Upload
lizzahk
View
19.012
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
Abstrak
Kajian Penguasaan Bahasa Melayu Dalam Penulisan Karangan Di Kalangan Pelajar
Tingkatan Empat: Satu Perbandingan ini difokuskan kepada pelajar-pelajar tingkatan 4,
sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bukan kerajaan, di Daerah Brunei dan
Muara, Negara Brunei Darussalam. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana
penguasaan bahasa pelajar-pelajar dalam bidang penulisan karangan dengan
mengkhususkan dalam aspek morfologi. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat
sebanyak mana kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh kumpulan sampel yang dikaji,
di samping untuk membuat perbandingan tentang jumlah kekerapan kesalahan
berdasarkan kumpulan sampel tersebut. Kajian berbentuk tinjauan dan kepustakaan ini
telah melibatkan seramai 40 orang pelajar, iaitu 20 orang pelajar dari Sekolah Menengah
Rimba dan 20 orang pelajar lagi dari Sekolah Menengah Saint George. Bagi
mendapatkan data tentang penguasaan bahasa tersebut, kajian ini menggunakan ujian
karangan berbentuk ucapan. Analisis statistik deskriptif akan digunakan bagi mencari
kekerapan, min dan peratusan bagi satu-satu kelompok sampel dan keseluruhan sampel.
Selain itu kajian ini juga akan melihat perbezaan kekerapan, min dan peratusan bagi
kedua buah sekolah berkenaan. Hasil daripada analisis ujian karangan yang telah
diberikan menunjukkan bahawa sebanyak 590 (7.375%) kesalahan telah dapat dikesan,
iaitu kesalahan kata imbuhan 166 (28.2%), kesalahan kata ganda 32 (5.4%), kesalahan
kata jamak 20 (3.4%), kesalahan kata hubung 55 (9.3%), kesalahan kata sendi nama 15
(2.5%) dan kesalahan kata tidak sesuai 302 51.2). Secara keseluruhan, Sekolah
Menengah Saint George lebih kerap melakukan kesalahan, iaitu sebanyak 298 (50.5%)
manakala Sekolah Menengah Rimba melakukan kesalahan sebanyak 292 (49.5%). Oleh
itu kajian ini menunjukkan bahawa penguasaan bahasa dalam penulisan karangan di
kalangan pelajar menengah 4 ini berada di tahap sederhana dan pelajar-pelajar belum
dapat menguasai bahasa Melayu khususnya dalam aspek morfologi sepenuhnya.
- 1 -
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Mata pelajaran Bahasa Melayu adalah mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh
semua murid dari setiap peringkat, iaitu dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat
sekolah menengah. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Menengah
Atas Tingkatan IV-V (1999: 3) telah menggariskan lima tujuan pengajaran Bahasa
Melayu, yang sepatutnya dicapai oleh pelajar pada akhir pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu, iaitu:
a) menggunakan bahasa Melayu dengan fasih dalam pertuturan dan betul dalam
penulisan (Jawi dan Rumi) untuk melahirkan buah fikiran yang bernas, logis,
kritis dan analitis.
b) menghayati budaya membaca bagi menambah ilmu dan menghindarkan mereka
daripada mengingkari tatasusila kemasyaratan, kebudayaan, keagamaan dan
kenegaraan.
c) menyebarkan dan mengembangkan daya cipta supaya dengannya mereka
berkemampuan untuk berkarya bagi memperkayakan perbendaharaan pustaka
Negara Brunei Darussalam baik dalam bidang sastera mahupun dalam bidang
ilmu.
- 2 -
d) mengekalkan semangat cinta terhadap bahasa Melayu dan mengamalkan
penggunaannya dalam apa jua acara komunikasi sosial bagi memelihara
perpaduan dan keharmonian hidup bermasyarakat dalam konteks Negara Brunei
Darussalam.
e) menghormati dan menyanjungi tinggi kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi negara seperti yang tercatat dalam Perlembagaan Negara Brunei
Darussalam tahun 1959, Bab 82, bagi memupuk kesetiaan kepada raja, agama,
bangsa, dan Negara Brunei Darussalam selaras dengan falsafah Melayu Islam
Beraja.
Manakala empat objektif pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang
disenaraikan dalam Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah Atas (1999: 2) adalah
dihasratkan pada akhir program pengajaran bahasa Melayu, para pelajar akan dapat:
a) menguasai segala peraturan bahasa Melayu segi fonologi, morfologi, sintaksis
semantik, wacana dan sosiolinguistik, sehingga pelajar-pelajar dapat
mengungkapkan sesuatu dengan betul dan sesuai, menepati konteks dan tujuan
pengungkapan.
b) memahami, mengesan, mengutip, mengumpul dan menilai secara kritis dan
analitis akan buah fikiran atau idea yang termuat dalam apa sahaja bahan yang
mereka tatapi secara kritis dan analitis, baik bahan lisan mahupun persuratan,
- 3 -
baik idea itu tersurat mahupun tersirat bagi tujuan menambah ilmu, mempertajam
pemikiran dan mendapatkan hiburan.
c) menerbitkan atau menyatakan apa sahaja buah fikiran secara teliti, teratur, kemas,
berpadu dan logis melalui saluran lisan dan persuratan sehingga dapat difahami
dengan tepat oleh khalayaknya, yakni pendengar ucapannya dan pembaca
tulisannya.
d) menerbitkan ungkapan-ungkapan baru ciptaannya sendiri yang indah dan tidak
semata-mata menerbitkan semula apa yang ditemui sebelumnya.
Daripada objektif dan tujuan yang dinyatakan di atas, jelaslah bahawa penguasaan
bahasa di kalangan pelajar merupakan perkara yang penting dalam sistem pendidikan di
Negara Brunei Darussalam. Sehubungan itu, kesalahan dalam penguasaan bahasa adalah
amat penting untuk diketahui dan di kenal pasti oleh para pelajar khususnya dalam
penulisan karangan dan seterusnya berusaha untuk membetulkan atau mengatasi
kesalahan bahasa tersebut terutamanya dalam penulisan.
Haji Mohammad (2000: 329-330) menjelaskan bahawa status bahasa Melayu bukan
sahaja dimaksudkan sebagai bahasa rasmi negara tetapi juga ditinggikan statusnya ke
peringkat yang sewajarnya. Dalam hal ini dapat juga dilihat apabila bahasa Melayu
menjadi mata pelajaran wajib dalam perkara-perkara berikut, antaranya:
- 4 -
1. bahasa Melayu dimestikan lulus dalam beberapa peperiksaan tertentu, misalnya
dalam Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR), Peperiksaan Penilaian
Menengah Bawah (PMB) dan sebagainya untuk memperolehi sijil serta boleh
mengikuti bidang pembelajaran yang seterusnya.
2. untuk mengikuti kursus di institusi perguruan atau di peringkat universiti,
perlulah mempunyai kelulusan minima 4 mata pelajaran peringkat biasa
termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu.
3. untuk mendapatkan penganugerahan biasiswa atau dermasiswa dalam apa
kursus sekalipun hendaklah lulus mata pelajaran Bahasa Melayu bagi peringkat
‘O’ Level serta lulus dalam ujian Bahasa Melayu.
1.1 Latar Belakang Kajian
Walaupun banyak teori pengajaran dan pembelajaran bahasa berhubung dengan
pendekatan dan kaedah boleh didapati dan dijadikan sebagai panduan, namun masih
banyak masalah yang timbul yang berkaitan dengan kesalahan bahasa di kalangan para
pelajar sekolah khususnya dalam penulisan karangan.
Menurut Awang Sariyan (1980: 3) penggunaan bahasa Melayu pada peringkat
kemahiran tulisan, banyak kesalahan yang dapat dikesan; daripada kesalahan ejaan
hinggalah kepada masalah kesalahan morfologi-sintaksis. Kesalahan dalam penguasaan
bahasa ini bukan sahaja berlaku pada pelajar-pelajar malahan juga kepada guru pelatih
- 5 -
bukan Melayu di maktab perguruan di Kuala Lumpur. Kajian yang dibuat oleh
Kamarudin Husin (dlm Arpan 1998: 33) mendapati bahawa daripada 250 patah
perkataan dalam penulisan karangan, 70% didapati adalah kesalahan yang tergolong
dalam kesalahan ejaan, penggunaan perkataan dan pembentukan frasa. Dapatan ini juga
hampir sama dengan kajian yang dibuat oleh pengkaji barat iaitu Berthua (1974), Lee
(1972) dan Politzer dan Ramirez (1973).
Dalam kajian yang dibuat oleh Md. Daud Taha (dlm Arpan 1998: 34) mendapati
bahawa kesalahan ayat yang dilakukan oleh pelajar dalam penulisan karangan adalah
jenis ayat-ayat tidak betul susunannya (33.1%), ayat tidak lengkap atau tergantung
(35.8%) dan ayat-ayat yang berbelit-belit (17.3%). Selain itu, ayat yang terpengaruh oleh
struktur ayat bahasa Inggeris (10.8%) dan ayat yang mirip bahasa lisan (3%). Dalam
kajian yang dibuat oleh Mohd. Daud Yusof (dlm Arpan 1998:34) mendapati bahawa 78
orang pelajar membina ayat yang tidak lengkap, iaitu ayat yang tidak ada subjek atau
predikat. Di samping itu beliau juga mendapati kesilapan pelajar kerana menggunakan
bahasa dialek dalam menerbitkan atau membina sesuatu ayat.
Berdasarkan dapatan kajian daripada beberapa orang pengkaji di atas tidak dapat
disangkal lagi bahawa kesalahan bahasa di kalangan pelajar-pelajar amat ketara.
Kesalahan bahasa yang terdapat dalam penulisan karangan pelajar-pelajar sekolah pada
masa ini menunjukkan bahawa mereka masih belum dapat menguasai bahasa Melayu
dengan sepenuhnya semasa belajar di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, pelajar-
pelajar perlu didedahkan lagi dengan pelbagai bahan pengajaran dalam aspek penulisan
- 6 -
terutamanya yang berkaitan dengan komponen-komponen penguasaan bahasa, iaitu
struktur ayat, ejaan dan penggunaan kata dalam penulisan.
1.2 Penyataan Masalah
Kajian mengenai kesalahan morfologi dalam penulisan karangan bagi pelajar-
pelajar menengah IV, di sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bukan
kerajaan ini pengkaji lakukan kerana timbulnya masalah yang berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu khususnya dalam penulisan karangan yang
didapati bahawa banyak kesalahan bahasa yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar. Hal
ini dapat diperhatikan dalam penyataan Teo Kee Huei (1990: 1) yang mengatakan
bahawa terdapat banyak jenis kesalahan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar dalam
penulisan karangan, iaitu kesalahan ejaan, kesalahan penggunaan tanda baca, kesalahan
penggunaan kata seperti kesalahan penggunaan kata berimbuhan, penggunaan kata sendi,
penggunaan kata yang tidak bersesuaian dan banyak lagi.
Tambahan lagi, dengan adanya hasil beberapa kajian yang telah dilakukan oleh
pengkaji tempatan mahupun dari luar negeri yang akan dibincangkan dalam bab 2, jelas
menunjukkan bahawa para pelajar masih lagi menghadapi masalah dalam penguasaan
beberapa aspek tatabahasa, khususnya dalam bidang morfologi, iaitu penggunaan kata
dan pembentukan kata yang sesuai mengikut konteks ayat yang dibina.
Berdasarkan kajian tentang penguasaan bahasa dalam penulisan karangan bagi
sekolah menengah yang telah dinyatakan di atas, telah mendorong pengkaji untuk
- 7 -
melakukan penyelidikan tentang kekerapan kesalahan yang sering dilakukan oleh
pelajar-pelajar dalam menulis karangan. Selain itu, belum banyak kajian yang dilakukan
mengenai analisis kesalahan morfologi dalam bidang penulisan karangan di kalangan
pelajar menengah IV di sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bukan
kerajaan.
1.3 Tujuan Kajian
Kajian ini dilakukan dengan hasrat untuk mencapai tujuan yang berikut:
1. mengenal pasti jenis-jenis kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar di
sekolah kerajaan dan pelajar di sekolah swasta.
2. mengenal pasti jenis-jenis kesalahan yang kerap dilakukan oleh pelajar di sekolah
kerajaan dan pelajar di sekolah swasta.
3. mengenal pasti sama ada wujud atau tidak wujud perbezaan kekerapan kesalahan
bahasa di antara pelajar sekolah kerajaan dan pelajar sekolah swasta.
4. mengenal pasti sama ada wujud atau tidak wujud perbezaan kekerapan kesalahan
bahasa di antara pelajar lelaki di sekolah kerajaan dan pelajar lelaki di sekolah
swasta.
- 8 -
5. mengenal pasti sama ada wujud atau tidak wujud perbezaan kekerapan kesalahan
bahasa di antara pelajar perempuan di sekolah kerajaan dan pelajar perempuan di
sekolah swasta.
1.4 Soalan Kajian
Berdasarkan tujuan kajian yang telah dinyatakan di atas, kajian ini akan cuba
menjawab soalan-soalan yang berikut:
1. Apakah jenis-jenis kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar di sekolah
kerajaan dan pelajar di sekolah swasta?
2. Apakah jenis-jenis kesalahan yang kerap dilakukan oleh pelajar di sekolah
kerajaan dan pelajar di sekolah swasta?
3. Adakah wujud atau tidak wujud perbezaan kekerapan kesalahan bahasa antara
pelajar di sekolah kerajaan dan pelajar di sekolah swasta?
4. Adakah wujud atau tidak wujud perbezaan kekerapan kesalahan bahasa antara
pelajar lelaki di sekolah kerajaan dan pelajar lelaki di sekolah swasta?
5. Adakah wujud atau tidak wujud perbezaan kekerapan kesalahan bahasa antara
pelajar perempuan di sekolah kerajaan dan pelajar perempuan di sekolah swasta?
- 9 -
1.5 Pembatasan Kajian
Pembatasan kajian ini dipecahkan kepada tiga kategori, iaitu pemilihan sekolah,
pemilihan darjah dan sampel dan pemilihan aspek kajian.
1.5.1 Pemilihan Sekolah
Kajian ini dibataskan kepada dua buah sekolah sahaja, iaitu sebuah sekolah
kerajaan (Sekolah Menengah Rimba) dan sebuah sekolah swasta (Sekolah Menengah
Saint George). Pemilihan kedua-dua buah sekolah ini dilakukan kerana untuk mengenal
pasti sejauh mana perbezaan penguasaan bahasa Melayu antara pelajar Sekolah
Menengah Kerajaan dan pelajar Sekolah Menengah Swasta.
1.5.2 Pemilihan Tingkatan dan Sampel
Kajian ini hanya dibataskan kepada pelajar-pelajar menengah 4 dari kedua-dua
buah sekolah yang menjadi sampel kajian, iaitu Sekolah Menengah Rimba (SMR) dan
Sekolah Menengah Saint George (SMSG). Pelajar yang menjadi sampel dalam kajian ini
terdiri daripada 40 orang pelajar, iaitu 20 orang pelajar dari Sekolah Menengah Rimba
(10 orang adalah pelajar lelaki dan 10 orang lagi adalah pelajar perempuan) dan 20 orang
lagi dari Sekolah Menengah Saint George (10 orang adalah pelajar lelaki dan 10 orang
lagi adalah pelajar perempuan).
- 10 -
1.5.3 Aspek Kajian
Kajian ini akan memfokuskan tentang kesalahan morfologi dalam penulisan
karangan jenis ucapan. Pelajar disuruh menghasilkan sebuah karangan jenis ucapan yang
bertajuk ucapan perpisahan kerana akan berpindah dari sekolah berkenaan dengan
jumlah perkataan lebih kurang 200 patah perkataan (sila rujuk lampiran 1).
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dilakukan kerana kepentingan-kepentingan berikut:
1. Hasil penyelidikan ini akan dapat menjelaskan jenis-jenis kesalahan bahasa yang
sering dilakukan oleh pelajar-pelajar tingkatan 4. Dengan demikian, kajian ini
akan dapat membantu guru-guru bahasa dalam merancang strategi pengajaran
BM dengan lebih baik dan berkesan.
2. Kajian ini dapat menolong pihak-pihak tertentu di kementerian pendidikan,
terutama pihak yang terlibat dengan penyusunan kurikulum BM untuk sekolah
menengah.
3. Kajian ini dapat menjadi bahan rujukan kepada para penyelidik yang berminat
dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah menengah.
- 11 -
4. Kajian ini dapat menjadi panduan dan memberi maklumat kepada guru-guru yang
mengajarkan bahasa Melayu di sekolah-sekolah khususnya yang mengajar di
menengah atas.
1.7 Definisi Operasional
Kajian ini menggunakan beberapa definisi tentang beberapa kata dan frasa,
seperti penguasaan bahasa, penulisan dan karangan.
1.7.1 Penguasaan bahasa
Dalam Kamus Dewan (2005: 835) perkataan penguasaan bererti perihal
menguasai atau penguasaan. Namun dalam konteks kajian ini, penguasaan bahasa ialah
kemampuan atau keupayaan pelajar menggunakan bahasa dengan cekap dan mahir.
Kecekapan menggunakan bahasa itu harus meliputi lima jenis kemahiran, iaitu
kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis dan
kemahiran berkomunikasi. Dalam kajian ini, hanya kemahiran menulis yang akan
difokuskan, iaitu menulis karangan jenis ucapan.
1.7.2 Penulisan
Dalam Kamus Dewan (2005: 1729) perkataan penulisan membawa erti perihal
atau kegiatan dan sebagainya. Dalam konteks kajian ini, penulisan yang dimaksudkan
ialah kemahiran menulis sebuah karangan jenis ucapan. Hasil karangan pelajar inilah
- 12 -
yang menjadi bahan atau alat untuk mengukur penguasaan bahasa, iaitu khusus dalam
bidang morfologi di kalangan pelajar atau sampel kajian.
1.7.3 Karangan
Karangan bermaksud ciptaan, gubahan, karya dan banyak lagi. Menurut Raminah
Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985: 200), karangan ialah penglahiran perasaan dan
fikiran secara bertulis berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru dalam jumlah
perkataan yang terhad dan masa yang telah ditetapkan oleh guru. Dalam konteks bilik
darjah, karangan bermaksud penceritaan sesuatu tajuk dalam bentuk ayat secara bertulis
dan berperenggan yang dimulakan dengan pengenalan, isi dan di akhiri dengan
kesimpulan.
