Upload
others
View
35
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PENGLIBATAN WANITA YANG MENGIKUTI TECHNICAL VOCATIONAL
EDUCATION AND TRAINING (TVET) DALAM INDUSTRI OIL & GAS
FARIDAH BINTI MD TAIB
Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
UniversitiTun Hussein Onn Malaysia
JANUARI 2016
iii
DEDIKASI
Alhamdulillah
Syukur ke hadrat ALLAH SWT
Nabi Muhammad SAW
Khas buat Mak dan Abah yang amat dikasihi dan disayangi
Hjh Fatimah Binti Khalid & Hj Md Taib Bin Hj Jamhari
Terima kasih di atas segala kasih sayang, dorongan dan didikanmu serta doa yang
diberikan kepada anakmu ini tanpa jemu
Sesungguhnya jasa dan pengorbanan kalian tidak mungkin terbalas
Khas buat suami yang disayangi dunia akhirat
Mohd Fadzli Bin Mohd Din
Terima kasih di atas kasih sayang dan perhatian yang diberikan selama ini
Terima kasih kerana memahami situasi saya sepanjang bergelar pelajar
Terima kasih kerana membantu dalam melancarkan proses menyiapkan tesis ini
Terima kasih juga kerana tolong menjaga Fathiya Raihanah dengan sebaiknya
Khas buat anak kesayangan mama
Fathiya Raihanah Binti Mohd Fadzli
Terima kasih kerana memahami perjuangan mama sebagai pelajar dan sentiasa
pandai menjaga diri walaupun kamu masih kecil sayang
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat penyelia Projek Sarjana
Prof Madya Dr Ahmad Rizal Bin Madar
Tiada yang lebih bermakna melainkan dorongan, tunjuk ajar dan nasihat daripada
Prof yang tidak akan dilupakan
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat ALLAH SWT kerana telah dengan
izinNYA saya dapat menyiapkan kertas cadangan ini dengan jayanya. Syukur dan
terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada penyelia projek sarjana saya,
Prof. Madya Dr. Ahmad Rizal Bin Madar yang banyak memberi tunjuk ajar, panduan
serta sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada saya sehingga Berjaya
menyiapkan kertas cadangan untuk kajian ini.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada insan-insan yang banyak membantu
saya sepanjang proses penyediaan proposal ini berlangsung. Tanpa kerjasama,
sokongan dan panduan tidak mungkin perjalanan kajian ini dapat dilakukan dengan
lancar.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada mana-mana pihak yang banyak
membantu, mahupun secara langsung ataupun tidak langsung. Hanya ALLAH SWT
yang dapat membalas jasa yang telah diberikan.
v
ABSTRAK
Persediaan wanita yang mengikuti TVET untuk menceburkan diri dalam industri oil
& gas merupakan suatu masalah yang sering diperkatakan dikalangan wanita ketika
ini. Permasalahan ini menjadi suatu persoalan dalam kalangan wanita tentang apakah
persediaan yang perlu mereka lakukan dalam merencana kerjaya dalam industri oil &
gas ini. Secara umumnya kajian ini adalah bertujuan mengenalpasti faktor-faktor
yang mempengaruhi pemilihan kerja dalam industri oil & gas, kesediaan diri wanita
dari segi fizikal dan mental serta cabaran yang dihadapi dalam merealisasikan
kerjaya mereka dalam industri oil & gas ini. Kajian ini telah dilakukan ke atas
pekerja wanita yang telah berkhidmat dalam industri ini bagi zon selatan dan zon
tengah. Seramai 110 sampel kajian yang terlibat dalam penyelidikan ini melalui
pengedaran borang kaji selidik sebagai instrumen kajian. Data daripada 86 sampel
kajian yang diperolehi dari soal selidik kemudiannya dianalisis dengan menggunakan
perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 20.0. Hasil dapatan
kajian menunjukkan faktor yang mempengaruhi wanita untuk menceburkan diri
dalam industri oil & gas ini adalah faktor gaji iaitu skor min sebanyak 4.41 dan
diikuti dengan kesediaan dari segi mental dengan nilai skor min pada tahap yang
tinggi iaitu 4.392. Dapatan kajian juga mendapati cabaran semasa mendapatkan
pekerjaan adalah perkara paling mencabar yang perlu dihadapi oleh wanita iaitu
dengan dapatan skor min sebanyak 4.242. Ini membuktikan bahawa wanita perlu
mempersiapkan diri dengan sebaiknya sebelum menceburi industri ini. Terdapat
hubungan yang signifikan di antara faktor pemilihan kerja dan kesediaan diri wanita.
Kesimpulannya, wanita perlu mempersiapkan diri bukan sekadar dengan
memperolehi keputusan yang baik dalam akademik, tetapi kecenderungan dan minat
dalam meletakkan diri untuk bersaing dengan lelaki bagi membuktikan wanita turut
berkemahiran dan mempunyai jati diri yang tinggi untuk berkerja dalam bidang yang
sungguh mencabar.
vi
ABSTRACT
Preparation the women who attend TVET to get involved in the oil and gas industry
is a problem which is often among of women at the moment. These problems
become an issue among of women about whether in preparation they have to do in
order to plan a career in the oil & gas industry. In general, this study aims to identify
factors that affect the choice of working in the oil & gas industry, the preparation of
women themselves both in physically and mentally, as well as the challenges faced
in realizing their career in the oil & gas industry.This study had conducted on female
workers who have served in this industry for the southern zone and the middle zone.
A total of 110 samples were involved in this research as an instrument by distributing
questionnaires. Data from 86 samples were collected from questionnaires were
analyzed by using software the Statistical Package for the Social Science (SPSS)
version 20.0. The result shows that factors influencing female workers to participate
in oil and gas industry is salary in mean score 4.41, followed by mentality
preparation with the score at a high level, about 4.392.The results also shows the
challenges while getting the job is the most challenging problem to be faced by the
women of the findings mean score about 4.242. This proves that women should be
prepare themselves before entering the industry. There is a correlation between the
selection and preparation work for the women themselves. In conclusion, women
need to be prepared not just to obtain good results in their studies, but the tendency
and interest to compete with the men to prove that the women also have highly
skilled and have high self-esteem, to working in a very challenging environment.
vii
KANDUNGAN
PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SIMBOL xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 8
1.4 Tujuan Kajian 10
1.5 Objektif Kajian 10
1.6 Persoalan Kajian 11
1.7 Kepentingan Kajian 11
1.8 Limitasi Kajian 12
viii
1.9 Skop Kajian 13
1.10 Kerangka Konsep Kajian 13
1.11 Definisi istilah dan Pengoperasian 15
BAB 2 KAJIAN LITERATUR 18
2.1 Pengenalan 18
2.2 Penglibatan Golongan Wanita 18
2.2.1 Peranan dan Sumbangan Wanita di Malaysia 20
2.2.2 Peluang dan Cabaran Wanita 20
2.3 Technical Vocational Education and Training (TVET) 21
2.3.1 Memperkasakan TVET 22
2.3.2 Wanita dalam Bidang Teknikal & Vokasional 23
2.4 Industri Oil & Gas di Malaysia 24
2.5 Bidang Kejuruteraan 25
2.5.1 Penglibatan Wanita dalam Bidang Kejuruteraan 26
2.5.2 Kerjaya Sebagai Seorang Jurutera 27
2.6 Faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Kerjaya Wanita 28
2.6.1 Faktor Minat 30
2.6.2 Faktor Gaji/Pendapatan 32
2.6.3 Faktor Pengalaman 33
2.7 Kesediaan Diri Golongan Wanita 33
2.7.1 Kesediaan Fizikal 34
2.7.2 Kesediaan Mental 35
2.8 Cabaran- cabaran yang Dihadapi oleh Wanita 36
2.8.1 Cabaran Semasa Mendapatkan Pekerjaan 36
2.8.2 Cabaran Dalam Pekerjaan 38
2.8.3 Cabaran Persekitaran Pekerjaan 40
2.9 Golongan Wanita dan Penerimaan Industri 42
2.9.1 Pekerja Berkemahiran dan Keperluan Industri 42
2.10 Kajian Terdahulu 43
2.11 Rumusan 43
ix
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 44
3.1 Pengenalan 44
3.2 Reka Bentuk Kajian 44
3.3 Kerangka Operasi Kajian 45
3.4 Lokasi kajian 47
3.5 Populasi dan Sampel Kajian 48
3.6 Instrumen Kajian 49
3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan 50
3.7.1 Kesahan 51
3.7.2 Kebolehpercayaan 51
3.8 Kajian Rintis 52
3.9 Kaedah Pengumpulan Data 53
3.10 Kaedah Analisis Data 54
3.11 Rumusan 56
BAB 4 ANALISIS DATA 57
4.1 Pengenalan 57
4.2 Analisis Soal Selidik 57
4.3 Analisis Kebolehpercayaan Soal Selidik 58
4.4 Demografi Responden 58
4.4.1 Keturunan 58
4.4.2 Umur 59
4.4.3 Kelulusan Tertinggi 59
4.4.4 Status Perkahwinan 59
4.4.5 Lulusan 60
4.4.6 Jawatan 60
4.4.7 Bahagian Kerja 61
4.4.8 Tempoh Bekerja 61
4.4.9 Kursus Diikuti Sebelum Bekerja 62
4.5 Dapatan Kajian 62
4.5.1 Analisis Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerja
Golongan Wanita Dalam Industri Oil & Gas 63
x
4.5.2 Analisis Kesediaan Diri Golongan Wanita Untuk
Menceburkan Diri Dalam Industri Oil & Gas 66
4.5.3 Analisis Cabaran-Cabaran Yang Dihadapi Oleh Wanita
Yang Menceburkan Diri Dalam Industri Oil & Gas 69
4.5.4 Analisis Hubungan Antara Faktor Pemilihan Kerja Dan
Kesediaan Diri Golongan Wanita Yang Menceburkan Diri
Dalam Industri Oil & Gas 75
4.6 Rumusan 78
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 80
5.1 Ringkasan 80
5.2 Rumusan Kajian 81
5.2.1 Rumusan Data Demografi 81
