69

Click here to load reader

PENGURUSAN SISA PEPEJAL

  • Upload
    epul88

  • View
    7.050

  • Download
    22

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pengenalan pengurusan sisa pepejal.nota kuliah.main-main.suka-suka.poyo-poyointelektual palsu =)

Citation preview

Page 1: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN SISA TOKSIK

PROGRAM KESIHATAN PERSEKITARAN

FAKULTI SAINS KESIHATAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KAMPUS KUALA LUMPUR

NE 4010

Page 2: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

SEJARAH PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Di zaman purba, pengurusan sisa pepejal adalah melalui cara yang sesuai dengan lokasi, kebudayaan, kepercayaan dan juga kemajuan teknologi yang ada pada masa itu.

Di Mesir pada 2100 sebelum Masihi, orang kelas atasan membuang sisa pepejal ke dalam Sungai Nil manakala orang kelas bawahan pula, membuang sisa pepejal di hadapan rumah mereka.

Tempat pembuangan sisa pepejal yang pertama telah dibina pada tahun 500 SM di Athen dan Rom (Chisea, 1981). Kedua-dua tempat ini berfungsi untuk mengumpul sisa pepejal dan telah dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Page 3: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Pada penghujung abad pertengahan, sistem pelupusan sisa pepejal tidak lagi dilaksanakan dan ini telah memberi kesan buruk kepada alam sekitar. Terdapat binatang peliharaan seperti khinzir berkeliaran mencari makanan dari sisa pepejal yang berlonggokan di lorong-lorong belakang dan di tepi jalan raya.

Keadaan ini mula berubah apabila terbentuknya undang-undang pengurusan sisa pepejal yang telah dikuatkuasakan di negara tersebut.

Page 4: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Negara China pula mempunyai sejarah yang panjang mengenai pengurusan sisa pepejal. Sejak 4000 tahun dahulu, rakyatnya telah menggunakan sisa pepejal sebagai baja di ladang mereka untuk meningkatkan tahap kesuburan tanah (Chung, 2002).

Perubahan besar yang pertama ke atas pengurusan sisa pepejal telah dimulakan semasa Revolusi Perindustrian.

Pertumbuhan penduduk yang pesat tanpa sistem pengurusan sisa pepejal yang bersistematik telah memberi impak yang besar dalam kehidupan seharian mereka.

Bermula 1880-an penduduk-penduduk telah mula menitikberatkan isu kebersihan alam sekitar demi menjamin kesihatan sejagat.

Page 5: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Teknologi baru mula direka untuk menguruskan sisa pepejal. Tapak pelupusan dan pengasingan sisa pepejal juga telah diperkenalkan.

Pembakaran sampah secara tertutup telah dilakukan pada tahun 1885 buat kali pertama manakala projek kitar semula yang pertama diperkenalkan di New York pada tahun 1895 (Menke-Gluckert,1985).

Pada tahun 1920-an, bilangan tapak pelupusan sanitari mula bertambah. Di antara cara untuk mengurus sisa pepejal ketika itu adalah menebus guna tanah paya untuk pembuangan sampah.

Page 6: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Kemelesetan ekonomi yang teruk pada 1930-an membawa perubahan ketara terhadap penggunaan lori sampah dan kawalan kebersihan tapak pelupusan sisa pepejal.

Pada tahun 1950-an, masyarakat lebih suka membuang sisa pepejal tanpa mengasingkannya.

Tapak pelupusan sisa pepejal sanitari bertambah dengan pesat dan amalan kitar semula semakin dilupakan.

Syarikat-syarikat besar yang dipertanggungjawabkan terhadap sistem pengurusan sisa pepejal telah ditubuhkan pada tahun awal 1960-an.

Page 7: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Kempen kitar semula dan pengurangan sisa pepejal diwujudkan semula sekitar 1970-an.

Kesedaran masyarakat semakin meningkat terhadap pengurusan sisa pepejal kerana menyedari akan kesan buruknya bukan sahaja terhadap alam sekitar malah kepada tahap kesihatan mereka sendiri.

Page 8: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

DEFINISI

Page 9: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

HIRARKI PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang cekap dan berkesan amat penting bagi memastikan kualiti hidup yang tinggi dan alam sekitar yang bersih, sihat dan selamat.

Sehubungan dengan itu, Pelan Perancangan Strategik Nasional untuk Pengurusan Sisa Pepejal (2005) menggariskan pengurusan sisa pepejal hendaklah berteraskan kepada hirarki pengurusan sisa pepejal.

