Upload
others
View
4
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
KETETAPAN DASAR KURIKULUM
PENGURUSAN KURIKULUM
(3.1 SKPMg2)
DISEDIAKAN OLEH : SITI HAJAR BT ZEINOLDIN SETIAUSAHA KURIKULUM DISEMAK OLEH : HJ ZAIDI B AWANG PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
KETETAPAN DASAR KURIKULUM
UNIT KUIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN DATU’ HASHIM
1.0 LATAR BELAKANG
Kurikulum adalah bidang utama atau ‘core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang
belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan
pencapaian sekolah dalam bidang kurikulum selaras dengan arus perdana dan dasar
pendidikan kebangsaan. Menyedari hakikat, sekolah ini mampu menjadi yang terbaik dalam
pelbagai bidang, maka suatu bentuk program yang terancang telah disusun mengikut
perbezaan potensi dan kebolehan antara murid untuk menghaslkan impak yang maksima.
Seterusnya menjadi asas yang kukuh kepada kecemerlangan murid, bagi mencapai arah tuju
pendidikan yang lebih tinggi dan sempura disamping melahirkan murid yang berakhlak mulia
selaras dengan kehendak Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia.
2.0 OBJEKTIF
Penetapan dasar ini digariskan atas tujuan berikut :
2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah
2.2 Memantapkan pengurusan Kurikulum di peringkat sekolah
2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Jabatan Pelajaran Negeri
3.0 DASAR
3.1 Menyediakan program pendidikan dalam kurikulum dan kokurikulum yang
merangkumi semua aspek pengetahuan, kemahiran, norma, nilai unsur
kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangkan potensi
murid dari aspek jasmani, rohani, mental dan emosi.
3.2 Dasar Kurikulum Sekolah mestilah sentiasa selari dengan arus perdana dan
dasar Pendidikan kebangsaan.
3.3 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian
Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.
3.4 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang Pendidikan dan
kurikulum semasa.
3.5 Pada sebilangan masa, program-program akademik diutamakan. Ini
bermakna, laluan perlu diberikan kepada program akademik sekiranya ianya
bertembung dengan program yang lain di satu masa yang sama.
4.0 MESYUARAT
4.1 Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat sekurang-kurangnya empat (4)
kali setahun mengikut piawaian JPN dan PPD bagi membincangkan pengurusan
dan pelaksanaan, masalah dan isu di dalam unit Kurikulum di sekolah
4.2 Agenda mesyuarat mestilah berdasarkan garis panduan yang dicadangkan
dalam pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil 2 Tahun 2018.
4.3 Mesyuarat Panitia – Dilaksanakan sebanyak minimum 4 kali setahun dan minit
mesyuarat mestilah disediakan dalam tempoh 2 minggu selepas mesyuarat.
Minit boleh disediakan dalam bentuk digital atau bercetak.
4.4 Surat Panggil mesyuarat mesti dikeluarkan 3 hari sebelum mesyuarat
dilaksanakan.
4.5 Semua perkara yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Induk Kurikulum perlu
dipanjangkan di dalam mesyuarat Panitia masing-masing mengikut kesesuaian
Panitia. Isi boring maklumbalas mesyuarat setiap kali mesyuarat selesai dan
panjangkan maklumat maklumbalas kepada setiausaha Kurikulum.
4.6 Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak
terhadap pelaksanaan kurikulum dalam setiap mata pelajaran. Pentadbir dan
semua Ketua Panitia bertanggungjawab sepenuhnya dalam pemantauan ini.
5.0 PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN
5.1 Pengurusan Mata pelajaran mestilah selaras dan memenuhi Pekeliling Iktisas
Bil 4/1986
5.2 Pengurusan Mata pelajaran juga mestilah selaras dengan SPI KPM Bil 8 2016
berkaitan pelaksaan KSSR secara berperingkat bermula 2017.
5.3 Dalam pengurusan Matapelajaran, semua panitia mata pelajaran mesti dan
wajib untuk memastikan kejayaan setiap murid dalam setiap mata pelajaran.
Penentuan TOV dan ETR setiap mata pelajaran melalui pelaksanan PBD amat
dititikberatkan.
5.4 Semua guru mata pelajaran melalui Ketua Panitia mestilah mempunyai TOV
dan ETR setiap murid bagi mata pelajaran yang diajar.
