PENILAIAN psv

Embed Size (px)

Citation preview

PENILAIAN SATU DEFINISI Mok Soon Sang (2003) telah mentakrifkan penilaian sebagai proses menentukan, mendapatkan, dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Dalam konteks pendidikan penilaian boleh ditakrifkan sebagai suatu sistem atau proses meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan (Mok Soon Sang, 2003). Daripada kedua-dua definisi ini dapat dilihat akan pentingnya penilaian dilaksanakan oleh mereka yang terlibat agar tindakan seterusnya yang sepatutnya diambil boleh direncanakan dengan lebih mantap dan secara bersepadu. ( Advanced Learners Dictionary Of Education, 2000) Penilaian adalah untuk mengukur samada berjaya atau tidak pembaharuan pendidikan yang dibuat dan memainkan peranan sebagai agen perubahan secara menyeluruh untuk pendidikan (Beattie, 1997).Penilaian ialah proses menilai sesuatu konstruk berasaskan kepada ukuran-ukuran yang diperoleh daripada pengukuran-pengukuran yang dijalankan. Tujuan penilaian dalam konteks persekolahan atau di bilik darjah adalah berkait rapat dengan penilaian hasil pengajaran dan pembelajaran. Dari segi pengajaran, maklumat yang diperoleh daripada penilaian akan dapat membantu guru untuk memperbaiki pengajarannya. Sekiranya penyampaian guru didapati kurang berkesan, maka guru tersebut boleh membuat keputusan untuk menggunakan pendekatan/kaedah lain yang difikirkan lebih berkesan. Dalam konteks pembelajaran pula, maklumat daripada penilaian dapat membantu guru untuk membuat diagnosis tentang kelemahan dan kekuatan pelajar bagi tajuk-tajuk yang diajar. Maklumat ini seterusnya dapat membantu guru untuk merancang dan melaksanakan program pemulihan atau pengkayaan untuk pelajar-pelajarnya. Selain itu, penilaian juga boleh membantu guru untuk memberi gred pencapaian kepada pelajar, menentukan kumpulan pelajar mengikut keupayaan mereka, atau menempatkan pelajar kepada bidang pengajian tertentu mengikut keupayaan mereka dalam bidang tersebut. Penilaian yang dijalankan oleh guru boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti Penilaian Rujukan Norma, Penilaian Rujukan Kriteria, Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif.

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Rukun Pentaksiran:

Instrumen Yang Ditaksir Respons Yang Mentaksir Skor

KENAPA MENTAKSIRUntuk mengetahui keberkesanan pengajaran Untuk mengetahui kelemahan pengajaran Untuk mengetahui keberkesanan pembelajaran Untuk mengetahui kelemahan pembelajaran Untuk mengetahui keberkesanan program Untuk mengetahui kelemahan program Untuk melihat perbezaan antara pelajar Untuk mengetahui keupayaan pelajar Untuk pensijilan

CIRI PENTAKSIRAN YANG BAIK Skor yang tinggi kesahannya Skor yang tinggi darjah kebolehpercayaan Objektif Boleh tadbir Mudah tafsir Komprehensif

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN Merujuk kepada SKORKESAHAN Thorndike (1991) :validity isall what we want to measure, and nothing but what we want to measure. Messick (1980): kesahan bukan sifat sesuatu ujian tetapi darjah sejauh mana ujian itu mengukur apa yang hendak diukur. LPM (2000): kesahan merujuk kepada skor yang ditentukan oleh relevan dan mewakili.

Kesahan Relevan---- Item yang ditulis bagi sesuatu instrumen pentaksiran mestilah menepati:Kumpulan Kurikulum Jadual spesifikasi ujian Aras kesukaran yang dihasratkan Konteks dan situasi

Cakupan ------Item dalam instrumen mestilah mewakili:cakupan kurikulum aras kesukaran yang ditetapkan (mudah:sederhana: sukar) Kepelbagaian item

Kepelbagaian cara penyoalan

KEBOLEHPERCAYAANAhmann & Glock (1981): reliability means consistency of results The Basic Educational Research :reliability refers to the consistency of the scores obtained how consistent they are for each individual from one administration of an instrument to another and from one set of items to another LPM : kebolehpercayaan skor ujian merujuk kepada ketekalan dan ketepatan

KEBOLEHPERCAYAAN SKOR MERUJUK KEPADA Ketekalan Skor yang diperolehi oleh seseorang pelajar tidak banyak berubah antara peperiksaan yang diduduki atau set-set item yang dijawab

Ketepatan Skor yang diperolehi oleh seseorang pelajar menggambarkan tahap keupayaan sebenar pelajar sehampir mungkin