Hirarki ini terdiri daripada elemen-elemen berikut yang disusun mengikut keutamaan:

Page 10: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Pengurusan alam sekitar yang efektif melalui pengurangan penghasilan sisa pepejal

Bahan atau produk yang digunakan secara berulang-kali

Penghasilan bahan-bahan berguna daripada sisa pepejal

Apabila turutan langkah-langkah diatas diamalkan, kuantiti sisa akan dapat dikurangkan. Baki sisa akan dihantar ke pusat rawatan perantaraan di mana isipadunya akan dikurangkan/dimampatkan.

Lebihan sisa pepejal akan dihantar ke tapak pelupusan sanitari

Page 11: PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Page 13: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

SISA PEPEJAL ISI RUMAH

Definisi (Mengikut Akta 672) Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh

sesuatu isi rumah, dan daripada jenis yang biasanya dihasilkan oleh atau dikeluarkan oleh mana-mana premis apabila dihuni sebagai rumah kediaman, dan termasuklah sisa taman.

Contoh Sisa Pepejal Isi Rumah Sisa makanan, kertas, kadbod, plastik,

tekstil, kulit, sisa taman, kayu, kaca, bahan logam seperti tin aluminium dan sebagainya.

Page 14: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

SISA PEPEJAL AWAM

Definisi (Mengikut Akta 672) Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh tempat awam, yang di bawah penyeliaan atau kawalan mana-mana pihak berkuasa tempatan.

Contoh Sisa Pepejal Awam Sampah yang terdapat di jalan-jalan dibawah senggaraan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), sisa landskap, sisa dari taman permainan, pantai dan kawasan rekreasi yang lain.

Punca Sisa Pepejal Awam Pembersihan jalan Pihak Berkuasa Tempatan, sisa landskap, sisa dari taman permainan, pantai dan kawasan rekreasi yang lain.

Page 15: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

SISA PEPEJAL IMPORT

Definisi (Mengikut Akta 672) Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh negara lain dan diimport ke negara kita untuk diproses atau dilupuskan.

Contoh Sisa Pepejal Import Kertas, kadbod, tin, kaca dan lain- lain bahan yang diimport dari luar untuk digunakan oleh industri pembuatan sebagai bahan mentah dan dikitar semula. Punca Sisa Pepejal Import Sisa yang telah dihasilkan di negara luar yang diimport ke Malaysia.

Page 16: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

SISA PEPEJAL KHAS

Definisi (Mengikut Akta 672) Apa-apa jenis sisa pepejal terkawal yang ditetapkan samada:-

Berbahaya atau boleh membahayakan kesihatan awam Sukar untuk diolah, disimpan

atau dilupuskan

Contoh Sisa Pepejal Khas Sisa industri yang merbahaya yang tidak boleh dilupuskan di tapak pelupusan biasa

Punca Sisa Pepejal Khas Premis perindustrian.

Page 17: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

SISA PEPEJAL INSTITUSI

Definisi (Mengikut Akta 672) Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh :-

Mana-mana premis yang diluluskan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk digunakan keseluruhan atau sebahagian besarnya bagi maksud sembahyang atau bagi khairat.

Mana-mana premis yang dihuni oleh mana-mana Jabatan Kerajaan Persekutuan atau Negeri, mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan atau mana-mana badan berkanun.

Mana-mana premis pendidikan. Mana-mana kemudahan jagaan kesihatan termasuklah

hospital, klinik dan pusat kesihatan. Mana-mana premis yang digunakan sebagai zoo awam,

muzium awam, perpustakaan awam dan rumah anak yatim.

Page 18: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Contoh Sisa Pepejal Institusi Apa-apa jenis sisa yang dijanakan hasil dari aktiviti harian institusi yang disebutkan di atas dan ini adalah tidak termasuk sisa pepejal khas yang memerlukan cara pelupusan yang berasingan.

Punca Sisa Pepejal Institusi Sekolah, universiti, hospital, penjara dan bangunan kerajaan.

Page 19: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

SISA PEPEJAL KOMERSIAL

Definisi (Mengikut Akta 672) Ialah merangkumi sisa pepejal yang dihasilkan daripada apa-apa aktiviti komersial.

Contoh Sisa Pepejal Komersial Kertas, kadbod, plastik, kayu, sisa makanan, restoran, kaca, logam dan apa-apa jenis sisa yang terhasil dari aktiviti komersial yang tidak termasuk dalam sisa pepejal khas.

Punca Sisa Pepejal Komersial Stor, restoran, pasaraya, hotel, rumah tumpangan, kedai percetakan, stesen-stesen perkhidmatan, dan sebagainya.

Page 20: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

SISA PEPEJAL PEMBINAAN

Definisi (Mengikut Akta 672) Merupakan apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan

daripada apa-apa aktiviti pembinaan atau perobohan termasuk kerja pemajuan, penyediaan, pembaikan atau pengubahan.

Contoh Sisa Pepejal Pembinaan Kayu, papan lapis, konkrit, besi, drywall, permaidani, kadbod, gentian kaca, tanah dan lain- lain sisa yang dihasilkan dari aktiviti di atas.