Dalam konteks pendidikan formal, menulis karangan ini secara tidak langsung
memberikan peluang kepada pelajar untuk menyatakan pendapat, idea, ulasan dan komen
mereka tentang sesuatu tajuk atau isu yang telah diberikan oleh guru. Manakala dalam
konteks bilik darjah pula, karangan bermaksud penceritaan sesuatu tajuk dalam bentuk
ayat secara bertulis dan berperenggan yang dimulakan dengan pengenalan, isi dan
kesimpulan.
- 13 -
BAB II
TINJAUAN LITERATUR
2.0 Pengenalan
Dalam bab ini penulis akan menyentuh tentang tinjauan literatur yang berkaitan
dengan penguasaan bahasa oleh responden dalam penulisan karangan. Tinjauan literatur
ini dilihat berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji dalam
negara dan juga pengkaji dari luar negara seperti Malaysia dan negara Barat. Secara
umumnya, bab ini akan menerangkan tentang kajian-kajian yang berkaitan dengannya,
iaitu berdasarkan perkara-perkara berikut:
(a) Pandangan umum tentang kesalahan bahasa.
(b) Tinjauan kajian di Barat.
(c) Tinjauan kajian di Malaysia.
(d) Tinjauan kajian di Brunei Darussalam.
2.1 Pandangan umum tentang kesalahan bahasa
Dalam pembelajaran bahasa sama ada bahasa pertama (B1) mahupun bahasa
kedua (B2), kesalahan bahasa sering berlaku di kalangan pelajar-pelajar sekolah.
Kesalahan bahasa dalam penulisan karangan bukan sahaja dilakukan oleh murid-murid
sekolah rendah malah pelajar-pelajar sekolah menengah juga. Banyak kajian telah
dilakukan tentang kesalahan bahasa ini sama ada di barat ataupun di timur.
- 14 -
Berdasarkan pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh para penyelidik, jelas
menunjukkan bahawa analisis kesalahan bahasa ini semakin popular. Analisis kesalahan
bahasa ini dilakukan dengan tujuan untuk mengesan dan mengenal pasti aspek-aspek
bahasa yang menjadi masalah kepada pelajar-pelajar dalam penulisan supaya masalah-
masalah ini dapat diatasi dengan segera. Menurut Mohd. Daud bin Mohd. Yusof (1990:
76) kesalahan-kesalahan itu wujud kerana pelajar-pelajar belum dapat mengetahui
rumus-rumus tatabahasa yang dipelajarinya itu.
French (dlm. Abdul Hamid Mahmood dan Inderbir Kaur 1995: 532) menegaskan
bahawa analisis kesalahan bahasa dapat dijadikan sumber maklumat tentang tahap
penguasaan bahasa pelajar. Menurut beliau, terdapat tiga proses yang menjadi punca
kesalahan bahasa itu:
(a) Pelajar tidak mengetahui atau terkeliru oleh makna perkataan, dan kerana itu
pelajar membuat kesalahan dalam penggunaanya.
(b) Pelajar menggunakan struktur atau bentuk-bentuk bahasa yang salah.
(c) Pelajar menggunakan logik dalam fikiran dalam menentukan perkataan atau
bentuk dan hasilnya akan menjadi kekeliruan sebagai akibat dari pengaruh bahasa
ibunda.
Ibrahim Ahmad (1989:612-614) mengatakan bahawa kesalahan bahasa boleh berlaku
pada mana-mana peringkat pelajaran bahasa tetapi biasanya seseorang pengajar lebih
mudah mengukur kesalahan bahasa pelajarnya melalui hasil tulisan mereka. kesalahan
- 15 -
bahasa ini boleh berlaku pada berbagai-bagai peringkat seperti peringkat ejaan dan tanda
baca; peringkat morfologi, iaitu pembentukan kata; peringkat sintaksis, iaitu kesalahan
pembentukan ayat dan peringkat semantik, iaitu tentang makna. Tambah beliau lagi,
langkah mengenal pasti punca kesalahan ini adalah langkah pertama ke arah menyusun
rancangan pemulihan. Daripada pengenalpastian punca kesalahan yang dilakukan,
seseorang guru dapat menarik perhatian pelajar terhadap sebab musabab terjadinya
kesalahan yang mereka lakukan.
Manakala Skinner (1957) berpendapat bahawa kesalahan bahasa berlaku kerana
seseorang tertiru bentuk-bentuk bahasa yang salah, menyalahi bentuk baku yang lazim
digunakan secara formal oleh golongan terpelajar, atau kerana kecacatan emosi dan
fizikal yang dialami oleh seseorang pengguna bahasa sama ada bahasa pertama atau
bahasa kedua. Nik Safiah (1978), Asmah Haji Omar (1980), dan Arbak Othman (1981)
juga mengatakan bahawa penggunaan bahasa yang terkeluar daripada penggunaanya
yang baku dianggap sebagai kesalahan bahasa, kecuali jika bahasa itu digunakan di luar
batas formal, misalnya penggunaan dialek-dialek Melayu.
Menurut Sharma (1981: 21-25) kesalahan bahasa terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
(a) Kesalahan yang kerap disebut error atau lapse dalam bahasa Inggeris. Kesalahan
jenis ini disebabkan oleh faktor di luar kemampuan linguistik, seperti lupa,
gangguan emosi, kelalaian dalam proses penerimaan pengajaran dan kekurangan
latihan.
- 16 -
(b) Kesalahan yang disebabkan oleh adanya kelainan-kelainan dalam penggunaan
sesuatu bahasa, sama ada daripada segi penggunaan aspek-aspek kata ataupun
ayat.
(c) Kesalahan yang berkaitan dengan faktor-faktor sosiolinguistik seperti
penggunaan laras bahasa dan dialek.
Selain itu Pg Mahmud (1992: 184) pula menegaskan bahawa kesalahan bahasa di
kalangan pelajar adalah disebabkan pelajar tidak begitu berminat untuk mempelajari
bahasa mereka sendiri dengan alasan bahawa mereka telah mengetahui bahasa mereka
kerana mereka bertutur dalam bahasa tersebut pada setiap hari dan setiap saat.
Lutfi Abas (1987: 169) pula mengatakan bahawa kesalahan bahasa boleh terjadi
disebabkan oleh faktor-faktor kejahilan, gangguan psikologi, falsafah bahasa, takrif
bahasa baku, takrif nahu, teori himpunan, pengaruh dialek dan juga pengaruh bahasa
asing.
2.2 Tinjauan Kajian di Barat
Terdapat beberapa kajian tentang kesalahan bahasa yang telah dilaksanakan di
barat, anataranya kajian yang telah dilakukan oleh Wyatt (1973), Politzer dan Ramirez
(1973), Vongithieres (1974) dan Fox (1977).
- 17 -
Wyatt (dalam kajian Hjh Dyg Rose Hamidah, 2006: 23) telah membuat kajian
mengenai bentuk kesalahan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar Afrika Timur. Kajian ini
dilakukan sebelum mereka mengambil peperiksaan East African Certificate of
Education. Beliau melakukan kajian terhadap sebuah kelas tingkatan 4C dengan
menggunakan 52 buah karangan ketika pelajar berada di tingkatan 3 sebagai alat kajian.
Para pelajar yang dikaji itu adalah pelajar di tahap sederhana penguasaan bahasa
Inggerisnya dan kesalahan bahasa yang dilakukan oleh mereka akan dianggap mewakili
pelajar-pelajar daripada tingkatan yang sama. Kesalahan bahasa dalam karangan
dibahagikan kepada 14 jenis kesalahan berdasarkan kekerapan kesalahan bahasanya.
Hasil kajian menunjukkan bahawa kesalahan yang paling menonjol ialah kesalahan ejaan
(18.4%), diikuti dengan kesalahan struktur ayat (16.6%) dan penggunaan nouns and
verbs (16%).
Selain itu, Politzer dan Ramirez (dalam kajian Hjh Dyg Rose Hamidah, 2006: 23)
telah menganalisis kesilapan bahasa Inggeris yang dituturkan oleh kanak-kanak
Mexican-American yang menghadiri monolingual (67 orang) dan bilingual (59 orang).
Kanak-kanak ini ditayangkan filem animated cartoon sebanyak 4 kali kemudian mereka
disuruh menceritakan semula jalan ceritanya. Penceritaan mereka dirakam dan dianalisis
mengikut peringkat-peringkat aspek yang hendak dikaji, iaitu morfologi dan sintaksis.
Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa sebanyak 50% adalah kesilapan menggunakan
‘simple past tense’, sementara 10% adalah kesalahan ‘preposition’ sebelum frasa nama.
Mereka menambah lagi, punca kesilapan bahasa berlaku di kalangan para pelajar
berkenaan adalah berpunca daripada pengaruh bahasa ibunda, dialek-dialek bahasa
- 18 -
Inggeris yang tidak standard dan pengaplikasian peraturan-peraturan tatabahasa yang
tidak sistematik.
Satu lagi kajian yang dilakukan oleh Vongthieres (dalam kajian Hjh Dyg Rose
Hamidah, 2006: 24), iaitu kajian yang berdasarkan masalah-masalah yang dihadapi oleh
pelajar-pelajar Thailand dalam mempelajari bahasa Inggeris di Universiti Ohio. Hasil
kajian menunjukkan bahawa aspek yang menjadi masalah kepada pelajar-pelajar tersebut
adalah penggunaan kata kerja mengikut jenis kata ‘tense’ yang berlainan. Sebanyak
44.8% kesalahan adalah kesalahan dari jenis penggunaan kata kerja mengikut jenis kata
‘tense’ yang dilakukan oleh para pelajar tersebut.
Sementara Fox (dalam kajian Hj Mat Dani, 2007: 25) telah membuat analisis
kesalahan dalam perbendaharaan kata di kalangan 40 orang pelajar asing yang mengikuti
kursus bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (English Language as A Second
Language). Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 42% kesalahan yang
dilakukan adalah kesalahan penggunaan kata sendi nama, 18% kesalahan penggunaan
imbuhan dan pembentukan kata, 9% kesalahan penggunaan complement, 7% kesalahan
penggunaan perkataan dalam peribahasa dan 23% kesalahan perbendaharaan kata.
Daripada hasil analisis ini menunjukkan bahawa kesalahan kata sendi nama adalah
kesalahan yang paling serius diikuti oleh kesalahan perbendaharaan kata, kesalahan
penggunaan imbuhan dan pembentukan kata, kesalahan penggunaan complement dan
kesalahan penggunaan perkataan dalam peribahasa.
- 19 -
2.3 Tinjauan Kajian di Malaysia
Terdapat beberapa kajian tentang kesalahan bahasa yang telah dilaksanakan di
Malaysia, anataranya kajian yang telah dilakukan oleh Seah (1974), Ridzuan Ahmad
(1981), Awang Muhammad Amin (1982), Raminah Haji Sabran (1983), Kamarudin Haji
Husin (1986), Muhammad Salehudin Aman (1993), Mohd.Isa (1997) dan Zulkifley
(2004).
Seah (dalam kajian Hj Mat Dani, 2007: 26) telah mengkaji tetang kesulitan dalam
menguasai penggunaan imbuhan di kalangan pelajar dewasa bukan Melayu. Hasil kajian
beliau menunjukkan bahawa penguasaan imbuhan memang menjadi punca masalah di
kalangan pelajar sampel. Hasil kajian mendapati bahawa 70% kesalahan adalah
kesalahan penggunaan imbuhan.
Ridzuan Ahmad (1981: 59-72) membuat kajian tentang kesalahan penggunaan
imbuhan di kalangan pelatih-pelatih Melayu dan bukan Melayu di sebuah Maktab
perguruan. Beliau menggunakan sampel daripada kumpulan Kursus Pengajian Peringkat
Awal Kanak-kanak (PPAK) dan kumpulan Kursus Peringkat Awal Remaja (PPAR) yang
berjumlah seramai 150 orang semuanya. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa taraf
pencapaian secara purata ialah 78%, iaitu antara 80% dan 100% sampel telah menjawab
soalan dengan betul. Para pelatih bukan Melayu telah melakukan kesalahan hampir tiga
kali ganda daripada jumlah kesalahan yang dilakukan oleh pelatih-pelatih Melayu.
- 20 -
Awang Mohammad Amin (1982: 118-128) telah membuat kajian tentang
kesalahan-kesalahan umum penggunaan bahasa Malaysia sebagai ekabahasa di kalangan
pelajar Melayu di peringkat sekolah menengah bawah dan menengah atas. Seramai 120
orang pelajar menjadi sampel terdiri daripada empat buah sekolah menengah kebangsaan
di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa
kesalahan penggunaan imbuhan adalah kesalahan yang paling tinggi kekerapannya, iaitu
26%.
Seterusnya Raminah Haji Sabran (1983: 151-197) telah membuat penyelidikan
tentang kesalahan yang telah dilakukan oleh penutur-penutur jati bahasa Malaysia
dengan mengambil sampel yang terdiri daripada para pelatih guru di Maktab Perguruan.
Beliau telah menganalisis data daripada 300 buah karangan yang ditulis oleh sampel,
iaitu dalam tempoh dua hari. Panjang setiap karangan ialah kira-kira 250 patah perkataan
yang meliputi tajuk-tajuk tentang sekitar tugas guru di sekolah dan dalam masyarakat.
Antara hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa 80% daripada jumlah
kesalahan yang dilakukan oleh sampel adalah mengenai penggunaan perkataan,
pembentukan kata dan pembentukan struktur ayat. Daripada 3,559 kesalahan bahasa,
pelatih-pelatih aliran Melayu telah melakukan sebanyak 1,976, iaitu 55.5% sementara
pelatih aliran Inggeris melakukan kesalahan bahasa sebanyak 1,583, iaitu 44.5%.
Kamarudin Haji Husin (1986: 87-197) telah membuat penyelidikan tentang
penguasaan bahasa Malaysia di kalangan pelajar bukan Melayu di maktab-maktab
perguruan Kuala Lumpur yang terdiri daripada pelatih-pelatih tahun akhir yang
berjumlah 160 orang, iaitu 100 orang adalah pelatih Cina dan 60 orang pelatih India.
- 21 -
Hasil dapatan beliau memperlihatkan daripada 320 buah karangan yang mengandungi
lebih kurang 80,000 patah perkataan, terdapat sebanyak 5,085 kesalahan yang ditemui,
iaitu lebih 70% dari jumlah kesalahan yang didapati adalah terdiri daripada aspek ejaan,
penggunaan perkataan, pembentukan rangkai kata dan pembentukan ayat.
Mohammed Salehudin Aman (1993: 189) telah membuat kajian tentang
kesalahan tatabahasa terhadap 150 orang pelajar tingkatan empat di dua buah sekolah
menengah agama di Melaka. Hasil dapatan beliau menunjukkan bahawa sebanyak 81%
daripada jumlah keseluruhan kesalahan adalah terdiri daripada kesalahan kata. Daripada
jumlah ini, didapati sebanyak 32.3% daripada kesalahan kata itu ialah kesalahan
penggunaan imbuhan, iaitu kesalahan yang paling tinggi kekerapannya.
Mohd. Isa (1997) telah membuat kajian terhadap kesilapan ejaan murid tahun 6 di
sekolah Kebangsaan Bulu Silou Keningau dengan sampelnya seramai 55 orang. Hasil
kajian beliau menunjukkan bahawa sebanyak 60% murid keliru dengan ejaan perkataan
umum seperti ia, ada, daerah dan berdarah. 53% pula adalah kesalahan imbuhan, 45%
kesalahan penulisan kata majmuk dan sebanyak 29% kesalahan penggunaan partikel pun.
Zulkifley (2004: 52-57) telah membuat penyelidikan mengenai analisis
penguasaan pengetahuan bahasa Melayu di kalangan mahasiswa. Para mahasiswa yang
terdiri daripada pelajar prasiswazah UKM yang merangkumi hampir kesemua fakulti
pengajian diambil menjadi sampel kajian, iaitu seramai 194 orang pelajar lelaki dan 289
orang pelajar perempuan. Hasil dapatan beliau menunjukkan bahawa hampir 50%
kesalahan yang dilakukan adalah kesalahan bagi aspek morfologi dan sintaksis. Hasil
- 22 -
kajian ini amatlah mengecewakan memandangkan sampel adalah mahasiswa institusi
pengajian tinggi awam.
2.4 Tinjauan Kajian di Negara Brunei Darussalam
Terdapat beberapa kajian tentang kesalahan bahasa yang telah dilaksanakan di
Malaysia, anataranya kajian yang telah dilakukan oleh Teo Kee Huei (1990), Hjh
Norhana (1990), Pg. Muhammad (1990), Saidin Hj. Mohd Noor (1991), Md. Daud Taha
(1992), Pg. Mahmud (1992), Arpan Shahbuddin Latip (1998), Mardlina (2006),
Rulkhairul (2006), Mastijah (2006), Adee Rafizza Zuzannawatie (2006) dan Hj. Mat
Dani (2007).
Sementara Teo Kee Huei (1990: 104-108) telah membuat kajian tentang
kesalahan bahasa dalam karangan pelajar-pelajar tingkatan III. Hasil kajian beliau
mandapati bahawa 475 kesalahan yang dilakukan oleh pelajar sampel, iaitu 241 (50.7%)
kesalahan ejaan dan huruf besar, 52 (10.9%) kesalahan imbuhan, 91 (19.2%) kesalahan
kata sendi nama, 15 (3.2%) kesalahan penggunaan partikel ‘pun’, 11 (2.3%) kesalahan
kata hubung dan 65 (13.7%) kesalahan kata ganti diri.
Hjh Norhana (1990: 67-87) telah membuat kajian tentang kesalahan penggunaan
imbuhan di kalangan pelajar tingkatan IV dengan membandingkan prestasi pencapaian di
antara pelajar-pelajar Sekolah Menengah Awang Semaun (SMAS) dengan SM St.
George. Hasil daripada kajian itu, beliau telah mendapati 462 kesalahan dan beliau telah
- 23 -
mengklasifikasikan bentuk-bentuk kesalahan imbuhan BM yang dilakukan oleh para
sampel, iaitu seperti berikut:
a) 320 (69.3%) kesalahan memilih imbuhan;
b) 24 (5.2%) kesalahan ejaan bagi perkataan berimbuhan;
c) 4 (0.87%) kesalahan menambah sesuatu yang tidak perlu;
d) 83 (17.97%) kesalahan kurang menulis sesuatu yang perlu;
e) 31 (6.71%) kesalahan memilih alomorf.
