12
Penjagaan Kesihatan LAPORAN TAHUNAN ETP 2011 200

Penjagaan Kesihatan - etp.pemandu.gov.myetp.pemandu.gov.my/annualreport2011/upload/BM_NKEA_Healthcare.pdf · teknologi perubatan, ... telah menyampaikan prestasi yang kukuh berbanding

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Penjagaan Kesihatan - etp.pemandu.gov.myetp.pemandu.gov.my/annualreport2011/upload/BM_NKEA_Healthcare.pdf · teknologi perubatan, ... telah menyampaikan prestasi yang kukuh berbanding

Penjagaan Kesihatan

LAPORAN TAHUNAN ETP 2011

200

Page 2: Penjagaan Kesihatan - etp.pemandu.gov.myetp.pemandu.gov.my/annualreport2011/upload/BM_NKEA_Healthcare.pdf · teknologi perubatan, ... telah menyampaikan prestasi yang kukuh berbanding

Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Menteri Kesihatan

Dalam tahun pertama pelaksanaannya, kami telah memulakan pencarian di dalam melihat pelbagai potensi ekonomi yang ada dalam industri penjagaan kesihatan Malaysia. Kementerian Kesihatan telah menumpukan usaha untuk menjadi pemangkin utama kepada industri dengan menyingkirkan kekangan yang selama ini menjadi penghalang kepada rakyat negara ini dan menggantikannya dengan dasar-dasar yang lebih mesra industri.

Sepanjang tahun 2011, Kementerian Kesihatan telah menyemak semula beberapa dasar utama bagi menggalakkan pertumbuhan dalam industri penjagaan kesihatan. Kami juga telah memendekkan tempoh perkhidmatan wajib untuk pegawai farmasi daripada tiga tahun kepada satu tahun dan menyediakan mekanisme untuk perjanjian off-take produk farmaseutikal buatan tempatan. Di samping itu, kementerian juga telah melonggarkan peraturan pengiklanan untuk institusi perubatan dan bersetuju untuk memperbadankan Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC).

Dalam usaha berterusan untuk meneroka peluang-peluang baru yang dinyatakan, saya telah membuat beberapa lawatan rasmi, bukan sahaja untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang kesihatan awam malah saya juga membincangkan isu-isu perdagangan dalam sektor kesihatan dengan rakan-rakan sejawatan saya terutamanya dari Hong Kong, Mesir dan Bangladesh. Mereka sangat menyokong usaha-usaha yang kami perkenalkan di bawah Program Transformasi Ekonomi kita dan saya yakin bahawa hubungan dua hala yang dipupuk akan membuka hubungan kerjasama di masa akan datang.

Pada tahun 2012, kami akan meneruskan usaha dalam memastikan kejayaan penyampaian dan pelaksanaan NKEA Penjagaan Kesihatan.

NKEA: Penjagaan Kesihatan Perutusan Menteri

201

Page 3: Penjagaan Kesihatan - etp.pemandu.gov.myetp.pemandu.gov.my/annualreport2011/upload/BM_NKEA_Healthcare.pdf · teknologi perubatan, ... telah menyampaikan prestasi yang kukuh berbanding

Penjagaan KesihatanIndustri penjagaan kesihatan di Malaysia telah menjadi enjin pertumbuhan ekonomi yang berkembang pesat akibat peralihan demografi, kemakmuran yang dinikmati serta perubahan gaya hidup.

Rajah 12.1

15.2 0.20.6

13.94.3 0.4 1.0 1.1

13.6 0.4 50.5

35.3

15.2Jumlah kesan PNK:

RM35.3 bilion

Pertaruhan Jangka panjang

Peluang-peluang Strategik

Pencapaian Jangka Pendek

0

2009 Pengganda PNK 2020

20

10

30

40

60

50

EPP1:Insurans

Kesihatan Pekerja Asing

EPP2:Penyelidikan

Klinikal Malaysia

EPP3:Farmaseutikal

Malaysia

EPP4:Pelancongan

Kesihatan

EPP5:Neksus

Perkhidmatan Diagnostik

EPP6:Metropolis Kesihatan

Peluang Perniagaan

Pertumbuhan Garis Dasar

Sumbangan kepada PNK 2020(RM bilion)

Tiga sub-sektor eko-sistem utama penjagaan kesihatan yang lebih besar dikenal pasti ialah farmaseutikal dan bioteknologi, teknologi perubatan, dan perkhidmatan kesihatan. Sub-sektor tersebut, telah menyampaikan prestasi yang kukuh berbanding dengan sektor ekonomi yang lebih tradisional and lebih besar.

NKEA Penjagaan Kesihatan memberi tumpuan kepada usaha untuk merapatkan kerjasama antara kedua-dua sektor awam dan swasta. Matlamat utamanya adalah untuk mengenal pasti inisiatif sektor swasta dan peluang untuk membangunkan industri penjagaan kesihatan dengan cara yang lebih teratur dan koheren.

Makmal Penjagaan Kesihatan NKEA yang dianjurkan dalam tahun 2010 telah menghasilkan enam Projek Permulaan (EPP) dan dua Peluang Perniagaan. Secara keseluruhannya, NKEA ini dijangka menjana RM35.3 bilion dalam peningkatan PNK dan 181,000 pekerjaan baru menjelang tahun 2020.

