Upload
lediep
View
217
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PENILAIAN PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS MACROMEDIA
AUTHORWARE MATAPELAJARAN BAHASA MELAYU
LITERASI TAHUN SATU
Mohd Arif b. Ismail
Mohd. Jasmy Abdul Rahman
Mohd Kalip bin Md Tap
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Rosnaini Mahmud Universiti Putra Malaysia, Serdang
Pengenalan
Dunia masa kini menyaksikan perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi
maklumat dan komunikasi (Information and Communication Technology – ICT)
khususnya perkembangan teknologi pengkomputeran. Komputer pertama yang
dipasarkan adalah sebesar gimnasium dan hanya syarikat-syarikat yang besar
sahaja mampu membelinya kerana harganya yang terlalu mahal. Akibat kesan
globalisasi, liberalisasi dan perkembangan ICT harga komputer menjadi semakin
murah dengan saiznya yang kecil tetapi mempunyai kuasa pemprosesan yang
sungguh menakjubkan. Malah penggunaannya sekarang bukan lagi setakat untuk
menaip dan menyelesaikan tugas harian yang mudah tetapi penggunaannya telah
meluas kesemua bidang termasuklah bidang pendidikan. Menurut Ting dan Woo
(2005), ICT memberi kesan yang besar ke atas anjakan perubahan sistem dan
pengurusan pendidikan di negara-negara membangun seperti Malaysia.
Selaras dengan perkembangan ICT, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
memperkenalkan ICT dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian
dan latihan guru di mana KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan
pembekalan komputer sebagai aktiviti utamanya (KPM 2006). Projek Rintis
Sekolah Bestari merupakan satu Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia dan
pelaksanaannya menekankan kepada penggunaan ICT sebagai pengupaya pedagogi
dan pengurusan sekolah. Projek ini dirintis pada tahun 1999 hingga 2002 di 88
buah sekolah. Sekolah-sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan ICT termasuk 5
809 komputer dan 261 pelayan. Selain itu, projek seperti SchoolNet,
makmal pengkomputeran, pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris, memperkenalkan mata pelajaran ICT, memberi latihan ICT
186
kepada guru-guru dan projek pengkomputeran pengurusan turut dilaksanakan
(KPM 2006). Objektif projek-projek tersebut bukan sahaja untuk meningkatkan
mutu pengajaran dan pembelajaran, malah untuk membangunkan sumber tenaga
yang mempunyai ciri-ciri pekerja yang berpengetahuan, celik dan mahir dalam
teknologi maklumat dan komunikasi, mampu bersaing pada peringkat tempatan
dan pada peringkat global, serta memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi.
Elemen-elemen inilah yang akan menentukan kejayaan agenda negara -Wawasan
2020.
Pernyataan Masalah
Di Malaysia mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang wajib
lulus dalam semua peperiksaan tidak kira peringkat UPSR, PMR, SPM, STPM dan
seterusnya peringkat yang lebih tinggi. Sehubungan dengan itu dalam Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Prasekolah (KPM, 2000) membaca dengan faham adalah
satu daripada matlamat yang harus dikuasai oleh murid-murid tahun satu. Tetapi
untuk mencapai matlamat ini tidak semudah yang dibayangkan kerana proses
pembelajaran membaca itu sendiri adalah amat kompleks dan mewujudkan
masalah dalam pembelajaran membaca.
Oleh kerana kemahiran membaca amat penting untuk murid tahun satu , maka satu
kaedah pengajaran yang berkesan sangat diperlukan. Walaubagaimanapun terdapat
banyak masalah yang mungkin menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran Bahasa Melayu Literasi Tahun Satu. Kurangnya media pengajaran
yang sesuai untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Literasi Tahun Satu
menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan.
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Program LINUS (Literasi dan Numerasi)
dipertanggungjawabkan bagi merealisasikan Bidang Keberhasilan Utama Negara
atau National Key Result Area (NKRA’s). Ia merupakan usaha penambahbaikan
kepada program sedia ada di sekolah rendah iaitu Program Kelas Intervensi Awal
Membaca dan Menulis (KIA2M).
Program LINUS akan menjalankan beberapa saringan. Ini tidak bermakna semua
murid itu sama dari segi emosi dan intelek. Mereka masih berbeza. Antaranya
mempunyai sifat pemalu dan tidak aktif. Sudah tentu tahap pencapaian mereka juga
berbeza. Dari sudut mengajar membaca, guru menghadapi masalah menyebut atau
membaca secara betul dan tetap. Bunyi sebutan sesuatu perkataan adakalanya
berubah dan tidak setara ketika guru mengalami gangguan mulut. Ini boleh
mengelirukan murid dalam menerima konsep pembelajaran. Pengulangan sebutan
yang seragam perlu diulang-ulang beberapa kali bagi mengukuh ingatan murid.
187
Rasa letih dan bosan terhadap guru akan berlaku kerana guru bukan mesin atau
robot.