5.5 Pencapaian murid mesti dianalisa mengikut mata pelajaran. KP dan ahli mesti
menyusun program peningkatan dan program intervensi yang tersasar bagi
memastikan setiap murid yang lemah tidak tercicir dan murid yang cemerlang
sentiasa diberi peluang untuk terus maju dan mempunyai daya saing yang
tinggi di peringkat yang paling tinggi.
5.6 Semua Panitia mestilah menyusun strategi pembelajaran dengan baik. Pilih
strategi pembelajaran yang boleh membantu mencungkil potensi murid
dengan menggunakan inovasi dan pendekatan yang menarik. Jadikan panduan
PDPc PAK 21 sebagai salah satu medium pengajaran yang menarik.
5.7 Ketua Panitia mesti memastikan mesyuarat panitia dijalankan sejurus selepas
mesyuarat induk dijalankan. Bincangkan isu yang dibincangkan di dalam
mesyuarat induk di dalam mesyuarat panitia. KP mesti pastikan kehadiran
mana-mana pentadbir di dalam mesyuarat tersebut sebagai pemudahcara
dalam menyelesaikan sesuatu isu.
5.8 Fail panitia perlu diselenggara. Berdasarkan keputusan mesyuarat, fail panitia
semua matapelajaran diuruskan dengan menggunakan medium Google
Classroom dan Google Drive. KP dan setiausaha bertanggungjawab penuh ke
atas GC tersebut dan panjangkan maklumat kepada guru dengan
menggunakan medium wassup dan juga telegram. (Rujuk Pekeliling
Transformasi Pentadbiran Awam Bil 2 2018)
6.0 SISTEM FAIL
6.1 Fail jawatankuasa kurikulum diurus dan diselenggara oleh Setiausaha
Kurikulum.
6.2 Semua fail disimpan di dalam GC Unit Kurikulum dan di dalam Google Shared
Drive Unit Kurikulum yang boleh diakses oleh semua jawatankuasa kurikulum.
6.3 Semua KP dan Ahli Jawatankuasa Kurikulum boleh memuat naik dan memuat
turun bahan yang diperlukan dari Shared Drive ini dan dipanjangkan kepada
ahli panitia dan ajk kecil yang lain.
6.4 Panitia Matapelajaran juga menyediakan system fail yang sama seperti yang
diuruskan oleh unit kurikulum. KP dan Setiausaha Panitia selaku ‘Teacher’
dalam menguruskan GC panitia masing-masing. Segala maklumat mengenai
Guru MP, Mesyuarat MP, Analisa MP dan sebagainya yang berkaitian perlu ada
di dalam GC masing-masing.
6.5 Jika terdapat surat masuk untuk panitia dan JK lain, sediakan 1 fail putih am
untuk surat tersebut dan juga muat turun surat tersebut di dalam GC untuk
simpanan secara softcopy.
6.6 Pastikan GC sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa untuk mudah dicapai
maklumatnya oleh ahli panitia dan pentabir.
7.0 PAKEJ MATA PELAJARAN
7.1 Pakej Mata pelajaran yang gunakan mengikut Peruntukan Masa Minimum Jam
Setahun KSSR ( Semakan 2017) bagi Tahun 1-5 (2021)
7.2 Bagi Tahun 6 (2021) masih menggunakan KSSR 2011.
7.3 Rujuk SPI Bil 8 Tahun 2016
7.4 Rujuk SPI BIl 5 Tahun 2019 dan SPI lain berkaitan pelaksanaan KSSR dan
peruntukan masa pembelajaran KSSR Semakan 2017 dan KSSR 2011.
8.0 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP) SERTA RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN (RPH)
8.1 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP & DSKP Semakan 2017),
Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk oleh guru
setiap kali merancang pengajaran masing-masing.
8.2 DSKP dan DSPK Semakan mestilah dimuat turun oleh semua guru. Unit
Kurikulum bertanggungjawab mengadakan semua DSKP dan DSKP Semakan ini
supaya semua guru boleh mengaksesnya dengan mudah.
8.3 Semua guru wajib menyimpan DSKP mata pelajaran masing-masing di dalam
Google Drive. Inisiatif guru mencetak DSKP dialu-alukan. Bawa sentiasa DSKP
guru semasa PDPC berlangsung sebagai rujukan selain RPT dan RPH.
8.4 RPT, RPT perlu dirancang mengikut takwim sekolah. Kp dan ahli panitia perlu
membuat RPT panitia masing-masing sebagai panduan pengajaran tahunan
supaya lebih terancang. Jangan lupa juga untuk muat turun RPT semua guru
di dalam GC masing-masing.
