Upload
others
View
354
Download
12
Embed Size (px)
Citation preview
PENGURUSAN KOKURIKULUM
ASAS UNIT BERUNIFORM
Perlaksanaan di Politeknik Kota Kinabalu
2015
Penyelaras: Md Syadiqin Bin Awg Adi @ Jumaat
Ketua Kursus Kokurikulum
Penulis: Barbara Belinda James (Pengakap Kelana)
Md Syadiqin Bin Awg Adi @ Jumaat (Wataniah) Firdaus Bin Mohd Noor (PISPA)
Benny Azmi Bin Diamon (RELASIS)
Ogos 2015
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 2
PENGURUSAN KOKURIKULUM
ASAS UNIT BERUNIFORM SEMESTER SATU
Perlaksanaan di Politeknik Kota Kinabalu
PENDAHULUAN
Kokurikulum Baharu Kursus Kokurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik, Politeknik
Kota Kinabalu (PKK) ini adalah alternatif pihak Unit Kokurikulum, Jabatan Sukan
Kokurikulum dan Kebudayaan PKK sebagai panduan asas dan pantas kepada semua
kakitangan terutamanya kakitangan akademik yang akan dan sedang melaksanakan
kursus baharu. Panduan ini juga menerangkan secara ringkas dan mudah difahami agar
perlaksanaannya berjalan lebih lancar.
Hasil Mesyuarat Pengurusan bil. 9 pada 5 JUN 2014 bahawa Asas Unit
Beruniform (DRB1XX0) bagi semester satu adalah diWAJIBkan. Perkara ini
dipersetujui atas dasar mengekalkan pemantauan disiplin pelajar di Politeknik Kota
Kinabalu. Bagaimanapun, keputusan mewajibkan kursus DRB1XX0 ini adalah pilihan
di politeknik masing-masing. Oleh itu, perlaksanaannya akan berubah dari semasa ke
semasa.
Perlaksanaan Kursus Kokurikulum baharu ini masih peringkat awal dan
perlaksanaannya sentiasa dipantau untuk penambahbaikan. Oleh yang demikian,
perlaksanaannya di Politeknik Malaysia adalah mengikut keperluan politeknik masing-
masing dan mungkin perlaksanaan Kursus Kokurikulum juga berbeza dengan
politeknik-politeknik di Malaysia, Oleh yang demikian, dengan harapan panduan
Pengurusan Kokurikulum ini dapat membantu kepada sedikit sebanyak kepada pihak
pengurusan, Ketua Jabatan, Ketua Program, Penasihat Akademik dan Pensyarah Kursus
di PKK.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 3
PENGURUSAN KOKURIKULUM
ASAS UNIT BERUNIFORM
Perlaksanaan di Politeknik Kota Kinabalu
Bab Isi Kandungan Muka Surat
Kurikulum Baharu Kursus Kokurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik :
Perlaksanaan Di Politeknik Kota Kinbalu
1.0 Pengenalan 5
1.1 Kursus Kokurikulum Baharu Politeknik Malaysia 6
1.2 Perlaksanaan Kursus Kokurikulum Di PKK 7
1.3 Pendaftaran Kursus 8
1.4 Pra Syarat Pengambilan Kursus 10
1.5 Kursus Sukan, Kelab, Persatuan Dan Unit Beruniform 11
2.0 Konsep Perlaksanaan Kursus Asas Unit Beruniform 12
Pengakap Kelana
3.0 Pengenalan 14
3.1 Penyelarasan Pentadbiran Pengakap Dangan P&P Di PKK 14
3.2 Asas Pengakap Kelana 15
3.3 Pengakap Kelana 17
3.4 Tujuan Pengakap Kelana 18
3.5 Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) 19
3.6 Pakaian Seragam Pengakap Kelana 20
3.7 Asas Simpulan Dan Ikatan 21
3.8 Khidmat Masyarakat 24
3.9 Skim Lencana Pengakap Kelana 26
Askar Wataniah
4.0 Pengenalan 27
4.1 Sistem Pentadbiran 28
4.2 Penyelarasan Pentadbiran Rejimen Dangan PKK 28
4.3 Unit Beruniform Askar Wataniah 29
4.4 Jenis-Jenis Latihan 32
4.5 Kem Askar Wataniah 34
Pasukan Siswa Siswi Pertahanan Awam (Pispa)
5.0 Pengenalan 35
5.1 Sistem Pentadbiran 35
5.2 Penyelarasan Pentadbiran Pispa Dangan P&P Di PKK 36
5.3 Pengenalan Kepada Pertahanan Awam 36
5.4 Pengenalan Kepada Pasukan Institusi Pertahanan Awam (Pispa) 41
5.5 Pengenalan Pertolongan Cemas 43
5.6 Luka Dan Pendarahan 45
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 4
Bab Isi Kandungan Muka Surat
Briged Rela Siswa Siswi (Relasis)
6.0 Pengenalan 48
6.1 Sistem Pentadbiran 48
6.2 Penyelarasan Pentadbiran Relasis Dangan P&P Di PKK 48
6.3 Briged Rela Siswa Siswi (Relasis) 49
6.4 Perundangan Rela, Undang-Undang Dan Akta Berkaitan 53
6.5 Kandungan Akta Psm 2012 (Akta 752) 53
6.6 Kawad Kaki 54
6.7 Latihan Luar Dan Aktiviti Sukarela 54
7.0 Rumusan 55
Rujukan 56
Senarai Jadual
Jadual 1: Perlaksanaan Kursus Kokurikulum Baharu
(Bermula Sesi JUN 2014) 10
Jadual 2 : Kod Kursus Sukan, Kelab Persatuan dan Unit Badan
Beruniform Yang Berdaftar 11
Jadual 3: Perkembangan dan Penyesuaian Perlaksanaan
Kursus Kokurikulum 12
Senarai Lampiran
Lampiran A: Penerangan Logo RELA 57
Lampiran B : Pakaian Seragam RELA 58
Lampiran C: Akta dan Peraturan RELA 63
Lampiran D: Bahasa Kawad RELA 67
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 5
KURIKULUM BAHARU KURSUS KOKURIKULUM, JABATAN PENGAJIAN
POLITEKNIK : PERLAKSANAAN DI POLITEKNIK KOTA KINBALU
Oleh: Md Syadiqin Bin Awg Adi @ Jumaat
Ketua Kursus Kokurikulum
1.0 PENGENALAN
Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa
berusaha menambah baik kurikulum politeknik di Malaysia. Di politeknik Malaysia,
kursus kokurikulum berkredit telah dilaksanakan pada tahun 2001 (Azman, 2014).
Pendekatan awal adalah untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran khusus dalam
sukan, kelab, persatuan dan unit beruniform.
Kursus kokurikulum berkredit sentiasa ditambahbaik apabila disemak semula
pada pertengahan tahun 2012 seterusnya dimantapkan pada tahun 2014. Bagaimanapun
penambahbaikan dan semakan akan sentiasa dilaksanakan mengikut keperluan dari
semasa ke semasa.
Antara objektif utama kursus kokurikulum adalah untuk memantapkan dan
mengasah bakat, kemahiran dan potensi samada pensyarah mahupun pelajar. Membentuk
dan membangunkan sahsiah, jatidiri, semangat patriotisme, dan mendedahkan sifat-sifat
serta ciri-ciri kepimpinan kepada pelajar.
Pelbagai strategi telah dirancang agar kurikulum ini juga dapat dilaksanakan
dengan sebaiknya iaitu antarannya adalah kewajaran yang sesuai kepada pelajar yang
aktif, penglibatan pelajar kepada kursus kejurulatihan, sentiasa mempelbagaikan aktiviti
sukan, kelab/persatuan dan unit beruniform, penglibatan semua kaum, penglibatan
jawatankuasa pengurusan, kelab dan persatuan luar, memantapkan sistem perekodan dan
sentiasa memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak yang terlibat.
Oleh yang demikian, hasil perancangan, pertimbangan, objektif, maklamat dan
strategi peraksanaan, kursus kokurikulum ini masih dalam proses pengukuhan dan akan
sentiasa disemak dengan sewajarnya mengikut keperluan.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 6
1.1 KURSUS KOKURIKULUM BAHARU POLITEKNIK MALAYSIA
Keperluan melaksanakan Kursus Kokurikulum Baharu Politeknik adalah
berdasarkan arahan daripada Kementerian Pendidikan Malasyia pada tahun 2012.
Perlaksanaannya merujuk kepada teras keempat PSPTN iaitu memperkasa institusi
pengajian tinggi melalui penyertaan dalam aktiviti kokurikulum dan kesukarelaan.
Kajian perlaksanaan kursus pengajian umun di Institusi Pengajian Tinggi telah
dilaporkan kepada YB Menteri pada 22 Oktober 2012. Oleh yang demikian, penawaran
menyusun semula kursus pengajian umum kepada semua IPTA, IPTS, Politeknik dan
Kolej Komuniti seluruh Malaysia bermula pada september 2013.
Hasil penawaran tersebut, Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum,
Bahagian Pembangunan Kurikulum dan latihan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik
telah mengemaskini kursus pengajian umum Politeknik Malaysia untuk disesuaikan
dengan program yang ditawarkan. Perlaksanaan bermula pada sesi JUN 2014.
Terdapat 2 laluan yang disediakan bagi pelajar untuk mengambil Kursus
Kokurikulum yang boleh dipilih pada peringkat Program Sijil Kemahiran Khas, Pra
Diploma, Diploma dan Ijazah. Kedua-dua laluan tersebut adalah:-
Laluan 1: Kokurikulum 1: Sukan (semester 2) dan
Kokurikulum 2: Kelab/Persatuan (semester 3)
Laluan 2: Kokurikulum: Asas Unit Beruniform (semester 1)
Kokurikulum: Unit beruniform (semester 2 dan 3)
Bagi pelajar yang memilih Laluan 1, pelajar wajib mengambil Kokurikulum 1
dan 2 iaitu sukan dan kelap/persatuan. Manakala pelajar yang memilih Unit Beruniform
perlu menghabiskan tiga semester yang mana semester pertama (1) adalah pra syarat
untuk meneruskan ke semester dua dan tiga. Berbeza dengan memilih Laluan 1, pelajar
tidak ditawarkan kursus kokurikulum pada semester satu dan tidak mempunyai sebarang
pra syarat. Oleh itu, pelajar perlu memilih dan merancang minat masing-masing mulai
daripada semester satu lagi.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 7
1.2 PERLAKSANAAN KURSUS KOKURIKULUM DI PKK
Politeknik Kota Kinabalu hanya menawarkan dua peringkat program sahaja iaitu
Program Sijil Kemahiran Khas dan Diploma tetapi mempunyai perlaksanaan
kokurikulum yang berbeza. Begitu juga perlaksanaan terhadap pengambilan kursus
kokurikulum pada semester satu seperti berikut:-
1.2.1 PERLAKSANAAN KOKURIKULUM SEMESTER SATU
Merujuk kepada Mesyuarat Pengurusan bil. 9 pada 5 Jun 2014 Politeknik
Kota Kinabalu, keputusan telah dibuat bahawa semua pelajar semester satu
WAJIB mengambil kursus Asas Unit Beruniform mulai Sesi Jun 2014 walaupun
kursus tersebut hanya wajib kepada pelajar yang memilih Laluan 2 (Unit
Beruniform). Keputusan mewajibkan kursus tersebut adalah bagi mengekalkan
konsep pengukukuhan disiplin kepada pelajar baharu.
Perlaksanaan WAJIB mengambil kursus Asas Unit Beruniform atau HADIR
WAJIB kepada semua pelajar semester satu ini adalah tidak kekal. Sebarang
perubahan perlaksanaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengikut
keperluan dan pensesuaian perlaksanaan kokurikulum PKK.
1.2.2 PERLAKSANAAN KOKURIKULUM SEMESTER DUA DAN
KEATAS
1.2.2.1 Program Sijil Kemahiran
PKK menawarkan Program Sijil Kemahiran Khas iaitu Program Hotel dan
Katering bagi pelajar kurang pendengaran dan bisu. Kursus Kokurikulum yang
digunapakai masih menggunakan Kurikulum asal yang mana aktiviti kokurikulum
pelajar seperti berikut:-
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 8
i) Polibriged 1 (RK101) : Semester 1
ii) Kelab / Persatuan (RK201) : Semester 2
Bagaimanapun, sebarang perubahan kurukulum bagi Program Sijil
Kemahiran Khas akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
1.2.2.2 Program Diploma
Bagi semua Program Diploma di PKK, perlaksanaan kursus
baharu dilaksanakan mengikut perancangan yang mana terdiri dua (2)
Pilihan atau Laluan mengikut minat pelajar.
a) PILIHAN / LALUAN 1 :
i) Sukan: Semester 2
ii) Kelab/Persatuan: Semester 3
b) PILIHAN / LALUAN 2 :
i) Unit Beruniform (Semester 1 hingga Semester 3)
1.3 PENDAFTARAN KURSUS
1.3.1 LALUAN 1 (Sukan Dan Kelab, Persatuan)
i. Pelajar dikehendaki mendaftar kursus kokurikulum pada awal semester
mengikut tarikh dan kalendar akademik semasa.
ii. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk mendaftar kursus secara
atas talian atau manual pada tarikh yang ditetapkan. Semasa pendaftaran,
pastikan kod kursus serta nama kursus adalah betul mengikut pilihan
pelajar.
iii. Selepas mendaftar, pelajar dikehendaki mencetak slip pendaftaran kursus
sebagai rujukan dan pengesahan pendaftaran. Slip ini adalah sebagai bukti
sah pelajar telah mendaftar kursus kokurikulum.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 9
iv. Pelajar dibenarkan mengikuti kursus Kelab/Persatuan walaupun gagal
kursus Sukan tetapi pelajar perlu mengulang semula kursus Sukan yang
gagal sebelum graduasi pada peringkat Diploma.
v. Sekiranya pelajar ingin menukar atau menggugurkan kursus Kokurikulum
berkaitan selepas mendaftar, sila berbuat demikian melalui proses
gugur/tambah atau tarik diri mengikut tarikh dan tempoh yang telah
ditetapkan oleh jawatankuasa peperiksaan politeknik.
