Upload
akmal-yusri
View
165
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Penutupan Aurat Di Kalangan Remaja Masa Kini
Citation preview
POLITEKNIK IBRAHIM SULTANKM. 10, JALAN KONG KONG,
81700 PASIR GUDANGJOHOR DARUL TAKZIM
(JABATAN PELANCONGAN & HOSPITALITI)
PENDIDIKAN ISLAM (AA101)
TAJUK : PENUTUPAN AURAT DI KALANGAN REMAJA MASA KINI
NO. NAMA NO. PENDAFTARAN1 SYED ABDUL RAHMAN BIN SYD ABU
BAKAR09DRI13F2029
2 AKMAL YUSRI BIN SAZALI 09DRI13F20283 MOHD FARID BIN SULAIMAN 09DRI13F20324 NUR FAATHIAH BT MAHADI 09DRI13F2025
PROGRAMME : REKABENTUK INDUSTRI
LECTURER NAME : USTAZ HAMDAN
SUBMITTED DATE :19-3-2014
DEFINISI AURAT
Aurat diambil daripada perkatan Arab iaitu Aurah yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah fiqh pula aurat diertikan sebagai sebahagian tuhuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan yang bukan mahram.
Selain itu, berdasarkan persepsi muslim, didapati majoriti umat islam berpandangan positif tentang peraturan penutupan aurat. Mereka juga mengakui bahawa menutup aurat membawa kebaikan berbanding dengan membuka aurat. Di samping itu, memakai pakaian yang menutup aurat adalah merupakan adalah tujuan utama syariat islam untuk kebaikan umat islam sendiri dan bukan untuk membebankan mereka. Malah, menutup aurat bertujuan untuk mengelakkan khasnya golongan wanita dari sebarang gejala sosial yang tidak sihat.
Firman Allah S.W.T
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya ( semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah al-Ahzab:59)
Menerusi ayat diatas jelas bahawa pakaian yang dipakai ketika keluar itu hendaklah dalam keadaan labuh dan menutup seluruh tubuh pemakainya. Secara umumnya, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat sebagaimana dituntut oleh syara, bagi wanita adalah seperti berikut:
Pakaian yang longgar, bukan pakaian yang sempit yang sehingga maenampakkan susuk atau bentuk badan.
Pakaian yang labuh yang menutupi seluruh anggota aurat. Bukan pakaian yang pendek, singkat atau terbelah yang mendedahkan perut, dada, leher, tangan, kaki dan punggung.
Pakaian yang menutup warna kulit anggota aurat dari kelihatan. Bukan pakain yang nipis atau jarang yang menampakkan warna kulit dan bayang-bayang tubuh dari luar.
Secara keseluruhannya, empat mazhab utama dalam fiqh islam iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali. Menetapkan bahawa aurat bagi lelaki adalah antara pusat dan lutut. Bagi wanita ialah keseluruhan kecuali muka dan tapak tangan berdasarkan nas al-quran dan as-sunnah.
DALIL KEWAJIPAN MENUTUP AURAT
Jumhur ulama bersepakat mengatakan bahawa hukum menutup aurat adalah wajib. Pendapat ini berdasarkan dalil-dalil al quran dan hadis Rasullullah SAW. Allah SWT berfirman:
Maksud:
Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan solat) , dan makan serta minumlah , dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melampaui batas.
(Surah al-Araaf7:31)
Ayat ini merupakan perintah Allah SWT kepada manusia supaya menutup tubuh badan mereka dengan pakaian yang tidak melampau.
FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PENDEDAHAN
AURAT
PENGARUH MEDIA MASSA
Saban hari kita menonton televisyen. Televisyen sudah menjadi alat siaran yang amat popular dan penting. Hampir semua rumah di negara kita mempunyai televisyen. Kita bukan sahaja mempunyai enam saluran yang tidak perlu dibayar seperti tv1, tv2, tv3, tv7, tv8 dan tv9. Malah kita mempunyai saluran televisyen berbayar seperti Astro dan Unifi. Sebagai contoh, kesan daripada kita menonton televisyen menyebabkan jenayah meningkat, masyarakat kita semakin hilang nilai-nilai budaya yang baik, kanak-kanak disogokkan dengan pelbagai rancanagn kartun yang kadang kala mempamerkan keganasan dan pelbagai iklan dan rancangan-rancangan yang boleh meruntuhkan nilai-nilai murni masyarakat islam dan meruntuhkan akidah mereka.
