41
Pendahuluan Perkataan atau istilah sejarah itu sendiri mempunyai sejarah dan pengertiannya yang tersendiri. Ditinjau daripada sudut epistemology, Kamus Dewan, sejarah bererti sastera lama, asal-usul(keturunan), salasilah, peristiwa yang benar- banar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat tambo; tawarikh. 1 Manakala A. Marwick menyebut sejarah yang bermaksud keseluruhan masa lalu manusia seperti sebenarnya berlaku. R.G. Collingwood mentakrifkan sejarah sebagai suatu penyelidikan peristiwa yang telah berlaku di zaman lepas atau sezaman dengan penulis. Istilah penyelidikan berdasarkan disiplin sejarah ialah penyiasatan secara ilmiah dan berhati-hati terhadap semua sumber utama dan kedua yang diperoleh, diusahakan bukan dengan matlamat membuat buku semata-mata tetapi demi memperkembangkan pengetahuan manusia dalam sesebuah kawasan tertentu. Perkembangan penyelidikan sejarah di Barat bermula dari zaman klasik, zaman pertengahan, zaman kesedaran, zaman romantik dan berakhir dengan zaman moden. 1 Kamus Dewan, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka,1996, m.s 1208.

pensejarahan barat.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Pendahuluan

Perkataan atau istilah sejarah itu sendiri mempunyai sejarah dan pengertiannya yang tersendiri. Ditinjau daripada sudut epistemology, Kamus Dewan, sejarah bererti sastera lama, asal-usul(keturunan), salasilah, peristiwa yang benar-banar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat tambo; tawarikh.[footnoteRef:1] Manakala A. Marwick menyebut sejarah yang bermaksud keseluruhan masa lalu manusia seperti sebenarnya berlaku. R.G. Collingwood mentakrifkan sejarah sebagai suatu penyelidikan peristiwa yang telah berlaku di zaman lepas atau sezaman dengan penulis. Istilah penyelidikan berdasarkan disiplin sejarah ialah penyiasatan secara ilmiah dan berhati-hati terhadap semua sumber utama dan kedua yang diperoleh, diusahakan bukan dengan matlamat membuat buku semata-mata tetapi demi memperkembangkan pengetahuan manusia dalam sesebuah kawasan tertentu. Perkembangan penyelidikan sejarah di Barat bermula dari zaman klasik, zaman pertengahan, zaman kesedaran, zaman romantik dan berakhir dengan zaman moden. [1: Kamus Dewan, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka,1996, m.s 1208.]

ZAMAN KLASIK

Pensejarahan atau historiografi ini telah dikaji dan ditulis oleh sejarawan barat sejak abad ke-5 s.m iaitu pada zaman Yunani dan Rom. Sejarawan moden Hans Meyerhoff cuba menafikan kewujudan historiografi yang dilabelkan sebagai falsafah sejarah pada zaman klasik dan zaman pertengahan, walaupun sejarah mula ditulis oleh tokoh-tokoh falsafah pada abad ke-2 zaman tersebut kerana masyarakat Greek pada masa itu kurang memahami kepentingan sejarah dan kesrdaran yang tidak begitu mendalam tentang sejarah.[footnoteRef:2] Oleh itu sejarah bolehlah dikatakan bermula sejak wujudnya manusia di dunia ini tatpi ianya mula ditulis pada abad ke-2 sebelum masihi. [2: Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah Dan Pensejarahan, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2002, m.s 69.]

Sejarawan pertama dalam bidang penulisan ialah Herodotus yang dilahirkan sekitar tahun 484 425 s.m, di wilayah Halicarnassus, empat tahun selepas berlakunya Perang Salamis di wilayah itu. Herodotus adalah seorang ahli sejarah terkenal di zaman Greek. Beliau diberi gelaran Bapa Sejarah dan Antropologi kerana sumbangannya menulis peristiwa lampau secara kronologi. Beliau telah menulis karya yang bertajuk Histories yang membawa maksud penyelidikan atau penyiasatan terhadap peristiwa-peristiwa lalu.[footnoteRef:3] Herodotus menulis sejarah peperangan Parsi dan Greek dalam sembilan buah buku. Tulisannya bersandarkan fakta dan tidak dimasukkan langsung unsure rekaan. [3: Sivachandralingam Sundara Raja, Tamadun Eropah, Shah Alam; Fajar Bakti Sdn Bhd, 1996, m.s 20.]

Herodotus telah mengumpul banyak maklumat dengan mengembara ke negara-negara luar terutama negira yang terlibat dengan Perang Parsi seperti Babylonia, Mesir, Phonesia, Syria, Libya dan Parsi sendiri. Pengembaraan yang dilakukan olh Herodotus ini adalah untuk menyelidik dan mencari maklumat bertulis serta menemubual saksi-saksi yang terlibat dengan Perang Parsi di samping melihat sendiri tempat-tempat berlakunya pertempuran dengan meninjau kehidupan dan budaya negara-negara terlibat. Namun tarikh yang tepat terntang pengembaraannya tidak dapat dinyatakan dengan jelas tetapi dianggarkan berlaku sekitar beliau berusia lingkungan dua atau tiga puluh tahun.

Beliau turut menulis dan menceritakan hasil penyelidikannya kepada masyarakatnya. Pengaruh unsure sastera yang cukup kuat pada masa itu telh digunakan oleh Herodotus dalam membuat rujukan terutamanya dengan menggunakan karya Homer dalam tajuk Illiad dan Odyssey.[footnoteRef:4] Di samping itu, beliau turut memasukkan unsure ketentuan dalam penulisannya kerana beliau menganggap dewa-dewi atau tuhan berperanan dalam proses pergerakan sejarah. Misalnya, Herodotus mengaitkan peristiwa kematian seratus orang kanak-kanak akibat serangan penyakit sebagai petanda awal yang telah diturunkan oleh tuhan sebelum negeri Chios ditakluk oleh Miletus dan Lesbos. [4: Sivachandralingam Sundara Raja, , Tamadun Eropah, Shah Alam; Fajar Bakti Sdn Bhd, 1996, m.s 20. ]

Motif penulisan Herodotus ialah hanya mengesan punca-punca persengketaan sehingga membawa kepada meletusnya peperangan dan memberitahu penbaca tentang kebenaran kisah yang menimpa negaranya di samping memaparkan kehandalan panglima-panglima perangnya. Karya Herodotus diterima oleh sejarawan sebagai satu karya pensejarahan kerana tujuan penulisannya brteraskan kesedarannya untuk memberitahu rakyat tentang sejarah sebenar Perang Parsi.