Satu kajian keperluan telah dijalankan oleh pengkaji terhadap lapan orang guru
yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Satu di sekolah kawasan
Sungai Rambai, Melaka iaitu Sekolah Kebangsaan Sebatu, Sekolah Kebangsaan
Parit Penghulu, Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai, dan Sekolah Kebangsaan
Parit Gantong. Guru-guru yang ditemu bual mendapati kebanyakkan murid kurang
berminat untuk mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu Literasi Tahun Satu
yang dianggap sukar dan membosankan. Sukatan pelajaran yang banyak perlu
murid pelajari juga membuatkan mata pelajaran ini kurang diminati. Guru-guru
bersependapat bahawa kaedah/pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang biasa
digunakan dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu Literasi Tahun Satu
ialah secara teori dan latihtubi. Di mana biasanya pada satu waktu pengajaran
mereka akan memberikan pengenalan secara teori dengan kaedah kuliah atau
syarahan dan pada akhir waktu yang sama kemudiannya mereka akan
membimbing murid untuk menjalankan kerja-kerja amali. Bahan Bantu Mengajar
yang biasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi pelajaran ini ialah
carta, buku teks, alatan maujud, transperensi, OHP. Masalah yang dihadapi dalam
menyediakan bahan bantu mengajar ialah ketandusan idea untuk membina bahan
bantu mengajar yang bersesuaian dengan tahap murid. Dalam masa yang sama
guru-guru tidak mempunyai kepakaran untuk menggunakan alat bantu mengajar
yang telah dibekalkan contohnya alatan elektrik dan elektronik.Guru-guru yang
ditemu bual juga menyatakan mereka pernah menggunakan komputer iaitu untuk
menyediakan nota-nota ringkas dan menyediakan soalan-soalan latihan, ujian dan
peperiksaan.
Kesemua guru bersetuju supaya dibangunkan perisian-perisian kursus pendidikan
bagi mata pelajaran ini bertujuan untuk menarik minat murid dan menambahkan
pemahaman mereka. Guru-guru bersependapat bahawa cara untuk meningkatkan
keberkesanan penggunaan komputer sebagai bahan bantu mengajar kepada guru
dan untuk menarik minat murid ialah dengan menyediakan dan memperbanyakkan
bilangan perisian yang mengintegrasikan unsur-unsur multimedia. Mereka juga
menyatakan sehingga kini mereka belum pernah menemui perisian untuk mata
pelajaran ini. Akhirnya guru-guru menaruh harapan yang tinggi agar untuk
permulaan ini bolehlah dibangunkan perisian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
Tahun Satu khusus bagi Literasi-membaca. Tajuk ini paling tidak diminati oleh
murid kerana bagi mereka tajuk ini membosankan dan dalam masa yang sama
mereka tidak suka untuk membuat kerja-kerja berbentuk latihtubi secara bertulis.
Guru-guru berharap dengan adanya perisian yang mempunyai unsur-unsur
multimedia seperti audio dan video bagi tajuk ini akan menarik minat dan
memotivasikan murid untuk mempelajari dengan lebih mendalam tajuk ini.
188
Oleh kerana kajian keperluan telah dijalankan semasa Program KIA2M dijalankan
dan Program LINUS mula dikuatkuasakan pada awal tahun 2010 maka penkaji
masih menggunakan dapatan kajian keperluan ini untuk meneruskan kajian. Ini
disebabkan Program LINUS adalah lanjutan kepada Program KIA2M.
Berdasarkan pernyataan masalah di atas dan kesedaran inilah maka pengkaji
mengambil inisiatif untuk membangunkan sebuah perisian kursus pendidikan
multimedia interaktif untuk dijadikan media pengajaran bagi membantu proses
pembelajaran murid. Diharapkan juga perisian ini dapat menarik minat murid bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu Literasi Tahun Satu. Perisian kursus pendidikan ini
diharap dapat menambahkan koleksi perisian kursus yang sedia ada. Pengkaji
percaya perisian kursus ini merupakan alternatif kepada kaedah yang sedia ada
walaupun ia belum mendapat pengiktirafan dari mana-mana pihak. Bagi golongan
pendidik perisian kursus pendidikan ini boleh dijadikan rujukan untuk membina
media pendidikan berasaskan komputer.
Objektif Kajian
Objektif kajian ini selaras dengan tujuan kajian. Antaranya adalah untuk :-
1. Membina satu Perisian Kursus Pendidikan bagi pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu Literasi Tahun Satu dengan menggunakan pendekatan model
ADDIE.
2. Penilaian terhadap Perisian Kursus Pendidikan Bahasa Melayu Literasi Tahun
Satu yang dibangunkan boleh membuktikan seperti berikut:
2.1 Perisian kursus pendidikan yang dibangunkan ini dapat memenuhi atau
menepati keperluan sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tahun Satu Sekolah
Kebangsaan dan seterusnya dapat digunakan oleh guru sebagai bahan bantu
mengajar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Literasi Tahun Satu.
2.1 Perisian kursus pendidikan yang dibangunkan ini mempunyai ciri-ciri
multimedia seperti teks, audio, video, warna dan bersifat interaktif yang
dapat menarik minat murid bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Literasi
Tahun Satu.
2.3 Perisian yang dibangunkan ini mengaplikasikan konsep Pengajaran
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) yang boleh disesuaikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu
Tahun Satu.
189
2.4 Perisian kursus pendidikan yang dibangunkan ini dapat memudahkan
pemahaman murid dalam mempelajari pelajaran Bahasa Melayu Literasi
Tahun Satu.
2.5 Perisian kursus pendidikan yang dibangunkan ini mampu meningkatkan
motivasi murid Tahun Satu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Literasi?