Keseluruhan kajian beliau mendapati bahawa pelajar-pelajar SM St. George lebih
kerap melakukan kesalahan bahasa berbanding dengan pelajar SMAS. Kebanyakan
pelajar keliru dalam memilih imbuhan awalan, apitan dan akhiran dalam pembentukan
kata nama dan kata kerja.
Pg. Muhammad (1990: 57-104) telah membuat kajian tentang aspek bahasa dalam
penulisan karangan pelajar-pelajar sekolah menengah. Hasil kajian beliau mendapati
bahawa terdapat 212 (32.3%) kesalahan pada peringkat ayat, 225 (34.3%) kesalahan
pada peringkat kata dan 219 (33.4%) kesalahan pada peringkat ejaan. Hasil kajian ini
diperolehi daripada analisis kesalahan terhadap kertas jawapan peperiksaan Brunei
Cambridge peringkat ‘O’. Dalam hasil kajian kesalahan pada peringkat kata, beliau
mendapati bahawa 53 (23.6%) kesalahan imbuhan, 30 (13.3%) kesalahan kata depan, 18
(8%) kesalahan kata ganti diri, 22 (9.8%) kesalahan kata bentuk jamak, 11 (4.9%)
kesalahan kata bantu, 5 (2.2%) kesalahan penggunaan kata asing/dialek dan 81 (36%)
kesalahan penggunaan sesuatu kata.
- 24 -
Saidin Hj. Mohd Noor (1991:103-106) telah membuat kajian kes di Maktab Duli
Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah mengenai penggunaan imbuhan kata kerja dalam
karangan pelajar-pelajar tingkatan VI atas. Hasil kajian dan analisis, beliau mendapati
bahawa kesalahan dalam imbuhan kata kerja yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sampel
ialah sebanyak 1,845 (68.75%) kesalahan, iaitu 847 kesalahan adalah dilakukan oleh
pelajar bukan Melayu manakala 998 kesalahan dilakukan oleh pelajar Melayu. Pelajar
bukan Melayu didapati melakukan kesalahan sebanyak 27 (3.2%) kesalahan kata kerja
transitif, 226 (26.7%) kesalahan kata kerja tak transitif dan 594 (70.1%) kesalahan
ragam. Manakala pelajar Melayu didapati melakukan kesalahan sebanyak 36 (3.6%)
kesalahan kata kerja transitif, 311 (31.2%) kesalahan tak transitif dan 651 (65.2%)
kesalahan ragam.
Manakala Md. Daud Taha (1992: 90-92) telah membuat kajian tentang masalah
penguasaan bahasa Melayu: kalangan pelajar-pelajar menengah atas, Negara Brunei
Darussalam, mendapati sampel melakukan kesalahan ayat, kesalahan kata dan kesalahan
ejaan. Hasil kajian beliau mendapati 1,237 kesalahan ayat, 1,332 kesalahan penggunaan
kata dan 607 kesalahan ejaan. Dalam kesalahan penggunaan kata, beliau mendapati
bahawa 197 atau 14.8% kesalahan penggunaan imbuhan, 219 (6.4%) kesalahan
penggunaan kata sendi nama, 93 (6.98%) kesalahan penggunaan kata ganda, 38 (2.63%)
kesalahan penggunaan kata asing (bahasa Inggeris), 128 (9.6%) kesalahan penggunaan
kata ganti diri dan 657 (49.3%) kesalahan penggunaan kata, iaitu selain dari yang telah
dinyatakan.
- 25 -
Pg. Mahmud (1992:182-183) telah membuat penyelidikan tentang kesalahan
tatabahasa dan tanda baca pelajar Melayu di peringkat sekolah menengah bawah Daerah
Brunei Muara dan Daerah Tutong. Hasil analisis, beliau telah mendapati sebanyak 1,736
kesalahan telah dapat dikesan dalam ujian karangan yang dilakukan oleh pelajar sampel
di kedua-dua buah sekolah tersebut. Dalam ujian karangan bertulis, dari empat jenis
kesalahan yang dikaji, kesalahan pembentukan struktur ayat adalah kesalahan yang lebih
banyak kekerapannya, iaitu 624 (35.94%) kesalahan, kesalahan penggunaan perkataan,
iaitu 602 (34.68%) kesalahan. Kesalahan penggunaan tanda baca dan huruf besar pula
sebanyak 401 ( 23.09%) kesalahan dan kesalahan penggunaan imbuhan sebanyak 109
(6.28%) kesalahan.
Arpan Shahbuddin Latip (1998: 67), pula telah membuat kajian tentang kesalahan
kesilapan tatabahasa pelajar Melayu di Thanawi Lima di Sekolah Menengah Arab. Hasil
kajian beliau mendapati bahawa kesalahan morfologi sebanyak 1619 (54.13%) kesalahan
yang ditemui dalam 186 buah karangan pelajar, iaitu 302 (10.1%) kesilapan penggunaan
imbuhan, 127 (4.25%) kesilapan kata ganda, 860 (28.75%) kesalahan kata sendi nama,
174 (5.64%) kesalahan kata pemeri, 71 (2.37%) kesalahan kata penegas dan 85 (2.84%)
kesalahan selain dari kata tugas yang telah dinyatakan.
Mardlina (2006: 69) telah membuat penyelidikan kesalahan morfologi bagi
Tingkatan Dua di Sekolah Pg. Dipa Negara Pg Jaya Sengkarai, Tutong. Hasil kajian
mendapati bahawa 34 pelajar atau 85% melakukan kesalahan imbuhan, 25 pelajar atau
62.5% melakukan kesalahan penggunaan kata depan, 4 pelajar atau 10% melakukan
kesalahan kata asing, 7 pelajar atau 17.5% melakukan kesalahan kata ganda, 16 pelajar
- 26 -
atau 40% melakukan kesalahan dengan menggunakan kata dialek dalam karangan, 13
pelajar atau 32.5% melakukan kesalahan kata hubung dan 18 pelajar atau 45%
melakukan kesalahan dalam penggunaan kata ganti diri.
Rulkhairul (2006: 54) telah membuat penyelidikan kesalahan penggunaan imbuhan
terhadap karangan pelajar tingkatan dua di Maktab SOAS. Hasil dapatan beliau
mendapati bahawa 57 (32.5%) kesalahan imbuhan me(N), 31 (17.71%) kesalahan
imbuhan di-, 9 (5.14%) kesalahan imbuahan te(R), 22 (12.57%) kesalahan imbuhan
be(R), 9 (5.14%) kesalahan imbuahan se-, 2 (1.14%) kesalahan imbuhan pe(N), 36
(20.57%) kesalahan imbuahan ke-, 8 (4.57%) kesalahan imbuahan pe(R) dan 1 (0.57%)
kesalahan imbuhan –i.
Sementara itu, Mastijah (2006:44-45) telah membuat kajian tentang kesalahan
penggunaan imbuhan BM pelajar menengah dua di Sekolah Menengah Chung Hwa,
Bandar Seri Begawan, NBD. Hasil kajian beliau, iaitu sebanyak empat buah darjah telah
dijadikan sampel kajian telah mendapati bahawa kesalahan penggunaan imbuhan me(N)
bagi setiap kelas yang paling tinggi kekerapan kesalahannya, iaitu sebanyak 3,148
(47.69%) kesalahan.
Manakala Adee Rafizza Zuzannawatie (2006: 75-76) telah membuat kajian tentang
kesalahan tatabahasa BM kepada pelajar Tingkatan Dua di Sekolah Menengah Awang
Semaun dan Sekolah Menengah Saiyyidina Umar Al-Khattab (SMSUA). Hasil kajian
beliau mendapati bahawa pelajar-pelajar sampel di kedua buah sekolah berkenaan
melakukan kesalahan sebanyak 334 (77.86%) kesalahan pengimbuhan, 1 (0.23%) adalah
- 27 -
kesalahan pemajmukan dan 94 (21.91%) kesalahan adalah kesalahan penggandaan
kesemuanya berjumlah 429 kesalahan.
Hj. Mat Dani (2007: 49-65) telah membuat kajian kesalahan morfologi dan ejaan
bagi murid-murid darjah 6 di dua buah sekolah, iaitu sebuah sekolah kerajaan dan sebuah
bukan kerajaan di Negara Brunei Darussalam. Hasil kajian beliau mendapati bahawa di
sekolah rendah bukan kerajaan melakukan 428 kesalahan, iaitu 249 (58.2%) kesalahan
imbuhan, 28 (6.5%) kesalahan kata ganda dan 151 (35.3%) kesalahan ejaan. Manakala di
sekolah rendah kerajaan melakukan 558 kesalahan, iaitu 272 (48.7%) kesalahan
imbuhan, 10 (1.79%) kesalahan kata ganda dan 276 (49.5%) kesalahan ejaan.
2.5 Kesimpulan umum
Daripada kajian-kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji Barat, Malaysia
dan Brunei Darussalam. Jelaslah menunjukan bahawa pencapaian pelajar-pelajar dalam
aspek morfologi adalah di tahap lemah dan memerlukan pembaikan. Malah kesalahan
yang sering didapati dalam penulisan karangan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar
adalah kesalahan morfologi, iaitu kesalahan penggunaan kata dan pembentukan kata.
Kesalahan morfologi ini bukan sahaja dilakukan oleh pelajar di peringkat sekolah rendah
malah pelajar sekolah menengah juga masih banyak yang melakukan kesalahan
berkenaan. Kesalahan-kesalahan ini mungkin disebabkan oleh kejahilan terhadap sesuatu
yang dipelajari atau tidak mengetahui akan rumus-rumus yang sebenar mengikut
pandangan ahli-ahli bahasa.
- 28 -
BAB III
METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan
Kajian ini bertujuan untuk melihat kekerapan kesalahan bahasa khususnya dalam
aspek morfologi. Sampel yang menjadi sasaran kajian adalah terdiri daripada pelajar-
pelajar menengah IV di sekolah menengah kerajaan dan di sekolah menengah bukan
kerajaan.
Dalam bab ini akan menghuraikan dengan lebih jelas dan terperinci mengenai
langkah-langkah bagi mendapatkan data-data untuk kajian ini. Perkara-perkara yang
disentuh ialah:
(a) Reka bentuk kajian.
(b) Pemilihan sekolah.
(c) Sampel kajian.
(d) Instrumen kajian.
(e) Analisis kajian.
(f) Prosedur kajian.
(g) Penganalisisan karangan.
(h) Cara penganalisisan data
- 29 -
3.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk tinjauan dan kajian kepustakaan.
Pengkaji telah membuat tinjauan tentang kesalahan morfologi dalam penulisan karangan
di kalangan pelajar menengah 4 di Sekolah Menengah Rimba dan di Sekolah Saint
Goerge di Daerah Brunei dan Muara. Kajian ini juga akan membandingkan kekerapan
kesalahan morfologi antara pelajar Sekolah Menengah Rimba dan pelajar Sekolah Saint
George.
Selain itu, kajian kepustakaan juga digunakan oleh pengkaji untuk merujuk
beberapa perkara atau maklumat penting yang berkaitan dengan tajuk kajian.
Berdasarkan rujukan yang diperolehi, pengkaji boleh mendapatkan sumber-sumber yang
berkaitan dengan kesalahan morfologi dalam penulisan karangan. Di samping itu,
pengkaji telah meneliti kajian-kajian yang berkaitan sama ada di Barat, Malaysia
mahupun di Negara Brunei Darussalam sendiri.
3.2 Pemilihan Sekolah
Pengkaji telah memilih dua buah sekolah menengah, iaitu sebuah sekolah
menengah kerajaan dan sebuah lagi sekolah menengah swasta. Sekolah menengah
kerajaan yang menjadi tempat kajian ialah Sekolah Menengah Rimba dan sekolah swasta
pula ialah Sekolah Saint George. Pengkaji memilih kedua-dua buah sekolah ini kerana
ingin meninjau sebanyak mana kekerapan kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar-
pelajar di kedua-dua buah sekolah ini dalam penulisan karangan. Di samping itu,
- 30 -
pengkaji akan membandingkan kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar
di antara kedua buah sekolah ini. Latar belakang setiap sekolah yang dipilih ini dapatlah
digambarkan secara ringkas seperti berikut:
3.2.1 Sekolah Menengah Rimba
Sekolah Menengah Rimba adalah sebuah sekolah menengah yang terletak di
kawasan perumahan Kampung Rimba. Sekolah ini mula ditubuhkan pada 25hb. April
2005. Sekolah ini mempunyai segala kemudahan-kemudahan moden, iaitu seperti
makmal-makmal sains, makmal-makmal komputer, makmal bahasa, padang bola,
perpustakaan dan banyak lagi. Sekolah Menengah Rimba mempunyai lebih 1,000 orang
pelajar dari menengah 1 hingga menengah 5. Setiap kelas mengandungi tidak lebih 40
orang pelajar. Dalam kajian ini, pengkaji hanya akan menumpukan kajian kepada
menengah 4 sahaja. Sekolah Menengah Rimba mempunyai 10 buah kelas menengah 4
dengan pelajarnya berjumlah 309 orang, iaitu 161 orang pelajar lelaki dan 148 orang
pelajar perempuan. Walau bagaimanapun, pengkaji memilih sebuah kelas sahaja yang
terdiri daripada 20 orang pelajar, iaitu 10 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar
perempuan sebagai sampel kajian.
3.2.2 Sekolah Menengah Saint George
Sekolah Menengah Saint George adalah salah sebuah sekolah swasta yang
terdapat di Negara Brunei Darussalam. Sekolah ini telah ditubuhkan sejak tahun 1946.
Sekolah ini terletak di kawasan Bandar Seri Begawan berdekatan dengan gereja. Sekolah
- 31 -
ini mempunyai segala kemudahan, iaitu seperti makmal sains, makmal komputer,
perpustakaan dan banyak lagi. Setiap kelas di Sekolah ini dilengkapi dengan alat
penghawa dingin. Sekolah Menengah Saint George mempunyai lebih 500 orang pelajar
dari menengah 1 hingga menengah 5. Setiap kelas di sekolah ini mengandungi tidak
lebih daripada 35 orang pelajar. Dalam kajian ini, pengkaji hanya akan menumpukan
kajian kepada menengah 4 sahaja. Sekolah Saint George mempunyai 2 buah kelas
menengah 4 dengan pelajarnya berjumlah sebanyak 65 orang pelajar, iaitu 28 orang
pelajar lelaki dan 37 orang pelajar perempuan. Walau bagaimanapun, pengkaji memilih
sebuah kelas sahaja yang terdiri daripada 20 orang pelajar, iaitu 10 orang pelajar lelaki
dan 10 orang pelajar perempuan sebagai sampel kajian.
3.3 Sampel Kajian
Kajian ini melibatkan seramai 40 orang sampel (20 orang sampel dari Sekolah
Menengah Rimba (SMR) dan 20 orang sampel dari Sekolah Saint George (SSG)). Jadual
1 menunjukkan bilangan sampel mengikut jantina bagi kedua-dua buah sekolah ini.
Setiap sekolah ini mempunyai 10 orang sampel lelaki dan 10 orang sampel perempuan.
Jadual 1
Jumlah Bilangan Sampel yang Dikaji
Jantina SMR SSG Jumlah
Lelaki 10 orang 10 orang 20 orang
Perempuan 10 orang 10 orang 20 orang
- 32 -
Keseluruhan sampel yang dikaji ini merupakan pelajar menengah IV yang
berumur dalam lingkungan 15 hingga 17 tahun. Pengkaji tidak memilih sampel
menengah V memandangkan mereka hendak menduduki Peperiksaan O’Level.
3.4 Instrumen Kajian
Kajian ini hanya menggunakan satu alat pengumpulan data, iaitu ujian menulis
karangan berbentuk ucapan. Sebelum pengkaji memberikan ujian ini, pengkaji telah
bertanya kepada guru yang mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu sama ada
pelajar-pelajar telah diajarkan karangan yang berbentuk ucapan ini. Maklumat yang
diterima, bahawa guru-guru telah mengajarkan karangan berbentuk ucapan ini kepada
pelajar-pelajar.
3.4.1 Ujian Menulis Karangan
Ujian ini dilaksanakan setelah mendapat kebenaran daripada guru besar di kedua-
dua buah sekolah yang terlibat dalam kajian ini, iaitu Sekolah Menengah Rimba dan
Sekolah Saint George. Ujian menulis karangan ini dijalankan secara berasingan, iaitu
bermula dengan Sekolah Saint George dan diikuti oleh Sekolah Menengah Rimba.
- 33 -
Jadual 2
Tarikh Ujian Menulis Karangan Dilaksanakan
Tarikh Masa Sekolah Jumlah pelajar
04.10.2007 10.50-11.50 pagi
Sekolah Saint
George
20 orang
08.10.2007 8.55-9.55 pagi
Sekolah Menengah
Rimba
20 orang
Jadual 2 menunjukkan pada 4 Oktober 2007, ujian menulis karangan ini
dijalankan di Sekolah Saint George. Seramai 20 orang pelajar yang terlibat dalam ujian
tersebut, iaitu 10 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan. Manakala pada 8
Oktober 2007, ujian menulis karangan ini dijalankan di Sekolah Menengah Rimba.
Jumlah pelajar yang dijadikan sampel kajian ialah seramai 20 orang, iaitu 10 orang
pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan. Alhamdulillah dengan kerjasama yang
telah diberikan oleh guru-guru di kedua-dua buah sekolah berkenaan, pengkaji telah
berjaya menjalankan ujian pada masa yang telah ditetapkan.
Ujian menulis karangan ini digunakan adalah untuk mengenal pasti dengan lebih
jelas dan terperinci tentang kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar-pelajar dalam
penulisan karangan. Dalam kajian ini, pengkaji telah memberikan sebuah karangan yang
berbentuk ucapan (rujuk lampiran 2). Dalam ujian ini juga, pelajar-pelajar diarahkan
menulis karangan tersebut dalam masa satu jam (60 minit) dengan jumlah perkataan
lebih kurang 200 patah perkataan.
- 34 -
3.5 Analisis Kajian
Semua hasil dapatan kajian ini akan disemak, diperiksa, dianalisis dan disusun
mengikut kekerapan kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar dengan menggunakan
statistik deskriptif dan peratusan.
Statistik deskriptif dan peratusan ini digunakan kerana cara ini mudah dan senang
difahami oleh pengkaji untuk menghuraikan semua jenis kekerapan kesalahan yang
dilakukan oleh pelajar. Malah statistik deskriptif ini juga lebih jelas dilihat melalui jadual
dan rajah.