Tema tulisannya pula meliputi adat resam yang ganjil di Mesir, binatang ganjil, penduduk yang ganjil di Amerika Utara, sejarah awal orang Barber, Assyria, Parsi serta adat pengebumian raja-raja Seythia. Sumbangan penting Herodotus kepada ahli sejarah moden ialah penegasan betapa pentingnya unsure kajian dalam penulisan. Contohnya, Perang Parsi abad ke-5 s.m ditulis berasaskan sumber-sumber seperti babad, kesan-kesan peninggalan lama dan temuramah dengan saksi-saksi yang masih hidup. Satu-satunya kelemahan Herodotus adalah sikapnya yang terlalu terikat dengan konsep takdir. Misalnya, dia percaya peritiwa yang berlaku dalam Perang Parsi ditakdirkan oleh tuhan dan bukan disebabkan oleh factor lain.

Selain itu, sejarawan yang terkenal selain Herodotus pada zaman klasik juga ialah Thucydides. Thycydides dilahirkan sekitar tahun 456 396 s.m dan merupakan pengikut Herodotus yang menulis karya tentang Perang Peloponesia(Peloponesia War), beliau memuatkan tentang asal-usul perang tersebut, pertempuran dan perundingan damai, kesengsaraan rakyat jelata dan wabak pus yang menimpa Athens sehingga mengakibatkan ramai rakyat Athens meninggal dunia.[footnoteRef:5] Beliau adalah ahli sejarah yan mempelopori penulisan yang bersifat kritis dan saintifik terhadap sejarah dan cuba menolak sejarah yang berbentuk mitos dan lagenda seperti yang ditulis oleh Herodotus. Dia menggunakan system kronologi dalam penyusunan maklumat. Segala ciri ini dapat diperhatikan dalam hasil tulisannya tentang Perang Peloponese. Thucydides berhasrat untuk memaparkan kebenaran sesuatu peristiwa yang telah berlaku itu agar tidak melakukan kesilapan seperti Herodotus. Beliua mengaitkan peristiwa sejarah dengan sebab musabab rasional yang bersifat sekukar dan menolak konsep ketakdiran tuhan. Beliau hanya memilih tema-tema tertentu sahaja dalam penulisan sejarahnya sendiri seiring dengan topik perbincangan sejarah yang ditulisnya. [5: Sivachandralingam Sundara Raja, Tamadun Eropah, Shah Alam; Fajar Bakti Sdn Bhd, 1996, m.s 20.]

Thucydides yang berasal daripada golongan keturunan bangsawan dan merupakan seorang ahli politik yang menulis sejarah Peloponesian War ketika konflik antara Athens dan Sparta berlaku. Thucydides amat menitikberatkan tema peperangan dan perjuangan serta asal-usul pergolakan perang saudara di kalangan orang Yunani sendiri iaitu antara Liga Dellos dan Liga Peloponesia.[footnoteRef:6] [6: Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah Dan Pensejarahan, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2002, m.s 72-73.]

Thucydides mendapatkan maklumat dengan menghubungi rakan-rakan tentera dan pemimpin-pemimpin Athens tentang sesuatu strategi dan taktik peperangan dengan menggunakan kedudukannya. Beliau juga menemubual saksi-saksi termasuk saksi pihak lawan yang terlibat dalam perang bagi mengukuhkan lagi kedudukannya. Thucydides dianggap sebagai pengasas sejarah berbentuk kritis dan saintifik tetapi beliau masih kurang dalam membuat analisis secara mendalam tentang sebab musabab sesuatu peristiwa yang berlaku. Dalam penulisannya, beliau lebih bersikap rasional dan sejarah digunakan oleh beliau untuk membina warganegara yang sempurna. Thucydides mempersembahkan sejarah sebagai panduan untuk menyedarkan warganegara dan untuk pembangunan Negara yang konstruktif.

Herodotus dan Thucydides telah melahirkan ramai pengikut seperti Polybius, Julius Caesar, Xenophon, Gaius Sallustius dan lain-lain lagi yang masih lagi terpengaruh dengan gaya dan cara penulisan kedua-dua sejarawan ini tetapi mereka tidak berminat melihat nilai-nilai pagmatik sejarah sebagai tujuan utama daam sesuatu peristiwa sejarah yang dikajinya.

Persamaan yang jelas diantara Herodotus dan Thucydides ialah mereka telah membawa perubahan yang besar pada kurun ke-5 tetapi pencapaiannya bertentangan dengan aliran pemikiran orang Yunani yang wujud pada ketika itu. Manakala gaya penulisan mereka tidak banyak bezanya. Gaya penulisan Herodotus adalah mudah, spontan dan meyakinkan sedangkan Thucydides adalah kasar dan memualkan mengikut pendapat R.G. Collingwood.[footnoteRef:7] Thucydides bukanlah pengganti Herodotus dalam bidang pemikiran sejarah tetapi beliau hanya mengambil pemikiran sejarah Herodotus dengan tujuan-tujuan yang antisejarah.[footnoteRef:8] [7: R.G. Collingwood, Idea Sejarah, Terjemahan, Mohd yusof Ibrahim, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka, 198520.] [8: R.G. Collingwood, Idea Sejarah, Terjemahan, Mohd Yusof Ibrahim, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1985, m.s 20.]

ZAMAN PERTENGAHAN

Antara faktor kebangkitan pensejarahan Kristian ialah peristiwa Maharaja Constantine yang memeluk agama Kristian pada tahun 313 Masihi.Sebelum tahun 313 Masihi,kedudukan Kristian di Rom tidak terjamin kerana pihak berkuasa yang beragama pagan menjalankan dasar penindasan terhadap para penganut agama Kristian.Ini berlaku kerana tentangan orang Kristian terhadap amalan-amalan pagan.Tetapi apabila Maharaja Constantine memeluk agama Kristian,maka berlakulah perkembangan yang pesat dalam agama ini.Kepercayaan kepada konsep millennium dalam Kristian yang sedia ada,mereka mula bertumpu kepada kegemilangan masa depan yang dijanjikan.[footnoteRef:9] Namun selepas hampir ratusan tahun,zaman gemilang itu tidak juga wujud.Ini mendorong mereka untuk beralih kepada hal ehwal keduniaan dan bermulalah juga kepada sejarah masa lampau.Pada kurun ke 3 & 4 Masihi,berlaku persaingan hebat antara tokoh-tokoh pagan dengan Kristian,masing-masing cuba untuk mencari pengaruh hingga tuduh-menuduh.Untuk membela diri,lalu dikaji sejarah awal Rom dan didapati yang sebelum kedatangan pun Rom pernah diserang.Ini mengalakkan kajian sejarah. [9: Abdul Rahman Hj. Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat dan Timur, Kuala Lumpur ; Utusan Publications & Distributors, 2000, m.s 21]