5.2.2 Rumusan Profil Pekerjaan 82
5.2.3 Rumusan Persoalan Kajian 83
5.3 Perbincangan 84
5.3.1 Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerja Wanita Yang
Ingin Menceburkan Diri Dalam Industri Oil & Gas. 85
5.3.1.1 Faktor Gaji/Pendapatan 85
5.3.1.2 Faktor Minat 86
5.3.1.3 Faktor Pengalaman 87
5.3.2 Kesediaan Diri Golongan Wanita Untuk Menceburkan Diri
Dalam Industri Oil & Gas. 88
5.3.3 Cabaran-Cabaran Yang Dihadapi Oleh Golongan Wanita
Yang Menceburkan Diri Dalam Industri Oil & Gas. 89
5.3.3.1 Cabaran Semasa Mendapatkan Pekerjaan 89
5.3.3.2 Cabaran Dalam Pekerjaan 91
5.3.3.3 Cabaran Persekitaran Pekerjaan 92
5.3.4 Hubungan Antara Faktor Pemilihan Kerja Dan Kesediaan
Diri Golongan Wanita Yang Menceburkan Diri Dalam
Industri Oil & Gas 94
5.4 Kerangka Cadangan Persediaan Golongan Wanita Untuk
Menceburi Industri Oil & Gas 96
xi
5.5 Cadangan 101
5.5.1 Cadangan Terhadap Dapatan Kajian 101
5.5.2 Cadangan Kajian Lanjutan 103
5.6 Penutup 103
RUJUKAN 105
LAMPIRAN 110
xii
SENARAI JADUAL
1.1 Bilangan Penduduk Mengikut Pekerjaan dan Jantina, Malaysia, 2010 6
1.2 Bilangan peratus graduan keluaran 2011 mengikut bidang Pengajian
utama dan jantina
7
3.1 Jumlah populasi dan sampel bagi empat lokasi kajian 48
3.2 Pembahagian Item Soal Selidik 49
3.3 Skala Likert 50
3.4 Interpretasi Skor bagi Nilai Alpha Croncbach (α) 53
3.5 Kaedah Analisis Data 54
3.6 Interpretasi Skor Min 55
3.7 Kekuatan Nilai Korelasi 55
4.1 Taburan Responden Mengikut Keturunan 58
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 59
4.3 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Tertinggi 59
4.4 Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan 60
4.5 Taburan Responden Mengikut Lulusan 60
4.6 Taburan Responden Mengikut Jawatan 61
4.7 Taburan Responden Mengikut Bahagian Kerja 61
4.8 Taburan Responden Mengikut Tempoh Bekerja 62
4.9 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Diikuti Sebelum Bekerja 62
4.10 Jadual Analisis Min dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Minat Yang
Mempengaruhi Pemilihan Kerja Golongan Wanita Dalam Industri Oil
& Gas
63
4.11 Jadual Analisis Min dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Gaji/Pendapatan
Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerja Golongan Wanita Dalam
Industri Oil & Gas
64
xiii
4.12 Jadual Analisis Min dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Pengalaman
Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerja Golongan Wanita Dalam
Industri Oil & Gas
65
4.13 Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerja Golongan Wanita
Dalam Industri Oil & Gas Secara Keseluruhan
66
4.14 Jadual Analisis Min dan Sisihan Piawai Bagi Kesediaan Fizikal
Golongan Wanita Untuk Menceburkan Diri Dalam Industri Oil &
Gas
67
4.15 Jadual Analisis Min dan Sisihan Piawai Bagi Kesediaan Mental
Golongan Wanita Untuk Menceburkan Diri Dalam Industri Oil &
Gas
68
4.16 Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerja Golongan Wanita
Dalam Industri Oil & Gas Secara Keseluruhan
69
4.17 Jadual Analisis Min dan Sisihan Piawai Bagi Cabaran Semasa
Mendapatkan Pekerjaan Oleh Golongan Wanita Yang Menceburkan
Diri Dalam Industri Oil & Gas
70
4.18 Jadual Analisis Min dan Sisihan Piawai Bagi Cabaran Dalam
Pekerjaan Oleh Golongan Wanita Yang Menceburkan Diri Dalam
Industri Oil & Gas
71
4.19 Jadual Analisis Min dan Sisihan Piawai Bagi Cabaran Persekitaran
Pekerjaan Oleh Golongan Wanita Yang Menceburkan Diri Dalam
Industri Oil & Gas
73
4.20 Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerja Golongan Wanita
Dalam Industri Oil & Gas Secara Keseluruhan
74
4.21 Hubungan Korelasi Antara Faktor Pemilihan Kerja Dengan
Kesediaan Diri Golongan Wanita Yang Menceburkan Diri Dalam
Industri Oil & Gas Secara Keseluruhan
75
4.22 Hubungan Korelasi Antara Faktor Pemilihan Kerja (Minat) Dengan
Kesediaan Diri Golongan Wanita Yang Menceburkan Diri Dalam
Industri Oil & Gas
76
4.23 Hubungan Korelasi Antara Faktor Pemilihan Kerja (Gaji) Dengan
Kesediaan Diri Golongan Wanita Yang Menceburkan Diri Dalam
Industri Oil & Gas
77
xiv
4.24 Hubungan Korelasi Antara Faktor Pemilihan Kerja (Pengalaman)
Dengan Kesediaan Diri Golongan Wanita Yang Menceburkan Diri
Dalam Industri Oil & Gas
78
xv
SENARAI RAJAH
1.1 Kerangka Konsep Kajian 14
2.1 Kemahiran yang diperlukan dan sifat-sifat bagi seorang jurutera ideal. 28
2.2 Model bagi Teori Kerjaya Super 30
3.1 Kerangka Operasi Kajian 46
5.1 Kerangka Cadangan Persediaan Golongan Wanita Untuk Menceburi
Industri Oil & Gas
100
xvi
SENARAI SIMBOL
ABBM Alat Bantu Bahan Mengajar
DPN Dasar Pembangunan Nasional
IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
KPT Kementerian Pengajian Tinggi
MARA Majlis Amanah Rakyat
R&D Penyelidikan dan Pembangunan
RMK-9 Rancangan Malaysia Ke 9
SPSS Statistical Package for the Social Science
TVET Technical Vocational Education and Training
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA MUKA
SURAT
A Carta Gantt 110
B Jadual Penentuan Saiz Sampel (Krejcie Morgan) 111
C Borang Soal Selidik 112
D Surat Memohon Kebenaran 120
E Pengesahan Semakan Borang Soal Selidik 125
F Perincian Data Kajian Rintis 128
G Analisis Kajian Sebenar (Demografi) 130
H Analisis Kajian Sebenar (Faktor Pemilihan Kerja) 133
I Analisis Kajian Sebenar (Kesediaan Diri) 135
J Analisis Kajian Sebenar (Cabaran Yang Dihadapi) 137
K Analisis Kajian Sebenar (Hubungan Korelasi-Pearson) 142
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam era yang serba moden dan canggih kini, golongan wanita merupakan
sebahagian daripada sumber penting bagi mencapai agenda pembangunan negara
terutama dalam menuju kegemilangan wawasan 2020. Oleh yang demikian,
sumbangan wanita ini adalah amat diperlukan dan ia adalah satu kenyataan yang
tidak perlu untuk dinafikan lagi. Oleh itu, bagi memartabatkan golongan wanita,
Dasar Wanita Negara merancang strategi bagi menjamin perkongsian yang saksama
di antara lelaki dan wanita dalam pemilikan sumber dan maklumat, di samping
mendapatkan peluang dan faedah dari pembangunan sektor pendidikan dan latihan.
Cara yang dilakukan adalah dengan meyakinkan golongan wanita untuk mengambil
peluang bagi menceburkan diri dalam bidang sains dan teknologi moden, meluaskan
lagi peluang-peluang latihan vokasional untuk wanita serta mengiktiraf kemahiran-
kemahiran wanita dalam bidang latihan dan pekerjaan. Melalui dasar ini, profession
kerjaya yang didominasi oleh golongan lelaki sebelumnya kini turut disertai oleh
wanita bagi mempertingkatkan lagi kemahiran wanita di dalam pelbagai bidang
pekerjaan (KPWKM, 2009).
Seterusnya, di dalam Rancangan Malaysia Ke-8 menunjukkan penglibatan
golongan wanita yang semakin meningkat terutamanya dalam sektor pendidikan
teknikal dan kejuruteraan. Rancangan ini juga turut membuktikan pelbagai usaha
diambil dengan menyediakan persekitaran yang kondusif bagi memastikan
penglibatan wanita lebih berkesan dalam pembangunan negara. Ini menunjukkan
segala usaha dan langkah yang diambil oleh kerajaan dalam memajukan golongan
wanita dalam bidang sains dan teknikal adalah amat relevan. Bagi menuju ke arah
2
negara maju tahun 2020, negara memerlukan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang
sains dan kejuruteraan. Ini berdasarkan kajian yang dibuat oleh Lembaga Jurutera
Malaysia yang menunjukkan negara kekurangan tenaga pakar dalam bidang
kejuruteraan dan memerlukan sekurang-kurangnya 82,000 jurutera profesional
dengan nisbah 1:100 seperti yang dicapai oleh Korea dan Jepun (BEM, 2012).
Justeru itu, penglibatan wanita dalam kerjaya amatlah diperlukan bagi
memastikan wawasan negara mampu tercapai. Sehubungan ini, dalam menjayakan
agenda negara, jurutera wanita sentiasa dicabar selain menyumbang tenaga kepada
pembangunan negara di samping itu perlu seimbang dalam kehidupan peribadi dan
pada masa yang sama perlu berhadapan dengan cabaran intelektual dalam
memastikan berjaya dalam kerjaya. Selain menjadi individu yang bekerjaya, jurutera
wanita masih perlu menunaikan tanggungjawab sosial terhadap keluarga (Tapsir &
Mohd 2005). Sehubungan itu, terdapat wanita yang mampu bertahan dan mampu
bersaing dengan kerjaya didominasikan lelaki, dan ada di antara wanita yang tidak
mampu bertahan menghadapi cabaran di dalam profesion kerjaya ini. Oleh itu,
golongan wanita mempunyai hak dan peranan dalam memberikan khidmat dan
sumbangan terhadap keluarga, masyarakat dan juga negara. Maka pembentukan
perlu dirancang dengan sebaik mungkin agar bersesuaian dengan kebolehan diri,
kepuasan dan jaminan masa hadapan. Perkara yang perlu dititikberatkan adalah
pendidikan. Pendidikan adalah perkara yang sentiasa mengalami perubahan sesuai
dengan perkembangan yang berlaku terhadap persekitaran kerana apa sahaja
perubahan yang berlaku akan memberi kesan terhadap pendidikan terutama dalam
aspek kurikulum. Pendidikan teknik dan vokasional adalah penting dalam
pembangunan sesebuah negara khususnya sebuah negara perindustrian.