3.6 Prosedur kajian
Bagi melaksanakan kajian ini, pengkaji telah mengambil langkah-langkah yang berikut:
Langkah 1:
Mendapatkan surat kebenaran daripada Kementerian Pendidikan untuk
menjalankan kajian di kedua-dua buah sekolah yang telah dipilih melalui Dekan SHBIE
(sila rujuk lampiran 1).
- 35 -
Langkah 2:
Berjumpa dengan Pengetua Sekolah Menengah Rimba dan Pengetua Sekolah
Saint George untuk meminta kebenaran membuat kajian. Setelah kebenaran diberikan
oleh kedua-dua orang pengetua berkenaan, pengkaji telah dipertemukan dengan guru
bahasa Melayu untuk menetapkan tarikh, masa dan sampel kajian. Setelah mendapat kata
sepakat, pengkaji dibenarkan membuat kajian pada 4 Oktober 2007 di Sekolah Saint
George dan 8 Oktober 2007 di Sekolah Menengah Rimba. Sampel kajian terdiri daripada
pelajar-pelajar menengah IV.
Langkah 3:
Menyediakan ujian menulis karangan untuk sampel kajian. Sebelum pengkaji
membuat ujian menulis karangan ini, pengkaji telah berbincang dengan guru-guru bahasa
Melayu mengenai jenis karangan yang telah dipelajari oleh sampel kajian. Setelah
mengetahui akan jenis karangan yang telah mereka pelajari, pengkaji telah menyediakan
sebuah tajuk karangan jenis ucapan dan diberikan kepada pelajar-pelajar.
Langkah 4:
Pengkaji menganalisis hasil ujian karangan yang diperolehi untuk menjadi bukti
hasil kajian sehinggalah kajian ini lengkap. Penganalisisan ini dibuat dengan seberapa
teliti yang boleh.
- 36 -
3.7 Penganalisisan karangan
Kajian ini merupakan analisis penguasaan bahasa pelajar-pelajar dalam penulisan
karangan, pengkaji akan menumpukan kajian terhadap kesalahan bahasa, iaitu tumpuan
terhadap kesalahan morfologi yang terdapat dalam karangan pelajar. Jenis-jenis
kesalahan morfologi yang dapat dikesan dalam penulisan karangan pelajar-pelajar ialah:
KKI – Kesalahan kata imbuhan;
KKG – Kesalahan kata ganda;
KKJ – Kesalahan kata jamak;
KKH – Kesalahan kata hubung;
KKSN – Kesalahan kata sendi nama; dan
PKTS – Penggunaan kata tidak sesuai.
KKI – Kesalahan kata imbuhan
Yang dimaksudkan dengan kesalahan kata imbuhan dalam konteks kajian ini ialah:
i) Menggunakan imbuhan yang salah atau tidak tepat pada sesuatu kata,
misalnya:
Salah Betul
1. Saya merasa amat sedih... Saya berasa amat sedih...
2. Sebab saya memindah ke sekolah Sebab saya berpindah ke sekolah
- 37 -
baru... baru...
ii) Tidak menggunakan imbuhan pada kata yang memerlukan, misalnya:
Salah Betul
1. Ayah saya telah dinaik pangkat. Ayah saya telah dinaikan pangkat.
2. Saya terpaksa tinggal sekolah ini... Saya terpaksa meninggalkan sekolah ini.
iii) Menggunakan imbuhan pada kata yang tidak memerlukan, misalnya:
Salah Betul
1. Dua tahun ini berlalu bergitu cepat
sehingga saya tidak bersedar.
Dua tahun ini berlalu bergitu
cepat sehingga saya tidak sedar.
2. Saya ingin pula memintakan maaf ... Saya ingin pula meminta maaf...
KKG – Kesalahan kata ganda
Salah Betul
1. rakan-sahabat Sahabat-handai/rakan-rakan
3. Pelbagai-bagai Pelbagai/berbagai-bagai
- 38 -
KKJ – Kesalahan kata jamak
Salah Betul
1. ..semua para hadirin.. ..para hadirin/semua hadirin..
2. Para guru-guru.. Para guru..
KKH – Kesalahan kata hubung
Yang dimaksudkan dengan kesalahan kata hubung dalam konteks kajian ini ialah:
1. Penggunaan kata hubung yang salah atau tidak tepat
2. Tidak menggunakan kata hubung
Salah Betul
..syarikat tempat yang ayah saya
bekerja..
..syarikat tempat ayah saya
bekerja..
Salah Betul
.. Saya berazam untuk belajar
lebih rajin lagi di sekolah baru ini.
Saya berazam untuk belajar
dengan lebih rajin lagi di sekolah
baru ini.
- 39 -
KKSN – Kesalahan kata sendi nama
Salah Betul
1. ...dan dipindahkan daripada tempat
ini...
...dan dipindahkan dari tempat
ini...
2. Selamat sejahtera pada semua
rakan-rakan...
Selamat sejahtera kepada semua
rakan-rakan...
PKTS – Penggunaan kata tidak sesuai
Salah Betul
1. Saya kini terpaksa meninggalkan
sekolah ini kerana menyokong
ayah saya berpindah ke tempat
lain.
Saya terpaksa meninggalkan
sekolah ini kerana mengikut ayah
saya berpindah ke tempat lain.
2. Walaupun sedikit sedih, saya
juga...
Walaupun berasa sedih, saya
juga...
3.8 Cara penganalisisan data
Pengkaji akan menganalisis kesalahan bahasa yang terdapat dalam hasil
penulisan karangan pelajar-pelajar dengan seberapa teliti yang boleh.
- 40 -
Pertama sekali, pengkaji akan meneliti hasil karangan pelajar satu-persatu dengan
seberapa teliti sambil menandakan kesalahan-kesalahan penggunaan kata yang dilakukan
oleh pelajar dalam penulisan karangan. Pengkaji akan menandakan kesalahan-kesalahan
bahasa yang dilakukan oleh pelajar-pelajar dengan menggunakan pen berwarna, iaitu
oren bagi kesalahan kata imbuhan (KKI), biru bagi kesalahan kata ganda (KKG), ungu
bagi kesalahan kata jamak (KKJ), hijau bagi kesalahan kata hubung (KKH), merah
jambu bagi kesalahan kata sendi nama (KKSN) dan kuning bagi penggunaan kata tidak
sesuai (PKTS).
Contoh penganalisisan ujian karangan ini dibuat seperti berikut:
KKI – Kesalahan Kata Imbuhan
Salah Betul
Saya merasa amat sedih... Saya berasa amat sedih...
Dalam contoh diatas penggunaan imbuhan pada kata dasar ‘rasa’ adalah salah
mengkiut konteks ayat berkenaan. Tambahan lagi, perkataan ‘merasa’ dan ‘berasa’
adalah dua kata yang berlainan maksud, ‘merasa’ membawa erti mengalami rasa dengan
lidah manakala ‘berasa’ membawa erti mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian-
bahagian badan). Jadi mengikut konteks ayat di atas perkataan ‘merasa’ adalah salah dan
penggunaan imbuhan me- diganti dengan penggunaan imbuhan be-.
- 41 -
KKG – Kesalahan Kata Ganda
Salah Betul
Pelbagai-bagai Pelbagai
Penggunaan kata ganda ‘pelbagai-bagai’ adalah penggunaan yang tidak tepat
kerana kata ‘pelbagai’ adalah kata ganda yang sesuai dan sudah memberikan maksud
banyak. Jadi perkataan ‘pelbagai-bagai’ sepatutnya ditulis ‘pelbagai’ sahaja.
KKJ – Kesalahan Kata Jamak
Salah Betul
Para-para guru... Para guru...
Penggunaan kata jamak ‘para-para’ adalah penggunaan yang tidak tepat kerana
kata ‘para’ adalah kata yang sudah menunjukkan kata jamak. Tambahan lagi, perkataan
‘para-para’ dan perkataan ‘para’ adalah dua perkataan yang berlainan maksud. ‘Para-
para’ membawa maksud tempat atau ‘rak’ manakala perkataan ‘para’ membawa maksud
untuk menunjukkan bilangan semua seperti dalam ayat yang di atas. Jadi perkataan
‘para-para’ sepatutnya ditulis ‘para’ sahaja.
- 42 -
KKH – Kesalahan Kata Hubung
Salah Betul
...syarikat tempat yang ayah saya
bekerja...
...syarikat tempat ayah saya
bekerja...
Penggunaan kata ‘yang’ pada konteks ayat di atas sepatutnya ditiadakan kerana
kata ‘yang’ adalah kata penghubung untuk menyatakan bahawa kata keterangan
berikutnya dipentingkan atau menunjukkan kelainan.
KKSN – Kesalahan kata sendi nama
Salah Betul
Selamat sejahtera pada semua
rakan-rakan...
Selamat sejahtera kepada semua
rakan-rakan...
Penggunaan kata sendi nama ‘pada’ adalah kurang tepat dalam konteks ayat
diatas dan sepatutnya digantikan dengan perkataan ‘kepada’ kerana kata ‘kepada’
digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada manusia seperti
dalam konteks ayat di atas.
- 43 -
PKTS – Penggunaan kata tidak sesuai
Salah Betul
...apabila salah satu rakan kami... ...apabila salah seorang rakan
kami...
Penggunaan perkataan ‘satu’ adalah salah kerana selepas perkataan itu adalah
bermaksud kata manusia. Jadi sepatutnya penjodoh bilangan yang sesuai digunakan
adalah ‘seorang’, iaitu digunakan untuk manusia seperti di dalam konteks ayat tersebut.
Setelah selesai meneliti satu-persatu hasil karangan pelajar-pelajar, pengkaji akan
membahagikan kesalahan-kesalahan tersebut kepada enam bahagian, iaitu kesalahan kata
imbuhan (KKI), kesalahan kata ganda (KKG), kesalahan kata jamak (KKJ), kesalahan
kata hubung (KKH), kesalahan kata sendi nama (KKSN) dan penggunaan kata tidak
sesuai (PKTS).
Selesai mengkategorikan kesalahan mengikut jenis-jenisnya, pengkaji mula
mengira kesalahan yang dilakukan oleh setiap sampel kajian untuk menentukan
kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh sampel. Kesalahan-kesalahan tersebut akan
ditunjukkan dalam jadual atau rajah dalam bab IV.
- 44 -
3.9 Kesimpulan
Kajian ini merupakan sebuah kajian yang berbentuk tinjauan dan kepustakaan
yang melibatkan seramai 40 orang sampel dari kedua-dua buah sekolah yang dipilih.
Untuk mendapatkan data, pengkaji menggunakan ujian penulisan karangan yang
berbentuk ucapan perpisahan disiapkan dalam tempoh 60 minit dengan jumlah lebih
kurang 200 patah perkataan.
Bagi mendapatkan kesemua data kajian ini, prosedur kajian dan cara
penganalisisan karangan telah diambil seperti yang telah dihuraikan dalam bab ini
sehinggalah kajian ini berakhir dan memperolehi hasil dapatan yang akan dihuraikan
dalam bab VI. Hasil dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif
dan peratusan.
- 45 -
BAB IV
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
4.0 Pengenalan
Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan hasil-hasil penyelidikan dan analisis
data yang telah diperolehi melalui kajian yang telah dijalankan berdasarkan lima tujuan
kajian, iaitu seperti berikut:
(a) Jenis-Jenis Kekerapan Kesalahan Bahasa yang Dapat Dikesan dalam Penulisan
Karangan Sampel Kajian.
(b) Analisis Kekerapan Kesalahan Bahasa yang Kerap Dilakukan Oleh Sampel
Kajian dalam Penulisan Karangan.
(c) Analisis Perbandingan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara SMR dan SMSG.
(d) Analisis Perbandingan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara SLMR dan SLSG.
(e) Analisis Perbandingan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara SPMR dan SPSG.
- 46 -
4.1 Analisis
Dalam subtajuk 4.1 ini akan menerangkan hasil analisis daripada kajian yang telah
dijalan, iaitu:
(a) Jenis-Jenis Kekerapan Kesalahan Bahasa yang Dapat Dikesan dalam Penulisan
Karangan Sampel Kajian.
(b) Analisis Kekerapan Kesalahan Bahasa yang Kerap Dilakukan Oleh Sampel
Kajian dalam Penulisan Karangan.
(c) Analisis Perbandingan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara SMR dan SMSG.
(d) Analisis Perbandingan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara SLMR dan SLSG.
(e) Analisis Perbandingan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara SPMR dan SPSG
4.2 Jenis-Jenis Kekerapan Kesalahan Bahasa yang Dapat Dikesan dalam Penulisan
Karangan Sampel Kajian
Dalam ujian penulisan karangan yang telah dilakukan oleh sampel kajian didapati
bahawa ada enam kesalahan utama morfologi yang kerap dilakukan oleh sampel kajian,
iaitu kesalahan kata imbuhan (KKI), kesalahan kata ganda (KKG), kesalahan kata jamak
(KKJ), kesalahan kata hubung (KKH), kesalahan kata sendi nama (KKSN) dan
Penggunaan kata tidak sesuai (PKTS).
Daripada keenam-enam kesalahan kata yang kerap dilakukan oleh semua sampel
kajian ini, penggunaan kata yang tidak sesuai (PKTS) adalah yang paling tinggi
- 47 -
kekerapannya, iaitu sebanyak 302 (51.2%) kesalahan daripada 590 kesalahan. Analisis
kesalahan ini dapat diperhatikan melalui Jadual 3 di bawah, iaitu kekerapan kesalahan
morfologi yang sering dilakukan dalam penulisan karangan serta perbandingan
kekerapan kesalahan tersebut dalam Rajah 1 di bawah.
Jadual 3
Jenis Kesalahan Bahasa yang Sering Dilakukan oleh SMR dan SMSG
Jenis kesalahan SMR SSG Jumlah Peratus
KKI
Jumlah 76 90
166 28.2%
Peratus 45.8% 54.2%
KKG
Jumlah 21 11
32 5.4%
Peratus 65.6% 34.4%
KKJ
Jumlah 8 12
20 3.4%
Peratus 40% 60%
KKH
Jumlah 29 26
55 9.3%
Peratus 52.7% 47.3%
KKSN
Jumlah 7 8
15 2.5%
Peratus 46.7% 53.3%
PKTS
Jumlah 151 151
302 51.2%
Peratus 50% 50%
- 48 -
Rajah 1
Perbezaan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara SMR dan SMSG
76
90
21
118
12
2926
7 8
151 151
0
20
40
60
80
100
120
140
160
Kekerapan
kesalahan
KKI KKG KKJ KKH KKSN PKTS
Jenis-jenis kesalahan
SMR
SMSG
Rajah 1 di atas menunjukkan bahawa penggunaan kata tidak sesuai (PKTS)
adalah kesalahan yang sering dilakukan oleh semua sampel kajian, iaitu sebanyak 302
(51.2%) kesalahan. Kesalahan kata imbuhan (KKI) sampel SMSG melakukan sebanyak
90 (54.2%) berbanding dengan sampel SMR yang hanya melakukan kesalahan sebanyak
76 (45.8%). Manakala kesalahan kata ganda (KKG), sampel SMR melakukan 21
(65.6%) berbanding dengan kesalahan yang dilakukan oleh sampel SMSG yang hanya
melakukan sebanyak 11 (34.4%). Sementara itu, kesalahan kata jamak (KKJ), didapati
bahawa sampel SMSG melakukan kesalahan sebanyak 12 (60%) dan sampel SMR
melakukan 8 (40%). Dalam kesalahan kata hubung (KKH) pula sebanyak 29 (52.7%)
dilakukan oleh sampel SMR dan 26 (47.3%) di lakukan oleh sampel SMSG. Kesalahan
yang terakhir, iaitu kesalahan kata sendi nama (KKSN) pula didapati bahawa 8 (53.3%)
- 49 -
dilakukan oleh sampel SMSG dan 7 (46.7%) dilakukan oleh sampel kajian SMR. Jadi
secara keseluruhannya, SMSG lebih banyak melakukan kesalahan berbanding dengan
SMR. Perbandingan kekerapan kesalahan secara keseluruhan ini dapat diperhatikan
melalui subtajuk 4.3.
4.3 Analisis Kekerapan Kesalahan Bahasa yang Kerap Dilakukan oleh Sampel
Kajian dalam Penulisan Karangan
Dalam subtajuk ini, pengkaji akan membincangkan hasil penyelidikan dan analisis
data yang berkaitan dengan kekerapan kesalahan bahasa yang sering dilakukan oleh
sampel kajian dalam penulisan karangan. Analisis ini dibahagikan kepada enam
bahagian, iaitu seperti berikut:
(a) Analisis kekerapan kesalahan bahasa bagi setiap kumpulan sampel lelaki SMR.
(b) Analisis kekerapan kesalahan bahasa bagi setiap kumpulan sampel perempuan
SMR.
(c) Analisis kekerapan kesalahan bahasa bagi keseluruahan sampel SMR.
(d) Analisis kekerapan kesalahan bahasa bagi setiap kumpulan sampel lelaki SMSG.
(e) Analisis kekerapan kesalahan bahasa bagi setiap kumpulan sampel perempuan
SMSG.
(f) Analisis kekerapan kesalahan bahasa bagi keseluruhan sampel SSG.
- 50 -
4.3.1 Analisis Kekerapan Kesalahan Bahasa bagi Setiap Kumpulan Sampel Lelaki
SMR
Jadual 4 di bawah menunjukkan bahawa jumlah kekerapan kesalahan morfologi
bagi kumpulan sampel lelaki SMR ialah sebanyak 176 (29.8%) kesalahan. Kesalahan
yang paling kerap dilakukan oleh kumpulan sampel lelaki SMR ialah penggunaan kata
tidak sesuai (PKTS), iaitu sebanyak 96 (54.5%) kesalahan, diikuti oleh kesalahan kata
imbuhan (KKI), iaitu sebanyak 47 (26.7%). Manakala kesalahan kata hubung (KKH)
adalah kesalahan yang ketiga kerap dilakukan dalam penulisan karangan, iaitu sebanyak
16 (9.1%), kesalahan kata ganda (KKG) pula ialah sebanyak 10 (5.7%), kesalahan kata
sendi nama (KKSN) sebanyak 4 (2.3%) dan kesalahan yang terakhir, iaitu kesalahan kata
jamak sebanyak 3 (1.7%).
