Upload
nik
View
200
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
bm
Citation preview
PENJODOH BILANGAN
Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan.
1 angkatan -untuk sekumpulan manusia atau benda kapal, tentera, pelukis, penulis.
2 baris- untuk kedudukan benda/manusia yang berbaris orang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja.
3 batang- untuk menunjukkan benda-benda yang panjang sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat,
4 bentuk- untuk benda-benda kecil yang berkeluk mata kail, subang, cincin
5 berkas- untuk benda-benda yang diikat bersama-sama kunci, lidi, kayu
6 bidang- untuk benda-benda yang terbentang luas tanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar
7 biji untuk- jenis buah, sayur-sayuran, & benda-benda yg kecil bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur , labu
8 Bilah -untuk benda-benda yang tajam parang, pisau, golok, gunting, sabit, keris
9 buah- untuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentukyang tertentu contoh kereta, negeri, rumah, buku, kotak, radio, bandar,kampung, piano, komputer, kamera
10 buku- untuk benda-benda yang keadaannya berketul/berbongkah sabun, roti, benang
11 butir -untuk benda-benda yang bulat atau kecil telur, batu, manik, beras, peluru
12 carik/cebis- untuk benda-benda yang dikoyakkan kertas, kain
13 cubit- untuk benda yang diambil sedikit dengan jari garam, gula, kunyit
14 cucuk -untuk benda-benda yang dicucuk dengan lidi sate
15 das- untuk bunyi letupan atau tembakan meriam, pistol, senapang
16 deret- untuk benda-benda yang tersusun bangunan, rumah, kedai, kereta
17 ekor -untuk semua jenis binatang nyamuk, semut, kuda, buaya, musang
18 genggam- untuk benda-benda yang digenggam pasir, beras, padi
19 gugus- untuk buah-buah ataupun benda anggur, langsat, kelapa sawit, sawit, kunci
20 gulung -untuk benda-benda yang bergulung filem, permaidani, tikar, dawai, kertas
21 helai- untuk benda-benda yang nipis dan lebar daun, baju, kertas, kain, tuala, rambut, rumput
22 ikat- untuk benda-benda yang diikat kayu, lidi, tebu, sayur, papan
23 iris -untuk benda-benda yang dipotong kecil-kecil bawang, timun, daging, buah-buahan
24 jambak- untuk benda-benda yg bertangkai /berangkai-rangkai bunga, kunci
25 kaki- untuk benda-benda yang bertangkai payung
26 kawan- untuk kumpulan haiwan lembu, kambing, lebah, gajah, merpati
27 kelompok- untuk sekumpulan manusia, haiwan, dan benda burung, awan, pulau, bintang
28 kepal -untuk benda-benda yang dikepal dengan tangan nasi, pulut, tanah
29 keping- untuk benda-benda yang nipis atau pipih roti, papan, kad, gambar, biskut, tanah
30 kerat -untuk bahagian benda-benda yang dipotong roti, tiang31 Ketul -untuk benda-benda yang berketul dan padu ais, daging, tulang, sabun, roti
32 Kotak- untuk benda-benda yang diisikan di dalam kotak mancis, pensel, rokok, sabun, ubat nyamuk
33 kuntum -untuk bunga mawar, melati, anggerik
34 Laras- untuk senjata api pistol, senapang, meriam
35 lembar- benda-benda yang lurus dan panjang kertas, dawai, benang
36 longgok- untuk benda-benda yang berada dalam longgokan durian, pakaian, tanah, cili
37 naskhah -untuk bahan bacaan yang berjilid surat khabar, risalah, majalah, makalah, buku
38 Orang -untuk manusia guru, jururawat, doktor, posmen
39 Papan- untuk benda-benda yang berbentuk kepingan coklat, petai, mercun
40 pasang- untuk benda dan manusia yang berpasangan pakaian, kasut, subang, suami isteri, anak
41 pangsa- untuk bahagian dalam buah durian
42 pasukan -untuk sekumpulan orang yang berpakaian seragam pemain kompang, polis, tentera pengakap
43 patah- untuk kata perkataan, kata-kata
44 potong- untuk benda-benda yang sudah dipotong kuih, daging, roti
45 pucuk- untuk benda-benda yg halus serta tipis dan senjata api jarum, surat,pistol, meriam, senapang
46 puntung -untuk sebahagian benda yang masih menyala rokok, bara, kayu api
47 rangkap- untuk puisi pantun, sajak, syair
48 rawan- untuk benda-benda yang halus, labuh, dan bersirat jala, jaring, pukat
49 ruas -untuk benda yang beruas-ruas tebu, buluh
50 rumpun -untuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapat buluh, tebu, serai, pandan, padi
51 sikat/sisir- untuk buah pisang pisang
52 tandan- untuk buah-buahan yang bertandan pisang, kelapa, pinang, kelapa sawit
ATIHAN PENJODOH BILANGAN(1)