Pada zaman ini,masyarakat Eropah telah dikongkong oleh gereja yang mendominasi pentadbiran kerajaan berdasarkan agama dan mereka cuba mempertahankan ideologi-ideologi tradisi.Mereka lebih cenderung untuk percaya daripada memeriksa sesuatu perkara yang berlaku.Pada zaman ini,pensejarahan telah mengorak langkah ke hadapan dengan kewujudan beberapa idea tentang penilaian sejarah dan kesedaran tentang realiti sejarah.Sejarawan Kristian awal telah menghubungkaitkan peristiwa masa lalu dengan masa depan berbekalkan kitab Bible sebagai sumber utama bagi pensejarahan[footnoteRef:10].Sejarah dianggap penting oleh sejarawan pada zaman itu memandangkan sejarah satu bidang yang mempunyai kepentingan agama dan rohani.Antara sejarawan yang terkenal ialah St.Augustine.Beliau merupakan seorang paderi terkenal pada Zaman Pertengahan.Beliau telah karya bertajuk City of God sekitar tahun 413-426.Pada tahun tersebut,empayar Rom mula menghadapi keruntuhan akibat ditawan oleh Alaric iaitu raja suku kaum Goth dari Jerman. [10: Ibid , m.s 22]

ST.AUGUSTINE ( 354-430 Masihi )

Beliau dilahirkan di Tagasta,Afrika Utara.Bapanya, Patrius,orang pagan,ibunya,Monica,seorang Kristian yang taat.Namun kedua-duanya tetap mengambil serius dalam soal pelajaran anak mereka.Dari segi sumbangannya,sebenarnya sejarawan kini tidaklah menganggapnya sebagai sejarawan[footnoteRef:11].Ini kerana dia tidak menghasilkan sebarang kajian sejarah seperti Africanus dan Eusibius.Kebanyakkan karyanya ialah dalam bidang teologi dan falsafah.Namun ada juga yang memilihnya kerana sumbangannya dalam persoalan sejarah,khususnya tentang soal agen yang menentukan perjalanan dan kejadian sejarah. Menurut pengakuannya sendiri dalam The Confesions,dia tidaklah bermula sebagai seorang tokoh Kristian.Malah sebaliknya,riwayatnya penuh dengan gelombang perubahan dalam pegangan dan amalan hidupnya.Pada zaman awalnya,dia tidak tertarik kepada falsafah Cicero.Namun,dia juga membaca kitab-kitab suci Kristian,tetapi bosan dengan bacaan tersebut.Selama 10 tahun beliau mempelajari dan menganut fahaman Manichaean yang merupakan gabungan Mazda,Buddha,Kristian dan gnostik.Beliau menyelar golongan yang menyembah banyak tuhan lain termasuk maharajanya. [11: Abdul Rahmah Hj Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Dan Timur, Kuala Lumpur; Utusan Publications Dan Distributors, 2000, m.s 21.]

Kemudian dia meninggalkan Manichaean dan menjadi seorang Skeptis.Beliau tertarik kepada ajaran Plotinus apabila berhijrah ke Rom.Selepas bertemu dengan St.Ambrose,biskop Milan,dia mempelajari Kristian dengan serius.Sebenarnya, St.Augustin tidaklah menulis sebuah karya pun tentang sejarah.Sebaliknya, beliau menulis karya-karya tentang agama Kristian,yang bersumberkan kitab Injil,sedangkan yang lain kurang jelas walaupun ada disebut nama-nama ahli sejarah sebelumnya.Selepas The Confessions, satu-satunya karya St.Augustine yang teragung ialah The City of God[footnoteRef:12].Tujuannya menulis karya tersebut adalah untuk mempertahankan agama Kristian daripada cabaran golongan pagan yang mendakwa kejatuhan Rom berpunca daripada pengetepian pagan dan penerimaan Kristian.Karyanya telah muncul sebagai sebuah karya yang berpengaruh pada zaman ini.Ia bukan sahaja muncul sebagai teologi,bahkan sebagai karya falsafah sejarah dan politik. [12: Abdul Rahman Hj.Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat dan Timur, KualaLumpur : Dewan Bahasa dan Pusataka, 2000, m.s 22.]

Dari segi kandungannya,karya ini mengenai persoalan manusia yang menghadapi 2 jenis kecintaan iaitu cinta kepada Tuhan dan cinta kepada kuasa.Cinta kepada Tuhan digelar sebagai kota Tuhan manakala ci89o67ynta kepada kuasa dikenali kota Dunia.Sebenarnya, kedua-dua kecintaan ini sentiasa berkonflik dalam diri manusia.Ia tidak wujud secara distriktif,malah bercampur baur antara satu sama lain.Karya berbentuk epik Kristian ini telah dapat bertahan sehingga pertengahan abad 17.Daripada karya mereka ini,maka telah dapat dibuktikan bahawa wujud penulisan sejarah pada Zaman Pertengahan.

AFRICANUS ( 180-250 MASIHI )

Beliau dianggap mempelopori penulisan sejarah dengan karyanya,Chronographic. Kandungannya ialah catatan kejadian penting dalam perjuangan Kristian.Dari segi sumber kajiannya,beliau menggunakan pelbagai sumber seperti Greek,Latin,Yahudi dan pagan.Ciri-ciri penulisannya bercorak universal iaitu meliputi semua bangsa dan tempat,konsep periodisasi yakni bermula dari zaman gelap sebelum masihi hingga zaman cerah dan konsep ramalan,iaitu Jesus diramalkan akan datang semula.[footnoteRef:13] [13: Abdul Rahman Hj.Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat dan Timur, Kuala Lumpur ; Utusan Publications & Distributors,2000, m.s 24]

EUSIBIUS ( 262-340 MASIHI )

