27
1.0 Pengenalan Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental. Seperti yang sedia maklum, dadah bukanlah perkara baru dalam kehidupan seharian manusia kerana penggunaannya telah dikesan terutamanya dalam bidang perubatan, sejak berabad-abad yang lalu meskipun tarikh sebenar tidak dapat diketahui. Mengikut sumber sejarah, dadah dikaitkan dengan alam fantasi oleh masyarakat zaman dahulu kala yang menganggapnya sebagai pembungkus penderitaan dan merupakan sumber keseronokan. Angelina Sinyang (2005) menyatakan bahawa penyalahgunaan dadah di Malaysia dikesan mula berlaku pada abad ke-19 iaitu semasa penjajah Inggeris membawa masuk buruh asing dari India dan China secara beramai-ramai untuk bekerja di kawasan lombong bijih timah dan ladang getah. Buruh asing itu yang telah mengenali dadah dari negara asal terutamanya buruh asing dari China dimana pada ketika itu, penjajah Inggeris sendiri membawa masuk atau 1

Penyalahgunaan dan penagihan dadah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Penyalahgunaan dan penagihan dadah

1.0 Pengenalan

Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam

tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan

seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental. Seperti yang sedia maklum, dadah

bukanlah perkara baru dalam kehidupan seharian manusia kerana penggunaannya telah dikesan

terutamanya dalam bidang perubatan, sejak berabad-abad yang lalu meskipun tarikh sebenar tidak

dapat diketahui. Mengikut sumber sejarah, dadah dikaitkan dengan alam fantasi oleh masyarakat

zaman dahulu kala yang menganggapnya sebagai pembungkus penderitaan dan merupakan sumber

keseronokan.

Angelina Sinyang (2005) menyatakan bahawa penyalahgunaan dadah di Malaysia

dikesan mula berlaku pada abad ke-19 iaitu semasa penjajah Inggeris membawa masuk buruh

asing dari India dan China secara beramai-ramai untuk bekerja di kawasan lombong bijih timah

dan ladang getah. Buruh asing itu yang telah mengenali dadah dari negara asal terutamanya

buruh asing dari China dimana pada ketika itu, penjajah Inggeris sendiri membawa masuk atau

memperkenalkan dadah atau candu kepada rakyat China dengan tujuan untuk menjajah Negara

tersebut. Seterusnya, buruh-buruh asing ini membawa tabiat buruk mereka iaitu menyalahgunaan

dadah ke negara ini bertujuan mendapatkan keseronokan pada masa lapang.

Penagihan candu di kalangan buruh Cina menyebabkan kemasukan bahan berbahaya itu

menjadi tidak terkawal di Tanah Melayu sehingga memaksa kerajaan Inggeris mengawal

kemasukan dan penjualan candu pada tahun 1910. Serentak itu, kedai-kedai menjual candu dan

rumah menghisap candu yang dikenali sebagai Opium Dens telah dilesen dan didaftarkan.

1

Page 2: Penyalahgunaan dan penagihan dadah

Selepas perang dunia kedua, kerajaan Inggeris terpaksa mengharamkan sama sekali

penjualan dan pengedaran candu. Ini disebabkan bukan buruh asing sahaja yang terlibat dalam

masalah penyalahgunaan dan penagihan dadah malahan penduduk asal di Tanah Melayu juga

mula terlibat dan keadaanya semakin bertambah serius dan teruk. Akibatnya daripada itu,

peningkatan pemintaan dadah semakin meningkat di kalang penduduk tempatan dan buruh asing

dan mulalah berlaku aktiviti penyeludupan candu sehingga memaksa Akta Dadah Berbahaya

diwujudkan pada tahun 1952. Mengikut akta ini, sesiapa yang memiliki dan menghisap candu

adalah menjadi satu kesalahan dan Hakim Mahkamah Candu berkuasa menjatuhkan hukuman.