1. Mak Leha memetik se_______ pucuk ubi dan beberapa ______ cili padi di kebunnya.
A ikat … ulas B cekak…biji C jemput…butir D rumpun…genggam
2. Pengakap muda itu mencari beberapa _______ kayu untuk mendirikan khemah. A buah B ketul C batang D kaki
3. PaK Aji melepaskan beberapa ______ tembakan untuk menghalau monyet-monyet itu. A butir B biji C das D gugus
4. Jika dilihat dari jauh, ekor arnab kelihatan seperti ______ kapas. A seketul B segumpul C selonggok D sehelai
5. Aini membelek beberapa _______ majalah lama milik ayahnya. A keping B biji C lembar D naskhah
6. Pihak Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur akan membina lima ______ rumah pangsa untuk penempatan setinggan. A blok B bidang C kumpulan D gugus
7. Shahri membubuh se_______ kayu api dan beberapa ______ daun kering untuk menghidupkan unggun api. A batang…pokok B keping…gugus C puntung…helai D rumpun…longgok
8. Puan Ros membeli lima ______ apam balik dari gerai itu.
A buah B biji C keping D ulas
9. Ayah menjual beberapa ______ kelapa muda kepada pemuda itu. A buah B tangkai C sikat D tandan
10. Pihak polis telah menjumpai dua _______ beg yang mengandungi duit palsu semasa meyerbu rumah pengedar dadah itu. A keeping B buah C helai D potong
11. ______ apabila renjer PERHILITAN sedang menjalankan gerakan pemindahan gajah liar di Taman Negara. A Sepasukan B Segerombolan C Sekawan D Segugus
12. Pekerja itu dimarahi ketuanya kerana membuang _______ rokok yang masih bernyala ke dalam bakul sampah. A sebidang B seruas C sepuntung D segelung
13. Saya hanya makan ______ durian untuk merasainya. A seketul B seulas C sehiris D sebiji
14. Pemburu itu melepaskan ______ tembakan ke arah burung itu. A selaras B sekepal C sedas D sebutir
15. Ayah menghadiahkan _______ bunga kepada emak sempena Hari Ibu. A sekotak B sejambak C sebungkus D sekeping
16. Abang menggunakan ______ tali untuk mengikat buah
rambutan itu. A seutas B sebentuk C sepotong D selingkar
17. Kakak membeli _______ majalah di kedai yang baru dibuka itu. A setimbun B senaskhah C sebuah D sehelai
18. Berpuluh-puluh ______ kelapa digunakan untuk kenduri perkahwinan kakak. A buah B tandan C biji D longgok
19. Beberapa ______ jalan raya terpaksa ditutup sebagai akibat hujan lebat semalam. A batang B baris C kaki D jalur
20. Beberapa orang yang menyertai aktiviti gotong-royong membawa _______ penggali. A sebuah B sebilah C sebatang D sekerat
21. Di atas para-para rumah nenek saya terdapat ______ pisang abu. A setandan B selaras C sebatang D sepucuk
22. _______ jala yang ayah selalu gunakan itu telah koyak. A Seikat B Seutas C Sejambak D Serawan