Eusibius dilahirkan di Palestin dan terdidik dalam keluarga Kristian yang alim dan menjadi bishop di tempat kelahirannya. Penglibatannya dalam sejarah adalah kerana dasar Maharaja Constintine yang menempatkan Kristian secara terhormat.Dari segi kaedahnya,beliau membuat kerjanya dengan cara mengumpul bahan-bahan tertulis dalam bahasa Greek,Latin,Yahudi,Kristian dan pagan.[footnoteRef:14]Oleh itu dia melawat tempat-tempat penting di Asia Barat hingga berjaya mengumpul banyak dokumen,terutama tentang kegiatan gereja.Jenis-jenis karyanya ialah berbentuk babad yang menjelaskan sistem kronologi di kalangan orang Yahudi,Greek,Rom dan Kristian yakni berbeza antara satu sama lain.Ia juga mencatatkan peristiwa penting dalam sejarah kuno seperti Assyria,Mesir dan Greek.Karyanya juga mengenai sejarah gereja yang menggalurkan kejadian penting dalam sejarah awal gereja sejak awal seperti asal usul gereja,struktur organisasi dan sebagainya.Bagi Eusibius, unsure agama adalah penting dan asas dalam perkembangan peristiwa sejarah.Tuhan wujud dalam karya-karyanya sebagai pelakon penting yang menentukan perjalanan sejarah dan memberi kesan kepada nasib manusia. [14: Ibid, m.s 25]

Dalam konteks ketuhanan ini,Eusibius melihat beberapa hal dalam sejarah lebih bersifat divine nature.

CIRI-CIRI PENULISAN KRISTIAN

Menurut Collingwood,terdapat 4 ciri iaitu universal yakni memandang sejarah sebagai meliputi sejagat,bukan dari sudut bangsa,negara dan golongan,providential yakni kejadian sejarah yang disebabkan oleh Tuhan yang mempunyai tujuan tertentu dan rumpun ke arah tujuan ini.Periodisation ialah pembahagian masa kepada zaman yang berasingan yakni tiap-tiap satunya mempunyai kesatuan dan perbezaan tertentu.[footnoteRef:15]Millenium iaitu sejarah akan bergerak maju ke satu kemuncak apabila zaman millennium menamatkan sejarah di dunia ini [15: Abdul Rahman Hj Abdullah , Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat Dan Timur, Kuala Lumpur; Utusan Publications & Distributors, 2002, m.s 19.]

ZAMAN KESEDARAN

Sejarawan moden pada zaman kesedaran bermula pada akhir abad ke- 17 dan awal abad ke 18. Zaman kesedaran atau dikenali juga sebagai zaman Aufklarung. Pada zaman ini sejarawan cuba menghapuskan sejarah berbentuk teologi yang telah ditulis oleh St. Augustine dan membawa era baru dalam bidang pemikiran sejarah di bumi Eropah. Golongan ini menggelarkan diri mereka sebagai golongan Philosophes dan memperkenalkan penulisan sejarah dengan menggunakan pendekatan baru kerana mahu bebas daripada kepercayaan karut seperti yang dicanangkan oleh golongan beragama kristian. [footnoteRef:16] [16: Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah Dan Pensejarahan, Kuala Lumpur; 2002, m.s 76. ]

Tokoh-tokoh falsafah pada zaman ini mengatakan abad ke-18 adalah sebagai era kemajuan selepas menghadapi zaman kegelapan pada zaman pertengahan dan berhasrat menentang golongan yang mempunyai autoriti dalam bidang agama tradisi kerana mengongkong masyarakat daripada terus maju ke hadapan. Sejarawan Carl Becker, menganggap zaman kesedaran merupakan penerus bagi zaman pertengahan dan zaman pembaharuan(Renaissance). Melalui bukunya The Heavenly City of The Fighteenth Century Philosophes yang menghapuskan Bandar Syurga (Heavenly City) yang dibina oleh St. Agustine tetapi membinanya semula dengan menggunakan bahan-bahan terkini. Mengikut beliau, terdapat penerusan pemikiran sejarah apabila golongan Philosophes masih lagi bergantung kepada karya St. Augustine walaupun mereka cuba menghapuskan City of God.

Kenyataan Becker yang terlalu umum dan menyeluruh tanpa mengemukakan bukti-bukti yang cukup lengkap tetapi ditentang oleh Peter Gay. Gay mendakwa zaman kesedaran berbeza dengan zaman sebelumnya dari segi idea dan pemikiran. Golongan Philosophes terlalu yakin dengan penggunaan akal saintifik terutamanya idea Newton sehingga melahirkan fahaman Newtonisme.[footnoteRef:17] Golongan ini cuba bertindak menentang fahaman kristian(pemikiran tradisional ) kerana penggunaan akal saintifik lebih mudah diterima dan dipercayai tetapi masih terdapat penerusan yang masih digunakan antaranya bahasa, budaya, kehidupah harian dan sebagainya. Penulisan sejarah peringkat ini telah berubah berbeza dengan fahaman teologi yang dibentuk oleh St. Augustine. Golongan ini menburuk-burukkan tulisan St. Augustine dengan mengatakan bahawa agama kristian mendatangkan kecelakaan dan golongan paderi merupakan golongan yang menggunakan kuasa mereka untuk menentang masyarakat. [17: Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah Dan Pensejarahan, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2002 m.s 77.]

Akibat timbulnya krisis antara golongan modenis secular(philosophes) dengan golongan tradisional gereja sekitar abad ke-17 di England dan Perancis telah mewujudkan penentangan golongan philosophes. Antaranya ialah Voltaire yang begitu kuat menentang gereja dan pensejarahannya yang berbentuk luar biasa. Beliau cuba memperkenalkan sejarah berbentuk secular yang menggambarkan kehidupan rakyat, sains, kesenian dan politik agar mereka bebas daripada belenggu gereja. Di samping itu, golongan ini juga cuba memperkenalkan konsep hak bagi manusia dan cuba memperbaiki pelbagai konsep pendudukan yang berbentuk rasional bagi faedah generasi seterusnya kerana mahu membebaskan pemikiran manusia daripada kepercayaan karut yang tidak berfaedah.

Menurut R.G. Collingwood, golongan ini tidak memberikan pandangan sejarah yang sebenarnya dan beliau tidak mengiktiraf perubahan besar yang dilakukan oleh Voltaire. Collingwood percaya golongan itu cuba menjejaki kaedah yang telah diperkenalkan oleh Mabillon, Tillemont dan Bollandist.