Sejak itu sehingga ke hari ini, pelbagai usaha dan tindakan tegas telah diambil kerajaan

untuk menangani masalah penagihan dadah tetapi hasilnya masih menghampakan malahan

jumlah penagih baru bertambah semakin bertambah. Selain itu juga, dadah telah menjadi satu

ancaman besar kepada negara. Penyalahgunaan dadah semakin menular di negara kita hari demi

hari yang melibatkan pelbagai lapis masyarakat. Menurut Ibrahim (1997) penagihan dadah bukan

saja golongan berpendapatan rendah, bahkan telah merebak kepada golongan yang lebih mewah

dan merentasi umur dan jantina. Ini menunjukkan bahawa, setiap individu berpotensi terlibat

dengan penyalahgunaan dadah tanpa mengira kedudukan umur atau jantina.

Mengikut Program Pengawalan Dadah Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDCP)

menyenaraikan Malaysia terletak ditempat kelima dirantau Asia Tenggara mempunyai bilangan

penagih dadah paling ramai. Mengikut laporan Kedudukan Masalah Dadah dan Kemajuan

Tindakan Anti Dadah (1985), perbuatan penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar-pelajar

sekolah diketahui bermula di awal tahun 1970an. Ekoran itu, pelbagai langkah pencegahan telah

2

Page 3: Penyalahgunaan dan penagihan dadah

diambil oleh pihak kerajaan melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling melalui tindakan

disiplin di sekolah-sekolah. Maklumat yang dikeluarkan, daripada 671 penagih yang pertama

kali dikesan adalah terdiri dari pelajar sekolah berumur 14 hingga 18 tahun. Senario ini

memperlihatkan bahawa penyalahgunaan dadah yang melibatkan golongan pelajar bukan perkara

yang baru tetapi masih berlanjutan sehingga ke hari ini.

2.0 Jenis-Jenis Dadah

Dadah dibahagikan kepada lima kategori iaitu (1) Opait, (2) Perangsang (stimulants), (3)

Depresen (Depressants), (4) Halusinogen (Hallucinogen), dan (5) Ganja (Cannabis). Opait

merupakan bahan perubatan yang bertujuan untuk menidurkan dan melegakan kesakitan. Dadah

jenis opiat ini mempunyai potensi yang tinggi untuk ketagihan. Jenis dadah dalam kategori opiat

ini adalah Candu, Heroin, Morfin dan Kodein.

Jenis dadah dalam kategori perangsang adalah Phentermine, Kokain dan Ephedra.

Kokain juga dikenali sebagai kokain rock adalah nama untuk sejenis kokain tulen (freebase)

yang dihisap. Crack kokain adalah campuran kokain dengan powder yang hasilnya berbentuk

granules. Crack yang mempunyai ketulenan sehingga 90% adalah sangat berbahaya dimana,

ianya akan mendatangkan ketagihan yang teruk selepas penggunaan yang agak singkat.

Kategori dadah Depresen merupakan bahan perubatan penenang untuk menukarkan

sistem saraf pusat. Kebiasaannya, kategori dadah depresen ini digunakan oleh pesakit-pesakit

mental seperti depresi dan kebimbangan. Jenis-jenis dadah dalam kategori ini adalah

Methaqualone, Tranquliser dan Eremin 5.

3

Page 4: Penyalahgunaan dan penagihan dadah

Halusinogen pula merupakan dadah asli dan sintatik dimana ianya mengubah pandang

fizikal menyebabkan seseoang individu sukar untuk membezakan yang benar atau tidak. Jenis-

jenis dadah dalam kategori ini adalah Lysergic Acid Diethylamide (LSD), Phenlycidine (PCP)

Phencycilidine, Dimethyltryptamine (DTM), dan Ketamine.

Semua bentuk dadah yang diperolehi daripada pokok genus cannabis dikategorikan

sebagai kategori ganja atau Cannabis iaitu ganja, marijuana, hashish, dan hashish oil. Ganja

merujuk kepda bahagian daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang dijadikan dalam bentuk

blok atau sate. Ianya juga menyerupai tembakau.