Metodologi Pembangunan Perisian
Bagi mereka bentuk dan membangunkan PKP Bahasa Melayu Literasi Tahun Satu,
pengkaji telah memilih reka bentuk instruksi bersistem iaitu Model ADDIE
(2007) sebagai panduan seperti Rajah 1.
Rajah 3.1 Model ADDIE
Sumber : Ester, 2007.
Model ADDIE merupakan akronim bagi Analisis (Analysis), Reka Bentuk
(Design), Pembangunan (Development), Pelaksanaan (Implementation), dan
Penilaian (Evaluation). Oleh itu, fasa-fasa pembangunan di dalam model ini adalah
secara sistematik yang melibatkan Fasa Analisis (Analysis), Fasa Reka Bentuk
(Design), Fasa Pembangunan (Development), Fasa Pelaksanaaan (Implementation)
dan Fasa Penilaian (Evaluation).
Model ADDIE dipilih kerana ia merupakan model yang sesuai dalam mereka
bentuk sesebuah PKP serta sering menjadi asas kepada model-model reka bentuk
instruksi yang lain. Tambahan pula, setiap fasa melibatkan proses penilaian yang
190
dilaksanakan secara berterusan dalam usaha untuk memastikan tiada kesilapan
yang berlaku. Dengan kata lain, Model ADDIE bersifat fleksibel di mana setiap
fasa dinilai dan ditokok tambah mengikut kesesuaian. Semakan semula dibuat jika
sekiranya program yang diuji tidak mencapai ekspetasi (Mohd. Arif 2004). Selain
itu, model ini dipilih kerana ia mempunyai struktur yang ringkas serta mudah
difahami.
Metodologi Penilaian Perisian
Sampel Kajian
Sampel kajian terdiri daripada 8 orang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa
Melayu Literasi Tahun Satu dan 120 orang murid tahun satu. Sampel guru diambil
dari setiap sekolah seramai 2 orang guru. Manakala sampel murid diambil 30 orang
dari setiap sekolah. Bagi temu bual murid, pengkaji telah melibatkan seramai 40
orang murid. Iaitu setiap sekolah diwakili 10 orang murid dari murid yang terlibat.
Pemilihan murid adalah secara rawak berdasarkan senarai nama yang telah
diberikan oleh pihak sekolah. Bagi temu bual guru, pengkaji menggunakan
kesemua 8 orang yang telibat.
Tempat Kajian
Kajian ini dijalankan di SK. Sebatu, SK. Sungai Rambai, SK. Parit Penghulu dan
SK. Parit Gantong, Melaka. Ia merupakan sekolah harian biasa yang terdiri
daripada satu sesi persekolahan iaitu sesi pagi. Sekolah ini dipilih kerana ia
mempunyai makmal komputer yang lengkap dan terletak berhampiran dengan
Pusat Kegiatan Guru(16) Sebatu, Sungai Rambai, Melaka.
Instrumen
Data diperolehi dengan menggunakan instrumen soal selidik yang diubahsuai
daripada Hasnah (2006) dan Tengku Siti Zaliha (2006). Bagi Penilian Sumatif
Guru terdiri empat bahagian iaitu Bahagian A – Aspek Struktur Organisasi Isi
Kandungan, Bahagian B – Aspek Multimedia, Bahagian C – Aspek Pengaplikasian
Konsep PPBK dan Bahagian D – Aspek Bahasa. Bagi mengukur keempat-empat
bahagian ini, guru-guru diminta menjawab soalan-soalan berdasarkan skala Likert
Lima Mata yang diberi nilai 1 hingga 5 iaitu 1 = Sangat tidak setuju, 2 = tidak
setuju, 3 = Kurang setuju, 4 = Setuju dan 5 = Sangat setuju. Manakala Penilaian
Sumatif Murid - Kebolehgunaan Perisian Kursus Pendidikan. Murid-murid
dikehendaki menjawab tujuh belas soalan Uji Minda yang terdapat di dalam
191
perisian dan mencatat skor jawapan di dalam borang yang disediakan Markah Uji
Minda akan dijadikan peratus.
Analisis Data
Data yang dikumpul daripada borang soal selidik telah dianalisis dengan
menggunakan perisian Statistical Package For The Social Science (SPSS) 14
Evaluation For Windows. Statistik deskriptif atau perihalan digunakan untuk
mendapatkan peratusan dan skor min berdasarkan data yang diperolehi. Bagi
tujuan interpretasi penilian perisian ini, pengkaji telah menggunakan Skala Likert
Lima Mata yang diberi nilai 1 hingga 5 di mana 1 = Sangat tidak setuju, 2 = tidak
setuju, 3 = Kurang setuju, 4 = Setuju dan 5 = Sangat setuju. Responden diminta
untuk menandakan salah satu nombor untuk menunjukkan persetujuan mereka
terhadap pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan perisian. Jadual 3.1
menunjukkan darjah persetujuan mereka bagi item-item tersebut di mana jadual ini
akan dijadikan panduan untuk menganalisa darjah persetujuan guru terhadap
perisian ini.