1.3.2 LALUAN 2 (Unit Badan Beruniform)
i. Pelajar dikehendaki mendaftar kursus Unit Beruniform pada awal
semester mengikut tarikh dan kalendar akademik semasa.
ii. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk mendaftar kursus secara
atas talian atau manual pada tarikh yang ditetapkan. Semasa pendaftaran,
pastikan kod kursus serta nama kursus adalah betul mengikut pilihan
anda.
iii. Selepas mendaftar, pelajar dikehendaki mencetak slip pendaftaran kursus
sebagai rujukan dan pengesahan pendaftaran. Slip ini adalah sebagai bukti
sah pelajar telah mendaftar kursus Unit Beruniform.
iv. Pelajar yang mendaftar kursus Unit Beruniform, WAJIB meneruskan
pengajian dalam kursus tersebut selama Dua (3) semester dari semester
pertama (1) hingga semester tiga (3). Pelajar yang mengambil salah satu
kursus Unit Beruniform, TIDAK PERLU mendaftar kursus kokurikulum
Laluan 1,
v. Sekiranya pelajar yang mengambil kursus Unit Beruniform ingin
menggugurkan kursus tersebut, pelajar perlu mengulangi jumlah jam
kredit bagi mencukupkan minimum 3 jam kredit syarat bergraduat dengan
mengambil Laluan 1.
Sebarang masalah dan kemusykilan mengenai kursus-kursus tersebut, sila rujuk
terus ke Jabatan Sukan Kokurikulum dan Kebudayaan.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 10
1.4 PRA SYARAT PENGAMBILAN KURSUS
Pelajar boleh memilih mana-mana kursus yang ditawarkan samada berdasarkan
pilihan kerana minat dan bakat, atau pilihan wajib yang disyorkan oleh penasihat
akademik.
Sekiranya pelajar memilih LALUAN 2, pelajar HANYA perlu meneruskan
kursus Unit Beruniform sehingga Semester 6. Pelajar perlu mengikuti kursus Asas Unit
Beruniform sebelum mengikuti kursus Unit Beruniform 1 dan 2 (Rujuk Jadual 3).
Sebarang masalah dan kemusykilan mengenai kursus-kursus tersebut, sila rujuk terus ke
Unit Kokurikulum.
JADUAL 1: Perlaksanaan Kursus Kokurikulum Baharu (Mulai sesi JUN 2014)
PILIHAN SEMESTER
1 2 3 4 5 6 PERKARA
PILIHAN 1 Sukan
& Kelab/Pers
KOD
DRB1xx0
0 Jam Kredit
(2 jam/minggu)
(15 minggu/sem)
RABU (2-4 Ptg)
Sesi Pemilihan
Ke PILIHAN 2
DRS2xx1 (Sukan)
DRK3xx2 (Kelab/Pers
)
LI
- -
Jam Kredit 1 Jam Kredit 2 Jam Kredit
Masa Mengajar
(2 jam/minggu)
(15 minggu/sem)
RABU (2-4 Ptg)
(4 jam/minggu)
3 jam = P&P
1 jam = Aktiviti (15 minggu/sem)
RABU
(P&P= 2-5 Ptg)
Aktiviti P&P P&P / Aktiviti
Bersepadu
Bil. Pensyarah
(1 Pensyarah / Sukan /
Semester)
(2 Pensyarah / Kelab /
Semester)
PILIHAN 2 Unit
Beruniform (UB)
KOD DRB2xx1 DRB3xx2 DRB5xx0 DRB6xx0 Jam Kredit 1 Jam Kredit 2 Jam Kredit 0 Jam Kredit 0 Jam Kredit
Masa Mengajar
(2 jam/minggu)
(15 minggu/sem) RABU (2-4 Ptg)
(4 jam/minggu)
3 jam = P&P 1 jam = Aktiviti
(15 minggu/sem)
RABU
(P&P= 2-5 Ptg) Nilai Tambah
Terlibat dengan Latihan diluar
Membantu Latihan dalam Poli
Manjalankan Kursus kenaikan pangkat.
Aktiviti P&P P&P / Aktiviti
Bersepadu
Bil. Pensyarah
Merujuk kepada Bilangan UB yang ditawarkan.
(2 Pensyarah / Unit Beruniform / Semester)
(Pensyarah berkelayakan)
Sesi
Pemilihan
Aktiviti untuk Unit Beruniform sahaja bagi mendapatkan kelayakan / Nombor :
Penerangan asas Uniform, Ujian Kesihatan & Fizikal, Ujian Bertulis, Kursus pendek
dan dll.
Aktiviti
Bersepadu
Aktiviti praktikal yang dijalankan diluar masa P&P (Min.15 jam): contoh
Perkhemahan, Program CSR, Lawatan, Pertandingan dan Latihan Uniform
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 11
1.5 KURSUS SUKAN, KELAB, PERSATUAN DAN UNIT BERUNIFORM
Kursus-kursus yang ditawarkan mulai Sesi Jun 2014 dan kod-kod Sukan, Kelab dan
Unit Beruniform yang berdaftar merujuk kepada Jadual 2 di bawah.
JADUAL 2: Kod Kursus Sukan, Kelab Persatuan dan Unit Badan Beruniform Yang Berdaftar
DRS 2XX1
(Semester 2)
DRK 3XX2
(Semester 3)
DRB
1XX0/2XX1/3XX2/4XX0/5XX0
(Semester 1- 6)
KOD SUKAN KOD KELAB &
PERSATUAN KOD UNIT BERUNIFORM
01 Badminton 01 Amalan 5’s 01 Askar Wataniah
02 Bola Baling 02 Audio Visual 02 PLAS TUDM
03 Bola Jaring 03 Bahasa Inggeris 03 PLAS TLDM
04 Bola Keranjang 04 Dikir Barat 04 SUKSIS
05 Bola Sepak 05 Fotografi 05
Pasukan Institusi
Pertahanan Awam (PISPA) 06 Bola Tampar 06 Inovasi & Rekacipta
07 Catur 07 Kaunseling 06
Pengakap Kelana
Politeknik (Darat) 08 Dart 08 Kembara
09 Golf 09 Keusahawanan 07
Pengakap Kelana
Politeknik (Laut) 10 Hoki 10 Kompang
11 Karate-Do 11 Komputer 08
Pengakap Kelana
Politeknik (Udara) 12 Karom 12 Layang-Layang
13 Memanah 13 Mesra Alam 09
Briged RELA Siswa Siswi
(RELASIS) 14 Olahraga 14 Nasyid
15 Ping Pong 15 Pengguna
16 Ragbi 16 Study Circle
17 Scrabble 17 Tarian Tradisional
18 Sepak Takraw 18 Kelab Alat Kawalan
Jauh (RC)
19 Silat 19 Biodiversiti Marin
20 Skuasy 20 Gamilan
21 Softball 21 Radio Amatur
22 Taekwon-Do 22 Kelab Seni Lanskap
23 Tenis 23 Tarannum
24 Tenpin Boling
25 Boling Padang
26 Futsal
27 Kayak
28 Orienteering
29 Petanque
30 Woodball
31 Berbasikal
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 12
2.0 KONSEP PERLAKSANAAN KURSUS ASAS UNIT BERUNIFORM
Pada awal perlaksanaan kurikulum baharu iaitu pada Jun 2014, PKK telah
menawarkan keempat-empat unit beruniform untuk pilihan pelajar dan dikendalikan
mengikut jabatan. Manakala pada sesi Dis 2014 perlaksanaan ditambah baik dengan
keempat-empat unit beruniform diajar dan didedahkan pada setiap kelas setelah terdapat
kekangan semester sebelumnya dari sudut pengagihan dan pemantauan pelajar.
Bagaimana pun, masih terdapat kekangan pengurusan terhadap pensyarah yang
mengajar kerana tidak mampu untuk mempelbagaikan dan mengaitkan setiap uniform.
Penambahbaikan terus dilaksanakan dengan hanya menawarkan satu unit
beruniform Wataniah, PISPA dan RELASIS, manakala selainnya akan mengikuti kursus
Pengakap Kelana. Kaedah ini adalah yang terbaik daripada sudut pemantauan pensyarah
dan pengagihan pelajar. Jadual 3 menunjukkan perkembangan dan penyesuaian kursus
kokurikulum AUB yang telah dilaksanakan.
JADUAL 3: Perkembangan dan Penyesuaian Perlaksanaan Kursus Kokurikulum
Sesi Konsep Perlaksanaan Catatan
JUN
2014
Dikendalikan mengikut jabatan.
Sekurang-kurang 4 orang pensyarah
kursus dan setiap pensyarah kursus akan
mengajar unit berunifom yang berlainan.
Kekangan terhadap
pemantauan pelajar kerana
walaupun dalam satu jabatan
tetapi pelajar merentasi kelas.
DIS
2014
Keempat-empat unit beruniform diajar
dan didedahkan pada setiap kelas yang
diajar oleh seorang pensyarah kursus
(Wataniah, Pengakap Kelana, PISPA dan
RELASIS).
Kekangan pengurusan
terhadap pensyarah yang
mengajar kerana tidak mampu
untuk mempelbagaikan dan
mengaitkan setiap unit
beruniform.
JUN
2015
Hanya menawarkan satu kelas unit
beruniform Wataniah, PISPA dan
RELASIS yang dikendalikan pleh
pensyarah kursus yang kompeten,
manakala kelas selainnya mengikuti
kursus Pengakap Kelana
Kaedah ini dapat
mengurangkan masalah
daripada sudut pemantauan
pensyarah dan pengagihan
pelajar.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 13
Hasil dapatan daripada perlaksanaan pengendalian kursus kokurikulum AUB ini,
kaedah yang dilaksanakan pada sesi Jun 2015 telah banyak menstabilkan pengurusan
dan pemantauan agihan pelajar. Seterusnya mekanisma untuk membantu pensyarah yang
tidak kompeten adalah dengan mengadakan Kursus Pengurusan Kokurikulum AUB iaitu
membentangkan konsep perlaksanaan dan pendedahan perkara pembelajaran yang
diperlukan.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 14
UNIT BERUNIFORM : PENGAKAP KELANA
Oleh: Barbara Belinda James
Penyelaras Pengakap Kelana, PKK
3.0 PENGENALAN
Pengakap adalah persatuan yang sepenuhnya dikendalikan oleh badan bukan
kerajaan berbanding badan-badan beruniform yang lain di Malaysia. Keahliannya juga
bukan sahaja di dalam negara malah disertai seluruh dunia. Di Malaysia, Pengakap
sekolah adalah antara badan beruniform yang paling aktif dan dikenali pada ketika
masa dahulu sebelum diperkenalkan badan-badan beruniform yang ada sekarang.
Perlaksanaannya secara sukarela berasaskan disiplin yang tinggi menjadikan Pengakap
lebih mesra dan mempunyai identitinya tersendiri.
3.1 PENYELARASAN PENTADBIRAN PENGAKAP DANGAN PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DI PKK
Perlaksanakan hadir wajib bagi pelajar semester satu di PKK, Pengakap Kelana
adalah kursus alternatif yang sesuai ditawarkan kepada semua pelajar. Antara sebab
utama Pengakap dipilih untuk dijadikan kursus utama dalam perlaksanaan wajib kelas
semester satu kerana ianya lebih umum dan dikenali sejak dari sekolah dan sebahagian
pelajar telah memiliki pakaian masing-masing walaupun hasil sumber kewangan sendiri.
Pada asasnya kursus Pengakap Kelana mempunyai isi kandungan yang padat dan
perlu dicapai sebelum bergelar sebagai ahli Pengakap Kelana. Bagaimanapun
disebabkan terdapat kandungan kursus yang fleksibel dan tidak banyak mengangu dasar
perlaksanaan, maka penyesuaian pendedahan kursus Pengakap Kelana adalah amat
sesuai untuk pelajar semester satu. Dari sudut konsep dan pendedahan perlaksanaan
beruniform sememangnya Pengakap adalah panduan yang boleh menunjukkan
kesukarelaan dan jatidiri yang tinggi dalam memperkukuhkan disiplin pelajar.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 15
3.4 ASAS PENGAKAP KELANA
Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert
Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau
BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan
meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G.
Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England.
Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands
menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 (Dua
tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England). Manakala Persekutuan
Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2.
Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan
Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah
Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana
dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun
Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia
sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.
3.4.1 PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP
3.4.1.1 PERSETIAAN PENGAKAP
Bahawa dengan sesungguhnya,
saya berjanji dan bersetia, yang saya,
dengan seberapa daya upaya saya, akan;
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut Undang-Undang Pengakap
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 16
3.4.1.2 UNDANG-UNDANG PENGAKAP
1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan
kehormatan dirinya.
2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong,
Raja-raja, pemimpin-pemimpin, ibu bapanya, majikannya dan
orang-orang dibawahnya.
3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong
pada setiap masa.
4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara
kepada lain-lain Pengakap walau apa negeri, pangkat dan
agamanya sekalipun.
5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya
dan sentiasa berbudi.
2. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang.
3. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan
suruhan ibu bapanya, Ketua Patrolnya atau Pemimpin-pemimpin
Pengakapnya dengan tanpa apa-apa soalan.