Terdapat beberapa kategori lain antaranya ialah kategori psikotrapik, dan inhalant. Dadah

kategori psikotrapik adalah dadah yang bertindak kepada otak dan merancang fizikal iaitu syabu

dan ecstasy. Dadah kategori inhalant adalah bahan yang tidak ditakrifkan sebagai dadah. Namun,

member kesan yang sama seperti dengan dadah sebagai contoh gam, alcohol dan cat cair.

4

Page 5: Penyalahgunaan dan penagihan dadah

3.0 Statistik Penyalahgunaan Dadah Di Malaysia

DATA PENAGIH TERKUMPUL DI MALAYSIA SEMENJAK TAHUN 1988 SEHINGGA 2005 ADALAH SERAMAI 289,763 orang

 Statistik Januari - Disember 2005 (Sumber AADK)

TABURAN PENAGIH MENGIKUT NEGERI  BARU BERULANG JUMLAHJohor 2181 1729 3910Kedah 1215 1391 2606Kelantan 1533 981 2514Melaka 274 376 650Negeri Sembilan 312 448 760Pulau Pinang 2227 4176 6403Pahang 780 883 1663Perak 1465 1875 3340Perlis 191 127 318Sabah 1640 494 2134Sarawak 598 71 669Selangor 1142 1420 2562Terengganu 182 174 356WP Kuala Lumpur 1642 3264 4906WP Labuan 7 10 17  15389 17419 32808

JUMLAH PENAGIH MENGIKUT STATUS KES  BIL. % PURATA

SEBULANBaru 15389 46.91% 1283Berulang 17419 53.09% 1452  32808 100.00% 2735

PROFIL PENAGIH MENGIKUT JANTINA  BARU BERULANG JUMLAHLelaki 14910 17231 32141Perempuan 479 188 667  15389 17419 32808

PROFIL PENAGIH MENGIKUT BANGSA  BARU BERULANG JUMLAHMelayu 10621 11723 22344Pribumi Sabah 867 355 1222Pribumi Sarawak 94 28 122

5

Page 6: Penyalahgunaan dan penagihan dadah

Cina 2000 3131 5131India 1208 2020 3228Lain-lain Bangsa 503 159 662Warga Asing 96 3 99  15389 17419 32808

PROFIL PENAGIH MENGIKUT UMUR KETIKA DIKESAN  BARU BERULANG JUMLAH< 13 tahun 0 0 013-15 tahun 82 0 8216-17 tahun 312 7 31918-19 tahun 909 47 95620-24 tahun 4018 1080 509825-29 tahun 3617 2878 649530-34 tahun 2472 3573 604535-39 tahun 1509 3277 478640-44 tahun 889 2834 372345-49 tahun 535 2108 264350-54 tahun 253 1051 130455-60 tahun 100 360 460> 60 24 57 81Tiada Maklumat 669 147 816  15389 17419 32808

PROFIL PENAGIH MENGIKUT JENIS DADAH YANG DIGUNAKAN  BARU BERULANG JUMLAHHeroin 4580 9334 13914Morfin 3172 4875 8047Candu 5 15 20Ganja 3120 1924 5044Pil Psikotropik 558 194 752Ecstasy/MDMA 343 52 395Gam 7 3 10Syabu/Methamphetamine 2983 849 3832Amphetamine 330 52 382Kodein/U.Batuk 291 121 412  15389 17419 32808

PROFIL PENAGIH MENGIKUT JENIS PEKERJAAN  BARU BERULANG JUMLAHBinaan 1318 1970 3288Pengurusan 190 156 346

6

Page 7: Penyalahgunaan dan penagihan dadah

Jualan 1555 1984 3539Teknikal 951 927 1878Pengangkutan 843 1113 1956Pengeluaran/Kilang 831 537 1368Perkeranian 45 50 95Perkhidmatan 1488 2050 3538Pertanian/Perikanan dll. 798 1053 1851Buruh Am 2636 3676 6312Hiburan 64 55 119Penganggur 1262 1189 2451Penuntut 250 19 269Tiada Maklumat 3158 2640 5798  15389 17419 32808