Pentaksiran autentikPentaksiran autentik menurut Pert(1990) merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari.Pentaksiran autentik meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin.Pentaksiran ini merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.Menurut Rudner & Boston, 1994 Pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna. Menurut Grace ,(1992), penilaian autentik merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. Realistik dan bermakna merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik.(Sumber:Buku Educational Assessment of Student) Pentaksiran autentik digunakan seperti yang disebut oleh Hills (1993) "In real life, children are most themselves when they are in familiar environments with adults and children whom they know and trust, engaged in tasks that allow them to use the modalities

with which they are most comfortable. In such situations they will most likely demonstrate the knowledge, skill, and attitudes that time represent their attainments. When we introduce strange people, unfamiliar surroundings, demands for responses to atypical t asks, and constrictions on their usual behaviors, we will likely elicit behaviors that are neither valid nor reliable samples of the children s development and learning. "Terjemahan kepada Bahasa Melayu Dalam kehidupan nyata, anak-anak yang paling sendiri ketika mereka berada di persekitaran yang akrab dengan orang dewasa dan anak-anak yang mereka kenal dan percaya, terlibat dalam tugas-tugas yang membolehkan mereka untuk menggunakan modalitas yang mereka paling selesa. Dalam situasi seperti mereka kemungkinan besar akan menunjukkan pengetahuan, kemahiran , dan sikap bahawa masa merupakan pencapaian mereka. Ketika kami memperkenalkan orang-orang aneh, persekitaran yang tidak dikenalnya, tuntutan untuk jawapan untuk t atipikal bertanya, dan constrictions pada perilaku mereka yang biasa, kita mungkin akan menimbulkan perilaku yang tidak sah atau sampel yang dapat diandalkan pembangunan anak-anak dan belajar. "

Ringkasnya pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang sesuai untuk dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang pendidikan seni visual dengan rasional lain seperti yang berikut: a) Perlu ada sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna untuk perkembangan kanak-kanak: - Eisner (1980) kanak-kanak membuat pengamatan, membuat tafsiran dan tanggapan seterusnya melahirkan konsep. - Brown (1980) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran mengembangkan pemikiran yang kritis. b) Perlu diperkenalkan sistem pentaksiran yang telus untuk ibu bapa dan kanakkanak. c) Perlu ada program jambatan di sekolah dengan program di sekolah dan kesinambungan subjek.

CIRI- CIRI PENTAKSIRAN AUTENTIKPentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Antara ciri-cirinya ialah: a) Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan. b) Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya. c) Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi. d) Subjek membina maksud yang tersirat. e) Berpusatkan kanak-kanak.

Contoh- contoh pentaksiran autentikPersembahan tarian. Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya. Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science fair (pameran Sains) atau Art show ( pertunjukan Seni). Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio.

Kebaikan kepada pelajar:a) Pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna dan dapat melatih mereka menggunakan pelbagai kemahiran seperti penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis.

b) Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaan pada masa hadapan. c) Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar. d) Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman akademik mereka. e) Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri, dunia mereka dan masyarakat luas. f) Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka. g) Menangani teknologi dan berfikir sistematik.

Kebaikan kepada guru:Guru dapat menilai pelajar pada tugas-tugas dalam disiplin khusus yang ditetapkan. Guru dapat menilai pencapaian pelajar secara menyeluruh. Guru dapat mengambilkira pengetahuan dan kemahiran secara holistic berbanding secara dipecah asingkan. Guru dapat mengambilkira hasil pengajaran dan pembelajaran. Guru dapat melatih pelajar cara-cara membuat penilaian terhadap pencapaiannya dan membantu menilai kerja seni orang lain. Menjadi indikator yang komprehensif mengenai kemampuan pelajar dan seberapa efektif kaedah yang diberikan kepada murid yang dijalankan. Guru dapat mempastikan pelajar berupaya membuat persembahan dan mempertahankan hasil kerjanya secara lisan dan di khalayak ramai.

Kesimpulan Pentaksiran AutentikPentaksiran autentik yang disarankan dalam artikel ini mengukur kemajuan kanakkanak dari pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. Pentaksiran autentik dapatmemperbaiki penyediaan guru dalam proses pernbelajaran dan perkembangan kanak-kanak untuk kesediaan ke alam persekolahan yang lebih tinggi.

Peraturan Pemarkahan

peraturan Permarkahan

Dokumen yang mengandungi panduan memberi markah bagi setiap item dalam sesuatu ujian

Panduan spesifik dalam pemberian markah untuk memastikan

Berdasarkan kata tugas dan tugasan

Berpandakan respons yang dijangka

Berdasarkan pembahagian markah

Mengandungi jawapan/contoh jawapan

Sepadan dengan konstruk yang ditaksir dam tugasan yang dilaksanakan oleh calon

Menentukan bentuk jawapan

Tahap pencapaian calon bagi sesuatu item disusun sebagai senarai respons yang diterima

Ikut soalan

Disediakan bersama dengan soalan

Pemberian markah yang adil kepada calon

Mencerminkan kerencaman konstruk

Markah diperuntukkan bagi setiap tahap

Ikut pecahan soalan

Komponen penting item subjektif

Permarkahan antara pemeriksa dapat diselaraskan

Memberi panduan tentang pemberian markah

Kemungkinan jawapan calon diambilkira

Ikut persembahan jawapan

Kebolehpercayaan skor

Ikut agihan markah dalam format kertas soalanf

Kaedah Pemarkahan

Pemarkahan Analitik

Pemarkahan Holistik

Markah diberi pada peringkat-peringkat tertentu

Markah mengikut point jawapan

Melihat mutu jawapan secara keseluruhan

Memberi perhatian kepada perkara yang boleh dipertimbangkan

Setiap point ditentukan pemberatan markah

Peraturan menolak/pemberian markah maksimum

Menentukan tahap pencapaian keseluruhan

Aras KesukaranAras Sukar

Aras Rendah

Aras Sederhana

calon Item yang mampu dijawap oleh calon berkebolehan rendah, sederhana dan tinggi.

Item yang mampu dijawap oleh calon berkebolehan sederhana dan tinggi.

Item yang mampu dijawab oleh calon berkebolehan tinggi sahaja.

