78
Jilid II Bil. 23 Hari Selasa llhb Disember, 1984 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA SENATE PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament PENGGAL KEDUA Second Session KANDUNGANNYA MENGANGKAT SUMPAH: Tuan Haji Abu Bakar bin Lajin Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Latif Tuan M. Nyanapandithan |Ruangan 2977] PENGUMUMAN TUAN YANG Dl-PERTUA: Mengalu-alukan Ahli-ahli Baru (Ruangan 2977) JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAG1 PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 2978] RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan, 1985 [Ruangan 3019] USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 3071] OKI 1AK Ol.l-H JAHAIAN PI R( I I AKAN NK.ARA. M'AI A I I'MI'l'K HAJI MOKHIAR SHAMSl'DDIN. J.S.D.. S.M.I.. S.M.S.. S.M.I'.. K.M.N.. IMS.. Kill A I'l MiARAH I987 OKI1AK Ol.l-H JAHAIAN PI R( I I AKAN NK.ARA. KIWI A IIMIHK HA.II MOKHIAK SHAMSl'DDIN. J.S.I).. S.M.I.. S.M.S.. S.M.I'.. K.M.N.. IMS.. K i l l A I'l M W R A H I9K7

PENYATA RASMI · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

Jilid II Bil. 23

Hari Selasa llhb Disember, 1984

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN NEGARA SENATE

PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament

PENGGAL KEDUA Second Session

KANDUNGANNYA

MENGANGKAT SUMPAH:

Tuan Haji Abu Bakar bin Lajin Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Latif Tuan M. Nyanapandithan |Ruangan 2977]

PENGUMUMAN TUAN YANG Dl-PERTUA:

Mengalu-alukan Ahli-ahli Baru (Ruangan 2977)

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAG1 PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 2978]

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Perbekalan, 1985 [Ruangan 3019]

USUL:

Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat [Ruangan 3071]

OKI 1AK Ol.l-H JAHAIAN PI R( I I AKAN NK.ARA. M'AI A I I'MI'l'K HAJI MOKHIAR SHAMSl'DDIN. J.S.D.. S.M.I.. S.M.S.. S.M.I'.. K.M.N.. IMS..

Kill A I'l MiARAH I987

O K I 1 A K Ol.l-H JAHAIAN PI R( I I AKAN N K . A R A . KIWI A I I M I H K

HA.II MOKHIAK S H A M S l ' D D I N . J . S . I ) . . S . M . I . . S . M . S . . S .M.I ' . . K . M . N . . I M S . .

K i l l A I'l MWRAH

I9K7

Page 2: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

MALAYSIA

PARLIMEN KEENAM-DEWAN NEGARA

Penyata Rasmi Parlimen

P E N G G A L Y A N G K E D U A

AHLI-AHLl DEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI ISMAIL KHAN, P.M.N., P.S.M., P.N.B.S., B.K.T., p.p.T. (Dilantik) Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DR.MOHAMAD YUSOF BIN HAJI MOHAMAD NOOR, J.M.N., S.M.T., P.P.T. (Dilantik) Timbalan Yang di-Pertua, TAN SRI DATO SULAIMAN BIN NINAM SHAH, P.S.M., S.P.M.J., S.S.I.J., J.M.N., B.S.I., P.I.S., J.P. (Dilantik)

TUAN ABDUL GHANI BIN HAJI OTHMAN (Dilantik) Lt. Kol. (B) ABDUL HAMID BIN IBRAHIM, S.M.S., K.M.N., P.I.S. (Dilantik) TUAN HAJI ABDUL HAMID BIN HAJI LATIF (Dilantik)

TUAN HAJI ABDUL JALIL BIN ABDUL RAHMAN, A.M.N., P.J.K., J.P. (Dilantik) TUAN HAJI ABDUL RAZAK BIN HAJI ABU SAMAH, A.M.N., P.J.K. (Dilantik) TUAN HAJI ABDUL WAHAB BIN HAJI ABU BAKAR, A.M.N. (Dilantik) TOH MUDA DR. ABDULLAH FADZIL BIN CHE WAN, P.C.M. (Dilantik) TUAN HAJI ABU BAKAR BIN LAJIM (Dilantik)

TUAN AHMAD BIN OTHMAN, B.M.S., A.M.K., A.M.N., P.J.K. (Kedah)

TUAN ABANG HAJI AHMAD URAI BIN DATU HAKIM ABANG HAJI MOHIDEEN (Sarawak)

TUAN ALEXANDER Y. L. LEE (Dilantik) TUAN HAJI ARIFFIN BIN HAJI SALLEH, K.M.N., S.M.K. (Dilantik) TUAN FADZIL BIN MAHMOOD, A.M.N., P.P.N., P.J.K. (Pedis) DATO S. GOVINDARAJ, D.P.M.S., K.M.N., P.P.N., P.P.T., J.P. (Dilantik) PUAN HAJJAH HABIBAH BINTI ABDUL GHANI, K.M.N., AMP., A.M.N., P.J.K. (Pahang)

PUAN HAFSAH BINTI OTHMAN (Dilantik) PUAN HASANAH BINTI HAJI MOHD. KASSIM (a HASANAH FATIMAH

BINTI HAJI MOHD. KASSIM, A.M.N., P.P.N., P.J.K. (Trengganu) TUAN HASSAN BIN NAM (Dilantik) TUAN HAJI HUSSEIN BIN AHMAD (Dilantik) TUAN HAJI IBRAHIM BIN HAJI UJANG (Negeri Sembilan)

TUAN IBRAHIM BIN SALLEH, A.M.N., P.J.K. (Dilantik)

Page 3: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

2971 11 DISEMBER 1984 2972

Yang Berhormat DATUK ISHAK BIN ABDUL RAHMAN, D.S.P.N., A.M.N., P.J.K.

(Pulau Pinang)

TUAN JAAFAR BIN HARUN (Dilantik)

DATUK JAMES BERNARD WILLIE, P.G.D.K. (Sabah)

PUAN SRI JANAKI ATHI NAHAPPAN, A.M.N., P.J.K. (Dilantik)

TUAN R. M. JASNI B.K. (Dilantik)

DATO KAMARUZAMAN BIN AHMAD (Dilantik)

TUAN KEE YONG W E E (Wilayah Persekutuan)

TUAN KENNETH KENYAN ANAK TEMENGGONG K O H , K.M.N.,

J.B.S. (Sarawak)

DATO KHOO KAY POR, D.M.P.N., J.M.N., J.P. (Pulau Pinang)

TUAN KUAN PENG SOON (a) KUAN PENG CHING (Perak)

TUAN K. KUMARAN, K.M.N., P.M.P., P.P.T., J.P. (Dilantik)

TUAN HAJI LATIP BIN HAJI DRIS , P.B.S. (Dilantik)

TUAN LIM KEAN SIEW (Dilantik)

CIK LIM SEAN LEAN @ LIM HIANG N A I , K.M.N. (Dilantik)

DATUK LOH FOOK Y E N , D.S.I.J., P.P.N., P I S . (Dilantik)

TUAN LOO SWEE M O K , A.M.N., P.P.N. (Pahang)

TUAN HAJI MOHAMED BIN YAHYA, P IS . , B.S.L, A.M.N. (Johor)

DATUK HAJI MOHD. D I N BIN JAAFAR, P.G.D.K., A.D.K., B.K.

(Dilantik)

TUAN HAJI MOHD. NOOR BIN HAJI ABDULLAH (Kelantan)

TUAN MOHD. NOOR BIN BEDAH, P.J.K., P.J.B. (Pedis)

TUAN MOHD. YUSOFF BIN KASSIM (Perak)

TUAN MOHD. YUSOFF (a YUSOF HAJI M D . N O R (Kelantan)

TUAN NASIR BIN HAJI MANAP, A.M.N., P.J.K. (Melaka)

PUAN N E N ABIDAH BINTI ABDULLAH, A.M.N., P.P.N., P.J.K. (Dilantik)

TUAN N G A H POI, P.P.N., J.P. (Melaka)

TUAN NYANAPANDITHAN (Selangor)

TUAN PARAMJIT SINGH (Dilantik)

DATO G. PASAMANICKAM, S.P.M.J., D.P.M.J., D.S.I.J., P.I.S., B.S.L,

J.S.M., A.M.N., J.P. (Dilantik)

PUAN ROKIAH @ MAIMUN BINTI ZAINUDDIN, A.M.N., P.J.K.

(Dilantik)

TUAN SALLEH BIN KASSIM, A.M.T., A.M.N., P.J.K. (Trengganu)

TAN SRI C. SELVARAJAH, P.S.M. (Dilantik)

TUAN HAJI SHAHAROM BIN HAJI MAASOM, A.M.N., P.J.K. (Dilantik)

TUAN STEPHEN TIMOTHY W A N ULLOK (Dilantik)

TUAN TAN CHANG SOONG, A.M.N. (Dilantik)

TUAN TAY CHEE KING, K.M.N., B.S.L, P.I.S., A.M.N., J.P. (Johor)

TUAN D. P. VIJANDRAN (Dilantik)

TUAN WONG YAU KET (Sabah)

DATO HAJI ZAKARIA BIN HAJI YAHYA (Selangor)

Page 4: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

2973 11 DISEMBER 1984

DEWAN NEGARA

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara: Haji Ahmad Hasmuni bin Haji Hussein.

Penolong Setiausaha: Ghazali bin Haji Abdul Hamid.

Penolong Setiausaha: Abdullah bin Abdul Wahab.

BAHAGIAN PENYATA RASMI PARLIMEN

Penyunting Kanan: Yahya Manap.

Penyunting: P. B. Menon.

Penyunting: Haji Osman bin Sidik.

Pemberita-pemberita:

N. Ramaswamy.

Louis Yeoh Sim Ngoh.

Haji Abdul Rahman bin Haji Abu Samah.

Suhor bin Husin.

Amran bin Ahmad.

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof.

Julian binti Awam.

Supiah binti Dewak.

Ismail bin Hassan.

Shamsiah binti Mohd. Yusof.

Hajjah Kalsom binti Ghazali.

Mohamed bin Osman.

Norishah binti Mohd. Thani.

BENTARA MESYUARAT

Mejar (B) Haji Ahmad bin Buntu.

Page 5: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad
Page 6: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

2977 11 DISEMBER 1984 2978

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Selasa, llhb Disember, 1984

Mesvuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA

(Tuan Yang di-Pertua mempengerusi-kan Mesyuarat)

MENGANGKAT SUMPAH

Ahli-ahli Yang Berhormat yang ter-sebut di bawah ini telah mengangkat Sumpah seperti yang disebutkan dalam Perlembagaan:

Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Latif Tuan M. Nyanapandithan

PENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA

MENGALU-ALUKAN AHLI-AHLI BARU

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru meng­angkat Sumpah sebentar tadi. Saya berharap semoga Ahli-ahli yang baru dilantik dan dipilih itu dapat memberi-kan sumbangannya yang berguna dan berfaedah kepada Dewan ini dan kepada negara seterusnya dan semoga mereka dapat berkhidmat dengan ce-merlangnya.

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI

PERTANYAAN-PERTANYAAN

Tuan Yang di-Pertua: Yang Ber­hormat Tuan Haji Abdul Razak bin Haji Abu Samah.

Tuan Ishak bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, soalan yang pertama.

BUKU PELAJARAN SEKOLAH RENDAH/MENENGAH

1. Tuan Ishak bin Abdul Rahman (di bawah S.O. 23 (2)) minta Menteri Pelajaran menyatakan berapa lama tiap-tiap buku pelajaran sekolah menengah atau rendah ditukar ganti dan nyatakan jika ada perbezaan di antara buku-buku yang digunakan di luar bandar dan dalam bandar.

Timbalan Menteri Pelajaran (Datin Paduka Chow Poh Kheng): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelajaran memang ada menukar ganti buku-buku teks apabila berlaku perubahan sukatan pelajaran dan apabila mengganti kerosakan buku-buku yang ada. Tidak ada apa-apa perbezaan di antara buku-buku yang digunakan di luar bandar dengan di bandar.

Datuk Haji Mohd. Din bin Jaafar: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Saya suka bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran apa sebab-sebabnya guru-guru dibenarkan memilih buku-buku teks, misalnya dalam Tingkatan III buku teks yang akan digunakan ialah

Page 7: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

2979 11 DISEMBER 1984 2980

sejarah dan buku ini diterbitkan oleh Fajar Bakti ataupun Universiti Oxford Press misalnya dan guru-guru ini terpaksa pada tahun yang akan datang memilih pula buku sejarah yang diterbitkan oleh Preston iaitu bertukar-tukar penerbit dan ada pula buku sejarah ini yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pusataka dan kenapa tidak digunakan dengan standard sahaja yang mana buku-buku yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka itu digunakan. Ini yang menyebabkan kadangkala murid-murid sukar untuk mendapatkan buku-buku yang diterbitkan oleh penefbit-penefbit yang tidak cukup didapati oleh pelajar-pelajar ini.

Datin Paduka Chow Poh Kheng: Tuan Yang di-Pertua, semua buku yang dipilih oleh sekolah-sekolah itu telah diperakukan oleh Biro Buku Teks, mempunyai mutu dan isi kandungan yang baik.

Puan Rokiah binti Zainuddin: Soalan tambahan. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberitahu apakah yang dilakukan oleh pihak sekolah kepada buku-buku teks yang sudah tidak dipakai sama ada dimusnahkan dengan cara membakar atau dengan jalan lain yang lebih berfaedah kepada sekolah.

Datin Paduka Chow Poh Kheng: Tuan Yang di-Pertua, sebelum buku-buku teks dihapuskirakan sekolah-sekolah berkenaan hendaklah meminta ke-benaran daripada Bahagian Kewangan dan di antara cara-cara penghapuskira-an ialah memberi kepada murid-murid sebagai hadiah, membakar atau ditem-patkan di perpustakaan.

Datuk Ishak bin Abdul Rahman: Bolehkah tidak pihak sekolah memilih buku-buku selain daripada buku-buku yang diperakukan misalnya dari buku Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja ataupun pihak sekolah boleh memilih mana-mana penerbit yang sesuai untuk digunakan di sekolah-sekolah.

Datin Paduka Chow Poh Kheng: Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh (Ketawa).

PUSAT PEMBIAKAN IKAN -PENSWASTAAN

2. Tuan Haji Abdul Wahab bin Abu Bakar minta Menteri Pertanian menyatakan sama ada benar pihak Kementerian akan menswastakan pembiakan semua pusat-pusat (breeding) ikan yang telah wujud sekian lama itu; jika benar nyatakan kesan buruk atau baiknya dasar penswastaan itu pada pertimbangan pihak Kementerian terhadap nasib pekerja-pekerja di pusat itu terutama pekerja-pekerja dalam kumpulan buruh kasar.

Timbalan Menteri Pertanian (Dr. Goh Cheng Teik): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian tidak bercadang untuk menswastakan kesemua Pusat-pusat Pengeluaran benih ikan dan udang di negara ini. Hanya pusat-pusat pengeluaran benih-benih yang tidak terlibat dalam hal penyelidikan, latihan dan pengembangan akan diswastakan.

Kebajikan para pekerja adalah dalam perhatian Kementerian ini.

Mereka ini akan:

(a) ditukar mengisikan jawatan kosong di bahagian lain dalam Kementerian,

(b) diberi pilihan memasuki pihak swasta, atau

(c) diberi pilihan bersara dari perkhidmatan Kerajaan.

RANCANGAN FELCRA

3. Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom minta Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah menyatakan perkara-perkara berikut mengenai Rancangan FELCRA:

(a) jumlah luas tanah FELCRA di seluruh negara;

(b) jumlah luas tanah dan rancangan yang berjaya dan yang gagal;

(c) jumlah wang yang telah dibelanjakan untuk tiap-tiap rancangan FELCRA sejak dimulakan; dan

Page 8: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

2981 11 DISEMBER 1984 2982

(d) jumlah projek yang kosong dan tindakan Kerajaan untuk memenuhi kekosongan dan meneruskan projek ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (Tuan Radzi bin Sheikh Ahmad): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat sejak FELCRA mula menjalankan operasi pada tahun 1967 FELCRA telah melaksanakan seluas 100,933.04 hektar tanah seluruh Malaysia iaitu sehingga 30hb September, 1984.

Daripada angka ini seluas 99,700.04 hektar atau 246,359 ekar telah dimajukan di Semenanjung Malaysia dan seluas 1,233 hektar atau 3,047 ekar dimajukan di Sarawak.

Bagi menjawab soalan (6), iaitu luas tanah dan rancangan yang berjaya dan yang gagal, sukacita saya menyatakan di sini bahawa sehingga kini belum lagi terdapat mana-mana rancangan yang dilaksanakan oleh FELCRA yang gagal dari segi pelaksanaannya. Walau bagaimanapun, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari keluasan 100,933.04 hektar yang telah dilaksanakan seluas 38,506 hektar atau 95,148 ekar yang telah dan sedang mengeluarkan hasil manakala yang lain belum lagi mengeluarkan hasil.

Bagi menjawab soalan (c), iaitu jumlah wang yang telah dibelanjakan untuk tiap-tiap rancangan FELCRA sejak dimulakan pada tahun 1967 hingga Disember, 1983, FELCRA telah membelanjakan kira-kira sebanyak $297,460,210.48 sebagai kos pembangunan untuk membangunkan rancangan-rancangan dan puratanya FELCRA membelanjakan lebih kurang sebanyak $1,440.85 tanpa faedah bagi setiap ekar atau $3,560.34 tanpa faedah bagi setiap hektar.

Bagi menjawab soalan (d), iaitu jumlah projek yang kosong dan tindakan Kerajaan untuk memenuhi kekosongan dan meneruskan projek ini, sekiranya projek yang kosong yang

dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat itu ialah rancangannya ada tetapi tidak dilaksanakan penanaman, suka saya jelaskan di sini bahawa sehingga kini FELCRA belum lagi mengalami keadaan serupa itu.

Sebaliknya jika projek yang kosong yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat itu ialah rancangannya ada tetapi tidak ada peserta, sukalah saya menyatakan pada Dewan yang mulia ini bahawa sehingga September 1984 dari jumlah 180 buah rancangan yang ada terdapat 58 buah rancangan sahaja yang belum ada peserta. Ini adalah kerana rancangan-rancangan tersebut masih lagi dalam proses dibuat pemilihan peserta-peserta di mana pemilihannya dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri bersama dengan FELCRA.

Tuan Haji Abdul Wahab bin Haji Abu Bakar: Soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya mengenai rancangan-rancangan FELCRA yang telah berjaya didapati hasilnya baik dan harga kelapa sawit pun pada ketika ini adalah ekonomik. Dari segi pendapatan hasil yang dikembalikan balik kepada peserta-peserta ini kita dapati sungguh kecil harganya. Umpamanya rancangan FELCRA Rendang Ponggo dalam kawasan Hilir Perak tiap-tiap peserta mempunyai keluasan 7 ekar yang dimajukan dibayar pulangan dengan harga $15 pada seekar. Bererti tiap-tiap peserta hanya mendapat $103 sedangkan peserta-peserta ini telah terbengkalai tanahnya puluhan tahun dan mereka ini semuanya telah berumur yang sangat lanjut. Adakah pihak Kerajaan bercadang untuk memberikan tambahan kepada hasil pulangan ini kepada kadar yang kita rasa ada mempunyai ukuran dan nilai kemanusiaan. Maksud saya dengan bahasa yang mudah ialah ditambahkan daripada $15 seekar kepada $30 seekar yang kita anggap berpatutan dengan keadaan hidup pada hari ini.

Page 9: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

2983 11 DISEMBER 1984 2984

Tuan Radzi bin Sheikh Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana Yang Berhormat memerlukan jawapan yang tepat kepada soalan yang tepat pada rancangan FELCRA di Hilir Perak, saya mohon notis untuk menjawab jawapan yang tepat.

Tun Haji Shaharom bin Haji Maasom: Soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar bahawa daripada 58 kawasan FELCRA yang telah dilaksanakan yang masih belum ada penghuninya itu telah berlarutan beberapa tahun menyebabkan kawasan-kawasan itu kembali menjadi belukar yang tebal dan ini akan memakan belanja-belanja yang banyak pula untuk memulihkannya apabila peserta-peserta dimasukkan ke situ.

Tuan Radzi bin Sheikh Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, jika terdapat kawasan-kawasan yang telahpun belum lagi mendapat peserta, saya seperti mana yang dimaklumkan kekosongan ini bukanlah oleh kerana FELCRA tidak mengisikan peserta tetapi oleh kerana peserta-peserta dipilih oleh pihak Kerajaan Negeri sendiri. Jadi saya berharaplah kalau ada maklumat yang tepat di mana kawasan yang tergendala itu telahpun lama kosong, harap maklumkan kepada Kerajaan Negeri untuk tindakan sewajarnya di ambil.

MAJIKAN MENGGUNAKAN TENAGA KANAK-KANAK

4. Puan Hasanah binti Mohd. Kassim minta Menteri Buruh menyatakan sama ada Kerajaan akan mengadakan satu undang-undang bagi majikan-majikan yang menggunakan tenaga kanak-kanak yang berusia dari 12 hingga 18 tahun.

Timbalan Menteri Buruh (Dato9 Haji Zakaria bin Haji Abdul Rahman): Tuan Yang di-Pertua, semenjak tahun 1966 Kementerian Buruh telahpun menguatkuasakan Akta Pekerjaan Kanak-kanak dan Orang-orang Muda Tahun 1966. Akta ini dengan khususnya

mengawal pekerjaan dua kumpulan manusia iaitu kanak-kanak dan orang-orang muda.

Di bawah Akta ini seseorang kanak-kanak adalah bermaksud mana-mana individu yang belum menamatkan usia 14 tahun, sementara itu orang-orang muda adalah merupakan individu yang berumur di antara 14 tahun dan 16 tahun. Pekerjaan mereka yang berumur 16 tahun ke atas adalah tertakluk oleh peraturan-peraturan Akta Kerja, 1955.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini undang-undang yang berkaitan dengan penggajian kanak-kanak dan orang-orang muda adalah dianggap memadai dan Kementerian Buruh tidak bercadang untuk mengemukakan perundangan baru.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar sungguhpun ada Akta itu tetapi masih banyak lagi di ladang-ladang dan di pusat-pusat ataupun di kawasan-kawasan penibinaan perumahan orang-orang yang menggunakan tenaga di bawah 14 tahun bekerja dengan gaji yang murah dan mereka ini tidak dilindungi oleh sebarang kepentingan sebagai buruh yang biasa?

Dato' Haji Zakaria bin Haji Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, saya sedar perkara itu dan tindakan-tindakan yang diambil, sedang diambil dan akan diambil terhadap mereka yang berkenaan.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri apakah jenis tindakan yang sudah per-nah diambil untuk pengetahuan orang ramai?

Dato' Haji Zakaria bin Haji Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, tindakan-tindakan mendakwa majikan-majikan yang berkenaan di mahkamah telahpun diadakan dan ramai di antara

Page 10: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

2985 11 DISEMBER 1984 2986

mereka telahpun didenda dan setakat ini saya tidak mempunyai angka yang tepat di sini tetapi bolehlah saya mengatakan sudah melebihi 200 majikan yang telah didenda setakat ini atas kesalahan tersebut.

LAWATAN PERDANA MENTERI KE AMERIKA/KANADA/

BRITAIN/AUSTRALIA

5. Tuan Haji Mohamed bin Yahya minta Perdana Menteri menyatakan kesan-kesan dan hasil lawatan beliau keluar negeri seperti ke Amerika, Kanada, Britain dan Australia baru-baru ini dan ke Iain-lain negara dan apakah pan-dangan negara-negara yang telah di-lawati itu terhadap negara Malaysia.

Timbalan Menteri Luar Negeri (Tuan Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir): Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membuat lawatan tidak rasmi ke Britain pada bulan Mac, 1983. Lawatan-lawatan rasmi ke Amerika Syarikat/Kanada pada bulan Januari, 1984 dan Australia pula pada bulan Ogos, 1984. Semasa lawatan-lawatan tersebut, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengadakan pertukaran-pertukaran pendapat mengenai isu-isu dua hala dan juga isu-isu serantau dengan rakan sejawatnya.

Semasa lawatan tidak rasmi ke Britain, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berpeluang bertemu dengan Perdana Menteri Britain, Puan Margaret Thatcher. Hasilnya hubungan kedua-dua negara pada keseluruhannya telah menjadi lebih mesra. Umpamanya Kerajaan Britain telah mengambil langkah untuk meringankan beban kepada pelajar-pelajar Malaysia di Britain akibat kenaikan yuran pelajaran dengan secara memberi bantuan sebanyak £5 juta selama 3 tahun. Dalam pada itu juga pihak swasta British se-karang bertambah lebih memahami aspirasi dan kehendak-kehendak Ke­rajaan Malaysia dalam usaha-usaha pembangunan negara.

Adalah difahamkan juga bahawa selepas pertemuan ini lebih banyak rombongan-rombongan rasmi dari Britain telah melawat Malaysia untuk tujuan mempertingkatkan lagi hubungan ekonomi dua hala. Di Amerika Syarikat dan Kanada, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di samping memperbincangkan isu-isu politik juga telah mengenakan isu-isu sosio ekonomi dua hala. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyeru agar pelaburan dari negara-negara tersebut di Malaysia terus dipertingkatkan agar mereka memberi pasaran yang lebih luas kepada komoditi dan barangan buatan Malaysia.

Yang Amat Berhormat juga merakamkan rasa terima kasih Malaysia atas kesanggupan kedua-dua negara menerima pelajar-pelajar Malaysia yang sekarang ini berjumlah lebih dari 24,000 di Amerika Syarikat dan 6,400 di Kanada. Bersangkutan dengan isu politik Amerika Syarikat nampaknya kini lebih memahami kecurigaan kita terhadap kerjasama pertahanan mereka dengan Republik Rakyat China.

Pertukaran-pertukaran pendapat dan konsultasi sering dilakukan akibat dari lawatan itu. Umpamanya lawatan-lawatan Encik Kenneth Dam, Timbalan Setiausaha Negara pada bulan Februari, Encik Wolfofitz, Penolong Setiausaha Negara dan Puan Jean Kirk Patricks, Wakil Tetap Amerika Syarikat ke Bangsa-bangsa Bersatu pada bulan Mei dan Encik George Shultz pula Setiausaha Negaranya pada bulan Julai. Lawatan-lawatan tersebut telah merapatkan jurang persepsi yang terdapat di antara kedua-dua negara terhadap ancaman keselamatan jangka panjang dari Republik Rakyat China.

Seterusnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga memperbincang­kan isu-isu dua hala dengan Perdana Menteri Australia. Australia bersedia menerima lebih ramai lagi penuntut-

Page 11: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

2987 11 DISEMBER 1984 2988

penuntut Malaysia dan bersetuju agar pelajar-pelajar tersebut menjalankan separuh dari kursus mereka di Malaysia. Ini akan menjimatkan lagi perbelanja-an.

Dalam bidang ekonomi antara lain Malaysia/Australia telah bersetuju pada prinsipnya untuk mengadakan kerjasama atas dasar comparative advantage, dengan izin, umpamanya bijih besi Australia diproses di Malaysia dan seterusnya dieksport di dalam bentuk besi kepada negara-negara pembeli. Umumnya lawatan-lawatan Yang Amat Berhormat itu telah mendatangkan hasil dan faedah kepada kita. Ianya telah merapatkan lagi hubungan kerjasama kita, politik mahupun ekonomi dengan negara-negara tersebut.

Datuk Haji Mohd. Din bin Jaafar: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Suka saya bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan satu negara sahaja, apakah sumbangan daripada Kerajaan Canada kepada Malaysia terutama sekali dalam bidang ekonomi dan juga bantuan teknikal kepada negara kita?

Tuan Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang telah saya nyatakan Kerajaan Canada sudah pun membuka pintu dengan luas dan seterusnya akan membuka pintu kepada pelajar-pelajar kita belajar di negara itu. Malah sekarang ini pun pelajar-pelajar yang didaftar lebih kurang 6,400 penuntut di Canada dan yang tidak didaftar mungkin Tebih. Kita sudah pun mengadakan berbagai-bagai perbin-cangan dengan Canada mengenai perdagangan dan sebagainya tetapi malangnya masalah pengangkutan memang menjadi satu masalah yang besar oleh sebab Canada berupakan negeri yang begitu jauh dari kita. Namun demikian, kita sedang pun meneliti dengan lebih mendalam bagaimana kerjasama ekonomi di antara kedua buah negara kita ini dapat dipertingkatkan lagi.

Tuan Haji Abdul Wahab bin Haji Abu Bakar: Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua. Mengenai kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi bagi pihak Perdana Menteri ada menyebut iaitu hubungan kita dengan Britain telah bertambah baik tetapi saya ingin tahu pada satu ketika dahulu tidak berapa lama dahulu, ada sebuah akhbar di London yang telah menyentuh dan memperkecilkan kemuliaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Apakah dalam hubungan ini tindakan Kerajaan kita dan tindakan Kerajaan British sendiri untuk sesuatu bentuk penyataan maaf yang telah menyentuh kedaulatan dan kemuliaan seorang Ketua Negara yang berdaulat seperti Malaysia ini?

Tuan Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua, pihak kita memang kesal sangat laporan akhbar yang telah dibuat terhadap ketua negara kita itu. Tetapi sebagaimana kita semua ketahui kita memang mempunyai satu masalah apabila kita menghadapi masalah dengan akhbar-akhbar di Britain sebab akhbar-akhbar di sana adalah begitu bebas sekali, malah pemimpin-pemimpin Britain juga tidak dikecualikan dari kecaman yang berbagai-bagai daripada akhbar-akhbar ini.

Namun demikian, pihak Kerajaan kita menerusi Suruhanjaya Tinggi kita di London telahpun menyampaikan bantahan yang sekeras-kerasnya menerusi Kementerian Luar Negeri kepada akhbar itu. Di samping juga kita telahpun menyampai satu jawapan yang tegas untuk di "published" dalam akhbar tersebut.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tahu dari­pada Yang Berhormat Timbalan Men­teri sejak lawatan-lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita ke luar negeri dan ke negara-negara lain berapa kali ada tunjuk-tunjuk perasaan apabila Yang Amat Berhormat Perdana

Page 12: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

2989 11 DISEMBER 1984 2990

Menteri kita sampai di sesuatu negara dan tempat dilakukan dan tunjuk perasaan itu dilakukan di negara-negara mana dan oleh siapa?

Tuan Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua, setahu saya hanya satu, sungguhpun khabar-khabar angin selalu berlaku apabila Perdana Menteri hendak membuat lawatan khususnya dari penuntut Malaysia ataupun penyokong mereka yang merupakan rakyat tempatan yang berfahaman kiri khususnya terhadap ISA dan sebagainya, tetapi apabila sampai masanya, biasanya khabar-khabar angin itu merupakan khabar angin sahaja, tidak berlaku tunjuk perasaan. Cuma di Australia baru-baru ini di mana beberapa orang penuntut telah menunjukkan perasaan tetapi kumpulan itu begitu kecil sekali dan apabila disiasat kemudian kelak oleh sebab mereka itu memakai "hood" apabila tunjuk perasaan itu didapati kebanyakan orang-orang yang tunjuk perasaan itu adalah merupakan rakyat tempatan rakyat Australia sendiri yang semuanya berfahaman kiri.

SENJATA API YANG DIGUNAKAN OLEH PEROMPAK

6. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) jenis senjata api yang digunakan oleh kebanyakan perompak-perompak pada masa ini;

(b) dari negara mana dan bagaimana senjata api tersebut boleh dapat diseludup ke negara kita ini, walhal sekatan-sekatan ada di tiap sempadan; dan

(c) sama ada Kerajaan dapat mengenal pasti siapa ahli-ahli perompak ini dan sama ada mereka itu anasir-anasir subversif komunis.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (Tuan Radzi bin Sheikh Ahmad): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jenis senjata api yang

digunakan oleh perompak-perompak kebanyakannya ialah revolver dan pistol otomatik. Senjata-senjata itu diseludup dari negara jiran melalui hutan dan laut tetapi bukan melalui pintu masuk yang sah.

Sukalah juga saya memaklumkan bahawa ahli-ahli perompak-perompak itu bukannya anasir subversif komunis.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Benarkah khabar ataupun cerita-cerita yang mengatakan bahawa senjata-senjata ini diseludup dimasukkan di dalam tong-tong ikan yang diseludup ke dalam negara kita daripada negara-negara jiran melalui laut dan diseludupkan di dalam guni-guni barang-barang makanan seperti beras dan mihun yang dibawa ke dalam negara kita daripada negeri jiran?

Tuan Radzi bin Sheikh Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, setakat ini tidak ada maklumat ataupun tidak ada membuat tangkapan dan mendapati merampas senjata api yang diseludup melalui tong-tong ikan ataupun guni-guni beras yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat tadi. Oleh kerpna, seperti kita semua sedia maklum, negara kita mempunyai sempadan yang begitu luas dan panjang dan kita ketahui bahawa penyeludup yang membawa masuk senjata api ini suka menggunakan jalan-jalan hutan ataupun melalui laut oleh kerana pasukan keselamatan kita selalu mengadakan perondaan yang begitu rapi kepada pintu-pintu masuk yang mana ikan-ikan ataupun beras-beras yang dibenar masuk melalui pintu itu.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Tuan Yang di-Pertua, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri memandang bahawa penyeludupan senjata-senjata melalui hutan dan laut ini satu perkara yang amat berat bagi negara kita atau masih boleh dikawal?

Tuan Radzi bin Sheikh Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, amatlah sukar bagi saya menjawab soalan itu dengan tepat

Page 13: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

2991 11 DISEMBER 1984 2992

tetapi untuk makluman Yang Berhormat, kita selalu mengadakan rondaan baik di hutan ataupun di laut. Oleh kerana negara kita mempunyai sempadan yang begitu luas dan panjang sepertimana yang saya sebutkan tadi termasuk di sebelah Malaysia Barat, kita amat sukar untuk mengawal 24 jam. Walau bagaimanapun saya berpuas hati bahawa pasukan keselamatan kita menjalankan rondaan yang amat memuaskan dan dari semasa ke semasa berpandukan kepada maklumat-maklumat yang kami terima, rampasan dibuat dan senjata-senjata api sepertimana yang disebutkan tadi.

Untuk makluman Yang Berhormat juga semenjak tahun 1982 hingga September 1984 sejumlah 257 pucuk senjata telah berjaya dirampas dan bagi tahun ini sahaja, di Semenanjung Malaysia 61 pucuk dan juga di Sabah dan di Sarawak 13 pucuk, kebanyakannya merupakan jenis pistol dan revolver.

