24
PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMERHATI DAN KEMAHIRAN MERAMAL DALAM MATA PELAJARAN SAINS DI KALANGAN PELAJAR TAHUN LIMA DAERAH JOHOR BAHRU ROHIZA BINTI HUSAIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMERHATI DAN … · Analisis Keputusan Peperiksaan Setara Bagi Mata Pelajaran Sains Analisis Sikap Responden Terhadap Mempelajari Sains

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMERHATI DAN … · Analisis Keputusan Peperiksaan Setara Bagi Mata Pelajaran Sains Analisis Sikap Responden Terhadap Mempelajari Sains

PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMERHATI DAN KEMAHIRAN MERAMAL

DALAM MATA PELAJARAN SAINS DI KALANGAN PELAJAR TAHUN LIMA

DAERAH JOHOR BAHRU

ROHIZA BINTI HUSAIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMERHATI DAN … · Analisis Keputusan Peperiksaan Setara Bagi Mata Pelajaran Sains Analisis Sikap Responden Terhadap Mempelajari Sains
Page 3: PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMERHATI DAN … · Analisis Keputusan Peperiksaan Setara Bagi Mata Pelajaran Sains Analisis Sikap Responden Terhadap Mempelajari Sains

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik).”

Tandatangan : ……………………………………..

Nama Penyelia : EN. MOHD ALI BIN IBRAHIM

Tarikh : 24 APRIL 2008

Page 4: PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMERHATI DAN … · Analisis Keputusan Peperiksaan Setara Bagi Mata Pelajaran Sains Analisis Sikap Responden Terhadap Mempelajari Sains

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ……………………………………..

Nama Penulis : ROHIZA BINTI HUSAIN

Tarikh : 24 APRIL 2008

Page 5: PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMERHATI DAN … · Analisis Keputusan Peperiksaan Setara Bagi Mata Pelajaran Sains Analisis Sikap Responden Terhadap Mempelajari Sains

DEDIKASI

Buat ayah dan mama khasnya,

Terima kasih di atas kasih sayang dan doa restu darimu,

Untuk abang-abang, kakak – kakak dan adik,

Terima kasih di atas nasihat dan dorongan serta jasa dan pengorbananmu

Yang dicurahkan untuk kejayaan ini,

Segala pengorbananmu akan kukenang dan kubalas

Sehingga akhir hayatku...

Dan untuk rakan-rakan, khasnya Siti Hajar Harun,

Segala sokongan, tunjuk ajar, dorongan dan kerjasamamu

Akan kukenang selamanya...

Page 6: PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMERHATI DAN … · Analisis Keputusan Peperiksaan Setara Bagi Mata Pelajaran Sains Analisis Sikap Responden Terhadap Mempelajari Sains

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah dipanjatkan setinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan

limpah kurniaNya akhirnya dapat juga saya menyempurnakan laporan penulisan Projek

Sarjana Muda ini hingga ke noktah ini.

Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dengan

tulus ikhlas kepada penyelia Projek Sarjana Muda ini iaitu En. Mohd Ali bin Ibrahim di

atas segala bimbingan, sokongan dan tunjuk ajar yang dicurahkan sepanjang penyelidikan

ini dijalankan.

Kerjasama daripada pihak sekolah khasnya guru besar, guru-guru dan pelajar-

pelajar di Daerah Johor Bahru dalam memastikan penyelidikan ini berjalan dengan lancar

mengikut perancangan yang telah ditetapkan diucapkan setinggi-tinggi penghargaan

terima kasih.

Buat kakak dan abang yang tidak pernah mengeluh dalam kepayahan mendidikku,

keluarga, sahabat handai dan semua rakan seperjuangan yang sama-sama memberi

sokongan dan dorongan sepanjang perlaksanaan penyelidikan ini, semoga Allah S.W.T

akan membalas jasa-jasa kalian semua kebaikan yang berkekalan di dunia dan di akhirat.