Penilaian FormatifPenilaian formatif ialah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. Penilaian lazimnya mewujudkan ketegangan di kalangan pelajar, guru atau ibu bapa, disebabkan penilaian melibatkan perbandingan pencapaian antara pelajar dan guru. Bagaimanapun, penilaian formatif dapat mengurangkan ketegangan ini, sebab penilaian ini adalah PRK yang tidak membandingkan pencapaian pelajar. Contoh ujian formatif ialah soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian mingguan.

Istilah formatif telah diperkenalkan oleh Micheal Scriven pada tahun 1967 dalam kertas kerjayanya bertajuk Metadologi Penilaian yang menerangkan peranan dalam perkembangan kurikulum dan pengajaran. Menurut beliau, penilaian formatif dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan tujuan untuk memperbaiki atau mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran sama ada aspek pengajaran atau pembelajaran. Tujuan utama PF ialah untuk mengatasi masalah yang dihadapi pelajar dengan mengadakan aktiviti pemulihan atau mengubah kaedah/pendekatan pengajaran (mengadakan aktiviti pengayaan bagi pelajar yang tiada masalah). Ia khususnya berkaitan dengan mata pelajaran seni visual yang sedang diajarkan di dalam bilik darjah. Ini dapat menentukan pengajaran dan pembelajaran yang dibuat itu mencapai objektif yang diharapkan. Fungsi penilaian formatif dengan kadar segera dan pelajar memahami tentang pengajaran yang sedang berlaku. Keadaan ini membantu guru meneruskan atau memperbaiki kaedah pengajaran yang sedang dijalankan. Guru akan dapat maklumat pengajaran beliau melalui pemerhatian, kuiz, tugasan, kerja rumah dan ujian ringkas yang dibuat di bilik darjah. Guru akan dapat melihat hasil yang dihasilkan oleh pelajar contohnya kerja lukisan yang diberikan. Penilaian guru boleh dilakukan apabila melihat hasil lukisan yang telah dihasilkan oleh pelajar sama ada bersesuaian dengan cara melukis dan teknik warna yang digunakan oleh pelajar berdasarkan arahan yang diberikan oleh guru. Oleh itu untuk mengukur sejauh mana kebolehan

pelajar maka guru harus bertindak untuk melakukan penilaian dalam hasil kerja pelajar bagi mengetahui sejauh mana tahap yang telah dikuasai oleh pelajar. Penilaian ini penting dalam memantau sesuatu pengajaran dan pembelajaran atau kursus yang dilaksanakan. Bentuk penilaian ini penting dalam memantau sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu dapat berjaya mencapai matlamatnya. Di samping menilai penguasaan pelajar bagi sesuatu tajuk pengajaran, penilaian formatif dapat mengesan masalah pembelajaran. Justeru, selepas ujian dibuat, tindakan susulan perlu dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian ini. Misalnya, jika pelajar-pelajar masih lemah dalam sesuatu tajuk, sebagai tindakan susulan, guru perlu mengulang semula tajuk berkenaan, atau mengubah pendekatan pengajaran agar pelajar dapat menguasai tajuk tersebut. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di sekolah, ujian bulanan yang kerap dibuat oleh guru dianggap sebagai ujian formatif kerana guru akan menggunakan prestasi ujian bulanan untuk mengenalpasti perkembangan pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah. Seandainya terdapat sesuatu perkara yang kurang menyenangkan di pihak guru, guru akan segera memperbaiki kaedah pengajaran atau penekanan pengajaran yang telah dibuat khususnya bagi mata pelajaran seni visual ini. Manakala Brent Wilson (1971) telah merumuskan 7 jenis prosedur ujian formatif; 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Ujian pengamatan Ujian untuk pengetahuan Ujian untuk kefahaman (comprehension) Ujian untuk analisis Ujian untuk penilaian Ujian untuk apresiasi Ujian kemahiran menghasilkan bentuk Seni (Kemahiran)

Ketujuh jenis prosedur ujian itu sesuai dengan matlamat pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni untuk: belajar membuat produk seni belajar melihat dan merasai seni belajar memahami seni

Pendekatan ini menumpukan perhatian kepada pengajaran seni berasaskan perubahan tingkah laku melalui pengalaman yang dilalaui oleh pelajar. Oleh itu, indikator terhadap perubuhan tingkah laku dalam Pendidikan Seni itu perlu dikenalpasti supaya memudahkan pihak berkenaan menjadikannya sebagai kayu ukur terhadap kejayaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran . Mengendali Ujian dan penilaian untuk Pendidikan Seni Visual Beberapa prinsip perlu dipatuhi: Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah tiga perkara yang berbeza tetapi berkaitan. Tujuan pengujian, pengukuran dan penilaian adalah berbeza, tetapi saling membantu untuk mencapai matlamat yang sama. Di bawah program KBSR dan KBSM, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian, iaitu penilaian mengesan penguasaan, penilaian mengesan kemajuan dan penilaian mengesan pencapaian. Penilaian mengesan penguasaan ialah penilaian yang dijalankan semasa guru mengajar di dalam kelas.Tujuannya ialah untuk mengesan kelemahan pengusaan pelajar dalam sesuatu kemahiran. Penilaian mengesan kemajuan biasanya dijalankan selepas beberapa kemahiran dalam sesuatu topik telah selesai diajarkan. Penilaian mengesan pencapaian dijalankan selepas guru telah mengajar beberapa topik pelajaran , biasanya dalam tempoh satu penggal.Tujuan mengadakan penilaian ini ialah untuk mengesan pencapaian pelajar dalam beberapa topik pelajaran untuk menentukan kedudukan mereka dalam kumpulan masing-masing. ISU UJIAN DAN PENTAKSIRAN DI SEKOLAH: KEBOLEHPERCAYAAN DAN

