Upload
vokhue
View
236
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Penunjuk dan protokol penyelidikan untuk menilai pengeluar dan pedagang minyak sawit – November 2018
SPOTT menggunakan rangka kerja terperinci 119 penunjuk dan protokol penyelidikan untuk menilai pengeluar dan pedagang minyak sawit melalui pendedahan umum
dasar, operasi dan komitmen mereka terhadap amalan terbaik alam sekitar, sosial dan tadbir (ESG). Rangka kerja ini bertujuan memastikan pendekatan adil dan konsisten
dalam menilai kesemua syarikat SPOTT. Untuk mendapatkan mata, syarikat mesti menyiarkan maklumat yang diperlukan secara terbuka di laman web mereka; dalam
laporan tahunan, laporan kelestarian, pembentangan atau dokumen awam lain; di laman web syarikat induk dan/atau subsidiari (jika berkenaan), atau di platform pihak
ketiga tertentu ("Sumber luaran").
Dasar kelestarian dan kepimpinan
ID Penunjuk Protokol penyelidikan
1 Dasar atau komitmen
minyak sawit lestari
untuk semua operasi
syarikat
[1 mata] Ya: Dasar syarikat itu sendiri terhadap minyak sawit lestari/bertanggungjawab/beretika (atau seumpamanyanya) untuk semua operasi minyak
sawit (iaitu semua minyak sawit yang dihasilkan, dibeli dan/atau didagangkan), atau dengan jelas berkomitmen terhadap dasar syarikat induk atau pembeli
yang meliputi semua operasi. Dokumen boleh bersifat kendiri atau dasar jelas berkenaan dengan kelestarian. Dasar haruslah meliputi pelbagai dimensi
kelestarian bagi keseluruhan operasi syarikat termasuk pelbagai isu sosial dan alam sekitar.
[0.5 mata]Separa: Berkomitmen melaksanakan dasar syarikat induk atau pembekal tetapi tidak menyatakan dengan jelas jika dasar itu dikenakan
terhadap semua operasi, atau mempunyai dasar tetapi tidak jelas jika dasar itu dikenakan terhadap semua operasi (iaitu semua minyak sawit yang
dihasilkan, dibeli dan/atau didagangkan), atau sekadar dasar atau komitmen am.
[0 mata] Tidak: Tidak ada dasar atau komitmen, atau hanya ada pernyataan am yang menunjukkan syarikat berkomitmen melaksanakan kelestarian, atau
mempunyai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sahaja.
2 Dasar atau komitmen
kelestarian dikenakan
kepada pembekal
langsung dan pembekal
pihak ketiga
[1 mata] Ya: Menyatakan dengan khusus bahawa dasar dikenakan pada semua pembekal, termasuk pembekal langsung dan pembekal pihak ketiga, atau
dikenakan pada keseluruhan rantaian bekalan, dan memenuhi sepenuhnya keperluan penunjuk terdahulu.
[0.5 mata]Separa: Dasar hanya memenuhi sebahagian daripada keperluan penunjuk terdahulu, atau mempunyai dasar tetapi tidak jelas jika dasar itu
dikenakan pada semua pembekal, termasuk pembekal pihak ketiga, atau hanya sebahagian daripada dasar itu dikenakan pada pembekal, atau mempunyai
polisi pembekal/penyumberan yang berasingan yang lebih terhad skopnya daripada dasar utama kelestarian, dan memenuhi sepenuhnya keperluan
penunjuk terdahulu.
[0 mata] Tidak: Tiada dasar atau komitmen seperti pada penunjuk terdahulu, atau dasar tidak dikenakan pada pembekal langsung atau pembekal pihak
ketiga. 3 Penjawat jawatan tinggi
yang bertanggungjawab
terhadap kelestarian
[1 mata] Ya: Melaporkan penjawat jawatan tinggi yang bertanggungjawab terhadap kelestarian, contohnya, ahli lembaga, pengarah kelestarian, ketua
pegawai kelestarian, kumpulan eksekutif.
[0.5 mata]Separa: Pasukan kelestarian atau seumpamanya, tetapi tidak jelas individu yang mempunyai tanggungjawab peringkat tinggi.
[0 mata] Tidak: Tiada kakitangan yang bertanggungjawab terhadap kelestarian dilaporkan.
4 Laporan kelestarian
diterbitkan dalam
tempoh dua tahun lepas
[1 mata] Ya: Menerbitkan atau mengemaskinikan laporan kelestarian dalam tempoh dua tahun lepas (iaitu boleh diterbitkan pada 2017 tetapi mungkin
mencakupi 2016). Laporan tahunan yang disepadukan dengan kandungan kelestarian boleh diterima jika diperincikan secukupnya (iaitu meliputi
keseluruhan aspek alam sekitar dan sosial dan berhalaman lebih daripada dua muka surat tentang kelestarian minyak kelapa sawit).
[0.5 mata]Separa: Diterbitkan lebih daripada dua tahun lepas.
[0 mata] Tidak: Tiada laporan, atau tidak cukup butiran dinyatakan dalam laporan tahunan.
Sumber luaran: Pengkalan data GRI.
5 Ahli kepada skim
industri pelbagai atau
inisiatif luar lain untuk
meningkatkan
kelestarian berkaitan
dengan minyak sawit
[1 mata] Ya: Menjadi anggota dua atau lebih skim.
[0.5 mata] Separa: Ahli kepada hanya satu skim, atau hanya syarikat induk/subsidiari merupakan ahli.
[0 mata] Tidak: Tiada keahlian dalam mana-mana organisasi berkaitan.
Nota: Contoh, termasuk TFT, POIG, UNGC, WBCSD, TFA 2020, HCS Approach Steering Group, HCV Network, FFA, NCC, CGF, GAA atau lain-lain yang jelas
fokus pada kelestarian berkaitan dengan minyak sawit (dinilai dengan kaedah kes demi kes). Syarikat sebaiknya melaporkan keahlian secara langsung di
laman web mereka atau dalam laporan syarikat itu sendiri dan mestilah jelas disenaraikan sebagai ahli.
6 Laporan pengesahan
pematuhan Piagam
Kumpulan Inovasi
Minyak Sawit (POIG),
jika syarikat merupakan
ahli POIG
Dilumpuhkan jika bukan ahli POIG. [1 mata] Ya: Syarikat merupakan ahli POIG, dan laporan pengesahan POIG sudah diterbitkan.
[0 mata] Tidak: Syarikat merupakan ahli POIG, tetapi laporan pengesahan POIG belum diterbitkan.
7 Aktiviti bersama
kerajaan, NGO atau
institusi akademik untuk
memperbaik kelestarian
minyak kelapa sawit
[1 mata] Ya: Aktiviti dengan kerajaan, NGO atau institusi akademik tertumpu pada mencapai kelestarian lebih luas di kawasan syarikat beroperasi, seperti
pendekatan bidang kuasa, kerjasama masyarakat, projek khusus, atau pengukuhan skim persijilan.
[0.5 mata] Separa: Aktiviti dengan kerajaan, NGO atau institusi akademik tetapi tiada butiran atau butiran diberikan sangat terhad atau tidak jelas
menumpukan kelestarian lebih luas.
[0 mata] Tidak: Aktiviti dijalankan berusia melebihi lima tahun atau tidak bertarikh.
Simpanan tanah, peta dan kebolehjejakan
ID Penunjuk Protokol penyelidikan
8 Jumlah kawasan tanah
yang diurus/dikawal
untuk perladangan
kelapa sawit (hektar)
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang. [1 mata] Ya: Jumlah simpanan tanah yang diurus/dikawal syarikat untuk perladangan kelapa sawit (mungkin termasuk infrastruktur atau tanaman lain jika
dinyatakan dengan jelas).
[0.5 mata] Separa: Data berusia melebihi dua tahun, atau data hanya menyatakan jumlah simpanan tanah (termasuk tanaman lain) tetapi kawasan
diperuntukkan untuk kelapa sawit tidak jelas, atau data yang disediakan tidak meliputi skop operasi yang diketahui syarikat, atau angka rumit untuk dikira
(iaitu jumlah simpanan tanah tolak kawasan tanaman getah).
[0 mata] Tidak: Tiada data, atau data berusia melebihi lima tahun, atau tidak bertarikh, atau angka disediakan menggabungkan kawasan yang dikawal
oleh syarikat dengan kawasan pembekal bebas syarikat itu.
Sumber luaran: RSPO ACOP 2.1.7 Jumlah tanah yang dikawal/diuruskan untuk penanaman kelapa sawit (autosum).
9 Jumlah keluasan
penanaman kelapa sawit
(hektar)
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang. [1 mata] Ya:Jumlah kawasan yang ditanam dengan kelapa sawit, termasuk kedua-dua estet/nukleus dan kebun skim pekebun kecil/plasma, jika berkenaan.
[0.5 mata] Separa: Data berusia melebihi dua tahun, atau data yang disediakan tidak meliputi skop operasi syarikat yang diketahui, atau angka rumit untuk
dikira.
[0 mata] Tidak: Tiada data, atau data berusia melebihi lima tahun, atau tidak bertarikh, atau angka yang disediakan menggabungkan kawasan yang
dikawal oleh syarikat dengan kawasan pembekal bebas syarikat itu.
Sumber luaran: RSPO ACOP 2.1.2 Jumlah tanah yang dikawal/diuruskan untuk penanaman kelapa sawit, ditanam. 10 Kawasan yang ditanam
plasma/skim pekebun
kecil (hektar)
Dilumpuhkan jika tiada plasma/skim pekebun kecil atau jika hanya pemproses/pedagang. [1 mata] Ya: Jumlah kawasan plasma/skim pekebun kecil yang ditanam dengan kelapa sawit.
[0.5 mata] Separa: Data berusia melebihi dua tahun, atau data disediakan tidak meliputi skop operasi syarikat yang diketahui, atau angka rumit untuk
dikira.
[0 mata] Tidak: Tiada data, atau data berusia melebihi lima tahun, atau tidak bertarikh.
Sumber luaran: RSPO ACOP 2.1.6 Jumlah tanah di bawah skim/pekebun kecil plasma yang diiktiraf dan 2.1.6.1 Jumlah tanah di bawah skim/pekebun kecil
plasma yang tidak diiktiraf.
11 Tidak ditanam (kawasan
yang ditetapkan untuk
penanaman pada masa
akan datang) (hektar)
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang. [1 mata] Ya: Kawasan belum ditanam tetapi telah ditetapkan untuk penanaman kelapa sawit pada masa akan datang atau telah memperoleh permit yang
diperlukan untuk penanaman kelapa sawit (contohnya, memperoleh HGU di Indonesia).
[0.5 mata] Separa: Istilah tidak jelas (iaitu menyatakan "tidak boleh ditanam" atau "tidak ditanam, termasuk infrastruktur"), atau data berusia melebihi
dua tahun, atau data disediakan tidak meliputi skop operasi syarikat yang diketahui, atau angka rumit untuk dikira.
[0 mata] Tidak: Tiada data, atau data berusia melebihi lima tahun, atau tidak bertarikh.
Sumber luaran: RSPO ACOP 2.1.3 Jumlah kawasan yang tidak ditanam.
12 Kawasan yang
diasingkan bagi tujuan
pemuliharaan, termasuk
kawasan Nilai
Pemeliharaan Tinggi
(HCV) (hektar)
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang. [1 mata] Ya: Kawasan yang diasingkan bagi tujuan pemuliharaan, termasuk kawasan HCV, HCS, dan selainnya seperti tanah gambut, cerun curam.
