22
p PENGENALAN Persekitaran perniagaan biasanya dibincangkan dengan kaitan kepada pemasaran dan pengurusan ekonomi. Di dalam topik ini, kita akan membincangkan kepentingan persekitaran dalam menyediakan peluang dan memberikan ancaman kepada usaha mencipta perniagaan baharu. Terdapat banyak cara untuk menilai persekitaran perniagaan baharu. Pertama sekali, kita akan menilai komponen persekitaran di mana suatu perniagaan itu beroperasi. Kemudian, kita akan membincangkan langkah- langkah mengenal pasti peluang perniagaan dan bagaimana untuk menilai dan merebut peluang memulakan perniagaan baharu. T T o o p p i i k k 4 4 Penilaian Persekitaran Usaha Niaga HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti dua komponen persekitaran perniagaan; 2. Menerangkan empat elemen persekitaran makro dan enam elemen persekitaran mikro; 3. Menjelaskan tiga elemen persekitaran dalaman organisasi; 4. Menghuraikan peluang perniagaan; dan 5. Menilai suatu peluang perniagaan.

penilaian persekitaran usaha niaga

  • Upload
    -

  • View
    258

  • Download
    12

Embed Size (px)

DESCRIPTION

topik 4

Citation preview

Page 1: penilaian persekitaran usaha niaga

p

� PENGENALAN

Persekitaran perniagaan biasanya dibincangkan dengan kaitan kepada pemasaran dan pengurusan ekonomi. Di dalam topik ini, kita akan membincangkan kepentingan persekitaran dalam menyediakan peluang dan memberikan ancaman kepada usaha mencipta perniagaan baharu. Terdapat banyak cara untuk menilai persekitaran perniagaan baharu. Pertama sekali, kita akan menilai komponen persekitaran di mana suatu perniagaan itu beroperasi. Kemudian, kita akan membincangkan langkah-langkah mengenal pasti peluang perniagaan dan bagaimana untuk menilai dan merebut peluang memulakan perniagaan baharu.

TTooppiikk

44

� Penilaian Persekitaran Usaha Niaga

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti dua komponen persekitaran perniagaan;

2. Menerangkan empat elemen persekitaran makro dan enam elemenpersekitaran mikro;

3. Menjelaskan tiga elemen persekitaran dalaman organisasi;

4. Menghuraikan peluang perniagaan; dan

5. Menilai suatu peluang perniagaan.

Page 2: penilaian persekitaran usaha niaga

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA � 37

KOMPONEN-KOMPENAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

Usahawan perlu menilai persekitaran bukan sahaja sebelum memulakan perniagaan tetapi juga semasa membangunkan perniagaan tersebut. Persekitaran adalah situasi di mana perniagaan itu beroperasi. Persekitaran perniagaan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

� Pandangan makro terhadap persekitaran luaran; dan

� Pandangan mikro terhadap persekitaran luaran dan dalaman. Setiap bahagian ini mempunyai banyak komponen yang perlu dinilai, seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 4.1.

Rajah 4.1: Komponen persekitaran perniagaan

4.1

Page 3: penilaian persekitaran usaha niaga

� TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA 38

(a) PPersekitaran Luaran Ini terdiri daripada persekitaran makro dan mikro. Persekitaran luaran

boleh mempengaruhi keputusan perniagaan yang akan dibuat untuk jangka masa panjang dan merupakan unsur yang tidak boleh dikawal.

Persekitaran makro terdiri daripada empat unsur iaitu:

(i) Politik dan undang-undang;

(ii) Ekonomi;

(iii) Sosiobudaya; dan

(iv) Teknologi. Persekitaran mikro pula, mengikut Kuratko dan Hodgetts (2004), adalah sebahagian daripada persekitaran luaran perniagaan tetapi boleh mempengaruhi keputusan dan aktiviti usahawan secara langsung. Ia dikenali sebagai persekitaran industri atau persekitaran tugas. Persekitaran mikro mempunyai enam elemen iaitu:

(i) Pelanggan;

(ii) Pesaing;

(iii) Pembekal;

(iv) Institusi kewangan;

(v) Organisasi bukan kerajaan; dan

(vi) Agensi kerajaan. Persekitaran mikro atau persekitaran industri juga dikenali sebagai persekitaran persaingan dalam Model Lima Kuasa Porter yang termasuk ancaman pesaing baharu, produk pengganti dan kuasa tawar-menawar pembekal dan pembeli. Institusi kewangan boleh diletakkan di bawah persekitaran umum, manakala organisasi bukan kerajaan dan agensi kerajaan boleh diletakkan di bawah kategori politik dan undang-undang.

(b) PPersekitaran Dalaman Persekitaran dalaman juga boleh mempengaruhi pembuatan keputusan

usahawan secara langsung. Bagaimanapun, usahawan boleh mengawal unsur ini. Persekitaran dalaman organisasi terdiri daripada:

(i) Struktur organisasi;

(ii) Budaya; dan

(iii) Sumber.