KURANG DIDIKAN AGAMA DAN KURANG PENEKANAN NILAI-NILAI MURNI
Didikan agama dan nila-nilai murni adalah sangat penting dan perlu di terapkan dalam setiap individu bagi mengelakkan diri masing-masing daripada melakukan aktiviti atau gejala yang tidak bermoral. Dewasa ini, didikan agama dan nila-nilai murni semakin kurang di terapkan dan di pratikkan oleh golongan masyarakat tidak mengira bangsa mahupun agama.
Secara umumnya, dalam setiap agama mahupun etnik, terutamanya masyarakat yang beragama islam, didikan agama dan nilai-nilai murni merupakan salah satuelemen yang perlu di terapkan dalam diri setiap individu.
KURANG PENDEDAHAN DAN PERHATIAN DARIPADA IBU BAPA
Seperti yang telah kita ketahui seiring dengan pembangunan masa kini, kebanyakan ibu bapa sibuk mengutamakan kerjaya mereka berbanding dengan meluangkan masa bersama-sama keluarga mereka. Hal ini dilakukan adalah untuk memenuhi keperluan anak-anak mereka di dalam kontek duniawi sahaja seperti mengumpul harta dengan alas an untuk kesenangan anak-anak apabila mereka sudah tiada kelak. Aset-aset seperti harta benda di lihat sebagai aspek penting untuk kehidupan anak-anak mereka di masa hadapan sehingga mereka terlupa untuk menerapkan nilai-nilai murni serta pendidikan agama di dalam diri anak mereka.
PENGARUH RAKAN SEBAYA
Remaja adalah satu tahap di mana mereka gemar bercampur dan bergaul antara satu sama lain. Selain itu, dengan kesibukan ibu bapa dan kurangnya perhatian, mereka akan lebih cenderung untuk beralih arah kepada rakan-rakan sebaya mereka sebagai pengganti kepada kedua ibu bapa mereka. Mereka akan lebih mudah meluahkan apa sahaja yang mereka rasakan dan alami berbanding dengan ibu bapa mereka. Oleh yang demikian, hal ini menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan sikap dan tingkah laku rakan-rakan terutamanya kearah keburukan kerana sudah menjadi naluri seorang remaja. Remaja juga lebih gemar mengikut cara pemakaian rakan mereka yang tidak menutupi aurat ini disebabkan oleh keinginan mereka untuk meniru gaya pemakaian barat.
ISLAM ATAS DASAR NAMA (ISLAM SEKULAR)
Sikap yang tidak ambil peduli mengenai hukum islam juga menjadi factor penyumbang. Di sekolah dan institusi-institusi ada mendedahkan mengenai islam dan aspek-aspek aurat, tetapi dek kerana sikap individu itu sendiri yang tidak mahu mengambil peduli menyebabkan masalah ini semakin menular.
Sebagai contoh, dalam subjek mata pelajaran agama islam ada menekankan aspek menutup aurat adalah wajib dalam agama islam, namun begitu cuba kita lihat, anak-anak muda zaman sekarang yang kebanyakannya beragama islam tanpa segan silu mendedahkan aurat masing-masing walaupum dia sendiri tahu dan sedar bahawa membuka aurat itu adalah haram. Ibu bapa pula tidak pernah menegur cara pemakaian anak-anak dan secara tidak lansung sikap tidak ambil peduli semakin menebal dalam diri anak-anak. Cara pemakain yang lebih kepada budaya barat lansung tidak menunjukkan ciri-ciri wanita timur dan islam menjadi fesyen kepada anak-anak muda zaman sekarang.
Islam secular boleh di definisikan sebgai seorang yang beragama islam itu telah memisahkan urusan duniawinya daripada agamanya. Agama islam itu hanya digunakan untuk mengatur hubungan peribadinya dengan Allah, sedangkan hubungan sesame manusia diatur hanya dengan berdasarkan kesepakatan sosial.