PROFIL PENAGIH DADAH MENGIKUT SEBAB MULA MENGGUNA DADAH

  BARU BERULANG JUMLAHUntuk Keseronokan 1204 1817 3021Pengaruh Kawan 6573 7203 13776Perasaan Ingin Tahu 2981 4258 7239Rangsangan 73 91 164Tahan Sakit 82 138 220Secara Tidak Sengaja 21 28 49Tekanan Jiwa 398 536 934Lain-lain (tanpa tujuan) 5 4 9Tiada Maklumat 4052 3344 7396  15389 17419 32808

PROFIL PENAGIH MENGIKUT KELULUSAN TERTINGGI  BARU BERULANG JUMLAHTidak Bersekolah 299 416 715Sekolah Rendah 1910 3179 5089SRP/LCE/PMR 5672 7040 12712SPM/MCE/SPVM 3905 4195 8100STP/HSC/STPM 154 170 324Diploma 185 115 300Ijazah 38 24 62Lain-lain (spt. Sijil Kemahiran)

49 33 82

Tiada Maklumat 3177 2247 5424  15389 17419 32808

7

Page 8: Penyalahgunaan dan penagihan dadah

PROFIL PENAGIH MENGIKUT UMUR MULA MENAGIHBARU BERULANG JUMLAH

< 13 tahun 1802 1310 311213-15 tahun 288 594 88216-17 tahun 643 1034 167718-19 tahun 1375 1596 297120-24 tahun 3941 4348 828925-29 tahun 2572 3180 575230-34 tahun 1396 1908 330435-39 tahun 709 1061 177040-44 tahun 360 600 96045-49 tahun 175 314 48950-54 tahun 82 157 23955-60 tahun 27 31 58> 60 12 11 23Tiada Maklumat 2007 1275 3282

15389 17419 32808

Berdasarkan statistik yang bersumber daripada PEMADAM, terdapat seramai 289 763

orang yang terlibat dengan penagihan dadah sejak tahun 1988 hingga 2005. Sepanjang tahun

2005, terdapat 32 808 orang yang terlibat dimana daripada jumlah besar tersebut, Pulau Pinang

mencatat bilangan penagih baru dan mengulang yang tertinggi. Kebanyakkan penagih dadah

terdiri daripada bangsa melayu, berkerja sebagai buruh am, mendapat pendidikan tertinggi PMR

dan dipengaruhi oleh rakan untuk terlibat dengan kancah penagihan dadah. Rata-rata penagih

dadah yang baru dan berulang ini mulai terjerumus dengan masalah ini ketika berumur sekitar 20

hingga 24 tahun. Pada tahun 2005 juga penagih baru yang termuda ialah berumur 13 hingga 15

tahun dan yang paling ramai ditangkap adalah berumur dalam lingkungan 20 hingga 24 tahun.

3.0 Kajian Lepas

8

Page 9: Penyalahgunaan dan penagihan dadah

Mohd Noorazam Bin Abd Razak pada tahun 2007 telah melakukan sebuah yang

bertujuan meninjau keberkesanan pengajaran terhadap penyalahgunaan dadah dan secara

khususnya penyelidik ingin melihat tahap pengetahuan pelajar berdasarkan Pembelajaran dan

Pengajaran (P&P) dan sumber paling utama memainkan peranan di dalam pemberian maklumat

tentang penyalahgunaan dadah. Kajian beliau dilakukan di sekolah menengah di sekitar Lembah

Kelang ke atas 80 orang pelajar di kalangan pelajar tingkatan empat dengan menggunakan

borang selidik. Borang selidik yang digunakan mempunyai empat bahagian dan data-data

ditafsirkan secara peratusan dan kekerapan sahaja. Bentuk kajian yang beliau gunakan adalah

bentuk tinjauan.

Dapatan daripada kajian ini, beliau mendapati sesi pengajaran penyalahgunaan dadah

dapat dipertingkatkan lagi dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang menarik.