Page 4: penilaian persekitaran usaha niaga

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA � 39

��

PERSEKITARAN MAKRO

Sebelum ini, kita telah menyebut bahawa persekitaran makro terdiri daripada elemen politik dan undang-undang, ekonomi, teknologi dan sosiobudaya. Di dalam subtopik ini, kita akan menjelaskan unsur-unsur ini dan pengaruh mereka terhadap usahawan. Rajah 4.2 menunjukkan pemboleh ubah persekitaran. ��

�Rajah 4.2: Pemboleh ubah persekitaran

Sumber: Diadaptasi daripada Kuratko, D. F., & Hodgetts, R. M. (2004). Entrepreneurship: A contemporary approach (6th ed.).

4.2

Apakah yang anda fikir akan berlaku jika usahawan memulakan perniagaan tanpa menganalisa persekitaran di mana perniagaan itu akan beroperasi? Bandingkan dan bincangkan jawapan anda dengan rakan dan tutor anda.

AKTIVITI 4.1

Senaraikan semua segmen dan komponen persekitaran perniagaan.

LATIHAN 4.1

Page 5: penilaian persekitaran usaha niaga

� TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA 40

4.2.1 Politik dan Undang-undang

Politik dan undang-undang dalam persekitaran makro adalah ruang di mana kumpulan berkepentingan yang berlainan akan bersaing untuk memperolehi perhatian dan sumber. Ini adalah persekitaran di mana para usahawan menggunakan kekuatan politik yang mereka ada. Selalunya, usahawan terpaksa menerima unsur politik dan undang-undang untuk perniagaan baharu mereka. Mereka perlu patuh dan mengikut polisi, undang-undang dan peraturan di tempat perniagaan tersebut dijalankan. �

��Rajah 4.3 menunjukkan segmen politik dan undang-undang dalam persekitaran makro. �

�Rajah 4.3: Segmen politik dan undang-undang dalam persekitaran makro

�Terdapat banyak perbezaan politik dan undang-undang dari satu negara dengan negara yang lain. Usahawan perlu menyedari iisu global seperti halangan perdagangan, tarif dan risiko politik serta hubungan dua hala dan pelbagai hala. Kesemua isu ini adalah berhubung kait antara satu sama lain.

(a) HHalangan Perdagangan dan Tarif

Halangan perdagangan dan tarif dikenakan terhadap barangan dan perkhidmatan yang didagangkan dalam pasaran antarabangsa. Ia menghalang aliran bebas sumber dari negara lain untuk melindungi

Pada pendapat anda, apakah peranan segmen politik dan undang-undang dalam persekitaran perniagaan?

SEMAK KENDIRI 4.1

Page 6: penilaian persekitaran usaha niaga

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA � 41

industri tempatan. Contohnya, sekatan perdagangan dikenakan terhadap industri automobil di Malaysia.

(b) RRisiko Politik Ini merujuk kepada kemungkinan berlakunya ketidakstabilan, rasuah dan keganasan di dalam negara atau di kawasan di mana perniagaan dijalankan. Di kawasan di mana risiko politik adalah tinggi, adalah sukar dan mahal bagi usahawan untuk membeli, melindungi dan menggunakan sumber. Risiko lain termasuk keganasan politik dan fizikal, pemerasan dan penyelewengan yang melibatkan rasuah atau pembayaran yang tidak beretika. Ini akan menambah kepada kos perniagaan baharu.

(c) Perjanjian Perdagangan Perjanjian perdagangan antara negara kian meningkat, contohnya perjanjian AFTA yang perlu dipertimbangkan oleh usahawan Malaysia dalam membuat keputusan dalam menjalankan perdagangan di pasaran antarabangsa. Matlamat AFTA adalah untuk meningkatkan produktiviti ekonomi dalam pasaran serantau. Usahawan perlu peka terhadap beberapa isu nasional seperti pencukaian, peraturan dan perbelanjaan kerajaan. Kesemua isu ini adalah berhubung kait.

(d) Pencukaian Ini merupakan faktor politik utama yang dihadapi oleh usahawan pada peringkat nasional. Kesan cukai ke atas operasi perniagaan adalah seperti berikut:

� Mengurangkan tunai yang sedia ada untuk pelaburan perniagaan; dan

� Sesetengah cukai adalah baik bagi perniagaan tertentu dan tidak baik bagi perniagaan lain.

(e) Peraturan

Contoh peraturan adalah peraturan mengenai penggunaan dadah. Walau bagaimanapun, adakalanya peraturan memberikan kesan negatif kepada perniagaan. Kadangkala pula, peraturan menambahkan kos perniagaan dari segi pekerjaan tulis-menulis, ujian, pemantauan dan pematuhan. Oleh sebab itu, usahawan harus menilai persekitaran politik dengan terperinci untuk mengenal pasti ancaman atau peluang yang ada. Secara amnya, kestabilan politik sesuatu negara di mana perniagaan dilakukan memberikan peluang kepada usahawan untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka.