Jadual 4
Analisis Kekerapan Kesalahan Bahasa Bagi Setiap Kumpulan Sampel Lelaki SMR
Sampel KKI KKG KKJ KKH KKSN PKTS Jumlah Peratus
SLMR 1 5 3 1 3 2 14 28 15.92
SLMR 2 1 2 1 10 14 7.95
SLMR 3 4 2 8 14 7.95
SLMR 4 1 1 1 12 15 8.52
SLMR 5 11 1 2 9 23 13.07
SLMR 6 4 1 2 9 16 9.09
SLMR 7 3 1 2 12 18 10.23
- 51 -
SLMR 8 2 1 4 7 3.98
SLMR 9 4 2 9 15 8.52
SLMR 10 12 4 1 9 26 14.77
Jumlah 47 10 3 16 4 96 176
Peratus 26.7 5.7 1.7 9.1 2.3 54.5 100%
KKI
KKG
KKJ
KKH
KKSN
PKTS
SLMR 1-10
: Kesalahan Kata Imbuhan
: Kesalahan Kata Ganda
: Kesalahan Kata Jamak
: Kesalahan Kata Hubung
: Kesalahan Kata Sendi Nama
: Penggunaan Kata yang Tidak Sesuai
: Sampel Lelaki Menengah Rimba 1-10
4.3.2 Analisis Kekerapan Kesalahan Bahasa bagi Setiap Kumpulan Sampel
Perempuan SMR
Jadual 5 di bawah menunjukkan bahawa jumlah kekerapan kesalahan morfologi
bagi kumpulan sampel perempuan SMR ialah sebanyak 116 (19.7%). Kesalahan yang
paling kerap dilakukan oleh kumpulan sampel perempuan SMR ialah penggunaan kata
tidak sesuai (PKTS) sebanyak 55 (47.4%), kesalahan kata imbuhan (KKI) sebanyak 29
(25%). Manakala kesalahan kata hubung (KKH) adalah kesalahan yang ketiga kerap
dilakukan oleh sampel berkenaan, iaitu sebanyak 13 (11.2%), kesalahan kata ganda
(KKG) sebanyak 11 (9.5%), kesalahan kata jamak sebanyak 5 (4.3%) dan yang terakhir
kesalahan kata sendi nama (KKSN) sebanyak 3 (2.6%).
- 52 -
Jadual 5
Analisis Kekerapan Kesalahan Bahasa bagi Setiap Kumpulan Sampel Perempuan
SMR.
Sampel KKI KKG KKJ KKH KKSN PKTS Jumlah Peratus
SPMR 1 4 1 4 9 7.8
SPMR 2 9 4 1 1 2 17 14.6
SPMR 3 1 7 8 6.9
SPMR 4 1 1 1 2 4 9 7.8
SPMR 5 2 1 1 1 2 7 6
SPMR 6 2 2 1 6 11 9.4
SPMR 7 3 3 8 14 12.1
SPMR 8 1 2 6 9 7.8
SPMR 9 2 2 1 9 14 12.1
SPMR 10 5 1 4 1 7 18 15.5
Jumlah 29 11 5 13 3 55 116
Peratus 25 9.5 4.3 11.2 2.6 47.4 100%
KKI
KKG
KKJ
KKH
KKSN
PKTS
SPMR 1-10
: Kesalahan Kata Imbuhan
: Kesalahan Kata Ganda
: Kesalahan Kata Jamak
: Kesalahan Kata Hubung
: Kesalahan Kata Sendi Nama
: Penggunaan Kata yang Tidak Sesuai
: Sampel Perempuan Menengah Rimba 1-10
- 53 -
4.3.3 Analisis Kekerapan Kesalahan Bahasa bagi Keseluruhan Sampel SMR
Jadual 6 dan Rajah 2 di bawah menunjukkan bahawa pelajar lelaki SMR lebih
kerap melakukan kesalahan, iaitu sebanyak 176 (29.8%) berbanding dengan kekerapan
kesalahan yang dilakukan oleh pelajar perempuan, iaitu sebanyak 116 (19.7%)
kesalahan. Antara kesalahan yang paling kerap di lakukan oleh sampel lelaki SMR ialah
KKI, iaitu 47 (61.8%) berbanding dengan sampel perempuan SMR yang melakukan 29
(38.2%), KKH, iaitu 16 (55.2%) berbanding dengan sampel perempuan SMR melakukan
13 (44.8%) dan PKTS, iaitu 96 (63.6%) dan sampel perempuan SMr melakukan 55
(36.4%).
Jadual 6
Perbezaan Kesalahan Bahasa antara SLMR dan SPMR
Jenis kesalahan SLMR SPMR
KKI 47 26.7% 29 25%
KKG 10 5.7% 11 9.5%
KKJ 3 1.7% 5 4.3%
KKH 16 9.1% 13 11.2%
KKSN 4 2.3% 3 2.6%
PKTS 96 54.5% 55 47.4%
Jumlah 176 116
Peratus 29.8% 19.7%
- 54 -
Rajah 2
Perbezaan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara SLMR dan SPMR
47
29
10 11
3 5
1613
4 3
96
55
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
Jumlah
kekerapan
KKI KKG KKJ KKH KKSN PKTS
Jenis-jenis kesalahan
Kekerapan kesalahan bagi pelajar-pelajar SMR
SLMR
SPMR
4.3.4 Analisis Kekerapan Kesalahan Bahasa bagi Kumpulan Sampel Lelaki SMSG.
Jadual 7 di bawah menunjukkan bahawa jumlah kekerapan kesalahan morfologi
bagi kumpulan sampel lelaki SMSG ialah sebanyak 148 (25.1%). Kesalahan yang paling
kerap dilakukan oleh kumpulan sampel lelaki SMSG ialah penggunaan kata tidak sesuai
(PKTS), iaitu sebanyak 76 (51.4%), diikuti oleh kesalahan kata imbuhan (KKI), iaitu
sebanyak 49 (33%). Manakala kesalahan kata hubung (KKH) adalah kesalahan yang
ketiga kerap dilakukan dalam penulisan karangan, iaitu sebanyak 13 (8.8%), kesalahan
kata jamak (KKJ) dan kesalahan kata sendi nama (KKSN) dilakukan sebanyak 4 (2.7%).
Kesalahan terakhir ialah kesalahan kata ganda (KKG) sebanyak 2 (1.4%).
- 55 -
Jadual 7
Analisis Kekerapan Kesalahan Bahasa bagi Setiap Kumpulan Sampel Lelaki
SMSG.
Sampel KKI KKG KKJ KKH KKSN PKTS Jumlah Peratus
SLSG 1 9 1 1 18 29 19.6
SLSG2 6 9 15 10.1
SLSG 3 6 4 8 18 12.2
SLSG 4 6 1 1 1 15 24 16.2
SLSG 5 5 1 1 1 10 18 12.2
SLSG 6 3 1 1 5 3.4
SLSG 7 5 4 2 11 7.4
SLSG 8 5 1 2 1 6 15 10.1
SLSG 9 3 1 4 8 5.4
SLSG 10 1 1 3 5 3.4
Jumlah 49 2 4 13 4 76 148
Peratus 33 1.4 2.7 8.8 2.7 51.4 100%
KKI
KKG
KKJ
KKH
KKSN
PKTS
SLSG1-10
: Kesalahan Kata Imbuhan
: Kesalahan Kata Ganda
: Kesalahan Kata Jamak
: Kesalahan Kata Hubung
: Kesalahan Kata Sendi Nama
: Penggunaan Kata yang Tidak Sesuai
: Sampel Lelaki Saint George 1-10
- 56 -
4.3.5 Analisis Kekerapan Kesalahan Bahasa bagi Kumpulan Sampel
Perempuan SMSG.
Jadual 8 di bawah menunjukkan bahawa jumlah kekerapan kesalahan bahasa bagi
kumpulan sampel perempuan SMSG ialah sebanyak 150 (25.4%). Kesalahan yang paling
kerap dilakukan oleh kumpulan sampel perempuan SMSG ialah penggunaan kata tidak
sesuai (PKTS), iaitu sebanyak 75 (50%), diikuti oleh kesalahan kata imbuhan (KKI)
sebanyak 41 (27.3%). Manakala kesalahan kata hubung (KKH) adalah kesalahan yang
ketiga kerap dilakukan dalam penulisan karangan, iaitu sebanyak 13 (8.7%), kesalahan
kata ganda (KKG) sebanyak 9 (6%), kesalahan kata jamak sebanyak 8 (5.3%) dan yang
terakhir ialah kesalahan kata sendi nama (KKSN) sebanyak 4 (2.7%).
Jadual 8
Analisis Kekerapan Kesalahan Bahasa bagi Setiap Kumpulan Sampel Perempuan
SMSG.
Sampel KKI KKG KKJ KKH KKSN PKTS Jumlah Peratus
SPSG 1 7 2 9 18 12
SPSG 2 11 1 2 3 2 8 27 18
SPSG 3 3 2 5 3.3
SPSG 4 3 1 6 7 17 11.3
SPSG 5 1 1 1 1 4 2.7
SPSG 6 2 1 2 1 8 14 9.3
SPSG 7 4 12 16 10.7
- 57 -
SPSG 8 5 1 1 14 21 14
SPSG 9 3 3 2 11 19 12.7
SPSG 10 2 1 1 1 1 3 9 6
Jumlah 41 9 8 13 4 75 150
Peratus 27.3 6 5.3 8.7 2.7 50 100%
KKI
KKG
KKJ
KKH
KKSN
PKTS
SPSG1-10
: Kesalahan Kata Imbuhan
: Kesalahan Kata Ganda
: Kesalahan Kata Jamak
: Kesalahan Kata Hubung
: Kesalahan Kata Sendi Nama
: Penggunaan Kata yang Tidak Sesuai
: Sampel Perempuan Saint George 1-10
4.3.6 Analisis Kekerapan Kesalahan Bahasa bagi keseluruhan Sampel SMSG.
Jadual 9 dan Rajah 3 di bawah menunjukkan bahawa pelajar perempuan di
Sekolah Menengah Saint George ini lebih kerap melakukan kesalahan kata, iaitu
sebanyak 150 (25.4%) berbanding dengan kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh
pelajar lelaki SMSG, iaitu sebanyak 148 (25.1%). Walau bagaimanapun perbezaan
antara sampel lelaki dengan sampel perempuan dalam kajian ini tidak banyak
perbezaannya iaitu hanya dua kesalahan sahaja. Antara kesalahan yang paling kerap
dilakukan oleh sampel perempuan ialah KKG, iaitu sebanyak 9 (81.8%) berbanding
dengan sampel lelaki SMSG, iaitu 2 (18.2%) dan KKJ, iai tu sampel perempuan SMSG
melakukan 8 (66.7%) berbanding dengan sampel lelaki SMSG, iaitu 4 (33.3%).
- 58 -
Jadual 9
Perbezaan Kesalahan Bahasa antara SLSG dan SPSG
Jenis kesalahan SLSG SPSG
KKI 49 33% 41 27.3%
KKG 2 1.4% 9 6%
KKJ 4 2.7% 8 5.3%
KKH 13 8.8% 13 8.7%
KKSN 4 2.7% 4 2.7%
PKTS 76 51.4% 75 50%
Jumlah 148 150
Peratus 25.1% 25.4%
Rajah 3
Perbandingan Kekerapan Kesalahan Bahasa Antara Sampel Lelaki Dan Sampel
Perempuan SMSG
49
41
2
9
4
8
13 13
4 4
76 75
0
10
20
30
40
50
60
70
80
Jumlah
kekerapan
KKI KKG KKJ KKH KKSN PKTS
Jenis-jenis kesalahan
Kekerapan kesalahan bagi pelajar-pelajar SMSG
SLSG
SPSG
- 59 -
4.4 Analisis Perbandingan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara SMR dan SMSG.
Jadual 10 di bawah menunjukkan bahawa kedua-dua buah sekolah yang menjadi
tempat kajian ini tidak banyak perbezaan tentang kekerapan kesalahan kata yang
dilakukan oleh sampel kajian dalam penulisan karangan. Walau bagaimanapun, jadual di
bawah juga memperlihatkan bahawa SMSG lebih tinggi kekerapan kesalahan yang
dilakukan berbanding dengan kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh SMR. SMSG
melakukan kesalahan sebanyak 298 (50.5%), iaitu 148 (49.7%) dilakukan oleh pelajar
lelaki dan 150 (50.3%) dilakukan oleh pelajar perempuan. Manakala SMR pula
kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh sampelnya sebanyak 292 (49.5%), iaitu 176
(60.3%%) yang dilakukan oleh pelajar lelaki dan 116 (39.7%) dilakukan oleh pelajar
perempuan. Perbandingan kekerapan kesalahan ini dapat disaksikan dalam Rajah 4.4 di
bawah, iaitu kekerapan kesalahan yang dilakukan secara keseluruhan yang dilakukan
oleh sampel kedua-dua buah sekolah berkenaan, berdasarkan 40 buah karangan pelajar.
Jadual 10
Perbezaan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara Kumpulan Sampel SMR dan
Kumpulan Sampel SMSG
Jenis kesalahan SMR SMSG
Jantina SLMR SPMR SLSG SPSG
KKI 47 26.7% 29 25% 49 33% 41 27.3%
KKG 10 5.7% 11 9.5% 2 1.4% 9 6%
KKJ 3 1.7% 5 4.3% 4 2.7% 8 5.3%
- 60 -
KKH 16 9.1% 13 11.2% 13 8.8% 13 8.7%
KKSN 4 2.3% 3 2.6% 4 2.7% 4 2.7%
KKTS 96 54.5% 55 47.4% 76 51.4% 75 50%
Jumlah 176 116 148 150
Peratus 60.3% 39.7% 49.7% 50.3%
Jumlah
Keseluruhan
292 (49.5%) 298 (50.5%)
Rajah 4
Perbandingan kekerapan kesalahan bahasa antara SMR dan SMSG
292 298
0
50
100
150
200
250
300
350
Jumlah
kekerapan
SMR SMSG
Nama sekolah
- 61 -
4.5 Analisis Perbandingan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara SLMR dan SLSG.
Salah satu tujuan penguasaan bahasa ini dilakukan adalah untuk mengetahui
perbandingan kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh sampel lelaki di kedua-dua buah
sekolah tempat kajian ini. Jadual 11 dan Rajah 5 akan menjelaskan hal ini.
Jadual 11
Perbezaan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara SLMR dan SLSG
Jenis
Kesalahan
KKI KKG KKJ KKH KKSN PKTS
SLMR 47 49% 10 83% 3 42.9% 16 55.2% 4 50% 96 55.8%
SLSG 49 51% 2 17% 4 57.1% 13 44.8% 4 50% 76 44.2%
Jumlah 96 12 7 29 8 172
Peratus 29.6% 3.7% 2.2% 8.9% 2.5% 53.1%
Rajah 5
Perbandingan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara SLMR dan SLSG
47 49
10
2 3 4
1613
4 4
96
76
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
Jumlah
kekerapan
KKI KKG KKJ KKH KKSN PKTS
Jenis-jenis kesalahan
SLMR
SLSG
- 62 -
Jadual 11 dan Rajah 5 di atas menunjukkan bahawa kekerapan kesalahan bahasa
yang dilakukan oleh sampel lelaki SMR lebih banyak jika dibandingkan dengan
kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh sampel lelaki SMSG. Antara kekerapan
kesalahan bahasa yang paling banyak dilakukan oleh sampel lelaki dari SMR ialah
penggunaan kata tidak sesuai (PKTS) iaitu sebanyak 96 (55.8%), iaitu lebih 20 kesalahan
daripada kesalahan yang dilakukan oleh sampel lelaki SMSG. SLSG hanya melakukan
76 (44.2%). Manakala kekerapan kesalahan bahasa yang kedua yang dilakukan oleh
sampel lelaki SMR ialah kesalahan kata hubung (KKH). Dalam penggunaan kata
hubung, sampel lelaki SMR melakukan 16 (55.2%) manakala sampel lelaki SMSG pula
hanya melakukan 13 (44.8%).
Perbandingan kekerapan dan min kesalahan yang dilakukan oleh sampel lelaki di
kedua-dua buah sekolah ini dapat diperhatikan melalui Jadual 12 dan Rajah 6 di bawah.
Melalui Jadual dan Rajah tersebut menunjukkan bahawa SLMR lebih kerap melakukan
kesalahan, iaitu sebanyak 176 (54.3%) kesalahan berbanding dengan kesalahan yang
dilakukan SLSG, iaitu sebanyak 148 (45.7%).
Jadual 12
Perbandingan Kekerapan Kesalahan Bahasa Antara SLMR Dan SLSG
Kumpulan (n) Kekerapan Min Peratus
SLMR 10 176 17.6 54.3
SLSG 10 148 14.8 45.7
- 63 -
Rajah 6
Perbandingan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara SLMR dan SLSG secara
Keseluruhan
176
148
0
20
40
60
80
100
120
140
160
180
200
Jumlah
kekerapan
SLMR SLSG
Nama sekolah
4.6 Analisis Perbandingan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara SPMR dan SPSG.
Selain perbandingan kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar lelaki di
kedua-dua buah sekolah kajian, tujuan yang seterusnya ialah pengkaji ingin mengetahui
perbandingan kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh sampel perempuan di kedua-dua
buah sekolah kajian. Jadual 13 dan Rajah 7 di bawah menjelaskan hal ini.
- 64 -
Jadual 13
Perbezaan Kekerapan Kesalahan antara SPMR dan SPSG
Jenis
Kesalahan KKI KKG KKJ KKH KKSN PKTS
SPMR 29 41.4% 11 55% 5 38.5% 13 50% 3 42.9% 55 42.3%
SPSG 41 58.6% 9 45% 8 61.5% 13 50% 4 57.1% 75 57.7%
Jumlah 70 20 13 26 7 130
Peratus 26.3% 7.5% 4.9% 9.8% 2.6% 48.9%
Rajah 7
Perbandingan Kekerapan Kesalahan bahasa antara SPMR dan SPSG.
