27
Pengurusan Bilik dan Hasil Kerja Murid

Pengurusan Bilik Dan Hasil Kerja Murid

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Menceritakan tentang pengurusan bilik seni visual

Citation preview

Slide 1

Pengurusan Bilik dan Hasil Kerja MuridPengurusan bilikLemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam bilik yang mana menurutnya guru sebagai:Perancang kurikulumPengorganisasi prosedur dan sumberPenyusun persekitaran kelas yang efisienPenyelia prestasi muridPengenalpasti masalah potensi muridMarjorie Schiller (1995) menerangkan bahawa bilik dan studio seni melambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan makna kepada kehidupan kita. Persekitaran yang merangsang deria memberikan tenaga kepada minda untuk belajar. (Kosler, 2001).Konsep pengurusan bilik bermakna tindakan dan strategi guru untuk mengekalkan peraturan bilik, mewujudkan suasana bilik yang kondusif, menghadapi tingkahlaku murid serta menarik perhatian murid bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Aspek-aspek yang perlu diambil kira dalam pengurusan bilik seniAspek fizikalCahaya Bilik hendaklah mendapat cahaya yang sesuai sama ada cahaya semula jadi atau cahaya daripada lampu. Cahaya juga seharusnya dapat menerangi keseluruhan bilik. Peredaran udaraBilik harus mempunyai peredaran udara yang baik untuk menimbulkan suasana pembelajaran dan keselesaan murid.Stor Bilik perlulah mempunyai tempat penyimpanan alat, bahan dan hasil kerja murid sama ada dalam bilik stor atau almari.Panel dan rak pameranSetiap bilik perlu disediakan dengan kelengkapan dan ruang pameran untuk tujuan mempamerkan hasil kerja murid.PerabotKerusi dan meja yang dilengkapkan dalam bilik hendaklah sesuai dengan semua aktiviti pendidikan seni yang dijalankan dari segi saiz dan jumlah murid.Kemudahan asasSinki dan punca elektrik perlu dipasang di tempat yang sesuai di mana banyak aktiviti pendidikan seni dijalankan.Aspek emosiHiasan dalamanSusun atur perabot, peralatan dan hiasan yang sesuai dalam bilik darjah dapat membantu suasana pengajaran dan pembelajaran serta menggalakkan lagi interaksi pelajar. RuangJumlah perabot dan peralatan yang bersesuaian dengan ruang bilik seni dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif supaya dapat merangsangkan pembelajaran pelajar. Peragaan hasil kerjaMenyediakan ruang dan kelengkapan yang sesuai untuk memperagakan hasil kerja murid. Langkah ini dapat membina keyakinan dan kepuasan pelajar dalam menghasilkan kerja seni. Aspek sosialInteraksi muridMurid dapat bergerak secara bebas dalam bilik seni. Ruang yang disediakan dalam bilik dapat menggalakkan mereka untuk berinteraksi antara murid-murid dan interaksi antara murid dengan guru.

Peredaran udara yang baikCahaya yang cukup Mempunyai rak pameranKemudahan asas yang cukup seperti sinki dan punca elektrikMempunyai perabot seperti meja dan kerusiTerdapat hiasan dalamanSusunan perabot sesuai dengan ruang.Susun atur perabotSusun atur perabot yang teratur dan tersusun memberi kesan yang positif kepada pembelajaran murid-murid sekolah rendah.Perabot yang disediakan perlulah bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan oleh murid.Susunan perabot terutamanya meja dan kerusi mestilah sesuai dengan jumlah murid dan aktiviti yang sering dijalankan.Susunan kerusi dan meja mempengaruhi keluasan sesebuah bilik.

Aspek yang perlu diambil kira untuk menyusun perabot:Pemantauan guru terhadap muridInteraksi antara murid dengan murid dan murid dengan guruKeselesaan muridKeselamatan muridPengudaraan dan pencahayaan bilikTempat pameranGuru perlu bijak merancang dalam menyediakan tempat pameran untuk hasil kerja murid mereka.Guru-guru PSV juga boleh memperuntukkan satu ruang pameran yang mempamerkan objek semula jadi atau karya daripada individu lain yang boleh merangsang deria murid di samping boleh melihat dan menyentuh objek tersebut.

Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti hasil seni 2 dimensi dan 3 dimensi.Kaedah untuk mempamerkan karya 2 dimensi adalah seperti ditampal, dilekatkan dan digantung.Karya 3 dimensi sesuai dipamerkan dengan cara seperti disusun, di para atau rak bagi menjimatkan ruang. Karya 3 dimensi juga boleh digantung jika ianya sesuai untuk dipamerkan sedemikian.

Sinki luar dan dalam bilik darjahSinki dalam kelas PSV digunakan bagi membersihkan alatan.Sinki yang baik perlu mempunyai kemudahan air bagi memudahkan aktiviti untuk mencuci peralatan mewarna.Peraturan Penggunaan SinkiMurid perlu beratur ketika menggunakan sinki.Murid tidak boleh membuang sisa pepejal ke dalam sinkiPili air hendaklah ditutup sekiranya sinki tidak digunakan.Kebersihan sinki perlulah dijaga.

Mengelakkan singki tersumbatElakkan membuang sisa pepejal ke dalam sinki sewaktu mencuci, sebaliknya buangkannya ke dalam tong sampah terlebih dahulu.Mencurahkan air panas ke dalam sinki sekurang-kurangnya sebulan sekaliMencurahkan cecair peluntur yang sesuai untuk penguraian sisa sekurang-kurangnya 2 bulan sekali.

Para gantungSesuai untuk menyimpan alat dan bahan, buku-buku rujukan.Sebagai tempat ataupun ruang pameran objek 3D.Diletakkan di bahagian sudut pameran hasil kerja murid atau di tempat yang mudah dilihat dan dicapai jika digunakan sebagai tempat penyimpanan.

Almari pameranAlmari berkaca sesuai digunakan.Mesti diletakkan di lokasi yang mudah dikunjungi oleh murid.Kedudukan almari tidak menghalang pengudaraan dan pencahayaan.Digunakan untuk mempamer karya 3 dimensi.RasionalKarya-karya murid dapat dipamerkan dalam keadaan tersusun dan kemas.Murid dapat menjadikan karya yang dipamerkan sebagai contoh bagi melakukan karya yang lebih baik.Karya-karya yang bernilai dapat disimpan dengan lebih lama dan terhindar daripada kerosakan.Menghargai hasil seni yang dilakukan oleh murid-murid.