Page 7: penilaian persekitaran usaha niaga

� TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA 42

4.2.2 Ekonomi

Persekitaran ekonomi memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu perniagaan. Persekitaran ekonomi makro meliputi kesemua produk dan perkhidmatan yang dihasilkan, diedarkan, dijual dan diguna. Usahawan perlu menganalisa persekitaran ini pada paras global, nasional dan tempatan di mana perniagaan mereka dijalankan. Setiap perniagaan saling berhubung kait antara satu sama lain di tiga paras persekitaran ekonomi makro ini. Walau bagaimanapun, usahawan harus tahu paras mana yang mempunyai kesan terbesar kepada perniagaan mereka. Mereka harus meninjau, memantau, meramalkan dan mentaksirkan keadaan makro ekonomi yang memberi kesan kepada perniagaan baharu mereka. Usahawan harus berupaya melihat perubahan yang berlaku dalam ekonomi dan berupaya menentukan pemboleh ubah yang berkaitan untuk dianalisa. Rajah 4.4 menyenaraikan beberapa soalan penting untuk dijawab oleh usahawan berkenaan persekitaran ekonomi perniagaan baharu untuk memberikan gambaran keseluruhan iklim perniagaan: �

�Rajah 4.4: Soalan untuk dipertimbangkan bagi perniagaan baharu

Apakah peranan AFTA? Bincangkan dalam myVLE.

AKTIVITI 4.2

Page 8: penilaian persekitaran usaha niaga

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA � 43

4.2.3 Sosiobudaya

Persekitaran sosiobudaya terdiri daripada dua aspek yang berkait rapat iaitu:

� Demografik; dan

� Aliran budaya dalam masyarakat. Peluang perniagaan wujud dalam budaya popular masyarakat, contohnya peluang perniagaan untuk barangan pengguna dan barang tahan lama, peruncitan dan perkhidmatan, waktu lapang, hiburan, perumahan dan pembinaan. (a) PPerubahan demografik

Ini berlaku akibat perubahan penduduk, kumpulan etnik dan struktur penduduk menurut umur, jantina, lokasi geografi dan pengagihan pendapatan penduduk. Kesemua unsur ini menyumbang kepada permintaan pengguna, kuasa membeli dan kapasiti industri. Usahawan perlu menyelidik dengan teliti unsur-unsur ini yang menyumbang kepada penciptaan pasaran. Walau bagaimanapun, perubahan aliran demografik adalah di luar kawalan usahawan. Contohnya, bilangan kanak-kanak yang bertambah dalam suatu masyarakat boleh mewujudkan peluang untuk aktiviti perniagaan yang tertumpu kepada pendidikan, makanan dan pakaian kanak-kanak.

(b) AAliran sosial

Ini berkaitan dengan cara hidup, di mana ia menggambarkan cita rasa dan kecenderungan manusia. Usahawan perlu menilai dan memantau pertukaran cara hidup untuk mengenal pasti peluang perniagaan. Pemboleh ubah yang memerlukan perhatian adalah pembentukan rumah tangga, ragam pekerjaan, kadar penglibatan tenaga buruh, tahap pendidikan, corak perbelanjaan dan corak waktu lapang. Usahawan boleh menggunakan maklumat yang didapati dari sumber umum dan persendirian untuk menilai dan memantau perubahan ini. Mereka juga perlu meramal dan menilai erti perubahan untuk perniagaan mereka dengan menjaga kepentingan diri sendiri. Dengan ini, mereka boleh meramalkan gelagat orang ramai.

��

Mengapakah persekitaran sosioekonomi penting untuk usahawan?

SEMAK KENDIRI 4.2

Page 9: penilaian persekitaran usaha niaga

� TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA 44

4.2.4 Teknologi

Cabang pengetahuan yang berkenaan dengan seni industri, sains gunaan, kejuruteraan, proses, penciptaan atau kaedah boleh ditakrifkan sebagai teknologi. Analisis teknologi memerlukan penelitian dan pemantauan dari masa kajian asas dilakukan kepada masa suatu produk itu dibangunkan dan kemudiannya dikomersialkan. Perubahan teknologi berlaku dalam dua bentuk iaitu: (a) PPenciptaan Tulen Penciptaan tulen merujuk kepada penciptaan benda baharu yang berbeza

daripada teknologi atau produk yang sedia ada. Oleh itu, penciptaan biasanya mempunyai nilai ekonomi dan tidak mempunyai saingan pada peringkat awal dan selalunya dimonopoli oleh individu yang mempunyai hak undang-undang terhadap penciptaan tersebut. Namun demikian, penciptaan mempunyai kelemahan kerana tidak ada pasaran untuk ciptaan tersebut pada peringkat awal. Walaupun begitu, ciptaan baharu boleh membuka pasaran dan peluang perniagaan yang baharu. Contohnya, penciptaan semikonduktor membuka peluang perniagaan dalam bidang komputer.

