Penilaian Kursus Kpr 3012

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Penilaian

Citation preview

PENILAIAN KURSUS

PAGE

KANDUNGAN

1.0Pengenalan 2

2.0Hasil Pembelajaran Kursus2

3.0Penilaian Kursus:

3.1 Pemberatan penilaian kursus2

3.2 Agihan pemberatan kerja kursus2

4.0Bentuk Kerja Kursus Individu:3

5.0Bentuk Kerja Kursus Kumpulan4

6.0 Skala Pemarkahan Kerja Kursus

6.1 Skala pemarkahan esei 6

6.2 Skala pemarkahan pembentangan6

7.0Peringatan7

LAMPIRAN:

i. Cover tugasan kumpulan8

1.0 PENGENALAN

Kursus ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk menilai dan membincangkan pengalaman mereka semasa menjalani praktikum. Pengetahuan yang diperoleh dapat dijadikan sebagai panduan di samping boleh dikongsi bersama rakan-rakan yang lain. Kerja kursus merupakan sebahagian dari proses pembelajaran para pelajar dalam kursus ini yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan intelektual, pemikiran kreatif & kritis dan pembinaan sahsiah profesional sebagai seorang guru yang berwibawa. Panduan kerja kursus ini diharapkan dapat membantu para pensyarah dan pelajar untuk melengkapkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi kursus ini.2.0 HASIL PEMBELAJARAN KURSUSi. Menilai pengalaman praktikum (C6, CS3).

ii. Mencadangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan situasi dalam bilik darjah (A4, CTPS2)iii. Menghasilkan semula aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan situasi bilik darjah (C5,)iv. Menilai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang baik (C6, TS2).3.0 PENILAIAN KURSUS

3.1.Pemberatan

KategoriPemberatan

Kerja kursus100%

JUMLAH100%

3.2. Agihan Pemberatan Kerja Kursus

Bentuk Kerja Kursus Jenis

TugasanJumlah (%)

Tugasan 1Penulisan Ilmiah l (Individu ) 45%

Tugasan 2Seminar refleksi (Pembentangan Individu)15%

Tugasan 3Penulisan Ilmiah ll (Kumpulan)40%

JUMLAH100%

4.0BENTUK KERJA KURSUS INDIVIDUSila baca SEMUA perkara yang terdapat di bawah supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.

TugasanArahanTarikh Akhir%

Tugasan 1

TAJUK:

Penulisan refleksi latihan mengajar.** pensyarah boleh menentukan jenis A atau B bagi tugasan 1.

**Tugasan jenis A: Bagi kumpulan yang tidak diarahkan untuk menjalankan kajian tindakan semasa latihan mengajar.**Tugasan jenis B: Bagi kumpulan yang telah diarahkan untuk menjalankan kajian tindakan semasa latihan mengajar.Jenis A.ARAHAN:

1. Pelajar dikehendaki menyenaraikan pengalaman penting yang mereka perolehi semasa latihan mengajar.

2. Pelajar dikehendaki mengumpul laporan penyeliaan daripada pensyarah penyelia dan guru pembimbing.

3. Berdasarkan pengalaman dan laporan penyeliaan tersebut, pelajar haruslah mengenal pasti isu atau masalah bagi menambahbaik proses pengajaran dan menentukan bentuk tindakan yang boleh diambil bagi mengatasi isu atau masalah yang timbul semasa proses pengajaran dijalankan.

4. Hasil tindakan tersebut perlulah dihantar secara bertulis kepada pensyarah kursus.

Contoh aspek yang boleh dilaporkan dalam penulisan refleksi1. Pencapaian objektif

2. Penguasaan isi kandungan3. Permulaan pengajaran

4. Perkembangan pengajaran

5. Perlaksanaan strategi/kaedah dan kemahiran lain.

6. Penggunaan alat/bahan pengajaran

7. Penilaian/penyoalan8. Penutup

9. Penerapan nilai dan kemahiran

10. Pengurusan bilik darjah

11. Komunikasi/pertuturan

12. Penyampaian

13. Penyertaan pelajar

14. Persatuan

15. Badan beruniform

16. SukanAtau

Jenis B.ARAHAN:1. Pelajar dikehendaki menyediakan laporan hasil kajian tindakan yang telah dilaksanakan semasa latihan mengajar.

2. Penulisan laporan perlu mengikut format berikut

i. Fokus kajianii. Objektif dan soalan kajian

iii. Sorotan lietarure

iv. Pengimpulan data- instrumen yang digunakan

v. Menganalisis dan mengintepertasi data

vi. Merancang tindakan

vii. Menjalankan tindakan

viii. Memantau dan menilai tindakan

ix. Refleksi profesional ( apakah yang anda pelajari melalui proses kajian? Bagaimanakah kajian tindakan memberi impak kepada pengajaran anda?)

Tugasan MESTI dihantar secara bertulis, kepada pensyarah kursus mengikut tarikh yang ditetapkan. Penulisan ilmiah ini perlu di sediakan antara 20-25 muka surat. Penghantaran melewati tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan. Gunakan cover tugasan yang diberi (Rujuk Lampiran 1).