Punca Sisa Pepejal Pembinaan Kawasan pembinaan baru, kerja-kerja pengubahsuaian atau perobohan bangunan dan sebagainya.

Page 21: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

SISA PEPEJAL PERINDUSTRIAN

Definisi (Mengikut Akta 672) Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan daripada apa-apa aktiviti perindustrian.

Contoh Sisa Pepejal Perindustrian Sisa yang terhasil dari proses pengilangan tidak termasuk sisa pepejal khas.

Punca Sisa Pepejal Perindustrian industri fabrik, industri pembuatan makanan, industri ringan, industri berat dan sebagainya.

Page 22: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

JENIS-JENIS TONG SAMPAH

Page 23: PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Page 24: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

JENIS-JENIS TONG KITAR SEMULA

Terdapat 3 tong kitar semula yang disediakan oleh kerajaan untuk membuang sisa yang boleh dikitar semula.

Tong-tong ini diwarnakan biru, coklat, dan jingga bagi melambangkan kegunaan yang berbeza.

Tong kitar semula terdapat di dalam saiz 80 liter, 120 liter, 240 liter, 360 liter dan 660 liter.

Page 25: PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Page 26: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI MALAYSIA

Sehingga tahun 1998, pengurusan sisa pepejal di Malaysia telah diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing. Kepesatan pembangunan negara yang berterusan turut meningkatkan kuantiti sisa pepejal yang dijana setiap tahun, menyebabkan kos pengurusan sisa pepejal turut meningkat.

Keadaan ini amat membebankan sebahagian besar PBT dengan meningkatnya kos kutipan dan pembinaan fasiliti untuk merawat dan melupus sisa pepejal.

Pada masa yang sama, masyarakat semakin peka ke atas isu-isu alam sekitar menyebabkan masalah sisa pepejal mendapat perhatian umum.

Page 27: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Pada bulan Oktober 1994, Kerajaan menyarankan kepada syarikat swasta untuk membuat tawaran bagi penswastaan pengurusan sisa pepejal bagi meningkatkan kualiti pengurusan sisa pepejal.

Pada 6hb September 1995, Kabinet telah bersetuju untuk menswastakan pengurusan sisa pepejal di Semenanjung Malaysia.

Pada Disember 1995, Kerajaan Persekutuan telah menawarkan kontrak secara interim kepada 4 buah syarikat.

Penswastaan interim pengurusan sisa pepejal dibuat mengikut kawasan geografi iaitu Kawasan Tengah dan Timur, Kawasan Utara, Kawasan Selatan, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Penswastaan secara interim telah dilaksanakan mulai pada 8 April 1998 sebelum penswastaan sepenuhnya dikuatkuasakan.

Page 28: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Kerajaan Persekutuan telah menggubal akta untuk memindahkan tanggungjawab pengurusan sisa pepejal daripada PBT kepada kerajaan pusat. Pada tahun 2007, Kerajaan Persekutuan telah mewartakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672).

Di bawah Akta ini Kerajaan Persekutuan telah diberi kuasa eksekutif berhubung dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Semenanjung Malaysia. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) telah diwujudkan sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk membuat dasar, peraturan-peraturan, garis panduan, merangka pelan perancangan strategik, mengeluarkan lesen, dan seumpamanya.

Pada tahun 2007 juga, Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (Akta 673) telah diwartakan bagi menubuhkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA).

PPSPPA ditubuhkan sebagai agensi untuk menguatkuasakan Akta 672 serta peraturan-peraturan di bawahnya, melaksanakan pelan perancangan strategik, mengawalselia perjanjian konsesi serta operasi fasiliti-fasiliti pengurusan sisa pepejal di seluruh negara.

Page 29: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

ELEMEN PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Pengurusan sisa pepejal bersepadu merupakan sistem yang menggabungkan 6 elemen penting yang sejajar dengan konsep pembangunan mapan dari segi kesihatan awam, ekonomi, kejuruteraan, pemuliharaan, nilai artistik, kesedaran awam serta persekitaran. Elemen yang dimaksudkan adalah seperti di bawah: 1) Penjanaan 2) Penstoran 3) Kutipan 4) Pengangkutan 5) Rawatan Perantaraan 6) Pelupusan

Page 30: PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Page 31: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

PENJANAAN SISA PEPEJAL

Mengikut laporan Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010, jumlah sisa pepejal yang dijana di Semenanjung Malaysia meningkat daripada 16,200 tan metrik sehari pada tahun 2001 kepada 19,100 tan metrik sehari pada 2005.

Jumlah ini dianggarkan akan meningkat kepada 30,000 tan sehari pada tahun 2020. Secara puratanya, pada masa ini seorang warga Malaysia menjanakan sebanyak 0.8 kilogram sisa pepejal sehari. (Sumber : Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, 2008).