4. Pengakap adalah seorang yang sentiasa bersabar dan manis
mukanya dalam masa kesusahan.
5. Pengakap adalah seorang yang jimat dan cermat.
6. Pengakap adalah seorang yang bersih dan suci fikiran, perkatan
dan perbuatannya.
3.4.1.3 LENCANA PENGAKAP
Lencana–lencana yang digunakan mempunyai maksud tersendiri, ianya
dianugerahkan kepada ahli terutamanya ahli Kelana sebagai mengakui bahawa ia
adalah seorang ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia.
Sebelum dilantik menjadi Ahli Kelana dan dianugerahkan Lencana Keahlian,
seorang bakal Kelana akan diuji dalam beberapa perkara untuk memberi
pengetahuan dan kemahiran asas dalam berpengakap. Antara perkara yang diuji
adalah seperti berikut:-
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 17
1. Persetiaan & Undang-undang Pengakap.
2. Tujuan Pergerakan Pengakap dan menyedari peranan Pengakap
Kelana.
3. Sejarah Pergerakan Pengakap di Malaysia dan Pengerakan
Pengakap Antarabangsa.
4. Kerja-kerja amal kepada masyarakat setempat bersama pasukan
seminima enam (6) jam.
5. Cara mengikat dan menggunakan simpulan dan ikatan.
(a) (b) (c) (d)
(a) KEAHLIAN PENGAKAP
(b) PENGAKAP MALAYSIA
(c) PENGAKAP DUNIA
(d) KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA (KLKM)
3.5 PENGAKAP KELANA
Pengakap Kelana ialah Pengakap bahagian dewasa di bawah Persekutuan
Pengakap Malaysia, terbuka kepada belia yang berusia di antara 17 ½ tahun hingga 25
tahun. Pengakap Kelana memberikan keseronokan, mewujudkan persahabatan dan
menawarkan aktiviti yang menarik kepada semua belia yang menyertainya. Aktiviti-
aktiviti Kelana yang dijalankan bersama ahli-ahli yang bersefahaman dan aktif di dalam
satu kumpulan yang dipanggil Krew Pengakap Kelana.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 18
Program Krew Kelana menawarkan aktiviti dan keseronokan di serata dunia dari
segi fizikal dan cabaran mental, memberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat
luar serta menyediakan peluang untuk melancong dalam Malaysia dan juga ke luar
negara. Ahli-ahli Krew Kelana akan diberi tugas untuk menguruskan krew sendiri dam
memastikan program Latihan Pengakap Kelana dilaksanakan.
Menyertai Kelana adalah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia
membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan
pengalaman hidup. Program Kelana adalah berasaskan kepada beberapa aktiviti utama
seperti berikut:
1. Perkhidmatan (Service)
2. Sosial (Social)
3. Cabaran luar (Outdoor Adventures)
4. Aktiviti Mental (Mental Challenge)
5. Pembinaan Semangat (Spiritual Development)
Krew Pengakap Kelana boleh mengadakan program sendiri yang boleh
dipelbagaikan mengikut minat dan idea ahli-ahli krew. Pengurusan dalaman Krew
Kelana adalah terletak di tangan ahli-ahli krew. Perlantikan pihak krew tertinggi adalah
di bawah pemilihan ahli kelana, dan akan menguruskan hubungan antara krew dengan
bantuan dan bimbingan daripada Penasihat Kelana.
3.4 TUJUAN PENGAKAP KELANA
Sepertimana dengan bahagian-bahagian lain dalam Persekutuan Pengakap
Malaysia, bahagian Pengakap Kelana juga mempunyai tujuannya tersendiri di mana ia
dilakukan mengikut pandangan seorang dewasa seperti berikut:-
a) Membentuk warganegara yang taat kepada Negara
b) Meninggikan persaudaraan antara Pengakap-Pengakap Sedunia
c) Persaudaraan aktiviti-aktiviti luar
d) Perkhidmatan masyarakat
e) Fikiran progresif antara belia
f) Berdikari
g) Perlindungan alam semulajadi
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 19
3.5 KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA (KLKM)
Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) telah ditubuhkan pada tahun
1987 dengan nama awalnya ialah Kumpulan Latihan Pemimpin Pengakap (KLPP). Pada
awalnya, ia dianggotai oleh seramai 28 orang ahli pengakap yang terdiri daripada siswa-
siswi dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Pertanian Malaysia (UPM).
Penubuhan KLPP adalah cetusan ilham daripada Prof. Dato Dr. Kamaruddin bin
Kachar (kemudiannya memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap
Negara), Dekan Fakulti Pendidikan UPM dan penubuhan KLPP telah dirasmikan oleh
mantan Ketua Pengakap Negara, Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Haji Daud iaitu Menteri
Pelajaran ketika itu. Majlis perasmian telah diadakan di kampus induk USM di Pulau
Pinang pada 19 Jun 1988. Idea beliau ini mula mendapat sambutan dari kumpulan
pengakap dari universiti-universiti yang lain di Malaysia setelah melihat kepentingan
KLPP dalam membentuk kepimpinan mahasiswa.
Pada tanggal 29 April 1989, KLPP telah bertukar nama kepada Kumpulan
Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) setelah hampir 6 kolej dan universii mula
menyertai KLPP. Kolej dan universiti yang terlibat adalah Universiti Utara Malaysia
(UUM), Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM KL), Universiti Teknologi
Malaysia Johor Bahru (UTM JB), Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (KUSZA),
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institut Teknologi Mara (ITM).
Sehubungan dengan penukaran nama tersebut, satu jawatankuasa pentadbiran
yang dikenali sebagai Sekretariat Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (Sekretariat
KLKM) telah ditubuhkan. Dan pihak USM telah diberikan penghormatan untuk menjadi
Sekretariat KLKM IPT yang pertama. Kemudian pada 20 Oktober 1993, di atas
persetujuan Majlis KLKM IPT, tuan rumah sekretariat telah ditukarkan ke UPM. Pada
ketika itu, Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM disandang oleh Prof. Madya Dr. Haji
Taha bin Kadir. manakala Pengerusi Latihan Negeri ialah Encik Musa.
Pada tahun 2006, sekretariat bertukar tempat ke UNISZA (nama baru KUSZA).
Ini adalah kerana Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM yang baru telah dilantik adalah
dari UNISZA iaitu Tuan Haji Rosdi bin Abdul Rahman. Dan pada tahun 2010, selepas
penstrukturan semula organisasi KLKM, maka sekretariat telah ditukarkan nama kepada
Majlis Pengakap Negeri KLKM.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 20
Sesuai dengan peredaran masa, apabila jawatan Pesuruhjaya Pengakap Negeri
juga telah ditukarkan namanya oleh Persekutuan Pengakap Malaysia pada tahun 2010,
maka jawatan itu kemudiannya dikenali sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.
Dan pada tahun 2012, jawatan itu disandang pula oleh Prof. Madya Dr. Abdul Rashid
bin Mohamad dari USM.
3.6 PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP KELANA
3.6.1 Pengakap Lelaki
3.6.2 Pengakap Wanita
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 21
3.10 ASAS SIMPULAN DAN IKATAN
Simpulan dan ikatan adalah perkara asas yang perlu diketahui oleh semua ahli
Pengakap. Terdapat beberapa ikatan yang sering digunakan dan amat berfaedah kepada
ahli yang menguasainya.
3.10.1 Buku Sila (Reef Knot)
Fungsi:
i. Menyambung dua hujung tali yang sama jenis dan saiz.
ii. Biasanya digunakan untuk menyambung tali khemah, bungkusan
hadiah dan ikatan kain anduh. kerana ianya mudah dibuka semula.
Walau bagaimanapun, tidak sesuai untuk tugas-tugas berat kerana ianya
mudah terbuka.
3.10.2 Bunga Geti (Sheet Bend)
Fungsi:
i. Menyambung dua hujung tali yang tidak sama jenis dan saiz.
ii. Biasa digunakan untuk mengikat tali kapal atau perahu di jeti.
Walau bagaimanapun, tidak sesuai untuk tugas-tugas berat kerana ianya
mudah terbuka.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 22
3.10.3 Simpul Manuk (Clove Hitch)
Fungsi:
i. Digunakan untuk mengikat benda yang licin seperti kayu, hujung
pancang khemah, botol dan sebagainya.
ii. Kelebihan ikatan ini adalah mudah diikat dan ditanggalkan.
3.10.4 Tindih Kasih (Bowline)
Fungsi:
i. Digunakan untuk mengikat leher binatang, benda dan sebagainya
tanpa menjerut lehernya.
ii. Biasa digunakan oleh penternak lembu, kambing dan juga kuda.
3.10.5 Lilit Dua Simpul (Round Turn and Two Half Hitch)
Fungsi:
Bagi mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok atau
ke pancang.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 23
3.7.6 Lilit Pemati Biasa (Common Whipping)
Fungsi:
Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya Nampak kemas dan tidak
terbuang.
3.7.7 Ikatan Seraya (Square Lashing)
Fungsi:
Digunakan apabila dua batang kayu bersilang dengan sudut tepat.
3.7.8 Ikatan Serong (Diagonal Lashing)
Fungsi:
Digunakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang dengan sudut tidak
tepat.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 24
3.8 KHIDMAT MASYARAKAT
Khidmat masyarakat adalah kunci asas bagi mencapai matlamat Pengakap dan
ianya jelas menunjukan bahawa khidmat kepada masyarakat mempunyai peranan
penting dalam pergerakan Pengakap Kelana. Tema perkhidmatan Pengakap Kelana
adalah keperluan untuk mematuhi prinsip Pengakap dan tuntutan ke atas janji Pengakap
Kelana, iaitu menolong orang pada setiap masa.
Kita mendapat banyak manfaat daripada masyarakat sekeliling. Perkhidmatan
Pengakap Kelana kepada masyarakat dan pergerakan Pengakap adalan jalan terbaik
untuk memberikan sedikit pulangan balik kepada masyarakat. Cogan kata Pengakap
Kelana ialah “BERKHIDMAT” dan oleh sebab itu, Pengakap Kelana harus sentiasa
bersedia untuk memberikan perkhidmatan kepada semua. Antara matlamat Pengakap
Kelana adalah untuk:-
a) Memperkenalkan kerakyatan yang aktif.
b) Memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dan negara.
c) Melengkapi ahli-ahli dengan cabaran dan peluan untuk meningkatkan
kebolehan diri sendiri.
d) Membolehkan ahli-ahli melengkapi diri mereka dengan kehidupan yang
lebih memuaskan dan berfaedah
e) Mengambil bahagian dengan aktif dalam peningkatan Pergerakan
Pengakap.
Bagi merialisasikan kemahiran sebagai seorang Pengakap Kelana Politeknik,
beberapa aktiviti perlu didedahkan dan dilaksanaan agar ahli dapat mengaplikasikan
kemahiran-kemahiran yang dipelajari.
3.8.1 Berkhemah
Pengetahuan dan kebolehan berkhemah secara teori dan praktikal
berdasarkan pengurusan, pentadbiran, persediaan sebelum, semasa dan selepas
perkhemahan. Asas pemilihan tempat, tapak, penyediaan peralatan, makanan,
Jenis khemah dan mengamal prosedur aktiviti dan program perkhemahan,
kesihatan dan kebersihan.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 25
3.8.2 Projek Perintis
Mengambil bahagian secara berkumpulan untuk membuat satu Projek
Perintis bagi setiap kategori seperti jambatan, menara dan lain-lain yang
merangkumi projek perintis pengangkutan dan permainan. Antaranya adalah
menghasilkan model yang dibina dan pengurusan peralatan atau bahan dalam
bahagian pengurusan kuartermaster.
3.8.3 Kawad
Mengetahui tatacara dan hukuman kawad termasuk Kawad Kaki, Kawad
Tongkat Pengakap dan mengaplikasi segala syarat untuk menjadi seorang Ketua
Kawad.
3.8.4 Pandu Arah (Orienteering)
Mengetahui asas pandu arah (orienteering) dan dapat
mengaplikasikannya di dalam pelbagai siri latihan dan aktiviti yang dijalankan.
3.8.5 Ikhtiar Hidup
Mengetahui asas ikhtiar hidup dan dapat mengaplikasikannya di dalam
pelbagai siri latihan dan aktiviti yang dijalankan.
3.8.6 Penganggaran
Mengetahui sistem penganggaran dan dapat mengaplikasikan didalam
pelbagai siri latihan dan aktiviti yang dijalankan.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 26
3.9 SKIM LENCANA PENGAKAP KELANA
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 27
UNIT BERUNIFORM : ASKAR WATANIAH
Oleh: Md Syadiqin Bin Awg Adi @ Jumaat
Penyelaras Askar Wataniah, PKK
4.0 PENGENALAN
Setelah satu abad cubaan untuk mewujudkan Askar Wataniah Politeknik Kota
Kinabalu akhirnya tercapai setelah REJ 507 AW mengadakan promosi pengambilan
pelajar PKK untuk menganggotai AW. Sebelum ini, PKK telah melaksanakan
pengambilan anggota pada Mei 2005, seramai 68 pelajar telah mempunyai nombor
tentera. Disebabkan konsep latihan Rej 507, lojistik dan konsep pelajaran PKK pada
masa itu tidak dapat diseragamkan, maka tidak berkesempatan pelajar PKK untuk
menjalankan kursus Asas Parajurit Muda yang pertama.