Pada bulan Julai 2011, Makmal NKEA Peranti Perubatan telah dianjurkan sebagai satu usaha intensif untuk menukar Peluang Perniagaan dalam Peranti Perubatan kepada EPP yang boleh dilaksanakan. Enam puluh orang wakil dari sektor awam dan swasta telah mengambil bahagian dalam Makmal yang diadakan selama empat minggu di Pulau Pinang. Makmal tersebut telah mewujudkan tujuh lagi EPP yang baru, sekaligus meningkatkan EPP Penjagaan Kesihatan kepada 13, dengan satu sahaja BO yang tinggal iaitu Kesejahteraan Warga Emas.

Secara keseluruhan, kesemua 13 EPP di bawah NKEA Penjagaan Kesihatan kini melambangkan sebuah kempen eksport yang agresif, platform perkhidmatan yang telah dipertingkatkan dan komitmen untuk meningkatkan tahap penjagaan kesihatan rakyat Malaysia.

LAPORAN TAHUNAN ETP 2011

202

Page 4: Penjagaan Kesihatan - etp.pemandu.gov.myetp.pemandu.gov.my/annualreport2011/upload/BM_NKEA_Healthcare.pdf · teknologi perubatan, ... telah menyampaikan prestasi yang kukuh berbanding

Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 2011Pada tahun 2011, sasaran untuk NKEA Penjagaan Kesihatan adalah untuk mencapai RM14.2 juta dalam PNK dan mewujudkan 26,686 pekerjaan. Kemajuan setiap EPP telah dipantau rapi setiap minggu. Pencapaian KPI NKEA diringkaskan seperti di Rajah 12.2.

Rajah 12.2

NKea Penjagaan Kesihatan KPI (Kuantitatif)

Bil. KPI Sasaran (FY) Aktual (YTD) Pencapaian

Kaedah 1 Kaedah 2 Kaedah 3

% %

EPP #1 Peratusan pekerja asing yang mempunyai insurans kesihatan

1,205,000 1,407,919 117% 100% 1.0

EPP #2 Bilangan kajian yang telah dijalankan 260 321 123% 100% 1.0

EPP #3 Pertumbuhan eksport ubat-ubatan 15% (RM610 juta)

12% (594 juta)

80% 80% 0.5

EPP #4 Hasil yang diperolehi daripada kedatangan bagi mendapat rawatan kesihatan

431 436 (* sehingga

30 Nov 2011)

110% 100% 1.0

EPP #5 Kajiselidik perkhidmatan radiologi di Kementerian Kesihatan

Kesemua hospital

kementerian yang,

mempunyai pakar radiologi

39 100% 100% 1.0

Projek percubaan untuk penyumberan semula dalam perkhidmatan radiologi

Sehingga Julai 2011

(dilanjutkan sehingga

30 September 2011)

95% 95% 95% 0.5

EPP #6 Pembinaan Health Metropolis yang bermula pada suku keempat 2011

Q4 2011 95% 95% 95% 0.5

103% 96% 79%

Kaedah 1 menyediakan refleksi pencapaian KPI sebenar. Jika mana-mana KPI melepasi sasarannya dengan ketara, keputusannya akan dibentangkan dalam peratusan yang besar dengan melebihi had 100 peratus.

Kaedah 2 direka untuk menampung pencapaian KPI dengan keputusan kuantitatif yang ketara. Di bawah kaedah ini, apa-apa pencapaian dihadkan kepada 100 peratus.

Kaedah 3 mewakili gambaran mudah pencapaian KPI. Sasaran KPI yang telah dipenuhi atau melebihi diberi gred 1. KPI yang mencapai lebih separuh daripada sasarannya diberi gred 0.5, dan KPI yang kurang daripada separuh sasaran mereka diberi gred 0.

203

NKEA: Penjagaan Kesihatan Gambaran Keseluruhan

Page 5: Penjagaan Kesihatan - etp.pemandu.gov.myetp.pemandu.gov.my/annualreport2011/upload/BM_NKEA_Healthcare.pdf · teknologi perubatan, ... telah menyampaikan prestasi yang kukuh berbanding

Terdapat lebih 1.3 juta pekerja asing di Malaysia pada tahun 2011 yang terdiri daripada pekerja sektor perkilangan, pembinaan dan perladangan. Kebanyakan pekerja ini tidak dilindungi oleh insurans kesihatan serta tidak mampu membiayai bil perkhidmatan doktor perubatan melainkan ianya diperuntukkan dan dibayar oleh majikan mereka.

Pencapaian Pada 19 Januari 2011, Kerajaan Malaysia telah mewajibkan pekerja-pekerja asing untuk mendaftar dalam Skim Perlindungan

EPP 2 ini bertujuan untuk membangunkan ekosistem penyelidikan klinikal yang membolehkan ujian klinikal dijalankan dengan lebih cekap dan berkualiti. Sasaran adalah untuk mencapai 1,000 ujian klinikal menjelang tahun 2020, di mana sejumlah 260 ujian berdaftar akan dijalankan menjelang akhir 2011.

Pencapaian Pada bulan Julai 2011, Menteri Kesihatan telah melancarkan Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM), sebuah unit di bawah Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) untuk memacu agenda nasional ini. Bagi memenuhi objektif tersebut, CRM menggunakan rangkaian hospital yang ada di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) serta hospital swasta dan universiti.

Sejak pelancaran CRM, 27 Pusat Penyelidikan Klinikal Hospital (HCRC) termasuk tujuh yang baru telah ditubuhkan pada tahun 2011. Daripada jumlah ini, 10 HCRC telah dilengkapkan dengan kemudahan dan sumber untuk menjadi Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Klinikal (CoRE). Rajah 12.3 menggambarkan HCRC dan sembilan CRC swasta.