[0.5 mata] Separa: Data berusia melebihi dua tahun, atau data disediakan tidak meliputi skop operasi syarikat yang diketahui, atau angka rumit untuk
dikira.
[0 mata] Tidak: Tiada data, atau data berusia melebihi lima tahun, atau tidak bertarikh, atau angka yang disediakan menggabungkan kawasan yang
diasingkan oleh syarikat dengan kawasan yang diasingkan oleh pembekal syarikat.
Sumber luaran: RSPO ACOP 2.1.4 Jumlah tanah yang ditetapkan dan diurus sebagai kawasan HCV; 2.1.5 Kawasan pemuliharaan lain yang diasingkan tidak
termasuk kawasan HCV.
13 Kawasan untuk
infrastruktur (hektar) Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang.
[1 mata] Ya: Kawasan untuk infrastruktur (iaitu kilang, jalan raya, bangunan).
[0.5 mata] Separa: Data berusia melebihi dua tahun, atau data disediakan tidak meliputi skop operasi syarikat yang diketahui, atau angka rumit untuk
dikira.
[0 mata] Tidak: Tiada data, atau data berusia melebihi lima tahun, atau tidak bertarikh.
14 Bilangan dan nama
kilang dimiliki syarikat Dilumpuhkan jika syarikat tidak mempunyai kilang sendiri.
[1 mata] Ya: Bilangan dan nama kilang dimiliki syarikat
[0.5 mata] Separa: Data berusia melebihi dua tahun, atau data disediakan tidak meliputi skop operasi syarikat yang diketahui, atau syarikat menyediakan
bilangan dan nama kilang sahaja.
[0 mata] Tidak: Tiada data, atau data berusia melebihi lima tahun, atau tidak bertarikh.
Sumber luaran: RSPO ACOP 2.6.1 Bilangan Kilang Minyak Sawit (Palm Oil Mills) yang diurus; Penanam Diiktiraf RSPO (RSPO Certified Growers); Satu Peta
Kelapa Sawit (One Oil Palm Maps).
15 Peta atau koordinat
kilang dimiliki syarikat Dilumpuhkan jika syarikat tidak mempunyai kilang sendiri. Maklumat mestilah dalam satu atau dua tempat dan bukannya tersebar di
beberapa tempat. [1 mata] Ya: Nama dan koordinat, atau alamat yang mampu memaparkan lokasi pada Google Maps, atau nama dan peta georujukan (shapefile, KML)
untuk semua kilang.
[0.5 mata] Separa: Sama seperti di atas, tetapi hanya untuk beberapa kilang sahaja, atau data berusia melebihi dua tahun, atau imej statik yang
menunjukkan lokasi semua kilang, atau hanya nama kilang, atau maklumat tidak jelas diberikan berkenaan dengan perkara di atas.
[0 mata] Tidak: Tiada data, atau data berusia melebihi lima tahun, atau tidak bertarikh, atau fail imej statik tidak berskala tempatan (iaitu kedudukan estet
tidak boleh ditentukan dengan tepat), atau teks pada imej tidak boleh dibaca.
Sumber luaran: Global Forest Watch - kilang kelapa sawit dan Kilang RSPO; GeoRSPO.
16 Bilangan dan nama
kilang pembekal Dilumpuhkan jika bukan pemproses/pedagang atau jika hanya sumber dari kilang sendiri.
[1 mata] Ya: Namadan syarikat induk bagi semua kilang pembekal (kilang yang membekalkan minyak sawit mentah (CPO) dan Isirong Kelapa Sawit (PK)).
[0.5 mata] Separa: Hanya menyatakan bilangan kilang pembekal, atau maklumat tentang nama/syarikat induk, atau maklumat tidak jelas diberikan
berkenaan dengan perkara di atas, atau data berusia melebihi dua tahun.
[0 mata] Tidak: Data berusia melebihi lima tahun.
17 Peta estet/pengurusan
unit Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang sahaja. Maklumat mestilah dalam satu atau dua tempat dan bukannya tersebar di beberapa
tempat. [1 mata] Ya: Nama dan peta georujukan yang jelas menunjukkan sempadan estet (contohnya, shapefile atau KML) untuk semua estet, atau menyatakan
dengan khusus bahawa peta mewakili 100% tapak konsesi di ACOP RSPO.
[0.5 mata] Separa: Nama dan peta georujukan untuk beberapa estet, atau tidak jelas jika semua estet, atau hanya mempunyai fail imej yang menunjukkan
lokasi tempatan semua/beberapa estet, atau data berusia melebih dua tahun.
[0 mata] Tidak: Tiada data, atau tidak bertarikh, atau fail imej statik tidak berskala tempatan (iaitu kedudukan estet tidak boleh ditentukan dengan tepat),
atau teks pada imej tidak boleh dibaca.
Sumber luaran: RSPO ACOP 5.1 Peta konsesi; 5.2 Peta akuan; Konsesi minyak sawit Global Forest Watch; GeoRSPO
18 Peta plasma/skim
pekebun kecil Dilumpuhkan jika tiada skim/pekebun kecil plasma atau jika hanya pemproses/pedagang.
[1 mata] Ya: Peta georujukan (shapefile atau KML) untuk semua estet skim pekebun kecil.
[0.5 mata] Separa: Peta georujukan bagi beberapa estet skim pekebun kecil, atau tidak jelas jika semua skim pekebun kecil, atau hanya mempunyai
gambar fail menunjukkan lokasi semua/beberapa skim pekebun kecil, atau data berusia melebihi dua tahun.
[0 mata] Tidak: Tiada data, atau tidak bertarikh, atau fail imej statik tidak berskala tempatan (iaitu kedudukan estet tidak boleh ditentukan dengan tepat),
atau teks dalam imej tidak boleh dibaca.
Sumber luaran: GeoRSPO.
19 Komitmen terikat masa
untuk mencapai 100%
kebolehjejakan hingga
ke peringkat kilang
Dilumpuhkan jika bukan pemproses/pedagang atau jika hanya sumber daripada kilang sendiri. [1 mata] Ya: Komitmen terikat masa untuk 100% kebolehjejakan hingga ke peringkat kilang (atau 100% kebolehjejakan hingga ke peringkat kilang minyak
sawit dalam rantaian bekalan) atau sudah mencapai 100% kebolehjejakan (dalam tempoh dua tahun lepas).
[0.5 mata] Separa: Komitmen terhadap kurang daripada 100% kebolehjejakan, atau tidak terikat dengan masa, atau komitmen pada masa lalu tetapi tidak
dicapai.
[0 mata] Tidak: Tiada komitmen.
20 Komitmen terikat masa
untuk mencapai 100%
kebolehjejakan hingga
ke peringkat
perladangan
[1 mata] Ya: Komitmen terikat masa untuk 100% kebolehjejakan hingga ke peringkat perladangan (atau 100% kebolehjejakan hingga ke peringkat
perladangan Tandan Buah Segar (FFB)) atau sudah mencapai 100% kebolehjejakan (dalam tempoh dua tahun lepas).
[0.5 mata] Separa: Komitmen terhadap kurang daripada 100% kebolehjejakan, atau tidak terikat dengan masa, atau komitmen pada masa lalu tetapi tidak
dicapai, atau pernyataan tidak jelas iaitu tidak menyatakan dengan khusus sama ada pada peringkat perladangan atau ladang.
[0 mata] Tidak: Tiada komitmen.
21 Peratusan bekalan yang
boleh dijejak hingga ke
peringkat kilang
(melebihi 80%)
Dilumpuhkan jika bukan pemproses/pedagang atau jika hanya sumber daripada kilang sendiri. Untuk operasi hiliran, keseluruhan peratusan
daripada bekalan minyak sawit (iaitu Minyak Sawit Mentah (CPO) dan Isirong Kelapa Sawit (PK)) boleh dijejak hingga ke kilang (atau peratusan
kebolehjejakan hingga ke kilang untuk kilang penapisan dan penghancuran isirong). [1 mata] Ya: 80%-100%.
[1.5 mata] Separa: 60% -79%.
[1 mata] Separa: 40%-59%.
[0.5 mata] Separa: 20%-39%.
[0 mata] Tidak: 0%-19%, atau data berusia melebihi dua tahun.
22 Peratusan tandan buah
segar (FFB) dari kilang
sendiri boleh dijejak
hingga ke peringkat
perladangan (melebihi
75%)
Dilumpuhkan jika syarikat tidak mempunyai kilang sendiri. Bagi kilang sendiri dimiliki syarikat (operasi huluan), keseluruhan peratusan bekalan FFB
boleh dijejak hingga ke peringkat perladangan, termasuk pekebun kecil dan pembekal, jika berkenaan. Boleh dikira daripada peratusan Identiti Terpelihara
(Identity Preserved) RSPO. [2 mata] Ya: 75% - 100%.
[1.5 mata] Separa: 50%-74%.
[1 mata] Separa: 25%-49%.
[0.5 mata] Separa: 1%-24%.
[0 mata] Tidak: 0%, atau data berusia melebihi dua tahun.
Sumber luaran: Penanam Diiktiraf RSPO (RSPO Certified Growers).
23 Peratusan tandan buah
segar (FFB) daripada
kilang pembekal boleh
dijejak hingga ke
peringkat perladangan
(melebihi 75%)
Dilumpuhkan jika bukan pemproses/pedagang atau jika hanya sumber dari kilang sendiri. Bagi operasi hiliran, keseluruhan peratusan bekalan FFB
atau bekalan minyak sawit (iaitu Minyak Sawit Mentah (CPO) dan Isirong Kelapa Sawit (PK)) dari kilang pembekal boleh dijejak hingga ke perladangan. [2 mata] Ya: 75% - 100%.
[1.5 mata] Separa: 50%-74%.
[1 mata] Separa: 25%-49%.
[0.5 mata] Separa: 1%-24%.
[0 mata] Tidak: 0%, atau data berusia melebihi dua tahun.
Pembasmian hutan dan biodiversiti
ID Penunjuk Protokol penyelidikan
24 Komitmen terhadap
pembasmian hutan sifar
[1 mata] Ya: Mempunyai komitmen "tidak menebang hutan" atau "pembasmian hutan sifar", atau jelas menyatakan perladangan tidak akan dibangunkan
di kawasan HCV, HCS dan tanah gambut.
[0.5 mata] Separa: Tiada komitmen bagi net pembasmian hutan (mengakui bahawa sesesetengah hutan yang ditebang dapat diimbangi semula dengan
pemulihan hutan seperti melalui pembelian REDD+, timbal balik (offset) atau mitigation banking), atau mempunyai komitmen "tiada pembasmian hutan"
yang tidak jelas.
[0 mata] Tidak: Tiada komitmen.
25 Komitmen pembasmian
hutan dikenakan
terhadap skim pekebun
kecil dan pembekal
bebas
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang atau jika tidak mempunyai sama ada skim pekebun kecil mahupun pembekal bebas. [1 mata] Ya: Komitmen (sama ada menangani pembasmian hutan atau tiada pembasmian hutan) dikenakan terhadap skim pekebun kecil dan pembekal
bebas (sekiranya mempunyai kedua-duanya sekali, atau terhadap satu sahaja jika hanya mempunyai satu), atau terhadap semua pembekal.
[0.5 mata] Separa: Komitmen hanya dikenakan terhadap skim pekebun kecil dan pembekal bebas (jika mempunyai kedua-duanya), dan memenuhi
sepenuhnya keperluan penunjuk terdahulu.
