3
Terima kasih saudari syamimi.. Dicampak batu tiada henti Gagah bertahan kerana cita Gaza dibedil tanpa simpati Teruskah kita menutup mata? Hadirin sekalian, mutakhir yang berlaku di Palestin, meragut ratusan nyawa, lebih 300 yang cedera, banyak kediaman dan bangunan musnah akibat pengeboman tentera Israel yang tidak berperi kemanusiaan. Sejak kejatuhan Presiden Mohammad Morsi, umat Islam di Gaza semakin tertekan kerana laluan masuk dari pintu Rafah, untuk membolehkan bantuan kebajikan disampaikan, tersekat apabila Mesir menutup laluan tersebut. 9 Julai lalu, media melaporkan bahawa pintu Rafah dibuka di atas desakan PBB, namun negara kita tetap menggesa supaya tentera pengaman PBB ditempatkan di situ agar dapat memudahkan pengurusan bantuan kemanusiaan. Saudara, saudari sekalian, Baru-baru ini, dunia tersentak apabila mendengar Gaza dihujani dengan bedilan roket oleh Zionis laknatullah yang mengorbankan banyak nyawa. Namun sayangnya, berapa ramai antara kita yang mengambil berat mengenai khabar saudara-saudara kita di sana? Pernahkah kita meluangkan masa kita untuk mendoakan mereka, melakukan solat hajat untuk keamanan mereka. Atau kita hanya diam, menantikan pihak lain untuk menyelamatkan Gaza, atau rupa- rupanya, kita turut menyokong usaha Israel tanpa kita sedar? Hadirin sekalian, saya minta kita semua cakna mengenai isu ini. Isu boikot bukanlah sesuatu yang boleh kita pandang sebelah mata. Alangkah kecewa saya apabila melihat masyarakat kita dengan bangganya membeli barangan yang menyumbang kepada Israel, dengan tanpa rasa bersalahnya menaik muat gambar ke dalam laman sosial dengan caption “Terima kasih belanja saya Starbucks” , “Alhamdulillah kenyang makan McD” . Hentikanlah hadirin sekalian. Usaha kita mampu membantu mereka, meskipun kecil. M…. Sebenarnya, banyak inisiatif yang telah diambil samada daripada pihak kerajaan mahupun NGO, Pihak kerajaan misalnya, telah melakukan pelbagai inisiatif dalam membantu rakyat yang kurang berkemampuan. Sebagai contoh Bantuan Rakyat Satu Malaysia atau BRIM . Kerajaan telah memperuntukkam sejumlah RM 2.6 Bilion untuk diberikan kepada

Pengucapan Awam

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Qaza

Citation preview

Page 1: Pengucapan Awam

Terima kasih saudari syamimi..

Dicampak batu tiada henti

Gagah bertahan kerana cita

Gaza dibedil tanpa simpati

Teruskah kita menutup mata?

Hadirin sekalian, mutakhir yang

berlaku di Palestin, meragut

ratusan nyawa, lebih 300 yang

cedera, banyak kediaman dan

bangunan musnah akibat

pengeboman tentera Israel

yang tidak berperi

kemanusiaan. Sejak kejatuhan

Presiden Mohammad Morsi,

umat Islam di Gaza semakin

tertekan kerana laluan masuk

dari pintu Rafah, untuk

membolehkan bantuan

kebajikan disampaikan,

tersekat apabila Mesir menutup

laluan tersebut. 9 Julai lalu,

media melaporkan bahawa

pintu Rafah dibuka di atas

desakan PBB, namun negara

kita tetap menggesa supaya

tentera pengaman PBB

ditempatkan di situ agar dapat

memudahkan pengurusan

bantuan kemanusiaan.

Saudara, saudari sekalian,

Baru-baru ini, dunia tersentak

apabila mendengar Gaza

dihujani dengan bedilan roket

oleh Zionis laknatullah yang

mengorbankan banyak nyawa.

Namun sayangnya, berapa

ramai antara kita yang

mengambil berat mengenai

khabar saudara-saudara kita di

sana? Pernahkah kita

meluangkan masa kita untuk

mendoakan mereka,

melakukan solat hajat untuk

keamanan mereka. Atau kita

hanya diam, menantikan pihak

lain untuk menyelamatkan

Gaza, atau rupa-rupanya, kita

turut menyokong usaha Israel

tanpa kita sedar? Hadirin

sekalian, saya minta kita

semua cakna mengenai isu ini.