Mewajibkan Insurans Kesihatan Swasta untuk Pekerja Asing dan Mempertingkatkan Liputan Pampasan Pekerja

Mewujudkan Ekosistem yang Menyokong Pembangunan Penyelidikan Klinikal

Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan KKM (MREC) telah meningkatkan kekerapan mesyuarat kepada dua kali sebulan dan hasilnya dapat dilihat dalam penambahbaikan tempoh masa dalam memberikan kelulusan.

Daripada sejumlah 13 organisasi penyelidikan kontrak (CRO) antarabangsa yang bertempat di Malaysia pada masa ini, tiga CRO telah pun ditubuhkan pada tahun 2011.

EPP 1

EPP 2

Rajah 12.3

Pusat Penyelidikan Klinikal di Hospital Kementerian Kesihatan MalaysiaPusat Penyelidikan Klinikal di Hospital Swasta dan Universiti

Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA), dengan premium tahunan sebanyak RM120. Skim ini meliputi kemasukan ke hospital perubatan kepada pekerja asing dengan jumlah perlindungan sebanyak RM10,000 setahun untuk semua jenis kecederaan dan penyakit. Sasaran bagi tahun 2011 adalah memastikan sekurang-kurangnya 1.2 juta pekerja asing dapat dilindungi di bawah skim ini.

Sehingga Disember 2011, sejumlah 25 syarikat insurans dan dua Pentadbir Tuntutan Pihak Ketiga (TPCA) telah

didaftarkan untuk mengambil bahagian dalam skim ini. Daripada sasaran tahun ini, seramai 1,407,919 pekerja asing telah dilindungi di bawah skim ini.

Langkah Seterusnya Cadangan untuk mewajibkan SPIKPA kepada pekerja asing dalam sektor-sektor lain dan di Sabah dan Sarawak sedang diperhalusi.

Sebanyak 321 ujian klinikal termasuk yang baru telah dijalankan dalam tahun 2011 melampaui sasaran sebanyak 260.

Langkah Seterusnya Pada tahun 2012, Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM) akan diperbadankan bagi membolehkan ia meningkatkan kecekapan operasi organisasi tersebut, seterusnya menggalakkan ujian klinikal untuk dijalankan di Malaysia.

Projek Permulaan

LAPORAN TAHUNAN ETP 2011

204

Page 6: Penjagaan Kesihatan - etp.pemandu.gov.myetp.pemandu.gov.my/annualreport2011/upload/BM_NKEA_Healthcare.pdf · teknologi perubatan, ... telah menyampaikan prestasi yang kukuh berbanding

Meneroka dan Mengejar Peluang Eksport GenerikEPP 3

SR Tramadol 100mg

Metformin Winthrop 850mg MR

Dalam tempoh 10 tahun akan datang, paten untuk ubat-ubatan yang paling laris di dunia yang mempunyai nilai jualan tahunan kira-kira RM435 bilion akan berakhir. Sebaik sahaja ubat-ubatan utama kehilangan perlindungan paten mereka, syarikat-syarikat farmaseutikal tempatan berpeluang untuk meraih faedah daripada pengurangan kos yang besar.

Memandangkan industri farmaseutikal merupakan sebuah industri strategik utama, Kementerian Kesihatan kekal menjadi pemacu kritikal di dalam menyokong usaha sektor swasta untuk menjana perniagaan dalam bidang pengeluaran farmaseutikal, terutamanya di negara-negara OIC. Seiring dengan itu, sektor swasta juga perlu meningkatkan penglibatan mereka dengan merasionalisasi kapasiti yang sedia ada, dan meningkatkan pelaburan bagi pengembangan atau operasi baru.

Pencapaian Pada 4 Julai 2011, Majlis Ekonomi telah bersetuju supaya Perjanjian Off-Take Farmaseutikal Perolehan Kerajaan untuk produk Farmaseutikal Buatan Kilang Tempatan yang baru ditubuhkan. Skim ini membolehkan Kerajaan mendapatkan produk buatan tempatan yang baru dari pengilang yang berkelayakan bagi tempoh masa yang ditetapkan. Pengilang dikehendaki mendaftar produk mereka di negara lain sebelum kontrak pembekalan dilanjutkan lagi bagi satu lagi tempoh masa tambahan. Ini merupakan insentif yang sangat penting bagi pengilang famaseutikal yang sedia ada dan baru untuk berkembang serta menghasilkan produk baru buatan tempatan.

Pada 12 Oktober 2011, Kementerian Kesihatan mengumumkan pemendekan tempoh khidmat wajib untuk pegawai farmasi daripada tiga kepada satu tahun, dengan pilihan untuk melanjutkan perkhidmatan bagi tahun tambahan. Langkah ini dijangka akan mengatasi masalah kekurangan pegawai farmasi di sektor swasta.

Perdana Menteri juga mengumumkan dua inisiatif sektor swasta pada tahun 2011:

Projek Hovid Objective Pharmaceutical Excellence (HOPE)Pada 2 November 2010, syarikat Hovid dan Winthrop Pharmaceuticals (M)

Sdn Bhd, anak syarikat Sanofi Aventis Group, telah memeterai perjanjian untuk membangunkan ubat-ubatan generik. Dengan projek dianggarkan bernilai RM5 juta pada tempoh tiga tahun pertama, kerjasama ini merangkumi pembangunan bersama dosier serta mengilang dan membekal ubat-ubatan farmaseutikal. Fasa pertama perjanjian ini memberi tumpuan kepada bekalan Metformin 850mg MR untuk rawatan diabetes dan juga ubat penghilang kesakitan SR Tramadol 100mg.

Pada bulan November 2011, Winthrop Pharmaceuticals melanjutkan perjanjian dengan Hovid untuk mengeluarkan empat lagi ubat generik yang baru dalam bidang alahan, penyakit gastrousus, epilepsi, sakit neuropathic dan diabetes.

Terdapat banyak peluang untuk syarikat farmaseutikal tempatan mendapat faedah daripada penamatan tempoh paten

Gambar diperolehi daripada businesswireindia

Fasiliti Biocon di BioXcell, IskandarPada 13 Jun 2011, syarikat farmaseutikal gergasi India iaitu Biocon Limited mengumumkan pelaburan sebanyak RM500 juta untuk penubuhan kilang yang moden di BioXcell, Iskandar. Kilang Biocon yang pertama di luar India ini akan memberi tumpuan utama kepada pembangunan dan pembuatan produk biofarmaseutikal, termasuk protein rekombinan, insulin manusia serta analog, serta lain-lain produk ubat steril dan peranti penghantar mereka. Kemudahan itu dijangka akan beroperasi sepenuhnya menjelang 2014.

Langkah Seterusnya Pada tahun 2012, tumpuan akan diberikan untuk mengkaji dan menangani isu-isu yang berkaitan dengan dasar dan undang-undang paten farmaseutikal di Malaysia.

KKM akan meneruskan usaha untuk mengoptimumkan penggunaan kemudahan biokesetaraan tempatan. Usaha yang dijalankan termasuklah menaiktaraf kemudahan dan memperkenalkan insentif di dalam menggalakkan pengeluar tempatan untuk menggunakan kemudahan biokesetaraan tempatan.

205

NKEA: Penjagaan Kesihatan EPP 1 – EPP 3

Page 7: Penjagaan Kesihatan - etp.pemandu.gov.myetp.pemandu.gov.my/annualreport2011/upload/BM_NKEA_Healthcare.pdf · teknologi perubatan, ... telah menyampaikan prestasi yang kukuh berbanding

Mencergaskan Semula Pelancongan Kesihatan Melalui Layanan Pelanggan yang Lebih Baik, Kerjasama yang Proaktif dan Kebitaraan

EPP 4

Gambaran artis Pusat Perubatan Sime Darby,

Desa Parkcity

Gambaran artis Hospital Pakar Antarabangsa Dato’ Onn

Pusat Perubatan Sime Darby, Ara Damansara

Pusat Perubatan Sime Darby, Ara DamansaraSebaik sahaja siap pada Januari 2012, pusat perubatan swasta baru yang terletak di sepanjang Jalan Lapangan Terbang Subang tersebut, akan menyumbang kepada pertumbuhan Malaysia sebagai satu destinasi pelancongan perubatan bertaraf antarabangsa melalui tiga Pusat Kecemerlangan dan Kepakaran: Pusat Otak, Pusat Jantung dan Pusat Tulang Belakang & Sendi.

Pusat Perubatan Sime Darby, Desa ParkcityHospital baru ini merupakan pusat kecemerlangan yang khusus untuk penjagaan kesihatan yang komprehensif bagi wanita dan kanak-kanak dengan tumpuan pada perubatan kanser payudara, perkembangan kanak-kanak dan rawatan kronik. Kemudahan yang dilengkapi dengan 250 katil ini akan siap dibina pada 2013.

EPP Pelancongan Kesihatan bertujuan untuk membezakan Malaysia berbanding negara-negara saingan yang lain dengan meluaskan asas pelanggannya dan meningkatkan margin rawatan pesakit luar. Walaupun pasaran masih kecil di Malaysia, terdapat peluang yang luas untuk menempatkan semula industri Pelancongan Kesihatan tempatan sebagai peneraju dalam bidang-bidang khusus, serta memacu peralihan kita ke arah perkhidmatan berkualiti tinggi dan pengalaman kesihatan bernilai tinggi.

Sebagai penggerak EPP ini, Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) telah memberi tumpuan dalam membangunkan kempen pemasaran berkesan yang merangkumi aktiviti promosi dan pemasaran, pembangunan perniagaan, peningkatan kapasiti dan pemudahcaraan eko-sistem. Selain daripada itu, KKM dan Kementerian Pelancongan telah berusaha untuk bersama-sama membangunkan infrastruktur yang lebih baik dan meningkatkan hubungan strategik dua hala.

Pencapaian Bagi mengatasi masalah kekurangan pakar-pakar perubatan, mulai Mac 2011, isteri atau suami pakar perubatan asing yang bertugas di Malaysia akan diberikan pas pekerjaan sementara secara automatik.

Pada bulan Oktober 2011, MHTC telah dikorporatkan di bawah Seksyen 24 Akta Syarikat 1965.

Pada bulan November 2011 pula, garis panduan pengiklanan telah dikaji semula dan hospital swasta kini dibenarkan untuk menerbitkan testimonial pesakit dalam risalah pemasaran mereka.

Hasil daripada usaha-usaha untuk membangunkan sektor ini telah meningkatkan pelaburan sektor swasta telah meningkat. Pada tahun yang lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan komitmen daripada Sime Darby Healthcare dan Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) untuk membina hospital-hospital baru yang akan memenuhi peningkatan dalam permintaan penduduk tempatan serta pelancong kesihatan.

Hospital-Hospital KPJDalam tempoh tiga tahun akan datang, KPJ Healthcare, sebuah syarikat penjagaan kesihatan terkemuka di Malaysia akan membangunkan lima buah hospital dengan jumlah 822 katil.

Lima hospital tersebut adalah:

Hospital Pakar Antarabangsa •Dato’ Onn, Iskandar Malaysia, Johor

Hospital Pakar Pasir Gudang, Johor•Pusat Perubatan Sabah, Kota Kinabalu, •Sabah

Hospital Pakar Bandar Baru Klang, •Klang, Selangor

Hospital Pakar Pahang, Kuantan, •Pahang

Langkah Seterusnya MHTC bersama-sama dengan agensi-agensi lain seperti Kementerian Kewangan dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia sedang merangka draf insentif cukai bagi kemudahan penjagaan kesihatan tempatan yang berdaftar di bawah MHTC sebagai kemudahan bagi mempromosikan Pelancongan Kesihatan. Insentif yang dijangka akan diwartakan pada awal 2012 diharapkan akan menggalakkan pengusaha tempatan untuk memperluaskan dan mempertingkatkan kemudahan mereka untuk menarik pelancong kesihatan.

Selain itu, MHTC juga akan membangunkan dan menjalankan program-program pemasaran yang intensif dan terselaras di pasaran sedia ada dan baru.

LAPORAN TAHUNAN ETP 2011

206

Page 8: Penjagaan Kesihatan - etp.pemandu.gov.myetp.pemandu.gov.my/annualreport2011/upload/BM_NKEA_Healthcare.pdf · teknologi perubatan, ... telah menyampaikan prestasi yang kukuh berbanding

Mewujudkan Neksus Perkhidmatan Diagnostik untuk Mencapai Skala dalam Tele-perubatan bagi Menawarkan Penyumberluaran Kepada Pasaran Antarabangsa

EPP 5

Radiologi masa depan yang dipertingkatkan dengan menggunakan Neksus Perkhidmatan Diagnostik

DSNMengatasi halangan dalam penjagaan berkualiti

Kerjasama MNC + Hospital Swasta

Sokongan Infrastruktur

Infrastruktur IT Peraturan Kementerian Kesihatan

Pakar radiologi berkualiti

Kerjasama di antara swasta & kerajaan

Hospital-hospital

Pakar radiologi swasta

Pakar radiologi swasta

Pakar radiologi kerajaan

Pakar radiologi dalaman DSN

Filem sinar-X yang belum dibacaLaporan lengkap

Rakamanimej

Imej radio

Rajah 12.4

Neksus Perkhidmatan Diagnostik (DSN) bertujuan untuk meraih peluang penyumberluaran diagnostik antarabangsa melalui tele-perubatan dan membangunkannya berasaskan kekuatan Malaysia sebagai penggerak awal dalam statut dan peraturan tele-perubatan.

DSN dilaksanakan dengan hasrat agar kecekapan dapat dipertingkatkan dalam perkhidmatan diagnostik domestik yang sedia ada melalui perkongsian awam-swasta. Hospital-hospital awam telah menghadapi cabaran untuk menampung permintaan yang semakin meningkat di perkhidmatan radiologi diagnostik. DSN akan menyelaras dan mengagihkan beban kerja yang semakin meningkat melalui sumber sedia ada yang terdapat di dalam kedua-dua sektor awam dan swasta.

Pencapaian EPP DSN telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada bulan Mac 2011 dan diterajui oleh syarikat General Electric (GE) Healthcare. Menjelang Jun 2011, sebuah entiti baru, DSN Sdn Bhd telah ditubuhkan untuk memudahcara kesemua fasa pelaksanaan EPP.

Fasa ‘ujian’ awal projek ini mula dijalankan pada September 2011 di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang. Infrastruktur dan kesalinghubungan antara kedua-dua hospital ini telah dipasang pada September 2011. DSN juga telah memulakan sesi latihan bagi kakitangan hospital, dan seterusnya berjaya melaksanakan tempoh percubaan penghantaran imej dan laporan.

Langkah Seterusnya Fasa kedua EPP dijangka bermula pada tahun 2012. Ia melibatkan pelancaran teknologi DSN di dalam penyediaan perkhidmatan kepada kemudahan penjagaan kesihatan swasta dan banyak lagi hospital awam di samping mengejar matlamat utama untuk menjadi pengeksport perkhidmatan teleradiologi kepada negara-negara lain.

Seterusnya, DSN akan memberi tumpuan kepada pembinaan kapasiti dan penjenamaan perkhidmatan dengan menghubungkan pakar-pakar radiologi di seluruh negara, sekaligus mewujudkan jumlah kepakaran yang signifikan untuk membolehkan peningkatan perkhidmatan kepada pembekal penjagaan kesihatan swasta. Bahkan, lebih banyak kemudahan DSN akan disediakan di beberapa hospital awam dan swasta pada tahun 2012. Pada masa yang sama, DSN juga akan mencari sumber-sumber perkhidmatan dari negara-negara lain.

207

NKEA: Penjagaan Kesihatan EPP 4 – EPP 5

Page 9: Penjagaan Kesihatan - etp.pemandu.gov.myetp.pemandu.gov.my/annualreport2011/upload/BM_NKEA_Healthcare.pdf · teknologi perubatan, ... telah menyampaikan prestasi yang kukuh berbanding

Membangunkan Metropolis Kesihatan: Sebuah Kampus Penjagaan Kesihatan dan Bio-sains Bertaraf Dunia

Gambaran artis bagi Metropolis Kesihatan UM

Metropolis Kesihatan Universiti Malaya (UM) akan menjadi kampus bertaraf dunia untuk penjagaan kesihatan dan bio-sains yang akan mempunyai kesan yang besar sebagai pemangkin kepada peruntukan pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan di Malaysia, dengan kesan limpahan yang akan memanfaatkan seluruh rantau ini.

Metropolis Kesihatan dijangka akan beroperasi sepenuhnya menjelang awal 2016 dan berpotensi untuk menyumbang RM986 juta PNK pada tahun 2020. Pada masa yang sama, ia juga mampu mewujudkan kira-kira 10,400 peluang pekerjaan baru menjelang 2020.