Jadual 1 Darjah Persetujuan Responden
Skor Darjah Persetujuan
5 Sangat setuju
4 Setuju
3 Kurang Setuju
2 Tidak Setuju
1 Sangat tidak setuju
Sumber : Hasnah Yusuf (2006)
Bagi menilai tahap penerimaan perisian PPBK ini, pengkaji menggunakan
interpretasi skor Jamil Ahmad (1993) di mana skor min antara 1.00 hingga 2.33
adalah merujuk kepada tahap persetujuan yang rendah, skor 2.34 hingga 3.66
menunjukkan persetujuan yang sederhana manakala skor 3.67 hingga 5.00 pula
menunjukkan tahap persetujuan yang tinggi. Manakala bagi menilai tahap
kebolehgunaan perisian kursus pendidikan ini, penjkaji telah berbincang bersama
penyelia iaitu dengan mengubah ke bentuk peratus interpretasi skor Jamil Ahmad
(1993). di mana skor min antara 0% hingga 33% adalah merujuk kepada tahap
persetujuan yang rendah, skor 34% hingga 66% menunjukkan persetujuan yang
sederhana manakala skor 67% hingga 100% pula menunjukkan tahap persetujuan
192
yang tinggi. Jadual 3.2 dan Jadual 3.3 di bawah menunjukkan tahap persetujuan
murid dan guru terhadap perisian PPBK yang telah dibangunkan.
Jadual 2 Interpretasi Skor Min Terhadap Perisian Kursus Pendidikan Bahasa
Melayu Literasi Tahun Satu
Skor Min Interpretasi Skor Min
1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.66 Sederhana
3.67 – 5.00 Tinggi
Sumber : Jamil Ahmad (1993)
Jadual 3 Interpretasi Peratus Skor Tahap Kebolehgunaan Terhadap Perisian Kursus
Pendidikan Bahasa Melayu Literasi Tahun Satu
Peratus Skor Interpretasi Skor Min
0 - 33 Rendah
34 - 66 Sederhana
67 -100 Tinggi
Adaptasi dari : Jamil Ahmad (1993)
Dapatan Kajian
Daripada perbincangan dan huraian dapatan kajian tersebut, dapatlah dirumuskan
bahawa perisian kursus pendidikan ini boleh dijadikan bahan bantu mengajar oleh
guru-guru kerana menepati sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tahun Satu dan
perisian ini dapat memudahkan pemahaman murid dalam mempelajari Bahasa
Melayu Literasi Tahun Satu. Perisian ini juga telah berjaya menerapkan unsur-
unsur multimedia dan seterusnya telah berjaya menarik minat murid mempelajari
tajuk ini. Pembangunan perisian ini juga telah berjaya mengaplikasikan konsep
PPBK iaitu dengan pengaplikasian teori dan strategi pembelajaran. Akhir sekali,
dapatan kajian juga menunjukkan bahawa perisian ini telah berjaya meningkatkan
motivasi murid untuk meneruskan pembelajaran mereka. Justeru itu, perisian ini
boleh digunakan oleh guru dan murid sebagai salah satu alternatif dalam proses
193
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Literasi Tahun
Satu.
Perbincangan
Daripada penganalisaan data dan hasil temu bual, secara keseluruhannya, dapatan
kajian menunjukkan responden yang terdiri daripada guru sangat bersetuju bahawa
Perisian Kursus Pendidikan ini boleh digunakan sebagai salah satu alternatif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun
Satu.
Aspek struktur organisasi isi kandungan
Dari aspek struktur organisasi isi kandungan tahap persetujuan oleh guru-guru
adalah tinggi iaitu dengan nilai min keseluruhan adalah 4.97. Julat nilai min bagi
setiap item juga adalah tinggi iaitu di antara 4.75 dan 5.00. Dapatan ini dapat
membuktikan objektif pelajaran dan isi kandungan perisian selari dan menepati
dengan garis panduan yang telah ditetapkan dalam sukatan pelajaran Bahasa
Melayu tahun satu, KPM (2003). Guru-guru amat bersetuju bahawa Perisian
Kursus Pendidikan Bahasa Melayu Literasi Tahun Satu ini boleh dijadikan bahan
bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu tahun satu. Hasnah (2006) berpendapat sesuatu bahan pengajaran
berkomputer yang berkesan perlulah memaparkan tujuan dan objektif pembelajaran
dengan jelas.
Jadual 4 Penilaian Sumatif Guru Bagi Aspek Isi Kandungan
BIL
ITEM
KEKERAPAN DAN
PERATUSAN
MIN
INT.
MIN SS
%
S
%
KS
%
TS
%
STS
%
S1. Objektif pembelajaran
dalam Perisian Kursus
Pendidikan Bahasa
Melayu Literasi Tahun
Satu ini telah dinyatakan
dengan jelas.
8
(100)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
5.00 Tinggi
194
S2. Isi kandungan perisian ini
menepati sukatan pelajaran
Bahasa Melayu Tahun Satu
Sekolah Kebangsaan
seperti yang ditetapkan
oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.
8
(100)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
5.00 Tinggi
S3. Isi kandungan perisian
perisian kursus pendidikan
ini sesuai dengan tahap
kemampuan murid.
6
(75)
2
(25)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
4.75 Tinggi
S4. Maklumat yang
dipersembahan ke arah
pencapaian objektif.
8
(100)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
5.0 Tinggi
S5. Penyampaian isi pelajaran
mengikut urutan.