Tenaga pengajar juga didapati mempunyai pengetahuan yang mencukupi berkaitan dengan

dadah. Selain itu, kajian ini juga mendapati ibu bapa merupakan sumber utama kepada pelajar

mendapat maklumat tentang penyalahgunaan dadah berbanding dengan sumber-sumber yang

ada.

Selain itu sebuah lagi kajian dijalankan ke atas permasalahan ini oleh Mohmood Nazar

Mohamed (2005) yang memfokuskan kepada penagihan dadah wanita. Beliau melakukan kajian

yang bertajuk kemurungan di kalangan penagih dadah wanita dimana telah menggunakan

seramai 166 penghuni dari Pusat Pemulihan Dadah Wanita di Bachock Kelantan. Dalam kajian

ini, boring soal selidik Beck Depression Inventory (BDI) digunakan bagi melihat tahap

9

Page 10: Penyalahgunaan dan penagihan dadah

kemurungan responden dan sebagai perbandingan, seramai 60 orang residen lelaki dari Pusat

Serenti Bukit Cabang, Perlis turut digunakan sebagi respondent bagi membandingan

kemurungan yang dialami oleh penagih lelaki dan wanita.

Dapatan kajian beliau mendapati bahawa penagih wanita menggunakan pelbagai jenis

dadah dan jenis dadah yang paling kerap ialah heroin, syabu dan ganja. Manakala penagih lelaki

lebih kerap menggunakan dadah jenis heroin, ganja dan morfin. Selain itu, kajian belaiu juga

mendapati terdapat persamaan di antara penagih lelaki dan wanita, iaitu mereka menggunakan

dadah kerana ingin mencuba, “tension”, dan pengaruh kawan atau suami.

Selain daripada itu, beliau juga mendapati tahap kemurungan di kalangan penagih wanita

juga lebih tinggi berbanding dengan penagih lelaki terutamanya penagih wanita yang

mempunyai pengalaman keganasan rumahtangga dan mempunyai hubungan sosial yang kurang

baik. Dalam kajian beliau, beliau juga mencadangkan setiap program rawatan dan pemulihan

perlu mengambilkira tahap kemurungan yang dialami oleh penagih dan ini memerlukan bantuan

daripada bidang kesihatan mental.

10

Page 11: Penyalahgunaan dan penagihan dadah

5.0 Pendekatan Teori Psikologi

Penyalahgunaan dadah merupakan masalah yang berlaku dalam setiap lapisan

masyarakat. Ia juga melibatkan golongan yang berpendidikan tinggi, pelajar, ahli-ahli

professional di samping mereka yang tidak berpendidikan dan penganggur. Kita boleh melihat

beberapa perspektif atau teori dalam menerangkan permasalahan sosial ini iaitu;

5.1 Perspektif Psikologikal

Menurut Rational Choice Theories, setiap individu mempunyai pilihan untuk bertingkah

laku dan tingkah laku mereka tersebut merupakan pilihan mereka sendiri. Terdapat banyak idea

atau konsep yang mempengaruhi pembuat keputusan seseorang untuk bertingkah laku, antaranya

ialah konsep kendiri (self-concept), sosialisasi, peranan, status atau identiti. Teori Lindesmith

(1968), menghuraikan proses psikologikal sosial adalah hubungan dadah keatas kesan dan

keinginan untuk menghilangkan ‘withdrawal symptoms’ iaitu kesan semasa dalam proses

pemulihan daripada dadah. Teori Lindesmith digunakan dalam menjawab persoalan mengapa

penagih dadah tidak dapat menghentikan ketagihan mereka dan punca penagihan semula.

Selain daripada itu, individu yang terlibat dengan dadah juga membuat pilihan sama ada

pengalaman menghadapi ‘pain of withdrawal’ atau pengalaman euphoria iaitu keadaan ketika

separuh sedar dan khayal semasa mengambil dadah. Richard Stephens (1991) telah menjumpai

penagih heroin jalanan mengambil dadah bukan sahaja kerana menghilangkan ‘pain of

11

Page 12: Penyalahgunaan dan penagihan dadah

withdrawal’ seperti dalam teori Lindesmith tetapi kerana dorongan pengalaman euphoria atau

“experience the drug high”.

