28
Pentingnya Hasil Pembelajaran Langkah pertama dalam pembelajaran masteri ialah anda harus menentukan hasil pembelajaran untuk sesuatu unit pembelajaran atau tajuk. Penentuan hasil pembelajaran adalah penting kerana penentuannya dapat: menyatakan apa yang perlu dikuasai oleh pelajar menolong anda memberi tumpuan dalam penguasaan hasil membantu anda dalam merancang dan menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran dan alat bantu mengajar yang berkesan untuk pelajar menguasai hasil pembelajaran itu menolong anda dalam membina ujian formatif dan sumatif Di negara maju, trend pendidikan sekarang adalah ke arah penguasaan hasil pembelajaran Pelajar harus juga tahu apa hasil pembelajaran yang mesti dikuasai supaya mereka boleh memberi tumpuanuntuk belajar dan menguasai apa yang dikehendaki.

Pentingnya Hasil Pembelajaran

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pentingnya Hasil Pembelajaran

Pentingnya Hasil Pembelajaran

Langkah pertama dalam pembelajaran masteri ialah anda harus menentukan hasil pembelajaran untuk sesuatu unit pembelajaran atau

tajuk.Penentuan hasil pembelajaran adalah penting kerana penentuannya

dapat:menyatakan apa yang perlu dikuasai oleh pelajar

menolong anda memberi tumpuan dalam penguasaan hasilmembantu anda dalam merancang dan menggunakan pelbagai kaedah

pembelajaran dan alat bantu mengajar yang berkesan untuk pelajar menguasai hasil pembelajaran itu

menolong anda dalam membina ujian formatif dan sumatifDi negara maju, trend pendidikan sekarang adalah ke arah penguasaan

hasil pembelajaranPelajar harus juga tahu apa hasil pembelajaran yang mesti dikuasai

supaya mereka boleh memberi tumpuanuntuk belajar dan menguasai apa yang dikehendaki.

Page 2: Pentingnya Hasil Pembelajaran

• Maksud Hasil Pembelajaran• Hasil pembelajaran ialah apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar

tentang pengetahuan dan kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar.

• Contoh hasil pembelajaran ialah:

–Menamakan ibu kota bagi setiap negeri di Malaysia

–Mengenal pasti kata nama dan kata kerja dalam satu ayat

–Menambah sebarang dua nombor tidak lebih daripada 1000

–Membanding dan membezakan haiwan dan tumbuhan

–Memberi sebab-sebab mengapa kerajaan awal wujud di pesisiran pantai

–Menerangkan kepentingan kebersihan

Page 3: Pentingnya Hasil Pembelajaran

–Melukis seekor kucing

–Mengetam sekeping papan

–Memukul bole hoki yang bergolek

–Membuang sampah ke dalam tong sampah

• Perkatian di antara hasil pembelajaran dan proses pengajaran dan pembelajaran ditunjukkan dalam Rajah 2.

• Pengalaman pembelajaran yang diberi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah hasil pembelajaran tetapi hanya merupakan cara untuk mencapai hasil pembelajaran.

• Isi kandungan, kaedah emngajar dan bahan pengajaran dalam proses pengajaran merupakan alat atau cara untuk mencapai hasil pembelajaran.

• Tentukan anda boleh mengenal pasti dan membezakan hasil pembelajaran daripada isi kandungan, proses pengajaran dan pkroses pembelajaran.Contohnya diberi dalam Jadual 1.

• Jadual 1: Jenis Pernyataan dalam P&P

Page 4: Pentingnya Hasil Pembelajaran

Pernyataan Jenis

a. Benda hidup boleh bergerak, makan, bernafas, merespons kepada stimuli

Isi kandungan

b. Untuk menambahkan pengetahuan pelajar tentang sifat benda hidup

Proses pengajaran

c. Memperoleh pengetahuan tentang sifat benda hidup

Proses pembelajaran

d. Memahami sifat benda hidupHasil pembelajaran umum

e. Menghuraikan sifat benda hidup

Hasil pembelajaran khusus

Page 5: Pentingnya Hasil Pembelajaran

• Pernyataan 'a' hanya menyatakan isi kandungan dan tidak menyatakan sama ada pelajar harus menyenaraikan,mengenal pasti atau menghuraikan sifat benda hidup.