Page 7: PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMERHATI DAN … · Analisis Keputusan Peperiksaan Setara Bagi Mata Pelajaran Sains Analisis Sikap Responden Terhadap Mempelajari Sains

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengetahui penguasaan kemahiran memerhati dan kemahiran

meramal dalam mata pelajaran Sains dikalangan pelajar Tahun Lima merentas bahasa,

sikap dan pencapaian dalam peperiksaan setara. Dalam kajian ini, penguasaan yang

dimaksudkan meliputi faktor pengetahuan dan kefahaman pelajar dalam kemahiran –

kemahiran tersebut. Responden kajian terdiri daripada 148 orang pelajar tahun lima di

daerah Johor Bahru. Dua jenis alat kajian yang digunakan dalam kajian ini iaitu soal

selidik yang mengandungi 25 item soalan dan Ujian Penguasaan Kemahiran Memerhati

dan Meramal yang mengandungi 10 soalan objektif. Nilai kebolehpercayaan bagi alat

kajian ini adalah α = 0.84. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Statistik

deskriptif digunakan bertujuan untuk mengenalpasti taburan frekuensi responden yang

terlibat manakala statistik inferensi pula adalah untuk mengenalpasti perbezaan antara

faktor pengetahuan dan kefahaman terhadap bahasa, sikap dan pencapaian responden.

Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor pengetahuan

dan kefahaman terhadap bahasa, sikap dan pencapaian responden dalam peperiksaan

setara. Oleh itu, adalah dicadangkan supaya kajian ini dapat diteruskan dengan

meluaskan skopnya agar keputusannya dapat dilihat dengan lebih menyeluruh.

Page 8: PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMERHATI DAN … · Analisis Keputusan Peperiksaan Setara Bagi Mata Pelajaran Sains Analisis Sikap Responden Terhadap Mempelajari Sains

ABSTRACT

The purpose of this research was to know the mastering in observing and

predicting skills in Science subject among standard five students against language,

attitude, and their achievement in district summative test. In this research, the level of

mastering are covering between two factors that are knowledge and understanding for the

both skills. The research subject consists of 148 standard five students around Johor

Bahru. Two instruments used in this research are the questionnaires, which are, consist

of 25 items and 10 items test. The reliability for the items are α = 0.84. Data was analyze

with descriptively and inferentially. Descriptive statistic were used to identify the

distribution of students involved in this researh while the inferential statistic to identify

the comparison between knowledge and understanding against language, attitude and

achievement. Results show that there were significant differences between knowledge

and understanding of the both skills against language, attitude and achievement. Thus it is

suggested that this research will be continued with a wider scope to obtain more whole

result.

Page 9: PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMERHATI DAN … · Analisis Keputusan Peperiksaan Setara Bagi Mata Pelajaran Sains Analisis Sikap Responden Terhadap Mempelajari Sains

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

1

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL KAJIAN

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI SINGKATAN

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Penyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Kepentingan Kajian

1.7 Skop Kajian

1.8 Definisi Istilah

1.9 Rumusan

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

xiii

xv

1

4

5

6

6

8

9

10

13

Page 10: PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMERHATI DAN … · Analisis Keputusan Peperiksaan Setara Bagi Mata Pelajaran Sains Analisis Sikap Responden Terhadap Mempelajari Sains

viii

2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan

2.2 Pembelajaran Sains Sekolah Rendah

2.2.1 Hubungan Antara Sikap Dengan

Pembelajaran Sains.

2.2.2 Kaedah Pembelajaran Dan Pengajaran

Sains.

2.2.2.1 Inkuiri Penemuan

2.2.2.2 Konstruktivisme

2.2.3 Hubungan Antara Pengajaran Dan

Pencapaian Dalam Mata Pelajaran Sains

2.3 Kemahiran Proses Sains

2.3.1 Kemahiran Memerhati

2.3.2 Kemahiran Meramal

2.4 Kemahiran Proses Sains Dalam Pembelajaran

Dan Pengajaran.