29
41
119
58
13 13
3 4
55
75
0
10
20
30
40
50
60
70
80
Jumlah
kekerapan
KKI KKG KKJ KKH KKSN PKTS
jenis-jenis kesalahan
SPMR
SPSG
- 65 -
Jadual 13 dan Rajah 7 di atas menunjukkan bahawa kekerapan kesalahan yang
dilakukan oleh SPSG lebih banyak berbanding dengan kekerapan kesalahan bahasa yang
dilakukan oleh SPMR. Antara kesalahan yang paling kerap dilakukan oleh SPSG ialah
penggunaan kata tidak sesuai (PKTS) iaitu sebanyak 75 (57.7%). Sementara kesalahan
yang dilakukan oleh SPMR hanya 55 (42.3%). Kekerapan kesalahan bahasa yang
seterusnya ialah kesalahan kata imbuhan (KKI). SPSG melakukan kekerapan KKI
sebanyak 41 (58.6%) berbanding dengan SPMR hanya 29 (41.4%).
Perbandingan kekerapan dan min kesalahan yang dilakukan oleh sampel
perempuan di kedua-dua buah sekolah ini dapat diperhatikan melalui Jadual 14 dan
Rajah 8 di bawah. Melalui Jadual dan Rajah tersebut memperlihatkan bahawa SPSG
lebih kerap melakukan kesalahan, iaitu sebanyak 150 (25.4%) berbanding dengan
kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh SPMR, iaitu sebanyak 116 (19.7%).
Jadual 14
Perbandingan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara SPMR dan SPSG
Kumpulan (n) Kekerapan Min Peratus
SPMR 10 116 11.6 43.6
SPSG 10 150 15 56.4
- 66 -
Rajah 8
Perbandingan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara SPMR dan SPSG Secara
Keseluruhan
116
150
0
20
40
60
80
100
120
140
160
180
Jumlah
kekerapan
SPMR SPSG
Nama sekolah
4.7 Kesimpulan Analisis
Jumlah keseluruhan kekerapan kesalahan kata bagi kedua-dua buah sekolah
(N=40) ialah 590 atau 7.375%, iaitu mengikut kiraan had perkataan dalam karangan
pelajar (200 perkataan x 40 = 8,000). Purata kekerapan kesalahan kata bagi setiap pelajar
dalam sampel kajian ini ialah 14.75. Kumpulan sampel yang banyak melakukan
kesalahan ialah SMSG, iaitu sebanyak 298 (50%), diikuti oleh kumpulan sampel SMR
sebanyak 292 (50%). Ini bererti kumpulan sampel SMSG ini lebih banyak melakukan
kesalahan dalam penulisan karangan. Hal ini akan dijelaskan dalam Jadual 15 di bawah
yang menunjukkan bahawa sebanyak 590 (7.375%) kesalahan telah berjaya di kesan
daripada 40 buah karangan pelajar-pelajar. Daripada jumlah kesalahan tersebut,
- 67 -
penggunaan kata tidak sesuai (PKTS) adalah kesalahan yang paling tinggi dilakukan oleh
sampel kajian, iaitu sebanyak 302 (51.2%) berbanding dengan kesalahan yang lain.
Jadual 15
Jumlah Kekerapan Kesalahan Bahasa secara keseluruhan.
Jenis kesalahan SMR SSG Jumlah
KKI 76 26% 90 30.2% 166
KKG 21 7.3% 11 3.7% 32
KKJ 8 2.7% 12 4% 20
KKH 29 9.9% 26 8.7% 55
KKSN 7 2.4% 8 2.7% 15
PKTS 151 51.7% 151 50.7% 302
Jumlah 292 298 590
Peratus 50% 50% 100%
Sementara itu kumpulan sampel lelaki dan kumpulan sampel perempuan,
kumpulan SLMR lebih banyak melakukan kesalahan, iaitu sebanyak 176 (29.8%), diikuti
oleh kumpulan SPSG sebanyak 150 (25.4%), kemudian kumpulan SLSG sebanyak 148
(25.1%) dan akhir sekali kumpulan SPMR sebanyak 116 (19.7%). Ini bererti kumpulan
SLMR ini lebih banyak melakukan kesalahan dalam penulisan karangan. Hal ini akan
dijelaskan dalam Jadual 16 di bawah.
- 68 -
Jadual 16
Perbandingan Kekerapan Kesalahan Bahasa antara Kumpulan Sampel SMR dan
Kumpulan Sampel SMSG.
Jenis kesalahan SMR SMSG
Jantina SLMR SPMR SLSG SPSG
KKI 47 26.7% 29 25% 49 33% 41 27.3%
KKG 10 5.7% 11 9.5% 2 1.4% 9 6%
KKJ 3 1.7% 5 4.3% 4 2.7% 8 5.3%
KKH 16 9.1% 13 11.2% 13 8.8% 13 8.7%
KKSN 4 2.3% 3 2.6% 4 2.7% 4 2.7%
PKTS 96 54.5% 55 47.4% 76 51.4% 75 50%
Jumlah 176 116 148 150
Peratus 29.8% 19.7% 25.1% 25.4%
Di bawah ini disenaraikan di antara kesalahan yang telah dilakukan oleh sampel
kajian dalam penulisan karangan. Jenis kesalahan kata yang dimaksudkan itu ialah KKI,
KKG, KKJ, KKH, KKSN dan PKTS. Di samping contoh kesalahan yang dilakukan
sampel, pengkaji juga telah memberikan contoh pembetulan serta alasan bagi setiap
kesalahan yang telah dilakukan.
- 69 -
4.8 Perbincangan
Dalam subtajuk ini akan menerangkan cara penganalisisan dan penyebab bagi kesalahan
yang dilakukan oleh sampel kajian.
4.8.1 Kesalahan Kata Imbuhan (KKI)
KKI adalah kesalahan yang kedua terbanyak dalam kekerapan kesalahan yang
dilakukan, iaitu sebanyak 166 (28.2%) kesalahan. Purata kesalahan kata jenis ini bagi
setiap pelajar 4.15. Kumpulan sampel yang banyak melakukan kesalahan dalam jenis
kesalahan ini adalah kumpulan sampel dari SMR, iaitu sebanyak 90 (54.2%) kesalahan
dan SMSG melakukan 76 (45.8%) kesalahan sahaja.
Kesalahan kata imbuhan yang dapat dikesan bolehlah dibahagikan kepada tiga
bahagian, iaitu:
1. Kesalahan penggunaan imbuhan yang salah atau tidak tepat.
2. Tidak menggunakan imbuhan pada kata yang memerlukan.
3. Menggunakan imbuhan pada kata yang tidak memerlukan.
4.8.1.1 Kesalahan penggunaan imbuhan yang salah atau tidak tepat
Ayat-ayat di bawah ini adalah salah kerana menggunakan imbuhan yang salah atau
tidak tepat.
- 70 -
a) ...saya harus memindah ke sekolah yang baru... (SLSG 02)
b) Saya ingin mengucapkan seribuan terima kasih... (SPSG 03)
c) ...saya hendak berucap ribuan terima kasih... (SLMR 08)
d) ...saya untuk menlanjutkan pelajaran... (SPMR 010)
Dalam ayat (a) perkataan ‘memindah’ dari kata dasar ‘pindah’ adalah tidak tepat
seharusnya penggunaan imbuhan ‘meN-‘ itu diganti dengan ‘beR-‘ untuk menjadikan
ayat tersebut lebih gramatis dan memberikan makna yang lebih tepat. Jadi ayat tersebut
sepatutnya ditulis:
...saya harus berpindah ke sekolah yang baru...
Dalam ayat (b) di atas pula, penggunaan imbuhan apitan ‘se...an‘ di atas adalah tidak
tepat kerana imbuhan tersebut hanya dapat digunakan bagi ayat yang membawa maksud
keseluruhan tetapi dalam konteks ayat di atas itu, penggunaan imbuhan apitan ‘se...an’
seperti tidak membawa apa-apa maksud. Kata dasar ‘ribu’ tersebut seharusnya menerima
imbuhan akhiran ‘...an’ sahaja seperti dalam ayat di bawah ini:
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih...
Ayat (c) di atas ini adalah tidak tepat kerana menggunakan imbuhan awalan ‘ber...’
bagi kata dasar ‘ucap’ menyebabkan ayat itu menjadi janggal dan tidak gramatis
bunyinya. Sepatutnya kata ucap menerima imbuhan apitan ‘meng...kan’ dan ayat tersebut
sepatutnya:
- 71 -
...saya hendak mengucapkan ribuan terima kasih...
Penggunaan kata menlanjutkan dalam ayat (d) di atas ini adalah tidak betul.
Sepatutnya kata lanjut menggunakan imbuhan apitan ‘me...kan’. Dengan demikian, ayat
tersebut sepatutnya ditulis seperti berikut:
...saya untuk melanjutkan pelajaran...
4.8.1.2 Tidak menggunakan imbuhan pada kata yang memerlukan
Ayat-ayat di bawah ini adalah tidak tepat kerana tidak menggunakan imbuhan pada
perkataan yang memerlukannya dan menyebabkan ayat itu menjadi janggal dan tidak
gramatis bunyinya.
a) Saya tidak dapat buat apa-apa... (SLSG 02)
b) ...saya terpaksa meninggal sekolah ini kerana... (SPSG 04)
c) ...adalah satu peluang emas bagi ayah saya. (SLMR 07)
Dalam ayat (a) di atas, penggunaan kata dasar ‘buat’ yang tidak menerima apa-apa
imbuhan adalah tidak tepat kerana menyebabkan konteks ayat tersebut tidak gramatis
bunyinya. Sepatutnya kata dasar ‘buat’ itu menerima imbuhan ‘ber-‘ dengan alasan
supaya ayat tersebut menjadi lebih gramatis. Ayat tersebut sepatutnya ditulis:
Saya tidak dapat berbuat apa-apa...
- 72 -
Dalam ayat (b) di atas pula, penggunaan perkataan ‘meninggal’ mengikut konteks
ayat tersebut adalah tidak tepat kerana perkataan ‘meninggal’ dalam ayat itu tidak sesuai.
Tambahan lagi, perkataan ‘meninggal’ mempunyai makna yang berlainan dan tidak
sesuai dengan ayat tersebut. ‘Meninggal’ bermaksud mati atau kembali ke rahmatullah.
Jadi perkataan ‘meninggal’ itu sepatutnya ditambah dengan imbuhan akhiran ‘-kan’ yang
membawa maksud pergi dan sesuai untuk konteks ayat tersebut. Jadi ayat itu sepatutnya
ditulis:
...saya terpaksa meninggalkan sekolah ini kerana...
Dalam ayat (c) di atas pula, penggunaan kata dasar ‘emas’ pada konteks ayat tersebut
adalah tidak tepat kerana tidak bersesuaian dan janggal bunyinya. Perkataan ‘emas’
seharusnya diimbuhkan dengan apitan ‘ke...an’ dan menjadi ‘keemasan’. Perkataan ini
sesuai dengan konteks ayat tersebut dan seharusnya ditulis:
...adalah satu peluang keemasan bagi ayah saya.
4.8.1.3 Menggunakan imbuhan pada kata yang tidak memerlukan
Ayat-ayat di bawah ini adalah salah kerana menggunakan imbuhan pada perkataan
yang tidak memerlukannya dan menyebabkan ayat itu menjadi janggal dan tidak
gramatis bunyinya.
a) Ada juga kenangan pahit yang telah saya mengharungi bersama… (SLSG 01)
- 73 -
b) Banyak peristiwa yang kami melalui di sekolah ini... (SPSG 09)
c) Saya juga sangat bersedih apabila... (SLMR 05)
d) Sudah berlama ayah saya menunggu saat ini. (SPMR 02)
Ayat-ayat tersebut sepatutnya ditulis seperti berikut:
a) Ada juga kenangan pahit yang telah saya harungi bersama…
b) Banyak peristiwa yang kami lalui di sekolah ini...
c) Saya juga sangat sedih apabila... (SLMR 05)
d) Sudah lama ayah saya menunggu saat ini. (SPMR 02)
4.8.2 Kesalahan Kata Ganda (KKG)
KKG adalah kesalahan yang keempat terbanyak dalam kekerapan kesalahan yang
dilakukan, iaitu sebanyak 32 (5.42%). Purata kesalahan kata jenis ini bagi setiap pelajar
0.8. Kumpulan sampel yang banyak melakukan kesalahan dalam jenis kesalahan ini
adalah kumpulan sampel dari SMSG, iaitu sebanyak 21 (65.6%) dan SMR melakukan 11
(34.4%). Kesalahan kata ganda ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:
1. Kata yang tidak perlu digandakan
2. Penggunaan kata ganda yang tidak tepat
- 74 -
4.8.2.1 Kata yang tidak perlu digandakan
Dalam ayat di bawah ini, kata ganda ‘pelbagai-bagai’ adalah salah kerana
perkataan tersebut tidak wujud dalam sistem bahasa Melayu. Tambahan lagi, kata
‘pelbagai’ sudah melambangkan banyak dan tidak memerlukan kata ganda lagi dalam
penulisannya.
Salah Betul
...dan juga pelbagai-bagai kenangan...
(SLSG 08)
...dan juga pelbagai kenangan...
4.8.2.2 Penggunaan kata ganda yang tidak tepat
Dalam ayat-ayat (a - c) di bawah ini penggunaan kata ganda yang digunakan
adalah salah dan tidak ada dalam sistem bahasa Melayu.
Salah Betul
(a) ...selamat petang kepada hadirin-
hadirin yang hadir... (SPSG 01)
(b) ...dan rakan-sahabat... (SPMR 10)
(c) Terima kasih kepada sahabat-sahabat
handai... (SLMR 10)
(a) ...selamat petang kepada hadirin-
hadirat yang hadir... (SPSG 01)
(b) ...dan rakan-rakan... (SPMR 10)
(c) Terima kasih kepada sahabat-
handai... (SLMR 10)
- 75 -
4.8.3 Kesalahan Kata Jamak (KKJ)
KKJ adalah kesalahan yang kelima terbanyak dalam kekerapan kesalahan yang
dilakukan, iaitu sebanyak 20 (3.4%) kesalahan. Purata kesalahan kata jenis ini bagi setiap
pelajar 0.5. Kumpulan sampel yang banyak melakukan kesalahan dalam jenis kesalahan
ini adalah kumpulan sampel dari SMR, iaitu sebanyak 12 (60%) kesalahan dan SSG
melakukan 8 (40%) kesalahan sahaja.
Kata jamak seperti semua, para segelintir, beberapa dan sebagainya tidak sepatutnya
diikuti dengan penggunaan kata ganda kerana kata jamak berkenaan sudah memberi
maksud banyak. Kesalahan yang dapat dikesan dalam penulisan karangan pelajar-pelajar
adalah:
(a) ...semua para guru yang hadir... (SLSG 06)
(b) ...kepada para sahabat-handai... (SLMR 01)
(c) ...terima kasih kepada semua guru-guru... (SPMR 04)
(d) ...kepada para-para hadirin... (SPSG 09)
Dalam ayat (a) di atas, penggunaan kata jamak ‘semua para’ adalah salah kerana kata
jamak ‘semua’ dan ‘para’ sudah memberi maksud banyak. Tambahan lagi, perkataan
‘semua para’ tidak ada dalam sistem Bahasa Melayu. Jadi ayat yang sepatutnya ditulis
adalah:
...semua guru yang hadir... (atau) ...guru-guru yang hadir...
- 76 -
(atau)
...para guru yang hadir...
Dalam ayat (b – c) di atas, penggunaan kata jamak ‘para’ dan ‘semua’ yang diikuti
dengan kata ganda adalah salah kerana kata jamak itu sudah memberi maksud banyak.
Jadi ayat yang sepatutnya ditulis adalah:
...kepada para sahabat... (atau) ...kepada sahabat-sahabat...
...terima kasih kepada semua guru... (atau) ...terima kasih kepada guru-guru...\
Manakala dalam ayat (d) di atas penggunaan perkataan ‘para-para’. ‘Para-para’
adalah penggunaan yang tidak tepat kerana kata ‘para’ adalah kata yang sudah
menunjukkan kata jamak. Tambahan lagi, perkataan ‘para-para’ dan perkataan ‘para’
adalah dua perkataan yang berlainan maksud. ‘Para-para’ membawa maksud tempat
manakala perkataan ‘para’ membawa maksud untuk menunjukkan bilangan semua
seperti dalam ayat yang di atas. Jadi perkataan ‘para-para’ sepatutnya ditulis ‘para’
sahaja. Ayat tersebut sepatutnya ditulis:
...kepada para hadirin...
4.8.4 Kesalahan Kata Hubung (KKH)
KKH adalah kesalahan yang ketiga terbanyak dalam kekerapan kesalahan yang
dilakukan, iaitu sebanyak 55 (9.3%) kesalahan. Purata kesalahan kata jenis ini bagi setiap
- 77 -
pelajar 1.375. Kumpulan sampel yang banyak melakukan kesalahan dalam jenis
kesalahan ini adalah kumpulan sampel SMSG, iaitu sebanyak 29 (52.7%) dan SMR
melakukan 26 (47.3%).
Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata,
frasa dengan frasa, atau ayat dengan ayat untuk membina ayat yang lebih gramatis.
Kesalahan yang dapat dikesan dalam penulisan karangan pelajar-pelajar dapat
dibahagikan kepada dua, iaitu:
1. Penggunaan kata hubung yang salah atau tidak tepat
2. Tidak menggunakan kata hubung yang sepatutnya.
4.8.4.1 Penggunaan kata hubung yang salah atau tidak tepat
Penggunaan kata hubung yang salah atau tidak tepat itu ialah penggunaan kata
hubung yang tidak sesuai dalam suatu ayat. Kesalahan yang terdapat dalam ujian
karangan tersebut yang dapat dikesan ialah:
(a) Saya terpaksa berpindah ke sekolah lain untuk ayah saya bekerja di tempat
lain. (SLSG 05)
(b) Saya gembira dengan kenaikan pangkat ayah serta sedih apabila mendapat
tahu saya terpaksa ... (SPSG 08)
(c) Tetapi saya terpaksa menerima hakikat... (SLMR 03)
(d) ...kenangan manis masa kawan saya bergurau... (SPMR 07)
- 78 -
Dalam ayat (a) di atas penggunaan kata hubung ‘untuk’ adalah salah kerana kata
hubung yang sesuai adalah kata hubung ‘kerana’ dengan alasan ‘untuk’ bermaksud bagi
menunjukkan sesuatu manakala dalam konteks ayat berkenaan yang sesuai digunakan
adalah kata hubung ‘kerana’ dengan alasan kata hubung berkenaan membawa maksud
sebab berlakunya perpindahan tersebut. Ayat tersebut sepatutnya ditulis:
Saya terpaksa berpindah ke sekolah lain kerana ayah saya bekerja di tempat lain.