Komposisi sisa pepejal

Kadar komposisi sisa pepejal adalah berbeza di antara kawasan kerana ia dipengaruhi oleh beberapa faktor, di antaranya sosio ekonomi dan gaya hidup seseorang. Secara puratanya komposisi sisa pepejal isi rumah di Malaysia adalah seperti berikut:

Page 32: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

( Sumber : Rancangan Malaysia Ke - 9)

Page 33: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Rumah Kediaman Bagi premis atas tanah biasanya tong sampah digunakan sebagai penstoran di setiap premis.

PENSTORAN Penstoran sisa pepejal yang sistematik adalah penting bagi mengelakkan gangguan dari binatang seperti anjing dan kucing serta mengelakkan pembiakan lalat, tikus atau serangga-serangga yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia dan persekitaran. Selain itu, ianya juga bertujuan memudahkan kutipan sisa pepejal tersebut.

Terdapat pelbagai jenis penstoran digunakan di premis kediaman pada masa ini:

Rumah Bertingkat Kos Rendah Dan Sederhana Tong communal digunakan di rumah bertingkat kos rendah dan sederhana sebagai tempat penstoran berpusat. Penghuni perlu membawa sisa yang dikumpul ke tempat penstoran.

Pangsapuri dan kondominium Rumah sampah disediakan di pangsapuri dan kondominium untuk menempatkan Tong communal. Penghuni pangsapuri perlu membawa sisa masing-masing ke tempat penstoran manakala bagi kondominium kebuk sampah disediakan di setiap tingkat. Sisa akan dipungut oleh pihak pengurusan bangunan dan dikumpulkan di rumah sampah. Pintu rumah sampah dibina berhampiran jalan bagi membolehkan kutipan sisa pepejal dilakukan.

Page 34: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Spiral Waste Bin (SWB)

Merupakan salah satu tong penstoran sisa pepejal berkapasiti tinggi dimana sisa pepejal akan dimampatkan. Dengan cara ini kapasiti sisa pepejal boleh disimpan adalah lebih banyak. Ia sesuai digunakan di kawasan yang mempunyai kuantiti penjanaan sisa pepejal yang tinggi seperti di kondominium dan pangsapuri.

Gambarajah skematik SWB

Page 35: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

DEEP COLLECTION SYSTEM Sistem ini menggunakan ruang bawah tanah untuk menyimpan sisa. Sebahagian besar tong ditanam di bawah tanah dan sebuah karung yang diperbuat daripada HDPE diletakkan di dalam tong tersebut untuk menyimpan sisa.

Karung ini akan diangkat menggunakan kren untuk memindahkan sisa ke dalam kenderaan pemungut.

Sistem ini dapat mengelakkan keperluan membina rumah sampah dan menjimatkan penggunaan ruang, serta kos pembinaannya lebih murah. Ia sesuai ditempatkan di kawasan bebendul jalan dan direkabentuk supaya sesuai menjadi sebahagian daripada landskap.

Suhu bawah tanah yang rendah dapat melambatkan pereputan sisa.

Sistem itu juga mempunyai penutup yang dapat melindungi sisa yang disimpan dari air hujan.

Sistem ini telah digunakan secara meluas di luar negara tetapi di Malaysia sistem ini masih dalam peringkat pembangunan.

Page 36: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Kedalaman tong dari aras lantai

Page 37: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Sistem Vakum

Sistem Vakum adalah satu sistem automatik yang menggunakan sesalur buangan (refuse chute) dan kaedah sedutan.

Bukaan disediakan di setiap tingkat untuk membuang sisa ke dalam sesalur buangan.

Sisa pepejal yang dibuang disedut melalui sistem sesalur bawah tanah menggunakan vakum untuk dikumpulkan di pusat pengumpulan.

Sisa akan dikutip oleh lori dari pusat pengumpulan.

Kos bagi membina sistem ini adalah tinggi tetapi ia lebih bersih dan efisien. Ia sesuai digunakan di kondominium dan kompleks komersial.

Di Malaysia sistem ini telah digunakan di KLIA, Kompleks Kastam Kelana Jaya dan Kompleks Maju Junction.

Page 38: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Gambarajah menunjukkan bagaimana pengutipan sisa pepejal dilakukan menggunakan sistem vakum

Page 39: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Gambarajah menunjukkan trak yang digunakan untuk menyedut sisa

Page 40: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

KUTIPAN

Kutipan merupakan proses mengutip atau mengumpul sisa pepejal domestik, sisa pukal atau bahan kitar semula di tong setiap premis atau punca janaan sisa pepejal dan dimasukkan ke dalam kutipan.