Golongan Encyclopedie, pada abad ke-18 turut menerima idea kemajuan ini terutamanya Condercet (1743-1794). Beliau adalah pengikut Voltaire yang setia dan menjadi antara pemikir utama pada zaman kesedaran dan merupakan seorang pemimpin yang kuat menentang perlembagaan baru kumpulan Jacobins dan pernah ditahan dan dipenjarakan pada tahun 1794. Beliau percaya pada idea kemajuan dengan melihat sendiri penjajahan, perhambaan, dan ketidakadilan antara satu bangsa dengan bangsa yang lain. Melalui karyanya yang bertajuk Sketch For A Historical Picture of The Progress of The Human Mind (1795), Condercet menbahagikan zaman kepada sepuluh bahagian. Tiga zaman pertama bermula sejak masyarakat primitive, zaman pertanian, dan zaman penciptaan penulisan abjad di Greek. Zaman keempat meliputi sejarah pemikiran Greek dan pembahagian sains kepada pelbagai komponen. Zaman kelima, zaman kebangkitan agama kristian yang membawa kepada kejatuhan sains. Zaman keenam, sains telah jatuh sehingga zaman perang salib. Zaman ketujuh, persediaan minda manusia kepada revolusi dan kelapan membuka era penciptaan percetakan. Zaman kesembilan bermula dengan Descartes dan berakhir sehinnga terbentuknya republik sains di Perancis dan zaman kesepuluh, kehidupan untuk masyarakat yang akan datang.[footnoteRef:18] [18: Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah Dan Pensejarahan, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2002, m.s 80.]

Zaman kesedaran telah memberi pelbagai sumbangan dalam bentuk perkembangan bidang penyelidikan sejarah dan penulisan sejarah pemikiran. Zaman ini telah memperkenalkan pelbagai pendekatan moden dalam penyelidikan sejarah, melalui penulisan sejarah, golongan Philosophes seperti Voltaire dan Condorcet telah menimbulkan kesedaran terhadap wujudnya sejarah masa lalu dan ciri-ciri sejarah dengan menunjukkan zaman yang berbeza bagi memperbaiki keadaan masyarakat demi kebaikan generasi akan seterusnya. Manakala dari segi pemikiran sejarah pula, golongan ini mempunyai pengertiannya yang tersendiri dalam konteks memperbaiki serta membangunkan kehidupan dan pemikiran masyarakat serta mementingkan sejarah dengan memperkenalkan pembelajaran sejarah menerusi pendekatan moden dan dikenali sebagai idea kemajuan.

ZAMAN ROMANTIK ( ABAD 19 )

Pada zaman ini,satu kumpulan penyair Jerman,golongan pengarang drama dan pengkritik cuba menyerang kumpulan philosophes yang dianggap tidak beragama dan sekular.Berikutan daripada itu,golongan yang menganggap diri mereka sebagai gerakan Romantik ini menuduh idea kemajuan yang dibawa oleh golongan philosophes menyebabkan berlakunya Revolusi Perancis.[footnoteRef:19] [19: Micheal Bently, Modern Historiography An Introduction, New York, Routledge Taylor & Franciss Group, 2005, m.s 25.]

JOHANN GOTTFRIED HERDER

Beliau merupakan antara sejarawan awal yang menentang pendekatan sejarah pada Zaman Kesedaran.Karya Herder telah cuba mengkritik sikap dan idea kemajuan golongan philosophes terutamanya yang cuba memisahkan ajaran dan falsafah sejarah yang dibawa oleh St.Augustine.Bagi Herder,sejarah pada setiap zaman mempunyai keunikkannya dari segi ciri,corak,bentuk dan sebagainya.[footnoteRef:20]Sebagai seorang penganut agama Kristian,Herder terpaksa memberi pertimbangan wajar terhadap sesetengah aspek agama dan fahaman skolastik yang telah menyumbang kepada kemajuan sejarah.Dengan penerimaan elemen agama dalam karyanya,ini tidak bermakna Herder cenderung untuk mengikuti sejarah teologi Augustine tetapi beliau cuba menulis semula proses perkembangan manusia menerusi pendekatan agama.Walaupun pada peringkat awalnya Herder lebih cenderung kepada falsafah keagamaan Augustine,namun beliau tidak menafikan kepentingan sains dan empirikal.Herder seolah-olah telah mengiakan idea kemajuan dalam sejarah iaitu dengan mengembangkan konsep baru iaitu konsep kemajuan manusia dan sejarah dalam bentuk yang berbeza sedikit.[footnoteRef:21] [20: Abdul Rahman Hj.Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat & Timur, Kuala Lumpur ; Utusan Publications & Distributors, 2000, m.s 28] [21: Ibid, m.s 27]

Penulisan beliau agak puitis kerana sedikit sebanyak telah terpengaruh dengan Ossian dan Shakespeare.Melalui pendekatan sastera sejarah yang dilakukannya itu boleh dikatakan bahawa Herder cuba memperkenalkan idea yang pernah dikemukakan oleh sejarawan zaman Greek seperti Thucydides.[footnoteRef:22] [22: Ibid, 30]

G.WILHELM FRIEDRICK HEGEL

Beliau telah membina satu system falsafah sejarah dan menghasilkan banyak karya yang berasaskan falsafah seperti Philosophy of History. Melalui karya ini,Hegel telah menjadi pemikir sejarah yang terkenal.Hegel telah memperkenalkan teori dialektik iaitu satu teori falsafah sejarah yang berasaskan satu system logic yang baru dalam Philosophy of History.Hegel telah membahagikan teori ini kepada 3 peringkat perkembangan dan dikenali sebagai triad(pergerakkan 3 serangkai).Baginya, perkembangan triad yang berlaku secara dialektik ini akan bermula pada peringkat tesis iaitu peringkat permulaan,bergerak kepada antitesis iaitu peringkat pertentangan dan seterusnya sintesis yakni peringkat perdamaian.Beliau turut membuat analogi dalam proses perkembangan sejarah Eropah dan tesis itu dikenali sebagai peringkat manusia yang masih dalam keadaan daif.Kemudian lahir pula antitesis dan peringkat ini wujud pada zaman Yunani-Romawi purba.Akhirnya, muncul sintesis iaitu perdamaian, pengiktirafan,bakat dan kepentingan masyarakat diambil kira.[footnoteRef:23] [23: M.C Lemon, Philosopphy of History, New York, Routledge Taylor & Francis Group, 2003, m.s 225]