8.5 RPH, bagi sekolah kita bagi tahun ini, eRPH masih diguna pakai. eRPH yang
telah diselaras akan digunakan. eRPH ini sudah lengkap mempunyai semua
perkara yang perlu di dalam penulisan RPH mengikut kehendak KPM, JPN dan
PPD.
8.6 Pilih aktiviti pengajaran yang bersesuaian mengikut kebolehan murid di dalam
kelas. Kebijaksanaan guru mengurus murid di dalam kelas dapat memastikan
objektif tercapai.
8.7 eRPH mesti dihantar setiap minggu melalui GC. Isi borang pengesahan
penghantaran setiap kali eRPH dihantar sebagai rujukan pentadbir untuk
menganalisa rekod penghantaran masing-masing.
8.8 eRPH perlu dihantar pada hari Khamis untuk mendapat markah penuh 3/3,
atau pengurangan gred akan berlaku jika lewat dan 0 untuk yang tidak hantar.
Markah ini akan digunakan sebagai bukti kerja buat semua guru.
8.9 Penulisan refleksi di dalam RPH sangat penting. Guru wajib memastikan
refleksi tulis dengan jelas bagi membuat penambahbaikan atau membuat
pengayaan kepada setiap murid.
8.10 Kandungan Pendidikan sivik disampaikan dengan baik secara besepadu di
dalam mata pelajaran BM, BI, Sejarah dan Pendidikan Islam. Rujuk Surat Siaran
KPM Bil 7 Tahun 2019.
9.0 JADUAL WAKTU
9.1 Jadual waktu setiap mata pelajaran disusun mengikut peruntukan masa dan
takwim yang dipilih oleh sekolah.
9.2 Dasar pengagihan mata pelajaran kepada guru, mengikut keutamaan opsyen
dan kepakaran guru.
9.3 Jumlah waktu mengajar guru tidak melebihi 30 waktu seminggu.
9.4 Jadual waktu yang tidak diisi kerana guru Sakit, Cuti Rehat dan Bertugas Rasmi
Diluar sekolah atas arahan, akan digantikan dengan guru lain yang bersesuaian
masa dengan guru tersebut dengan mengira ianya tidak membebankan.
9.5 Guru ganti berhak menggunakan tugasan sendiri untuk kelas ganti dan juga
boleh menggunakan tugasan yang ditinggalkan oleh guru sebenar.
9.6 Jadual Waktu mengajar dan Jadual Guru Ganti akan diuruskan oleh Penolong
Kanan Pentadbiran dan Penyelaras Jadual Waktu atau pembantu mengikut
prioriti.
9.7 Jadual Waktu penggunaan Makmal, PSS dan semua Bilik Khas akan disusun
oleh jawatankuasa masing-masing mengikut kesuaian masa dan mata
pelajaran. Contoh masa Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk perlaksaan
Nilam di PSS dan masa pengajaran TMK untuk tahun 6 di Makmal Komputer.
9.8 Pengurusan Masa yang baik adalah menjadi KPI unit Kurikulum. Memegang
dasar MMI akan membuatkan pengurusan masa secara optimum dan berkesan
serta memberi hasil yang cemerlang.
10.0 PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
10.1 Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan
berkualiti selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) atau ICT.
10.2 Menekankan kemahiran ICT untuk setiap guru dan murid. Guru yang
berkemahiran ICT sekaligus melahirkan murid yang celik ICT untuk sama-sama
bersaing dalam kehidupan masakini. Maklumat dihujung jari perlu diterapkan
di dalam PDPC agar pembelajaran menjadi lebih bermakna.
10.3 Memperluaskan program peningkatan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu MBMMBI
iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan Bahasa Inggeris.
10.4 Menggunakan pelbagai kaedah, pendekatan, strategi dan Teknik di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan ketrampilan guru,
seterusnya meningkatkan pencapaian murid dalam menguasai PDPC adalah
sangat penting. Ini adalah kerana pembelajaran yang berkualiti pastinya dalam
melahirkan murid yang cemerlang.
10.5 Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas perlulah sentiasa
dianalisa dan dibuat refleksi. Sentiasa membuat pengayaan bagi yang Berjaya
mencapai objektik dan pemulihan bagi yang belum menguasai PDPC.
10.6 Guru bebas menggunakan kaedah pembelajaran yang akan digunakan di
dalam kelas. Guru juga boleh menggabungkan lebih dari satu strategi dan
kaedah pengajaran dalam satu-satu masa.