LAMBANG WANG KERTAS BARU

7. Tuan Mohd. Yusoff bin Kassim minta Menteri Kewangan menyatakan bila Bank Negara akan mengeluarkan wang kertas yang terbaru dengan menggunakan lambang yang baru.

Timbalan Menteri Kewangan (Dato' Dr. Tan Tiong Hong): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Bank Negara Malaysia tidak mempunyai rancangan untuk menggunakan lambang yang baru bagi wang kertas yang terbaru. Lambang Bank Negara yang terdapat pada sebelah belakang wang kertas di masa ini adalah difikirkan masih sesuai di-gunakan.

Di samping itu adalah tidak perlu untuk mengeluarkan satu lagi siri wang kertas reka bentuk baru kerana siri wang kertas reka bentuk yang terbaru yang ada sekarang ini hanya mula diedarkan pada bulan September, 1982 dan pengeluaran semua jenis nilai wang

kertas ini hanya baru selesai pada awal tahun ini.

Dato Haji Mohd. Din bin Jaafar: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Sebelumnya jenis mata wang baru ini dikeluarkan, kita baca dalam akhbar jaminan Bank Negara bahawa cukup kuatnya wang ini dan tidak begitu mudah untuk dipalsukan, tetapi pada masa ini wang baru yang kita ada sekarang ini sudah pun dipalsukan, sudah pun banyak dicetak di Filipina Selatan. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar bahawa wang palsu Malaysia sekarang sudah pun dijual dengan secara pasar gelap?

Dato Dr. Tan Tiong Hong: Tuan Yang di-Pertua, pihak Kementerian Kewangan sedar bahawa ada wang palsu yang dicetak oleh sindiket yang tertentu tetapi kita belumlah mendapat maklumat yang tepat di manakah percetakan wang palsu itu berlaku. Tetapi saya boleh memberi jaminan kepada Ahli Yang Berhormat yang berkenaan tidaklah begitu ramai wang palsu ini yang telah dicetak dan dalam tempoh 10 tahun sehingga 5hb Oktober, 1984, pada masa 10 tahun, hanya sebanyak 51,163 keping yang bernilai $2.14 juta sahaja dimaklumkan sebagai wang palsu.

Tuan Ahmad bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya Timbalan Menteri mengenai wang kertas lama rupa bentuk Yang di-Pertuan Agong itu lama sangat. Jadi wang itu kalau kita pergi ke negara jiran kita ke Singapura selalu kita diejek dan dikutuk oleh kerana wang Malaysia ini wang orang sudah mati, inilah harganya jatuh dan adakah Kementerian sedar bahawa wang kertas yang lama ini perlu ditukar wajah dengan wajah yang baru?

Dato Dr. Tan Tiong Hong: Tidak, Tuan Yang di-Pertua.

Page 14: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

2993 11 DISEMBER 1984 2994

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Soalan tambahan. Daripada 51 ribu keping wang kertas palsu itu telah dijumpai tadi saya ingin tahu, misalnya katalah note 50, adakah bentuk note 50 itu semuanya sama daripada satu cetak atau ada kedapatan beberapa cetak yang tidak sama maknanya ada ramai pencetak-pencetak yang mencetak wang palsu?

Dato Dr. Tan Tiong Hong: Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana pencetakan ini dibuat oleh orang yang tidak begitu professional barangkalilah kita dapat identify wang itu sebagai wang palsu dan jawapan saya ialah pencetakan ini bukan dari satu tempat sahaja dan bukan dibuat oleh satu kumpulan sahaja.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada setakat ini sejak tahun 1980 sehingga kini, pihak Polis telah menangkap dan membawa ke mahkamah seramai 64 orang yang terlibat dalam kegiatan wang palsu tersebut.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Kee Yong Wee.

Datuk Ishak bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, soalan No. 8.

PEJABAT MIDA DI SEBERANG LAUT-PENUTUPAN

8. Datuk Ishak bin Abdul Rahman (di bawah S.O. 23 (2)) minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan:

(a) sebab-sebab setengah Pejabat MIDA di negara asing ditutup atau dikurangkan kakitangan; dan

(b) sama ada ini akan memberi kesan yang buruk terhadap usaha Kerajaan untuk mengeksportkan barang-barang buatan Malaysia secara besar-besaran.

Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian (Tuan Oo Gin Sun): Tuan yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pejabat-pejabat seberang laut MIDA telah ditubuhkan pada awal tahun tujuh puluhan untuk menggalak dan menarik lebih banyak lagi pelabur-pelabur daripada luar negeri. Pada masa ini MIDA mempunyai 14 pejabat seberang laut iaitu di Cologne (Jerman Barat), London (United Kingdom), Paris (France), Berne (Switzerland), Bahrain, Tokyo, Osaka (Jepun), Seoul (Korea), Hong Kong, Singapura, Sydney (Australia), Los Angeles, Chicago dan New York (Amerika Syarikat).

MIDA sentiasa mengkaji perjalanan dan prestasi tiap-tiap pejabat ini dari masa ke semasa untuk mengetahui kekesanannya. Pada masa ini hanya pejabat di Toronto sahaja yang telah ditutup kerana didapati bahawa Kebanyakkan syarikat-syarikat pengi-langan di Kanada dikuasai oleh syari­kat-syarikat di Amerika Syarikat. Decision makers, dengan izin, mengenai sama ada syarikat itu dapat melabur di luar negeri terletak kepada pegawai-pegawai yang bertempat di Amerika Syarikat. Oleh yang demikian, pejabat-pejabat MIDA di Amerika Syarikat dapat menjalankan tugas ini dengan memuaskan.

Penutupan pejabat ini tidak akan memberi kesan yang buruk terhadap usaha Kerajaan untuk mengeksport barang-barang buatan Malaysia secara besar-besaran kerana penggalakan eksport adalah tugas Pesuruhjaya Perdagangan yang diletakkan di bawah

Page 15: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

2995 11 DISEMBER 1984 2996

Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Tuan Yang di-Pertua, tidakkah dengan penutupan pejabat-pejabat MIDA di beberapa tempat itu akan menjatuhkan imej negara kita di tempat-tempat yang pernah ada pejabat MIDA, adakah Timbalan Menteri sedar tentang hal ini?

Tuan Oo Gin Sun: Tuan Yang di-Pertua, setakat ini ada satu pejabat sahaja telah ditutup di Kanada. Lain-lain pejabat yang disebutkan tadi, saya katakan ada dijalankan dengan memuaskan imej kepada negara kita.

SETINGGAN - LANGKAH MENGATASI MASALAH

9. Tuan Alexander Y. L. Lee minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan:

(a) bilangan setinggan yang dianggarkan di dalam Wilayah Persekutuan:

(b) bilangan yang menduduki tanah Kerajaan dan tanah persendirian;

(c) dasar Kementerian terhadap pemindahan setinggan; dan

(d) sama ada Kementerian ber-cadang membekalkan kemudah-an-kemudahan asas seperti air dan elektrik kepada kawasan-kawasan setinggan.

Tuan Radzi bin Sheikh Ahmad: Tuan yang di-Pertua, berdasarkan Pelan Struktur Kuala Lumpur jumlah penduduk setinggan di Wilayah Persekutuan adalah dianggarkan seramai 243,200 orang. Setinggan-setinggan ini telah menduduki lebih kurang 7.3% dalam jumlah keluasan Wilayah Persekutuan.

Berdasarkan Pelan Struktur juga 94.6% iaitu 230,067 orang daripada 243,200 orang menduduki tanah Kerajaan, manakala 5.4% iaitu 13,133 orang lagi menduduki tanah-tanah persendirian.

Adalah menjadi dasar Kementerian ini iaitu setinggan-setinggan yang terlibat dengan projek pembangunan Kerajaan akan diberi keutamaan untuk mendapatkan tempat tinggal khasnya rumah-rumah kos rendah.

Bagi setinggan-setinggan yang dijangka tidak terlibat dengan program pemindahan, kemudahan asas akan diberikan seperti air dan api, mengikut peruntukan yang ada dari semasa ke semasa.

Kementerian Wilayah Persekutuan sememangnya telah membekalkan kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, jalan-jalan dan Iain-lain ke kawasan-kawasan setinggan di bawah program NADI. Walau bagaimanapun, kemudahan asas ini hanya dapat dibekalkan kepada setinggan-setinggan yang menduduki tanah Kerajaan sahaja.

Datuk Mohd. Din bin Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Daripada jumlah yang begitu banyak bilangan setinggan-setinggan yang berada di dalam Wilayah Persekutuan, adakah Kementerian Wilayah Persekutuan mempunyai rekod-rekod yang tertentu di antara jumlah-jumlah itu berapa banyak di antara mereka itu menjadi setinggan yang bukan warganegara Malaysia?

Tuan Radzi bin Sheikh Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, saya percaya pihak Kementerian ada mempunyai rekod dan saya mohon notis untuk men-jawab.

PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI BANDAR-BANDAR SABAH

10. Datuk Haji Mohd. Din bin Jaafar minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan sama ada terdapat pencemaran udara dan air laut yang lebih tinggi di Bandar Kota Kinabalu, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sandakan jika dibandingkan dengan Bandaraya Kuala

Page 16: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

2997 11 DISEMBER 1984 2998

Lumpur; jika ya nyatakan sebab-sebab pencemaran berlaku di bandar-bandar tersebut.

Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Dato' Amar Stephen Yong Kuet Tze): Tuan Yang di-Pertua, masalah pencemaran udara di Bandar Kota Kinabalu pada keseluruhannya adalah lebih rendah dari keadaan di Kuala Lumpur. Di setengah-setengah kawasan di bandar Kota Kinabalu, paras habuk terampai (suspended dust) adalah lebih tinggi dan ini mungkin disebabkan oleh kegiatan pembinaan dan pembaikan jalan. Keadaan ini akan selesai apabila kerja-kerja pembinaan tersebut berkurangan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini Jabatan Alam Sekitar tidak ada stesen-stesen pengawasan di Labuan dan Sandakan oleh kerana Pejabat Wilayah baru sahaja dibuka di Sabah. Tambahan lagi, Jabatan ini mengalami kekurangan kakitangan dan kewangan. Adalah hasrat Kementerian saya untuk mengadakan kemudahan-kemudahan pengawasan di bandar-bandar besar di negeri Sabah dengan secepat mungkin.

Mengenai pencemaran laut pula, adalah sukar untuk dibuat perbandingan oleh kerana Kuala Lumpur adalah lebih jauh dari pantai. Walau bagaimanapun, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, dari data pengawasan laut yang telah dijalankan di kawasan pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu, adalah didapati bahawa keadaannya tidak membimbangkan oleh kerana paras bakteria E. coli adalah jauh di bawah dari paras merbahaya.

Datuk Haji Mohd. Din bin Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, saya suka bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, adakah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar membuat kajian di mana negeri-negeri yang sedang membangun dalam bidang

perusahaan yang bersumber daripada perusahaan minyak petroleum, misalnya, katalah, Terengganu. Adakah kajian daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar telahpun membuat kajian yang tertentu, misalnya, loji penapis minyak yang akan dibuat dan juga gas cecair yang akan ditempatkan dan bila kita keluarkan gas daripada landasan laut, kemudian kita bakarkan gas tadi, adakah asap daripada gas ini juga telah diambil kira oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar bagaimana akibatnya yang boleh menyebabkan pencemaran di sekitar kawasan-kawasan penduduk orang ramai. Seperti mana setengah-setengah yang terdapat pada masa sekarang, Tuan Yang di-Pertua, misalnya gas methanol di Labuan, asap daripada gas ini tadi telah menyebabkan beberapa pencemaran air laut itu dan rumah-rumah di sekitarnya.

Jadi, saya ingin mendapat penjelasan daripada Menteri yang berkenaan setakat ini adakah kajian lebih awal dibuat sebelumnya perusahaan yang berasaskan petroleum ini dibuat kajian-kajian untuk supaya mengelakkan pencemaran udara ini tidak akan berlaku. Jangan sudah berlaku baru teguran datang dan barulah kajian-kajian ini akan dibuat. Jadi, kita mesti buat persiapan terlebih dahulu daripada Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar.

Datuk Amar Stephen Yong Kuet Tze: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kajian ini telah dan sentiasa dijalankan.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Tuan Yang di-Pertua, se-bentar tadi Yang Berhormat Menteri menyatakan pencemaraan udara dari habuk di kawasan-kawasan pem-bangunan. Saya ingin mendapat ke-pastian daripada Yang Berhormat Menteri, adakah pencemaran udara dan air ini daripada habuk dan Iain-lain tidak termasuk pencemaran yang

Page 17: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

2999 11 DISEMBER 1984 3000

didatangkan daripada sisa-sisa kilang kelapa sawit dan bau busuk daripada kilang-kilang baja yang dibuat dari­pada ikan-ikan yang sudah busuk, juga bau busuk daripada tahi ternakanlah. Adakah busuk udara ini tidak diiktiraf-kan oleh Kementerian ini sebagai pen-cemaran udara. Jika sekiranya Ke­menterian sedar, saya berharap sangat, saya minta maaf soalan ini tidak sentimen tetapi masyarakat kita hari ini daripada Kukup, Pontian sampailah ke Bagan Datuk di mana kampung-kampung orang Melayu yang duduk bersama-sama secara harmoni dengan Iain-lain kaum, terutama daripada saudara-saudara kita yang kaum China yang berternak babi ini mengalami pencemaran udara yang amat sangat. Adakah penghidu menghidu bau busuk selama bertahun-tahun ini tidak akan mendatangkan kecacatan kepada mereka yang menghidu. Dan yang ke duanya saya ingin tahu baru-baru ini ada satu kajian dibuat di Pantai Morib kerana air laut di Morib itu diberitakan telah mengandungi kekotoran yang amat tebal daripada pengaliran beberapa sungai-sungai kecil yang mengalirkan sisa-sisa kilang dan sisa-sisa tahi babi ke laut tadi. Apakah hasil daripada kajian itu. Saya minta penjelasan.

Datuk Amar Stephen Yong Kuet Tze: Tuan Yang di-Pertua, soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat nampaknya sangat luas. Soalan asal nampaknya berkaitan dengan bandar-bandar di Sabah dan Kuala Lumpur, jadi nampaknya soalan ini kena jawab dengan teliti, baiklah saya minta notis dari Ahli Yang Berhormat.

PETRONAS - MINYAK DI PULAU LANGKAWI

11. Tuan Ahmad bin Othman minta Perdana Menteri menyatakan sama ada benar bahawa kawasan luar Pantai Pulau Langkawi ada terdapat minyak dan jika benar nyatakan bila Kerajaan akan mengumumkan tarikh carigali minyak itu dimulakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Mohamad Khalil bin Yaakob): Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada data seismic yang diperolehi dari kajian seismic yang dijalankan di Selat Melaka dalam tahun 1983 dengan jumlah kos sebanyak $2.43 juta, PETRONAS telahpun tamat membuat penilaian (assessment), dengan izin, geofizikal terdapat kemungkinan adanya sumber minyak mentah atau gas di bahagian utara Selat tersebut. Keputusan penilaian tersebut menunjukkan kewujudan struktur-struktur yang dianggap sesuai untuk memerangkap hidrokarbon di bahagian barat-laut Selat Melaka, iaitu di luar pantai negeri Kedah. Walau bagai-manapun, kewujudan sumber hidro­karbon di dalam struktur-struktur ini hanya dapat dipastikan menerusi pengerudian. Untuk tujuan ini PETRONAS memerlukan penyertaan syarikat-syarikat minyak asing dan ianya berharap untuk berbuat demikian dalam tempoh setahun.

PETRONAS juga sedang menim-bangkan kemungkinan menjemput sya­rikat-syarikat minyak untuk menjalan-kan usaha-usaha mencarigali di kawa­san barat-laut Selat Melaka dalam tahun 1985 di bawah Perjanjian Per-kongsian Pengeluaran dengan izin, Production Sharing Contract. Adalah dijangka sekiranya sambutan yang menggalakkan diterima dari syarikat-syarikat minyak, usaha-usaha mencari­gali yang lebih lanjut di kawasan ter­sebut akan dijalankan lagi dalam tahun 1986 atau 1987.

Tuan Mohd. Yusof bin Haji Md. Nor: Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana Pulau Langkawi ini adalah berhampiran dengan sebuah negara jiran, setakat ini adakah masalah tun-tutan kawasan mengenai kawasan minyak ini daripada negara jiran.

Dato' Mohamad Khalil bin Yaakob: Negara jiran, Tuan Yang di-Pertua, yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat itu sebenarnya mempunyai perhubungan yang rapat dengan kita.

Page 18: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3001 11 DISEMBER 1984 3002

Dalam rangka kita menjalankan usaha-usaha mencari gali ini sudah tentu kita sentiasa berunding dan dalam hal ini memang kita pun mempunyai jawatankuasa untuk menilai sempadan dan sebagainya yang boleh memutuskan sekiranya benar-benar terdapat minyak ataupun punca-punca minyak di dalam kawasan berkenaan. Tetapi usaha yang dijalankan bagi mencari galian sekarang ini adalah dilakukan kawasan kita.

KEMALANGAN KAPAL KOREK -PAMPASAN

12. Puan Nen Abidah binti Haji Abdullah minta Menteri Buruh menyatakan berhubung dengan peristiwa kapal korek yang tenggelam di Puchong, sama ada pampasan yang memuaskan telah dibayar kepada balu-balu pekerja-pekerja kapal korek tersebut dan apa pula tindakan yang telah diambil ke atas kecuaian pihak berkenaan sehingga berlakunya tragedi tersebut.

Timbalan Menteri Buruh (Dato' Haji Zakaria bin Haji Abdul Rahman): Tuan Yang di-Pertua, peristiwa kemalangan kapal korek lagi berlaku pada kira-kira pukul 5.00 petang hari Rabu 8hb Ogos, 1984. Satu pasukan pertugas untuk menyiasat kejadian tersebut telahpun ditubuhkan. Pasukan pertugas ini terdiri dari pegawai-pegawai kanan dalam Jabatan Galian di bawah Kementerian Perusahaan Utama, Jabatan Kilang dan Jentera di bawah

Kementerian Buruh dan juga seorang pegawai kanan dari MMC. Berdasarkan dari laporan-laporan penyiasatan itu nanti tindakan yang sewajarnya akan diambil ke atas pihak-pihak yang terlibat.

Walau bagaimanapun, Jabatan Kilang dan Jentera di bawah Kementerian Buruh sedang berusaha mengadakan program yang terperinci di dalam menjalankan pemeriksaan ke atas kapal-kapal korek. Ini adalah sebagai tambahan kepada pemeriksaan yang biasa dilakukan.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum bahawa Yang Berhormat Menteri Perusahaan Utama telahpun menjawab soalan yang sama di Dewan yang mulia ini pada 3hb Disember, 1984 dan satu sidang akhbar telahpun juga diberi oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan pada 29hb November, 1984 yang lalu. Butir-butir lengkap berhubung dengan kejadian yang berkenaan itu terdapat pada nota jawapan Menteri yang berkenaan pada persidangan akhbar yang dimaksudkan itu.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai pampasan yang telah dibayar, sukalah saya jelaskan bahawa bayaran faedah bulanan orang tanggungan kepada balu-balu dan anak-anak pekerja-pekerja yang terlibat telahpun dibayar oleh PERKESO mulai awal bulan September, 1984 dan jumlahnya adalah seperti berikut:

Nama pekerja yang terlibat dalam kemalangan

1. Tahir bin Rahim 2. T. Ramachandran 3. Dollah bin Awang 4. Zainal bin Salleh 5. Mat Sani bin Simat

Tanggungannya

1 balu 3 anak 1 balu 1 " 1 balu 1 " 1 balu 2 " 1 balu 1 balu

Bayaran bulanan

$210 S175 $256 $210 $138

Di samping bayaran faedah orang tanggungan itu, balu-balu yang berkenaan juga telah dibayar faedah kebumian sebanyak $500 tiap-tiap seorang.

IJAZAH PERUBATAN U.K.M. - memandangkan bahawa Sijil Ijazah PENGIKTIRAFAN Perubatan dari Universiti Kebangsaan

Malaysia akan diiktiraf sehingga tahun 13. Dato' G. Pasamanickam minta 1986 sahaja, bagaimana pula Menteri Pelajaran menyatakan kedudukannya selepas tahun 1986.

Page 19: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3003 11 DISEMBER 1984 3004

Menteri Pelajaran (Datuk Abdullah bin Haji Ahmad Badavvi): Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya, tidak ada Sijil Ijazah Perubatan yang dikeluarkan tetapi kalau dimaksudkan Ijazah Perubatan memang ada dan pengiktirafan yang diberikan itu tidak terhad kepada mana-mana satu masa.

MAS-TAMBANG MURAH UNTUK 'SENIOR CITIZENS'

14. Tuan Haji Latip bin Haji Dris minta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada beliau akan menimbangkan supaya tambang perkhidmatan murah MAS untuk Senior Citizens tidak dihadkan kepada masa-masa tertentu sahaja demi untuk mengeratkan integrasi rakyat-rakyat dari negeri Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia.

Menteri Pengangkutan (Tan Sri Chong Hon Nyan): Tuan Yang di-Pertua, bagi tujuan mencapai matlamat dasar Kerajaan untuk mempereratkan lagi integrasi rakyat dari negeri Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung, MAS telahpun memperkenalkan berbagai-bagai tambang istimewa yang murah bagi memudahkan perjalanan rakyat di antara kawasan-kawasan tersebut. Selain daripada tambang istimewa bagi pesara-pesara (senior citizens) pihak MAS juga mengadakan tambang-tambang murah seperti tambang-tambang penerbangan malam (night tourist flights), tambang bagi excursion kumpulan-kumpulan penun-tut-penuntut, keluarga, orang-orang cacat dan bagi ahli-ahli akhbar dan sebagainya.

Kesemua tambang-tambang khas boleh digunakan oleh orang ramai yang berkenaan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu seperti penempahan awal dan dihadkan kepada masa-masa tertentu sahaja. Ini adalah perlu untuk menentukan bahawa dalam mengada­kan perkhidmatan-perkhidmatan tam­bang murah ini pihak MAS juga perlu

mempastikan bahawa semua pener-bangan-penerbangan adalah diguna­kan sepenuhnya oleh orang ramai. Syarat-syarat ini telah mengambil kira faktor-faktor ekonomi supaya ke-dudukan kewangan MAS tidak pula terjejas.

HAD UMUR KENDERAAN MOTOR

15. Dato' Haji Zakaria bin Haji Yahya minta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada beliau bercadang untuk mengadakan had umur bagi penggunaan sesebuah kereta sebagai satu usaha mengelakkan kemalangan-kemalangan jalanraya yang meningkat dari semasa ke semasa; jika tidak kenapa.

Tan Sri Chong Hon Nyan: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pengangkutan bersama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan sedang mengkaji cadangan untuk mengadakan had umur (planned obsolescence) bagi kenderaan-kenderaan motor dengan cara berperingkat-peringkat di negara ini supaya menjaminkan bahawa semua kenderaan adalah dalam keadaan selamat apabila digunakan di jalanraya.

Walau bagaimanapun, mulai tahun 1976 had umur adalah dikuatkuasakan bagi bas berhenti-henti, bas ekspres, bas persiaran dan bas mini. Had umur bagi kenderaan-kenderaan ini yang didaftarkan sebelum lhb Januari, 1976 tidak boleh melebihi 15 tahun dan yang didaftarkan selepas lhb Januari, 1976 hendaklah tidak melebihi 12 tahun.

PENAGIH DADAH KAKITANGAN KERAJAAN

16. Tuan Ibrahim bin Salleh minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) jumlah penagih dadah daripada kakitangan Kerajaan yang ditangkap; dan

Page 20: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3005 11 DISEMBER 1984 3006

(b) bilangan yang masih ditempat-kan di pusat pemulihan dadah dan sama ada Kerajaan akan mengambil mereka bekerja se-mula apabila pulih kelak.

Tuan Radzi bin Sheikh Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat terdapat seramai 1,169 penagih dadah daripada kakitangan Kerajaan yang telah ditangkap daripada tahun 1980 sehingga 17hb November, 1984 di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bilangan penagih dadah daripada kakitangan Kerajaan yang masih ditempatkan di Pusat Pemulihan Dadah ialah seramai 69 orang.

Mengenai pengambilan semula penagih dadah yang ditempatkan di Pusat Pemulihan Dadah Kerajaan ada menetapkan dasar dan peraturan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 tahun 1984. Mengikut peraturan tersebut, pegawai dan kakitangan yang telah disahkan dalam jawatan telah dihantar ke Pusat Pemulihan dengan perintah mahkamah atau yang memohon secara sukarela untuk menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan hendaklah diberi tugas dan tanggungjawab yang sama setelah mereka pulih dari penagihan dadah.

PERUSAHAAN KRAFTANGAN DAN INDUSTRI KAMPUNG

17. Tuan Mohd. Noor bin Bedah minta Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar menyatakan:

(a) tindakan yang diambil oleh Kementerian bagi menjayakan arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk meng-ujudkan Perusahaan Kraftangan dan Industri Kampung;

(b) galakan dan sokongan Kerajaan untuk menarik minat penduduk-penduduk kampung mengusaha-kan kraftangan; dan

(c) langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mempastikan hasil kraftangan usaha pen-duduk-penduduk desa men-dapat pasaran di dalam dan luar negeri.

Timbalan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar (Dato' Mohammad Yahya bin Lampong): Tuan Yang di-Pertua, atas arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Kementerian saya telah mengambil beberapa tindakan untuk mewujudkan perusahaan kraftangan dan industri kampung. Antara tindakan-tindakan tersebut adalah seperti berikut:

1. Mengenai pasti tempat-tempat yang sesuai di mana industri itu dapat diwujudkan. Punca-punca keluaran semula jadi tenaga mahir, kemudahan-kemudahan prasarana dan kesanggupan serta keupayaan penduduk-penduduk kampung untuk melibatkan diri dalam perusahaan merupakan faktor yang diambil kira sebelum industri itu diwujudkan.

2. Menyusun semula yang pengeluar pengusaha yang telah sedia melibatkan diri dalam perusahaan kraftangan dan industri kampung dengan memperkenalkan mesin-mesin yang mudah dan murah kepada mereka supaya jumlah pengeluaran dapat dipertingkat-kan dan mutu keluaran diperbaiki.

3. Mengadakan usahasama dengan pengusaha luar negeri dalam perusahaan ini bagi tujuan pasaran luar negeri. Setakat ini telahpun banyak syarikat luar negeri yang menunjukkan minat untuk mengadakan usahasama dengan syarikat tempatan untuk membuat kilang memproses bahan-bahan daripada buluh, rotan, kayu, tanah liat dan

Page 21: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3007 11 DISEMBER 1984 3008

sebagainya. Kilang memproses ini akan ditempatkan di luar bandar dan orang kampung digalakkan melibatkan diri dalam perusahaan ini bukan sahaja sebagai pekerja malah sebagai pemegang saham.

(b) Untuk menarik minat penduduk kampung mengusahakan kraf­tangan, Kementerian saya telah merangka beberapa program dan aktiviti. Program dan aktiviti ini adalah seperti ber-ikut:

(i) Melatih belia dan beliawanis untuk memperolehi ke-mahiran bagi membolehkan mereka menyertai perusaha­an kraftangan di samping melahirkan usahawan-usahawan baru di bidang kraftangan. Setakat ini Kementerian saya telah menubuhkan 9 Pusat Latihan Kraftangan di seluruh negara bagi tujuan di atas.

(ii) Memperkenalkan hasil rekaan baru dan memajukan rekaan yang bermutu dengan memperbaharukan mengikut penyesuaian ke-gunaannya kepada peng-usaha-pengusaha.

(iii) Untuk mempertingkatkan usaha-usaha bagi memper­kenalkan keluaran kraf­tangan tempatan dari masa ke semasa, Kementerian mengambil bahagian di dalam Expo-expo dan Pesta Perdagangan, mengadakan pameran-pameran dan per-tandingan kraftangan.

(c) Untuk mempastikan hasil kraf­tangan mendapat pasaran di dalam dan luar negeri, Kementerian saya telah me­nubuhkan 2 syarikat pemasaran yang bertanggungjawab di dalam pasaran barang kraftangan. Agensi tersebut ialah Batek

Malaysia Berhad yang menumpu-kan sebahagian besar dalam pasaran batek dan Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Berhad yang bertanggungjawab dalam pasaran Iain-lain barang kraftangan. Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Berhad mengendalikan Pusat Jualan KARYANEKA di Jalan Raja Chulan yang merupakan 'trading house'. Untuk meluaskan saluran pasaran, Kementerian saya telah mendirikan 14 buah gerai untuk negeri-negeri dalam bulan Jun 1983 di kawasan Pusat Jualan KARYANEKA, Jalan Raja Chulan. Prestasi pemasaran dan jualan adalah amat menggalak-kan semenjak Gerai-gerai Negeri dibuka.

Agensi-agensi Kementerian di peringkat Negeri terutama sekali Jabatan Kemajuan Masyarakat telah dipertanggungjawab bagi mengumpulkan barang kraf­tangan dan seterusnya diangkut ke Kuala Lumpur untuk dipasar-kan oleh kedua-dua syarikat pemasaran di atas.

Untuk makluman Yang Berhormat, semua barang-barang yang dibeli dari pengusaha kraftangan kita adalah dibayar secara tunai dan dengan harga yang berpatutan. Melalui agensi-agensi pemasaran ini, hubungan-hubungan sentiasa dibuat dengan pembeli-pembeli di luar negeri supaya barang kraftangan mendapat pasaran yang lebih luas. Di samping itu mutu dan harga barang kraftangan sentiasa dikawal dari negara-negara lain.

Walau bagaimanapun, setakat ini Kementerian saya memberi tumpuan untuk memenuhi pasaran dalam negeri memandangkan sambutan yang begitu baik dari masyarakat kita terhadap barang kraftangan tempatan.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, waktu sudah cukup.

Page 22: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3009 11 DISEMBER 1984 3010

(Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 18 hingga 28 adalah.)

PENGUNDI DI PELANTAR MINYAK

18. Puan Hajjah Hafsah binti Othman minta Perdana menyatakan status seseorang yang bekerja di pelantar-pelantar minyak iaitu sama ada ditakrifkan sebagai pengundi yang berada di Seberang Laut, dan sama ada mereka layak mengundi melalui pos.

Dato' Mohamad Khalil bin Yaakob: Pekerja-pekerja di pelantar minyak adalah pengundi biasa dan bukan ditarafkan sebagai pengundi seberang laut. Oleh itu, mereka adalah tidak layak mengundi melalui pos.

Buat masa ini Peraturan-peraturan Pilihanraya (Mengundi melalui Pos) 1959 membenarkan mereka-mereka berikut untuk mengundi melalui pos:-

(i) Pengundi tak payah hadir (anggota angkatan bersenjata dan isteri, pelajar-pelajar sepenuhmasa di sesuatu institusi pengajian tinggi di luar sempadan negeri-negeri di Semenanjung (atau Sabah atau Sarawak dan isteri); atau

(ii) Seseorang yang disahkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya sebagai seorang Pegawai Pilihanraya dan dikehendaki bertugas pada hari mengundi; atau

(iii) Anggota mana-mana pasukan polis yang ditubuhkan di bawah kuatkuasa undang-undang di Malaysia selain daripada anggota dari pasukan sukarela Polis; dan

(iv) Seseorang yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam yang mana pada hari mengundi ia sedang berkhidmat penuh masa di luar sempadan negeri-negeri di Semenanjung (atau Sabah atau Sarawak) dan isteri; atau

(v) Seseorang ahli Suruhanjaya Pilihanraya yang dilantik di bawah Perkara 114 Per-lembagaan Persekutuan; atau

(vi) Seseorang yang disenaraikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya dari masa ke semasa yang diwartakan sebagai pengundi-pengundi pos.

PETRONAS REFINERY PLANT

19. Tuan Ng Ah Poi minta Perdana Menteri menyatakan bila projek TETRONAS REFINERY PLANT' yang dicadang didirikan di Tanjung Bruas, Melaka akan dilaksanakan.

Dato' Mohamad Khalil bin Yaakob: Pertanyaan ini telah saya jawab pada 6-12-84 semasa menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Jalil bin Abdul Rahman. Saya tidak bercadang menambah pada jawapan tersebut.

KERAKYATAN MALAYSIA -PERMOHONAN

20. Tuan K. Kumaran minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:-

(a) samada permohonan bagi kerakyatan Malaysia oleh seorang daripada ibubapa untuk anak 'minor'nya dilahirkan di luar negeri hanya dapat dilulus-kan jika kedua-dua ibubapanya menjadi warganegara Malaysia pada masa permohonan dibuat;

(b) jumlah permohonan untuk kerakyatan Malaysia yang menggunakan Borang B' dan Borang C yang belum lagi diluluskan walaupun subjek per­mohonan itu telah melampaui umur 21 tahun; dan

(c) adakah permohonan dalam kategori (b) di atas akan diluluskan walaupun subjek telah melampaui umur 21 tahun.

Page 23: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3011 11 DISEMBER 1984 3012

Tuan Radzi bin Sheikh Ahmad: (a) Kelayakan bagi seseorang yang

memohon kewarganegaraan samada kanak-kanak atau orang-orang dewasa adalah seperti yang diperuntukkan di dalam Per-lembagaan Malaysia. Permohon-an kewarganegaraan bagi kanak-kanak, samada lahir di dalam atau luar negeri, adalah diper-timbangkan di bawah Perkara 15(2), 15(3), 15A dan Seksyen 1(b), (c) dan (d) Bahagian II, Jadual Kedua, Perlembagaan Malaysia.

(b) Bilangan permohonan Borang B yang belum diluluskan walaupun pemohon telah mencapai umur 21 tahun ialah 1148 manakala permohonan dalam kategori yang sama yang menggunakan Borang C ialah 762.

(c) Keputusan samada permohonan seumpama ini akan diluluskan atau tidak adalah tertakluk kepada kelayakan pemohon-pemohon untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia.

TANAMAN PADI - BURUH DARI THAI

21. Tuan Fadzil bin Mahmood minta Menteri Pertanian menyatakan samada beliau sedar sebahagian besar buruh yang menjayakan tanaman padi di Utara Malaysia ini datangnya dari negara jiran dan sekiranya berlaku sesuatu yang menghalang buruh-buruh ini datang ke negara kita bagi tujuan di atas apakah ikhtiar-ikhtiar yang akan diambil bagi menjayakan tanaman padi di bahagian utara negara kita ini.

Dr Goh Cheng Teik: Ya, saya sedar bahawa sebahagian besar buruh yang menjayakan padi di utara Malaysia (terutama di MADA) datangnya dari negeri Thai, khususnya pada musim menanam dan menuai.