Dalam ayat (b) di atas pula, penggunaan kata hubung ‘serta’ adalah salah kerana
kata hubung ‘serta’ bermaksud bersama tetapi dalam konteks ayat tersebut adalah
berlainan maksudnya. Jadi kata hubung yang sesuai digunakan adalah kata hubung
‘tetapi’ kerana ia berlawan maksud. Ayat tersebut sepatutnya ditulis:
Saya gembira dengan kenaikan pangkat ayah tetapi sedih apabila mendapat tahu
saya terpaksa ...
Dalam ayat (c) di atas pula, penggunaan kata hubung ‘tetapi’ pada awal
perenggan adalah salah kerana ia tidak memberi makna akan ayat yang terdahulu. Ayat
tersebut sepatutnya ditulis:
Walau bagaimanapun saya terpaksa menerima hakikat... (SLMR 03)
Dalam ayat (d) di atas, penggunaan kata ‘masa’ adalah bukan kata hubung yang
sesuai digunakan dalam ayat tersebut kerana masa digunakan untuk menyatakan waktu.
- 79 -
Jadi kata hubung yang sepatutnya digunakan adalah kata hubung ‘semasa’ supaya ayat
berkenaan lebih gramatis. Ayat tersebut sepatutnya ditulis:
...kenangan manis semasa kawan saya bergurau...
4.8.4.2 Tidak menggunakan kata hubung yang sepatutnya
Ayat-ayat di bawah ini adalah salah kerana tidak menggunakan kata hubung yang
sepatutnya dan menyebabkan ayat itu menjadi janggal dan tidak gramatis bunyinya.
a) Saya berazam akan belajar ______ lebih rajin... (SLSG 06)
b) ...mendapat kawan ______ lebih baik di sekolah baru nanti... (SPSG 05)
c) ...saya bersalah atas perbuatan saya ____ membuatkan saya menyesal (SLMR 07)
d) Ayah ______ gembiranya terus menelefon emak. (SPMR 03)
Ayat-ayat di atas ini sepatutnya ditulis seperti berikut kerana akan menjadikan ayat
yang dibina itu lebih bermakna dan gramatis:
a) Saya berazam akan belajar dengan lebih rajin...
b) ...mendapat kawan yang lebih baik di sekolah baru nanti...
c) ...saya bersalah atas perbuatan saya dan membuatkan saya menyesal.
d) Ayah dengan gembiranya terus menelefon emak.
- 80 -
4.8.5 Kesalahan Kata Sendi Nama (KKSN)
KKSN adalah kesalahan yang keenam terbanyak dalam kekerapan kesalahan
yang dilakukan, iaitu sebanyak 15 (2.5%) kesalahan. Purata kesalahan kata jenis ini bagi
setiap pelajar 0.375. Kumpulan sampel yang banyak melakukan kesalahan dalam jenis
kesalahan ini adalah kumpulan sampel SMR, iaitu sebanyak 8 (53.3%) dan SMSG
melakukan 7 (46.7%).
Kesalahan kata sendi nama yang terdapat di dalam kajian ini bolehlah
dibahagikan kepada tiga bahagian kecil, iaitu:
i. Kesalahan penggunaan ‘dari’ dan ‘daripada’
ii. Kesalahan penggunaan ‘pada’
iii. Kesalahan penggunaan ‘di’ dan ‘ke’
4.8.5.1 Kesalahan penggunaan ‘dari’ dan ‘daripada’
Menurut Hakimi Iskandar dan Zairiah Mansor (2002: 19) kata sendi nama ‘dari’
hanya dapat digunakan di hadapan kata nama yang menerangkan arah, tempat, waktu
atau masa. Ia tidak boleh digunakan untuk menerangkan punca sesuatu hal. Manakala
kata sendi nama ‘daripada’ hanya boleh digunakan di hadapan kata nama yang
menerangkan punca bagi manusia, haiwan, benda, sumber dan perbezaan. Ia tidak boleh
- 81 -
digunakan untuk menerangkan arah, tempat, masa dan waktu. Antara kesalahan yang
dapat dikesan dalam penulisan karangan sampel kajian ini ialah:
(a) ...mendapat berita dari emak saya... (SLSG 04)
(b) ...terpaksa berpindah daripada sekolah ini. (SLSG 07)
Dalam ayat (a) di atas penggunaan kata sendi nama ‘dari’ yang diikuti dengan
kata nama am emak adalah salah kerana kata sendi nama ‘dari’ hanya dapat digunakan
untuk menerangkan masa, tempat, arah atau waktu. Jadi perkataan yang sepatutnya
digunakan adalah kata sendi nama ‘daripada’ dan bukannya kata sendi nama ‘dari. Ayat
tersebut sepatutnya ditulis:
...mendapat berita daripada emak saya...
Manakala dalam ayat (b) pula, penggunakan kata sendi nama ‘daripada’ adalah
salah dengan alasan selepas kata sendi nama ‘daripada’, ia menerangkan mengenai
tempat, iaitu sekolah jadi dalam hal ini kata sendi nama yang sepatutnya digunakan
adalah kata sendi nama ‘dari’ dan bukan ‘daripada’. Ayat tersebut sepatutnya ditulis:
...terpaksa berpindah dari sekolah ini.
- 82 -
4.8.5.2 Kesalahan penggunaan ‘pada’
Menurut Hakimi Iskandar dan Zairiah Mansor (2002: 20) kata sendi nama ‘pada’
hanya dapat digunakan di hadapan kata nama yang menerangkan waktu dan tempat
sahaja. Ia tidak boleh digunakan untuk menerangkan sasaran seperti manusia, haiwan,
unsur mujarad, pecahan dan keadaan. Antara kesalahan yang dapat dikesan melalui ujian
karangan yang telah diberikan ialah:
a) ...terima kasih pada guru-guru... (SPSG 10)
b) Pada semua rakan... (SPSG 04)
Dalam ayat (a – b) di atas, penggunaan kata sendi nama ‘pada’ adalah salah
kerana penyambut bagi kata tersebut bukanlah perkataan bagi tempat dan masa tetapi
manusia. Jadi dalam hal ini, kata sendi nama yang sepatutnya digunakan adalah ‘kepada’
dan bukannya ‘pada’. Tambahan lagi, kata sendi nama ‘kepada’ adalah digunakan untuk
menerangkan manusia, haiwan, unsur mujarad, pecahan dan keadaan. Ayat tersebut
sepatutnya ditulis:
...terima kasih kepada guru-guru...
Kepada semua rakan...
- 83 -
4.8.5.3 Kesalahan penggunaan ‘di’ dan ‘ke’
Menurut Hakimi Iskandar dan Zairiah Mansor (2002: 19) penggunaan kata sendi
nama ‘di’ dan ‘ke’ adalah berbeza cara penggunaannya. Kata sendi nama ‘di’ bermaksud
berada atau sudah sampai di sesuatu tempat manakala kata sendi nama ‘ke’ bermaksud
arah yang hendak dituju atau belum sampai ke tempat yang dituju. Kesalahan yang dapat
dikesan dalam karangan sampel ialah:
a) ...akan berpindah di sekolah baru... (SPSG 07)
b) ...sudah berada ke sekolah ini... (SPSG 10)
Dalam ayat (a) di atas, penggunaan kata sendi nama ‘di’ adalah salah mengikut
konteks ayat kerana ayat berkenaan bermaksud arah yang hendak dituju dan belum
sampai ke sekolah baru berkenaan. Jadi kata sendi nama yang sesuai digunakan adalah
kata sendi nama ‘ke’. Ayat tersebut sepatutnya ditulis:
...akan berpindah ke sekolah baru...
Manakala dalam ayat (b) di atas pula, penggunaan kata sendi nama ‘ke’
sepatutnya digantikan dengan penggunaan kata sendi nama’di’ kerana dalam konteks
ayat tersebut menunjukkan bahawa sudah berada atau sudah sampai di sekolah
berkenaan yang diterangkan. Ayat tersebut sepatutnya ditulis:
...sudah berada di sekolah ini... (SPSG 10)
- 84 -
4.8.6 Penggunaan Kata Tidak Sesuai (PKTS)
PKTS adalah kesalahan yang paling kerap dilakukan, iaitu sebanyak 302 (51.2%)
kesalahan. Purata kesalahan kata jenis ini bagi setiap pelajar 7.55. Kedua-dua kumpulan
sampel SMR dan kumpulan sampel SMSG melakukan kekerapan kesalahan sebanyak
151 (25.6%). PKTS yang dapat dikesan melalui penulisan karangan pelajar-pelajar
adalah seperti berikut:
(a) ...berkelahi dengan salah satu rakan... (SLSG 01)
(b) Saya tak akan lupa semua kenangan... (SLSG 05)
(c) ...dan takkan melupakannya... (SLMR 07)
(d) ...semasa rakan saya sedang baibun.. (SLSG 10)
(e) ...Abdullah tegugur ke longkang... (SLMR 09)
(f) ...ketika kami seclass dibawa mendaki... (SPMR 01)
(g) Walaupun sedikit sedih... (SPSG 04)
Dalam ayat (a) di atas, penggunaan kata ‘satu’ adalah salah kerana ia bukan
penjodoh bilangan yang sesuai bagi manusia. Penjodoh bilangan yang sesuai digunakan
dalam konteks ayat tersebut ialah ‘seorang’. Ayat itu sepatutnya ditulis:
...berkelahi dengan salah seorang rakan...
- 85 -
Dalam ayat (b – c) di atas, penggunaan perkataan ‘tak’ dan ‘takkan’ adalah tidak
tepat kerana bunyi ayat tersebut tidak gramatis. Perkataan yang harus digunakan adalah
‘tidak’ dan ‘tidak akan’. Sepatutnya ayat berkenaan ditulis seperti berikut:
Saya tidak akan lupa semua kenangan...
...dan tidak akan melupakannya...
Dalam ayat (d – e) di atas, penggunaan perkataan yang bergaris adalah salah
kerana perkataan-perkataan tersebut adalah perkataan bahasa Melayu Brunei dan ayat (f)
adalah pengaruh dari bahasa asing dan bukan termasuk dalam sistem pembelajaran
bahasa Melayu baku. Ayat-ayat tersebut bolehlah ditulis seperti berikut:
...semasa rakan saya sedang bergurau..
...Abdullah terjatuh ke longkang...
...ketika kami semua dibawa mendaki...
Dalam ayat (g) di atas, penggunaan kata ‘sedikit’ adalah salah kerana gembira
adalah salah satu kata adjektif, iaitu sifat yang tidak boleh digunakan dengan perkataan
‘sedikit’. Jadi ayat yang sepatutnya ditulis adalah:
Walaupun berasa sedih...
- 86 -
4.9 Kesimpulan
Bab ini telah menghuraikan hasil dapatan kajian tentang kesalahan bahasa dalam
penulisan karangan, iaitu kesalahan morfologi. Antara jenis-jenis kesalahan yang
dilakukan oleh kumpulan sampel ialah kesalahan kata imbuhan (KKI),, kesalahan kata
ganda (KKG), kesalahan kata jamak (KKJ), kesalahan kata hubung (KKH), kesalahan
kata sendi nama (KKSN) dan penggunaan kata yang tidak sesuai (PKTS) dalam
penulisan karangan.
Berdasarkan hasil dapatan kajian, pengkaji telah menemui sejumlah besar
kesalahan morfologi yang terdapat dalam penulisan karangan. Hal ini selaras dengan
tujuan kajian ini diadakan, iaitu untuk mengenal pasti kesalahan bahasa yang dilakukan
oleh sampel kajian menengah empat di SMR dan sampel kajian menengah empat di
SMSG.
Dapatan kajian telah menjelaskan bahawa kumpulan sampel SMR dan kumpulan
sampel SMSG tidak banyak perbezaan tentang kekerapan kesalahan bahasa. Kumpulan
sampel SMR melakukan kesalahan bahasa sebanyak 292 (49.5%) berbanding dengan
kumpulan sampel SMSG sebanyak 298 (50.5%).
Sementara itu, perbandingan kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh kumpulan
SLMR dengan SLSG menunjukkan bahawa kumpulan SLMR lebih banyak melakukan
kesalahan berbanding dengan kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh kumpulan
SLSG. Manakala perbandingan kekerapan kesalahan bahasa yang dilakukan oleh
- 87 -
kumpulan SPMR dengan kumpulan SPSG menunjukkan bahawa kumpulan sampel
SPSG lebih banyak melakukan kesalahan bahasa berbanding dengan kumpulan SPMR.
- 88 -
BAB V
RUMUSAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.0 Pendahuluan
Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini. Aspek-aspek yang akan
diterangkan dalam bab ini ialah huraian tentang rumusan dapatan kajian dalam
perenggan 5.1, diikuti dengan cadangan dan cara mengurangkan kesalahan bahasa dalam
penulisan karangan dalam perenggan 5.2, dan akhir sekali ialah kesimpulan yang akan
dijelaskan dalam perenggan 5.3.
5.1 Rumusan dapatan kajian
Berdasarkan soalan kajian yang telah dinyatakan dalam bab 1, iaitu untuk
mengetahui kekerapan kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar-pelajar dalam
penulisan karangan, secara keseluruhannya didapati bahawa jumlah kesalahan bahasa
khususnya kesalahan morfologi adalah sebanyak 590 (7.375%) kesalahan. Antara jenis-
jenis kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar-pelajar ialah kesalahan kata imbuhan
166 (28.1%), kesalahan kata ganda 32 (5.4%), kesalahan kata jamak 20 (3.4%),
kesalahan kata hubung 55 (9.3%), kesalahan kata sendi nama 15 (2.5%) dan penggunaan
kata tidak sesuai 302 (51.3%). Melalui hasil dapatan itu juga didapati bahawa 292
(49.5%) kesalahan bahasa dilakukan oleh sampel SMR dan 298 (50.5%) dilakukan oleh
sampel SMSG.
- 89 -
Sampel lelaki SMR lebih tinggi kekerapan kesalahan bahasa yang dilakukan,
iaitu sebanyak 176 (60.3%) berbanding dengan sampel perempuan SMR yang hanya
melakukan 116 (39.7%). Sementara itu, sampel lelaki SMSG melakukan kesalahan
bahasa sebanyak 148 (49.7%) berbanding dengan kekerapan kesalahan bahasa yang
dilakukan oleh sampel perempuan SMSG yang melakukan kesalahan sebanyak 150
(50.3%).
Manakala kekerapan kesalahan bahasa mengikut jenis-jenis kesalahan pula
didapati bahawa penggunaan kata tidak sesuai (PKTS) adalah kesalahan yang sering
dilakukan oleh semua sampel kajian, iaitu sebanyak 302 (51.2%). Sementara itu,
kesalahan kata imbuhan (KKI) sampel SMSG melakukan sebanyak 90 (54.2%)
berbanding dengan sampel SMR yang hanya melakukan 76 (45.8%), kesalahan kata
ganda (KKG), sampel SMR melakukan 21 (65.6%) berbanding dengan sampel SMSG,
iaitu sebanyak 11 (34.4%), kesalahan kata jamak (KKJ) didapati bahawa sampel SMSG
melakukan kesalahan sebanyak 12 (60%) dan sampel SMR melakukan 8 (40%). Dalam
kesalahan kata hubung (KKH) pula sebanyak 29 (52.7%) dilakukan oleh sampel SMR
dan 26 (47.3%) dilakukan oleh sampel SMSG. Kesalahan yang terakhir, iaitu kesalahan
kata sendi nama (KKSN) didapati bahawa 8 (53.3%) dilakukan oleh sampel SMSG dan 7
(46.7%) dilakukan oleh sampel SMR. Jadi secara keseluruhannya, SMSG lebih banyak
melakukan kesalahan berbanding dengan SMR.
Sementara itu perbezaan kekerapan kesalahan bahasa antara sampel lelaki dan
sampel perempuan didapati bahawa sampel lelaki lebih tinggi kekerapannya dalam
- 90 -
melakukan kesalahan bahasa, iaitu 324 (54.9%) sedangkan sampel perempuan hanya
melakukan 266 (45.1%).
Perbezaan kekerapan kesalahan bahasa antara SLMR dan SLSG didapati bahawa
SLMR lebih kerap melakukan kesalahan bahasa sebanyak 176 (54%) berbanding dengan
SLSG yang melakukan kesalahan sebanyak 148 (46%). Antara kekerapan kesalahan
bahasa yang paling kerap dilakukan oleh SLMR ialah PKTS iaitu sebanyak 96 (54.5%)
berbanding dengan SLSG hanya melakukan 76 (51.4%). Manakala kekerapan kesalahan
bahasa yang kedua yang dilakukan oleh SLMR ialah KKH, iaitu 16 (9.1%) berbanding
dengan SLSG pula hanya melakukan 13 (8.8%).
Selain itu, perbezaan kekerapan kesalahan bahasa antara SPMR dan SPSG pula
didapati bahawa SPSG lebih kerap melakukan kesalahan bahasa, iaitu sebanyak 150
(56%) berbanding dengan SPMR yang melakukan kesalahan sebanyak 116 (44%).
Antara kesalahan yang paling kerap dilakukan oleh SPSG ialah PKTS iaitu sebanyak 75
(50%) berbanding dengan SPMR hanya 55 (47.4%). Kekerapan kesalahan bahasa yang
seterusnya ialah KKI, iaitu SPSG melakukan sebanyak 41 (27.3%) berbanding dengan
SPMR hanya 29 (25%).
5.2 Cadangan
Kesalahan bahasa khususnya kesalahan morfologi dalam penulisan karangan adalah
kesalahan yang kerap dilakukan oleh pelajar-pelajar. Masalah-masalah ini haruslah
dibendung supaya tidak menjadi satu kesalahan yang besar. Oleh itu, ada beberapa
- 91 -
langkah yang disarankan bagi mengatasi masalah ini. Cadangan-cadangan ini bolehlah
dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu:
1) Cadangan untuk guru dan pihak sekolah.
2) Cadangan untuk ibu bapa.
3) Cadangan untuk pelajar.