Isu boikot bukanlah sesuatu

yang boleh kita pandang

sebelah mata. Alangkah

kecewa saya apabila melihat

masyarakat kita dengan

bangganya membeli barangan

yang menyumbang kepada

Israel, dengan tanpa rasa

bersalahnya menaik muat

gambar ke dalam laman sosial

dengan caption “Terima kasih

belanja saya Starbucks” ,

“Alhamdulillah kenyang makan

McD” . Hentikanlah hadirin

sekalian. Usaha kita mampu

membantu mereka, meskipun

kecil.

M….

Sebenarnya, banyak inisiatif

yang telah diambil samada

daripada pihak kerajaan

mahupun NGO,

Pihak kerajaan misalnya, telah

melakukan pelbagai inisiatif

dalam membantu rakyat yang

kurang berkemampuan.

Sebagai contoh Bantuan

Rakyat Satu Malaysia atau

BRIM . Kerajaan telah

memperuntukkam sejumlah

RM 2.6 Bilion untuk diberikan

kepada 5.3 juta penerima dan

telah memberi manfaat kepada

20 juta isi rumah hasil daripada

pelaksanaan BRIM.Tambahan

Pula, kerajaan akan

melaksanakn pemberian Kad

Diskaun Pengguana kepada

ibu tunggal yang membolahkan

mereka menerima potongan

harga sehingga 50% bagi

belian barang keperluan di

2,170 premis perniagaan di

seluruh negara termasuk Kedai

Rakyat 1 Malaysia.

Di samping itu, IPGKIK tidak

ketinggalan dalam memberi

sumbangan kepada mereka

yang memerlukan. Sebagai

contoh, pada tahun sudah,

IPGKIK telah memberikan

sumbangan kepada Maahad

Tahfidz Baitul Ehsan.

Sumbangan berbentuk peti ais,

barangan mentah dan wang

ringgit. hasil daripada

Sumbangan ini diharapkan

dapat memberi manfaat

kepada para penghuni maahad

tahfidz baitul ehsan.

Selain itu, IPGIK juga turut

menghulurkan sumbangan

kepada warga

emas……………………………

……………………………………

……………………………………

……………………………………

……………………………………

……………………………………

……………………………………

……………………………………

……………………………………

……

Page 2: Pengucapan Awam

Derma ikhlas ini adala hasil

daripada sumbangan para

pensyarah IPGKIK yang

sangant prihatin terhadap nasib

golongan yang kurang

berkemampuan.

M…..

Kesimpulannya,

Hal ini selari dengan matlamat

kerajaan dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang

bertujuan untuk melahirkan

warganegara Malaysia yang

berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta

memberikan sumbangan

terhadap keharmonian dan

kemakmuran negara.

Maksudnya ialah, Sebagai

seorang bakal guru, kita

seharusnya cakna dengan isu2

yang melanda samada dalam

atau luar negara. Seorang guru

berjiwa pendidik bukan sahaja

hanya cemerlang dalam P&P

sahaja, bahkan mempunyai

sifat prihatin dan memberi

perhatian terhadap sesuatu

perkara tentang kebajikan

sosial dalam masyarakat.

Merujuk kepada buku standard

Guru Malaysia keluaran

Bahagian Pendidikan Guru,

Kementerian Pelajaran

Malaysia menyatakan bahawa

domain dalam amalan nilai

profesionalisme keguruan

antaranya adalah domain,

antaranya iaitu semangat

bermasyarakat dengan

melibatkan diri dalam aktiviti

kemasyarakatan, sanggup

berkorban masa, tenaga dan

sumber untuk memberi khidmat

kepada masyarakat.

Nabi Muhammad S.A.W

pernah bersabda

“Tidak beriman seseorang

daripada kamu selagi kamu

tidak mengasihi saudara kamu

seperti kamu mengasihi diri

kamu sendiri”.

Akhir kata marilah kita

merenung firman Allah S.W.T

dalam Surah An Nisaa’ ayat 36

yang bermaksud.

“ Sembahlah allah dan

janganlah kamu

mempersekutukan-Nya dengan

sesuatupun. Dan berbuat

baiklah kepada dua ibu bapa,

Kaum kerabat, anak-anak

yatim, orang-orang miskin,

tetangga yang dekat dan

tetangga yang jauh, dan teman

sejawat, ibnu sabil, dan hamba

yang kamu miliki.

Sesungguhnya Allah S.W.T

tidak menyukai orang-orang

yang sombong dan

membangga diri.

Sekian daripada kami. Izinkan

kami untuk mangakhiri

perkongsian ini dengan

serangkap pantun

Duduk termenyng di waktu fajar

Terkenang kasih tak lalu

makan

Kami budak baru belajar

Sebarang kesilapan harapa

dimaafkan

Sekian daripada kami….