Saya tidak percaya sesuatu akan

berlaku yang akan menghalang buruh-buruh itu datang ke negara ini. Walau bagaimanapun, sekiranya ia berlaku juga maka langkah-langkah yang boleh diambil ialah:

(i) Meningkatkan lagi penggunaan jentera dalam pengeluaran padi dan memperhebatkan lagi tanaman padi secara tabur terus.

(ii) Jika bekalan buruh Thai ter-henti, maka upah buruh di dalam perusahaan padi akan naik mengikut hukum penawaran dan permintaan. Oleh itu, buruh tempatan akan tertarik untuk menjalankan kerja-kerja di dalam perusahaan padi.

LIF DI KEM ULU KINTA -KEROSAKAN

22. Puan Rokiah binti Zainuddin minta Menteri Dalam Negeri menyatakan samada ia sedar bahawa lif-lif di Kem Ulu Kinta kebanyakannya sudah lama dan sering rosak, yang menyebab-kan anggota-anggota Polis Hutan dan keluarga mereka sentiasa terdedah kepada bahaya kerana keadaan lif-lif yang tersebut di atas. Jika sedar, nyatakan tindakan yang akan diambil untuk memperbaiki keadaan tersebut.

12-12-84

29. Puan Rokiah binti Zainuddin minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada beliau sedar bahawa terdapat banyak berek di Kem Ulu Kinta, Ipoh yang bangunannya telah rosak dan tidak diawasi dengan rapi dan terbiar kosong, yang boleh digunakan jika dibaiki untuk aktiviti yang berfaedah kepada keluarga Polis tersebut.

Tuan Radzi bin Sheikh Ahmad: Izinkan saya menjawab kedua-dua soalan daripada Ahli Yang Berhormat, berkenaan lif dan berek yang rosak di Kem P.P.H. Ulu Kinta, Perak.

Page 24: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3013 11 DISEMBER 1984 3014

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat terdapat lima (5) buah lif yang rosak di Kem P.P.H. Ulu Kinta. Tindakan membaikinya sedang di-laksanakan oleh pihak JKR.

Anggota P.P.H. dan keluarga mereka tidak terdedah kepada bahaya kerana segala peraturan dan tindakan yang patut diambil telah dimaklumi. Di samping itu pihak teknisyen sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

Manakala berek-berek yang rosak pula ialah sebanyak 117 unit dari sejumlah 1804 unit berek yang ada.

Berek-berek yang dibaiki akan dikhususkan kepada anggota bujang yang akan berkahwin kerana setakat ini semua anggota berkelamin telah mendapat berek masing-masing.

Tempat-tempat untuk anggota PPH dan keluarga menjalankan aktiviti berfaedah memang telah ada iaitu:

(i) Kelab Polis untuk Anggota Pangkat Rendah;

(ii) Persatuan Keluarga Polis (PERKEP);

(iii) Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika);

(iv) Kelas-kelas Agama; (v) Surau-surau.

JENAYAH - PELAJAR YANG TERLIBAT

23. Datuk Ishak bin Abdul Rahman minta Menteri Dalam Negeri menyata-kan:-

(a) bilangan pelajar-pelajar yang terlibat dengan kegiatan jenayah hingga akhir November, 1984;

(b) jumlah pelajar-pelajar yang ter­libat dengan penyalahgunaan dadah bagi tahun 1982, 1983, 1984; dan

(c) tindakan yang sedang dan akan diambil untuk mengurangkan atau mencegah terus jenayah-jenayah yang dilakukan.

Tuan Radzi bin Sheikh Ahmad:

(a) sejak tahun 1982 hingga November, 1984 bilangan pelajar-pelajar yang terlibat dengan kegiatan jenayah ber-jumlah 113 orang.

(b) bilangan pelajar-pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah adalah seperti berikut:-

Tahun 1982-168 orang pelajar Tahun 1983 - 124 orang pelajar Tahun 1984 (sehingga bulan Jun) -52 orang pelajar.

(c) tindakan tegas sentiasa diambil bagi mencegah pelajar-pelajar dari terlibat dengan kegiatan-kegiatan jenayah dan penyalah­gunaan dadah dan Kerajaan telah mengendalikan beberapa langkah untuk mencapai matlamat ini. Antara langkah-langkah tersebut termasuk meng-adakan Syarahan, Ceramah dan Pameran di sekolah-sekolah dari semasa ke semasa oleh pihak Polis Di Raja Malaysia bagi me-nimbulkan kesedaran serta menambah pengetahuan pelajar-pelajar terhadap ancaman kegiatan jenayah dan penyalah­gunaan dadah serta bahayanya. Selain dari itu Pasukan Kadet Polis telah ditubuhkan di sekolah-sekolah untuk menanam sikap disiplin dan meninggikan moral pelajar-pelajar.-

PEKEBUN SAYUR - BANTUAN

24. Tuan Tan Chang Soong minta Menteri Pertanian menyatakan samada Kerajaan akan menginstitusikan sebuah program untuk membantu pekebun-pekebun sayur-sayuran dan memastikan supaya terdapat saluran-saluran keluar bagi pekebun-pekebun

Page 25: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3015 11 DISEMBER 1984 3016

ini menjualkan hasil penanaman mereka seperti memberi jaminan bahawa masalah lebihan pengeluaran sayur-sayuran boleh diselesaikan menerusi pemerosesannya ke dalam bentuk makanan-makanan jeruk demi tujuan eksport.

Dr Goh Cheng Teik: Memanglah menjadi hasrat Kerajaan untuk mem-bantu pekebun-pekebun sayur-sayuran mengatasi masalah pemasaran hasil-hasilan keluaran mereka. Seperti yang sedia maklum, FAMA telah ditubuh-kan untuk membaiki sistem pemasaran bagi hasil-hasil pertanian tertentu terutama yang dikeluarkan oleh pekebun-pekebun kecil. Dalam hal ini, strategi-strategi FAMA yang telah dilaksanakan termasuk menambahkan maklumat pemasaran kepada petani-petani supaya mereka lebih mengetahui kehendak dan keadaan pasaran dan membantu memasarkan hasil-hasil petani apabila petani-petani meng-hadapi masalah pemasaran.

Dalam bidang pemasaran sayur-sayuran, biasanya masalah lebihan pengeluaran sayur-sayuran akan timbul. Keadaan ini berlaku disebabkan petani-petani terlalu menumpukan kepada satu jenis tanaman sayur-sayuran sahaja seperti sawi. Masalah ini tidak dapat diatasi sepenuhnya, pertamanya, kerana komoditi ini sangat mudah rosak terutama jenis sayuran berdaun dan keduanya adalah kerana pengeluaran komoditi ini sangat bergantung dengan keadaan cuaca. Jika cuaca elok pengeluaran akan bertambah dengan banyak walaupun di pasaran agak statik.

Untuk mengatasi masalah ini, Kementerian melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengambil beberapa langkah iaitu:

(i) memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada petani-petani supaya mempelbagaikan kegiatan tanaman dan merancangkan

pengeluaran tanaman berasas-kan keperluan dan keadaan pasaran semasa.

(ii) membantu petani-petani memasarkan hasil tanaman mereka dengan mengadakan kemudahan-kemudahan pasar-pasar petani di kawasan-kawasan pengguna seperti di beberapa tempat strategik di sekitar pusat-pusat bandar.

(iii) meminta kerjasama pihak ber-kuasa tempatan membantu masalah pemasaran yang dihadapi oleh penanam-penanam sayur itu.

Bagi perancangan jangka panjang, satu Jawatankuasa Perhubungan Sayur-sayuran Kebangsaan telah ditubuhkan yang dianggotai oleh pihak-pihak yang terlibat di dalam industri tersebut yang terdiri dari pengeluar-pengeluar, perantara-perantara pemasaran, pemeroses, pengilang, pengguna dan juga badan-badan kerajaan.

Dengan adanya jawatankuasa ini perancangan yang teliti dapat dibuat bagi memperbaiki pemasaran sayur-sayuran iaitu melalui progam meluaskan luang pasaran yang sedia ada dan mencari luang pasaran baru, mempergiatkan usaha-usaha khidmat pemasaran dan perkembangan pasaran.

MAS - GALAKAN KEPADA PELAJAR

25. Tuan Loo Swee Mok minta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada Kementerian menggalakkan pelajar-pelajar yang diluar negeri menaiki penerbangan Syarikat MAS dengan cara bayaran tiket penerbangan di-kecualikan dari cukai pendapatan untuk memajukan lagi sistem per-khidmatan penerbangan negara.

Tan Sri Chong Hon Nyan: Adalah menjadi dasar Kementerian Pengangkut­an untuk menggalakkan pelajar-pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di luar negeri menggunakan penerbang-

Page 26: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3017 11 DISEMBER 1984 3018

an-penerbangan MAS dan jua apabila penerbangan MAS dan jua apabila membuat perjalanan pulang ke Malaysia. Bagi tujuan ini, pihak MAS telahpun mengadakan berbagai-bagai jenis tambang murah termasuk jua tambang-tambang khas untuk penuntut-penuntut. Tambang khas ini mempunyai potongan kira-kira sebanyak 25-50% daripada tambang biasa.

2. Bagi tempat-tempat di mana terdapat bilangan pelajar-pelajar Malaysia adalah besar, seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia, pihak MAS jua mengadakan tambang-tambang khas untuk pelajar-pelajar melalui pengurusan perjalanan secara berkumpulan. Sekiranya tidak terdapat penerbangan MAS pada sektor-sektor tertentu, pihak MAS akan mengatur-kan tambang murah tersebut melalui "interline arrangement" dengan syarikat-syarikat penerbangan asing yang berkenaan.

3. Sungguhpun demikian, tambang-tambang khas hanya akan dapat diadakan setelah mendapat kerjasama dan persetujuan daripada Kerajaan dan syarikat penerbangan asing yang berkenaan itu.

4. Dengan adanya tambang-tam­bang murah sepertimana yang saya se-butkan itu, kebanyakan daripada pelajar-pelajar tersebut telahpun meng-gunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh MAS.

5. Oleh hal yang demikian, Kerajaan tidaklah bercadang untuk memberi pengecualian cukai pendapat-an atas perkara ini pada masa sekarang.

GURU-GURU SEKOLAH DI NEGERI PAHANG -

KEKURANGAN

26. Puan Habibah binti Abdul Ghani minta Menteri Pelajaran menyatakan sama ada benar terdapat bilangan guru-guru di sekolah menengah dan rendah

masih berkurangan di Negeri Pahang. Jika benar, nyatakan sebab-sebabnya.

Datuk Abdullah bin Haji Ahmad Badawi: Kekurangan guru-guru terlatih di sekolah menengah dan rendah bukan sahaja wujud di negeri Pahang tetapi juga di Iain-lain negeri. Walau bagaimanapun guru-guru sandaran tanpa latihan telah diambil untuk mengisi kekosongan itu.

Antara sebab-sebab berlakunya kekurangan guru-guru terlatih di Pahang ialah:

1. Pengeluaran guru-guru baru dari Maktab-maktab perguruan yang ada tidak dapat memenuhi keperluan dikebanyakan negeri dan mereka ini terpaksa diagih-agihkan di antara negeri-negeri.

2. Ramai daripada guru-guru terlatih yang berkhidmat di Pahang memohon bertukar ke negeri masing-masing setelah cukup tempoh perkhidmatan mereka.

RUMAH - KAWALAN HARGA

27. Tuan D. P. Vijandran minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan sama ada Kerajaan akan menimbang untuk mengadakan undang-undang untuk mengatur dan mengawal harga rumah-rumah yang dijual oleh pemaju-pemaju.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Puan Napsiah binti Omar): Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan tidak berhajat untuk mengawal harga rumah memandangkan harga rumah adalah ditetapkan melalui kuasa pasaran terbuka. Buat sementara ini Kerajaan hanya mengawal harga rumah kos rendah bagi mempastikan supaya golongan rakyat yang berpendapatan rendah berpeluang menikmati kemudahan perumahan.

Page 27: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3019 11 DISEMBER 1984 3020

MAS BAGI JEMAAH HAJI 3.44 ptg.

28. Tuan Fadzil bin Mah mood minta Perdana Menteri menyatakan sama ada beliau akan membenarkan bakal-bakal Haji memilih mana-mana penerbangan selain daripada MAS asalkan mereka ini pergi menunaikan Fardhu Haji melalui Tabung Haji.

Dato' Mohamed Khalil bin Yaakob: Penerbangan khusus untuk Jemaah Haji Malaysia kelolaan LUTH adalah diurus dan dikendalikan oleh MAS dan syarikat lain tidak dibenarkan mem-bawa Jemaah Haji anjuran LUTH.

Walaupun demikian, itu bukanlah bermakna bahawa MAS tiada boleh menyewa kapalterbang lain sekiranya kapalterbangnya sendiri tiada mencukupi untuk membawa Jemaah Haji kelolaan LUTH.

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN, 1985

Bacaan Kali Yang Kedua

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca-kan bagi menyambung semula per-bahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang." (lOhb Disember, 1984)

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya memanggil Ahli-ahli untuk berucap, saya suka hendak menyatakan iaitu hari ini ialah hari penghabisan untuk membahaskan atas Rang Undang-undang Perbekalan, 1985 dan pada hari esok Menteri-menteri akan menjawab. Oleh kerana masa terlalu singkat, saya ingin memberi peluang kepada seberapa ramai yang boleh daripada Ahli-ahli Yang Berhormat mengambil bahagian dalam perbahasan ini dan dengan kerana itu saya mintalah Ahli-ahli Yang Berhormat supaya menghadkan ucapan selama 20 minit maksimum setiap orang yang hendak berucap.

Tuan Fadzil bin Mahmood: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana diberi peluang kepada saya untuk menyambung ucapan yang saya buat pada hari semalam.

Pada hari semalam saya telah memperkatakan berkenaan dengan pembaziran, masalah perguruan, pertanian ataupun kaum-kaum tani yang patut Kerajaan selesaikan dan saya berharap dengan adanya pe-nyelesaian dari tindakan Kerajaan, saya percaya masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak guru, petani dan sebagainya dapat kita atasi dan dapat kita jalankan segala matlamat kita untuk kepentingan semua pihak.

Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang kita maklum bahawa Belanjawan yang telah dikemukakan oleh pihak Kerajaan iaitu sebanyak $29,191 juta pada tahun 1985 dan kita berharap peruntukan yang banyak ini akan dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Sepertimana yang saya maksudkan tadi, pembaziran amatlah penting supaya matlamat kita, wang yang dikutip daripada seluruh rakyat dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyambung ucapan saya, ada dua tiga perkara lagi iaitu berkenaan dengan peranan agensi-agensi Kerajaan bagi menjayakan rancangan Kerajaan untuk kepentingan semua kaum ataupun semua rakyat yang hidup dalam negara yang kita cintai ini.

Tuan Yang di-Pertua, salah satunya ialah Kerajaan kita untuk menggalak-kan kaum bumiputera ataupun rakyat di negara kita ini menceburkan diri dalam bidang perniagaan, perusahaan dan sebagainya. Agensi yang penting sekali yang saya sebutkan semalam ialah berkenaan dengan bank. Bank ini telah diarahkan oleh pihak Kerajaan supaya memberi segala kemudahan kepada pengusaha-pengusaha ataupun kepada bakal-bakal peniaga ataupun

Page 28: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3021 11 DISEMBER 1984 3022

peniaga-peniaga, sama ada peniaga bumiputera ataupun bukan bumi­putera, bagi menjalankan perusahaan mereka itu dengan lebih baik dan lebih teratur. Tetapi malangnya, pada hari ini saya lihat dalam suratkhabar dan juga dalam radio dan sebagainya, banyak yang memperkatakan berkenaan dengan kegagalan bank-bank untuk memberi kemudahan kepada kaum-kaum ataupun masyarakat peniaga yang saya sebutkan tadi.

Dengan ini saya berharap kepada pihak bank supaya jangan menyusah-kan rakyat untuk mendapat bantuan ataupun bimbingan daripada pihak-pihak bank yang saya sebutkan tadi. Oleh kerana pihak bank telah mengadakan peraturan-peraturan yang begitu ketat, maka banyak pihak-pihak ataupun kaum bumiputera kita yang cuba untuk menceburkan diri dalam perniagaan tidak sampai sekerat jalan sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita masih hidup dalam aman dan damai, saya rasa dalam keselamatan kita patut dipentingkan juga. Walaupun kita hidup dengan kaya-raya tetapi oleh kerana keselamatan kita tidak ada, maka saya rasa kehidupan kita itu tidak akan mencapai kejayaan.

Tuan Yang di-Pertua, maksud saya, dalam menjalankan segala ikhtiar dalam keamanan, menjaga ke-tenteraman hidup kita, maka sudah tentulah pihak Polis dan Angkatan Tentera yang memainkan peranan yang penting sekali dalam masalah ini. Oleh yang demikian, saya harap kepada pihak Kerajaan supaya mengambil berat tentang kehidupan ataupun kepentingan pihak-pihak Polis dan Angkatan Tentera, sama ada mengkaji semula berkenaan dengan imbuhan atau pembayaran kepada mereka, ataupun dari segi perumahan dan sebagainya. Kalau kita lihat dalam suratkhabar baru-baru ini, banyak memperkatakan bagaimana azab sengsaranya Angkatan Tentera kita

yang hidup di rumah-rumah yang begitu sempit, kecil dan sebagainya demi untuk menjaga keamanan negara kita, tetapi pihak Kerajaan perlu ambil tindakan yang sewajarnya bagi ke­pentingan mereka ini.

Dengan ini saya rasa pihak Kerajaan tidak akan mengumumkan sesuatu sebelum membuat sesuatu keputusan. Baru-baru ini kita dengar pihak Polis akan dinaikkan gaji dan sebagainya, tetapi akhir-akhirnya kita lihat masalah itu senyap begitu sahaja. Ini tidak patutlah kepada pihak-pihak Polis yang menjaga keamanan kita.

Tuan Yang di-Pertua, semenjak Dewan yang mulia ini dimulakan kita banyak memperkatakan berkenaan dengan FAMA. FAMA ini adalah satu agensi yang melibatkan secara terus petani-petani terutamanya petani-petani di luar bandar.

FAMA ini beberapa kali mengatakan kegiatan FAMA adalah dalam kajian dan sebagainya. Sebab itulah tahun demi tahun apabila disoal, maka jawapannya dalam kajian dan sebagai­nya. Saya berharap kepada pihak FAMA membuat post mortem kegiatan mereka ini supaya prestasi yang mereka jalankan dapat dipertingkat demi untuk kepentingan petani-petani dan dapat menjamin hasil keluaran petani-petani di luar bandar. Dengan ini saya rasa hasrat petani ataupun hasrat Kerajaan yang diharap-harapkan itu akan mendapat kejayaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak MARDI kerana pihak MARDIlah yang akhir-akhir ini memainkan peranan yang begitu penting sekali dan mencapai kejayaan yang begitu besar dalam masalah memproses makanan, mengkaji selidik berkenaan dengan benih dan sebagainya, saya mengucap­kan tahniah kepada pihak yang berkenaan. Saya harap bukan setakat ini sahaja, tetapi diharapkan pihak MARDI akan meneruskan usaha-

Page 29: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3023 11 DISEMBER 1984 3024

usaha mereka demi untuk kepentingan petani dan rakyat seluruhnya di dalam Malaysia kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kalau kita baca dalam ucapan Menteri Kewangan berkenaan dengan pe-lepasan cukai, pelepasan cukai baru telah diumumkan dalam ucapan Yang Berhormat Menteri Kewangan itu ada perbezaan. Pada masa dahulu anak yang pertama, pelepasan cukainya banyak daripada anak yang peng-habisan iaitu anak yang kelima atau keempat. Tetapi akhir-akhir ini dalam ucapannya ada perubahan baru iaitu anak pertama $800 kadar lama dan kadar baru $650; anak kedua kadar lama $700, kadar baru $750; anak ketiga, dahulu $500 sekarang $800. Maknanya anak ketiga, keempat dan kelima pelepasan cukai banyak daripada anak yang pertama dan yang kedua. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan hendak menyambut seruan Perdana Menteri kita supaya mem-perbanyakkan rakyat Malaysia ini hingga ke 70 juta. Ini terpulanglah kepada rakyat sendiri sama ada untuk menambah ataupun tidak, ini tidak dapatlah saya hendak memberi perangsang dan sebagainya tetapi untuk mencapai matlamat ini, pihak Kerajaan mestilah menjalankan usaha mereka iaitu dalam Kementerian Kesihatan. Untuk mencapai matlamat ini, pihak Kementerian Kesihatan patut mengadakan klinik-klinik kesihatan di luar-luar bandar supaya dapat memberi kemudahan atau rawatan kepada keluarga-keluarga atau kepada anak-anak atau kepada bayi-bayi yang bakal dilahirkan demi untuk menyahut seruan Kerajaan untuk menambahkan rakyat Malaysia ini. Kalau tidak diambil peranan penting oleh pihak Kementerian Kesihatan, saya rasa matlamat yang kita hendak capai ini tidak akan berjaya dengan tiadanya kemudahan-kemudahan klinik

kesihatan di luar-luar bandar. Saya harap akan diperbanyakkan klinik-klinik seperti yang saya sebutkan ini.

Tuan Yang di-Pertua, beberapa orang Ahli Dewan telahpun bercakap dalam Dewan yang mulia ini cara-cara untuk kita hendak menjayakan rancangan atau Belanjawan tahun 1985 ini. Maka untuk menjayakan rancangan ini kerjasama di semua pihak patut diadakan iaitu yang penting sekali ialah di antara sektor awam dengan sektor swasta. Kedua-dua itu mesti ada kerjasama di antara satu sama lain. Pihak jentera Kerajaan sendiri hendak-lah mengubah dan meninggalkan semua sikap yang boleh menghalang hasrat Kerajaan. Maksud saya, pihak jentera Kerajaan juga patut mengubah sikap dan patut ada azam baru demi untuk kepentingan rakyat di negara kita ini. Jangan menganggap hasrat Kerajaan ini bukan hasrat kakitangan Kerajaan. Ini adalah hasrat politik. Ada di antara pegawai-pegawai Kerajaan mengata-kan bahawa kegagalan sesuatu adalah kegagalan sesebuah parti politik ataupun sesebuah Kerajaan. Anggapan yang begini adalah salah dari segi kita memperjuang untuk memajukan rakyat di negara kita ini.

Pihak swasta pula mestilah meng­ubah sikap dengan tidak mementing-kan keuntungan semata-mata. Pihak swasta kalau mahu kerjasama, untung banyak dia mahu tetapi dalam masalah kepentingan umum mereka patut ketepikan sedikit keuntungan yang banyak. Dengan kerjasama yang begini kita harap akan berjaya hasrat Kerajaan pada hari ini. Pada masa ini boleh dikatakan seluruh dunia telah memberi kepujian kepada negara kita kerana dengan kepimpinan 2M, Mahathir dan Musa ini dan Iain-lain jemaah Menteri dapat menjalankan usaha mereka demi untuk kepentingan rakyat. Dalam kejayaan sesuatu ini ia­lah kejayaan sesebuah Kerajaan, kita tidak mahu jadi seperti kata orang, 'politik ini adalah suatu yang tidak boleh menolong siapa. Kejayaan sesuatu dalam negara kita ini adalah kejayaan Kerajaan. Kita tidak mahu orang mengatakan: "Politics is the art of the impossible". Jadi, kita berharap

Page 30: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3025 11 DISEMBER 1984 3026

dengan kerjasama semua pihak, kita dapat menolong Kerajaan kita dan dengan ini kita dapat hidup dengan aman dan damai. Dengan hidup aman dan damai maka kita berharap ke-hidupan anak cucu kita akan aman dan bahagia.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya mohon menyokong Belanjawan 1985 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan.

3.59 ptg.

Tuan Mohd Yusoff bin Kassim: Bismillahir-rahmanir-rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya bangun menyokong Rang Undang-undang Bekalan 1985 yang berada di hadapan kita sekarang.

Seperti rakan-rakan saya yang lain, saya ingin menyampaikan tahniah kepada Kerajaan dan juga kepada Menteri Kewangan kita kerana telah membentangkan satu Belanjawan yang tidak membebankan rakyat di saat-saat melesetnya ekonomi dunia. Malah boleh dikatakan bahawa Belanjawan ini telah membawa rahmat bagi semua pihak baik yang berada mahupun yang kurang bernasib baik. Tambahan pula baru-baru ini apabila kedengaran desas desus tentang kesusahan orang-orang yang berpendapatan kecil tidak mampu membayar cukai jalan bagi motosikal-motosikal mereka, Menteri Kewangan kita telah bertindak segera dan membatalkan kenaikan cukai tersebut. Ini menampakkan kepada kita bahawa Kerajaan yang ada sekarang adalah Kerajaan yang berjiwa rakyat, yang sensitif terhadap kesusahan-kesusahan rakyat dan sanggup berbuat sesuatu bagi kepentingan rakyat.

Saya berpendapat bahawa dengan kuasa di tangan mereka yang sedang memerintah sekarang, rakyat tidak perlu bimbang tentang masa depan kita bersama, dan juga masa depan bagi anak-anak kita. Walaupun teruk sekali kemelesetan ekonomi dunia, Malaysia

masih berupaya menghadapi masalah-masalah semasa, dan ini adalah petanda yang baik bagi tahun-tahun yang akan datang.

Banyak yang telah dicapai oleh negara kita sejak merdeka, dan banyak lagi akan dicapai jika keadaan ekonomi pulih semula. Segala kejayaan ini adalah hasil usaha perancangan dan pelaksanaan yang cekap dan bijak oleh Kerajaan dan seluruh jentera Kerajaan. Walaupun kita selalu mengharapkan supaya segala yang dirancang itu akan dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan, namun kita selalu juga mendengar keluhan rakyat tentang perkara-perkara yang tidak berjalan dengan lancar.

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya akan sebut beberapa perkara yang pada pendapat saya tidak dirancang atau dilaksanakan dengan baik. Adalah menjadi harapan saya bahawa perkara-perkara yang saya timbulkan ini akan diberi perhatian yang sewajarnya dan jika boleh diperbetulkan seberapa cepat yang terdaya.

Saya hendak sentuh perkara mengenai bekalan air di luar bandar. Setelah menunggu sekian lama, orang-orang di banyak tempat di luar bandar sudah mula merasai bekalan air paip. Kepada mereka ini adalah rahmat untuk mereka nikmati, tetapi malang-nya rahmat ini membawa masalah yang baru pula. Masalah yang saya maksudkan ialah bil-bil air yang perlu mereka selesaikan pembayarannya. Di ketika ini bil-bil yang begitu lama telah tidak dibayar oleh rakyat, tidak diterima oleh Pejabat Pos, disuruh oleh pegawai Pejabat Pos supaya membayar-kan di Jabatan Air di pusat bandar-bandar. Seumpama di tempat saya, terpaksa mereka ini membayar wang ini ke bandar Ipoh sejauh 25 batu.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga berharap kepada Kementerian ini supaya melebihkan tenaga pegawainya atau meningkatkan kerja pegawai itu

Page 31: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3027 11 DISEMBER 1984 3028

daripada mengambil bil yang telah direkodkan oleh mereka ini, hendaklah mereka juga bertugas sebagai satu pegawai memotong bil-bil air di kampung-kampung. Saya cadangkan supaya Jabatan ini hendaklah memberi-kan surat amaran mereka kepada rakyat di seluruh kampung selama dua bulan sahaja, jika sekiranya mereka tidak membayar bil air dalam masa 2 bulan, hendaklah dihantar satu lagi bil sebagai amaran supaya air ini dipotong dengan segera. Saya percaya apabila bil amaran ini diberi kepada penduduk-penduduk luar bandar, mereka nescaya akan membayar bil-bil ini dengan segera dan hendaklah pembayaran ini diberi peluang membayar di Pejabat Pos juga.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua juga saya berharap kepada Kementerian ini, dan baru-baru ini Kementerian bercadang supaya mem-bubuh nama-nama mereka yang tidak membayar bil air ini di dalam surat-khabar. Saya rasa ini tidaklah begitu berkesan kerana sebanyak manakah muka naskah suratkhabar yang akan kita perlukan untuk nama-nama mereka di seluruh negara akan di-pamerkan di dalam suratkhabar. Saya percaya perkara ini tidak akan memberi kebaikan kepada Kementerian ini.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang ketiga, yang saya hendak bangkitkan ialah mengenai bantuan kebajikan masyarakat. Kebelakangan ini kita sering membaca laporan mengenai orang-orang yang dhaif, orang-orang yang malang, orang-orang yang ditimpa bencana dan orang-orang yang seolah-olah telah diketepikan oleh masyarakat. Di mana-mana pun terdapat orang-orang seperti ini. Apabila laporan mengenai penderitaan mereka terpampang di muka akhbar, maka datanglah wang derma dan pertolongan yang mencurah-curah. Ini amalan yang baik dan patut dipuji, ia menunjukkan bahawa ada manusia yang masih bertimbang-rasa dan sanggup menolong seorang hamba

Allah yang lain, tetapi apa pula halnya dengan orang-orang yang tidak diliputi oleh laporan akhbar. Maka tinggallah mereka dalam sengsara dan keadaan gelap-gelita. Apabila kes-kes sedemikian dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, maka datang­lah pihak-pihak berkuasa membuat siasatan, setelah selesai siasatan barulah mereka yang tidak bernasib baik ini diberi bantuan. Inipun amalan baik dan patut dipuji, tetapi jumlah bantuan itu amatlah kecil sekali, tidakkah boleh sumbangan itu dibanyakkan sedikit memandangkan bahawa harga barang-barang sudah jauh meningkat tinggi. Apa yang saya hendak sebut di sini ialah selepas 4-5 bulan mereka menerima bantuan ini, dengan tiba-tiba bantuan ini diberhentikan tanpa sebarang keterangan, ini sudah tentu membawa kesusahan yang amat sangat kepada orang-orang tersebut. Mereka ini akan susah, orang serba kekurangan, jangan-lah diharapkan mereka akan dapat ke bandar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat untuk membuat rayuan. Apa salahnya bantuan ini diteruskan sahaja, sekali sekala datanglah membuat sisatan lanjut jika perlu. Jika orang-orang ini masih hidup dan masih susah biarlah bantuan itu terus datang.

Lagi satu perkara mengenai bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Tuan Yang di-Pertua, ialah berkenaan dengan orang-orang yang ditimpa bencana seperti banjir, tanah runtuh, rumah dihempap pokok dan sebagainya. Selalunya bila bencana ini melibatkan orang ramai, Kerajaan menerusi Kementerian Kebajikan Masyarakat segera datang memberi bantuan, tetapi apabila bencana menimpa satu keluarga sahaja, maka bantuan ini tidak secepat itu. Saya tahu satu kes mengenai satu keluarga, rumah mereka rosak binasa akibat dihempap pokok, bantuan tidak datang hinggalah selepas 6-7 bulan.

Janganlah kerana tidak ada publisiti, maka bantuan dihantar lewat. Sepatut-nya segala bantuan itu perlulah diberi

Page 32: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3029 11 DISEMBER 1984 3030

segera di saat-saat rakyat memerlukan sangat akan bantuan itu.

Sekarang saya beralih kepada satu perkara yang tidak memerlukan bantuan kewangan. Saya rasa Kementerian Dalam Negeri sedar akan perkara ini, tetapi nampaknya tindakan serius tidak diambil. Apa yang saya maksudkan ialah loteri gelap Empat Nombor Ekor, saya tidak sebut haram oleh kerana perjudian itu sudah memang haram di dalam Islam. Loteri Empat Nombor Ekor yang tak berlesen ini amat berleluasa di luar, di mana sahaja. Dalam sebulan ada 8 kali loteri gelap haram ini dijalankan. Bagi satu Loteri Empat Nombor Ekor ini berjuta-juta ringgit bertukar tangan, yang gemar membeli nombor-nombor ini ialah orang-orang yang inginkan wang cepat, tetapi selalunya mereka tidak berjaya. Apabila satu nombor yang digemari ramai menang, taukeh-taukeh loteri hilang terus tak dapat dikesan lagi. Taukeh-taukeh ini, saya rasa sampailah masanya bagi Kerajaan bertindak lebih serius lagi dalam usaha menentang perjudian gelap ini. Jika kita tak dapat hapuskan loteri gelap ini, sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkannya, takkanlah kita mesti terus hidup dengannya.

Saya berharap dan bercadang Kerajaan akan menimbang mengguna-kan Undang-undang ISA bagi menentang taukeh-taukeh judi ini dan juga bookie-bookie gelap lumba kuda oleh kerana perintah buang daerah atau kediaman terhad yang dikenakan kepada mereka pada masa ini amat tidak berkesan. Jika dibiarkan taukeh-taukeh ini semakin hari semakin kaya raya, sedangkan mereka tidak membayar apa-apa cukai pun kepada Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, setelah MAJUTERNAK dibubarkan, usaha-usaha menternak lembu-kerbau telah diserahkan kepada Jabatan Haiwan dan pihak-pihak swasta. Di samping itu, Jabatan Pertanian ada juga membantu

rakyat di luar bandar dalam usaha meneruskan sistem pawah, tetapi ini lebih merupakan usaha kecil-kecilan ataupun usaha sambil-sambilan sahaja. Apa yang terdapat sekarang ini ialah orang-orang kampung yang diberi lembu atau kerbau di bawah sistem pawah ini hanya menerima seekor lembu atau kerbau sahaja bagi seorang, maka dengan itu merayaulah si tuan lembu atau kerbau ini dengan binatang seekor pawah itu sahaja. Apabila binatang ini sudah tiba masanya untuk mencari pasangan, timbullah masalah bagi tuanpunya mendapatkan jodoh bagi binatang peliharaannya. Fikirlah, Tuan Yang di-Pertua, tuan lembu atau kerbau betina ini terpaksa ke sana ke mari mencari seorang tuan lain dengan lembu atau kerbau jantannya, kadang-kala keadaan lucu ini tidak lagi lucu oleh kerana masalah lain pula timbul. Ada di kalangan tuan-tuan yang mempunyai lembu atau kerbau jantan ini yang mengambil sikap jual mahal pula, diletaknya mas kahwin yang agak tidak berpatutan dan tuan kerbau atau lembu betina ini terpaksalah mengeluarkan belanja pula. Begitulah peliknya keadaan yang terdapat sekarang.

Tidakkah boleh Jabatan Pertanian membekalkan lebih banyak lembu atau kerbau di bawah sistem pawah ini? Pada pendapat saya eloklah jika dibekalkan 5 atau 6 ekor binatang itu untuk seorang. Jika itu tidak dapat dibuat, 3 ekor pun jadilah, yakni 2 betina dan seekor jantan. Jika kita betul-betul jujur hendak menolong orang-orang kampung, biarlah nampak yang kita benar-benar hendak menjayakan usaha ternakan ini.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat ada 5 minit lagi.