DALAM MEMBENDUNG GEJALA INI
PERANAN IBU BAPA
Setiap ibu bapa perlulah mendidik anak-anak mereka dari aspek pemakaian anak mereka menurut syara islam. Ibu bapa juga perlu mengambil tahu masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka sama ada di sekolah atau pun di luar kawasan sekolah. Ini bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Ibu bapa juga perlu memberikan didikan serta fahaman agama yang lengkap ke dalam diri anak-anak. Ibu bapa juga perlu meluangkan banyak masa bersama anak-anak supaya mereka tidak merasa diri mereka dipinggirkan. Ibu bapa juga merupakan salah satu ikon dalam setiap aspek lebih-lebih lagi dari segi penutupan aurat.
PERANAN PIHAK SEKOLAH
Pihak sekolah harus ambil tindakan kepada pelajar yang melanggar sekolah untuk diberi pengajaran kepada pelajar tersebut. Pihak sekolah perlu mengambil tahu masalah yang dihadapi pelajar dan memberi bimbingan agama dan sahsiah . Ini bagi mengelakan pelajar melakukan gejala yang kurang sihat dan tak terbelendung dengan gejala tidak sihat. Pihak sekolah harus meletakan syarat dimana semua pelajar perempuan harus memakai tudung dikawasan sekolah dan tidak memakai kain yang berbelah dan sendat .
PERANAN MASYARAKAT
Peranan masyarakat juga penting untuk menjaga sahsiah pelajar dari gejala sosial yang semakin berleluasa dalam kalangan remaja dan belia .Masyarakat harus mengambi kisah terhadap pelajar yang tidak menutup aurat dengan melapo kan kepada pihak sekolah atau ibu bapa. Ini untuk memastikan pelajar memandang serius terhadap penutupan aurat dan
PENDEDAHAN AURAT DALAM KALANGAN REMAJA
KESAN TERHADAP INDIVIDU Individu akan terdedah dengan gejala sosial seperti meminum arak dan menghisap dadah kerana hasutan kawan akibat tidak menutup aurat, individu juga mungkin melakukan zina kerana tertarik dengan individu yang tidak menutup aurat. Ini juga akan menghasil kan kelahiran anak luar nikah dan pembuangan bayi. Mangsa jugak kemungkinan akan membunuh diri akibat stress dengan perkara yang dibuat individu .
KESAN TERHADAP MASYARAKAT Masyarakat akan menjadi hura hara dan ketakutan kerana peningkatan jenayah rogol dan perzinaan yang semakin berleluasa . Pembunuhan mangsa rogol atau bayi dengan kejam jugak akan berlaku dan peningkatan dalam membunuh diri juga kerana gangguan mental yang dialami mangsa .
KESAN TERHADAP NEGARA Negara akan menjadi kucar kacir akibat daripada sumbang mahram yang tidak mengenal batas ketamadunan manusia. Ekonomi pelancongan negara juga akan mundur kerana Aids dan HIV akan meningkat kerana gejala homoseksual dan lesbian yang semakin menjadi jadi . Negara tersebut juga tidak akan dipandang tinggi oleh negara negara islam yang lain kerana masyarakat yang tidak berpendidikan agama seperti menutup aurat .
AURAT DALAM ISLAM
AURAT KETIKA BERSENDIRIAN
Para alim ulama mzhab telah pun mempunyai pelbagai pendapat dan pandangan yang berbeza-beza bagi aurat ketika bersendirian.
Bagi Imam Hanafi dan Imam Hambali , mereka berpendapat bahawa aurat ketika bersendirian adalah sebagaimana yang telah dilarang terhadap seorang yang mukallaf daripada mendedahkan auratnya di hadapan orang diharamkan melihatnya.
Manakala, pendapat dan pandanagn Imam Maliki dan Imam Syafie, aurat ketika kita sedang bersendirian adalah tidak diharamkan mendedahkan auratnya bahkan hanyalah makruh sahaja kecuali ketika dia sedang dalam keadaan yang darurat, diharuskan kepada kita membukanya.
AURAT WANITA BERSAMA DENGAN WANITA BUKAN MUSLIM
Aurat wanita islam yang wajib ditutupi daripada dilihat oleh perempuan bukan muslim ialah dari hujung rambut sehingga hujung kaki, kecuali wajah dan kedua tapak tangan. Dalam surah an-Nur ayat 30-31 ada menyatakan batas-batas aurat dan perhiasan yang harus dan tidak harus dibuka. Menurut tafsir Ibnu Abbas, muka dan tapak tanagn atau disebut sebgai perhiasan zahir dikecualikan daripada anggota badan yang wajib ditutupi. Hiasan batin iaitu telinga, leher, rambut, dada, dua lengan dan betis hanya harus dibuka ketika berada di rumah atau ketika berada di hadapan keluarga terdekat iaitu bapa, anak-anak, ibu bapa mertua dan adik beradik.
