Upload
angie-qiqi
View
405
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
our ppt
Citation preview
PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM
SUKAN
J12 CHIA PEI FANG KHOR MING CHYI
Maksud Drug
Drug adalah merupakan sesuatu bahan (selain daripada makanan) yang apabila diambil,akan menyebabkan perubahan dalam badan.
Jika perubahan itu memberi manfaat kepada badan, drug ini disebut sebagai ubat.
Sekiranya perubahan ini membawa keburukan kepada badan, ianya disebut sebagai racun.
Maksud 'doping'
'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlit.
'Doping' secara tidak sengaja berlaku apabila atlit mengambil ubat untuk merawat sesuatu penyakit dan tanpa disedari ubat berkenaan mengandungi bahan yang dilarang.
Atlit-atlit tertakluk kepada polisi melarang 'doping' dan bertanggungjawab untuk menyemak status bahan-bahan dan ubat-ubatan yang diambil.
Justifikasi Pengharaman Dadah
Memberi kelebihan (atau ‘advantage’) kepada atlit yang menggunanya serta melanggar segala peraturan dan makna keadilan dalam pertandingan
Cara pengambilan dan jumlah yang digunakan memudaratkan seseorang individu. Malah dalam arena sukan, banyak kes-kes kematian teIah berlaku akibat penggunaan dadah secara langsung atau tidak langsung.
Isu-isu yang melibatkan dadah dan sukan
Penggunaan drug untuk meningkatkan tahap keupayaan sukan bukan sahaja menyebabkan kesan sampingan yang buruk tetapi boleh membawa maut kepada ahli-ahli sukan tahun demi tahun.
Dalam tahun 1967, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah bersetuju untuk mengharamkan atau menghadkan penggunaan sesetengah bahan atau kaedah yang boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit.
Atlit berisiko disingkirkan dari menyertai pertandingan sekiranya didapati positif mengambil dadah terlarang melalui ujian secara rambang. Mereka juga akan merana akibat kesan drug samada secara jangka pendek dan panjang.
Sejarah penggunaan dadah dalam sukan
Perlawanan awal Sejak 800BC hadiah menarik, profesionalisme
and komersialisme di Greek pada zaman purba, saingan di antara para atlet menyebabkan mereka mengambil bahan-bahan yang boleh meningkatkan prestasi seperti ekstrak cendawan, benih tumbuhan dan protein haiwan.
Penggunaan dadah telah merebak sehingga membawa kepada penamatan Sukan Olimpik zaman purba.
Zaman Roman – status sukan dan kedudukan atlet terus meningkat
Penggunaan drug juga tercatat di zaman ini.
Pelumba kuda perang memberi ramuan yang kuat kepada kuda agar dapat berlaridengan lebih pantas.
Gladiator juga diberi drug supaya perlawanan mereka menjadi lebih hebat.
Sukan pada awal abad ke-19 Selepas suatu penamatan yang singkat sejak
396 AD, sukan muncul semula pada abad ke-19 di kawasan luar bandar di England dan seterusnya menular ke seluruh dunia.
Aktiviti rekreasi yang tidak teratur – aktiviti bercorak kasual dan perkauman di sesebuah kawasan.
Kemunculan industrialisasi dan urbanisasi menukar corak permainan dan sukan di kawasan luar bandar.
Sukan pada abad ke-20 Aktiviti sukan telah berkembang sehingga
menjadi suatu “perniagaan besar” yang merupakan sumber hiburan, pendapatan dan pekerjaan di seluruh dunia.
Sukan telah menjadi suatu institusi sosial yang penting dan kejayaan dalam sukan mempunyai nilai yang tinggi.
Tekanan pada ahli sukan untuk bukan sahaja berjaya tetapi menjadi atlet yang terbaik.
Menyumbang kepada peningkatan pengambilan drug dan kematian berkaitan drug di kalangan atlet.
Sebab sesetengah bahan dan kaedah diharamkan
Kesihatan - Banyak bahan boleh menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan jika tidak digunakan dengan betul.
Etika - Di dalam sesetengah keadaan bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang diharamkan boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit melebihi tahap biasa.
Undang-Undang - Sesetengah drug adalah haram dan dengan itu penggunaannya adalah dilarang dalam sukan.
Polisi penyalahgunaan drug dalam sukan di malaysia
Strategi yang diambil bertujuan untuk :
Pencegahan Pembasmian :
Salah laku dan penyalahgunaan dadah Sikap dan kebiasaan yang cenderung ke arah
doping Memantau :
Ujian doping di luar pertandingan Parameter latihan dan tahap keupayaan
Jenis dadah dan kesan penggunaannya
Agen Anabolik Steroid anabolik androgenik adalah
merupakan hormon sintetik testosteron.
Agen ini sering didapati dari pasaran gelap/haram di gimnasium dan kelab kecergasan kerana untuk mendapatkannya perlu mempunyai preskripsi doktor.
Contoh: Danazol (digunakan untuk mengurangkan bengkak
dibahagian dada bagi lelaki) Clenbuterol (agonis beta-2 yang digunakan
meningkatkan tumbesaran haiwan).