Tuan Mohd. Yusoff bin Kassim: Dengan rancangan penambahan penduduk hingga ke 70 juta, negara memerlukan lebih banyak bekalan daging dan susu. Sistem pawah, rasa saya dapat menolong sedikit sebanyak

Page 33: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3031 11 DISEMBER 1984 3032

mengurangkan beban mengimport daging dan susu dari luar negeri.

Tuan Yang di-Pertua, memandang-kan ucapan saya ini mungkin berakhir lagi setengah jam, biarlah saya memendekkan ucapan dengan ringkas sahaja. Saya mencadangkan juga di dalam Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos supaya Operator-operator Telekom hendaklah dicampurgaulkan wanita dan laki-laki dan hendaklah wanita boleh bekerja di waktu malam. Kenapa jururawat-jururawat wanita boleh bekerja waktu malam, kenapa polis-polis wanita boleh bekerja waktu malam, tidak bolehkah operator wanita bekerja malam? Apakah istimewanya kepada Jabatan Telekom sehingga wanita tidak boleh bekerja waktu malam? Dengan ada campuran lelaki dan wanita ini tadi mungkin perkara yang tidak diingini tidak akan timbul lagi. Waktu malam operator lelaki sen-tiasa membuangkan masa sesama me-reka sendiri begitu juga wanita di siang hari dengan mereka sendiri. Apabila di-campur, saya rasa masalah ini tidak akan timbul dan saya rasa dengan sistem ini pondok-pondok telefon di luar bandar tidak akan rosak lagi dengan kerana mereka ini sentiasa menjawab panggilan-panggilan daripada rakyat luar bandar.

Saya hendak sebut lagi berkenaan dengan Kementerian Pelajaran supaya meneliti untuk menghantar guru-guru ke Sabah dan Sarawak. Satu kes di tempat kawasan saya sendiri ada guru yang betul-betul begitu daif keluarga-nya dihantar juga apabila lepas universiti ke Sarawak. Saya sendiri tahu dia tidak mempunyai bapa dan dalam keluarganya dialah seorang sahaja yang menolong ibu dan neneknya yang berusia 120 tahun, adik-adik dan kakaknya yang begitu tidak siuman. Tetapi alhamdulillah, Tuhan telah mengizinkan beliau seorang sahaja yang begitu pandai sehingga menjadi guru kelulusan universiti dan mereka telah menghantarkan guru ini ke Sarawak apabila permohonannya telah ditolak. Tidakkah Jabatan ini menyiasat dengan

teliti apabila hendak menghantarkan guru-guru di luar daripada kawasan yang dipohon oleh guru-guru tadi.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyen-tuh Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah berkenaan peng-ambilan peserta-peserta, saya sentuh di kawasan saya sedikit. Saya amat dukacita dengan kerana rancangan FELCRA Sungai Durian, Tanjong Tualang, pengambilan peserta amatlah mendukacitakan. Ada daripada peserta ini yang mempunyai Mercedes 300D diambil jadi peserta, ada daripada peserta ini adalah Chief Forman Dredging, dengan izin, di kapal-kapal korek $l,000-$2,000 diambil jadi peserta, ada jadi kontraktor-kontraktor menacarigali bijih di kawasan saya juga diambil jadi peserta. Apakah ini adil kepada Kementerian ini mengambil peserta-peserta sehingga ada setengah yang harus diberi, iaitu seorang daripada benar-benar tidak mempunyai kemampuan dan baru bersara daripada menjadi seorang askar di dalam negara kita dengan tidak diberi peluang langsung sehingga mereka ini juga menolak begitu sehingga laporan-laporan diberi dan diadukan.

Saya berharap kepada Kementerian ini supaya dapat menyelesaikan masalah ini. Jika pegawai-pegawai berkenaan inginkan detail-detail yang perlu, saya bersedia memberi segala butir-butir yang dikehendaki.

Tuan Yang di-Pertua, kerana banyak lagi rakan-rakan saya akan bercakap dan di sini saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang telah memberi peluang kepada saya.

Sekian sahaja, saya menyokong Rang Undang-undang Perbekalan, 1985 sepenuhnya.

4.21 ptg

Tuan Loo Swee Mok: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang

Page 34: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3033 11 DISEMBER 1984 3034

Undang-undang Perbekalan Tahun 1985. Pada keseluruhannya saya mengucapkan syabas kepada pihak Kerajaan yang telah berjaya merangka-kan satu dasar perbelanjaan seimbang dengan pendapatan negara kita.

Sebagaimana kita sedia maklum kemelesetan yang kini melanda ekonomi seluruh dunia telah meng-akibatkan kekurangan perbekalan wang oleh negara-negara membangun khasnya. Strategi ekonomi negara bagi menggalakkan pelaburan sudah memang menjadi satu strategi yang lama. Strategi yang diterima oleh pihak Kerajaan ini telahpun menghasilkan bertambahnya kegiatan-kegiatan eko­nomi khususnya dari segi perindustrian.

Tuan Yang di-Pertua, berikutan dengan strategi ini maka kita dapati bahawa berbagai-bagai pelaburan asing telahpun menapak di mana-mana negara. Dekad 80 ini menjadi satu dekad penting akibat daripada era pembangunan yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri kita Allah-yarham Tun Abdul Razak. Dekad ini juga telah menghasilkan berbagai-bagai masalah dihadapi oleh pelabur-pelabur asing baik dari segi desakan kesatuan sekerja mahupun masalah-masalah yang dirumitkan oleh dasar-dasar Kerajaan. Desakan kesatuan sekerja datangnya daripada peningkatan kesedaran pekerja-pekerja sendiri, tentang hak mereka serta beberapa pemimpin kesatuan sekerja sendiri yang cuba mencontohi gerakan kesatuan sekerja ekonomi negara-negara maju.

Dari segi dasar Kerajaan kita pelabur-pelabur asing mengalami beberapa kesulitan-kesulitan akibatnya peraturan-peraturan imigresen. Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum pelabur-pelabur asing perlu memperolehi permit kerja yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen di bawah Kementerian Dalam Negeri. Pada amnya dasar ini memang wajar dilaksanakan demi mengawasi kemasukan orang-orang

asing ke dalam negara kita. Akan tetapi pelabur-pelabur asing pada masa ini menghadapi satu kesulitan di mana dasar-dasar ini dilaksanakan telah disalahgunakan oleh pegawai-pegawai yang melaksanakan dasar-dasar ini.

Pada masa ini pelabur asing memang sudah tentu mengalami kesusahan akibat daripada berbagai-bagai syarat. Di antara syarat-syarat yang dikenakan adalah syarat-syarat yang rigid seperti kelayakan untuk mengiktirafkan sebuah jawatan yang dipegang oleh warganegara asing sebagai jawatan penting ataupun dengan izin, key post. Syarat ini mungkin wajar bagi mereka dalam sektor pengeluaran di mana mereka menggunakan banyak tenaga tempatan. Akan tetapi sekiranya pelabur asing melibati diri dalam perniagaan seperti perdagangan dan sebagainya memang sudah jauh sekali kemungkinan mereka dapat memenuhi syarat yang dikenakan.

Satu aspek lagi kesulitan yang dihadapi oleh pelabur asing adalah tentang tempoh perkhidmatan mereka di dalam negara kita. Saya dimaklum-kan bahawa beberapa pelabur asing yang telah berkhidmat lebih daripada 10 tahun di dalam negara kita mengalami kesusahan semasa mem-barui permit kerja mereka. Alasan yang diberi oleh Jabatan Imigresen adalah bahawa mereka sudah lama berkhidmat di dalam negara kita dan patut menggantikan orang lain untuk menyandang jawatan mereka. Tentang alasan ini adalah tidak begitu waras. Ini adalah kerana terdapat berbagai-bagai pelabur-pelabur asing yang telah menubuhkan perniagaan mereka sendiri dengan wang pelaburan mereka sendiri di dalam negara kita. Sejak mereka memulakan perniagaan di dalam negara kita mereka ini telah berjaya memperkembangkan per­niagaan mereka sehingga menjadi satu faktor aktif dalam pembangunan eko­nomi negara kita, sudah tentu pelabur-pelabur golongan ini tidak berasa senang hati sekiranya jawatan mereka

Page 35: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3035 11 DISEMBER 1984 3036

diambil alih oleh orang lain yang tidak ada kaitan dengan pelaburan mereka sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, saya mem-bangkitkan faktor-faktor ini supaya pegawai-pegawai Kerajaan dapat menyedari tentang semangat dasar-dasar kita tentang pengambilan tenaga mahir serta pelabur-pelabur asing ke dalam negara kita. Pegawai-pegawai Kerajaan ini perlu melaksanakan dasar-dasar ini dengan flexibility untuk menentukan pelaburan negara kita tidak terjejas akibat daripada dasar yang digubal oleh kita sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi saya ingin sentuh adalah tentang peruntukan kepada sekolah rendah modal. Pada masa ini had peruntukan kepada sekolah bantuan modal maksud mendirikan dan memperbaiki Sekolah-sekolah Rendah Kebangsaan (Cina) adalah hanya $75,000. Peruntukan sebanyak ini sudah tentu tidak dapat menunaikan kehendak-kehendak Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) bagi maksud mengubahsuai dan mendirikan sekolah.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekiranya kita melihatkan keadaan beberapa Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) di seluruh negara kita, kita akan dapati bahawa keadaan sekolah-sekolah ini adalah dalam keadaan keburukan. Keadaan yang seumpama ini adalah tidak sesuai untuk memberi satu pendidikan yang sempurna bagi pemuda-pemuda kita. Pihak Kerajaan perlu menggalakkan pelajaran baik dalam bahasa pengantar Kebangsaan mahupun dalam bahasa-bahasa yang lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. Penuntut-penuntut sekolah daripada Iain-lain jenis sekolah juga sudah tentu menguntungkan negara pada satu hari kelak.

Saya sedar bahawa Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) mungkin hanya layak menerima peruntukan bantuan modal memandangkan

bahawa kebanyakannya terletak di atas tanah kepunyaan Lembaga Jemaah Pengurus Sekolah.

(Timbalan Yang di-Pertua mem-pengerusikan Mesyuarat)

Akan tetapi saya ingin merayu kepada Kementerian Pelajaran supaya tidak menjadikan sebab ini sebagai satu alasan untuk menjadikan Sekolah-sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) ini sebagai sekolah-sekolah anak Cina. Sekolah ini juga merupakan satu unsur dalam sistem pelajaran negara kita.

Sekian sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Dan sebagai menamatkan saya ingin menyuarakan sokongan saya terhadap Rang Undang-undang Perbekalan tahun 1985.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Mohd. Noor bin Bedah.

4.31 ptg.

Tuan Mohd. Noor bin Bedah: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk turut bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain untuk mengambil bahagian dalam membahaskan untuk menyokong Rang Undang-undang Perbekalan tahun 1985 yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan baru-baru ini.

Saya juga ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan yang telah dapat mengurus-kan ekonomi negara dengan jayanya, khususnya kepada Yang Berhormat Menteri dan semua pegawai-pegawai Kementerian Kewangan yang telah menjalankan tugas mereka dengan berhati-hati dan cekap.

Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan tahun 1985 adalah sebagai pendorong kepada petani-petani dan pekebun-pekebun kecil supaya bekerja dengan lebih keras lagi untuk memperbaiki

Page 36: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3037 11 DISEMBER 1984 3038

taraf hidup masing-masing. Kita amat gembira kerana peruntukan pem-bangunan kepada golongan miskin di luar bandar ini adalah diteruskan. Kerajaan bukan sahaja memberi apa juga pertolongan dan bantuan kepada golongan ini bahkan patut terus menyalur kepada petani-petani ilmu moden, pengetahuan ladang dan pemindahan teknologi pertanian kepada mereka.

Mereka tentunya mahu terlibat bersama-sama dengan ekonomi negara. Kepada petani-petani ini mereka mahukan peluang-peluang selain dari-pada keistimewaan-keistimewaan supaya dapat mencapai kemajuan ekonomi dengan sanggup bertekun dan bekerja keras untuk sumbangan bagi kemajuan negara.

Kita amat gembira mengetahui bahawa Kementerian Pertanian dan Iain-lain agensi yang berkaitan dengan pembangunan pertanian akan mem-perhebatkan lagi usaha-usaha memper-tingkatkan pengeluaran ladang. Saranan Kerajaan patut juga ditumpu-kan dengan lebih bagi tugas-tugas penyelidikan pertanian dengan meng-adakan peruntukan yang lebih banyak bagi institusi-institusi penyelidikan pertanian seperti RRI, PORIM dan MARDI.

Saya difahamkan bagi peruntukan tahun 1985 Belanjawan bagi penyelidik­an pertanian tidakpun sampai 1%. Jumlah ini adalah sangat rendah jika dibandingkan dengan 2% yang diguna-kan oleh negara-negara maju. Kerajaan hendaklah sedar bahawa satu pertukaran arah sedang berlaku di mana sektor pertanian telah menunjuk-kan aliran yang menurun kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Walhal sektor-sektor lain seperti perindustrian, bidang perbuatan dan binaan terus meningkat kepada sumbangan ekonomi negara. Penanam-penanam padi yang mewarisi kehidupan pesawah turun menurun masih rendah pengeluaran mereka.

Walaupun Kerajaan telah membelanja-kan begitu banyak jumlahnya bertahun-tahun bagi meningkat keluaran mereka dan bantuan-bantuan seperti memberi kapur bagi kesuburan tanah, mengawal penyakit dan musuh, subsidi baja dan jentera dan berbagai lagi tetapi malangnya hasil pelaburan ini tidak mencapai ke tahap yang menggalakkan.

Golongan miskin yang paling ramai di negara kita ini masih juga penanam-penanam padi. Saya bimbang jika hasil keluaran mereka tidak ditingkatkan, pendapatan pulangan juga tidak akan berkembang. Jika pendapatan tidak berkembang kemiskinan tidak mungkin dapat dibasmi dan matlamat Dasar Ekonomi Baru tidak akan dicapai.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang menarik dalam Belanjawan tahun 1985 ialah mengenai pengurangan peruntukan pembangunan bagi per-tahanan dan keselamatan negara. Daripada peruntukan tahun ini sebanyak $1,199 juta ia telah dikurang-kan kepada $690 juta tahun 1985. Sebenarnya sejak beberapa tahun yang lalu, kita telah membelanjakan jumlah yang amat besar untuk keselamatan dan pertahanan.

Walaupun masih ada lagi saki baki pengganas komunis yang masih ber-gerak di sempadan Malaysia/Thailand, bilangan yang kecil ini boleh dibanteras melalui operasi ketenteraan yang berterusan. Angkatan Tentera dan Polis kita telahpun dibekalkan dengan kelengkapan moden. Kita yakin peruntukan pembangunan yang kecil ini akan dapat digunakan dengan bijak dan cermat untuk memperbaiki keada-an hidup dan Kebajikan Anggota-anggota Tentera dan Pasukan Ke­selamatan kita dengan menyediakan tempat tinggal yang lebih sempurna, kemudahan persekolahan bagi anak-anak mereka serta Iain-lain kemudahan yang lebih baik kepada mereka ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya bagi memerangi musuh dalam negeri seperti pengganas komunis dan anasir-

Page 37: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3039 11 DISEMBER 1984 3040

anasir anti nasional kita tidak memerlukan alat senjata berat, malah dari pengalaman kita semasa darurat dahulu menunjukkan cara yang paling berkesan ialah dengan menawan hati dan fikiran rakyat, manakala Anggota Pasukan Keselamatan menjadi benteng harapan pertahanan negara, rakyat jelata adalah penyokongnya. Perjuangan ini adalah peperangan bersama antara perajurit dan rakyat jelata.

Tuan Yang di-Pertua, dalam beberapa tahun yang lalu kita telah membelanjakan wang yang banyak untuk pertahanan. Pengurangan ini adalah sangat wajar. Sebenarnya perbelanjaan pertahanan dan keselamatan kita adalah di kalangan yang tertinggi di dunia, misalnya kita telah duduk nombor 30 dalam tahun 1981.

Pada tahun itu bagi setiap rakyat kita telah membelanjakan kira-kira $361 berbanding sebanyak $225 oleh Jepun, $16 oleh India dan $11 oleh Indonesia. Bagi se buah negara membangun yang tidak terbabit dalam peperangan dan persaingan senjata, belanja yang kita gunakan dahulu adalah sangat tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, berasaskan pengalaman kita sendiri dan pengalaman dunia pada keseluruhan-nya terbukti bahawa jaminan keselamatan yang paling mutlak ialah perut yang kenyang, dada yang berilmu, tubuh yang sihat dan berpakaian yang sempurna serta tempat tinggal yang selesa.

Jika semua ini dapat kita tawarkan kepada rakyat, mereka akan jadi benteng pertahanan dan keungguhan ini tidak akan dapat digugat. Kesimpulannya kita harus ada perimbangan antara kebajikan rakyat dan kekuatan senjata yang mana bagi Malaysia kita ini untuk terus menikmati keamanan dan kebahagian.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sedikit mengenai peruntuk-

an pembangunan bagi memajukan sektor-sektor luar bandar dengan konsep mewujudkan industri desa.

Telah sekian lama disedari dan diakui bahawa kemajuan sektor luar bandar hasil daripada perlaksanaan pelbagai rancangan pembangunan, gagal mem-berikan faedah maksima kerana berlakunya kebocoran dalam ekonomi desa.

Sekalipun benar bahawa penghasilan pertanian dan pendapatan petani pada umumnya meningkat tetapi peningkatan ini adalah rendah jika dibandingkan dengan perbelanjaan yang dicurahkan oleh Kerajaan. Ini adalah kerana petani-petani hanya menjadi pengeluar bahan-bahan mentah sahaja.

Aspek-aspek yang boleh menokok nilai hasil keluaran ladang seperti pengangkutan, pemasaran dan pengilangan dilaksanakan oleh orang tengah. Akibatnya, sementara kawasan yang mengeluarkan hasil pertanian mengalami perubahan taraf ekonomi yang terhad. Kawasan-kawasan di sekitarnya yang terbabit dengan kegiatan memproses menjadi maju dan makmur.

Contohnya seperti yang dialami oleh petani-petani di Perlis atau Iain-lain pesawah-pesawah di seluruh negara. Manakala mereka ini mengeluarkan padi, Iain-lain kegiatan yang bersangkut paut dengannya seperti menyediakan input, pengangkutan, mengisar padi dan membuat makanan daripada beras dilakukan oleh golongan bukan petani. Manakala petani menjual keluaran mereka, pihak-pihak yang terbabit dengan kegiatan seterusnya mem-perolehi faedah yang lebih lumayan melalui penokokan nilai. Dan oleh kerana petani-petani terpaksa ber-gantung kepada peniaga-peniaga di bandar, maka sebahagian besar dari­pada pendapatan luar bandar mengalir ke kawasan bandar.

Kepada saya dalam hal ini, penubuhan industri-industri kecil luar

Page 38: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3041 11 DISEMBER 1984 3042

bandar bukan sahaja dapat menambah pendapatan penduduk-penduduk desa melalui kegiatan tokok nilai, tetapi memberikan penduduk-penduduk desa kawalan yang lebih ke atas bahan-bahan keluaran mereka.

Kerajaan hendaklah sedar bahawa kedudukan ekonomi desa kini terancam. Kekurangan peluang ber-kembang telah menyebabkan ramai anak muda desa berpindah ke kawasan-kawasan bandar besar mencari pekerjaan.

Saya yakin, pelaksanaan industri luar bandar yang berjaya boleh menyekat perpindahan seterusnya dan meng-galakkan belia-belia luar bandar yang telah berhijrah supaya pulang semula ke kampung masing-masing.

Dan jika industri desa ini dirancang dengan betul, ia boleh membantu menyelesaikan masalah-masalah tanah terbiar yang kini berleluasa kerana kekurangan tenaga kerja serta juga masalah-masalah pasaran hasil-hasil pertanian yang tidak memuaskan.

Menyedari hakikat ini juga, saya rasa industri desa perlu dimajukan sebagai sebahagian daripada rangkaian ekonomi luar bandar yang berkait rapat dengan pembangunan pertanian dan ekonomi negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai dasar pengiriman pelajar-pelajar Malaysia ke luar negeri yang sedang mencetuskan kegelisahan di kalangan ibu bapa dan pelajar-pelajar sendiri, terutamanya dari segi kemajuan akademik pelajar-pelajar itu dan kesannya terhadap perkembangan universiti-universiti tempatan.

Di universiti-universiti luar negeri, tidak ramai pelajar-pelajar kita yang mendapat tempat belajar di universiti-universiti utama dan ternama di seluruh dunia seperti Cambridge, Tokyo, Harvard, Yale, Princeton, London dan Iain-lain. Jika kita tinjau daripada dasar yang dijalankan sekarang dengan cara

lebih meluas dalam konteks seluruh dunia, ternyata betapa kecilnya pelajar-pelajar kita berdaftar di universiti-universiti "elite" dengan izin.

Saya rasa para pentadbir dan institusi penganjur yang bertanggungjawab mengenai perkara ini yang nampaknya lebih cenderung untuk menghantar para pelajar kita secara beramai-ramai dan berkelompok ke beberapa buah universiti tertentu yang telah mem-punyai hubungan yang lama dengan kita.

Jadi, dasar yang diamalkan sekarang, para pelajar terutamanya bumiputera yang paling baik di negeri ini akan "dicuri" sebaik sahaja mereka keluar dari sekolah menengah dengan ke-lulusan yang cemerlang. Pada waktu peringkat umur yang begitu muda, mereka di hantar dalam kumpulan-kumpulan yang besar ke beberapa buah pusat pengajian tinggi yang kadang-kala tidaklah begitu pasti martabat akademiknya.

Oleh kerana mereka adalah pelajar kita yang baik, maka mereka tidak banyak mengalami kesukaran untuk lulus dengan cemerlang di universiti-universiti berkenaan.

Akan tetapi kerana mereka terlalu muda, mereka sering mengalami kesukaran menyesuaikan diri dengan suasana masyarakat tempatan. Kerana mereka terkumpul dalam kumpulan yang besar lalu membentuk komuniti dan perkampungan di kalangan mereka. Dalam perkampungan inilah mereka menjalankan hidup terpisah dan terasing daripada masyarakat tempatan.

Pada hemat saya, kesan daripada dasar ini ialah pelajar-pelajar terbaik yang dihasilkan oleh sekolah-sekolah di negara ini tida mendapat pendidikan tinggi yang terbaik yang mungkin diperolehi di luar negeri.

Sehubungan dengan ini, universiti-universiti tempatan pula hanyalah

Page 39: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3043 11 DISEMBER 1984 3044

mendapat para pelajar yang tertinggal sebagai "sisa" daripada dasar "mencuri" pelajar yang terbaik itu.

Di universiti-universiti tempatan pula, calon-calon lebihan itu terpaksa bersaing dengan para pelajar lain yang terbaik, yakni calon-calon yang dengan mudahnya dapat diterima masuk ke fakulti-fakulti perubatan dan kejuruteraan yang amat bersaingan itu.

Selain dari itu, suasana universiti-universiti tempatan sejak akhir-akhir ini mengalami berbagai macam krisis yang kompleks, sebahagiannya hasil daripada sekatan Akta Universiti dan Kolej, sebahagiannya oleh sifat gerakan pelajar yang berkembang sekarang dan tak kurang juga kerana nilai kepimpinan akademiknya.

Oleh yang demikian, tidaklah sukar bagi kita memahami jika kita sering mendengar sungutan mengenai mutu para lulusan universiti tempatan. Mereka tidak luas pandangannya, tidak dapat menggunakan pendapat dengan jitu dan sebagainya. Sebaliknya, penilaian yang diberikan kepada para lulusan universiti luar negeri sejak akhir-akhir ini tidaklah pula tinggi menjulang. Mereka dianggap sebagai hasilan daripada universiti yang tidak berwibawa, tidak begitu berfaedah pendidikannya bagi memahami persoalan negara ini atau tidak dipastikan pengiktirafan ijazahnya.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini nyatalah bahawa dasar pengiriman para pelajar kita ke luar negeri yang berlaku di waktu ini perlu difikirkan semula semasak-masaknya. Memandangkan besarnya sumbangan kewangan yang perlu kita curahkan bagi melaksana-kannya, maka sumbangannya terhadap permodenan Malaysia haruslah di-tafsirkan dengan saksama dan menye-luruh.

Tidakkah lebih manfaat, misalnya, jika pengiriman ke luar negeri dikurangkan kepada peringkat minimum setakat yang perlu sahaja serta dihantar ke universiti-universiti

yang benar-benar berwibaan bagi sesuatu bidang sahaja. Dengan ini akan mempercepatkan lagi perkembangan kemajuan universiti-universiti tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan Kerajaan dan saya menyokong sepenuhnya Belanjawan, 1985.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator Abdul Jalil.

4.48 ptg.

Tuan Haji Abdul Jalil bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan, 1985 yang telah dibentang-kan oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan pada masa pembukaan Dewan Negara, 3hb Disember, yang baru lalu.

Bagi keseluruhannya saya menyokong anggaran Belanjawan ini memandangkan keseluruhannya adalah bagi mengukuhkan imbangan pem-bayaran dan perbelanjaan negara bagi menghadapi keadaan ekonomi dunia yang belum pasti pulih pada tahun 1985 nanti.

Walaupun ekonomi negara kita beransur pulih dan teguh jika dibandingkan dengan keadaan tahun 1982 dan 1983 yang lalu, kesesuaian perbelanjaan tahun 1985 ini bukan sahaja mendapat sokongan penuh dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara, bahkan mendapat sokongan di luar Dewan iaitu di sektor-sektor swasta, sektor awam dan individu-individu, orang perseorangan kerana keseluruhan Belanjawan ini tidak membebankan orang yang ber-pendapatan rendah atau berpendapat-an kecil, di samping itu meningkatkan hasil pengeluaran negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya suka hendak menyentuh beberapa perkara berhubung dengan Kementerian-

Page 40: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3045 11 DISEMBER 1984 3046

kementerian atau Jabatan-jabatan Kerajaan. Pertama sekali saya sukalah menyentuh Jabatan Pelajaran ataupun Kementerian Pelajaran.

Pada masa ini saya mendengar rungutan-rungutan daripada ibu bapa dan pernah juga dalam Dewan ini disuarakan bahawa murid-murid di sekolah rendah masih banyak lagi yang tidak tahu membaca dan menulis apabila sampai ke peringkat masuk ke sekolah-sekolah menengah atau ke tingkatan satu. Ini saya telah dilapor­kan oleh beberapa guru-guru besar di sekolah rendah bahawa pada masa ini di sekolah, Kementerian atau Jabatan Pelajaran membebankan.kepada guru­guru terutama sekali guru-guru besar di sekolah dengan beberapa kerja-kerja mengisi borang-borang, penyata­penyata dari masa ke semasa. Jadi, disebabkan kerja itu bertimbun-timbun, guru besar sesebuah sekolah tidak dapat menyelia, tidak dapat mengawasi atau tidak dapat mengikuti pengajaran, pendidikan yang dijalankan oleh seseorang guru di dalam sekolah itu kerana guru besar ini sentiasa banyak tugas-tugas yang patut disempurnakan untuk dijawab kepada Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

Di samping itu, kerja-kerja ini, beban yang ditanggung oleh guru besar itu tidak pula dapat disempurnakan oleh guru-guru besar itu sendiri. Malahan guru besar terpaksa meminta per­tolongan daripada guru-guru ataupun kakitangan-kakitangan guru yang ada dalam sekolah mereka. Jadi, dengan ini pelajaran anak-anak selalu terganggu oleh sebab guru-guru selalu menolong kerja guru besar dan guru besar tidak mengawas atau menyelia guru-guru di dalam darjahnya. Maka ini adalah salah satu sebab kelemahan pelajaran anak­anak kita di sekolah rendah yang telah ?i~lami semenjak tahun kebelakangan !Ill.

Selain daripada itu, saya suka juga menyentuh bagi pelajar-pelajar di universiti. Setahu kita pelajar di

universiti ini, anak-anak bumiputera walaupun kita berasa bangga banyak yang lulus daripada universiti sama ada dalam negeri ataupun di luar negeri, tetapi kalau dibandingkan kelulusan­nya dengan anak-anak yang bukan bumiputera adalah jauh bezanya, kerana anak-anak yang bukan bumiputera mencapai keputusan ataupun men­dapat kelulusan yang tertinggi atau ke­lulusan yang cemerlang sepanjang tahun. Sebaliknya anak-anak bumi­putera walaupun mendapat kelulusan tetapi kelulusannya adalah lebih rendah daripada penuntut-penuntut yang bukan bumiputera. Ini saya men­dapat laporan daripada pensyarah­pensyarah universiti sendiri. Sebabnya anak-anak bumiputera yang duduk di universiti selalu gila-gila hendak mengadakan forum; forum itu, forum ini dan berbagai-bagai lagi kerja-kerja kegiatan di luar daripada tanggung­jawab mereka belajar di universiti. Dengan sebab in mereka membuang masa atau masa yang amat berguna di universiti itu untuk belajar, untuk ber­tekun dalam pelajaran kerana mereka asyik dengan berforum dan sebagai­nya lagi. Di samping itu, forum-forum yang diadakan di universiti pula kadang-kadang menyentuh politik serta juga mencaci ataupun menegur ataupun menyalah-nyalahkan pen­tadbiran Kerajaan ataupun pemimpin­pemimpin negara. Jadi, saya rasa patutlah pihak Kementerian untuk menyelidik dan juga menyelaraskan perkara ini supaya perkara-perkara yang berlaku di sekolah-sekolah rendah tadi mahupun di universiti supaya dapat diperbetulkan atau di­selaraskan supaya tidak lagi merugi­kan anak-anak kita di bidang pelajaran samada di pelajaran sekolah rendah mahupun di pelajaran sekolah tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, saya s11ka hendak menyentuh sedikit berkenaan dengan Jabatan Pos.

Setahu saya sejak kita ada Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Negara, ahli-ahli Yang

Page 41: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3047 11 DISEMBER 1984 3048

Berhormat biasanya boleh mengguna­kan sarung surat Urusan Kerajaan untuk kegunaan sendiri dan juga menolong badan-badan kebajikan yang ada dalam kampung ataupun parti politik untuk menggunakan sarung surat untuk kemudahan mereka menghantar surat-surat berkenaan dengan mesyuarat atau sebagainya. Tetapi pada tahun 1984 ini, apa yang saya tahu, tidak dibenarkan langsung atau seterusnya didapati mereka yang menggunakan sarung-sarung surat yang ditandatangani oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara, surat itu akan dipulangkan balik ataupun Dewan Negara, surat itu akan dipulangkan balik ataupun terus dihantar kepada Pengarah Jabatan Pos. Dihantar laporan kepada Pengarah Jabatan Pos, sebab mereka ini menganggap Ahli-ahli yang Berhormat ini tidak berhak mengguna­kan sarung-sarung surat untuk diguna­kan kepada orang-orang ramai bagi menolong atau membantu mereka. Bu­kan sahaja peringkat parti politik atau­pun badan-badan yang ada dalam kam­pung tetapi badan yang ditubuhkan oleh Kerajaan sendiri juga tidak boleh menggunakan sarung surat ataupun envelope yang dikeluarkan oleh Pegawai Daerah. ·

Umpamanya, JKKK di kampung adalah ditubuhkan oleh Kerajaan biasanya boleh menggunakan sarung­sarung surat yang dikeluarkan oleh Pejabat-pejabat Daerah, tetapi pada masa ini semuanya telah dibatalkan ataupun ditegah ataupun dihapuskan langsung daripada menggunakan sarung surat yang digunakan kebiasaannya daripada Pejabat-pejabat Daerah. Saya fikir perkara ini patutlah pihak Kementerian/Jabatan Pos dan Telekom dapat menimbangkan semula supaya penggunaan sarung surat bagi Ahli-ahli Yang Berhormat ini untuk membantu menolong badan-badan dalam kampung juga parti politik dan sebagainya lagi demi untuk kepentingan bangsa dan negara.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh berkenaan dengan Bandaraya Kuala Lumpur. Saya rasa apa yang saya alami sejak baru-baru ini semasa berada di Kuala Lumpur bahawa lalulintas di Kuala Lumpur ini telah berada semula seperti keadaan pada awal tahun tujuh puluhan yang lalu. Pada awal tahun tujuh puluhan yang lalu pada masa itu Bandar Kuala Lumpur ini belumlah ada banyak lagijambatan atau viaduct atau jejantas, lingkaran-lingkaran jambatan untuk kemudahan kereta melalui bulatan-bulatan yang selalu penuh sesak dahulu. Tetapi hari ini Bandaraya Kuala Lumpur telah banyak viaduct dan jambatan ataupun lingkaran bulatan jambatan yang memudahkan lalulintas. Tetapi apa yang saya nampak walaupun kita memberi pujian Bandaraya Kuala Lumpur begitu indah dengan jejambat ataupun jambatan­jambatan yang indah dibangunkan untuk kemudahan lalulintas dan mengurangkan kesesakan tetapi jejambat yang ada ini tidaklah seimbang pembangunannya dengan peningkatan jumlah kereta kenderaan-kenderaan yang semakiil bertambah dari masa ke semasa. Maka oleh sebab itu walaupun ada jejambat tetapi kesesakan balik semula berkeadaan seperti awal tahun tujuh puluhan yang lalu. Maka dengan sebab itu saya rasa patutlah diambil perhatian berhubung dengan perkara ini supaya dapat mengatasi masalah­masalah berhubung dengan kesesakan lalulintas terutama sekali semasa kereta­kereta hendak keluar daripada Bandar Kuala Lumpur pada waktu petang antara jam 4.30 sehingga pukul 6.30 petang atau pukul 7.00 malam.