Anggota badan yang sulit seperti belakang badan, perut, kemaluan dan peha tidak harus di buka sama sekali, sekalipun bersama keluarga terdekat atau bersama wanita, samada wanita muslim atau bukan muslim. Kecuali kepada suami sahaja yang diizinkan melihat seluruh anggota isteri.
AUIRAT LELAKI BERSAMA LELAKI
Rasulluah SAW bersabda: seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada (tidur) dalam satu selimut demikian juga debgan wanita dilarang berbuat demikian. [HR Muslim]
Mazhab Hanafidan Hambali berpendapat: Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang
bukan mahramnya kecuali kepada isterinya. Selain dari isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat dan lututnya. Isteri boleh (harus) melihat aurat suami kecuali pada kemaluan kerana melihat kemaluan masing-masing adalah MAKRUH.
BATAS AURAT WANITA DENGAN LELAKI
Para Ulama bersepakat berpendapat bahawa aurat perempuan kepada lelaki yang bukan MAHRAMNYA ialah seluruh kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT adalam surah An-Nur ayat 31, Al-Ahzab ayat 59 dan ayat 59 serta riwayat beberapa biah hadith.
Firman Allah SWT:{Dan janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa Nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka hingga ke bawah dada} [An-Nur:31]
Firman Allah SWT:{Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri dan anak-anak perempuan kamu seta kepada para isteri orang mukmin sekalian, hendaklah menghulurkan JILBAB mereka ke seluruh tubuh badan mereka kerana dengan itu mereka akan mudah dikenaki (sebagai wanita mukminah) dan mereka selamat daripada gangguan. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang}. [Al-Ahzab: 59]
Firman Allah SWT:{Apabila kamu bertanya atau meminta sesuatu keperluan kepada mereka (isteri-isteri Nabi SAW), maka hendaklah di sebalik tabir. Cara demikian adalah lebih meyucikan hati kamu dan hati mereka} [Al-Ahzab: 53]
KESIMPULAN
Berdasarkan kajian dan perbincangan yang diutarakan, rata-rata remaja tahu dan memahami konsep asas menutup aurat menurut perspektif islam dan ia merupakan kewajipan yang perlu deipatuhi oleh setiap muslim. Bagaimanapun , sepertimana yang dibincangkan terdapat juga remaja yang masih keliru dan kurang memahami secara tepat amalan menutup aurat yang dituntut oleh agama islam. Lebih membimbangkan lagi terdapat ramai para remaja yang terikut-ikut tren berpakaian masa kini yang semakin menyalahi konsep menutup aurat yang sebenar. Maka perkara ini perlu ditangani dengan segera dan efektif secara kolektif agar setiap muslim faham dan dapat menghayati serta mengamalkan cara menutup aurat seperti yang dikehendaki dan bertepatan dengan syariat islam. Perlu difikirkan mekanisma terbaik dan berkesan bagi memberi kesedaran kepada umat islam tentang perkara ini dan dalam masa sama umat islam perlu sensitif kepada unsur-unsur yang boleh menyelewengkan akhlak dak aqidah ummah. Justeru, adalah menjadi harapan pengkaji agar remaja khususnya umat islam amnya terus istiqamah dengan amalan menutup aurat sebagaimana yang ditetapkan oleh syara, seterusnya mendapat keredhaan dan keberkatan Allah SWT.
RUJUKAN
Al-Quran
Al-Quran Al-Karim
Jurnal ilmiah
Rohaty Mohd Mazjubi & Shafie Mohd. Nor. (2005). Simptom Diklesia Pelajar. Jurnal Pendidikan. Jilid 30.
Majalah/ artikel ilmiah/ Surat khabar
Abdullah Sulong & Norliana Ahmad (2005). Kefahaman Pelajar Tentang Menutup Aurat Dalam Kehidupan Seharian.
Ensiklopedia
Ensiklopedia Islam. (2004). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Internit
http://hikmah2000.blogspot.com/2002/02/definisi-aurat-serta-hukum-menutup.html?=
http;//ms.m.wikipedia.org/wiki/Aurat.
LAMPIRAN