(b) PProses Inovasi Proses inovasi merujuk kepada perubahan kecil dalam reka bentuk,

pembentukan dan pengeluaran produk, bahan dan pengedaran. Ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci di dalam seksyen tentang mengenal pasti peluang. Meneliti dan memantau perubahan teknologi bukan mudah kerana bukan senang untuk memperoleh maklumat. Malah, saintis yang terlibat dalam kajian awal tidak mengetahui bila tahap pengkomersialan dicapai. Walau bagaimanapun, ia merupakan satu kelebihan dan peluang untuk usahawan sekiranya ia mengetahui maklumat tersebut.

PERSEKITARAN MIKRO

Persekitaran mikro perniagaan baharu juga merujuk kepada persekitaran industri. Persekitaran ini mempengaruhi aktiviti keusahawanan dan sukar untuk usahawan mempengaruhi elemen ini dalam industri. Mereka perlu merancang dan melaksanakan strategi tertentu untuk mendapat kelebihan bersaing dalam sesuatu industri. Pengaruh utama dalam industri adalah:

� Pelanggan;

� Pesaing;

� Pembekal;

� Institusi kewangan;

4.3

Page 10: penilaian persekitaran usaha niaga

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA � 45

� Agensi kerajaan; dan

� Organisasi bukan kerajaan. (a) PPelanggan Pengguna merupakan kumpulan sasaran utama dalam perniagaan. Mereka

mengunakan barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh industri. Pengguna boleh merupakan individu dalam masyarakat seperti suri rumah, pekerja, pelajar atau kumpulan orang. Pengguna adalah „raja‰ dalam sistem pasaran. Sesetengah produk digunakan oleh pengguna industri seperti pengedar, ejen, pemborong dan peruncit. Kumpulan seperti ini mempengaruhi keputusan usahawan.

(b) PPesaing Usahawan dalam perniagaan baharu mesti menganalisa pesaing mereka

dalam industri yang diceburi. Pesaing adalah perniagaan yang memenuhi kehendak pengguna yang sama atau berpeluang untuk berkhidmat kepada pengguna tersebut. Mereka boleh dikenal pasti dengan menanyakan pengguna perniagaan yang sedia ada atau bakal pengguna perniagaan baharu di mana mereka membeli produk atau perkhidmatan tertentu. Usahawan juga boleh mengenal pasti persaingan mereka melalui direktori perniagaan.

Grid analisis persaingan berdasarkan sumber boleh digunakan untuk

menganalisa dan menentukan tahap pesaing-pesaing dalam industri. Usahawan juga boleh mengenal pasti kekuatan dan kelemahan para pesaing mereka dengan alat ini dan menggunakannya untuk membantu mereka dalam memulakan perniagaan baharu. Jadual 4.1 menunjukkan analisis persaingan berdasarkan sumber.

Page 11: penilaian persekitaran usaha niaga

� TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA 46

Jadual 4.1: Analisis Persaingan Berdasarkan Sumber

Arahan: Dari skala 1 hingga 7, berikan penilaian sumber pesaing. Nilai 1 bererti syarikat tersebut tidak mempunyai kelebihan langsung dari segi sumber; nilai 4 bererti syarikat itu mempunyai kemampuan sumber yang sama dengan peserta lain dalam industri; dan nilai 7 bererti syarikat itu mempunyai kelebihan mutlak dari segi sumber.

Jenis sumber dan sifat Syarikat sendiri 1 2 3 4 5 6 7

Sumber kewangan Jarang didapati Bernilai Sulit untuk ditiru Tidak boleh digantikan

Sumber fizikal Jarang didapati Bernilai Sulit untuk ditiru Tidak boleh digantikan

Sumber manusia Jarang didapati Bernilai Sulit untuk ditiru Tidak boleh digantikan

Sumber teknikal Jarang didapati Bernilai Sulit untuk ditiru Tidak boleh digantikan

Sumber reputasi Jarang didapati Bernilai Sulit untuk ditiru Tidak boleh digantikan

Sumber organisasi Jarang didapati Bernilai Sulit untuk ditiru Tidak boleh digantikan

�Markah Keseluruhan ________________________ Purata besar _______________________________ +/–�Daripada Purata _________________________

Page 12: penilaian persekitaran usaha niaga

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA � 47

(c) PPembekal Pembekal adalah kumpulan kedua yang mempengaruhi aktiviti keusahawanan. Mereka boleh menaikkan harga barangan atau perkhidmatan yang mereka jual. Mereka juga boleh mengurangkan kualiti produk dan perkhidmatan yang berada di pasaran.

(d) IInstitusi Kewangan Insitusi kewangan merupakan punca luaran untuk membiayai perniagaan baharu atau mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Pinjaman daripada institusi kewangan bukan sahaja sukar diperolehi untuk perniagaan baharu kerana tidak mempunyai rekod prestasi tetapi juga kerana pembayaran faedah yang membebankan perniagaan baharu. Oleh itu, institusi kewangan mempunyai pengaruh secara langsung terhadap usahawan.

