Penghijrahan Penduduk Dari Indonesia, China Dan India

Embed Size (px)

Citation preview

SS 3311 P4 PEMBINAAN NEGARA BANGSACHAN CHUNG SIEN FONG JIA JINN HENNY KONG KAI SIANG LIM HONG HOWE NGU HUI HUI PAU CHUNG LEE

KUEH CHINWAN

WONG LING LING

Penghijrahan / Kemasukan Orang Indonesia, China dan India Ke Tanah Melayu.

Pengenalan Abad ke-19, Tanah Melayu telah mengalami perubahan politik, sosial dan ekonomi. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah membawa kepada kedatangan orang Cina, India dan Indonesia (Kalimantan, Jawa, Sumatera, Sulawesi, Riau dan lain-lain Kepulauan Indonesia) ke Tanah Melayu.

IndonesiaChina India

Faktor Tolakan

FaktorFaktor Tarikan

Malaysia

Faktor- faktor Penghijrahan Penduduk dari Indonesia

Faktor Tolakan Tekanan politik oleh pihak penjajah (Belanda).

Orang Jawa telah dikenakan Sistem Kultur (1830-1870) atau Sistem Tanaman Paksa yang menyebabkan rasa kurang senang orang-orang Jawa terhadap pemerintahan Belanda.

Pertambahan penduduk Indonesia yang ramai juga menyebabkan tanah pertanian di Jawa tidak cukup. Penduduk di Indonesia terutamanya dari Pulau Jawa dan Sumatera bertambah dengan pesat. Pertambahan penduduk yang tidak seimbang dengan pertambahan keluasan tanah pertanian ataupun pengeluaran tanaman makanan telah menyebabkan kemiskinan dan kemerosotan taraf hidup para petani.

Faktor tarikan Peluang ekonomi seperti sektor pertanian iaitu getah, padi, kelapa dan lain-lain banyak terdapat di Malaysia. Kestabilan politik di Tanah Melayu adalah lebih baik jika dibandingkan dengan Indonesia.

Galakan pembesar-pembesar tempatan untuk mengerjakan kawasan pertanian. Sebagai contoh, Orang Kaya Bakar (Muar) telah menggunakan tenaga orang Indonesia untuk mengerjakan dusun buah-buahannya. Persamaan bahasa, agama, adat resam dan sebagainya telah menyebabkan mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Tanah Melayu

Cara Kemasukan Orang Indonesia Ke Tanah Melayu

Tidak ada satu sistem yang tertentu yang dilalui oleh orang Indonesia untuk datang ke Tanah Melayu di mana mereka berusaha sendiri untuk datang ke sini.

Faktor-faktor Penghijrahan Penduduk dari China

Faktor tolakan Bencana alam seperti kemarau, banjir dan sebagainya telah menyebabkan pertanian (nadi eknonomi) tidak dapat dijalankan

Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya kebuluran yang teruk akibat bekalan makanan tidak cukup

Pertambahan penduduk yang tidak seimbang dengan pembukaan tanah pertanian menyebabkan hasil pertanian tidak mencukupi untuk menampung keperluan penduduk. Penduduk Cina berjumlah 181 juta pada tahun 1751 telah bertambah menjadi 432 juta pada tahun 1851.

Kerajaan Manchu mengenakan cukai yang tinggi untuk menanggung perbelanjaan pentadbirannya. Ramai petani tidak dapat membayar cukai dan terpaksa menjual tanahnya. Akibatnya, 60-90% daripada petani kehilangan tanah.

Kekacauan dan korupsi politik di negara China.

Dinasti Manchu(1644) mengamalkan dasar diskriminasi menyebabkan orang-orang Cina tidak puas hati dan melancarkan pemberontakan untuk menggulingkan Kerajaan Manchu. Contoh: Pemberontakan Taiping (1850-1864).

Faktor tarikan Perkembangan ekonomi yang pesat di Tanah Melayu telah mewujudkan peluang ekonomi yang banyak. Keperluan tenaga buruh bagi menjayakan perusahaan bijih timah dapat dipenuhi oleh golongan ini.

Sistem Kangcu (Johor) diperkenalkan; memberi tanah untuk mengerjakan pertanian terutamanya lada hitam.

Kestabilan politik hasil daripada pemerintahan British yang liberal.

dasar

British menggalakkan kedatangan orang-orang Cina dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti subsidi tambang.

Pembentukan Negeri-negeri Bersekutu (1896) juga dapat kestabilan politik.

Melayu menjamin

Situasi di Tanah Melayu yang posotif merupakan tarikan bagi kemasukan modal Eropah dalam sektor perlombongan bijih timah dan pertanian ladang kemudian wujud banyak peluang pekerjaan dan menarik minat orang Cina datang.

Cara Kemasukan Penduduk dari China ke Tanah Melayu

Melalui sistem tiket kredit

Orang yang tidak mampu membayar tambang sendiri dibiayai secara hutang oleh seorang ejen. Terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi suatu tempoh masa sehingga hutang mereka dijelaskan.

Kumpulan imigran ini dikenali sebagai singkheh dan mereka menjadi bebas setelah habis mambayar hutang tambang perjalanan mereka.