[0 mata] Tidak: Komitmen memenuhi hanya sebahagian daripada keperluan penunjuk terdahulu, atau tiada komitmen.
26 Kriteria untuk
menentukan takrif
pembasmian hutan
[1 mata] Ya: Menyatakan secara khusus kriteria atau jenis hutan/kawasan yang tidak akan dimusnahkan seperti hutan primer, Intact Forest Landscapes
(IFLs), hutan sekunder, hutan terganggu, kawasan HCS, kawasan HCV.
[0 mata] Tidak: Tidak menyatakan kriteria secara khusus.
27 Bukti pemantauan
pembasmian hutan
[1 mata] Ya: Menyatakan secara khusus cara pemantauan pembasmian hutan (iaitu cara memantau pencerobohan), termasuk seluas mana kawasan
dipantau dan/atau jangka masa.
[0.5 mata] Separa: Metodologi, seluas mana kawasan dipantau untuk pembasmian hutan, dan/atau jangka masa tidak jelas.
[0 mata] Tidak: Data berusia melebihi lima tahun, atau tidak bertarikh.
28 Contoh pengurusan
habitat dan/atau
pemulihan habitat
[1 mata] Ya: Beberapa contoh atau bukti pengurusan habitat atau aktiviti pemulihan habitat di kawasan pemuliharaan yang diasingkan syarikat atau di
landskap persekitaran tempat syarikat beroperasi (termasuk aktiviti dalam kawasan HCV, HCS, zon penampan (buffer zones), hutan, tanah gambut, paya
bakau, tanah lembap).
[0.5 mata] Separa: Hanya satu daripada contoh pengurusan habitat atau pemulihan.
[0 mata] Tidak: Data berusia melebihi lima tahun, atau tidak bertarikh.
Nota: Contoh boleh juga termasuk rehabilitasi rizab riparian, pemulihan hutan asli, peningkatan hutan bakau, penanaman pokok, penandaan sempadan
yang jelas, meletakkan papan tanda, menanam spesies asli, memastikan tiada jalan raya, memantau penenggelaman tanah gambut, menghadkan akses,
rondaan.
29 Melaksanakan
pendekatan
perancangan landskap
(landscape-level
approach) untuk
pemuliharaan
biodiversiti
[1 mata] Ya: Melaksanakan pendekatan perancangan landskap dengan tumpuan pada pemuliharaan alam sekitar/biodiversiti (atau seumpamanyanya).
[0.5 mata] Separa: Kenyataan tentang mengakui pentingnya pendekatan landskap, tetapi tidak jelas jika pendekatan itu dilaksanakan, atau butiran
disediakan terhad.
[0 mata] Tidak: Data berusia melebihi lima tahun, atau tidak bertarikh.
30 Komitmen terhadap
pemuliharaan
biodiversiti
[1 mata] Ya: Komitmen untuk memulihara biodiversiti menjangkaui sekadar menyebut tentang HCV.
[0 mata] Tidak: Hanya menyebut biodiversiti, atau hanya menyebut biodiversiti yang berkaitan dengan HCV dalaman.
31 Komitmen untuk tidak
membahayakan spesies
dalam pemuliharaan
berkenaan, merujuk
sistem klasifikasi spesies
antarabangsa atau
kebangsaan
[1 mata] Ya: Komitmen untuk melindungi spesies dalam pemuliharaan berkenaan (iaitu spesies nadir, terancam, hampir pupus), merujuk sistem yang
sesuai bagi pengelasan spesies (contohnya, Senarai Merah IUCN (IUCN Red List); senarai merah kebangsaan).
[0.5 mata] Separa: Komitmen yang jelas untuk melindungi spesies tetapi tidak menyebut sistem pengelasan spesies, atau komitmen tidak jelas
(contohnya, hanya menyatakan usaha melindungi) tetapi tidak merujuk pada sistem pengelasan spesies.
[0 mata] Tidak: Tiada komitmen.
32 Komitmen untuk tidak
memburu atau hanya
melibatkan pemburuan
mampan spesies
[1 mata] Ya: Komitmen untuk tidak memburu bagi semua spesies atau hanya membenarkan pemburuan mampan (iaitu pemburuan oleh masyarakat
setempat untuk tujuan sara hidup yang tidak menyebabkan penurunan populasi spesies tempatan sahaja).
[0.5 mata] Separa: Hanya tidak memburu spesies hampir pupus, nadir, terancam, atau komitmen tidak memburu hanya dikenakan pada peringkat
tertentu operasi (contohnya, tidak memburu hanya jika dalam kawasan yang diasingkan untuk pemuliharaan).
[0 mata] Tidak: Tiada komitmen.
33 Contoh aktiviti
pemuliharaan spesies Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang.
[1 mata] Ya: Beberapa contoh atau bukti aktiviti pemuliharaan spesies khas (haiwan dan/atau tumbuh-tumbuhan) di kawasan konsesi syarikat atau
kawasan yang diasingkan, atau di landskap sekitar tempat syarikat beroperasi. Sebagai contoh: aktiviti anti-pemburuan haram; latihan atau pendidikan
tentang biodiversiti/spesies; menangani spesis asing invasif; menangani pemerdagangan spesies ditangkap liar; meletakkan papan tanda dilarang memburu
spesies; pemasangan kotak sarang; menanam pokok terancam.
[0.5 mata] Separa: Hanya terdapat satu contoh pemuliharaan spesies, atau hanya menyebut tentang pemantauan spesies dan tidak jelas cara maklumat
ini digunakan untuk melaksanakan pemuliharaan spesies, atau hanya menyebutkan pemuliharaan spesies di kawasan syarikat tidak beroperasi (misalnya,
pembiayaan melalui cabang dermawan untuk pemuliharaan spesies di luar negeri).
[0 mata] Tidak: Data berusia melebihi lima tahun, atau tidak bertarikh.
Nilai Pemeliharaan Tinggi (HCV), Stok Karbon Tinggi (HCS) dan impak penilaian
ID Penunjuk Protokol penyelidikan
34 Komitmen untuk
melaksanakan penilaian
Nilai Pemeliharaan
Tinggi (HCV)
[1 mata] Ya: Komitmen sepenuhnya untuk melaksanakan penilaian HCV bagi semua pembangunan/penanaman baharu atau komited terhadap HCV bagi
semua penyumberan.
[0.5 mata] Separa: Tidak jelas jika komitmen dikenakan terhadap semua pembangunan/penanaman baharu, atau tidak menyatakan komitmen sendiri,
tetapi syarikat merupakan ahli RSPO, iaitu komited di bawah Prosedur Penanaman Baharu (NPP) RSPO.
[0 mata] Tidak: Tiada komitmen.
35 Komitmen HCV
dikenakan terhadap
skim pekebun kecil dan
pembekal bebas
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang atau tidak mempunyai sama ada skim pekebun kecil mahupun pembekal bebas. [1 mata] Ya: Komitmen HCV dikenakan terhadap skim pekebun kecil dan pembekal bebas (jika mempunyai kedua-duanya, atau hanya terhadap satu
sahaja jika mempunyai satu), atau terhadap semua pembekal, dan memenuhi sepenuhnya keperluan penunjuk terdahulu.
[0.5 mata] Separa: Komitmen memenuhi hanya sebahagian keperluan penunjuk terdahulu, atau komitmen hanya dikenakan terhadap skim pekebun kecil
atau pembekal bebas (jika mempunyai kedua-duanya), dan memenuhi sepenuhnya keperluan penunjuk terdahulu.
[0 mata] Tidak: Komitmen hanya dikenakan terhadap skim pekebun kecil atau pembekal bebas (jika mempunyai kedua-duanya), dan hanya memenuhi
sebahagian daripada keperluan penunjuk terdahulu, atau komitmen tidak dikenakan terhadap skim pekebun kecil atau pembekal bebas.
36 Komitmen untuk hanya
menggunakan penilai
berlesen Nilai
Pemeliharaan Tinggi
(HCV) yang ditauliahkan
Assessor Licensing
Scheme (ALS) daripada
rangkaian Sumber HCV
(HCV Resource Network)
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang. [1 mata] Ya: Komitmen untuk menggunakan penilai berlesen HCV ALS.
[0.5 mata] Separa: Menyatakan secara khusus penilai HCVRN, tetapi tidak jelas jika daripada ALS, atau tidak menyatakan komitmen sendiri, tetapi
merupakan anggota RSPO, iaitu komited di bawah NPP, RSPO.
[0 mata] Tidak: Tiada komitmen.
37 Penilaian Nilai
Pemeliharaan Tinggi
(HCV) untuk penanaman
dilaksanakan sebelum
Januari 2015, dan pelan
pengurusan dan
pemantauan berkaitan
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang. [1 mata] Ya: Sekurang-kurangnya satu penilaian HCV (laporan penuh atau ringkasan) bagi penanaman dilaksanakan sebelum Januari 2015 boleh diperoleh
secara awam. Semua penilaian HCV yang boleh diperoleh secara awam mesti mempunyai pelan pengurusan dan pemantauan berkaitan (pelan penuh atau
ringkasan).
[0.5 mata] Separa: Penilaian HCV boleh diperoleh secara awam, tetapi tidak mempunyai pelan pengurusan dan pemantauan atau hanya beberapa
penilaian HCV berpelan pengurusan dan pemantauan, atau sudah mengemukakan NPP RSPO, tetapi tiada dokumen berkaitan boleh didapati secara awam.
[0 mata] Tidak: Jika semuanya tidak boleh didapati, atau hanya menyatakan penilaian HCV telah dibuat, tetapi tiada dokumen atau ringkasan boleh
didapati.
38 Penilaian Nilai
Pemeliharaan Tinggi
(HCV) bagi semua estet
yang ditanam sejak
Januari 2015
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang atau jika tiada penanaman baharu sejak Januari 2015, kecuali sudah melaksanakan
penilaian HCV untuk bukan penanaman baharu. [1 mata] Ya: Penilaian HCV (laporan atau ringkasan) boleh diperoleh secara awam untuk semua kawasan baru ditanam, atau jika tiada penanaman
baharu, suatu penilaian HCV (laporan atau ringkasan) boleh diperolehi secara awam.
[0.5 mata] Separa: Penilaian HCV (laporan atau ringkasan) boleh diperoleh secara awam hanya untuk beberapa penanaman baharu, atau sudah
mengemukakan NPP RSPO untuk semua penanaman baharu, tetapi dokumen penilaian HCV berkaitan tidak boleh diperoleh secara awam.
[0 mata] Tidak: Tiada penilaian HCV, tetapi penanaman baharu dilaporkan.
Sumber luaran: HCVRN; Pemberitahuan NPP RSPO; RSPO ACOP 2015 2.6.1 Kawasan yang ditanam dalam tempoh pelaporan ini; RSPO ACOP 2016 dan 2017
2.4.1 Kawasan baharu yang ditanam dalam tempoh pelaporan ini.
39 Pelan pengurusan dan
pemantauan Nilai
Pemeliharaan Tinggi
(HCV) untuk semua estet
yang ditanam sejak
Januari 2015
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang atau jika tiada penanaman baharu sejak Januari 2015, kecuali sudah melaksanakan
penilaian HCV untuk bukan penanaman baharu. [1 mata] Ya: Pelan pengurusan dan pemantauan HCV (laporan atau ringkasan) boleh diperoleh untuk SEMUA kawasan baru ditanam, atau jika tiada
penanaman baharu, pelan pengurusan dan pemantauan HCV (laporan atau ringkasan) boleh diperoleh secara awam.