• Pernyataan 'b' bermaksud guru dan bukan pelajar yang akan menambahkanpengetahuan mengenai sifat benda hidup dan pernyataan ini merupakan proses pengajaran

• Pernyataan 'c' bermakna pelajar memperolehi pengetahuan dan pernyataan ini merupakan proses pembelajaran dan bukan hasil pembelajaran.

• Pernyataan 'd' bermaksud pelajar dapat memahami dan pernyataan ini adalah hasil pembelajaran umum dan bukan khusus kerana "memahami sifat benda hidup" melibatkan pelbagai hasil pembelajaran khusus seperti:

–Menyatakan sifat benda hidup

–Mengenal pasti sifat benda hidup

Page 6: Pentingnya Hasil Pembelajaran

–Menerangkan sifat benda hidup

–Memberi contoh benda hidup

–Membezakan benda hidup dan benda bukan hidup

–Mengkelaskan benda ke dalam kumpulan benda hidup dan benda bukan hidup

• Pernyataan 'e' bermakna pelajar menghuraikan dan pernyataan ini merupakan hasil pembelajaran khusus.

• Dalam pembelajaran masteri guru harus menentukan hasil pembelajaran khusus kerana mudah dinilai.

• Di sekolah menengah, guru boleh menyatakanhasil pembelajaran yang umum denganberfokuskan kepada beberapa hasil pembelajaran khusus.

Page 7: Pentingnya Hasil Pembelajaran

• Pernyataan Hasil Pembelajaran• Hasil pembelajaran boleh dinyatakan dalam• Bentuk:

– Hasil Pembelajaran Umum– Hasil Pembelajaran Khusus

• Bidang:– Kognitif– Afektif– Psikomotor

• Aras:– Satu– Dua– Tiga (lebih tinggi)

Page 8: Pentingnya Hasil Pembelajaran

• Menyatakan hasil pembelajaran dalam bidang kognitif• Bidang kognitif termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan hasil intelek seperti

pengetahuan, pemahaman dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif• Hasil pembelajaran boleh dikategorikan ke dalam enam kategori berikut mengikut Taksonomi

Bloom:– Pengetahuan:

• Mengingat kembali sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur.– Kefahaman:

• Kebolehan menerangkan sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur dengan perkataan sendiri.– Aplikasi:

• Kebolehan menggunakan sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur dalam situasi yang baru– Analisis:

• Kebolehan memecahkan kkonsep, kaedah, cara atau prosedur kepada bahagian-bahagian dan mengenal pasti perkaitan di antaranya.– Sintesis:

• Kebolehan mencantumkan unsur-unsur atau konsep-konsep supaya mendapat satu corak atau struktur yang bermakna.– Penilaian:

• Kebolehan menilai sesuatu idea, konsep, prinsip, kaedah, cara, prosedur, projek atau tindakan.

Page 9: Pentingnya Hasil Pembelajaran

• Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran umum dengan menggunakan perkataan kata kerja berikut:

• Pelajar dapat• mengetahui sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau

prosedur • memahami sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau

prosedur. • mentafsir sesuatu bahan bahasa, rajah, carta atau graf. • menggunakan atau mengaplikasikan sesuatu konsep, prinsip, hukum,

kaedah, cara prosedur dalam situasi yang baru. • menyelesaikan sesuatu masalah • menganalisis sesuatu konsep, prinsip, kaedah, cara, prosedur atau hasil • bertutur atau berucap tentang sesuatu • menulis sesuatu sama ada cerita, esei, pantun, sajak, atau muzik • merancang sesuatu • menilai sesuatu sama ada penulisan, cerita, artikel, lukisan, persembahan,

hasil kerja

Page 10: Pentingnya Hasil Pembelajaran

• Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran khusus dengan perkataan kata kerja berikut (Gronlund N.E., 1970):

• Pelajar dapat:• (a) Pengetahuan:

Page 11: Pentingnya Hasil Pembelajaran

• • melabel• memadan• menama• mendefinisi• mengenal pasti• menyatakan• menyebut• menyenarai• • (b) Kefahaman:• memberi contoh• memperluaskan• menambah