Boleh dikatakan jalan ke utara, jalan ke selatan, jalan ke Petaling Jaya, boleh dikatakan semua jalan ini padat ataupun terlalu sesak benar dengan kereta-kereta, kadang-kadang meng­ambil masa satujam atau tiga sukujam, baharulah dapat lepas ke tempat yang ditujui. Ini menyebabkan keadaan bandaraya kita Kuala Lumpur ini terlalu sesak sangat dengan kereta­kereta. Maka dengan sebab itu, saya

Page 42: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3049 11 DISEMBER 1984 3050

rasa satu pemikiran baharu ataupun cara yang baharu mengatasi masalah ini dengan diadakan lagi lapisan-lapisan jejambat atau viaduct yang lebih dua tiga lapis lagi ke atas untuk mengatasi masalah yang ada sekarang. Kalau tidak dalam masa setahun dua lagi, saya percaya bandaraya Kuala lumpur ini lebih lagi sesak dan susah hendak lalu lintas dari satu tempat ke satu tempat.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun Cukai Jalan bagi kenderaan motosikal yang kurang daripada 75 c.c. telah diturunkan dan setengah cukai kereta­kereta lain pun dikurangkan daripada tahun lalu, saya rasa bagi pengguna­pengguna kereta ataupun orang yang ada kenderaan atau kereta lebih-lebih lagi mereka yang berulang alik, seumpama seorang yang bekerja di Kuala Lumpur tetapi mereka ini duduk di Seremban, tiap-tiap hari mereka berulang alik ke Kuala Lumpur kena membayar duit tol di Seremban dan tol di Kajang berjumlah $1.50 pergi dan $1.50 balik. Kalau mereka ini mengguna­kan kenderaan yang 1300 c.c. cukai keretanya lebih kurang $250 setahun tetapi mereka ini akan membayar tol kerana berulang alik dari Seremban ke Kuala Lumpur kerana rumahnya di Seremban lebih mudah duduk di Seremban daripada duduk di Kuala Lumpur, kena membayar cukai tol tiap­tiap hari sebanyak $3.00 kalau satu bulan kita katalah 26 hari sahaja mereka bekerja atau 25 hari mereka akan membayar sebanyak $78 sebulan. Kalau dikalikan dengan 12 bulan ia berjumlah $936 - tiga kali ganda lebih daripada Cukai Kereta yang dikenakan. Jadi, saya rasa Kerajaan hari ini ataupun Jabatan Kerjaraya terlalu ghairah hendak mengadakan tol di sana, tol di sini tetapi dengan tidak sengaja mereka telah menaikkan Cukai Kereta lebih berlipat kali ganda daripada yang ada.

Untuk mengurangkan perkara ini satu daripada caranya seumpama tol yang ada di Tanjung Matim sana, dahulu saya tahu kalau kita pergi ke

utara iaitu masuk ke negeri Perak tidak kena bayaran, balik sahaja dikenakan. lni serupalah macam kita hendak pergi ke Pulau Pinang. Kalau pergi ke Pulau Pinang· naik feri, masuk ke Pulau Pinang tidak kena bayaran, batik baharu dibayar. Ini tujuannya menarik pelancung-pelancung atau orang ramai datang ke Pulau Pinang seberapa ramai tetapi mereka terpaksa batik, baharulah mereka bayar, jadi ini tidak berasa berat.

Begitujuga macam di Kuala Lumpur ini orang daripada Melaka ataupun daripada Seremban datang ke Kuala Lumpur supaya hendak memajukan bandar Kuala Lumpur ini, memudah­kah lagi pelancung-pelacung ataupun orang-orang luar, orang tempatan datang ke Kuala Lumpur hendak menengok bandaraya kita yang semakin indah hari ini, kita jangan kenakan tol supaya mereka ini mudah datang, apabila mereka batik, baharu dikenakan. Saya dengar tol yang ada di Tambak Johor pun begitu juga, keluar masuk kena bayar. Ini akan menyekat orang-orang Singapura hendak datang ke Malaysia, melawat Kuala Lumpur, hendak datang melawat Johor Bahru, kerana mereka kena bayar cukai yang banyak. Sebab itu kalau kita hendak menarik supaya orang-orang Singapura lebih ramai datang ke Malaysia atau ke Kuala Lumpur atau ke Johor Bahru, tol yang ada itu masa orang Singapura hendak naik ke Johor Bahru, jangan kenakan tol, masa dia balik baharu kita kenakan. Jadi, dengan ini kita orang­orang Malaysia kurang hendak pergi ke Singapura dan orang Singapura datang ke Malaysia untuk melancung dan sebagainya, menjadi lebih mudah. Dengan itu juga mengurangkan bayaran cukai kereta ataupun cukai yang dikenakan kepada orang-orang yang mempunyai kenderaan a tau kereta sendiri. Waiau bagaimanapun, kalau cara ini tidak dapat dibuat, saya mohon supaya cukai kenderaan atau cukai kereta tahunan itu diturunkan lagi lebih rendah daripada yang ada hari ini.

Page 43: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3051 11 DISEMBER 1984 3052

Tuan Yang di-Pertua, saya suka hendak menyentuh berkenaan dengan Kementerian Luar Negeri.

Pada masa ini kita tahu banyak pendatang-pendatang luar, pendatang­pendatang haram, kita istilahkan pendatang-pendatang haram datang ke Malaysia, seumpama pendatang haram daripada Indonesia, pendatang haram daripada Thailand di sempadan negeri yang berdekatan dengan kita, begitu juga pendatang haram daripada Filipina ke Sabah dan Sarawak. Satu lagi pendatang yang kita tidak gunakan perkataan pendatang haram ialah pelarian Vietnam. Mengapa kita katakan pelarian Vietnam. Kalau kita istilahkan orang-orang Vietnam datang ke Malaysia ini sebagai pelarian maka kita terpaksa ikut kehendak Bangsa­bangsa Bersatu, kita terpaksa sambut dan kita terpaksa bela mereka, simpan mereka, letakkan di Pulau Bedong, kemudian kita nanti pula negara yang ketiga untuk datang mengambilnya.

Kalau kita istilahkan pendatang haram, seumpama kita dengan Indonesia - pendatang-pendatang Indonesia, kalau kita dapat tangkap, kita hantar balik, jadi kita ada hubungan baik dengan Indonesia. Begitu juga pendatang daripada Thailand, kita hantar balik, sebab kita ada hubungan baik dengan Thailand.

Pendatang yang datang daripada Filipina yang dinamakan pendatang haram, kita boleh hantar balik ke Filipina tetapi pendatang Vietnam, kita tidak boleh hantar balik ke Vietnam, mengapa. Mengapa kita tidak boleh hantar balik ke Vietnam. Vietnam ialah sebuah Kerajaan, mengapa rakyatnya lari. Vietnam bukan ada menghadapi peperangan di dalam Vietnam, cuma perselisihan dengan Kamboja tetapi orang-orang Vietnam yang lari, kita di Malaysia menyambut seolah-olah kita ini menjadi orang tengah untuk menghantar orang Vietnam ini dihantar ke negeri lain. Jadi, antara hubungan kita dengan Vietnam akan menjadi curiga-mencurigai dan Vietnam

menganggap Malaysia ini menjadi dalang, sebuah negeri yang menjadi dalang menggalakkan orang-orang negerinya lari untuk dihantar ke tempat lain.

Jadi, apa kata kalau kita buat perhubungan dengan Vietnam semula, pelarian-pelarian Vietnam ini kita akan hantar balik. Dengan ini orang-orang Vietnam yang hendak lari hams barangkali bertambah kurang dari semasa ke semasa, kerana mereka takut di hantar balik ke negeri mereka. Saya harap Kementerian Luar Negeri supaya dapat memikirkan ataupun berunding semula berhubung dengan pelarian Vietnam ini supaya dijadikan mereka sebagai pendatang haram Vietnam ke Malaysia. Dengan itu kita mudah boleh menghantar mereka balik ke negerinya.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, masanya sudah cukup.

Tuan Haji Abdul Jalil bin Abdul Rahman: Tinggal satu perkara sahaja lagi. Ini berhubung dengan Kementerian Perdagangan dan Per­industrian. Perkara ini walaupun telah disampaikan salah seorang saudara saya Yang Berhormat semalam berhubung dengan PETRONAS yang telah dicadangkan hendak ditubuhkan ataupun hendak dibangunkan di Melaka iaitu kilang penapis minyak di Melaka yang telah dijanjikan oleh pihak Kerajaan Malaysia dahulu akan didirikan dalam tahun 1985. Tetapi baharu-baharu ini, saya mendapat makluman bahawa penubuhan untuk mengadakan kilang penapis minyak PETRONAS di Melaka ini akan ditangguhkan buat sementara, sebabnya kerana penapis minyak di Singapura menawarkan harga yang murah untuk Malaysia menapis minyaknya di Singapura.

Jadi saya rasa kalau begini keadaannya, Kerajaan Malaysia ter­pengaruh dengan tawaran yang baik ataupun pujukan yang baik daripada Singapura supaya dapat menapis minyak Malaysia, kalau minyak

Page 44: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3053 11 DISEMBER 1984 3054

Malaysia ditapis di Malaysia sendiri, syarikat penapis minyak Singapura tidak berfungsi lagi dan Kerajaan Singapura akan menghadapi kerugian. Dengan sebab itu mereka menawarkan harga yang murah, yang rendah kepada minyak Malaysia untuk ditapis di Singapura.

Jadi saya berpendapat dengan cara yang begini serupalah seperti cerita burung bangau dengan anak seluang, saya teringat dahulu semasa saya bersekolah, semasa kecil dahulu. Alkisah, pada suatu hari ada seekor bangau sedang mencari makan di tepi sebuah danau. Bangau ini keadaannya kurus kering kerana lapar, sudah lama tidak dapat makan. Sedang dia mencari makanan di tepi danau, dapatlah ia menangkap seekor anak seluang. Apabila anak seluang ini rasa dirinya sudah kena tangkap tentulah akan ditelan oleh bangau, anak seluang ini pun merayu-rayu minta burung bangau ini supaya ia dilepaskan. Katanya: "Hai burung bangau, kaki mak Bangau panjang macam kayu", jawab bangau "Ha-uhum, ha-uhum". Kemudian kata anak seluang lagi, "Mak Bangau, Mak Bangau, paruh Mak Bangau macam pedang", jawab bangau "Ha-uhum, ha-uhum" kerana burung bangau ini kena puji. Kemudian akhir sekali anak seluang ini mengatakan: "Mak Bangau, Mak Bangau, bulu Mak Bangau putih macam sabun", maka Mak Bangau pun tergelak "Ha-uhum" dengan kuatnya. Maka terngangalah mulutnya dan anak seluang itupun terlepaslah balik ke air. Jadi, burung bangau terbanglah dengan kelaparan.

Jadi saya padankan cerita ini kerana kita mendengar tawaran Singapura yang baik, maka kita telah tidak mengikuti sebagaimana kehendak Perdana Menteri kita bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang bermaruah, negara yang berdikari, negara yang akan membangun dan boleh menghadapi sesuatu pada masa akan datang. Jadi saya padankan kerana tawaran ini maka kilang PETRONAS

di Melaka itu tidak jadi dilaksanakan buat masa ini ataupun beberapa tahun lagi, ditangguhkan.

Dengan ini saya akhiri ucapan saya ini dan menyokong Rang Undang-undang Perbekalan, 1985 ini diluluskan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Nen Abidah.

5.13 ptg.

Puan Nen Abidah binti Abdullah: Assalamualaikum-warahmatullahi-wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya juga bangun di Dewan yang mulia ini untuk bersama-sama mengambil bahagian bagi menyokong Rang Undang-undang Perbekalan, 1985.

Saya berpendapat seluruh rakyat juga adalah memberikan sokongan terhadap Rang Undang-undang ini kerana ada satu dua perkara sahaja yang mungkin menjadi tidak puas hati dan tidak senang hati mereka. Rasa tidak puas hati sudah tentu tidak mungkin dapat diatasi walau undang-undang dari mana sekalipun. Setengah-setengah orang berkata: "Kepala sama hitam tetapi hati Iain-lain". Sekarang ini kepala pun tidak sama hitam; ada yang putih, ada yang merah (Ketawa), inikan pula hati tidak akan dapat disamakan. Semoga Kerajaan akan sama-sama berhati-hati dalam hal ini oleh kerana jika Belanjawan Negara tersebut menimbulkan perkara yang tidak baik, maka negara akan menanggung beban selama setahun.

Setinggi-tinggi terima kasih disampaikan kepada Menteri Kewangan yang baru dan di samping itu juga tidak lupa mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan sebesar-besar penghargaan kepada bekas Menteri Kewangan, Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah yang juga tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya selama beliau itu menjadi Menteri Kewangan. Dewan

Page 45: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3055 11 DISEMBER 1984 3056

Negara tetap menghargai usaha dan jasa di samping itu jasamu tetap dikenang!

Strategi kewangan negara adalah berhasrat untuk mengukuhkan imbangan kedudukan belanjawan dan di samping berusaha untuk mempertahankan ketingkatan ekonomi negara yang dicintai. Kerajaan adalah diharapkan supaya jangan terlalu lumrah membuat dan menerima pinjaman yang akan mengakibatkan terpaksa menanggung beban hutang dari luar negeri dan di atas perbelanjaan yang dibelanjakan oleh Kerajaan setiap tahun akan memberi kepuasan, jika tidak keseluruhannya. Jika Kerajaan menyatakan bahawa ekonomi Malaysia bergantung kepada ekonomi dunia dan di ketika ini kita menghadapi keadaan ekonomi meleset, maka ini tidaklah bermakna bahawa segala usaha pembangunan tidak dapat diteruskan dan di atas perbelanjaan yang dibelanjakan hendaklah tidak ada penyelewengan. Semoga rakyat akan berterima kasih dan berpuas hati kepada Kerajaan. Kita bersyukur kepada Allah subhanahu wa taala oleh kerana Kerajaan mengambil kira di atas rungutan dan sungutan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, pertama saya hendak menyentuh Kementerian Pelajaran. Adalah diharapkan supaya terus mengambil guru seberapa ramai yang dikehendaki. Guru-guru yang mengajar sementara hendaklah diserapkan kepada kerja tetap. Kita tidak dapat menafikan bahawa selama mereka bekerja iaitu bekerja menjadi guru sementara, telah banyak menyumbangkan khidmat kadang-kadang lebih daripada guru-guru tetap pula. Sekurang-kurangnya Kerajaan dapat menjimatkan wang untuk membiayai kursus mereka dan dengan itu akan dapat menambah tenaga pengajar. Kerajaan pula digesa akan dapat menubuhkan satu pusat Kerjaya dan Bimbingan bagi anak-anak yang ketinggalan dalam pelajaran dan dengan itu akan dapat membimbing

mereka ke arah menyelamatkan diri mereka dan mereka tidak putus asa dan terus menceburkan diri seperti penyalahgunaan dadah dan sebagainya.

Kementerian juga hendaklah dapat menyekat sedikit guru-guru serta pensyarah-pensyarah supaya tidak menceburkan diri secara langsung dalam lapangan politik. Terdapat di kalangan para pengajar dan pensyarah yang aktif secara berleluasa sehingga menjadikan mereka bekerja sambil lewa kepada jawatan mereka sendiri. Sudahlah ibu bapa kepada kanak-kanak berpolitik, guru-guru dan pensyarah-pensyarah juga kuat berpolitik. Sudah tentu pelajaran anak-anak tidak dapat meningkat. Dengan itu kita harap Kerajaan akan dapat memandang berat di atas masalah ini supaya tidak ada mereka yang meninggalkan kerja dan menyebabkan kekurangan tenaga pengajar yang membebankan Kerajaan.

Saya juga menyentuh masalah penuntut-penuntut di luar negeri. Kita hanya dapat menyalahkan mereka, sudah dapat peluang ke seberang laut dan ada penyelewengan pula yang melemparkan perkara yang bukan-bukan terhadap Kerajaan. Ini mungkin kerana umur mereka terlalu muda. Amnya mereka berumur 17 tahun dan datangnya dari sekolah berasrama penuh. Umur yang begitu muda akan mengakibatkan berbagai-bagai perkara dan mereka akan terkejut dan terus menerima apa sahaja dakwah dan dakyah yang didatangkan kepada mereka. Lebih-lebih lagi penuntut perempuan akan menghadapi lebih cabaran. Mereka menjadi tempat tumpuan pujuk rayu dari ketua-ketua kumpulan yang berpengaruh. Ramai juga berkahwin tanpa izin ibu bapa. Ada di dapati penuntut-penuntut yang berhenti dari menyertai kursus dan berkahwin sesama sendiri. Supaya perkara-perkara tersebut tidak berlarutan, Kerajaan hendaklah mengatur perancangan-perancangan dan pengelolaan, dan pengesanan

Page 46: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3057 11 DISEMBER 1984 3058

penuntut-penuntut ini mungkin dapat diatur dengan teliti dan terperinci dalam suatu strategi yang menyeluruh. Umur mereka hendaklah ditingkatkan kepada 20 tahun, sementara yang 2 atau 3 tahun lagi mereka diberi peluang menyertai kursus dalam negeri. Kerjaan memberikan penentuan penghantaran mereka ke universiti tertentu, tempat mereka menginap selama di luar negeri adalah ditentukan supaya mereka tidak menyewa di mana-mana tempat kediaman lain yang mahal sewanya. Kemahuan dan pelajaran mereka di universiti mengikut penggal atau semester, kursus-kursus susulan tentang masalah negara, kemerdekaan, isu-isu semasa, perjumpaan-perjumpaan penuntut-penuntut di seberang laut hams diadakan seperti sempena Hari Kebangsaan dan Iain-lain dan mengadakan bengkel-bengkel, syarahan-syarahan mengenai pelajaran dan matlamat. Oleh hal yang demikian akan dapat membanteras penyelewengan maklumat-maklumat kepada para pelajar oleh anasir-anasir anti-nasional dari berbagai-bagai puak. Kita ber-balik pula kepada kenaikan pangkat Guru-guru perempuan kepada Guru Besar hendaklah dipertingkatkan lagi.

Kementerian Penerangan pula iaitu sebagai mass media Kerajaan, Kementerian Penerangan juga dipandang bahawa banyak yang memberikan faedah dan manfaat kepada orang ramai jika sekiranya benar-benar dapat menyiarkan perkara-perkara yang baik dan berfaedah kepada umum. Kita amat mengalu-alukan jika ada di antara mereka yang dapat mengarangkan cerita-cerita yang dapat disiarkan melalui 'Drama Minggu Ini' atau contoh-contoh kerja di pejabat sehingga menampakkan akibat ekoran dari penyelewengan kerja-kerja mereka. Menteri Penerangan yang baru mungkin dapat membawa banyak perubahan kepada Kementerian tersebut. Jauhkanlah usaha-usaha yang tidak memberi faedah.

Rancangan temubual seperti Pegawai-pegawai Penerangan atau TV, Radio menemubual orang-orang yang tidak tahu menahu berhubung dengan perkara-perkara yang berlaku di sekitar negara. Ada satu ketika temubual dibuat kepada orang-orang yang balik dari pasar membeli ikan. Apabila ditemubual, ditanya, dan nampak pula perempuan itu mengepit suratkhabar dan ditanya oleh penemubual, "Puan nampaknya membawa suratkhabar, apa berita yang menarik di dalam pada hari?" Dia menjawab, "Saya baru balik kerja, saya belum lagi membaca suratkhabar". Dua tiga orang ditemubual seperti demikian. Maka sudah tentulah merugikan masa dan juga kerja mereka. Jika perkara seperti demikian seumpama berlaku dalam negara kita, baru-baru ini masalah kafir mengkafir, eloklah bagi pihak TV menemubual orang-orang yang benar-benar merasakan perkara-perkara yang seperti demikian. Tentulah ada hasilnya, jika tidak sudah tentu kerja mereka seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.

Masalah kafir mengkafir, kalau ditanya orang di bandar sudah tentu dia tidak tahu tetapi mesti ditanya orang kampung atau orang-orang yang benar menerima akibat yang seumpama itu maka sudah tentu dapat dia mencerita-kan bagaimana keadaan ataupun bagai-mana keburukan akibat daripada kafir mengkafir. Begitu juga akibat kapal korek di Puchong, akibat tanah runtuh, akibat kemalangan jalanraya, banyak lagi perkara-perkara yang patut di-terangkan kepada orang ramai atau patut didengar oleh orang ramai supaya perkara ini dapat menjadi pengajaran kepada mereka.

Kita menyentuh TV3 yang telah diswastakan. Sudah tentu Kerajaan akan dapat banyak wang daripada penswastaan TV3. Tetapi masya Allah, siaran-siaran amat menarik muda mudi. Saya selama di Kuala Lumpur ini kadang-kadang tidak pernah dapat melihat Warta Berita dan juga Laporan

Page 47: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3059 11 DISEMBER 1984 3060

Parlimen, sebab anak-anak muda hendak melihat tarian dan sebagainya, maka sudah ketepilah orang tua-tua. Inilah perkaranya yang kita rasakan bahawa TV3 ini, nasib baiklah belum dapat dilihat lagi di negeri-negeri yang jauh seperti negeri saya, Perak. Mungkin akibat yang lebih mendalam lagi akan dapat kita rasai kepada anak-anak muda- kita pada masa-masa yang akan datang.

Pasukan keselamatan pula, kita amat mengalu-alukan usaha dan khidmat mereka terhadap negara yang begini berkehendakkan kerja yang begitu baik daripada Pasukan Keselamatan dan selama ini kita tidak pernah menafikan bahawa Pasukan Keselamatan tidak pernah membuat kerja yang lebih baik semenjak mereka bertugas. Tetapi ada perkara-perkara yang menimbulkan sungutan kepada orang ramai, terutama kepada orang-orang yang terkena. Misalnya perangkap laju yang apabila mereka menempuh perangkap laju ini, maka akan ditahan. Bila ditahan, dia kata, Tuan telah membawa kereta lebih laju, maka terpaksa membayar denda ke Pejabat.' Kenalah $50, sudah itu datang satu surat mengatakan bahawa iaitu dengan surat ini tuan telah hilang empat point dan dua kali, hilang lapan point. Kalau kita kena, hilang point pun tidak apa juga, kalau kena pula denda sahaja tidak apa juga. Kena kedua-dua sekali. $50 bukan sedikit wangnya. Hendaknya bagi pihak Pasukan Keselamatan apabila kena perkara ini sekali, hendaklah memberi ingatan kepada pemandu-pemandu kereta iaitu, 'Lain kali tuan akan didenda, pada kali ini saya maafkan'. Begitu. Tetapi dengan cara yang begitu mendadak mengatakan bahawa, Tuan terpaksa membayar', 'Di mana bayar?', 'Di Pejabat Polis Lalulintas'. Ini saya harap pada masa-masa akan datang supaya polis-polis tersebut apabila membuat penahanan maka supaya dapatlah mereka ini bertolak ansur sedikit. Kadang-kadang orang yang lebih laju daripada kita pun tidak kena, kalau

orang laju, nasib tidak baik, kena, apa boleh buat.

Melalui kepimpinan pula, iaitu Kepimpinan Melalui Teladan yang mana kita melihat bahawa pemimpin-pemimpin negara kita mengatakan -Kepimpinan Melalui Teladan. Maka di satu hadis kalau tidak silap, iaitu "supaya kepimpinan melalui teladan ini dapat diberi contoh oleh pemimpin-pemimpin kita terlebih dahulu". Saya suka menyentuh berhubung dengan Kerajaan kita hendak mengeluarkan kereta sendiri 'Proton Saga' pada pertengahan tahun 1985 yang akan datang. Saya harap Kerajaan, Menteri-menteri akan lebih dahulu membeli kereta 'Proton Saga' ini dengan meninggalkan kereta-kereta yang mewah yang ada sekarang ini supaya nampaklah kepada rakyat iaitu 'Proton Saga' yang dikeluarkan oleh Kerajaan pada hari ini adalah bermula dari pemimpin-pemimpin negara, kemudian barulah kepada orang bawahan, barulah tepat kepimpinan melalui teladan.

Jentera Kerajaan juga amat perlu dalam negara yang sudah mencapai kemerdekaan seperti negara kita supaya tidak menjadi omong-omong kosong umpamanya impian-impian rakyat, ada setengah mereka ini ertinya pemimpin-pemimpin kita yang datang daripada kampung yang telah berusaha bersusah payah, yang telah berjuang begitu lama tetapi kampung mereka sendiri gelap gelita tidak ada lampu, kampung mereka sendiri tiada jalanraya, maka kadang-kadang ada di antara mereka itu sudah meninggal dunia dalam impian, tidak dapat melihat jalanraya ke rumahnya dan tidak dapat melihat api ataupun elektrik dipasang ke rumah-rumah mereka sendiri. Saya berharap kepada Kerajaan hendaknya pada masa-masa kebelakangan ini hendaklah meneruskan atau menyegerakan jalanraya dan juga bekalan-bekalan kemudahan bagi orang-orang kita di kampung. Dengan itu saya rasa sudah tentulah bagi

Page 48: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3061 11 DISEMBER 1984 3062

pemimpin-pemimpin kampung merasa megah bahawa ini adalah usaha perjuangan mereka ataupun usaha gigih mereka daripada sebelum mencapai kemerdekaan sehinggalah kepada Kerajaan ini membangun.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, masa sudah cukup.

Puan Hajjah Nen Abidah binti Abdullah: Sedikit lagi, Tuan Yang di-Pertua. Berhubung dengan cukai pendapatan. Ini mustahak, iaitu hari ini telah diberi pelepasan kepada anak lima orang. Tetapi cuti bersalin bagi ibu-ibu hendaklah ditingkatkan daripada 42 hari sehingga 60 hari ertinya 2 bulan kerana dengan ini ibu-ibu itu dapat menyusukan anak-anaknya kerana Kerajaan juga menggalakkan supaya anak menyusu ibu. Kalau dalam masa 42 hari sahaja, ibu-ibu terpaksa mengajar anak mereka menyusu dengan botol kerana anak-anak tadi hendak ditinggalkan sesudah cutinya habis.

Hari ini diharapkan supaya Kerajaan dapat meningkatkan cuti kepada ibu-ibu yang bersalin sehinggalah kepada 60 hari.

Dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, saya dengan segala sukacitanya menyokong Rang Undang-undang Perbekalan, 1985.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Ibrahim bin Salleh.

5.31 ptg.

Tuan Ibrahim bin Salleh: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana diberi peluang kepada saya, untuk turut serta dengan rakan-rakan yang lain bagi memberikan serba sedikit pendapat dan pandangan untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan, 1985 yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan di Dewan yang mulia ini.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri

Kewangan kerana dapat membentang-kan Belanjawan bagi tahun 1985 dengan tidak membebankan rakyat, memberi keuntungan kepada rakyat sekalian.

Saya berharap dengan usaha dan langkah-langkah Kerajaan yang memperuntukkan suatu perbelanjaan yang besar, khasnya memajukan negara dan membina satu taraf kehidupan yang lebih baik kepada rakyat negara ini khasnya rakyat di luar bandar. Segala usaha dan langkah-langkah Kerajaan yang murni ini diharap akan dapat membawa negara kita ke suatu peringkat yang lebih tinggi dalam semua bidang dan lapangan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam membahaskan Belanjawan 1985, sukalah saya membangkitkan beberapa Kementerian yang saya fikir patut menimbang di atas perkara-perkara yang perlu oleh rakyat sekalian.

Yang pertama sekali Kementerian Kesihatan. Kita semua faham di atas kekurangan kewangan, khasnya Kementerian ini, tetapi saya memohon dan merayu kepada Kerajaan untuk menimbangkan semula di atas permohonan saya dan rakyat sekalian iaitu rancangan pembinaan hospital baru daerah Raub.

Dalam tahun 1971, tanah seluas 30 ekar untuk tapak bangunan telah siap diratakan, tetapi malangnya sehingga hari ini kawasan seluas 30 ekar itu telah menjadi semak dengan terbiar begitu sahaja. Saya tidak nampak bilakah pembinaan hospital baru daerah ini dilaksanakan. Pada pendapat saya hospital baru ini adalah sangat-sangat perlu dibina secara moden lengkap dengan segala alatan yang perlu supaya dapat menampung jumlah para pesakit. Hospital Daerah yang ada sekarang tidak mampu lagi menampung sejumlah pesakit-pesakit yang begitu ramai meminta rawatan setiap hari.

Saya telah diberitahu bahawa tiap-tiap hari pesakit-pesakit yang datang

Page 49: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3063 11 DISEMBER 1984 3064

meminta rawatan dan pemeriksaan doktor hampir 400 orang dengan 4 orang doktor yang bertugas, tidak ada doktor pakar. Ini menjadikan kesulitan lagi jika sekiranya seseorang doktor mengambil cuti.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai perkara pembinaan hospital baru daerah Raub, telah saya bawa di Dewan yang mulia ini tiap-tiap tahun. Saya sekali lagi memohon kepada Kerajaan supaya melaksanakan pembinaan hospital ini dengan seberapa cepat yang boleh.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah, sukalah saya mem-perkatakan peserta-peserta FELDA. Rancangan FELDA ini banyak dibuat di negeri Pahang.

Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan di atas kejayaan rancangan ini di seluruh Malaysia. Apa yang saya hendak perkatakan di atas perkara ini, ialah apa yang saya dapati sekarang dan saya percaya Ahli-ahli Yang Berhormat pun telah mengetahui dan mendengar bahawa bolehlah dikatakan sebahagian daripada peserta-peserta FELDA ini terutama di negeri Pahang khasnya, dan amnya di seluruh Malaysia peserta-perseta FELDA ini menentang Kerajaan, memburuk-burukkan Kerajaan, semua rancangan Kerajaan tiada yang betul, mereka telah menikmati hasil daripada FELDA ini, baik dari kelapa sawit, getah dan Iain-lain. Mereka mewah mendapat kebahagiaan, senang dengan kehidupan masing-masing dengan hasil pendapatan daripada rancangan FELDA ini. Mereka lupa mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan dan mereka lakukan sebaliknya.

Saya tujukan perkara ini kepada Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah, apakah tindakan yang patut diambil atau dijalankan kepada mereka yang seperti ini, saya harap pihak Kerajaan akan dapat membuat sesuatu keputusan bagi

mencegah atau mengusir mereka ini supaya tidak menjadikan bertambah ramai lagi yang bersimpati dan menyokong kepada pihak mereka yang dianggap bersalah itu.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga berharap dan mengesyorkan kepada pihak Kerajaan semasa temuduga dijalankan kepada bakal-bakal peserta mestilah dihalusi terlebih dahulu dengan telitinya. Umpama bertanyakan berasal dari mana, keadaan peribadinya, apakala sudah puas hati, maka barulah boleh diterima. Jika seseorang peserta itu telah diterima menjadi peneroka, ianya mestilah membuat perjanjian dan mengaku tidak akan memusuhi Kerajaan dan mengaku patuh kepada peraturan dan aturan FELDA, jika didapati menyalahi daripada peraturan ini, maka dengan tidak bertangguh lagi ianya mestilah diberi surat amaran dan disingkirkan dari FELDA. Juga saya cadangkan kepada pihak Kerajaan di masa akan datang ini pembukaan rancangan FELDA bagi sesebuah negeri, peserta-pesertanya mestilah kesemuanya daripada anak negeri itu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, suka saya membangkitkan berkaitan dengan masalah Orang-orang Asli yang telah memeluk agama Islam, hal ini telah dibangkit oleh Yang Berhormat Tuan Hassan bin Nam di Dewan yang mulia inipada 3.12.1984.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Mohamad Yusof bin Haji Mohamad Noor, yang telah memberi jaminan untuk menarik minat Orang-orang Asli memeluk agama Islam. Ada 11 perkara penting yang telah digariskan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebagai menjawab soalan mulut di atas perkara ini. Perkara-perkara ini telah dan akan dijalankan di seluruh negara. Saya tidak nampak perkara-perkara itu telah dijalankan khasnya kepada Orang-orang Asli yang tinggal di Pahang. Saya

Page 50: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3065 11 DISEMBER 1984 3066

lihat mereka ini terbiar begitu sahaja kepada alam sekililingnya, mereka masih tinggal di merata-rata tempat yang terpencil dan di hutan-hutan dengan mencari kehidupan sendiri. Dengan keadaan yang seperti ini, siapa yang boleh kita salahkan?

Saya cadangkan kepada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri supaya Pejabat Kadi Daerah memainkan peranan yang penting untuk menarik minat Orang-orang Asli kepada agama Islam. Pejabat Kadi Daerah ada ditempatkan seorang yang bergelar Pegawai Penerangan Pejabat Kadi khas untuk memberi penerangan berkaitan dengan hal-hal agama Islam kepada orang-orang Islam sendiri juga kepada orang-orang yang memeluk agama Islam.

Saya rasa kena pada tempatnya Pegawai Penerangan inilah yang memberikan ceramah agama, penerangan berkaitan dengan agama kepada mereka ini. Ini adalah tugasnya, mereka ini akan berpuas hati dengan cara atau kaedah ini dan kepada mereka yang belum memeluk agama Islam akan berminat untuk memelok agama Islam.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya membangkitkan masalah Kementerian Pelajaran. Peruntukan yang diberi adalah banyak, saya berharap peruntukan ini dapat dilaksanakan kepda pihak-pihak yang mustahak atau pihak-pihak yang betul-betul memerlukan.

Tuan Yang di-Pertua, telah ramai rakan-rakan saya di Dewan yang mulia ini telah memperkatakan masalah-masalah Kementerian Pelajaran. Saya sukalah juga membangkitkan satu perkara di atas masalah Kementerian Pelajaran berkaitan dengan pertukaran guru. Satu perkara yang anih, iaitu pertukaran guru tahun ini dua orang guru telah mendapat surat untuk ditukarkan ke sekolah lain. Perkara ini memang ada berlaku, kedua-dua guru ini adalah guru penting, iaitu seorang

guru mengajar kelas KBSR dan seorang guru lagi mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris. 2 orang guru penggantinya juga adalah bukan guru penting, iaitu tidak menerima latihan atau menghadiri kursus kelas KBSR dan tidak boleh mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris. Siapa yang boleh disalahkan? Bagaimana pertukaran seperti ini boleh berlaku? Di mana silapnya? Apa akan jadi kepada murid-murid sekolah yang berkenaan? Apa tindakan Guru Besar di atas perkara ini? Saya berharap kepada Kerajaan supaya perkara-perkara seperti ini tidak berlaku, tidak menjadi sungutan atau perbualan orang ramai, terutama kepada guru-guru yang terlibat.

Tuan Yang di-Pertua, inilah sahaja yang dapat saya berikan pandangan dan pendapat dalam membahaskan Belanjawan 1985 dan berharap moga-moga rakyat akan dapat menikmati dengan sepenuh-penuhnya di atas anggaran ini. Dengan ini saya menyokong Bil ini.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator Kee Yong Wee.

5.42 ptg.

Tuan Kee Yong Wee: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana diberi peluang kepada saya untuk menyentuh sedikit sebanyak perkara tentang dasar-dasar sosial dan ekonomi negara dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 1985 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan syabas kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan kerana membentangkan Belanjawan 1985 yang tidak membebankan rakyat jelata walaupun ekonomi negara kita telah menghadapi kesan buruk akibat daripada keadaan ekonomi sedunia

Page 51: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3067 11 DISEMBER 1984 3068

yang semakin merosot. Setelah mengkaji keseluruhan masalah yang dihadapi oleh negara, Kerajaan telah merangka strategi-strategi Belanjawan yang bertujuan untuk membaiki:-

1. imbangan pembayaran; 2. mengukuhkan kedudukan Belan­

jawan sektor awam dalam usaha mempertahankan pertumbuhan ekonomi yang berterusan dan kestabilan kewangan; dan

3. menggalakkan pertumbuhan sek­tor swasta.