5.2 Perspektif Struktur Sosial

Mengikut struktur sosial, masalah devian ini berlaku kerana terdapat masalah dalam

struktur sosial dan masyarakat tersebut bermasalah dan masalah ini mendorong individu

melakukan devian. Dalam perspektif struktur sosial ini, masalah penyalahgunaan dadah ini

diterangkan menggunakan Teori Anomie.

Mengikut teori anomie, masalah devian ini berlaku kerana individu tersebut mendapat

tekanan daripada masyarakat disekelilingnya. Teori tekanan atau Strain dalam teori anomie

adalah tekanan yang dihadapi individu dalam sesuatu masyarakat, akibat daripada tidak

mendapat peluang untuk menjalankan kehidupan yang lebih baik, perkerjaan, pendidikan yang

tinggi dan sering ditindas atau berlakunya diskriminasi oleh golongan atasan, berada dan

berkemampuan. Tekanan untuk meneruskan kehidupan dan demi mencapai matlamat mereka

memaksa individu melakukan devian sebagai pengedar dadah kerana tidak mendapat peluang

perkerjaan walaupun mempunyai kelayakkan kerana berlakunya diskriminasi.

Teori Strain, tekanan untuk mendapatkan pendapatan yang lebih dengan berkerja keras

dengan tenaga yang terhad juga menyebabkan berlakunya penyalahgunaan dadah. Ini boleh

dibuktikan dengan statistik dimana, golongan professional dan golongan berpendidikan tinggi

12

Page 13: Penyalahgunaan dan penagihan dadah

seperti pelajar universiti dan kolej turut terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Tekanan bebanan

tugasan yang berat yang dialami olehi pelajar menyebabkan mereka menggunakan dadah seperti

“gam” untuk dapat bercengkang mata pada waktu malam untuk menyiapkan perkerjaan.

5.3 Perspektif Interaksi (Label)

Perspektif interaksi atau teori label juga menjadikan masyarakat sebagai punca kepada

masalah devian. Mengikut teori ini, devian merupakan reaksi daripada interaksi masyarakat dan

label yang diberikan kepada individu mampu mengubah sikap dan tingkah laku seseorang.

Masyarakat sering letakkan sesuatu label kepada seseorang individu berdasarkan sikap, tingkah

laku dan ciri-ciri yang ada pada individu tersebut berdasarkan perbandingan dan pengalaman

masyarakat. Sekiranya, seseorang individu mempunyai sikap yang malas, akan dilabelkan oleh

masyarakat sebagai pemalas. Jika individu tersebut perna melakukan kesalahan seperti mencuri

akan dilabelkan sebagai pencuri. Label yang diberikan kepada individu akan berterusan dan

mempengaruhi kognitif, sikap dan tingkah laku individu seterusnya.

Kuasa yang ada pada label oleh masyarakat adalah sangat kuat ianya merupakan faktor

utama mengapa masalah penyalahgunaan dadah ini berlaku dan berterusan. Bekas penagih dadah

sukar untuk berhenti daripada menagih dadah kerana masyarakat telah melabelkan bekas penagih

dadah ini sebagai penagih dadah walaupun, mereka telah bebas daripada dadah. Tekanan

daripada label ini menyebabkan individu terlibat semula dengan penagihan dadah semula.

13

Page 14: Penyalahgunaan dan penagihan dadah

5.4 Teori peer-cluster

Teori peer-cluster (Beauvais, Chavez, Oetting, Deffenbacher, dan Cornell, 1996;

McWhirter, 2004) menyatakan bahawa masalah-masalah yang berkaitan dengan pengaruh rakan

sebaya berkaitan dengan masalah tingkah laku dan sikap remaja itu. Teori ini mencadangkan

tingkah laku anti-sosial dan masalah sekolah merupakan faktor utama dalam membentuk peer-

cluster deviant. Remaja atau orang muda yang terlibat dengan masalah tingkah laku mempunyai

kecenderungan untuk berjumpa atau mencari antara satu sama lain. Kumpulan peer-cluster

devian ini saling menyokong dan menggalakan tingkah laku devian antara satu sama lain.