Dalam karyanya ini,Hegel cuba membahagikan sejarah Jerman kepada 3 zaman. Zaman pertama dimulai dengan sebelum dan selepas Charlemangne,zaman kedua bermula dari Charlemangne hingga zaman pemulihan dan zaman ketiga dikenali sebagai kerajaan Bapa,kerajaan Anak dan kerajaan Roh al Kudus. R.G Collingwood cuba menyatakan bahawa Hegel seperti cuba memperkenalkan satu kaedah dalam sejarah iaitu kaedah kritikan terhadap sumber sejarah.Kaedah ini terbahagi kepada kritikan bersifat luaran dan dalaman.Kritikan terhadap pengkajian bersifat luaran dapat dilihat apabila beliau menuntut agar sejarawan berusaha mengkaji dokumen sejarah serta bahan-bahan yang menjadi bukti sejarah secara empirical.Melalui pengkajian ini,seseorang sejarawan akan menentukan kesahihan sesuatu fakta tentang peristiwa yang telah berlaku dengan sebenar-benarnya.Kemudian sejarawan harus mengkaji sejarah dari sudut dalaman dengan melihat pemikiran yang telah terjalin antara satu sama lain dengan hubungan yang logik.[footnoteRef:24] [24: Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah & Pensejarahan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002, m.s 33]

ZAMAN MODEN

Di Eropah atau di dunia barat itu secara amnya,kewujudan sejarah sebagai satu bidang ilmu pengkajian hanya bermula pada awal kurun ke 19.Ini kerana timbulnya kesedaran di kalangan sejarawan tentang pelbagai kelemahan di dalam karya-karya sejarah yang dihasilkan sebelum itu.Kesedaran tersebut telah mendorong para sejarawan Eropah pada awal kurun ke 9 berusaha mengikisnya.Melalui usaha inilah sejarah sebagai satu disiplin akademik yang sebenarnya telah dapat dilahirkan. Usaha ini amat giat dilakukan terutamanya di kalangan sejarawan Jerman.Antara yang paling awal ialah Barthold G.Niebuhr ( 1776-1831) yang mendahului Leopold Von Ranke (1975-1886) dalam mencetuskan apa yang dikatakan oleh Marwick sebagai revolusi Berlin tentang kajian sejarah.Walaubagaimanapun, tokoh yang dianggap telah menjadikan sejarah sebagai satu disiplin akademik di barat ialah Leopold Von Ranke,seorang ahli fakir sejarah.[footnoteRef:25] [25: Mohd Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah dan Kaedah Penyelidikan Sejarah, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,2001, m.s 67]

Awal abad 18,berlaku satu transformasi yang amat ketara di universiti-universiti Jerman.Sebelum abad 18, kebanyakkan universiti hanya berfungsi sebagai institusi pengajian sahaja.Namun kemudiannya,telah berubah dengan memberi penekanan dari segi latihan pegawai-pegawai bagi persiapan masa depan.Oleh itu kesan daripada fahaman zaman Romantik,maka sejarah telah mula diketengahkan dalam bidang intelektual.Ini telah menyebabkan ramai di kalangan sejarawan mula melakukan penyelidikan dengan menggunakan kaedah moden dan kemudiannya mengambil idea baru bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.[footnoteRef:26]Mereka telah membahagikan sejarah ini kepada pelbagai bidang dan menekankan fakta serta bukti yang bersifat objektif.Ini berlaku pada awal abad 19.Ketika inilah sejarawan ingin membuat perubahan di universiti-universiti Jerman yang semakin kurang berfungsi pada abad sebelumnya. [26: Peter Lambert, Making History, New York, Routledge Taylor & Francis Group, 2004, 180]

Kemunculan kajian sejarah moden yang menjadikannya sebagai satu disiplin akademik ialah pada abad 19.Kemunculannya telah bermula di Jabatan Sejarah,Universiti Gottingen dan merupakan universiti pertama yang memperkenalkan bidang pengajian sejarah di Jerman.Penekanan terhadap bukti yang kukuh dan asas sejarah telah dimulakan di universiti ini bagi memenuhi keperluan sejarah sebagai disiplin akademik yang baru.Ini juga termasuk asas pengkaedahan yang telah mendapat tempat bagi membentuk struktur historiografi.[footnoteRef:27]Profesor Christoph Gatterer telah merangka kaedah dan matlamat disiplin sejarah yang seterusnya.Beliau memainkan peranan yang penting dalam merangkanya.Pada abad 18,Universiti Gottingen telah menjadi sebuah universiti yang terunggul bagi pengkajian sejarah di Jerman. [27: Ibid, m.s 200]

Sejarawan di universiti ini telah diberi latihan oleh Gatterer dan August Ludwig Schlozer.Mereka telah menggabungkan satu bidang yang luas antara bidang falsafah sejarah dengan kemahiran teknikal golongan terpelajar dan juga tokoh yang terlatih dalam kritikan sumber. Kemahiran tentang kritikan sumber amat penting kerana melalui kaedah ini ia akan membolehkan kita memahami dan menilai kebenaran sesuatu fakta samada ia bersifat objektif atau tidak.Ilmu Bantu sejarah seperti diplomatik,geneologi,geografi dan pengajian terhadap dokumen turut diasimilasikan oleh sejarawan dalam memberi latihan kepada pelajar sejarah.Penekanan pada bidang filologi dan sains baru iaitu statistic juga diberi perhatian oleh sejarawan Gottingen selain memfokuskan kepada latihan teknikal.[footnoteRef:28] [28: Micheal Bently, Modern History, New York, Routledge Taylor & Francis Group, 2005, m.s 36]

Selepas Universiti Gottingen,muncul Universiti Berlin yang melakukan usaha yang sama.Universiti telah memperkenalkan orientasi sejarah baru yang bersifat saintifik.Institusi yang berada di bawah Wilhelm Von Humboldt ini melatih pegawai kerajaan disamping membentuk fakulti untuk mengajar penyelidikan.Humboldt telah menyepadukan kenyataan Herder tentang sejarah masyarakat dengan sejarah bahasa.Dalam pada itu,Georg Barthold Niebuhr merupakan tokoh yang berpengaruh selain Humboldt pada 1776-1831.Semasa menjadi pengajar bagi Sejarah Rom Klasik,sesi pembelajaran adalah melalui syarahan.Ia mendapat sambutan bukan saja pelajar malah rakannya,pegawai kerajaan dan tentera.Ini telah menjadikan beliau sebagai pengasas pensejarahan moden.Ini disebabkan penglibatannya dalam pengajian sejarah.Beliau memperkenalkan sejarah Rom yang bukan saja mendiskusikan sejarah politik Rom,malah membuat kritikan dan penyelidikan mendalam berdasarkan sumber primer.Kaedah filologi turut digunakannya untuk dikaitkan dengan kritikan terhadap kesalahan dalam sejarah.[footnoteRef:29]Idea yang telah diutarakan oleh Herder dengan gabungan aspek penulisan masa lalu yang diperkenalkan oleh Voltaire,Montesquieu dan St.Augustine cenderung diikuti oleh tokoh-tokoh sejarawan dari Universiti Berlin.Kesan daripada usaha yang dilakukan oleh tokoh sejarawan inilah yang telah membawa kepda perkembangan dalam bidang pensejarahan dunia barat sehingga sejarah menjadi satu disiplin ilmu moden. [29: Ibid, m.s 40]