8
(100)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
5.0 Tinggi
S6. Perisian kursus pendidikan
ini menjadikan
pembelajaran lebih lancar
dan tepat.
8
(100)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
5.0 Tinggi
S7. Perisian kursus pendidikan
ini dapat meringankan
beban guru untuk
menyediakan bahan bantu
mengajar.
8
(100)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
5.0 Tinggi
195
S8. Perisian kursus pendidikan
ini boleh digunakan oleh
guru sebagai bahan bantu
mengajar.
8
(100)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
5.0 Tinggi
Purata Keseluruhan
(S1 – S8)
62
(96.88
)
2
(3.13)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
4.97 Tinggi
SS-Sangat Setuju S-Setuju KS-Kurang Setuju TS-Tidak Setuju
STS-Sangat Tidak Setuju INT.-Interpretasi
Aspek Multimedia
Aspek multimedia merupakan aspek terpenting ketika membangunkan perisian ini,
pengkaji telah mengintegrasikan unsur-unsur multimedia seperti teks, audio,
gambar, video, warna dan interaktiviti. Butang-butang navigasi juga telah
diletakkan pada setiap paparan skrin bagi menggalakkan tahap interaktiviti yang
tinggi di antara pengguna dan komputer. Pengguna dapat menukar urutan pelajaran
pada bila-bila masa mengikut sub tajuk bagi persembahan maklumat yang dipilih.
Dari segi pemilihan warna juga adalah bersesuaian dengan sasaran pengguna dan
paparan teks pula menggunakan huruf yang sesuai dan mudah dibaca.
Hasil dapatan menunjukkan guru berada pada tahap persetujuan yang tinggi di
mana nilai min keseluruhan adalah 4.84 dalam penilaian aspek multimedia yang
cuba diintegrasikan ke dalam perisian ini. Tegasnya, dapatan kajian ini
menunjukkan unsur-unsur multimedia yang telah diintegrasikan dalam perisian ini
adalah baik, bersesuaian dan seterusnya dapat menarik minat murid untuk terus
mempelajari Bahasa Melayu Literasi Tahun Satu. Dapatan ini adalah sejajar
dengan dapatan Tengku Siti Zaliha (2006) yang berpendapat bahan PPBK yang
menggunakan elemen-elemen multimedia interaktif seperti gabungan teks, bunyi
(muzik), grafik dan animasi dapat menyediakan suatu persembahan pembelajaran
yang menarik dan membantu murid untuk memahami apa yang dipelajari. Dapatan
ini juga turut menyokong pendapat Halimah et al. (1996) di mana penggabungan
beberapa media dalam proses pembelajaran, akan memberikan peluang kepada
murid menggunakan deria yang disenanginya untuk menerima pengetahuan.
196
Jadual 5 Penilaian Sumatif Guru Bagi Aspek Multimedia
BIL
ITEM
KEKERAPAN DAN
PERATUSAN
MIN
INT.
MIN SS
%
S
%
KS
%
TS
%
ST
S
%
S9. Saiz, warna teks dan jenis
font yang digunakan dalam
perisian kursus pendidikan
ini adalah sesuai.
7
(87.5)
1
(12.5)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
4.88 Tingg
i
S10 Susunan teks dalam perisian
kursus pendidikan ini teratur,
sistematik dan tidak terlalu
padat.
7
(87.5)
1
(12.5)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
4.88 Tingg
i
S11 Warna grafik yang
digunakan dalam perisian
kursus pendidikan ini adalah
sesuai untuk pembelajaran.
6
(75.0)
2
(25.0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
4.75 Tingg
i
S12 Warna latar belakang adalah
menarik dan sesuai
digunakan dalam perisian
kursus pendidikan ini.
7
(87.5)
1
(12.5)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
4.88 Tingg
i
S13 Penggunaan unsur
bunyi(muzik) dalam perisian
kursus pendidikan ini
menarik dan tidak
membosankan.
4
(50.0)
4
(50.0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
4.50 Tingg
i
S14 Penggunaan unsur bunyi
dapat menarik minat untuk
meneruskan pembelajaran.
8
(100)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
5.00 Tingg
i
S15 Video klip yang dipaparkan
sesuai dengan teks dan
audio.
6
(75.0)
2
(25.0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
4.75 Tingg
i
197
S16 Cara maklumat
dipersembahkan dalam
perisian kursus pendidikan
ini pada keseluruhannya
adalah sesuai serta menarik.
7
(87.5)
1
(12.5)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
4.88 Tingg
i
S17 Arahan yang terdapat dalam
perisian kursus pendidikan
ini jelas dan teratur.
6
(75.0)
2
(25.0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
4.75 Tingg
i
S18 Pengguna boleh menukar
urutan pelajaran bila-bila
masa mengkut sub topik
yang dipilih.
8
(100)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
5.00 Tingg
i
S19 Pengguna boleh keluar dari
perisian atau berhenti pada
bila-bila masa.
8
(100)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
5.00 Tingg
i
S20 Ikon yang digunakan senang
dikenalpasti fungsinya.
7
(87.5)
1
(12.5)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
4.88 Tingg
i
S21 Pemilihan butang yang salah
tidak akan menyebabkan
program tergendala.