Bagaimanapun, pada pertengahan tahun 2013, kurikulum Jabatan Pengajian
Politeknik telah disemak semula yang mana kursus unit beruniform diaktifkan dan diberi
tumpuan agar perlaksanaannya di seluruh politeknik Malaysia diberi kredit masa. Oleh
yang demikian, kolaborasi antara Jabatan Pengajian Politeknik dengan unit-unit badan
beruniform yang terdapat di malaysia mula dilaksanakan antaranya Askar Wataniah,
RELA, JPAM, PENGAKAP KELANA dan lain-lain badan beruniform.
Pada Julai 2014, Rejimen 507 AW telah mula membuat promosi pengambilan
anggota dikalangan pelajar PKK. Seterusnya pada sesi pengajian Disember 2014,
seramai 55 orang telah menyertai termasuk dua (2) orang kakitangan dan 53 orang
pelajar. Perlaksanaan pengambilan anggota berjalan dengan lancar sehingga PKK
dengan kerjasama Rejimen 507 AW dapat melaksanakan Kursus Parajurit Muda
Sukarela (APMS) yang pertama pada cuti semester politeknik iaitu 11 Mei – 9 Jun 2015.
Seramai 51 anggota berjaya dalam kursus tersebut dan bilangan anggota Askar
Wataniah yang pertama di PKK .
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 28
4.1 SISTEM PENTADBIRAN
Bilangan kompeni dalam tiga (3) Batalion yang terdapat di Rej 507 telah
dibahagikan mengikut kawasan. AWPKK termasuk dalam Batalion ketiga tetapi ditadbir
oleh Bahagian Latih Rej 507. Berbanding dengan perlaksanaan di Sarawak dan
semenanjung, Askar Wataniah politeknik bernaung dibawah rejimen AW masing-
masing dan dijadikan sebagai satu kompeni. Berikut adalah agihan Batalion dan
kompeni dalam REJ 507 AW:-
REJ 507 AW: Batalion Pertama : Tamparuli, Ranau, Kudat, Kota Marudu
Batalion Kedua : Papar, Beaufort, Labuan, Sipitang
Batalion Ketiga : Kota Kinabalu, Keningau, Tenom, Sook
Batalion Ketiga (Latih) : Politeknik Kota Kinabalu
4.2 PENYELARASAN PENTADBIRAN REJIMEN DANGAN PKK
Bagi mengendalikan kelas semasa sesi pengajian, pensyarah yang kompeten
akan mengajar mengikut silibus dan akan dibantu oleh jurulatih daripada Rejimen AW
pada setiap hujung minggu sabtu dan ahad, tiga kali dalam sebulan. Kelebihan menyertai
AW adalah setiap hadir latihan akan dibayar elaun pada hujung minggu. Pelajar perlu
mencapai 240 jam setahun Latihan Tempatan, menghadiri Kem Tahunan Rejimen 14
hari, Latihan Batalion dan kursus-kursus yang ditawarkan untuk prestasi dan
meningkatkan kemahiran diri.
Kelas pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan dilaksanakan mengikut takwim
dan jadual akademik. Kebiasaannya hari P&P kelas kursus unit beruniform dilaksanakan
pada setiap petang hari rabu. Isi kandungan pelajaran adalah mengikut silibus kursus
beruniform yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengajian Politeknik antaranya tugas-tugas
rejimental, kemahiran asas ketenteraan, Ilmu Medan Perang dan Taktikal peperangan.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 29
4.4 UNIT BERUNIFORM ASKAR WATANIAH
4.4.1 Latar belakang Askar Wataniah
Askar Wataniah (AW) adalah badan sukarela yang berlainan daripada
badan-badan sukarela yang lain. AW merupakan Angkatan Simpanan Tentera
Darat Malaysia sebagai benteng kedua dalam mempertahankan
negara. Penyertaan rakyat dalam AW merupakan satu sumbangan murni bagi
menyahut seruan pertiwi yang ditetapkan dalam Dasar Pertahanan Negara.
Sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan berwawasan, penglibatan
rakyat dan semua pihak adalah amat perlu bagi memainkan peranan dalam
pembangunan serta pertahanan negara.
Secara amnya, penyertaan rakyat dalam Angkatan Sukarela di
Semenanjung Malaysia bermula semenjak 1902 lagi apabila Kerajaan Inggeris
menubuhkan Pasukan Sukarela di Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang
dipanggil Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF), nama-nama
Pasukan Sukarela di Negeri Melayu Tidak Bersekutu dipanggil Unfederated
Malay States Volunteer Force (UNFMSVF) dan di Negeri-Negeri Selat pula
ialah The Straits Settlement Volunteer Force (SSVF).
Logo Askar Wataniah
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 30
4.3.2 Tugas-Tugas Askar Wataniah
Antara tugas-tugas AW adalah seperti berikut:
Bersedia diaturgerak untuk mengambil alih tanggungjawab apabila
Pasukan Tetap ditugaskan melaksanakan misi-misi tertentu.
Membantu pertahanan tempatan di sesuatu sektor.
Mengadakan pertahanan (termasuk Pertahanan Udara Aras Rendah)
kepada sasaran dan Instalasi Penting dan kawasan-kawasan penentuan
(critical point/zones).
Melaksanakan kegiatan pengkhianatan/ anti-penjajahan (Fifth
Columnist).
Mengadakan tenaga pengganti kepada Angkatan Tetap.
Mengendali dan meyelenggarakan jalur komunikasi dan perkhidmatan
penting (essential services) bila diperlukan.
Melindungi dan menyelenggara jalur-jalur komunikasi.
Sebagai agensi-agensi perisikan
4.3.3 Peranan Askar Wataniah
Pasukan Simpanan dan Angkatan Tetap mempunyai misi yang sama,
tetapi peranan Pasukan AW adalah berbeza. Dalam hal ini, peranan Pasukan AW
adalah seperti berikut:-
Untuk menambah besar keupayaan Angkatan Tetap supaya bersama-
sama dengannya dapat mengadakan paras kekuatan yang diperlukan
untuk mempertahankan kepentingan strategi negara di masa darurat atau
perang.
Membantu Angkatan Tetap dalam operasi keselamatan dalam negeri dan
dalam hal ini mesti bersedia untuk dimobilisasi atau diaturgerak apabila
keadaan memerlukan.
Membantu dan berkerja sama dengan pihak berkuasa Awam dalam masa
bencana alam.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 31
4.3.4 Matlamat
Matlamat latihan AW adalah untuk menyediakan satu Angkatan Sukarela
yang mampu dikerah tenaga dan diaturgerakkan dalam masa yang singkat serta
berupaya menjalankan tugas operasi. Pendekatan latihan ialah untuk melatih
pegawai dan anggota Sukarela dengan pengetahuan ilmu ketenteraan supaya
mempunyai kemahiran untuk melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan sesuai
dengan peranan masing-masing. Peranan dan tugas AW adalah selari dengan
peranan Angkatan Tetap. Oleh itu, setiap pihak yang terlibat harus menyedari
tanggungjawab masing-masing dan memahami segala aspek yang berkaitan
dengan latihan supaya matlamat AW dapat dicapai dengan sempurna.
4.3.5 Objektif
Objektif utama pasukan AW adalah penekanan kepada latihan untuk
Pegawai dan Anggota Sukarela yang mana tertumpu kepada peningkatan prestasi
individu dan kumpulan. Manakala objektif umum latihan AW adalah seperti
berikut:
Menyediakan Angkatan Sukarela dalam semua fasa Peperangan
Konvensional dan Peperangan Melawan Insurgensi (PMI).
Semua Rej Siri 500 (AW) dilatih kemahiran melaksanakan peranan Kor
Infantri.
Melalui ‘Konsep Integrasi’, semua unit Tempur AW, Bantuan Tempur
AW dan Bantuan Perkhidmatan AW dilatih kemahiran Kor masing-
masing untuk membantu Pasukan Tetap melaksanakan peranan yang
ditetapkan.
Melatih setiap peringkat Pegawai dan Anggota Sukarela kemahiran
bidang tugas masing-masing sesuai dengan perjawatan yang disandang.
Melatih dan memahirkan unit-unit AW daripada perbagai Kor
melaksanakan gerakan bersama.
Melatih unit-unit AW bersama badan-badan sukarela awam
melaksanakan gerakan membantu pihak berkuasa awam semasa
kecemasan, bencana alam dan peperangan.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 32
4.4 JENIS-JENIS LATIHAN
Terdapat 3 jenis latihan untuk AW iaitu Latihan Tempatan, Latihan Berterusan
dan Latihan Kem Tahunan. Bagi Kursus, Seminar, Hari Pegawai/PTT adalah tergolong
di bawah jenis Latihan Berterusan.
4.4.1 Latihan Tempatan
Secara umumnya, Latihan Tempatan boleh dilaksanakan mengikut masa
iaitu minimum 2 jam dan maksimum 12 jam mengikut undang- undang dan
dasar-dasar yang ditetapkan.
Antara latihan latihan yang dilaksanakan adalah seperti berikut:
Serang hendap, serangan.
Latihan menembak siang/malam.
Latihan pandu arah dan rondaan.
Hari Pegawai/PTT Kanan
Latihan kemahiran khusus seperi latihan perhubungan untuk
Platun Semboyan, Latihan Memandu cross-country untuk Platun
Angkut Bermotor dan lain-lain.
4.4.2 Latihan Berterusan
Latihan Berterusan bererti Latihan, Penugasan dan Instruksi yang
dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Yang Layak bagi tempoh yang ditetapkan. Bagi
masa Minimum Untuk Latihan Berterusan. Setiap perancangan Latihan,
Penugasan dan Instruksi untuk Latihan Berterusan hendaklah tidak kurang
daripada 72 jam dan pelaksanaannya mestilah berterusan. Manakala masa
Maksimum Untuk Latihan Berterusan bagi seseorang pegawai dan anggota
Sukarela untuk maksud Latihan ialah tidak melebihi 14 hari dalam setahun.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 33
Latihan. Semua jenis latihan yang dirancang oleh pasukan untuk
meningkatkan kemahiran individu atau sesuatu kumpulan
(Seksyen/Platun/Kompeni) sekiranya masih belum menguasai atau tidak
mencapai tahap yang ditetapkan. Latihan-latihan tersebut mestilah mempunyai
objektif-objektif yang khusus.
Penugasan. Penugasan (Latihan Sambil Kerja) bermakna memberikan
sesuatu tugas khusus kepada pegawai dan anggota Sukarela. Setiap permohonan
mestilah disokong oleh pasukan. Jenis-jenis tugas mesti bukan tugas tetap
anggota Tetap di pasukan serta munasabah demi untuk kepentingan
perkhidmatan. Tugas-tugas yang mampu dilaksanakan oleh anggota Tetap dalam
pasukan tidak dibenarkan ditugaskan kepada pegawai dan anggota Sukarela.
Penugasan boleh dibuat secara individu atau kumpulan.
Instruksi (Pengajaran). Pengajaran merupakan sesuatu aktiviti yang
dirancang untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap individu atau
kumpulan. Setiap pengajaran mesti dirancang dengan teliti pada awal tahun dan
senarai aktiviti mestilah menjurus ke arah pencapaian objektif-objektif yang
khusus. Pengajaran meliputi aktiviti seperti Hari Pegawai/PTT,
Seminar/Bengkel/Kursus seperti Pengkeranian, Semboyan, Memandu, Asas
Payung Terjun dan lain-lain program yang boleh menyumbang kepada
pembangunan AW.
4.4.3 Latihan Kem Tahunan
Latihan Tempatan boleh dijalankan sama ada berterusan selama 15 hari
atau dipecah-pecahkan kepada beberapa sesi atau modul tetapi tidak kurang
daripada 72 jam bagi setiap sesi/modul dan jumlah keseluruhan adalah 15 hari
dalam setahun. Setiap Latihan Kem Tahunan mesti mengandungi dua unsur
latihan seperti berikut:
Unsur Pertama - Latihan Rejimental. Latihan hendaklah dilaksanakan
dalam minggu pertama. Jadual latihan mestilah merangkumi aktiviti-aktiviti
berikut:
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 34
a) Penghidupan seharian/budaya tentera.
b) Perbarisan, kawad senjata dan kawad kaki.
c) Kegiatan-kegiatan untuk membina semangat setiakawan/ bangga
diri dan sebagainya.
d) Malam amal/tahlil dan sebagainya.
e) Latihan asas ketenteraan.
Unsur Kedua - Latihan Kemahiran Tentera. Jadual latihan hendaklah
merangkumi aktiviti-aktiviti berikut:
a) Ujian pengkhususan bagi kor masing-masing
b) Ujian taktikal dalam semua tahap peperangan.
