16
PENUBUHAN DAN PERANAN BADAN-BADAN PERSATUAN BUKAN KERAJAAN OLEH: WAN NOR AMIRA WAN DARUS PISMP 3.05

Penubuhan Dan Peranan Badan-badan Persatuan Bukan Kerajaan

Embed Size (px)

Citation preview

PENUBUHAN DAN PERANAN BADAN-BADAN PERSATUAN BUKAN KERAJAANOLEH: WAN NOR AMIRA WAN DARUS PISMP 3.05

PENGENALAN Alam sekitar bererti sekeliling atau alam sekeliling yang mempunyai hubungan di antara satu sama lain. Pencemaran alam sekitar pula adalah dampak kegiatan kehidupan manusia yang mengakibatkan gangguan. Pencemaran yang berlaku selalunya melibatkan pembuangan berlebihan bahan-bahan sisa yang tidak berguna dan tidak dikehendaki lagi. Kesannya, pembuangan bahan sisa yg berleluasa tanpa pengawalan telah

Peranan Pertubuhan Sukarela

1) World Wide Fund (WWF)

WWF juga prihatin terhadap spesies hampir pupus, pencemaran dan perubahan iklim. Pertubuhan ini menjalankan lebih 1,200 projek amali di seluruh dunia dalam setiap tahun. World Wild Fune for Nature(WWF) merupakan nadi kepada persatuan yang kuat menegakkan keadilan tentang alam

PERANAN WWF:o WWF telah menyedarkan orang ramai tentang kepentingan penjagaan alam sekitar. o Antaranya kepentingan sungai, hutan dan udara yang segar. o NGO terbabit telah menyuarakan pendapat tentang kepentingan penggunaan alatan yang mesra alam. o Misalnya penggunaan pendingin udara yang bebas CFC. o Selain itu menyarankan pembangunan yang mesra alam seperti menanam pokok-pokok ruang-ruang kosong.

Sahabat Alam Sekitar ditubuhkan pada tahun 1977 dan bergiat secara aktif dalam segala isu yang berkaitan dengan masalah alam sekitar. SAM beribu pejabat di Penang dan cawangan di Marudiol Sarawak serta menjalinkan kerjasama dengan komuniti di seluruh Malaysia. Kajiannya meliputi 100 bidang yang berkaitan dengan masalah pembangunan, kepupusan sumber dan alam sekitar. Segala data kajian akan disampaikan kepada kerajaan dalam bentuk memorandum dan

2) Sahabat Alam Sekitar (SAM)

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah memberi pendidikan kepada masyarakat tentang kepentingan pembangunan mapan, membantu komuniti yang terkesan daripada pembangunan dan menyokong model pembangunan yang lestari dari segi ekologi, keadilan sosial dan memenuhi

PERANAN SAHABAT ALAM SEKITAR: Untuk memelihara alam yang diamanahkan dan dianugerahkan Tuhan daripada dieksploitasi dan dimusnahkan dalam pelbagai bentuk atas nama pembangunan, kemajuan dan kemodenan. Membela hak masyarakat sehingga ke akar umbi yang terkesan akibat daripada aktiviti ini. Usaha SAM sedikit sebanyak telah membela nasib mereka yang tertindas akibat perlakuan pihak tidak bertanggungjawab yang sering kali menggunakan alasan pembangunan,kemajuan dan kemodenan tetapi tidak mengendahkan akibat perlakuan mereka yang tidak mesra alam. Hal ini demikian kerana pihak terbabit hanya mahu keuntungan semata-mata tanpa mengira kepentingan alam sekitar. Keutamaan SAM kini dan selamanya hanya satu iaitu meneruskan perjuangan dalam membina kesedaran kritikal masyarakat dan kerajaan di semua peringkat terhadap tanggungjawab dalam mengawal kegiatan

3) Nature Society Malaysian Nature Society (MNS) atau dikenali juga sebagai Persatuan Pencinta Alam Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1940. Ia merupakan sebuah organisasi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terbesar dan tertua di negara ini.

SEJARAH PENUBUHAN: Tercetusnya penubuhan persatuan ini adalah disebabkan oleh minat mendalam orang British (sebelum kemerdekaan) terhadap alam warisan semulajadi di Malaysia. Mereka mengumpulkan bahan-bahan tentang warisan di Malaysia ini dan menerbitkan Jurnal pertama tentang Alam Melayu pada tahun 1940. Dengan penerbitan ini juga maka tertubuhlah persatuan MNS.

Persatuan ini bermula dengan 112 orang ahli pada tahun 1940. Namun keahliannya telah bertambah kepada 1000 orang pada 1980-an dan 2000 orang pada 1986. MNS ini diuruskan oleh sekumpulan sukarelawan teras yang membentuk sebuah Majlis dan Komuniti Kewangan Tetap (Permanent Finance Committe).

Visi, Misi & Motto MNSVisi MNS- Untuk melindungi, memelihara dan menguruskan warisan alam Malaysia yang kaya dengan diversiti bagi kepentingan rakyatnya.

Misi MNS- Untuk mempromosikan kajian, apresiasi, pemuliharaan dan perlindungan warisan alam Malaysia.

Motto MNS- "Tahu alam, alam nilai dan bertindak untuk alam"

Peranan Persatuan Pencinta Alam

KESIMPULAN Kesimpulannya pembangunan pesat sesebuah negara telah mendatangkan impak negatif kepada alam sekitar. Pengurusan yang teratur mampu menyeimbangkan pembangunan dengan alam sekitar. Persekitaran yang sihat akan melahirkan masyarakat yang sihat.

TAMAT