Oleh yang demikian, dalam negara yang pesat membangun peranan institut
pengajian tinggi (IPT) sebagai sebuah pusat pengajian bagi membolehkan pelajar
mendalami dan mengembangkan ilmu pengetahuan. IPT adalah sebagai tempat
rujukan dan perkongsian serta percambahan ilmu-ilmu baru. Selain itu, IPT juga
merupakan sebuah pusat yang melahirkan tenaga mahir dan separuh mahir dalam
pelbagai bidang profesional. Peranan IPT adalah untuk melahirkan tenaga manusia
yang berkualiti dan dapat membantu menaikkan ekonomi dan membantu terhadap
pembangunan negara. Pihak pengurusan IPT memainkan peranan penting dalam
menyediakan pengetahuan mengenai kerjaya dalam bidang tertentu kepada pelajar
bagi membantu menyelesaikan masalah untuk memilih kerjaya yang sesuai dengan
3
bidang masing-masing (Ripin, 2009). Menurut Ripin (2009) lagi, masalah kurang
persediaan diri dalam kalangan pelajar menyebabkan mereka terpaksa menunggu
dalam jangka masa lama untuk memperolehi pekerjaan yang sesuai.
Oleh yang demikian, tahun 2020 adalah satu tahun yang dinantikan dan akan
menjadi satu tahun keramat bagi mencapai pelbagai perkara bagi rakyat Malaysia.
Dalam keghairahan rakyat Malaysia menuju ke arah negara yang setanding dengan
negara-negara maju yang lain, bidang pendidikan perlu memainkan peranannya yang
tersendiri untuk merealisasikan wawasan yang selama ini dibayangkan.
Pembangunan ekonomi yang mampan dan berterusan bergantung kepada pencapaian,
pengekalan produktiviti dan daya saing industri yang tinggi di negara ini ( Fadlol
Hadi, 2002 ).
Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah tertumpu kepada golongan wanita
di dalam bidang teknikal yang bekerja di dalam industri oil & gas di Malaysia.
Kajian ini penting untuk mengenalpasti sejauh manakah proses yang dilalui oleh
golongan wanita untuk melayakkan mereka menjawat sesuatu jawatan dalam industri
oil& gas pada masa kini. Antara contoh isu yang dilihat ialah mengenai kedudukan
golongan wanita dalam sosial masyarakat di sekeliling kita. Islam telah meletakkan
kedudukan seseorang wanita di puncak yang mulia yang mampu untuk menyinar dan
mengharumkan dunia. Maka tidak hairanlah wanita masa kini dilihat sering
mencapai kegemilangan dan pelbagai kerjaya yang membanggakan di dalam apa jua
bidang yang mereka ceburi. Sebagai contoh, jika dahulu golongan wanita sering
ditolak dan dipinggirkan dari menjadi salah seorang yang berjawatan penting dalam
sesebuah pucuk pimpinan politik, tetapi semuanya telah berubah dimana wanita mula
diberikan hak untuk bersuara disamping menyuarakan pendapat tentang sesuatu isu
yang timbul seperti yang dapat dilihat dengan tertubuhnya Kementerian
Pembangunan Wanita dan Masyarakat yang merupakan satu landasan untuk wanita
menyuarakan pendapat (Salleh, 2006).
Justeru itu, penglibatan golongan wanita dalam kerjaya ini amatlah
diperlukan bagi memastikan wawasan negara mampu dicapai. Sehubungan itu, dalam
menjayakan agenda negara, golongan wanita sentiasa dicabar di samping
menyumbangkan tenaga kepada pembangunan negara. Di samping itu ia perlulah
seimbang dalam kehidupan peribadi dan pada masa yang sama perlu berhadapan
dengan cabaran intelektual dalam memastikan kejayaan dapat dicapai di dalam
4
kerjaya. Selain menjadi individu yang berkerjaya, wanita masih perlu menunaikan
tanggungjawab sosial terhadap keluarga (Tapsir & Mohd, 2005).
1.2 Latar Belakang Masalah
Perkembangan ekonomi dan teknologi negara dalam menuju negara maju semakin
rancak direncana demi menjadikan kemajuan teknologi pemangkin pembangunan
negara. Selari dengan daya saing golongan wanita dalam memenuhi permintaan
industri dalam sektor teknikal dan vokasional bagi menjadikan golongan wanita
antara tenaga kerja berkemahiran di pasaran. Wanita dan kerjaya kini semakin
signifikan dengan terdapat sebilangan besar wanita yang menceburkan diri di dalam
bidang kemahiran dan menunjukkan potensi golongan wanita untuk memonopoli
bidang ini yang dahulunya lebih banyak diceburi oleh golongan lelaki (O‟Neil &
Bolimori, 2005).
Di Negara-negara maju, golongan wanita bersaing dengan golongan lelaki
dalam mendapatkan tempat dan peluang untuk berkerja dalam sektor teknikal kerana
kemajuan inovasi dan teknologi sesebuah negara itu berdasarkan kepintaran
kejuruteraan dan teknikalnya. Di Malaysia lazimnya, sumbangan wanita terhadap
negara mencakupi bidang politik, perniagaan, perdagangan, pertanian, pendidikan,
perindustrian dan pentadbiran. Dalam mengorak langkah menuju negara maju,
golongan wanita perlu mengambil peluang dan ruang menceburkan diri dalam
industri kejuruteraan khususnya industri oil & gas kerana ia merupakan suatu bidang
kejuruteraan yang mencabar. Seperti yang dapat dilihat di negara-negara
membangun, golongan wanita merupakan penggerak kepada pembangunan dan
perubahan. Di samping itu, golongan wanita juga perlu menonjolkan kemampuan
dan keupayaan yang ada pada diri mereka bagi mencapai pembangunan yang
seimbang (Ab. Aziz, 2001).
Industri oil & gas ini merupakan industri yang lebih popular dengan
penglibatan golongan lelaki jika dibandingkan dengan golongan wanita. Namun idea,
pendapat dan sumbangan tenaga serta kemahiran yang ada pada golongan wanita
perlu diberi peluang oleh pihak industri bagi mengimbangi populasi tenaga kerja
mahir yang kebanyakannya dimonopoli oleh lelaki. Ini telah diakui sendiri oleh Abd
Jalil (2002) bahawa kehadiran wanita merupakan kesan daripada komitmen kerajaan
Malaysia kepada penyertaan wanita dalam pemerintahan demi kemajuan wanita.
5
Tidak hairanlah sejak kebelakangan ini, semakin ramai golongan wanita cuba
mengambil peluang menceburkan diri dalam bidang kejuruteraan terutamanya
industri oil & gas. Perkembangan ini jelas memperlihatkan wanita Malaysia
memainkan peranan yang semakin penting dalam mencorakkan hala tuju dan
pembangunan negara. Di samping itu, penglibatan golongan wanita di bidang
perindustrian semakin meluas ekoran galakan kerajaan dan peluang yang terbuka
samada dalam industri pembuatan, perkilangan, mahupun industri kejuruteraan berat
seperti perkapalan dan oil & gas . Ekoran daripada penekanan yang serius dari pihak
kerajaan dan permintaan yang tinggi dari pihak industri, maka hari ini boleh
dikatakan terdapat sebilangan wanita dalam bidang kejuruteraan memegang jawatan
yang tinggi dalam bidang teknikal dalam pelbagai sektor kejuruteraan.
Oleh itu, apabila industri mengalami perubahan maka kemahiran juga perlu
dipertingkatkan, maka keperluan kemahiran yang tinggi dalam sektor industri seperti
industri oil & gas khususnya menjadi satu tuntutan bagi memastikan golongan
wanita mampu bersaing dalam memberi pendapat, menjana idea baru dan bernas
serta mampu membuat keputusan dan pilihan yang tepat. Persediaan diri golongan
wanita dalam menempuh gelombang industri oil & gas ini meliputi dari permulaan
pemilihan pekerjaan, suasana di alam pekerjaan dan perancangan masa hadapan
mereka. Ini perlu kerana perkembangan teknologi terlalu pantas dan mereka yang
berada dalam industri ini perlu berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai
pemahaman yang baik dalam bidang teknikal dan kejuruteraan untuk menghadapi
cabaran dunia pekerjaan kini. Namun begitu, bagi memenuhi peluang pekerjaan
dalam bidang industri oil & gas yang semakin meluas, golongan wanita harus
bangkit dan memenuhi kriteria yang diperlukan oleh industri ini. Menerusi ilmu
pendidikan yang tinggi dan kemahiran yang mencukupi, ia akan dapat mengubah
kehidupan golongan wanita kepada yang lebih baik.
Justeru itu, bidang kejuruteraan dalam industri oil & gas di Malaysia kini
memerlukan tenaga mahir yang ramai bagi memenuhi kehendak pasaran, tetapi
sejauh manakah kesedian golongan wanita untuk menceburkan diri dalam industri ini
bagi membantu pertumbuhan ekonomi negara melalui perkembangan dan kemajuan
teknologi yang ada. Situasi ini akan menjadi permasalahan yang semakin
membimbangkan apabila jumlah pelajar wanita di dalam bidang yang memerlukan
kemahiran meningkat sedangkan jumlah tenaga mahir wanita adalah tidak sebanding
dengan jumlah kemasukan pelajar (Ismail, 2003). Kajian yang dilakukan oleh Tapsir
6
dan Noor (2005) menunjukkan perkembangan wanita dalam bidang kejuruteraan di
Malaysia sememangnya rendah malah situasi ini turut berlaku di negara-negara maju
iaitu bilangan jurutera wanita lebih rendah berbanding dengan golongan jurutera
lelaki dalam bidang ini. Kemunculan jurutera wanita di Malaysia hanya bermula
pada tahun tujuh puluhan. Data terawal yang didapati bilangan wanita yang
menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan hanya lapan orang sahaja namun
dipercayai bilangannya adalah lebih tinggi berbanding yang dilaporkan oleh Buletin
Perangkaan Sosial Malaysia 1981. Pada tahun 1979, peratusan jurutera wanita
berdaftar dengan Institusi Jurutera Malaysia (IEM) adalah 1% dan bilangan ini telah
meningkat secara berterusan kepada 20% pada 2003. Menurut Ismail (2003),
peningkatan kadar bilangan jurutera di Malaysia samada lelaki atau wanita. Namun
begitu angka ini dilaporkan masih agak rendah berbanding dengan enrolmen
kemasukan pelajar wanita ke universiti yang mengikut pelbagai kursus kejuruteraan.