2.4.1 Hubungan Antara Membaca Dengan

Kemahiran Proses Sains

2.4.2 Tahap Kesediaan Membaca

2.4.3 Kemahiran Menulis Dan

Berkomunikasi

2.4.4 Hubungan Antara Kemahiran Proses Sains

Dengan Matematik

2.4.5 Meningkatkan Pencapaian Dalam Mata

Pelajaran Matematik

2.4.6 Kemahiran Penyelesaian

Masalah Dalam Mata Pelajaran

Matematik

2.5 Rumusan

14

15

16

18

20

21

22

24

25

27

28

28

29

30

31

31

32

33

Page 11: PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMERHATI DAN … · Analisis Keputusan Peperiksaan Setara Bagi Mata Pelajaran Sains Analisis Sikap Responden Terhadap Mempelajari Sains

ix

3

4

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

3.2 Reka Bentuk Kajian

3.3 Batasan Kajian

3.4 Responden Kajian

3.5 Alat Kajian

3.6 Tatacara Kajian

3.6.1 Kajian Rintis

3.6.2 Kajian Sebenar

3.7 Andaian Kajian

3.8 Analisis Data

3.9 Rumusan

ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan

4.2 Analisis Maklumat Diri Responden

4.2.1 Bilangan Responden Mengikut

Jantina

4.2.2 Bilangan Responden Mengikut

Bangsa

4.2.3 Pencapaian Pelajar Dalam Mata

Pelajaran Sains

4.3 Analisis Sikap Responden Terhadap

Mempelajari Sains

34

35

35

36

37

39

40

41

42

43

44

45

45

46

46

47

48

Page 12: PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMERHATI DAN … · Analisis Keputusan Peperiksaan Setara Bagi Mata Pelajaran Sains Analisis Sikap Responden Terhadap Mempelajari Sains

x

4.4 Analisis Perbezaan Antara Kumpulan Bahasa

Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman Dalam

Kemahiran Proses Sains

4.4.1 Analisis Perbezaan Antara Kumpulan

Bahasa Terhadap Pengetahuan

Dan Kefahaman Dalam Kemahiran

Memerhati

4.4.2 Analisis Perbezaan Antara Kumpulan

Bahasa Terhadap Pengetahuan

Dan Kefahaman Dalam Kemahiran

Meramal

4.5 Analisis Perbezaan Antara Kumpulan Sikap

Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman Dalam

Kemahiran Proses Sains

4.5.1 Analisis Perbezaan Antara Kumpulan

Sikap Terhadap Pengetahuan

Dan Kefahaman Dalam Kemahiran

Memerhati

4.5.2 Analisis Perbezaan Antara Kumpulan

Sikap Terhadap Pengetahuan

Dan Kefahaman Dalam Kemahiran

Meramal

4.6 Analisis Perbezaan Antara Kumpulan

Pencapaian Terhadap Pengetahuan Dan

Kefahaman Dalam Kemahiran Proses Sains

4.6.1 Analisis Perbezaan Antara Kumpulan

Pencapaian Terhadap Pengetahuan Dan

Kefahaman Dalam Kemahiran

Memerhati

49

50

51

52

53

54

56

57

Page 13: PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMERHATI DAN … · Analisis Keputusan Peperiksaan Setara Bagi Mata Pelajaran Sains Analisis Sikap Responden Terhadap Mempelajari Sains