Tuan Yang di-Pertua, dalam strategi-strategi ini Kerajaan telah dan sedang mengambil langkah-langkah yang positif untuk mengurangkan Belanjawan sektor awam, menggalakkan simpanan dan pelaburan sektor swasta dan individu dan meringankan bebanan perbelanjaan sektor awam serta mengukuhkan kedudukan kewangan Kerajaan melalui strategi baru ekonomi dan sosial, seperti Dasar Penswastaan dan Konsep Persyarikatan Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu saya ingin memberi sokongan penuh atas pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa Kerajaan akan mengkaji semula segala dasar dan strategi ekonomi negara, termasuk Dasar Ekonomi Baru untuk menampung keperluan kewangan dan pembangunan negara supaya perkembangan ekonomi dan projek-projek pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan sistematik dan lebih berkesan.

Dari segi Dasar Ekonomi Baru, memang kami maklum setelah terlaksana selama 13 tahun ianya telah mengubahkan struktur ekonomi dan sosial serta perhubungan antara kaum di negara kita ini. Adakah kesan baik buruk ini akan membantu usaha kita untuk menubuhkan sebuah masyarakat yang adil dan saksama? Adakah ianya telah membawa unsur-unsur yang positif atau sebaliknya kepada generasi muda kita? Adakah perlu atau tidak

dasar ini dilanjutkan selepas tahun 1990? Segala soalan ini perlu diteliti dan dibincang secara luas serta dikaji dari segala aspek. Saya berpendapat kajian ini boleh menolong usaha kita untuk mengatasi masalah polarisasi yang sentiasa disebut-sebutkan baru-baru ini. Saya bercadang dalam kajian ini adalah wajar dan mustahak dimansuhkan atau diperbetulkan syarat-syarat aturan peraturan yang dapat menimbulkan perasaan perkauman di kalangan rakyat kita.

Tuan Yang di-Pertua, dari segi usaha membasmikan kemiskinan pula, sungguhpun kami sedar kadar kemiskinan memang tidak dapat ditaksirkan antara satu negara dengan lain, akan tetapi pembasmian kemiskinan adalah unsur penting bagi mencapai perpaduan nasional. Saya bercadang tumpuan perhatian ini mesti diteruskan, terutamanya diberi perhati­an dan tekanan yang lebih serius dalam Rancangan Malaysia Kelima.

Tuan Yang di-Pertua, memandang-kan negara kita telah berusaha dan merangka untuk menuju ke arah era perusahaan berat, saya bercadang ada­lah wajar diatur dan disusun satu dasar pembangunan dan latihan tenaga rakyat yang lebih berkesan. Ini adalah wajib bagi mempastikan kejayaan industri-industri yang memerlukan tenaga rakyat yang mahir dan mem-punyai latihan teknikal yang tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia perlu diadakan satu pasukan buruh yang kukuh, dinamik dan berdisiplin untuk menuju ke arah abad perusahaan berat yang baru. Dalam hal ini, sektor swasta juga perlu diberi galakan istimewa untuk memodenkan perusahaan dan perniagaan mereka dengan memakai alat-alat komputer yang terbaharu untuk mencapai daya pengeluaran yang lebih tinggi supaya hasil pengeluaran kita dapat ditandingkan dalam pasaran dunia dari segi mutu atau dari segi harga.

Tuan yang di-Pertua, dalam usaha

Page 52: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3069 11 DISEMBER 1984 3070

mempertinggikan mutu latihan teknik, saya suka mencadangkan kepada Kerajaan supaya ditubuhkan satu Yayasan Pembangunan Teknikal seperti dipraktikkan di Singapura agar segala aktiviti latihan teknikal dijalankan oleh pihak Kerajaan atau oleh pihak swasta dapat dijalankan dan diselaraskan sesuai dengan kehendak perusahaan yang sedang berkembang maju dalam negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, berbalik pula kepada pelaksanaan dasar penswastaan yang sentiasa disebut-sebutkan sekarang. Pada hemat saya tujuan dasar ini amat baik dan perlu dilaksanakan semasa ekonomi resesi yang kami alami pada masa sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, saya meng-ucapkan syabas atas garis panduan mengenai pelaksanaan dasar ini yang dikemukakan kepada dewan-dewan perniagaan dan badan-badan pro­fessional untuk dikaji dan diteliti baru-baru ini. Langkah ini amatlah bijak supaya cara-cara pelaksanaan akan mencapai cita-cita yang diingini. Saya berpendapat untuk mengemaskinikan pelaksanaan dasar ini amatlah berguna jika Kerajaan dapat memberi perhatian atas prinsip-prinsip seperti berikut:-

(a) Projek-projek yang diswastakan itu tidak patut diserahkan kepada golongan kecil syarikat-syarikat yang terpilih. Malahan ianya terpaksa diberi persaingan yang terbuka kepada syarikat-syarikat yang layak menerimanya selaras dengan semangat dan sistem free enterprise.

(f) Projek-projek yang diswastakan itu mesti dipastikan memper-tingkatkan lagi daya pengeluaran dan memberi perkhidmatan yang bermutu serta bayaran yang munasabah oleh pihak pengguna-pengguna.

(c) Untuk melicinkan pelaksanaan dasar-dasar dan mengkaji per-formancenya dari semasa ke semasa adalah dicadangkan

satu jawatankuasa penyelaras di­tubuhkan supaya projek-projek yang diswastakan dapat diselaras dan di bidang tugas dapat di-kenalpasti dengan lebih teliti.

(d) Setengah agensi-agensi Kerajaan seperti MAJUIKAN, MAJU-TERNAK, Lembaga Padi dan Beras Negara yang sentiasa mem­beri persaingan hebat dari segi perniagaan dengan pihak swasta patut juga diswastakan.

(e) Projek-projek yang- ingin di­swastakan terpaksa diumumkan dan dijalankan melalui sistem tender. Ini dapat mempastikan persaingan yang lebih sihat.

(/) Industri-industri utama seperti perusahaan pembinaan diberi garis panduan yang berlainan supaya dasar-dasar dan peratur-an yang dilaksanakan itu boleh dijalan dengan cara yang liberal.

(g) Penglibatan pihak swasta dalam dasar ini amatlah penting untuk mempastikan kejayaannya. Sebab itu Kerajaan perlu meng-ambil sikap-sikap yang lebih positif dan liberal dengan meng-hapuskan peraturan atau undang-undang yang boleh me-nyekat pelaburan swasta.

Di samping itu, Kerajaan perlu berusaha mewujudkan suasana pe­laburan yang baik untuk menarik minat pelaburan dari luar dan dalam negeri.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan sedang mengambil langkah-langkah positif untuk mengawasi kegiatan-kegiatan Agensi-agensi Luar Belanja-wan atau OBA khususnya dari segi per-belanjaan dan pengurusan. Langkah bijak ini amatlah perlu dan mustahak untuk mempastikan tidak akan ber-lakunya peristiwa seperti pinjaman BMF yang berpunca dari ketiadaan kawalan yang ketat. Saya sokong suatu cadangan di mana laporan OBA akan dibentangkan dalam Parlimen untuk disemak dan dibincang dengan sepenuhnya.

Page 53: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3071 11 DISEMBER 1984 3072

Akhirnya, saya menyokong Rang Undang-undang Perbekalan tahun 1985 dan mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberi kepada saya dalam perbahasan Rang Undang-undang ini, Sekian, terima kasih.

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN YANG DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN

MESYUARAT

Tuan Radzi bin Sheikh Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon men-cadangkan:-

Bahawa walau apapun per-untukan Peraturan Mesyuarat 11, Dewan ini tidak akan ditangguhkan hari ini sehingga pukul 9.00 malam atau sehingga semua Ahli Yang Berhormat yang hendak berucap telah dapat berucap, ikut mana yang terdahulu.

Tuan Haji Latip bin Haji Dris: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan kepada Majlis bagi di-putuskan. Masaalahnya ialah bahawa usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dipersetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan,

Bahawa walau apapun per-untukan Peraturan Mesyuarat 11, Dewan ini tidak akan ditangguhkan hari ini sehingga pukul 9.00 malam atau sehingga semua Ahli Yang Berhormat yang hendak berucap telah dapat berucap, ikut mana yang terdahulu.

Perbahasan disambung semula.

5.56 ptg

Datuk Ishak bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun bersama dengan rakan-rakan saya untuk meng-ambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan bagi tahun 1985 yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga seperti rakan-rakan saya yang lain mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet yang telah merangka Belanja-wan yang begini rupa dengan banyak mengambil kira kepentingan rakyat yang miskin dan yang berpendapatan rendah.

Saya mengalu-alukan usaha Kerajaan selain daripada memberi dugaan kepada semua golongan rakyat juga usaha Kerajaan membendung kemelesetan ekonomi negara dengan tindakan-tindakan berjimat yang di-lakukan oleh Kerajaan sekarang ini serta mengekalkan kestabilan politik wujud dan menambah kemakmuran yang ada di seluruh negara ini dan akan dapat mencerminkan satu gambaran bahawa negara Malaysia ini terus membangun, terus maju dan akan disegani oleh negara-negara jiran di sekitar negara kita ini.

Untuk tujuan ini adalah diharap juga supaya selain daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet dan Kerajaan seterus-nya bahawa pegawai-pegawai Kerajaan, Ketua-ketua Pejabat serta Kerajaan-kerajaan Negeri akan ber-sama-sama dengan Kerajaan untuk membelanjakan wang ini mengikut keperluan-keperluan yang begitu perlu dan untuk mengekalkan semangat jimat cermat yang ditekankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan

Page 54: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3073 11 DISEMBER 1984 3074

ini dan akan menyentuh beberapa perkara yang penting yang mana agak perlu untuk diambil tindakan oleh Yang Berhormat Menteri-menteri yang ber-kenaan. Yang pertamanya mengenai dengan Kementerian Perusahaan Awam.

Saya suka menyentuh mengenai dengan UDA. UDA yang akhir-akhir ini telahpun mula masuk ke Pulau Pinang dan saya mengambil ke-sempatan mengucapkan terima kasih kepada Menteri yang berkenaan yang telah banyak memberi sumbangan, pinjaman dan pembangunan terutama-nya untuk menyusun semula masyarakat Melayu di negeri Pulau Pinang khasnya di kawasan Bukit Bendera iaitu di kawasan Tanjong Tokong.

Selain daripada itu, saya suka menyampaikan juga kepada Menteri yang berkenaan satu masalah yang kurang cermat yang telah diambil tindakan oleh pegawai-pegawai UDA di negeri Pulau Pinang mengenai dengan sekeping tanah seluas If ekar yang telah dikenal pasti oleh pihak UDA dan telahpun menyiapkan pelan tapak, pelan bangunan serta telah membuat tawaran menerusi akhbar-akhbar dan telahpun mendaftarkan pembeli-pembeli yang akan membeli rumah yang dicadangkan itu di kawasan Bandaran Bukit Mertajam dan mengikut pelan pembangunan itu akan didirikan dua blok kediaman yang berbentuk banglo, dengan izin dan 120 unit flat termasuk 6 unit ruang perniagaan.

Setelah ini semua berlaku dan pihak tuan punya tanah telah meyakinkan bahawa UDA akan memainkan peranan penting untuk mengekalkan tanah beliau jangan terlepas kepada pihak yang tertentu, tiba-tiba pihak UDA telahpun membuat keputusan bahawa pembangunan itu dibatalkan dan pihak UDA tidak dapat menerus-kan usaha untuk membangunkan kawasan yang begitu berguna dalam

kawasan bandar Bukit Mertajam.

Jadi hal inilah saya katakan bahawa kurang cermatnya pegawai-pegawai berkenaan untuk membuat satu keputusan. Kalau sekiranya pihak pegawai yang berkenaan tidak yakin dengan kemampuan dan dengan perkembangan ekonomi yang ada sekarang serta dengan tidak ada kemampuan untuk menyelenggarakan projek tersebut, apa salahnya siang-siang lagi jangan cuba meyakinkan orang ramai serta meyakinkan tuan punya tanah. Jadi akibatnya sekarang tanah ini telah dikenal pasti maka pihak tuan punya tanah terpaksa menjual tanah ini kepada pemaju lain yang tidak akan dapat jaminan bahawa bumi-putera akan dapat memiliki rumah-rumah yang dicadangkan dalam kawasan bandar itu.

Tuan Yang di-Pertua, yang kedua ialah mengenai dengan PERDA yang di bawah Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah. PERDA ini baharu sahaja diluluskan oleh Dewan yang mulia ini dan mereka akan berfungsi di negeri Pulau Pinang yang bertujuan untuk menyusun semula masyarakat di luar bandar. Di Pulau Pinang kalau sebut masyarakat luar bandar ialah masyarakat bumiputera yang kita semua tahu di seluruh negara masyarakat di luar bandar ini memerlukan semua kemudahan asas. Terima kasih kepada Menteri yang berkenaan dan apa yang menjadi masalah sekarang, orang ramai ter-utamanya pengundi-pengundi yang mengundi Kerajaan, yang mengundi parti memerintah sekarang ini ternanti-nanti apakah projek yang akan dilaksanakan oleh PERDA terutama kepada penduduk-penduduk kawasan luar bandar yang telah menikmati nikmat kemerdekaan 27 tahun tetapi mereka ini masih tinggal ditahap yang lama yang masih memerlukan satu penyusunan semula untuk mereka ini menempuh hidup yang mencabar dalam pembangunan yang sedang pesat berlaku ini. Hanya yang mereka

Page 55: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3075 11 DISEMBER 1984 3076

nampak bahawa PERDA ini telah berpindah pejabat dengan alat pejabat yang lengkap dengan kereta yang mewah dan dengan kedudukan pegawai-pegawai yang begitu ber-kelulusan tinggi.

Jadi dengan ini saya berharap supaya selain dari alat pejabat yang lengkap dengan pegawai-pegawai yang ber-kelulusan tinggi juga maka pihak Menteri yang berkenaan patut dan perlu menambah peruntukan terutama sekali masalah di Pulau Pinang ialah menambahkan peruntukan untuk PERDA dapat memiliki tanah. Dengan cara dapat memiliki tanah baharulah pihak PERDA dapat memajukan kawasan yang tertentu kerana di Pulau Pinang tanah terlalu mahal dan susah pula pihak Perbadanan atau Kerajaan pusat untuk memiliki tanah di Pulau Pinang

Berikutnya ialah mengenai Kementerian Dalam Negeri. Tuan Yang di-Pertua, di kawasan saya ada sebuah pusat pemulihan dadah iaitu disebut Pusat Insaf Diri. Lebih kurang 350 orang lebih penagih dadah ditempatkan di kawasan yang terlalu kecil, yang terhad, yang dikelilingi oleh penghuni-penghuni ataupun dikelilingi oleh orang awam. Saya telah bangkit-kan beberapa kali mengenai dengan pusat ini yang tidak begitu selesa kepada penagih dadah dan juga tidak begitu menyenangkan hati kepada penghuni-penghuni di kawasan se-keliling yang berkenaan. Tambahan pula di situ terdapat dua buah sekolah menengah. Masalahnya sekarang tempat itu terlalu kecil, tidak dapat diperbesarkan lagi bersdsak-sesak dengan penagih dadah dan berikut dari itu juga kemudahan-kemudahan asas tidak disediakan oleh pihak yang berkenaan.

Pihak Jawatankuasa Pelawat ter-paksa pada waktu-waktunya mengeluarkan wang modal untuk membeli alat-alat yang diperlukan oleh penagih-penagih dadah, misalnya, ada masanya bekalan alat-alat kerja oleh

penagih itu tidak dapat diadakan kerana ketiadaan wang agaknya, pihak Jawatankuasa Pelawat terpaksa mem­beli kayu, rotan dan sebagainya supaya penagih-penagih dadah ini dapat menjalankan kegiatan mereka.

Jadi selain daripada itu ialah mengenai dengan kakitangan dan jurulatih masih terdapat ramai kaki­tangan dan jurulatih atau tenaga pengajar di pusat itu yang masih bertugas sebagai pegawai sementara. Apa salahnya pihak jabatan dan Menteri yang berkenaan supaya pegawai-pegawai sementara ini diambil diserapkan dan diberi latihan yang mana perlu dan teruskan mereka ini kekal di pusat itu kerana dengan pengalaman yang mereka ada, mereka akan dapat memberi bimbingan kepada penagih-penagih kita yang masih memerlukan tenaga pengajar daripada mereka itu.

Juga kalaulah ada masa yang lapang, saya menjemput Timbalan Menteri yang berkenaan, pada satu hari boleh datang melawat sendiri di pusat ini supaya mudahlah diambil tindakan apa yang perlu supaya sedikit sebanyak akan dapat memberi kesan kepada penagih-penagih ini dan juga kepada ibu-ibu bapa yang mengharapkan supaya anak-anak mereka ini dapat dipulihkan dan akan pulang ke pangkuan masyarakat untuk hidup bersama-sama menikmati kemakmuran yang ada di dalam negara kita ini.

Dan berikutnya, Tuan Yang di-Pertua, saya suka menyentuh mengenai dengan Parlimen dan perbelanjaan Parlimen sedikit, iaitu setelah 27 tahun kita menempuh kemerdekaan dan Parlimen yang mulia ini sampai sekarang kita masih dapati kertas-kertas lampiran di dalam kedua-dua Dewan ini masih menggunakan dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Agak saya telah sampai masanya mengikut tahap Undang-undang Bahasa kita yang kita persetujui selama 10 tahun, sekarang telah 27 tahun dan mengikut

Page 56: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3077 11 DISEMBER 1984 3078

pengalaman yang saya tempuhi selama empat tahun ini, semua ahli-ahli Dewan yang mulia ini telahpun dapat menguasai Bahasa Malaysia sepenuh­nya menerusi lisan dan juga tulisan.

Jadi sekarang sampailah masanya supaya kita dua-dua Dewan ini mengambil satu tindakan, satu langkah yang agak munasabah dan boleh dilaksanakan iaitu supaya semua kertas-kertas lampiran dan kertas­kertas pindaan-pindaan dan sebagai­nyalah dikeluarkan hanya dalam Bahasa Malaysia sahaja. Dengan demikian tidaklah kita membazirkan wang dengan begitu banyak. Saya kira kertas ini semua kertas yang bermutu baik, yang mahal-mahal dan kalau ditimbangkan ertinya boleh dapat harga yang baik.

Jadi setengah daripada setengah pula ada Ahli Dewan kita, saya minta maaflah, kertas-kertas ini ditinggalkan begitu sahaja, setengah daripadanya dibawa pulang, saya tidak tahu dapat membaca dengan selesai ataupun tidak. Jika kalau kita hanya menggunakan Bahasa Malaysia kita dapat mengurangkan sedikit daripada belanja-belanja untuk mencetak, harga kertas dan sebagainya.

Itulah harapan saya supaya dalam jawapan Yang Berhormat Menteri yang berkenaan akan dapat memberi satu gambaran dan akan mempersetujui dengan cadangan saya ini. Begitu juga dengan penggunaan bahasa, saya rasa sampailah masanya hari ini ataupun pada penggal yang akan datang supaya Menteri-menteri a tau Timbalan Menteri yang hendak menjawab soalan dalam Dewan yang mulia ini boleh menggunakan atau menguasai, saya minta izin dan minta maaf kalau menyentuh perasaan, boleh menguasai Bahasa Malaysia sepenuhnya. Dan saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Menteri yang muda-muda, Timbalan Menteri yang muda telah dapat menguasai Bahasa Malaysia sepenuhnya, tetapi masih terdapat

sebahagian daripada Timbalan Menteri kita yang seolah-olah Bahasa Malaysia itu asing kepada mereka, yang agak saya barangkali apa yang dibacanya itupun. tidak difaham oleh Timbalan Menteri.

Jadi perkara ini sangat memalukan kita sebagai pemimpin, sebagai Timbalan Menteri yang ditunjuk oleh parti. Kalau di dalam Dewan ini begitu gagap, begitu gamam hendak menjawab soalan, bagaimana kita sebagai orang parti hendak menghadapi pengundi­pengundi kita, dengan bahasa apa kita gunakan kalau kita menghadapi pengundi-pengundi kita, adakah dengan bahasa yang gagap begitu juga? Ini satu perkara yang memalukan kita, memalukan Kerajaan Barisan Nasional. Kalaulah 27 tahun kita beri masa, kalau seorang yang berminat saya agak bukan 20 tahun, dua bulan boleh menguasai Bahasa Malaysia, murid­murid sekolah masuk sekolah dalam masa setahun, tahun yang pertama telah dapat menguasai Bahasa Malaysia. Ini kalau kita orang dewasa tidak boleh menguasai Bahasa Malaysia begitu lama, amat memalukan

Itulah supaya pihak yang berkenaan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, lain kali kalau hendak melantik Menteri-menteri, Timbalan Menteri atau sebagainya patut diambil kira sama ada Yang Berhormat itu boleh menguasai Bahasa Malaysia atau tidak. Itu harapan saya.

Kemudian saya menyentuh dengan Kementerian Pelajaran. Kementerian Pelajaran ini telah disentuh oleh rakan­rakan saya begitu banyak sekali dan saya akan menyentuh sedikit sahaja yang pertama mengenai dengan peruntukan. Peruntukan yang begitu banyak untuk Kementerian Pelajaran, saya mengucapkan terima kasih dan syabas, walaupun demikian Kementerian Pelajaran atau Kerajaan patut dan perlu mengkaji semula peruntukan yang sedia ada diberi oleh

Page 57: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3079 11 DISEMBER 1984 3080

Kementerian Pelajaran kepada sekolah­sekolah, bayaran asrama dan sebagai­nya, terutama sekali peruntukan di bidang perpustakaan.

Sekarang ini kalau tidak salah saya, masa saya dahulu nisbah perpustakaan menerusi murid-murid itu seorang murid 20 buku, tetapi sekarang ini, akhir-akhir ini saya berpeluang banyak untuk menemui guru sekolah didapati nisbah itu tidak sampai. Contohnya, sebuah sekolah di kawasan bandar murid-muridnya ada 600 orang, buku ada 1,000, tidak menasabah buku dalam perpustakaan ada 1,000 murid­nya ada 600 orang. Buku itu pula ter­diri dari buku-buku cerita dan tidak ter­dapat buku-buku yang boleh menjadi bahan rujukan kepada guru-guru.

Kepada sekolah-sekolah dalam bandar yang terdapat ahli-ahli PIBG mempunyai kesedaran barangkali men­dapat bantuan menerusi PIBG ataupun Ahli Jemaah Pengurus tetapi betapa pula kepada sekolah di luar bandar yang mana ibu bapa serba miskin, PIBG pun tidak hidup dan ibubapa hanya mengharapkan bantuan Kerajaan, tetapi kesedaran segi pendidikan perlu dipupuk. Jadi kita tidak dapat bantuan dan tenaga pemikiran daripada ahli-ahli PIBG bagi kawasan di luar bandar.

Inilah diharap supaya Kementerian Pelajaran mengambil tindakan, khas­nya saya tujukan mengenai dengan perpustakaan supaya peruntukan per­pustakaan itu ditambah dari setahun ke setahun.

Saya telah bercakap berkali-kali dalam Dewan yang mulia ini mengenai perpustakaan. Dahulu saya menyentuh mengenai dengan guru perpustakaan kerana sebahagian sekolah ada 3 orang guru perpustakaan, tetapi ada sekolah tidak ada langsung guru perpustakaan.

Jadi perpustakaan ini satu perkara penting dan perpustakaan juga satu perkara yang kerjanya berat yang akan ditanggung oleh guru perpustakaan. Sebab itu tidak ramai guru-guru yang berminat untuk menjadi guru per­pustakaan.

Saya telah bercakap dalam Dewan ini dahulu supaya Kementerian Pelajaran mewujudkan satu jawatan khas iaitu guru yang hanya bertugas untuk perpustakaan. Dengan demikian akan dapat menumpukan perhatian sepenuh masa dan akan mengambil tindakan bagaimana cara untuk menggalakkan, membanyakkan buku serta menarik minat pelajar-pelajar kita ke arah membaca buku-buku.

Soal membaca buku ini kalau murid­murid yang tidak berminat, kalau tidak kita beri asuhan daripada kecil, maka mereka tidak akan gemar membaca buku. Kalau sekiranya daripada kecil telah dilatih murid-murid itu berminat dengan buku-buku, harus dan ada kemungkinan murid-murid itu akan sentiasa meningkat pelajarannya ter­utama murid di kawasan luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, berikutnya ialah mengenai dengan KBSR, KBSR ini ada kalangan yang telah membuat istilah yang baru iaitu "Kerja Banyak Sangat Remeh - K - Kerja; B - Banyak; S - Sangat; R- Remeh". Jadi kerja yang ditanggung oleh guru-guru terlalu berat dalam usaha KBSR Ini.

Di setengah kalangan guru itu bila cukup umur 50 tahun telah rasa jemu dan telah meminta berhenti. Buktinya Yang Berhormat Menteri Pelajaran baru-baru ini telah menjawab iaitu pada tahun 1983 seramai 313 orang telah memohon meletakkan jawatan bersara umur 50 tahun, tahun 1984 seramai 435 orang, ertinya sudah meningkat kepada 123 orang pada tahun 1984 dan kita tak tahu pada tahun yang akan datang berapa ramai pula akan meningkat. Jadi hal-hal ini perlu diperhatikan. Kalau tahun ini 435 orang guru telah terlatih, yang telah ada pengalaman telah meminta bersara, jadi bagaimana kalau kita hendak ganti? Walaupun kita boleh ambil guru itu melebihi 435 orang, ertinya masalah yang timbul ialah guru­guru yang belum terlatih yang kita kena mengeluarkan wang untuk memberi latihan. Itupun pengalaman mereka terlalu muda untuk menghadapi murid-

Page 58: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3081 11 DISEMBER 1984 3082

murid dan untuk memberi didikan yang sebenarnya kepada murid-murid.

Pada saya 435 orang guru yang telah berpengalaman yang berumur 50 tahun itu lebih banyak memberi faedah daripada seribu orang guru-guru yang baru menerima latihan.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, masa sudah cukup.

Tuan Haji Ishak bin Abdul Rahman: Sedikit lagi, Tuan Yang di-Pertua.

Lagi satu masalah ialah mengenai dengan murid-murid di kelas KBSR. Terdapat murid-murid seramai 45 orang sehingga 50 orang dalam satu kelas, tahun yang pertama. Dengan KBSR sekarang ini guru-guru terpaksa menyediakan alat-alat yang begitu banyak dan guru-guru terpaksa menyediakan pelajaran menerusi kumpulan, bukan seperti kita belajar dahulu satu kelas semua diajar sekali, sekarang tidak. KBSR ini seorang guru terpaksa mengadakan kumpulan, 3 - 4 kumpulan dalam kelas itu mengikut kemampuan yang ada: murid yang cergas, kurang cergas, kurang sedikit dan yang lemah.

Jadi di dalam pembahagian itu guru­guru juga akan beri kertas lampiran, kertas kerja dan gambar-gambar dan sebagainya. Kalau 45 orang murid, guru itu terpaksa membahagi 45 keping kertas, memakan masa, dalam usaha membahagi-bahagikan itu sudah habis 20 minit baru selesai, tinggal guru hendak mengajar IO minit sahaja lagi. Perhatian guru pula kepada murid seorang demi seorang. Kalau 45 orang bagaimana guru hendak mengambil perhatian kepada tiap-tiap seorang itu?

Jadi pada hemat saya dengan apa yang saya dapat menerusi kesatuan guru-guru dan guru-guru sendiri kelas KBSR ini yang semolek-moleknya, sebaik-baiknya supaya kita mendapat kejayaan yang memuaskan hati ialah seramai 35 orang. 35 orang ini adalah munasabah dan guru boleh memberi

perhatian penuh kepada murid-murid daripada Darjah I, tahun satu sampailah ke tahun tiga sekurang­kurangnya. Darjah I, II dan III itu diperlukan tidak lebih daripada 35 orang. Itulah yang sebaik-baiknya.

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab waktu sudah cukup, dengan itu saya dengan sukacitanya menyokong Rang Undang-undang Perbekalan bagi tahun 1985 bersama-sama dengan rakan­rakan saya dan itulah sahaja, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Kenneth Kenyan.

6.18 ptg.

Tuan Kenneth Kenyan anak Temenggong Koh: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya bersama dengan rakan-rakan saya bercakap di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ini menyatakan sokongan penuh terhadap Belanjawan 1985 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan minggu lepas.

Saya dengan suka hati dan dengan ikhlas ingin mengucapkan setinggi­tinggi tahniah kepada Menteri Kewangan yang telah begitu realistik membentangkan satu Belanjawan yang tidak akan menyusahkan orang ramai terutama sekali mereka yang ber­pendapatan rendah.

Di dalam perkara ini saya tumpukan khasnya kepada orang-orang yang ramai tinggal di luar bandar di Malaysia ini amnya dan di Sarawak khasnya.

Tuan Yang di-Pertua, dari segi yang menerima manfaat dari perbelanjaan Belanjawan 1985 ini, bukan sahaja mereka yang berpendapatan rendah yang merasainya tetapi mereka yang berniaga sama ada secara kecil-kecilan atau besar-besaran juga menerima manfaat dirinya dari galakan pelaburan yang diberikan dan juga dikurangkan cukai dan lain-lain lagi.

Page 59: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3083 11 DISEMBER 1984 3084

Saya hendak menunipukan sedikit pandangan saya terhadap usaha Kerajaan hendak membasmikan kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Perlu saya perhatikan di sini seperti mana yang kita lihat hari ini keadaan kemiskinan orang-orang luar bandar terutama sekali mereka yang tinggal jauh di pendalaman masih belum ketara perubahannya.

Ada perubahan-perubahan yang tidak nampak tetapi apabila kemerosotan ekonomi dunia melanda negara kita walaupun tidak begitu berat jika dibandingkan dengan negara­negara lain yang membangun, keadaan kemiskinan orang-orang luar bandar itu seolah-olah balik semula kepada keadaan asalnya. Ini ialah disebabkan oleh kenaikan harga barang-barang keperluan seperti makanan dan pakaian-pakaian. Dengan apa carajuga Kerajaan hendak membendung kenaikan harga barang-barang keperluan ini, Kerajaan nampaknya tidak menang. Di dalam perkara seperti ini saya harap Kerajaan dapat mengambil langkah-langkah tertentu untuk meringankan kesusahan yang dialami oleh penduduk-penduduk luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, satu daripada cara yang disebutkan oleh Menteri Kewangan untuk membasmi ke­miskinan ini ialah dengan meninggikan daya pengeluaran petani-petani. Ini boleh dilakukan dengan usaha yang gigih tetapi soal pokoknya ialah ada bahan-bahan yang hendak dikeluarkan oleh petani-petani. ltu secara tetap dan berterusan.

Tuan Yang di-Pertua, petani-petani yang berkenaan di Semenanjung Malaysia yang boleh meninggikan daya pengeluaran mereka adalah mereka yang terlibat dengan rancangan­rancangan Kerajaan seperti FELDA, FELCRA dan lain rancangan yang dianjurkan oleh badan-badan Kerajaan yang lain. Tetapi bagi petani yang tidak berpeluang menyertai rancangan­rancangan Kerajaan ini, kedudukan

mereka tidak banyak berubah. Pendapatan petani yang mempunyai seekar dua tanah, seorang nelayan yang mempunyai sebuah bot dan lempar pukat. Umpamanya masih serupa itu juga keadaan malahan ada yang bertambah buruk.

Oleh sebab itu, Tuan-Yang di-Pertua, adalah menjadi satu kepastian bagi Kerajaan memandangkan kejayaan yang telah dicapai di dalam rancangan­rancangannya. Membuka lebih banyak lagi rancangan FELDA atau FELCRA di negeri ini bukan sahaja untuk menanam getah, kelapa sawit atau padi dengan secara besar-besaran tetapi lain­lain tanaman seperti Jada hitam, kopi dan koko. Rancangan-rancangan ini sepatutnya janganlah sahaja ditumpu­kan di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia ini tetapi hendaklah juga diseimbangkan pembangunan di negeri Sabah dan Sarawak. Rakyat Sabah dan Sarawak perlu juga menikmati ke­hidupan yang lebih sempurna setanding dengan sahabat handai mereka di Semenanjung_ Malaysia ini.

Perlu saya sebutkan di sini bahawa Negeri Sarawak mempunyai banyak tanah yang boleh dibangunkan untuk kepentingan rakyatnya terutama sekali kaum bumiputera. Pada pendapat saya, pada masa ini pada rakyat bumiputera luar bandar didorong, digalakkan dan dibantu mencari kesenangan hidup dari basil bumi bertuah kita ini. Adalah lebih asas dan praktikal daripada mendorong mereka ke satu alam yang belum mereka fahami betul-betul seperti alam perniagaan umpamanya.

Tuan Yang di-Pertua, dengan pembukaan tanah di negeri Sarawak, sudah pasti lain pembangunan akan berturut. Infrastruktur asas seperti jalanraya, bekalan air dan juga elektrik perlu diadakan. Yang amat mendesak di negeri Sarawak pada masa ini ialah jalanraya yang menghubungi desa-desa dengan bandar-bandar dan desa dengan desa. Dengan adanya kemudahan pembangunan yang amat asas bagi apa sahaja pembangunan, saya yakin satu

Page 60: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3085 11 DISEMBER 1984 3086

lagi pintu kemajuan bagi penduduk-penduduk pendalaman di Sarawak akan terbuka dengan seluas-luasnya.

Tuan Yang di-Pertua, lagi perkara-perkara pembangunan yang boleh dilakukan oleh Kerajaan untuk penduduk-penduduk luar bandar di Sarawak yang boleh saya sebutkan di sini tetapi memadailah dengan apa yang telah saya sebutkan tadi kerana apa sahaja pembangunan yang hendak dibuat, keperluan asas yang tegap dan teguh mesti diadakan terlebih dahulu. Kalau hendak berlari, kita perlulah pandai berjalan dahulu.

Tuan Yang di-Pertua, kita rakyat di Sarawak memberi banyak terima kasih atas lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke luar bandar di Sarawak baru-baru ini dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudahlah faham apa yang kesusahan kehidupan kita bumiputera di luar bandar di Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, saya sekarang hendak berbalik di Dewan yang mulia ini selepas berada di Sarawak beberapa ketika tadi. Saya tumpukan percakapan saya kepada Dewan ini. Kita di Dewan ini sungguh berbangga kerana ada seorang Tuan Yang di-Pertua atau Presiden yang kelayakan beliau ialah seorang bekas Hakim dan biasa bertugas di Malaysia Timur. Beliau telah banyak berbakti kepada bangsa dan negara dan telah banyak menunjukkan jasanya kepada Perlimen kini ini. Yang mendukacitakan saya ialah apabila berakhir masa per-khidmatan beliau selepas menjalankan tugas selama enam tahun maksimum yang dibolehkan beliau terpaksa bersara.