KESAHAN UJIAN DALAM MENILAI PELAJAR-PELAJAR. Kebolehpercayaan ujian boleh disebut sebagai darjah ketekalan antara dua pergukuran terhadap sesuatu benda, sesuatu ciri, atau sifat seseorang. Sebagai contoh, guru biasanya mengharapkan untuk memperolehi pengukuran yang sama ke atas sesuatu benda yang ditimbang apabila menggunakan penimbang yang berbeza, atau dengan menggunakan penimbang yang sama tetapi menimbang benda yang sama pada masa yang berbeza.

Dalam pengukuran pencapaian pelajar pula, guru mengharapkan keputusan ujian akan tekal bagi dua ujian yang sama bentuk yang ditadbirkan kepada sekumpulan pelajar, atau keputusan satu ujian yang ditadbirkan kepada kumpulan yang sama pada dua masa yang berbeza.

Ada berbagai-bagai kaedah untuk menganggar kebolehpercayaan.

Oleh itu,

sumber variasi antara dua ujian bagi setaip kaedah itu juga berbeza. Kaedahkaedah tersebut ialah: Pentadbiran ujian secara berulang pada masa yang berbeza dengan menggunakan ujian yang sama dengan dikorelasikan oleh market yang terhasil, atau disebut sebagai mengukur kestabilan. Pentadbiran dua ujian yang berbeza tetapi sama bentuk atau setara pada suatu masa tertentu dan dikolerasikan oleh market yang terhasil, atau disebut sebagai mengukur samaan. Pentadbiran dua ujian yang berbeza tetapi sama bentuk atau setara pada masa yang berbeza dan dikorelasikan oleh market yang terhasil, atau disebut sebagai mengukur samaan dan kestabilan. Kesahan ujian:

Kesahan ujian umumnya sukar didefinisi dengan tepat, tetapi biasanya ia merujuk kepada sama ada suatu ujian itu mengukur apa yang sepatutnya diukur. Contohnya jika sesuatu ujian itu ingin mengukur bakat melukis, bagaimana cara ingin ditentukan supaya hasil sebenarnya mewakili bakat ini. Mengikut Tuckman (1975), untuk menilai hasil pengujian, perlulah dirujuk kepada tiga rujukan masa, iaitu masa lepas, masa kini, dan masa hadapan. boleh dirumus bahawa : Seorang pembina peralatan penilaian perlu selalu bertanya. Setakat manakah keputusan ujian memberi manfaat kepada kegunaan tertentu seperti yang diharapkan? Kalau keputusan ujian atau hasil akan digunakan untuk memperihalkan pencapai pelajar, keputusan tersebut mestilah sebenarnya mewakili semua aspek pencapaian yang guru ingin perihalkan.

KESAHAN ISI Kesahan isi pada asasnya melibatkan pemeriksaan sistematik ke atas isi ujian untuk menentukan sama ada isinya terbentuk daripada sample yang mewakili domain yang ingin diukur. Sekiranya seorang guru pendidikan seni menggunakan soalan sejarah untuk menguji pengetahuan seni muridnya, sudah tentulah ujian ini tidak sah. 1. Kelemahan membina butiran: iaitu seperti dalam situasi yang berikut: Guru tidak mengawal aras kesukaran ujian dengan baik apabila membina ujian, Penulisan ayat yang kabur sama ada dalam arahan ujian, atau dalam butiran ujian. petunjuk kepada jawapan betul terdapat dalam soalan itu sendiri. Kesalahan dalam mengenal pasti aras objektif pengajaran bagi butiran ujian.

Kebaikan ujian formatifPenilaian formatif ialah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. Penilaian lazimnya mewujudkan ketegangan di kalangan pelajar, guru atau ibu bapa, disebabkan penilaian melibatkan perbandingan pencapaian antarpelajar dan guru. Bagaimanapun, penilaian formatif dapat mengurangkan ketegangan ini, sebab penilaian ini adalah PRK yang tidak membandingkan pencapaian pelajar. Contoh ujian formatif ialah soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian mingguan. Bentuk penilaian ini penting dalam memantau sesuatu pengajaran dan pembelajaran atau kursus yang dilaksanakan. Bentuk penilaian ini penting dalam memantau sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu dapat berjaya mencapai matlamatnya.

PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH (PKSR) Penilaian Berasaskan Sekolah Merupakan proses penilaian selaras dengan proses pengajaran dalam bilik darjah untuk mengesan kemajuan pelajar dalam konteks perkembangan individu secara menyeluruh. Mempertingkatkan mutu penilaian dengan menggunakan ujian-ujian yang dibina dan dikawal mutunya supaya proses pengukuran pembelajaran pelajar menjadi lebih bermakna dan bermanfaat. Memainkan peranan untuk meningkatkan keupayaan guru dalam usaha membina dan mereka bentuk jenis-jenis ujian yang lebih bermutu.