xi

5

4.6.2 Analisis Perbezaan Antara Kumpulan

Pencapaian Terhadap Pengetahuan

Dan Kefahaman Dalam Kemahiran

Meramal

4.7 Rumusan

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

5.1 Pendahuluan

5.2 Perbincangan Analisis Maklumat Diri

Responden

5.2.1 Bilangan Responden Mengikut Jantina

5.2.2 Bilangan Responden Mengikut Bangsa

5.2.3 Keputusan Peperiksaan Setara Bagi

Mata Pelajaran Sains

5.3 Sikap Responden Terhadap Mempelajari Sains

5.4 Perbezaan Antara Pengetahuan dan Kefahaman

Dalam Kemahiran Proses Sains Terhadap

Bahasa

5.4.1 Perbezaan Antara Kumpulan Bahasa

Terhadap Pengetahuan dan Kefahaman

Dalam Kemahiran Memerhati

5.4.2 Perbezaan Antara Kumpulan

BahasaTerhadap Pengetahuan dan

Kefahaman Dalam Kemahiran Meramal

5.5 Perbezaan Antara Kumpulan Sikap Terhadap

Pengetahuan dan Kefahaman Dalam Kemahiran

Proses Sains

58

59

60

60

61

61

61

62

63

64

65

66

Page 14: PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMERHATI DAN … · Analisis Keputusan Peperiksaan Setara Bagi Mata Pelajaran Sains Analisis Sikap Responden Terhadap Mempelajari Sains

xii

5.5.1 Perbezaan Antara Kumpulan Sikap

Terhadap Pengetahuan dan Kefahaman

Dalam Kemahiran Memerhati

5.5.2 Perbezaan Antara Kumpulan Sikap

Terhadap Pengetahuan dan Kefahaman

Dalam Kemahiran Meramal

5.6 Perbezaan Antara Kumpulan Pencapaian

Terhadap Pengetahuan dan Kefahaman

Dalam Kemahiran Proses Sains

5.6.1 Perbezaan Antara Kumpulan

Pencapaian Terhadap Pengetahuan dan

Kefahaman Dalam Kemahiran

Memerhati

5.6.2 Perbezaan Antara Kumpulan

Pencapaian Terhadap Pengetahuan dan

Kefahaman Dalam Kemahiran Meramal

5.7 Cadangan

5.8 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan

5.9 Rumusan

RUJUKAN

LAMPIRAN

67

69

70

71

71

72

73

74

75 – 78

79 - 99

Page 15: PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMERHATI DAN … · Analisis Keputusan Peperiksaan Setara Bagi Mata Pelajaran Sains Analisis Sikap Responden Terhadap Mempelajari Sains

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1

3.2

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

Taburan Item Soalan Ujian Penguasaan

Kemahiran Memerhati dan Meramal

Min Markah Bagi Sikap Relajar Terhadap Mata

Pelajaran Sains

Analisis Bilangan Responden Mengikut Jantina

Analisis Bilangan Responden Mengikut Bangsa

Analisis Keputusan Peperiksaan Setara Bagi Mata

Pelajaran Sains

Analisis Sikap Responden Terhadap Mempelajari

Sains

Analisis Perbezaan Antara Kumpulan Bahasa

Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman Dalam

KPS

Analisis Perbezaan Antara Kumpulan Bahasa

Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman Dalam

KM

Analisis Perbezaan Antara Kumpulan Bahasa

Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman Dalam

KR

Analisis Perbezaan Antara Kumpulan Sikap

Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman Dalam

KPS

38

43

46

47

48

48

49

50

51

52

Page 16: PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMERHATI DAN … · Analisis Keputusan Peperiksaan Setara Bagi Mata Pelajaran Sains Analisis Sikap Responden Terhadap Mempelajari Sains

xiv

4.9

4.10

4.11

4.12

4.13

Analisis Perbezaan Antara Kumpulan Sikap

Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman Dalam

KM

Analisis Perbezaan Antara Kumpulan Sikap

Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman Dalam

KR

Analisis Perbezaan Antara KumpulanPencapaian

Pelajar Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman

Dalam KPS

Analisis Perbezaan Antara KumpulanPencapaian

Pelajar Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman

Dalam KM

Analisis Perbezaan Antara KumpulanPencapaian

Pelajar Terhadap Pengetahuan Dan Kefahaman

Dalam KR

53

54

56

57

58

Page 17: PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMERHATI DAN … · Analisis Keputusan Peperiksaan Setara Bagi Mata Pelajaran Sains Analisis Sikap Responden Terhadap Mempelajari Sains