Kenderaan kutipan kemudiannya akan membawa sisa pepejal ini samada ke stesen pemindahan, insinerator, Kemudahan Bahan Api Terbitan (Refuse Derived Fuel (RDF), Kemudahan Perolehan Semula Sumber (Material Recovery Facilities (MRF) atau terus ke Tapak Pelupusan.

Page 41: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Kaedah Kutipan

Kaedah kutipan terdiri daripada pelbagai jenis iaitu:

Kutipan di bebendul jalan — Kutipan yang dilakukan ke atas tong yang diletakkan di tepi jalan sebagai contoh tong sampah di perhentian bas dan tempat awam.

Kutipan berpusat — Kutipan dilakukan di kawasan yang dikhaskan untuk pengumpulan sisa contohnya rumah sampah dan tong komunal. Pengguna perlu membawa sisa ke rumah sampah atau tong komunal. Kaedah ini digunakan di pangsapuri, kondominium, pasar, premis komersial dan seumpamanya.

Kutipan Dari Premis Ke Premis — Pekerja akan mengutip sisa dari premis ke premis dan dibuang ke dalam kenderaan kutipan. Ini merupakan cara yang paling banyak diamalkan di Malaysia.

Page 42: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Pengangkutan merupakan satu aktiviti mengangkut sisa pepejal dari tempat penstoran untuk dihantar ke pusat rawatan perantaraan atau terus ke tapak pelupusan dengan menggunakan kenderaan kutipan yang dikhaskan.

Berikut adalah jenis -jenis lori yang biasa digunakan untuk kutipan sisa di Malaysia:

Lori Kompaktor

Lori Terbuka (Open Lorry)

Lori RORO(Roll On Roll Off Lorry)

Long Haulage Vehicle

Motorsikal beroda tiga (Tricycle)

PENGANGKUTAN BAGI KUTIPAN SISA PEPEJAL

Page 43: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

1. Lori Kompaktor

Lori Kompaktor digunakan untuk mengutip sisa pepejal di kawasan perumahan, komersial, institusi dan industri kecil dan sederhana. Ia terdiri daripada pelbagai saiz mengikut kapasiti yang mampu dibawa oleh lori tersebut sebagai contoh kompaktor 4 tan, 7 tan dan 12 tan. Lori ini mempunyai sistem pemampatan yang membolehkan lebih banyak sisa dapat dimuatkan ke dalam lori tersebut. Selain itu ia juga mempunyai tangki leachate bagi mengelakkan tumpahan ketika aktiviti pengutipan dan pengangkutan.

Page 44: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

2. Lori Terbuka (Open Lorry)

Lori terbuka sesuai digunakan mengangkat bahan kitar semula, sisa kebun dan sisa pukal (bulky waste). Ia terdiri daripada pelbagai saiz mengikut kemampuan sisa yang dapat dimuatkan ke dalam lori tersebut sebagai contoh lori 3 tan, 5 tan dan 10 tan. Lori ini mempunyai pintu pada bahagian belakang yang memudahkan proses mengutip dan membuang sisa. Ia perlu ditutup dengan kanvas selepas pengutipan agar tiada sisa yang tercicir.

Page 45: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

3. Lori RORO(Roll-On Roll -Off)

Lori RORO digunakan untuk mengangkat tong RORO yang biasanya digunakan di pangsapuri, kondominium, pasar, industri dan kawasan pembinaan. Ia menggunakan sistem hidraulik bagi mengangkat tong RORO dan membuang sisa. Ia perlu ditutup dengan kanvas selepas pengutipan agar tiada sisa yang tercicir.

Page 46: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

4. Motor beroda tiga (Tricycle)

Motor beroda tiga sesuai digunakan untuk mengutip sisa di kawasan yang mempunyai laluan yang sempit di mana kenderaan pengangkutan lain tidak boleh melaluinya, sebagai contoh di kawasan kampung.

Kenderaan ini akan mengutip sisa dari premis ke premis dan membawanya ke pusat pengumpulan yang kebiasaannya terletak di tepi jalan utama.

Page 47: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

5. Long Haulage Vehicle

Long Haulage Vehicle digunakan untuk mengangkat sisa yang telah dimampatkan daripada stesen pemindahan ke tapak pelupusan seperti yang digunakan oleh Stesen Pemindahan Taman Beringin yang bermuatan bersih 20 tan dapat memuatkan sisa daripada 5 buah lori kompaktor 4 tan.

Ia dapat menjimatkan kos pengangkutan sisa bagi kawasan yang terletak jauh daripada tapak pelupusan.

Selain daripada itu masa yang dijimatkan oleh kompaktor untuk menghantar sisa secara terus ke tapak pelupusan boleh dimanfaatkan untuk membuat kutipan di kawasan lain.

