Upload
others
View
12
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA
NURUL AKMA BINTI SAID
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2011
iii
DEDIKASI
Ya Allah
Setinggi-Tinggi Kesyukuran Ku Panjatkan PadaMu
Ku Syukuri Atas Setiap AnugerahMu Yang Tidak Ternila
Hanya KepadaMu Aku Berserah Dan Memohon Pertolongan
Khas buat Abah & Mak yang disayangi
Said Husain dan Salma Shafie
Terima kasih atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang kalian berikan kepadaku
sejak kecil. Segala jerih payah kalian berdua tidak akan ku lupakan. Terima kasih juga
atas doa kalian keatas anakmu ini.
Abang, kakak dan adik- adikku
Mohd Hadiratul Quddus, Nurul Syuhada, Nur Farahiyah, Mohd Mustaqim, Mohd
Tarmimi, Mohd Firdaus dan Mohd Fuad.
Terima kasih atas dorongan dan sokongan kalian.
Buat Abah (Ahmad Puhad b. Alim)
Selaku penyelia dan pensyarah yang banyak membantu dan mendidik
Jasamu akan ku hargai selamanya
Juga buat mama(Abidah Murad) sekeluarga.
Dan yang teristimewa (Madheil Azaeim)
Terima kasih atas dorongan dan bantuan kalian.
Buat semua pensyarah di Fakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan
Terima kasih atas didikan kalian.
Sahabat-Sahabat Seperjuangan Yang Dikasihi,
Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Pendididkan (Pengajian Islam)..
Terima Kasih Di Atas Segala-Galanya
Semoga Kejayaan Menjadi Milik Kita Bersama
Amin...
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang Maha Pemurah kerana dengan
limpah kurniaNya dan izinNya, diberi saya kekuatan dan semangat untuk menyiapkan
Projek Sarjana Muda. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW,
ahli keluarga baginda, sahabat baginda dan para mujahidin.
Setinggi- tinggi penghargaan diucapkan kepada abah, mak dan keluarga yang
tidak jemu memberi dorongan dan sokongan serta doa yang amat membantu dalam
menyiapkan kajian ini. Semoga Allah merahmati kalian.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Puhad
b. Alim selaku penyelia dan pembimbing saya kerana sanggup meluangkan masa
keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar, menyumbang tenaga serta melontarkan
buah fikiran sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Begitu juga buat
pihak di Fakulti Tamadun Islam (FTI),Fakulti Pendidikan (FP), Universiti Teknologi
Malaysia dan juga pihak Perpustakaan Sultanah Zanariah.
Terima kasih kepada Pn. Norhalina Othman yang telah memberikan kerjasama
yang baik sepanjang proses temubual. Juga buat sahabat-sahabat tahun akhir Sarjana
Muda Sains SertaPendidikan (Pengajian Islam) sesi 2010/2011, terima kasih kerana
memberikan sokongan dalam usaha menyiapkan projek ini.
Akhir kata, kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung, terima kasih diucapkan. Semoga Allah melipatgandakan pahala amalan kalian
seterusnya dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat, amin.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengkaji persepsi pengguna terhadap pengurusan halal
JAKIM. Di samping itu juga kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti pengetahuan
pengguna terhadap prosedur mendapatkan sijil dan logo halal JAKIM dan kesedaran
pengguna terhadap adanya sistem kawalan sijil dan logo halal JAKIM. Kajian ini
melibatkan pelajar tahun 2, 3 dan 4 program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam). Set soal selidik yang mengandungi 50 item telah diedarkan kepada
109 orang responden. Namun, hanya 95 set soal selidik sahaja yang telah dikembalikan.