xv

SENARAI SINGKATAN

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

KPS

KM

KS

KM

KR

KPSA

UPSR

PMR

SPM

STPM

IPTA

TIMSS

PIPP

SISS

Kemahiran Proses Sains

Kemahiran Manipulatif

Kemahiran Saintifik

Kemahiran Memerhati

Kemahiran Meramal

Kemahiran Proses Sains Asas

Ujian Penilaian Sekolah Rendah

Penilaian Menengah Rendah

Sijil Pelajaran Malaysia

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

Institut Pengajian Tinggi Awam

Trends In International Mathematics and Science Study

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

Second International Science Study

Page 18: PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMERHATI DAN … · Analisis Keputusan Peperiksaan Setara Bagi Mata Pelajaran Sains Analisis Sikap Responden Terhadap Mempelajari Sains

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Kini dalam kehidupan sehari - harian, kita tidak dapat lari dari sains. Ini

menunjukkan betapa pentingnya sains dan teknologi dalam kehidupan kita dalam

mengorak langkah ke hadapan bagi mencapai Wawasan 2020 dan menjadi sebuah

negara yang maju.

Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memberi

penekanan yang lebih terhadap mata pelajaran Sains yang diajar di sekolah – sekolah.

Jika dahulu para pelajar mula mengenali mata pelajaran Sains ketika berada di Tahun 4

tetapi kini ianya telah mula diajar sejak Tahun 1 lagi . Selain itu KPM juga telah

mengubahsuai semua kurikulum Sains yang diajar di sekolah dan salah satu daripadanya

adalah penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Oleh itu, guru – guru

memainkan peranan penting dalam menyampaikan isi – isi pelajaran kepada para pelajar

agar mereka mudah memahami dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan

seharian.

Page 19: PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMERHATI DAN … · Analisis Keputusan Peperiksaan Setara Bagi Mata Pelajaran Sains Analisis Sikap Responden Terhadap Mempelajari Sains

2

Maka, penerapan kemahiran proses sains (KPS) memainkan peranan penting agar

pembelajaran tersebut lebih bermakna dan efektif. Tambahan lagi, mata pelajaran Sains

kini diajar menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya.

Sains bermaksud ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji

atau dibuktikan kebenarannya (Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2000). Daripada maksud

Sains itu sendiri, kita dapat mengetahui bahawa kemahiran saintifik (KS) adalah yang

paling sesuai digunakan untuk mengajar mata pelajaran tersebut. Di mana dalam

kemahiran tersebut terdapat dua lagi pecahan iaitu KPS dan kemahiran manipulatif

(KM). Di dalam KPS terdapat 12 kemahiran manakala bagi KM pula terdapat 5

kemahiran. Antara kemahiran – kemahiran tersebut adalah seperti di dalam jadual 1 di

bawah.

Kemahiran saintifik sering kali kita dengari dalam mata pelajaran sains.

Penerapan KS adalah amat penting untuk memastikan para pelajar dapat mengkaji dan

memahami alam, mencari jawapan kepada sesuatu masalah serta membuat keputusan

secara bersistem selain daripada dapat menjalankan aktiviti penyiasatan dalam Sains

dengan berkesan dan bermakna ( Abu Hassan, 2004 ).

Kemahiran proses sains sering kali digunakan oleh guru – guru sewaktu di dalam

kelas tanpa mereka sedari. Ini kerana di dalam pengajaran sains, KPS adalah amat

penting selain daripada dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari Sains ianya juga

dapat membuat pelajar berfikir secara kreatif dan kritis.