[0.5 mata] Separa: Pelan penilaian dan pemantauan HCV (laporan atau ringkasan) boleh diperoleh secara awam hanya untuk beberapa penanaman
baharu, atau sudah mengemukakan NPP RSPO untuk semua penanaman baharu, tetapi dokumen pelan pengurusan dan pemantauan HCV berkaitan tidak
boleh diperoleh secara awam.
[0 mata] Tidak: Tiada pelan pengurusan dan pemantauan HCV, tetapi penanaman baharu dilaporkan.
Sumber luaran: Pemberitahuan NPP RSPO.
40 Ulasan memuaskan
terhadap semua
penilaian Nilai
Pemeliharaan Tinggi
(HCV) dilaksanakan sejak
Januari 2015 oleh Panel
Kualiti ALS HCV
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang atau jika tiada penanaman baharu sejak Januari 2015, kecuali sudah melaksanakan
penilaian HCV untuk bukan penanaman baharu. [1 mata] Ya: Semua penilaian HCV dilaksanakan sejak Januari 2015 dikaji semula kualiti dan dianggap memuaskan.
[0.5 mata] Separa: Hanya beberapa penilaian HCV sejak Januari 2015 dikaji semula kualiti dan dianggap memuaskan, atau masih sedang dikaji semula di
laman web HCVRN.
[0 mata] Tidak: Tiada kualiti dikaji semula atau tiada yang dianggap memuaskan.
Sumber luaran: Ringkasan Awam HCVRN.
41 Komitmen terhadap
Pendekatan Stok Karbon
Tinggi (HCS)
[1 mata] Ya: Komitmen untuk menerapkan Pendekatan HCS, sebagaimana yang ditakrifkan oleh Kit Peralatan Pendekatan HCS, untuk semua
pembangunan/penanaman/penyumberan baharu.
[0.5 mata] Separa: Tidak jelas jika dikenakan terhadap semua pembangunan/penanaman baharu, atau tidak jelas sama ada itu Pendekatan HCS atau
sebagai satu lagi metodologi penilaian stok karbon tinggi.
[0 mata] Tidak: Tiada komitmen.
42 Penilaian Stok Karbon
Tinggi (HCS) Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang atau jika tiada penanaman baharu sejak Januari 2016.
[1 mata] Ya: Mana-mana laporan atau ringkasan penilaian HCS yang boleh diperoleh secara awam, sama ada menggunakan Pendekatan HCS atau kaedah
stok karbon tinggi lain.
[0.5 mata] Separa: Penilaian HCS masih ditunggu dikaji semula.
[0 mata] Tidak: Tiada penilaian HCS dikemukakan.
Sumber luaran: Penilaian Berdaftar Pendekatan HCS.
43 Komitmen untuk
melaksanakan Penilaian
Impak Sosial dan Alam
Sekitar (SEIA)
[1 mata] Ya: Komitmen untuk melaksanakan SEIA (atau kedua-dua EIA dan SIA) sebelum semua pembangunan/penanaman baharu. Padanan tempatan
boleh diterima, misalnya AMDAL sebagai EIA di Indonesia.
[0.5 mata] Separa: Komitmen yang tidak jelas terhadap SEIA sebelum semua pembangunan/penanaman baharu, atau hanya menyebutkan EIA/AMDAL
atau SIA, atau jika ahli RSPO, komited di bawah NPP RSPO.
[0 mata] Tidak: Tiada komitmen.
44 Penilaian impak sosial
dan alam sekitar (SEIA)
dilaksanakan, dan pelan
pengurusan dan
pemantauan yang
berkaitan
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang sahaja. [1 mata] Ya: Sekurang-kurangnya satu penilaian SEIA (laporan penuh atau ringkasan) boleh didapati secara awam. Semua penilaian SEIA yang boleh
diperoleh secara awam mesti mempunyai pelan pengurusan dan pemantauan yang berkaitan (pelan penuh atau ringkasan).
[0.5 mata] Separa: Penilaian SEIA boleh diperoleh secara awam, tetapi tidak mempunyai pelan pengurusan dan pemantauan atau hanya SIA atau EIA
yang boleh diperoleh secara awam, atau telah mengemukakan NPP RSPO, tetapi tiada dokumen berkaitan yang boleh didapati secara awam.
[0 mata] Tidak: Semua tiada, atau hanya menyatakan telah melaksanakan penilaian SEIA, tetapi tiada dokumen atau ringkasan boleh didapati.
Sumber luaran: Pemberitahuan NPP.
Gambut, kebakaran, dan pelepasan gas rumah hijau (GHG) ID Penunjuk Protokol penyelidikan
45 Komitmen untuk tiada
penanaman di atas
gambut pada mana-
mana tahap kedalaman
[1 mata] Ya: Komitmen yang jelas untuk tiada penanaman di atas gambut untuk semua pembangunan/penanaman/penyumberan baharu, menyatakan
dengan khusus untuk semua tahap kedalaman tanah gambut atau semua tanah gambut sebagaimana yang ditakrifkan berdasarkan takrifan diiktiraf.
[0.5 mata] Separa: Hanya kedalaman tertentu atau tanah gambut tertentu, atau tidak jelas jika komitmen dikenakan terhadap semua
pembangunan/penanaman/penyumberan baharu.
[0 mata] Tidak: Tiada komitmen.
46 Komitmen tanah
gambut dikenakan
terhadap skim pekebun
kecil dan pembekal
bebas
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/peniaga atau jika tidak mempunyai sama ada skim pekebun kecil ataupun pembekal bebas. [1 mata] Ya: Komitmen tanah gambut dikenakan terhadap skim pekebun kecil dan pembekal bebas (sekiranya mempunyai kedua-duanya sekali, atau
terhadap satu sahaja jika hanya mempunyai satu), atau terhadap semua pembekal.
[0.5 mata] Separa: Hanya mempunyai sebahagian komitmen bagi penunjuk di atas, atau komitmen hanya dikenakan terhadap skim pekebun kecil atau
pembekal bebas (sekiranya mempunyai kedua-duanya sekali).
[0 mata] Tidak: Komitmen tidak dikenakan terhadap skim pekebun kecil atau pembekal.
47 Komitmen terhadap
amalan pengurusan
terbaik untuk tanah dan
gambut
[1 mata] Ya: Komitmen terhadap Amalan Pengurusan Terbaik (BMP) atau Amalan Pertanian Baik (GAP) bagi tanah DAN gambut (atau hanya tanah jika
jelas menyatakan tiada gambut dalam mana-mana operasi). Sebagai contoh, tidak mendegradasi, mengurangkan pemadatan, tiada hakisan, atau
memulihara tanah. Mestilah komitmen penuh terhadap amalan terbaik, bukan hanya terhad kepada beberapa jenis amalan sahaja (contohnya, membuat
pernyataan ringkas tentang mencegah hakisan).
[0.5 mata] Separa: Hanya komited terhadap BMP untuk tanah atau gambut.
[0 mata] Tidak: Tiada komitmen, atau hanya meliputi terhad beberapa amalan sahaja.
48 Simpanan tanah atau
kawasan yang ditanam
adalah di atas gambut
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang sahaja. [1 mata] Ya: Melaporkan jumlah keluasan kawasan atau kawasan yang ditanam yang merupakan tanah gambut.
[0.5 mata] Separa: Data berusia melebihi dua tahun, atau tidak meliputi sepenuhnya ruang lingkup operasi syarikat.
[0 mata] Tidak: Tiada data, atau data berusia melebihi lima tahun, atau tidak bertarikh.
49 Bukti amalan
pengurusan terbaik
untuk tanah dan gambut
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang sahaja. [1 mata] Ya: Terdapat contoh melaksanakan amalan pengurusan untuk memulihara tanah dan gambut (atau hanya tanah jika jelas menyatakan tidak ada
gambut dalam mana-mana operasi). Contohnya: mengitar semula nutrien tanah; tidak menanam di tanah marginal atau tanah rapuh; menggunakan kaedah
peneresan dan penutup bumi untuk mengurangkan hakisan; menguruskan paras air untuk gambut; kursus atau bengkel tentang tanah atau gambut.
[0.5 mata] Separa: Hanya menunjukkan bukti pengurusan tanah atau gambut (jika mempunyai tanah di kawasan gambut).
[0 mata] Tidak: Data berusia melebihi lima tahun, atau tidak bertarikh.
50 Komitmen untuk
pembakaran sifar
[1 mata] Ya: Komitmen jelas terhadap tiada pembakaran atau pembakaran sifar bagi semua pembangunan/penanaman/penanaman
semula/penyumberan yang baharu.
[0.5 mata] Separa: Tiada komitmen terhadap pembakaran, tetapi tidak jelas jika dikenakan terhadap semua pembangunan/penanaman/penanaman
semula/penyumberan yang baharu, atau hanya suatu komitmen untuk menghadkan penggunaan api.
[0 mata] Tidak: Tiada komitmen.
51 Komitmen pembakaran
sifar dikenakan terhadap
skim pekebun kecil dan
pembekal bebas
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/peniaga atau jika tidak mempunyai sama ada skim pekebun kecil ataupun pembekal bebas. [1 mata] Ya: Komitmen pembakaran sifar dikenakan terhadap skim pekebun kecil dan pembekal bebas (jika mempunyai kedua-duanya, atau hanya
terhadap satu sahaja jika mempunyai satu sahaja), atau terhadap semua pembekal, dan memenuhi sepenuhnya keperluan penunjuk terdahulu.
[0.5 mata] Separa: Komitmen memenuhi hanya sebahagian keperluan penunjuk terdahulu, atau komitmen hanya dikenakan terhadap skim pekebun kecil
atau pembekal bebas (jika mempunyai kedua-duanya), dan memenuhi sepenuhnya keperluan penunjuk terdahulu.
[0 mata] Tidak: Komitmen hanya dikenakan terhadap skim pekebun kecil atau pembekal bebas (jika mempunyai kedua-duanya) dan hanya memenuhi
sebahagian sahaja keperluan penunjuk terdahulu, atau tiada komitmen.
52 Bukti pengurusan dan
pemantauan kebakaran
[1 mata] Ya: Bukti sekurang-kurangnya satu pemantauan kebakaran dan satu aktiviti pengurusan kebakaran. Contohnya: sistem untuk mengawasi titik
panas/kebakaran; kawasan yang dipantau untuk titik panas/kebakaran; cara mengurus atau berhadapan dengan kebakaran yang dilaporkan; langkah untuk
mencegah kebakaran; aktiviti di bawah Fire Free Alliance.
[0.5 mata] Separa: Hanya satu jenis aktiviti disebutkan.
[0 mata] Tidak: Data berusia melebihi lima tahun, atau tidak bertarikh.
53 Butiran/bilangan titik
panas/kebakaran di
estet milik syarikat
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang. [1 mata] Ya: Jumlah titik panas/kebakaran, atau butiran tentang semua titik panas/kebakaran sepanjang tempoh ditetapkan bagi estet sendiri.
[0.5 mata] Separa: Melaporkan maklumat terhad tentang titik panas/kebakaran dalam estet sendiri, atau data berusia melebihi dua tahun.
[0 mata] Tidak: Tiada data, atau data berusia melebihi lima tahun, atau tidak bertarikh.
54 Butiran/bilangan titik
panas/kebakaran di
landskap
sekitar/kawasan
pekebun kecil
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang. [1 mata] Ya: Jumlah bilangan titik panas/kebakaran atau butiran tentang semua titik panas/kebakaran sepanjang jangka masa ditetapkan bagi kawasan
landskap sekitar dan/atau estet pekebun kecil.