4) Cadangan kajian lanjutan
5.2.1 Cadangan untuk guru dan pihak sekolah
Guru dan pihak sekolah merupakan salah satu faktor yang penting dalam mengatasi
masalah yang dilakukan oleh pelajar-pelajar. Berikut adalah beberapa cadangan yang
harus diambil iktibar oleh guru, iaitu:
(a) Guru mestilah menjadi contoh yang baik dan berkesan dalam penggunaan
Bahasa Melayu kerana pelajar-pelajar lebih mudah terpengaruh dengan apa
yang diterangkan oleh guru dan meniru atau mengikut apa sahaja bahasa yang
digunakan oleh guru dalam pengajaran. Jika apa yang diterangkan dan
diajarkan oleh guru kepada murid itu salah, maka dengan sendirinya murid-
murid akan mengikut kesalahan tersebut.
(b) Guru juga mestilah menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran yang sesuai dengan kemahiran murid-murid dan juga peringkat
umur mereka.
- 92 -
(c) Guru sebolehnya menggunakan alat bantu mengajar (ABM) bagi menarik
minat dan perhatian pelajar-pelajar dalam suatu pengajaran. Dengan adanya
ABM ini dapat membantu merangsang minda pelajar-pelajar untuk bergiat
aktif.
(d) Guru juga tidak seharusnya membiarkan kesalahan yang dilakukan oleh
pelajar-pelajar sehingga kesalahan itu kerap kali dilakukan dan menjadi satu
tabiat kepada diri mereka. Sebaiknya, guru perlulah memperbetulkan kesalahan
yang pelajar-pelajar lakukan dengan segera, walaupun kesalahan yang
dilakukan itu adalah kesalahan yang kecil.
(e) Guru perlu memberi perhatian dalam pemarkahan terhadap kesalahan yang
dilakukan oleh pelajar-pelajar dalam penulisan karangan agar pelajar-pelajar
lebih berhati-hati apabila membina ayat atau membina sebuah karangan.
(f) Guru seharusnya memberi penumpuan yang lebih kepada buku kerja pelajar-
pelajar dengan meneliti akan hasil kerja yang dilakukan oleh pelajar-pelajar.
Seterusnya, guru bolehlah menyoal pelajar secara lisan untuk menguji
kefahaman di samping memberi latihan bertulis secara terancang.
5.2.2 Cadangan untuk ibu bapa
Ibu bapa merupakan contoh yang menjadi ikutan dalam kehidupan anak-anak
mereka sehari-hari dan ia merupakan faktor yang penting dalam membentuk kemajuan
- 93 -
pembelajaran anak-anak mereka. Berikut beberapa cadangan yang boleh diikuti oleh ibu
bapa dalam membantu mempertingkatkan prestasi pembelajaran anak-anak mereka,
iaitu:
(a) Ibu bapa seharusnya sering memeriksa hasil kerja sekolah anak-anak mereka
dan memberi tunjuk ajar serta membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh
anak-anak mereka dalam kerja penulisan karangan yang diberikan oleh guru.
(b) Ibu bapa seharusnya mengubah perspektif anak-anak mereka terhadap
pembelajaran bahasa Melayu yang dianggap begitu senang dan mudah untuk
dipelajari kerana bahasa Melayu adalah bahasa natif mereka.
(c) Ibu bapa haruslah mengambil berat akan keputusan peperiksaan atau ujian
anak-anak mereka di sekolah kerana dengan adanya sifat ini, anak-anak mereka
akan berasa dihargai dengan adanya perhatian yang diberikan itu.
(d) Ibu bapa seharusnya berbincang dengan guru bahasa Melayu jika mendapati
anak mereka lemah atau mempunyai masalah dalam pembelajaran bahasa
Melayu khususnya dalam penulisan karangan.
(e) Ibu bapa juga seharusnya memberikan nasihat atau motivasi untuk anak-anak
mereka dengan menjadi contoh yang baik, iaitu dengan adanya sikap kreatif
dalam mendidik anak-anak mereka.
- 94 -
5.2.3 Cadangan untuk pelajar
Selain itu, faktor pelajar juga amat penting dalam membetulkan atau
memperbaiki kesalahan bahasa yang dilakukan oleh mereka atas kecuaian yang
dilakukan oleh mereka dalam penulisan karangan itu. Berikut beberapa cadangan yang
dianggap boleh mengatasi atau mengurangkan masalah ini, iaitu:
(a) Pelajar-pelajar mestilah memberikan sepenuh perhatian dalam
pembelajaran bahasa Melayu.
(b) Pelajar-pelajar mestilah mengajukan pertanyaan jika apa yang diajarkan itu
tidak difahami.
(c) Pelajar-pelajar digalakkan membaca buku selain daripada buku teks yang
yang sering digunakan, malah membaca buku cerita atau apa jenis bahan
bacaan juga boleh menjadi contoh dalam penulisan karangan. Tambahan
lagi dengan adanya sikap suka membaca ini dapat menambah ilmu
pengetahuan dan kosa kata yang boleh diperolehi dalam buku yang dibaca.
(d) Sikap pelajar-pelajar yang tidak mengambil berat akan pembelajaran bahasa
Melayu haruslah diubah kerana walaupun bahasa Melayu merupakan
bahasa seharian mereka, akan tetapi mempelajari bahasa Melayu bukanlah
mudah seperti apa yang disangkakan oleh pelajar.
- 95 -
(e) Pelajar-pelajar mestilah mempunyai sikap positif dan ingin memperbaiki
setiap kesalahan bahasa yang dilakukan dan sentiasa berazam untuk
memperbaiki setiap kesilapan atau kesalahn tersebut.
5.2.4 Cadangan kajian lanjutan
Kajian tentang penguasaan bahasa Melayu khususnya dalam aspek morfologi yang
dilakukan ini hanya tertumpu kepada pelajar-pelajar menengah empat, di SMR dan
SMSG sahaja. Penguasaan bahasa khususnya dalam aspek morfologi adalah salah satu
aspek tatabahasa yang amat dititikberatkan penggunaannya dalam penulisan karangan.
Walau bagaimanapun, aspek morfologi ini masih belum dapat dikuasai sepenuhnya oleh
pelajar-pelajar atau murid-murid sekolah menengah mahupun sekolah rendah.
Sehubungan dengan hal tersebut, beberapa penyelidikan lain berhubung dengan analisis
kesalahan aspek tatabahasa hendaklah dilakukan, iaitu sebagai lanjutan daripada kajian
ini dan dicadangkan beberapa penyelidikan selanjutnya, iaitu seperti berikut:
a) Kajian tenteng penguasaan bahasa Melayu ini boleh dilakukan ke atas murid-
murid sekolah rendah dan pelajar-pelajar sekolah menengah.
b) Kajian serupa perlu dijalankan kepada pelajar-pelajar menengah bawah atau
menengah atas di sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bukan
kerajaan di daerah-daerah lain, iaitu Daerah Tutong, Daerah Belait dan Daerah
Temburong. Hal ini adalah untuk melihat, meninjau dan membuat perbandingan
penguasaan aspek morfologi di kalangan pelajar-pelajar di seluruh negara.
- 96 -
c) Kumpulan sampel yang dikaji itu haruslah terdiri daripada bilangan sampel yang
ramai yang mewakili dari keempat-empat buah daerah di Negara Brunei
Darussalam agar hasil dapatan itu dapat memberi gambaran yang sebenarnya
tentang penguasaan bahasa Melayu pelajar-pelajar.
d) Selian itu, kajian lanjutan tentang analisis kesalahan morfologi dan sintaksis di
kalangan pelajar-pelajar menengah bawah atau menengah atas di sekolah
menengah kerajaan dan sekolah menengah bukan kerajaan seluruh negara boleh
juga dilakukan untuk melihat setakat mana penguasaan aspek berkenaan dengan
melihat perbandingan kekerapan kesalahannya.
e) Kajian ini juga boleh dilakukan kepada guru-guru BM di sekolah menengah
kerajaan atau sekolah menengah bukan kerajaan di seluruh negara dengan tujuan
untuk mengetahui punca utama berlakunya kekerapan kesalahan yang tinggi di
kalangan pelajar-pelajar di sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah
bukan kerajaan dalam ujian karangan.
5.3 Kesimpulan
Daripada hasil kajian didapati bahawa 590 kesalahan morfologi telah dikesan
dalam penulisan karangan di kedua-dua buah sekolah tempat kajian, iaitu sebuah sekolah
kerajaan dan sebuah sekolah swasta itu menunjukkan bahawa pengajaran dan
pembelajaran yang khusus dalam bidang morfologi mesti lebih ditekankan dan diambil
- 97 -
perhatian supaya kekerapan kesalahan dalam penulisan karangan khususnya dalam
bidang morfologi akan dapat dikurangkan.
Bahkan kajian ini boleh dikatakan berguna untuk mengesan atau menyukat
sejauh mana perkembangan pelajar-pelajar terhadap aspek morfologi khususnya dalam
penulisan karangan. Kekerapan kesalahan dalam penulisan karangan khususnya bidang
morfologi ini menjadi berleluasa dalam aktiviti penulisan karangan di kalangan pelajar-
pelajar, walaupun pelajar-pelajar kerap diberitahu akan pentingnya menulis karangan
dengan betul.
Dalam hal ini, semua pihak, iaitu pelajar, guru, dan masyarakat pengguna bahasa
Melayu harus bertanggungjawab menangani masalah ini. Oleh itu, pelajar-pelajar
hendaklah didedahkan dengan penggunaan kata yang betul di peringkat rendah lagi.
Selain itu, guru perlu membetulkan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh
pelajar dengan segera supaya kesalahan tersebut tidak menjadi satu tabiat kepada diri
mereka.
Oleh yang demikian, hasil analisis terhadap kesalahan morfologi khususnya
dalam penulisan karangan pelajar-pelajar ini akan dapat memberi panduan dan kesedaran
kepada guru dalam usaha untuk merangka strategi pengajaran yang lebih berkesan. Dari
itu, guru perlu mencatat dan mengklasifikasikan kesalahan-kesalahan yang kerap
dilakukan oleh pelajar-pelajar, supaya kesalahan-kesalahan tersebut dapat di atasi dengan
bersistematik dan efektif.
- 98 -
Bahan Rujukan
Abdul Hamid Mahmod Dan Inderbir Kaur. 1995. Beberapa Kajian Terhadap Kesalahan
Bahasa, dlm. Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 39 Bil. 6.
Adee Rafizza Zuzannawattie Ali Jaffer. 2006. Analisis Kesalahan Tatabahasa dalam
Karangan Di Kalangan Pelajar Menengah Bawah. Tesis Sarjana. Jabatan
Pendidikan Bahasa, Institusi Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah. Universiti
Brunei Darussalam.
Ajid Che Kob. 1989. Pembetulan Kesalahan Bahasa: Antara Citarasa Guru dengan
Kecenderungan Murid dlm Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 33 Bil. 9.
Arpan Shahbudin Latip. 1998. Bahasa Melayu: Kesilapan Tatabahasa Satu Analisis.
Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Awang Mohd. Amin. 1982. Satu Kajian Kesalahan Umum Penguasaan Bahasa
Malaysia
Peringkat Sekolah Menengah. Tesis Master Sains, Fakulti Pengajian Pendidikan,
Universiti Pertanian Malaysia.
Dyg Rose Hamidah Bte Hj Mohd Ramlee, Hjh. 2006. Penguasaan Ayat Aktif dan Pasif
Di Kalangan Pelajar Menengah Bawah bagi Daerah Brunei-Muara dan Daerah
Belait. Tesis Sarjana. Jabatan Pendidikan Bahasa, Institut Pendidikan Sultan
Hassanal Bolkiah:Universiti Brunei Darussalam.
Fox. L. R. 1977. Teaching And Learning Vocabulary: An Application of Linguistics
Analysis To Reading Vocabulary Exercise For Adult Student of English. Ph.D.
Thesis. New York University.
Hakimi Iskandar dan Zairiah Mansor. 2002. Tatabahasa Bahasa Melayu KBSM. Shah
Alam: SNP Eastview Publication Sdn. Bhd.
Ibrahim Ahmad. 1989. Analisis Kesalahan Sebagai Satu Pendekatan Pengajaran Bahasa
Malaysia dlm Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 33 Bil. 9.
Jabatan Perkembangan Kurikulum (1999). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah-Sekolah Menengah Atas. Negara Brunei Darussalam: Kementerian
Pendidikan.
Kamarudin Haji. Husin.1986. Penguasaan Bahasa Malaysia Di Kalangan Pelajar Bukan
Melayu Di Maktab Perguruan Di Kuala Lumpur. Tesis Master Sains. Fakulti
Pengajian Pendidikan. Universiti Pertanian Malaysia.
Lee Lai Foon dan Raja Masittah Raja Ariffin. 2007. Petunjuk Bahasa. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Lufti Abas. 1987. Kesalahan Morfologi: Kemungkinan Sebab Musabab dan
Pembetulannya dalam Abdullah Hassan, Hasnah Ibrahim & Mashudi Kader
- 99 -
(Ed). Kesalahan Bahasa dalam Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Madlina Bte, Mohammad. 2006. Analisis Kesalahan Morfologi dalam Penulisan
Karangan Pelajar Menengah Dua Di Sekolah Menengah Pengiran Dipa Negara
Pengiran Jaya Sengkarai, Tutong. Tesis Sarjana. Jabatan Pendidikan Bahasa,
Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah:Universiti Brunei Darussalam.
Mastijah Hj Ali. 2006. Analisis Kesalahan Penggunaan Imbuhan Bahasa Melayu: Satu
Kajian Kes bagi Menengah Dua Di Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri
Begawan. Tesis Sarjana. Jabatan Pendidikan Bahasa, Institut Pendidikan Sultan
Hassanal Bolkiah:Universiti Brunei Darussalam.
Mat Dani Bin Hj Bakar, Hj. 2007. Analisis Kesalahan Morfologi dan Ejaan Murid
Murid Darjah 6 Sekolah Rendah Kerajaan dan Sekolah Rendah Bukan Kerajaan,
Daerah Brunei Muara: Satu Perbandingan. Tesis Sarjana. Jabatan Pendidikan
Bahasa, Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah:Universiti Brunei
Darussalam.
Mohd. Daud bin Mohd. Yusof.1990. Penguasaan Bahasa Melayu Baku di Kalangan
Pelajar-Pelajar Tingkatan Dua (KBSM): Satu Kajian Kes di Maktab Sultan Ismail
Kota Bharu, Kelantan. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Mohd. Daud Bin Taha, Hj. 1992. Masalah Penguasaan Bahasa Melayu Di Kalangan
Pelajar-Pelajar Melayu Di Tingkatan Menengah Atas Di Negara Brunei
Darussalam. Tesis Master Sains.Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti
Pertanian Malaysia.
Mohd. Isa Bin Abd Razak. 1997. Kesilapan Ejaan Murid Tahun 6 S.K. Bulu Silou
Keningau, Http://Www.Geocities.Com/Pcdmm/Penyelidikan/Bulusilou.Htm.
Dilayari Pada 23 Februari 2007, 4.37pm.
Mohammed Sallehudin Aman. 1993. Analisis Kesalahan Tatabahasa Melayu Di
Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama Atas. Tesis Master Sains. Fakulti
Pengajian Pendidikan. Universiti Pertanian Malaysia.
Norhana Binti Haji Abdullah. 1990. Kesalahan Penggunaan Imbuhan Bahasa Melayu:
Satu Kajian Perbandingan Di Antara Pelajar-Pelajar Tingkatan IV Sekolah
Menengah Awang Semaun Dan Sekolah Saint George’s. Latihan Ilmiah B.A.
Pendidikan. Universiti Brunei Darussalam.
Pg Mahmud Pg Damit. 1992. Kesalahan Tatabahasa dan Tanda Bacaan Pelajar-Pelajar
Melayu Di Peringkat Sekolah Menengah Bawah Daerah Brunei Muara dan
Daerah Tutong: Satu Perbandingan. Tesis Master Sains, Fakulti Pengajian
Pendidikan. Universiti Pertanian Malaysia.
- 100 -
Pg Muhammad Bin Pg Hj Abas. 1990. Aspek Bahasa dalam Karangan Pelajar-Pelajar
Sekolah Menengah: Satu Analisis Kesalahan Terhadap Kertas Jawapan
Peperiksaan Brunei-Cambridge Peringkat ‘O’. Latihan Ilmiah. Universiti Brunei
Darussalam.
Politzer. R. Dan Ramirez. A. 1973. An Error Analysis of The Spoken English of
Mexican-Amreican Pupils In A Bilingual School And Monolingual School.
Language Learning 23:1.
Raminah Hj Sabran. 1983. Satu Analisis Kesilapan Nahu Penutur Jati Bahasa Melayu
Di
Kalangan Guru Pelatih. Tesis M.Ed. Universiti Malaya.
Ridzuan Ahmad. 1981. Satu Analisis Mengenai Kesilapan Penggunaan Bahasa Di
Kalangan Pelajar Maktab Perguruan Bahasa dalam Laporan Praktikum. Fakulti
Pendidikan. Universiti Malaya.
Rulkairul Bin Jambul. 2006. Kesalahan Penggunaan Imbuhan dalam Karangan Bagi
Pelajar Menengah 2 Di Maktab Soas. Tesis Sarjana. Jabatan Pendidikan Bahasa,
Institusi Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah. Universiti Brunei Darussalam.
Saidin Bin Haji Mohd Noor. 1991. Imbuhan Kata Kerja dalam Karangan Pelajar
Pelajar Tingkatan VI Atas: Satu Kajian Kes Di Maktab Duli Pengiran Muda Al
Muhtadee Billah. Latihan Ilmiah B.A. Pendidikan. Universiti Brunei Darussalam.
Sharma.S.K. 1981. Error Analysis: Why and How? dlm Forum 19:3 Julai Hlm. 21-25.
Sidang Penyusun. 2005. Kamus Dewan edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Skinnar.B.F. 1957.Verbal Behavior. New York: Appleton Century Crofts.
Teo Kee Huei. 1990. Kesalahan Karangan Bahasa Melayu Pelajar-Pelajar Tingkatan
Tiga. Latihan Ilmiah, Universiti Brunei Darussalam.
Umi Alvina Bte Hj Munap. 2006. Kesalahan Penggunaan Tanda Baca dan Huruf Besar
Di Kalangan Murid Rendah Atas: Satu Perbandingan. Tesis Sarjana. Jabatan
Pendidikan Bahasa, Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah: Universiti
Brunei Darussalam.
Wyatt, Victor. 1973. An Analysis of Error in Composition Writing dlm English
Language Teaching, Vol Xxvii No. 2 Februari 1973.
Zulkifley Hamid. 2004. Analisis Penguasaan Pengetahuan Bahasa Melayu Mahasiswa,
dlm Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 4 Bil. 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.