Dari segi struktur pekerjaan di Malaysia, golongan wanita masih lagi
cenderung dengan bidang pekerjaan seperti perkhidmatan, pekerja kilang dan
jurujual jika dibandingkan dengan bidang kejuruteraan seperti jurutera mahupun
juruteknik. Bilangan wanita yang bekerja dalam kumpulan pekerjaan perkhidmatan,
pekerja kedai dan jurujual adalah tinggi kerana tidak memerlukan pencapaian
akademik yang tinggi dan tidak perlu memikul tanggungjawab yang berat. Bilangan
wanita yang bekerja dalam sektor professional adalah 335.4 ribu orang dan hanya
berbeza sedikit dengan lelaki. Bagi sektor juruteknik dan profesional bersekutu pula,
bilangan wanita yang terlibat adalah 648.7 ribu orang serta masih rendah berbanding
bilangan lelaki yang terlibat dalam sektor pekerjaan ini. Bagi pekerjaan yang tidak
profesional pula adalah 418.6 ribu orang wanita yang terlibat khususnya dalam
kategori operator loji dan mesin serta pemasangan seperti di dalam Jadual 1.1.
Jadual 1.1: Bilangan Penduduk Mengikut Pekerjaan dan Jantina, Malaysia, 2010
(Sumber: Rancangan Malaysia kesepuluh (RMKe-10))
Pekerjaan 2010 (‘000)
Lelaki Wanita
Penggubal undang-undang, pegawai kanan dan pengurus 628.3 209.3
Profesional 371.0 335.4
Juruteknik dan profesional bersekutu 995.3 648.7
7
Jadual 1.1: Bilangan Penduduk Mengikut Pekerjaan dan Jantina, Malaysia, 2010
(Sumber: Rancangan Malaysia kesepuluh (RMKe-10))
Pekerjaan 2010 (‘000)
Lelaki Wanita
Pekerjaan pengkeranian 340.3 792.5
Pekerja perkhidmatan, pekerja kedai dan jurujual 1065.5 809.0
Pekerja mahir pertanian dan perikanan 953.3 306.6
Pekerja pertukangan dan yang berkaitan 1003.1 164.7
Operator loji dan mesin serta pemasangan 979.8 332.5
Pekerjaan asas 775.6 418.6
Pada Jadual 1.2 pula menunjukkan bilangan peratus graduan keluaran 2011
mengikut bidang pengajian utama dan jantina berdasarkan hasil kajian pengesanan
graduan 2011 (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2012). Majoriti (42.3
peratus) adalah graduan yang mengikuti jurusan sastera dan sains sosial, 27.2 peratus
graduan jurusan teknikal dan 14.1 peratus dalam jurusan sains. Dari segi jantina pula,
graduan lelaki mencatatkan peratusan yang lebih tinggi dalam bidang teknikal (68.2
peratus) dan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (51.6 peratus), manakala
graduan perempuan pula lebih menjurus kepada bidang sains (74.0 peratus),
pendidikan (70.4 peratus), dan sastera dan sains sosial (67.2 peratus). Bidang
kejuruteraan yang ditawarkan di peringkat Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
adalah seperti kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan awam,
kejuruteraan kimia dan kejuruteraan industri. IPTA yang berfokuskan kepada bidang
kejuruteraan banyak melahirkan graduan dalam bidang kejuruteraan dan seterusnya
dapat merealisasikan impian kerajaan Malaysia untuk meningkatkan bilangan
jurutera yang berpengetahuan tinggi, dan mempunyai kemahiran selaras dengan
keperluan semasa.
Jadual 1.2: Bilangan peratus graduan keluaran 2011 mengikut bidang pengajian
utama dan jantina (Sumber: Laporan Kajian Pengesanan Graduan 2011)
Bidang Pengajian Utama
Bilangan (%)
Jumlah Jantina
Lelaki Wanita
Sastera & sains sosial 42.3 32.8 67.2
Sains 14.1 26.0 74.0
8
Jadual 1.2: Bilangan peratus graduan keluaran 2011 mengikut bidang pengajian
utama dan jantina (Sumber: Laporan Kajian Pengesanan Graduan 2011)
Bidang Pengajian Utama
Bilangan (%)
Jumlah Jantina
Lelaki Wanita
Teknikal 27.2 68.2 31.8
Teknologi maklumat & komunikasi 8.9 51.6 48.4
Pendidikan 7.4 29.6 70.4
Berdasarkan bidang kejuruteraan yang ditawarkan di peringkat institusi
pengajian tinggi awam (IPTA), negara mampu melahirkan lebih banyak golongan
profesional dalam bidang kejuruteraan. Golongan wanita perlu mengambil
kesempatan ini untuk memenuhi kehendak pasaran. Dalam masa yang sama,
golongan wanita perlu bersedia dalam memilih hala tuju kerjayanya dalam bidang
kejuruteraan, persedian diri dalam mengharungi cabaran dalam bidang teknikal, dan
mengenalpasti pemilihan kerjaya selari dengan kesediaan diri dalam menceburkan
diri dalam bidang kejuruteraan khususnya dalam industri oil & gas.
1.3 Penyataan Masalah
Sejak kebelakangan ini, diperhatikan pemohonan untuk mencari pekerjaan dalam
industri oil & gas ini mula seimbang antara lelaki dan wanita, sedangkan sebelum ini
bidang ini hanya diminati dan didominasi oleh golongan lelaki. Kini golongan wanita
lebih cenderung untuk memohon pekerjaan dalam bidang oil & gas mungkin
disebabkan oleh pelbagai aspek yang memberikan pulangan dan manfaat jika
dibandingkan dengan bekerja dalam industri lain. Wanita mula duduk sama rendah
dan berdiri sama tinggi dengan golongan lelaki dalam mencari peluang pekerjaan
pada ketika ini. Menurut Styhre et al (2005), wanita sentiasa berpotensi untuk berada
dalam golongan minoriti terutama di industri.
Bagi merialisasikan impian golongan wanita untuk bersaing dengan golongan
lelaki dalam industri ini, golongan wanita perlu membuat persiapan diri sebaik
mungkin bagi mengharungi alam pekerjaan yang secara keseluruhannya sebelum ini
dikuasai oleh golongan lelaki. Persekitaran dan cabaran kerja yang berbeza mengikut
lokasi tapak kerja dan tugasan memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang jitu.
9
Justeru itu, golongan wanita perlu sedia dari segi mental, fizikal, aktif dan agresif
demi memberikan perkhidmatan yang terbaik ketika bekerja di persekitaran tempat
kerja yang biasanya mempunyai tekanan yang tinggi dari pelbagai sudut dalam
mencapai misi dan visi syarikat.
Tidak boleh dinafikan, pelbagai cabaran perlu ditempuhi oleh golongan
wanita mahupun lelaki dalam proses pencarian kerja dalam industri ini. Sejauh mana
wanita mengharungi cabaran dalam mendapatkan kerja sedangkan wanita itu sendiri
perlu bersaing dengan golongan lelaki untuk menjadi yang terbaik supaya dipilih
untuk bekerja dengan sesebuah organisasi atau syarikat dalam industri oil & gas.
Daya saing yang tinggi amat perlu bagi memastikan wanita tidak ketinggalan dalam
mendapatkan tempat dalam industri ini. Namun begitu, cabaran lebih berat akan
dihadapi oleh golongan wanita ketika mana mereka memperoleh pekerjaan dalam
industri ini. Cabaran dalam menyempurrnakan tugasan yang diberi mengikut
prosedur operasi standard (SOP) syarikat dalam industri oil & gas ini sangat rumit
dan memerlukan seseorang itu cekal untuk menghadapinya. Dengan persekitaran
kerja yang dikelilingi dengan cabaran dan rakan sekerja yang terdiri dari pelbagai
latar belakang, berbeza bangsa dan negara, berlainan gender memberikan satu
cabaran bagi sesorang wanita itu menyesuaikan diri dalam industri ini.
Namun, industri oil & gas ini merupakan bidang tugas yang mempunyai
kelainan cara bekerja jika dibandingkan dengan industri-industri lain. Golongan
lelaki mahupun wanita perlu mempersiapkan diri untuk berdikari dalam mengharungi
dugaan dan cabaran dalam industri ini. Sejauhmana kesedian diri golongan wanita itu
dalam memilih kerjaya dalam industri oil & gas ini. Jadi perlu di ingat bahawa
kerjaya dalam industri oil & gas ini bukan kerjaya semudah yang disangka.
Golongan lelaki dan wanita akan melakukan kerja yang sama dan tiada perbezaan
gender dalam menyempurnakan sesuatu tugasan yang diberi. Oleh itu, kesedian diri
seseorang wanita dalam memilih kerjaya perlu diteliti bagi memastikan pilihan yang
di buat adalah tepat dan memberikan pulangan yang terbaik untuk menjamin
kebahagiaan dan keselesaan pada masa hadapan.
Oleh yang demikian, ramai yang menyatakan bidang yang mencabar dan
memerlukan kemahiran adalah di luar bidang kuasa wanita dengan alasan mereka
tidak tahan menerima tekanan, lemah dan kurang berkemampuan. Oleh itu,
penyelidik berpendapat bahawa satu kajian perlu dijalankan untuk meninjau
10
sejauhmana persediaan golongan wanita uuntuk berada setanding dengan golongan
lelaki dalam industri yang mencabar iaitu industri oil & gas.
1.4 Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti perkara dan proses yang
perlu dihadapi oleh golongan wanita yang ingin dan telah menceburkan diri dalam
industri oil & gas. Di samping itu, tujuannya adalah untuk mengetahui dan
mengenalpasti faktor yang menyebabkan golongan wanita ingin menceburkan diri
dalam industri ini. Seterusnya apabila sudah mengetahui faktor yang mempengaruhi
mereka, kesediaan diri golongan wanita untuk menceburkan diri dalam industri oil &
gas dikenalpasti. Di samping itu, penyelidik juga ingin mengenalpasti cabaran-
cabaran yang dihadapi oleh golongan wanita yang telah menceburkan diri dalam
industri oil & gas. Seterusnya adalah untuk mengenalpasti hubungan antara faktor
pemilihan kerja dan kesediaan diri golongan wanita yang ingin menceburkan diri
dalam industri oil & gas di Malaysia.
1.5 Objektif Kajian
Terdapat 4 objektif yang diperlukan dalam memperolehi matlamat kajian yang telah
ditetapkan iaitu:
i. Mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pemilihan kerja golongan wanita
yang ingin menceburkan diri dalam industri oil & gas.
ii. Mengenalpasti kesediaan diri golongan wanita untuk menceburkan diri dalam
industri oil & gas.
iii. Mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh golongan wanita yang
menceburkan diri dalam industri oil & gas.
iv. Mengenalpasti hubungan antara faktor pemilihan kerja dan kesediaan diri
golongan wanita yang menceburkan diri dalam industri oil & gas.