23. Nenek menampal gebarnya yang koyak itu dengan se ______ kain perca. A kaki B kajang C lembar D cebis
24. Dalam sehari,Nenek Piah dapat menyemat 100 atap rumbia.
A kerat B tandan C kajang D helai
25. Ibu telah menumpangkan 50 nasi lemak dan 30 karipap di warung Pak Ali. A bungkus…buah B bungkus…ketul C berkas…butir D buah…ulas
26. Mak Teh memetik _______ pucuk ubi dan tujuh terung di kebunnya. A sehelai…butir B seikat…butir C sepohon…buah D secekak…biji
27. Mak Nab telah menanam lima ______ pokok cempedak di atas ______ tanahnya. A batang…sekeping B rumpun…sebidang C ulas…serelung D batang…sekaki
28. Penyair itu sedang mendeklamasikan se sajak bertemakan kemanusiaan. A tompok B untai C rumpun D ruas
29. Kakak masih menyimpan se kancing baju yang berwarna keemas-emasan yang dihadiahkan oleh ibunya. A genggam B gemal C rawan D keping
30. Pak Musa memilih beberapa _______ jagung untuk dijadikan benih. A kerat B buah C biji D tongkol
31. Setiap sekolah dibekalkan dua ______ jurnal bahasa dari Jabatan Pelajaran Negeri. A kelompok B jambak C untai D naskhah
32. Tangan kanan petani itu memegah kuku kambing
sementara tangan kirinya memegang se_______ anak benih padi. A bungkus B gugus C genggam D gemal
33. Panglima itu makan se sirih sebelum pergi berjuang menentang musuh. A gulung B cebis C ikat D kapur
34. Abang menghadiahkan kain pelekat kepada ayah. A secebis B sekeping C sehelai D selembar
35. Mazlina sempat makan kek itu sebelum pergi ke sekolah. A seketul B sekeping C secebis D sepotong
36. Encik Amran membeli tiga _______ tikar buluh dan _________ pasu tembikar dari Sarawak. A keping…sebiji B gulung…sebiji C bidang…sebuah D bidang…sebentuk
37. Abang menghadiahi isterinya ______ anting-anting yang bertatahkan dua ______ batu permata. A sebentuk…biji B sepasang…butir C sepasang…buah D seutas…butir
38. daripada buah durian yang dibeli oleh ayah telah busuk. A Sepangsa B Sebiji C Sejambak D Seruas
39. Ibu mengambil garam lalu dilumurkannya pada beberapa ______ daging. A segenggam…biji B sebungkus…tongkol C secubit…ketul D secubit…biji
40. Beberapa _______ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand. A kelompok B biji C tompok D buah
41. ______ kerbau sedang meragut rumput di tepi sawah itu. A Sekawan B Sekumpulan C Sekelompok D Sepasukan
42. Kakak membeli _______ filem dari _______ kedai gambar di bandar. A selembar…sebutir B seurat…sebiji C segelung…sebuah D segulung…sebuah
43. Pekebun itu membawa beberapa _______ pucuk paku dan tiga ________ pisang emas. A ikat…tandan B berkas…sikat C sikat…biji D batang…tandan
44. Emak mengambil beras untuk diberi kepada anak-anak ayam yang dipeliharanya di dalam reban . A segenggam B segelung C selonggok D sesuap
45. Setelah penat bersawah,nenek berehat di pundung sambil makan _______sirih . A sehelai B sekeping C seikat D sekapur
46.Pengawal keselamatan itu memasukkan _______ kunci ke dalam laci mejanya . A sebilah B sepucuk C sejambak D seikat
47. Pegawai-pegawai Perhilitan itu sedang memindahkan dua______ gajah liar yang telah merosakkan tanaman penduduk Kampung Ketak . A ekor B pasukan C angkatan D kelompok
48. Cempaka dan Melur mengutip beberapa cendawan busut yang tumbuh di bawah pokok itu . A pucuk B bilah C kaki D batang
49. wartawan telah menyerbu ke arah tokoh politik itu untuk mendapatkan komen beliau tentang kejadian tersebut . A Sekumpulan B Sepasaukan C Segerombolan D Sekawan 50. Di belakang rumah buruk itu terdapat _______ daun pandan yang hidup dengan subur . A sepohon B seruas C serumpun D sekuntum