Page 20: PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMERHATI DAN … · Analisis Keputusan Peperiksaan Setara Bagi Mata Pelajaran Sains Analisis Sikap Responden Terhadap Mempelajari Sains

3

Jadual 1; Kemahiran Saintifik dan pecahannya

Kemahiran Saintifik

- memerhati - mengelas - mengukur dan

menggunakan nombor

- membuat inferens - meramal - berkomunikasi - menggunakan

perhubungan ruang dan masa

- mentafsir maklumat - mendefinisi secara

operasi - mengawal

pembolehubah - membuat hipotesis - mengeksperimen

- mengguna dan mengendali peralatan sains dan bahan dengan betul

- menyimpan peralatan sains dan bahan dengan betul dan selamat

- membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul

- mengendali specimen hidup dan bukan hidup dengan betul dan cermat

- melakar spesimen, bahan dan peralatan sains dengan tepat

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1995)

Page 21: PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMERHATI DAN … · Analisis Keputusan Peperiksaan Setara Bagi Mata Pelajaran Sains Analisis Sikap Responden Terhadap Mempelajari Sains

4

1.2 Latar belakang masalah

Kini kebanyakkan guru-guru di sekolah menggunakan pendekatan peperiksaan

berpusat (exam - oriented) ketika mengajar Sains. Mereka lebih menekankan teori

sesuatu topik dalam sukatan pelajaran yang sering kali keluar dalam peperiksaan umum

seperti UPSR, PMR, SPM, STPM dan sebagainya. Bagi mereka tiada masa untuk

melakukan aktiviti eksperimen kerana membuat latihan dari buku –buku soalan adalah

lebih penting bagi mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang dan menaikkan

nama sekolah berbanding kefahaman pelajar terhadap Sains.

Bagi mata pelajaran Sains, ianya merupakan subjek yang praktikal (Miller,

1991). Ini bermaksud para guru haruslah menggunakan pendekatan pengajaran ke arah

yang lebih praktikal berbanding teoritikal. Praktikal yang di maksudkan adalah aktiviti

hands – on di mana para pelajar diberi kebebasan melakukan eksperimen untuk menguji

sesuatu teori yang telah mereka pelajari di dalam kelas. Guru – guru seharusnya

menerapkan KPS yang berkenaan ketika sesi pengajaran Sains di dalam kelas. Menurut

Ismail Jusoh, (1998) menyatakan bahawa dalam pengajaran sains hendaklah diterapkan

KPS bersama – sama dengan isi kandungan yang disampaikan.

Kelemahan pelajar dalam menguasai konsep Sains bukanlah masalah baru. Salah

satu punca kemerosotan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains ialah kurangnya

penguasaan terhadap konsep Sains. Ianya akan menjadi lebih rumit jika pelajar tidak

dapat memahami konsep Sains itu sendiri. Ini kerana setiap pelajar mempunyai tahap

pemikiran yang berbeza – beza. Maka guru – guru di sekolah haruslah bijak memilih

pendekatan yang bersesuaian agar para pelajar dapat memahami sesuatu konsep sains itu

dengan mudah.

Dalam melangkah menjadi sebuah negara yang maju, negara kita masih

kekurangan golongan – golongan saintis yang sepatutnya dapat membantu

membangunkan negara selain daripada golongan pekerjaan lain. Ini kerana

Page 22: PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMERHATI DAN … · Analisis Keputusan Peperiksaan Setara Bagi Mata Pelajaran Sains Analisis Sikap Responden Terhadap Mempelajari Sains

5

kebanyakkan siswazah – siswazah dalam negara kita hanya mengetahui sesuatu bidang

yang dipelajari secara teorinya sahaja. Apabila diberikan peralatan atau radas mereka

tidak tahu mengaplikasikan apa yang dipelajari sejak dari sekolah rendah hinggalah ke

institusi pengajian tinggi. Oleh itu seharusnya sejak dari sekolah rendah lagi, para

pelajar didedahkan dengan kemahiran proses sains supaya masalah – masalah seperti ini

tidak berlaku di masa hadapan agar kita dapat melahirkan lebih ramai para saintis dari

negara kita.