11
1.6 Persoalan Kajian
Secara khususnya, berikut adalah persoalan kajian yang dijadikan sebagai panduan
untuk mendapatkan keputusan terhadap kajian yang dijalankan. Persoalan-persoalan
tersebut adalah:
i. Apakah faktor yang mempengaruhi pemilihan kerja golongan wanita yang
ingin menceburkan diri dalam industri oil & gas?
ii. Apakah kesediaan diri golongan wanita untuk menceburkan diri dalam
industri oil & gas?
iii. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh golongan wanita yang
menceburkan diri dalam industri oil & gas?
iv. Apakah hubungan antara faktor pemilihan kerja dan kesediaan diri golongan
wanita yang menceburkan diri dalam industri oil & gas?
1.7 Kepentingan Kajian
Menjelang zaman yang serba moden dan canggih kini, golongan wanita merupakan
sebahagian daripada sumber penting bagi mencapai agenda pembangunan negara
terutamanya dalam menuju kegemilangan wawasan 2020. Oleh yang demikian,
sumbangan wanita ini adalah satu kenyataan yang tidak boleh disangkal lagi. Namun
begitu, masyarakat kini pada umumnya masih beranggapan bahawa golongan lelaki
lebih mendominasi industri berbanding golongan wanita. Selain itu, golongan wanita
juga dianggap lemah dan kurang sesuai untuk menceburi industri yang dimonopoli
oleh golongan lelaki.
Seperti yang telah diketahui, pada zaman dahulu secara keseluruhannya
golongan wanita tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dalam proses pembangunan
dan mereka terhalang daripada menikmati faedah pembangunan. Jadi seterusnya
wujud jurang perbezaan yang ketara di antara lelaki dan wanita dari aspek pekerjaan,
pendidikan, pemilikan kuasa, kepimpinan dan pemilikan sumber (Dasar Wanita
Negara, 2009). Namun begitu keadaannya telah berubah di mana golongan wanita
telah berlumba-lumba dalam mengejar kemajuan dan kerjaya bagi mencapai status
sosial yang tinggi dalam kehidupan mereka. Malahan kebolehan dan kemampuan
golongan wanita dalam sesetengah bidang kerjaya begitu menakjubkan dan
12
memberangsangkan dan adakalanya mengatasi kebolehan dan kemampuan golongan
lelaki.
Perubahan yang berlaku terhadap golongan wanita kini boleh dikatakan
dipengaruhi dan sejajar dengan pembangunan negara. Dengan perubahan yang cepat
iaitu daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara
berasaskan perindustrian, ia telah menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan
seterusnya menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang besar khususnya dalam
bidang industri. Sebagai menuju ke sebuah negara maju, pembangunan pesat berlaku
dalam pelbagai bidang dan setiap bidang memerlukan tenaga mahir. Kebanyakan
tenaga mahir telah dimonopoli oleh golongan lelaki terutamanya dalam industri oil &
gas. Kajian yang dilakukan ini mempunyai kepentingan seperti berikut:
i. Kajian ini boleh dirujuk bagi membantu pihak kementerian dalam merancang
dan merangka program yang diperlukan oleh golongan wanita bagi
membantu mereka meningkatkan keyakinan diri mereka yang ingin
menceburkan diri dalam industri oil & gas.
ii. Membantu pihak kerajaan dalam mengenal pasti latihan dan bantuan yang
diperlukan oleh golongan wanita yang ingin dan telah menceburkan diri
dalam industri oil & gas untuk membolehkan mereka mampu bersaing
dengan golongan lelaki yang lebih memonopoli industri ini.
iii. Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat kesediaan diri golongan wanita
yang mengikuti bidang Technical Vocational Education and Training
(TVET) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk menceburkan diri dalam
industri oil & gas. Kajian ini juga diharapkan dapat membantu untuk
mempersiapkan diri pelajar wanita dalam bidang TVET untuk mencuba
menceburi bidang yang dimonopoli oleh golongan lelaki.
1.8 Limitasi Kajian
Sepertimana yang diketahui, Malaysia menuju ke arah negara maju yang di dukung
oleh pelbagai industri seperti industri pertanian, pelancongan, penerbangan, industri
desa, perkilangan dan industri oil & gas. Oleh kerana populasi yang besar di
kalangan industri ini, kajian akan dijalankan terhadap industri oil & gas. Industri ini
dipilih kerana pada zaman yang semakin maju kini, industri ini menjadi tarikan dan
mampu menjana ekonomi lebih kukuh untuk masa hadapan. Kajian ini lebih
13
menjurus untuk mengkaji apakah persiapan yang perlu dilakukan golongan wanita
yang mengikuti bidang TVET di Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk menceburkan
diri dalam industri ini. Ia juga hanya terbatas kepada persoalan-persoalan kajian
seperti yang dinyatakan dengan hanya melibatkan responden wanita yang diambil
secara rawak di sektor oil & gas di empat buah negeri di Malaysia iaitu di Johor,
Melaka, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Namun begitu,
kumpulan sampel ini tidak boleh digeneralisasikan kepada populasi kerana batasan
kajian hanya melibatkan pada beberapa kawasan perindustrian sahaja.
1.9 Skop Kajian
Dalam memenuhi objektif kajian ini, kajian ini ditumpukan kepada penglibatan
golongan wanita yang mengikuti bidang TVET di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
terhadap persediaan diri untuk menceburkan diri dalam industri oil & gas.
Responden kajian ini adalah terdiri daripada golongan wanita yang di ambil secara
rawak yang bekerja di industri oil & gas di empat buah negeri iaitu Johor, Melaka,
Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
1.10 Kerangka Konsep Kajian
Kerangka konsep adalah satu carta atau grafik yang dibangunkan untuk menerangkan
tentang faktor-faktor atau pembolehubah yang terdapat dalam kajian penyelidik.
Kerangka konsep berperanan untuk menjelaskan tentang konsep sebenar kajian yang
dijalankan oleh penyelidik. Berdasarkan kerangka konsep seperti Rajah 1.1, terdapat
4 aspek yang diambil kira sebagai garis panduan dalam mengukur persiapan
golongan wanita yang mengikuti kursus TVET dalam industri oil & gas iaitu faktor
pemilihan kerja, kesediaan diri, cabaran dan hubungan antara faktor pemilihan kerja
dengan kesediaan diri golongan wanita. Penyelidik meletakkan empat aspek ini
sebagai skop kajian dimana aspek-aspek ini dirasakan berkaitan dengan golongan
wanita dalam industri oil & gas.
Berdasarkan pada Rajah 1.1, golongan wanita yang mengikuti kursus TVET
yang dipilih adalah merupakan golongan wanita yang bekerja di dalam sektor
industri oil & gas yang menjurus kepada bidang kejuruteraan yang bekerja di
pelantar minyak samada offshore atau onshore. Dengan mengambilkira keempat-
14
empat aspek ini, penyelidik akan dapat mengenalpasti faktor yang menyebabkan
golongan wanita memilih industri ini sebagai kerjaya, kesediaan diri yang dilakukan
sebelum memasuki industri ini, cabaran yang harus dilalui oleh golongan wanita di
dalam industri ini. Selain itu, hubungan antara faktor pemilihan dan kesediaan diri
golongan wanita ini juga akan dikenalpasti
Rajah 1.1: Kerangka konsep kajian
Sejauh mana persiapan kendiri golongan wanita untuk
bersaing dalam industri oil & gas
Faktor pemilihan kerja
golongan wanita:
• Minat
• Gaji/Pendapatan
• Pengalaman
Kesediaan diri golongan
wanita:
• Fizikal
• Mental
Cabaran yang dihadapi
oleh golongan wanita:
• Semasa
mendapatkan kerja
• Dalam pekerjaan
• Persekitaran kerja
Hubungan antara faktor
pemilihan kerja dengan
kesediaan diri golongan
wanita dalam menceburi
industri oil & gas
Persediaan diri golongan wanita yang mengikuti TVET
untuk menceburkan diri dalam industri oil & gas
15
1.11 Definisi istilah dan Pengoperasian
Definisi istilah adalah merujuk kepada istilah yang digunakan dalam kajian ini untuk
memudahkan pemahaman pembaca berkenaan dengan kajian yang dijalankan di
mana ia dibuat oleh satu badan atau individu yang mempunyai aktiviti dalam bidang
bahasa atau berdasarkan sesuatu sumber rujukan. Definisi operasional pula adalah
berhubung dengan operasi yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan bertujuan
untuk pembaca memahami kajian dengan cara kerja yang dijalankan di dalam kajian.
i. Graduan wanita
Graduan wanita dalam konteks kajian ini adalah graduan wanita yang
mengikuti kursus TVET di institut pengajian tinggi (IPT) yang mempunyai sijil
kemahiran dan ke atas yang bekerja di sektor industri oil & gas.
ii. Daya saing
Pengertian daya saing adalah kemampuan perusahaan, industri, daerah dan
negara dalam menghasilkan pendapatan dan pekerjaan yang bertaraf tinggi. Daya
saing bergantung kepada kecekapan. Kecekapan di peringkat individu, organisasi dan
di setiap peringkat kehidupan. Kunci kepada kecekapan dan daya saing yang tinggi
adalah berdasarkan pengetahuan, perwatakan dan kemahiran yang digunakan untuk
mencapai sesuatu. Oleh itu, penekanan kepada pembinaan modal insan yang tinggi
sememangnya penting. Keutuhan keupayaan individu merupakan asas kepada daya
saing yang kukuh.
iii. Industri
Industri merupakan satu perusahaan komersil berbentuk pembuatan,
penghasilan dan pengeluaran produk dan perkhidmatan untuk pasaran industri itu
sendiri ataupun untuk keperluan industri lain. Kebanyakan kerja yang dijalankan di
sektor ini melibatkan pekerjaan mahir dan separuh mahir. Dalam kajian ini, industri
yang dipilih dan dikaji adalah industri oil & gas yang mempunyai pekerja wanita
lulusan teknikal dan vokasional.
16
iv. Industri oil & gas
Industri oil & gas biasanya dibahagikan kepada aktiviti huluan, pertengahan dan
hiliran. Aktiviti huluan meliputi cari gali, pembangunan dan pengeluaran sumber oil
& gas. Aktiviti pertengahan dan hiliran pula terdiri daripada pengangkutan oil & gas,
ke penapisan dan pemprosesan sehingga ke pemasaran dan perdagangan produk
akhir. Sektor tenaga pula melibatkan penjanaan kuasa, penghantaran dan pengedaran.