[0.5 mata] Separa: Melaporkan maklumat terhad tentang titik panas/kebakaran di kawasan landskap sekitar, dan/atau estet pekebun kecil, atau data
berusia melebihi dua tahun.
[0 mata] Tidak: Tiada data, atau data berusia melebihi lima tahun, atau tidak bertarikh.
55 Komitmen masa terikat
untuk mengurangkan
intensiti pelepasan gas
rumah hijau (GHG)
Dilumpuhkan jika hanya pedagang. [1 mata] Ya: Komitmen masa terikat untuk mengurangkan intensiti GHG pada keseluruhan operasi minyak sawit atau keseluruhan operasi berpandukan
peratusan dan jangka masa khusus (iaitu sebanyak X % sebelum YYYY), atau sudah mencapai sasaran komitmen masa terikat.
[0.5 mata] Separa: Komitmen tidak meliputi keseluruhan operasi termasuk operasi minyak sawit, sebagai contoh, hanya dikenakan terhadap pelepasan
gas kenderaan, atau mempunyai sasaran untuk mengurangkan GHG, tetapi tidak masa terikat, atau ada masa-terikat tetapi tiada sasaran (contohnya, pelan
untuk mengurangkan pelepasan GHG menjelang 2020 tetapi tidak menyatakan cara dan peratusan), atau mempunyai sasaran, tetapi tidak melaporkan
intensiti secara khusus.
[0 mata] Tidak: Tiada sasaran, atau komitmen samar-samar untuk mengurangkan pelepasan gas atau pelepasan GHG secara amnya.
56 Pelepasan GHG hasil
daripada perubahan
guna tanah
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang. [1 mata] Ya: Melaporkan angka pelepasan gas berikutan perubahan guna tanah
[0.5 mata] Separa: Tidak jelas jika angka itu berkaitan dengan operasi minyak sawit atau skop penuh operasi minyak sawit, atau data berusia melebihi
dua tahun.
[0 mata] Tidak: Tiada data, atau data berusia melebihi lima tahun, atau tidak bertarikh.
Sumber luaran: RSPO ACOP 6.1 Adakah anda sedang menilai pelepasan GHG operasi anda?
57 Metodologi yang
digunakan untuk
mengira pelepasan GHG
Dilumpuhkan jika hanya pedagang. [1 mata] Ya: Menyatakanmetodologi yang digunakan (contoh: RSPO PalmGHG Calculator, ISCC GHGEmissions Calculation Methodology, ISPO Calculator,
GHG Protocol.)
[0 mata] Tidak: Tiada metodologi yang dilaporkan.
Sumber luaran: RSPO ACOP 6.1 Adakah anda sedang menilai pelepasan GHG operasi anda?
58 Kemajuan ke arah
komitmen
mengurangkan intensiti
pelepasan GHG
Dilumpuhkan jika hanya pedagang. [1 mata] Ya: Komitmen sudah dicapai/mengekalkan komitmen atau menunjukkan kemajuan ke arah komitmen terhadap intensiti GHG
[0.5 mata] Separa: Melaporkan intensiti pelepasan GHG tetapi tiada sasaran dibuat (iaitu mendapat skor 0 bagi penunjuk sasaran), atau melaporkan
kemajuan intensiti pelepasan tetapi tidak menunjukkan kemajuan, atau komitmen tidak meliputi semua operasi minyak sawit, atau melaporkan kemajuan
bagi data GHG dalam bentuk lain (contohnya, keseluruhan pelepasan), atau data berusia melebihi dua tahun.
[0 mata] Tidak: Tidak dilaporkan, atau data melebihi lima tahun, atau melaporkan kemajuan tetapi tidak melaporkan intensiti dan tidak menunjukkan
kemajuan.
59 Peratusan kilang dengan
kemampuan menangkap
gas metana (100%)
Dilumpuhkan jika tiada kilang atau jika hanya pedagang. [1 mata] Ya: Semua kilang mempunyai kemampuan menangkap gas metana atau biogas.
[0.5 mata] Separa: Hanya beberapa kilang mempunyai kemampuan menangkap gas metana atau biogas.
[0 mata] Tidak: Tiada kilang yang mempunyai kemampuan menangkap gas metana atau biogas.
Air, bahan kimia, sisa, dan pengurusan perosak ID Penunjuk Protokol penyelidikan
60 Komitmen masa terikat
untuk memajukan
penggunaan air bagi
setiap tan metrik FFB
Diproses
Dilumpuhkan jika hanya pedagang. [1 mata] Ya: Komitmen masa terikat untuk memajukan penggunaan air atau intensiti air pada keseluruhan operasi minyak sawit, atau sudah mencapai
sasaran.
[0.5 mata] Separa: Komitmen hanya merujuk terhad beberapa sub-set operasi syarikat (iaitu beberapa kilang), atau komitmen untuk memajukan
penggunaan air tetapi tidak terikat masa, atau tidak merujuk penggunaan air untuk setiap tan metrik FFB, atau komitmen meliputi kesemua operasi syarikat
(bukan hanya minyak sawit).
[0 mata] Tidak: Tiada komitmen, atau hanya komitmen am bagi penggunaan air.
61 Komitmen masa terikat
untuk memperbaik
kualiti air (Permintaan
Oksigen Biokimia (BOD)
dan Permintaan Oksigen
Kimia (COD))
Dilumpuhkan jika hanya pedagang. [1 mata] Ya: Komitmen masa terikat untuk memperbaik kedua-dua BOD dan COD pada keseluruhan operasi minyak sawit, atau komitmen dikenakan
terhadap keseluruhan operasi, atau sudah mencapai sasaran.
[0.5 mata] Separa: Komitmen hanya merujuk terhad beberapa sub-set operasi syarikat (iaitu beberapa kilang), atau set terhad pengukuran kualiti air
(iaitu hanya BOD atau COD), atau komitmen untuk memperbaik kualiti air, tetapi tidak terikat masa.
[0 mata] Tidak: Tiada komitmen atau komitmen am terhadap kualiti air, tidak merujuk BOD atau COD.
62 Kemajuan ke arah
komitmen penggunaan
air
Dilumpuhkan jika hanya pedagang. [1 mata] Ya: Komitmen sudah dicapai atau menunjukkan kemajuan ke arah komitmen penggunaan air.
[0.5 mata] Separa: Melaporkan kemajuan dalam penggunaan air, tetapi tidak bagi sasaran untuk memenuhi komitmen, atau melaporkan angka
penggunaan air yang bertambah baik tetapi tiada komitmen, atau tidak melaporkan dari segi intensiti, atau data berusia melebihi dua tahun.
[0 mata] Tidak: Melaporkan angka penggunaan air, tetapi tidak jelas menunjukkan kemajuan, atau data berusia melebihi lima tahun.
63 Kemajuan ke arah
komitmen terhadap
kualiti air (BOD dan
COD)
Dilumpuhkan jika hanya pedagang. [1 mata] Ya: Komitmen sudah dicapai atau dikekalkan atau menunjukkan kemajuan ke arah komitmen terhadap kualiti air untuk kedua-dua BOD dan COD,
atau melaporkan bahawa BOD dan COD berada pada had yang dibenarkan.
[0.5 mata] Separa: Melaporkan kemajuan kualiti air, tetapi tidak bagi sasaran untuk memenuhi komitmen, atau tidak menunjukkan kemajuan ke arah
mencapai sasaran untuk kedua-dua BOD dan COD, atau hanya melaporkan angka untuk BOD atau COD, atau melaporkan kemajuan pada angka kualiti air
tetapi tiada komitmen, atau data berusia melebihi dua tahun.
[0 mata] Tidak: Tiada data, atau melaporkan angka kualiti air, tetapi tidak jelas jika meningkatkan kualiti air, atau data berusia melebihi lima tahun.
64 Perlindungan laluan air
semula jadi melalui
penyediaan zon
penampan
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang. [1 mata] Ya: Komitmen untuk menyediakan zon penampan atau kawasan riparian untuk melindungi laluan air semula jadi pada keseluruhan operasi.
[0.5 mata] Separa: Zon penampan atau kawasan perlindungan riparian tidak disediakan pada keseluruhan operasi, atau tidak jelas jika ini keadaannya.
[0 mata] Tidak: Tiada komitmen.
65 Bukti merawat Efluen
Kilang Minyak Sawit
(POME)
Dilumpuhkan jika tiada kilang atau jika hanya pedagang. [1 mata] Ya: Merawat POME (iaitu bukan sekadar melepaskan ke saluran air tanpa terlebih dahulu dirawat di kolam rawatan atau seumpamanyanya).
[0.5 mata] Separa: Merawat air sisa tetapi tidak menyebut jika itu POME dengan jelas.
[0 mata] Tidak: Data berusia melebihi lima tahun, atau tidak bertarikh.
66 Komitmen untuk
mengurangkan
penggunaan bahan
kimia, termasuk racun
perosak dan baja kimia
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang. [1 mata] Ya: Komitmen untuk meminimumkan, mengurangkan atau mengehadkan penggunaan bahan kimia/toksin, menyebutkan kedua-dua baja dan
racun perosak (kimia).
[0.5 mata] Separa: Hanya menyebut mengurangkan penggunaan am bahan kimia, racun perosak atau baja.
[0 mata] Tidak: Tiada komitmen.
67 Tiada penggunaan racun
paraquat Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang sahaja.
[1 mata] Ya: Tidak menggunakan racun paraquat atau hanya menggunakan dalam keadaan darurat/kekecualian.
[0.5 mata] Separa: Pelan masa terikat untuk penggunaan dihentikan secara berperingkat-peringkat.
[0 mata] Tidak: Hanya pernyataan umum bahawa penggunaan akan dihentikan secara berperingkat-peringkat yang tidak terikat masa.
68 Tiada penggunaan racun
perosak Kelas 1a dan 1b
Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO)
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang sahaja. [1 mata] Ya: Tidak menggunakan racun perosak Kelas 1a dan 1b atau hanya menggunakan dalam keadaan darurat/kekecualian.
[0.5 mata] Separa: Pelan masa terikat untuk penggunaan dihentikan secara berperingkat-peringkat.
[0 mata] Tidak: Hanya pernyataan am bahawa penggunaan akan dihentikan secara berperingkat-peringkat yang tidak terikat masa.
69 Tiada penggunaan
bahan kimia yang
disenaraikan di bawah
konvensyen Stockholm
dan Konvensyen
Rotterdam
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang. [1 mata] Ya: Tidak menggunakan bahan kimia yang disenaraikan di bawah Konvensyen Stockholm dan Rotterdam atau hanya menggunakan racun
tersebut dalam keadaan darurat/kekecualian.
[0.5 mata] Separa: Pelan tempoh masa terikat untuk menghentikan penggunaan secara berperingkat-peringkat, atau merujuk racun yang disenaraikan
pada satu konvensyen sahaja.
[0 mata] Tidak: Hanya pernyataan am bahawa penggunaan akan dihentikan secara berperingkat-peringkat yang tidak terikat masa.
70 Pendekatan Pengurusan
Perosak Bersepadu
(IPM)
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang. [1 mata] Ya: Mempunyai pendekatan Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM). Contohnya, ada pernyataan yang jelas, atau mengemukakan bukti
penggunaan kawalan perosak semula jadi, menggunakan tanaman tutup bumi untuk mengurangkan serangan perosak, angka menunjukkan pengurangan
penggunaan racun kimia.