6
(75.0)
2
(25.0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
4.75 Tingg
i
S22 Penempatan butang interaktif
adalah sesuai dan berkesan
7
(87.5)
1
(12.5)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
4.88 Tingg
i
Purata Keseluruhan
( S9 – S22 )
94
(83.93
)
18
(16.07
)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
4.84 Tingg
i
SS-Sangat Setuju S-Setuju KS-Kurang Setuju TS-Tidak Setuju
STS-Sangat Tidak Setuju INT.-Interpretasi
198
Teori Pembelajaran
Pembangunan Perisian Kursus Pendidikan Bahasa Melayu Literasi Tahun Satu ini
melibatkan tiga teori pembelajaran utama iaitu teori pembelajaran behaviorisme,
kognitivisme dan konstruktivisme. Teori pembelajaran behaviorisme menekankan
kepada tiga prinsip utama iaitu rangsangan, gerakbalas dan peneguhan. Teori
Pembelajaran Kognitivisme pula melibatkan proses minda yang aktif untuk
mendapat, mengingat dan menggunakan pengetahuan dan maklumat. Teori
pembelajaran konstruktivisme telah diterapkan dalam perisian kursus ini, di mana
kebebasan diberikan kepada murid untuk menentukan hala tuju dan mengawal
proses pembelajaran mereka. Dapatan kajian menunjukkan nilai min purata
keseluruhan bagi teori behaviorisme adalah 4.85, Purata min keseluruhan bagi teori
pembelajaran kognitivisme adalah 4.88. Manakala purata min keseluruhan bagi
teori konstruktivisme adalah adalah 4.88. Ketiga-tiga teori berada di skala yang
tinggi. Kesimpulannya, berdasarkan purata keseluruhan min 4.87 bagi ketiga-tiga
teori pembelajaran, memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawa, perisian ini
telah berjaya mengaplikasikan teori pembelajaran behaviorisme, kognitivisme dan
konstruktivisme dalam usaha untuk menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan. Dapatan ini adalah selari
dengan dapatan Shaifol (2004) yang menegaskan bahawa pengaplikasian teori-
teori pembelajaran akan memberikan rangsangan positif yang membolehkan murid
membentuk rangsangan tindak balas ke arah yang diinginkan oleh mereka.
199
Jadual 6 Penilaian Sumatif Guru Bagi Aspek Pengaplikasian Konsep PPBK
(Teori Pembelajaran)
Soalan
ITEM
KEKERAPAN DAN
PERATUSAN
MIN
INT.
MIN SS
%
S
%
KS
%
TS
%
STS
%
(S23 – S27) Purata : Teori
Behaviorisme
34
(85.0)
6
(15.0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
4.85 Tinggi
(S28 – S32) Purata : Teori
Kognitivisme
35
(87.5)
5
(12.5)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
4.88 Tinggi
(S33 – S38) Purata : Teori
Konstruktivisme
42
(87.5)
6
(12.5)
0
(0)
0
(0)
0
(0) 4.88 Tinggi
(S23 – S38) Purata Keseluruhan
111
(86.7)
17
(13.3)
0
(0)
0
(0)
0
(0) 4.87 Tinggi
SS-Sangat Setuju S-Setuju KS-Kurang Setuju TS-Tidak Setuju
STS-Sangat Tidak Setuju INT.-Interpretasi
Strategi Pembelajaran
Pembangunan perisian kursus pendidikan ini melibatkan tiga strategi pembelajaran
utama iaitu strategi pembelajaran aktif, anjal dan kooperatif. Daripada data-data
yang dikumpul dan dianalisa, jelas menunjukkan perisian ini telah berjaya
mengaplikasikan ketiga-tiga strategi pembelajaran tersebut. Purata min keseluruhan
bagi strategi pembelajaran aktif adalah 4.91. strategi pembelajaran anjal adalah
4.94. Manakala strategi pembelajaran kooperatif adalah 4.96. Jelaslah bahawa
daripada data-data yang dikumpul dan dianalisa menunjukkan bahawa perisian ini
telah berjaya (purata keseluruhan min 4.93) mengaplikasikan strategi pembelajaran
200
aktif, anjal dan kooperatif dalam usaha menarik minat murid untuk terus
menggunakan perisian ini sebagai salah satu alternatif bahan bantu belajar dalam
proses pembelajaran mereka supaya menarik dan berkesan. Ini selaras dengan
kajian yang telah dibuat oleh Hasnah (2006) yang menjelaskan strategi-strategi
pembelajaran yang diaplikasikan ke dalam perisiannya dapat menarik minat murid
untuk meneruskan pembelajaran mereka.
Jadual 7 Penilaian Sumatif Guru Bagi Aspek Pengaplikasian Konsep PPBK
(Strategi Pembelajaran)
Soalan
ITEM
KEKERAPAN DAN
PERATUSAN
MIN
INT.