4.5 KEM ASKAR WATANIAH
4.5.1 Rejimen 501 Askar Wataniah, Kem Tebrau, Johor Bharu
4.5.2 Rejimen 502 Askar Wataniah, Kem Sungai Buloh, Selangor
4.5.3 Rejimen 503 Askar Wataniah, Kem Jalan Tambun, Ipoh, Perak
4.5.4 Rejimen 504 Askar Wataniah, Kem Bukit Keteri, Kangar, Perlis
4.5.5 Rejimen 505 Askar Wataniah, Kem Teluk Sisik, Kuantan, Pahang
4.5.6 Rejimen 506 Askar Wataniah, Kem Pengkalan Chepa, Kota Bahru, Kelantan
4.5.7 Rejimen 507 Askar Wataniah, Kem Bukit Perwira, Kota Kinabalu, Sabah
4.5.8 Rejimen 508 Askar Wataniah, Kem Jalan Rasah, Seremban, Negeri Sembilan
4.5.9 Rejimen 509 Askar Wataniah, Kem Lebuhraya Peel, George Town, Pulau
Pinang
4.5.10 Rejimen 510 Askar Wataniah, Kem Sri Rejang, Sibu, SarawakRejimen 510
Askar Wataniah, Kem Sri Rejang, Sibu, Sarawak
4.5.11 Rejimen 511 Askar Wataniah, Kem Ria Kompleks, Kuching, Sarawak
4.5.12 Rejimen 512 Askar Wataniah, Kem Padang Midin, Kuala Berang, Terengganu
4.5.13 Rejimen 513 Askar Wataniah, Kem Jalan Kolam Air, Sungai Petani, Kedah
4.5.14 Rejimen 514 Askar Wataniah, Kem Bukit Beruang, 75450 Melaka
4.5.15 Rejimen 515 Askar Wataniah, Kem Jalan Ampang, Kuala Lumpur
4.5.16 Rejimen 516 Askar Wataniah, Kem Kukusan, Tawau, Sabah
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 35
UNIT BERUNIFORM : PASUKAN SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM (PISPA)
Oleh: Mohd Firdaus Bin Mohd Noor
Penyelaras PISPA, PKK
5.0 PENGENALAN
Stigma atau pemikiran bahawa kecemerlangan pelajar diukur menerusi aspek akademik
sahaja hendaklah diubah kerana kecemerlangan sahsiah pelajar bukan sahaja diukur dari segi
akademik, bahkan juga aktif di dalam aktiviti kokurikulum agar Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dapat dicapai seterusnya melahirkan graduan yang berkualiti dan dapat memenuhi
pasaran pekerjaan.
Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) Politeknik Malaysia adalah salah satu
kursus Kokurikulum baru yang ditawarkan kepada para pelajar di Politeknik seluruh Negara
bermula dari Sesi Jun 2014. Menerusi penubuhan PISPA, para pelajar akan didedahkan dengan
asas pertolongan cemas, kemahiran menyelamat serta mengikuti pelbagai latihan dan kemahiran
lain yang akan membantu menambah nilai dalam diri pelajar sehingga pelajar layak
ditauliahkan dengan pangkat Staf Muda di dalam pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
(JPAM) sekiranya mereka mengikuti kursus yang ditawarkan dan memenuhi syarat-syarat yang
telah ditetapkan Jabatan. Berdasarkan maklumat dari Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Jabatan Pengajian Politeknik, pada sesi ini (Jun 2014), sebanyak 27 Politeknik di seluruh negara
telah menawarkan kursus ini.
5.1 SISTEM PENTADBIRAN
Pentadbiran dan latihan PISPA PKK adalah dibawah seliaan PISPA Universiti Malaysia
Sabah (UMS). JPAM Negeri telah mengarahkan agar PISPA UMS yang mempunyai kakitangan
JPAM dapat membantu sistem pengurusan PISPA PKK dan untuk memudahkan urusan-urusan
pentadbiran dan latihan. Bagaimana pun latihan boleh dilaksanakan secara berasingan mahupun
bersama tertakluk kepada perbincangan dan persetujuan daripada kedua-dua belah pihak.
Kemudahan dan logistik juga menjadi mudah semasa menjalankan latihan kerana kedua-dua
institusi saling melengkapi.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 36
5.2 PENYELARASAN PENTADBIRAN PISPA DANGAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI PKK
Bagi penyelarasan pentadbiran dan pengajaran dan pembelajaran, pegawai bersekutu
atau pensyarah yang dilantik dan kompeten untuk melaksanakan pengajaran bertanggungjawab
sepenuhnya mengendalikan pelajar PISPA PKK. Bantuan jurulatih anggota tetap hanya
disediakan apabila diperlukan sama ada semasa aktiviti khas dilaksanakan mahupun atas
keperluan jemputan. Begitu juga dari segi pembayaran elaun, pelajar yang melaksanakan latihan
di Pusat Latihan Jabatan Pertahanan Awam (JPA) sahaja akan diberikan elaun.
Para pelajar akan diberi latihan kemahiran di dalam pertahanan awam, beberapa kursus
perlu dihadiri oleh pelajar yang mengikuti badan beruniform Pasukan Institusi Pertahanan
Awam (PISPA) Politeknik Kota Kinabalu antaranya :-
1. Kursus Asas PISPA
2. Kursus Kemahiran
3. Latihan Medan
4. Kursus Metodologi Kejurulatihan
5. Kursus Bakal Pegawai
Kursus-kursus yang tersebut di atas sebahagiannya dilaksanakan menerusi peruntukan
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia manakala sebahagian lagi dibiayai oleh pihak Politeknik
Kota Kinabalu dan Jabatan Pengajian Politeknik.
5.7 PENGENALAN KEPADA PERTAHANAN AWAM
5.7.1 Takrifan Pertahanan Awam
Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi
kepada dua keadaan iaitu:
5.7.1.1 Semasa Peperangan
Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan
penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada
langkah itu diambil sebelum,semasa atau selepas masa serangan musuh.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 37
5.7.1.2 Semasa Aman
Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi
nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau
selepas sesuatu bencana.
Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan
Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa
bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat,
melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas
harta benda penduduk awam.
5.7.2 Misi
Menjadi Angkatan Pertahanan Awam Yang Kompeten Dalam Kesiapsiagaan
Awam, Perlindungan Rakyat dan Pengurusan Bencana.
5.7.3 Visi
Memperkasa Kesiapsiagaan Awam Untuk Keselamatan Dan Kesejahteraan
Negara.
5.7.4 Slogan
“SEDIA PANTAS BERINTEGRITI”
Logo Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 38
5.7.5 Objektif
5.7.5.1 Mengurangkan risiko akibat bencana dengan cara:
a) Menyediakan latihan menyelamat kepada orang awam.
b) Mewujudkan serta mengendalikan sistem amaran bencana.
c) Menyediakan pusat-pusat perlindungan semasa berlakunya
bencana.
5.7.5.2 Memberi respond kepada bencana dengan cara:
a) Menubuhkan pasukan (First Responder).
b) Menyediakan perkhidmatan kecemasan.
5.7.5.3 Memberikan perkhidmatan pemulihan dengan cara:
a) Membantu dalam aktiviti pembersihan kawasan yang di landa
bencana.
b) Membantu aktiviti pembangunan semula kawasan yang di landa
bencana.
c) Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa bencana.
5.7.6 Fungsi Pertahanan Awam
Berikut adalah fungsi pertahanan di dalam Jabatan Pertahanan Awam
Malaysia :
a) Melatih dan melengkapkan rakyat dengan ilmu pertahanan awam
ke arah kesiapsiagaan menghadapi ancaman musuh, kecemasan
dan bencana.
b) Melaksanakan tugas menyelamat, perlindungan dan khidmat
kemanusiaan dari sebarang ancaman musuh, bencana dan
kecemasan.
c) Menggubal dan menyusun modul-modul latihan yang terkini dan
komprehensif bagi Angkatan Pertahanan Awam.
d) Menubuh dan mentadbir urus Angkatan Pertahanan Awam
melalui perkhidmatan dan logistik yang relevan dan terkini.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 39
e) Mengenalpasti dan mengkaji ancaman serta mengawal risiko yang
boleh memberi impak terhadap keselamatan rakyat dan negara.
f) Menyediakan perkhidmatan kecemasan dan khidmat bantuan
kemanusiaan di seluruh negara.
g) Menilai dan menyebar maklumat, khidmat nasihat serta amaran
kepada orang awam berkaitan sebarang ancaman musuh,
kecemasan dan bencana.
h) Melaksana dan menambahbaik dasar-dasar pertahanan awam
berpandukan punca kuasa yang ditetapkan.
i) Merekuisisi aset dan fasiliti bagi tujuan pertahanan awam.
5.7.7 Peranan Pertahanan Awam
Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam
aspek keselamatan dan Pertahanan Awam – Seksyen 3(2)c Akta Pertahanan
Awam 1951 (Akta 221). Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi,
melatih dan mendisiplin Angkatan dan Perkhidmatan Pertahanan Awam –
Seksyen 3(2)a Akta 221.
Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi
menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya
berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas
bencana tersebut-Seksyen 8(1) Akta 221.
5.7.8 Sejarah Pertahanan Awam Di Malaysia
Pada tahun 1939 Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan
oleh pihak British sebagai Passive Defence yang dibentuk di bawah Emergency
Regulation Enactment Chapter 41 untuk mengadakan langkah-langkah bagi
menghadapi Peperangan Dunia Kedua. The Civil Defence Ordinance 1951
digubal secara rasmi sebagai satu undang-undang dalam sistem keselamatan
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 40
tanah Melayu. Pada tahun 1952, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ditubuhkan
pada 24 Mac secara rasmi bagi melaksanakan peruntukan Ordinan. Pada tahun
1957 pula The Civil Defence Ordinance 1951 ditukar menjadi Akta Pertahanan
Awam 1951 (Akta 221) berikutan kemerdekaan Negara.
Tahun 1958 Pertahanan Awam menjadi unsur tetap dan penting dalam
sistem pertahanan Negara mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan
Persekutuan. Tahun 1964 Pertahanan Awan diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan
Singapura berikutan konfrontasi Malaysia – Indonesia (Kertas Kabinet No.
302/314/64). Tahun 1965 pula jumlah keanggotaan ditambah menjadi seramai
36,000 anggota dan 37 cawangan selain kelengkapan logistik terbaru pada masa
itu diperolehi untuk seluruh Negara. Tahun 1993 Negara dikejutkan Tragedi
Highland Towers tumbang di Hulu Kelang mula merubah Organisasi Pertahanan
Awam Malaysia.
Tahun 1994 pengenalan nama ringkas JPA3 mula diguna dan diterima
pakai ke seluruh Negara untuk membezakan dengan Jabatan Perkhidmatan
Awam dan Jabatan Penerbangan Awam. Tahun 1995 Talian Kecemasan 991
dilancarkan pada 20 Mei sebagai tanda komitmen JPAM memberikan khidmat
bantuan kecemasan secara 24 jam.
Tahun 2003 Perkhidmatan Penyelamat Pantai JPAM (Baywatch)
dimulakan di Batu Ferengghi, Pulau Pinang dan diikuti di Miri, Sarawak. Tahun
2004 pula Pertahanan Awam selangkah ke hadapan lagi dengan 7 menara
Baywatch memulakan operasi dengan 2 di Pulau Pinang; 2 di Langkawi; 1 di
Teluk Kemang, Port Dickson; 1 di Pengkalan Balak, Melaka dan 1 di Pantai
Irama, Kelantan. Pada tahun 2006 Pertahanan Awan memperkenalkan slogan
baru “Sedia, Pantas dan Berintegriti” sebagai pemangkin menjadikan Jabatan
Pertahanan Awam sebuah jabatan yang unggul. Pada tahun 2009, pengenalan
nama ringkas kepada JPAM.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 41
5.8 PENGENALAN KEPADA PASUKAN INSTITUSI PERTAHANAN AWAM
(PISPA)
Penubuhan PISPA sebagai landasan kepada jabatan untuk melahirkan anggota
yang berkepimpinan, berkelayakan dan profesional dalam Angkatan Pertahanan Awam.
5.8.1 Objektif
a) Menyebar dan mendidik pelajar mengenai langkah-langkah keselamatan
diri dan orang awam serta membentuk keperibadian mereka untuk
menjadi seorang individu yang berpengetahuan dalam ilmu Pertahanan
Awam.
b) Menjadi pemangkin kepada kesedaran keselamatan orang awam melalui
ilmu Pertahanan Awam yang diterapkan dan diaplikasikan di peringkat
Institusi Pendidikan.
c) Melahirkan pelajar yang mampu berkhidmat dengan Angkatan
Pertahanan Awam sebagai Pegawai Pasukan yang berkepimpinan,
bertanggungjawab, dan berkelayakan dalam melaksanakan tugas.
d) Menanam semangat kerjasama, bertanggungjawab, berperikemanusiaan,
taat setia dan cintakan negara serta semangat patriotisme.
5.8.2 Keanggotaan Kadet PISPA
5.8.2.1 Syarat-syarat menjadi Kadet PISPA
Pendaftaran untuk menyertai Kadet PISPA adalah tertakluk
kepada syarat-syarat berikut :
a) Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
b) Pelajar-pelajar yang berdaftar secara sepenuh masa di Institusi
Pendidikan
c) Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal (pengesahan
pegawai perubatan jika diperlukan);
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 42
d) Kelulusan akademik sekurang-kurangnya PMR/PT3 dan setaraf;
e) Tidak menyertai mana-mana badan beruniform yang lain;
f) Mendaftar sebagai anggota sukarela Pertahanan Awam; dan
g) Berminat menjalankan tugas secara sukarela.
5.8.2.2 Bayaran Elaun
Kadet PISPA Institusi Pendidikan yang telah sah keanggotaannya
layak menerima elaun jika mengikuti latihan dan aktiviti yang dianjurkan
oleh Jabatan Pertahanan Awam. Ini tidak termasuk latihan dan aktiviti
dalam kurikulum PISPA Institusi Pendidikan berkenaan.
Pegawai dan jurulatih pasukan adalah layak menerima elaun
mengikut pangkat yang disandang sepertimana kadar yang ditetapkan dan
diterima pakai oleh pihak JPAM kecuali Pegawai Bersekutu.
Perkhidmatan jurulatih dan pembantu jurulatih JPAM yang
mengajar aktiviti PISPA boleh dibayar oleh pihak Institusi Pendidikan
berkenaan mengikut kadar pekeliling perbendaharaan yang sedang
berkuat kuasa.
5.8.2.3 Silibus Latihan
Pihak Pengurusan Institusi Pendidkan adalah digalakkan untuk
mengadakan kursus kokurikulum PISPA selama 5 semester. Bagi
memenuhi keperluan silibus serta memahirkan mereka dari segi
kemahiran, latihan luar/ medan akan diadakan setiap semester.