Pengertian PKSR merupakan satu bentuk penilaian yang dibuat dalam sukatan KBSR dan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) pula ialah satu penilaian yang dibuat dalam sukatan KBSM. melalui proses penilaian yang berterusan, guru dapat mengambil tindakan susulan sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan yang perlu diambil ke atas seseorang murid

Prinsip penting untuk guru ialah bagi mengetahui tahap pencapaian murid serta untuk mengenal pasti dan membaiki kelemahan-kelemahan murid sebelum kelemahankelemahan pembelajaran menjadi lebih kronis. Dalam PKSR, guru menilai murid dalam pelbagai aspek berdasarkan hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam mata pelajaran yang berlainan. Aspek-aspek yang dinilai dalam mata pelajaran yang berlainan dalam PKSR meliputi: a) pengetahuan b) kemahiran berfikir c) kemahiran berbahasa

d) kemahiran mengira e) kemahiran belajar f) kemahiran amali g) kemahiran manipulatif h) kemahiran bersosial i) daya kreatif j) kemahiran proses sains k) perlakuan dan amalan nilai-nilai murni l) sikap m) kesihatan dan kecergasan n) kemahiran kenestetik o) bahan pembelajaran p) minat

Tujuan tujuan utama : memastikan penilaian dijalankan dengan sistematik dan baik. Untuk membaiki pembelajaran pelajar dengan merancang dan mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan maklumat yang diperoleh daripada PBS. Mengesan perkembangan murid-murid: Untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran pelajar supaya tindakan susulan yang sesuai dapat dijalankan untuk membantu mereka mengatasi kelemahan yang telah dikenal pasti. Untuk merangsang pelajar supaya terus membaiki pembelajarannya melalui tunjuk agar dan bimbingan guru secara berterusan di bawah aktiviti PBS. Untuk menyediakan pelajar menyesuaikan diri dalam alam kehidupan manusia melalui penilaian berterusan yang melatih mereka sentiasa sedia menerima teguran, bimbingan dan ajaran guru. Untuk mempertingkatkan mutu penilaian dengan menggunakan ujian-ujian yang dibina dan dikawal mutunya di peringkat tempatan supaya proses pengukuran pembelajaran pelajar menjadi lebih bermanfaat dan lebih bermakna.

Untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan guru dalam usaha membina jenisjenis ujian dengan lebih bermutu dan seterusnya meningkat prestasi mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Ciri-ciri 1) Menekan penilaian secara tak formal, seperti pemerhatian, soal jawab secara lisan dan ujian kertas-pensel untuk mengesan peringkat penguasaan dan kemajuan pelajar dalam bilik darjah. 2) Menekan penilaian formatif daripada penilaian sumatif maklumat yang diperoleh daripada PBS adalah digunakan untuk membantu perkembangan pelajar dalam semua bidang yang berkaitan dengan pendidikan. 3) Menekankan tindakan susulan daripada laporan pencapaian atau pensijilan membaiki pembelajaran seterusnya. 4) Menekankan penilaian secara berterusan membolehkan guru mengubahsuai strategi dan teknik, pengajaran mengikut maklumat penilaian yang diperoleh dari semasa ke semasa. 5) Menekan penilaian secara menyeluruh segala potensi pelajar seperti intelek, rohani, jasmani dan emosi dinilai. 6) Menekankan penilaian dalaman guru yang mengajar pelajar itu sendiri dan bukan diuruskan secara berpusat.

1. Merancang -menentukan hasil pembelajaran & alat penilaian

2. Menjalankan pemerhatian secara individu/kumpulan menggunakan instrumen spt senarai semak/catatan anekdot

3.

Melaksanakan penilaian pemerhatian/lisan/penulisan

4.

Membina instrumen merujuk kpd Jadual Penentuan Ujian (JPU)

membina soalan2 kognitif (Taksonomi Bloom) yang berlainan

5. Melaksanakan Penilaian cara lisan/penulisan/kaedah penilaian secara profesional

6. Merekod - menganalisis & mentafsir

7. Melapor (jika perlu)

Tindakan susulan -peneguhan Ya Menguasai bahan yang diajar? Tidak

Tindakan susulan -pemulihan

Meneruskan ke pelajaran baru

Rajah 1: Kaedah Melaksanakan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)

Penilaian Alternatif prosedur-prosedur dan teknik-teknik yang boleh digunakan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Terdiri daripada bentuk-bentuk penilaian yang berlainan daripada penilaian formal seperti penilaian formatif dan sumatif Kriteria dalam penilaian alternatif: a) b) Fokus kepada perkembangan murid Memberi kelemahan Guru menentukan hasil pembelajaran dan melaksanakan penilaian serta mengambil tindakan susulan. penekanan kepada kekuatan dalam pelajaran daripada

Hasil pembelajaran yang telah dikenal pasti boleh dinilai dengan menggunakan kaedahkaedah berikut:

a) Portfolio Reflektif b) Pembentangan / Amali c) Pemerhatian

Pemilihan setiap kaedah bergantung kepada: Hasil pembelajaran yang akan dinilai Kesesuaian bahan yang dinilai

a) Portfolio Reflektif Catatan tentang sesuatu peristiwa, masalah yang dihadapi, peringkat

pencapaian sesuatu bidang dsb. Bertujuan membolehkan pelajar & guru untuk membuat refleksi, menilai serta menggunakannya sbg rujukan untuk mengambil tindakan susulan yang wajar & berkesan. Bukti-bukti pembelajaran biasanya disimpan dalam fail yang merupakan bentuk fizikal untuk menyimpan hasil tugasan, bahan & rekod yang berkaitan dengan kerja kursus. Secara formatif, iaitu sepanjang proses portfolio disediakan. Sebuah portfolio yang lengkap terdiri drpd pengumpulan bahan-bahan yang berikut iaitu: - nota-nota yang disediakan oleh guru - senarai semak yang disediakan oleh guru - refleksi kendiri pelajar - buku log - catatan jurnal - gambar & foto