LEOPOLD VON RANKE

Ranke telah menimbulkan satu tradisi pensejarahan yang sangat kuat pengaruhnya.Teori pensejarahan beliau yang sangat mengagumkan para sejarawan sezaman ialah bahawa sejarah haruslah dikaji seperti sebenarnya berlaku.Teori ini terbentuk daripada pandangan dan kaedah kajiannya yang kritis terhadap sejarah yang dinamakan qualimkritik iaitu usaha dan penilaian kritis terhadap sumber sejarah.Beliau mengkehendaki agar setiap peristiwa sejarah itu dikaji dengan teliti.Oleh sebab sejarah dianggap penting,maka seharusnya ia benar dan yang lebih penting ialah penulisan kembali mengenainya haruslah berdasarkan sumber serta kaedah yang dianggap benar. Lantas penulisan sejarah Ranke sentiasa panjang dan terperinci bagi percubaan beliau merealisasikan teori sejarahnya melalui kaedah yang kritis itu. Konsep sepertinya sebenarnya berlaku yang dikemukakannya adalah konsep yang terpenting pada kurun tersebut.Dari satu segi,ia merupakan satu yang menakjubkan serta menepati sifat dan ilmu sejarah.[footnoteRef:30] [30: Mohd Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah dan Kaedah Penyelidikan Sejarah, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, m.s 80]

Oleh itu,secara sedar konsep Ranke ini telah membawa kepada perkembangan yang seterusnya dalam ilmu sejarah dan pensejarahan.Sejarawan yang terpengaruh dengan konsep beliau muncul untuk memperkembangkannya. Secara keseluruhannya,mereka dikenali sebagai golongan positivist dalam sejarah. Lantas, sesuatu hasil kajian sejarah adalah saintifik dan analisis menyeluruh serta kesimpulannya adalah objektif. Mereka bergerak selangkah daripada Ranke dengan mengatakan bahawa penulisan sejarah yang saintifik akan dilakukan dalam sedikit masa lagi.[footnoteRef:31] Pada awal kurun ke 20,salah seorang pengikutnya,iaitu J.B Bury dengan penuh keyakinan mengatakan bahawa sejarah adalah sains,tidak kurang dan tidak lebih. [31: Micheal Bently, Modern Historiography an Introduction, New York, Routledge Taylor & Francis Group, 2005, m.s 40]

Dalam buku yang diterbitkannya,Ranke mempunyai pendekatan yang tersendiri khususnya pada bahagian pendahuluan bukunya.Pertama,Ranke menekankan kepada objektiviti sebagai tugas utama yang harus ada pada seseorang sejarawan.Ia adalah untuk menggambarkan kejadian as it actually happened dan mengesan dengan tepat apa yang sebenarnya berlaku secara jujur tanpa dihiasi unsure keindahan agar menjadi lebih menarik tanpa memutarbelitkan fakta yang sebenar.Selain itu,beliau menekankan unsur penyatuan dan kepelbagaian .Pada beliau,kesatuan membawa erti menghubungkan dua perkara yang berbeza menjadi satu penyeluruhan.Unsur kepelbagaian pula ialah seperti kisah seorang tokoh masyarakat,bangsa dan negara yang masing-masing dipandang sebagai entiti dengan strukturnya sendiri.Jadi beliau mengatakan bahawa tugas sejarawan ialah mengesan dengan jujur agar unsur perbezaannya dapat dijelaskan seperti pendekatan idiografik.Ranke juga menggunakan pendekatan dengan mengutamakan sumber kerajaan saja.[footnoteRef:32]Ini kerana ia mengandungi maklumat yang dianggap tepat dan benar.Sejak tahun 1830,kearajaan Eropah telah membuka arkib dengan dokumennya yang dulunya rahsia,hingga Ranke mengambil kesempatan dengan melawat arkib tersebut untuk menjadikan penulisannya berwibawa. Ranke telah menolak konsep Hegel, supreme spirit yang menguasai sejarah sejagat kerana ia tidak dapat dibuktikan secara empirikal,malah dianggap abstrak atau spekulatif sahaja. [32: Ibid, m.s 41]

Mengenai penilaian dalam perkembangan penyelidikan oleh Ranke ini iaitu dari segi pokok persoalannya, penulisan Ranke bersifat politik.Ini mencerminkan kepercayaannya bahawa segala-galanya dalam sejarah adalah dikuasai oleh politik.Dalam karyanya hanya struktur negara,pembentukkan dan pelaksanaan dasar dan hubungan politik sahaja yang diutamakan.Dari segi sebab,tumpuannya adalah kepada aspek politik.Beliau mengetepikan faktor ekonomi.Semasa beliau menulis tentang revolusi England,Ranke hanya menekankan konflik puak politik dan agama tapi mengabaikan kepentingan ekonomi. Konsep tentang kaedah yang kritis dalam penyelidikan untuk menilai dan mengkaji sumber-sumber sejarah memang masih boleh digunakan.Pada peringkat ini,sumbangan ilmu sejarah dan pensejarahan secara amnya dari segi kaedah telah dirumuskan oleh Jacques Barzun dan Henry F.Graff seperti berikut iaitu dari ilmu sejarah itulah yang berasal dari zaman antiquarian dunia telah mengambil kaedah nota kaki,rujukan,bibliografi dan sebagainya menjadi pengetahuan umum.Dari kajian sejarah para sejarawan terhadap teks-teks sejarahlah para penulis secara amnya telah belajar menapis bukti.

ABAD RENAISANS

Dari suatu segi,perkembangan dalam jangka masa ini tidak banyak menukar corak pengajian sejarah.Perkara yang terjadi ialah penyisihan pendekatan sejarawan pada zaman Pertengahan.Pada abad Renaisans ini,sejarawan cuba untuk memulihkan kaedah-kaedah yang telah dipakai oleh sejarawan Greek-Rom.Renaisans merupakan kelahiran semula iaitu apabila para sejarawan ingin kembali kepada kaedah yang digunapakai oleh sejarawan zaman klasik,sebaliknya lebih mirip kepada kaedah yang berasaskan kepercayaan dan mengetepikan rasionalisme.