Menurut Rosalam (2011), setelah mengenalpasti potensi oil & gas di rantau
ini, UMS berpendapat bahawa terdapat isu sumber manusia di peringkat tinggi dan
rendah untuk operasi huluan dan hiliran. Memandangkan UMS mempunyai kapasiti
untuk melatih modan insan menerusi Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat
(SKTM), Ijazah Sarjana Kejuruteraan Minyak dan Gas turut diperkenalkan. UMS
ialah institusi pendidikan tinggi tempatan pertama yang menawarkan program Ijazah
Sarjana Kejuruteraan Minyak dan Gas dan program 18 bulan itu bermula September
2011 dan sekaligus meletakkan UMS sebagai institusi ke empat di dunia yang
menawarkan program itu selepas Amerika Syarikat, Brazil dan Scotland. Menurut
Rosalam (2011) lagi, program itu bermatlamat menyediakan kumpulan graduan
berkualiti dan berkemahiran tinggi untuk memenuhi kehendak sektor oil & gas yang
tinggi.
Menurut Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman (2011), industri oil & gas
adalah antara penyumbang utama ekonomi negeri dan pada 2010 Sabah
menyumbang 26.9 peratus daripada pengeluaran minyak mentah negara. Industri oil
& gas berpotensi berkembang lebih pesat pada masa depan, terutama dengan adanya
sokongan sumber manusia yang berpengetahuan.
v. Kerjaya
Bagi kajian ini difokuskan kepada penglibatan graduan wanita yang
mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan dan bekerja di sektor industri oil &
gas. Penglibatan golongan wanita dalam profesion kejuruteraan masih lagi dianggap
kurang berbanding dengan golongan lelaki.
17
vi. Jurutera
Jurutera juga merujuk kepada suatu kerjaya profesional dalam bidang
kejuruteraan, yang berkenaan dengan aplikasi sains dan teknologi dalam kehidupan
seharian untuk mengatasi sesuatu masalah. Dalam kajian ini, universiti telah
melahirkan ramai jurutera wanita namun sejauhmana penglibatan golongan wanita
dalam kerjaya ini masih tidak diketahui.
1.12 Rumusan
Bab ini menerangkan serba sedikit pengenalan tentang golongan wanita yang
mengikuti kursus TVET untuk industri oil & gas. Di dalam bab ini juga, penyelidik
telah menghuraikan tentang latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif
kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, skop kajian, limitasi kajian dan definisi
istilah yang digunakan dalam kajian ini.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Seperti yang kita sedia maklum, wanita dan kerjaya bukanlah merupakan satu isu di
Malaysia namun ia merupakan kesan daripada perkembangan zaman dan adanya
kemajuan dalam diri wanita untuk mengembangkan diri agar menjadi lebih maju.
Oleh yang demikian, pembangunan sumber manusia akan terus menjadi strategi
utama negara bagi memastikan semua rakyat dapat berkongsi segala kemakmuran
negara dan seterusnya membangunkan tenaga buruh yang dinamik yang mampu
bersaing di peringkat dunia tanpa wujud diskriminasi jantina.
Bidang kejuruteraan yang dikaitkan dengan teknikal dan vokasional dianggap
sebagai salah satu elemen yang sangat penting bagi pembangunan manusia yang
berpotensi untuk menambah nilai kepada produk, proses dan perkhidmatan yang
menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup. Dalam
abad ke-21 ini, kita sedang menyaksikan pertumbuhan pesat dalam sektor
kejuruteraan di mana keperluan untuk profesion kejuruteraan berkembang. Akan
tetapi, penglibatan wanita dalam profesion ini tidak meyakinkan. Kurangnya
penonjolan wanita dalam program dan profesion kejuruteraan menimbulkan
kebimbangan tentang bagaimana untuk menarik minat golongan wanita untuk
menyertai kerjaya yang didominasi oleh golongan lelaki ini.
2.2 Penglibatan Golongan Wanita
Penglibatan wanita dalam pelbagai kategori pekerjaan bukan lagi asing di kalangan
masyarakat Malaysia. Kepesatan pembangunan negara menyebabkan peranan wanita
19
berubah. Mereka kini lebih bersifat multi-functional disebabkan peranan mereka
yang pelbagai. Merekalah anak, isteri, kakak atau adik dan dalam masa yang sama
juga bertindak sebagai wanita bekerjaya yang perlu menghadapi persaingan dengan
mendominasi dunia lelaki. Wanita turut dianggap berperanan penting sebagai agen
penggerak ekonomi negara pada abad baru ini.
Sebelum ini, penglibatan golongan wanita dalam alam pekerjaan sering
dikaitkan dengan taraf pekerjaan yang rendah dan wanita biasanya diberi tugas yang
menjemukan. Jenis pekerjaan yang diberikan kepada wanita selalunya merupakan
pekerjaan yang berpendapatan rendah, tidak mempunyai kuasa untuk menentukan
syarat-syarat pekerjaan dalam organisasi kerja, pekerjaan yang tidak memerlukan
latihan dan tidak mempunyai peluang untuk kenaikan pangkat. Tambahan pula,
pekerjaan golongan wanita mampu menghasilkan pendapatan yang membolehkan
mereka berdikari dan menentukan nasib mereka sendiri. Peluang pekerjaan dalam
industri bagi wanita kini walaupun bertaraf rendah tetapi ia lebih baik daripada
pekerjaan lain yang sedia ada seperti menjadi buruh kasar.
Arus pembangunan Malaysia ke arah negara perindustrian kini adalah
semakin nyata. Wawasan 2020 membayangkan Malaysia sebagai sebuah negara
perindustrian yang maju dan membangun dalam bidang ekonomi, politik, kerohanian
dan kebudayaan. Masyarakat Malaysia umumnya juga telah mengiktiraf sumbangan
wanita dalam bidang pekerjaan. Keinginan untuk hidup lebih selesa serta demi cita-
cita berdasarkan latar belakang pendidikan yang tinggi juga menjurus kepada
penglibatan wanita dalam bidang kerjaya khususnya di industri (Mohd Ismail, 2000).
Secara keseluruhannya, penglibatan golongan wanita adalah semakin pesat
kini. Tambahan pula, penggubalan Dasar Wanita Negara mencerminkan
kesungguhan kerajaan untuk mengoptimumkan potensi golongan wanita dalam
pembangunan negara. Dasar ini juga selaras dengan hasrat kerajaan bertujuan untuk
mengintegrasikan golongan wanita ke dalam pelbagai sektor pembangunan negara.
Integrasi wanita dalam tenaga kerja di Malaysia merupakan satu fenomena baru
dalam memenuhi proses permodenan, kapitalisme dan keperluan tenaga buruh.
Penyertaan yang menggalakkan bagi guna tenaga membuktikan golongan wanita kini
sudah bersedia untuk memecah monopoli golongan lelaki.
20
2.2.1 Peranan dan Sumbangan Wanita di Malaysia
Masyarakat dunia mula menyedari tentang peranan dan sumbangan yang boleh
dimainkan oleh wanita terhadap perkembangan negara (Holt dan Jawad, 2013).
Kajian Sbaity (2012) mendedahkan bahawa penyertaan kaum wanita tinggi dalam
politik, ekonomi dan pendidikan di negara-negara yang mempunyai Keluaran Negara
Kasar (KDNK) yang tinggi. Selain itu, pihak berkuasa juga mulai sensitif terhadap
pelbagai masalah yang dihadapi oleh wanita masa kini. Justeru, wanita di Malaysia
hari ini mempunyai kedudukan yang lebih baik berbanding 50 tahun dahulu
(Kamarul Azmi, 2007). Hal ini juga ditegaskan oleh Perdana Menteri Malaysia,
Najib Tun Razak (2013) bahawa pihak kerajaan bukan setakat mengiktiraf potensi
dan peranan wanita malahan berusaha mengarus-perdanakan golongan wanita
sebagai pendokong wawasan dan cita-cita negara.
2.2.2 Peluang dan Cabaran Wanita
Wanita di dalam bidang teknikal dan vokasional ini, sememangnya sukar untuk
membuktikan kemampuan mereka disebabkan faktor kurangnya peluang bagi
membuktikan kemahiran mereka di dalam kerjaya. Wa1aupun wanita menerima
pendidikan dan pendedahan serta pengalaman di tempat kerja, situasi konflik tetap
akan dihadapi apabila segolongan masyarakat mempersoalkan peranan dan
kebolehan mereka (Sidin, 2004). Pelbagai isu diketengahkan akibat daripada tidak
mahu memilih wanita menjadi jurutera, isu perkahwinan dan kesesuaian wanita
dalam membina kerjaya dalam bidang kejuruteraan seterusnya melibatkan diri di
dalam bidang ini sering dibincangkan (Evetts, 2003).
Oleh itu, wanita yang sudah berkeluarga ini lazimnya di kaitkan dengan
faktor penyebab kepada kurangnya prestasi yang memberangsangkan di dalam
kerjaya mereka. Menurut O‟nell & Billimoria (2005), terdapat majikan yang
beranggapan mengambil golongan wanita sebagai pekerja mempunyai risiko yang
tinggi, di mana pekerja wanita dianggap tidak komited dengan pekerjaan mereka
berbanding kaum lelaki. Ini disebabkan oleh alasan yang menyatakan bahawa
kerjaya sebagai jurutera memerlukan masa yang panjang di pejabat dan kadangkala
perlu menyiapkan sesuatu projek dalam jangkamasa yang ditetapkan selain daripada
sering keluar bekerja di tempat lain.
21
Menurut kajian yang dibuat oleh Ayre et al. (2011), antara cabaran yang perlu
dihadapi adalah dari segi ganjaran gaji. Responden yang terlibat dalam kajian beliau
menyatakan ganjaran tugas sebagai jurutera tidak setimpal dengan tahap kemahiran
dan komitmen serta dedikasi yang diberikan. Seterusnya kajian yang dibuat ke atas
kepuasan bekerja meliputi kadar gaji, waktu bekerja, kerja-kerja fizikal dan
keselamatan di antara pekerja lelaki dan wanita. Kajian ini menunjukkan 60% wanita
berpuas hati dengan kerja mereka berbanding lelaki sebanyak 70%. Indikator yang
paling tidak memuaskan untuk kedua-dua jantina menunjukkan responden tidak
berpuas hati dengan kadar gaji dan bayaran khusus untuk pembangunan profesional.