51 . Pak Mat memikul dua ______kayu api dengan menggunakan _______pengandar . A ruas…sebatang B berkas…sebatang C bilah…sebuah D potong…sebilah
52. Petani itu membeli dua _______ kawat berduri dan _______ paku untuk memagari kebunnya . A gulung…sebilah B gelung…sekotak C gugus…sebatang D gelung…sebaldi
53. Mitai mengikat beberapa_______ buluh dengan ________ rotan untuk dibuat rakit . A batang…seuntai B bilah…sekeping C batang…seurat D rumpun…seutas
54 . Beberapa ______ gelang emas dan tiga _______ cincin berlian telah dicuri. A tangkai…ketul B keping…biji C urat…bentuk D buah…utas
55. Abang membasuh _______ kasut dan beberapa _______ seluar panjang. A sepasang…helai B sebuah…serumpun C seikat…segugs D sebilah…segulung
56. Emak memberi adik se _______ bisku dan dua _______ nangka. A ketul…buah B keping…ulas C ketul…butir D potong…tongkol
57. Beberapa _______ rumah dan dua ________ kedai musnah dalam kebakaran pada awal pagi tadi. A buah…deret B buah…jalur C keping…baris D deret…jalur
58. Hanya _______ penduduk kampong itu berpeluang melanjutkan pelajaran ke beberapa _______ universiti. A sekelompok…deret B segolongan…baris C segelintir…buah D sekumpulan…butir
59. Di hadapan rumah Ketua Kampung itu ada _______ pokok mangga dan ________ buluh. A sebuah…sejambak B sebatang…serumpun C sebatang…setimbun D setangkai…seruas
60. Pemburu itu ke hutan dengan membawa _______ parang dan ________ tali untuk mencari rotan. A sekerat…selembar B sebilah…seutas C selaras…segulung D sebatang…segelung
61. Nenek menanam empat _______ sayur sawi dan beberapa _______ serai di belakang rumah. A deret…kelompok B pucuk…batang C batas…rumpun D pohon…jambak
62. Di atas para-para itu terdapat beberapa _______ kelapa dan lima ________ langsat. A biji…gugus B tandan…jambak C sikat…untai D sisir…laras
63. Jutawan itu membeli _______ berlian yang mahal untuk dijadikan hantaran perkahwinan. A seulas B sebutir C sebiji D seutas
64. Yusliza makan lima _______ sate dan tiga _______ nasi himpit. A batang…ketul B cucuk…ketul C bungkus…butir D papan…ulas
65. Di belakang rumah Norli ada _______ sungai dan se ________ buluh. A seruas…longgok B sebatang…rumpun C secebis…papan D sebidang…sejambak
66. Harga _______ pisang emas ialah empat puluh sen manakala harga _______ pisang ialah lima ringgit. A setandan…sepohon B sebatang…sebutir C sebatang…secarik D sepucuk…sehelai
67. Ibu hanya memerlukan _______ jarum dan ________ kain untuk menampal kain yang koyak itu. A sepuntung…sepasang B sebilah…sebutir C sebatang…secarik D sepucuk…sehelai
68. Rahim membeli sepuluh _______ nasi lemak dan 30 _______ sate. A tongkol…kerat B bungkus…cucuk C buku…potong D keping…butir
69. Peniaga itu kehilangan _______ kunci dan ________ dompet semasa dai berkelah di pantai Teluk Batik. A sebentuk…selaras B sejambak…sebuah C setangkai…seuntai D segugus…sebidang
70. Nazira mengambil _______ isi ikan terubuk baker yang masih panas itu. A secubit B segenggam C seulas D sepucuk
71. Untuk menambahkan keenakan tomyam itu, Kak Yan
memasukkan dua _______ serai dan beberapa ________ perahan air limau nipis. A butir…ulas B cubit…hiris C batang…titis D kuntum…biji
72. Amira memakai _______ kancing baju yang berwarna keemas-emasan semasa pergi ke majlis itu. A sebentuk B segenggam C sekeping D serawan