Tarikh akhir serah tugasan: 29 April 2013

45%

Tugasan 2

Seminar refleksi (Pembentangan Individu)Berdasarkan tugasan 1 pelajar perlu membuat pembentangan secara individu di dalam kelas, anggaran masa 10 minit termasuk sesi soal jawab. Pelajar bolehlah memilih mana-mana komponen yang terdapat dalam Rancangan Pengajaran Harian, contoh: objektif, set induksi, kaedah/strategi, penerapan nilai dan kemahiran, alat/ bahan pengajaran, teknik penyoalan dan penilaian dan penutup berdasarkan arahan pensyarah dan bimbingan pensyarah kursus.

Bermula pada 4 Mac 201315%

5.BENTUK KERJA KURSUS KUMPULANSila baca SEMUA perkara yang terdapat di bawah supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.

Jenis

TugasanArahanTarikh %

Tugasan 31. Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan seramai 4-5 orang.

2. Pensyarah akan memberikan tajuk yang berkaitan dengan komponen yang terdapat dalam proses pengajaran untuk dibuat satu penulisan ilmiah, antara 20-25 muka surat. Cadangan tajuk:

a. Kepentingan perancangan dalam proses pengajaran

b. Penentuan objektif dalam proses pengajaran.

c. Bincangkan konsep kaedah/strategi dalam proses pengajaran.

d. Bincangkan keperluan pengukuhan dan pengayaan dalam proses pengajaran.

e. Bincangkan pengujian dan penilaian dalam proses pengajaran.

f. Bincangkan keperluan alat bantu dalam proses pengajaran.

g. Sikap dan sahsiah guru dalam proses pengajaran.

Tugasan MESTI dihantar secara bertulis kepada pensyarah kursus mengikut tarikh yang ditetapkan. Penghantaran melewati tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.

Gunakan cover tugasan yang diberi (Rujuk Lampiran 1).berdasarkan pengalaman pelajar di sekolah.

Tarikh akhir serah tugasan: 29 April 2013

40%

JUMLAH100%

PERHATIAN Segala perkara yang berkaitan kerja kursus MESTI merujuk dan mengikut arahan pensyarah kumpulan kuliah masing-masing. 6.SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS

Skala Pemarkahan Esei Individu dan KumpulanGredKriteria Esei

AMenepati format penulisan esei ilmiah, mempunyai rujukan secara ilmiah, isi mantap dan mencukupi, isi diolah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan kemas dan meyakinkan . Tiada kesalahan bahasa.

A-Menepati format penulisan esei ilmiah, mempunyai rujukan secara ilmiah, isi mantap dan mencukupi, isi dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit. Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa.

B+Menepati format penulisan esei ilmiah, mempunyai rujukan secara ilmiah, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan bahasa.

BMenepati format penulisan esei ilmiah, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 3 perkara).

B-Menepati format penulisan esei ilmiah, kesalahan format yang minima (tidak lebih 2 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea sendiri. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 3 perkara).

C+Ada penulisan esei ilmiah, kesalahan format yang minima (tidak lebih 3 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkara).

CAda penulisan esei, kesalahan format tidak melebihi 4 perkara. isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa tidak melebihi 7 perkara.

C-Kesalahan format melebihi 5 perkara. isi tidak mencukupi, isi tidak dihuraikan. Tiada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa melebihi 8 perkara.

D/ETidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak lengkap.

6.2 Skala Pemarkahan Pembentangan GredKriteria Pembentangan

ATahap perbahasan ilmiah yang cemerlang, penyampaian yang jelas, lancar, cemerlang, kemas & meyakinkan, menarik & kreatif, mengandungi idea yang bernas, dan ada elemen interaksi yang baik.

A-Tahap perbahasan ilmiah yang baik, penyampaian yang jelas dan baik, menarik & kreatif, mengandungi idea yang bernas, dan ada elemen interaksi yang baik.

B+Tahap perbahasan ilmiah yang sederhana, penyampaian yang baik, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi.

BTahap perbahasan ilmiah sederhana, penyampaian yang baik, menarik dan idea yang bernas.

B-Ada perbahasan ilmiah, penyampaian yang baik & menarik dan ada idea yang kemas

C+Ada penjelasan, penyampaian yang sederhana, Ada idea sendiri yang baik.

CTahap perbincangan yang rendah, penyampaian sederhana dan sekadar ada, ada idea tetapi kurang kemas.

C-Tidak ada penjelasan, penyampaian yang tidak berkesan, idea yang tidak jelas.

D/EGagal melengkapkan tugasan, Tidak menjawab soalan, serahan melewati tarikh akhir.

7. PERINGATAN!!!!!!!

i. Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri.

ii. Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.

iii. Sentiasa AWAS dengan tarikh-tarikh yang berkaitan.

iv. Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan. v. Kegagalan anda melengkapkan & menghantar tugasan adalah tanggungjawab anda sendiri.

vi. Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif.

vii. Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan pensyarah kumpulan masing-masing

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

KPR 3012: REFLEKSI LATIHAN MENGAJARTAJUK

DISEDIAKAN OLEH

NAMANO. MATRIKPROGRAM

PENSYARAH: _____________________________________________________________Tarikh:____________________________________PENILAIAN KURSUS

KPR3012

Seminar Refleksi Latihan Mengajar

Sem 2 2012/13

FAKULTI PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN MANUSIA

PEMARKAHAN

LAMPIRAN 1

PAGE 8