2.3 Technical Vocational Education and Training (TVET)
Bagi menyokong aspirasi Malaysia untuk menjadi negara maju dan berpendapatan
tinggi pada tahun 2020, negara memerlukan lebih ramai lagi pekerja mahir. Di dalam
konteks ini, pendidikan memainkan peranan penting dalam proses transformasi
ekonomi negara dengan memberi penekanan ke atas pembangunan modal insan. Bagi
mempercepatkan proses dan menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau
yang unggul, kerajaan menggalakkan penglibatan sektor swasta untuk memacu
sektor ini.
Oleh yang demikian, Malaysia berhasrat meningkatkan ekonomi dalam
rantaian nilai untuk menjadi sebuah negara dengan ekonomi berpendapatan tinggi.
Oleh itu, enrolmen dalam Technical Vocational Education and Training (TVET)
perlu ditambah dan kualiti latihan secara keseluruhan dipertingkatkan untuk
meningkatkan dengan ketara tahap kemahiran tenaga kerja. TVET bertujuan
menambah bekalan modal insan berkemahiran di Malaysia melalui penyediaan
pendidikan berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dan
keupayaan dalam bidang teknikal dan vokasional. Oleh itu, TVET menjurus kepada
penyediaan kemahiran yang boleh digunakan dengan segera dalam pasaran
pekerjaan. TVET menjadi pilihan pendidikan perdana di kebanyakan negara maju.
Oleh yang demikian, penambahbaikan peluang, akses dan kualiti TVET
untuk laluan teknikal adalah sama penting dengan penambahbaikan laluan akademik
pendidikan tertiari. Pendekatan dwi-laluan pendidikan yang sedang diusahakan akan
memberi peluang kepada pelajar untuk menukar aliran antara TVET dengan
akademik seperti yang ditunjukkan dalam pendidikan TVET di peringkat sekolah
22
menengah yang mempunyai dua aliran utama iaitu teknikal dan vokasional. Aliran
teknikal mempunyai lebih banyak komponen akademik manakala aliran vokasional
mempunyai lebih banyak komponen hands-on. Kemahiran TVET memberi manfaat
secara langsung kepada majikan, pekerja serta sektor industri yang berkaitan. Faedah
yang diperoleh bergantung kepada gabungan kemahiran pekerja. Oleh itu, kos
berkaitan TVET perlu dibiayai bersama antara kerajaan, majikan, industri dan pelajar
berdasarkan kepada faedah yang diperoleh. Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh
(RMK-10), empat strategi berikut akan diguna pakai untuk mengarusperdanakan dan
memperluas akses kepada TVET yang berkualiti:
i. Menambahbaik persepsi terhadap TVET dan menarik minat lebih ramai
pelajar.
ii. Membangunkan tenaga pengajar TVET yang lebih efektif.
iii. Mempertingkat dan mengharmonikan kualiti kurikulum TVET selaras dengan
keperluan industri.
iv. Memperkemas penyampaian TVET.
2.3.1 Memperkasakan TVET
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), 2011-2015, Kerajaan
telah memperkenalkan beberapa langkah untuk menambah baik pasaran buruh dan
mentransformasi sistem pendidikan. Pencapaian utama termasuklah pewujudan 1.8
juta pekerjaan baharu yang menyebabkan penurunan kadar pengangguran daripada
3.3% pada tahun 2010 kepada 2.9% pada tahun 2015, yang merupakan guna tenaga
penuh. Kerajaan juga memperkenalkan gaji minimum yang dianggar telah
memberikan manfaat kepada 1.9 juta penerima gaji. Dalam bidang pendidikan,
terdapat peningkatan enrolmen pada semua peringkat, daripada prasekolah kepada
tertiari. Pengambilan tahunan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional
(TVET) juga meningkat daripada 113,000 pada tahun 2010 kepada 164,000 pada
tahun 2013.
Seterusnya pada Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), 2016-2020,
akan meneruskan agenda menghasilkan modal insan yang berpengetahuan,
berkemahiran dan memiliki sikap positif untuk terus maju dalam ekonomi global.
Kerajaan akan memberikan tumpuan kepada empat bidang iaitu menambah baik
kecekapan pasaran buruh untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi,
23
mentransformasi TVET untuk memenuhi permintaan industri, memperkukuh
pembelajaran sepanjang hayat untuk peningkatan kemahiran dan menambah baik
kualiti sistem pendidikan bagi peningkatan keputusan pelajar dan kecemerlangan
institusi. Agenda ekonomi yang digariskan dalam RMKe-11 dijangka mewujudkan
1.5 juta pekerjaan menjelang tahun 2020 dengan sasaran penambahbaikan dalam
produktiviti buruh dan pengurangan kebergantungan terhadap pekerja asing
berkemahiran rendah, kedua-duanya disebabkan peralihan berterusan daripada
aktiviti ekonomi berintensifkan buruh kepada ekonomi berasaskan pengetahuan dan
inovasi. Sebanyak 60% daripada pekerjaan yang akan diwujudkan dijangka
memerlukan kemahiran berkaitan TVET. Ke arah ini, TVET dikenal pasti sebagai
pemacu perubahan bagi Malaysia menghasilkan modal insan berkemahiran. Secara
keseluruhannya, bidang fokus ini akan menghasilkan modal insan bertaraf dunia
yang diperlukan Malaysia dalam fasa terakhir untuk menjadi negara maju.
2.3.2 Wanita dalam Bidang Teknikal & Vokasional
Sejak kecil anak perempuan sering sahaja dibezakan dengan anak lelaki berdasarkan
perbezaan fizikal, sifat dan personaliti mereka. Perkara ini disokong oleh satu
laporan yang dibentangkan oleh kumpulan Prism di dalam Lau (2001) di mana
mereka menganggap sains dan teknikal adalah budaya yang memerlukan sifat
kelelakian yang sejati dan ianya tidak sesuai diceburi oleh golongan wanita yang
sememangnya terkenal dengan sifat kelembutan mereka. Menurut Linchan &
Scullian (2001), mereka berpendapat bahawa kerjaya wanita dalam bidang
kemahiran adalah sukar terutamanya dalam mengimbangi peranan di antara kerjaya
dan keluarga. Maka, wanita lebih cenderung untuk memilih tanggungjawab terhadap
keluarga berbanding kerjaya mereka. Di samping itu, cabaran dalam pelbagai faktor
seperti keluarga, persekitaran dan persaingan dengan golongan lelaki sering juga
dianggap sebagai halangan utama bagi seseorang wanita untuk menceburkan diri
dalam bidang industri.
Oleh yang demikian, penglibatan golongan wanita dalam bidang teknikal dan
vokasional bukanlah satu perkara yang baru, namun bilangannya amatlah berbeza
jika dibandingkan dengan golongan lelaki. Jika dilihat di peringkat pengajian tinggi,
kemasukan pelajar wanita dalam bidang teknikal dan vokasional menunjukkan
bilangan yang memberangsangkan tetapi mengecewakan apabila dilihat pada jumlah
24
jurutera wanita (Naan, 2008). Abu Bakar (2006) menyatakan bilangan graduan
wanita di peringkat ijazah pertama adalah tinggi dalam bidang iktisas seperti
kemanusiaan, ekonomi, perniagaan dan pengurusan berbanding dengan bilangan
graduan lelaki yang tinggi dalam bidang kejuruteraan. Selalunya masyarakat
mengklasifikasikan bidang yang tergolong di dalam teknikal dan vokasional adalah
bidang yang hanya sesuai untuk golongan lelaki kerana ia memerlukan kerahan
tenaga yang banyak dan kemahiran yang tinggi serta perlu mengharungi persekitaran
tempat kerja yang kotor. Pandangan sebegini merupakan salah satu penghalang bagi
golongan wanita untuk meneruskan kerjaya dalam bidang teknikal dan vokasional
yang ingin mereka ceburi. Namun begitu, minat yang mendalam terhadap bidang ini
amat penting bagi golongan wanita untuk terus bertapak dalam dunia pekerjaan yang
penuh dengan cabaran.
Daripada hasil kajian Buntat & Ensa (2010) mendapati bahawa kebanyakan
pelajar wanita di sekolah menunjukkan minat terhadap mata pelajaran teknikal dan
vokasional dan pelajar-pelajar wanita tersebut tidak mempunyai masalah walaupun
mata pelajaran ini merangkumi pembelajaran secara teori dan amali. Ini
membuktikan bahawa golongan wanita di Malaysia sudah mula mempunyai minat
terhadap bidang teknikal dan vokasional sejak di bangku sekolah lagi. Mohd Rejab
(2008) menyatakan bahawa pendidikan teknikal dan vokasional terutamanya
penekanan dalam aliran vokasional dapat melahirkan tenaga kerja yang mahir,
berkebolehan dan berpendidikan dan seterusnya membantu negara menjadi negara
maju menjelang tahun 2020.
2.4 Industri Oil & Gas di Malaysia
Pengeluaran oil & gas telah menjadi teras pembangunan Malaysia sejak minyak
mula-mula digerudi di Sarawak pada tahun 1910. Penubuhan Petronas pada tahun
1974 menyediakan pemangkin penting pada pembangunan sumber oil & gas di
Malaysia. Malaysia merupakan pengekspot terbesar LNG (Liguefied Natural Gas) di
dunia melalui Petronas. Oil & gas adalah sumber pendapatan terbesar kepada
Kerajaan Persekutuan dan salah satu daripada punca terbesar hasil pertukaran mata
wang asing negara malah sumber pendapatan oil & gas adalah lebih daripada enam
kali ganda berbanding sumber perolehan daripada bidang kuasa elektrik. Malaysia
telah terbukti mengandungi simpanan minyak kira-kira 4.3 billion tong, manakala
105
RUJUKAN
Ab. Aziz Yusof (2001). Politik Organisasi Dalam Penilaian Prestasi: Realiti atau
Persepsi. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Alexander Styhre, Maria Backman & Sofia Borjesson (2005). "YCC: A Gendered
Carnival Project Work at Volvo Cars." Journal of Women in Management
Review. October 2004.
Aman, M. (2011). Petronas, UMS Jalin Usahasama Lahir Graduan Berkualiti dalam
Sektor Oil & Gas. News Strait Times
Arsat, M. & Abd Kadir, N. (2010). Kemahiran Generik Dalam Faktor Pemilihan
Jurutera Mengikut Perspektif Industri Pembinaan. Universiti Teknologi
Malaysia.
Abdul Ghafar, M. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia.