73. Semut mengerumuni beberapa _______ nasi yang terdapat di atas meja itu. A butir B titik C longgok D ketul
74. Nenek menyapukan beberapa _______ kapur di atas daun sirih itu lalu menggobeknya. A kepal B carik C calit D colek
75. Encik Yusof membeli beberapa _______ buluh dan lima ______ kelapa di pasar tani untuk membuat lemang.
A batang…butir B ruas…biji C rumpun…ulas D batang…buah
76. Ibu memetik _______ kangkung di tepi paya untuk dimasak gulai lemak. A segenggam B secekak C segugus D sejambak
77. Yani membeli tiga _______ tapai ubi dan dua _______ lemang di pasar malam. A bungkus…potong B buku…ketul C gugus…puntung D biji…rumpun
78. Pak Jasni menggunakan _______ tanah liat untuk dijadikan labu.
A setompok B segumpal C sekepul D segugus
79. Sebelum beredar dari rumah datuk, ayah sempat menjamah _______ pulut dan memakan _______ sirih. A seketul…sekeping B segenggam…sehelai C sepotong…selembar D secubit…sekapur
80. Yanti membeli empat _______ kalung mutiara semasa bercuti di Sabah. A rangkai B biji C untai D rawan
81. Terdapat beberapa _______ batu-bata di hadapan rumah yang sedang dibina itu. A tompok B longgok C gumpal D butir
82. Puan Yati menggunakan beberapa _______ bunga ros untuk menghiasi bilik pengantin itu. A gugus B jambak C kumpulan D berkas
83. Abang memperoleh untung yang besar setelah menjual _______ lembu pawahnya. A sereban B sesangkar C sesarang D sekandang
84. Ibu menggunakan lima _______ sabun untuk membuat gubahan bunga sabun itu. A kaki B potong C blok D buku
85. Petani itu membeli dua _______ kawat berduri dan _______ paku untuk memagari kebunnya. A gulung…sebilah B gelung…sekotak C gugus…batang D gelung…sebaldi
86. Saya makan dua _______ pisang selepas makan tengah hari.
A sikat B tandan C biji D sisir
87. Dua _______ rumah papan musnah dalam kebakaran itu. A batang B deret C bilah D biji
88. Ayah membeli lima _______ nasi lemak. A bungkus B ikat C buah D biji
89. Ibu membeli dua _______ benang untuk menjahit baju. A buah B buku C ketul D gelung
90. Pesalah itu melindungi mukanya dengan se_______ surat khabar. A naskhah B keping C helai D lembar
91. Pak Mat ke kedai untuk membeli se _______ payung dan se _______ jala. A bentuk…rawan B buah…biji C kaki…batang D kaki…rawan
92. Helmi menggunakan se _______ mancis untuk membakar beberapa ________ kertas. A batang…helai B batang…keping C puntung…keping D bilah…naskhah
93. Ayah membawa se_______ pisang dari kebun dan memberikan se _______ pisang itu kepada Pak Ali. A bakul…batang B longgok…sikat C tandan…sisir D tandan…rumpun
94. Jani membawa se _______ bunga dan se_______ biskut semasa menziarahi isterinya di hospital. A rumpun…buah B tangkai…ikat C kuntum…rumpun D jambak…bungkus
95. _______ kertas yang bertulis “selamat tinggal” dijumpai oleh Mary di atas meja tulis. A Secebis B Sehelai C Sepotong D Secarik96. Pegawai belia itu mengakhiri ucapannya dengan _______ madah. A sepatah B serangkap C sebaris D serangkai
97. Beberapa _______ lilin dititiskan di atas _______ lukisan untuk menghasilkan corak batik. A batang…sekeping B titis…sebidang C titik…sehelai D titik…sebidang
98. Ayah mencantas _______ pokok yang menghalang laluan dengan se______ parang panjang. A ranting…batang B ranting…bilah C dahan…pucuk D batang…batang
99. Dalam majlis khatam al-Quran setiap kanak-kanak diberi _______ pulut kuning dan _______ telur. A secubit…sebiji B secekak…sebiji C sekepal…sebutir D sesuap…sebutir
100. Beberapa _______ cendawan yang aneh ditemukan oleh dua orang pencinta alam sekitar. A batang B pohon C kaki D pucuk