Data dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan, serta
min dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for
windows versi 15.0. Nilai kebolehpercayaan soal selidik adalah α = 0.913. Purata min
bagi objektif pertama, iaitu persepsi pengguna terhadap pengurusan halal JAKIM
adalah 3.99. Purata min bagi objektif kedua iaitu berkenaan dengan pengetahuan
pengguna tentang prosuder halal adalah 4.02. Manakala, 4.06 adalah purata min bagi
objektif yang terakhir iaitu, kesedaran pengguna terhadap adanya sistem kawalan sijil
dan logo halal JAKIM. Di akhir kajian, penyelidik mencadangkan beberapa cadangan
terhadap pihak- pihak yang tertentu. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk
penyelidikan pada masa akan datang.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to investigate the consumer’s perception toward the
management of halal JAKIM. In addition, this study was conducted to identify
consumer’s knowledge of procedures to obtain JAKIM halal logo and awareness of
system control and certification of halal JAKIM. This study involved the 2nd
, 3rd
and 4th
year students Bachelor of Science with Education (Islamic Studies). Questionnaire that
consists of 50 items were distributed to 109 respondents. However, only 95
questionnaires were returned. Data were analyzed descriptively to get the frequencies,
percentages, and means by using the Statistical Package for Social Science (SPSS)
version 15.0 for windows. The reliability value of the pilot study was α= 0.913. The
mean of the first objective which is perception of users on the management of halal
JAKIM is 3.99.The average mean for the second objective which is concerned with the
knowledge of consumers about halal procedures is 4.02. Meanwhile, the average of
mean is 4:06 for the final objective which is awareness of the control system and
certification of halal JAKIM. At the end of the study, researcher had proposed several
suggestions to the related parties. Further studies were proposed for research in the
future.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
viii
1.7 Batasan dan Skop Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 8
1.8.1 Persepsi 8
1.8.2 Pengguna 9
1.8.3 Halal 9
1.8.4 Haram 9
1.8.5 Prosedur 10
1.9 Kesimpulan 10
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 11
2.2 Konsep Pengurusan 12
2.2.1 Pengurusan Konvensional 12
2.2.2 Pengurusan Islam 13
2.2.2.1 Prinsip- prinsip Pengurusan Islam 14
2.3 Konsep Kawalan 18
2.4 Konsep Halal Haram dalam Islam 19
2.4.1 Pengertian Halal dan Haram 24
2.4.2 Pengertian Syubhat 29
2.5 Pengurusan Halal di Malaysia 35
2.5.1 Pengurusan Halal JAKIM 35
2.5.2 Standard dan Piawaian 37
2.5.3 Prosedur Permohonan Halal 38
2.5.3.1 Pengauditan 40
2.5.4 Sistem Kawalan Sijil Halal JAKIM 42
2.5.4.1 Undang- undang yang Digunapakai
dalam Pemantauan dan
Pemeriksaan. 44
2.6 Kajian Lepas 46
ix
2.7 Kesimpulan 47
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 48
3.2 Reka Bentuk Kajian 48
3.3 Tempat Kajian 49
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 49
3.5 Instrumen Kajian 50
3.5.1 Borang Soal Selidik 51
3.6 Kajian Rintis 53
3.7 Pengumpulan Data Sekunder 54
3.8 Tatacara Kajian 54
3.9 Analisis Data 55
3.10 Kesimpulan 57
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 58
4.2 Analisis Item Soalan Bahagian A 59
4.2.1 Latar Belakang Responden mengikut Jantina 59
4.2.2 Latar Belakang Responden mengikut Umur 60
4.2.3 Latar Belakang Responden mengikut Tahun