Tuan Yang di-Pertua, kita juga tidak kurang beruntung dan bernasib baik mempunyai seorang Timbalan Yang di-Pertua yang begitu dinamik serba-serbi berkebolehan bukan sahaja di dalam Dewan ini tetapi juga di luar Dewan ini. Beliau juga selepas tempoh per-khidmatan selama enam tahun terpaksa

bersara. Sungguh malang bagi Dewan ini tidak dapat menerima manfaat dari pimpinan beliau lebih dari tempoh masa yang ditetapkan.

Seperti mana yang nampak dari gerak-geri Timbalan Yang di-Pertua kita yang gigih, kukuh untuk Dewan ini boleh lagi meneruskan khidmatnya di sini bukan setahun dua lagi malahannya lebih dari itu.

Tuan Yang di-Pertua, me-mandangkan keadaan yang telah saya sebutkan di sini, saya fikir masanya telah sampai bagi Perkara 56 di dalam Perlembagaan Persekutuan dipinda sekali lagi. Perkara 56(2) menyatakan, bahawa seorang Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua hanya dibolehkan memegang jawatan itu selama mereka menjadi Ahli Dewan Negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, pada hemat saya keadaan seperti ini amat tidak memuaskan oleh kerana Perlembagaan ini menghadkan perkhidmatan mereka kepada satu masa yang tersebut. Adalah lebih baiknya jika Dewan ini mem­punyai seorang Yang di-Pertua dan seorang Timbalan Yang di-Pertua yang boleh meneruskan khidmatnya ke satu masa apabila mereka sendiri bersedia bersara atau ke satu peringkat umur yang boleh ditetapkan. Pada fikiran saya juga bagi Ahli-ahli Dewan Negara ini memilih kedua-dua orang Pengerusi itu dari kalangan Ahli-ahli Dewan ini juga tidak begitu memuaskan kerana kita terhad dalam pilihan kita. Jika Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat boleh dipilih dari seorang yang bukan Ahli Parlimen mengapa pula Presiden Dewan Negara tidak boleh dipilih dengan cara yang demikian? Tuan Yang di-Pertua, saya merasa dukacita sekali dengan sekatan-sekatan yang diperbuat bagi Dewan Negara ini, malahan terutama keahlian seorang Ahli Dewan Negara ini pun diadakan selama tiga tahun sahaja dan jika hendak dilanjutkan pula hanya ketiga tahun sahaja lagi. Saya kurang pasti dengan

Page 61: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3087 11 DISEMBER 1984 3088

tujuan Kerajaan berbuat demikian. Tuan Yang di-Pertua, mungkin ada kebaikannya dari segi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat kita yang boleh menjadi Ahli Dewan Negara.

Tuan Yang di-Pertua, ucapan saya di Dewan yang mulia ini mengandungi cadangan-cadangan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dan saya dengan hormatnya menyokong sepenuh-penuhnya Rang Undang-undang Perbekalan tahun 1985. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tun Hassan bin Nam.

6.32 ptg.

Tuan Hassan bin Nam: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana diberi peluang untuk turut sama dengan rakan-rakan lain untuk membahaskan Belanjawan bagi tahun 1985 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan di Dewan yang mulia ini pada 3hb Disember, 1985.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan di mana ucapan Belanjawannya bagi tahun 1985 ini adalah merupakan ucapan yang ulung bagi beliau sebagai Menteri Kewangan, tetapi dengan gagah dan beraninya beliau telah merangkakan satu Belanjawan bagi tahun 1985 akan datang ini yang mana saya anggapkan seluruh rakyat di negara ini menyambut baik, bolehlah dikatakan Belanjawan yang tidak menyusahkan kepada rakyat. Di sebaliknya ada orang memperkatakan Belanjawan pada tahun 1985 ini adalah satu Belanjawan kebajikan kepada rakyat yang akan dijalankan di negara kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah nyata bahawa Yang Berhormat Menteri Kewangan telah sudi menarik balik semula cadangan Kerajaan menaikan cukai motosikal kecil di bawah 75 c.c.

kepada cukai yang lama. Dengan ini saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan kerana menerima dan mengambil berat segala sungutan-sungutan sebahagian besar daripada rakyat kita di seluruh negara ini yang menggunakan kenderaan motosikal kecil ini, untuk digunakan sebagai alat penyambung hidup mereka seharian. Jadi saya kira ini adalah sebagai satu hadiah daripada pihak Kerajaan atau Perbendaharaan dan Menteri Kewangan kepada rakyat yang berpendapatan kecil di seluruh negara yang kebanyakannya menggunakan kenderaan motosikal-motosikal kecil di bawah 75 c.c. ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya minta izin Dewan yang mulia ini dan Ahli-ahli Yang Berhormat maka dalam per-bahasan ini saya akan banyak menyen-tuh masalah-masalah masyarakat Orang Asli. Izinkan saya mengucapkan ber­banyak terima kasih kepada Kerajaan dan khususnya Kementerian Kewangan berhubung dengan pemberian per-untukan kewangan bagi tahun 1985 kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli di bawah Kementerian Dalam Negeri. Dengan jumlah peruntukan kewangan yang banyak sedikit dari tahun 1984, iaitu sebanyak $31.78 juta bagi per­untukan Pengurusan dan Pembangun­an bagi tahun 1985. Sejumlah per­untukan sebanyak ini semoga akan dapat melaksanakan pembangunan sosio ekonomi untuk masyarakat Orang Asli pada keseluruhannya akan dipergiatkan mengikut keupayaan Jabatan.

Di samping itu juga, keselamatan di kawasan-kawasan pendalaman di beri perhatian yang wajar, semoga dengan langkah ini dapat menyekat pergerakan anti nasional terhadap masyarakat Orang Asli khasnya di kawasan pendalaman.

Tuan Yang di-Pertua, pada waktu ini negara kita Malaysia telah mengambil pemulihan ekonomi yang agak stabil. Kestabilan ekonomi negara telah dapat menambahkan peruntukan kepada

Page 62: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3089 11 DISEMBER 1984 3090

Kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan Kerajaan termasuklah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Dengan peruntukan ini akan dapat meng-gerakkan semua projek-projek jabatan yang ditangguhkan, akibat kemelesetan ekonomi negara tempoh hari. Salah satu daripada projek-projek yang ditangguhkan ialah projek Rancangan Pengumpulan Semula Orang Asli (R.P.S.) yang telah dirancangkan sejak tahun 1976. Projek-projek Rancangan Pengumpulan Semula ini yang ditangguhkan ialah di Perak seperti RPS Banun, Kemar dan Dala, dan di Pahang, RPS Betau, kecuali RPS Betis Kelantan telah dilaksanakan projek tersebut sebagai mana yang dijadual-kan.

Dengan adanya peruntukan ini diharapkan semuga pihak Jabatan Hal Ehwal Orang Asli akan dapat melaksanakan projek-projek yang ditangguhkan, supaya pencapaian matlamat untuk meninggikan taraf sosio ekonomi masyarakat orang Asli di tempat berkenaan. Adalah difahamkan bahawa sejak tahun 1976 lagi masyarakat orang Asli tempatan telah tertunggu-tunggu akan projek-projek itu menjadi suatu kenyataan kepada mereka. Begitu juga diharapkan, dengan adanya peruntukan ini dapat kiranya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli melaksanakan semua projek sebagai-mana yang dirancangkan. Dalam keadaan ini, adalah wajar pihak jabatan memberi perhatian juga kepada pembangunan perkampungan yang berhampiran bandar. Diharapkan mereka ini dapat menikmati kemajuan sosio ekonomi yang sama seperti masyarakat lain di kawasan sekitarnya.

Tuan Yang di-Pertua, di bidang perlajaran kepada anak-anak Orang Asli amatlah menggalakkan. Kesedaran Orang Asli terhadap pelajaran yang tinggi adalah atas usaha gigih pihak Jabatan dalam usaha menurunkan kadar buta huruf di negara ini. Dalam hal ini pihak Jabatan telah menyedia-kan asrama-asrama untuk anak-anak

Orang Asli dari kawasan pendalaman. Penyediaan asrama-asrama perlu di-pertingkatkan dari segi pengurusan asrama dan kelengkapan serta peralatannya, sesuai dengan per-tambahan jumlah anak-anak Orang Asli yang belajar dan sejajar dengan perkembangan semasa.

Sehubungan dengan ini, diharapkan pihak Jabatan dan Kementerian Pelajaran mengambil satu inisiatif ke arah matlamat persekolahan anak-anak Orang Asli ke peringkat paling tinggi, contohnya selepas persekolahan Darjah 6. Adalah diharapkan akan lebih ramai lagi bilangan anak-anak Orang Asli ditempatkan di asrama pusat Kementerian Pelajaran. Tujuannya adalah untuk memberi peluang yang lebih luas supaya menjadi satu galakan kepada anak-anak Orang Asli yang lain. Adalah difahamkan bahawa penempatan anak-anak Orang Asli di asrama-asrama pusat memang ada; tetapi tidak secara menyeluruh di Semenanjung ini.

Tuan Yang di-Pertua, di bidang perubatan dan kesihatan, telah meng-adakan beberapa aktiviti bagi meninggikan taraf kesihatan masyarakat Orang Asli yang ber­hampiran bandar dan kawasan pen­dalaman. Di kawasan pendalaman untuk menentukan taraf kesihatan, maka satu Lawatan Perkhidmatan Doktor Terbang (A.F.D.S.) dengan kerjasama dari pihak Tentera Udara Di-Raja Malaysia telah diadakan pada tiap-tiap bulan untuk melawat pos-pos klinik perubatan di pendalaman. Sambutan Orang Asli terhadap per­khidmatan ini begitu menggalakkan. Adalah diharapkan di masa-masa akan datang perkhidmatan ini dapat mem­beri satu kepuasan dari segi per­khidmatan yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan bagi satu-satu tempat yang dilawati. Dengan ini akan memberi manfaat kepada penduduk Orang Asli di kawasan pendalaman dari segi lawatan.

Page 63: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3091 11 DISEMBER 1984 3092

Bagi penduduk-penduduk Orang Asli di pinggir-pinggir bandar pula, seharus-nya menikmati taraf kesihatan yang sama dengan penduduk di sekitarnya. Segala projek pembangunan luar bandar di peringkat daerah haruslah ada satu titik pertemuan di antara agensi Kerajaan menggembelingkan tenaga bagi meninggikan taraf kesihatan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh rayuan mempercepatkan kerja-kerja menggezet tanah yang dipohon oleh Jabatan untuk masyara-kat Orang Asli di Semenanjung. Saya difahamkan bahawa di setengah-setengah negeri ada tanah-tanah kawasan Rizab Orang Asli yang di­pohon sejak tahun 1956 sehingga sekarang masih belum digezetkan. Saya dan masyarakat Orang Asli ingin tahu keadaan sebenarnya mengapa berlaku kelewatan dalam proses menggezetkan tanah kawasan Orang Asli, bahkan di setengah-setengah tempat per-kampungan Orang Asli, mereka telah menduduki dan mengusahakan tanah tersebut sejak datuk nenek moyang mereka. Apa yang dikhuatiri ialah pegangan tanah pesaka ini secara warisan telah tidak diperakui oleh umum.

Kebanyakan di setengah-setengah projek pembangunan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri atau pihak swasta di kawasan berhampiran perkampungan Orang-orang Asli telah menimbulkan masalah sosio-ekonomi Orang Asli itu. Dan suasana begini telah menimbulkan rasa gelisah dan resah terhadap masa depan kehidupan mereka. Mereka sedar bahawa ruang tanah tempat tinggal semakin sempit dikelilingi oleh pembangunan tanah yang pesat di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, dari segi pembangunan tanah untuk me­ninggikan taraf hidup Orang Asli mengalami berbagai kerumitan. Pihak-pihak Lembaga Kemajuan Tanah seperti FELCRA dan RISDA tidak dapat melaksanakan projek pem­

bangunan tanah seperti Projek Kecil Tanam Semula iaitu pada mana-mana tanah Orang Asli yang belum digezet lagi.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang sangat diharapkan kepada pihak Kerajaan akan membuat satu kajian semula iaitu yang mana tanah-tanah Rizab Orang Asli yang sudah digezet dan jika difikirkan mereka ber-kemampuan bayar segala hasil tanah, hendaklah diberi hakmilik atau geran sepertimana tanah-tanah Rizab orang Melayu yang tidak boleh dijual kepada bangsa asing tetapi boleh dijadikan modal utama untuk mereka mendapat faedah dan keuntungan dari tanah mereka itu.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapatkan kerjasama dalam usaha membanteras kemiskinan Orang-orang Asli di kawasan pinggir-pinggir bandar. Adalah menjadi satu harapan supaya tanah-tanah yang didapati tidak mendatangkan pulangan hasil yang tinggi, perlulah diadakan suatu pemulihan ke atas tanah itu dengan kerjasama yang bersepadu antara Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan FELCRA serta RISDA amatlah dialu-alukan. Hal ini adalah sejajar dengan aktiviti pembangunan tanah yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan iaitu satu Sistem Tanah Berkelompok yang akan diuruskan oleh pihak FELCRA secara besar-besaran.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian kepada pihak-pihak yang terlibat, adalah difahamkan bahawa terdapat di kawasan-kawasan luar bandar dan termasuk kawasan perkampungan Orang Asli telah didirikan beberapa kilang seperti kilang memproses kelapa sawit dan juga kerja-kerja perlombongan. Akibat dari kerja-kerja memproses maka secara sedar atau tidak telah menimbulkan satu pencemaran ke kawasan tanah Orang Asli sebagaimana yang telah berlaku di perkampungan Orang Asli di Bukit Rok Bera, daerah Temerloh, Pahang. Tanah persawahan Orang Asli telah dimasuki

Page 64: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3093 11 DISEMBER 1984 3094

sisa-sisa minyak kelapa sawit dari kilang FELDA. Akibat dari penutupan sisa buangan minyak beku ke atas permukaan tanah sawah, hampir 100 keluarga Orang Asli telah tidak dapat mengusahakan tanah tersebut. Mereka hidup dalam kemiskinan, mereka telah hilang punca pendapatan dari hasil tanaman padi secara bersawah setiap tahun. Maka adalah wajar pihak berkenaan sebelum membina kilang itu supaya dapat menentukan agar pen-cemaran alam sekeliling tidak me-rosakkan tumbuhan dan hidupan secara leluasa.

Tuan Yang di-Pertua, dalam mem-bahaskan Anggaran Belanjawan tahun 1985 ini di akhir tahun Rancangan Malaysia Keempat, yang kita me-merlukan kepada pengorbanan tenaga, masa dan fikiran serta kesungguhan, keikhlasan di dalam menyempurnakan cita-cita Rancangan Malaysia Keempat untuk mengisi maksud dan tujuan Dasar Ekonomi Baru. Untuk mengisi dan menyempurnakan kehendak rakyat daif di luar bandar, di kampung-kampung dan dkiesa-desa, saya berkata demikian kerana Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar itu masih wujud, ertinya fungsi Kementerian ini selain daripada fungsinya untuk membangun negara seluruhnya, termasuklah pembangunan di kawasan-kawasan luar bandar yang mana sebahagian rakyat kita masih belum dapat menikmati sepenuhnya, terutama sekali pembangunan asas yang amat perlu iaitu jalan raya, bekalan air dan api. Selama 27 tahun kita berada di alam kemerdekaan ini bahawa saya katakan masih banyak lagi kampung-kampung di pendalaman, di kawasan-kawasan terpencil, ini termasuklah perkampungan Orang Asli di pendalaman, yang masih ramai belum menikmati kemudahan asas seperti yang saya sebutkan tadi. Di-harap Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar akan bekerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli untuk tujuan menyalur dan

menyampaikan keperluan asas projek-projek tersebut kepada masyarakat Orang Asli di pendalaman, sebagai-mana di Sarawak saya dapati Kerajaan ada bekalan api dengan generator di rumah-rumah panjang Orang Iban.

Tuan Yang di-Pertua, dalam mem-bahaskan Anggaran Belanjawan 1985 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan di Dewan yang mulia ini pada 3hb Disember, 1985, saya memberi sokongan dengan sepenuhnya dan saya berharap Belanjawan 1985 ini di akhir Rancangan Malaysia Keempat akan dapat mencerminkan kejayaan sebagai-mana yang dicita-citakan oleh pemimpin-pemimpin Kerajaan Barisan Nasional adalah berjaya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Abdul Hamid.

6.41 ptg.

Lt. Kol. (B) Abdul Hamid bin Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun mohon izin untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan Rang Undang-undang Akta Perbekalan 1985 yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 3hb Disember yang lepas.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan kerana dengan bijaknya telah merangka satu Belanjawan Tahunan yang bertujuan untuk mem-perkukuhkan ekonomi negara. Pada keseluruhannya saya menyokong Rang Undang-undang tersebut. Walau bagai-manapun, saya ingin memberi perhatian kepada beberapa perkara yang bersangkut paut dengan dasar perbelanjaan 1985 dan sambil itu saya juga ingin mengemukakan beberapa cadangan yang spesifik untuk diper-timbangkan oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Page 65: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3095 11 DISEMBER 1984 3096

Sepertimana yang kita sedia maklum strategi Belanjawan untuk tahun 1985 adalah bertujuan untuk mengukuhkan imbangan pembayaran dan mengukuhkan Belanjawan sektor awam. Di samping itu ianya juga bertujuan untuk menggalakkan per-tumbuhan sektor swasta.

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab masa tidak mengizinkan, saya hanya akan menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan pertumbuhan sektor swasta. Di dalam ucapan beliau di Dewan yang mulia ini pada 3hb Disember yang lalu, Yang Berhormat Menteri Kewangan telah menaruh harapan supaya sektor swasta akan tampil kehadapan menjadi penggerak utama kemajuan negara. Beliau juga telah mengatakan bahawa Kerajaan telah mengadakan pelbagai galakan dan bentuk bantuan kewangan, penge-cualian dan perlindungan cukai dan menyediakan infrastruktur bagi sektor swasta berkecimpung dalam berbagai bidang ekonomi negara.

Tuan Yang di-Pertua, sungguhpun Kerajaan telah mengadakan berbagai galakan dalam bentuk bantuan, saya ingin mencadangkan beberapa langkah yang harus diambil oleh pihak-pihak berkenaan bagi mencapai matlamat Kerajaan untuk menggalakkan per­tumbuhan sektor swasta sebagaimana yang dimaksudkan di dalam strategi Belanjawan 1985.

Perkara pertama yang saya ingin sentuh ialah peranan sektor swasta di dalam sektor pertanian. Sektor ini merupakan sektor yang penting di dalam pembangunan ekonomi negara kita. Pertanian merupakan asas ekonomi negara. Ini telah terbukti di dalam Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan 1984/1985 yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan sebagai tambahan kepada ucapan Belanjawan 1985. Ianya juga terbukti di dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keempat 1981/1985 yang telah dibentangkan di Parlimen ini pada bulan April yang lalu.

Dalam sektor pertanian ingin saya menyentuh perindustrian minyak kelapa sawit yang kini merupakan industri yang kedua pentingnya sebagai sumber kepada jumlah pendapatan eksport negara. Kita juga sedia maklum bahawa harapan kelapa sawit di masa hadapan adalah sangat cerah. Tetapi malangnya mengikut Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keempat, kita dimaklumkan bahawa sektor swasta telah gagal mencapai matlamat untuk memajukan tanah baru yang diperuntukkan bagi tanaman kelapa sawit. Beberapa sebab telah dinyatakan oleh pihak-pihak tertentu di atas kegagalan ini, termasuklah masalah-masalah kekurangan pekerja, keburukan cuaca dan sebagainya. Tetapi pada pendapat saya, masalah yang besar sekali ialah masalah permohonan dan syarat-syarat pem-berian tanah. Saya dimaklumkan bahawa tanah yang diperuntukkan kepada sektor swasta adalah tidak mencukupi dan permohonan daripada syarikat-syarikat yang berkelayakan adalah lebih daripada yang dijangka. Oleh yang demikian, proses per­mohonan itu biasanya mengambil masa yang lebih daripada jangkaan. Saya juga dimaklumkan bahawa ada beberapa Kerajaan Negeri yang telah memberhentikan pemberian tanah kelapa sawit kepada sektor swasta kerana pertukaran dasar yang memberi keutamaan kepada individu untuk menjalankan ladang berkelompok.

Satu lagi masalah yang dialami oleh pihak sektor swasta ialah mengenai syarat-syarat yang dikenakan berhubung dengan pemberian tanah baru untuk diusahakan bersama dengan agensi-agensi Kerajaan. Saya dimaklumkan bahawa kebanyakan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh pihak-pihak berkenaan adalah tidak berpatutan dan dengan cara tidak langsung ianya tidak memberi galakan yang menarik kepada pelabur-pelabur sektor swasta. Sebagaimana yang telah saya nyatakan, hasil daripada kelapa sawit adalah hasil yang penting untuk

Page 66: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3097 11 DISEMBER 1984 3098

negara kita dan harapannya di masa hadapan adalah sangat cerah. Antara lain, saya yakin minyak kelapa sawit akan dapat disesuaikan sebagai bahan tenaga minyak diesel untuk kegunaan kenderaan bermotor. Ini bermakna kegunaannya akan bertambah. Oleh yang demikian, adalah wajar bagi Kerajaan kita menambah keluarannya supaya negara kita tidak ketinggalan disebabkan kekurangan bahan itu kelak. Di sini saya ingin mencadangkan kepada pihak-pihak yang berkenaan supaya mengambil tindakan yang wajar untuk menambah peruntukan tanah baru bagi sektor swasta untuk menanam kepala sawit dan seterusnya mengubahsuaikan syarat-syarat pem-berian tanah untuk memberi galakan yang lebih menarik.

Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang saya ingin menyentuh ialah mengenai peranan sektor swasta di dalam perindustrian perumahan

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat boleh menyambung ucapan pada jam 8.00 malam.

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyu-arat ini saya ditempohkan selama satu jam dan akan disambung balik pukul 8.00 tepat malam ini.

Persidangan ditempohkan pada pukul 7.00 malam.

Persidangan disambung semula pada pukul 8.00 malam.

(Timbalan Yang di-Pertua mem-pengerusikan Mesyuarat)

Persidangan disambung semula.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat boleh sambung ucapan.

8.01 mlm

Lt Kol. (B) Abdul Hamid bin Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin saya menyentuh ialah mengenai peranan sektor swasta di

dalam perindustrian perumahan. Mengikut Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keempat, sektor swasta telah gagal mencapai matlamat yang dirancangkan dan adalah diramal-kan bahawa sektor swasta akan membina hanya 32% daripada jumlah yang dirancangkan untuk sektor tersebut. Ini adalah satu prestasi yang menyedihkan. Mengikut kajian tersebut pencapaian yang kurang memuaskan ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor permintaan dan penawaran. Dari segi penawaran kekurangan rumah yang dibina adalah disebabkan terutamanya oleh kekurangan tapak yang sesuai bagi pembangunan perumahan serta kelewatan mem-perolehi kelulusan dan pelaksanaan.

Tuan Yang di-Pertua, kita sedar bahawa Kerajaan telah mengambil langkah-langkah tertentu untuk menambah tapak-tapak rumah yang sesuai dan langkah-langkah untuk mempercepatkan proses tukar syarat tanah dan kelulusan pelan. Kita juga sedia maklum bahawa Kerajaan kita telah memberi arahan supaya proses perumahan tanah hendaklah dilaksana-kan dalam tempoh tiga bulan tetapi malangnya langkah-langkah yang dirancangkan oleh Kerajaan masih belum dilaksanakan dengan begitu memuaskan. Di sini saya ingin-mencadangkan kepada Kerajaan agar dapat menubuhkan satu badan pengawas terdiri daripada mereka yang tertentu untuk mengawasi proses kelulusan dan pelaksanaan yang kini menyebabkan kemunduran sektor swasta dalam peranannya untuk membina rumah-rumah yang sangat diperlukan oleh rakyat jelata.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin menyentuh sedikit mengenai peranan sektor swasta dalam keseluruhannya dari segi pertumbuhan ekonomi negara kita. Mengikut Rancangan Malaysia Keempat sektor swasta dijangka memainkan peranan yang utama pencapaian matlamat pertumbuhan ekonomi dan Dasar

Page 67: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3099 11 DISEMBER 1984 3100

Ekonomi Baru. Sektor ini dimatlamat-kan memberi sumbangan sebanyak 72.2% daripada jumlah pelaburan. Walau bagaimanapun, mengikut Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keempat dalam tempoh 1981 hingga 1983 sumbangan sektor ini kepada jumlah pelaburan yang dirancangkan adalah lebih rendah daripada yang telah dijangkakan. Kajian tersebut menyatakan bahawa jumlah keperluan bagi membiayai pelaburan swasta termasuk perubahan stok bagi tempoh 1981/1983 adalah sebanyak $36.9 ribu juta atau hanya kira-kira 50% daripada matlamat sebanyak $74.1 ribu juta. Mengikut kajian itu juga pencapaian yang terlalu rendah ini adalah disebabkan antara lain kerana sektor swasta mudah terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia, peluang-peluang perdagangan yang sentiasa berubah dan persaingan pasaran. Pada pendapat saya ada dua lagi faktor penting yang menyebabkan pencapaian terlalu rendah itu. Faktor pertama, ialah keadaan pasaran wang yang ketat dan faktor kedua ialah kadar faedah pinjaman yang terlalu tinggi.

Mengikut Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan 1984/1985 keadaan pasaran wang yang ketat itu adalah biasanya berpunca dari permintaan bermusim terhadap wang tunai yang melambung menjelang musim hari-hari perayaan seperti Hari Tahun Baru Cina dan sebagainya. Ianya juga berpunca dari pengeluaran secara besar-besaran oleh orang-orang perseorangan untuk membeli saham baharu dan oleh syarikat-syarikat untuk membayar Cukai Pendapatan kepada Kerajaan. Untuk melegakan keadaan pasaran wang, saya mencadangkan supaya Kerajaan ubah suaikan cara-cara membeli saham-saham baharu supaya wang pemohon-pemohon tidak terkeluar dari simpanan bank dan seterusnya wang itu tidak terpendam di dalam bank syarikat-syarikat yang menjual saham-saham tersebut sementara menunggu keputusan pembahagian yang biasanya

mengambil masa yang berpanjangan. Saya juga mengesyorkan supaya Gukai Pendapatan syarikat-syarikat dibayar kepada Kerajaan secara ansuran pada tiap-tiap bulan. Saya yakin ini tidak akan memberi apa-apa masalah pengaliran wang (cash flow) kepada Kerajaan kerana biasanya perbelanjaan Kerajaan adalah dibuat dari sebulan kesebulan.

Sebagai penutup, saya merayu kepada pihak-pihak yang berkenaan supaya mengamalkan dengan lebih giat lagi konsep Persyarikatan Malaysia dan dasar penswastaan yang saya anggap sangat penting dari segi pembangunan ekonomi negara. Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah serta syabas kepada Kementeri­an Wilayah Persekutuan yang telah memberi galakan serta bantuan yang begitu berkesan kepada sektor swasta untuk menjayakan dasar penswastaan Kerajaan. Baharu-baharu ini kita dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan bahawa Kementeriannya telah menjual bidang-bidang tanah kepada syarikat-syarikat untuk membantu mereka mengendali-kan projek-projek besar yang kita semua sedia maklum adalah luar dari kemampuan Kerajaan. Projek-projek yang saya maksudkan ialah Projek Aerobus dan Projek Railbus di Kuala Lumpur yang akan menelan belanja beratus-ratus juta ringgit.

Inisiatif-inisiatif yang diambil oleh Kementerian Wilayah Persekutuan adalah merupakan tindakan yang dinamik yang akan memberi faedah besar kepada semua pihak iaitu kepada pihak Kerajaan, pihak swasta dan seterusnya kepada semua rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya yakin dengan kerjasama di antara sektor awam dan sektor swasta mengikut konsep-konsep tersebut, sektor swasta akan dapat memainkan peranannya dengan lebih pesat lagi dan seterusnya akan dapat mencapai matlamat per-tumbuhan yang diharap-harapkan oleh Kerajaan kita.

Page 68: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3101 11 DISEMBER 1984 3102

Dengan itu saya menyokong Rang Undang-undang Perbekalan, 1985.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed bin Yahya.

8.11 mlm.

Tuan Haji Mohamed bin Yahya: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana saya diberi peluang bersama­sama untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan, 1985 dan sekali lagi saya mengucapkan terima kasih.

Terima kasihjuga saya kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan yang telah menyediakan satu rangka per­belanjaan bagi tahun 1985. Saya rasa perbelanjaan ini adalah satu per­belanjaan yang adil. Saya percaya Yang Berhormat Menteri Kewangan bertanggungjawab untuk menyediakan satu penyata demi kepentingan bangsa, negara dan agama kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidaklah hendak menyentuh kepada keseluruh­annya kerana sebelum saya berucap serta mambahas ini, rakan-rakan saya telahpun banyak melibatkan perkara­perkara yang telah dibangkitkan. Hanya ada beberapa perkara yang patut saya sentuh. Yang pertama, saya suka menyentuh berhubung dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kalau tidak silap saya pada 10 tahun atau 12 tahun yang lepas satu Kongres Ekonomi Bumiputera telahpun diadakan di Kuala Lumpur. Di dalam Kongres itu telahpun diputuskan merayu kepada Kerajaan supaya memberi peruntukan sebanyak $200 juta. Maksudnya $200 juta ini untuk dapat membeli rumah-rumah swasta bagi kuota bumiputera kerana apa yang kita tahu bumiputera tidak ada kemampuan membeli rumah­rumah yang dibina oleh swasta kerana wang pendahuluannya begitu tinggi dan bulanannya juga begitu tinggi.

Apa yang menjadi masalah kepada bumiputera, untuk membayar permulaan 10% dengan membayar lebih kurang $3,000 lebih mungkin barangkali bumiputera dapat mengadakannya walaupun dengan cara bergadai atau meminjam, tetapi yang menjadi masalah kepada bumiputera ialah untuk membayar bulanan hampir $200 lebih. Kalau seorang rakyat yang berpendapatan rendah hanya mendapat $500 atau $400 sudah tentu mereka ini tidak akan dapat berkemampuan untuk membeli rumah ini walaupun hajat mereka melambung tinggi untuk mendapat perumahan tetapi oleh sebab tidak ada mempunyai kemampuan, maka perkara ini akan terbengkalai begitu sahaja. Maka sebab itulah Kongres Ekonomi Bumiputera telah­pun memohon kepada Kerajaan supaya mengadakan satu peruntukan $200 juta untuk membeli rumah-rumah ini.

Selain daripada itu, Tuan Yang di­Pertua, ada kita dapati rumah-rumah yang dibina sama ada oleh swasta ataupun Kerajaan, kita dapati rumah­rumah ini tidak begitu sempurna dalam segi pembinaannya. Ada rumah-rumah yang kita dapati baru 2 bulan diduduki, rumah itu sudah pun pecah di sana dan pecah di sini, bocor di sana dan bocor di sini. Siapakah yang akan kita persalahkan? Yang menanggungnya ialah orang yang memiliki rumah itu.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, sukalah saya menyentuh berhubung dengan Kementerian Pertahanan. Sebagaimana kita maklum bahawa selalu kita membaca dalam suratkhabar ada di antara askar-askar kita ini lari ataupun meninggalkan tugasnya. Sebab-sebabnya saya rasa tentulah Kementerian sendiri dapat mengetahui dan apa yang kita harapkan ialah cara yang lebih baik dan sesuai untuk askar­askar ini. Pada satu ketika kita dapati ada di antara askar-askar yang duduk di rumah sewa selain daripada berek.

Page 69: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3103 11 DISEMBER 1984 3104

Saya pernah melawat ke satu tempat iaitu di Kuala Kubu Bahru, ada di antara satu bangunan yang dimuatkan lebih kurang 40 kelamin, rumah sewa dan satu-satu bilik lebih kurang 10 kaki atau 12 kaki lebarnya diduduki oleh 3 atau 4 orang anak beranak. Selain daripada itu dinding rumah yang mereka duduki itu adalah ditampal dengan suratkhabar. Saya merasa sedih kerana seorang perajurit yang sanggup menggadaikan nyawa untuk memper­tahankan negara, tempat kediaman begitu daif kalau kita bandingkan dengan berek-berek JKR atau berek­berek ladang adalah lebih baik, I 0 kali lebih baik daripada rumah yang di­sewanya.

Apa yang saya harapkan kepada Kementerian ini supaya dapat mengambil berat dalam masalah kedudukan askar-askar ini kerana kita mahu tenaga mereka dan mereka juga sebagai manusia biasa hendak kesenangan dan keselesaan hidup kepada semua askar-askar.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu saya mencadangkan kepada Kementerian supaya dapat mengada­kan peruntukan yang lebih besar pada masa-masa yang akan datang kerana senjata yang moden ini juga perlu bagi negara kita walaupun negara kita pada hari ini tidak ada satu serangan ataupun satu musuh pada kita dan kita tidak dapat tahu mungkin esok atau lusa orang akan menyerang negeri kita, dan kalau sekarang kita dapati bahawa askar mempunyai satu slogan iaitu "Satu Peluru Satu Musuh" dan kalau kita ada mempunyai senjata yang moden, kita boleh tukarkan slogan ini "Satu Peluru Sepuluh Musuh" kerana kita takut kalau ada serangan yang mengejut walaupun senjata kita yang ada ini bolehlah kita katakan baik tetapi harus kita ingat kita harus memperbaiki lagi senjata, seperti kapal selam kita belum ada. Jadi kita harap kepada Kementerian supaya dapat dipertim­bangkan langkah-langkah seperti mana yang saya katakan tadi.

Selain daripada itu, saya sungguh tertarik hati dan berasa hairan mengapa askar-askar kita juga terlibat dalam dadah. Adakah penjagaan tidak begitu cukup kepada askar-askar kita kerana kita takut kalau askar-askar kita terlibat dalam segi dadah, bagaimanakah askar-askar kita itu akan menentang musuh kita. Jadi saya mengharapkan kepada Kementerian supaya dapat dijaga dengan rapi supaya tidak ada berlaku masalah dadah ini.