[0.5 mata] Separa: Menyebut pendekatan IPM, tetapi tidak jelas jika pendekatan ini dilaksanakan, atau sekadar menerangkan takrif IPM sahaja.
[0 mata] Tidak: Tiada data, atau data berusia melebihi lima tahun, atau tidak bertarikh.
71 Penggunaan bahan
kimia per hektar atau
senarai bahan kimia
yang digunakan
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang. [1 mata] Ya: Angka penggunaan bahan kimia per hektar (contoh: penggunaan baja kimia atau kadar ketoksikan), atau senarai bahan kimia yang digunakan
dalam operasi minyak sawit.
[0.5 mata] Separa: Angka penggunaan bahan kimia hanya untuk sesetengah operasi syarikat, atau tidak jelas kaitan angka itu, atau angka berusia
melebihi dua tahun.
[0 mata] Tidak: Angka tidak dilaporkan.
Hak komuniti, hak tanah, dan hak pekerja
ID Penunjuk Protokol penyelidikan 72 Komitmen terhadap hak
asasi manusia, merujuk
Deklarasi Sejagat Hak
Asasi Manusia PBB atau
Prinsip Panduan PBB
berkenaan dengan
Perniagaan dan Hak
Asasi Manusia
[1 mata] Ya: Komitmen untuk menghormati atau mengiktiraf hak asasi manusia, dan merujuk Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia PBB atau Prinsip
Panduan PBB berkenaan dengan Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (juga dikenal sebagai Prinsip Ruggie PBB atau Rangka Kerja Ruggie iaitu "Protect,
Respect and Remedy"), atau komited terhadap prinsip hak asasi manusia sebagai sebahagian daripada ahli UN Global Compact. Boleh merujuk Deklarasi
PBB di tempat lain jika jelas komited terhadap perkara tersebut.
[0.5 mata] Separa: Komited untuk menghormati hak asasi manusia tetapi tidak memberi rujukan tentang Deklarasi PBB berkenaan dengan hak asasi
manusia atau seumpamanyanya.
[0 mata] Tidak: Hanya menyebutkan hak asasi manusia, tetapi tidak ada komitmen yang jelas.
73 Komitmen terhadap hak
asasi manusia dikenakan
terhadap skim pekebun
kecil dan pembekal
bebas
Dilumpuhkan jika tidak mempunyai skim pekebun kecil dan tiada pembekal bebas. [1 mata] Ya: Komitmen dikenakan terhadap skim pekebun kecil dan pembekal bebas (jika mempunyai kedua-duanya, atau terhadap satu sahaja jika
mempunyai satu), dan memenuhi sepenuhnya keperluan penunjuk terdahulu.
[0.5 mata] Separa: Komitmen hanya memenuhi sebahagian keperluan penunjuk terdahulu, atau komitmen hanya dikenakan terhadap skim pekebun
kecil atau pembekal bebas (jika mempunyai kedua-duanya), dan memenuhi sepenuhnya keperluan penunjuk terdahulu.
[0 mata] Tidak: Komitmen hanya dikenakan terhadap skim pekebun kecil atau pembekal bebas (jika mempunyai kedua-duanya) dan hanya memenuhi
sebahagian keperluan penunjuk terdahulu, atau tiada komitmen.
74 Komitmen untuk
menghormati hak
pemegangan tanah sah
dan hak pemegangan
tanah adat
[1 mata] Ya: Komitmen untuk menghormati hak pemegangan tanah sah dan tanah adat (tanah tradisi), atau untuk hak milik dan akses/penggunaan
tanah, atau komited terhadap Garis Panduan Sukarela FAO berkenaan dengan Tadbir Urus Bertanggungjawab bagi Pemegangan Tanah, Perikanan dan
Perhutanan dalam Konteks Keselamatan Makanan Kebangsaan.
[0.5 mata] Separa: Hanya komited terhadap hak tanah adat, tradisi atau penggunaan tanah, atau hak tanah sah sahaja, atau hanya menyebut yang
berkaitan dengan FPIC.
[0 mata] Tidak: Hanya menyebut pemilikan hak tanah sah.
75 Komitmen untuk
menghormati hak
masyarakat pribumi dan
setempat, dengan
merujuk Deklarasi PBB
berkenaan dengan Hak
Masyarakat Pribumi dan
ILO 169
[1 mata] Ya: Komitmen terhadap hak masyarakat pribumi dan setempat termasuk rujukan Deklarasi PBB berkenaan dengan Hak Masyarakat Pribumi
atau Konvensyen Masyarakat Pribumi dan Suku Kaum ILO (no. 169), atau komitmen kendiri terhadap ILO 169. Boleh membuat rujukan UNDRIP/ILO 169 di
tempat lain jika jelas komited terhadap perkara ini.
[0.5 mata] Separa: Tidak merujuk Deklarasi PBB atau ILO tetapi komited terhadap hak masyarakat setempat dan/atau pribumi, atau hanya menyebut
hak masyarakat setempat dan pribumi yang berkaitan dengan pemegangan tanah atau FPIC.
[0 mata] Tidak: Tiada komitmen.
76 Komitmen terhadap
Persetujuan Bebas, Awal
dan Termaklum (FPIC)
[1 mata] Ya: Komitmen FPIC dikenakan terhadap semua pembangunan/penanaman/penyumberan baharu, atau menyatakan bahawa FPIC dihormati
pada keseluruhan operasi atau seumpamanyanya.
[0.5 mata] Separa: Komitmen tidak jelas, atau tidak menyatakan komitmen sendiri, tetapi syarikat merupakan ahli RSPO, iaitu komited di bawah NPP
RSPO.
[0 mata] Tidak: Tiada komitmen.
77 Komitmen FPIC
dikenakan terhadap
pembekal bebas
Dilumpuhkan jika tiada pembekal bebas atau jika hanya pemproses/pedagang. [1 mata] Ya: Komitmen FPIC dikenakan terhadap pembekal bebas atau semua pembekal.
[0.5 mata] Separa: Hanya mempunyai sebahagian komitmen bagi penunjuk di atas atau komitmen tidak jelas.
[0 mata] Tidak: Proses boleh didapati tetapi butiran proses terhad, atau hanya terdapat kajian kes cara FPIC dilaksanakan.
78 Butiran proses tentang
Persetujuan Bebas, Awal
dan Termaklum (FPIC)
boleh didapati.
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang. [1 mata] Ya: Carta alir, butiran tentang langkah yang diambil atau keterangan bagi metodologi yang memperincikan cara prinsip FPIC dikendalikan.
[0.5 mata] Separa: Proses boleh didapati tetapi butiran proses terhad, atau hanya terdapat kajian kes cara FPIC dilaksanakan.
[0 mata] Tidak: Tiada butiran boleh didapati.
79 Butiran berkenaan
dengan proses
menangani konflik tanah
boleh didapati
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang. [1 mata] Ya: Melaporkan proses menangani konflik tanah, seperti proses penyelesaian konflik tanah, atau seumpamanyanya.
[0.5 mata] Separa: Laporan yang mempunyai proses konflik tanah, tetapi butiran proses sangat terhad, atau mempunyai proses konflik, tetapi tidak jelas
jika meliputi konflik tanah.
[0 mata] Tidak: Tiada butiran boleh didapati.
80 Komitmen untuk
mengurangkan impak
terhadap jaminan
makanan
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang sahaja. [1 mata] Ya: Komitmen untuk memastikan jaminan makanan masyarakat setempat dengan membantu menyediakan kepelbagaian tanaman dan/atau
jaminan harga makanan.
[0.5 mata] Separa: Hanya menyebut jaminan makanan atau mudah mendapat makanan, tetapi tidak jelas jika untuk masyarakat setempat, atau kajian
kes jaminan makanan tetapi tiada dasar dinyatakan.
[0 mata] Tidak: Tiada komitmen.
81 Komitmen untuk
menyediakan
perkhidmatan dan
kemudahan penting
masyarakat
[1 mata] Ya: Komitmen untuk menyediakan perkhidmatan dan kemudahan penting masyarakat sekurang-kurangnya satu contoh kaedah kemudahan
dan/atau perkhidmatan disediakan untuk masyarakat.
[0.5 mata] Separa: Komitmen tersedia, tetapi tiada contoh, atau ada contoh tetapi tiada komitmen.
[0 mata] Tidak: Tiada komitmen atau contoh.
82 Komitmen untuk
menghormati semua hak
pekerja
[1 mata] Ya: Komitmen untuk menghormati hak pekerja (atau buruh), menyatakan secara khusus kedua-dua pekerja tetap (atau langsung) dan pekerja
sementara (atau tak langsung, migran, sambilan) atau semua pekerja/kakitangan.
[0.5 mata] Separa: Hanya menyebut hak pekerja tanpa menjelaskan skop komitmen (iaitu jika meliputi semua jenis pekerja).
[0 mata] Tidak: Tiada komitmen.
83 Membuat rujukan pada
Konvensyen Pertubuhan
Buruh Antarabangsa
(ILO) Asas atau Prinsip
Buruh Bebas dan Adil
[1 mata] Ya: Merujuk semua Konvensyen ILO Asas sama ada dengan menyatakan komitmen terhadap semua Konvensyen ILO Asas, iaitu merujuk nombor
ILO, atau merujuk bahasa sama diguna pakai sebagai tajuk (iaitu menyatakan "kebebasan berpersatuan"), atau komited terhadap Deklarasi ILO berkenaan
dengan Prinsip Asasi dan Hak di Tempat Kerja atau komited terhadap Prinsip Buruh Bebas dan Adil.
[0.5 mata] Separa: Merujuk empat atau lebih Konvensyen ILO.
[0 mata] Tidak: Merujuk kurang daripada empat Konvensyen ILO.
Nota: Lapan Konvensyen ILO Asas: Kebebasan Berpersatuan (No. 87); Hak Mengatur dan Perundingan Kolektif (No. 98); Tiada Buruh Paksa (No 29 & No.
105); Umur Minimum (No 138); Bentuk Terburuk Buruh Kanak-Kanak (No. 182); Ganjaran Setara (No. 100); Tiada Diskriminasi (No. 111).
84 Jumlah pekerja [0.5 mata] Ya: Jumlah bilangan pekerja pada keseluruhan operasi atau untuk operasi minyak sawit, jika dinyatakan secara khusus.
[0 mata] Tidak: Data berusia melebihi dua tahun, atau tidak bertarikh, atau angka sukar dikira menggunakan data tersedia (contoh, bukan penambahan
atau penolakan mudah bagi angka yang jelas berkaitan).
85 Peratusan atau bilangan
kakitangan sementara
[1 mata] Ya: Bilangan pekerja sementara pada keseluruhan operasi atau untuk operasi minyak sawit, jika dinyatakan secara khusus. Mungkin juga
dipanggil pekerja sambilan, kontrak atau bermusim.
[0.5 mata] Separa: Data berusia melebihi dua tahun, atau tidak meliputi seluruh skop operasi (iaitu hanya pekerja sementara di satu negara).
[0 mata] Tidak: Tidak dilaporkan, atau data berusia melebihi lima tahun, atau tidak bertarikh.
86 Peratusan atau bilangan
pekerja wanita
[1 mata] Ya: Bilangan pekerja wanita pada keseluruhan operasi atau untuk operasi minyak sawit, jika dinyatakan secara khusus.