Jenis-jenis portfolio yang boleh diberikan kepada murid ialah portfolio kerja, portfolio dokumentari & portfolio produk akhir. Kebaikan: melibatkan murid dgn sepenuhnya dlm proses pengajaran &

pembelajaran. Memberi guru maklumat utk menilai pencapaian murid-murid. Menilai tahap perkembangan murid-murid. Memotivasikan murid-murid & meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan-tugasan pembelajaran yang diberikan oleh guru.

b) Ujian Persembahan / Amali Memberi markah apabila murid-murid membuat persembahan @ kerja amali untuk menguji kebolehan & kecekapan seorang individu. Melibatkan penggunaan radas, alatan konkrit/gambar & tidak banyak bergantung kpd penggunaan bahasa & kertas-pensel kecuali semasa arahan diberi. Amat sesuai bagi pelajar yang kelemahan bahasa. Guru mesti membimbing murid dlm penyediaan pembentangan spt berikut: - mengenal pasti punca-punca maklumat / sumber rujukan. - menstrukturkan pembentangan. - menilai & memberi maklum balas tentang pembentangan. Murid perlu membuat huraian secara terperinci mengenai penglibatan murid dlm kerja ini. Huraian dinilai oleh guru kerana ia merupakan satu penilaian yang sah mengenai pembelajaran murid. Dlm penilaian amali, guru akan menyuruh murid utk memanipulasi satu set data, selepas itu, mempersembahkan analisis mereka terhadap data itu. Guru menilai persembahan / tunjuk cara murid berdasarkan aspek-aspek: contoh-contoh yang dikaitkan edaran-edaran yang berkait peralatan yang digunakan dlm persembahan

c) Pemerhatian

Satu bentuk penilaian autentik yg membantu guru membimbing murid-murid meningkatkan keupayaan mereka secara individu. Mengenal pasti ciri-ciri perkembangan pelajar drpd bidang afektif & psikomotor, khasnya bagi mata pelajaran Agama Islam, Pendidikan Moral, Muzik & Pendidikan Jasmani.

Bertujuan utk membantu murid-murid mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh drpd mata pelajaran yang berlainan dlm kehidupan seharian. Memberi murid-murid masalah-masalah yang dihadapi dlm dunia sebenar. Contoh-contoh penilaian autentik yg boleh dijalankan oleh guru ialah melalui pemerhatian, projek / kerja lapangan. Mudah dilaksanakan oleh guru tetapi susah utk menjamin kesahihan dapatannya, kerana pemerhatian dipengaruhi oleh daya pengamatan, pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai (guru).

Penilaian melalui pemerhatian untuk mengikuti perkembangan ndividu @ kumpulan dalam kemahiran pembelajaran yang pelbagai. Dijalankan untuk mengesan @ menilai tahap perncapaian rakan sebaya dalam sesuatu aktiviti pembelajaran

Strategi Pelaksanaan secara berterusan mengikut objektif yang dikenal pasti / dirancang. guru menggunakan senarai semak/rekod anekdot kognitif, afektif, psikomotor, bahan & persekitaran. secara global / analitikal mengikut objektif yg ditetapkan oleh guru.

Jenis-jenis pemerhatian pemerhatian mengenai perlakuan murid-murid tanpa membuat tafsiran dan tanggapan. pemerhatian melalui borang pemerhatian yang mengandungi soalan terbuka dan tertutup ; pemerhatian berstruktur pemerhatian berfokus : guru menilai kemahiran , pengetahuan, perlakuan @ sikap spesifik

Lampiran 1 Penilaian : Pengalaman Studio Seni & Menghasilkan Produk Seni

Objektif Penilaian 1. Konunikasi / pernyataan

YA

TIDAK

1.

Adakah pelajar ingin menyampaikan sesuatu untuk pernyataan melalui kerja seni. Adakah kerja-kerja seni pelajar , mod dan peranannya. Adakah dalam kerja seni pelajar menunjukkan kefahaman tentang subjek matter (bahan tajuk). Adakah pelajar bebas membincangkan objektif kerja seni mereka ketika penilaian secara individu@kumpulan. Adakah pernyataan pelajar itu ikhlas dan benar persembahannya. Adakah pelajar berupaya berkomunikasi secara ekspresif melalui berbagai media seni.

2.

3.

4.

5.

6.

2.

Keyakinan / Self Esteem

1.

Adakah pelajar rajin dalam menyatukan idea, perasaan dan persepsi melalui media. Adakah pelajar fleksibel dan berupaya bekerja dengan berbagai media. Adakah pelajar berpeluang untuk merubah kedudukan di bilik seni.

2.

3.

4.

Adakah pelajar berpuashati dan bangga terhadap kerja-kerja seni mereka. Adakah pelajar kenalpasti kekuatan & kelemahan kerja-kerja seni dan mengguna kekuatan serta memperbaiki kelemahan.

5.

YA

TIDAK

6.

