesihatan yang diperolehi akan dipaparkan kepada umum supaya penjagaan kesihatan dapat dilakukan bermula dari rumah. GIS juga boleh memaparkan data kawasan yang memerlukan khidmat kesihatan di Washington. Maklumat yang diperolehi akan digunakan dalam

memberikan khidmat kesihatan kepada penduduk terutamanya penduduk yang berada di kawasan pedalaman. Kebanyakan penduduk di kawasan pedalaman tidak mampu untuk mendapatkan rawatan kesihatan dan perisian GIS dapat digunakan untuk menganalisis lokasi bagi mengenalpasti lokasi yang memerlukan rawatan kesihatan.

11

Selain daripada itu juga, letakan farmasi yang berdekatan dengan penduduk juga boleh dianalisis melalui GIS. Melalui GIS lokasi yang tidak mempunyai kemudahan farmasi untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan ubat-ubatan dapat dikenalpasti. Analisis GIS telah memberikan maklumat kepada pihak jabatan

kesihatan bagi membolehkan pihak jabatan menyediakan kemudahan farmasi dan kemudahan kesihatan yang lain di kawasan tersebut. Bagi negeri New Jersey pula, masyarakat dapat memperolehi maklumat kemudahan kesihatan yang terdapat di kawasan berhampiran dengan mereka dengan pemaparan maklumat yang diperolehi melalui GIS.

3.0

Kesimpulan Sistem maklumat geografi merupakan satu perisian yang dapat menghasilkan analisis yang boleh diguna pakai untuk kemajuan atau penambahbaikan seperti penggunaan GIS bagi jabatan kesihatan di Amerika Syarikat. Sistem maklumat geografi juga telah mengalami beberapa penambah baikan selaras dengan kemajuan dunia perkomputeran pada masa kini. Kepentingan GIS kini kian meningkat disebabkan oleh penggunaan data reruang seperti penggunaan peta untuk analisis kependudukan, kegunaan tanah, ramalan iklim, pengurusan hutan, lalu lintas, kesihatan dan sebagainya. GIS ini banyak digunakan oleh pihak kerajaan mahupun swasta (Nasir Nayan, 2007)

12

Bibliografi Alias Abdul Rahman, Ghazali Desa dan Luta Ak Bull (1996) Gunapakai Modul NETWORK Arc/Info Untuk Analisis Jaringan Kang Tsung Chang (2006). Introduction to geographic information systems. New York : The McGraw Hill. Nasir Nayan (2007). Persekitaran sistem maklumat geografi. Tanjong Malim : UPSI. Ruslan Rainis & Noresah Mohd Shariff (1998). Sistem maklumat geografi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

.

13