[0.5 mata] Separa: Data berusia melebihi dua tahun, atau tidak meliputi seluruh skop operasi (iaitu hanya pekerja wanita di satu negara).
[0 mata] Tidak: Tidak dilaporkan, atau data berusia melebihi lima tahun, atau tidak bertarikh.
87 Komitmen untuk
membayar gaji
minimum
[1 mata] Ya: Bukti bahawa semua pekerja dibayar gaji minimum (contoh, menggunakan nisbah gaji permulaan dengan gaji minimum tempatan selaras
dengan laporan GRI).
[0.5 mata] Separa: Menyatakan gaji minimum atau membayar gaji minimum sah, tetapi tiada bukti diberikan, atau gaji minimum tidak dibayar kepada
semua pekerja (iaitu pekerja sementara dibayar kurang), atau data berusia melebihi dua tahun.
[0 mata] Tidak: Tiada data, atau data berusia melebihi lima tahun, atau tidak bertarikh.
88 Komitmen untuk
menangani kesihatan
dan keselamatan
pekerjaan
[1 mata] Ya: Komitmen untuk menangani kesihatan dan keselamatan di tempat kerja atau seumpamanyanya untuk semua pekerja.
[0.5 mata] Separa: Komitmen tidak meliputi semua pekerja (iaitu hanya merujuk kesihatan dan keselamatan di kilang, tetapi tidak di ladang).
[0 mata] Tidak: Tiada komitmen.
89 Kehilangan masa kerana
kecederaan di tempat
kerja
[1 mata] Ya: Bagi keseluruhan syarikat atau operasi minyak sawit. Sukatan yang boleh diterima termasuk kadar kehilangan masa akibat kemalangan,
kadar kehilangan hari bekerja, kadar kekerapan kemalangan atau seumpamanyanya.
[0.5 mata] Separa: Tidak jelas kaitan data yang disediakan, atau data berusia melebihi dua tahun, atau data jelas tidak merangkumi kesemua pekerja
(contoh, hanya melaporkan untuk operasi di satu negara).
[0 mata] Tidak: Tiada data atau data berusia melebihi lima tahun, atau tidak bertarikh, atau data tidak meliputi operasi minyak sawit.
90 Bilangan kematian
disebabkan kemalangan
di tempat kerja
[1 mata] Ya: Bagi keseluruhan syarikat atau operasi minyak sawit.
[0.5 mata] Separa: Tidak jelas kaitan data yang disediakan, atau data berusia melebihi dua tahun, atau data jelas tidak merangkumi kesemua pekerja
(contoh, hanya melaporkan untuk operasi di satu negara).
[0 mata] Tidak: Tiada data atau data melebihi lima tahun, atau tidak bertarikh, atau data tidak meliputi operasi minyak sawit.
91 Peruntukan Peralatan
Perlindungan Diri (PPE)
dan latihan
pengendalian racun
perosak
Dilumpuhkan jika hanya pedagang. Jika pemproses, maka PPE dan latihan am yang disediakan diambil kira, tidak semestinya hanya
khusus kepada penggunaan racun perosak. [1 mata] Ya: Menyediakan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) dan latihan berkaitan (contoh, latihan pengendalian racun perosak atau bahan kimia) yang
berkaitan dengan operasi minyak sawit.
[0.5 mata] Separa: Hanya menyebut PPE atau latihan, atau data jelas tidak merangkumi kesemua pekerja (contohnya, hanya melaporkan untuk operasi
di satu negara).
[0 mata] Tidak: Tiada peruntukan untuk PPE dan latihan pengendalian racun perosak dilaporkan.
Standard persijilan
ID Penunjuk Protokol penyelidikan
92 Ahli kepada Rundingan
Meja Bulat Minyak Sawit
Lestari (RSPO)
[1 mata] Ya: Keseluruhan syarikat atau kumpulan ialah ahli kepada RSPO.
[0.5 mata] Separa: Hanya satu subsidiari atau lebih merupakan ahli.
[0 mata] Tidak: Kedua-dua syarikat atau mana-mana subsidiari minyak sawit syarikat tersebut bukan merupakan ahli RSPO, atau keahlian RSPO masih
digantung (jika syarikat digantung oleh RSPO, syarikat masih dinilai berdasarkan penunjuk RSPO).
93 Mengemukakan
Komunikasi Tahunan
bagi Kemajuan (ACOP)
RSPO yang terkini
Jika syarikat baru menyertai RSPO, mereka tidak perlu mengemukakan ACOP pada tahun pertama: penunjuk dilumpuhkan untuk tahun
pertama. [0.5 mata] Ya: Ada mengemukakan ACOP yang lepas.
[0 mata] Tidak: Tidak mengemukakan ACOP yang lepas (jika syarikat digantung oleh RSPO, syarikat masih dinilai berdasarkan penunjuk RSPO).
94 Menyenaraikan semua
negara dan rantau
tempat beroperasi
dalam Komunikasi
Tahunan bagi Kemajuan
(ACOP) RSPO
Jika syarikat baru menyertai RSPO, mereka tidak perlu mengemukakan ACOP pada tahun pertama: penunjuk dilumpuhkan untuk tahun
pertama. Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang sahaja. [0.5 mata] Ya: Semua lokasi yang dilaporkan syarikat beroperasi sebagai penanam kelapa sawit dilaporkan dalam ACOP.
[0 mata] Tidak: Negara atau wilayah tidak dilaporkan, atau ACOP yang terbaru tidak diterbitkan (jika syarikat digantung oleh RSPO, syarikat masih dinilai
berdasarkan penunjuk RSPO), atau bukan ahli RSPO.
Sumber luaran: RSPO ACOP 2.3.1 Indonesia - Sila nyatakan wilayah; 2.3.2 Malaysia - Sila nyatakan negeri; 2.3.3 Lain-lain - Sila nyatakan negara.
95 Pelan masa terikat untuk
mencapai 100%
pensijilan estet RSPO
dalam tempoh 5 tahun
atau sudah mencapai
100% pensijilan estet
RSPO
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang. [0.5 mata] Ya: Mencapai sasaran dalam tempoh lima tahun atau sudah mencapai sasaran.
[0 mata] Tidak: Tempoh sasaran melebihi lima tahun atau sasaran tidak dicapai.
Sumber luaran: RSPO ACOP 4.2 Tahun dijangka mencapai 100% pensijilan estet RSPO.
96 Pelan tempoh masa
terikat untuk mencapai
100% pensijilan RSPO
bagi skim/pekebun kecil
berkaitan dalam tempoh
5 tahun atau sudah
mencapai 100%
pensijilan RSPO bagi
skim/pekebun kecil
berkaitan
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang atau jika tiada skim/pekebun kecil. [0.5 mata] Ya: Mencapai sasaran dalam tempoh lima tahun atau sudah mencapai sasaran.
[0 mata] Tidak: Tempoh sasaran melebihi lima tahun atau sasaran tidak dicapai.
Sumber luaran: ACOP RSPO 4.3 Tahun dijangka 100% pensijilan RSPO dicapai bagi pekebun kecil dan peladang yang berkaitan.
97 Tahun dijangka
mencapai 100%
pensijilan RSPO bagi
semua kemudahan
pemprosesan produk
sawit
Dilumpuhkan jika bukan pemproses/pedagang. [0.5 mata] Ya: Sasaran tahun dinyatakan secara khusus atau sudah mencapai sasaran.
[0 mata] Tidak: Tahun sasaran tidak ditetapkan.
Sumber luaran: RSPO ACOP (pemproses) 3.3 Tahun dijangka mencapai 100% pensijilan RSPO bagi semua kemudahan pemprosesan produk kelapa sawit
98 Menerima sijil RSPO
dalam tempoh tiga
tahun selepas menyertai
RSPO atau sebelum
November 2010, untuk
syarikat yang menyertai
RSPO sebelum
muktamadnya sistem
pensijilan RSPO pada
November 2007
[0.5 mata] Ya: Menerima sijil dalam tempoh tiga tahun atau sebelum November 2010, atau dalam tempoh tiga tahun dari waktu kilang dibina jika tidak
mempunyai kilang sewaktu menyertai RSPO.
[0 mata] Tidak: Tidak menerima sijil dalam tempoh masa yang dinyatakan di atas.
Sumber luaran: RSPO ACOP 4.1 Tahun pertama pensijilan estet RSPO (dirancang atau dicapai); (pemproses) 3.1 Tahun pertama pensijilan rantaian bekalan
(dirancang atau dicapai).
99 Peratusan kilang bersijil
RSPO (melebihi 75%) Dilumpuhkan jika hanya pedagang atau jika tidak memiliki mana-mana kilang. Bilangan kilang yang bersijil dibahagikan dengan jumlah kilang yang
ada. [2 mata] Ya: 75% - 100%.
[1.5 mata] Separa: 50%-74%.
[1 mata] Separa: 25%-49%.
[0.5 mata] Separa: 1%-24%.
[0 mata] Tidak: 0%.
Sumber luaran: RSPO ACOP 2.6.2 Bilangan kilang minyak sawit yang bersijil; Peladang yang bersijil RSPO.
100 Peratusan kawasan
(hektar) yang bersijil
RSPO (melebihi 75%)
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang.Jumlah kawasan yang bersijil dibahagikan dengan jumlah keluasan tanah dimiliki/diurus untuk minyak
sawit. [2 mata] Ya: 75% - 100%.
[1.5 mata] Separa: 50%-74%.
[1 mata] Separa: 25%-49%.
[0.5 mata] Separa: 1%-24%.
[0 mata] Tidak: 0%.
Sumber luaran: RSPO ACOP 2.2.2 Jumlah kawasan bersijil; Peladang bersijil RSPO.
101 Peratusan skim/pekebun
kecil berkaitan (hektar)
yang bersijil RSPO
(melebihi 75%)
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang atau jika tiada skim pekebun kecil. Jumlah keluasan tanah yang bersijil di bawah skim/pekebun
kecil plasma (hektar) dibahagikan dengan jumlah keseluruhan keluasan tanah di bawah skim/pekebun kecil plasma (hektar), atau jumlah hasil
FFB dibekalkan oleh skim pekebun kecil bersijil dibahagikan dengan jumlah keseluruhan hasil FFB dibekalkan oleh skim pekebun kecil. [2 mata] Ya: 75% - 100%.
[1.5 mata] Separa: 50%-74%.
[1 mata] Separa: 25%-49%.
[0.5 mata] Separa: 1%-24%.
[0 mata] Tidak: 0%.
Sumber luaran: RSPO ACOP 2.1.6.1 Jumlah tanah di bawah skim/pekebun kecil plasma yang bersijil dan 2.5.3 Skim/plasma; 2.5.4 Pekebun kecil berkaitan. 102 Peratusan bekalan FFB
(tan metrik) daripada
pembekal bebas FFB
yang bersijil RSPO
(melebihi 75%)
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang atau jika tiada pembekal bebas, termasuk pekebun kecil bebas, peladang atau pembekal
pihak ketiga lain. Jumlah hasil FFB dibekalkan yang bersijil (bagi pekebun kecil bebas, peladang dan/atau pembekal pihak ketiga lain), dibahagikan dengan
jumlah keseluruhan FFB yang dibekalkan. [2 mata] Ya: 75% - 100%.
[1.5 mata] Separa: 50-74%.
[1 mata] Separa: 25-49%.
[0.5 mata] Separa: 1-24%.
[0 mata] Tidak: 0%.