Anggota PISPA akan mengikuti kokurikulum Pertahanan Awam
selama 5 semester.Sijil asas akan diberikan oleh Jabatan kepada
mahasiswa yang menamatkan semester 1 dengan jayanya.
Anggota PISPA didedahkan dengan pelajaran Pertahanan Awam
yang merangkumi semua silibus Pertahanan Awam dan akan mendapat
Sijil Latihan Kemahiran, Penyelamat, Medik dan Melawan Kebakaran.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 43
Pada semester kelima iaitu semester terakhir mereka akan
mendapat Sijil Tamat PISPA dan boleh meneruskan untuk menjadi
anggota Pertahanan Awam dengan melapor diri di Pejabat Daerah
Pertahanan Awam yang telah ditetapkan.
Anggota PISPA akan ditauliahkan dengan Pegawai Sukarela Gred
13 dengan pangkat Staf Muda (PA).
5.8.2.4 Peruntukan Undang-Undang
Semua anggota PISPA adalah tertakluk kepada dua iaitu:
i. Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221)
ii. Akta Institusi-Institusi Pelajaran 1976 (Akta 174)
5.9 PENGENALAN PERTOLONGAN CEMAS
5.9.1 Definasi Pertolongan Cemas
Bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan kepada
seseorang mangsa dalam sebarang kemalangan sebelum ketibaan ambulans atau
pakar medik
5.9.2 Keperluan Pertolongan Cemas
a) Menyelamatkan nyawa
b) Mencegahkan kecederaan lanjutan
c) Menggalakkan pemulihan
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 44
5.9.3 Sifat Ahli Pertolongan Cemas Yang Baik
i. TAJAM PERHATIAN
Nampak segala tanda-tanda kecederaan
ii. PANTAS IKHTIAR
Menggunakan dengan sebaik-baiknya apa-apa yang ada sekelilingnya
iii. TIDAK KASAR
Jangan menyakiti orang yang tercedera
iv. BERAKAL BUDI
Jangan memberi sakitan
v. BERTIMBANG RASA
Menghiburkan hati yang tercedera
vi. SENTIASA TERSENYUM
Muka yang tersenyum memberi keyakinan
5.9.4 Tanggungjawab Ahli Pertolongan Cemas
i. Sentiasa tenang dan dapat mengenal punca kesakitan
ii. Memberi rawatan yang sesuai kepada yang tercedera
iii. Panggil doktor & hantarkan ke hospital
iv. Berikan maklumat yang jelas kepada doktor
5.9.5 Tugas Ahli Pertolongan Cemas
i. Berikan bantuan pernafasan jika mangsa tidak bernafas
ii. Tanggalkan sebarang benda yang mengganggu pernafasan
iii. Menahan pendarahan
iv. Beri perlindungan di tempat teduh
v. Berikan layanan tertentu yang dikehendaki
vi. Jika muka mangsa pucat, baringkan pesakit, selimutkan pesakit
vii. Jangan memberi orangramai berkerumun
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 45
5.9.6 Perlindungan Diri
a) Tujuan adalah untuk mencegah sebarang jangkitan dari mangsa yang
mungkin menghidapi HIV, Hepatitis B, AIDS atau Menginitis.
b) Perkakasan Perlindungan Diri ;
i. Sarung Tangan (Glove)
ii. Topeng Muka (Face Mask)
iii. Apron (Apron)
iv. Pelindung Mata (Eye Shield)
5.10 LUKA DAN PENDARAHAN
5.10.1 Definisi Luka
Luka adalah kecederaan pada permukaan kulit yang menyebabkan ianya
terkoyak.
5.10.2 Definisi Pendarahan
Pendarahan adalah kecederaan atau terkoyaknya salurdarah samada
Arteri, Vena atau Kapilari dan menyebabkan darah mengalir keluar.
5.10.3 Bahagian Luka & Pendarahan
a) Luka Terbuka(Open Wound)
b) Luka Tertutup(Closed Wound)
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 46
5.10.4 Jenis-jenis Luka & Pendarahan
a) Luka Terhiris
b) Luka Tertikam/Tembus
c) Luka Terkoyak
d) Luka Tercalar
e) Luka Lebam
5.10.5 Pendarahan
Pendarahan berlaku akibat terkoyaknya salurdarah ;
1. Arteri (Arteries)-darah merah yang yang memancut
2. Vena (Veins)-darah merah tua yang meleleh
3. Kapilari (Capillaries)-darah merah biasa yang menitis
5.10.6 Rawatan Kecemasan
a) Bersihkan luka
b) Kawal pendarahan
c) Balut
d) Rehatkan kasualti
e) Tenangkan kasualti
f) Jika luka kecil dan tidak ada benda luar di dalam dengan serta-merta
mencuci luka dengan air dan sabun kemudian tutup dengan kin yang
bersih dan balut.
g) Jika luka sangat besar atau luka yang kecil yang ada benda luar di dalam.
Tekan tempat salurdarah yang paling berhampiran dengan luka itu. Tutup
dengan kain paling berhampiran dengan luka itu. Tutup dengan yang
bersih dan balut.
h) Jangan cuba mengeluarkan benda luar yang ada dalam luka itu. Jangan
cuci luka jika darahnya itu berbeku kerana ini akan menyebabkan darah
keluar semula.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 47
5.10.7 Mengawal Pendarahan
a) Menahan darah secara langsung – dengan menggunakan kain atau gauze
tekan terus di atas luka.
b) Menahan darah secara tidak langsung – dengan menekan pada kawasan
tekanan pada salurdarah utama.
5.10.8 Balutan
5.10.8.1 Tujuan dan Fungsi
a) Menutup luka dan menahan pendarahan.
b) Melindungi luka dari dijangkiti kuman.
c) Memberi keselesaan dan mengurang kesakitan.
d) Mencegah dan menghisap kotoran.
5.10.8.2 Jenis-jenis Pembalut
a) Pembalut Berubat (Dressing ).
b) Fabric Dan waterproof plaster
c) Sterile cup pads
d) Pembalut roller elastic / crepe
e) Pembalut gauze
f) Pembalut tiga segi
5.10.8.3 Kegunaan Kain Pembalut Segi Tiga ( Triangular
Bandages )
a) Untuk menahan darah
b) Menutup dan membalut luka
c) Sebagai anduh ( Sling )
d) Menetap kedudukan balutan dan tuap
e) Sebagai pelapik cincin ( Ring Pad )
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 48
ASAS UNIT BERUNIFORM : BRIGED RELA SISWA SISWI (RELASIS)
Oleh: Benny Doimin @ Mhd Azmi Mohd Zamlan
Adjutan RELASIS, PKK
6.0 PENGENALAN
Penubuhan sebuah pasukan sukarelawan berbentuk keselamatan di seluruh politeknik
Malaysia adalah bertujuan bagi memantapkan semangat kesukarelawan, patriotisma,
meningkatkan tahap disiplin dan membina semangat bekerjasama. Perkara ini bersesuaian
dengan teras utama kursus kokurikulum ipt yang digariskan melalui perlaksanaan pelan
strategik pengajian tinggi nasional (PSPTN).
6.8 SISTEM PENTADBIRAN
Penubuhan Briged Rela Siswa Siswi (RELASIS) melalui Kursus Relasis adalah bagi
melahirkan lebih ramai mahasiswa yang cemerlang dari segi akademik dan kemasyarakatan.
Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) Negeri Sabah adalah dipertanggungjawabkan untuk
merancang dan melaksana urusan latihan di PKK. Seperti yang diketahui RELA merupakan
sebuah pasukan yang mementingkan semangat setiakawan, perpaduan dan taat setia kepada
negara. Ilmu dan latihan yang akan pelajar dapat semasa menganggotai RELASIS amat
berharga untuk kegunaan masa depan. Selain itu, konsep kesukarelaan yang diterapkan melalui
aktiviti kemasyarakatan juga dapat menjamin kesejahteraan, keselamatan, dan keharmonian
pelajar di Politeknik Kota Kinabalu.
6.9 PENYELARASAN PENTADBIRAN RELASIS DANGAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI PKK
Sistem pentadbiran serta pengajaran dan pembelajaran RELASIS, pegawai bersekutu
atau pensyarah yang dilantik adalah individu yang bertanggungjawab sepenuhnya
mengendalikan pelajar RELASIS PKK. Bagaimana pun, bantuan jurulatih anggota tetap yang
hantar daripada RELA Negeri masih diperlukan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
PKK.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 49
6.10 BRIGED RELA SISWA SISWI (RELASIS)
Merujuk kepada asas sejarah sukarelawaan, secara ringkasnya pengenalan Pasukan
Sukarelawan Malaysia (RELA) adalah seperti berikut:-
6.10.1 Sejarah Pengenalan Pasukan Sukerelawan Malaysia
1948 – 1960 (Darurat): Pengawal Kampung atau “ Home Guard”
1963 – 1965 (Konfrantasi) : pasukan Kawalan
13 Mei 1969 (Pergaduhan Kaum) : Pasukan sukarela
11 Januari 1972 : Penubuhan Ikatan Relawan Rakyat
22 Jun 2012 : penubuhan Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA)
11 Januari 2014 : Jabtan Sukarelawan Malaysia (RELA)
6.10.2 Logo & Lencana RELA
Logo RELA Lencana Korporat RELA
6.10.3 Falsafah RELA
6.10.3.1 VISI DAN MISI RELA
VISI – Peneraju kesukarelawan, keselamatan dan kesejahteraan
negara.
MISI – Mentadbir urus kesukarelawanan dalam negeri untuk
membantu bagi menjamin keselamtan, keamanan, kesejahteraan,
keharmonian, kesatuan dan perpaduan rakyat.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 50
6.10.3.2 Objektif Dan Motto
OBJEKTIF – Memelihara dan mengekalkan keselamatan, keamanan,
kesejahteraan, keharmonian, kesatuan dan perpaduan rakyat.
MOTTO – “Setia Berbakti”
SLOGAN – “ Dari Rakyat, Bersama Rakyat, Untuk Rakyat”
6.10.4 Organisasi RELA dan KDN
6.10.5 Struktur Kawalan dan Perintah RELA
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 51
6.10.6 Tugas dan Peranan RELA
Berteraskan 5K1P (Keselamatan, Keamanan, Keharmonian,
Kesejahteraan. Kesatuan dan Perpaduan).
6.10.6.1 Keselamatan dan Keamanan
a) Penyaduran maklumat
b) Bantuan penguatkuasaan bersepadu
c) Sistem kawalan setempat
d) Rondaan keselamatan
e) Kawalan keselamatan.
6.10.6.2 Kesejahteraan dan Keharmonian
a) Bantuan kemanusiaan
b) Kebajikan kepada masyarakat, komuniti, keluarga dan individu
c) Kawalan keramaian
d) Gotong-royong
e) Peramusaji
f) Pengurusan jenazah
6.10.6.3 Kesatuan dan Perpaduan
a) Khidmat sosial
b) Integrasi pelbagai kaum
c) Pendidikan Pencegahan
6.10.7 Tatacara Pemakaian Seragam RELA
Terdapat beberapa jenis pakaian dan masing-masing perlu mengikuti peraturan
cara pemakaian seperti jadual berikut. Manakala tatacara pemakaian Anggota RELA /
RELASIS yang lengkap seperti di LAMPIRAN B
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 52
6.10.7.1 Senarai Jenis Pakaian Seragam RELA/RELASIS
BIL PAKAIAN
1 Pakaian Bush Jacket
2 Pakaian Tuck In
3 Pakaian Kawalan Kehormatan
4 Pakaian Celoreng
5 Pakaian Operasi
6 Pakaian Separuh Seragam
7 Pakaian Separuh Seragam SMR
6.10.8 Nilai Dan Etika RELA/RELASIS
BIL NILAI MAKSUD
1 SETIA Setia berbakti kepada negara, pucuk
pimpinan dan masyarakat
2 PATRIOTISME
Membudayakan semangat cinta dan
berbangga terhadap agama, bangsa dan
Negara
3 BERDISIPLIN
Mempunyai disiplin serta jati diri yang
unggul dan mengamalkan budaya kerja yang
cemerlang
4 DEDIKASI Beriltizam tinggi untuk menjayakan misi dan
visi serta matlamat Jabatan RELA
5 IKHLAS
Sentiasa sedia membantu dalam sebarang
penugasan dan tanggungjawab tanpa
mengharapkan ganjaran dan kepentingan diri
6 BEKERJASAMA Bermuafakat, bertolak ansur dan bantu
mambantu
7 BERWAWASAN Berpandangan jauh, kreatif serta sentiasa
berusaha merealisasikan wawasan Negara
8 MESRA
RAKYAT
Berhemah tinggi, adil, cekap dan
mengutamakan pelanggan serta berdamping
rapat dengan masyarakat setempat
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 53
6.11 Perundangan RELA, Undang-Undang dan Akta Berkaitan
6.12 KANDUNGAN AKTA PSM 2012 (AKTA 752)
6.12.1 SEBAB PENGGUBALAN
Pengungkaian Proklamasi Darurat 1969 oleh Parlimen pada 20 Dis 2011
6.12.2 AKIBAT PENGUNGKAIAN
Undang –undang yang dibuat dibawah proklamasi darurat tamat 6 bulan selepas
tarikh pengungkaian. 20 Dis 2011 – 21 Jun 2012
Penerangan lengkap Kandungan Akta seperti di LAMPIRAN C.