MIN SS
%
S
%
KS
%
TS
%
STS
%
(S39 – S42) Purata : Strategi
Pembelajaran Aktif
29
(90.6)
3
(9.4)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
4.91 Tinggi
(S43 – S46) Purata : Strategi
Pembelajaran Anjal
30
(93.8)
2
(6.3)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
4.94 Tinggi
(S47 – S49) Purata : Strategi
Pembelajaran
Kooperatif
23
(95.8)
1
(4.2)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
4.96 Tinggi
(S39 – S49) Purata Keseluruhan
82
(93.2)
6
(6.8)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
4.93 Tinggi
SS-Sangat Setuju S-Setuju KS-Kurang Setuju TS-Tidak Setuju
STS-Sangat Tidak Setuju INT.-Interpretasi
201
Aspek Bahasa
Bagi aspek bahasa, data menunjukkan skor min keseluruhan 4.79 di mana 79.2%
guru berada pada skala sangat setuju dan 20.8% guru bersetuju. Ini membuktikan
bahawa perisian ini telah menggunakan sebutan Bahasa Melayu baku. Keterangan
mengenai aktiviti setiap modul dinyatakan dengan ringkas dan jelas. Bentuk
tulisan (Font Century Gothic) adalah seragam sesuai dan tidak mengelirukan
murid. Laras bahasa yang digunakan juga sesuai. Jelaslah aspek bahasa yang
terkandung dalam perisian kursus pendidikan dapat memberi kefahaman murid
bagi mengikuti Bahasa Melayu Literasi Tahun Satu. Justeru, perisian ini amat
sesuai sekali digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
bahasa melayu literasi tahun satu.
Jadual 8 Penilaian Sumatif Guru Bagi Aspek Bahasa
( Pemahaman Murid)
BIL
ITEM
KEKERAPAN DAN
PERATUSAN
MIN
INT.
MIN SS
%
S
%
KS
%
TS
%
STS
%
S50
.
Maklumat yang terkandung
dalam Perisian Kursus
Pendidikan memudahkan
murid memahami dengan
jelas Bahasa Melayu
Literasi
7
(87.5)
1
(12.5)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
4.88
Tinggi
S51
.
Dengan menggunakan
Perisisn Kursus Pendidikan
ini membantu pemahaman
murid dalam Bahasa
Melayu Literasi.
5
(62.5)
3
(37.5)
0
(5)
0
(0)
0
(0)
4.15 Tinggi
S52
.
Laras bahasa yang
digunakan dalam Perisian
Kursus Pendidikan ini jelas
dan mudah difahami
7
(87.5)
1
(12.5)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
4.88 Tinggi
202
S53
.
Keterangan yang ada di
dalam Perisian Kursus
Pendidikan ini memberi
manfaat dan memudahkan
pemahaman murid.
8
(100)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
5.0 Tinggi
S54
.
Sebutan huruf, perkataan
dan ayat jelas dan
menggunakan bahasa baku.
4
(50)
4
(50)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
4.50 Tinggi
S55
.
Maklumat yang disusun
memudahkan pemahaman
murid.
7
(87.5)
1
(12.5)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
4.88 Tinggi
Purata Keseluruhan
(S50-S55)
38
(79.2)
10
(20.8)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
4.79 Tinggi
SS-Sangat Setuju S-Setuju KS-Kurang Setuju TS-Tidak Setuju
STS-Sangat Tidak Setuju INT.-Interpretasi
Aspek Motivasi
Berdasarkan penganalisaan data, perisian kursus pendidikan Bahasa Melayu
Literasi Tahun Satu ini mampu untuk meningkatkan motivasi murid tahun satu
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan pengintegrasian unsur-unsur
multimedia dan pengaplikasian teori dan strategi pembelajaran telah menghasilkan
satu perisian yang lengkap dan seterusnya dapat menarik minat murid untuk terus
meneroka perisian ini. Dengan adanya perisian perisian ini juga dapat mengubah
corak pembelajaran murid yang mana akan dapat mengelakkan murid daripada
ponteng kelas dan mula memberikan perhatian kepada mata pelajaran Bahasa
Melayu. Perisian ini juga membolehkan murid mengulangi semua pembelajaran
tanpa rasa malu dan ianya akan menjadikan suasana pembelajaran yang lebih
menyeronokkan. Dalam masa yang sama kata-kata perangsang yang diberi dapat
meningkatkan semangat belajar dan seterusnya memotivasikan murid untuk
meneruskan pembelajaran. Dengan skor min keseluruhan 5.0 di mana 100%
murid berada pada skala sangat setuju, dapatlah dirumuskan bahawa pelajar lebih
bermotivasi setelah menggunakan perisian. Justeru, perisian ini amat sesuai sekali
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa
Melayu Literasi. Kenyataan ini selaras dengan kajian-kajian lepas seperti dalam
kajian Rosmaria (2003) dan Hasnah (2006).
203
Jadual 9 Penilaian Sumatif Murid Bagi Aspek Motivasi
(Dapatan Skor Markah Uji Minda di dalam Perisian Kursus Pendidikan Bahasa
Melayu Literasi Tahun Satu ).
BIL
ITEM
KEKERAPAN DAN
PERATUSAN
MIN
INT.