(e) AAgensi Kerajaan Kerajaan mempengaruhi aktiviti keusahawanan melalui pelaksanaan polisi. Contohnya, Dasar Ekonomi Baru, Polisi Penswastaan dan Dasar Pertanian yang telah dilaksanakan di negara kita. Sesetengah polisi memberi kesan secara langsung kepada aktiviti keusahawanan. Polisi dan peraturan kerajaan mempunyai objektif dan tujuan tertentu. Kerajaan juga menyediakan sokongan untuk usahawan. Ini telah dibincangkan di dalam topik-topik yang terdahulu.

(f) OOrganisasi Bukan Kerajaan Persatuan pengguna, organisasi politik, kumpulan agama, persatuan perniagaan, kumpulan pencinta alam sekitar dan sebagainya adalah antara kumpulan berkepentingan yang mempengaruhi usahawan. Kumpulan ini mempengaruhi usahawan melalui kempen terhadap produk atau perkhidmatan tertentu dan penyebaran maklumat mengenai sesuatu produk. Tindakan sebegini boleh mempengaruhi pengguna dan memberikan tekanan kepada kerajaan untuk mengambil tindakan dalam isu tertentu.

���

Kenapakah usahawan perlu menganalisa setiap komponen persekitaran makro dan mikro?

LATIHAN 4.2

Page 13: penilaian persekitaran usaha niaga

� TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA 48

PERSEKITARAN DALAMAN ORGANISASI

Persekitaran dalaman sebuah organisasi terdiri daripada:

� Sumber;

� Struktur; dan

� Budaya. Kesemua unsur ini mempengaruhi keputusan dan aktiviti usahawan. Usahawan perlu menilai kekuatan dan kelemahan perniagaan mereka sebelum membuat sebarang keputusan atau membentuk sebarang strategi. (a) SSumber Antara sumber dalaman sebuah organisasi adalah usahawan itu sendiri,

kewangan, sumber manusia, harta yang nyata dan harta tidak nyata, teknologi dan reputasi. Ciri-ciri peribadi, kemahiran, tenaga, idea, pengetahuan dan pengalaman keusahawanan adalah sebahagian daripada sumber usahawan. Kesemua sumber ini akan diproses bersama dalam perniagaan untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan.

(b) SStruktur Struktur organisasi mestilah sesuai dengan perniagaan baharu yang

berkenaan untuk membolehkan penyesuaian dengan perubahan persekitaran. (c) BBudaya Budaya dan nilai positif harus disemai dalam organisasi perniagaan untuk

kebaikan kesemua sumber manusia. �

MENGENAL PASTI PELUANG PERNIAGAAN

Peluang boleh wujud di atas kertas atau sebagai idea. Peluang boleh menukar situasi yang buruk atau merugikan kepada situasi yang baik atau menguntungkan. Menurut Myzuka (2000), peluang boleh ditakrifkan sebagai suatu konsep perniagaan yang jika ditukar menjadi produk atau perkhidmatan nyata yang ditawarkan oleh suatu perniagaan, boleh menghasilkan keuntungan kewangan. Peluang selalunya dikaitkan dengan pengalaman, hobi dan persekitaran sosial usahawan. Peluang juga ditakrifkan sebagai aliran luaran yang positif atau perubahan yang menyediakan kemungkinan yang unik dan jelas untuk melakukan inovasi dan mencipta nilai. Peluang juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk

4.5

4.4

Page 14: penilaian persekitaran usaha niaga

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA � 49

mencipta sesuatu yang baharu yang melibatkan perubahan dalam pengetahuan, teknologi, ekonomi, politik serta keadaan sosial dan demografik. Kebanyakan peluang baik dalam perniagaan tidak muncul secara tiba-tiba tetapi adalah berpunca daripada sikap usahawan yang bersiap-sedia dalam mengenal pasti peluang. Kebanyakan usahawan tidak mempunyai cara formal untuk mengenal pasti peluang perniagaan. Sebaliknya, pengguna, rakan perniagaan, rakan dalam sistem pengedaran dan pakar teknikal adalah sumber terbaik untuk mendapatkan idea perniagaan yang baharu. �

4.5.1 Mengenali Peluang: Fasa Perspektif Proses Tentang Keusahawanan

Mengenali peluang adalah salah satu fasa utama dalam perspektif proses tentang keusahawanan. Proses keusahawanan bermula apabila seorang atau lebih daripada seorang mengenal pasti suatu peluang. Peluang ini dihasilkan oleh faktor ekonomi, teknologi dan sosial. Penumpuan faktor ini memberikan peluang untuk perniagaan baharu yang menarik (rujuk Rajah 4.5).

Rajah 4.5: Peluang muncul dari penumpuan faktor Sumber: Baron & Shane (2004).

Pada pendapat anda, apakah itu peluang perniagaan?