10.7 Pastikan objektif PDPC guru ditulis dengan jelas, dirancang dengan baik dan
dilaksana dengan cemerlang dengan satu matlamat iaitu kejayaan dan
kemenjadian murid.
10.8 Pembelajaran di luar bilik darjah juga digalakkan. Sesekali murid perlu diberi
pendedahan luar bagi menambah ilmu pengetahuan.
10.9 Kolaborasi dengan kelas lain dan juga mata pelajaran lain juga digalakkan bagi
mengajar murid mengenai pengajaran di dalam kelas mempunyai satu
matlamat yang sama dan ia boleh digabung jalin bagi menambahkan daya
saing dan pengetahuan.
10.10 Unsur KBAT mesti diterapkan dalam setiap PDPC agar murid daya berfikir yang
tinggi dan dapat menyelesaikan pelbagai masalah dengan pelbagai kaedah.
11.0 GURU GANTI
11.1 Mana-mana guru yang berkursus, Cuti Rehat Khas, Cuti Sakit, Cuti Bersalin, Cuti
Tanpa Rekod perlu memaklumkan kepada pentadbir lebih awal bagi urusan
jadual ganti.
11.2 Guru yang berkursus khususnya, yang sudah mendapat makluman awal, perlu
menyediaan bahan dan tugasan untuk murid yang ditinggalkan mengikut
bilangan hari berkursus.
11.3 Guru yang ditugaskan mengganti, wajib untuk masuk ke dalam kelas tersebut
dan jalankan PDPC seperti biasa. Guru boleh menggunakan tugasan sendiri
sekiranya guru bercuti kecemasan tidak sempat meninggalkan tugasan.
12.0 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
12.1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan di sekolah berdasarkan
kehendak KPM (Rujuk buku panduan pengurusan dan pelaksanaan PBS).
12.2 Jawatankuasa perlu dilantik di dalam jawatankuasa ini. Jawatankuasa terlibat
merangkumi semua unit iaitu Kurikulum untuk PBD dan SEGAK, Ko Kurikulum
untuk PAJSK dan HEM untuk Psikometrik.
12.3 Pelaksanaan PBD adalah mengikut takwim pelaksanaan yang telah disusun
oleh jawatankuasa induk dan akan disebarluaskan melalui Telegram Rasmi dan
juga GC Kurikulum.
12.4 PBD boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian masa guru di dalam kelas
masing-masing. Rekod pelaksanaan PBD juga mengikut kesesuaian guru
dengan syarat rekod perlu ada bagi memudahkan guru membuat rujukan
semasa membuat pentaksiran 2 kali setahun. (Rujuk Takwim Pentaksiran)
12.5 Untuk semua guru, rujuk panduan pelaksanaan PBD jika masih kurang faham,
pastikan data yang diisi adalah data yang releven dan boleh dipercayai dengan
mempunyai bukti kesahihan data bagi memastikan hak murid untuk mendapat
pencapaian tertinggi adalah benar.
12.6 Semua guru perlu mencatat TOV TP semua murid bagi semua mata pelajaran
yang diajar. Guru boleh mendapatkan data tersebut di dalam Google Drive
gg.gg/e-kuriskdh ( Rujuk Templete Oktober 2020 untuk TOV 2021)
12.7 Tentukan juga sasaran ETR bagi setiap murid sehingga akhir tahun sejajar
dengan ketetapan yang guru sudah tetapkan di dalam borang keberhasilan
PBPPP 2021.
12.8 Penting untuk setiap guru membuat ketetapkan sasaran (ETR) atau headcount
setiap murid, setiap mata pelajaran bagi mencapai KPI Kurikulum seluruhnya.
Memahami headcount murid amat penting bagi menambahbaik PDPC guru
bagi mencapai objektif pembelajaran berasaskan DSKP dan DSKP Semakan.
12.9 Murid yang masih Belum Mencapai Tahap Minimum (BMTM), iaitu pencapai
TP1 dan TP2, bagi semua mata pelajaran perlu disenarai pendekkan dan cuba
untuk bantu sehingga mencapai tahap minimum. (sekurang-kurangnya TP3)
12.10 Bagi murid yang sudah mencapai TP5, guru-guru harus memimpin mereka
untuk mencapai TP6. Sediakan program atau projek khas bagi memberi
peluang kepada murid-murid ini menunjukkan kebolehan mereka kepada
seluruh warga sekolah sebagai bukti mereka layak untuk mendapat TP6.