• menganggar• menerang• menghurai• (c) Aplikasi• menemui• mengait• menggunakan• menghasil• mengira• mengubah suai• menukar• menunjukkan• menyediakan• menyelesaikan

Page 12: Pentingnya Hasil Pembelajaran

• meramal• • (d) Analisis:• membahagi• membanding• membeza• membuat inferens• memecahkan• memilih• mengasing• mengilustrasi• menyusun• (e) Sintesis:• bercerita• bertutur

• berucap• membina semula• membuat generalisasi• mencantumkan• mengarang• mengkategori• mengkelaskan• mengumpul• menjana• merancang• menulis• meringkas• merumus

Page 13: Pentingnya Hasil Pembelajaran

• (f) Penilaian:• membuat kesimpulan• mempertahankan • mempertikaikan• mengkritik• menilai• menyokong• Anda bolehlah menambahkan hasil pembelajaranyang lain

yang tidak terkandung dalam senarai di atas.

Page 14: Pentingnya Hasil Pembelajaran

• Menyatakan hasil pembelajaran dalam bidang afektif• Bidang afektif termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan rohani dan emosi seperti sikap

dan nilai.• Nilai murni sarwajagat berikut harus diserapkan dalam setiap mata pelajaran: • baik hati • berdikari • hemah tinggi • hormat • kasih sayang • keadilan • kebebasan • keberanian • kebersihan fizikal dan mental • kejujuran • kerajinan • kerjasama • kesederhanaan • kesyukuran • rasional • semangat bermasyarakat

Page 15: Pentingnya Hasil Pembelajaran

• Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran umum dengan menggunakan perkataan kata kerja berikut:

• menyedari tentang sesuatu • menerima sesuatu seperti teguran, nasihat, tugas,

penerangan, tanggungjawab, wujudnya perbezan, kepercayaa.

• memahami kepentingan tentang sesuatu sikap, nilai, peraturan

• menghargai sesuatu • menggunakan sesuatu sikap positif atau nilai

dalam situasi yang baru • menunjukkan kepekaan, minat, keseronokan,

keselamatan, kesabaran, amalan sesuatu nilai murni (lihat di atas), atau sesuatu sikap yang positif seperti proaktif, bertanggungjawab, timbang rasa, ingin tahu, ingin menyelesaikan masalah, tekun, tah.

• bersyukur • menyayangi sesuatu • berjimat-cermat • berbangga dengan sesuatu

• Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran khusus dengan menggunakan perkataan kata kerja berikut:

• bekerja dengan tekun, taba • belajar dengan tekun, tabah • berbaris • berbincang dengan kawan, rakan atau dalam

kumpulan • bercakap denan sopan santun • berdiri tegak • berjalan denan sopan santun • bergembira • berpakaian kemas dan besih • bersuara lembut • bertanya • berucap • duduk tegak • melaksanakan • melakukan • mematuhi arahan, peraturan

Page 16: Pentingnya Hasil Pembelajaran

• membantu kawan, rakan, orang awam • memberi barang, derma, perhatian, salam,

tumpuan • membezakan betul dan salah, baik dan tidak

baik • membuang sampah ke dalam tong sampah • memilih yang baik, betul • mempengaruhi • mempersembahkan • memulangkan barang terjumpa, pinjaman • menasihati • mencadangkan • menegur • menepati masa • menerangkan sesuatu sikap atau nilai murni • mengamalkan sesuatu amalan yang baik • mengambil bahagian • mengatur • menghasilkan sesuatu kerja, latihan, tugas

• mengikut • mengubahsuaikan • mengutip barang,derma, sampat • menilai • menjaga • menunggu giliran • menyoal • menyusun dengen kemas dan teratur • mewajarkan • tersenyum

Page 17: Pentingnya Hasil Pembelajaran

• Guru harus tahu bahwa hasil pembelajaran dalam bidang afektif mengambil masa yang panjang untuk dikuasai dan ia susah dinilai

• Walau bagaimanapun anda harus menyerapkan sikap yang positif dan nilai murni di kalangan pelajara semasa pengajaan dan pembelajaran.

