3
Tujuan Penyediaan Penyata Aliran Tunai - Penyata Aliran Tunai merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam penyata kewangan yang mana ia menerangkan tentang pergerakan aliran masuk dan aliran keluar keserataan tunai. - Melalui penyata ini, aliran kendalian, pelaburan, dan pembiayaan dapat dikenalpasti secara lebih jelas. - Penyata ini menjelaskan tentang faktor-faktor yang menyebabkan berlaku perubahan baki tunai yang dimiliki syarikat bermula dari tempoh permulaan sehingga ke tempoh akhir dalam sesuatu laporan yang dibuat Faedah Penyata Aliran Tunai kepada Pengguna - Dari segi kegunaan aliran tunai, ia berfungsi menentukan masa dan jumlah pinjaman yang diperlukan dan pembayaran balik pinjaman. - Dalam masa yang sama, pengguna dapat mengawal jumlah pinjaman agar tidak terlalu banyak dan terlalu cepat.

penyata aliran tunai

  • Upload
    azrimal

  • View
    574

  • Download
    21

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: penyata aliran tunai

Tujuan Penyediaan Penyata Aliran Tunai

- Penyata Aliran Tunai merupakan salah satu komponen yang

terdapat dalam penyata kewangan yang mana ia menerangkan

tentang pergerakan aliran masuk dan aliran keluar keserataan

tunai.

- Melalui penyata ini, aliran kendalian, pelaburan, dan pembiayaan

dapat dikenalpasti secara lebih jelas.

- Penyata ini menjelaskan tentang faktor-faktor yang

menyebabkan berlaku perubahan baki tunai yang dimiliki

syarikat bermula dari tempoh permulaan sehingga ke tempoh

akhir dalam sesuatu laporan yang dibuat

Faedah Penyata Aliran Tunai kepada Pengguna

- Dari segi kegunaan aliran tunai, ia berfungsi menentukan masa

dan jumlah pinjaman yang diperlukan dan pembayaran balik

pinjaman.

- Dalam masa yang sama, pengguna dapat mengawal jumlah

pinjaman agar tidak terlalu banyak dan terlalu cepat.

- Selain itu, ia membantu perniagaan untuk membayar hutang

dengan cepat agar dapat mengurangkan kos kadar bunga

pinjaman.

- Kedudukan Aliran tunai yang baik, perniagaan dapat dimajukan

dengan berpeluang untuk mendapatkan bantuan khidmat

Page 2: penyata aliran tunai

nasihat daripada pegawai dari institusi kewangan dengan

mudah.

- Ini adalah kerana penyata aliran tunai yang lengkap dan jelas

akan dapat memudahkan pegawai institusi kewangan untuk

mengenalpasti kaedah terbaik untuk membantu memajukan

perniagaan tersebut.

- Bagaimanapun, penyata aliran tunai tidak dapat dijadikan

rujukan bagi membuat anggaran keuntungan yang bakal

diperoleh kerana ia tidak menyatakan susut nilai dan nilai

inventori yang dimiliki syarikat.

Komponen Penyata Aliran Tunai

- Terdapat tiga elemen penting dalam penyata aliran tunai,

iaitu:

a) Aliran tunai daripada aktiviti kendalian /operasi

merupakan aktiviti utama pengeluaran hasil

perusahaan dan aktiviti lain, selain dari aktiviti

pelaburan dan pembiayaan.

b) Aliran tunai daripada aktiviti pelaburan

Aliran masuk dan keluar tunai daripada

pemerolehan dan pelupusan aset jangka panjang,

serta pelaburan lain.

a) Aliran tunai daripada aktiviti pembiayaan –

Page 3: penyata aliran tunai

Aliran masuk dan keluar tunai daripada aktiviti

yang menyebabkan perubahan saiz dan komposisi

modal ekuiti dan pinjaman perusahaan