Adakah pelajar menunjukkan inisiatif untuk mencapai matlamat Pendidikan Seni. Adakah pelajar menunjukkan keupayaan/ keinginan terhadap kualiti kepimpinan. Adakah pelajar menggunakan nilai-nilai estetika dalam kehidupan sehariannya.

7.

8.

3.

Perkembangan Persepsi

1.

Adakah pelajar menunjukkan perkembangan kepekaan(sensitiviti) terhadap kualiti visual dalam persekitaran seperti cahaya, warna, kadar banding bayang, jarak dalaman, volume (kepaduan) seperti yang terdapat dalam kerja seni. Adakah pelajar menunjukkan perkembangan kepekaan terhadap kualiti non-visual seperti Auditory, tektail, kinestetik, dan sensasi tubuh (body sensation) seperti yang terdapat dalam kerja-kerja seni. Adakah pelajar menyedari, melihat dan mengerti nilai-nilai visual & non-visual sebagai sumber ekspresi. Adakah pelajar peka terhadap adanya perbezaan antara bentuk, warna, gambar, nilai (value) dan jalinan (unsur seni).

2.

3.

4.

4.

Organisasi estetika dan ketekalan (consistency)

1.

Adakah pelajar memahami perhubungan antara idea, bahan; Bolehkah ianya diaplikasi melalui medium lain dengan lebih baik. Terdapatkah organisasi harmoni pada gambar, bentuk, warna, nilai, jalinan dalam kerja seni mereka.

2.

YA 3. Adakah semua bahagian-bahagian pernyataan pelajar itu tekal dan berkait antara satu sama lain bagi menampakkan keseluruhannya.

TIDAK

4.

Adakah kerja-kerja seni pelajar menunjukkan kepekaan dan kesedarannya terhadap prinsipprinsip rekaan seperti imbangan, ritma, kepelbagaian, kontras dan lain-lain. Adakah kerja-kerja seni pelajar menunjukkan sense of being dan kesepaduan rasa kewujudan.

5.

6. Adakah pelajar mengambil berat dengan organisasi dan keadaan persekitarannya dan juga dalam kerja-kerja seni.

7.

Adakah pelajar menunjukkan perkembangan dalam keupayaan menyaksikan estetika yang lebih kompleks dalam kerja-kerja seninya. Adakah pelajar sedar kepada kualiti estetika dalam berbagai aspek kehidupannya.

8.

5.

Pengetahuan Dalam Bidang Seni

1.

Bolehkah pelajar kenalpasti proses seni, adat, media, juga masalah yang dihadapi oleh seniman. Bolehkah pelajar menjangka apakah yang boleh dilakukan oleh berbagai-bagai alat/ media. Bolehkah pelajar kenalpasti/analyse pola/ struktur dalam kerja-kerja seninya.

2.

3.

4.

Bolehkah pelajar membuat penilaian kaedah kerja-kerja media, gubahan dan ekspresi kerja-kerja seninya dan kaitannya dengan kerja orang lain, dahulu dan sekarang.

5.

Bolehkah pelajar faham konsep abstrak. YA TIDAK

6.

Bolehkah pelajar kenalpasti kepelbagaian pengaruh seniman, dan gaya persembahan dalam kerja-kerja seni mereka seperti kusisme, ekspresianisme, surrelisme.

6.

Kreativiti

1.

Adakah pelajar peka dalam mengenalpasti masalah-masalah yang terdapat dalam Kerja-kerja seni. Adakah pelajar memaparkan idea-idea yang unik dan peribadi (verbal dan visual) dalam kerja-kerja seninya.

2.

3.

Adakah pelajar dengan mudahnya menunjukkan kualiti, bebas, inventive, asli dan luar biasa dalam kerja-kerja seninya. Adakah pelajar boleh menyatakan perasaan, Idea, persepsinya secara peribadi dan Individu. Bolehkah pelajar redefine gambar, bentuk, warna, rupabentuk dan berbagai bahan kepada suatu benda baru seperti butang dijadikan mata dalam kolaj. Adakah pelajar berupaya mengkaji berbagaibagai cara dalam menyelesaikan masalah estetika. Adakah pelajar menunjukkan perkembangan kesedarannya terhadap keunikan dirinya dan orang orang lain.

4.

5.

6.

7.

8.

Adakah pelajar menunjukkan kelancaran dan dan banyak idea ketika berkarya. Adakah pelajar menunjukkan fleksibel dan boleh menyesuaikan dan mencari penyelesaian jika berlaku masalah dalam kerja-kerja seninya.

9.

YA 10. Adakah pelajar berupaya membuat analisis, melihat sesuatu yang menyeluruh kepada yang ditil dalam kerja-kerja seninya. Adakah pelajar berupaya mengsintesis bermula daripada ditil kepada yang menyeluruh dalam kerja-kerja seninya.

TIDAK

11.

7.

Kemahiran/Ketukangan

1.

Adakah terdapat penambaikan dan kecekapan dalam kemahiran mengendalikan peralatan, bahan dan proses di kalangan pelajar. Adakah pelajar berupaya mengawal kerjakerja seninya, berupaya memaparkan atau merobah purposi bentuk nutralistik, menambah atau mengurangkan detail bila diperlukan.

2.

3.

Berupayakah pelajar menggunakan berbagai jenis garisan, rupa, bentuk dan warna bila memerlukannya. Adakah pelajar menjaga dan memulihara peralatan dan perkakasan di dalam keadaan yang baik.