Page 18: Pentingnya Hasil Pembelajaran

• Menyatakan hasil pembelajaran dalam bidang psikomotor• Bidang psikomotor termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan kemahiran gerakan

seperti penulisan, menaip, berenang, melompat tinggi, bermain, memasak, melukis, membina sesuatu dan mengoperasi mesin atau alat.

• Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran umum dengan menggunakan perkataan kerja berikut:

• Pelajar dapat:• bermain sesuatu permainanatau alat muzik • menulis dengan cepat dan tulisan mudah dibaca • melakar sesuatu • melukis sesuatu • memasang sesuatu • menaip dengan cara betul • mengoperasikan sesuatu alat atau mesin • memasak nasi, lauk • menunjukkan kebolehan membuat sesuatu • membaiki sesuatu • membina sesuatu • membuat sesuatu • mereka cipta sesuatu • menghasilkan sesuatu

Page 19: Pentingnya Hasil Pembelajaran

• Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran khusus dengan menggunakan perkataan kata kerja berikut:

• Pelajar dapat:• berenang• berlari• melompat• memaku• memanaskan• memangkas• memasangkan• membaja• membakar• membaling• membalut• membersihkan

Page 20: Pentingnya Hasil Pembelajaran

• membuat• membuka• memegang• menaip• menampal• mencampur• mencangkuk• menebuk• menendang• menentukan• mengacau• mengaitkan• mengapit• mengecat• mengeluarkan

Page 21: Pentingnya Hasil Pembelajaran

• mengenal pasti• menggunakan• menghasilkan• menghias• menghidupkan• mengisar• mengukur• menimbang• menjahit• menuang• menukarkan• menukul• menyambungkan• menyukat• mereka cipta

Page 22: Pentingnya Hasil Pembelajaran

• Selain daripada senarai di atas, guru boleh mmenambahkan hasil pembelajaran yang lain.

• Hasil Pembelajaran Dapat Dikenal Pasti Dalam Huraian Sukatan Pelajaran• Guru boleh mengenal pasti hasil pembelajaran khusus yang terkandung di bawah

pelbagai lajur seperti:– Objektif atau Objektif Khusus– Huraian atau Huraian Kandungan– Kemahiran, Kemahiran Saintifik, atau Kemahiran Berfikir– Aktiviti atau Kegiatan– Nilai– Unsur Patriotisme– Catatan

• Guru harus membezakan hasil pembelajaran yang khusus daripada yang umum dalam bidang kognitif, afektif dan psikomotor seperti diterangkan di atas.

• Sekiranya hasil pembelajaran itu telah dinyatakan secara umum, guru boleh menyatakannya semula secara khusus dengan panduan yang diberi.

• Beberapa contoh HSP diberi di bawah untuk menunjukkan bagaimana anda boleh mengenal pasti atau menyatakan hasil pembelajaran khusus.

• Guru boleh teruskan kepada contoh HSP bagi mata pelajaran yang berkenaan.

Page 23: Pentingnya Hasil Pembelajaran

• Contoh HSP Bahasa Melayu SK: Tahun 2• Contoh HSP tentang kemahiran, "bercerita" dalam SP diberi dalam Jadual 2 di bawah.• Hasil pembelajaran khusus diberi di bawah lajur Kemahiran sebagai "Bercerita berpandukan gambar atau

keadaan sebenar".• Jadual 2• RSP• Kemahiran• Huraian Sukatan Pelajaran• 1.32• Bercerita berpandukan gambar atau keadaan sebenar• -Pelajar bercerita berpandukan gambar bersiri atau gambar tunggal yang mengandungi pelbagai maklumat.• Contoh:

• pekerja sedang membelah dan memotong kayu balak • jentera sedang mengangkat kayu balak dari lori • - Pelajar bercerita tentang keadaan sebenar yang diperlihatkan• Contoh: Situasi sewaktu pulang dari sekolah• • Contoh HSP Matematik KBSR: Tahun 4• HSP tentang satu kemahiran matematik, "2. Menambah dalam lingkungan 10 000" ditunjukkan dalam

Jadual 3.• Jadual 3

Page 24: Pentingnya Hasil Pembelajaran

• Kandungan Dalam Sukatan Pelajaran• Huraian• Nota• 2.5 Menambah sebarang dua nombor dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada

10 000• 1. Menambah sebaran dua nombor tanpa emngumpul semula dan hasil tambahnya kurang daripada 10 000.• 1.1 Menambah sebarang dua gandaan seribu yang hasil tambahnya tidak lebih daripada 9 000:• a. secara lisan• b. secara bertulis• Pelajar perlu dibimbing mengulang fakta asas tambah terlebih dahulu.• Gunakan pembilang sebagai panduan pada peringkat awal bagi kemahiran 1.1 - 1.3.• Contoh bagi kemahiran 1.1(b):• 1. 1 000 + 2 000= _____• 2. 4 000• +2 000• --------• Hasil pembelajarankhusus dinyatakan di bawah lajur Huraian dan beberapa hasil pembelajaran khusus diberi,

misalnya:• "1.1 Menambah sebarang dua gandaan seribu yang hasil tambahnya tidak lebih daripada 9000:• a. secara lisan• b. secara bertulis• • Contoh HSP Sains KBSR: Tahun 4

Page 25: Pentingnya Hasil Pembelajaran

• Jadual 4• Objektif Pencapaian• Cadangan Pengalaman Pengajaran• Objektif Umum• Objektif Khusus• 2. Memahami bahawa sifat fizikal dan ciri haiwan dan

tumbuhan boleh digunakan untuk mengkelaskan kehidupan• 2.1 Mengenal sifat-sifat fizikal yang boleh dilihat pada haiwan• 2.2 Membezakan haiwan mengikut sifat-sifat fizikal yang

dikenal pasti• Memerhati sifat-sifat fizikal yang terdapat pada haiwan• Mengkelaskan haiwan mengikut sifat fizikal seperti berlulu,

bersisik, berkaki, berkepak dan bercengkerang

Page 26: Pentingnya Hasil Pembelajaran

• Satu contoh HS{ dalam bidang "Alam kehidupan" di beri dalam Jadual 4.

• Hasil pembelajaran umum dinyatakan di bawah lajur objektif umum

• Hasil pembelajaran khusus yang mesti dikuasai dinyatakan di bawah lajur objektif khusus.

• Contoh HSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan KBSR: Tahun 4• Satu contoh HSP tentang Topik 3.3 "Keselamatan Api" diberi

dalam Jadual 5.• Hasil pembelajaran khusus dinyatakan bawah lajur Objektif

Pembelajaran.• Hasil pembelajaran khusus tambahan diberi bawah lajur

Kegiatan• Jadual 5• Objektif Pembelajaran• Kegiatan• Catatan

Page 27: Pentingnya Hasil Pembelajaran

• Pelajar boleh:• i. Menyatakan langkah pencegahan kebakaran• Mengumpul dan menampal keratan akhbar, rencana dan

majalahtentang langkah pencegahan kebakaran yang diambil oleh pihak tertentu.

• Rujuk Tajuk 2: Sukan dan Rekreasi:• 2.2 Jadual Harian• • Rumusan• Hasil pembelajaranialah apa yang boleh ditunjukkan oleh

pelajar tentang pengetahuan dan kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar.

• Penentuan hasil pembelajaran penting untuk:– mengetahuan apa yang perlu dikuasai oleh pelajar;

Page 28: Pentingnya Hasil Pembelajaran

– memberi tumpuan kepada penguasaannya;– merancang kaedah-kaedah mengajar; dan– membina ujian formatif dan sumatif

• Hasil pembelajaran khusus boleh dinilai dengan mudah dan harus dibezakan dengan hasil pembelajaran umum atau kenyataan lain yang merupakan isi kandungan, proses pengajaran dan proses pembelajaran.

• Hasil pembelajaran boleh dinyatakan dalam bentuk, bidang, dan aras• Hasil pembelajaran dalam bidang kognitif menegaskan hasil intelek dan

boleh dikategorikan mengikut Taksonomi Bloom seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

• Hasil pembelajaran dalam bidang afektif menegaskan hasil rohani dan emosi termasuk sikap dan nilai dan perlu diserapkan walaupun susah untuk dinilai dalam jangkamasa yang pendek.

• Hasil pembelajaran dalam bidang psikomotor menegaskan kemahian gerakan

• Guru perlu merujuk kepada pelbagai dokumen kurikulum khasnya huraian sukatan pelajaran.