Abdul Rashid, A. (2001). Nilai-nilai Murni dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:
Cergas (M) Sdn. Bhd.
Arsat, M. & Rasid, N. A. (2010). Faktor Kesediaan Pelajar Kejuruteraan Elektrik
Dan Elektronik Dalam Pembentukan Kerjaya. Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia. Tidak diterbitkan.
Arsat, M. & Rasid, N. A., (2003). Faktor kesedian Pelajar Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik dalam Pembentukan Kerjaya. Tesis Sarjana Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Abdul Ghafar, M. N. & Ariffin, M. N. (2008). Kesan Latihan Perguruan Ke Atas
Faktor Pemilihan Perguruan. Jurnal Teknologi, 48(E), 15-31.
Abdul Rahim Abd. Rashid (2000). “Pendidikan Menjurus Kepada Dunia Pekerjaan”.
Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributions Sdn Bhd. m.s 22-31
Borden K.S. & Abbott C.J. (2002). Research Design and Method: A Process
Approach.10th
ed. New York: McGraw Hill. m.s 215-229.
106
Baba, A. (1992). Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan dan Sains Sosial. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Blair, G. M. (1993) Manage: The Essential Skills, Chartwell-Bratt.
Bennett, C., Tang, N. & Yeandle, (2012). Women’s Career Development in The
Local Authority Sector: Gender and Employment in Local Labour Markets.
Centre for Social Inclusion: Sheffield Hallam University.
Bakos, J.D. (2002). Women in Civil Engineering Graduate Perspective. Journal of
Professional Issues i Engineering Education and Practice. 118 (1) 16-29
Chua, Y. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik Penyelidikan
Buku 1, 2 dan 3. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education.
Dahalan, A. (2006). Penggunaan Teknologi dalam Pembelajaran Kejuruteraan
Elektrik di Politeknik Malaysia. Batu Pahat: Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.
Esa, A., Sapon, N. dan Ibrahim, S. (2001). Kemahiran Hands-On Pelajar Wanita
Bidang Kejuruteraan Elektrik Di Politeknik Malaysia. Seminar Majlis Dekan-
Dekan Pendidikan IPTA 2011, 27-28 Disember 2011.UPM Serdang.
Evvert, J. (2008). “Managing the Technology but Not the Organization: Women and
Career in Engineering”. Women in Management Review. MCB University
Press. Emerald Group Publishing Limited. Vol. 13 No. 8, 2008, pp. 283-290.
Fouad, A.N & Singh,R . (2011). Stemming The Tide: Why Women Leave
Engineering. University of Wisconsin-Milwaukee.
Holland, J.L. (2003). Making Vocational Choice: A Theory of a Career. Englewood
Cliffs, NJ: Prentice-Hall.
Helen Lau @ Abd. Kadir (2001). “ Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pelajar
Wanita Memilih Bidang Kejuruteraan Awam, Elektrikal dan Mekanikal
Sebagai Suatu Kerjaya Masa Hadapan”. Kolej Universiti Tun Hussein Onn:
Tesis Sarjana Muda.
Ibrahim, N. A. (2005). Cabaran Lahirkan Wanita Profesional Berkualiti. Berita
Harian, p. m.s 11.
Ismail. S. M. (2003). Men and Women Engineers in Large Organization:
Interpretation of Career Progression based on Subjective- Career Experience.
Women in Management Review.Vol.18 No. 1/2 , 2003, PP. 60-67.
Ismail, M. H. (2012). Kajian Mengenai Kebolehpasaran Siswazah di Malaysia:
Tinjauan dari Perspektif Majikan. Persidangan Kebangsaan Ekonomi
107
Malaysia ke VII (PERKEM VII) Transformasi Ekonomi dan Sosial Ke Arah
Negara Maju. Ipoh, Perak. pp 906 – 913.
Ibrahim, N. A. (2005). Cabaran Lahirkan Wanita Profesional Berkualiti. Berita
Harian, p. m.s 11.
Idid S.A (2002). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Shah Alam: Dewan Bahasa dan
Pustaka. m.s 77-81
Johari K. (2003). Penyelidikan dalam Pendidikan: Konsep dan Prosedur. Petaling
Jaya: Prentice Hall. m.s 72-75
Jasmi, K. (2012). Penyelidikan Kualitatif Dalam Sains Sosial.
Johnson, R.B., & Christensen, L.B. (2004). Educational Research: Quantitative,
Qualitative & Mixed Approaches. New York: Pearson Education Inc.
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.(2009) Pelan
Tindakan Wanita. Dicapai pada Mei 25, 2013, dari Kementerian
Pembanggunan Wanita Keluarga dan Masyarakat:
http://www.kpwkm.gov.my/dasar-wanita-negara-2009.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2012). Laporan kajian pengesanan
graduan 2011. Edisi pertama. Putrajaya : Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan.
Krejcie, R. V., & Morgan D.W. (1970),“. Determining sample size for research.
Educational and Psychological Measurement: m.s 607-610
Kasa, Z. & Bakar, A. R. (2004). Aspirasi Pekerjaan Pelajaran Kejuruteraan Sekolah
Menengah Teknik. Journal Soc. Sci. & Hum. 12(1): 53-59.
Khalijah Mohd Salleh (1994). “Wanita dan Alam Perjuangannya”. Kuala Lumpur:
Institut Kajian Dasar Negara.
Lembaga Jurutera Malaysia (2012). Dicapai Jun 2, 2013 dari Lembaga Jurutera
Malaysia : http://www.bem.org.my/v3/publications.html
Madar, A., Muthusamy, T., Sikor, A., & Buntat, Y. (2010). Model Field
Independence-Dependence dalam Penggunaan Perisian Multimedia bagi
kalangan Pelajar Teknikal Politeknik KPTM. Batu Pahat: Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia.
Marican, S. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Prentice Hall.
m.s 241-266
Marican, S. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya: Pearson
Malaysia Sdn Bhd.
108
Minghat, A.D., & Mansor, N.Z. (2010). Pemilihan Bidang Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik sebagai Pembentukan Awal Kerjaya di Sekolah Menengah Teknik
Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis
Sarjana.
Mat Arif, N. (2012). Pelaksanaan Transformasi Politeknik Premier di Malaysia.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.
Mat Som, H. (2009). Kesediaan Pelajar Tahun Akhir Bidang Teknikal Di UTHM
Terhadap Peluang Pekerjaan. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis
Sarjana.
O‟Neil, D. A. & Bilimoria, D (2005). Women and Careers: A Critical Perspective on
the Theory and Practice of Women in Organizations.
Ripin, A. (2009). Kesediaan Kerjaya Dikalangan Pelajar Fakulti Kejuruteraan
Elektrik Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia:
Laporan Projek Sarjana Muda.
Rosseni, D. (2009). Kesahan dan Kebolehpercayaan Soal Selidik Gaya E-
Pembelajaran (eLSE) Versi 8.1 Menggunakan Model Pengukuran RASCH.
Journal of Quality Measurement and Analysis, 5(2), 12-27.
Rokis, A (2011). Islam and Modernity: A Case of Muslim Female Engineers in
Malaysia. IIUM Journal of Islam in Asia, Spl. Issues. No. 2.
Raja Rohana Raja Mamat (2001). „Peranan dan Status Wanita dalam Memenuhi
Spesifikasi Kecekapan Teknikal dan Kecekapan Boleh Kerja Yang
Diperlukan oleh Organisasi Dalam Industri Pembuatan”. UTHM
Rahmat, A. (2006). Cabaran wanita Di Dalam Industri Pembinaan. Universiti Tun
Hussein Onn: Tesis Sarjana.
Ramsey, N. (2009). “The Future of Women in Engineering”. Journal of Profesional
Issues. 29 (2)
Sarbatly, R. (2011). Petronas, UMS Jalin Usahasama Lahir Graduan Berkualiti
dalam Sektor Oil & Gas. News Strait Times.
Schermerhorn (2005). Management Eight Edition. United States: John Wiley &
Sons. m.s 263-276.
Sekaran U. (2000). Research Method for Business: A Skill Building Approach. New
York: John Wiley and sons Inc. m.s 4-65.
Streng et. Al (2003). Factor the motivate women to study civil engineering.
109
Sikh Mohamad, R. (2008). Kesediaan Pelajar Dalam Mengikuti Mata Pelajaran
Vokasional di Sekolah Menengah Harian Luar Bandar Daerah Jerantut,
Pahang. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda
Sekaran, U. (1992). Research Methods for Business – A skill building approach.
(2nd
Ed). United States of America: John Wiley & Sons, Inc.
Sidin, R. (2000). Pembangunan, pendidikan dan wanita di Malaysia: cabaran
perancangan., UKM.
Shahril Marzuki (2003). “Peanan Pendidikan Vokasional Dalam Pembangunan
Sumber Manusia Bagi Mencapai Matlamat Wawasan 2020”. Jurnal
Pendidikan.
Starkley, P. (2008). “Women (Science and Engineering)”. Journal of Profesional
Issues.
Tapsir, S. H. & Mohd, N.N (2005). Women Engineers in Malaysia. UTM.
Tajul Ariffin Nordin (2002). “Pendidikan dan Wawasan 2020”. Kuala Lumpur:
Arena Ilmu. m.s 73-80
Wiersma. W. (2000). Research Method in Education: An Introduction. Boston: Allyn
and Bacon.
Wynarczky, P. & Renner, C. (2006).The “gender gap” in the scientific labour
market: The case of science, engineering and technology-based SMEs in the
UK equal. Opportunities International, Vol. 25 Iss:8 pp. 660-673.
William, A., Darity, Jr. & Patrick, L.M. (1998). Evidence on Discrimination in
Employment: Codes of Color, Codes of Gender. The Journal of Economic
Perspectives, Vol. 12, No. 2, pp. 63-90.
Wilkinson, S. (2003). “The Factors Affecting the Career Choice of Male and Female
Civil Engineering Students in the UK”. Career Development Centre. Mcb
University Press.
Yussof, I., Ismail R., dan Sidin, R., (2008). Graduan dan Alam Pekerjaan: Kes
Siswazah UKM. Akademika 72 (Januari) 2008:3-24.
Yussof, I., Ismail R., dan Sidin, R., (2008). Graduan dan Alam Pekerjaan: Kes
Siswazah UKM. Akademika 72 (Januari) 2008:3-24.
Zainal, R. (2003). Kajian keberkesanan perlaksanaan program latihan industri
Diploma Pengurusan Pelancongan Politeknik Johor Bahru (Doctoral
dissertation, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn).