15
ISL MINGGU 13 PENJAGAAN KESIHATAN KANAK – KANAK ( MASALAH LAIN YANG MENGGANGGU KESIHATAN KANAK – KANAK ) KUMPULAN 5 JUHAIDAH NURULASHIKIN MAIZATULNADIAH NORNADIA SHAHIRA

penjagaan kesihatan

  • Upload
    rtamyiz

  • View
    57

  • Download
    12

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: penjagaan kesihatan

ISL MINGGU 13

PENJAGAAN KESIHATAN KANAK – KANAK

( MASALAH LAIN YANG MENGGANGGU KESIHATAN KANAK – KANAK )

KUMPULAN 5JUHAIDAH

NURULASHIKINMAIZATULNADIAH

NORNADIA SHAHIRA

Page 2: penjagaan kesihatan

PENYAKIT 1

Cacing Jarum / Cacing Benang

Cacing jarum atau cacing benang ialah sejenis cacing yang sangat halus berukuran lebih kurang setengah inci panjang dan tinggal didalam usus. Cacing jarum betina keluar dari dubur pada waktu malam dan bertelur berhampiran dengan kulit dubur.

Page 3: penjagaan kesihatan

Bagaimanakah ia berjangkit ?

• Jangkitan berlaku apabila kanak-kanak menelan telur cacing jarum. Seorang kanak-kanak mendapat telor cacing jarum melalui pakaian tidor, cadar atau persekitaran kediaman kanak-kanak lain yang telah dijangkiti.

• Apabila telah di jangkiti kanak-kanak akan menggaru dikawasan dubur kerana gatal. Telor-telor cacing jarum akan melekat dicelah-celah kuku. Apabila kanak-kanak makan tanpa mencuci tangan dengan sempurna, telur-telur tersebut akan masuk melalui mulut dan menjadi cacing dewasa dan tinggal didalam usus.

Page 4: penjagaan kesihatan

Bagaimanakah anda tahu anak anda dijangkiti cacing jarum ?

• Terdapat cacing didalam najis anak. Telur-telur cacing jarum akan dapat dilihat melalui pemeriksaan dibawah mikroskop dengan cara melekatkan tape cellophane pada kawasan dubur anak dan menanggalkannya semula.

• Telur-telur cacing jarum akan melekat pada tape tersebut.

Page 5: penjagaan kesihatan

Bagaimanakah ia di rawat ?

• 1 dos ubat Albendazole atau Mebendazole diberikan dan di ulang selepas 2 minggu.

• Rawatan ini perlu diberikan untuk semua ahli keluarga.

• Sapukan jelly petroleum di kawasan yang gatal untuk menghilangkan kegatalan. (sekeliling kawasan dubur atau vagina )

• Cadar dan pakaian yang digunakan perlu direbus dan dibasuh dengan bahan pencuci untuk menghapuskan telur-telur cacing jarum.

Page 6: penjagaan kesihatan

Pencegahan

• Mandi dengan kerap • Gunakan cadar, pakaian dalam, pakaian tidur

yang bersih. • Basuh tangan dengan sempurna selepas ke

tandas dan sebelum menyediakan makanan.

Page 7: penjagaan kesihatan

PENYAKIT 2

Karies gigi Karies awal di kalangan kanak-kanak ialahkerosakan gigi susu yang berlaku dalam kadaryang cepat yang disebabkan oleh amalanpenyusuan yang tidak baik dan diburukkan lagioleh tabiat pemakanan yang tertentu. Ia jugadikenali dengan nama karies botol susu.

Page 8: penjagaan kesihatan

Apakah yang menyebabkan kerosakan gigi anak?

Menghisap susu atau minuman manis secara berterusan terutama semasa tidur adalah penyebab utama kerosakan gigi berlaku.Semasa tidur, aktiviti menelan air liur akan berkurangan.

Ia akan menghalang proses pembersihan cecair dalam mulut. Susu atau minuman manis bertakung di dalam mulut dan ia menggalak pembiakan bakteria yang akan menyebabkan kerosakan gigi dan penyakit gusi.

Page 9: penjagaan kesihatan

Bagaimanakah gigi yang rosak dirawat?

Dapatkan pemeriksaan daripada doktor pergigian seawal mungkin untuk mengelak kerosakan gigi yang teruk atau berterusan.

Gigi tersebut mungkin perlu dibersihkan dan ditampal atau menjalani lain-lain rawatan yang diperlukan.

Page 10: penjagaan kesihatan

Apakah yang boleh anda lakukan untuk mencegah kerosakan gigi awal di kalangan kanak-kanak?

Langkah yang perlu diambil :

• Pangku anak anda semasa menyusu botol dan keluarkan botol daripada mulutnya sebaik sahaja dia tidur.

• Sekiranya anak anda enggan tidur tanpa botol di dalam mulutnya, isikan botol dengan air masak kosong.

• Bersihkan mulut anak selepas memberi makan atau minum dengan tuala bersih yang basah. Jadikan kebiasaan untuk memberus gigi nya dua kali sehari apabila lebih banyak gigi tumbuh.

• Elakkan memberi minuman yang manis atau mencampur gula ke dalam minuman botol anak anda.

• Usahakan agar anak anda tidak lagi mengguna botol susu apabila sudah berumur 1 tahun. Latih anak anda minum susu dengan mengguna cawan.

• Bawa anak anda ke klinik seawal mungkin untuk mendapatkan pemeriksaan pergigian.

Page 11: penjagaan kesihatan

PENYAKIT 3

Kutu

• Kutu adalah serangga parasit yang kecil, tanpa kepak yang menghisap darah.

• Serangan kutu rambut adalah biasa. Kanak-kanak berusia 3-10 tahun di prasekolah atau pusat jagaan harian lebih terdedah kepada serangan ini. Ia mudah merebak, terutama di kalangan kanak-kanak sekolah, melalui sentuhan terus dan perkongsian barangan peribadi.

• Kutu rambut akan mati jika terpisah dari kepala manusia selama

lebih dari 2 hari.

Page 12: penjagaan kesihatan

Gejala & Tanda

• Rasa gatal yang keterlaluan.

• Kutu pada kulit kepala dan telur kutu pada pangkal rambut mudah dilihat pada bahagian tengkuk dan pada belakang telinga.

• Ia dilihat sebagai bonjolan kecil berwarna merah pada kulit kepala, leher dan bahu.

Page 13: penjagaan kesihatan

Rawatan• Jika kanak-kanak yang dijangkiti berusia kurang dari 2 tahun, gunakan sikat untuk

mengalihkan kutu dan telur kutu tetapi jangan gunakan ubat kutu.

• Periksa semua ahli keluarga dan rawat mereka jika didapati terdapat kutu atau telur kutu.

• Perapi rambut mungkin menutup atau melindungi kutu rambut, jadi perapi rambut tidak harus digunakan sebelum menyapu ubat pembasmi kutu.

• Gunakan air panas untuk membasuh cadar dan pakaian yang telah digunakan oleh mereka yang dijangkiti kutu rambut sejak 2 hari lepas.

• Semua perkara yang tidak boleh dibasuh seperti permainan yang dibuat dari kain harus diisi dalam beg plastik selama 2 minggu. Beg tersebut hanya boleh dibuka di luar rumah. Pilihan lain yang boleh dibuat ialah dengan melakukan cucian kering.

Page 14: penjagaan kesihatan

• Sikat dan berus perlu dinyahkuman dalam air panas atau alkohol. Rendam selama 5 minit atau lebih di dalam air yang betul-betul panas.

• Lantai dan perabut, terutama sekali sofa dan kawasan yang kerap digunakan oleh kanak-kanak harus dibersihkan dengan pencuci hampagas.

• Beg hampagas harus dibuang serta-merta selepas itu. Jika kutu didapati pada kanak-kanak yang bersekolah, maklumkan pada jururawat sekolah atau guru supaya kutu dapat dihalang daripada merebak.

• Kanak-kanak dinasihatkan supaya jangan berkongsi topi, sikat dan lain-lain barangan peribadi di sekolah.

Page 15: penjagaan kesihatan

Pencegahan

• Ahli keluarga digalakkan supaya selalu memeriksa kanak-kanak secara berkala kerana jangkitan semula boleh berlaku.

• Basuh pakaian, cadar, sikat dan berus untuk mengelakkan jangkitan semula.

• Rawatan pencegahan menggunakan ubat pembasmi kutu adalah tidak digalakkan kerana ia boleh menyebabkan penyakit lain dan kegatalan yang berterusan.

• Pendidikan kesihatan tentang kitaran hidup kutu, kebersihan diri dan perkara-perkara lain amat berguna.