MIN 100 - 67
%
66 - 34
%
33 - 0
%
Uji Minda 1
Pilih sebutan yang
betul
120
(100)
0
(0)
0
(0)
5.0 Tinggi
Uji Minda 2
Pilih sebutan yang
betul
120
(100)
0
(0)
0
(5)
5.0 Tinggi
Uji Minda 3 Menulis huruf
120
(100)
0
(0)
0
(0)
5.0 Tinggi
Uji Minda 4 Menulis huruf
120
(100)
0
(0)
0
(0)
5.0 Tinggi
Uji Minda 5 Menulis huruf
120
(100)
0
(0)
0
(0)
5.0 Tinggi
Uji Minda 6 Menulis huruf
120
(100)
0
(0)
0
(0)
5.0 Tinggi
Uji Minda 7 Menulis huruf
120
(100)
0
(0)
0
(0)
5.0 Tinggi
Uji Minda 8 Menulis huruf
120
(100)
0
(0)
0
(0)
5.0 Tinggi
Uji Minda 9 Menulis perkataan
120
(100)
0
(0)
0
(0)
5.0 Tinggi
204
Uji Minda 10 Menulis perkataan 120
(100)
0
(0)
0
(0)
5.0 Tinggi
Uji Minda 11
Menulis nama
benda berdasarkan
gambar
120
(100)
0
(0)
0
(0)
5.0 Tinggi
Uji Minda 12 Menyusun huruf
120
(100)
0
(0)
0
(0)
5.0 Tinggi
Uji Minda 13
Menulis perkataan
120
(100)
0
(0)
0
(0)
5.0 Tinggi
Uji Minda 14
Memilih ayat yang
sesuai dengan
gambar
120
(100)
0
(0)
0
(0)
5.0 Tinggi
Uji Minda 15
Menyusun
perkataan
120
(100)
0
(0)
0
(0)
5.0 Tinggi
Uji Minda 16
Menyusun
perkataan
120
(100)
0
(0)
0
(0)
5.0 Tinggi
Uji Minda 17
Menyusun
perkataan
120
(100)
0
(0)
0
(0)
5.0 Tinggi
PURATA
KESELURUHAN
2040
(100)
0
(0)
0
(0)
5.0 Tinggi
(100 – 67)%-Tinggi (66 -34)% - Sederhana (33 – 0)% - Rendah INT.-
Interpretasi
205
Penutup
Dunia pendidikan negara memperoleh suntikan baru dan mampu menjana
pembangunan nilai modal insan dengan pembentangan Bajet 2010 baru-baru ini.
Bermula peringkat sekolah rendah, menengah dan tinggi, bajet berkenaan
memperuntukan jumlah besar demi memastikan mutu pendidikan negara
dipertingkat bagi melahirkan generasi berilmu (Ruhaiza 2007). Ini secara tidak
langsung akan meningkatkan penggunaan komputer dan perisian pendidikan
dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dewasa ini, penggunaan
komputer dan perisian PPBK dilihat mempunyai implikasi yang besar terhadap
sistem pendidikan negara. Ini adalah agar pendidikan negara setanding dengan
pendidikan negara-negara maju.
Sehubungan dengan itu, pembangunan perisian kursus pendidikan Bahasa Melayu
Literasi Tahun Satu ini telah berjaya mencapai tujuan dan objektif kajian yang
telah ditetapkan. Walaupun terdapat beberapa kelemahan yang dikenal pasti
namun ianya masih boleh diperbaiki lagi di samping perisian ini mempunyai
banyak kelebihannya yang tersendiri. Justeru, diharapkan penghasilan perisian
ini dapat menyelesaikan masalah kekurangan bahan bantu mengajar bagi guru-
guru Bahasa Melayu Tahun Satu di mana ia boleh dijadikan satu alternatif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran agar lebih berkesan, menarik dan
menyeronokkan. Adalah diharapkan juga perisian ini akan menjadi pendorong ke
arah penghasilan lebih banyak perisian PPBK pada masa akan datang dalam usaha
untuk mengatasi masalah ketandusan perisian interaktif bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu.
Rujukan
Ester, D. 2007. Model ADDIE. http://www.dennistester.com/addie.htm.
[10 Julai 2007] .
Halimah Badioze Zaman, Indera Renganathan & Mohd Jan Nordin. 1996.
Pembangunan pakej multimesia Matematik berpendidikan komputer :
Pengenalan sudut & garis lurus. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains &
Matematik, Universiti Kebangsaan Malaysia, 20 – 21 Nov.
206
Hasnah Bt. Yusuf. 2006. Pembangunan dan penilaian pengajaran dan
pembelajaran pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah “Tokoh Mazhab”.
Projek Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jamil Ahmad. 1993. Tinjauan tentang kekangan-kekangan dalam pelaksanaan
Sains KBSM di sekolah-sekolah menengah di negeri Kedah. Tesis Sarjana
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2006-2010.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2000. Sukatan Matapelajaran Bahasa Melayu.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), Sukatan Pelajaran Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah, Bahasa Melayu Tahun Satu, Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Mohd Arif Ismail. 2004. Model reka bentuk instruksional dalam pengajaran dan
pembelajaran. Prosiding Seminar Aliran Terkini Pengajaran Sumber dan
Teknologi Maklumat 2004, hlm.1-11.
Rosmaria. Bt. Mohd. Sahat 2003. Pembangunan perisian pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer (PPBK): Adab menjaga fitrah lelaki
dan Perempuan. Projek Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Ruhaiza Rusmin. 2007. Frasa baru pendidikan. Harian Metro.
http://www.hmetro.com.my. [24 September 2007].
Shaifol Bahari Sulaiman. 2004. Pembangunan dan penilaian perisian multimedia
bagi kursus teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran, kursus sekolah bestari. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Tengku Siti Zaliha Bt Tengku Wook. 2006. Pembinaan bahan pengajaran
pembelajaran berbantukan komputer berasaskan CD-Rom Tamaduan
Dunia. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.