SEMAK KENDIRI 4.3

Page 15: penilaian persekitaran usaha niaga

� TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA 50

Menurut Mukesh Chatter dalam Baron & Shane (2004), perubahan ekonomi, teknologi dan keadaan sosial menjana peluang tetapi apa pun tidak akan berlaku dengan peluang itu sehingga ada orang yang bermotivasi tinggi dan bertenaga yang mengenal pasti peluang tersebut. �Usahawan patut boleh mengenali, mengejar dan merebut peluang perniagaan. Usahawan yang berjaya adalah mereka yang berjaya merebut peluang. Sesetengah usahawan mendapat peluang melalui penerokaan dan sesetengah pula mendapat peluang kerana bernasib baik. Usahawan yang mengejar peluang harus mempunyai nilai tambahan untuk menarik pelanggan, pengedar dan peruncit. Peter Drucker, seorang penulis dalam bidang pengurusan yang terkenal, telah mengenal pasti tujuh sumber peluang yang kemungkinan berlaku dalam konteks luaran seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.2.

Jadual 4.2: Sumber Peluang

Sumber Peluang SSituasi

Situasi yang tidak diduga

Peluang boleh diperolehi apabila situasi dan kejadian yang tidak dijangka berlaku seperti berita kejayaan/baik atau berita kegagalan/buruk yang boleh menjadi peluang untuk dikejar oleh usahawan.

Situasi yang janggal

Apabila ada situasi yang tidak konsisten, contohnya apabila cara pemikiran konvensional tidak lagi diguna pakai dalam sesuatu perkara, akan wujud peluang untuk direbut. Dalam situasi begini, usahawan yang berupaya berfikir di luar kotak mungkin memperolehi peluang tersebut.

Keperluan proses

Peluang keusahawanan boleh diperolehi daripada proses penemuan. Contohnya daripada proses kajian dan pembangunan yang dilakukan oleh para penyelidik dan pakar teknikal yang menghasilkan produk dan perkhidmatan tertentu. Malah sebelum sesuatu penemuan dibuat, akan wujud pelbagai peluang yang boleh diambil oleh usahawan semasa proses tersebut berlaku.

Struktur industri dan pasaran

Perubahan dari segi teknologi, nilai sosial dan cita rasa pengguna boleh menukar struktur industri dan pasaran. Situasi seperti ini memberikan usahawan peluang untuk melakukan inovasi terhadap produk dan perkhidmatan mereka.

Demografik Pertukaran demografik akan mempengaruhi pasaran sasaran dan segmen pasaran. Ini boleh menjadi peluang kepada usahawan untuk menjangka dan memenuhi kehendak penduduk.

Page 16: penilaian persekitaran usaha niaga

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA � 51

Perubahan dalam persepsi

Persepsi adalah pandangan individu terhadap realiti. Ia melibatkan nilai-nilai dan kepercayaan mereka serta apa yang mereka titikberatkan. Hal ini termasuk dalam bidang psikografik. Apabila nilai dan kepercayaan individu mengalami perubahan, ia boleh mewujudkan peluang pasaran untuk usahawan yang telah membuat persediaan sewajarnya.

Pengetahuan baharu

Pengetahuan baharu adalah sumber peluang untuk usahawan. Contoh pengetahuan baharu adalah teknologi dan penemuan baharu yang boleh menjadi sumber maklumat bagi inovasi keusahawanan. Usahawan boleh menggunakan pengetahuan baharu untuk menghasilkan produk dan proses baharu yang boleh bersaing dengan produk lain.

4.5.2 E-dagang Sebagai Peluang Baharu

Evolusi perdagangan elektronik telah mencipta banyak peluang dan perniagaan baharu. Namun, membina dan memasarkan perniagaan melalui e-dagang boleh memakan kos yang tinggi. E-dagang memberi usahawan peluang untuk mengubah idea kepada pasaran baharu yang menarik. Usahawan boleh menggunakan katalog di laman sesawang untuk mempromosi dan menjual produk mereka di atas talian. Teknologi yang menggunakan e-dagang menawarkan maklumat yang membantu pengguna membuat keputusan. Makluat e-dagang boleh dicapai 24 jam sehari, dengan data yang dikemaskini setiap setengah jam (bergantung kepada syarikat terbabit). Ini membolehkan syarikat tersebut menyediakan aktiviti berasaskan laman sesawang untuk pengguna dari permulaan sehingga penamatan aktiviti pengguna. Ia juga boleh menawarkan perkhidmatan mengikut keperluan individu dan membolehkan pengguna berhubung dengan syarikat itu. Paling penting, e-dagang boleh mengurangkan kos transaksi. �

���

Apakah kelebihan dan kekurangan e-dagang kepada usahawan dalam mencipta peluang baharu?