Pencapaian Pada 11 Januari 2011, syarikat UM Holdings Sdn Bhd telah dikenalpasti sebagai pemilik utama untuk menerajui pembangunan Metropolis Kesihatan UM sebagai hab perubatan Malaysia yang utama.

Langkah Seterusnya Kerja-kerja pembinaan untuk Metropolis Kesihatan UM dijangka bermula awal tahun hadapan. Menjelang akhir tahun 2012, kerja-kerja pecah tanah sepatutnya sudah disiapkan supaya kemudahan tersebut sedia beroperasi pada awal tahun 2016.

EPP 6

LAPORAN TAHUNAN ETP 2011

208

Page 10: Penjagaan Kesihatan - etp.pemandu.gov.myetp.pemandu.gov.my/annualreport2011/upload/BM_NKEA_Healthcare.pdf · teknologi perubatan, ... telah menyampaikan prestasi yang kukuh berbanding

Peluang Perniagaan

Terdapat sebanyak 120 perusahaan kecil dan sederhana yang terlibat dalam industri peranti perubatan di Malaysia. Kebanyakan syarikat-syarikat ini sedang berada di peringkat awal kitaran hayat syarikat dan memberi tumpuan dalam pembangunan produk sahaja. Bagi pengeluar tempatan yang lebih besar, kebanyakan syarikat terlibat dalam pembuatan produk perubatan berasaskan getah seperti sarung tangan dan kontraseptif.

Hanya terdapat lima daripada 25 peralatan perubatan pada tangga teratas syarikat global yang mempunyai kilang di Malaysia iaitu St Jude Medical, B. Braun, Fresenius, 3M dan di Mediquip (Covidien).

Rajah 12.6 menandakan dua kelompok utama peranti perubatan di Malaysia.

Kajian tersebut mendapati kira-kira 70 peratus daripada pengilang peranti perubatan dan industri sokongan terletak di Selangor/Kuala Lumpur atau Pulau Pinang. Daripada sepuluh pengilang peranti perubatan tempatan, sembilan daripadanya terletak di kedua-dua kawasan tersebut.

Daripada fakta tersebut, dua kesimpulan dapat dibuat: Malaysia mempunyai bilangan peneraju peranti perubatan tempatan yang kecil berbanding bidang pengeluaran sarung tangan getah dan kawasan-kawasan seperti Selangor/Kuala Lumpur dan Pulau Pinang merupakan kawasan pilihan industri tersebut.

Kajian tersebut disusuli oleh Makmal NKEA Peranti Perubatan yang dijalankan selama empat minggu pada bulan Julai untuk membincangkan dan membangunkan Peluang Perniagaan Pembuatan Teknologi Perubatan, atau, Peranti Perubatan. 60 peserta yang mewakili 40 organisasi awam dan swasta telah mengambil bahagian di dalam makmal tersebut yang berjaya mewujudkan tujuh EPP baru.

Makmal tersebut juga telah mengenal pasti tiga bidang industri perubatan untuk peranti Malaysia seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 12.7

Rajah 12.7

Industri Peranti Perubatan Malaysia

0

0.5

1

1.5

2

Peranti dan Alat Bantuan Klinikal

Peralatan PerubatanBarang-barang Kepenggunaan

RM1.74 bil

RM648 juta

RM1.67 bil

Segmen termasuk kateter, penjagaan luka dan lain-lain

peranti pakai buang

Segmen termasuk peranti untuk implan khas ortopedik, oftalmik

dan kardiovaskular

Segmen termasuk komponen untuk X-ray

dan CT scanner, dan perabot hospital.

Jualan 2010 (RM bil)

Peluang Perniagaan 1 Pembuatan Teknologi Perubatan Pada bulan Jun, PEMANDU telah menjalankan satu kajian garis dasar mengenai Industri Peranti Perubatan di Malaysia. Kajian tersebut mendapati beberapa kesimpulan menarik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 12.5.

Rajah 12.6

Sumber: Pangkalan data pemain peranti perubatan, analisis BCG

Kelompok Peranti Perubatan utama: Selangor/KL dan Pulau Pinang

Negeri182 Pengeluar (120+ industri

sokongan)

20 pengeluar tempatan utama (tidak termasuk MNC)

10 Pengeluar PentingSarung Tangan & Peralatan Pencegahan Kehamilan

10 Pengeluar PentingBarang-barang KepenggunaanPeralatan KlinikalPeralatan Perubatan

1

Perlis 1 MNC

Kedah10 (7)

3 MNC

Selangordan KL

100 (47)

Johor11 (33)

1 MNC

N. Sembilan1 MNC

11(2)

Sarawak (1)

Sabah(1)

Malacca1 MNC

4(1)

Penang29 (34)

UWC HoldingAlliance Rubber

9 MNC

Perak14 (15)Latexx

3 MNC

2 KelantanAin Medicare

1 MNC

MeditamaFutumedsMedidataTree Med

UMMIChemopharmHealthtronics

LKL6 MNC

Top GlovesYTY Industry

Supermax GloveMaxter

WRP Asia Paci�cHartalega

Perusahaan AsasKossan

# Syarikat pengeluaran di Malaysia (Jumlah: 182)

MNCs

Syarikat-syarikat tempatan yang besar

(>150 pekerja, >RM25 juta)

Syarikat-syarikat tempatan sederhana

(50-150 pekerja, RM10-25 juta)

Kecil dan berlainan mikro(<50 pekerja, <RM10 juta)

26

47

32

77

• 1 Peneraju berasas luas• 25 pemfokusan barangan

• Kategori persendirian• Kebanyakannya pembuat sarung tangan

• Innovator tahap permulaan• Percampuran lebaran}

Industri Peranti Perubatan dibina di atas SME yang meluas

Rajah 12.5

Nota: Klasifikasi mengikut definisi syarikat kecil, sederhana dan besar MalaysiaSumber: Pangkalan data pemain peranti perubatan, analisis BCG

209

NKEA: Penjagaan Kesihatan EPP 6 dan Peluang Perniagaan

Page 11: Penjagaan Kesihatan - etp.pemandu.gov.myetp.pemandu.gov.my/annualreport2011/upload/BM_NKEA_Healthcare.pdf · teknologi perubatan, ... telah menyampaikan prestasi yang kukuh berbanding

Bagi memangkin pertumbuhan industri peranti perubatan, makmal telah menetapkan strategi serampang tiga mata seperti dibawah:

Meningkatkan penembusan 1. pasaran domestik pemain tempatan melalui pemasaran, pengagihan yang lebih baik, dan pelaksanaan dasar perolehan produk buatan tempatan;

Meningkatkan eksport pada peranti 2. intravena (IVD) untuk penyakit yang diabaikan, Peranti Perubatan Pakai Buang (SUD), ortopedik dan peralatan perubatan;

Ke arah rantaian nilai lebih tinggi 3. dengan tumpuan kepada reka bentuk produk dan menawarkan kepelbagaian keupayaan pembuatan, serta memupuk keupayaan inovasi produk dalam kategori khusus melalui kerjasama dengan institusi penyelidikan.

Pencapaian Pada 29 September 2011, Menteri Kesihatan, Y.B. Dato’ Sri Liow Tiong Lai telah mengumumkan tujuh EPP baru yang mewakili Industri Peranti Perubatan. EPP baru tersebut dijangka akan menyumbang sebanyak RM 11.4 bilion kepada PNK menjelang tahun 2020 dan mewujudkan 86,000 peluang pekerjaan baru. Penerangan ringkas tentang setiap EPP adalah seperti berikut:

EPP 7: Mempertingkatkan Industri IVD di Malaysia

Malaysia berharap untuk meneroka industri peranti intravena (IVD) global yang bernilai RM1.4 bilion dengan mewujudkan sebuah hab IVD. Hab ini akan bertumpu kepada pembuatan IVD untuk rawatan penyakit-penyakit berjangkit seperti batuk kering, malaria, denggi, dan taun. Bagi menjayakannya, industri ini ditingkatkan dalam tiga fasa:

Fasa 1: Inovasi pasaran bagi teknologi sedia ada melalui keluaran sampingan (spin-offs), perlesenan dan usahasama.

Fasa 2: Meningkatkan rantaian nilai dengan menaiktaraf dan mewujudkan perkhidmatan sokongan dan kemudahan makmal yang dikongsi bersama.

Fasa 3: Menggalakkan R&D yang berinovatif, disamping mewujudkan kerjasama pelesenan dengan syarikat-syarikat multinasional dan mewujudkan perkongsian global dengan badan-badan antarabangsa.

EPP 8: Mewujudkan Produk Teras SUD Generasi Baru

EPP ini bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai pembekal pilihan bagi kontrak pembuatan peranti perubatan pakai-buang (SUD) yang berkualiti tinggi. Tumpuan akan diberikan pada peranti keselamatan, termasuk kateter, produk penjagaan luka dan penggunaan komponen pakai-buang untuk perkakasan. Aktiviti dalam tempoh EPP ini dijangka akan menjana hasil (revenue) RM2.3 bilion pada 2020.

EPP 9: Membangunkan Hab untuk Pembuatan Kontrak Peranti Perubatan Bernilai Tinggi

Malaysia merupakan hab yang ideal untuk pengeluaran global peralatan peranti perubatan asal (OEM), disebabkan adanya sokongan asas industri yang kukuh dalam sektor elektronik dan elektrik, jentera dan kejuruteraan, pembuatan plastik dan pembungkusan, serta ujian dan pensterilan. Salah satu daripada matlamat utama EPP ini adalah untuk membangunkan hab pembuatan kontrak perubatan alat ortopedik di wilayah utara. Menjelang 2020, EPP ini diharapkan akan dapat mencecah RM5.1 bilion dalam perolehan hasil.

EPP 10: Mewujudkan Peneraju Peranti Klinikal Tempatan

Memandangkan terdapat banyak peluang yang terdapat di industri Peranti Perubatan global, Kerajaan berhasrat untuk terus menggalakkan usahawan tempatan meluaskan jangkauan mereka ke Asia Tenggara dan negara-negara lain.

Untuk menjayakan hasrat ini, usahawan Malaysia juga perlu mula menunjukkan kehadiran domestik yang kukuh di samping mengadakan perkongsian dari segi pembuatan dan pengagihan produk di negara-negara jiran. Pada masa yang sama, mereka juga perlu membuat pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan yang bernilai tinggi serta berinovatif dan juga dalam pembangunan produk. Terdapat juga peningkatan aktiviti untuk membangunkan dan/ atau menubuhkan pusat kecemerlangan dalam bidang perubatan seperti ortopedik.

EPP 11: Penyelarasan Rantaian Bekalan Peralatan Perubatan Dalam menyedari peluang untuk Malaysia menjadi pengeluaran peranti perubatan yang lengkap untuk syarikat-syarikat multinasional, KKM akan memudah-cara perkongsian antara syarikat global dengan syarikat penyelaras rantaian bekalan tempatanyang mengintegrasikan seluruh rantaian nilai bagi menyediakan perkhidmatan industri hujung-ke-hujung.