• PERMULAAN BAHAGIAN 1
• PENUBUHAN DAN PELANTIKAN RELA BAHAGIAN 2
• TUGAS DAN KUASA RELA BAHAGIAN 3
• ANGGOTA RELA & PENDAFTARAN BAHAGIAN 4
• KESALAHAN BAHAGIAN 5
• AM BAHAGIAN 6
• PANGKAT JADUAL
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 54
6.13 KAWAD KAKI
Kawad adalah pendedahan bekerja dalam satu kumpulan. Arahan perintah dan
pelaksana perlu diikuti sebagai asas pengukuhan disiplin. Antara hukuman dan perintah
yang perlu dipelajari oleh ahli RELASIS adalah seperti berikut:-
BIL PELAJARAN / ARAHAN / PERINTAH
1 Senang Diri
2 Sedia
3 Rehatkan Diri
4 Hentak Kaki
5 Hentak Kaki Berlari
6 Luruskan Barisan
7 Buka Barian
8 Tutup Barisan
9 Masuk Baris
10 Berjalan
11 Perlajah Jalan
12 Berhenti
13 Hormat
14 Berpusing ke kanan / kiri
15 Berpusing kebelakang / kehadapan
16 Perlahan jalan
17 Belok Kekanan / kekiri
18 Mara Mengadap
19 Keluar Baris
20 Bersurai
Penerangan pelajaran Kawad RELA / RELASIS seperti di LAMPIRAN D.
6.14 LATIHAN LUAR DAN AKTIVITI SUKARELA
Antara latihan luar dan aktiviti sukarela yang biasa dilaksanakan adalah seperti
berikut:
a) Projek Bakti RELA
b) Projek Jiwa Murni
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 55
7.0 RUMUSAN
Kurikulum Baharu Kursus Kokurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik,
Politeknik Kota Kinabalu (PKK) ini adalah panduan terbitan semasa, oleh yang
demikian penggunaan dan penerangan ringkas ini diharap dapat membantu pihak
pengurusan, kakitangan akademik dan pelajar bagi memahami konsep perlaksanaannya
dan amat sesuai untuk rujukan semua warga Politeinik Kota Kinabalu.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 56
RUJUKAN
Kurikulum Kokurikulum 2001
Kurikulum Kokurikulum 2012
Kurikulum Kokurikulum 2014
Mata Pelajaran Pengajian Umum Institut Pengajian Tinggi, Buku Panduan (2012):
Jabatan Pengajian Tinggi KPM
Pengurusan Kokurikulum Berkredit, Jabatan Pengajian Politeknik (2014):
Kementerian Pendidikan Malaysia
Panduan Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) Politeknik Malaysia (2014):
Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Politeknik Merlimau, Jabatan Pengajian Politeknik
Garis Panduan Askar Wataniah Politeknik Malaysia, Sekretriat Askar Wataniah (2015):
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi
Garis Panduan Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) Politeknik Malaysia (2015):
Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Pengajian Politeknik
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 57
LAMPIRAN A
Penerangan Logo RELA
BIL WARNA MAKSUD
1 KUNING Lambang kedaulatan dan negara berparlimen
2 MERAH Menunjukkan keberanian, sentiasa setia berbakti
3 HIJAU Keharmonian, perpaduan dan kesukarelaan
4 BUNGA PADI Lambang semangat kesetiaan yang padu, bersatu dan
jitu
5 TANJAK Menjunjung kedaulatan RAJA berpelembagaan
6 JALUR 14 jalur warna putih dan merah menunjukkan taburan
Ahli RELA di seluruh negara
7 RELA
Singkatan nama Jabatan Sukarelawan Malaysia yang
terdiri daripada rakyat yang khidmat bakti secara
sukarela
8 PERISAI Benteng pertahanan rakyat
Penerangan Lencana Korporat RELA
BIL SIMBOL PENGERTIAN
1 @relamalaysia Kepentingan Era Siber dan Media Baru
2 Bintang 14 RELA - Jabatan Persekutuan
3 Bulan Menjunjung Islam Agama Rasmi
4 5 Bintang Perkhidmatan Cemerlang Berpegang Kepada 5 Prinsip
Rukun Negara
5 Logo KDN RELA Bernaung Dibawah KDN
6 1RELA Gagasan 1Bangsa Pelbagai Kaum Dalam 1 Organisasi
Sukarelawan
7 Warna Hitam Kewujudan Anggota Di Mana-mana
8 Warna Hijau Tua Keikhlasan Berkhidmat
9 Warna Hijau Muda GEN "Y"
10 Warna Kuning Gelombang Kesukarelawan Yang Setia Berbakti
11 Logo RELA Identiti RELA
12 Perisai Ketahanan Mental dan Fizikal Dengan Konsep 5K1P
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 58
LAMPIRAN B
PAKAIAN SERAGAM RELA
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 59
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 60
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 61
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 62
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 63
LAMPIRAN C
1.1 PERMULAAN
Seksyen 1 ( Tajuk dan permulaan kuatkuasa)
(1) Dinamakan AKTA PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA
2012.
(2) Berkuat kuasa pada 22 Jun 2012.
Seksyen 2 (Tafsiran)
“ Anggota RELA” - Seperti di subseksyen 7(1) Seseorang yang
berumur 18 tahun dan ke atas yang berupa seorang warganegara dan
bukan seorang anggota Angkatan Tentera atau mana-mana pasukan
atau skim sukarelawan yang ditubuhkan di bawah mana-mana
undang-undang bertulis boleh memohon secara bertulis kepada Ketua
Pengarah untuk didaftarkan sebagai seorang anggota RELA.
“Pegawai RELA” - Ertinya mana-mana orang yang dilantik sebagai
seorang pegawai RELA di bawah subseksyen 4:
Menteri boleh melantik, daripada kalangan anggota perkhidmatan
awam, seorang KP RELA yang hendaklah tertakluk kepada
kawalan dan arahan Menteri.
(2) Menteri boleh melantik, daripada kalangan anggota
perkhidmatan awam, apa-apa bilangan TKP RELA dan pegawai
lain sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan
peruntukan Akta ini
1.1.1 TUGAS DAN KUASA RELA
Seksyen 5 (Tugas RELA)
Membantu mana-mana pihak berkuasa apabila diminta
Membantu dalam mengawal dan mengubah laluan kenderaan
bermotor.
Khidmat masyarakat.
Membantu melindungi bangunan, pepasangan atau harta lain milik
kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, badan berkanun dan individu
apabila dipohon.
Menjalankan tugas yang diarahkan oleh KP.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 64
Seksyen 6 (Kuasa untuk mengubah dan mengawal kenderaan
bermotor)
Mengubah haluan kenderaan bermotor di mana orang ramai boleh
mengakses.
Perlu berada di bawah perintah polis atau warden lalulintas.
1.1.2 ANGGOTA RELA DAN PENDAFTARAN
Seksyen 7 (Pendaftaran sebagai anggota RELA)
Seseorang orang yang berumur 18 tahun dan ke atas .
Warganegara Malaysia.
Bukan seorang anggota Angkatan Tentera atau mana-mana pasukan
atau skim sukarelawan yang ditubuhkan di bawah mana-mana
undang-undang bertulis.
Seseorang anggota RELA yang di bawah umur lapan belas tahun
pada permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terhenti menjadi
anggota RELA.
Seksyen 8 (Perakuan perlantikan)
Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pelantikan
dalam bentuk kad keselamatan kepada tiap-tiap anggota RELA.
Seksyen 9 (Tempoh keanggotaan)
Lima tahun dari tarikh perlantikan
Tempoh pendaftaran tidak dilanjutkan diletakkan dalam senarai
simpanan.
Seksyen 10 (Latihan)
Tiap-tiap anggota RELA hendaklah menjalani latihan sebagaimana
yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah.
Seksyen 11 (Cuti bagi latihan)
Majikan perlu membenarkan cuti bagi menghadiri latihan tidak
melebihi sepuluh hari pada satu-satu masa.
Majikan berhak untuk tidak membayar gaji namun elaun akan dibayar
oleh RELA mengikut kadar semasa.
Seksyen 12 (Larangan membuang pekerja atas alasan latihan)
Tiap-tiap majikan yang membuang kerja seseorang yang merupakan
seorang anggota RELA atas alasan utama orang itu dipanggil untuk
menjalani latihan di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan
boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi enam ribu ringgit.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 65
Seksyen 13 (Perletakan jawatan sebagai anggota)
Memberi notis kepada pegawai yang berkuasa ke atasnya samada
PRN, PRD dan PPRD.
Dalam tempoh empat belas hari terhenti menjadi anggota, perlu
memulangkan kad pelantikan yang dikeluarkan kepadanya
Seksyen 14 (Penamatan keanggotaan)
Ketua Pengarah atau seorang pegawai yang diberi kuasa olehnya
boleh menamatkan keanggotaan seorang anggota RELA.
Seksyen 15 (Elaun)
Seseorang anggota RELA yang bertugas hendaklah dibayar apa-apa
elaun yang ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan
Menteri Kewangan.
1.1.3 KESALAHAN
Seksyen 16 (Kesalahan memiliki perakuan perlantikan)
Didenda tidak melebihi 3 ribu ringgit atau dipenjara tidak melebihi 3
tahun atau kedua-duanya.
Seksyen 17 dan 18 (Kesalahan menggalang dan penyamaran)
Didenda tidak melebihi lima ribu ringgit @ dipenjarakan tidak
melebihi tiga tahun @ kedua-duanya.
Seksyen 19 (Pakaian seragam dan kelengkapan)
Tiap-tiap pegawai dan anggota RELA akan dibekalkan dengan
uniform dan perlu menyimpan dgn baik.
Seksyen 20 (Pakaian seragam dan kelengkapan perlu dikembalikan
sekiranya berhenti)
Dipulangkan dalam masa 14 hari, jika gagal didenda 5 ribu ringgit
atau dipenjara tidak melebihi 3 bulan dan sebagai tambahan boleh
dikehendaki membayar nilai harta yang tidak dikembalikan.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 66
1.1.4 AM
Seksyen 21 (Kawasan RELA)
Ketua Pengarah boleh, dari semasa ke semasa, menentukan kawasan
RELA bagi maksud kawalan secara pentadbiran oleh mana-mana
pegawai dan anggota RELA sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah.
Seksyen 22 (Pangkat RELA)
Rujuk Jadual
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta,
meminda Jadual.
Seksyen 23 (Pangkat Kehormat dan Bersekutu)
Menteri boleh menganugerahkan pangkat kehormat atau bersekutu
dalam RELA kepada mana-mana orang sebagaimana yang
difikirkannya sesuai.
Seksyen 24 (Arahan tetap Ketua Pengarah)
Ketua Pengarah boleh mengeluarkan arahan secara pentadbiran, yang
dipanggil “Arahan Tetap” yang selaras dengan Akta ini atau
peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini tentang kawalan,
tugas dan latihan am pegawai dan anggota RELA.
Seksyen 25 (Penjawat awam)
Ketua Pengarah, Timbalan-timbalan Ketua Pengarah, pegawai dan
tiap-tiap anggota RELA, semasa menunaikan tugas sebagai pegawai
atau anggota RELA itu hendaklah disifatkan sebagai penjawat awam
dalam pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 67
LAMPIRAN D
BAHASA HUKUMAN KAWAD RELA
PELAJARAN KATA
PERINTAH PENERANGAN
Sedia
Dari Senang
Diri “Skuad…. Sdia”
“Skuad….Sdia”
Dengan pantas angkat kaki kiri dan lutut bengkok,
peha paras, hujung kaki terjunam kebawah, hentak
padat disebelah tumit kaki kanan, kedua-dua tangan
rapat kepeha kanan dan kiri, jari digenggam. Dengan
kiraan satu.
Senang Diri
Senang Diri
Dan Sedia
“Senang…. Dri”
“Senang….Dri”
Dengan pantas angkat kaki, lutut bengkok, peha
paras, hujung kasut terjunam kebawah, hentaj kaki
kiri kesebelah kaki kanan sejauh 12 inci, dalam masa
yang sama bawa kedua-dua tangan kebelakang,
belakang tangan kanan berada diperut tapak tangan
kiri, ibu jari besilang, lain-lain anggota diam.
Rehatkan Diri “Rehatkan….
Dri”
“Rehatkan….Dri”
Longgarkan anggota badan dari pinggang keatas,
tangan dinaikan diatas punggong serentak dengan
kiraan satu.
Hentak Kaki
Berlari “Hentak
kaki….Belari”
“Hentak kaki….Belari”
Didahulu dengan perkataan ‘up’ pada masa yang
sama angkat kaki kiri dan gantungkan, kemudian
kaki kanan dijatuhkan kebumi berselang dengan kaki
kiri.Dengan kiraan masa kanan kiri kanan.
Berhenti Dari
Hentak Kaki “Skuad….Ti”
“Skuad….Ti”
Kata perintah diberi pada kaki kanan jatuh kebumi,
hentak kaki kiri kanan dalam kiraan satu, dua.
Luruskan
Barisan “Luruskan….ba
risan”
“Luruskan….barisan”
Penanda kanan diam, anggota lain dengan pantas
angkat kaki kiri hentak disebelah kaki kanan, dalam
masa yang sama muka pandang kanan dan tangan
kanan angkat separas bahu dalam masa yang sama
muka paling kekanan. Hentak kaki kanan dan kiri
berturut-turut mencari lurus. Setelah lurus orang-
orang nombor dua barisan hadapan dengan pantas
turun tangan dan muka paling kehadapan seterusnya
diikuti oleh anggota yang lain sehingga anggota yang
penghabisan.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 68
Kekanan
Lurus
“kekanan….
lurus”
“Kekanan….lurus”
Tolak kaki kiri kehadapan sejauh 15 inci, dengan
kiraan satu. Angkat kaki kanan lutut bengkok, peha
paras hentak padat kesebelah tumit kaki kiri, dalam
masa yang sama tangan angkat separas bahu dan
muka paling kekanan dengan kiraan dua. Angkat kaki
kiri, lutut bengkok, peha paras hentak disebelah kaki
kanan, dalam masa yang sama hentak kaki kanan dan
kiri berturut-turut mencari lurus. Dengan kiraan tiga.