Menjelang abad 15 dan 16,abad Renaisans melahirkan sarjana Humanis yang tidak lagi terkongkong oleh pemikiran sejarawan Kristian yang dianggap sempit kerana lebih mengutamakan persoalan ketuhanan.Ia merupakan titik tolak kepada suatu pendekatan baru dalam sejarah yang bersifat saintifik.Antara ciri perubahan yang terdapat dalam pensejarahan abad ini ialah bukti.Sejarawan Renaisans tidak lagi bergantung kepada kitab suci tetapi kepada dokumen kerajaan dan swasta.[footnoteRef:33] [33: Abdul Rahman Hj.Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat dan Timur, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors, 2000, m.s 56]

MARXISME DAN TEORI SEJARAH KEBENDAAN

Dalam pensejarahan moden ini,Marx banyak dipengaruhi secara langsung dari luar.Pertamanya ialah pengaruh dari Darwin.Ia dapat dikesan dalam surat yang dibuat dengan pengakuan oleh Marx kepada Lassalle pada bulan Januari 1861.Konsep Marx tentang the history of all hitherto existing society is the history of class struggle tersebut ialah pengaruh Darwinisme tentang struggle for the fittest. Begitu juga dengan pengaruh Hegel.

Terdapat 3 konsep sejarah kebendaan Marx dalam pensejarahan moden ini.Pertamanya,asas perubahan sejarah.Perkara yang menentukannya ialah ekonomi,yakni lapisan bawah yang akan menentukan lapisan atas.Lapisan bawah ini bererti ekonomi sedangkan lapisan atas merupakan institusi agama,social dan kebudayaan.Keduanya ialah cara perubahan sejarah yang melalui proses dialektika.Marx telah mengubah dialektika Hegel kepada bentuk konkrit.Ketiganya ialah terhadap perubahan sejarah.Berasaskan faktor ekonomi sebagai faktor penggerak sejarah yang bercorak materialistic,wujudlah proses perkembangan sejarah yang melalui proses secara bertahap-tahap iaitu bermula dengan masyarakat primitif,diikuti feudalisme,kapitalisme,sosialisme dan komunisme.[footnoteRef:34] [34: Ibid, m.s 57]

TRADISI PENSEJARAHAN MARXIST

Antara ciri-ciri pensejarahan Marxist yang pertama ialah pokok persoalan..Ia tidak menekankan soal-soal politik seperti sebelumnya.Sebaliknya ia bersifat luas iatu menyentuh soal-soal sosial dan ekonomi.Keduanya,dari segi penyebaban.Ia menekankan faktor ekonomi yang menentukan perjalanan sejarah.Pengadilan moral merupakan cirri yang ketiga.Memandangkan pensejarahan Marxist bersifat propaganda kepada ideologi ini,biasanya ia tidak dapat mengelakkan dirinya daripada mengadili sesuatu yang tidak mendukung ideologi ini.Pensejarahan Marxist lebih ke arah suatu millennium iaitu masyarakat komunis.Walaupun pensejarahan Marxist tidak menyebutnya secara eksplisit,namun secara implisitnya ia sentiasa menjadikan bentuk masyarakat ini sebagai masyarakat ideal.

FAKTOR PERKEMBANGAN KAEDAH DAN TEKNIK BARU

Proses penyelidikan yang menekankan penggunaan sumber primer seperti manuskrip dan cetakan serta sumber sekunder seperti buku telah diperkenalkan.Kaedah ini memberi keutamaan dari segi pemilihan,penyusunan dan penganalisisan bahan sejarah.Penyelidikan menggunakan kaedah saintifik yang lebih sistematik seperti penyelidikan arkeologi juga penting dalam menghasilkan karya sejarah kerana ia membawa kepada penghasilan sesuatu penulisan yang objektif.Melaluinya sesuatu bahan yang ditemui di tapak peninggalan sesebuah kerajaan samada dalam bentuk seni arca atau inskripsi akan diketahui dari segi asal usulnya untuk mengukuhkan bukti kewujudannya berdasarkan penyelidikan yang dibuat. Maklumat-maklumat tersebut akan digunakan untuk merekonstruksi sejarah dan kebudayaan sesebuah kerajaan.Oleh itu,setiap peristiwa yang berlaku diperkukuhkan melalui maklumat penyelidikan arkeologi.[footnoteRef:35] [35: Micheal Bently, Modern Historiography an Introduction, New York, Routledge Taylor & Francis Group, 2005, m.s 40]

Penggunaan kaedah kuantifikasi agak kurang digunakan pada hari ini.Ia merupakan kaedah baru dalam metodologi sejarah terutamanya dalam sejarah ekonomi.Ia menggunakan statistic pengukuran,rajah dan angka-angka dalam penulisan sejarah.Kaedah ini akan melahirkan sejarah berbentuk kuantitatif.

KESIMPULAN

Bidang sejarah pada abad 19 dan 20 telah menjadi bertambah kukuh sebagai suatu disiplin ilmu yang bersifat autonomi di dunia barat.Aspek yang membezakan karya-karya sejarah pada kedua-dua abad itu ialah cara sejarah itu ditulis.Pada abad 20,sejarawan cuba memperluaskan skop penulisan sejarah yang berbeza sedikit daripada sebelumnya yang lebih kepada aspek ekonomi dan politik.Kesedaran terhadap pentingnya penggunaan kaedah-kaedah dalam penyelidika sejarah telah menyebabkan banyak aspek dalam pensejarahan tradisional terputus.Ini mungkin berlaku disebabkan sejarawan menganggap disiplin sejarah perlu berdiri sendiri tanpa dikaitkan dengan unsur-unsur mitos dan legenda.

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Hj Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah Perspektif Barat Dan Timur, Kuala Lumpur; Utusan Publications Dan Doistributors,2000.

Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2002.

Kamus Dewan, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1996.

M.C. Lemon, Philosopphy Of History, New York; Routledge Taylor & Francis Group, 2003.

Michael Bently, Modern History, New York; Routledge Taylor & Francis Group, 2005.

Michael Bently, Modern Historiography An Introduction, New York; Routledge Taylor & Francis group, 2005.

Mohd Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah dan Kaedah Penyelidikan Sejarah, Kuala Lumpur; Dewan bahasa Dan Pustaka, 2001.

Peter Lambert, Making History, New York; Routledge & Francis Group, 2004.

R. G. Collingwood, Idea Sejarah, Terjemahan, Mohd Yusof Ibrahim, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1985.

Sivachandralingam Sundara Raja, Tamadun Eropah, Shah Alam; Fajar Bakti Sdn Bhd, 1996.