Sumber luaran: RSPO ACOP 2.5.5 Pekebun kecil bebas ; 2.5.6 Peladang; 2.5.7 Pihak pembekal ketiga lain Jumlah keseluruhan hasil FFB dibekalkan. 103 Peratusan semua
minyak sawit dan
produk kelapa sawit
dikendalikan/didagang/d
iproses (tan metrik) yang
bersijil RSPO (melebihi
75%)
Dilumpuhkan jika bukan pemproses/pedagang. Jumlah hasil dikendalikan/didagang/diproses pada tahun yang bersijil RSPO dibahagikan dengan
jumlah hasil yang dikendalikan/didagang/diproses pada tahun tersebut. [ 2 mata] Ya: 75% - 100%.
[0.5 mata] Separa: 50-74%.
[0.5 mata] Separa: 25-49%.
[0.5 mata] Separa: 1-24%.
[0 mata] Tidak: 0%.
Sumber luaran: RSPO ACOP (pemproses) 2.2.5 Jumlah hasil minyak sawit dan produk kelapa sawit yang dikendalikan/didagang/diproses pada tahun
berkenaan; 2.3.1 Hasil yang dikendalikan/didagang/diproses pada tahun yang bersijil RSPO (tan metrik). 104 Menjual atau
memproses/memperdag
ang minyak sawit bersijil
RSPO melalui rantaian
bekalan Asingan
(Segregated) atau
Identiti Terpelihara
(Identity Preserved)
[1 mata] Ya: Menjual (atau memproses/memperdagang jika hanya pedagang) melalui Asingan dan/atau Identiti Terpelihara. Boleh digabungkan dengan
pihak lain.
[0 mata] Tidak: Tidak menjual atau memproses/memperdagang minyak sawit Asingan atau Identiti Terpelihara.
Sumber luaran: RSPO ACOP 3.1.3 Asingan; 3.1.4 Identiti Terpelihara? (pemproses) 2.3.1 Hasil yang dikendalikan/didagang/diproses pada tahun yang bersijil
RSPO.
105 Diiktiraf (100%) Minyak
Sawit Lestari Indonesia
(ISPO)
Dilumpuhkan jika pemproses/pedagang atau jika tidak beroperasi di Indonesia. [1 Mata] Ya: 100% operasi syarikat (kilang dan estet) diiktiraf ISPO. Mesti menyatakan diiktiraf dan bukannya audit sudah dibuat atau seumpamanyanya.
[0.5 mata] Separa: Beberapa operasi syarikat diiktiraf ISPO.
[0 mata] Tidak: Tidak diiktiraf atau hanya melaporkan audit sudah dibuat.
106 Diiktiraf Minyak Sawit
Lestari Malaysia (MSPO) Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang atau jika tidak beroperasi di Malaysia.
[1 mata] Ya: Lebih daripada satu operasi syarikat diiktiraf MSPO (jika kilang dan estet di lokasi sama dikira sebagai satu operasi).
[0.5 mata] Separa: Hanya satu daripada operasi syarikat (kilang dan estet) diiktiraf MSPO.
[0 mata] Tidak: Tidak diiktiraf atau hanya melaporkan audit sudah dibuat.
Sumber luaran: Perladangan, kilang dan pekebun kecil diiktiraf MSPO.
107 Diiktiraf di bawah skim
pensijilan kelestarian
secara sukarela
(contohnya, ISCC SAN,
RSB, dan lain-lain.)
[1 mata] Ya: Mana-mana operasi minyak sawit syarikat yang diiktiraf di bawah skim sukarela, termasuk ISSC, SAN, RSB dan pensijilan organik.
[0.5 mata] Separa: Hanya menerima pensijilan IS0 14001, atau diaudit, tetapi belum diiktiraf dengan jelas.
[0 mata] Tidak: Ahli skim, tetapi belum diiktiraf atau diaudit.
Pekebun kecil dan pembekal
ID Penunjuk Protokol penyelidikan
108 Program untuk
menyokong skim pekebun
kecil
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang atau jika tiada skim/plasma/pekebun kecil berkaitan. [1 mata] Ya: Mempunyai program untuk menyokong skim pekebun kecil dan butiran jenis sokongan dinyatakan.
[0.5 mata] Separa: Menyokong pekebun kecil, tetapi tidak jelas jenis pekebun kecil atau tiada butiran tentang sokongan yang disediakan.
[0 mata] Tidak: Tidak mempunyai program untuk menyokong skim pekebun kecil.
Nota: Sebagai contoh, jika beroperasi di Indonesia, boleh diambil kira sebagai program plasma jika jelas menyatakan ada menyediakan sokongan (iaitu
mengendalikan sebuah program plasma yang menyediakan latihan tentang amalan pertanian baik), atau jika jelas menyatakan ada menyediakan sokongan
kepada skim pekebun kecil untuk mencapai pensijilan RSPO. Contoh aktiviti termasuk: hasil dan produktiviti, latihan kesihatan dan keselamatan, amalan
pertanian yang baik, pengurusan kewangan, meningkatkan akses kepada maklumat dan pasaran, pembangunan koperasi, menjamin pemegangan tanah,
pensijilan, menyediakan kemudahan pengitaran semula FFB sebagai baja.
109 Bilangan atau peratusan
skim pekebun kecil yang
terlibat dalam program
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang atau jika tiada skim/plasma/pekebun kecil berkaitan. [1 mata] Ya: Jelas menyatakan bilangan atau peratusan pekebun kecil yang disokong.
[0.5 mata] Separa: Menyediakan beberapa butiran berkenaan dengan bilangan pekebun kecil, tetapi tidak jelas jumlah pekebun kecil yang disokong
secara langsung, atau data berusia melebihi dua tahun.
[0 mata] Tidak: Tiada data, atau data berusia melebihi lima tahun, atau daripada sumber yang tidak bertarikh.
110 Program untuk
menyokong pekebun kecil
bebas
Dilumpuhkan jika hanya pemproses/pedagang atau jika tiada pekebun kecil bebas. [1 mata] Ya: Mempunyai program untuk menyokong pekebun kecil bebas dan butiran jenis sokongan dinyatakan.
[0.5 mata] Separa: Menyokong pekebun kecil bebas, tetapi tiada butiran tentang sokongan yang disediakan.
[0 mata] Tidak: Tidak mempunyai program untuk menyokong pekebun kecil bebas.
Sumber luaran: RSPO ACOP 9.1 Adakah anda menyokong mana-mana kumpulan pekebun bebas sekarang? RSPO ACOP 9.2 Bagaimana anda menyokong
mereka?
111 Bilangan atau peratusan
pekebun kecil bebas yang
terlibat dalam program
[1 mata] Ya: Jelas menyatakan bilangan atau peratusan pekebun kecil yang disokong .
[0.5 mata] Separa: Menyediakan beberapa butiran berkenaan dengan bilangan pekebun kecil, tetapi tidak jelas jumlah pekebun kecil yang disokong
secara langsung, atau data berusia melebihi dua tahun.
[0 mata] Tidak: Tiada data, atau data berusia melebihi lima tahun, atau daripada sumber yang tidak bertarikh.
112 Proses yang digunakan
untuk menyusun, menilai
dan/atau melibatkan
pembekal berkaitan
dengan pematuhan dasar
syarikat dan/atau
keperluan undang-undang
Dilumpuhkan jika tiada pembekal. [1 mata] Ya: Menjelaskan peralatan atau kaedah yang digunakan oleh syarikat untuk mengutamakan, menilai dan/atau melibatkan pembekal berkaitan
dengan pematuhan undang-undang atau dasar (contohnya, penilaian risiko, pemantauan, butiran proses keterlibatan).
[0.5 mata] Separa: Hanya menerangkan proses untuk memastikan pematuhan beberapa bahagian undang-undang atau keperluan dasar (iaitu hanya
merujuk pematuhan hak asasi manusia), atau menyatakan mempunyai proses tetapi butiran diberikan terhad.
[0 mata] Tidak: Tiada maklumat boleh didapati.
113 Kriteria penggantungan
atau pengecualian untuk
pembekal
[1 mata] Ya: Jelas menyatakan kriteria cara pembekal dikecualikan, seperti langkah-langkah yang akan diambil dan rangka masa tindakan.
[0.5 mata] Separa: Hanya menyatakan kriteria tanpa rangka masa tindakan atau langkah yang diambil, atau tidak jelas definisi kriteria tersebut.
[0 mata] Tidak: Tiada kriteria boleh didapati.
114 Peratusan pembekal yang
dinilai dan/atau terlibat
dalam pematuhan
terhadap keperluan
syarikat
Dilumpuhkan jika tiada pembekal. [1 mata] Ya: Jelas menyediakan angka bagi bilangan atau peratusan pembekal yang dinilai/dilantik.
[0.5 mata] Separa: Angka tidak jelas, atau maklumat berkaitan dengan satu bahagian operasi syarikat sahaja (iaitu hanya satu negara yang beroperasi),
atau data berusia melebihi dua tahun.
[0 mata] Tidak: Tiada data, atau data berusia melebihi lima tahun, atau tidak bertarikh.
Tadbir urus dan rungutan
ID Penunjuk Protokol penyelidikan
115 Komitmen terhadap
tingkah laku beretika dan
pencegahan rasuah
[1 mata] Ya: Komitmen terhadap tingkah laku beretika atau adil dan pencegahan rasuah (atau penyogokan atau penipuan).
[0.5 mata] Separa: Hanya menyebut satu sahaja.
[0 mata] Tidak: Tiada komitmen.
116 Prosedur pemberian
maklumat
(whistleblowing)
[1 mata] Ya: Informasi tentang prosedur pemberian maklumat atau kaedah melaporkan tingkah laku tidak beretika. Sebagai contoh, carta alir atau
penerangan jelas tentang langkah yang patut diambil, termasuk cara pemberi maklumat dilindungi.
[0.5 mata] Separa: Hanya menyatakan bahawa pemberian maklumat dibenarkan, tetapi tiada butiran diberi.
[0 mata] Tidak: Tiada maklumat boleh didapati.
117 Sistem rungutan atau
aduan dalaman
[1 mata] Ya: Informasi tentang sistem rungutan atau aduan, contohnya, pekerja boleh mengisi borang tertentu jika mereka mempunyai rungutan, atau
carta alir, atau penerangan jelas langkah.
[0.5 mata] Separa: Hanya menyatakan mempunyai sistem rungutan, tetapi tiada butiran lain, atau hanya sistem untuk isu tertentu atau hanya berkaitan
dengan dasar tertentu.
[0 mata] Tidak: Tiada maklumat boleh didapati.
118 Sistem rungutan atau
aduan boleh diakses oleh
pihak berkepentingan
dalaman dan luaran
[1 mata] Ya: Sistem rungutan atau aduan boleh diakses oleh pihak berkepentingan dalaman dan luaran.
[0 mata] Tidak: Tiada sistem rungutan atau aduan, atau sistem hanya boleh diakses oleh pihak berkepentingan dalaman atau luaran; atau tidak jelas
pihak yang boleh mengakses sistem.
119 Butiran rungutan
didedahkan
Butiran rungutan didedahkan, jika ketanpanamaan tidak diminta, termasuk yang berikut: tarikh, isu, kategori pengadu, tindakan yang diambil, dan status.
[2 mata] Ya: Semua butiran didedahkan.
[1 mata] Separa: Tiga atau empat butiran.
[0.5 mata] Separa: Satu atau dua butiran.
[0 mata] Tidak: Tiada, atau hanya menyediakan jadual ringkasan tentang jumlah dan jenis keluhan, atau data berusia melebihi lima tahun.