Penagih dadah yang telah melalui rawatan dan intervensi atau daripada pusat pemulihan

dadah akan menerima pandangan yang negatif dan penolakkan dalam masyarakat atau komuniti.

Oleh demikian, bekas penagih dadah ini akan cederung akan mencari kawan-kawannya yang

mempunyai masalah yang sama dan kecenderungan untuk menagih semula adalah tinggi ekoran

daripada galakan dan sokongan daripada rakan atau penagih dadah yang lain. Kumpulan peer-

cluster devian ini boleh terdiri samaada kumpulan kecil atau besar.

6.0 Program Intervensi dan Rawatan

Terdapat beberapa program intervensi dan rawatan yang boleh dilakukan dengan

mengikut beberapa peringkat iaitu pada peringkat individu, keluarga, sekolah, dan komuniti.

Pada peringkat individu, teknik kauseling individu khas merupakan teknik yang effektif dimana,

ianya membantu remaja mengembangkan strategik daya tindak, kemahiran kehidupan dan

strategik membuat keputusan dalam mencegah penagihan berulang berbanding dengan terapi-

terapi lain.

14

Page 15: Penyalahgunaan dan penagihan dadah

Intervensi lain dalam kaunseling juga merupakan intervensi yang efektif iaitu

Motivational Interviewing (MI). MI menggunakan idea atau prinsip dimana penagih dadah itu

harus diberikan masa untuk bersedia untuk berubah sebelum berubah. Intervensi ini

memfokuskan dalam membantu penagih untuk mengenalpasti kesan negatif berbanding kesan

positif ke atas sesuatu tingkah laku mereka dan kaunselor sentiasa member sokongan kepada

mereka sepanjang proses intervesi MI ini.

Terdapat lima peringkat dalam model peringkat perubahan (stages of change model) iaitu

(1) Pra-Renungan (Pre-contemplation); pada peringkat ini, penagih masih belum

mempertimbangkan untuk berhenti daripada menagih dadah, (2) Renungan (Contemplation);

pada peringkat ini, penagih telah mempertimbangkan untuk berhenti daripada menagih dadah

dan telah meletakan satu jangka masa untuk berhenti misalanya, berhenti daripada menagih

dadah dalam jangka masa sebulan, (3) Persediaan (Preparation); pada peringkat ini, penagih

telah membuat satu rancangan (plan) dan percubaan untuk berhenti daripada penagihan dadah,

(4) Tindakan (action); pada peringkat ini, penagih dadah tersebut telah terlibat secara aktif dalam

rawatan, dan (5) Pemeliharaan (maintenance); pada peringkat ini, penagih dadah telah melalui

rawatan yang disediakan dan menyertai beberapa program selepas rawatan agar individu tersebut

tidak terlibat dengan kes berulang.

Selain daripada itu, pada peringkat keluarga juga harus dilakukan terapi keluarga bagi

menyediakan keluarga penagih dadah dengan memperbaiki atau mengembangkan strategik daya

tindak, kemahiran kehidupan dan strategik membuat keputusan yang lebih baik. Oleh kerana,

15

Page 16: Penyalahgunaan dan penagihan dadah

rakan sebaya merupakan orang yang paling terdekat bagi golongan remaja maka, Terapi cross-

age peer group juga merupakan terapi yang berkesan kerana ianya melibatkan kerjasama di

antara rakan sebaya yang tidak terlibat dengan penagihan dadah dengan penagih dadah. Terapi

ini lebih berkonsepkan rakan sebaya sebagai role-model.