Kursus 60
4.2.4 Latar Belakang Responden mengikut Tahap
Pendidikan 61
4.2.5 Latar Belakang Responden mengikut Aliran
Pendidikan 61
4.3 Analisis Item Soalan Bahagian B 62
x
4.3.1 Analisis Data Mengenai Persepsi Pengguna
Terhadap Pengurusan Halal JAKIM 63
4.4 Analisis Item Soalan Bahagian C 71
4.4.1 Analisis Data Mengenai Pengetahuan
Pengguna Terhadap Prosedur Mendapatkan
Sijil dan Logo Halal JAKIM 71
4.5 Analisis Item Soalan Bahagian D 79
4.5.1 Analisis Data Mengenai Kesedaran
Pengguna terhadap Adanya Sistem
Kawalan Sijil dan Logo Halal JAKIM 79
4.6 Analisis Keseluruhan 88
4.6.1 Dapatan Kajian Persepsi Pengguna
Terhadap Pengurusan Halal JAKIM 88
4.6.2 Dapatan Kajian Pengetahuan Pengguna
Terhadap Prosedur Mendapatkan Sijil
dan Logo Halal 90
4.6.3 Dapatan Kajian Kesedaran Pengguna
Terhadap Adanya Sistem Kawalan 93
4.7 Kesimpulan 95
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 97
5.2 Perbincangan 97
5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 98
5.2.2 Persepsi Pengguna terhadap Pengurusan
Halal JAKIM 100
5.2.3 Pengetahuan Pengguna Terhadap prosedur
Mendapatkan Sijil dan Logo Halal 102
5.2.4 Kesedaran Pengguna terhadap Adanya
xi
Sistem Kawalan Sijil dan Logo Halal
JAKIM 104
5.3 Rumusan 105
5.3.1 Persepsi Pengguna terhadap Pengurusan
Halal JAKIM 106
5.3.2 Pengetahuan Pengguna Terhadap prosedur
Mendapatkan Sijil dan Logo Halal 106
5.3.3 Kesedaran Pengguna terhadap Adanya
Sistem Kawalan Sijil dan Logo Halal
JAKIM 107
5.4 Cadangan 107
5.4.1 Persatuan Pengguna 107
5.4.2 Media Massa 108
5.4.3 JAKIM 108
5.4.4 Kerajaan Malaysia 109
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 109
5.6 Kesimpulan 110
BIBLIOGRAFI 111
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Kriteria Skala Likert 52
3.2 Taburan Soalan Mengikut Persoalan Kajian 52
3.3 Taburan Soalan Mengikut Item Positif dan Negatif 52
3.4 Tahap Skor Min 56
3.5 Aras Persetujuan 56
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 59
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 60
4.3 Taburan Responden Mengikut Tahun Kursus 60
4.4 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan 61
4.5 Taburan Responden Mengikut Aras Pendidikan 61
4.6 Skala Likert 62
4.7 Nilai Skor Min 63
xiii
4.8 Taburan Skor bagi Item 1 63
4.9 Taburan Skor bagi Item 2 64
4.10 Taburan Skor bagi Item 3 64
4.11 Taburan Skor bagi Item 4 65
4.12 Taburan Skor bagi Item 5 65
4.13 Taburan Skor bagi Item 6 66
4.14 Taburan Skor bagi Item 7 66
4.15 Taburan Skor bagi Item 8 67
4.16 Taburan Skor bagi Item 9 67
4.17 Taburan Skor bagi Item 10 68
4.18 Taburan Skor bagi Item 11 68
4.19 Taburan Skor bagi Item 12 69
4.20 Taburan Skor bagi Item 13 69
4.21 Taburan Skor bagi Item 14 70
4.22 Taburan Skor bagi Item 15 70
4.23 Taburan Skor bagi Item 16 71
4.24 Taburan Skor bagi Item 17 72
4.25 Taburan Skor bagi Item 18 72
4.26 Taburan Skor bagi Item 19 73
4.27 Taburan Skor bagi Item 20 73
4.28 Taburan Skor bagi Item 21 74
xiv
4.29 Taburan Skor bagi Item 22 74
4.30 Taburan Skor bagi Item 23 75
4.31 Taburan Skor bagi Item 24 75
4.32 Taburan Skor bagi Item 25 76
4.33 Taburan Skor bagi Item 26 76
4.34 Taburan Skor bagi Item 27 77
4.35 Taburan Skor bagi Item 28 77
4.36 Taburan Skor bagi Item 29 78
4.37 Taburan Skor bagi Item 30 78
4.38 Taburan Skor bagi Item 31 80
4.39 Taburan Skor bagi Item 32 80
4.40 Taburan Skor bagi Item 33 81
4.41 Taburan Skor bagi Item 34 81
4.42 Taburan Skor bagi Item 35 82
4.43 Taburan Skor bagi Item 36 82