Melalui usaha-usaha dalam tempoh EPP ini, eksport peralatan perubatan Malaysia dijangka berkembang sebanyak 15 peratus setahun, sehingga mampu mencecah RM2.3 bilion pada tahun 2020.

Rajah 12.8

1 Anggaran daripada keuntungan

7 EPP untuk meneraju pertumbuhan industri melebihi RM11.4 bilion PNK menjelang tahun 2020

EPP 7:IVD dalam

penyakit yangterabai

EPP 8:Peranti Perubatan

Pakai Buanggenerasi baru

EPP 9:Kontrak

dengan juarapengeluar

EPP 10:Juara

OrtopedikMalaysia

EPP 11:KonduktorRantaianPembekal

EPP 12:Membaik

Pulih Peralatan

EPP 13:PerabotHospital

RM4.7 bilion

EPPLimpahan daripada

para pemain lainPertumbuhan organik

yang dipercepatkanRM1.9 bilionRM4.8 bilion

2020RM11.4 bilion

2010RM1.5 bilion1

LAPORAN TAHUNAN ETP 2011

210

Page 12: Penjagaan Kesihatan - etp.pemandu.gov.myetp.pemandu.gov.my/annualreport2011/upload/BM_NKEA_Healthcare.pdf · teknologi perubatan, ... telah menyampaikan prestasi yang kukuh berbanding

“ePP Peranti Perubatan yang

baru akan menyumbang kepada

PNK sebanyak RM11.4 bilion

menjelang tahun 2020 dan

membuka sebanyak 86,000

peluang pekerjaan baru ”

Sasaran 2020

Impak PNK Tambahan RM35.3 bilion

Pekerjaan Tambahan 181,000

Sasaran Kritikal untuk tahun 2012

Peluasan Skim Insurans Kesihatan Pekerja Asing kepada pekerja asing di Sabah dan Sarawak.•Perbadanan Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM)•Insentif untuk menggalakkan penubuhan pusat biokesetaraan •Pelaksanaan Perjanjian • Off-Take Produk Farmaseutikal

Pindaan kepada Akta Paten•Peningkatan bilangan hospital dan pusat-pusat ambulatori•Peluasan Perkhidmatan Nexus Diagnostik (DSN) kepada hospital awam dan swasta•Pemulaan kerja pecah tanah untuk pembinaan Metropolis Kesihatan UM•Penubuhan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan pada Mei 2012•Penguatkuasaan Akta Peranti Perubatan pada Oktober 2012•Penukaran Peluang Perniagaan bagi Kesejahteraan Warga Emas kepada EPP•

Ringkasan NKEA Penjagaan Kesihatan

Epp 12: Hab Membaik Pulih Peralatan Perubatan

EPP ini bertujuan untuk menarik syarikat-syarikat global untuk menubuhkan kemudahan membaik pulih peralatan perubatan yang canggih, termasuk pengimbas CT, pengimbas MRI dan peralatan pengimejan molekular.

Untuk menjadi hab membaik pulih peralatan perubatan serantau, dua perkara perlu dilakukan:

Menarik syarikat multinasional untuk menubuhkan 1. kemudahan membaik pulih mereka di Malaysia

Mengembangkan perniagaan membaik pulih untuk 2. pembekal perkhidmatan tempatan.

Menjelang 2020, sektor membaik pulih peralatan perubatan dianggarkan mampu menjana hasil (revenue) sehingga RM840 juta.

EPP 13: Membangun Kelompok Perkakasan Perubatan dan Perabot Perubatan

Syarikat-syarikat Malaysia sudah mengekspot perabot perubatan kepada lebih 40 buah negara di seluruh dunia. Untuk meningkatkan skalanya, Malaysia akan mensasar untuk menjadi pembekal perabot perubatan dengan harga yang mampu bersaing dan berkualiti kepada negara-negara maju. Produk-produk perabot buatan Malaysia harus menawarkan fungsi-fungsi setanding dengan jenama global, tetapi pada harga yang jauh lebih rendah dan perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang. Hasil daripada ini sahaja EPP dijangka akan mencecah RM1.2 bilion pada tahun 2020.

Langkah Seterusnya Pengwujudan pihak Berkuasa Peranti Perubatan dan pelaksanaan Akta Peranti Perubatan akan menangani isu produk yang berkualiti rendah di pasaran. Pihak Berkuasa Alat Perubatan dijangka akan beroperasi sepenuhnya menjelang Mei 2012, manakala penguatkuasaan akta tersebut akan bermula pada bulan Oktober 2012.

Peluang Perniagaan 2 Kesejahteraan Warga Emas NKEA Penjagaan Kesihatan telah mengenal pasti peluang-peluang dalam memenuhi keperluan penjagaan pesakit dan penjagaan berasaskan komuniti untuk warga emas yang semakin meningkat. Peluang Perniagaan ini akan sebaik-baiknya menghasilkan ekosistem yang menawarkan peruntukan jangka pendek dan penjagaan holistik jangka panjang untuk warga-warga emas. Makmal NKEA Penjagaan Kesihatan, menjangka Peluang Perniagaan ini mampu menyumbang lebih daripada 11,000 peluang pekerjaan baru dan RM1 bilion PNK pada tahun 2020.

Seperti juga pembangunan Peluang Perniagaan Pembuatan Teknologi Perubatan, usaha untuk membangunkan lagi Peluang Perniagaan ini kepada EPP yang boleh dilaksanakan akan dijalankan melalui pendekatan Makmal NKEA.

211

NKEA: Penjagaan Kesihatan Peluang Perniagaan