4.

8.

Keseronokan & Kepuasan 1. Adakah pelajar seronok menghasilkan karya seni. Adakah pelajar memerlukan peluang untuk Melakukan kerja-kerja seni. Adakah pelajar menggalakkan rakannya turut serta dalam pengalaman seni.

2.

3.

4.

Adakah pelajar menyatakan kepuasan terhadap pengalaman seni dan produk seni. Adakah pelajar berkeinginan untuk mem-

5.

pamerkan hasil kerja mereka. YA 6. Adakah pelajar berbincang mengenai seni dengan rakan. TIDAK

7.

Adakah pelajar mengambil bahagian kegiatan seni di luar bilik darjah seperti membeli bukubuku seni, mengumpul reproduksi karya seni atau menghadiri ceramah seni atau melawat pameran seni.

STRATEGI PENTAFSIRAN (ASSESSMENT) PERFORMANCEPERFORMANCE ASSESSMENT STRATEGY (PAS)ialah proses yang menggunakan subjek penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan. Memerlukan masa dan tenaga. Rujukan di Israel melalui learning by doing : Memandu guru membangunkan penilaian berasaskan sekolah

Guru perlu sanggup melakukan beberapa percubaan untuk memperbaiki system penalaiannya bagi mendapat strategi yang berkesan untuk membantu pencapaian pelajar.

Jenis- jenis pentaksiran Performanced Based 1.Portfolio (dapatan hasil kerja). Kaedah ini selalu digunakan untuk menilai pencapaian individu murid dari semasa ke semasa.Ianya juga suatu cara yang membolehkan penilaian terhadap murid dibuat secara keseluruhannya 2. Kaedah pentaksiran berpusat (simulasi berdasarkan situasi sebenar) Pentaksiran akan dibuat berdasarkan kepada penglibatan murid dan

keberkesanan penyelesaian masalah dalam sesuatu situasi yang diberikan. 1.Mengukur berdasarkan keupayaan. Pentaksiran ini dapat dinilaikan seperti bahan contoh daripada murid seperti : Bahan penulisan

Persembahan Gerak kerja projek

PENTAFSIRAN BERASASKAN PERFORMANCE MERUJUK KEPADA : Berbagai ilmu pengetahuan Berbagai proses Berbagai cara membuat lapuran / keputusan Merujuk kepada : 1. Task 2. Method 3. Aktiviti Digunakan untuk mentafsir performancea pencapaian pembelajaran mereka. PAS boleh direkabentuk : 1. Proses perkembangan pelajar 2. Produk 3. atau kedua-duanya sekali Pentafsiran yang terbaik membenarkan pentafsiran dilakukan melalui berbagai dimensi terhadap pembelajaran pelajar dan proses-proses kognitif yang kompleks itu. Contohnya (PAS) melalui : 1. Portfolio 2. Journal, diary, log 3. Integrated performance 4. Perbincangan kumpulan 5. Pameran 6. Audio, video tape 7. Komputer pelajar dalam menunjukkan

PORTFOLIO Definasi :

Dulu : sebagai kontener koleksi kerja-kerja pelajar (produk). Kini : sering digunakan sebagai alat kefahaman dan proses pendedahan. Kemudian dikembangkan lagi peranannya sebagai himpunan kerja-kerja pelajar yang menceritakan kesungguhannya, proses dan pencapaiannya dalam sesuatu tugasan yang diberi. Merujuk kepada : 1. Folio seni atau folio proses atau mini Portfolio. 2. Portfolio kerja pelajar terbaik. 3. Ataupun expended art Portfolio.

Peranan Portfolio : Selain untuk penafsiran juga untuk : 1. ABM 2. Motivasi pelajar. 3. Cabaran. 4. Refleksi pelajar. 5. Penilaian kendiri. 6. Menggalakkan kerjasama guru dan pelajar. 7. Menggalakkan penyelidikan. 8. Komunikasi idea. 9. Mengesahkan perbezaan pembelajaran dan pendekatan. 10. Bukti kepada pelajar dan ibubapa tentang kepentingan perkembangan dan pertumbuhannya. 11. Portfolio adalah alat yang penting untuk menilai kurikulum dan menentukan perlunya perubahan. 12. Portfolio sebagai bukti (evidance).

Portfolio yang baik :1. Mendalam. 2. Tidak mengira jumlah masa yang diambil. 3. Digunakan sebagai alat penafsiran performance yang mengandungi : 4. Matlamat yang ditulis. 5. Pendedahan bukti tentang pembelajaran. 6. Mengandungi tiga (3) bentuk bukti : primary, secondary dan axtrinsic. 7. Mengandungi bukti-bukti yang lengkap dan berkaitan dengan matlamat folio. 8. Menunjukkan perkembangan dari masa ke semasa. 9. Menunjukkan pencapaian yang signifiken yang dijelaskan menerusi catatan. 10. Menunjukkan pengalaman-pengalaman menghasilkan. dan kesukaran dalam proses

11. Menunjukkan sesuatu yang paling menarik perhatian/yang digemari oleh pelajar. 12. Ada menunjukkan tindakan proses membuat keputusan dan pemilihan dalam folio. 13. Mengandungi bahan-bahan sokongan.

Perbezaan Jenis-jenis Pentaksiran Penilaian PentaksiranPerformace Penilaian Autentik Bassed PSV Berasaskan Sekolah

Penilaian Secara Formalistik