4.44 Taburan Skor bagi Item 37 83
4.45 Taburan Skor bagi Item 38 83
4.46 Taburan Skor bagi Item 39 84
4.47 Taburan Skor bagi Item 40 84
4.48 Taburan Skor bagi Item 41 85
4.49 Taburan Skor bagi Item 42 86
xv
4.50 Taburan Skor bagi Item 43 86
4.51 Taburan Skor bagi Item 44 87
4.52 Taburan Skor bagi Item 45 87
4.53 Dapatan Kajian Persepsi Pengguna Terhadap
Pengurusan Halal JAKIM 88
4.54 Dapatan Kajian Pengetahuan Pengguna Terhadap Prosedur
Mendapatkan Sijil dan Logo Halal 91
4.55 Dapatan Kajian Kesedaran Pengguna Terhadap Adanya
Sistem Kawalan 93
xvi
SENARAI SINGKATAN
JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
KPDNKK Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan
KS Kurang Setuju
MRSM Maktab Rendah Sains Mara
PSZ Perpustakaan Sultanah Zanariah
r.a Radiallahu anha
S Setuju
SAW Sallallahu Alaihi Wasalam
SBP Sekolah Berasrama Penuh
SMA Sekolah Menengah Agama
SMK Sekolah Menengah Kebangsaan
SMUA Sekolah Menengah Ugama Negeri
SPI Sarjana Muda Sains serta Pendidikan(Pengajian Islam)
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
SS Sangat Setuju
STAM Sijil Tinggi Agama Malaysia
STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
STS Sangat Tidak Setuju
SWT Subhanahu Wa Taala
TS Tidak Setuju
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Soal Selidik
B Surat Pemohonan Menjalankan Projek
Sarjana Muda
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pihak Pengurusan halal di Malaysia seharusnya berhati-hati dan bersikap positif
terhadap isu-isu yang berkaitan logo halal JAKIM demi menjaga kebajikan semua pihak
yang terlibat dengan industri halal dan keperluan umat Islam di Malaysia. Umat Islam
akan merasa selesa dan selamat jika pihak yang berkaitan dengan pengeluaran sijil dan
logo halal tidak dipertikaikan kemampuan dan kebertanggungjawabannya dalam
mengurus sektor halal di Malaysia. Setiap kelemahan yang berlaku dalam pengurusan
dan pengeluaran logo halal hendaklah diatasi segera dan perkhidmatanya di
pertingkatkan agar semua pihak berpuas hati.
Umumnya masyarakat Malaysia mengetahui tentang peranan yang dimainkan
oleh pihak JAKIM dalam menjadikan Malaysia sebagai Hab Halal dunia dan
menganggap JAKIM mempunyai tanggungjawab besar dalam perkara ini. Kesedaran
semua pihak termasuk pengusaha dan pengguna terhadap makanan halal adalah sama,
2
mereka melihat jaringan pihak-pihak yang terlibat dalam makanan halal adalah sama
penting. Oleh itu faktor-faktor yang boleh menyebabkan kegagalan usaha murni negara
sebagai pengeluar terbesar produk halal dunia hendaklah dikenal pasti.
Tujuan memperbaiki tahap pengurusan halal di Malaysia bukan semata-mata
untuk melindungi kepentingan pengusaha dan pengguna tetapi juga melindungi akidah
dan kehidupan beragama. Penyelewengan yang berlaku dalam sijil dan logo halal boleh
menjejaskan nama baik negara dan kepercayaan dunia terhadap Malaysia. Negara telah
membelanjakan banyak wang bagi tujuan menjadikan Malaysia sebagai negara contoh
dalam industri makanan halal.
Pandangan baik dunia terhadap Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang
membangun perlu diambil kesempatan agar apa yang negara lakukan sentiasa mendapat
sokongan padu terutamanya dari negara-negara Islam. Umat Islam di seluruh dunia
hakikatnya adalah pelanggan terhadap barangan halal yang cuba diusahakan Malaysia.
Pengurusan sijil dan logo halal JAKIM yang berkredibiliti mampu memberikan
keyakinan terhadap usahawan halal dalam dan luar negara.