AKTIVITI 4.3

Page 17: penilaian persekitaran usaha niaga

� TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA 52

PENILAIAN PELUANG PERNIAGAAN

Sama ada peluang dikenal pasti menerusi pandangan pengguna, rakan perniagaan, ahli saluran atau pakar teknikal, setiap peluang mesti ditapis dan dinilai dengan teliti. Penilaian merupakan unsur yang paling kritikal dalam proses keusahawanan. Jadual 4.3 menunjukkan proses penilaian yang melihat penciptaan dan jangka masa peluang, nilai sebenar dan nilai tanggapan peluang, risiko dan ganjaran peluang serta kesesuaiannya dengan matlamat peribadi usahawan dan kelebihannya yang berbeza dalam persekitaran persaingannya.���Peluang mesti sesuai dengan kemahiran dan matlamat usahawan. Pelan taksiran peluang patut pendek, berfokus kepada peluang tersebut dan bukan kepada keseluruhan perniagaan. Ia mesti menyediakan asas untuk membuat keputusan sama ada untuk bertindak terhadap sesuatu peluang atau tidak. Pelan perniagaan yang baik mesti dibangunkan untuk merebut peluang yang ada. Sumber untuk peluang tersebut mesti juga ditentukan. Akhirnya, usahawan mesti menggunakan sumber tersebut menerusi pelaksanaan pelan perniagaan tersebut. Jadual 4.3 menunjukkan aspek-aspek proses keusahawanan.

Jadual 4.3: Aspek-aspek Proses Keusahawanan

Sumber: Histrich & Peters (2000)

Mengenal pasti dan Menilai Peluang

Membina Pelan Perniagaan

Sumber yang Diperlukan

Mengurus Syarikat

� Penciptaan dan jangka masa peluang

� Nilai sebenar dan nilai tanggapan peluang

� Risiko dan ganjaran peluang

� Peluang lawan kemahiran dan matlamat

� Situasi persaingan

� Muka surat tajuk

� Jadual kandungan

� Ringkasan eksekutif 1. Penerangan

perniagaan 2. Penerangan

industri 3. Pelan pemasaran 4. Pelan kewangan 5. Pelan pengeluaran 6. Pelan organisasi 7. Pelan operasi 8. Ringkasan

� Apendiks (Pameran)

� Sumber sedia ada usahawan

� Jurang antara sumber dan bekalan yang ada

� Akses kepada sumber yang diperlukan

� Cara pengurusan

� Pemboleh ubah utama untuk kejayaan

� Mengenal pasti masalah sedia ada dan yang mungkin timbul

� Pelaksanaan sistem kawalan

4.6

Page 18: penilaian persekitaran usaha niaga

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA � 53

��

4.6.1 Magnitud Peluang

Betapa besarnya peluang itu bergantung pada faktor-faktor berikut:

� Nilai yang ingin dicipta oleh usahawan;

� Saiz peluang yang akan menarik minat pelabur;

� Faktor ekonomi yang memerlukan penggunaan aset dengan cekap; dan

� Keperluan perniagaan untuk menarik ahli pasukan yang penting untuk menjayakan perniagaan.

Namun demikian, usahawan berorientasikan pertumbuhan tidak hanya mempertimbangkan magnitud peluang yang ada tetapi juga kadar pertumbuhan yang diharapkan. Kadar pertumbuhan yang terlalu pantas untuk jangka masa yang lama akan memberikan kesan negatif kerana ia memerlukan peruntukan kewangan yang banyak dan berterusan. Kadar pertumbuhan yang terlalu rendah pula akan menyebabkan usahawan gagal mencipta nilai yang diinginkan dan menarik minat pemegang taruh.

Peluang yang baik datang dalam tiga keadaan:

� Peluang asal mesti membawa kepada peluang lain;

� Peluang yang baik boleh memaksa organisasi untuk mengembangkan; kemahiran yang boleh digunakan untuk mencari banyak idea baharu; dan

� Pelaksanaan peluang mesti dilakukan secara berkumpulan atau perkongsian. Usahawan juga harus menimbangkan persekitaran persaingan, contohnya syarikat-syarikat baharu yang telah bertahan dalam arena industri yang luas dan sedang cuba bersaing dan membuat duit. �

Pada pendapat anda, bagaimanakah seorang usahawan menilai suatu peluang perniagaan?

SEMAK KENDIRI 4.4

Bincangkan tujuh sumber peluang yang berpotensi dalam konteks luaran.

LATIHAN 4.3

Page 19: penilaian persekitaran usaha niaga

� TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA 54

4.6.2 Sumber Peluang: Asal Perniagaan Baharu

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, peluang adalah keadaan di mana perubahan dalam teknologi, (terutamanya) ekonomi, politik, sosial atau demografik menjana sesuatu yang baharu. Jadual 4.4 menunjukkan contoh lima jenis peluang yang berbeza untuk perubahan teknologi.���

Jadual 4.4: Contoh Jenis Peluang Keusahawanan Berbeza yang Lahir daripada Perubahan Teknologi

Bil. Jenis Peluang Perubahan Teknologi

Contoh Idea Perniagaan Sebagai

Jawapan Kepada Peluang Tersebut

Alasan

1. Produk atau perkhidmatan baharu

Enjin pembakaran dalam

Kereta

Enjin pembakaran dalam digunakan untuk menggerakkan kereta.

2. Cara baru mengurus

Internet

Jualan buku atas talian

Internet membenarkan orang menjual produk tanpa kedai runcit.

3. Pasaran baharu

Peti ais Kapal muatan dingin

Kapal muatan dingin membenarkan penternak di satu negara menjual daging ternakan mereka di negara lain.