1.3 Pernyataan masalah

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji penguasaan kemahiran memerhati dan

meramal dalam mata pelajaran Sains dikalangan pelajar tahun lima. Ini adalah kerana

kebanyakkan guru sekarang lebih menggunakan pendekatan peperiksaan berpusat

(exam – oriented) berbanding pemahaman konsep sains dalam diri pelajar. Selain itu,

hasil kajian yang dijalankan oleh KPM (2000) jelas menunjukkan guru sains masih

cenderung dan terikat dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan

guru. Antara masalah yang timbul ialah pelajar tidak dapat menghubungkaitkan sains

dengan kehidupan malah mereka juga tidak tahu apa gunanya mereka mempelajari mata

pelajaran tersebut. Selain daripada itu, menurut Rohana,(2003) penguasaan para pelajar

dalam KPS masih di tahap sederhana.

Page 23: PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMERHATI DAN … · Analisis Keputusan Peperiksaan Setara Bagi Mata Pelajaran Sains Analisis Sikap Responden Terhadap Mempelajari Sains

6

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini mengandungi beberapa objektif utama seperti berikut :

i. Mengenal pasti perbezaan antara pelajar yang menjawab dalam bahasa

Melayu dan bahasa Inggeris terhadap pengetahuan dan kefahaman dalam

kemahiran memerhati dan kemahiran meramal.

ii. Mengenal pasti perbezaan antara pelajar yang mempunyai minat dan

tidak minat dalam mempelajari Sains terhadap pengetahuan dan

kefahaman dalam kemahiran memerhati dan kemahiran meramal

iii. Mengenal pasti perbezaan antara pelajar yang lemah dan cemerlang

dalam mata pelajaran Sains terhadap pengetahuan dan kefahaman dalam

kemahiran memerhati dan kemahiran meramal.

1.5 Persoalan Kajian

Antara persoalan kajian yang dikemukakan dalam kajian ini adalah seperti

di bawah:

i. Adakah terdapat perbezaan antara pelajar yang menjawab dalam bahasa

Melayu dan bahasa Inggeris terhadap pengetahuan dan kefahaman dalam

kemahiran proses sains?

Page 24: PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMERHATI DAN … · Analisis Keputusan Peperiksaan Setara Bagi Mata Pelajaran Sains Analisis Sikap Responden Terhadap Mempelajari Sains

7

ii. Adakah terdapat perbezaan antara pelajar yang menjawab dalam bahasa

Melayu dan bahasa Inggeris terhadap pengetahuan dan kefahaman dalam

kemahiran memerhati?

iii. Adakah terdapat perbezaan antara pelajar yang menjawab dalam bahasa

Melayu dan bahasa Inggeris terhadap pengetahuan dan kefahaman dalam

kemahiran meramal?

iv. Adakah terdapat perbezaan antara pelajar yang mempunyai minat dan

tidak minat dalam mempelajari Sains terhadap pengetahuan dan

kefahaman dalam kemahiran proses sains?

v. Adakah terdapat perbezaan antara pelajar yang mempunyai minat dan

tidak minat dalam mempelajari Sains terhadap pengetahuan dan

kefahaman dalam kemahiran memerhati?

vi. Adakah terdapat perbezaan antara pelajar yang mempunyai minat dan

tidak minat dalam mempelajari Sains terhadap pengetahuan dan

kefahaman dalam kemahiran meramal?

vii. Adakah terdapat perbezaan antara pelajar yang lemah dan cemerlang

dalam mata pelajaran Sains terhadap pengetahuan dan kefahaman dalam

kemahiran proses sains?

viii. Adakah terdapat perbezaan antara pelajar yang lemah dan cemerlang

dalam mata pelajaran Sains terhadap pengetahuan dan kefahaman dalam

kemahiran memerhati?