Pihak pengurusan halal di Malaysia seperti JAKIM juga perlu
mempertingkatkan perkhidmatan dan menawarkan sijil dan logo halal hanya kepada
syarikat dan usahawan yang benar-benar bertanggungjawab dan sentiasa mematuhi
peraturan-peraturan yang ditetapkan JAKIM. Semakin tinggi tahap pengurusan JAKIM
terhadap sijil dan logo halal semakin kurang isu-isu berkaitan yang berlaku, dan ianya
dapat mengurangkan penyelewengan sijil dan logo halal di kalangan usahawan produk
halal di Malaysia.
3
Dalam pengurusan sesebuah organisasi perkara yang dianggap penting ialah
bagaimana organisasi dapat memastikan sistem pengurusan sijil dan logo halal JAKIM
di perbaiki dan dipertahankan kewibawaannya dari semasa ke semasa. Perkara ini dapat
dilakukan melalui tindakan-tindakan yang dianggap wajar dan menepati tuntutan
pengurusan dalam Islam.
1.2 Latar belakang Masalah
Umat Islam di Malaysia kini dikejutkan dengan pelbagai pendedahan produk
yang selama ini dianggap halal tapi sebaliknya berlaku penipuan sepertimana
bercampurnya bahan- bahan yang tidak halal dan penyalahgunaan logo halal. Harian
Metro, (11 Jun 2010). JAKIM telah mengadakan serbuan keatas sebuah kilang di Sungai
Petani, Kedah yang mengeluarkan dan mengedar produk makanan seperti bebola dan
kek ikan, mee dan kuetiaw dan telah mendapati makanan yang halal dan haram
bercampur di dalam satu peti sejuk iaitu bebola ikan dan kek ikan yang mendapat
kelulusan halal JAKIM telah bercampur dengan bebola babi yang diperolehi daripada
pengeluar lain. Harian Metro, (11 Jun 2010). Selain daripada itu, memakan haiwan
ternakan yang diberi makanan sebahagian besarnya adalah organ dalaman babi atau
haiwan lain secara berterusan adalah haram bagi umat Islam dan fatwa mengenai
pengharaman telah diwartakan. Berita Harian, (19 April 2010). Terdapat juga banyak
khabar yang menyatakan, bukan sahaja produk makanan yang mempunyai status tidak
halal atau syubhah tetapi produk kegunaan harian seperti sabun, barangan kosmetik, beg
tangan, kasut dan lain- lain lagi, sebagai contoh barangan kosmetik yang diperbuat
daripada janin yang digugurkan, manakala barangan kulit diperbuat daripada kulit babi.
4
Harian Metro(19 Mei 2010) ayam yang baru disembelih di Pasar Pudu dibiarkan
berlonggok atas lantai yang kotor dan berlendir. Malah kebanyakan penyembelih ayam
berkenaan adalah terdiri daripada kalangan warga Bangladesh yang dikhuatiri tidak
menjalani ujian kesihatan selain lulus ujian syara’ bagi menjadi penyembelih ayam.
Permasalahan logo halal yang pelbagai rupa dan bentuk juga menjadi punca
kekeliruan sama ada sesuatu produk itu halal ataupun haram kepada pengguna
terutamanya pengguna Islam. Sesetengah umat Islam mudah percaya dengan adanya
logo halal pada sesuatu premis atau pun pekerja wanitanya memakai tudung, dan
keyakinan mereka tidak akan pudar akan status halal premis tersebut biarpun pemilik
premis itu adalah orang bukan Islam. Terdapat pihak yang menyatakan bahawa JAKIM
sukar untuk menangani masalah logo halal ini. Bagi menjawab persoalan ini, pihak
JAKIM telah menyatakan bahawa pemantauan berkala dan berjadual sentiasa dilakukan
dilakukan keatas pemegang- pemegang sijil pengesahan halal Malaysia. JAKIM
menyasarkan untuk membuat pemantauan berkala sekurang- kurangnya dua kali setahun
keatas pemegang sijil pengesahan sijil halal. (Berita Harian, 15 April 2010).