Page 48: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

RAWATAN PERANTARAAN

PENGKOMPOSAN

Pengkomposan merupakan salah satu cara untuk mengitar semula sisa organik (dari tumbuh-tumbuhan dan haiwan) bagi mengurangkan kuantiti sisa yang perlu dilupuskan di tapak pelupusan, oleh itu jangkahayat tapak pelupusan dapat dipanjangkan.

Ia adalah proses penguraian semulajadi oleh mikrob ke atas bahan-bahan organik (dari tumbuh-tumbuhan dan haiwan) menjadi bahan yang menyuburkan tanah dipanggil kompos.

FAEDAH PENGKOMPOSAN

1 Mengubah bahan organik yang boleh reput menjadi bahan yang stabil

2 Membunuh mikrob pathogen, telur serangga dan organisma lain 3 Menyediakan nutrien yang boleh menyuburkan tanah

Page 49: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

ASAS PENGKOMPOSAN

Pengkomposan yang baik dapat menyediakan persekitaran yang sesuai untuk perkembangan mikrob seperti bakteria dan fungus. Semasa proses pengkomposan mikrob memerlukan air, udara dan makanan. Perkembangan sains membolehkan kita mengawal ramuan bahan yang hendak dikompos, memantau perubahan suhu,

nilai pH, kandungan kelembapan serta keperluan udara semasa proses pengkomposan bagi menjamin kualiti kompos yang terhasil.

Air Kelembapan bahan-bahan organik yang hendak dikompos mestilah sesuai supaya mikrob-mikrob tersebut dapat hidup dan melakukan proses pengkomposan. Walaubagaimanapun kandungan air yang terlalu tinggi, akan menyebabkan partikel kompos berkenaan menjadi lembap dan akan mengurangkan kandungan udara. Oleh itu, proses pengkomposan menjadi perlahan. Pekara yang sama akan berlaku jika tahap kelembapan terlalu rendah. Kelembapan optima biasanya adalah pada kadar 50%- 60% daripada berat bahan yang dikompos.

Udara Kandungan air dan udara yang seimbang adalah penting untuk proses pengkomposan. Udara diperlukan oleh mikrob untuk melakukan penguraian. Bahan-bahan yang dikompos perlu mempunyai banyak rongga (tidak mampat) untuk membolehkan udara meresap ke dalamnya. Pada peringkat permulaan, kandungan oksigen yang diperlukan pada kadar 15% - 20% daripada rongga udara ( pore spaces ). Sekiranya kandungan purata oksigen kurang daripada 5%, bakteria anerobik akan membiak dan ia akan membebaskan gas berbau busuk. Untuk proses pengkomposan aerobik, kandungan udara optima yang diperlukan adalah melebihi 10% .

Page 50: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Makanan Mikrob memerlukan bahan-bahan yang mengandungi karbon (C) dan nitrogen (N) sebagai makanannya. Bahan organik mengandungi C yang tinggi dinamakan sebagai bahan perang (brown) dan N sebagai bahan hijau (green). Bahan perang membekalkan tenaga kepada mikrob manakala bahan hijau membekalkan nutrien. Untuk menghasilkan kompos, nisbah di antara C dan N adalah penting, iaitu pada kadar 30:1. Apabila bahan-bahan organik berkenaan menjadi kompos C:N berubah menjadi 10:1 hingga 20:1.

Page 51: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Contoh bahan perang — jerami, rumpai, daun kering, kertas, serpihan kayu atau serbuk kayu. Bahan- bahan ini mengandungi molekul gula yang menjadi sumber tenaga kepada mikrob.

Contoh bahan hijau — rumput hijau, sisa makanan dapur,(buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan), daun hijau, kopi,teh dan sisa binatang. Bahan-bahan ini mengandungi protein yang menjadi sumber nutrien kepada mikrob.

Page 52: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

APA YANG SESUAI DIKOMPOS DIRUMAH?

Najis binatang ternakan Kertas

Kopi dan teh Kain kapas Kulit telur Abu kayu

Serbuk kayu Buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang

Rumput, lalang, daun, jerami, sekam, ranting kayu dan serbuk kayu

Rambut, kulit binatang yang kering dan bulu binatang.

Page 53: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Apa Yang Tidak Sesuai DiKompos DiRumah?

Arang batu atau abu kayu arang

- boleh mengandungi bahan-bahan yang berbahaya kepada tumbuh-

tumbuhan

Bahan Tenusu

- boleh menyebabkan bau busuk dan menarik perhatian vektor.

Tumbuh-tumbuhan berpenyakit

- penyakit pada tumbuh-tumbuhan mungkin tidak musnah dan boleh

berjangkit kepada tumbuhan lain.

Page 54: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Lemak, minyak dan gris.

boleh menyebabkan bau busuk dan menarik perhatian vektor.

Daging

- boleh menyebabkan bau busuk dan menarik perhatian vektor.