4.

Kaedah pengeluaran baharu

Komputer

Reka bentuk berbantukan komputer

Komputer membolehkan pereka membuat produk tanpa membina contoh dasar fizikal.

5. Bahan mentah baharu

Minyak

Menghasilkan gasolin

Minyak ditapis menjadi gasolin untuk digunakan bagi menggerakkan kenderaan.

Sumber: Baron & Shane (2004)

Page 20: penilaian persekitaran usaha niaga

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA � 55

4.6.3 Peluang dan Syarikat Baharu

Syarikat yang telah lama bertapak akan melakukan kerja yang lebih baik dalam menggunakan peluang berbanding dengan syarikat baharu. Apabila syarikat telah berniaga buat seketika, mereka mula mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan syarikat baharu, seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.5.���

Jadual 4.5: Kelebihan Syarikat yang Sudah Mantap Berbanding dengan Syarikat Baharu

�Jadual 4.6 meringkaskan jenis peluang untuk perniagaan yang sudah mantap dan perniagaan baharu.

Bil Kelebihan Alasan

1. Keluk Pembelajaran

Organisasi baharu belum habis belajar dan masih belum bijak dalam menghasilkan dan memasarkan produk. Namun, apabila sesebuah syarikat itu menghasilkan sesuatu dengan banyak, ia akan bertambah baik dalam usaha tersebut.

2. Reputasi Kajian menunjukkan bahawa orang lebih suka membeli produk daripada pengedar yang mereka kenali dan percayai.

3. Aliran Tunai Sekiranya suatu perniagaan itu berjaya, ia akan mempunyai aliran tunai positif yang boleh digunakan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan baharu. Ia juga boleh menggunakan wang tersebut untuk melabur dalam penghasilan produk dan perkhidmatan baharu yang memenuhi permintaan pengguna.

4. Skala Ekonomi Skala ekonomi memberi manfaat kepada syarikat yang telah mantap berbanding dengan syarikat baharu kerana ia telahpun mula menghasilkan produk dan perkhidmatan. Syarikat yang telah mantap menghadapi kos yang lebih rendah berbanding syarikat baharu kerana ia telah menghasilkan lebih banyak produk atau perkhidmatan.

5. Aset Sampingan

Aset sampingan digunakan oleh usahawan untuk menghasilkan atau mengedarkan produk baharu. Syarikat baharu selalu menghadapi masalah untuk bersaing dengan syarikat yang mantap kerana kekurangan aset sampingan.

Page 21: penilaian persekitaran usaha niaga

� TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA 56

Jadual 4.6: Jenis Peluang Untuk Perniagaan yang Sudah Mantap dan Perniagaan Baharu

Perniagaan Mantap Perniagaan Baharu

� Sangat bergantung pada reputasi.

� Mempunyai keluk pembelajaran yang kuat.

� Menggunakan modal yang banyak.

� Memerlukan ekonomi ikut skala.

� Memerlukan aset sampingan dalam pemasaran dan pengedaran.

� Bergantung pada peningkatan penambahbaikan produk.

� Menggunakan inovasi yang memusnahkan kecekapan.

� Tidak memenuhi keperluan pelanggan utama syarikat yang sedia ada.

� Berdasarkan inovasi diskret.

� Sangat bergantung pada modal insan.

Sumber: Baron & Shane (2004)

� Komponen persekitaran perniagaan boleh dibahagikan kepada:

(i) Persekitaran luaran; dan

(ii) Persekitaran dalaman.

� Persekitaran makro melibatkan unsur-unsur berikut:

(i) Politik dan undang-undang;

(ii) Ekonomi;

(iii) Sosiobudaya; dan

(iv) Teknologi.

� Persekitaran mikro sangat dipengaruhi oleh:

(i) Pelanggan;

(ii) Pesaing;

Jelaskan kelebihan syarikat yang sudah mantap berbanding dengan syarikat yang baharu dalam mencipta peluang.

SEMAK KENDIRI 4.7

Page 22: penilaian persekitaran usaha niaga

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA � 57

(iii) Pembekal;

(iv) Institusi kewangan;

(v) Agensi kerajaan; dan

(vi) Organisasi bukan kerajaan.

� Persekitaran dalaman organisasi terdiri daripada:

(i) Sumber;

(ii) Struktur; dan

(iii) Budaya.

� Peluang boleh ditakrifkan sebagai suatu konsep perniagaan yang jika ditukar menjadi produk atau perkhidmatan nyata yang ditawarkan oleh suatu perniagaan, boleh menghasilkan keuntungan kewangan.

� Peluang perniagaan patut dipertimbangkan dan dinilai dengan berhati-hati sebelum sebarang tindakan diambil. Ini akan menentukan sama ada ia akan berjaya atau gagal.

Analisis persaingan

Berdasarkan sumber

Halangan perdagangan dan tarif

Peluang perniagaan

Persekitaran dalaman

Persekitaran industri

Persekitaran luaran

Persekitaran perniagaan

Sosiobudaya