Kesan-kesan sampingan: Botak,Jerawat Penambahan bulu di muka dan badan Kerosakan hati Bagi lelaki ciri-ciri perempuan lebih terserlah dan
sebaliknya. Perubahan 'mood‘ Potensi untuk menyebabkan mandul Kebanyakan steroid anabolik perlu disuntik,oleh itu
pengguna terdedah kepada bahayaperkongsian jarum atau jarum yang tidak steril
Agonis Beta-2 Agonis beta-2 sering didapati pada ubat-
ubatan asma Hanya Salbutamol, Salmeterol
danTerbutaline dalam bentuk sedutan dibenarkan untuk rawatan dan pencegahan serangan asma.
Kesan-kesan sampingan: Tangan mengeletar Pening
Agen yang mempunyai aktiviti anti-estrogen
Agen ini digunakan secara haram, untuk mencegah kesan sampingan yang disebabkan oleh steriod anabolik, seperti pembesaran payudara.
Contoh: Tamoksifen (digunakan dalamrawatan kanser
payudara dankemandulan) Clomifen (untuk kemandulan)
Kesan-kesan sampingan: Muka merah dan panas Perut tidak selesa Bengkak
Diuretik dan agen 'samaran' Agen samaran berpotensi melindung
kehadiran bahan terlarang di dalam airkencing atau sampel lain. Contohnya:diuretik, probenesid dan pengembang plasma
Atlit selalunya menggunakan ubat diuretik untuk mengurangkan berat badan atau menyingkirkan steroid anabolik daripada
Badan. Contoh diuretik (ubat yang digunakan untuk
menyingkirkan cecair badan) ialah furosemida dan amilorida
Contoh pengembang plasma adalah dekstran dan albumin
Kesan-kesan sampingan: Dahaga Penyahhidrat
Analog peptid dan hormon glikoprotin Hormon ini bertindak dengan merangsang
pertumbuhan, mempengaruhi kelakuan, mengubah kesan sensitiviti terhadap
kesakitan dan kemahuan seks. Bahan kimia yang mempunyai struktur
yang sama dengan hormon ini (atau analog) akan memberi kesan yang sama.
Bahan-bahan yang terkandung dalamkumpulan ini adalah eritropoietin (EPO),hormon tumbesaran manusia, hormon korionik gonadotrofin (HCG) dankortikotrofin.
Kesan-kesan sampingan: Hormon tumbesaran digunakan untuk
meningkatkan saiz dan kekuatan otot. Kesan sampingannya termasuklah:Akromegali - pembesaran tangan, kaki dan
muka.Masalah otot dan sendi menyebabkan kesukaran
menjalankan latihan Diabetis (kencing manis) Eritropoietin merangsang pembentukan
seldarah merahIni akan menyebabkan peningkatan kelikatan
darah dan boleh menyebabkan masalah peredaran darah(angin ahmar, serangan jantung).
Ubat perangsang Kumpulan ini termasuklah
Amfetamin Kafein (dalam kuantiti yang banyak). beberapa kandungan aktif ramuan ubat
selesema dan ubat demam seperti pseudoephedrin.
Kesan sampingan : Meningkatkan kadar denyutan jantung Menjejas kebolehan badan untuk mengawal
suhu badan.
Analgesik Narkotik. Ini merupakan penahan sakit yang kuat
dan kebanyakannya mengandungi bahan yang terlarang bukan sahaja untuk sukan.
Atlit cenderung menggunakan ubat-ubat sedemikian untuk menahan sakit daripada latihan intensif.
Contoh: kodein dan morfin. Kesan sampingan :
Narkotik mempunyai potensi ketagihan.
Kaedah-kaedah yang dilarang
Menambahkan pertukaran oksigen Doping darah dan penggunaan produk-produk
sintetik yang bolehmeningkatkan pengambilan dan penghantaran oksigen keseluruh tubuh.
Manipulasi Fizikal dan Bahan Kimia Mengubah, atau cubaan mengubah dengan
menggunakan bahan-bahan atau kaedah-kaedah yang mengubah ciri-ciri sampel untuk ujian doping.
Doping Genetik Penggunaan gen dan/atau sel-sel bagi tujuan
meningkatkan prestasi.
Isu-isu Atlit yang Terlibat Atlet lumba basikal trek
kebangsaan iaitu Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi. Disahkan positif dadah oleh Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) kerana menggunkan ‘anabolic steroid’ semasa menyertai kejohanan mini olimpik. Beliau digantung dua tahun bagi kesalahan tersebut.
Jaguh lumba lari pecut wanita terkemuka Amerika Syarikat, Marion Jones bahawa beliau telah mengambil dadah ketika bertanding di Sukan Olimpik Sydney tahun 2000. Ketika itu beliau berjaya membolot tiga emas dan dua pingat gangsa - satu pencapaian terbaik yang pernah dicapai bagi seseorang atlet yang mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik.
Sekian,Terima Kasih