Najis binatang peliharaan (anjing, kucing dan sebagainya)

- kemungkinan mengandungi parasit bakteria patogen dan virus yang berbahaya

kepada manusia

Sisa tumbuh-tumbuhan yang telah disembur dengan racun.

- boleh membunuh mikrob yang penting untuk proses pengkomposan.

Page 55: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

MEMANTAU PROSES PENGKOMPOSANSemasa proses pengkomposan, berlaku perubahan pada ciri-ciri fizikal, kimia dan biologi bahan yang

dikompos.

3 FASA PENGKOMPOSAN TERMOFILIK

FASA MESOFILIK

FASA TERMOFILIK FASA MESOFILIK

Page 56: PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Page 57: PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Page 58: PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Page 59: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

KOMPOS

Page 60: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

MENGENALPASTI MASALAH PENGKOMPOSAN

Kita dapat mengetahui masalah proses pengkomposan dengan memantau gejala-gejala berikut serta membuat tindakan pembetulan;

Gejala Masalah PenyelesaianTimbunan kompos basah dan berbau busuk

•Kandungan udara tidak mencukupi

•Membalik-balikkan timbunan kompos.

•Terlalu banyak bahan N •Tambah bahan C dan balik-balikkan kompos.

•Kelembapan terlalu tinggi •Tambah bahan C dan balik-balikkan kompos.

Timbunan kompos tidak panas •Saiz timbunan kompos terlalu kecil

•Besarkan saiz timbunan

•Kelembapan tidak mencukupi •Tambah air semasa membalik-balikkan timbunan kompos

Kandungan timbunan kompos lembap dan berbau masam manis tetapi tidak panas

•Kurang bahan N •Tambah sumber bahan N

Timbunan kompos menarik perhatian binatang

•Terdapat sisa daging yang telah dicampur-adukkan dalam timbunan kompos

•Asingkan sisa daging daripada timbunan kompos •Tutup timbunan kompos dengan kain

•Sisa makanan tidak dikambus dengan sempurna

•Kambus sisa makanan dengan sempurna dengan bahan perang seperti dedaun kering atau serbuk kayu

Page 61: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

KESAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL YANG TIDAK SISTEMATIK

Kebanyakan sisa pepejal mempunyai kesan yang negatif kepada alam sekitar. Pencemaran dari sisa pepejal terjadi daripada pengurusan yang tidak cekap.

Tanpa pengurusan yang sistematik, kita akan berdepan dengan masalah yang memberi kesan buruk kepada alam sekitar, kesihatan manusia dan sosial(komuniti).

Kesan Pengurusan Sisa Pepejal Yang Tidak Sistematik:

Impak kepada alam sekitarImpak terhadap sosialImpak kepada kesihatan manusia

Page 62: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

IMPAK KEPADA ALAM SEKITAR 1. Pencemaran udara Pembakaran sampah secara terbuka mengakibatkan pencemaran udara. Pembakaran terbuka melepaskan gas dioxin yang merbahaya ke persekitaran. Gas dari tapak pelupusan (hasil daripada proses pereputan sampah) boleh meletup jika dibiarkan berkumpul dalam permukaan tertutup. Metana (salah satu daripada gas tapak pelupusan) lebih efektif dari karbon dioksida sebagai gas rumah hijau yang boleh membawa kepada peningkatan suhu dunia.Pembakaran di tapak pelupusan boleh mengakibatkan pencemaran udara dan pengurangan jarak penglihatan semakin berkurangan. Letupan dan kebakaran boleh merebak ke kawasan berdekatan.

2. Pencemaran air bawah tanah atau permukaan air Air tercemar (leachate) yang mengalir dari tapak pelupusan sampah mengakibatkan pencemaran sumber air yang serius. Sisa kimia (terutamanya organik yang tidak terurai) boleh membawa maut dan mempunyai kesan yang serius jika disentuh atau dihidu.

3. Pencemaran tanah Pencemaran tanah terjadi apabila bahan kimia atau bahan — bahan lain yang mangubah komposisi semulajadi tanah. Jenis pencemaran ini terjadi apabila air tercemar daripada tapak pelupusan atau membebaskan secara terus sisa industri seperti petroleum hidrokarbon, cecair, racun serangga, plumbum dan logam berat yang lain ke dalam tanah.

Page 63: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

IMPAK KEPADA SOSIAL

Penimbusan secara terbuka atau pembuangan sampah secara haram di tempat yang tidak dibenarkan boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada komuniti setempat dan seterusnya mengundang penyakit.

Sisa atau sampah yang tidak dibuang atau diuruskan dengan sempurna akan meninggalkan kesan yang kurang selesa seperti bau yang busuk dan keadaan persekitaran yang kotor.

Sisa atau sampah yang tidak dikutip selalunya akan tersumbat di longkang — longkang lalu mengakibatkan banjir.