Pandang
Depan “pandang….
depan”
“Pandang….depan”
Dengan pantas turun tangan, dalam masa yang sama
muka paling kehadapan dan terus pandang depan,
balik dalam kedudukan sedia.
Buka Barian
(TIGA
PERGERAK
AN)
(BARISAN
HADAPAN)
“Buka
barisan….
grak”
“Buka barisan….grak”
Tolak kaki kiri kehadapan sejauh 30 inci, kedua-dua
lutut tegang, kekuatan badan diatas kaki kanan,
dalam kiraan satu. Langkah kaki kanan kehadapan
sejauh 15 inci, kedua-dua lutut tegang, kekuatan
badan diatas kaki kiri dalam kiraan dua. Angkat kaki
kiri lutut bengkok, peha paras, hentak padat di
sebelah tumit kaki kanan dalam kiraan tiga. Balik
dalam kedudukan sedia.
Barisan tengah diam.
Tutup Barisan “Tutup
barisan….
grak”
“Tutup barisan….grak”
Bagi barisan belakang, tolak kaki kiri kebelakang
sejauh 30 inci, kedua-dua lutut tegang, kekuatan
badan diatas kaki kanan, dalam kiraan satu. Langkah
kaki kanan sejauh 15, kedua-dua lutut
tegang,kekuatan badan diatas kaki kiri dalam kiraan
dua. Angkat kaki kiri lutut bengkok, peha paras,
hentak padat di sebelah tumit kanan dalam kiraan
tiga. Balik dalam kedudukan sedia. Tutup barisan-
barisan hadapan buat pergerakan seperti buka
barisan, barisan hadapan. (kebelakang) dan barisan
belakang bergerak kehadapan.
Kedudukan
dan nombor
dalam barisan
“ Skuad….
nombor”
“Skuad….nombor”
Orang pertama di barisan hadapan disebelah kanan
yang menyebut bilangan sehingga orang yang
terakhir. Orang di barisan tengah dan belakang ambil
perhatian.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 69
“ Dari kanan….
nombor”
“Dari kanan….nombor”
Orang pertama di barisan hadapan disebelah kanan
yang menyebut bilangan sehingga orang yang
terakhir. Orang di barisan tengah dan belakang ambil
perhatian.
Deretan
Kosong
Satu deretan yang kurang satu atau dua orang
anggota di panggil deretan kosong. Deretan ini
hendaklah berada nombor dua daripada sebelah kiri.
Masuk Baris “Tiga barisan di
hadapan
saya….grak”
Tiga barisan di hadapan saya….grak”
Skuad hendaklah belari berbaris dihadapan dimana
saya berada, orang yang pertama berada setentang
dengan saya dengan deretan dua dan tiga sehingga
menjadi tiga arisan.
Bersurai “Pegawai di
padang, be
….surai”
“Pegawai di padang, be ….surai”
Buat pergerakan ke kanan pusing, buat pergerakan
kehadapan hormat dan berjalan tiga didahului
dengan kaki kiri, baru bersurai
Keluar Baris “ Keluar….
baris”
“Keluar….baris”
Buat pergerakan kekanan pusing dan melangkah 3
langkah kehadapan baru bersurai.
Berpusing ke
kiri
( Kedudukan
Statik Dua
Pergerakan)
“ Bergerak
kekiri,
kiri….sing”
“ Bergerak kekiri, kiri….sing”
Pusing badan 90 darjah ke kiri, berpusing diatas tumit
kaki kiri dan hujung kasut kaki kanan, kekuatan
badan diatas kaki kiri. Kedua-dua lutut tegang, lain-
lain anggota diam dalam kiraan satu. Dengan pantas
angkat kaki kanan lutut bengkok, peha paras hentak
padat disebelah tumit kaki kiri, lain-lain anggota
diam. Dengan kiraan dua,balik dalam keadaan sedia.
Berpusing ke
kanan
(Dua
Pergerakan)
“ Bergerak
kekanan,
kanan…. sing”
“ Bergerak kekanan, kanan….sing”
Pusing badan 90 darjah ke kanan, berpusing diatas
tumit kaki kanan dan hujung kasut kaki kiri,
kekuatan badan diatas kaki kanan. Kedua-dua lutut
tegang, lain-lain anggota diam dalam kiraan satu.
Dengan pantas angkat kaki kiri lutut bengkok, peha
paras hentak padat disebelah tumit kaki kanan, lain-
lain anggota diam. Dengan kiraan dua,balik dalam
keadaan sedia.
Berpusing ke
belakang
“Menghadap
kebelakang,
belakang ….
“Menghadap kebelakang,belakang ….sing”
Pusing badan 180 darjah ke belakang, melalui bahu
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 70
sing” kanan , berpusing keatas tumit kaki kanan, hujung
kasut kaki kiri,kekuatan badan diatas kaki kanan,
kedua-dua lutut tegang. Lain-lain anggota diam.
Dengan kiraan satu. Dengan pantas angkat kaki
kiri,lutut bengkok peha paras hentak padat disebelah
tumit kaki kanan, lain-lain anggota diam. Dalam
kiraan dua.
Separuh Kiri “Bergerak ke
kiri, separuh….
kiri”
“Bergerak ke kiri, separuh….kiri”
Pusingkan badan kekiri 45 darjah, berpusing diatas
tumit kaki kiri dan hujung kasut kaki kanan.
Kekuatan badan diatas kaki kiri. Kedua-dua lutut
tegang,lain-lain anggota badan diam. Dalam kiraan
satu. Dengan pantas angkat kaki kanan, lutut
bengkok , peha paras hentak padat disebelah kaki kiri,
lain-lain anggota diam. Dalam kiraan dua, balik
dalam kedudukan sedia.
Separuh
Kanan
“Bergerak ke
kanan,
separuh….
kanan”
“Bergerak ke kanan, separuh….kanan”
Pusingkan badan kekanan 45 darjah, berpusing diatas
tumit kaki kanan dan hujung kasut kaki kiri.
Kekuatan badan diatas kaki kanan. Kedua-dua lutut
tegang,lain-lain anggota badan diam. Dalam kiraan
satu. Dengan pantas angkat kaki kiri, lutut bengkok ,
peha paras hentak padat disebelah kaki kanan, lain-
lain anggota diam. Dalam kiraan dua, balik dalam
kedudukan sedia.
Berjalan
“ Dari
kiri/kanan,
cepat….jalan”
“ Dari kiri/kanan, cepat….jalan”
Dimulakan dengan kaki kiri,tumit pacak ke bumi,
lengan tangan kiri separas bahu dan tangan kanan
tolak kebelakang seberapa yang boleh. Dengan teriak
kanan, kiri, kanan sehingga diberi kata perintah yang
lain.
Berhenti “ Skuad….ti”
“ Skuad….ti”
Kata perinyah diberi pada kaki kiri jatuh kebumi,
langkah kaki kaki kanan 30 inci kehadapan, hentak
kaki kiri dan kanan dalam kiraan cek, satu, dua. Balik
dalam kedudukan sedia.
Belok Kekiri
“Kiri….belok”
“Kiri….belok”
Orang disebelah kiri sekali pendekkan langkah 21
inci, orang yang ditengah-tengah langkah biasa 30
inci dan orang yang disebelah kanan langkah 33 inci
dan teruskan langkah sehingga barisan menjadi lurus
dan teruskan berjalan. Sehingga diberi kata perintah
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 71
yang lain.
Belok
Kekanan
“Kanan….belok
”
“Kanan….belok”
Orang disebelah kanan sekali pendekkan langkah 21
inci, orang yang ditengah-tengah langkah biasa 30
inci dan orang yang disebelah kiri langkah 33 inci
dan teruskan langkah sehingga barisan menjadi lurus
dan teruskan berjalan. Sehingga diberi kata perintah
yang lain.
Hormat Tanpa
Topi
Ketika tidak berpakaian lengkap, apabila berjumpa
dengan pegawai, buat pergerakan sedia dan terus
berjalan. Rapat kedua-dua tangan
(Hormat
Pandang
Kanan –
semasa
berjalan)
“ Dari kanan,
pandang….
kanan”
“ Dari kanan, pandang….kanan”
Kata perintah diberi pada kaki kiri jatuh kebumi,
muka palingkan kekanan 45 darjah keatas, tangan
kanan dan kiri masih melenggang paras bahu. Orang
yang disebelah kanan sekali pandang depan. Teruskan
berjalan sehingga diberi kata perintah yang lain.
(Hormat
Pandang Kiri – semasa
berjalan)
“ Dari kiri,
pandang….
kiri”
“ Dari kiri, pandang….kiri”
Kata perintah diberi pada kaki kiri jatuh kebumi,
muka palingkan kekanan 45 darjah keatas, tangan
kanan dan kiri masih melenggang paras bahu. Orang
yang disebelah kanan sekali pandang depan. Teruskan
berjalan sehingga diberi kata perintah yang lain.
Hormat
kehadapan
selaku terima
sijil
(13
pergerakan)
“ Selaku terima
sijil,
kehadapan….
hormat”
“Selaku terima sijil, kehadapan….hormat”
Buat pergerakan berhenti dan hormat. Tolak kaki kiri
15 inci kehadapan dan hentak kaki kanan disebelah
tumit kaki kiri dalam kiraan tiga empat. Hulurkan
tangan kiri dan tangan kanan tepuk ditapak tangan
kiri, tapak tangan kanan berada diperut tangan kiri,
dengan kiraan lima enam. Turunkan tangan dengan
pantas dengan kiraan tujuh. Tolak kaki kiri
kebelakang 15 inci dan hentak kaki kanan kesebelah
tumit kakikiri dengan kiraan tujuh lapan. Buat
pergerakan hormat dengan kiraan sembilan sepuluh.
Buat pergerakan hormat dengan kiraan sepuluh
sebelas. Berpusing kebelakang 180 darjah. Melalui
bahu kanan. Berpusin diatas tumit kaki kanan dan
hujung kasut kaki kiri. Dengan pantas angkat kaki
kiri hentak disebelah tumit kaki kanan dalam kiraan
dua belas tiga belas. Berjalan didahului dengan kaki
kiri.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 72
Berhenti
“Skuad….ti”
“Skuad….ti”
Kata perintah diberi pada kaki kanan sampai kebumi,
hentak kaki kiri dan kanan. Balik dalam kedudukan
sedia dalam kiraan satu dua.
Hentak kaki
(Dalam Cepat
masa)
“Hentak
kaki….cepat”
“Hentak kaki….cepat”
Angkat kaki kiri, lutut bengkok, peha paras, hujung
kasut terjunam kebawah, hentak disebelah kaki kiri
dalam masa yang sama kaki kiri angkat dan
berterusan sehingga di beri kata perintah yang lain.
Maju “Maju”
“Maju”
Kata perintah diberi pada kaki kanan jatuh kebumi,
hentak kaki kiri dan kanan dan tolak kaki kiri,
teruskan berjalan sehingga diberi kata perintah yang
lain.
Hentak kaki
(Dalam
perlahan
masa)
“Hentak kaki….
perlahan”
“Hentak kaki….perlahan”
Dengan pantas angkat kaki kiri, lutut bengkok, peha
paras, jatuhkan hujung kasut kaki kanan ke bumi
dengan sebutan up. Dalam masa yang sama angkat
kaki kiri, lutut bengkok, peha paras, dengan sebutan
kiri up, jatuhkan hujung kasut kaki kanan kebumi
dan teruskan berjalan sehingga di beri kata perintah
yang lain.
Maju (Dalam
perlahan
masa) “Maju”
“Maju”
Kata perintah diberi pada kaki kiri jatuh kebumi,
hentak kaki kanan dan hentak disebelah kaki kiri
dengan kiraan up dan teruskan berjalan sehingga
diberi kata perintah yang lain.
Berhenti Dari
Hentak kaki (
Dalam
perlahan
masa)
“Skuad….ti”
“Skuad….ti”
Kata perintah diberi pada kaki kanan mencecah
kebumi, dengan pantas hentak kaki kiri disebelah
tumit kaki kanan. Lain-lain anggota diam dan balik
dalam kedudukan sedia, dalam kiraan satu dua.
Hentak kaki
(Dalam
perlahan
masa)
“Hentak kaki….
perlahan”
“Hentak kaki….perlahan”
Dengan pantas angkat kaki kiri, lutut bengkok, peha
paras, jatuhkan hujung kasut kaki kanan ke bumi
dengan sebutan up. Dalam masa yang sama angkat
kaki kiri, lutut bengkok, peha paras, dengan sebutan
kiri up, jatuhkan hujung kasut kaki kanan kebumi
dan teruskan berjalan sehingga di beri kata perintah
yang lain.
Pengurusan Kokurikulum Asas Unit Beruniform: Perlaksanaan Di PKK 73
Maju (Dalam
perlahan
masa) “Maju”
“Maju”
Kata perintah diberi pada kaki kiri jatuh kebumi,
hentak kaki kanan dan hentak disebelah kaki kiri
dengan kiraan up dan teruskan berjalan sehingga
diberi kata perintah yang lain.
Berhenti Dari
Hentak kaki (
Dalam
perlahan
masa)
“Skuad….ti”
“Skuad….ti”
Kata perintah diberi pada kaki kanan mencecah
kebumi, dengan pantas hentak kaki kiri disebelah
tumit kaki kanan. Lain-lain anggota diam dan balik
dalam kedudukan sedia, dalam kiraan satu dua.