12.11 Panitia Mata pelajaran perlu memilih instrumen pentaksiran yang bersesuaian
bagi panitia masing-masing. Setiap panitia mempunyai cara pentaksiran
berbeza, oleh itu, kebebasan diberikan sepenuhnya kepada panitia untuk
memilih cara pentaksiran mereka tersendiri.
12.12 Analisa Pentaksiran, perlu dibuat bagi setiap mata pelajaran dan
disebarluaskan kepada semua guru untuk dijadikan panduan. Analisa yang
sudah disiap akan dimuat turun di GC Kurikulum dan disimpan di dalam Shared
Drive Kurikulum untuk mudah dicapai.
12.13 Pentaksiran Bertulis juga boleh dijalankan mengikut kesuaian mata pelajaran
dan kelas masing-masing.
12.14 Untuk pelaksanaan SEGAK, PAJSK dan Psikometrik, rujuk kepada jadual
pelaksanaan yang akan di berikan oleh pihak KPM dan JPN.
12.15 Analisa bagi SEGAK, PAJSK dan Psikometrik juga perlu dibuat dan dikongsi
bersama semua guru untuk pengetahuan, dan penrekodan.
12.16 Bagi SEGAK, penyimpanan data SEGAK perlu dikongsi di dalam Shared Drive
Kurikulum yang telah ditetapkan.
13.0 PEMANTAUAN DAN PENCERAPAN PDPC
13.1 Pemantauan dan pencerapan guru mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Pemantauan mengikut panduan Dokumen Standard 4, SKPMG2 dan
Keberhasilan PBPPP.
13.2 Semua guru haruslah membaca dan memahami kehendak Borang Pemantuan
Kendiri Standard 4 dan memahami kehendak borang Keberhasilan PBPPP bagi
memudahkan guru membuat persediaan pemantauan dan pencerapan.
13.3 Faham setiap item pemantauan untuk memaksimakan markah pencapaian
guru. Guru berhak untuk mempertikaikan markah yang diberi jika markah
tidak relevan dengan kerja buat guru. Perbincangan dengan Pemantau adalah
dibenarkan.
13.4 Semua guru mesti memahami tujuan pemantauan dan pencapaian adalah
bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru
bukannya bertujuan mencari kesalahan. Oleh yang demikian adalah penting
bagi semua guru untuk bersedia dikritik untuk kebaikan Bersama.
13.5 Selain pemantauan PDPC, pemantauan Buku Latihan dan Buku kerja murid
juga akan dibuat mengikut jadual yang telah disediakan. Guru yang akan
dipantau mesti menghantar sekurang-kurangnya 5 buah buku Latihan murid
cemerlang, 5 murid sederhana dan 5 murid lemah untuk dinilai oleh pentadbir
yang telah ditetapkan. Isi borang pemantauan dan Analisa dapatan daripada
pemantauan sebagai usaha penambahbaikan dan motivasi.
13.6 Dalam pemantauan Buku Kerja,guru-guru diingatkan untuk meneliti dan
mematuhi Dasar Latihan Minimum agar penggunaan buku kerja digunakan
secara optimum.
14.0 PEMANTAUAN PENGURUSAN PANITIA
14.1 Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Penolong
Kanan Pentadbiran.
14.2 Penolon Kanan Pentadbiran akan menyelia semua perjalanan panitia
sepanjang tahun.
14.3 Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak melalui GC Panitia masing-
masing.
14.4 Perkara penting seperti Pelan Perancangan Operasi (PPO), Pelan Perancangan
Strategik dan Taktikal perlu di buat dan dikemaskini dari masa ke semasa.
14.5 Penentuan KPI panitia juga akan dipantau dan dilihat agar sentiasa selari
dengan kehendak KPI Kurikulum.
14.6 Perbelanjaan Wang Peruntukan Kerajaan juga perlu dibelanja dengan
berhemah oleh setiap panitia.
15.0 PEMANTAUAN BILIK-BILIK KHAS
15.1 Semua bilik khas mesti diurus dengan baik dan sempurna oleh guru yang telah
dipertanggungjawabkan.
15.2 Rekod penggunaan bilik khas dan Peraturan Penggunaan perlu diwujudkan dan
dikemaskini setiap masa.
15.3 Keselamatan bahan dan peralatan yang terdapat di bilik-bilik khas perlu
diutamakan. Buku Stok peralatan juga perlu ada dan kemaskini.
15.4 Kunci bilik khas perlu mempunyai pendua dan salinan disimpan di pejabat
supaya dicapai jika perlu.
16.0 PEMANTAUAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN
16.1 Pengurusan Pentaksiran yang baik akan memastikan keputusan yang diterima
murid akan relevan tanpa pertikaian.