7.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, pada masa kini dadah semakin mudah didapati di kalangan

remaja. Malahan remaja dengan mudah membeli ubat-ubatan (dadah) di kedai-kedai farmasi

yang semakin bertambah dewasa kini. Terdapat beberapa kategori dadah yang telah dikenalpasti

dan dadah juga merupakan bahan yang berguna dalam bidang perubatan. Namun, apabila fungsi

dadah itu disalahgunakan dan pengambilan jumlah atau dos yang berlebihan, ianya menjadi

bahan yang berbahaya kepada sistem biologi manusia terutama otak dan saraf.

Selain itu, keyakinan diri seseorang individu yang terlibat sama ada secara langsung atau

tidak langsung dengan penyalahgunaan dadah ini juga semakin rendah ekoran daripada,

pandangan masyarakat bahawa penagih dadah merupakan sampah masyarakat dan tidak berguna.

Walaupun, pandangan atau streotaip masyarakat ini secara tidak langsung membantu seseorang

untuk tidak terlibat dengan penagihan dadah tetapi ianya juga member kesan negatif terutamanya

kepada bekas-bekas penagih dadah yang telah sembuh.

16

Page 17: Penyalahgunaan dan penagihan dadah

Rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting dalam membantu penagih dadah

untuk berhenti daripada penagihan dadah namun, ianya juga memberi kesan yang sebaliknya

kepada masalah penyalahgunaan dan penagihan dadah ini. Pelbagai pihak harus berkerjasama

dalam menangani masalah ini. Rawatan dan intervensi yang menunjukkan keeffektifannya

adalah motivational interviewing (MI) dimana penagih diberi peluang untuk bersedia untuk

berubah atau berhenti daripada penagihan dadah.

Selain itu, penguatkuasa undang-undang dan pemeriksaan yang lebih ketat dan keras juga

boleh membantu dalam mengurangkan permasalahan dadah ini. Oleh demikian, usaha dalam

menangani permasalahan ini harus dipertambahkan dan kerajaan juga harus menggalakan para

penyelidik dan ahli psikologi untuk mengkaji permasalahan penyalahgunaan dan penagihan

dadah ini.

17

Page 18: Penyalahgunaan dan penagihan dadah

Rujukan

Dr. Ma`rof Redzuan & Haslinda Abddullah. (2003). Psikologi. Malaysia: McGraw-Hill.

Dr. Mohd Dahlan A. Malek, Beddu Salam Baco & Mohd. Sharani Ahmad. (2007). Prosiding

Persidangan Dadah Kebangsaan 1: “Pendekatan Inovatif Dalam Pencegahan Dan

Pemulihan”. Malaysia: Universiti Malaysia Sabah.

Mahmood Nazar Mohamed. (2005). Kemurungan di Kalangan Penagih Dadah. Jurnal Psikologi

Malaysia Vol19. (43-56). UKM

Marshall B. Clinard & Robert F. Meier. (2004). Sociology of Deviant Behavior (12th Edition).

USA: Wadsworth/Thomson Learning.

McWhirter, J. J. (2004). At Risk Youth : A Comprehensive Response For Counselors, Teachers,

Psychologists, and Human Service Professionals (3rd Edition). Canada : Thomson

Learning Academic.

Mohd Noorazam Bin Abd Razak. (2007). Keberkesanan Pengajaran Terhadap Penyalahgunaan

Dadah di Kalangan Murid Tingkatan Empat di Sebuah sekolah Menengah lembah

Kelang. Prosiding Persidangan Dadah Kebangsaan 1; “Pendekatan Inovatif Dalam

Pencegahan dan Pemulihan”. (121-131).

Karen Huffman. (2007). Psychology In Action (8th Edition). USA: John Wiley & Sons.

18

Page 19: Penyalahgunaan dan penagihan dadah

Rujukan Internet

Laman web rasmi Persatuan Mencegahan Dadah Malaysia (PEMADAM) yang diakses pada

September 14, 2009 daripada pautan http://www.pemadam.org.my

Laman web rasmi Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) yang diakses pada September 14,

2009 daripada pautan http://www.adk.gov.my/

19