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir
Baharom berkata “Produk makanan yang menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf
oleh kerajaan, tidak dibenarkan dipamer di ruang makanan halal di premis perniagaan
seluruh negara selepas Akta Halal diperkenalkan selewat- lewatnya hujung tahun ini. Ia
adalah antara aspek utama yang dipertimbangkan sebelum draf Akta itu dikemukakan
dalam pembentangan rang undang- undang Akta halal di parlimen”. ( Berita Harian, 8
Mac 2010)
Menurut Ustaz Amri Abdullah, Penolong Pengarah Pemantauan Bahagian Hab
Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), selepas pihak pemohon menepati
segala peraturan, pemeriksaan produk dan garis panduan yang telah ditetapkan maka
5
JAKIM akan mengeluarkan sijil halal. Selepas itu, barulah dilakukan pemantauan secara
berkala dan juga dilakukan sekiranya terdapat aduan. (Majalah Aniqah. Julai 2010: 22)
Seiring dengan matlamat negara ingin menjadikan Malaysia sebuah negara
pengeluar produk halal, maka Malaysia telah mengambil beberapa langkah untuk
memastikan bahawa setiap keluaran produk halal dari Malaysia adalah halal secara
menyeluruh. Menurut Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan Industri Halal (HDC),
Wan Salman Sulaiman dalam Harian Metro (28 April 2010) Malaysia mahu menjadi
lebih daripada kadar hab kerana hasrat negara untuk membangunkan ekonomi halal dan
ekosistem halal. Manakala Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Industri
Halal (HDC) berkata hab halal Malaysia sebenarnya lebih menyeluruh berbanding
dengan negara lain kerana selain proses pembuatannya, ia meliputi banyak lagi perkara.
Ini bermakna Malaysia bukan sekadar hab sebaliknya lebih dari itu seperti dari segi
ekosistem dan logistik. (Harian Metro, 17 Mei 2010).
Perkembangan produk halal di Malaysia bukan sahaja dalam industri produk
makanan malah turut berkembang dalam aspek perbankan dan perkhidmatan. Sebagai
contoh dalam sistem Perbankan Islam terdapat produk- produk seperti mudharabah,
murabahah dan lain- lain. Selain daripada itu, sistem pajak gadai Islam iaitu al- Rahnu
telah berkembang ke arah yang positif. Harian Metro(19 Jun 2010) Yayasan
Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) bercadang untuk mewujudkan 400
cawangan perkhidmatan pajak gadai berkonsepkan Islam iaitu al-Rahnu, di seluruh
negara pada 2012.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Dalam era globalisasi ini, terdapat pelbagai isu yang berkaitan dengan soal halal,
haram dan syubhah. Terdapat pelbagai produk di pasaran sama ada produk makanan,
perkhidmatan, barangan kegunaan dan lain- lain. Namun, persoalannya adakah semua
produk ini adalah halal dan suci. Selain daripada itu, adakah sijil dan logo halal yang
dipamerkan pada produk atau premis- premis jualan adalah diluluskan oleh pihak
JAKIM. Oleh yang demikian penyelidik di dalam kajian ini ingin membuat kajian
terhadap pengurusan sijil dan logo halal JAKIM dengan menumpukan kepada persepsi
pengguna terhadap pengurusan sijil dan logo halal, pengetahuan pengguna terhadap
prosedur mendapatkan sijil dan logo halal serta kesedaran pengguna terhadap adanya
sistem kawalan sijil dan logo halal JAKIM.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
1.4.1 Mengenalpasti persepsi pengguna terhadap pengurusan halal JAKIM
1.4.2 Mengenalpasti pengetahuan pengguna terhadap prosedur mendapatkan sijil
dan logo halal JAKIM
1.4.3 Mengenalpasti kesedaran pengguna terhadap adanya sistem kawalan sijil
dan logo halal JAKIM
7
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian dalam kajian ini adalah:
1.5.1 Apakah persepsi pengguna terhadap pengurusan halal JAKIM?
1.5.2 Adakah pengguna mengetahui terhadap prosedur mendapatkan sijil dan logo
halal JAKIM?
1.5.3 Adakah pengguna menyedari tentang adanya sistem kawalan terhadap sijil
dan logo halal JAKIM?