Tuan Yang di-Pertua, sukalah saya menyentuh sedikit berhubung dengan Kementerian Dalam Negeri. Tuan Yang di-Pertua, masalah pendatang haram ini kita telah maklum bahawa bukan sahaja dari negeri-negeri seperti­mana yang telah disebutkan oleh rakan­rakan saya. Sukalah saya menyentuh sedikit berhubung dengan pendatang haram. Kalau kita mengatakan pendatang haram ialah datangnya daripada rakan ataupun jiran kita yang terdekat, pada pendapat saya pendatang-pendatang haram ini ada 3 jenis. Satu jenis pendatang haram yang datang ke negara kita ini semata-mata memang niatnya baik untuk mencari nafkah hidup dan selepas mendapat harta, mereka akan balik ke negerinya, itu satu kumpulan.

Satu kumpulan lagi, mereka juga berniat baik, mereka mencari pekerjaan di sini dengan harapan supaya dapat diterima menjadi rakyat. Satu kumpulan lagi yang saya fikir yang begitu merbahaya, mereka berniat daripada negeri mereka, sama ada mereka menggunakan ilmu pukau dan sebagainya, mereka datang kemari untuk merompak, membunuh dan mencapai matlamat untuk mendapat harta kemudian mereka balik. Rasa saya golongan yang ketiga inilah_yang selalu melakukan perkara-perkara yang kita hadapi pada hari ini. Saya minta kepada Kementerian Dalam Negeri supaya dapat berwaspada kepada kumpulan yang ketiga ini yang begitu merbahaya kepada negara kita.

Page 70: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3105 11 DISEMBER 1984 3106

Selain daripada itu, suka saya mengaitkan sedikit, ham-ham ini saya terbaca dalam suratkhabar "Watan" sebagaimana yang saya bawa hari ini, sukalah saya . menunjukkan bahawa video lucah telahpun berada di dalam negara kita ini. Saya mengharapkan kepada Kementerian Dalam Negeri supaya dapat bertindak seberapa cepat. Ini juga tidak kurang merbahayanya daripada dadah atau komunis, kerana kalau kita tidak cegah dengan cepat, mungkin negara kita pada satu masa nanti akan menjadi satu negara yang tidak bermamah. Dengan itu saya mencadangkan kepada Kernen terian Dalam Negeri supaya cepat-cepat bertindak, jangan dilengah-lengahkan lagi. Siapa yang terlibat dalam video lucah ini hendaklah diambil tindakan, kalau perlu digubal satu undang­undang sama beratnya dengan Undang­undang Dadah, kalau boleh sama ada dihukum seumur hidup atau digantung sampai mati. Ini satu perkara yang amat penting kepada negara kita. Kalau kita tidak cegah, kita takut penyakit ini sebagaimana penyakit dadah mula­mulanya kita tidak begitu berat, setelah merebak bamlah kita akan bertindak.

Inilah satu perkara yang saya mohon kepada Kementerian Dalam Negeri supaya dapat diambil tindakan dengan seberapa segera yang boleh.

Selain daripada itu, sukalah saya menyentuh berhubung dengan Kementerian Kesihatan. Kementerian Kesihatan, kita mengharapkan supaya dapat mengadakan banyak klinik di desa-desa kerana penduduk di luar bandar khasnya bumiputera sangat­sangat berkehendakkan klinik-klinik bidan ini kerana mereka bila bersalin begitu susah. Selain daripada itu, saya minta supaya Kementerian Kesihatan ini dapat membangunkan hospital­hospital lagi di dalam negara kita ini demi kepentingan keperluan rakyat jelata.

Selain daripada itu, sukalah saya mengaitkan sedikit berhubung dengan

Polis. Polis Lalulintas (Traffic Mobile) hendaklah selalu mengadakan rondaan di jalanraya untuk mengambil tindakan kepada penyangak-penyangak, kalau saudara saya tadi mengatakan samsing­samsing, saya sukalah mengelarkan orang ini penyangak-penyangak jalan­raya. Bukan sahaja pemandu-pemandu motosikal, apa yang kita alami, di mana Tuan Yang di-Pertua lebih maklum, di antara Jalan Air Hi tam ke Johor Bahm banyak dilalui bukan sahaja oleh motosikal tetapi Jori-Jori tangki minyak yang larinya bukan kepalang. Kalau kereta sedang lari 100 k.s.j, dia potong macam po tong sayur sahaja. Penyangak-penyangak, pemandu jalan­raya ini juga hams diambil tindakan sewajarnya kerana kita tidak mahu banyak kemalangan yang berlaku. Selain daripada tangki-tangki minyak, juga Jori-Jori balak dan mereka juga menjalankan lori-lori balak ini dengan sesuka hatinya. Sel.ain daripada itu bas­bas ekspres a tau bas pelancong, ini juga termasuk dalam golongan penyangak jalanraya. Saya mengharapkan kepada Polis supaya dapat mengambil tindakan dengan sewajarnya kerana kita. selalu mendengar bas-bas pelancong atau persiaran yang saya katakan tadi selalu berlaku kemalangan di antara Air Hitam dengan Johor Bahm, banyak yang mati. Saya mengharapkan kepada Polis supaya dapat mengambil tindakan kepada penyangak-penyangak ini.

Timbalan Yang di-Pertua: Masa sudah cukup.

Tuan Haji Mohamed bin Yahya: Ada satu perkara lagi, Tuan Yang di-Pertua. Selain daripada itu Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih dan tahniah kepada Menteri yang berkenaan kerana dengan gigih, temtama sekali berhubung dengan KEMAS dan kita tidak dapat menafikan bahawa KEMAS, kalau kita hendak katakan atau kita gelarkan, KEMAS ini ialah satu badan yang betul-betul menyokong kepada Kerajaan. Kita tidak dapat menafikan

Page 71: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3107 11 DISEMBER 1984 3108

bahawa Pemaju-pemaju KEMAS ini bila masa pilihanraya, mereka bekerja begitu keras dan merekalah yang menghadapi rakyat dengan lebih dekat. Merekalah yang sentiasa berdamping dengan rakyat.

Baru-baru ini saya terbaca dalam suratkhabar mengatakan bahawa kaki­tangan Kelas Perpaduan Taman Didikan Kanak-kanak akan diserapkan sebagai kakitangan Kerajaan. Saya mengharapkan semoga kakitangan KEMAS juga akan dapat diserapkan ke dalam Kerajaan kerana kita tahu ada di antara Penyelia-penyelia dan Pemaju­pemaju Masyarakat ini telah bertugas sehingga ada yang sampai 20 tahun. Bila mereka berhenti, mereka tidak dapat satu sen pun, hanya mengharapkan EPF sahaja. Apalah salahnya kalau Kerajaan atau Kementerian memberi satu timbangan supaya Guru-guru KEM AS a tau Penyelia-penyelia KEMAS apabila berhenti, hendaklah diberi sedikit imbuhan atau sagu hati. Bagaimana saya katakan, saya dahulu bekas Penyelia selama 18 tahun, bila saya berhenti, abuk pun tak ada ....

Timbalan Yang di-Pertua: Sekarang ada.

Tuan Haji Mohamed bin Y ahya: Syukur Alhamdulillah. Saya bersyukur kepada Allah s.w.t. yang memberi rezki kepada saya. Perkara itulah saya harapkan kepada Kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, ada satu sahaja lagi ....

Timbalan Yang di-Pertua: Masa cukup, saya hendak beri dua orang lagi.

Tuan Haji Mohamed bin Y ahya: Sedikit sahaja lagi berhubung dengan Kementerian Penerangan. Dahulu dalam Dewan m1 saya pernah mengajukan satu pertanyaan untuk jawab mulut supaya kursus atau penerangan bakal-bakal haji m1 daripada 15 minit hendaklah dilanjut­kan kepada setengah jam. Jawab Timbalan Menteri, insya Allah ia akan buat. Tetapi sampai sekarang pun saya lihat tidak sampai setengah jam, sepuluh minit sudah habis. Apa yang

kita harapkan supaya dapat digambar­kan bakal-bakal haji ini, cuma setahun sekali sahaja. Apa salahnya kalau kita beri 40 minit, cuma setahun sekali, kita beri peluang, beri pertunjuk macam mana hendak pergi naik haji, jadi dapat keterangan.

Selain daripada itu, oleh sebab Tuan Yang di-Pertua memberi amaran kepada saya, saya pun tidak tentu arah ini, satu lagi berhubung dengan ....

Timbalan Yang di-Pertua: Tak usahlah, minta maaflah. Jemput Yang Berhormat Tuan Haji Ibrahim.

8.30 mlm.

Tuan Haji Ibrahim bin Haji Ujang: Bismillahir-rahmanir-rahim.

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana walaupun masa yang telah akhir ini baru saya dapat peluang bercakap kerana saya rasa mungkin kerana saya ini orang baru dan inilah ucapan sulung saya dalam Dewan yang mulia ini.

Apa yang saya hendak sentuh di dalam menyokong Rang Undang­undang Perbekalan, 1985 yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 3.12.1984 yang lalu, iaitu saya akan menyentuh beberapa perkara yang saya rasa amat mustahak dalam penekanan dan penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran Kerajaan. Saya dapati banyak perkara yang harus disentuh dalam melaksanakan cita-cita Kerajaan untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran Kerajaan pada masa sekarang ini.

Sebelum saya meneruskan ucapan saya ini, saya mengucapkan setinggi­tinggi tahniah sama jugalah dengan rakan-rakan saya Ahli-ahli Yang Berhormat yang telahpun menyampai­kan ucapannya, mengucapkan tahniah kepada Menteri Kewangan yang begitu berani dan cekal dalam menyediakan perbekalan untuk tahun 1985.

Page 72: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3109 11 DISEMBER 1984 3110

Dalam penekanan saya, Tuan Yang di-Pertua, iaitu saya ingin menyentuh mengenai Kementerian Pelajaran di mana peruntukan Kementerian Pelajaran ini ditambah dengan begitu banyak pada tahun ini berbanding dengan tahun 1984 yang lalu. Oleh kerana itu di dalam penambahan yang saya agak begitu banyak, maka saya ingin membuat penyentuhan di dalam beberapa perkara, terutama sekali tentang keadaan sekolah-sekolah agama yang ada di dalam tanah air kita sekarang yang begitu terbiar dan tidak begitu dapat perhatian secara sepenuh-nya dari Kementerian Pelajaran. Kalaupun telah ada sekolah-sekolah Kementerian yang kita panggil SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama) yang ada pada tiap-tiap negeri sekarang ini sebuah, dan ada negeri-negeri yang dapat dua, tetapi di dalam kajian yang dibuat bahawa di atas kesedaran umat Islam di tanah air kita sekarang yang begitu ingin dan begitu menagih untuk membekalkan rohani anak-anak mereka dengan bekalan-bekalan pelajaran agama. Kita dapati pendaftaran murid-murid baru pada tiap-tiap awal tahun, iaitu murid-murid Darjah 5 yang dapat penilaian yang baik di antara 4A atau 5A hampir 1,000 lebih bagi tiap-tiap satu negeri, sedangkan penampungan yang boleh dibuat hanya tidak lebih daripada 120 orang, maka dengan kerana itu hasrat ibu bapa untuk memberikan anak-anak mereka dalam bidang agama ini tersekat.

Di samping itu saya suka mencadang-kan supaya Kementerian bergerak cepat di dalam memperkemaskan dan memperbanyakkan serta memperbesar-kan Sekolah-sekolah Menengah Agama yang ada di negeri ini. Sebagaimana saya difahamkan di Negeri Sembilan, bahawa satu bidang tanah seluas 30 ekar telahpun didapati untuk diwujud-kan satu bahagian Sekolah Menengah Agama bahagian lelaki, tetapi sehingga sekarang ini saya tengok tanah itu belum ada apa-apa perkembangan.

Kerajaan haruslah memandang dan memikirkan dengan banyaknya ketumbuhan Sekolah-sekolah Agama walaupun pihak Kementerian tidak dapat mengambilalih semua Sekolah-sekolah Agama yang telah teratur dan bersistem ini dan masih lagi ditadbirkan oleh Kerajaan Negeri, tetapi saya menyeru dalam Dewan yang mulia ini supaya dapat diberikan seberapa cepat kemudahan-kemudahan yang telah diutarakan untuk penambahan guru-guru akademik, guru-guru bahasa Arab di dalam Sekolah-sekolah Agama ini.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai Sekolah-sekolah Agama ini saya hasratkan kepada kita umat Islam, kalau kita tinjau Sekolah Agama yang telahpun sampai kepada Tingkatan VI yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri yang mempunyai penuntut lebih daripada 500 orang, bilangan guru tidak cukup, kemudahan-kemudahan asas tidak cukup, sehinggakan Jurutaip (Typist) di dalam sekolah itupun tidak ada, Budak Pejabat langsung tidak jumpa, jadi kalau begini hasrat Kerajaan untuk menerapkan nilai-nilai Islam ini, kita haruslah membuat persediaan bahawa penuntut-penuntut inilah nanti yang akan memandu kita di dalam beberapa masalah rohani, kalaulah kita biarkan begini hasrat yang kita cakap ini hanya cakap sahaja.

Saya sentuh kepada pakaian murid-murid Islam di peringkat Sekolah Rendah sekarang ini hingga Sekolah Menengah, masih ada lagi pilihan untuk murid-murid Islam, masih kita ketemui lagi gadis Islam kita bergaun pergi ke sekolah, sedangkan arahan Kementerian telahpun dikeluarkan untuk membolehkan murid-murid Islam itu berpakaian menutup aurat secara Islam. Tetapi apa yang membimbangkan kita kerana ada ibu bapa yang mengambil pilihan bahawa bergaun itu lebih baik daripada berpakaian sebagai seorang Islam. Kalau daripada peringkat Sekolah Rendah dan Menengah budak-budak ini atau murid-murid ini tidak dapat

Page 73: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3111 11 DISEMBER 1984 3112

diberi perlindungan dalam masalah pakaian ini, maka hasrat Kerajaan kita yang berkehendakkan nilai-nilai Islam ini diterapkan, saya rasa tidak sampai kepada matlamatnya.

Saya ingin menyentuh dalam masalah guru. Guru-guru bahasa Arab yang ada di tanah air kita sekarang ini amat berkurangan. Oleh itu saya menyeru kepada Kementerian Pelajaran supaya dapat memperbanyakkan kursus-kursus guru bahasa Arab untuk diberi latihan dan kemahiran sama macam mana kita memberikan kursus-kursus kepada guru-guru di dalam matapelajaran-matapelajaran yang lain. Maka tidaklah rasanya adil kalaulah guru-guru bahasa Arab ini tidak begitu menggalakkan, walaupun sudah ada, tetapi tidak menggalakkan, bilangannya itu terlalu sedikit, sedang-kan Kementerian Pelajaran telah banyak dapat menghantar guru-guru keluar ke Riadh sebagai mengambil kursus bahasa Arab, tetapi rasa saya pengembalian mereka itu kurang menampung manfaat dan faedah kepada guru-guru bahasa Arab di tanah air kita.

Seperkara lagi yang menyedihkan iaitu dengan penyerapan guru-guru agama yang selama ini ditadbirkan oleh Kerajaan Negeri telah diambilalih oleh Kementerian pada tahun 1977 yang lalu, dan perjawatan mereka tidak ada lagi perbezaan di antara guru-guru yang bukan guru-guru agama. Apa yang kita dapati bahawa kenaikan pangkat kepada guru-guru agama ini telah ditinggalkan, sedangkan setengah-setengahnya kebolehan mereka itu tidaklah sekurang apa yang ditunjuk-kan oleh guru-guru yang bukan guru agama tadi.

Dalam penelitian saya, Tuan Yang di-Pertua, tidak sampaipun 3% setahun guru agama diletakkan dalam jawatan Guru Besar atau Penolong Kanan Guru Besar baik sekolah ' C , sekolah 'B'jauh sekali sekolah 'A'. Jadi, penekanan ini telahpun dilafazkan dalam Mesyuarat Agung Kesatuan Guru-guru yang baru

ini berlaku di Pulau Pinang yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran sendiri. Kesilapan ini bukan saya hendak tujukan kepada Menteri, tetapi kesilapan ini mungkin berlaku di bawah atau di pertengahan kerana Menteri telah menyatakan akan datang ini tidak perlu guru-guru ini diletakkan begitu keadaannya, kalau ada masalah minta terus jumpa Menteri. Dari segi pentadbiran tentulah menerbitkan masalah, kerana guru-guru ini akan ditekan nanti, manakala mereka terus berjumpa dengan Menteri dan sebagainya, maka melalui Dewan ini, saya sebagai bekas guru agama, saya lahirkan kesedihan ini, duduk dalam negara, yang mengaku Islam itu agama rasmi, yang diaku bahawa penerapan nilai-nilai Islam itu akan diperlibatkan, tetapi kehibatannya itu tidak dapat kita lihat, tak usah kita hendak lihat putik, bungapun kita tidak nampak.

Kemudian, saya menyentuh kepada Jabatan Perdana Menteri. Banyak Ahli-ahli Yang Berhormat telah menyentuh dalam masalah Lembaga Urusan dan Tabung Haji, masing-masing me-nimbulkan masalah apa yang berlaku pada tahun yang lepas, iaitu muasassah. Ada pula yang mentafsirkan sendiri 'banyak susah'. Yang sebenarnya tak betul, itu kena betulkan, walaupun bahasa itu orang Arab punya, kita raikan, tak boleh kata 'banyak susah'.

Walau macam manapun, kalau begini keadaan kerana jemaah-jemaah haji ini tak sampai maklumat-maklumat yang sebenarnya kepada mereka, saya cadangkan supaya Jemaah Pengarah Lembaga Tabung Haji ini dapat dilantik tiap-tiap satu negeri seorang duduk dalam Jemaah Pengarah ini supaya dapat disalurkan benda ini kepada Kerajaan Negeri dan dapat kita banyakkan kursus-kursus di peringkat negeri-negeri di bawah tanggungjawab pengarah-pengarah yang diwakilkan dalam Lembaga Tabung Haji ini kerana saya nampak bahawa orang ramai ini dia jahil yang

Page 74: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3113 11 DISEMBER 1984 3114

sebenarnya, bukan jahil hendak pergi haji, jahil daripada maklumat.

Manakala dia berasa kerana saya beritahu Lembaga Tabung Haji kata senang, mudah, banyak pertolongan, banyak perkara yang akan dapat ditolong semasa berada di Tanah Suci, tetapi bila sampai ke Tanah Suci tak berlaku benda itu. Oleh kerana itulah mereka telah menunjukkan perasaan, pernah dinyatakan oleh setengah-setengah pegawai kita, dia kata orang ini dekat sini dia baik, tetapi sampai ke Mekah dia macam harimau. Sebenar­nya bukan harimau, orang tak pernah datang. Bila dapat kesempitan yang macam itu dia rasa kemudahan ada tetapi kemudahan tak ada, maka dia melentinglah. Lainlah orang yang tahu macam tok guru kita ini, kalau dia pergi ke Mekah, dia tahu tempat 'test' ke Mekah itu. Bukan semua orang dapat susah, ada orang yang paling senang tetapi kebanyakan kita jahil dalam masalah ini. Bila sampai ke Mekah kita ingat hendak duduk macam Hotel Merlin dekat sini, tak boleh dapatlah. Jadi, hendaklah kita sampaikan maklumat ini kepada jemaah-jemaah haji kita.

Kita lantik pula anak-anak kita yang masih mentah duduk dalam Lembaga Tabung Haji ini pergi iring jemaah haji kita, timbangrasa dia tak serupa macam kita sudah tua, dia ingat dia tak terdaya dia berhentilah, pada hal dia bukan tak boleh buat, dia tak terdaya lagi. Dengan sebab itulah saya cadangkan supaya Jemaah Lembaga Tabung Haji ini dapat melantik wakil-wakil negeri duduk; bukan penasihat, duduk dalam Lembaga Pengarah Tabung Haji.

Seperkara lagi yang saya hendak sentuh dalam Kementerian ini iaitu sistem memberikan pengecualian di dalam peperiksaan bagi penetapan jawatan dalam Pegawai Pentadbir Agama. Saya tengok di Negeri Sembilan, Pegawai Pentadbir Agama ini yang diletakkan Kadi, Pegawai Penerangan dan sebagainya,

kebanyakan mereka ini telah ber-khidmat lebih daripada 15 tahun tetapi belum dapat penetapan jawatan sebab mereka ini dilibatkan di dalam peperiksaan kertas, mohon izin, General Order (CO.), apa dia tahu? Macam mana dia hendak tahu sebab dia tak pernah pun belajar kewangan dan sebagainya. Kita pun buat kerja sia-sia juga sebab orang tak tahu kita masukkan dia periksa kerana dia tak ada syarat itu, syarat perlantikan dia dahulu tak ada, bila masukkan G.O. ini sampai 15 tahun periksa tak pass. Ada seorang itu sudah notis hendak berhenti, dia kata dia tak tahan, kerja boleh, siang-malam bekerja tak kira, tetapi penetapan jawatan tak dapat, gaji tertahan. Saya ingat kita haruslah memikirkan ini sama ada diringan atau dikecualikan, saya cadangkan di-kecualikan kertas ini tetapi Kertas Am kita libatkan terus.

Kemudian, Tuan Yang di-Pertua, saya menyentuh sedikit dari segi Musabaqah tilawatul Quran. Nampak-nya Musabaqah ini memang sudah berjalan begitu baik, begitu teratur tetapi saya ingin tahu adakah dibuat kajian tentang Musabaqah tilawatul Quran ini hasil-hasilnya, kemajuan-kemajuannya. Tetapi dari segi apa yang saya dapati orang yang bertanding dalam Musabaqah ini tak tukar, orang itu sahaja fasal tak ada pembaharuan, orang baru tak lahir. Masalah tak lahir kerana tak minat kepada Al-Quran. Fasal apa tak minat Al-Quran, kerana rohani dia kosong. Jadi, inilah saya ingin mencadangkan supaya penubuhan Maahad Takhfiz yang ada sekarang ini dapat diperbesarkan, iaitu dapat diadakan di dalam setiap negeri satu Maahad Takhfiz. Insya Allah, se-bagaimana yang kita tengok bangunan tersergam di sebelah Masjid Negara itu, iaitu Bangunan Nurul Quran yang dinamakan, kalau saya tak silap, Tuan Yang di-Pertua. Saya agak ini dijadikan kemuncaknya, tetapi tiap-tiap negeri mestilah ada Maahad Takhfiz ini, sama ada dikelolakan oleh Kerajaan Negeri

Page 75: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3115 11 DISEMBER 1984 3116

atau dikelolakan oleh Kerajaan Pusat yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Merited.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyentuh pula Kementerian Perumahan. Saya menyentuh dari segi Kementerian Perumahan ini banyak kawasan-kawasan perumahan atau taman-taman yang didirikan sekarang tidak mengambil kira tentang kawasan di keliling. Setahu saya di tempat saya sudah dua kawasan perumahan yang menelan keadaan bumiputera yang sudah sedia ada, iaitu manakala tanah-tanah itu ditolak, semua tanah-tanah itu menurap balik bendang-bendang sawah dan menimbun sungai-sungai yang sedia ada sehinggakan sekarang ini tak boleh hujan, hujan sahaja banjir, hujan sahaja banjir, yang banjir itu ialah kampung orang kita. Saya tanya macam mana boleh berlaku demikian? Dia kata, sebelum buat dahulu kita sudah beritahu dia mesti buat benteng, mesti di benteng dengan kuat supaya tanah itu jangan turun, tetapi benteng tak buat, tanah turun, semua mata lelap. Di mana diamnya silap benda ini? Ini yang saya hendak dapat penjelasan.

Yang keduanya, dalam mempastikan kawasan perumahan atau taman ini kita orang Islam mesti memikirkan, tak adapun satu kawasan tanah per-kuburan, mana hendak tanam? Tak matikah orang ini? Orang yang duduk di dalam kawasan perumahan atau taman ini mereka tak matikah? Kawasan perkuburan tak ada, taman sahaja naik. Saya minta Kementerian Perumahan ini supaya ambil kepastian bahawa tanah perkuburan mesti diwujudkan sekurang-kurangnya di dalam 3 kawasan perumahan itu ada satu tanah perkuburan. Mana kita hendak letak orang yang mati ini? Orang bangsa asing bolehlah bakar, macam orang India boleh bakar, kita hendak bakar? Itu masalahnya.

Saya hendak menyentuh pula Kementerian Kerjaraya. Saya hairan tentang pemasangan api dan air. Satu kawasan yang diperuntukkan untuk

bekalan air dan api ada pula kampung yang boleh ditinggalkan di tengah-tengah perkembangan itu. Apa projek yang dibuat macam ini? Keliling itu semua ada, satu kampung yang tengah-tengah itu tak ada; air tak masuk, api tak masuk, hendak katakan kawasan parti Pembangkang tak ada pula, Cawangan UMNO wujud dalam kampung itu, menjeritlah Ketua Cawangan itu minta, Wakil Rakyat dia kata tahun depan, tahun depan, tahun depan, sampai hari ini. Ini saya minta perhatikan, jangan buat macam inilah, orang luar bandar ini kasihan.

Timbalan Yang di-Pertua: Di mana kawasan itu?

Tuan Haji Ibrahim bin Haji Ujang: Di kawasan Johol, di kawasan Kuala Pilah, kebetulan kawasan itu rumah emak saya (Ketawa), terpaksa saya beli satu paip enjin dan masukkan, kerana emak saya sudah tua. Saya kata, kenapa buat macam ini, satu kampung ini ting-gal? Kata orang kampung saya, bila masuk Dewan Negara esok sebutlah ini, kata dia, saya sebutlah.

Kemudian, satu lagi tentang pemborong tender yang diberi oleh JKR ini. Satu sekolah agama yang telah kita tenderkan untuk dibuat kawasan, yang paling ganjil sekali kita perintah suruh ratakan tanah itu, dia pergi pilih pokok getah itu dahulu, mana yang baik dipotong, mana yang sudah tak boleh potong, itu yang ditolak dengan bull­dozer, sudah sampai 3 bulan tanah 20 ekar tak rata, fasal dia sebok memilih pokok getah yang boleh dijual. Ini kawasan Gemencheh untuk Sekolah Menengah Agama dan Senawi di Gemencheh. Saya minta perhatilah, janganlah buat macam ini, kasihan sekolah agama ini buat macam itu.

Satu lagi sekolah agama yang ditender di Sereting, Daerah Baru Jempol. Pemborongnya datang tengok tempat pacak tiang sahaja, sudah pacak dia pun lari sampai hari ini tidak ada apa-apa perkembangan. Kita jangka akan siap pada pertengahan tahun

Page 76: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3117 11 DISEMBER 1984 3118

1985, sampai hari ini satu benda pun tak ada.

Timbalan Yang di-Pertua: Masa sudah cukup.

Tuan Haji Ibrahim bin Haji Ujang: Terima kasih, saya minta sedikit sahaja. Saya ini orang baru.

Menyentuh Kementerian Dalam Negeri, saya ingin mendapat penjelasan mengenai penempatan PPH Batalion 7 di Tampin. Sebagaimana yang saya dapat tahu bahawa kawasan untuk membalikkan Batalion yang ketujuh ini yang ada di Jalan Pekeliling sekarang sedangkan satu kompeni sahaja yang tinggal di Tampin iaitu D Kompeni. Saya dengar tempoh hari sudah ada tanah dan sudah ada peruntukan untuk membuat rumah pasang siap untuk PPH ini. Saya minta persegerakan demi untuk keselamatan dalam kawasan itu. Saya tidak dapat hendak bercakap apa keadaan yang ada sekarang tetapi oleh kerana masa sudah tak ada, saya sentuh itu sahaja.

Menyentuh Kementerian Kesihatan iaitu mengenai pembinaan Hospital Daerah Tampin. Walaupun Wakil Parlimen saya sudah bercakap dalam Dewan Rakyat tetapi saya bercakap lagi. Pembinaan Hospital Daerah Tampin, kalau tengok Tampin ini satu kawasan yang betul-betul diperlukan kerana kawasan ini melingkungi jalan pergi ke Segamat, melingkungi jalan pergi ke Muar dan jalan yang banyak accident ialah antara Seremban dengan Tampin. Keluang dengan Johor Bahru itu saya tak sebut, yang banyak sekarang ini di Tampin.

Kemalangan bas tempoh hari berapa orang yang mati. Keadaan di Hospital Tampin ini bila dibawa sahaja orang sakit dan diperiksa oleh doktor, doktor kata hantar ke Seremban. Hampir sampai ke Changkau orang itu mati, tak dapat ditolong. Saya rasa hospital ini amat mustahak. Jadi cukuplah untuk saya kali pertama ini kerana ada lagi

rakan yang hendak bercakap, kesim-pulannya saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Menteri Kewangan yang telah dapat menye-diakan perbekalan Belanjawan 1985 ini yang saya anggap amat istimewa dan menggembirakan rakyat seluruhnya. Sekian Wassalamualaikum.

Tuan Haji Mohd. Noor bin Haji Abdullah: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Cuma ada masa 9 minit sahaja lagi. Kalau hendak juga saya benarkan kerana saya tidak boleh melanjutkan persidangan ini lebih daripada pukul 9.00 malam.

Tuan Haji Mohd. Noor bin Haji Abdullah: Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, sila.

8.52 mlm.

Tuan Haji Mohd. Noor bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya memberi pendapat-pendapat saya terlebih dahulu saya ucap ribuan terima kasih di atas keizinan Tuan Yang di-Pertua untuk saya sama-sama berucap bagi menyokong Rang Undang-undang Kewangan bagi tahun 1985 yang mana telahpun dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan baru-baru ini. Saya dengan ikhlas hati menyokong Rang Undang-undang itu serta ucap tahniah kepada Menteri Kewangan dan Kerajaan di atas ketegasannya.

Tuan Yang di-Pertua, saya berucap pada malam ini barangkali ada sedikit berlainan dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain oleh kerana sepanjang saya mendengar ulasan dan pembahasan saudara-saudara Ahli-ahli Yang Berhormat semuanya menumpu kepada perkara-perkara yang lahiriah, dengan izin, yakni perkara yang bahasa kepada zahir, jadi saya pada malam ini suka bercakap walaupun masanya singkat, di dalam masalah rohaniah.

Page 77: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3119 11 DISEMBER 1984 3120

Kerajaan kita Malaysia ialah sebuah Kerajaan yang diisytiharkan dengan Kerajaan Islam. Yang Amat Berhormat Dato Perdana Menteri kita Dato Seri Dr. Mahathir telahpun mengisytihar-kan bahawasanya akan menerapkan nilai-nilai Islam ke dalam Kerajaan. Bagi pihak ummah-ummah Islam sama ada yang berada di dalam negara ini khasnya ataupun yang ada di sebelah luar, ucapan syabas dan ucap ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato Perdana Menteri kita.

Tuan Yang di-Pertua, adakah memadai dengan kata-kata sahaja penerapan itu ataupun dengan amalan yang mesti kita buat. Mengikut dasar Islam iaitu yang pertamanya, Firman Allah yang bermaksud menyuruh dengan perkara baik dan menegah daripada perkara-perkara yang mungkar.

Mengikut falsafah Islam samalah dengan falsafah kedoktoran, ber-pantang itu lebih baik daripada memakan ubat. Dengan ertinya kalaulah benar-benar kita hendak menerapkan Islam, hendak menjadikan negara kita ini sebuah negara Islam, lebih dahulu kita mesti mencegah perkara-perkara yang dilarang oleh Islam, mesti kita mencari jalan mencegah segala perkara-perkara yang dilarang oleh Islam.

Di samping itu kita menyuruh dengan perkara yang kebaikan. Saya mengucap syukur dan terima kasih kepada Kerajaan yang mana telahpun berjalan mengikut garisan Islam, boleh dikata-kan tiga suku telahpun Kerajaan kita berjalan mengikut Undang-undang Islam. Kalau kita mengikut di dalam kitab-kitab ulamak yang diatur, yang dibahagi kepada empat, pertama, bahagian ibadat telahpun kita selesai, yang kedua, bahagian Muamalat telahpun kita jalan, yang ketiga bahagian Munakahat telahpun kita jalan, cumanya bahagian Jenayah, itupun kita jalan, walaupun tidak sepenuhnya. Tetapi, Tuan Yang di-Pertua, saya amat dukacita kenapakah

perkara yang dilarang oleh Islam dengan terang-terang nas, umpamanya, berjudi tak dapat kita bendung, tak dapat kita mempertahankan.

Baru petang ini ada soalan yang menanya lebih kurang $32 juta wang daripada Loteri Kebajikan yang tidak diambil oleh ampunya. Barangkali ampunya itu sudah sedar, barangkali juga ampunya itu adalah orang Islam yang mana dahulu mereka tidak sedar tetapi sekarang mereka sedar itu adalah duit judi, yang tidak diizinkan oleh syarak. Jadi kalaulah umpama perkara yang seperti ini kita tidak sanggup membuang ataupun menahan ke-mungkinan besar dan inilah perkara-perkara, gejala yang dituduh oleh pihak-pihak parti Pembangkang kepada Kerajaan kita.

Walau bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua, apa yang dituduh oleh pihak Pembangkang yang mengatakan Kerajaan kita Kerajaan Thagut', Kerajaan yang tidak Islam, ini sebenarnya tidak betul. Saya berani berkata dalam Dewan yang mulia ini tuduhan itu adalah tuduhan yang tidak betul sebab Kerajaan kita ini Kerajaan Islam, mengikut nas-nas yang ada di dalam kitab Quran yang berbunyi: Wa man lamyahkum bima anzalallahu fa'ula ika humul kafirun; fa'ulaika humuz zalimun; fa'ulaika humul fasiqun. Tiga ayat ini. Walaupun begitu mengikut mazhab yang sahih, jawapan yang sahih yang disebut dalam kitab Tafsir Fakhrur-razi iaitulah mengata­kan kalaulah seseorang atau sesebuah Kerajaan itu mereka berikrar dengan lidah mengatakan perkara ini wajib dan hati pun mengatakan wajib tetapi mereka tidak amal, tidak termasuk di bawah golongan ayat ini.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat masanya cukup. Saya tak dapat hendak melanjutkan lagi walau­pun ucapan itu baik kerana mengikut peraturan kita terpaksa saya berhenti-kan mesyuarat ini pukul 9.00.

Page 78: PENYATA RASMI  · PDF fileDato Kamaruzaman bin Ahmad Tuan Haji Hussein bin Ahmad ... Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim Tuan Abdul Ghani bin Haji Othman Dato Kamaruzaman bin Ahmad

3121 11 DISEMBER 1984 3122

Tuan Haji Mohd. Noor bin Haji Abdullah: Ya, terima kasih. Oleh kerana masa tidak mengizinkan saya ucap ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya berucap sebagai ulung kali dapat berucap dalam Dewan yang mulia ini, insya Allah di lain kali saya akan berucap lagi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan sekarang se-hingga pukul 2.30 petang hari esok, 12hb Disember, 1984.

Dewan ditangguhkan pada pukul 9.00 malam.

L-08764.