Melalui cara persendirian Orang Cina datang ke Tanah Melayu melalui bantuan rakan atau ahli keluarganya ataupun dengan perbelanjaan sendiri. Ramai yang masuk melalui cara ini apabila Kerajaan China memansuhkan undang-undang menyekat penghijrahan penduduk pada tahun 1897.

Melalui Sistem Kangcu Diperkenalkan oleh Temenggung Ibrahim di Johor untuk menggalakkan orang Cina berpindah dan menetap kekal di Johor.

Orang Cina digalakkan masuk dan membuka ladang-ladang lada hitam, gambir, kopi, teh, sayur-sayuran dan bunga cengkih.

Faktor-faktor Penghijrahan Penduduk dari India

Faktor tolakan Bencana alam yang berterusan di India telah mengakibatkan hasil pertanian tidak cukup. Contoh: Dataran Tinggi Deccan dan India Selatan mengalami bencana alam seperti kemarau yang merosakkan tanaman dan mengakibatkan kira-kira 30 peristiwa kebuluran.

Penindasan oleh tuan tanah mengakibatkan kebanyakan petani terpaksa mengusahakan tanah yang dipunyai oleh tuan-tuan tanah yang mengenakan cukai yang tinggi. Contoh: terdapat tuan tanah yang mengenakan 80% daripada hasil tanaman sebagai bayaran sewa.

Pertambahan penduduk yang tinggi menyebabkan taraf hidup orang India semakin teruk. Contohnya pada tahun 1845, penduduk India berjumlah 131 juta dan meningkat kepada 390 juta pada tahun 1941.

Penindasan kasta yang teruk juga menyebabkan penghijrahan orang India ke Tanah Melayu. Lebih 1/3 daripada jumlah orang India yang berhijrah dari India Selatan ke Tanah Melayu pada tahun 1931 adalah dari kasta-kasta rendah Kasta tertinggi ialah Brahmin, kedua Kastranya, ketiga Vaisya dan akhir sekali Sundra.

Faktor tarikanPerkembangan perusahaan getah Peluang ekonomi di Tanah Melayu terutamanya dalam sektor pertanian. Keperluan tenaga buruh dalam sektor pertanian di Tanah Melayu seperti getah, tebu, kopi dan sebagainya.

Galakan daripada Kerajaan British

Dua buah perkhidmatan awam yang paling banyak menggunakan buruh India ialah Jabatan Keretapi dan Jabatan Kerja Raya. Peluang pekerjaan bagi golongan menengah dipenuhi oleh orang India seperti kerani, guru, doktor.

Kestabilan politik dan koordinasi antara Kerajaan British di Tanah Melayu dan Kerajaan British di India telah memudahkan kemasukan orang India. Kejayaan orang-orang India yang lebih awal datang ke Tanah Melayu juga telah mendorong kepada kemasukan lebih ramai orang India.

Cara Kemasukan Penduduk dari India ke Tanah Melayu

Sistem buruh kontrak

diperkenalkan sejak tahun 1820 bagi mengambil buruh-buruh India untuk bekerja di ladang tebu dan kopi. pemilik sesebuah ladang getah akan membuat pesanan bagi buruh-buruh melalui seorang ejen di India.

Ejen ini akan pergi ke kampung-kampung dan mengumpulkan buruh-buruh India yang ingin datang ke Tanah Melayu. Tambang pelayaran buruh-buruh itu akan dibiayai oleh majikan-majikan yang membuat pesanan tersebut.

Setibanya di Tanah Melayu, buruh-buruh itu diserahkan kepada majikan dan perlu menandatangani satu kontrak untuk bekerja dengan majikan itu selama 5 tahun dengan suatu gaji yang ditetapkan. Pekerja-pekerja ini biasanya dilayani dengan teruk (dipaksa bekerja selama 9-10 jam sehari dan 6 hari seminggu; gaji rendah dan jika pekerja jatuh sakit, dia tidak mendapat gaji).

Mereka juga terpaksa membayar sebahagian daripada gaji mereka untuk menjelaskan tambang perjalanan. Pada tahun 1910, sistem ini dihapuskan.

Sistem Kangani Diperkenalkan pada tahun 1898.

Majikan yang ingin mendapat buruh dari India akan menghantar seorang Kangani atau mandur dari ladangnya ke India. Kangani balik ke kampungnya di India dan mengumpulkan orang yang ingin berhijrah ke Tanah Melayu

Kangani ini akan membayar tambang dan lainlain perbelanjaan bagi buruh-buruh sehingga ketibaan mereka di ladang majikan. Di ladang, buruh-buruh bekerja di bawah jagaan Kangani yang mereka kenal dan dilayan dengan baik.

Tabung Imigrasi (1907) diwujudkan oleh Negeri-negeri Melayu Bersekutu untuk membiayai kos pengambilan buruh India. majikan dikehendaki membayar kos pelayaran serta $5 setahun bagi setiap buruh India. Sistem Kangani juga mempunyai kelemahannya. Tiap-tiap kangani dibiayai mengikut bilangan pekerja yang diambil.

Oleh itu, sesetengah daripada mereka cuba memperoleh seberapa ramai pekerja yang boleh dari India. Lama-kelamaan, mereka juga menjadi ejen sistem kontrak. Pada tahun 1938, sistem ini diberhentikan akibat zaman kemelesetan ekonomi yang menyebabkan permintaan buruh dikurangkan.

TAMAT