Meningkatkan kos penyelenggaraan.

Tapak pelupusan yang tidak mencukupi.

Page 64: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

IMPAK KEPADA KESIHATAN MANUSIA

Kumpulan yang berisiko tinggi untuk mengalami gangguan kesihatan terdiri daripada populasi yang tidak mempunyai pengurusan sisa yang sistematik.

Terutama sekali kanak — kanak, pekerja, pengangkut sampah dan pekerja kilang bahan toksik dan bahan mudah berjangkit.

Kumpulan berisiko tinggi yang lain adalah populasi yang menetap berhampiran kawasan tapak pembuangan sampah serta sumber air yang telah tercemar akibat pembuangan sampah sarap atau tapak pelupusan yang bocor.

Page 65: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Jangkitan penyakit

Jangkitan penyakit kulit dan darah terjadi akibat daripada sentuhan secara langsung dengan sisa (sampah).

Jangkitan mata dan pernafasan terjadi apabila terdedah kepada debu terutama sekali ketika operasi tapak pelupusan.

Vektor pembawa penyakit yang mengakibatkan wabak penyakit :

a. Lalat yang membiak di kawasan ini merupakan vektor yang efektif dalam penyebaran penyakit

b. Nyamuk yang membiak di air takungan bekas-bekas sampah menyebarkan penyakit malaria dan denggi

c. Tikus yang tinggal dan mencari makanan di tapak pelupusan menyebarkan penyakit dan merosakkan kabel elektrik

Page 66: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Penyakit kronik

Terdapat gas-gas yang dilepaskan semasa proses penguraian sisa pepejal di tapak pelulusan sampah seperti SO2 , NOX , Dioxin ,Sulfur ,CO ,Amonia dan lain-lain.

Gas ini apabila masuk ke dalam tubuh manusia akan bertindakbalas dengan kimia yang terdapat dalam organ manusia dan mengghasilkan toksin yang merbahaya kepada manusia. Ini seterusnya akan berpotensi menyebabkan penyakit kronik seperti berikut :-

Hepatotoxicity

Nephrotoxicity

Pulmonary toxicity

Neurotoxicity

Immunotoxicity

Page 67: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

•Hepatotoxicity Hepatotoxicity (daripada hepatic toxicity) terjadi akibat daripada kerosakan hati akibat tindakan bahan kimia. Hati merupakan organ penting yang memainkan peranan untuk menapis bahan kimia di dalam badan mudah mengalami kerosakan akibat bahan ini.

•Nephrotoxicity Nephrotocity (dari perkataan greek : nephros “ginjal”) terjadi akibat kesan keracunan beberapa jenis bahan kimia atau ubat yang merosakkan ginjal. Terdapat pelbagai jenis ketoksidan dan tidak harus dikelirukan dengan kesan sampingan pengambilan ubat untuk merawat gangguan renal (heparin).

•Pulmonary toxicity Pulmonari toxicity bermaksud kerosakan pada paru — paru. Kebanyakan kes ini berlaku akibat bahan kimia dan bahan-bahan zarah.

Page 68: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

•Neurotoxicity Neurotoxity terjadi apabila terdedah kepada bahan toksid buatan ataupun semulajadi yang dikenali sebagai neurotoxin yang mampu mengubah fungsi aktiviti normal sistem saraf. Penyakit ini akan memusnahkan neuron dan sel-sel yang paling penting di dalam fungsi otak dan bahagian saraf yang lain. Simptom — simptom yang ketara ialah lemah anggota badan atau rasa kebas, hilang ingatan, penglihatan atau pemikiran, sakit kepala, masalah perlakuan kognitif dan masalah sikap dan masalah seksual. Individu dengan penyakit tertentu mudah dijangkiti neurotoxin.

•Immunotoxicity Immunotoxin adalah sejenis bahan kimia yang menyebabkan kegagalan sistem imun apabila berlakunya pendedahan. Apabila sistem imun lemah risiko jangkitan penyakit dan kanser adalah tinggi. Immunotoxin boleh menyebabkan autoimmune disease, satu penyakit dimana sistem imun berada pada tahap terlebih aktif dan mula memusnahkan sel-sel badan.

*Penyakit kronik terjadi apabila leachate mengandungi logam berat mencemarkan sumber air dan secara tidak langsung menganggu rantaian makanan manusia.

Page 69: PENGURUSAN SISA PEPEJAL

PR

OG

RA

M K

ES

IHATA

N P

ER

SEK

ITA

RA

N

Sekian terima kasih.

Gunakanlah bahasa kebangsaan kita.

Sumber : www.sisa.myEdit secara poyo oleh Mohamad Saiful Nordin

Pelajar paling bermasalah di UKM. Sekian.

psuedo-interlektual