16.2 Pemantauan pelaksanaan pentaksiran perlu dipantau supaya markah yang
diberi adalah markah yang sah mengikut kelayakan murid.
16.3 Perjalanan pengurusan pentaksiran seperti Ujian Psikometrik, perlu dipantau
agar perjalanannya lancar dan murid memberi tumpuan sepenuhnya semasa
ujian dijalankan.
16.4 Bagi Ujian SEGAK, guru harus memastikan panduan perlaksaan setiap item
penilaian dibuat dengan baik mengikut kehendak dan garis panduan yang
betul. Penolong kanan dan jawatankuasa dilantik, perlu membuat
pemantauan semasa guru menjalankan Ujian tersebut.
17.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
17.1 Program peningkatan akademik amat penting bagi memastikan
kecemerlangan akademik sekolah sentiasa terjaga. Oleh itu Dasar Kurikulum
akan sentiasa menyokong semua aktiviti panitia yang membawa kepada
kecemerlangan murid.
17.2 Setiap program yang dirancang perlu melalui proses meneliti kepentingan.
Think the first thing first. Beri kepentingan peruntukan yang besar bagi
program peningkatan bagi panitia yang amat memerlukan berdasarkan
Analisa pencapaian murid. Jika Matematik memerlukan peruntukan atau
bilangan program yang lebih untuk meningkatkan kecemerlangan Panitia
tersebut, maka beri keperluan itu kepada panitia tersebut.
17.3 Untuk itu, jawatankuasa peningkatan akademik sekolah perlu berperanan
membuat Analisa ini bagi menyusun program peningkatan secara tersasar dan
mencapai objektif dengan tidak membazirkan masa, wang dan tenaga.
17.4 Jika perlu, kolaborasi program antara panitia, maka ianya amat digalakkan bagi
menambah tenaga kerja dan memberi impak yang lebih baik kepada murid.
17.5 Kertas Cadangan mestilah dibuat terlebih dahulu sebelum ianya mendapat
kelulusan daripada pihak pentadbir.
17.6 Kerjasama dengan unit HEM dan kauseling amat penting setiap kali program
dijalankan, maka diingatkan semua panitia untuk melantik Kaunselor sebagai
salah seorang AJK tetap di dalam setiap program yang akan disusun.
17.7 Selepas program, pastikan penilaian program dibuat bagi penambahbaikan.
18.0 PERKEMBANGAN STAFF
18.1 Program Perkembangan Staff bagi meningkatkan professional guru wajib
dilaksanakan.
18.2 Setiap panitia wajib menjalankan sekurang-kurangnya 1 program
perkembangan staff setiap tahun samada secara bersendiri atau berkolaborasi
dengan panitia yang lain.
18.3 Isi SPLKPM setiap kali PLC dijalankan. PLC secara tidak formal juga boleh
dicatat sebagai perbincangan peningkatan professional guru.
19.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
19.1 Setiap tahun sejumlah peruntukan bagi unit kurikulum akan diserahkan kepada
pihak sekolah untuk diurus.
19.2 Dalam mesyuarat Unit Kurikulum kali pertama, perbentangan jumlah
peruntukan akan dibentangkan oleh PT Kewangan.
19.3 Semua panitia perlu mencatat peruntukan bagi panitia masing-masing.
Dengan jumlah peruntukan yang diberikan, panitia mesti merancangan
pengunaannya dengan baik.
19.4 Buat nota pinta jika perlu membeli keperluan panitia dan buat kertas kerja bagi
penggunaan Program Peningkatan Akademik Murid.
20.0 PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK
20.1 Sekolah amat mengalu-alukan penyertaan Pertandingan Luar Akademik di
kalangan murid.
20.2 Mohon semua panitia untuk terus meningkatkan penyertaan Pertandingan
Luar Akademik bagi memberi peluang kepada murid kita untuk sentiasa
bersaing dan menonjolkan diri mereka di luar sana.
20.3 Rekod penyertaan murid dan pencapaian murid bagi penambahbaikan dan
sebagai ganjaran untuk murid yang cemerlang.
21.0 PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM
21.1 Dasar kurikulum sekolah ditetapkan setiap tahun. Namun begitu ianya boleh
diubah dan ditentukan semula mengikut keperluan dan perubahan semasa.
21.2 Semoga apa yang telah ditetapkan akan dijadikan panduan bagi semua guru
bagi memastikan kita semua sederap langkah menuju satu hala tuju dan
objektif.